43

Ceramah batasan aurat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ceramah batasan aurat
Page 2: Ceramah batasan aurat

WHO AM I ?

Kenali diri anda

م�ن� �ا؟ �ن أ

Page 3: Ceramah batasan aurat

Smart nampak!!! Dari mana, nak ke mana?

•DARI MANA KITA DATANG?•APA TUJUAN KITA DATANG KE DUNIA INI? •KE MANAKAH KESUDAHAN KITA?

Page 4: Ceramah batasan aurat

Maka Bermulalah Perjalanan Hidup Seorang Insan

Page 5: Ceramah batasan aurat

ALLAH JADIKAN MANUSIA TERDIRI DARIPADA LELAKI

DAN PEREMPUAN

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. AL-HUJURAT

Page 6: Ceramah batasan aurat

Demi menjaga kesejahteraan, kebahagiaan dan keselamatan hidup manusia MAKA ALLAH telah mengadakan peraturan dan undang-undang. Peraturan dalam makan minum, jual beli, hiburan, bermasyarakat, politik dan lain-lain. Begitu juga peraturan dan undang-undang dalam berpakaian dan pergaulan antara lelaki dan perempuan……..Jika tidak ….

Page 7: Ceramah batasan aurat

BATASAN AURAT DAN ETIKA

PERGAULAN MUSLIM DAN

MUSLIMAT

Page 8: Ceramah batasan aurat

PENGERTIAN ‘AURAT

Secara mudahnya aurat dapat diertikan sebagai bahagian tubuh badan, sama ada lelaki ataupun wanita yang diwajibkan oleh syarak menutupnya daripada pandangan mata.

Page 9: Ceramah batasan aurat

HUKUMMenutup aurat adalah wajib kepada setiap orang yang beragama Islam sama ada lelaki atau perempuan terutama apabila ber-hadapan dengan pandangan orang yang bukan mahramnya ( yang diharuskan kahwin dengannya)

Page 10: Ceramah batasan aurat

BATASAN ‘AURATLelaki :

Antara pusat dan lutut. Perempuan : Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Page 11: Ceramah batasan aurat

ANTARA SESAMA MAHRAM DAN

AJNABI

BATASAN ‘AURAT

Page 12: Ceramah batasan aurat

Mahram : Mereka yang haram dikahwini.

Ajnabi : Mereka yang boleh dikahwini.          

Page 13: Ceramah batasan aurat

Aurat di khalayak awam

1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

Batasan-batasan ‘Aurat:

Page 14: Ceramah batasan aurat

Pusat dan Lutut

Seluruh anggota

badan kecuali muka dan dua tapak tangan

Tiada Batas Aurat

Di hadapan mahramnya

Dihadapan wanita mukminah

Ketika seorang diri

Di hadapan lelaki ajnabi

Di hadapan wanita fasik dan kafir

Bersama suami

Batasan Aurat

Wanita

Page 15: Ceramah batasan aurat

Batasan aurat wanita :

1. Di hadapan mahramnya - wajib menutup anggota antara pusat dan lututnya.- Haram menampakkan peha atau anggota di bawah pusat.

2. Di hadapan lelaki ajnabi - Semua anggota kecuali muka dan dua tapak tangan ( hingga kepergelangan tangan ).

Page 16: Ceramah batasan aurat

3. Di hadapan wanita mukminah- Auratnya antara pusat dan lutut.

.

4. Di hadapan wanita fasik dan kafir- Semua anggota kecuali muka dan dua tapak tangan.

5. Ketika seorang diri ( di dalam bilik atau di dalam bilik air )- Auratnya antara pusat dan lutut.6.Bersama suami- Tiada batasan aurat

Page 17: Ceramah batasan aurat

Pusat dan Lutut

Tiada Batas Aurat

Menutup qubul dan dubur

Di hadapan mahramnya

Dihadapan lelaki Muslim

Di hadapan perempuan ajnabi

Di hadapan lelaki fasik dan kafir

Ketika seorang diri

Bersama isteri

Batasan Aurat Lelaki

Page 18: Ceramah batasan aurat

Batasan aurat lelaki :1. Di hadapan mahramnya- wajib menutup anggota antara pusat dan lututnya.

2. Di hadapan perempuan ajnabi - Sebahagian besar anggota termasuk antara pusat dengan lutut

3. Di hadapan sesama lelaki muslim- Auratnya antara pusat dan lutut.

Page 19: Ceramah batasan aurat

4. Di hadapan lelaki fasik dan kafir- Sebahagian besar anggota termasuk antara pusat dengan lutut

5. Ketika seorang diri- Menutup qubul dan dubur (kemaluan hadapan dan belakang)

6. Bersama isteri- Tiada batasan aurat.

Page 20: Ceramah batasan aurat

Batasan Pergaulan Antara Lelaki Dan

PerempuanMaksud pergaulan: ialah bergaul atau bercampur antara lelaki dan wanita ajnabi(yang sah kahwin) di satu tempat dalam bentuk pandang memandang, perbualan atau sebarang bentuk interaksi yang lain.

Page 21: Ceramah batasan aurat

Menundukkan pandangan

Adanya pembatas

antara lelaki dengan wanita

 Menutup Aurat

Tidak Melunakkan

Ucapan (Percakapan)

Tidak Menyentuh

Kaum Berlawanan

Jenis

Memelihara kehormatan

Diri

Batasan Pergaulan Antara

Lelaki Dan Perempuan

Page 22: Ceramah batasan aurat

Menundukkan pandangan

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. (An-Nuur : ayat 30)

Page 23: Ceramah batasan aurat

Permakaian tudung dan menutup aurat adalah dua benda yang sangat berbeza. Dengan memakai tudung, perempuan itu tidak semestinya menutup aurat dan sekiranya pemakaian yang menutup seluruh badan pun tidak semestinya ia melambangkan aurat perempuan tersebut telah ditutup sepenuhnya. Penjelasan yang panjang sebenarnya diperlukan untuk menerang semua ini, namun Islam melarang perempuan muslim mendedahkan badannya (kecuali muka dan pergelangan tangan & tangan), bentuk badannya dan apa-apa yang boleh menarik perhatian spesis yang berlawanan jantina.

Menutup Aurat

Page 24: Ceramah batasan aurat

PAKAIAN MUSLIMAH MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.

Page 25: Ceramah batasan aurat

● Berpakaian sopan menurut syarak, iaitu tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan tudung dilabuhkan melebihi paras dada. Tidak salah berfesyen asalkan menepati standard piawaian pakaian Islam.

● Elakkan daripada memakai pakaian yang tidak menggambarkan identiti kita sebagai seorang Islam. Hadith Nabi SAW menyebutkan : “Barangsiapa yang memakai pakaian menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat kelak..” ( Riwayat Ahmad, Abu Dawud, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Page 26: Ceramah batasan aurat

KEPENTINGAN MEMILIH KAWAN YANG BAIK

Dipetik daripada kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud, “Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu”. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh kawan dalam kehidupan kita.

Page 27: Ceramah batasan aurat

PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK

MENDORONG MINAT UNTUK BELAJAR DAN MENUNTUT ILMU.

Rakan yang jahat lebih cenderung untuk melakukan kejahatan dan hatinya tertutup untuk menuntut ilmu. Ilmu tidak akan bertempat di hati yang kotor disebabkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Bila ilmu diabaikan maka tunggulah kemusnahan dan kegelapan  masa depannya.

Page 28: Ceramah batasan aurat

Rakan yang baik akan sentiasa mendorong ke arah kebaikan, serta mempunyai motivasi yang tinggi ingin lebih berjaya.

PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK

Page 29: Ceramah batasan aurat

PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK

Rakan yang baik sentiasa mengingati apabila kita alpa atau lalai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang murid dan anak.

Page 30: Ceramah batasan aurat

PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK

Rakan yang baik akan sentiasa melakukan amar ma’ruf nahi munkar dan berakhlak mulia.

Page 31: Ceramah batasan aurat

PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK

Sentiasa mementingkan pelajaran dan kejayaan.Dapat belajar bersama-sama dan membantu terutama dalam menyelesaikan masalah dalam pelajaran (peribahasa, meminta pada yang ada bertanya pada yang tahu)

Page 32: Ceramah batasan aurat

PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK

Kita akan menjadi baik atau kita akan memperoleh kebaikan yang dilakukan oleh teman kita. Sedangkan bergaul dengan teman yang jahat juga mempunyai dua kemungkinan yang kedua-duanya jahat, (buruk) iaitu:Kita akan menjadi jahat atau kita akan ikut memperoleh kejahatan yang dilakukan teman kita.Bahkan Rasulullah s.a.w menjadikan seorang teman sebagai contoh terhadap baik dan buruknya agama seseorang.

Page 33: Ceramah batasan aurat

PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK

Memiliki nilai-nilai peribadi yang luhur dan sentiasa berfikiran terbuka dan banyak membimbing kita ke jalan yang benar 

Page 34: Ceramah batasan aurat

PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK

Mempunyai prinsip dan teguh jati diri - tidak mudah terjebak dalam angkara yang memudaratkan seperti gejala sosial. Sentiasa menghindari daripada segala perbuatan yang tidak baik. (peribahasa, bak ikan di laut walaupun sepanjang hayat badannya tetap tidak masin).

Page 35: Ceramah batasan aurat

Bahaya Pengaruh Negatif Rakan Sebaya

Pengaruh

Negatif Rakan Sebaya

PONTENG

PERGAULAN

BEBAS

LEPAKGANGSTERI

SME

VANDALISME

MEROKOK

Page 36: Ceramah batasan aurat

PONTENG

●Kemunduran di dalam pelajaran. ●Terdedah kepada pengaruh luar sekolah dan jenayah.

KESAN

Page 37: Ceramah batasan aurat

MEROKOK

Wang saku yang dibekalkan ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Rakan yang tidak merokok dijadikan mangsa untuk membawa rokok ke sekolah. Remaja mula memeras ugut pelajar lain bagi mendapatkan wang untuk membeli rokok. Kesan dalaman yang lebih bahaya ialah barah paru-paru.

KESAN

Page 38: Ceramah batasan aurat

VANDALISME

KESAN

●Banyak harta benda sekolah dan awam musnah. Menyusahkan pengguna-pengguna lain.●Mencemar persekitaran dengan grafiti yang biasanya menggunakan kata-kata kesat dan lucah.

Page 39: Ceramah batasan aurat

GANGSTERISME

KESAN

●Remaja memiliki sifat-sifat negatif. ●Remaja terpesong pegangan hidup. ●Pemikiran remaja dipenuhi keburukan. ●Menimbulkan pergaduhan. Berlakunya peras ugut.

Page 40: Ceramah batasan aurat

LEPAK

KESAN

●Pembaziran masa dan wang kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.●Memudahkan lagi remaja terjebak dengan gejala sosial yang lebih buruk kerana pengaruh rakan-rakan lepak mereka. ●Melahirkan generasi yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya akan menjatuhkan martabat negara.

Page 41: Ceramah batasan aurat

●Pergaulan bebas membawa kepada hubungan seks rambang. ●Berlakunya kes-kes remaja perempuan mengandung di luar nikah. ●Berlakunya gejala bohsia. ●Berlakunya kes pembuangan bayi.●Melarikan diri dari rumah.

KESANPERGAULAN BEBAS

Page 42: Ceramah batasan aurat

Umat Islam sepatutnya sedar bahawa kewajipan menutup aurat sama pentingnya seperti kewajipan menunaikan solat lima waktu yang tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa jua keadaan kecuali bagi wanita yang sedang uzur syar’ie. Oleh itu marilah kita sama-sama menjunjung perintah Allah SWT agar hidup kita sentiasa diredaiNya, Amin.

Page 43: Ceramah batasan aurat

MENUTUP AURAT SATU SYARIAT,KEPADA AGAMA KITA TAAT,

HIDUP BERKAT, PAHALA BERLIPAT LIPAT,DIDUNIA KITA SELAMAT, AKHIRAT NANTI HEBAT.

SEKIAN TERIMA KASIH

USTAZAH HADIAH BINTI SALEHA