54
1 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK KOD AMUS KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK TEOH HOON SZE D20112053667 PUSAT PEMBELAJARAN: EL-C03 (A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: PN.NORLY BINTI JAMIL Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan PEMARKAHAN

contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

1 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD AMUS

KAE 3013

ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

TEOH HOON SZE D20112053667

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-C03 (A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: PN.NORLY BINTI JAMIL

TARIKH SERAH: 3 MEI 2013

ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA MUKA SURAT

Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia.

Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.

PEMARKAHAN

Page 2: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

2 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

1 Pengenalan 3

2 Definisi Kreativiti 3 - 5

3 Kepentingan Kreativiti 5 - 9

4 Kreativiti dan Kanak-kanak 9

5 Kreativiti Kanak-kanak 10

6 Seni Bahasa Pertama Kanak-kanak 11

7 Ciri-ciri Kanak-kanak Kreatif 11

8 Aktiviti 12 - 20

9 Rujukan 21

PENGENALAN

Page 3: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

3 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi

ia bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ia berkait rapat

dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang.

Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadang kala

tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan satu prosedur atau kaedah

yang perlu digunakan apabila melihat, berfikir atau belajar bagi mewujudkan idea.

Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung

tentang apa yang di lihat atau di alaminya. Ia mungkin menggunakan metafora dan

anologi memproses pengalaman tampak untuk dilahirkan ke dalam bentuk

tampak yang baru.

Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi

juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak

kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta kepada bentuk baru memerlukan

keupayaan membuat metafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang

merupakan fungsi pemikiran kreatif.

DEFINISI KREATIVITI DAN PEMIKIRAN KANAK-KANAK

Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring

something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah

kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan

difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah

mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada tiada kepada ada. Definisi

ini seolah-olah melambangkan sesuatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang

hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal

sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya.

Kamus dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan

(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang

Page 4: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

4 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowengfeld

(1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh

setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau

membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang

mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan

keinginan, manusia tidak akan bertindak.

Gilchrist menyatakan, kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang

baru dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994). Manakala,

Paul Torrance (1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana

seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-

unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya; mengenal pasti perkara-perkara

yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang

kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan

memungkinkan pengubahsuaian dan mengujinya semula dan akhir sekali

menyalurkan keputusannya kepada orang lain (Leonard Yong,1994).

Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang

maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli,

satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang

kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan

untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam

membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya

suatu produk.

Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan

suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan

atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses

pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran

yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan

Page 5: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

5 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian, berlaku proses

pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan

kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek

dimanipulasikan serta dikaji, teliti menggunakan langkah-langkah perkembangan

kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi,

penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dandimensi lain (analogi).

Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud

mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai

nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu

yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.

Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea

baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba

sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan

pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan

sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.

KEPENTINGAN KRETIVITI

Pendidikan seni visual dianggap sebagai mata pelajaran sampingan oleh

sesetengah ibu bapa. Pandangan negatif ini sebenarnya adalah disebabkan oleh

pemahaman cetek daripada sumber rujukan dan maklumat yang tidak tetap terhadap

kepentingan mata Pelajaran Seni Visual. Kepentingan pendidikan seni adalah lebih

penting dalam merealisasikan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sempurna

sepertimana kepentingan mata pelajaran lain. Seni sebenarnya sudah lama memainkan

peranan penting dalam dunia pendidikan. Namun, kepentingan itu tidak disedari.

Sama ada disedari atau tidak, Pendidikan Seni Visual sudah disemai kepada semua

generasi sejak dari awal kanak-kanak lagi sehingga ke peringkat dewasa. Seni bukan

saja mengajar manusia menghayati keindahan, kecantikan atau sebagainya tetapi

memupuk nilai-nilai estetika dan nilai-nilai kemuliaan dalam diri manusia. Seni harus

Page 6: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

6 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

dilihat sebagai subjek yang mampu ‘mengubati’ permasalahan yang berlaku dalam

jiwa manusia. 

Seni memainkan peranan penting dalam pembangunan manusia dan perubahan

masyarakat. Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena

pembangunan manusiawi. Kefahaman yang cetek yang mengatakan seni tidak

menjanjikan kerjaya yang baik perlu dikikis. Pendidikan yang diterima oleh manusia

sama ada kita sedari atau tidak sebenarnya telah kita meletakkan seni di tempat yang

sewajarnya. Pendidikan seni itu sebenarnya telah bermula lebih awal lagi, iaitu di

zaman kanak-kanak. Pendidikan yang diberikan itu berlaku secara tidak lansung dan

tanpa disedari. Contohnya, ibu bapa telah mendidik anak-anak mereka mengenal alat-

alat permainan. Mereka menunjukkan bentuk-bentuk permainan kepada kanak-kanak.

Pada alatan permainan tadi, terdapat pelbagai warna dan bereneka jenis rupa

bentuknya. Apabila melihatnya, kanak-kanak itu akan meluahkan rasa hatinya.

Apakah warna yang disukainya. Jenis-jenis permainan serta apa yang disayanginya.

Selain gemar kepada barangan permainan, kanak-kanak juga suka menconteng. Apa

sahaja yang boleh digunakan atau yang difikirkan sesuai, akan digunakan untuk

menconteng. Kesempatan itu digunakan untuk melahirkan ideanya. 

Antara peranan Seni Visual dalam pendidikan pertama ialah memupuk kreativiti

kanak-kanak. Sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah memerlukan

perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari perkembangan seni

tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum meningkat

remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat

manipulatif sekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur

5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun hingga 13

tahun. Berdasarkan kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni ini

berlaku pada setiap kanak-kanak. Perbezaan mungkin timbul ialah berdasarkan factor

persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan.

Melalui proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan

baik. (Laura Chapman, 1978)

Page 7: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

7 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Peranan kedua memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para

pelajar. Apabila mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap penguasaan

ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar itu

sudah mulai menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu bentuk dengan

lebih baik. Pada peringkat ini, sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan

yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang.

Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965) pada peringkat ini merupakan peringkat

yang paling konflik dan genting. Pelajar akan mengalami tekanan untuk memilih

bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses membesar mereka. Persaingan di

kalangan pelajar berlaku peringkat ini. Pelajar yang lemah akan mengalami masalah

yang dinyatakan tadi. Sekiranya dibimbing dan diberi penerangan yang betul,

kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkabur. Berbanding dengan pelajar yang

diberi bimbingan atau nasihat yang positif. Mereka akan menjadi lebih berdisiplin,

cekal dan berminat dengan subjek seni itu.

Ketiga ialah melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang. Sebagai sebuah

negara yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga professional.

Jurutera, arkitek, doktor, saintis dan penguam merupakan bidang kerjaya yang amat

diperlukan oleh negara. Akibat kekurangan itu, kita terpaksa mengimport dari luar

negara. Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk

membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.

Selain untuk keperluan negara, pelajar yang memilih bidang ini boleh merancang

untuk membentuk satu profesion baru. Menjadi seniman sepenuh masa contohnya.

Walaupun negara kita masih baru dalam bidang ini, namun telah terdapat ramai artis

yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh

masa. 

Keempat peranan seni visual dengan cara memupuk dan mendidik sifat kecintaan

pada seni dan estetika. Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan

bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh

dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai

Page 8: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

8 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

keindahan. Pada hari ini melalui sebuah agensi kerajaan, kita melihat beberapa agenda

penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh

kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan. Antaranya program Tahun Melawat

Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Selain

daripada itu, ada pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk menarik para

pelancong. Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi. Namun apa yang

penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh. Terutama

sekali ialah kesan penghayatan masyarakat terhadap aktiviti yang dijalankan itu. 

Kelima memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat.

Masyarakat kita memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Sebut sahaja

keperluan harian yang digunakan di rumah kita. Pinggan mangkuk, peralatan

memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan atau tekstil, hamparan tikar mengkuang

atau pandan, anyaman kelarai, seni binaan rumah kayu atau kampung dan seterus seni

budaya sopan santun dan adat istiadat. Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir

dan hamper dilupakan. Tidak banyak lagi generasi hari ini yang mengamalkan

menghulurkan tepak sirih apabila menyambut kedatangan tetamu. Kehidupan moden

yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan itu. Seni itu wajar

dipertahankan daripada hilang terus atau mengalami kepupusan. Terdapat banyak

contoh yang boleh dijadikan rujukan. Seni kraftangan umpamanya seperti seni

anyaman mengkuang dan seni anyaman kelerai. Seni tekat, tembikar dan banyak lagi

contoh yang bileh diketengahkan. Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf ini

tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini. 

Peranan keenam ialah melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya

menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat itu

mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam

masyarakatnya. Mengekalkan kebudayaan mereka supaya ia dikenali dan dihormati

bukanlah satu tugas yang mudah. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui

perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebih

mudah dari mengenali budayanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan

Page 9: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

9 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

berusaha untuk mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan

tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika.

Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan

institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar. Peranan murid, guru

atau pendidik, pensyarah, dan pihak kementerian pendidikan amat penting untuk

merealisasikan perkara ini. Justeru, selain apa yang disebutkan tadi, semua

masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada

kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan kea rah cita-

cita yang murni ini. 

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

Menurut kebanyakkan penyelidik berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali

dikaitkan dengan kanak-kanak, hal ini kerana kanak-kanak biasanya bermain dengan

idea dan mempamerkan ciri-ciri kreatif secara berperingkat pada individu kanak-

kanak ini. Albert Einstien ( Schilpp 1949), pemikir sainstifik terkenal, menyatakan

perkara yang paling kreatif pada diri kanak-kanak adalah apabila mereka bermain

dengan fikiran.

E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap paling

kreatif pada usia empat tahun. Sekiranya perkara yang dinyatakan ini benar, perkara

ini mungkin menarik untuk kita mengklasfikasikan ciri-ciri kanak-kanak yang

menunjukan kreativiti yang ada pada diri mereka. Apakah sifat-sifat istimewa yang

mereka miliki yang boleh membantu kita memahami cara yang unik mereka

mengalami dunia? Kebanyakkan pada kanak-kanak yang berusia empat tahun;

a) Bebas

b) Seronok mempelajari perkara baru

c) Sifat ingin tahu

d) Suka bermain/ keseronokkan

e) Peserta yang aktif

Page 10: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

10 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Kebanyakkan kanak-kanak, yang baru mengenali dunia ciri-ciri kreativiti mereka

lebih terpengaruh dengan keaadaan sekeliling. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini

bersifat, mengikut, meniru, apa yang mereka lihat dengan kerap kalinya, terutamanya

sifat orang dewasa. Dan sifat kreatif ini kemungkinan akan hilang sekiranya perkara

yang ditunjuk oleh ibu bapa berbeza.

Namun sekiranya kanak-kanak tersebut sememangnya kreatif, bagaimana dikatakan

persekitaran menyokong keupayaan kreativiti kanak-kanak tersebut? Dan bagaimana

kreativiti ini dipupuk agar kekal dalam diri kanak-kanak ? mungkin permulaan yang

baik untuk membangunkan kesedaran kompleks dalam proses pemikiran kreatif.

Kreativiti sangat susah untu kita fahami. Namun perkembangannya boleh dilihat dari

peringkat ke satu peringkat ketika usia kanak-kanak.

KREATIVITI KANAK-KANAK

Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kreatif ( Lowenfeld 1975). Menurut

Guilford (1964) menerangkan bahawa intelektual atau minda mempunyai lima bentuk

operasi yang terdiri daripada;

a) kognitif, yang menerima dan memproses maklumat

b) memori, yang menerima dan menyimpan maklumat

c) pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus

d) pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atu bercapah yang

selari dengan pemikiran kreatif

e) penilaian, yang merupakan hsil pertimbangan sesuatu tindakkan.

SENI BAHASA PERTAMA KANAK-KANAK

Kanak-kanak memerlukan peluang untuk mencipta seni kerana penting untuk

pertumbuhan minda mereka. Kanak-kanak in tidak boleh dipisahkan dari kesenian

terutama dalam kegiatan harian mereka. Ujian dengan menggunakan karayon

memaksa kanak-kanak untuk cuba naik ke satu peringkat ke satu peringkat, hasilnya

biasanya akan bertambah baik. 

Page 11: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

11 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Hal ini boleh menjelaskan eksperimen yang menunjukan percubaan makanisme

dalaman yang ditunjukan oleh mereka.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERFIKIRAN KREATIF

Menurut Lowenfeld dan Brittain, kanak-kanak yang kreatif sentiasa bermotivasi,

ingin tahu dan berimaginasi untuk mencari dan menemui jawapan, menyoal

penyelesaian sedia ada kepada permasalahan, memikirkan semula, menstruktur dan

mencari perkaitan baru, menggunakan pemikiran bercapah.

Selain itu, kanak-kanak yang kreatif mempunyai kebolehan menyelesaikan

masalah yang praktikal yang mana mereka dapat melihat masalah dari pelbagai sudut,

memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. Mereka lebih

berdikari, kadang-kadang tidak mematuhi arahan yang dirasanya tidak betul. Mereka

juga mempunyai ingatan yang baik dan suka pada kerja yang mencabar.

Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka

segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan

fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Biasanya kanak-

kanak kreatif mempunyai ciri-ciri seperti perasaan ingin tahu yang tinggi (curios),

berdikari (independent), kebebasan bertindak tanpa rasa takut (uninhibited), suka

memanipilasikan bahasa (language explosion), suka bermain-main (playful), gemar

sesuatu yang mencabar (adventurous) dan suka terlibat secara aktif dalam apa jua

aktiviti (acti participants). Kesemua ciri ini memang dimiliki seorang kanak-kanak

yang pintar dan kreatif.

         Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan

dipupuk di kalangan kanak-kanak. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original,

tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah

kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya.

Page 12: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

12 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza

seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MERANGSANG PEMIKIRAN

KREATIF KANAK-KANAK

  Menurut Garder (1980), orang dewasa perlu menyediakan peluang kepada kanak-

kanak untuk melakukan aktiviti seni tanpa sekatan supaya kanak-kanak meluahkan

apa yang mereka rasai dan mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan. Kepentingan

menggalakkan perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi meningkatkan daya

upaya kognitif dan kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan visual ruang banyak digunakan

dalam seni visual. Untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah dengan mendedahkan

kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti seni visual atau pendidikan seni visual (Gardner

(1993).

Untuk memupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak, kita boleh mengadakan

aktiviti menconteng, melukis, menyanyi, bermain, mewarna, menari dan permainan

kata-kata. Aktiviti drama, memasak, bercerita, pakaian beragam, aktiviti visualisasi,

numerasi dan literasi, aktiviti mendapat informasi, megenali mesin serta aktiviti

penulisan kreatif juga merupakan aktiviti yang sesuai bagi memupuk kreativiti dan

imaginasi kanak-kanak.

PENGAJARAN SENI LUKIS KANAK-KANAK

Kreatif kanak-kanak boleh dikenalpasti semasa mereka melaksanakan aktiviti

seni visual dan seni persembahan dengan mengambil kira sikap, motivasi,

kemampuan dan kemahiran mereka.

Seni lukis dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal juga dapat

mengembangkan bakat. Menerusi idea dan imaginasi kanak-kanak dapat

menghasilkan apa yang digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Bidang seni lukis

dapat memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak kerana proses

Page 13: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

13 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

penghasilan lukisan misalnya dapat menggabungjalinkan emosi, sosial dan nilai

estetika. Lukisan merupakan simbolik grafik awal bagi kanak-kanak terhadap benda

yang terdapat di sekeliling mereka. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak

boleh dibahagikan kepada empat, iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi

imaginasi dan konsepsi.

Lowenfeld (1947), sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak dibantu

dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatan-

peralatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah

sesuatu yang mudah untuk ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni visual

semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh.

Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni lukis, pengetahuan

teknik-teknik seni halus serta kemahiran memanipulasikan ciri-ciri lukisan dan seni

dpat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis

serta imej artistik yang dihasilkan dlam kalangan kanak-kanak. Pengetahuan serta

lebih mendalam dan berstruktur dari segi konvensi-konvensi artistik mewujudkan

bahan perantara untuk kanak-kanak mengembangkan kreativiti. Pengetahuan ini

memerlukan penganalisisan, kemahiran pemikiran rasional dan pemprosesan

maklumat secara kognitif. Keupayaan kognitif dapat ditingkatkan melalui keupayaan

individu untuk membentuk dan mencipta, memahami dan menginterpretasikan hasil

atau karya seni.

Proses aktiviti seni dapat membantu kanak-kanak untuk mereka cipta sesuatu

dengan menggunakan idea. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi,

mengeluarkan idea, menerokai dan membuat keputusan daripada proses aktiviti seni

yang dilaksanakan. Kanak-kanak menggunakan semua deria apabila belajar dan

menunjukkan ekspresi seni. Kanak-kanak meningkatkan sensitiviti terhadap dunia

fizikal untuk memberi makna dan meluahkan perasaan. Seni lukis jika diberikan

perhatian boleh memperkembangkan kebolehan kreativiti semulajadi kanak-kanak

Page 14: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

14 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

kerana proses penghasilan lukisan misalnya dapat menggabung jalinkan emosi, sosial

dan nilai estetika. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh dibahagikan

kepada empat, iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi imaginasi dan konsepsi.

Lukisan teknik pensel boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknik gosokan

dan teknik garisan selari. Garisan merupakan satu tanda jelas yang dibuat

menggunakan peralatan lukisan di atas satu permukaan. Aplikasi pelbagai jenis

garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk,

ruang dan gerakan dalam seni visual. Pelbagai teknik yang boleh dilakukan bagi

membantu kanak-kanak menghasilkan garisan yang baik seperti teknik koyakan,

tampalan, gosokkan dan kolaj.

June King McFee pula menyatakan bahawa kreativiti itu adalah sebgai satu

keupayaan seseroang mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa

yang sama mampu mengolah idea yang baru. Seni merupakan salah satu cara terbaik

untuk mengekspresi diri. Mengecat, melukis, mewarna dan menulis merupakan

bentuk-bentuk luahan yang kukuh untuk pelbagai emosi yang anak anda rasai atau

alami di dalam aktiviti hariannya. Membenarkan kanak-kanak mengecat atau melukis

secara bebas boleh membantu membuka mindanya. Ini adalah komponen penting

dalam perkembangan seorang kanak-kanak, dan kanak-kanak sering membentuk

fikiran dan idea menerusi lukisan mereka, walaupun hanya melukis objek atau

bentuk-bentuk yang tidak berkaitan.

PENGAJARAN MUZIK, LAGU DAN NYANYIAN SERTA PANTUN DAN SAJAK

KANAK-KANAK

Muzik ialah satu cabang seni dan aspek yang penting dan berkesan dalam

perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak. Muzik, lagu dan

nyanyian serta sajak dan pantun dapat mempertingkatkan kemahiran muzikal dan juga

kreativiti kanak-kanak. Setiap aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan

Page 15: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

15 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

pantun kanak-kanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara

kreatif dalam membuat pergerakan dan menyampaikan mengikut mud.

Oleh itu, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran lagu atau pantun

atau sajak untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar. Guru juga hendaklah

memberi insentif kepada pelajar terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan supaya daya

kreativiti pelajar dipelihara dan dikekalkan.

Pengajaran lagu, pantun atau sajak boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah

seperti:

a. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak fasa demi fasa.

b. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak lengkap

c. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak daripada rakaman.

PENGAJARAN KRAFTANGAN KANAK-KANAK

Apabila bermain kanak-kanak menggunakan daya imginasi mereka. Menurut

Piaget dan Vgotsky, imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak

memahami dunia persekitarannya. Mereka juga perlu diberi peluang untuk memilih

bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam aktiviti bermain. Sebagai contoh, guru

boleh menggalakkan murid-murid menjalankan aktiviti seperti melukis, menconteng,

membuat kolaj, 'sandplay' dan sebagainya

Aktiviti kraftangan juga memberi peluang kepada kanak-kanak mengaplikasikan

teknik aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan. Aktiviti

membuat corak dan rekaan untuk kanak-kanak adalah seperti ikatan dan celupan,

capan, titisan, renjisan, pericikan, lukisan, catan , cetakan, tiupan, resis, guntingan,

pualaman, lipatan dan kolaj. Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak adalah seperti

lukisan, kolaj, stensilan, montaj, catan, resis, gosokan, cetakan, percikan, mozek,

gurisan dan capan. Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak adalah seperti topeng, boneka,

origamni, mobail, stabil, model dan diorama.

Page 16: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

16 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Contohnya, kolaj adalah kraf 2D yang boleh dibuat dengan menggunakan perca

kain, kertas warna, keratin akhbar, kepingan besi, dan bahan-bahan alam seperti

rempah ratus, daun dan ranting. Kolaj mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada

tahun 1912. Membuat kolaj memerlukan kesabaran dan ketelitian serta memerlukan

kreativiti yang tinggi untuk menghasilkannya.

Boneka adalah objek-objek yang diukur untuk mewakili watak-watak cerita.

Aktiviti boneka boleh mempertingkatkan kemahiran intrapersonal, kreativiti, bahasa,

daya pemikiran dan kemahiran interpersonal kanak-kanak. Boneka boleh dibuat

dalam pelbagai cara dan kanak-kanak boleh melakonkan watak menggunakan hasil

karya masing-masing.

PENGAJARAN TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK

Kreativiti semula jadi bagi kanak-kanak ialah bergerak mengikut kehendak dan

irama muzik. Aktiviti-aktiviti gerakan yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan

bentuk pengalaman yang kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk

menilai estetika gerak dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif. Aktiviti

tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak

mengikut rentak dan irama muzik.

Aktiviti pergerakan kreatif menggabungkan elemen-elemen pergerakan seperti

tubuh badan, ruang, masa dan daya. Aktiviti pergerakan kreatif dapat meningkatkan

estetika, kreativiti dan imaginasi kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti gerakan,

menginterpretasikan idea dan mengapreasiasi estetika. Aktiviti-aktiviti pergerakan

kreatif dapat membantu kanak-kanak mengenal tiap-tiap bahagian tubuh badan

mereka sendiri. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kekuatan fizikal dan daya

ketahanan mereka, mengeksplorasi dan menggunakan ruang dengan bijak,

menghargai dan membahagikan masa mengikut keutamaan.

Page 17: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

17 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

a) Elemen Tubuh Badan

Elemen tubuh badan merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, kaki

dan tangan. Kanak-kanak boleh menggunakan imaginasi dan keativiti masing-masing

untuk mereka cipta gerak geri dengan menggunakan elemen tubuh badan.

Contoh gerak geri pusing kepala, turun naik bahu, berjalan dan melambai tangan.

Daripada gerak geri yang dihasilkan, kanak-kanak boleh meneka maksud gerakan

menilai estetika yang ada pada gerakan. Penggunaan tubuh badan adalah melatih

kanak-kanak menjelajahi ruang persembahan secara kreatif.

b) Elemen ruang

Elemen ruang dalam pergerakan kreatif merangkumi ruang diri, aras dan arah. Ruang

am dalam pergerakan kreatif untuk kanak-kanak merujuk kepada ruang pentas,

padang atau bilik untuk melakukan aktiviti pergerakan. Ruang diri dalam pergerakan

kreatif merujuk kepada ruang yang digunakan oleh kanak-kanak untuk melakukan

aktiviti pergerakan. Aras dalam pergerakan kreatif merangkumi aras rendah,

sederhana dan tinggi. Arah dalam pergerakan kreatif merangkumi arah ke depan, ke

belakang, ke sisi, ke bawah dan ke atas.

Proses pergerakan kreatif yang menggunakan elemen ruang dapat melatih imaginasi

dan kreativiti kanak-kanak terhadap elemen ruang dalam pergerakan dan mencipta

gambaran mental dan mengamati dunia visual secara kreatif.

c) Elemen masa

Elemen masa dalam pergerakan kreatif marangkumi tempo, rentak, pola beritma,

aksen dan jangka masa. Tempo merujuk kepada kalajuan muzik atau pergerakan yang

perlahan atau cepat; rentak merujuk kepada ukuran masa tanpa mengira masa dalam

pergerakan kreatif; pola ritma merujuk kepada kronologi pergerakan atau bunyi dalam

Page 18: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

18 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

jangka masa yang berubah; aksen merujuk kepada suatu pergerakan yang  lebih kuat

daripada pergerakan sebelum atau selepasnya manakala jangka masa merujuk kepada

pendek atau panjang setiap rentak pergerakan.

Pengiraan rentak dan tempo dalam pergerakan kreatif kanak-kanak dapat

mempertingkatkan kecerdasan logikal kanak-kanak. Kanak-kanak dapat memahami

kiraan rentak dan tempo dan seterusnya dapat membilang nombor dengan betul.

d) Elemen daya

Elemen daya atau tenaga dalam pergerakan kreatif merangkumi pergerakan perkusif,

pergerakan pendular, pergerakan staccato, pergerakan bergetar, pergerak meruntuh

dan pergerakan kawal-lambat. Pergerakan perkusif dalam pergerakan kreatif merujuk

kepada pergerakan yang bertenaga kuat dilepaskan dalam satu tempoh yang singkat;

pergerakan pendular dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan secara

berayun; pergerakan staccato merujuk kepada pergerakan yang bersifat terputus-

putus, cepat dan ringan; pergerakan bergetar dalam pergerakan kreatif merujuk

kepada pergerakan yang menggigil; pergerakan meruntuh dalam pergerakan kreatif

merujuk kepada pergerakan yang lemah dan  tidak bertenaga manakala pergerakan

kawal-lambat merujuk kepada pergerakan yang dikekalkan dalam tempo yang

panjang dalam aktiviti pergerakan kreatif.

Menurut teori Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti.

Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengunkapkan perasaan

melalui muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh badan.

Tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan.

Aktiviti tarian dan pergerakan kreati yang dilaksanakan oleh guru dapat

menggalakkan kanak-kanak menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota

tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Contohnya, kanak-

kanak dapat bergerak mengiringi muzik, sensitif dengan rentak muzik serta

kecerdasan kinestik kanak-kanak dapat dipertingkatkan.

Page 19: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

19 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Guru boleh melaksanakan aktiviti pergerakan kreatif kanak-kanak dengan

menggunakan pergerakan kreatif berdasarkan simbol dan teknik pergerakan kreatif

berdasarkan cerita. Muzik dan props dapat memberi rangsangan kepada kanak-kanak

dalam pergerakan kreatif. Muzik dapat memberi mood dan emosi seperti gembira,

sedih, marah dan takut semasa aktiviti pergerakan kreatif. Irama dan rentak muzik

yang pelbagai dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk melakukan aktiviti

pergerakan kreatif. Props yang boleh digunakan dalam aktiviti pergerakan kreatif

seperti reben, bola, dan gelung melatih kanak-kanak menumpukan perhatian dan

membentuk pola-pola pada pergerakan yang kreatif.

Selain menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak,

tarian kebudayaan yang pelbagai di Malaysia seperti tarian kuda kepang, zapin, tarian

joget, tarian singa, tarian naga, tarian bharatna natyam, tarian buluh, tarian ngajat solo

dan sebagainya dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di

Malaysia.

AKTIVITI BERMAIN

    Bermain ialah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak.

Mereka belajar dan meneroka melalui bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi

dan sejak mereka bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota

badan mereka sendiri.

      Bermain dapat membantu kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. kanak-

kanak dapat belajar pelbagai perkara dan isi dikenali sebagai pembelajaran tidak

formal. Melalui bermain, kanak-kanak dapat memupuk rasa kegembiraan di yang

boleh mempengaruhi kanak-kanak terbabit untuk berimaginasi, berkongsi, bergaul,

berfantasi, berkomunikasi, bersosial dan berfikir di dalam pembelajaran.

   Satu permainan yang menyeronok dapat memupuk kreativiti dan imaginasi

kanak-kanak ialah permainan lego. Untuk menyiapkan sesuatu model lego, kita amat

memerlukan daya pemikiran dan imaginasi yang maksima. Secara jelasnya, kanak-

Page 20: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

20 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

kanak akan cuba mengimaginasi bentuk model dengan idea mereka sendiri sebelum

membuatnya dengan sempurna. Dalam proses menyiapkan model ini keupayaan

kognitif yang digunakan oleh kanak-kanak ini amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan

yang cuba dicantumkan atau bongkah yang cuba dibina tidak seperti yang mereka

mahu, mereka akan cuba lagi untuk membuatnya banyak kali sehingga mereka selesai

melengkapkan model tersebut dengan betul. Jelasnya melalui permainan lego, kanak-

kanak bukan sahaja dapat mencipta daya kreatif mereka sendiri tetapi juga dapat

memperkembangkan lagi kemahiran kognitif .

Page 21: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

21 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

RUJUKAN

1. Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran

dan Pembelajaran, Petaling Jaya: L.C. L.

2. Loy Chee Luen. (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan

Pembelajaran, Petaling Jaya: L.C. L.

3. AINON & ABDULLAH, (1994). PEMIKIRAN REKA CIPTA, PTS Consultants

Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

4. AINON MOHD ABDULLAH HASSAN,(1997). SENI BERFIKIR KREATIF,

PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

5. LEONARD M S YONG, (1993). KREATIVITI KEARAH MEMBENTUK

MASYARAKAT KREATIF. arenabuku sdn bhd. Kuala Lumpur.

6. Joan Bouza koster, (2001). Growing Artists Teaching Art to Young Children

Maimunah Osman, ( 2005). PEMIKIRAN KREATIF. Institusi Tadbiran Awam

Negara (INTAN), Kuala Lumpur.

7. Mohd. Azhar Abd. Hamid Othman A. Kassim Muhammed Fauzi Othman, (2005).

CIPTAAN IDEA BARU, PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

8. Rebecca T. Isbell & Shirley C. Raines, (2003). Creativity and the Arts with Young

Children.

9. ROBERT SCHIRRMACHER, (1998). ART AND CREATIVE DEVELOPMENT

FOR YOUNG CHILDREN, Delmar Publishers an internasional Thomsom

Publishing Compony.

10. Robert W. Olson , (1980) . Seni Berfikir Kreatif, P.T Gelora Aksara Pratama.

11. YEW KAM KEONG, (2002). Bebaskan Kreativiti Anda, Perpustakaan Negara

Malaysia, Kuala Lumpur.

Page 22: contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak

22 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK