20
| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja [Tidak Boleh Dijual / Dibeli ] Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, DI KUANTAN KES MAL NO : 06100-041-0422 -2008 Zabariah Bin Mat Piah Lwn Syed Abas Bin Syed Ibrahim LOKASI : Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan HAKIM : YA Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Md Yunos TARIKH : 02 Muharram 1435H = 06 November 2013 NO KES : : 06100-041-0422 -2008 DISEDIAKAN OLEH : Pegawai Penyelidik Hakim MTS Kuantan PEGUAM SYARIE Plaintif : Tetuan Nor Hidayah & Associates Defenden : Tetuan Radzi & Abdullah UNDANG-UNDANG YANG DIGUNA PAKAI Undang-Undang PentadbiranMahkamah Tinggi Syariah-Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah sek.47(1)(2)(a)(b)(i) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Negeri Pahang) 1991. Undang-undang Keluarga Islam Permohonan Fasakh- Samaada Plantif menepati satu atau lebih alasan-alasan pensabitan fasakh- sek.53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pahang) 2005. Undang-undang Keterangan- Beban membuktikan- Samaada keterangan saksi yang mempunyai hubungan kekeluargaan harus diterima atau ditolak sek.83,85 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah(Negeri Pahang) 2005.

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

  • Upload
    buingoc

  • View
    355

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 1

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR,

DI KUANTAN

KES MAL NO : 06100-041-0422 -2008

Zabariah Bin Mat Piah

Lwn

Syed Abas Bin Syed Ibrahim

LOKASI : Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan

HAKIM : YA Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Md Yunos

TARIKH : 02 Muharram 1435H = 06 November 2013

NO KES : : 06100-041-0422 -2008

DISEDIAKAN OLEH : Pegawai Penyelidik Hakim MTS Kuantan

PEGUAM SYARIE

Plaintif : Tetuan Nor Hidayah & Associates

Defenden : Tetuan Radzi & Abdullah

UNDANG-UNDANG YANG DIGUNA PAKAI

Undang-Undang Pentadbiran–Mahkamah Tinggi Syariah-Bidangkuasa

Mahkamah Tinggi Syariah – sek.47(1)(2)(a)(b)(i) Enakmen Pentadbiran

Undang-Undang Islam (Negeri Pahang) 1991.

Undang-undang Keluarga Islam –Permohonan Fasakh- Samaada Plantif

menepati satu atau lebih alasan-alasan pensabitan fasakh- sek.53 Enakmen

Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pahang) 2005.

Undang-undang Keterangan- Beban membuktikan- Samaada keterangan

saksi yang mempunyai hubungan kekeluargaan harus diterima atau ditolak –

sek.83,85 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah(Negeri Pahang) 2005.

Page 2: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 2

FAKTA KES

Kes ini merupakan tuntutan fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan

pada 10 Oktober 2008. PLaintif, Zabariah Binti Mat Piah telah bernikah

dengan Defendan, Syed Abas Bin Syed Ibrahimpada 11 Jun 1968 dan telah

dikurniakan lima orang anak. Diatas alasan-alasan yang dikemukakan,

Plaintif telah menfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan

diatas alasan nafkah yang tidak mencukupi dan Defendan telah mengasari

tubuh Plaintif.

Dalam hujahan Plaintif, Plaintif telah menyatakan bahawa punca berlaku

perselisihan faham ini adalah disebabkan wang yang dipinjam oleh

Defendan sebanyak RM 10,000.00 bagi pengubahsuaian bilik anak tiri

Defendan untuk perkahwinan anak tiri tersebut dan bagi tujuan penutupan

kolam takungan air yang berada dihadapan rumah, Plaintif yang merupakan

isteri pertama Defendan telah bertindak keluar rumah pada 22 Jun 2008, dan

melantik peguam untuk memfailkan tuntutan fasakh ini dan memohon agar

tuntutan ini diluluskan berdasarkan alasan-alasan yang dibenarkan

sepertimana terkandung didalam peruntukan Undang-undang.

Diputuskan

Mahkamah memutuskan dengan mambuat perintah seperti berikut:

Surah-surah Al-Quran yang dirujuk

1. Surah Al-Baqarah , ayat231

2. Surah Al-Talaq ,ayat 7

3. Surah An-Nisa‘, ayat 34, 129

4. sSurah Ar-Rum, ayat, 21

Page 3: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 3

Kitab-kitab yang dirujuk

1. Sunan Ibn Majah, Juzuk 7, No.Hadis 2331, hlmn.143.

2. Syeikh Muhammad al-Khatib a-Syarbini dalam Kitab Mughni al-Muhtaj,

juzuk 3, hlmn.540.

3. Kitab Nizam Al-Qada` fil-al- Shariah al-Islamiah, Abd. Karim Zaydan,

Matba`ah al-Ani, hlmn.155.

4. Syarah Fathul Qadir, Imam Kamaluddin Muhammad Bin Abdul Wahid

As-siwasi, hlmn. 244. Jilid 7.

Undang-undang yang dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Neegri Pahang) 1991.sek.

47(1)(2)(a)(b)(i)

2. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pahang)2005.sek.53

3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah(Negeri Pahang) 2005.

sek.83,85

Kes-kes yang dirujuk

1. Hairun bt Mohd Shariff lwn. Omar bin Mohd Nor

2. Hanif Abdullah lwn. Rabiah Bibi Labhu,[2004]CLJ (Sya)

Page 4: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 4

Alasan Penghakiman Y.A.A Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Md Yunos, KHS.

[1] Dalam kes ini, Mahkamah telah meneliti dan mendapati terdapat

beberapa isu utama yang perlu diputuskan, iaitu:-

a. Bidangkuasa Mahkamah; Samaada mahkamah ini berbidangkuasa

terhadap permohonan yang dikemukakan.

b. Tuntutan Fasakh; Samaada alasan-alasan permohonan fasakh ini

menepati dan mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang.

c. Samaada pihak-pihak telah mengemukakan bukti yang cukup dan

samaada Mahkamah harus mengenepikan saksi-saksi yang

mempunyai hubungan kekeluargaan.

Isu Pertama: Samaada Mahkamah ini berbidangkuasa terhadap

permohonan yang dikemukakan.

[2] Kes ini merupakan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Oleh yang

demikian Mahkamah telah merujuk kepada sek.47(2)(b)(i), Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pahang) 1991 iaitu;

47. (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di

seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

Tinggi Syariah.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah -

(b) dalam bidangkuasa mal, mendengar dan memutuskan semua

tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam

dan yang berkaitan dengan -

(i) pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan

perkahwinan (fasakh), atau perpisahan (faraq);

(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan terhadap mana-mana

harta yang timbul daripada perkara yang disebut dalam

subperenggan (i);

(iii) nafkah tanggungan, kesahtarafan atau penjagaan kanak-

kanak (hadhanah);

Page 5: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 5

(iv) pembahagian atau tuntutan terhadap harta sepencarian;

(v) wasiat atau pemberian semasa hampir maut (maradhul

maut) seseorang si mati Islam;

(vi) pemberian semasa hidup atau penyelesaian yang dibuat

tanpa balasan yang mencukupi dengan wang atau nilai wang

oleh seseorang Islam;

(vii) wakaf atau nazar;

(viii) menentukan waris dan membahagikan harta berwasiat

atau tidak berwasiat orang Islam; dan

(ix) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya

bidangkuasa diberi oleh mana-mana undang-undang bertulis.

[3] Mahkamah juga berpandukan kepada sek. 53, Enakmen Undang-

undang Keluarga Islam (Negeri Pahang)2005 yang memperuntukkan

bahawa;

(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang

berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak

mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau

untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut,

iaitu—

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak

diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan

peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh

tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab

yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama

tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan

masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan

Page 6: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 6

bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau

sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap

penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum ia

mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai

umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu,

antara lain—

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita

disebabkan oleh kelakuan aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat

atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum

Syarak;

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau

suami itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang

terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami dari menunai atau

menjalankan kewajipan atau amalan agamanya;

(vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak

melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-

kehendak Hukum Syarak;

(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum

disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah,

sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal,

atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguh pun

berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak,

sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak

1952 [Ord. 31/52] dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau

setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

Page 7: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 7

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan

perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.

(2) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah

berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau

fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tak upaya yang menghalang

persetubuhan.

(3) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan

(1)(c) dalam sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami atau

isteri telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

(4) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan

(1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat

suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah

dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi

mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian

dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(5) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan

dalam subseksyen(1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa

isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk

mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap

suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai

dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan

itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah

itu.

[4] Berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan undang-undang tersebut,

adalah jelas bahawa, Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar

kes ini.

Page 8: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 8

Isu Kedua: Samaada alasan-alasan permohonan fasakh ini menepati dan

mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang.

[5] Sebelum meneliti alasan-alasan fasakh yang telah diterima Oleh

Mahkamah ini samaada untuk meluluskan atau menolak tuntutan ini,

amat wajar untuk Mahkamah menjelaskan kepada pihak-pihak

mengenai fasakh dari sudut Hukum Syarak dan Undang-undang

seterusnya meneliti alasan-alasan fasakh yang telah diterima oleh

Mahkamah Yang Mulia ini bagi pensabitkan fasakh.

[6] Fasakh juga ditakrifkan sebagai pembubaran atau pembatalan

perkahwinan melalui perintah kehakiman. Perpisahan melalui cara ini

adalah juga dikenali sebagai tafriq dalam bahasa Arab.

[7] Mengikut Seksyen 2(1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri

Pahang) 2005. Fasakh diertikan sebagai pembubaran nikah disebabkan

oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh Hukum Syara` mengikut

seksyan 53.

[8] Pada dasarnya fasakh tidak dinyatakan secara terang di dalam Al-

Quran, akan tetapi secara prinsipnya boleh dilihat didalam Surah Al-

Baqarah ayat 231:

Bermaksud:

―dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka

(hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka

(rujuk) Dengan cara Yang baik atau lepaskan mereka Dengan cara

Page 9: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 9

Yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula Dengan

maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman

(terhadap mereka); dan sesiapa Yang melakukan demikian maka

Sesungguhnya Dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu

menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan

permainan). dan kenanglah nikmat Allah Yang diberikan kepada

kamu, (dan kenanglah) apa Yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab

(Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu

dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah:

Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu‖.

[9] Ayat diatas secara dasarnya menjelaskan bahawa tidak harus bagi

seseorang suami itu mandatangkan mudarat dan melakukan

kezaliman kepada isteri. Keharusan fasakh hanya diasaskan kepada

larangan melakukan kemudaratan sepertimana hadis nabi,

diriwayatkan daripada Abi Said Al-Khuzri r.a. bahawasanya nabi s.a.w.

bersabda;

Bermaksud:

―Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan‖

(Riwayat Ibnu Majah dan Al-Daraqtani – Sunan Ibn Majah, Juzuk 7, No.Hadis

2331, hlmn,143)

Page 10: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 10

[10] Dalam hadis ini Rasulullah S.A.W. menyentuh tentang larangan

melakukan mudarat kepada orang lain. Hadis ini kemudiannya

diterima sebagai asas bagi kaedah fiqhiyyah dalam memahami

peruntukan Hukum Syarak;

الضرر يزال

Bermaksud:

―Maksudnya: Kemudaraatan hendaklah dihilangkan‖

[11] Kaedah fiqh ini memberi ruang bertindak untuk menuntut fasakh

dalam urusan perkahwinan yang mengandungi unsur-unsur darar

keatas satu pihak yang lain sama ada kerana keaiban ataupun salah

laku pasangannya.

[12] Keharusan fasakh ini juga adalah berdasarkan kepada sek. 53

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (2005).

[13] Bersandarkan kepada nas-nas Syarak dan Undang-Undang itu tadi,

adalah jelas bahawa fasakh dibenar dan diharuskan. Mahkamah juga

mempunyai kuasa untuk memerintahkan sesuatu perkahwinan itu

dibubarkan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang

sedia ada.

[14] Plaintif didalam hujahannya telah mengkhususkan peruntukkan yang

terpakai untuk di jadikan alasan fasakh iaitu Seksyen. 53 (1) (b) dan (h)

(i) (iv) (vi).Yang mana dakwaan ini perlu di buktikan satu persatu

secara khusus bagi mencapai maksud peruntukan undang-undang

tersebut.

Page 11: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 11

[16] Didalam kes Hairun bt Mohd Shariff lwn. Omar bin Mohd Nor, terdapat

prinsip-prinsip asas dalam membuktikan kes-kes sebegini yang

menjelasakan bahawa di dalam ajaran Islam suami di beri hak untuk

memukul isteri sekiranya terdapat tanda-tanda isteri dikhuatiri nusyuz

seperti dalam Al-quran dengan menyatakan di dalam surah An-Nisa’

ayat 34:

Bermaksud:

―kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang

bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah

telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa

keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-

orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari

harta mereka. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang

taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara

(kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami

tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan

pertolonganNya. dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang

melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati

mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat

tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan

pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka

taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk

menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha

besar.‖

Page 12: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 12

[17] Keterangan berkaitan pihak Plaintif dipukul merupakan satu beban

pembuktiaan yang secara automatiknya terletak di bahu Plaintif, dan

berkaitan perkara ini tiada sebarang laporan perubatan dari mana-

mana Institusi Perubatan atau Klinik yang menyokong dakwaan Plaintif

atau keterangan dokumen berbentuk visual / gambar yang

menunjukkan bahawa Plaintif dipukul dengan teruk atau

mendatangkan mudharat kepada fizikal Plaintif dibawa ke Mahkamah

semasa perbicaraan, ini menunjukkan pukulan itu adalah ringan dan

tidak mendatangkan kecederaan yang parah, untuk membawa saksi

bagi pembuktiaan ini adalah suatu perkara yang mustahil kerana tidak

ada seorang pun yang memukul isterinya dan memaggil orang untuk

melihat perlakuan tersebut, namun laporan atau keterangan pakar

dapat di bawa seperti laporan perubatan.

[18] Isu pemberian nafkah yang dibangkitkan oleh Plaintif telah dinyatakan

secara terang di dalam Al-Quran, Surah Al-Talaq ayat 7 yang

menyebut:

Bermaksud;

―hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut

kemampuannya; dan sesiapa Yang di sempitkan rezekinya, maka

hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan Allah

kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang

melainkan (sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya.

(orang-orang Yang Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah

akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.‖

Page 13: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 13

[19] Nafkah merupakan hak isteri dan tanggungjawab suami untuk

menyediakannya, berbalik kepada isu dan kes ini Defendan tidak

mengabaikan nafkah untuk diberikan kepada isteri, walaupun nafkah

yang diberikan tidaklah mewah tetapi dengan tindakan Plaintif yang

keluar dari rumah tanpa izin suami adalah satu bentuk halangan

kepada suami untuk menjalankan tanggungjawab kepada hak

isterinya (Plaintif) yang disifatkan sebagai ingkar kepada

tanggungjawab sebagai seorang isteri yang tempatnya disisi seorang

suami, berdasarkan ayat diatas dapat dilihat bahawa nafkah adalah

suatu bentuk tanggungjawab yang dipikul suami dengan kadar

kemampuan tanpa mengabaikannya.

[20] Di dalam kes Abd Hanif Abdullah lwn. Rabiah Bibi Labhu, di wilayah

Persekutuan, mengenai tuntutan responden bahawa perayu telah

gagal memberi nafkah selama enam tahun lapan bulan Yang Arif

Hakim telah berpendapat bahawa oleh sebab Responden itu telah

keluar rumah yang disediakan oleh Perayu tanpa izinnya hak nafkah

baginya telah gugur.

[21] Plaintif dalam hujahnya telah menyatakan bahawa Defendan

melupuskan harta Plaintif atau melarang Plaintif dari menggunakan

hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta Plaintif adalah

gagal di buktikan di Mahkamah Yang Mulia ini, wang pinjaman

RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) telah di bayar oleh

Defendan sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam

keterangannya, Defendan hanya lambat membayar wang pinjaman

tersebut tanpa sebab dan perkara ini adalah perkara remeh dan tidak

sepatutnya di isukan di dalam tuntutan ini.

Page 14: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 14

[22] Jika dilihat keadaan perkahwinan dalam kes ini dan perhubungan

antara Plaintif dan Defendan jelas telah jauh dari perkahwinan yang

dianjurkan oleh Agama Islam, Allah telah berfirman di dalam surah Ar-

Rum ayat 21 menerangkan bahawa:

Bermaksud:

―dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan

rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki),

isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan

hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami

isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang

demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang

menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.‖

[23] Begitu juga sebagaimana di nyatakan di dalam surah An-Nisa’ yat 129:

Bermaksud:

―dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu

sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu

janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah

kepada isteri Yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang

lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu

memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri

(daripada perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani.‖

Page 15: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 15

[24] Keadilan di dalam berpoligami amatlah sukar sebagai mana yang

dinyatakan di dalam ayat diatas, walaupun kes ini amat menyedihkan

bagi kedua-dua pihak terutamanya Plaintif setelah di lengahkan dan

ditangguhkan oleh sebab ketidakhadiran Defendan ke Mahkamah,

Mahkamah perlu meyediakan penghakiman bagi menjawab tuntutan

Plaintif berdasarkan hukum syarak dan undang-undang.

Isu Ketiga: Samaada pihak-pihak telah mengemukakan bukti yang cukup

dan samaada Mahkamah harus mengenepikan saksi-saksi yang mempunyai

hubungan kekeluargaan (Tohmah).

[25] Mahkamah di dalam prosiding perbicaraan ini mempertikaikan

kelayakkan saksi-saksi yang dikemukakan Plaintif diatas alasan bahawa

saksi-saksi yang dikemukakan adalah mempunyai hubungan

kekeluargaan. Saksi-saksi yang telah dibawa adalah terdiri daripada

anak menantu Plaintif dan Defendan.

[26] Mahkamah berhasrat untuk menjelaskan kepada pihak-pihak

mengenai beban pembuktian seterusnya penjelasan mengenai

keterangan dan pembuktian kepada Mahkamah dengan lebih jelas.

Hadis Rasullullah S.A.W. ;

Bermaksud:

―Bayyinah adalah keatas orang yang mendakwa dan sumpah keatas

orang yang di dakwa.‖

[27] Mahkamah merujuk kepada sek.72, 73(1) (2) Akta Keterangan

Mahkamah Syariah Negeri Pahang (2005) yang menyatakan bahawa;

Page 16: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 16

[28] Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal

terletak pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu

fakta (al-Mudda‘ii) dan orang yang mengangkat sumpah untuk

menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta (al-Mudda‘a‘alaih).

[29] Oleh itu, orang yang mendakwa (muddaei) perlulah mengemukakan

keterangan-keterangan bagi membuktikan dakwaaanya. Manakala

Orang yang kena dakwa (mudda alaih) tidaklah perlu bersumpah

didalam kes-kes sebegini kerana dalam masa yang sama Plaintif

mendakwa dengan mengemukakan bukti-bukti yang harus

meyakinkan Mahkamah bahawa Defendan telah menepati kehendak

syarak dan undang-undang bahawa perbuatan beliau boleh

disabitkan dengan pembubaran perkahwinan (fasakh).

[30] Plaintif telah memberi keterangan dengan membawa bukti ke

Mahkamah bagi menyokong dakwaan-dakwaan yang dibuat

terhadap Defendan. Mahkamah mendapati dan berpuas hati dengan

segala keterangan-keterangan kedua-dua pihak dan saksi-saksi yang

dikemukakan.

[31] Plaintif telah mengemukakan dua orang saksi iaitu:

i. Ismail Bin Mustapar - (SP 1)

ii. Zulkhairi Sulaiman - (SP 2)

[32] Defendan juga perlulah mengemukakan keterangan untuk dijadikan

bahan bukti seperti dokumen-dokumen, selain membawa saksi-saksi

bagi menafikan dakwaan yang dibuat. Sek. 3(1) Enakmen Keterangan

Mahkamah Syariah Negeri Pahang (2005) menyebut;

―keterangan‖ termasuk—

Page 17: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 17

(a)bayyinah dan syahadah;

(b) segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh

Mahkamah supaya dibuat di hadapannya oleh saksi berhubung

dengan perkara-perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian

disebut keterangan lisan;

(c) segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan Mahkamah:

dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar;

[33] ―Syahadah‖ atau kesaksian menurut Al-Khatib Muhammad al-Sharbini,

didalam Kitab Mughni al-Muhtaj, Jld.4, Dar-al-Fikr, hlmn.540;

―Kesaksian ialah pemberitahuan yang benar untuk mensabitkan

sesuatu hak dengan lafaz syahadah dalam majlis penghakiman‖

[34] ―Bayyinah‖ menurut sek.3(1) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah

Negeri Pahang (2005) bermaksud keterangan yang membuktikan

sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah ‗qarinah‘.

[35] ―Qarinah‖ pula seperti dijelaskan di dalam Kitab Nizam Al-Qada` fil-al-

Shariah al-Islamiah, Abd. Karim Zaydan, Matba`ah al-Ani, hlmn.155;

―Qarinah ialah sesuatu perkara yang menjadi dalil ada sesuatu atau

tidak ada sesuatu sama ada dalam bentuk keadaan, suasana,

perkataan dan perbuatan‖

[36] Berkaitan penerimaan keterangan saksi pula, walaupun saksi-saksi

yang dikemukakan oleh Plaintif mempunyai hubungan kekeluargaan,

tetapi tidak bermakna Mahkamah ini perlu mengenepikan terus

keterangan mereka.

[37] Mahkamah merujuk kepada sek.83 (6), Enakmen Keterangan

Page 18: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 18

Mahkamah Syariah (Negeri Pahang)2005 yang memperuntukkan;

Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan

baiknya dengan dan mempunyai kepentingan dengan pihak

menentang adalah berwibawa untuk memberikan bayyinah tetapi

tidak berwibawa untuk memberikan syahadah.

[38] Sek.85 dalam Enakmen yang sama pula menyatakan;

(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isteri

terhadap suaminya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(2) Keterangan seorang anak terhadap ibu atau bapanya dan

keterangan ibu atau bapa terhadap anaknya boleh diterima sebagai

syahadah dan bayyinah.

(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi

suaminya boleh diterima sebagai bayyinah.

(4) Keterangan ibu atau bapa bagi anaknya dan keterangan anak

bagi ibu atau bapanya boleh diterima sebagai bayyinah.

[39] Oleh itu, jelaslah bahawa saksi-saksi yang dikemukakan oleh Plaintif

walaupun tidak diterima Mahkamah sebagai ‗Syahadah‘, tetapi

Mahkamah boleh menerimanya sebagai ‗Bayyinah’. Laporan Polis

yang dikemukakan oleh Plaintif adalah sebagai keterangan dokumen

sahaja ianya tidak boleh berdiri secara sendiri tanpa disokong oleh

keterangan (Bayyinah) selainnya.

[40] Walau bagaimanapun hakim boleh untuk menerima atau menolak

Bayyinah (Keterangan) berdasarkan Ijtihad yang difikirkan patut oleh

hakim di dalam mengendalikan sesuatu kes.

Page 19: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 19

[41] Didalam kes ini juga, Plaintif telah gagal mengemukakan apa-apa

keterangan yang meyakinkan dan hanya membawa dua orang saksi.

Mahkamah juga mendapati bahawa saksi-saksi ini mempunyai

hubungan kekeluargaan (kerabat) yang rapat, keterangan yang

diberikan tidak cukup kuat dan tidak mampu untuk membuktikan

bahawa Defendan telah cuai dalam memberi nafkah dan telah

mengasari Plaintif secara lazim.

[42] Satu kesaksian yang mempunyai khilaf atau tohmah tidak boleh

diterima sebagaimana yang telah dihuraikan kitab Syarah Fathul Qadir

karangan Imam Kamaluddin Muhammad Bin Abdul Wahid As-siwasi,

hlmn 244 jilid 7. Menegaskan bahawa kesaksian dari pihak yang

mendakwa tidak boleh diterima sekiranya kesaksian tersebut terdapat

percanggahan atau kekhilafan dari sudut syarat penerimaan saksi

orang yang mendakwa.

[43] Merujuk kes ini, kesaksian bagi pihak Plaintif telah melanggar syarat

penyaksian tersebut, dimana saksi yang dibawa ke mahkamah adalah

mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat, yang

mendatangkan tohmah dan hanya mendengar permasalahan Plaintif

dari ruang lingkup Plaintif sahaja tidak mengetahui permasalah

rumahtangga Plaintif dan Defendan secara tepat .

[44] Berdasarkan buku karangan Dr. Mahmud Saedon A. Othman hlmn 71.

Menyatakan bahawa adanya tohmah ke atas seseorang kerana

beberapa sebab. Antaranya disebabkan hubungan persaudaraan

(hasil perkahwinan), ada permusuhan atau ada kepentingan tertentu

dalam perkara yang dipertikaikan. Adanya tohmah menyebabkan

timbulnya perasaan kasih, sayang, benci, dendam, takut atau

seumpamanya yang memberikan pengaruh tidak baik bagi diri saksi

ketika mengemukakan kesaksiannya.

Page 20: DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PAHANG …pahang.jksm.gov.my/images/penerbitan/alasanpenghakiman/5fasakh.pdf · seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah

| HAK MILIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG | Dokumen Ini Hanya Untuk Rujukan Sahaja

[Tidak Boleh Dijual / Dibeli ]

Syariah Asas Keadilan | http://pahang.jksm.gov.my | Powered by ictjksp 2014|2015 Muka Surat 20

DIPUTUSKAN

Setelah Mahkamah meneliti serta menghalusi segala keterangan Plaintif dan

Defendan, saksi Plaintif, hujah daripada peguam Plaintif, dokumen-dokuman

yang dikemukakan, maka Mahkamah berpuashati, dengan ini Mahkamah

perintah dan hukum bahawa tuntutan fasakh Plaintif adalah ditolak.