44
ISI KANDUNGAN Muka Surat 1. Sekapur Sirih i 2. Pengenalan : 1 - 2 2.1 - Objektif Pengajaran, 2.2 - Pengukuran 2.3.- Penilaian 2.4 - Pengujian 3. Ujian Objektif 3 - 7 3.1 - Langkah-langkah Pembinaan Ujian 3.2 - Tujuan Ujian, 4. JPU / JSU 8 5. Spesifikasi Item 9 - 12 6. Item Ujian Lengkap / Taburan Jawapan 13 7. Kajian Rintis 14 8. Indeks Kesukaran Item 15 - 20 8.1 - Analisa Jawapan Ujian

Data Analisis JSU

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Data Analisis JSU

ISI KANDUNGAN Muka Surat

1. Sekapur Sirih i

2. Pengenalan : 1 - 2 2.1 - Objektif Pengajaran, 2.2 - Pengukuran 2.3.- Penilaian 2.4 - Pengujian

3. Ujian Objektif 3 - 7 3.1 - Langkah-langkah Pembinaan Ujian 3.2 - Tujuan Ujian,

4. JPU / JSU 8 5. Spesifikasi Item 9 - 12

6. Item Ujian Lengkap / Taburan Jawapan 13 7. Kajian Rintis 14

8. Indeks Kesukaran Item 15 - 20 8.1 - Analisa Jawapan Ujian 8.2 - Contoh Pengiraan Item 8.3 - Analisa Indeks Kesukaran 8.4 - Ulasan Analisa Indeks Kesukaran

9. Indek Diskriminasi 21 - 26 9.1 - (a) 27% Pencapaian Pelajar Tertinggi 9.1 - (b) 27% Pencapaian Pelajar Terendah 9.2 - Contoh Pengiraan 9.3 - Analisa Indeks Diskriminasi 9.4 - Ulasan Analisa Indeks Diskriminasi

10. Kesimpulan / Rumusan 27

11. Rujukan 28

Page 2: Data Analisis JSU

Sekapur Sirih

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kehadrat Illahi dengan izinNya kami telah berjaya

menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan.

Setelah meneliti kehendak soalan tugasan yang diberi oleh pihak Universiti Terbuka

Malaysia, maka kumpulan kami telah berbincang dan memutuskan untuk memilih mata

pelajaran Matematik Tahun 6. Sebagai permulaan, kami telah merujuk kepada sukatan mata

pelajaran Matematik Tahun 6. Kami mengenalpasti topik pilihan dan seterusnya menetapkan

objektif-objektif pengajaran yang dikehendaki. Kemudian untuk mengukur dan menilai

kefahaman pelajar terhadap topik tersebut, maka suatu bentuk ujian formatif berupa 20 soalan

aneka pilihan telah digubal. Penilaian formatif aneka pilihan ini telah dijalankan dengan

jayanya di Sekolah Kebangsaan Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kami mengucapakan ribuan terima kasih kepada Puan Hajjah Mazni binti Sulaiman

pensyarah HBEF 3203, di atas bimbingan dan panduan yang telah diberikan. Tidak lupa juga

kepada Guru Besar, Guru Matematik Tahun 6 dan murid-murid Tahun 6 Jupiter Sekolah

Kebangsaan Lukut yang telah memberi kerjasama bagi menjalankan ujian yang berkaitan

dengan kerja kursus. Seterusnya kepada keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan

sepanjang kami menjalani kursus 14 minggu ini. Moga-moga segala bimbingan,sumbangan,

dan sokongan yang telah diberikan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah swt.

Sekian, Wassalam.

Ahli kumpulan :

Puan Zainora bt Japar

Puan Zailani bt Zakaria

Puan Norizah bt Haji Alias

i

Page 3: Data Analisis JSU

2. Pengenalan

Proses Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu sistem pendidikan yang sangat berkesan bagi melihat pencapaian pelajar / murid. Pengajaran adalah satu aktiviti bagi membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

2.1 - Objektif Pengajaran

Objektif pengajaran adalah perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai oleh guru dalam satu-satu proses pembelajaran . Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan baik. Setiap perubahan atau kemajuan pelajar itu perlu dinilai dari semasa ke semasa.

Penilaian berterusan akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan juga pembelajaran pelajar / murid. Kemajuan atau perubahan pelajar perlu dinilai dari masa ke semasa. Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran, pengujian, pengukuran dan penilaian.

2.2 - Pengukuran

Pengukuran ialah satu proses / prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis. Pengukuran juga merupakan proses yang menentukan takat, dimensi atau kuantiti / gred / skor dengan membandingkan perkara itu dengan sesuatu standard. Tujuan pengukuran ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar termasuk pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar.

2.3 - Penilaian

Penilaian adalah satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Penilaian juga merupakan satu proses untuk menentukan, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Tujuan penilaian ialah untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran dan sikap.

1

Page 4: Data Analisis JSU

2.4 -Pengujian

Pengujian merupakan sebahagian penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengujian juga adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat tingkah laku seseorang individu. Ujian hanya merupakan satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.

Dalam melaksanakan penilaian, guru perlu membuat ujian terlebih dahulu. Terdapat beberapa criteria dalam pembinaan ujian. Untuk menggubal sesuatu kertas ujian, ia perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan anataranya ialah ujian yang hendak ditadbir sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran. Ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan-soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran.

Ujian ini dikatakan sebagai prosedur yang bersistematik kerana soalan-soalan yang dibina mengikut peraturan tertentu. Prosedur mentadbir ujian ditentukan dan prosedur pemarkahan dinyatakan secara terperinci. Ujian membantu murid membina sikap positif terhadap pengajaran guru.

Ujian yang digunakan untuk menentukan pencapaian murid dijalankan dengan cara ujian bertulis. Jenis ujian bertulis boleh dibahagikan kepada dua sahaja iaitu ;

i ) Ujian Objektif / Aneka pilihan ii ) Ujian Subjektif.

*******************

2

Page 5: Data Analisis JSU

3. Ujian Objektif

Ujian objektif bermaksud item / soalan yang mempunyai jawapan yang tepat / tertentu / spesifik. Ujian yang dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Soalan / item bagi ujian objektif boleh dibahagikan kepada empat iaitu :

i) Soalan aneka pilihan – jawapan secara tepat, soalan sukar dibina dan dijawab tetapi mudah untuk dipereksa.

ii) Item Betul / Salah - sesuai digunakan untuk menguji fakta yang mengkehendaki pelajar menentukan sama ada penyataan yang diberikan adalah betul atau salah. iii) Item mengisi ruang kosong) - amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat.

iv) Item Padanan - sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta konsep.

3.1 - Langkah-langkah Pembinaan

Terdapat langkah-langkah yang telah disusun dengan teratur sebelum membina ujian agar penggubal / guru boleh melaksanakan ujian dengan baik. Langkah-langkah tersebut ialah :

1. Menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesifikasi Ujian

2. Menulis item / soalan ujian

3. Menyemak item / soalan ujian

4. Menilai item / soalan ujian

5. Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item / soalan.

Sebelum membina item / soalan, guru perlu menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesifikasi Ujian terlebih dahulu. Ini adalah kerana Jadual Spesifikas Ujian dapat :

1. Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.

2. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

3. Menjadi panduan kepada penggubal soalan.

3

Page 6: Data Analisis JSU

4. Menstabilkan taraf da aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

5. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.

6. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan yang lain.

3.2 - Tujuan Ujian

Ujian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi murid mengenai pencapaian kemahiran yang telah mereka pelajari dalam satu-satu pelajaran.

Untuk tugasan kerja kursus ini, kumpulan kami memilih mata pelajaran Matematik Tahun 6 iaitu Unit 1 dan Unit 2. Objektif Pengajaran bagi tajuk-tajuk tersebut ialah :

TAJUK BIDANG PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN1. Nombor Bulat Hingga 7 Digit

1.1- Nombor bulat hingga 7 digit

Aras 1:a. Menama dan membilang sebarang nombor hingga 7 digit dalam urutan.

b. Menulis sebarang nombor 7 digit dalam angka dan perkataan.

c. Menulis sebarang nombor yang diberi dalam bentuk perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan dalam sebutan juta dan sebaliknya.

d. Menulis sebarang nombor yang diberi dalam bentuk pecahan dan nombor bercampur yang melibatkan ½ juta, ¼ juta, ¾ juta dan sebaliknya.

Aras 2:a. Menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga 7 digit.

b. Mencerakinkan sebarang nombor hingga 7 digit.

c. Membandingkan nilai sebarang nombor hingga 7 digit

d. Menganggar kuantiti.

Aras 3 :

a. Membundarkan sebarang nombor

Page 7: Data Analisis JSU

1.2- Aplikasi empat operasi, tambah, tolak, darab dan bahagi.

1.3- Operasi bergabung melibatkan nombor hingga 7 digit.

kepada puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu dan juta yang terdekat.

b. Menentukan sebarang nombor bagi suatu nombor yang telah dibundarkan kepada puluh, ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu dan juta yang terdekat.

c. Menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor dalam situasi harian.

Aras 3 :a. Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi empat dalam situasi harian.

Aras 2:a. Mencari hasil operasi bergabung tambah dan darab, nombornya tidak lebih daripada 7 digit.

b. Mencari hasil operasi bergabung tolak dan darab, nombornya tidak lebih daripada 7 digit.

c. Mencari hasil operasi bergabung tambah dan bahagi nombornya tidak lebih daripada 1,000,000.

d. Mencari hasil operasi bergabung tolak dan bahagi, hasil setiap operasi tidak lebih daripada 1,000,000.

e. Mencari hasil operasi bergabung yang melibatkan sebarang dua operasi dan satu tanda kurungan hasil operasi tidak lebih daripada 7 digit.

Aras 3:a. Mencari hasil operasi bergabung yang melibatkan sebarang dua operasi dan dua tanda kurungan, nombornya tidak lebih daripada 1,000,000.

b. Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bergabung dalam situasi harian.

2. Pecahan 2.1- Penambahan pecahan Aras 1.

Page 8: Data Analisis JSU

2.2- Penolakan pecahan

a. Menambah nombor bercampur dengan nombor bulat.

b. Menambah nombor bercampur dengan pecahan wajar yang penyebit pecahannya sama.

c. Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama.

Aras 2:a. Menambah nombor bercampur dan pecahan wajar yang penyebut pecahannya tidak sama.

b. Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya tidak sama.

Aras 3:a. Menambah tiga nombor yang melibatkan nombor bercampur, nombor bulat dan pecahan wajar.

b. Menambah tiga nombor bercampur

c. Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan nombor dalam situasi harian.

Aras 1:a. Menolak pecahan wajar daripada nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama.

b. Menolak nombor bulat daripada nombor bercampur yang penyebut pecahannya hingga 10 dan sebaliknya.

c. Menolak nombor bercampur daripada nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama.

Aras 2:a. Menolak pecahan wajar daripada nombor bercampur yang penyebut pecahannya tidak sama.

b. Menolak dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya tidak sama.

Page 9: Data Analisis JSU

2.3- Operasi bergabung tambah dan tolak melibatkan pecahan.

Aras 3:a. Menolak berturut-turut yang melibatkan nombor bulat dan nombor bercampur.

b. Menolak berturut-turut yang melibatkan tiga nombor bercampur.

c. Menyelesaikan masalah yang melibatkan penolakan nombor bercampur dalam situasi harian.

Aras 2:a. Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur penyebut pecahannya sama hingga 10.

b. Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur, penyebut pecahannya tidak sama hingga 10.

Aras 3. a. Menyelesaikan masalah operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur dalam situasi harian.

Aras item yang dibina adalah merujuk kepada Taksonomi Bloom (1956). Bagi ujian ini kami telah membina Jadual Penentuan Ujian yang terdiri daripada 4 aras kognitif mengikut kehendak soalan kerja kursus seperti berikut :

Pengetahuan - 7 soalan Kefahaman - 7 soalan Aplikasi - 3 soalan Analisis - 3 soalan

7

Page 10: Data Analisis JSU

4. JADUAL PENENTUAN / SPESIFIKASI UJIAN

Mata Pelajaran : Matematik Tahun : Enam

Unit : PENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS

Aras Kesukaran :

M P S M P S M P S M P S

Unit 1: 1.1- Nombor Hingga Juta

2 5

1.2- Penambahan 1

1.3- Penolakan 3

1.4- Pendaraban 11 12

1.5-Pembahagian 7 18

1.6-Operasi Bergabung

4 9 16 19

Unit 2 – Pecahan 6 8 13 1410

15 17 20

Jumlah Soalan 7 7 3 3

Aras Kesukaran : M - Mudah

P - Pertengahan

S - Sukar

8

Page 11: Data Analisis JSU

5. SPESIFIKASI ITEM

Dalam penyediaan kerja kursus ini kami telah diminta menyenaraikan sebanyak 10 soalan untuk perincian item iaitu 3 item aras mudah, 4 item aras pertengahan dan 3 item aras sukar.

1. Nombor Item : 1 Topik : Nombor Bulat Sub topic : 1.2 – Penambahan Objektif soalan : Mencari hasil tambah tiga nombor yang melibatkan nombor lima digit Dan enam digit Aras soalan : Mudah

Item No 1: 645 300 + 17 403 + 21 631 = A. 594 643 B. 604 334 C. 624 134 D. 684 334 (Aras : Pengetahuan, H.P-1.2 (Aras 1(a) )

2. Nombor Item : 2 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.1 - Nombor Bulat Objektif soalan : Membundarkan sebarang nombor kepada puluh ribu terdekat Aras soalan : Mudah

Item No 2. Bundarkan 234 567 kepada puluh ribu yang terdekat ialah

A. 230 000 B. 234 000 C. 235 000 D. 240 000 (Aras : Pengetahuan, H.P- 1.1(Aras 3(a)

3. Nombor Item : 4 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.6 - Operasi Bergabung Objektif soalan : Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak Aras soalan : Mudah

Item No 4 35 ribu + 12 ratus - 26 puluh

A. 21 B. 3 594 C. 35 940 D. 359 400 (Aras : Pengetahuan, H.P- 1.6(Aras 1(a))

Page 12: Data Analisis JSU

94. Nombor Item : 9 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.6-Operasi Bergabung Objektif soalan : Mencari hasil operasi bergabung bahagi dan darab Aras soalan : Pertengahan

Item No : 9. 256 -- 16 x 20 = A 330 B. 320 C. 310 D. 300 (Aras : Kefahaman, H.P- 1.6(Aras 1(b)

5. Nombor Item : 11 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.4- Pendaraban Objektif soalan : Mendarab nombor bulat dengan nombor bercampur Aras soalan : Pertengahan

Item No 11. 1 x 320 =

A. 640

B. 448

C. 320

D. 128 (Aras : Kefahaman, H.P- 1.4(Aras3(a) )

6. Nombor Item : 13 Topik : Unit 2 - Pecahan Sub topic : 2.1 Objektif soalan : Mencari nilai terkecil Aras soalan : Pertengahan

Item No . Antara berikut, yang manakah nilainya terkecil ?

A. daripada 30

B. daripada 48

C. daripada 24

D. daripada 20 (Aras : Kefahaman, H.P-2.1(Aras 2(b)

10

Page 13: Data Analisis JSU

7. Nombor Item : 3 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.3 - Penolakan Objektif soalan : Menyelesaikan masalah yang melibatkan penolakan Aras soalan : Pertengahan

Item No 3. juta - 17 852 =

A. 517 852 B. 482 148 C. 482 147 D. 32 1484.

( Aras : Pengetahuan, H.P-1.3(Aras 3a)

8. Nombor Item : 18 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.5- Pembahagian Objektif soalan : Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tolak Aras soalan : Sukar

Item No 19. Che Man membeli 2 air tebu. Dia menuangkan air tebu itu ke dalam 4

gelas yang sama besar. Setiap gelas boleh mengisi daripada air tebu yang

dibeli. Berapakah baki isipadu, dalam m , air tebu itu ?

A. 50 B. 250 C. 400 D. 1600

(Aras : Analisis, H.P- 1.5(Aras 3(a)

11

Page 14: Data Analisis JSU

9. Nombor Item : 17 Topik : Nombor Bulat Hingga Juta Sub topic : 1.6 Objektif soalan : Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bergabung Aras soalan : Sukar

Item No 17. Encik Amir membahagikan wangya sejumlah RM 90 kepada 4 orang

anaknya. Rizman mendapat RM 30 dan baki wang itu dibahagikan sama rata antara Rizan,

Reena dan Rita. Langkah untuk mengira wang yang akan diterima oleh

Rita ialah

A.

B. RM 90 - RM 30 x 4 C. RM 90 - 4 - RM 30

D. ( RM 90 - RM 30 ) -- 3 (Aras : Analisis, H.P-1.6(Aras 3(b)

10. Nombor Item : 18 Topik : Unit 2- Pecahan Sub topic : 2.3 Objektif soalan : Menyelesaikan masalah operasi bergabung + dan – melibatkan pecahan Aras soalan : Sukar Item No 18. Rajah menunjukkan satu garis nombor.

Y 1 1 3 7 2 5 4 10 20 5

Nilai Y ialah

A.

B

C.

D. (Aras : Aplikasdi, H.P-2.3(Aras 3(a)

*****************************

12

Page 15: Data Analisis JSU

TABURAN JAWAPAN

NOMBOR SOALAN A B C D

1 /

2 /

3 /

4 /

5 /

6 /

7 /

8 /

9 /

10 /

11 /

12 /

13 /

14 /

15 /

16 /

17 /

Page 16: Data Analisis JSU

18 /

19 /

20 /JUMLAH

JAWAPAN4 6 6 4

6. Kajian Rintis

Untuk menjamin item yang digubal mempunyai cirri-ciri keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran, item yang telah disemak eloklah ditujukan kepada sebahagian kecil pelajar untuk memastikan keesahannya. Soalan-soalan ini telah diberikan kepada 35 orang murid Tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Lukut, Port Dickson.

Kelemahan-kelemahan item ini boleh diperbaiki dengan maklumat yang didapati dari kajian rintis tersebut. Set instrument yang baik dan yang telah dibaiki boleh digunakan sebagai ujian yang sah, atau disimpan dalam bank item untuk kegunaan pada masa hadapan.

Keputusan kajian rintis digunakan untuk menganalisa dan mentafsir item. Dalam hal ini Indeks Kesukaran (p) dan Indeks Diskriminasi (d) dikira bagi setiap item untuk menentukan kuantiti sesuatu item, sama ada item itu benar-benr sesuai digunakan atau sebaliknya.

****************************

Page 17: Data Analisis JSU

147. Indeks Kesukaran Item ( p)

Indeks Kesukaran Item adalah ciri uta17irriang dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item / soalan ; iaitu sama ada sesuatu itu mudah dijawab atau susah dijawab. Indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul dengan dibahagikan kepada jumlah calon yang menjawab. Pengiraannya adalah seperti di bawah :-

Bilangan calon yang memberi jawapan betul Nilai p = --------------------------------------------------------- Jumlah calon yang menjawab

30 (Bilangan yang menjawab betul) Contoh : p = ----------------------------------------------- 35 (Jumlah calon yang menjawab)

= 0.86

0.00 0.50 1.00

Item Sukar Sederhana Mudah

Item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai p yang tinggi. Untuk lebih jelas lagi dalam menilai aras kesukaran item ini dapat dijelaskan dalam jadual di bawah.

Page 18: Data Analisis JSU

Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Nilai p Pengkelasan Item Keputusan 0.00 - 0.20 Terlalu Sukar Ubah suai0.21 - 0.40 Sukar Terima0.41 - 0.60 Sederhana Sukar Terima0.61 - 0.80 Mudah Terima0.81 - 1.00 Terlalu Mudah Ubah suai

15

Page 19: Data Analisis JSU

8.1 - ANALISA JAWAPAN UJIAN

MATEMATIK TAHUN 6

Bil Nama Murid Nombor Soalan Jumlah

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Markah

1 Muhd Fuad 20

2 Nur Farhana X 19

3 V.Thirosniya X 19

4 Muhd Kamil X X 18

5 Noor Husna X X 18

6 Nor Sharina X X X 17

7 Muhd Shahrul X X X X 16

C.Sharminee X X X X 16

9 Syazlin Aimi X X X X X 15

10 Nik Nor Syahirah X X X X X 15

11 Nur Hidayah X X X X X X 14

12 Aznah X X X X X X 14

13 Mim Farhana X X X X X X 14

14 Siti Nur Liyana X X X X X X 14

15 Laveniya X X X X X X 14

16 Tefyiliyana X X X X X X 14

17 Syukri X X X X X X 14

18 T.Printhi Aksini X X X X X X X 13

Page 20: Data Analisis JSU

19 Sabariah X X X X X X X 13

20 Nur Fatin X X X X X X X 13

21 Noor Hazeera X X X X X X X X 12

22 Muhd Afiq X X X X X X X X X 11

23. Siti Nur Nabilah X X X X X X X X X X X X 12

24 Nurul Ain X X X X X X X 13

25 Muhd Amir X X X X X X X X X 11

26 Emma Ezzaty X X X X X X X X X X 10

27 Norsyafiqah X X X X X X X X X X 10

28 Putera Ahmad X X X X X X X X X X 10

29 Latha Kumari X X X X X X X X X X X 9

30 Muhd Aizat X X X X X X X X X X X 9

31 Prasanna X X X X X X X X X X X 9

32 Regina V.Paul X X X X X X X X X X X 9

33 Muhd Azwan X X X X X X X X X X X X 8

34 Muhd Uzair X X X X X X X X X X X X 8

35 Muhd Jamil X X X X X X X X X X X X X 7

Jumlah jwpan yg

betul 35 33 27 27 27 23 24 21 33 27 18 19 25 22 27 11 14 11 19 9  

Peratusan (%) 100 94 77 77 77 66 69 60 94 77 51 54 72 63 77 31 40 31 54 26  

17

Page 21: Data Analisis JSU

8.2 - Contoh Pengiraan Indeks Kesukaran

Bilangan calon jawapan betul Formula ( p ) = ----------------------------------------- Jumlah calon

a) Item 1. = 1.00

b) Item 2. = 0.94

c) Item 3. = 0.77

d) Item 11. = 0.51

e) Item 18. = 0.31

18

Page 22: Data Analisis JSU

8. 3 - Analisa Indeks Kesukaran :

Item Bilangan MenjawabBetul – ( n )

Indeks Kesukaran Item

( p)Pengkelasan

ItemKeputusan

1 35/35 1.00 Terlalu mudah Ubahsuai2 33/35 0.94 Terlalu mudah Ubahsuai3 27/35 0.77 Mudah Terima4 27/35 0.77 Mudah Terima5 27/35 0.77 Mudah Terima6 23/35 0.65 Mudah Terima7 24/35 0.69 Mudah Terima8 21/35 0.60 Sederhana sukar Terima9 33/35 0.94 Terlalu mudah Ubahsuai10 27/35 0.77 Mudah Terima11 18/35 0.51 Sederhana sukar Terima12 19/35 0.54 Sederhana sukar Terima13 25/35 0.71 Mudah Terima14 22/35 0.62 Sederhana sukar Terima15 27/35 0.77 Mudah Terima16 11/35 0.31 Sukar Terima17 14/35 0.40 Sukar Terima18 11/35 0.31 Sukar Terima19 19/35 0.54 Sederhana sukar Terima20 9/35 0.26 Sukar Terima

Jadual di atas adalah Analisa Indeks Kesukaran berdasarkan item yang telah diuji ke atas 35 orang murid-murid Tahun 6 Jupiter, Sekolah Kebangsaan Lukut.

19

Page 23: Data Analisis JSU

8.4 - Ulasan Analisa Item Indeks Kesukaran.

Item Indeks Kesukaran Ulasan / Catatan

129

1.000.940.94

- Semua / hampir semua murid telah menjawab soalan dengan betul. Mengikut keputusan pengkelasan item, soalan ini perlu diubahsuai kerana arasnya yang terlalu mudah.

201618

0.260.310.31

-Peratus murid yang menjawab betul soalan ini agak rendah. Item ini dalamkategori sukar, namun masih diterima untuk pengujian kerana dalam pembinaan item / soalan JPU ada kategori soalan sukar iaitu sebanyak 25% atau 9 soalan.

Bagi item / soalan lain yang berada di dalam kategori mudah, sederhana, dan sukar, ia akan disimpan terus ke dalam bank soalan supaya boleh digunakan pada bila-bila masa yang dikehendaki.

************************

20

Page 24: Data Analisis JSU

9. Indeks Diskriminasi

Indeks diskriminasi item digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar. Item / soalan yang baik akan dapat membezakan antara mereka yang berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi. Langkah-langkah diskriminasi telah dicadangkan oleh Mehrens & Lehmann seperti di bawah ;

a) Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan iaitu 27% pencapaian pelajar tertinggi, 27% pencapaian pelajar terendah dan 46 % pencapaian pelajar antara tertinggi dan terendah.

b) Mengira pelajar menjawab dengan betul di kalangan berpencapaian rendah (R u), bilangan pelajar menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (R L) dan jumlah pelajar berpencapaian tinggi ( T ( L– U ) )

c) Indeks diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( R U - R L ) dengan separuh T ( L - U ) seperti berikut:

(R U - R L ) d = --------------------- ( ½ T ( L + U ) )

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Secara amnya, item yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif menunjukkan soalan tersebut adalah baik manakala bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negative dikira tidak baik untuk penilaian rujukan norma. Sebagai panduan, aras kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut jadual di bawah :

Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

Nilai ( d ) Pengkelasa Item Keputusan0.00 – 0.10 Tidak baik Ubah suai0.11 – 0.20 Kurang baik Terima0.21 – 0.30 Sederhana baik Terima0.31 – 0.40 Baik Terima0.41 – 1.00 Sangat baik Ubah suai

21

Page 25: Data Analisis JSU
Page 26: Data Analisis JSU

9.1 (a) - 27 % ( 9 ORANG ) PENCAPAIAN PELAJAR TERTINGGI

22

9.1 (b) - 27 % ( 9 ORANG ) PENCAPAIAN PELAJAR TERENDAH

Bil Nama Murid Nombor Soalan Jumlah

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Markah

1 Muhd Fuad 20

2 Nur Farhana X 19

3 V.Thirosniya X 19

4 Muhd Kamil X X 18

5 Noor Husna X X 18

6 Nor Sharina X X X 17

7 Muhd Shahrul X X X X 16

8 C.Sharminee X X X X 16

9 Syazlin Aimi X X X X X 15

JUMLAh betul 9 8 9 8 9 8 9 8 9 9 8 8 9 7 8 7 7 5 8 5

Page 27: Data Analisis JSU

BIL NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 JUMLAH

27 Norsyafiqah X X X X X X X X X X 10

28 Putera Ahmad X X X X X X X X X X 10

29 Latha Kumari X X X X X X X X X X X 9

30 Muhd Aizat X X X X X X X X X X X 9

31 Prasanna X X X X X X X X X X X 9

32 Regina V.Paul X X X X X X X X X X X 9

33 Muhd Azwan X X X X X X X X X X X X 8

34 Muhd Uzair X X X X X X X X X X X X 8

35 Muhd Jamil X X X X X X X X X X X X X 7

JUMLAH BETUL 9 8 4 7 6 4 3 2 7 4 3 1 2 3 5 1 2 1 0 3

Page 28: Data Analisis JSU

9.2 - Contoh Pengiraan Indeks Diskriminasi

Formula ( d ) =

Item No 1. (d) = = 0.00

Item No2. (d) = = 0.00

Item No 3. (d) = = = 0.55

Item No 4. (d) = = = 0.11

Item No 5. (d) = = = 0.33

Page 29: Data Analisis JSU

9.3 - Analisa Indeks Diskriminasi Item

Item Jawapan betul Right Upper

Jawapan betul Right Lower

RU - RL

(d)= ----------- ½ T

Pengkelasan Item

Keputusan

1 9 9 0.00 Tidak baik Ubahsuai2 8 8 0.00 Tidak baik Ubahsuai3 9 4 0.55 Sangat baik Terima4 8 7 0.11 Kurang baik Terima5 9 6 0.33 Baik Terima6 8 5 0.33 Baik Terima7 9 6 0.33 Baik Terima8 8 2 0.66 Sangat baik Terima9 9 7 0.22 Sederhana baik Terima10 9 4 0.55 Sangat baik Terima11 8 3 0.55 Sangat baik Terima12 8 1 0.77 Sangat baik Terima13 9 2 0.77 Sangat baik Terima14 7 3 0.44 Sangat baik Terima15 8 5 0.33 Baik Terima16 7 1 0.66 Sangat baik Terima17 7 2 0.55 Sangat baik Terima18 5 1 0.44 Sangat baik Terima19 8 0 0.88 Sangat baik Terima20 5 3 0.22 Sederhana baik Terima

Jadual menunjukkan analisa Indeks Diskriminasi terhadap item. Berdasarkan jadual di atas, Indeks Diskriminasi sangatlah baik dan item yang diberi boleh diterima oleh semua pelajar.

25

Page 30: Data Analisis JSU

9.4 - Ulasan Analisa Indeks Diskriminasi

Item Indeks Diskriminasi Ulasan / Catatan

1 2

0.00 (Tidak Baik)

- Item yang tidak baik akan tetap diterima dan digunakan kerana memberi peluang kepada murid yang aras rendah untuk mendapat markah. Soalan ini juga terdapat dalam JPU iaitu soalan berbentuk mudah. Walaubagaimana pun guru boleh mengubahsuai soalan ini .

4 0.11 (Kurang Baik)

- Item yang kurang baik juga tetap digunakan dalam pengujian 27 % adalah soalan dari aras sukar. Soalan ini dapat menguji minda murid dengan lebih bernas

Bagi item yang berada dalam kategori baik, sederhana baik dan sangat baik, ia akan terus disimpan di bank soalan dan akan digunakan pada pelajar-pelajar lain pada bila-bila masa yang diingini oleh guru. Soalan yang tidak baik dan kurang baik pula boleh diubahsuai.

********************************

26

Page 31: Data Analisis JSU

Rumusan / Kesimpulan

Penilaian / pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal hingga akhir.

Dengan adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya satu set ujian yang

berkualiti. Ini adalah kerana memberi ujian adalah sebahagian dari proses pengajaran dan

pembelajaran. Dalam menjalankan ujian, guru mestilah mengenal pasti soalan-soalan yang

dibina menepati semua objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Jika dilihat keputusan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi dari kertas kerja kursus

yang kami sediakan ini, item / soalan yang dibina adalah baik dan sesuai untuk digunakan oleh

pelajar bagi tujuan pengujian. Ini adalah kerana kedua-dua indeks tersebut tidak menunjukkan

sebarang kesukaran / perbezaan yang melampau.

Oleh itu setiap guru mestilah mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang

pembinaan ujian agar murid / pelajar dapat menguasai kemahiran yang dipelajari dengan lebih

berkesan, dan item yang dibina bersesuaian dan mencabar kebolehan murid agar dapat

mencambahkan daya pemikiran mereka.

*************************************

27

Page 32: Data Analisis JSU

6. - Item Ujian Lengkap

- Taburan Jawapan

13