21
YONG SHU LAN S.M Tinggi Kota Kinabalu Kota Kinabalu, Sabah. Guru Cemerlang Sejarah. Beliau banyak menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan teknik menjawab soalan peringkat PMR dan SPM kepada pelajar-pelajar di Sabah. Ceramah tentang teknik P&P yang efektif dan berkesan juga dikendalikan khas untuk guru-guru Sejarah di Sabah. Beliau juga seorang penggubal soalan peperiksaan peringkat negeri dan jurulatih utama bagi subjek sejarah peringkat PMR dan SPM. Kajian tindakan yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar turut dihasilkan demi meningkatkan kemahiran P&P bilik darjah. CARA MUDAH MENGULANGKAJI SEJARAH SPM : PERMAINAN TEKA SILANG KATA Kertas kerja ini bertujuan memperkenalkan kaedah yang mudah untuk membantu guru-guru Sejarah mengajar murid-murid untuk mengulangkaji subjek ini khasnya menguasai teknik menulis jawapan esei dengan betul dan lengkap. Program ini dilaksanakan pada hujung bulan Ogos. Melalui pendekatan ini pelajar diminta membawa buku teks bersama semasa proses P&P dalam kelas. Guru akan tunjukkan cara untuk bermain melalui kaedah ICT (Power Point). Selepas diberikan pendedahan awal, guru akan memberikan topik-topik penting kepada pelajar dan membahagikan pelajar mengikut kumpulan. Pelajar diberikan masa selama seminggu untuk menyiapkan tugasan mereka. Guru berperanan sebagai fasilitator, mengumpulkan serta menyemak hasil kerja pelajar. Pelajar akan membentangkan hasil kerja dan bermain permainan teka silang kata ini bersama-sama melalui kaedah ICT semasa program kecemerlangan yang akan diadakan pada awal bulan September. Hasil kerja pelajar akan dicetak dan diedarkan kepada semua pelajar tingkatan lima sebagai bahan ulangkaji. Keberkesanan teknik ini dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan 1, percubaan 2 dan peperiksaan SPM. 1

Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

YONG SHU LAN S.M Tinggi Kota Kinabalu Kota Kinabalu, Sabah.Guru Cemerlang Sejarah.

Beliau banyak menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan teknik menjawab soalan peringkat PMR dan SPM kepada pelajar-pelajar di Sabah. Ceramah tentang teknik P&P yang efektif dan berkesan juga dikendalikan khas untuk guru-guru Sejarah di Sabah. Beliau juga seorang penggubal soalan peperiksaan peringkat negeri dan jurulatih utama bagi subjek sejarah peringkat PMR dan SPM. Kajian tindakan yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar turut dihasilkan demi meningkatkan kemahiran P&P bilik darjah.

CARA MUDAH MENGULANGKAJI SEJARAH SPM : PERMAINAN TEKA SILANG KATA

Kertas kerja ini bertujuan memperkenalkan kaedah yang mudah untuk membantu guru-guru Sejarah mengajar murid-murid untuk mengulangkaji subjek ini khasnya menguasai teknik menulis jawapan esei dengan betul dan lengkap. Program ini dilaksanakan pada hujung bulan Ogos. Melalui pendekatan ini pelajar diminta membawa buku teks bersama semasa proses P&P dalam kelas. Guru akan tunjukkan cara untuk bermain melalui kaedah ICT (Power Point). Selepas diberikan pendedahan awal, guru akan memberikan topik-topik penting kepada pelajar dan membahagikan pelajar mengikut kumpulan. Pelajar diberikan masa selama seminggu untuk menyiapkan tugasan mereka. Guru berperanan sebagai fasilitator, mengumpulkan serta menyemak hasil kerja pelajar. Pelajar akan membentangkan hasil kerja dan bermain permainan teka silang kata ini bersama-sama melalui kaedah ICT semasa program kecemerlangan yang akan diadakan pada awal bulan September. Hasil kerja pelajar akan dicetak dan diedarkan kepada semua pelajar tingkatan lima sebagai bahan ulangkaji. Keberkesanan teknik ini dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan 1, percubaan 2 dan peperiksaan SPM.

1

Page 2: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

CARA MUDAH MENGULANGKAJI SEJARAH SPM : PERMAINAN TEKA SILANG KATA

OLEH : YONG SHU LAN

SEKOLAH MENENGAH TINGGI KOTA KINABALU, SABAH

1.0Pengenalan

Membangunkan modal insan minda kelas pertama merupakan misi nasional.

Usaha Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan subjek sejarah sebagai

mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah memang satu langkah yang

positif ke arah melahirkan modal insan yang bersemangat patriotik dan berkualiti

selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin merealisasikan konsep ‘Satu

Malaysia’ Sesungguhnya, sesetengah pelajar tidak berminat untuk mempelajari

subjek ini kerana terlalu banyak fakta yang perlu dihafal. Mereka turut

menganggap mempelajari sejarah amat membosankan kerana mempelajari

benda atau tokoh yang telah mati. Padahal, menurut E.H. Carr, sejarah terdiri

daripada sekumpulan fakta yang telah diteliti dan dipastikan. Melalui kertas kerja

ini, saya ingin mengubah pandangan pelajar dan cuba menarik minat pelajar

terhadap subjek ini dengan cara permainan teka silang kata. Dengan cara ini,

pelajar akan melibatkan diri secara langsung dan bekerjasama antara satu sama

lain dalam proses menghasilkan permainan dan jawapan yang diarahkan oleh

guru. Hal ini akan membantu mereka untuk menghafal fakta-fakta penting bagi

sesuatu topik. Pendapat ini dapat disokong oleh kata-kata Blaise Astra Parker,

iaitu ‘I believe that learning is an interactive and collaborative process’. Maka,

sudah tentulah rungutan pelajar tentang kebosanan menghafal dan mempelajari

sejarah sedikit sebanyaknya dapat diatasi.

2.0Kumpulan Sasaran

Pendekatan yang saya amalkan sesuai untuk pelajar-pelajar yang bakal

menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hujung tahun. Di peringkat

permulaan, sebanyak 80 orang pelajar tingfkatan 5 dipilih dalam kajian ini. Hal

2

Page 3: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

ini kerana mereka telah didedahkan sukatan tingkatan 4 dan 5 selewat-lewatnya

pada hujung bulan Julai. Pelajar-pelajar tingkatan lima juga telah menduduki

peperiksaan percubaan satu SPM pada pertengahan bulan Ogos. Oleh hal

yang demikian, markah peperiksaan percubaan satu ini akan diambil kira

sebagai markah Pra ujian sementara markah dan keputusan peperiksaan

percubaan dua serta peperiksaan SPM sebenar dianggap sebagai markah

Pasca ujian untuk menilai keberkesanan kajian ini.

3.0Kaedah Pelaksanaan

Kaedah pelaksanaannya adalah berdasarkan jadual kerja berikut:

3.1 Taklimat awal guru kepada pelajar berkenaan tugasan

Taklimat awal guru kepada pelajar berkenaan tugasan disampaikan selewat-

lewatnya seminggu sebelum cuti sekolah penggal kedua.

Untuk menjayakan program ini, guru Sejarah perlu membahagikan pelajar

kepada kumpulan kecil iaitu 2 orang dalam satu kumpulan. Tajuk atau topik

tertentu juga perlu diberikan kepada setiap kumpulan dengan cara mencatatkan

tajuk dalam senarai nama kelas pelajar. Pelajar-pelajar yang terlibat juga perlu

dimaklumkan supaya membaca dan membuat kumpulan perbincangan untuk

menghasilkan kertas kerja dan menghasilkan permainan dalam bentuk ‘Power

Point’ semasa cuti sekolah. Guru juga memberikan sampel permainan dalam

bentuk cakera padat (CD) kepada pelajar untuk membantu pelajar menghasilkan

kertas kerja dengan lebih cepat iaitu hanya mengubah isi kandungan “slide

power point’ berdasarkan rangka yang diberi. Pendekatan yang disarankan

dalam kertas kerja ini banyak memanfaatkan masa cuti sekolah pelajar. Cuti

sekolah selama satu minggu pasti membolehkan pelajar menghasilkan

permainan teka silang kata yang menarik. Topik yang ditetapkan untuk setiap

pelajar akan membantu mereka benar-benar memahami isi kandungannya.

Memang tidak wujud halangan dari segi masa atau kerja rumah yang banyak

seperti yang dialami mereka pada hari-hari persekolahan biasa.

3

Page 4: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

Selepas cuti semester kedua, guru mengumpul dan menyemak hasil kertas kerja

pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pada bulan September, Program

kecemerlangan Sejarah SPM akan dijalankan. Dalam program ini, masa 2 jam

diperuntukkan untuk bermain permainan ini dan menguji keberkesanan teknik ini

di samping memberikan peluang kepada para pelajar untuk membentangkan

hasil kerja mereka. Hasil kerja yang cemerlang dan menarik akan diutamakan

dalam proses pembentangan ini. Sementara hasil kerja bagi kumpulan lain akan

dicetak dan diedarkan kepada semua pelajar yang terlibat. Selain itu, hasil kerja

ini turut diedarkan untuk pelajar kelas lemah dan menggalakkan guru-guru yang

mengajar kelas-kelas lemah ini agar menggunakan kaedah ICT’Power Point’

atau dicetak dalam kertas edaran untuk mengulangkaji bersama-sama pelajar

semasa proses P&P.

3.2 Peraturan Permainan

Pelajar yang bermaian permainan ini perlu memahirkan diri dari segi

penguasaan kata kunci bagi setiap fakta atau isi penting. Berdasarkan pendapat

Blaise Astra Parker, beliau mengatakan bahawa ‘ I engage critical thinking and

active learning is through relying on classroom discussion to draw out key

points’

Jelaslah bahawa penguasaan kata kunci memang penting untuk membantu dan

memudahkan pelajar menghafal serta menghurai sesuatu fakta.

3.3 Cara-cara bermain

Langkah 1 : Pelajar diminta mencari kata kunci berdasarkan soalan yang

dikemukakan di atas petak teka silang kata. Kertas edaran juga diberikan kepada

pelajar agar mereka boleh menandakan jawapan dalam ruangan yang

disediakan. Pelajar akan mencari jawapan berpandukan buku teks sejarah

tingkatan 4 dan 5. ( Sila rujuk ‘slide power point’ 1 pada lampiran 1)

Langkah 2 : Guru membincangkan jawapan teka silang kata yang diperoleh

pelajar dalam ‘slide power point’ 1 dan seterusnya menayangkan slide ke-2

( Sila rujuk ‘slide power point’ 2 pada lampiran 1)

4

Page 5: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

Langkah 3 : Setelah mendapat dan mengenalpasti jawapan bagi setiap kata

kunci, setiap pelajar diminta menghuraikan fakta atau isi berdasarkan kata kunci

tersebut. ( Sila rujuk ‘slide power point’ 3 pada lampiran 2)

Langkah 4 : Pelajar diminta menghasilkan esei yang lengkap dalam kertas

kajang berdasarkan jawapan dalam ‘slide power point’ ke-3.

Contoh esei yang lengkap :

Antara usaha yang dijalankan oleh pemimpin politik untuk melahirkan Pakatan

Murni ialah melalui cadangan pembukaan UMNO kepada rakyat bukan Melayu.

UMNO juga sanggup berunding dengan kaum lain untuk kepentingan masa

depan negara. Selain itu, pemimpin politik turut menganjurkan penubuhan Parti

Perikatan. Kerakyatan Negeri 1951 juga diberikan kepada imigran yang lahir di

Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimanapun,syaratnya ialah ibu atau bapanya

telah menjadi rakyat Tanah Melayu. Langkah ini merupakan jalan penyelesaian

untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan menjadi asas kemerdekaan.

3.3 Perbincangan kandungan pelajaran tingkatan 4 dan 5 khasnya

topik-topik penting bersama pelajar

Sebelum peperiksaan percubaan kedua berlangsung, guru boleh meluangkan

dua waktu pengajaran (80 minit) untuk berbincang dengan pelajar tentang topik-

topik penting SPM berdasarkan edaran analisis soalan tahun-tahun lepas yang

dihasilkan oelh guru . Perbincangan ini secara tidak langsung menguji

pemahaman dan penguasaan pelajar tentang isi kandungan pelajaran. Guru

boleh menguji penguasaan pelajar hanya dengan cara lisan sahaja. Guru boleh

juga melukis peta minda yang ringkas di papan putih dan meminta pelajar keluar

untuk melengkapkannya. Perbincangan sedemikian turut membantu pelajar

mengingat kembali fakta yang telah dibaca dan memberi mereka keyakinan

untuk menghadapi peperiksaan. Secara tidak langsung, pelajar mendapat

bimbingan daripada guru bahkan menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih mudah. Di samping itu, proses mengulangkaji subjek ini

dalam kalangan pelajar juga akan menjadi lebih seronok dan lebih bermakna.

5

Page 6: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

Selain itu, pengetahuan sedia ada pada diri pelajar akan memudahkan guru

mendapat maklum balas bagi soalan-soalan yang ditujukan kepada pelajar dan

membolehkan proses perbincangan menjadi lebih lancar.

3.5 Melatih pelajar menjawab soalan berbentuk struktur dan esei

semasa menghadapi peperiksaan

Setelah semua topik penting telah dihasilkan dalam bentuk permainan, dan

proses perbincangan selesai, tugas guru sejarah selanjutnya ialah melatih

pelajar menjawab soalan struktur dan esei berorientasikan peperiksaan.

Tugasan ini nescaya lebih mudah sebab pelajar sudah menguasai teknik

mengulangkaji dan menghurai esei bahkan telah menduduki peperiksaan

percubaan dua di peringkat sekolah. Selepas teknik mengulangkaji ini

didedahkan kepada pelajar, tugas guru yang seterusnya hanya perlu mengajar

teknik menjawab soalan dan memahami kehendak soalan berorientasikan

peperiksaan. Guru akan memberikan soalan esei penting yang diramal kepada

pelajar. Setelah perbincangan diadakan selama lebih kurang 10 minit, pelajar

diarahkan untuk menulis esei yang lengkap dalam kertas kajang. Jumlah masa

yang diperuntukkan adalah sebanyak 25 minit. Setelah masa tamat, guru

mengumpul tugasan pelajar untuk menyemak jawapan yang ditulis oleh mereka.

Contoh jawapan pelajar yang cemerlang akan dilekat pada papan penyataan

selama seminggu dan akan diberikan markah bonus iaitu sebanyak 2 markah

untuk ditambah dalam markah peperiksaan penggal sebagai galakan kepada

pelajar. Cara ini dilakukan secara berulang iaitu seminggu sekali sehingg peperik

saan SPM berlangsung.

4.0 Kebaikan Pendekatan Ini

Pendekatan mengulangkaji dengan cara permainan teka silang kata ini mampu

membantu pelajar mengulangkaji subjek sejarah dengan lebih seronok dan

berkesan. Kaedah ini juga dianggap sebagai kaedah yang berpusatkan pelajar.

Pelajar melibatkan diri secara langsung dalam proses menghasilkan permainan dan

jawapan atas bimbingan guru. Beban kerja guru juga dapat diringankan kerana

secara tidak langsung, pelajar membantu guru menyediakan bahan P&P yang amat

bernilai. Bahan ini juga dapat dikongsi bersama dengan pelajar daripada kelas

6

Page 7: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

lemah. Guru juga tidak perlu membazirkan masa untuk menggunakan teknik

pengajaran yang berpusatkan guru seperti penerangan dan bercerita yang dianggap

amat membosankan. Sebenarnya, amalan sesetengah guru membaca bab demi bab

bersama pelajar semasa waktu Sejarah dan meminta pelajar menyalin nota

berdasarkan buku teks tanpa memahami maksudnya adalah tidak digalakkan kerana

teknik ini mengambil masa yang lama terutamanya apabila musim peperiksaan

menjelang. Akhirnya pelajar kurang dilatih menjawab soalan struktur dan esei

berorientasikan peperiksaan kerana kesuntukan masa. Memang kita tidak dapat

menafikan bahawa cabaran guru Sejarah semakin berat Namun, sekiranya guru

kreatif, inovatif dan dapat memikirkan teknik mengajar yang terancang serta efektif,

masa pengajaran dapat dioptimumkan dan sebarang cabaran yang dihadapi pasti

dapat diatasi dengan lebih mudah.

5.0 Dapatan Kajian

Berikut merupakan keputusan pelajar yang terlibat bagi subjek Sejarah dalam

peperiksaan Percubaan peringkat sekolah :

Jadual 1 :

Analisis kekerapan pencapaian ujian pra dan ujian pasca mengikut gred dan bilangan pelajar

Gred Markah Kekerapan bil

pelajar dalam

peperiksaan

percubaan 1

(Pra ujian)

Kekerapan bil

pelajar dalam

peperiksaan

percubaan 2

( Pasca ujian )

+/- Keputu

-san

SPM

+/- %+/-

A+ 90-100 1 4 +3 4 0 0

A 80-89 7 4 -3 9 +5 6.25

A- 75-79 6 5 +1 13 +8 10

B+ 70-74 5 10 +4 12 +2 2.5

B 65-69 7 7 0 13 +6 7.5

C+ 60-64 8 7 -1 12 +5 6.25

C 55-59 8 4 -4 11 +7 8.75

D 50-54 5 15 +10 3 -12 -15

E 45-49 5 6 +1 2 -4 -5

G 0-44 28 18 -10 1 -17 -21.25

7

Page 8: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

Percubaan 1 percubaan 2 SPM0

5

10

15

20

25

30

A+AA_B+BC+CDEG

Graf 1 : Analisis kekerapan pencapaian ujian pra dan ujian pasca mengikut gred serta bilangan pelajar

Berdasarkan jadual 1, analisis kekerapan pencapaian antara ujian pra ( Peperiksaan

Percubaan 1 ) dengan ujian pasca ( Peperiksaan Percubaan 2 ) mengikut gred dan

bilangan pelajar, didapati hasil keputusan ujian pasca menunjukkan perubahan

peningkatan pencapaian pelajar dan bilangan pelajar yang gagal jelas menunjukkan

penurunan dari segi bilangan mahupun peratus. Peningkatan yang menonjol dapat

dibuktikan melalui keputusan peperiksaan SPM iaitu peratus kelulusan mencapai

98.75% berbanding dengan uian pra yang hanya mencatat peratus kelulusan sebanyak

65%.

Merujuk jadual 1, didapati secara keseluruhannya kaedah ini dianggap amat berjaya,

memangdangkan keputusan peperiksaan SPM 2009 bagi kumpulan sasaran yang sama

menunjukkan peningkatan. Pencapaian pelajar yang mendapat lulus penuh daripada

gred A hingga E semasa ujian pra adalah seramai 52 ( 65% ) orang pelajar manakala

ujian pasca seramai 62 ( 77.5% ) orang pelajar. Peningkatan yang amat ketara terlihat

pada gred A hingga D dalam keputusan SPM 2009, iaitu 79 ( 98.75% ) orang pelajar.

8

Page 9: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

6.0 Refleksi Kajian

Berdasarkan dapatan daripada analisis kualitatif dan kuantitatif, kaedah pembelajaran

berasaskan permainan teka silang kata dengan bantuan penggunaan komputer riba dan

LCD projektor memperlihatkan realiti dalam kalangan pelajar yang amat bermotivasi dan

menunjukkan perubahan tingkah laku yang amat positif ketika sesi P&P dan sesi

ulangkaji dalam bilik darjah. Kaedah ini boleh juga digunakan tanpa menggunakan

komputer dan LCD. Bergantung pada masa dan kemudahan yang ada pada sekolah.

Kaedah ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan idea,

minat dan kebolehan masing-masing ketika sesi perbincangan dan pembentanga

dijalankan. Peluang ini turut digunakan sepenuhnya oleh semua pelajar untuk

menunjukkan kebolehan dan kemampuan kumpulan masing-masing dengan hasil yang

terbaik dan menarik minat rakan lain untuk mengikutinya. Kaedah ini boleh juga

digunakan oleh guru semasa proses P&P di dalam bilik darjah dan dijadikan sebagai

bahan sokongan P&P ataupun sebagai latihan pengukuhan. Melalui kaedah ini, pelajar

mampu melibatkan diri secara langsung dalam proses pembelajaran dan komunikasi

pelbagai hala dapat diwujudkan.

7.0 Penutup

Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji mendapati penggunaan kaedah atau teknik

permainan teka silang kata ini dalam proses mengulangkaji mahupun P&P dalam bilik

darjah berjaya menarik minat pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka.

Semoga guru-guru Sejarah dapat mengamalkan pendekatan yang saya syorkan dalam

kertas kerja ini untuk membolehkan guru-guru mengajarkan mata pelajaran sejarah

secara sistematik dan efektif. Guru-guru sejarah perlulah berfikiran positif dan

menganggap proses pengajaran dan pembelajaran sejarah bukan lagi sesuatu yang

membosankan malah dianggap begitu mudah. Bah kata peribahasa Melayu, di mana

ada kemahuan, di situ ada jalan. Selamat mencuba.

9

Page 10: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

8.0 Rujukan

1. Ramlah Binti Adam, Shakila Parween Binti Yacob, Abdul Hakim Bin Samuri,

Muslimin Bin Fadzil. (2003) Buku Panduan Guru Sejarah Tingkatan 5. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. ABD. Rahim. Rahim Bin Abd. Rashid, Rosnanaini Binti Sulaiman, Akashah Bin

Ismail. ( 2003) Buku Panduan Guru Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

3. Kementerian Pelajaran Malaysia. Manual Kajian Tindakan. Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran

Malaysia

4. Blaise Astra Parker (2003). Teaching Philosophy. The University Of Georgia.

Retrieved 10 May, 2010 from http://blaze.myweb.uga.edu/pedagogy.html

10

Page 11: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

Lampiran 1

‘Slide Power Point’ 1

‘ Slide Power Point’ ke-2

11

Page 12: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

Lampiran 2

‘Slide Power Point’ ke- 3

12

Page 13: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

Lampiran 3

Guru sedang memberikan taklimat kepada pelajar.

Lampiran 2

13

Page 14: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

Pelajar sedang berbincang dalam bentuk kumpulan untuk mencari jawapan

berdasarkan buku teks.

Lampiran 4 : Slide Power Point 4

Contoh Hasil Kerja Pelajar

14

Page 15: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

Lampiran 5

Slide Power Point 4 dan 6

15

Page 16: Cara Mudah Mengulangkaji Sejarah Spm

16