Cakap Asal Cakap Pindah 3NA 22 Julai

Embed Size (px)

Citation preview

Cakap Asal dan Cakap Pindah

Apa itu Cakap Asal?Pertuturan asal seseorang yang ditulis semula Tanpa mengubah sebarang perkataan

Apa itu Cakap Pindah?Pertuturan yang ditulis semula dengan gaya bahasa penutur Tanpa mengubah maksud cakap asalnya

Cakap AsalMengandungi tanda pengikat kata

Cakap PindahTidak mengandungi pengikat kata

Perubahan dalam perkataan Contoh: Kata Berkata Saya Dia Esok Pada keesokannya Contoh: "Kita perlu bekerjasama demi menjayakan projek yang penting ini," kata Encik Murad kepada anak buahnya. Contoh: Encik Murad menyatakan bahawa mereka perlu bekerjasama demi menjayakan projek yang penting itu.

Encik Murad menitahkan bahawa mereka perlu bekerjasama demi menjayakan projek yang penting itu. Encik Murad mengatakan bahawa mereka perlu bekerjasama demi menjayakan projek yang penting itu.

Cakap Asal Cakap Pindah Buku Teks Ms. 19-20

1. Saya berasa takut ketika menaiki kano di sepanjang sungai yang deras ini.

Helmi mengatakan bahawa dia berasa takut ketika menaiki kano di sepanjang sungai deras itu.

2. Kami merakamkan nama setiap binatang yang kami jumpai di hutan simpanan ini. Maimunah mengatakan bahawa mereka merakamkan nama setiap binatang yang mereka jumpai di hutan simpanan itu.

3. Awak semua boleh mendirikan khemah di kawasan itu sekarang.

Cikgu Yasir mengarah mereka untuk mendirikan khemah di kawasan itu pada masa itu.

4. Kaki Azim terseliuh ketika mendaki gunung tadi, Cikgu.

Firdaus memberitahu Cikgu bahawa kaki Azim terseliuh ketika mendaki gunung pada ketika itu.

5. Dia seronok dapat melihat matahari terbit dari puncak Gunung Bromo pagi itu. Kartina mengujarkan bahawa dia seronok melihat matahari terbit dari puncak Gunung Bromo pagi itu.