Contoh Kertas Kerja Lawatan

  • View
    17.201

  • Download
    9

Embed Size (px)

Text of Contoh Kertas Kerja Lawatan

Pengenalan Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran sematamata. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran, melalui aktiviti-aktiviti diluar kelas boleh mendorong murid menimba sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri suasanan berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman yang mereka lalui dapat mengukuhkan lagi daya ingatan murid-murid. Bagi subjek Pendidikan Moral penekanan diberikan dalam membentuk satu sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik, dan patut dilakukan. Sebolehnya guru cuba mengelakkan daripada murid kita menjadi insan yang tidak bermoral. Moral juga bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat. Guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi peluang kepada murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari. Lawatan ke penjara, dapat memberi peluang murid memahami lebih mendalam lagi tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral. Moral itu sendiri bermaksud sebagai cara atau berbagai cara untuk melihat dan mempersoalkan pelbagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkahlaku berdasarkan persoalan betul atau salah, benar atau tidak dan apakah ia harus dilakukan atau tidak dalam satu-satu keadaan. Guru juga perlu memahami dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan sekiranya berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Ini adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan semasa mengadakan lawatan dan bukan untuk menyulitkan urusan. Prosedur ini melibatkan sebelum, semasa dan selepas lawatan dijalankan. Sebelum lawatan guru perlu membuat mesyuarat pembentukan Ajk, menyediakan kertas kerja, membuat surat kebenaran ke tempat lawatan, kebenaran PPD, kebenaran JPS, kebenaran ibu bapa. Semasa lawatan pula guru perlu memastikan keselamatan murid, dokumen-dokumen penting ada seperti kebenaran ibu bapa serta permit bas. Selepas lawatan pula guru perlu menyediakan laporan lengkap.

1.0

Aktiviti Sebelum Lawatan 1.1 1.2 Mengadakan mesyuarat penubuhan Ajk pelaksanaan, berbincang mengenai lawatan yang akan dijalankan. Menyediakan Kertas Kerja.

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA KAJANG PADA 10 SEPTEMBER 2007

ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN MORAL & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM Kerjasama PERSATUAN PIBG SKSB

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA KAJANG ANJURAN PANITIA MORAL DAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DENGAN KERJASAMA PERSATUAN PIBG SKSB

1.0

DEFINISI Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid dan pengalaman baru kepada mereka mengenai kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.

2.0

RASIONAL 2.1 2.2 2.3 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan. Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara dengan lebih dekat lagi. Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas daripada masalah sosial.

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara. Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.

4.0

SASARAN Murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6.

5.0

BILANGAN PESERTA / GURU Seramai 40 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa / penjaga. Seramai 5 orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini berjalan.

6.0

CADANGAN PROGRAM Tarikh Masa : 10 September 2007 : 8.00 pagi hingga 4.00 petang : Sekitar kawasan Penjara Kajang

Tempat Lawatan 7.0 AJK INDUK Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ajk

: Tn. Hj. Zulkifli b. Hj. Hainin ( Guru Besar SKSB ) : En. Halimon b. Suratman ( GPK Kokurikulum ) : Pn. Faridah binti Majid : Pn. Norazuwani bt. Mohd Arif : Pn. Noor Anita Ishak Pn. Sarimah bt. Jantan En. Najmudin b. Ya

8.0

AJK KERJA Ketua Rombongan Fotografi Kuiz Kecemasan Makanan : Pn. Faridah bt. Majid : Pn. Norazuwani bt. Mohd Arif : Pn. Noor Anita Ishak : En. Najmudin b. Ya : Pn. Sarimah bt. Jantan

9.0

TENTATIF PROGRAM

Masa 7.30 pagi 8.00 pagi 8.40 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 1.00 tengah hari 2.00 petang

-

Aktiviti Berkumpul di sekolah / pendaftaran Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang Tiba di Penjara Kajang Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas. Menonton Tayangan Video Rehat Melawat sekitar kawasan penjara ( tempat dijatuhkan hukuman, bilik kurungan ) Makan tengah hari / solat Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang dikenakan

3.30 petang 4.00 petang 4.45 petang

-

Penyampaian cenderahati Bertolak balik ke Sungai Buloh Tiba di SKSB

10.0

PENDAPATAN / PERBELANJAAN PENDAPATAN 10.1 10.2 Peruntukan Unit Kokurikulum Kutipan Murid ( RM 20.00 X 40 orang ) Jumlah RM 520.00 RM 800.00 RM 1320.00

PERBELANJAAN

10.3 10.4 10.5 10.6 10.7

Bayaran Pengangkutan Makanan ( RM 12 X 40 orang ) Cenderahati Penjara Topi dan T.shirt Edaran Jumlah

RM 350.00 RM 480.00 RM RM 50.00 40.00 RM 400.00 RM 1320.00

11.0

CADANGAN AKTIVITI 11.1 11.2 11.3 Setiap pelajar akan diberi lembaran kerja bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-tempat yang dilawati. Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk disemak dan dinilai oleh guru pengiring. Seramai 10 orang murid yang dapat menjawab dengan memuaskan akan dipilih untuk menerima cenderahati yang disediakan.

12.0

PENUTUP Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda murid disamping memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik, sama ada kesilapan mereka sendiri ataupun kesalahan yang tidak disengajakan.

1.3 1.4 1.5

Surat Kebenaran Ibu bapa Surat Kebenaran Tempat Lawatan Surat Kebenaran Pelancongan

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSANNo. Tel. : 03-61561669 No. Fax :03-61571926 Email : sksbpej@tm.net.my

Tuan: Ruj.Kami: SKSB01/06/10/001 ( ) Tarikh : 20 Jun 2007

Pengarah, Penjara Kajang, Selangor Darul Ehsan Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk: 2. Adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Kajang. Sehubungan dengan perkara di atas berikut adalah butiran lawatan : Tarikh Masa Bilangan Tujuan : 10 September 2007 : 8.00 pagi hingga 4.00 petang : 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring : i) Memberi pengalaman baru mengenai corak kehidupan sebagai penghuni penjara.

3. Di sini juga pihak kami akan sertakan tentatif lawatan yang kami cadangkan. Pihak tuan boleh membuat perubahan dan cadangan yang difikirkan bersesuaian. 4. Kami amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Segala jasa dan perhatian pihak tuan amat kami hargai.

/2

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(HAJI ZULKIFLI BIN HAJI HAININ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Selangor.

. . .

. Kepada, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan. Tuan, SURAT KEBENARAN PENJAGA / IBU BAPA

No. Tel : ________________

Bahawa saya ibu bapa / penjaga yang bernama __________________________________ No. K/P ________________________ memberi kebenaran kepada pelajar yang bernama ____________________________________ dari kelas ___________ menyertai aktiviti seperti butiran berikut : Aktiviti Tarikh Masa Tujuan Tempat Bayaran : Lawatan Sambil Belajar : 10 September 2007 : 8.00 pagi hingga 4.00 petang : Memberi pengalaman baru berkaitan dengan kehidupan seorang banduan. : Penjara Kajang : RM 20.00

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan tersebut diadakan. 3. Saya bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat apaapa perubahan kesihatan atau keadaan fizikal anak jagaan saya sebelum tarikh aktiviti berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak jagaan saya faham bahawa setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru pengiring hendaklah dipatuhi bagi memastikan keselamatan pelajar. 4. Saya juga memberikan kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan segala bentuk rawatan ke atas anak saya sekiranya diperlukan. Perakuan dibuat oleh. Nama : ________________________ No.K/P : _______________________ Tarikh : ________________________ Nama saksi No. K/P Tarikh : ______________________ : ______________________ : ______________________

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSANNo. Tel. : 03-61561669 No. Fax : 03-61571926 Email : sksbpej@tm.net.my

Ruj.Tuan: Ruj.Kami: SKSB01/06/10/001 ( Tarikh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, Tingkat 3, Kompleks Selayang Mall, Jalan SU 9, Taman Selayang Utama, 68100 Batu Caves, SELANGOR. Tuan, Undang-Undang Pelancongan Sekolah 1957 Surat Kebenaran Daripada Ibu Bapa Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki. : 2Julai 2007

)

2. Adalah disahkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa bagi membawa seramai 40 orang murid untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Penjara Kajang, Selangor pada 10 September 2007. 3. Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak sekolah telah memberi segala penerangan dan akan mengambi