23
ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT PENGHARGAAN i ISI KANDUNGAN ii 1.0 PENGENALAN 1.1 EZ Egg Separator 1.2 PRODUK SEDIA ADA 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 PENYATAAN MASALAH 2.2 PENGUMPULAN DATA 2.3 HURAIAN DATA 2.4 RUMUSAN DATA 3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROJEK 3.1 MATLAMAT PROJEK 3.2 OBJEKTIF PROJEK 4.0 FUNGSI DAN KEGUNAAN PROJEK 5.0 DESKRIPSI PROJEK 5.1 SENARAI BAHAN DAN KOMPONEN

contoh LAPORAN REKACIPTA

  • Upload
    ckien

  • View
    915

  • Download
    38

Embed Size (px)

DESCRIPTION

panduan penulisan

Citation preview

ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURATPENGHARGAANiISI KANDUNGANii1.0 PENGENALAN 1.1EZ Egg Separator 1.2PRODUK SEDIA ADA2.0 LATAR BELAKANG2.1 PENYATAAN MASALAH2.2 PENGUMPULAN DATA 2.3HURAIAN DATA2.4 RUMUSAN DATA 3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROJEK3.1 MATLAMAT PROJEK3.2 OBJEKTIF PROJEK

4.0 FUNGSI DAN KEGUNAAN PROJEK

5.0 DESKRIPSI PROJEK5.1 SENARAI BAHAN DAN KOMPONEN5.2 ANGGARAN KOS PEMBINAAN PRODUK5.3JADUAL KERJA DAN CARTA ALIR KERJA6.0LAKARAN DAN LUKISAN KERJA PROJEK7.0 PEMBUATAN DAN PENGUJIAN PROTOTAIP8.0CADANGAN DAN PENGUBAHSUAIAN9.0 PEMASARAN

BIBLIOGRAFILAMPIRAN

1.0PENGENALAN1.1EZ Egg SeparatorEZ Egg Separator dibina dengan menggunakan tema pembuatan kek dan roti dengan mensasarkan suri rumah atau pengusaha kek dan roti secara kecil-kecilan di rumah. Pembinaannya adalah hasil daripada inovasi produk sedia ada di pasaran. Produk yang ada hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz. Cetusan idea pembinaan prototaip ini adalah hasil daripada pengalaman sendiri dan temu bual yang dibuat secara rawak di kalangan pelajar DPLI UTHM 2012. Hasil daripada pengumpulan data tersebut, kami menjana idea untuk membangunkan produk yang boleh memenuhi keperluan pengguna. Hasil daripada perbincangan tersebut, kami membina prototaip yang menggunakan bahan plastik dan buluh sebagai bahan utama.Prototaip ini menggunakan aplikasi sudut dan geseran. Di mana, kami perlu menentukan tahap sudut kecondongan landasan yang paling tepat bagi memastikan proses pengasingan telur dapat berlaku dengan lebih efektif. Proses keseluruhan pembinaan diterangkan dalam bab yang berikutnya.

Gambar 1.0 (a): Prototaip dari pandangan atas

Gambar 1.0 (b): Prototaip lengkap1.1CIPTAAN SEDIA ADAPada masa kini, terdapat banyak produk pemisah telur yang telah berada di pasaran. Di bawah adalah beberapa contoh produk yang sedia ada di pasaran.

Gambar 2.0: Contoh alat pemisah kuning telur

2.0 LATAR BELAKANG2.1 PENYATAAN MASALAHDalam pembuatan kek dan roti, telur merupakan antara bahan utama yang digunakan dan dalam resepi tertentu hanya bahagian putih atau kuning telur sahaja diperlukan. Contohnya, dalam pembuatan kek Lapis Sarawak. Kedua-dua bahagian ini boleh dipisahkan tetapi adakalanya pengasingan yang berlaku tidak sempurna, di mana telur putih masih lagi bercampur dengan telur kuning.

2.2 PENGUMPULAN DATA Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan dua kaedah, iaitu melalui pengalaman sendiri dan temubual ringkas yang telah dijalankan ke atas 10 responden yang dipilih secara rawak di kalangan pelajar perempuan DPLI UTHM. Soalan yang ditanya seperti dilampiran A. PerkaraDapatan kajian

1) Memisahkan telur tanpa menggunakan alat pemisah

2) Memisahkan telur dengan menggunakan alat pemisah telur dan berpuas hati dengan hasilnya

3) Memisahkan telur dengan menggunakan alat pemisah telur dan tidak berpuas hati dengan hasilnya

40%

-

60%

Jadual 1.0: Dapatan daripada temubual yang dilakukan

2.3HURAIAN DATABerdasarkan hasil dapatan daripada temubual ringkas yang dijalankan, 6 daripada 10 responden atau 60 peratus daripada mereka menyatakan bahawa produk pemisah telur yang ada di pasaran kurang efektif untuk memberi hasil yang sempurna dan tiada responden yang berpuas hati dengan penggunaan alat pemisah telur yang ada di pasaran sekarang. Manakala 40 peratus daripada mereka pula memisahkan telur tanpa menggunakan alat pemisah kerana mereka tidak tahu adanya produk tersebut dipasaran. Semua responden mengharapkan ada produk pemisah telur yang lebih efektif di pasaran.

2.4 RUMUSAN DATA Dapat dirumuskan bahawa perlu adanya satu produk pemisah telur yang lebih efektif yang dapat memenuhi kehendak pengguna.

3.0MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROJEK3.1 MATLAMAT Matlamat utama projek ini adalah untuk menghasilkan satu produk yang boleh membantu dan memudahkan surirumah tangga serta pengusaha-pengusaha kek dan roti secara kecil-kecilan dalam mengasingkan putih dan kuning telur.

3.2 OBJEKTIF Antara objektif projek adalah:- Memudahkan suri rumah tangga serta pengusaha-pengusaha kek dan roti secara kecil-kecilan dalam mengasingkan putih dan kuning telur. Menjimatkan masa

4.0 FUNGSI DAN KEGUNAAN PROJEKProjek ini digunakan untuk mengasingkan putih dan kuning telur. Kumpulan sasaran kami adalah suri rumahtangga serta pembuat kek dan roti secara kecil-kecilan di rumah.

Walaupun fungsi penghasilan projek ini adalah sama dengan produk sedia ada, namun reka bentuk projek kami ada banyak keistimewaan dan kelebihan. Antaranya adalah:-

Senang digunakan Mudah disimpan Tidak menggunakan tenaga elektrik atau bateri Harga berpatutan Mesra pengguna (tidak perlu menggunakan bekas berasingan untuk mengumpulkan hasil pengasingan).

5.0 DESKRIPSI PROJEK5.1 SENARAI BAHAN DAN KOMPONENJadual 2.0 menunjukkan senarai bahan dan komponen yang digunakan untuk membina prototaip.

BILBAHANKUANTITI

1.

Bekas plastik saiz 34 x 13 cm1

2.

Bekas plastik saiz 21 x 10.5 cm1

3.

Bekas plastik saiz 11.5 x 11.5 cm1

4.

Penyedut minuman42

5.

Pembaris2

6

Bilah buluh (pencucuk satay)42

7

Pemegang landasan2

8

Gam1

Jadual 2.0: Bahan dan Komponen

5.2 ANGGARAN KOS PEMBINAAN PRODUKJadual 3.0 menunjukkan anggaran kos bagi pembinaan prototaip.BILBAHANKUANTITIHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH (RM)

1.Bekas plastik saiz 34 x 13 cm15.005.00

2.

Bekas plastik saiz 21 x 10.5 cm11.001.00

3.

Bekas plastik saiz 11.5 x 11.5 cm10.300.30

4.

Penyedut minuman420.020.84

5.Pembaris20.501.00

6.

Bilah buluh (penyucuk satay)420.041.68

7.Pemegang Landasan20.501.00

8.Gam11.001.00

Jumlah

11.82

Jadual 3.0: Anggaran kos pembinaan5.3 JADUAL KERJA DAN CARTA ALIR KERJA

Jadual 4.0 menunjukkan jadual kerja sepanjang menjalankan projek ini

BILAKTIVITIMINGGU

12345678910

1Pemilihan tajuk projek

2Penyediaan proposal

3Menyediakan komponen/bahan mentah

4Menguji bahan

5Membina model

6Menguji model

7Kemasan

8Menilai model

9Pembaikan

11Festival rekacipta

Jadual 4.0: Jadual kerja

TIDAKMULAPERBINCANGAN PENSYARAH DAN PELAJARSUSUN ATUR KERJAPENYEDIAAN BAHAN / KOMPONENMENGUJI BAHANPEMBAIKKAN PROTOTAIPMENILAI PROTOTAIP YAMAMBINA PROTOTAIP YAKEMASANTIDAKMENGUJI PROTOTAIPRajah 2.0 di bawah menunjukkan carta alir kerja yang telah kami lakukan sepanjang pembinaan prototaip ini.

Gambarajah 1.0: Carta alir kerja6.0LAKARAN DAN LUKISAN KERJA PROJEK7.0 PEMBUATAN DAN PENGUJIAN PROTOTAIP7.1LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN PROTOTAIP7.1.1PEMILIHAN BAHAN Kami telah memilih buluh dan plastik acuan (bekas plastik empat segi pelbagai saiz, straw, pembaris,pemegang landasan) sebagai bahan utama yang paling sesuai untuk pembinaan prototaip produk ciptaan kami. Kewajaran memilih plastik acuan kerana plastik acuan adalah bahan yang mempunyai keteguhan dan mudah untuk diuruskan. Manakala buluh pula adalah senang untuk dikendalikan dan dibentuk mengikut kesesuaian projek. Selain itu, kos kedua-dua bahan yang digunakan ini adalah murah dan senang didapati.7.1.2PEMASANGANSetiap bahan yang digunakan dipasang mengikut spesifikasi seperti yang ditetapkan dalam lukisan kerja. Langkah-langkah pemasangan:(i) Bilah buluh (penyucuk satay) dan straw di potong mengikut saiz yang telah ditetapkan (10.5 cm dan 8.5 cm)(ii) Kemudiannya, bilah buluh tersebut dimasukkan ke dalam ruang berongga straw dan dilekatkan ke atas permukaan pembaris dengan menggunakan gam.(iii) Selepas pemasangan siap dilakukan, pengujian kekuatan pemasangan dijalankan untuk memastikan bilah buluh tersebut melekat dengan sempurna.(iv) Kemudiannya, pemegang landasan dilekatkan dengan menggunakan gam mengikut sudut kecondongan yang telah diuji keberkesanannya. Selepas itu, pengujian kekuatan pelekatan dilakukan bagi memastikan pemegang tersebut melekat dengan sempurna.(v) Selepas landasan siap dibina, proses kemasan dilakukan dengan melekatkan pelekat kalis air di kedua-dua bahagian tepi landasan bagi memperkemaskan lagi landasan yang dibina.

7.1.3PENGUJIAN PROTOTAIPPrototaip yang siap dibina diuji untuk memastikan sudut kecondongan yang sesuai bagi memastikan telur dapat bergerak dengan lancar dan bahagian telur dapat dipisahkan dengan sempurna. Kami melakukan 12 pengujian. Hasil daripada pengujian seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.Bilangan ujianSudut kecondonganBerjayaTidak Berjaya

145X

240X

335X

430X

525X

620X

710X

810X

920X

1020X

1120X

1220X

Jadual 5.0: Bilangan ujian yang dilakukan.

7.1.4PENILAIAN PROTOTAIPBerdasarkan pengujian yang dijalankan, dapat dibuat penilaian pada sudut kecondongan 25 hingga 45, pengasingan bahagian telur tidak berlaku sepenuhnya kerana pergerakan telur sangat laju. Pada sudut 10 bahagian telur dapat diasingkan, tetapi kuning telur bergerak amat perlahan sebelum jatuh ke dalam bekas pengumpulan. Pada sudut 20, pergerakan dan pengasingan bahagian telur berlaku pada tahap yang paling berkesan. Jadi, kami memutuskan, sudut kecondongan 20 adalah yang paling sesuai diaplikasikan pada prototaip yang dibina.

8.0CADANGAN DAN PENGUBAHSUAIANPrototaip yang kami bina ini boleh mewakili saiz sebenar produk. Walaubagaimanapun, beberapa penambahbaikkan masih boleh dilakukan antaranya:i) menggunakan rod kaca atau rod aluminium sebagai asas landasan.ii) Saiz bekas boleh dikecilkan bagi memudahkan lagi penyimpanan.

9.0 PEMASARANKami yakin projek yang kami bangunkan ini mempunyai potensi yang besar untuk dipasarkan kerana projek ini mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaannya. Selain daripada mudah digunakan, harganya juga amat berpatutan. Mengikut perkiraan kami, produk ini boleh dijual dengan harga kurang daripada RM15.00 kerana kos pembuatannya adalah kurang daripada RM 12.00. Sekiranya penghasilan produk dalam kuantiti yang besar, kos bahan pembuatan masih boleh dikurangkan lagi.

Memandangkan produk sedia ada di pasaran kurang efektif, kami yakin produk kami ini akan menjadi pilihan utama kumpulan sasaran kami.Jadi, untuk memastikan produk ini boleh dipasarkan, beberapa strategi boleh digunakan, antaranya adalah:- Membuat promosi secara besar-besaran memandangkan masih ramai yang tidak mengetahui tentang keberadaan produk sepertinya di pasaran. Mempelbagaikan kaedah promosi seperti menggunakan laman web sosial, iklan surat khabar, iklan radio, flyers dan lain-lain lagi.

BIBLIOGRAFI1)Pusat Perkembangan Kurikulum (1996). Buku Sumber Pelajar Reka Cipta.Tingkatan 4 dan 5. Kementerian Pendidikan Malaysia.

LAMPIRAN ASenarai soalan temu bual yang dijalankan bagi mengumpul data berkaitan produk yang ingin dibangunkan.

1. Adakah anda pernah membuat kek atau roti?2. Adakah anda menggunakan telur untuk membuat kek atau roti ?3. Bagaimanakah anda mengasingkan bahagian putih dan kuning telur?4. Adakah anda tahu mana-mana alat pengasing telur berada di pasaran?5. Adakah alat tersebut berfungsi dengan efektif? Jika tidak, mengapa?6. Adakah anda rasa perlu adanya penambahbaikan bagi produk sedi ada?7. Apakah cadangan anda?