1
Ciri-ciri pakaian bajau lelaki Pakaian tradisi etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang dipanggil badu dalam bahasa Bajau. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau atau kuning keemasan. Baju ini dihiasi dengan butang betawi dibelahan hadapannya. Butang betawi juga ada kalanya digunakan untuk hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah hingga ke siku untuk memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra. Baju tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan. Kaum lelaki Bajau juga mengenakan suart atau seluar berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan atau dipakai semasa majlis perkahwinan, manakala pada majlis yang lain warna kontra akan digunakan. Perhiasan bagi pakaian lelaki Bajau ini pula adalah topi yang dipanggil tanjak untuk hiasan kepala. Tanjak ini diperbuat daripada kain dastar yang telah dibentuk dan dipakai semasa majlis perkahwinan. Bagi penunggang kuda, tanjak ini yang mereka pakai biasanya dipanggil podong . Seperti wanita etnik ini, golongan lelaki juga memakai tali pinggang dipanggil ingkot pangkat dan memakai kain selendang yang disulam sebagai hiasan selain memakai puyut yang digunakan sebagai pengikat pinggang atau selempang (selendang). Kaum lelaki Bajau juga biasa menggunakan perhiasan yang dipanggil supu. Supu ini adalah perhiasan yang digunakan untuk menyimpan sigup atau rokok daun. Disebabkan kebanyakkan golongan lelaki Bajau ini pada zaman dahulu adalah pahlawan-pahlawan yang gagah, maka mereka telah menggunakan perhiasan berbentuk keris dan pida untuk disisipkan pada pinggang. Keris, pida dan parang panjang dianggap sebagai lambang kepahlawanan etnik berkenaan.

ciri2 baju bajau lelaki.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ciri2 baju bajau lelaki.docx

Citation preview

Page 1: ciri2 baju bajau lelaki.docx

Ciri-ciri pakaian bajau lelaki

Pakaian tradisi etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang dipanggil badu dalam bahasa Bajau. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau atau kuning keemasan. Baju ini dihiasi dengan butang betawi dibelahan hadapannya. Butang betawi juga ada kalanya digunakan untuk hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah hingga ke siku untuk memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra. Baju tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan. Kaum lelaki Bajau juga mengenakan ‘suart’ atau seluar berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan atau dipakai semasa majlis perkahwinan, manakala pada majlis yang lain warna kontra akan digunakan.

Perhiasan bagi pakaian lelaki Bajau ini pula adalah topi yang dipanggil ‘tanjak’ untuk hiasan kepala. Tanjak ini diperbuat daripada kain dastar yang telah dibentuk dan dipakai semasa majlis perkahwinan. Bagi penunggang kuda, tanjak ini yang mereka pakai biasanya dipanggil ‘podong’. Seperti wanita etnik ini, golongan lelaki juga memakai tali pinggang dipanggil ‘ingkot pangkat’ dan memakai kain selendang yang disulam sebagai hiasan selain memakai ‘puyut’ yang digunakan sebagai pengikat pinggang atau selempang (selendang).

Kaum lelaki Bajau juga biasa menggunakan perhiasan yang dipanggil supu. Supu ini adalah perhiasan yang digunakan untuk menyimpan sigup atau rokok daun. Disebabkan kebanyakkan golongan lelaki Bajau ini pada zaman dahulu adalah pahlawan-pahlawan yang gagah, maka mereka telah menggunakan perhiasan berbentuk keris dan pida untuk disisipkan pada pinggang. Keris, pida dan parang panjang dianggap sebagai lambang kepahlawanan etnik berkenaan.