73
PENGAJARAN BERKESAN 1. Menerangkan ciri-ciri guru yang berkesan Definisi Guru Berkesan Definisi operasional tentang gegasan guru berkesan sangat kompleks (Zulkifli, PPK,1998) Berkait rapat dengan : Personaliti Sikap Pengalaman mengajar Bakat dan pencapaian Menurut Brophy & Good(1998) Harapan yang bersesuaian dengan pelajar Kemahiran dalam pengurusan kelas Pemberian peluang untuk mempelajari Pengajaran tidak membosankan Mengajar untuk pelajar menguasai Menggalakkan suasana pembelajaran Ciri Guru Berkesan (Zigmond,1996) Sahsiah yang tidak dapat dilupakan oleh pelajar Mempunyai pengetahuan akademik yang tinggi dalam mata pelajaran yang diajar Mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pedagogi Boleh terjemahkan teori kepada amalan

Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pembangunan diri

Citation preview

Page 1: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

PENGAJARAN BERKESAN

1. Menerangkan ciri-ciri guru yang berkesan

Definisi Guru Berkesan

• Definisi operasional tentang gegasan guru berkesan sangat kompleks (Zulkifli, PPK,1998)

• Berkait rapat dengan :

– Personaliti

– Sikap

– Pengalaman mengajar

– Bakat dan pencapaian

• Menurut Brophy & Good(1998)

– Harapan yang bersesuaian dengan pelajar

– Kemahiran dalam pengurusan kelas

– Pemberian peluang untuk mempelajari

– Pengajaran tidak membosankan

– Mengajar untuk pelajar menguasai

– Menggalakkan suasana pembelajaran

Ciri Guru Berkesan (Zigmond,1996)

• Sahsiah yang tidak dapat dilupakan oleh pelajar

• Mempunyai pengetahuan akademik yang tinggi dalam mata pelajaran yang diajar

• Mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pedagogi

• Boleh terjemahkan teori kepada amalan

• Sedar dan memahami bahawa belajar untuk pengajaran ialah proses sepanjang hayat

• Berupaya menghasilkan sasaran pembelajaran yang diingini

Ciri-ciri Guru Berkesan

Page 2: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

1. Kecekapan Bidang

2. Kepelbagaian Kaedah Mengajar

3. Penglibatan Pelajar Dalam Pengajaran

4. Enthusiasm

5. Susunan dan Kejelasan

1. Kecekapan Bidang• Guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam dalam bidangnya • Membolehkan guru….

1. mengajar dengan yakin 2. mengawal kelas dengan baik 3. merancang dan mengajar dengan baik

• Guru perlu mempelajari perkara yang beliau kurang mahir.

2. Kepelbagaian Kaedah Mengajar-Guru mengaplikasikan kepelbagaian kaedah dalam menyampaikan isi pelajaran -Kaedah pengajaran teori adalah berbeza daripada kaedah mengajar kemahiran.-Guru perlu mahir dalam pelbagai kaedah mengajar.

3. Penglibatan Pelajar dalam Pengajaran

• Guru perlu fikir cara menglibatkan pelajar.• Penglibatan pelajar membantu meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.• Contoh penglibatan: penyoalan, melibatkan pelajar dalam aktiviti, permainan, dsb.• Guru perlu sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan pelajar.

4. Enthusiasm (minat, semangat, keghairahan)

-Mempamerkan keyakinan dalam perkara yang hendak diajar.

-Menunjukkan kesungguhan semasa mengajar melalui nada suara dan gerak geri.

-Kelihatan bertenaga dan gembira semasa mengajar

5. Susunan dan Kejelasan

Page 3: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

• Objektif pengajaran disediakan dengan jelas

• Isi pelajaran dan aktiviti pengajaran disusun mengikut objektif

• Isi pelajaran disampaikan mengikut urutan.

• Penerangan guru jelas dan boleh difahami oleh pelajar

Prinsip-prinsip P&P berperanan sebagai panduan kepada guru untuk menjalankan pengajaran dengan berkesan

1. Pembelajaran pelajar meningkat jika P&P bermula daripada tahap PSA pelajar

2. P&P meningkat jika pelajar dimotivasi untuk belajar

3. Pengajaran yang tersusun dan jelas akan meningkatkan proses pembelajaran pelajar

4. Pengajaran yg melibatkan pelajar akan meningkatkan motivasi pelajar dalam apa yang dipelajari

5. Peningkatan pembelajaran di kalangan pelajar yg mengetahui kemajuan pelajaran adalah > baik dpd yang tdk diberi maklum balas ttg kemajuan pembelajaran mereka.

6. P&P yg berkesan = P&P yg ambilkira perbezaan individu

7. Pembelajaran yg jelas matlamatnya akan meningkatkan proses pembelajaran

8. Sesuatu pembelajaran itu bermakna a/b perkara yang dipelajari diingati & diaplikasikan dalam situasi yg baru

9. Kejayaan merupakan motivasi utk belajar

Page 4: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

KE ARAH AMALAN PENGAJARAN GURU YANG BERKESAN: PENGGUNAAN TEKNOLOGI PENGKOMPUTERAN ATAU BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI GURU.

PENGENALAN

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberi penekanan

yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru

dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan

komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran juga dikenali

sebagai pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu merujuk kepada kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran.

Oleh itu, proses P&P perlu diberi ‘sentuhan’ yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isi pelajaran

yang disampaikan memberi input maksimum terhadap kefahaman mereka.

Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran-pembelajaran di sekolah melibatkan

dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas

pembelajaran yang berlaku. Keadaan di mana para pelajar tidak memberi tumpuan dalam peroses P&P adalah

wujudnya pertentangan minat mereka disebabkan kebergantungan guru sepenuhnya terhadap kurikulum yang

telah ditentukan untuk diajar kepada para pelajar diperingkat-peringkat tertentu sehingga usaha para guru

tertumpu kepada menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan proses pengajaran yang sepatutnya (Atan

Long, 1982).

Justeru, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seorang pendidik sebelum

terlibat secara langsung dalam proses P&P di sekolah. Menurut Zawawi Hj. Ahmad (1992) pengajaran seorang

guru bukanlah semata-mata dengan hanya menyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada

muridnya. Hal ini kerana, sekiranya seorang guru hanya berbuat demikian maka langkah tersebut belum lagi

menjamin prestasi pengajaran yang tinggi. Dalam pada itu, konsep ‘pengajaran guru dan pembelajaran murid’

menurut beliau lagi merupakan konsep menggunakan pendekatan yang positif bagi menggerakkan motivasi

dalaman murid disamping menyampaikan isi pelajaran yang dikuasai oleh seorang guru. Konsep ini juga

sebagai suatu usaha bagi menimbulkan rasa perlu murid untuk mengikuti pelajaran dan mereka akan berasa

rugi sekiranya tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan.

Sementara itu, Abd.Ghafar Md.Din (2003) mengemukakan proses pengajaran mempunyai ciri-ciri

sains kerana ia melibatkan penyelidikan, pemerhatian dan mempunyai rumusan-rumusan sebagaimana bidang

sains. Tambah beliau lagi, proses ini juga dianggap sebagai suatu seni kerana seorang guru perlu kreatif agar

menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses pengajaran

selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan sempurna bagi menghasilkan

pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan seseorang guru.

Page 5: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Justeru, beliau menyifatkan guru sebagai seorang seniman yang berfungsi sebagai seorang pelakon dengan

menggunakan pergerakan badan, mimik muka dan tekanan suara yang sesuai bagi memenuhi kesempuranaan

proses pengajaran yang dilaksanakan.

Sehubungan itu, fokus perlu diberikan sepenuhnya terhadap proses pengajaran serta faktor-faktor

yang dapat mempertingkat dan memperkembang ke arah mewujudkan amalan pengajaran guru yang berkesan.

Bagi tujuan tersebut kajian berhubung isu proses pengajaran perlu diperhalusi agar ia menjanjikan

keberkesanan sistem pendidikan semasa melalui falsafahnya untuk melahirkan generasi seimbang yang

cemerlang dalam akademik dan pembangunan insan.

KE ARAH PROSES PENGAJARAN BERKESAN

Arus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan dari segenap aspek mahupun lapangan

kehidupan umum. Perubahan positif merupakan anjakan yang perlu dihasilkan bagi mewujudkan kedinamikan

untuk menghadapi cabaran-cabaran baru seiring perkembangan semasa. Justeru, pendidikan masakini perlu

kepada pembaharuan bagi merealisasikan proses pembentukan dan pengembangan potensi diri yang patut

disalurkan kepada para pelajar. Bagi tujuan tersebut penelitian terhadap aspek pengajaran khususnya dalam

bilik darjah menjadi asas pencapaian kecemerlangan akademik buat para pelajar.

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran menjadi elemen terpenting bagi mencapai keberkesanan

isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran berkesan akan hanya dicapai menerusi pendekatan, kaedah

dan teknik yang bersesuaian oleh seorang guru untuk mencapai objektif pengajarannya terhadap isi pelajaran

yang disampaikan. Hal ini melibatkan kemahiran serta penguasaan penuh guru terhadap pelajaran yang

disampaikan. Persediaan mantap berkaitan kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru

membolehkannya menjalankan proses P&P dengan penuh keyakinan dan semangat tinggi. Dengan demikian,

guru akan dapat memberikan sepenuh komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menyampaikan ilmu

pengetahuan kepada para pelajar.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) menyatakan bahawa pengajaran yang berkesan adalah merujuk

kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini

melibatkan corak pengajaran bersturktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran.

Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya

sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan

mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi pelajaran

yang disampaikan.

Mewujudkan proses pengajaran yang berkesan memerlukan kepada komitmen guru sepenuhnya. Ia

melibatkan perancangan dan strategi serta kemahiran guru yang padu dalam mengorganisasi proses P&P bilik

darjah. Langkah awal dalam membentuk satu proses pengajaran yang berkesan adalah dengan menilai

pertindanan domain kognitif, afektif dan psikomotor yang menjadi dasar objektif proses P&P. Guru

seharusnya memerlukan segala persediaan yang rapi meliputi pengetahuan dan kemahiran penyampaian isi

pelajaran agar membuka minda dan minat pelajar. Dengan itu, terbentuklah suasana pembelajaran yang

melibatkan tindak balas positif dan tingkah laku aktif para pelajar.

Selain itu, interaksi sosial guru dan pelajar merupakan sebahagian daripada beberapa

Page 6: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

faktor ke arah keberkesanan pengajaran. Hubungan dua hala (guru-pelajar) yang baik perlu

diwujudkan oleh setiap guru agar masalah berkaitan pelajar dapat diselesaikan seterusnya para pelajar dapat

menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses P&P. Adalah menjadi keutamaan dalam proses pengajaran

untuk mengelakkan daripada berlakunya penyertaan pasif dikalangan pelajar disebabkan kurangnya perhatian

dan fokus serta ketidakselesaan mereka semasa mengikuti proses P&P. justeru, guru berperanan memberikan

motivasi agar para pelajar dapat mengikuti segala maklumat pengetahuan yang disampaikan sepenuhnya.

Penggunaan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kandungan pelajaran turut

menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran. Menurut Atan Long (1982) bahawa sesuatu alat

penyampaian terutama alat yang baru bagi pengalaman pelajar akan dapat menimbulkan minat dan seterusnya

menggerakkan pelajar-pelajar untuk belajar. Sehubungan itu, penyediaan bahan pengajaran yang bertepatan

dengan isi pelajaran akan membawa dimensi baru dalam pembelajaran para pelajar bagi meningkatkan lagi

kefahaman mereka.

Seiring perkembangan semasa, proses pengajaran memerlukan satu usaha yang dapat menjana

perkembangan proses pembelajaran pelajar. Kedinamikan proses pengajaran melalui daya kreativiti mahupun

penggunaan teknologi masakini menjadi asas ke arah melahirkan amalan proses pengajaran berkesan.

Seterusnya hal ini akan menjadikan proses P&P di sekolah dapat memberi sumbangan sepenuhnya kepada

pencapaian kecemerlangan para pelajar serta memperkasakan lagi sistem pendidikan sedia ada.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN

Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi. Kelahiran bidang

teknologi maklumat (ICT) melalui sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah

mempertingkat usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum di seantero dunia. Melalui

kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi

gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan,

penggunaan teknologi pengkomputeraan dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang

lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan

kedinamikan dalam lapangan pendidikan.

Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian

daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan guru dan pelajar.

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu

sebagai alat pentadbiran, alat penyelidikan dan media pengajaran-pembelajaran (V. Pang, Y.K Yap dan Y.M.

Tam, 1992). Jelas bahawa penggunaan komputer secara meluas telah memudahkan kerja-kerja mentadbir dan

mengurus bahkan sebagai instrumen yang dapat membantu ke arah mewujudkan proses pengajaran dan

pembelajaran berkesan.

Proses pengajaran dengan mengaplikasikan teknologi komputer seperti power point, internet, online,

website dan sebagainya dapat membantu para guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran disamping dapat

Page 7: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

membantu mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran sekiranya ia dilaksanakan dengan teliti dan

terancang . justeru, kebolehan guru dalam mengaplikasikan teknologi ini akan memberi nafas baru terhadap

proses pembelajaran pelajar yang akan meningkatkan dan meluaskan pemerolehan ilmu pengetahauan

dikalangan mereka.

Kecenderungan penggunaan teknologi penkomputeran dalam pendidikan telah mewujudakan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Ia juga dikenali sebagai Computer Aided Instruction (CAI). Sistem ini telah mewujudkan inovasi dalam proses P&P

dikalangan guru dan pelajar. Pengajaran berasaskan sistem ini adalah dalam bentuk tutorial elektronik, latih

tubi, simulasi dan penilaian pengetahuan pelajar seperti kuiz dan sebagainya. Pembentukan sistem

pembelajaran seperti ini melibatkan perkakasan-perkakasan teknologi komputer seperti bahan kursus dan

perisian. Bahan kursus adalah hasil dariapada perancangan isi dan strategi PBK berdasarkan objektif

pengajaran dan kumpulan sasaran yang telah dipindahkan (diprogramkan) dalam bentuk yang dapat difahami

komputer. Manakala perisian pula adalah sesuatu aturcara yang mengandungi arahan-arahan untuk

melaksanakan sesuatu tugasan pada komputer berdasarkan permintaan pengguna.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Yusri Mat Johor (2004) mendapati 92.5% daripada 40

orang guru sejarah di 12 buah sekolah menengah dalam daerah Bentong, Pahang bersetuju bahawa penggunaan

komputer dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran sejarah. Hal ini menunjukkan peggunaan

komputer bukan sahaja berdasarkan kelebihan internet, malahan dalam proses pengajaran yang menggunakan

aplikasi teknologi komputer dapat menggabungkan elemen-elemen teks, grafik/visual, audio, video dan

animasi untuk membolehkan proses pengajaran menjadi lebih kreatif dan hidup.

Di samping itu, terdapat juga sistem yang melibatkan penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran. Pembelajaran Diuruskan Komputer (PDK) atauCo mputer Managed Instruction (CMI) berperanan dalam menguruskan hal-hal pengajaran. Ini merujuk

kepada penggunaan komputer yang membantu guru memainkan peranan sebagai pengurus pengajaran dan

pembelajaran. Dengan kata lain, komputer bertindak dalam mengawal (monitors) pembelajaran dan kemajuan

pelajar dengan mentadbirkan pelajaran serta ujian berasaskan komputer, menyimpan rekod pencapaian dan

menjanakan laporan prestasi mereka untuk rujukan guru dan pelajar itu sendiri. Oleh itu, sistem ini telah

memberi kemudahan dalam mengorganisasi pengurusan pelajar seterusnya menjadikan proses P&P lebih

sistematik dan efisien.

Kepesatan dan perkembangan teknologi komputer menerusi jaringan tanpa sempadan (internet) juga

memberi manfaat bagi menambahkan lagi sumber-sumber maklumat pengetahuan. Menerusi teknologi jalur

lebar ini pelbagai disiplin ilmu telah dimuatkan untuk memudahkan pengaksesaan di merata tempat. Secara

langsung, para guru yang dapat mengaplikasikan kemudahan ini akan dapat memperkenalkan pelajar-

pelajarnya menerokai maklumat-maklumat terkini yand dapat diterapkan dalam isi pelajaran yang ingin

disampaikan.

Kemajuan teknologi komputer pada era kini sebagai wahana proses P&P dapat mempertingkatkan

dan memperkembang proses pengajaran yang berkesan ke arah membentuk generasi celik minda dan

penguasaan terhadap kandungan pelajaran.

Page 8: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

MASALAH-MASALAH BERKAITAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN

Penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran sememangnya mendatangkan banyak

manfaat bagi proses pembelajaran pelajar. Namun disebalik itu, tidak dinafikan wujudnya masalah-masalah

yang menjadi kekangan bagi memanipulasikan akan adanya kemudahan ini

Yusri Mat Johor (2004) mengemukakan masalah penggunaan komputer di sekolah yang masih pada tahap kritikal dan sukar untuk diatasi adalah seperti berikut: §

Bilangan komputer

Bilangan peruntukan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi untuk

memaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran bagi para pelajar.

§

Kos pembelian dan pengurusan komputer

Berkaitan hal ini, kos yang tinggi untuk mendapatkan komputer dan kerja-kerja pengurusan yang melibatkan

kemahiran tertentu menjadi faktor penghalang bagi menjayakan penggunaan teknologi komputer sepenuhnya

dalam proses pengajaran. Oleh itu, adalah lebih baik kos yang sedia ada dipergunakan untuk tujuan lain yang

dapat menambah baik kemudahan sekolah bagi memberi keselesaan bagi para guru dan pelajar.

§

Keberkesanan penggunaan komputer

Keberkesanan penggunaan komputer dalam proses pengajaran sememangnya menjadi kemudahan bagi para

guru dan pelajar. Namun, hal ini memerlukan penguasaan guru terhadap segala aplikasi computer untuk

dimuatkan dalam menghasilkan sesuatu proses pengajaran. Sekiranya, bahan yang dihasilkan menerusi

komputer tidak dapat menarik para pelajar untuk mengikuti isi pelajaran maka segala usaha guru dianggap

tidak berbaloi bahkan menyebabkan pembaziran masa.

§

Kemahiran guru dalam mengendalikan komputer

Penggunaan komputer memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya. Justeru, bagi mengaplikasikan

teknologi ini dalam proses pengajaran menuntut kepada kemahiran daripada guru itu sendiri. Tegasnya, hanya

terdapat sebilanag kecil sahaja di kalangan para guru yang dapat mengendalikan dan menguasai aplikasi

komputer ini sepenuhnya. Oleh itu, kurangnya kemahiran yang dimiliki oleh para guru gagal memberi manfaat

penuh kepada proses pengajaran yang melibatkan penggunaan komputer.

Tegasnya, penggunaan teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaran bukanalah suatu yang

mudah untuk dilaksanakan walaupun ia dilihat berpotensi dalam mempertingkatkan lagi proses P&P.

sehubungan itu, kebergantungan sepenuhnya dengan teknologi ini perlu dinilai dengan sewajarnya agar semua

kelompok dalam sistem pendidikan mendapat manfaat yang sama sekaligus mengurangkan jurang pengetahuan

di antara para pelajar bandar dan luar bandar.

KREATIVITI GURU MEKANISME PENGAJARAN BERKESAN

Page 9: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Menjadikan proses pembelajaran berkesan dalam setiap sesi pengajaran isi pelajaran menjadi fokus

utama bagi setiap pendidik. Suasana pembelajaran yang dilatari keceriaan dan keharmonian proses pengajaran

menjadi pemangkin ke arah mencapai objektif pelajaran yang telah dirancangkan. Sehubungan itu, guru

sebagai individu persuatif kepada pelajar memainkan peranan penting bagi mewujudkan suatu bentuk proses

P&P yang mampu memberi daya tarikan di kalangan para pelajar. Tegasnya, kemahiran dalam proses

pengajaran oleh seorang guru yang ditunjangi daya kreativiti menjadi asas utama berhubung isu ini.

Kreativiti dapat difahami sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh individu- individu kreatif

dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru, kreatif

dan berguna bagi manusia (Jauhara Hj. Tak, 1995). Hal ini merujuk kepada kebolehan serta kemahiran yang

dapat dimanipulasi untuk menghasilkan sesuatu yang asli, bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu, penghasilan

satu bentuk pengajaran melalui daya kreativiti disifatkan sebagai satu wadah pembelajaran yang memberi

kesan ke atas satu-satu isi pelajaran. Justeru, adanya daya kreativiti bagi seorang guru yang dapat disesuaikan

dengan proses pengajarannya akan menghidupkan lagi suasana dan meransang penyertaan pelajar dalam

aktiviti pembelajaran.

Fromm (1959) mengemukakan berkenaan individu kreatif sebagai seorang yang selalu melihat

kepada yang baru. Oleh itu , individu seperti ini akan memperlihatkan sifat kedinamikan dalam setiap tingkah

laku dan juga pemikirannya. Dalam konteks keguruan kreativiti berperanan sebagai momentum yang akan

menghasilkan satu proses pengajaran berkesan seterusnya menjadi asas ke arah merealisasikan kecemerlangan

akademik pelajar.

Sementara itu, Robiah Sidin dan Hassan Langgulung (1980) mengemukakan Kreativiti bagi seorang

guru merupakan elemen yang dapat dipergunakan untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran dinamik. Para

guru yang memiliki daya kreatif seringkali mendatangkan banyak idea baru selain dapat mengatasi masalah

dengan menggunakan bahan-bahan serta situasi-situasi tertentu dengan cara luar biasa. Jelaslah bahawa

sekiranya daya kreativiti ini dapat dijelmakan dalam proses pengajaran oleh seorang guru maka proses

pembelajaran pelajar-pelajarnya akan mendapat limpahan maklumat pengetahuan maksimum.

Kemantapan proses pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan pendekatan kreatif oleh seorang

guru menjanjikan suatu proses pembelajaran yang menarik minat pelajar dalam mengikuti isi pelajaran yang

disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, kreativiti guru yang mewarnai proses pengajarannya akan

menjadikan suasana pembelajaran yang kondusif selain membuka ruang untuk pelajar dalam memahami

sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan dan sentiasa mengingati terhadap apa yang telah mereka pelajari

itu. Malahan kreativiti guru tersebut juga secara langsung menanam nilai murni kepada pelajar supaya

melahirkan sesuatu yang berinovasi dalam pemikiran mereka.

Di samping itu, penghasilan proses pengajaran berkesan juga meliputi hubungan dua hala antara guru

dan murid. Bagi menjamin kelangsungan setiap isi pelajaran yang disampaikan hubungan ini akan merangsang

tindak balas (respons) daripada kedua-dua pihak. Perhubungan guru dan pelajar terutamanya dalam bilik

darjah berperanan sebagai medium yang menghubungkan isi pelajaran supaya ia dapat diterima sepenuhnya

oleh para pelajar. Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi guru yang melibatkan gabungan kreativiti dapat

Page 10: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

mewujudkan suatu suasana yang dapat mempengaruhi minda dan respons pelajarnya. Selain itu, Komunikasi

yang baik diantara guru dan pelajar akan mewujudkan kemesraan yang memberi kesenangan dalam proses

pembelajaran sekaligus memberi input pengetahuan bermanfaat bagi para pelajar. Justeru, guru sewajarnya

memberi penekanan terhadap hal ini agar dapat menyumbang ke arah proses pendidikan melalui peningkatan

dan perkembangan hubungan sosial positif terhadap setiap anak didiknya.

Kereativiti dalam proses pengajaran juga melibatkan teknik atau kaedah yang digunakan oleh seorang guru terhadap penyampaian kandungan pelajarannya. Kemahiran

yang ada dalam menguruskan hal-hal ini akan menjana kemajuan dan prestasi pelajar ke arah membentuk

kefahaman mereka. Abd Ghafar Md. Din (2003) menyatakan hal ini bergantung kepada beberapa faktor yang

melibatkan masa pengajaran, jumlah pelajar, bahan pengajaran dan lain-lain lagi. Menurut beliau lagi, dengan

menggunakan pelbagai kaedah pengajaran atau teknik pelajar tidak akan berasa bosan. Oleh demikian, teknik

atau kaedah pengajaran yang bersesuaian akan menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Oleh

itu, ia melibatkan kemahiran dan idea-idea kreatif seorang guru bagi menguruskan hal- hal ini.

Dalam proses pengajaran ia melibatkan gabung jalin isi pelajaran dan aktiviti pelajar. Bagi mencapai

matlamat pengajaran sekaligus menjamin keberkesanannya ia haruslah memberi fokus kepada kecenderungan

pelajar. Ini melibatkan kebebasan memilih pendekatan serta teknik P&P mengikut kemampuan pelajar agar

dapat memberi sepenuh perhatian. Dengan demikian, daya kreativiti guru menjadi asas dalam mencorakkan

proses pengajaran supaya dapat mewujudkan keceriaan pelajar menerusi aktiviti-aktiviti pengajaran seperti

melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan sebagainya yang memperlihatkan perkara-perkara praktikal.

Selain itu, kreativiti guru dapat diwujudkan dalam menyampaikan isi pelajaran semasa proses P&P

dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa yang menjadi sumber maklumat tambahan kepada para pelajar.

Penerangan isi pelajaran dengan perkaitan sumber maklumat semasa akan mencambahkan minda dan

pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya hal ini akan membentuk kefahaman maksimum dan penerapan ilmu

serta mendedahkan mereka kepada realiti dunia semasa. Misalnya, dalam matapelajaran sains yang

membincangkan berkenaan biologi, guru dapat mengaitkan konsep biologi tersebut dengan teknologi

pengklonan yang telah dijalankan oleh beberapa negara maju di dunia dan menimbulkan pelbagai perspektif

masyarakat. Secara tidak langsung perkaitan seperti ini akan menjadikan para pelajar terus menerokai secara

mendalam lagi berkenaan isi pelajaran yang disampaikan.

Tuntasnya, kemahiran dan kebolehan para guru dalam mengendali setiap proses P&P bergantung

kepada keupayaan kreativiti mereka dalam mempelbagaikan corak penyampain isi pelajaran. Justeru, proses

pengajaran sedemikian akan menjadikan pelajar dapat mengikuti setiap isi pelajaran yang disampaikan serta

dapat menguasai pemikiran mereka supaya dapat memberi sepenuh perhatian semasa proses P&P

dilaksanakan.

KESIMPULAN

Keberkesanan proses pengajaran dalam proses P&P merupakan aspek yang sangat penting dalam

sistem pendidikan. Justeru, bagi meningkatkan dan memperhebat usaha- usaha ke arah amalan pengajaran

berkesan memerlukan kepada daya kreativiti guru yang dapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran

Page 11: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

dalam menyampaikan isi pelajaran. Ini dapat dilakukan berdasarkan ketajaman idea-idea baru bagi menjana

penguasan maksimum para pelajar terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan. Sungguhpun kemudahan

teknologi pengkomputeran menjadi arus perdana masakini menjadi dasar kemajuan pembangunan baru, namun

keberkesanannya dalam proses pengajaran hanya dillihat sebagai suatu sumber kemudahan yang tidak bersifat

sepenuhnya. Oleh itu, adalah menjadi keutamaan bagi para guru menggunakan daya kreativiti mereka bagi

mewujudkan kedinamikan proses P&P tanpa bergantung sepenuhnya dengan kemudahan teknologi

pengkomputeran.

RUJUKAN

Atan Long (1982), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: penerbit fajar bakti Abd. Ghafar Md. Din (2003), Prinsip Dan Amalan Pengajaran, Kuala Lumpur: utusan publications & distributors sdn. Bhd Isahak Haron & Koh Boh Boon (1992), Asas-Asas Dalam Amalan Pedagogi,Kuala Lumpur: utusan publications & distributors sdn.bhd Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Kuala Lumpur: Heinemann educational books (Asia) Ltd Jauhara Hj. Tak (1995), Penyelesaian Masalah Dan Pemikiran Kreatif Dalam Pendidikan,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka V. Pang, Y.K. Yap & Y.M Tam (1992), Buku Sumber Komputer Dalam Pendidikan, Selangor: longman malaysia sdn. Bhd G.S Rao, A.K. Roa, Zoraini Wati Abas & Wan Fauzy Wan Ismail (1991),Pe mbelajaran Berbantukan Komputer, Selangor: penerbit fajar bakti sdn. Bhd Yusri mat johor (2004), Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Sejarah Tingkatan Tiga, Kertas Projek Ijazah Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Zawawi hj. Ahmad (1992), Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM, edisi kedua, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Robiah Sidin & Hassan Langgulung (1980), Ke Arah Pembentukan Guru-Guru Yang Kreatif, Kertas Kerja

Tambahan Konvensyen Pendidikan Kelima, Jab. Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

Page 12: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Guru dan cabarannya dalam iklim sekolah

Dengan mengadakan(1) perancangan awal untuk menyesuaikan isi pengajaran danpenilaian dengan kebolehan pelajar, (2) sentiasa memberi panduan kepada parapelajar tentang tindakan yang perlu dilakukan untuk mendapat pencapaian yangbaik, (3) memberi bantuan kepada pelajar yang memerlukannya terutama dalamsoal pengajaran dan pembelajaran, (4) memastikan rancangan pengajarannyasentiasa menarik, serta (5) mencabar kemahiran pelajar-pelajar terutamanyakemahiran berfikir.Guru-guru juga perlu memberi penekanan kepada pelaksanaan pengajaranberasaskan kemahiran berfikir kritis. Sekiranya keadaan seumpama ini tidakberlaku, ini akan menyebabkan pelajar-pelajar yang dihasilkan oleh sekolahmenengah agama hanya pandai menghafal dan kurang mempunyai kekuatanpemikiran dalam menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar seumpama ini sudahtentu sukar untuk bersaing dengan pelajar-pelajar dari sekolah aliran lain keranasituasi pendidikan sekarang ini lebih menjuruskan kepada kekuatan pemikiranpelajar dan bukan hanya bergantung kepada guru semata-mata. Semua inidapat dilaksanakan sekiranya guru-guru tersebut mempunyai pengetahuan dankemahiran yang mendalam dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Untukmenguasai kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran ini, para guru seharusnyamempunyai latihan dalam bidang perguruan.Selain latihan daripada aspek pengajaran dan pembelajaran, pihak sekolahboleh memberi penekanan kepada guru-guru supaya dapat melakukan kajiandan penyelidikan secara sendirian ataupun berkumpulan. Penekanan kepadapenyelidikan boleh mengurangkan kekerapan pelaksanaan program latihankepada guru-guru kerana setiap permasalahan yang berlaku boleh ditanganidengan penyelidikan dalaman sekolah itu sendiri. Selain itu, penyelidikan jugadapat membantu sekolah membuat perancangan ke arah kecemerlangan padamasa hadapan. Sekurang-kurangnya penyelidikan boleh dijalankan untuk memastikankekuatan sekolah yang sedia ada, mengenal pasti kelemahan dalampelbagai aspek yang perlu diperbaiki, mengenal pasti kekangan yang mungkinboleh menghalang pelaksanaan sesuatu program dan merancang bentuk-bentukprogram penambahbaikan yang berkesan. Dengan pendedahan kepadaguru-guru tentang budaya penyelidikan, segala permasalahan yang berlaku disekolah dapat diatasi oleh penyelidikan dalaman sekolah tanpa perlu bergantungkepada pihak lain.Kesimpulannya, komitmen guru yang tinggi dan ditambah pula dengankemahiran perguruan akan mewujudkan suasana pembelajaran yang sentiasabersemangat. Penyelidikan yang dijalankan pula akan menghasilkan idea-ideabaru untuk menjadikan sesi pengajaran pembelajaran lebih menarik minatpelajar.Ciri Iklim Sekolah Berkesan 15GURU BEKERJASAMA MENYELESAIKAN MASALAHSelain pengetua, semua guru perlu bekerjasama memberi perhatian kepadaperkembangan pelajar supaya mereka dapat mengikuti sepenuhnya matlamatkurikulum di sekolah. Beberapa kajian yang berkaitan mendapati pengetua disekolah yang berkesan sentiasa memantau perkembangan pelajar-pelajarnya(Weber 1971; Venezky & Winfield 1979; Edmonds 1979). Ada pandangan yangmenyatakan bahawa guru juga patut memainkan peranan ini. Menurut Rahimah(1992), guru yang produktif itu ialah guru yang berkesan dalam pengajarannyadan mampu membimbing perkembangan muridnya.Untuk mewujudkan suasana perbincangan yang mesra, pihak sekolahperlu menganjurkan aktiviti yang berbentuk pembinaan kumpulan supayasetiap individu di dalam sekolah tersebut mempunyai ikatan kekitaan dan ini

Page 13: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

menghilangkan perasaan individualistik. Apabila wujudnya ikatan ini, semuapihak akan bertanggungjawab apabila menghadapi satu-satu masalah dan inimenghalang sikap saling menyalahi antara satu sama lain. Sikap bekerjasamaakan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsungakan menimbulkan keyakinan dan kepuasan kerja. Keadaaan ini akanmenjadikan guru-guru sentiasa bersemangat untuk memberikan komitmenyang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membantumeningkatkan motivasi pembelajaran.SUASANA DAN PERSEKITARAN SEKOLAHHasil kajian tentang ciri ini telah menyamai kajian yang telah dilakukan sebelumini. Antaranya ialah kajian Shahril (1997) yang mendapati iklim sekolah yangberkesan terhasil apabila suasana sekolah aman, cantik, selamat dan cukupruang untuk belajar. Bangunan sekolah dijaga dengan baik dan kondusif untukpengajaran dan pembelajaran.Faktor bersih, cantik, selamat dan cukup ruang belajar amat penting keranaia mempengaruhi psikologi dan emosi warga sekolah sama ada guru-guru, pelajaratau kakitangan sokongan. Oleh yang demikian, untuk memastikan tahapkebersihan, kecantikan dan keceriaan kawasan sekolah dapat dikekalkan pihaksekolah boleh mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas danjuga taman-taman yang telah ditentukan persatuan-persatuan yang menjaganya.Seterusnya, kelas ataupun persatuan yang dapat mengekalkan kebersihan dankeceriaan tersebut diberi pengiktirafan semasa perhimpunan.Dengan aktiviti sebegini, pihak sekolah bukan sahaja berjaya mengekalkantahap keceriaan kawasan tersebut, bahkan berjaya mewujudkan semangatkerjasama dan tolong menolong di kalangan warga sekolah. Suasana sekolahsebegini akan memaparkan suasana kekeluargaan dan secara tidak langsungakan membantu keseronokan belajar dan bekerja. Ini dapat membantu pelajarmemperoleh pencapaian yang cemerlang dan guru-guru serta kakitangan lainakan turut merasa keseronokan dan kepuasan bekerja di sekolah berkesan ini.16 Jurnal Pendidikan 31SIKAP PELAJARKajian keciciran (KPM 1973) melihat sikap pelajar terhadap guru sebagai suatuyang mendorong mereka belajar dan mencapai kejayaan. Memandangkankeberkesanan sekolah dinilai antaranya berdasarkan kepada pencapaian danakhlak pelajar, maka pembentukan sikap pelajar perlu diutamakan oleh pentadbiransekolah. Pelajar-pelajar perlu dilatih supaya sentiasa berakhlak mulia,menghormati guru dan sedia memberi bantuan kepada guru apabila diminta,sentiasa berbincang dengan guru apabila menghadapi kesukaran dalam pelajaran,menjaga kebersihan diri, menjaga bilik darjah dan kawasan persekitaran sekolah,kurang menghadapi masalah disiplin di dalam atau luar kawasan sekolah.Pelajar tidak seharusnya menghina dan bersikap meninggi diri, sebaliknyahendaklah meyakini dan menghormati gurunya. Pelajar hendaklah merendah diridi hadapan guru dan menurut apa yang disuruh oleh gurunya dengan mengetepikanpandangannya sendiri kerana kesilapan guru kadangkala berfaedah kepadanya.Dalam persoalan mengajukan pertanyaan, pelajar hendaklah memintadan memperoleh kebenaran daripada guru terlebih dahulu. Penekanan sifat inipenting untuk memastikan setiap ilmu yang diperoleh diberkati oleh Allah.Sikap pelajar sebegini lebih mudah dibentuk sekiranya guru-guru menunjukkanmodel yang terbaik untuk diikuti oleh pelajar. Oleh yang demikian,tugas seseorang guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan, bahkanbertanggungjawab untuk membentuk peribadi yang cemerlang di kalanganpelajar. Dengan sikap pelajar yang berakhlak mulia, maka guru tidak perlumengambil tindakan yang keras untuk menyedarkan pelajar tentang kesalahanyang mereka lakukan, sebaliknya sekadar menegur sahaja. Sikap pelajar yangbaik juga ialah mereka bukan sahaja menumpukan sepenuh perhatian kepadaakademik semata-mata, sebaliknya juga perlu aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Page 14: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Penyertaan dalam bidang kokurikulum ini secara tidak langsung dapat memupukamalan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia di kalangan pelajar. Walaupunmereka aktif, tetapi pencapaian mereka adalah seimbang ataupun lebih baikdaripada pelajar-pelajar yang tidak aktif dan markah mereka juga seimbangdalam setiap mata pelajaran. Selain itu, pelajar-pelajar sekolah menengahagama juga harus diorientasikan menjadi pelajar yang bertakwa kepada Allah,bermotivasi, ada wawasan diri, jelas matlamat, gigih berusaha meneroka danmembudayakan ilmu dan kemahiran, berbudaya saing yang tinggi serta sanggupmemberi sumbangan kepada masyarakat.Dengan memiliki sikap yang positif sudah tentu akan memudahkan tugasguru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru tidak lagiperlu membuang masa untuk mengawal disiplin pelajar. Kesannya, guru dapatmemberikan pengajaran dengan berkesan dan pelajar-pelajar akan sentiasabersemangat untuk menimba ilmu.KESIMPULANCiri Iklim Sekolah Berkesan 17Daripada susunan ciri iklim sekolah menengah agama berkesan ini menunjukkanbahawa peranan seluruh warga sekolah untuk mengamalkan budaya hidupIslam sebagai ciri terpenting. Ia kerana untuk memastikan keberkesanan sekolah,maka semua pihak perlu melaksanakan amanah dengan penuh disiplin dan bukanhanya mencari kesalahan orang lain sahaja.Seterusnya, dapatan juga menunjukkan bahawa peranan pemimpin sekolahberada di kedudukan kedua terpenting selepas kedudukan peranan semua wargasekolah. Menurut Wan Liz Ozman (1996), ketua sesebuah organisasi memainkanperanan yang besar dalam mencorak suasana kerja, motivasi, kelicinan dankeberkesanan organisasi tersebut. Seseorang pemimpin yang tidak mempunyaiwawasan yang jelas mengenai objektif dan arah tujuan organisasinya sudahtentu tidak akan dapat mengemudikan organisasi tersebut ke arah matlamat yangtepat. Maju atau mundurnya sesebuah organisasi itu bergantung kuat kepadakualiti dan gaya kepimpinan pemimpin yang memegang tanggungjawab tersebut.Penerimaan ahli organisasi kepada pemimpin akan menentukan kecemerlanganorganisasi tersebut.Selain daripada peranan yang perlu dimainkan oleh pemimpin, pengikutyang terdiri di kalangan guru dan kakitangan sokongan mempunyai pengaruhyang besar dalam menentukan kejayaan organisasi tersebut. Sekiranya ahliorganisasi sering membawa diri masing-masing, tidak wujud budaya bekerjasama,saling mencurigai dan menyalahkan antara satu sama lain sudah tentuakan mewujudkan suasana yang penuh prejudis, tidak mempercayai seterusnyaakan menghalang keberkesanan sesebuah organisasi itu.Kesimpulannya, untuk memastikan kejayaan organisasi semua pihak perlubekerjasama dan melaksanakan setiap tugasan masing-masing dengan penuhkomitmen dan berkualiti. Tidak ada gunanya ahli organisasi hanya berusahamencari kepentingan sendiri dan mengetepikan rakan-rakan lain kerana semuaini hanyalah nikmat dunia yang boleh datang dan hilang bila-bila, tetapi dengankeikhlasan bekerja kerana Allah nikmatnya akan tetap dirasai sehingga akhiratnanti. Tuntasnya, iklim sekolah menengah agama perlu disepadukan antaraiklim yang bersifat disiplin dalaman (nilai kerohanian) seperti penerapan nilaikeagamaan dalam kehidupan seharian di sekolah dan iklim bersifat luaran sepertipersekitaran sekolah yang bersih dan cantik serta hubungan komunikasi yangbaik. Dengan kesepaduan iklim-iklim ini, pihak sekolah bukan sahaja mampumewujudkan suasana motivasi pembelajaran tinggi, tetapi juga berjaya menghasilkanpelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

Page 15: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

NILAI BITARA NILAI BITARA PETUNJUK BITARABERINTEGRITI AMANAH

TELUSAKAUNTABILITIADIL

PROFESIONAL ILTIZAMCINTAKAN ILMUKOMPETENBERETIKA

SEMANGAT BERPASUKAN MUAFAKATFOKUS MATLAMATHORMAT MENGHORMATIBANGGA UPSI

BEROREANTASIKAN PELANGGAN RESPONSIFPROAKTIFMESRABERKUALITI

PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA EMPATIPENGHARGAANKESELESAAN PERSEKITARANPELUANG UNTUK MAJU

KREATIF DAN INOVATIF PENAMBAHBAIKAN BERTERUSANNILAI TAMBAHREBUT PELUANGBERDAYA CIPTA

Page 16: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? KetuaPengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:· Bersikap profesional.· Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.· Kaya ilmu.· Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.· Bermoral teguh.· Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.· Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.· Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.· Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.· Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiapmasa.· Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.· Berupaya melahirkan'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonalitisihat dan serba boleh.· Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.· Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia,berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).· Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.· Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.· Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Page 17: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

ciri ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai bitara,PENGURUSAN PEMBELAJARAN BESTARI * (Oleh: Sobariyah bt. Razak ) Ringkasan Eksekutif Pelaksanaan konsep Sekolah Bestari yang dilaksanakan pada tahun 1996 merupakan satu

Menyediakan peluang pencapaian yang sama dalam pembelajaran Ciriciri Kurikulum Sekolah Bestari. Berbentuk multidisiplin yang melibatkan dua atauMalahan juga pengalaman guru di dalam kelas setiap hari membuktikan akan hal ini. dalam matapelajaran yang berkesan perlu mempunyai ciriciri seperti berikut: i) GuruGuru cemerlang merupakan guru yang amat diharapkan oleh pihak sekolah untuk dan terpaksa dalam melahirkan insan guru dan pelajar yang benarbenar cemerlang.KESAN PETA ANIMASI DAN INTERAKTIF DALAM PENGAJARAN DAN ciri ciri guru berkesan berdasarkan nilai bitara, boy scout engineering merit badgeperlu mempamerkan ciriciri seperti pukal disket yang lengkap, interaktif, yang berkesan dalam pendidikan sekolah bestari ialah seorang guru yang bermaklumat dan mengetahui

pengurusan pembelajaran bestari,PENGURUSAN PEMBELAJARAN BESTARI * (Oleh: Sobariyah bt. Razak ) Ringkasan Eksekutif Pelaksanaan konsep Sekolah Bestari yang dilaksanakan pada tahun 1996 merupakan satuThe Malaysian Smart School: Reinventing the Malaysian Educational System 2 May 2000 • Semua murid mampu belajar • Kurikulum mengambil kira pelbagai kebolehan danTERAJU BESTARI 2010 KISAS ii MISI SEKOLAHSEKOLAH BERASRAMA PENUH Sekolah Berasrama Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuanPanduan Pembestarian Sekolah ISBN 983 3244 07 6 CETAKAN PERTAMA OGOS 2004 © 2004 Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia Hak CiptaFAIL MEJA 3 Kandungan 1. Misi, Visi dan Objektif SM Sains Johor:1.1 Piagam Pelanggan Sekolah 1.2 Misi Sekolah 1.3 Visi Sekolah 1.4 Objektif Sekolah 2.

konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiranMengenal pasti elemenelemen pengajaran dan pembelajaran bestari melalui pengurusan folder yang berkesan. Mengaplikasikan Pembelajaran Berasaskan Projeksekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari. Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran Pembelajaran dan menyelesaikanbestari yang dapat mengamalkan pedagogi bestari dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan kompetensi guru.Build your own FREE website at Tripod.com Share: Facebook Twitter Digg reddit. Pengenalan

Page 18: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

                           Ciri-Ciri Dan Potensi Diri                                 Guru Berkesan Dalam Merealisasikan                                             Pendidikan Cemerlang                             "If  they aren't learning...then you aren't teaching."                                                             ~ Anon Pendahuluan Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi (mission), visi (vision), komitmen (committment) atau contoh ikutan (role model), sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul dan tepat. Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti. Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini  berkait  rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap). Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal. Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar. Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-

Page 19: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya. Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. Guru Berkesan Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik

unggul pada setiap masa. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,

berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,

berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang? 

Page 20: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa;

Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .

Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi.

Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarap-perkara kembali kepada keadaan asalnya.

Mengubah Diri Mengubah Sikap Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya." Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey (1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap  proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah:

Jadilah Proaktif (Be Proactive) Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in  Mind) Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First)

Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan adalah:

Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win) Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be

understood) Sinergi (Synergize) Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)

Memenangi Peribadi Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan. Peribadi yang positif  dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh serta dapat menjalin hubungan interpersonal yang baik dan harmonis. Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (self-awareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will) setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas, setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan, dan di ruangan  'kebebasan memilih' inilah pula manusia

Page 21: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

sebenarnya memiliki 'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedar-diri ini manusia juga dianugerahkan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu, terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri -- satu kebolehan bertindak berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh. Ciri kedua  memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita mahukan 'husnul khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'. Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama  (Put First Things First) yang maksudnya kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik, mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh menjadi role model kepada orang-orang lain. Pendidikan Cemerlang Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha  mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit. Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar). Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah" berkata;       "Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya,        seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya         sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan         sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak,        segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan         matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai." Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan;

a. Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar; b. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian;

Page 22: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

c. Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia ada  melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif; dan

d. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamat-matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua.

Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika (PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan:

Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota; Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang; Sikap tidak cakna; Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa'; Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau; Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan; Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan; Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan; Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi

menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.

Menempa Kejayaan Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis baca dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat  dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya. Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras  di samping membuat perubahan pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif. Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin  dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan. Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different next time." Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakni Plan - Do - Check - Act). 

Page 23: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu. Do (Buat) : Semua yang telah dirancang  mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan. Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak  dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang  melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah. Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas  bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal. Penutup Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. 

Page 24: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;                   " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara                    berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan                    diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh                     itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan                     watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai                    pendidik yang unggul."

Page 25: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Ciri-ciri Guru @Pensyarah Dalam Pandangan Islam

Ketidakupayaan Seorang guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik cemar dalam keperibadian guru berkenaan. Pepatah Arab ada menyebutkan:

"Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah, Perbuatan demikian aibnya amatlah parah."

Apakah yang dimaksudkan dengan sahsiah, ciri-ciri utamanya, apakah traits nilai di rangkumi olehnya, apakah ciri seorang guru muslim dan bagaimana membangun ciri-ciri tersebut, inilah antara persoalan yang akan kita huraikan dalam kesempatan ini Maksud Sahsiah Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang. Mengikut G.W Allport dalam dalam bukunya “Pattern and Growth in Personality”, sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi segala segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1). Sahsiah mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri. Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman. Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang. Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka. Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi: (a) Sifat Rohaniah 1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna 2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul 3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain (b) Sifat-Sifat Akhlak 1. Benar dan jujur 2. Menepati janji 3. Amanah 4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan 5. Merendah diri 6. Sabar, tabah dan cekal 7. Hilm, pemaaf dan toleransi 8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah (c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani i. Sifat Mental 1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial) 2. Menguasai mata pelajaran takhassus 3. Luas pengetahuan am 4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat 5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid 6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian ii. Sifat Kejiwaan 1. Sifat tenang dan emosi yang mantap 2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya. 3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat 4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan 5.

Page 26: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat iii. Sifat Fizikal 1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit 2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih Antara sifat pensyarah/ guru yang dikehendaki ialah : 1. Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar) 2. Tidak berat sebelah 3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas 4. Berdisiplin 5. Menguasai mata pelajaran dengan baik 6. Adil dalam pemarkahan 7. Sifat kelakar 8. Suka menolong pelajar di luar kelas 9. Memahami masalah pelajar 10. Mampu menarik perhatian pelajar 11. Amanah dan menunaikan janji 12. Berupaya membuat penghukuman yang betul 13. Mempunyai sahsiah yang dihormati 14. Mempunyai semangat persekolahan yang tinggi 15. Mempunyai arahan yang jelas dan spesifik 16. Boleh membezakan ‘intan dari kaca’ 17. Mempunyai kemahuan yang kuat 18. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi 19. Tidak suka menghina murid atas kesalahan mereka 20. Tidak menyalahgunakan peraturan membenarkan murid dirotan 21. Luas pengetahuan am 22. Tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar 23. Suara yang baik-serak-serak basah 24. Mengenal titik kekuatan murid 25. Pandai memberi nasihat 26. Simpati terhadap kelemahan murid 27. Pandai memilih kata-kata 28. Memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji 29. Mengambil kira suasana murid di rumah 30. Boleh membuat ujian secara berkala 31. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan 32. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah 33. Suka memberikan kerjasama 34. Bersemangat riadah atau kesukanan Pensyarah/guru Muslim yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik personaliti mereka. Etika Pensyarah/ Guru Muslim Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan . Antara yang boleh dirumuskan ialah: Tanggungjawab Terhadap Allah Etika Pensyarah/guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut: 1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. 2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian. 3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah. 4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam. 5. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya. 6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya. Tanggungjawab Terhadap Diri (Hak Kepada Diri Sendiri) 1. Pensyarah/Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral. 2. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian 9 Mestilah mengikut etika Universiti/Pejabat,sekolah), perawakan dan tempat tinggal. 3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek. 4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara. 5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru. Tanggungjawab Terhadap Ilmunya Pensyarah /Guru muslim hendaklah : 1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. 2. Beriltizam dengan amanah ilmiah. 3. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. 4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan. 5. Dari

Page 27: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. 6. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat. Tanggungjawab terhadap Profesion 1. Seorang Pensyarah/ guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion pendidikan. 2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. 5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan. 6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. 7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya. 8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. 9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. 10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. 11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara. 13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. 14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya. 15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar. 20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. 21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan). 22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. Tanggungjawab Terhadap Pelajar 1. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain. 2. Bersikap adil (TIDAK BIAS) dan tidak EMOSIONAL terhadap setiap seseorang Mahasiswa/pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. 3. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (Amat dianjurkan dalam Islam) 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran. 5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat 1. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab

Page 28: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Guru yang Berkesan Guru yang Tidak Berkesan Adil Pilih kasih Demokratik Autokratik Bertimbang rasa Terbatas Responsif Menjauhkan diri Baik hati Kasar Tidak membosankan Membosankan Original Stereotype Tangkas Tidak peduli Menarik Tidak memberi kesan Bertanggungjawab Bersikap dalih Stabil Tidak seimbang Tenang Mudah naik perasan Yakin Tidak tentu Penutup Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah. Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi yang baik.

Said Bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata: “Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya.”

Page 29: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL - Presentation Transcript

1. IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU o CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL o AHLI KUMPULAN: o SYIKIN o SYIRA o LIN

2. AHLI KUMPULAN SHAHIRAH BINTI ALI 84384008 NURASYIKIN BINTI HASHIM 82783992 NUR AZELIN BT. ABDUL AZIZ 81983984

3. Konsep profesion o Lieberman (tokoh pendidik di AS)

Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa

memberi perkhidmatan. Pekerja pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran. Ahli profesion adalah pakar dalam bidang dan mempunyai kuasa autonomi. 4. Orang profesional mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap

pekerjaan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan. Pekerja terdiri drpd ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan

nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.

Setiap ahli mematuhi kod etika yang ditentukan. Setiap ahli bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang

dibuat. 5. Konsep perguruan

o Mengikut kamus dewan (1989) di bawah konteks pendidikan guru adalah diertikan sebagai pengajaran

o Manakala perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan seorang guru.

6. GURU PADA MASA KINI 7. AKAUNTABILITI GURU

o Akauntabiliti guru bermaksud bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu, jadi konteks keguruan akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan

8.o Bidang tugas o Bidang pekerjaan : akauntabiliti terhadap kurikulum yang ditugaskan untuk

dilaksanakan. o Sekolah : akauntabiliti terhadap kemajuan dan perkembangan sekolah. o Tingkah laku kendiri : guru harus mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh

diteladani oleh murid-murid o Murid : akauntabiliti terhadap taraf pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-

muridnya.

Page 30: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

o Profesion : bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi.

9. AKAUNTABILITI GURU TERHADAP NEGARA o Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPK dan Rukun Negara dengan

jelas. o Mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta

berguna. o Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang proaktif dan

bersepadu. o Mengeratkan persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dalam kalangan guru serta

ibu bapa muridnya. o Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. o Bersopan santun dan bertingkah laku dalam segala aktiviti sosial.

10. AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PROGRAM PENDIDIKAN o Membaca dan memahami selengkapnya tentang ilmu pengetahuan yang diajarnya. o Menyertai seminar untuk meningkatkan tahap pengajaran. o Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang menyeluruh. o Mengajar dengan menggunakan fakta yang betul

11. AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PELAJAR DAN IBU BAPA o Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi seperti mematuhi masa. o Mengutamakan kebajikan murid daripada diri sendiri. o Bersikap adil terhadap semua pelajar tanpa diskriminasi. o Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid.

12. Akauntabiliti guru terhadap diri sendiri o Menjaga kesihatan rohani dan jasmani. o Bijak dalam menguruskan kewangan. o Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta ilmu-ilmu semasa. o Mengisi masa lapang secara berhemah seperti bersukan.

13. Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional o Antara ciri-cirinya ialah: o Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. o Banyak menggunakan keupayaan intelek. o Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan

tugas. o Mendapat latihan khusus. 14.o Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. o Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. o Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut. o Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

15. CIRI-CIRI GURU o Intelek o - Menanamkan sifat ingin tahu Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya

setiap guru menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar.

16.

Page 31: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

o Berkualiti dari Segi Jasmani o - Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan

tutur kata. o - Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan

berkesan. o - Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit

beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.

17. Berkualiti dari Segi Emosi. Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi

ialah: o -Sentiasa menghayati nilai-nilai murni , norma dan Etika Perkhidmatan. o -Mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap

pergi ke sekolah seb a gai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.

18.o Minat suka membaca. o - Kegemaran membaca membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai ilmu

pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

o - Di samping itu, sikap suka membaca dapat membezakan di antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti profesion guru.

19.o Mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris. o -Penggunaan bahasa inggeris yang semakin meluas pada masa kini memerlukan guru

untuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa ini. o - Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan

Sains dalam bahasa Inggeris juga merupakan satu faktor utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah penting kepada setiap orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa inggeris guru perlu selalu menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.

o 20.o Mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT. o -Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami

perubahan dari masa ke semasa. Untuk kekal sebagai guru berkualiti, setiap guru hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran .

o -Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini. Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

21.o Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi

Page 32: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

o - Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan “core business” guru terhadap pelajar.

o - Oleh itu, kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis.

o - Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri , Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.

o 22.o Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan o Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal .

-mampu berkomunikasi dengan baik iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa , masyarakat dan pihak pengurusan sekolah.

23.o Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa. o Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan

ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti. 24.o Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara aktif. o Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna 25.o Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa. o Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan secara aktif. o Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan

ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti. 26.o Berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran

yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar. o Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna. o Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam pelajaran dan

pembelajaran. o Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan. o Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal. 27.o Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan

itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

o Bersikap profesional. o Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. o Kaya ilmu. o Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

Page 33: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

o Bermoral teguh. 28.o Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. o Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. o Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. o Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. o Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik

unggul pada setiap masa. 29.o Memastikan situasi ' Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. o Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan

ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. o Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. 30.o Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri

(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

o Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. o Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. o Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

31. CEKAP JASMANI BERKUALLITI MAHIR ICT MINAT MEMBACA BERDAYA TAHAN MENGHARGAI WARISAN KEBUDAYAAN EMOSI STABIL AKTIF BERPENGETAHUAN PEDAGOGI PENGUASAAN BAHASA INGGERIS CIRI-CIRI GURU

32.o Ciri-ciri dan potensi diri guru profesional adalah penting dalam merealisasikan

pendidikan cemerlang. o "If they aren't learning...then you aren't teaching.&quot

Page 34: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Sifat dan Ciri-ciri Seorang Guru Yang Perkasa Terhadap Murid: Guru ini menunjukkan

punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif

hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid kenal, hormati dan percayai murid-murid mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan

berfikir secara kritis menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir

mengenainya menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti

sukan, persembahan muzikal dn kebudayaan.   Terhadap Mengajar: Guru Yang Perkasa

melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru

berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman

adil dalam menilai dan menggred fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata

pelajaran seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea

yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya

sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid

merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran

secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan

menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.

  Terhadap Disiplin: Guru Yang Perkasa

seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar

Page 35: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

seorang yang 'dahagakan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan

juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat

menyertainya menjadi ahli kepada komuniti yang belajar bina dan mengekalkan perhubungan profesional bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

 Secara Peribadinya: Seorang Guru Yang Perkasa itu sentiasa menunjukkan menunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi. Peribadi guru yang perkasa lagi berkesan berfikirn terbuka, berlapang dada, merendah diri dan bersikapoptimistik.   Cegah Sebelum Parah: Rawat Diri Bina Kecemerlangan Organisasi    Menjana insan 'guru sebenar guru' sekaligus dalam usaha menjulang kecemerlangan organisasi sekolah kita tidak ada orang lain yang dapat membantunya kecuali diri kita sendiri.Setiap orang guru memiliki potensi yang amat besar menjadi seorang guru yang profesional dengan sikap profesionaliti yang tinggi jika kita sedia, mahu dan sanggup mengubahparadigma dan pendekatan kita terutama sekali di dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti. Namun tetap berlaku beberapa kelemahan atau wujudnya 'kebejatan profesionalisme' di mana-mana yang menjadi penghalang diri dan organisasi kita mengubah budaya kepada satu budaya sekolah yang lebih sihat. Seorang guru penolong di sebuah sekolah memberikan pendapat dan pandangannya di dalam slot Hari Profesional Sekolah berhubung budaya dan amalan-amalan yang tidakmenggalakkan wujud bertahun-tahun di sekolahnya dan ini menyebabkan prestasi sekolahnya yang tidak menggalakkan sama sekali. Beliau merasa 'malu' apabila sekolahnya seringdipandang rendah di kalangan rakan guru dari sekolah-sekolah berdekatan. Apakah yang menjadi 'barah' dan 'petualang' di sekolah beliau? Antaranya beliau menyenaraikanfaktor-faktor berikut yang menjadi penyebabnya:

Tidak ada 'fokus': hendak semua; semua hendak 4A, 5A, tapi GB tidak berperanan, menekan guru sahaja (guru jadi takut).

Panitia Mata Pelajaran: Tidak wujud panitia-panitia; yang selalu nampak sedikit ialah Panitia Bahasa Inggersi, Matematik dan Bahasa Melayu sahaja. Tidak ada mesyuarat secara khusus. Cari maklumat bila diperlukan sahaja.

Ujian Bulanan: memang tidak ada, kecuali peperiksaan. Ada guru panggil murid untuk tolong 'staple' kertas soalan di Bilik Guru. Ini tidak betul dari segi etika dan kesahan.

Page 36: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

UPSR: Zaman itu 4A; bila sampai waktu keputusan orang tak tanya pun sekolah dia. Beliau selalu tak puas hati, kerana murid tidak belajar, ibubapa tidak peduli.Pernahkah kita salahkan diri sendiri? Pernah tergolong dalam kelompok sekolah "top ten bawah". Keputusan UPSR sekitar 25-30 % sahaja. Puncanya kerana pengedalian kita silap!

Masa P&P: Ada guru main ping-pong waktu mengajar (kebetulan meja ping-pong diletakkan di kantin). Malah guru lain pula boleh 'tumpang sekaki'.Budaya 'negaholik' yang amat ketara dan tidak ada sesiapa yang hendak larang! Kes guru tak masuk kelas memang biasa; bila masuk duduk sahaja, dan sebabkan murid kita kecundang.

Sikap: Guru mengajar salah fakta, dan tidak pula betulkan, biarkan sahaja. Inilah 'guru palsu' namanya dan paling buruk wujudnya "guru mengajar menipu".

Disiplin: Ada staf yang ambil kesempatan, rehat ke kedai Pak R******, pukul 9.00 pergi beli ikan semasa bertugas. Bagi beliau ini 'salah'.

Mesyuarat: Tidak seperti sekarang, dibuat secara 'ad hoc' sahaja, tidak tersusun, dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat sering pula tidak dilaksana atau dipinda sesuka hati pihak pengurusan.   

Demikianlah senario dan situasi sebuah sekolah yang lebih menampakkan budaya sekolah yang tidak positif malah mirip kepada satu budaya 'nafsu-nafsi'; dan oleh keranakegagalan peneraju utama dalam menangani karenah dan tingkah segelintir orang yang tidak bersikap dan berwatak sebagai 'guru sebenar guru' maka menyebabkan kelemahanberlarutan dan bertimpa-timpa dan tentulah memerlukan daya usaha dan kekuatan semangat yang luar biasa bagi mengatasinya. Pemimpin dan juga seluruh staf sekolah perlu berganding bahu dan bersatu tekad dan kekuatan supaya sekolah yang kita berkhidmat di dalamnya dapat muncul sebagai sebuahsekolah perkasa dan berkesan. Satu daripada caranya ialah dengan mencipta, membentuk dan menggilap satu budaya sekolah yang baru, yang positif dan berkesan melalui SembilanPrinsip Kitaran Proses Kualiti(Quality Cycle of Process). Sembilan Prinsip QCoP tersebut adalah: 1. Do It Right First Time (DIRFT): Ertinya setiap kerja mesti bebas daripada buat salah dan silap kerana salah dan silap 'boleh dielak dan dicegah'. Pada tahap yang lebihtinggi ertinya guru-guru mesti mengajar dengan betul dan murid-murid mesti belajar dengan betul dan sentiasa buat betul. Ringkasnya semua guru dan murid-murid mesti faham danmesti jadikan prinsip utama mencapai kejayaan cemerlang.  2. Guru Mengajar Murid Belajar: Ertinya semua guru mesti faham dulu bahawa 'kerja kita ialah mengajar' bukan berborak, duduk di kantin, tidak masuk kelas, keluar kekedai, tidur atau lainnya.Mengajar  pula mesti penuh persediaan dari segi mental, fizikal dan spiritual, penuh semangat dan berwibawa. Prinsip paling utama 'tidak ada kelas yangdibiarkan tanpa guru'. Kemudian murid-murid pula mestilah belajar dengan betul, bersungguh-sungguh dan tidak main-main, tidak ganggu rakan-rakan yang lain serta belajardengan penuh keriangan dan kefahaman. 3. Mengongsi Visi Yang Sama: Ertinya semua guru mesti faham dan hayati halatuju sekolah yakni hendak menjadikan sekolah suatu organisasi yang berkesan, sekolah berwatak

Page 37: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

dan boleh menjadi sekolah model. Prinsip utamanya semua murid adalah 'normal' dan berpotensi mencapai prestasi akademik yang cemerlang dan gemilang. Apa jua visi yanghendak direaliasasikan bukan hak kepunyaan Guru Besar seorang tetapi menjadi hak kepunyaan semua guru, dan berpegang teguh kepada kata-kata keramat "Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh". 4. Apa Yang Disemai Itu Yang Dituai: Ertinya apa jua yang guru-guru ajar (dan buat) itulah yang akan jadi hasilnya. Apatah lagi kalau guru-guru tidak mengajar dengansepenuhnya. Prinsip utamanya apa jua yang guru buat (dan atau tidak buat) akan tentukan prestasi atau pencapaian murid seterusnya. Ini kena ingat baik-baik. 5. Penambahbaikan Berterusan: Ertinya mencapai kualiti tidak ada had dan sempadan. Guru mesti sentiasa lakukan Kaizen (Continuous Improvement) dalam semua aspek kerja terutama P&P.Prinsip utamanya mesti tidak mudah merasa berpuas hati dengan status kini tetapi sentiasa memikir dan mencari jalan bagi meningkatkan segala-galanya supaya hasil kerja kurikulum, kokurikulum, pengurusan data dan maklumat, kebajikan dan keselamatan serta keceriaan fizikal dan persekitaran sentiasa dipertingkatkan sepanjang masa. 6. Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada Menyelesai Masalah: Ertinya tidak cukup sekadar boleh 'menyelesaikan masalah' sahaja lebih-lebih lagi sudah tahu bendayang akan jadi masalah.Jadi yang diutamakan ialah kebolehan 'mencegah masalah' supaya tindakan awal yang bersifat 'preventive' bukan 'remedial' dapat dibuat dengan berkesan.Prinsipnya amalkan pendekatan PDCA secara total dalam semua aktiviti. Ringkasnya mesti ada sikap proaktif dan hasilnya semua orang tidak hadapi masalah dan organisasi yngiklimnya sangat kondusif kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan lagi berkualiti.  7. Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi Kepada Apa Yang Betul: Ertinya apa jua isu yang ditimbulkan dalam menangani perubahan dan melakukan penambahbaikan adalahberdasarkan 'perkaranya' bukan kepada 'siapa orangnya'. Prinsipnya ialah apa yang betul atau tidak betul bukan berdasarkan dia itu Guru Besar atau Penolong Kanan atau GuruPenolong, hatta Pekerja Rendah Awam sekalipun, tetapi kepada apakah persoalannya, apakah kesan dan implikasinya, atau apakah tafsiran dari segi falsafah, peraturan, danobjektivitinya. Matlamat akhirnya semua orang akan buat perkara yang betul dan tidak boleh dipoertikaikan oleh sesiapa pun.  8. Permuafakatan Dan Kesejawatanan: Ertinya dalam organisasi tidak ada orang boleh buat kerja berseorangan, pendeknya setiap orang perlukan orang lain bagi memenuhi ataumenyempurnakan sesuatu tugas atau sesuatu bidang tanggungjawab. Prinsipnya semua guru mesti faham bahawa tanpa kerjasama atau permuafakatan banyak kerja  lebih-lebih lagiusaha meningkatkan prestasi murid dan sekolah tidak tercapai. Oleh itu perasaan dan pemikiran 'kesejawatanan' maka perlu dihayati sepenuh jiwa dan raga. Aspek permuafakatandan kesejawatanan in jelas dilihat apabila sikap dan semangat tolong-menolong, sanggup berkorban, ingat-mengingati, nasihat-menasihati dan sebagainya wujud dengan penuhharmoni. 

Page 38: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

9. Guru Sebenar Guru~Ke SekolahTidak Jemu Mengajar Tidak Lesu: Ertinya seorang guru yang penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akanmengkhianati tugasnya dan murid-muridnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' satu pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilahmenganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat melatah ataumenyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri. Guru sebenar guru tidakakan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng, banyak beri alasan dan helah, sering mengelakkan diri daripada menerima tugas dantanggungjawab, mengganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara' atau selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-ciri 'orang malas'ketika berada di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria, penuh semangat serta bersungguh-sungguh. 

Penutup Kejayaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dalam usaha membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia adalah satu tugas besar yang perlu dihayatidan mendapat sokongan dan kerjasama seluruh anggota pendidikan negara bagi membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi disamping melahirkan modal insan yang berpengethauan dan berkemahiran. Yang demikian PIPP, selaras dengan Misi Nasional, memberikn penekanan tinggi ke atas pembangunanmodal insan "Minda Kelas Pertama". Oleh it selaku guru-guru hari ini yang sedang bertugas dan berkhidmat di sekolah-sekolah perlulah sedar bahawa kita mempunyai tugas besar dan mencabar bagi memperkasakanbukan sahaja sekolah kebangsaan tetapi yang lebih penting lagi dapat memperkasakan diri sendiri menjadi 'guru sebenar guru; ke sekolah tidak jemu mengajar tidak lesu'.Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri masing-masing. Jangan sekali-kali ada perasaan apatah lagi tersimpan niat di hati, akibat dari sikap dan tindakan tidak profesional kita, kita sangka yang rosak dan bobrok hanyalah organisasi atausekolah kita sahaja; malah kerosakan yang lebih besar ialah rosaknya nama baik, cemarnya maruah, buruknya perangai diri kita sendiri di mata anak-anak didik atau rakan sejawatankita yang lain. Marilah buangkan segala unsur yang negatif (jika ada) dan binalah jatidiri 'guru sebenar guru'; seorang guru baru yang berkualiti; guru yang berkesan di dalam urusan "corebusiness" kita bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sepanjang masa. Memetik kata-kata Dr. Bob Kizlik (2002) dalam artikelnya Tips On Becoming a Teacher; "Make no mistake; as a teacher, your day doesn't necessarily end when the school

Page 39: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

bell rings. If you're conscientious, you will be involved in after school meetings, committees, assisting students, grading homework, assignments and projects, and callingparents. All of this demand some sacrifice of your personal time."

Ciri-Ciri Guru Cemerlang

Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:

1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.

2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.

Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 1. Kecemerlangan Peribadi

Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif Berakhlak mulia Adil Bertimbang rasa Amanah

Page 40: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Bertanggung jawab Kreatif Inovatif Kemas Sikap sedia berkongsi Bersikap terbuka Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

Mengamalkan budaya ilmu Berkebolehan menyelesaikan masalah Membuat keputusan yang rasional serta objektif Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan memelihara hubungan mesra. Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi

Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel.

Page 41: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

Adil Sabar Tegas Konsep kendiri positif Kesungguhan Mesra Prihatin Kerjasama Menepati masa Bertanggung jawab Berakhlak mulia Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran

Page 42: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

Page 43: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi

CIRI-CIRI YANG PERLU DIMILIKI OLEH SEORANG GURU BAGI MEMBANTU MENGHASILKAN SISTEM PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Dicatat oleh Cheegu PL

Reaksi:

1.0 PENDAHULUAN Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan istem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Pendidikan Bertaraf Dunia

Page 44: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p)” menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu. 2.0 CIRI-CIRI GURU BERKUALITI Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah: 2.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa. 2.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah. 2.3 Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan

Page 45: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

seumur hidup. 2.4 Mengamalkan kemahiran profesional Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia). 2.5 Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007). 2.6 Mengamalkan pengajaran efektif Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. 2.5.1 Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. 2.5.2 Pelaksanaan pengajaran Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. 2.5.3 Penilaian pengajaran Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana

Page 46: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing. 3.0 KESIMPULAN Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. BIBILIOGRAFI Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Dr Wan Shamsuddin Bn Wan Mamat (Disember 1998). Pengisian Wawasan Pendidikan Negara Menuju Abad 21. http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.htm%20online%20on%2024/02/2008. Dr Ismail Zain, Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. http://www.tutor.com.my/ online on 24/02/2008 Mak Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang Jaya. Mohamad Bin Muda (1991), Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Cabaran Dan Harapan dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru. Professor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak (26-28 Disember 2006). Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Di Aceh, Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Aceh, UKM Bangi. http://pkukmweb.ukm.my online on 24/02/2008

Page 47: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Ciri-ciri profesional guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib seseorang guru yang bertauliah. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional seperti berikut:

1. Ingin tahu2. Pengetahuan ikhtisas3. Suka membaca4. Kemahiran bertutur5. Daya ingatan6. Daya usaha

Mengikut Nilai-nilai keguruan, kualiti profesional seseorang guru boleh disenaraikan seperti berikut:

1. Semangat berdedikasi2. Peka kepada perubahan3. Sedar tentang keperluan negara4. Bersikap positif terhadap pembelajaran5. Mempunyai inovasi dalam tugas

Page 48: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Sifat dan Ciri-Ciri Seorang Guru Yang Perkasa

Terhadap Murid:1. punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif2. hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid3. kenal, hormati dan percayai murid-murid4. mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis5. menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya6. menggalakkan murid-muird bertanyakan soalan mengenai pelajaran7. hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan musikal dn kebudayaan.

Terhadap Mengajar:1. melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru2. berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman3. adil dalam menilai dan menggred4. fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran5. bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran6. seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks7. mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya8. sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid9. merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran

Page 49: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

10. secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan11. menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.

Terhadap Disiplin:1. seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar2. seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan3. juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya4. aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya5. menjadi ahli kepada komuniti yang belajar6. bina dan mengekalkan perhubungan profesional7. bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

Secara Peribadinya:1. tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi2. berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.

Antara "Keunggulan" dengan "Realiti" wujud ruang lakukan "Perjuangan"

Apa yang "unggul" itu?Boleh diukur dan dinilai menerusi aspek i) Diri Peribadi 2) Organisasi 3) Iklim danBudaya Kerja.1. Diri peribadi: bersikap positif dan memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikai; berfikiran terbuka (tidak sempit, jumud dan beku); pengurusan masa dan diri yang tinggi (selalu on time, datang awal, masuk kelas cepat, mengajar dengan penuh dedikasi dan penuh sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan profesionaliti yang tinggi); suka bekerjasama dengan rakan sejawat (tidak lokek ilmu); hasil kerja yang berkualiti (dari segi isi kandungan, format, gaya dan persembahan) memenuhi sifat-sifat seorang yang inovatif, kreatif dan produktif; sabar dalam melayani karenah anak didik dan juga rakan sejawatan; berpegang kepada prinsip yang jelas, betul, benar, dan utuh di dalam semua keadaan dan situasi.2. Organisasi: dapat dilihat sebagai sebuah organisasi yang sistematik, teratur dan tertib; jelas susun atur heirarki tugas dan kuasa; wujud kolaborasi, kolegialiti dan partisipasi; masing-massing individu faham dan menyumbang kepada kegemilangan organisasi.3. Iklim dan Budaya Kerja: diri peribadi yang jadi ahli organisasi akan tentukan senario, suasana atau pun iklim seluruh premis yang akhirnya wujud sebagai satu budaya kerja berkualiti dan cemerlang; persekitaran yang bersih, ceria dan selamat; suasana yang kondusif kepada pembelajaran bermakna; anak didik yang aktif dan responsif tetapi bukan bising tak tentu hala.

Tetapi "realitinya" bagaimana?

Page 50: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Aspek peribadi: bersikap yang tidak sesuai dan tidak cerminkan seorang (atau guru-guru) yang sejati dengan tingkah-laku dan gelagat yang merendahkan martabat diri dan organisasi; datang lewat, lambat masuk kelas mengajar, atau kalau masuk tidak mengajar, atau masuk sekejap kemudian tinggalkan murid buat kerja sendiri, suka buang masa (berborak dan bersembang semasa bertugas), buat sibuk pada masa dia tidak sibuk; semuanya ini jadi amalan dan tak rasa malu apatah lagi rasa berdosa.Pengetahuan dan kemahiran yang tidak berkembang; walau dah lama menjadi guru tetapi kerja masih comot, kabur, salah sana salah sini, tak faham format dan kandungan, sangat lewat siapkan laporan data dan maklumat (termasuk analisis dan diagnosis) dan masih tak pandai buat minit mesyuarat atau belum faham-faham bezakan antara laporan dan minit; dokumen murid sering tidak kemaskini; buku-buku latihan murid sangat lama tidak diperiksa; dan paling buruk sikap bodoh sombong, besar diri dan sangka diri paling betul hingga kerja wajib sebagai seorang guru ditinggalkan dan melebihkan kerja-kerja lain yang bukan wajib (direct selling dan seumpamanya); bagaimana kita hendak jadi Guru Sebenar Guru?

Aspek Organisasi pula kenyataannya datangnya daripada sikap dan perlakuan para ahlinya; sering wujud senario nafsu-nafsi (tidak landaskan prinsip dan peraturan) akhirnya terbentuk organisasi yang kalut, caca-marba, ikut suka; hingga berlarutan bertahun-tahun maka wujudlah beberapa status organisasi seperti: i) Organisasi Bermasalah, ii) Organisasi Terbiar, iii) Organisasi Berpenyakit, iv) Organisasi Bebas-Cukai dan v) Organisasi Mentaliti "Mengajar sebagai Kerja Bodoh."

Aspek Iklim dan Budaya Kerja: Relitinya iklim yang gambarkan "budaya organisasi" yang sentiasa di bawah standard dan jangkaan semua pelanggan dalaman dan luaran atau tidak memenuhi aspirasi masyarakat dan negara. Maka terdengarlah segala macam rungutan, komen dan kritikan daripada rakyat jelata di desa sampailah kepada Perdana Menteri yang memerintah negara; antarnya seperti "Kita tidak serius sebagai Guru Besar..."; "..sekolah kebangsaan tidak menarik dan kurang berdisiplin.'; "3M tidak berkesan di sekolah kebangsaan berbanding SJK Cina."; "Sebanyak 1,919 buah sekolah dikenalpasti sebagai sekolah prestasi rendah (SPR) kerana pencapaian bawah 30% kelulusan UPSR (1999)"; " Pelajar-pelajar Melayu tertinggal dalam pelajaran seawal di bangku sekolah rendah lagi...."; adalah fakta dan faktor yang mesti kita terima dan akui bagi membanteras dan memperbaikinya melalui ruang yang luas di mana kita bebas membuat pilihan...yakni pilihan perjuangan menghapuskan kealpaan, kelederan, kelewatan, ketidakakuran, kelemahan dan kehinaan akibat dari kebejatan profesioanlisme.

Kita sebagai Apa yang Kita Fikirkan

Apa yang kita percayai dan yakini itulah yang kita buat dan lakukan (amalan hidup); dan apa yang kita buat dan apa yang kita tidak buat akan jadi "warisan" (legacy) setelah kita berpindah sekolah. Apabila kita secara tekal berfikir, bertindak (beramal) dan mengutamakan motif diri kita inilah kemudiannya yang digelar sebagai sikap. Oleh itu kaitan antara pemikiran, perbuatan atau tingkah-laku dan

Page 51: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

kepercayaan (beliefs) amatlah saling berkait rapat dalam membezakan seseorang personaliti dengan personaliti yang lain.

Jika kita fikirkan mengajar bersungguh-sungguh tidak penting (asal ajar sudah) maka kerja mengajar kita jadilah sebagaimana seadanya sahaja, dan di mata anak didik kita dilabel sebagai "guru malas". Begitu juga jika kita fikir datang awal atau masuk kelas segera sebagai tidak penting maka jadilah kita orang yang sentiasa 'lengahkan waktu' dan seolah-olah tidak berminat dalam pekerjaan kita sendiri.Atau apa yang kita asyik lebihkan masa berborak dan bersembang (termasuk adu domba, fitnah, hasut-menghasut, apatah lagi berpolitik) daripada mengajar anak didik sebaik-baiknya, maka jadilah kita orang-orang yang utamakan kerja yang tidak berkenaan dan mengabaikan kerja utama dan kerja yang wajib ke atas kita. Pendeknya inilah yang dikatakan segala yang kita fikir, yakni menjadi 'kepercayaan kita' maka kita pasti melakukan segala 'kebejatan' ini yakni apa yang kita amalkan setiap hari sehingga menepati Hukum Ganjaran yakni "Apa Yang Disemai Itulah Yang Dituai"; dan inilah menjadi "warisaan" kita yang kita tinggalkan nanti.

Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu

Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa. Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang profesional dengan guru yang tidak; rujuk senarai semak berikut, dan marilah kita menukar sikap, persepsi dan posisi kita agar menjadi lebih perkasa dan berwibawa dalam melaksanakan tugas mulia sebagai seorang guru.

Guru yang Profesional Mula kerja awal pagiSedia bergerak awal hariMengurus dengan merancang Ada perancangan & matlamat Berpakaian secara 'profesional' Guna waktu luang sebagai waktu 'kerja'Suka ikuti latihan kerana berikan perkembangan profesional Dalam mesyuarat mereka duduk di mana mereka boleh belajar Cari perkara-perkara untuk dipuji Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan Sedia buat keputusan dan selesai masalah Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi dalam pendidikan Melanggan dan membaca jurnal profesional

Page 52: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

Mendapat penghormatan setiap hari Kembangsuburkan kerjaya mereka Rasa dan bertindak 'empowered' Sedia untuk belajar dan dapatkan bantuan Belanja wang untuk perkembangan profesional atau untuk bilik darjahPercaya anak didik boleh belajar, dan lihat tugas mereka membantu proses ini Melihat pekerjaan 'mengajar' sebagai satu profesion paling mulia.

Guru yang tidak Profesional Mula kerja setelah loceng berbunyiSudah pun letih di awal pagiMengurus dengan krisis Ada berbagai alasanBerpakaian selekehGuna waktu luang mengumpat dan mengeji Komplen tentang latihan dan pelik mengapa ianya perluDalam mesyuarat mereka duduk di tepi pintuCari perkara-perkara untuk dikomplenSalahkan orang lain bila sesuatu tidak berjalanBertanya "Apa patut saya buat?"Lihat pentadbir sebagai tempat melepaskan geramFikir jurnal profesional sebagai membazirkan wang sahajaMerungut kerana tidak dapat penghormatan Buat yang terbaik Buat apa orang lain buatBimbang tentang kerja merekaRasa dan bertindak seperti mangsaTidak sedia belajar atau terima bantuanEnggan belanja untuk perkembangan profesional atau untuk bilik darjahPercaya anak didik degil, tidak bertanggungjawab, dan malasMelihat kerja mengajar sebagai satu kerja dengan gaji lumayan sahaja.

Memenuhi Tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar"

Objektif kita akhirnya ialah memenuhi tuntutan konsep "guru mengajar murid belajar" dapat direalisasikan pada tahap paling optimum dan dapat pula kita buktikan menerusi kerja-buat kita setiap hari dan waktu. Bagi mencapai tahap ini semua kita mestilah membetulkan iman (kepercayaan), bual (percakapan), dan amal (segala perlakuan) kita

sentiasa selaras antara ketiga-tiga aspek tersebut.

Memenuhi tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar" pula perlukan semua kita menjadi guru-guru yang sebenar guru "Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu"; yang membawa erti seseorang guru itu penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-

Page 53: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara

muirdnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' pekerjaan yang sangat mulia. Janganlah rosakkan 'kemuliaan tugas' ini dengan perangai dan gelagat yang tersasar jauh daripada etika dan adab seorang guru yang mursyid. Guru-guru mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri.

Guru Sebenar Guru

tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng; banyak beri alasan dan helah; sering mengelakkan diri daripada menerima tugas dan tanggungjawab; menganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara' atau selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-ciri “orang malas' ketika di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria dan dengan penuh semangat serta bersungguh-sungguh, memeriksa buku-buku tanpa bertangguh.

PenutupFahamlah kita bahawa kecemerlangan organisasi dan institusi amat bergantung kepada mutu jatidiri individu yang berada di dalamnya sama ada ia seorang guru, pembantu tadbir, pembantu am rendah atau pun pekerja rendah awam; yang semuanya mempunyai 'amanah tugas' dan tanggungjawab yang sudah jelas dan terperinci yang tidak boleh kita dakwa bahawa kita tidak tahu mengenainya.

Marilah kita menginsafinya dengan setulus ikhlas bahawa sebarang 'defisit pembelajaran' misalnya adalah kerana kita selaku guru-guru yang tidak mengutamakan masa sebaik mungkin semasa mengajar selama ini. Bagaimana pula kita akan dapat memenuhi tuntutan bekerja 8 jam sehari seperti yang sedang diura-urakan oleh pihak Kementerian Pendidikan jika waktu bekerjas 5½ jam sekarang ini pun kita sudah "lesu dan layu?”

RujukanOmar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

William E. Schneider, Ph.D., (1998). Why Good Managements Ideas Fail- Understanding Your Corporate Culture. Paradigm Shift International USA.

___________________(2001); Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Page 54: Ciri-Ciri Guru Berkesan-berdasarkan Nilai Bitara