33
Meningkatkan Penggunaan Perpustakaan PKG Ranau ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi mengukur sejauhmana kekerapan penggunaan perpustakaan di PKG Bandar Pontian. Kajian ini dilakukan ke atas 10 orang guru setiap sekolah ahli PKG Pontian. Proses Kajian ini dijalankan sepanjang bulan Julai mulai 3 Julai 2007 dengan mengambil kira penilaian daripada soal selidik serta pemprosesan data-data analisis. 1. Pengenalan 1.1. Latar Belakang Kajian PKG Bandar Pontian menggunakan bekas bangunan PPD Pontian yang terletak di No 1032, Jalan UMNO, 82000 Pontian, Johor. PKG Bandar Pontian mempunyai seramai 3 orang staf dan ahli seramai 27 sekolah. PKG ini merupakan salah sebuah PKG yang menumpang bangunan PPD Pontian, yang mana ruang perpustakaannya amat sempit dan terhad. Koleksi bahan(buku) amat berkurangan dan kebanyakannya adalah koleksi lama. 1.2. Refleksi Masalah/Penyataan Masalah Berdasarkan hasil dapatan dari rekod penggunaan di perpustakaan ini dan soal selidik serta temu bual yan dijalankan didapati : 1. Guru kurang berminat menggunakan perpustakaan PKG Pontian sebagai tempat rujukan 2. Bahan dan koleksi di perpustakaan PKG Pontian yang kurang dan ketinggalan zaman 3. Kemudahan dan keselesaan bilik perpustakaan PKG Pontian yang kurang memuaskan dari segi kelengkapan penghawa dingin, meja kerusi dan sebagainya 4. Kurang kesedaran dari kalangan guru-guru sekolah ahli tentang kewujudan perpustakaan PKG Bandar Pontian 5. Promosi yang kurang dari kalangan warga pegawai teknologi pendidikan PKG Pontian sendiri tentang keberkesanan dalam menggunakan perpustakaan PKG Pontian 6. Kemudahan pinjaman dan sistem pencarian i-katalog yang masih lemah menjadikan perpustakan PKG Pontian kurang memberi minat kepada guru-guru sekolah ahli PKG Pontian

contoh laporan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: contoh laporan

Meningkatkan Penggunaan Perpustakaan PKG Ranau

ABSTRAKKajian tindakan ini dijalankan bagi mengukur sejauhmana kekerapan penggunaan perpustakaan di PKG Bandar Pontian. Kajian ini dilakukan ke atas 10 orang guru setiap sekolah ahli PKG Pontian. Proses Kajian ini dijalankan sepanjang bulan Julai mulai 3 Julai 2007 dengan mengambil kira penilaian daripada soal selidik serta pemprosesan data-data analisis.

1. Pengenalan1.1. Latar Belakang KajianPKG Bandar Pontian menggunakan bekas bangunan PPD Pontian yang terletak di No 1032, Jalan UMNO, 82000 Pontian, Johor. PKG Bandar Pontian mempunyai seramai 3 orang staf dan ahli seramai 27 sekolah. PKG ini merupakan salah sebuah PKG yang menumpang bangunan PPD Pontian, yang mana ruang perpustakaannya amat sempit dan terhad. Koleksi bahan(buku) amat berkurangan dan kebanyakannya adalah koleksi lama.

1.2. Refleksi Masalah/Penyataan MasalahBerdasarkan hasil dapatan dari rekod penggunaan di perpustakaan ini dan soal selidik serta temu bual yan dijalankan didapati :1. Guru kurang berminat menggunakan perpustakaan PKG Pontian sebagai tempat rujukan2. Bahan dan koleksi di perpustakaan PKG Pontian yang kurang dan ketinggalan zaman3. Kemudahan dan keselesaan bilik perpustakaan PKG Pontian yang kurang memuaskan dari segi kelengkapan penghawa dingin, meja kerusi dan sebagainya4. Kurang kesedaran dari kalangan guru-guru sekolah ahli tentang kewujudan perpustakaan PKG Bandar Pontian5. Promosi yang kurang dari kalangan warga pegawai teknologi pendidikan PKG Pontian sendiri tentang keberkesanan dalam menggunakan perpustakaan PKG Pontian6. Kemudahan pinjaman dan sistem pencarian i-katalog yang masih lemah menjadikan perpustakan PKG Pontian kurang memberi minat kepada guru-guru sekolah ahli PKG Pontian

2. Objektif Kajian2.1. Objektif AmMenjadikan perpustakaan PKG Pontian salah sebuah perpustakaan yang diguna pakai sebagai rujukan oleh semua guru-guru sekolah ahli sebagai contoh di peringkat daerah

2.3. Objektif Khusus1. Meningkatkan minat guru untuk mendapatkan rujukan di perpustakaan PKG Pontian2. Melengkapkan bahan dan koleksi di perpustakaan PKG Pontian dengan bahan rujukan terkini3. Penambahbaikan kemudahan infrastruktur perpustakaan PKG Pontian4. Mengubah perpepsi di kalangan guru sekolah ahli tentang kelebihan dan keberkesanan perpustakaan PKG Pontian5. Mempromosikan perpustakaan PKG Pontian sebagai pusat rujukan kepada guru-guru ahli PKG Pontian6. Membantu guru sekolah ahli mendapatkan bahan rujukan yang lebih efektifBagi Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bandar Pontian, mengharapkan penggunaan perpustakaan PKG Pontian lebih menarik, menyeronokkan dan lebih berkesan. Sekaligus

Page 2: contoh laporan

meningkatkan motivasi yang tinggi untuk menjadikan perpustakaan PKG Pontian sebagai pusat rujukan berpusat.

3. Fokus Kajian3.1. Rekabentuk KajianIni adalah satu kajian kes yang dilakukan untuk menarik minat guru-guru ahli PKG Bandar Pontian menggunakan perpustakaan semaksimum mungkin di PKG Bandar Pontian. Teknik yang digunakan untuk mengumpul data melalui temubual, soal selidik dan rekod penggunaan perpustakaan PKG.

3.2. Persampelan10 orang guru dari setiap sekolah ahli PKG Bandar Pontian dijadikan sebagai sampel kajian.

4. Instrumen Kajian4.1. Temubual Bersemuka10 orang dari setiap sekolah ahli PKG Bandar Pontian telah ditemubual secara mendalam berdasarkan soalan yang berkaitan dengan pengunaan perputakaan di PKG Banar Pontian. Temubual ini dijalankan secara informal untuk mendapatkan hasil yang sahih.

4.2. Soal SelidikSoal selidik dilakukan kepada guru-guru mengikut skala likert.(Rujuk Lampiran).

4.3. Rekod Pengunaan dan PinjamanBerdasarkan kepada analisa yang dibuat kepada rekod penggunaan dan pinjaman, kami mendapati perpustakaan PKG Bandar Pontian kurang mendapat sambutan.

5. Analisa Data Kajian5.1. Berdasarkan maklumat yang dikumpul guru-guru kurang mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan dan maklumat, untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.5.2. Hasil temubual yang diadakan secara informal didapati guru-guru tidak mengetahui fungsi sebenar PKG dan mempunyai perpustakaan yang boleh mereka gunakan untuk mendapatkan maklumat pada bila-bila masa.5.3. Koleksi yang terdapat di perpustakan PKG adalah dari terbitan lama dan kurang sesuai dengan keperluan masa kini.5.4. Wujudnya pusat rujukan seperti perpustakaan desa dan siber cafe yang selesa dan memudahkan mereka mencari maklumat yang terkini.

6. Perlaksanaan Tindakan6.1. Mempromosikan perpustakaan PKG sebagai pusat rujukkan untuk warga pendidik membuat rujukan.6.2. Menambahbaikan perkidmatan perpustakan untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung.6.3. Mempelbagai dan memperbanyakkan bahan-bahan rujukan yang bermutu dan terkini untuk memenuhi keperluan semasa.6.4. Memudahkan urusan peminjaman dan pemulangan buku di perpustakaan PKG.

Page 3: contoh laporan

6.5. Mewujudkan pencarian maklumat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dan agensi-agensi yang berkaitan.

7. Refleksi TindakanRumusan yang boleh dibuat oleh penyelidik :7.1. Kajian yang dilaksanaan dapat menarik minat guru-guru ke perpustakaan PKG untuk mendapatkan bahan rujukan7.2. Dengan memperbagaikan bahan-bahan bacaan yang terkini dan lebih memfokuskan ke bidang pendidikan, guru-guru lebih tertarik ke perpustakaan dan tidak perlu ke tempat lain.7.3. Peminjaman dan pemulangan buku yang dipermudahkan dapat meningkatkan jumlah peminjan di perpustakaan PKG.7.4. Guru-guru lebih berminat dengan pencarian maklumat secara “online” dengan lebih cepat dan mudah.

LAMPIRAN

SOAL SELIDIK JENIS LIKERT

Arahan : Bulatkan nombor yang paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut pada borang jawapan soal selidik yang dilampirkan

Skala :1 - Sangat tidak setuju 2 -Tidak setuju 3 - Setuju 4 – Sangat setuju

BIL ITEM PENILAIAN1 Perpustakaan PKG Pontian memudahkan anda mencari bahan 1 2 3 42 Bahan rujukan di perpustakaan PKG Pontian sesuai digunakan oleh guru-guru 1 2 3 43 Masa dari jam 8 pagi hingga 5 petang merupakan masa yang sesuai perpustakaan PKG Pontian dikunjungi oleh guru-guru 1 2 3 44 Perkhidmatan perpustakaan PKG Pontian amat selesa digunakan 1 2 3 45 Bahan – bahan di perpustakaan PKG Pontian amat mencukupi dan berguna 1 2 3 46 Bahan – bahan dan rujukan yang dicari mudah dijumpai 1 2 3 47 Perpustakaan di PKG Pontian sangat terkenal di Daerah Pontian 1 2 3 4

LampiranContoh Soalan Untuk Guru.

1. Berapa kerapkah anda mengunjungi perpustakaan?2. Adakah anda mengetahui PKG mempunyai perpustakaan?3. Di manakah PKG Bandar Pontian?4. Apakah tujuan anda mengunjungi perpustakaan?5. Sudah berapa lamakah anda mengenali PKG Bandar Pontian?6. Biasanya anda mencari bahan rujukan di perpustakaan mana?7. Apakah jenis bahan rujukan yang anda cari sebelum ini?8. Siapakah Pegawai Teknologi Pendidikan yang anda kenal di PKG Bandar Pontian?9. Berapa lamakah masa yang diperlukan semasa anda di perpustakaan untuk mencari bahan

Page 4: contoh laporan

rujukan?10. Biasanya anda merujuk bahan dari perpustakaan dengan meminjam bahan tersebut atau sekadar membaca di perputakaan sahaja?

PENGHARGAANAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya dapatmenyiapkan Kerja Kursus Geografi ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihaksekolah dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakanperjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini.Saya Muhammad Hafizuddin b. Mohd Zabidi ingin mengucapkan terima kasihkepada Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff, Pengetua Sekolah Tuanku Abdul Rahmandan juga kepada guru Geografi saya Encik Azli bin Yaacob kerana telah memberikanbanyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.Terima kasih juga kepada ayah saya Encik Mohd Zabidi bin Nordin yang telahbanyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus Kajian Geografi ini dan jugaemak saya Puan Ruzita bt Sulaiman yang telah memberikan galakan dan doronganuntuk saya menyiapkan kerja kursus ini lebih awal.Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan saya di kelas 3A yang telahmenolong saya semasa kajian ini dijalankan. Saya juga berterima kasih kepada 20 orangresponden dari Taman Tanjung Mewah yang telah banyak memberikan kerjasama yangbaik dan memberikan maklumat untuk saya lengkapkan kajian ini. Tanpa mereka semuaadalah mustahil bagi saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Goegrafi ini pada tempohyang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.Sekian, terima kasih.… … … … … … … … … .(MUHAMMAD HAFIZUDDIN B. MOHD ZABIDI)

Laporan Kajian Tindakan Inovasi: Menerangkan Konsep Istilah Penting Dalam M/P Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Dengan Inovasi “My Aura Map”

Posted by ilmu on 10th Julai 2008

OLEH : NOR AZURA BINTI MOHD ZAKISMK. Bongawan Sabah

Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan ke atas 25 orang pelajar Tingkatan 6 Rendah sekolah ini untuk mengetahui tahap keberkesanan penggunaan ‘My Aura Map’ dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian

Page 5: contoh laporan

Perniagaan terutamanya untuk memahami dan mengingati istilah-istilah yang berkaitan. Ujian Pra dan Post telah dijalankan untuk membandingkan jumlah markah yang telah diperoleh oleh responden sebelum dan selepas kaedah ini dijalankan. Setelah kedua-dua ujian ini dijalankan, dapatan menunjukkan peningkatan markah sebanyak 28.4% dari 55.60% dalam ujian pra ke 84 % dalam ujian post. Selain daripada menjalankan ujian pra dan post, pengkaji juga telah menyediakan instrumen pengujian berskala likert yang mengandungi 37 konstruk IMMS untuk menguji tahap motivasi pelajar semasa menggunakan kaedah ‘My Aura Map’. Dapatan menunjukkan 935 respon telah diterima dengan 84.95% memilih skala setuju dan sangat setuju. 53.68% daripada respon memilih skala setuju dan 31.27% lagi memilih skala sangat setuju terhadap keberkesanan penggunaan’My Aura Map’. Hanya 1.6% menyatakan sangat tidak setuju dan 13.45% menyatakan tidak setuju. Data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah ‘My Aura Map’ amat berkesan digunakan dalam proses pengajara dan pembelajaran Pengajian Perniagaan.

KEBERKESANAN PENGGUNAAN “MY AURA MAP” UNTUK MEMBANTU PELAJAR TINGKATAN 6 RENDAH 1, MEMAHAMI DAN MENGINGATI ISTILAH-ISTILAH DALAM MATA PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN.

01. PENDAHULUAN

Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat penting. Kaedah yang sesuai akan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan dapat membantu para pelajar mencapai objektif pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan penguasaan ilmu yang disampaikan. Penggunaan unsur grafik dan warna secara langsung dapat menarik minat perhatian pelajar. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran. Media pengajaran berasaskan kepada bahan maujud yang menarik akan dapat meningkatkan motivasi pelajar. Ditambah lagi dengan suara penerangan guru yang menarik dengan menggunakan alunan suara yang betul. Menurut Fontana(1988) media perlu dilihat sebagai sesuatu yang dinamik yang dapat meransang tindakbalas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi psikologi seseorang. Sebagai media pengajaran yang menghampiri konkrit (Dale, 1985) media yang digunakan secara sistematik dapat merangsang daya imaginasi dan perbincangan. Ia dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar di samping meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran

Manusia dikatakan makhluk yang ‘image and visually oriented’ dan mereka banyak belajar melalui penglihatan (Pulley). Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas. Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang pujangga dan ahli falsafah cina; ‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu…’

Kajian ini juga telah menunjukkan betapa pentingnya peranan guru dalam memastikan keberkesanan media dalam pengajaran. Misalnya jika guru menayangkan gambar atau imej termasuk peta minda serta mengaitkan dengan objektif-objektif pembelajaran, maka maklumat yang terima oleh pelajar akan bertambah. Misalnya, Ausuble (1968) mengemukakan konsep maklumat awal sebagai bantuan untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Contoh maklumat awal ini ialah satu tinjauan, pengenalan kepada ringkasan penting kepada isi pelajaran, satu pernyataan tentang prinsip-prinsip yang terkandung dalam maklumat yang akan disampaikannya. Molstad (1974) berpendapat media jika digunakan bersama pengajaran ala tradisional akan meningkatkan proses pengajaran. Menurut Heinich (1981) pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika penggunaan media dirancang secara sistematik.”

Penggunaan peta minda atau kaedah ‘My Aura Map’ yang digubah menggunakan pelbagai warna dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan memudahkan mereka mengingati sesuatu konsep hanya dengan melihat warna yang digunakan. Penggunaan warna ‘personel’ semasa membuat nota dapat membantu mereka membezakan segala maklumat yang perlu diketahui.

02. TUJUAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mendapatkan gambaran sebenar tentang sejauh manakah ‘My Aura Map’ membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah dari aspek keberkesanan, kesesuaian dan kecekapan.

i) Mengetahui sejauhmanakah minat, sikap serta motivasi pelajar tehadap sesi

Page 6: contoh laporan

pengajaran dan pembelajaran Pengajian Perniagaan yang dilaksanakan oleh guru dengan berbantukan media peta minta ‘My Aura Map’ melalui Ujian Ukuran Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS)

ii) Mengetahui perbezaan keberkesanan penggunaan ‘My Aura Map’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan cara pengajaran dan pembelajaran “chalk and talk” atau berbantukan lembaran nota padat dan lembaran kerja dengan menggunakan soalan-soalan ujian pra (pratest) dan ujian pos (post test)

03. PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini menetapkan persoalan kajian berdasarkan tujuan dan objektif kajian seperti berikut:-

A) Minat, Sikap dan Tahap Motivasi

i) Adakah para pelajar menunjukkan minat melalui sikap serta tahap penglibatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan

ii) Apakah perbezaan motivasi murid berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ‘My Aura Map’

iii) Bagaimanakah sikap penerimaan serta penghayatan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ‘My Aura Map’

B) Perbezaan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di antara cara ‘chalk and talk’, nota padat dan lembaran kerja dengan kaedah ‘My Aura Map’ perbandingan data markah melalui ujian pra an ujian pos.i) Adakah terdapat peningkatan markah ujian keseluruhan dilihat pada markah ujian pra dan ujian pos

04. REFLEKSI MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Kajian ini dikhususkan kepada para pelajar tingkatan 6 Rendah 1 (aliran sastera). Subjek kajian adalah pelajar-pelajar 6 Rendah 1, yang berasal dari kelas Aliran Sains Tulen semasa berada di Tingkatan 4 dan 5. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, didapati bahawa pelajar ini mengalami kesukaran untuk memahami beberapa istilah khas yang digunakan dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Istilah-istilah ini perlu difahami oleh pelajar secepat mungkin di awal pembelajaran supaya mereka boleh mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya tanpa banyak masalah. Semasa proses pengajaran dan pembejajaran, didapati pelajar menyuarakan rasa tertekan kerana nota terlalu padat sehingga menimbulkan sikap malas dan tidak bersemangat untuk mengulangkaji. Pada masa yang sama, pelajar mempelajari istilah-istilah yang tidak pernah dipelajari sebelum ini. Didapati bahawa pelajar lebih berminat kepada pengiraan. Ini bermakna pelajar lebih cenderung menghafal formula berbanding menghafal fakta.

05. FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN YANG DIKAJI

i. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan “My Aura Map” untuk memahami istilah-istilah yang diguna pakai dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan.

ii. Mengenal pasti tahap motivasi dan minat para pelajar terhadap kaedah “My Aura Map” yang digunakan.

06. OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif Am

Page 7: contoh laporan

• Meningkatkan keberkesanan penggunaan “My Aura Map” dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pengajian Perniagaan.

• Meningkatkan tahap motivasi dan minat pelajar dengan menggunakan kaedah “My Aura Map”.

• Memudahkan proses mengingat dan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap istilah-istilah khusus yang digunakan dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan.

ii. Objektif Khusus

• Menilai keberkesanan penggunaan kaedah “My Aura Map”.

• Menilai motivasi dan minat pelajar terhadap penggunaan kaedah “My Aura Map”.

07. KUMPULAN SASARAN

Seramai 25 oarang pelajar tingkatan 6 Rendah 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada bekas pelajar Aliran Sains Tulen di tingkatan 4 dan 5 yang memasuki aliran sastera.08. KAEDAH MENGUTIP DATA

(i) Oleh kerana populasi kajian adalah sedikit dan skop kajian adalah kecil, maka kaedah ujian digunakan. Borang tinjauan berukuran skala (IMMS) juga digunakan untuk mengetahui tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan bahan siaran TV Pendidikan.

(ii) Data yang dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan pengiraan biasa bukan menggunakan perisian SPSS. Antara statistik yang digunakan ialah bilangan, purata, dan peratus.

10. DAPATAN KAJIAN

10.1 Ujian IMMS

(i) Pelajar dikehendaki menandakan tahap persetujuan mereka terhadap kenyataan-kenyataan yang terdapat di dalam instrumen IMMS. Skala-skala yang dipilih adalah sama ada (1)- Sangat tidak setuju,

(2)-Tidak Setuju, (3) Setuju, (4)-Sangat setuju. Daripada analisis awal yang dilakukan, melalui ujian IMMS kesimpulannya adalah seperti berikut:-

a) 100% pelajar telah memberikan komitmen dalam pengajaran dan pembelajaran

b)100% pelajar telah mengambil bahagian dalam ujian IMMSii) Dalam kajian ini pengkaji telah berjaya menguji kesesuaian item-item dalam soal selidik bagi mengukur 37 item yang boleh dibahagi kepada 4 konstruk utama.

ii) Bagi menganalisis sejauhmanakah kaedah ‘My Aura Map’ berkesan digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta disukai oleh para pelajar, dari skala 1 ( tidak berkesan / tidak disukai) hingga skala 4 (Sangat berkesan dan sangat disukai).

Page 8: contoh laporan

iii) Bagi item-item yang berbentuk negatif, nilai diterbalikkan sebelum diproses (Oppenheim, 1986

iv) Berdasarkan kepada data yang diperolehi itu, jelas menunjukkan sebahagian besar pelajar telah mengakui kebaikan daripada kaedah ini.

10.2 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan kepada keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos seperti dalam Lampiran 6, jelas menggambarkan peningkatan yang ketara dari segi pencapaian secara keseluruhannya. Purata markah yang telah diperolehi pada ujian pra ialah 55.6% dan 84% pada ujian pos. Ini bermakna peningkatan markah ialah sebanyak 28.4%.

Kaedah pengajaran berasaskan nota padat dan lembaran kerja telah digunakan dalam ujian pra. Kefahaman pelajar agak lemah dan kebanyakan pelajar hanya memperolehi Gred B iaitu 13 orang. 11 orang mendapat Gred C dan 1 orang mendapat Gred D. Setelah sesi kedua dijalankan selang 30 hari dengan menggunakan kaedah ‘My Aura Map’ serta mengubahsuai soalan ujian pra untuk digunakan sebagai ujian pos (masih mengambilkira aras ujian berdasarkan Teori Taksonomi Bloom), keputusan ujian telah meningkat. Seramai 17 orang pelajar memperolehi Gred A, 6 orang memperolehi Gred B, 1 orang memperolehi Ged C dan 1 orang memperolehi Gred D.

11. PENILAIAN DAN REFLEKSI

Berdasarkan carta dan jadual analisis di atas, pengkaji telah berjaya mendapati bahawa penggunaan kaedah ‘My Aura Map’ boleh membantu meningkatkan motivasi murid-murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan dalam peratusan ujian yang telah dijalankan di antara dua ujian iaitu ujian pra dengan ujian pos. Daripada analisis IMMS mendapati bahawa penggunaan ‘My Aura Map’ yang menggunakan peta minta pelbagai warna dengan grafik yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat berkesan. Kajian awal yang telah dijalankan oleh Nordin (1991) melaporkan bahawa komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka. Juga terdapat kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap penggunaan grafik (termasuk peta minda berwarna) sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, 1999). Maka itulah sebabnya mengapa Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Sekolah-Sekolah dan Bahagian Teknologi Pendidikan melaksanakan pelbagai inisiatif menghasilkan bahan-bahan inovasi yang menarik untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Contoh laporan kajian tidakan LAPORAN KAJIAN TINDAKANMATEMATIK

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENDARABAN NOMBOR NEGATIF MENGGUNAKAN KAEDAH KAWAN-BAIK DAN TAK KAWAN-TAK BAIK

Oleh

Suhizulhisam Bin KeliwonAriff Anuar Bin MelanSekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas,Jalan Sawah,81500 Pekan Nanas ,Johor.

MAC 2007

Page 9: contoh laporan

ABSTRAKKajian Ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti serta kaedah untuk mengatasi masaalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 3 Biru dalam subtopik Pendaraban Nombor Negatif. Seramai 34 orang pelajar didalam kelas tersebut, namun kajian ini hanya ditumpukan kepada 15 orang pelajar sahaja kerana tahap kefahaman kelas ini amat lemah jika dibandingkan dengan kelas-kelas lain. Pemilihan pelajar ini adalah berdasarkan peperiksaan akhir tahun 2006, temubual, ujian pra serta buku latihan mereka. Hasil tinjauan mendapati pelajar mempunyai kesukaran untuk menyatakan hasil darab yang melibatkan nombor negatif, memberikan jawapan positif atau negatif. Perancangan tindakan adalah menggunakan kaedah padanan dan hasil daripada kehidupan seharian mereka. Murid akan didedahkan dengan kaedah “Kawan – Baik” dan “Tak Kawan – Tak Baik”. Teknik ini akan dijalankan selama 80 minit dan dijangkakan akan selesai dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan pelajar dalam menyatakan tanda yang sebenar. Namun pelajar masih mempunyai kelemahan dalam mendarab.

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUMata pelajaran Matematik adalah mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Semasa peperiksaan akhir tahun 2006, terdapat pelajar yang tidak dapat menguasaai konsep asas nombor negatif. Hampir keseluruhan pelajar dari Tingkatan 2 Biru gagal menyatakan tanda dengan tepat hasil dari daraban yang melibatkan nombor negatif.Topik nombor negatif ini akan digunakan dalam topik lain semasa di tingkatan tiga seperti ungkapan algebra dan soalan PMR kertas 2, banyak berkaitan dengan nombor negatif . Apabila dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar sering tidak dapat menyatakan tanda yang tepat. Pelajar hanya meneka dan tidak dapat menyatakan mengapa tanda tersebut bertukar.Pelajar memberi ulasan, bahawa penyelesaian melibatkan nombor negatif amat sukar dilaksanakan. Guru-guru juga memberikan respons yang serupa apabila mendapati pelajar amat sukar menyelesaikan masaalah melibatkan penggunaan nombor negatif. Pelajar sering melakukan kesilapan yang serupa setiap kali melibatkan soalan melibatkan penggunaan nombor negatif. Pelajar juga memberikan alasan amat sukar untuk mengingati rumus atau konsep yang penting dalam Matematik.Topik ini dirasakan penting kerana pelajar akan menduduki peperiksaan PMR pada 2007 dan SPM 2009. Pentingnya mengaitkan keadaan persekitaran peajar itu sendiri dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar menghadapi kesukaran untuk mengingati formula, dengan itu mengaitkan sesuatu formula dengan persekitaran mereka adalah lebih mudah.

2. ISU KEPRIHATINANSebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 3 Biru dalam mata pelajaran Matematik. Kajian ini hanya memfokuskan tentang masalah pelajar yang tidak dapat menguasai penggunaan nombor negatif dalam operasi darab. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah :-a) Kesilapan dalam menyatakan tanda yang betul.b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dalam operasi darab dan bahagi bagi nombor negatif.Topik ini boleh dikatakan mudah jika pelajar dapat memahami konsep asas Matematik. Namun bagi pelajar ini, mereka lebih mudah untuk mengingati sesustu perkara yang berkaitan atau hampir dengan kehidupan seharian mereka.

Page 10: contoh laporan

Saya yakin dengan mempelbagaikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, pelajar akan lebih berminat untuk belajar. Dengan menerapkan kaedah yang mudah untuk mereka ingati serta berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka, adalah lebih mudah untuk mereka belajar.Minat setiap kumpulan pelajar adalah berbeza. Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meletakkan tanda yang betul terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan nombor negatif.

3. OBJEKTIF KAJIANSelepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat dapat mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Penguasaan pelajar terhadap penggunaan nombor negatif akan dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan bertambah apabila menyelasaikan masaalah melibatkan penggunaan nombor negatif.

i) Objektif AmMeningkatkan penguasaan pelajar dalam pendaraban nombor negatif menggunakan kaedah “Kawan – Baik” dan “Tak Kawan - Tak Baik”.

ii) Objektif KhususSecara khususnya kajian tindakan akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru.• Pelajar dapat menyatakan tanda negatif atau positif pada jawapan akhir.• Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban nombor negatif dalam kertas 2 PMR.• Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.• Menjawab sekurang-kurangnya 70% betul dalam Ujian Post yang dijalankan.• Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik.

4. KUMPULAN SASARANKajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 34 orang pelajar Tingkatan 3 Biru yang keseluruhannya terdiri dari pelajar melayu. Pelajar tesebut akan disaring berdasarkan daripada temubual dan hasil pemerhatian yang dijalankan. Ini kerana terdapat pelajar yang yang teramat lemah dan tidak boleh membaca. Selepas saringan dilakukan, hanya 15 orang pelajar sahaja yang terpilih.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

i. Tinjauan MasalahTinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-a) Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas pelajar semasa peperiksaan akhir tahun 2006. Didapati pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang tepat semasa peperiksaan. Pelajar juga didapati kurang berminat sewaktu P&P dijalankan didalam kelas. Tumpuan mereka terhadap P&P amat kurang. Temubual dijalankan terhadap pelajar mengenai masaalah yang mereka hadapi semasa menjawab soalan peperiksaan dan P&P mendapati mereka lebih berminat jika pelajaran itu berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. (Lampiran A)b) Ujian Pra

Page 11: contoh laporan

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman mereka dalam tajuk pendaraban nombor negatif. Ianya juga digunakan untuk mengesan tentang masaalah sebenar yang mereka hadapi dalam menjawab soalan berkaitan pendaraban nombor negatif. Disini masaalah sebenar mereka adalah apabila melibatkan pendaraban dua nombor negatif. (rujuk lampiran ujian pra)c) Buku Latihan dan Nota.Buku latihan dan nota pelajar dilihat untuk melihat kesungguhan pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. Didapati pelajar tidak berminat untuk mempelajari Matematik. Disini guru memainkan peranan untuk menjadikan P&P lebih menarik.ii. Program “Kawan-Baik Tak Kawan-Tak Baik”.Kaedah perlaksanaana) Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah “Kawan-Baik Tak Kawan-Tak Baik”.b) Memadankan gambar yang serupa atau tanda yang sama bagi setiap gambarajah yang dipaparkan. Padanan yang serupa bermakna Kawan (positif). Terdapat juga gambarajah yang tidak mempunyai padanan, maka untuk itu bermakna Tak Kawan (negatif)c) Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan kehidupan seharian dan dalam konteks Pengajian Islam dan Moral.d) Ujian post diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah yang telah digunakan.

6. RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIANSelepas menggunakan kaedah padanan gambar dan mengaitkan dengan kehidupan seharian mereka, saya telah menjalankan penilaian terhadap pelajar melalui ujian pos. Ujian ini diberikan beberapa hari selepas P&P dijalankan. Ini bertujuan untuk menentukan samaada mereka masih memahami apa yang telah mereka pelajari mengenai pendaraban nombor negatif. Soalan yang diberikan adalah sama cuma kedudukan yang berubah. Struktur soalan ujian pra dan ujian pos tidak banyak berbeza.Hasil ujian pra mendapati pelajar mempunyai masaalah dalam menentukan tanda yang sesuai apabila melibatkan pendaraban nombor negatif. 11 daripada 15 pelajar yang menjawab soalan melibatkan pendaraban dua nombor negatif melakukan kesilapan. Untuk soalan yang lain, yang hanya melibatkan satu nombor negatif, semua pelajar memberikan jawapan yang tepat.Ujian pos yang dijalanlan terhadap pelajar memberikan keputusan yang agan memberangsangkan. Semua pelajar yang hadir sewaktu P&P djijalankan dapat menjawab kesemua soalan dengan tepat. Hanya seorang pelajar sahaja yang masih melakukan kesalahan yang sama. Pelajar ini sebenarnya tidak hadir semasa P&P dijalankan.

7. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYAHasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian tersebut, beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut.a) Sebelum kaedah ini dijalankan, pelajar mestilah dapat menguasai pendaraban antara dua nombor. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesilapan pelajar dalam mendarab dua nombor.b) Guru boleh mengguna pakai kaedah “Kawan – Baik” dan “Tak Kawan – Tak Baik” dalam pengajaran mereka dan membuat pengubahsuaian mengikut tahap kefahaman pelajar.c) Soalan juga perlu dirangka mengikut tahap kesukaran yang sesuai untuk pelajar.

Page 12: contoh laporan

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan

kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini

kepada :

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia

kerana telah membiayai Kajian Tindakan yang telah saya jalankan pada tahun

2005 dan 2006

Encik Zahidi bin Zukiffli

Guru Besar SK Seri Manjung

Puan Hajah Normah binti Mahamad

Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Manjung

Puan Hajah Eaishah binti Abu Talib

Penyelia Petang SK Seri Manjung

Encik Muhammad Saad bin Mohd Noor

Penolong PPD Kurikulum (Kemanusiaan)

Pejabat Pelajaran Daerah Manjung

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI

MURID TAHUN 2 PANDAI

MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA

Page 13: contoh laporan

Oleh

Zaridah binti Zuber,

SK Seri Manjung,

32040 Seri Manjung,

Perak Darul Ridzuan.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran

penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Pandai. Seramai 44 orang

murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf

besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian

pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar.

Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam

penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati

penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah

semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap yang

lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1. LATAR BELAKANG KAJIAN

Berpengalaman 13 tahun mengajar murid Tahap 1 membuatkan saya rasa pengalaman

yang selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah

bagi murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun

setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai

dengan penggunaan huruf besar.

Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah ‘Salin semula ayat-ayat di

bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’. Di samping itu, kesalahan murid

dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah

Page 14: contoh laporan

akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut, Saya mengambil satu daripadanya untuk

dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar. Jika murid menulis ayat tanpa

penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan markah amat

ketara.

Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu

permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan

menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah

tersebut.

2. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid Tahun 2

Pandai tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar di tempat

yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh

kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 1 Pandai (2005), maka agak mudah untuk

saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana

penggunaan huruf besar adalah penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini

tidak diatasi, peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas.

Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat

kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh :

Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan

yang cantik.

Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda

baca dalam ayat.

Page 15: contoh laporan

Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.

i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda

baca yang betul.

Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran

penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.

Objektif Khusus

<!--[if !supportLists]-->i) <!--[endif]-->Meningkatkan penguasaan murid untuk

menggunakan huruf besar pada

permulaan ayat.

ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 44 orang murid Tahun 2 Pandai yang terdiri daripada 25 lelaki dan

19 perempuan. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf

huruf besar. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah

lagi murid lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi

masalah tersebut.

5. METHODOLOGI KAJIAN

Methodologi yang digunakan ialah :

Page 16: contoh laporan

<!--[if !supportLists]-->a) <!--[endif]-->Pemerhatian

Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

<!--[if !supportLists]-->b) <!--[endif]-->Soal selidik .

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan

jawapan yang tepat secara jujur.

<!--[if !supportLists]-->c) <!--[endif]-->Ujian Pengesanan

Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka

untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.

<!--[if !supportLists]-->d) <!--[endif]-->Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.

g) Semakan buku latihan

Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid

dalam menguasai kamahiran berkenaan.

6. PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Tinjauan masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah yang

menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar

menggunakan methodologi yang dinyatakan.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah

Page 17: contoh laporan

Berdasarkan kepada instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang

menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar, maka saya

membuat analisis seperti yang terkandung dalam jadual di bawah.

BIL MASALAH JUMLAH

1 Kurang tumpuan. 18%

2 Sikap malas. 7%

3 Tidak memahami arahan. 11%

4 Kurang keyakinan diri. 5%

5 Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar. 77%

6 Tiada bimbingan di rumah. 14%

6.3 Tindakan yang dijalankan

Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang saya

jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya

sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka, adalah

penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penggunaan huruf besar pada

permulaan ayat sahaja. Tindakan seterusnya ialah :

i) Memulakan setiap tulisan dengan warna.

ii) Pemeringkatan secara bergred.

<!--[if !supportLists]-->ii) <!--[endif]--> Latih tubi.

<!--[if !supportLists]-->6.4 <!--[endif]--> Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:

Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan

yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat

meningkatkan daya ingatan. Saya telah mencantumkan warna biru dengan pensel murid agar

mereka tidak lupa bahawa setiap kali mula menulis, warna biru itu mesti didahulukan.

Page 18: contoh laporan

6.4.1 Aktiviti dijalankan seperti berikut:

Item 1

1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.

2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.

3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat

yang sesuai menggunakan warna.

Item 2

1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.

2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat

yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja menggunakan warna)

Item 3

1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.

2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat

yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah

menggunakan warna)

7. DAPATAN KAJIAN

Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam

menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan

2. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid

Page 19: contoh laporan

cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping itu, saya telah menjalankan satu ujian

pencapaian yang lain untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

MARKAH PENCAPAIAN

UJIAN

PENGESANAN

*ITEM

1

*ITEM

2

*ITEM

3

UJIAN

PENCAPAIAN

20 – 16 22% 100% 100% 96% 95%

15 – 10 22% 0% 0% 4% 2.5%

9 – 6 26% 0% 0% 0% 2.5%

5-0 30% 0% 0% 0% 0%

*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.

8. REFLEKSI KAJIAN

8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar

Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga

menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna biru untuk

huruf besar tanpa arahan daripada guru. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

(PKSR 1 – 2006) yang lalu, hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar

pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah dengan

menggunakan tanda baca yang betul. Dua orang daripada murid tersebut adalah murid kelas

pemulihan. Soalan PKSR – 1 2006 bagi daerah Manjung telah disediakan oleh Majlis Guru

Besar. Meskipun dalam setiap ujian bulanan, markah yang diperolehi tidak cemerlang tetapi

sekurang-kurangnya membantu murid lemah untuk mendapat B atau C.

8.2 Rumusan Pemerhatian

Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat

yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga

menunjukkan peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran

dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid.

Page 20: contoh laporan

Sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, guru kelas dan guru mata pelajaran lain di

kelas yang sama, pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar banyak membantu

meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan prestasi mata

pelajaran lain.

9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN

Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang

saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di

samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas. Seterusnya saya ingin meningkatkan

penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah).

10. PENUTUP

Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak sukar dan

kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran,

namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas

yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat

semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan

Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.

BIBLIOGRAFI

1. Manual Kajian Tindakan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2

Unit Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 21: contoh laporan

3. Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 2

Jabatan Pelajaran Negeri Perak

3. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Jilid 1

Dewan Bahasa dan Pustaka

4. Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2

Dewan Bahasa dan Pustaka

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN

TAHUN 2 PANDAI

2006

BIL SILA JAWAB DENGAN JUJUR Ya (/)

Tidak ( x )1. Pengajaran cikgu menyeronokkan2. Cikgu beri tumpuan kepada saya3. Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu4. Keluarga beri bimbingan di rumah5. Bimbingan yang cikgu beri mencukupi6. Belajar menyeronokkan7. Kerja sekolah yang diberi mudah8. Saya suka menulis9. Saya suka membaca

10. Saya faham arahan cikgu11. Percakapan cikgu terlalu laju

Contoh : BORANG SKOR ITEM 1

MENYALIN AYAT

Page 22: contoh laporan

BIL NAMA MURID L1 L2 L3 L4 L5 UJIAN

PENCAPAIAN

1 A A A A A A A

2 B C B C B A A

3 C A A A A A A

4 D A A A A A A

5 E A A A A A A

6 F A A A A A A

7 G A A A A A A

8 H A A A A A A

9 I A B A A A A

10 J B B A A A A

11 K A A A A A A

12 L A A A A A A

13 M A A A A A A

14 N B A A A A A

15 0 A A A A A A

16 P A A A A A A

17 Q A A A A A A

18 R A A A A A A

19 S B B A A A A

20 T A A A A A A

21 U A A A A A A

22 V B A A A A A

23 W B B A B A A

24 X B B A A A A

25 Y A A A A A A

26 Z A A A A A A

27 AB A A A A A A

28 CD A A A A A A

29 EF A A A A A A

30 GH A A A A A A

31 IJ A A A A A A

32 KL A A A A A A

Page 23: contoh laporan

33 MN A A A A A A

34 OP A A A A A A

35 QR A A A A A A

36 ST A A A A A A

37 UV A A A A A A

38 WX A A A A A A

39 YZ A A A A A A

40 ABC A A A A A A

41 DEF A A A A A A

42 GHI A A A A A A

43 JKL B A A A A A

44 MNO B A A A A A

*L – latihan

0 – Gagal (0 markah)

C – Pencapaian kurang daripada ½

B – Pencapaian lebih daripada ½

A – Memuaskan ( betul semua)

Ujian Pengesanan

Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar di tempat yang

sesuai.

1. hari jumaat yang lalu saya pergi ke kelantan.

____________________________________________________ .

2. salim dan azmi selalu bermain di padang sekolah.

____________________________________________________ .

3. sekolah kebangsaan seri manjung menjadi johan perlawanan bola

Page 24: contoh laporan

sepak.

____________________________________________________

___________________ .

4.bapa david memandu kereta proton waja.

____________________________________________________ .

5. guru kelas tahun dua pandai bernama puan zaridah zuber.

____________________________________________________ .

UJIAN PENCAPAIAN

Nama : ______________________________

Kelas : Tahun 2 Pandai

Item 1

Salin semula ayat berikut.

Alif memelihara seekor arnab. Bulu arnabnya berwarna putih. Dia memberi

arnabnya makan kangkung. Arnabnya sangat pantas berlari. Alif sangat

sayang akan arnabnya.

____________________________________________________

(5 markah)

Item 2

Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang

betul.

1. kita mesti makan makanan yang bersih.

______________________________________________________ .

Page 25: contoh laporan

2. kita bersenam supaya badan kita sihat.

______________________________________________________ .

3. jangan makan kuih yang manis itu.

______________________________________________________ .

4. sikat rambut kamu supaya kelihatan kemas.

_______________________________________________________.

5. bajunya yang tidak berbasuh itu berbau busuk.

______________________________________________________ .

(5 markah)

Item 3

Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang

betul.

1. itu rumah nenek. rumah nenek rumah papan.

_____________________________________________________ .

2. emak pergi ke pasar. emak membeli ikan tenggiri dan sayur sawi.

____________________________________________________ .

3. salmi pergi ke pusat sumber. dia hendak meminjam buku cerita.

____________________________________________________ .

4. ganesh sakit perut. dia perlu mendapatkan rawatan.

____________________________________________________ .

5. datuk menunggang motosikal ke kebun. di kebun datuk ada pokok durian.

Page 26: contoh laporan

____________________________________________________

____________________________________________________ .

(10 markah)