Cadastral Survey (Ukur Kadaster) ? Â· CG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan penting

  • View
    305

  • Download
    13

Embed Size (px)

Text of Cadastral Survey (Ukur Kadaster) ? Â· CG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA...

  • CG102-Cadastral Survey 1

    UNIT 1 Cadastral Survey (Ukur Kadaster): Kadaster merupakan satu bidang ukur yang akan menentukan kedudukan dan keluasan sebidang tanah itu sebagai hakmilik seseorang. Dengan lain perkataan, kadaster menyatakan tentang hal ehwal tanah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Berasal dari perkataan Greek Katasikon yang bermaksud buku nota atau buku rekod. Ada juga yang menyatakan berasal dari perkataan Latin capistrastrum yang ada kaitan dengan perkataan Capitatro Terrena yang bermaksud rekod cukai tanah.

    Ukur Kadaster adalah kerja-kerja pengukuran yang melibatkan hakmilik tanah yang dibuat untuk menentukan kedudukan tanda-tanda sempadan hakmilik. Hasil kerja ukur kadaster akan ditunjukkan dalam rekod yang berdaftar atau dokumen hakmilik yang lebih dikenali sebagai geran. Lot Kadaster Berdigit daripada Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) merupakan pangkalan data ukur berdigit bagi lot-lot tanah yang telah diukur halus. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah lot, sempadan lot dan batu sempadan dalam unjuran Cassini Soldner. Maklumat berkaitan dengan lot seperti nombor lot, keluasan lot, bearing, jarak sempadan dan sebagainya juga boleh diperolehi.

    Gt

    (a)

    ambar menunjukkan peralatan yang digunakan diodolit vernier dan rantai (a, b), total station (c) dan

    1

    (b)

    (c) (d)

    alam kerja ukur kadaster bermula dengan ukur GPS (d)

    zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

  • CG102-Cadastral Survey 1

    Certified Plan (Pelan Akui): Ianya boleh ditakrifkan sebagai satu pelan yang menunjukkan sempadan hakmilik bagi tujuan pendaftaran tanah. Diberikan nombor rujukan serta diakui benar oleh Pengarah Ukur Negeri

    Pelan Akui disediakan mengikut format yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan lot dalam pelbagai skala yang disusun mengikut nombor Pelan Akui. Maklumat berkaitan lot seperti lokasi, nombor lot, keluasan lot, bearing dan jarak sempadan juga dipaparkan.

    Contoh Pelan Akui Format A (Rujukan dari Pekeliling KPUP Bil. 3 TAHUN 2003)

    Contoh Pelan Akui Format B (Rujukan dari Pekeliling KPUP Bil. 3 TAHUN 2003)

    2

    zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

  • CG102-Cadastral Survey 1

    Standard Sheet (Lembar Piawai): Lembar Piawai yang juga dikenali sebagai Peta Kadaster disediakan mengikut format dan skala yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Ianya menunjukkan susunan lengkap sempadan lot-lot daripada Pelan Akui yang telah diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri (PUN). Pelan Akui yang baru diluluskan oleh PUN akan dicarta dalam lembar piawai. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim dan lot dalam pelbagai skala seperti 4 rantai dan 8 rantai. Maklumat-maklumat seperti sempadan pentadbiran, nombor Pelan Akui dan nombor lot juga dipaparkan mengikut kesesuaian persembahan. Lembar Piawai adalah dalam unjuran Cassini Soldner dan boleh diperolehi dalam bentuk berdigit dan juga bercetak. Sebagai contoh, kedudukan Politeknik Merlimau di dalam Lembaran Piawai Negeri Melaka adalah pada kedudukan 45-D-II

    3

    zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

  • CG102-Cadastral Survey 1

    JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)

    www.jupem.gov.my

    Objektif Ukur Kadaster

    Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan penting yang dikendalikan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang terletak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kepentingan produk ini dapat dilihat dari sudut pembangunan tanah di mana hakmilik tanah adalah perkara utama yang perlu ditentukan sebelum ianya dibangunkan untuk sebarang tujuan.

    Objektif utama ukur kadaster adalah untuk meletakkan asas bagi memenuhi kehendak-kehendak awal pendaftaran hakmilik. Ukur Kadaster juga akan menentukan sebidang tanah itu sebagai objek dan unit-unit rekod. Objektif lain adalah :

    Untuk memastikan sempadan lot-lot tanah tidak bercanggah dan bertindih antara lot-lot jiran

    Memudahkan tuan tanah memastikan kawasan dan had-had sempadan masing-

    masing daripada segi undang-undang dan pengukuran

    4

    zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

  • CG102-Cadastral Survey 1

    Mengadakan rekod tersusun berkenaan sempadan lot tanah dan kawasannya

    Menghasilkan Pelan Akui yang menunjukkan sempadan-sempadan lot dan keluasan serta dapat digunakan untuk mengeluarkan suratan hak milik.

    Kedudukan, bentuk dan luas hakmilik ditentukan dengan cara pengukuran

    Berkhidmat bagi keperluan negara seperti pungutan cukai tanah

    Fungsi Bahagian Ukur Kadaster (Function of Cadastral Survey Division)

    Adalah salah satu Bahagian yang penting di Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur. Antara fungsi bahagian ini adalah :

    Menasihati Jabatan mengenai penggubalan dasar ukur kadaster melalui peruntukan

    undang- undang, peraturan ukur dan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan.

    Merancang dan mengawasi kerja-kerja ukur kadaster dan pangkalan data ukur kadaster yang dilaksanakan oleh JUPEM Negeri supaya siap mengikut tempoh serta menepati matlamat yang telah ditetapkan.

    Mengawalselia prestasi dan kualiti ukuran kadaster yang dijalankan oleh Juruukur

    Tanah Berlesen (JTB) supaya mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Prestasi kerja dapat dinilai melalui laporan yang disediakan oleh JUPEM Negeri. Manakala kualiti dapat ditentukan melalui semakan rambang di lapangan.

    Merancang dan melaksanakan pembangunan sistem ukur kadaster yang sentiasa

    efisyen di seluruh JUPEM Negeri yang meliputi aspek-aspek kerja di lapangan dan juga di pejabat.

    5

    zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

  • CG102-Cadastral Survey 1

    JUPEM NEGERI

    www.juml.gov.my

    Fungsi JUPEM Negeri Setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai JUPEM negeri masing-masing dan ianya tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berkaitan dengan sistem ukur dan pemetaan dengan fungsinya seperti berikut :

    Menasihat kerajaan mengenai perkara yang berkaitan dengan kerja ukur, pemetaan dan persempadanan negeri mahupun antarabangsa

    Memberi maklumat terkini dan tepat berkaitan hakmilik tanah / strata / stratum

    Menguruskan rekod hakmilik/kepunyaan hak secara tepat bagi Pentadbiran Tanah

    Memberi dan membangunkan peta untuk kegunaan tentera dan orang awam

    Menentu, menanda dan mengukur sempadan negeri dan negara

    Memberi maklumat digital yang diperlukan untuk pengurusan analisa melalui Sistem

    Pengurusan Data Kadaster

    6

    zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

  • CG102-Cadastral Survey 1

    JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN - JKPTG(PERSEKUTUAN)

    www.kptg.gov.my

    Fungsi JKPTG Jabatan adalah jabatan persekutuan di bawah organisasi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ia menjadi salah satu penggerak utama pengurusan pentadbiran tanah negara meliputi :

    Penyemakan Perundangan yang berkaitan Pentadbiran Tanah

    Pengurusan Rekod Harta Tanah Persekutuan

    Pengambilan Tanah bagi tujuan Projek Persekutuan

    Penyewaan dan Penguatkuasaan Harta Tanah Persekutuan

    Pengurusan Pembahagian Pusaka Kecil

    Ketua Pengarah Tanah & Galian mempunyai kuasa ke atas negeri-negeri (Semenanjung sahaja) mengikut Seksyen 8, KTN1965

    7

    zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

  • CG102-Cadastral Survey 1

    PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN (NEGERI)

    www.ns.gov.my/ptgns

    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Walau bagaimanapun ia mempunyai hubungan yang rapat dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan tanah kerajaan persekutuan di negeri-negeri.

    Fungsi PTG

    Mengurus dan mentadbir tanah negeri masing-masing selaras dengan peruntukan Seksyen 12(3) Kanun Tanah Negara 1965.

    Membantu kerajaan mengenai penggubalan dasar-dasar, peraturan dan arahan yang

    berkaitan dengan perundangan pentadbiran tanah.

    Meluluskan permohonan pembangunan tanah.

    Memantau dan menentukan hasil tanah dipungut dengan cara yang efektif dan sistematik.

    Mengurus, mendaftar dan menyelenggarakan Hakmilik Tanah Pejabat Pendaftar (Registry Titles).

    Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan tanah.

    8

    zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710

  • CG102-Cadastral Survey 1

    JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH

    www.jtu.sabah.gov.my

    Functions

    Alienation of State Land under the Land Ordinance Cap. 68 and other ordinances in compliance with the Government Policies to individuals, departments and agencies.

    Preparation and registration of all new titles and land dealings.

    Enforcement of the relevant sections of the Land Ordinance to ensure that the terms and

    conditions set forth on the titles and offers are being fulfilled and to eradicate idle land.

    Carry out land enquiries to resolve land disputes.

    Issuance of Subsidiary titles for the subdivision of buildings.

    Land valuation for the purposes of alienation, acquisition (Land Acquisition OrdinanceCap 69), rating, taxation, conversion of land uses and reconciliation of the Land Acquisition Trust Account for the State and Federal Governments.

    Implementation of Smallholders and Pre-planned Schemes for the landless and people

    with uneconomic holdings.

    9

    zaini_miswan@pmm.edu.my / hp:0192242710