27
DAKWAH ISLAMIYYAH -NUR FADHILAH BT ABDULLAH FAUZI- MINGGU 1 DEFINISI DAKWAH DAKWAH PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

DAKWAH ISLAMIYYAH

  • Upload
    nfaf82

  • View
    64

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengenalan

Citation preview

  • DAKWAH ISLAMIYYAH-NUR FADHILAH BT ABDULLAH FAUZI-MINGGU 1 DEFINISI DAKWAHDAKWAH PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

  • PENGENALANDakwah berperanan sbg lidah Islam dan media maklumat Islam serta penyebarannya kepada manusia. Para pendakwah juru bicara Islam berperanan menyiarkan dan menyampaikan maklumat tentang Islam secara menyeluruhDakwah perlu dijalankan dgn ilmu pengetahuan dan kemahiran penyebaran dan komunikasi-pendakwah masa kini perlu menguasai pelbagai ilmu komunikasi terkini.

  • Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti daa, yadu, dawatan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu, memandu dan menjemput.Dakwah dari segi istilah pula ialah mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk. Menyuruh mereka berbuat yang ma`ruf dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah swt yang bermaksud :-"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya. (Surah Ali-Imran, ayat 104)

  • Dalam erti kata yang lain pula, dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

    Ibn. Taimiyah: Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para Rasul-Nya dengan membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka.

  • Abul AlaAl-Mawdudi: Dakwah adalah panggilan Ilahi dan Rasul mengajak manusia memiliki nilai-nilai suci dan agong. Dakwah adalah menghidupkan manusia, iaitu menghidupkan pancaindera, daya pemerhatian, daya rasa, menghidupkan manusia yang seimbang dari segi ilmu, iman dan amal. Ibadah, ikhtiar dan doa.

  • Dr. Yusuf al-Qaradawi mendefinisikan dakwah sbg usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan berjihad pada jalan-Nya

  • TUJUAN DAKWAHMengubah pandangan hidup manusia bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara kerana yang berkuasa ke atas segalanya adalah Allah SWT.Berdakwah penting dalam menyebarkan agama Islam kepada bukan hanya pada umat Islam, tetapi juga kepada mereka yang masih tercari-cari makna sebenar kehidupan ini.Tanpa dakwah, Islam tidak akan berkembang dan yang tinggal hanya Islam keturunan.

  • DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.WRasul terakhir yang dilantik sebagai utusan Allah untuk mengajar dan memimpin manusia kepada kesejahteraan Allah di dunia dan akhiratBaginda menggunakan berbagai cara dan pendekatanManhaj dakwah baginda untuk panduan umatnya sepanjang zaman

  • Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan di Mekkah pada tahun gajah Merupakan seorang anak yatim sesudah ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibunya Aminah bt Wahab meninggal duniaDibesarkan oleh bapa saudaranya iaitu Abu Thalib-baginda menikahi dengan Siti KhadijahDiangkat sebagai Nabi dan rasul Allah SWT pada tanggal 17 Ramadan semasa umur baginda genap 40 tahun di Gua Hira

  • STRATEGI PERJUANGAN RASULULLAH S.A.W DI MEKAH1.BERDAKWAH SECARA RAHSIAMenyeru orang perseorangan daripada kalangan keluarga yg terdekat dan sahabat-sahabat yg rapat.Kebanyakan penganut Islam pada peringkat ini dari kalangan hamba dan orang miskin Rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam dijadikan sebagai pusat penyeruan Islam & mempelajari Islam secara sulit Strategi dakwah secara sulit ini berjalan selama 3 tahun

  • Orang yang mula menerima Islam antaranya: Kalangan wanita Khadijah Al Khuwailid (isteri Rasulullah)Kalangan lelaki - Abu Bakar As Siddiq di ikuti sahabat lain spt Uthman b Affan Abd Rahman b. Auf dllKalangan kanak-kanak Ali bin Abi Talib Kalangan hamba Bilal bin Rabbah

  • HIKMAH DAKWAH SECARA RAHSIAAjaran Islam dapat sampaikan dan diterima tanpa gangguanDapat menghindari penentangan terbuka dari kafir QuraisyMengelakkan kejutan kepada masy Arab yang mengamalkan kepercayaan dan amalan tradisi nenek moyang mereka

  • SEBAB- SEBAB RASULULLAHBERDAKWAH SECARA RAHSIA (SULIT)

    Bilangan penganut Islam masih sedikitUntuk mengelakkan penentangan terbuka dari kafir QuraisyAjaran yang dibawa oleh Rasulullah bertentangan dengan amalan biasa masy Arab pada masa ituDakwah secara sulit selaras dgn strategi dakwah yg berhikmah

  • 2.BERDAKWAH SECARA TERUS TERANGAN KPD DIKALANGAN KERABATCara ini dilaksanakan setelah menerima perintah Allah melalui firman Allah Dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat

    HIKMAH DAKWAH SECARA TERUS TERANGUmat Islam berani menegakkan kebenaranPenganut Aqidah umat Islam bertambah mantapUmat Islam bebas menyebarkan dakwah Islam dalam masyarakatAgama Islam tersebar luasSetelah turun ayat ini, Rasulullah saw telah mengadakan jamuan di rumah Ali bin Abi Talib . Semua kaum keluargadijemput & Rasulullah menerangkan tentang dasar-dasaragama Islam .Sebahagian menerima & sebahagian lagi menentangnya.

  • 3.BERDAKWAH SECARA TERUS TERANG KEPADAORANG RAMAI ( UMUM)

    Ia dijalankan oleh Rasulullah setelah turun perintah Allah didalam surah al hijr ayat 94Sampaikanlah secara berterus terang apa yang diperintahkan kepada kamu (wahai Muhammad) dan jangan engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrikin

    Apabila turun ayat ini Rasulullah terus menjemput kaum Quraisy serta pembesar-pembesar Quraisy menghadiri perjumpaan (rapat umum) di kaki bukit Safa dan menyeru mereka kepada agama Islam dan menyembah Allah swt.

  • Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan yang hebat dari kafir Quraisy .Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin menerima pelbagai penyeksaan .

    Selepas peringkat ini ajaran Islam terus tersebar luas dan pengikut Islam semakin bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar.

  • HIKMAH DAKWAH SECARA TERANGUmat Islam berani menegakkan kebenaranPenganut Aqidah umat Islam bertambah mantapUmat Islam bebas menyebarkan dakwah Islam dalam masyarakatAgama Islam tersebar luas

  • PENTADBIRAN RASULULLAH DI MADINAHDakwah di Madinah dimulakan dengan mempersaudarakan sesama Islam iaitu kaum Muhajirin dan Ansar dengan tujuan untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan orang muslimin. Diikuti dengan pembinaan masjid (Masjil al-Nabawi) sebagai asas pembentukan masyarakat dengan menjadikan masjid sebagai tapak dakwah, menuntut ilmu dan aktiviti-aktiviti Islam yang lain.

  • Fasa ini diakhiri dengan mempersaudarakan orang Islam dengan orang bukan Islam melalui pemeteraan Piagam Madinah dan perlaksaan hukum syariat.Ekonomi umat Islam diperkukuhkan melalui aktiviti perniagaanLarangan riba dan memecahkan monopoli perniagaan Yahudi

  • ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDINDakwah semakin berkembang maju ketika zaman khulafa al-Rasyidin. Dakwah dilakukan melalui penyampaian khutbah dan diskusi keagamaan antara para sahabat dan dikalangan mereka yang baru memeluk Islam (muallaf)Zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar al-Siddiq terjadi peperangan melawan org murtad dan gol yang enggan membayar zakatPeperangan menentang Musailamat al-KazzabProses pengumpulan al-Quran dilakukan

  • Ketika zaman pemerintahan Umar al-Khattab, dakwah telah diperluaskan sehingga daerah Damaskus, Azerbijan dan Palestin (Bait al-Maqdis). Beliau antara Khalifah pertama yang mengumpulkan umat Islam untuk melaksanakan solat tarawih. Dakwah semakin maju dengan adanya gerakan-gerakan ilmuan, penubuhan Pusat Pendidikan, pembinaan Baitulmal dan penubuhan tentera dan polis.

  • Peredaran dakwah diteruskan sehingga ke zaman pemerintahan Uthman bin Affan. Perkara pertama yan dilakukan adalah pembukuan al-Quran yang sekarang ini dikenali resam al-Uthmani.

  • Ketika zaman pemerintahan Ali bin Abi Talib, cabaran dakwah makin hebat seiring dengan pengembangan dakwah dan kemajuan masyarakat itu sendiri. Berlaku pelbagai konflik dan kekecohan tentang isu pemerintahan. Selain itu juga, pada zaman tersebut, muncul kumpulan-kumpulan pelampau agama seperti puak khawarij dan syiah. Oleh sebab itu zaman pemerintahan Ali adalah singkat berbanding dengan khulafa yang lain.

  • TEKNIK/PENDEKATAN DAKWAH RASULULLAH SAWFirman Allah SWT :-Serulah kejalan Tuhamnu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkar seruan itu ) dengan cara yang lebih baik

  • TUGASANBINCANGKAN MENGENAI MANHAJ DAKWAH YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH SAW BESERTA CONTOH .