30
1 DIET SEIMBANG DIET SEIMBANG

Diet Seimbang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mkanan seimbang

Citation preview

  • *

    DIET SEIMBANG

  • *

  • *

    Definisi:

    Diet seimbang bermaksud menerima jenis dan kuantiti makanan dan minuman yang betul / wajar untuk:

    Membekalkan tenagaPertumbuhan dan membaiki sel Fungsi organ-organ penting
  • *

    KELAS-KELAS MAKANAN

    makronutrien - karbohidrat, protein and lemakmikronutrien - vitamin, garam mineral airpelawas ( polisakarida bukan kanji) untuk membantu pergerakan dalam sistem penghadaman
  • *

    Diet seimbang sangat penting sebab membekalkan tenaga yang mencukupi bagi tumbesaran dan perkembangan yang optimum.Mengikut kajian, perempuan yang sederhana aktif (umur 19-30thn.) memerlukan 15002500 kcal/hari, manakala lelaki pada lingkungan umur yang sama memerlukan 25003300 kcal/hari.

    *

  • *

    NILAI TENAGA DLM. MAKANAN

    Kuantiti tenaga yang dihasilkan drpd. pembakaran satu gram makanan dikata nilai tenaga makanan itu.Unit bagi nilai tenaga makanan adalah

    joule per gram (Jg-).

    Dalam sebutan kalorie:Satu kalorie (cal) = 4.2 joule (J)
  • *

    Individuals Daily energy requirement(kJ per day)Children aged 25000Children (5-7 years)7500Female teenagers (12-15 years)9600Male teenagers (12-15 years)11700Female office workers9200Male office workers (moderately active)11000Female labourers12500Male labourers (very active)15100Pregnant woman10000Lactating women11500
  • *

    Faktor yang mempengaruhi keperluan tenaga seharian

    Basal Metabolic Rate (BMR)-Kadar Metabolik Basik

    Ini merupakan kadar penggunaan tenaga semasa badan berada dlm. keadaan rehat.

    Ini menunjukkan kadar respirasi badan bila tidak aktif.

  • *

    2. Diet-induced themorgenesis (DIT)- Themogenesis akibat diet

    Ini merupakan peningkatan penghasilan haba badan melalui respirasi sel selepas makan.

    Peningkatan adalah tertinggi bagi makanan protein tulen berbanding dengan karbohidrat dan lemak tetapi kebanyakan jenis diet adalah bercampuran.

  • *

    3. Aktiviti Fizikal

    Satu faktor yang berubah paling banyak dalam menentu keperluan tenaga keseluruhan seseorang.

    Kesan aktiviti fizikal berubah mengikut saiz badan, tempoh masa dan kecergasan aktiviti.

  • *

    4. Usia

    Kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dgn. orang dewasa.

    BMR mereka adalah lebih tinggi kerana perlu lebih tenaga bagi tumbesaran.

    BMR orang dewasa semakin menurun dengan peningkatan umur atau perjalanan hidup.

  • *

    Jantina

    Seorang lelaki memerlukan lebih banyak tenaga berbanding seorang perempuan yang sama saiz dan sama umur dengannya.

    BMR lelaki adalah jauh lebih tinggi berbanding BMR perempuan.

  • *


    6. Saiz dan Berat Badan
    Orang bersaiz badan kecil mempunyai luas permukaan per unit isipadu yang lebih tinggi berbanding orang yang bersaiz badan besar.
    Jadi kadar kehilangan haba adalah lebih tinggi dalam orang bersaiz badan kecil lalu memerlukan lebih banyak tenaga per unit gram berat badan.

  • *

    7. Pekerjaan

    Seorang yang sangat aktif dan melakukan kerja berat memerlukan tenaga yang lebih setiap hari berbanding seorang yang sederhana aktif.

    Contoh, pekerja lelaki buruh memerlukan lebih banyak tenaga berbanding pekerja lelaki pejabat.

  • *

  • *


    KESAN SAMPINGAN

    Diet kurang seimbang membawa masalah penyenggaraan:

    Tisu badanFungsi otak dan sistem saraf Tumbesaran dan Perkembangan Sistem tulang dan otot
  • *

    Untuk mencapai diet seimbang, anda perlu makan pelbagai jenis makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul.

    Anda perlu tahu:

    Berapa banyak kalorie anda perlu ambil setiap hari?Berapa banyak kandungan makanan anda perlu makan? Apakah pilihan-pilihan yang sihat daripada setiap kumpulan makanan?
  • *

    Piramid Makanan adalah salah satu garis panduan yang boleh membantu anda merancang diet seimbang anda.
  • *

  • *

  • *

    Keperluan nutrien seharian oleh kategori manusia berbeza.

    Ibu mengandung

    Mereka memerlukan diet yang kaya dengan kalsium dan fosforus untuk pembentukan tulang yang kuat dalam fetus yang sedang berkembang.Ferum and asid folik juga diperlukan bagi pembentukan sel darah merah.Diet mereka perlu juga kaya dengan protein dan pelawas.
  • *

    Bayi dan Kanak-kanak

    Bayi memerIukan banyak protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral untuk tumbesaran.

    Kanak-kanak memerIukan banyak protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral seperti kalsium dan fosforus bagi pembentukan tulang dan gigi.

  • *

    3. Remaja

    Mereka memerlukan makanan kaya dengan protein dan vitamin bagi tempoh tumbesaran yang pesat.

    Perlu mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak.

    Remaja perempuan perlu ambil lebih banyak makanan yang mengandungi ferum untuk mencegah keadaan anemia kurang ferum (iron-deficiency anaemia).

  • *

    4. Orang Berdiet Sayuran (Vegetarians)

    Mereka makan protein berasal tumbuhan yang biasanya kekurangan satu atau lebih asid amino wajib.

    Perlu diet yang kaya dengan ferum, kalsium, zink, vitamin B12 dan D.

    Lemak dan gula perlu dielakkan.

  • *

    5. Orang Tua

    Mereka memerlukan makanan kaya dengan protein, vitamin seperti D, B6, asid folik dan garam mineral seperti kalsium dan fosforus untuk mencegah osteoporosis.

    Makanan kaya dengan vitamin D membantu mencegah ostoemalacia dan asid folik membantu mensintesis sel darah merah.

  • *

    Kepentingan Diet Seimbang

    Mencegah Jangkitan dan Penyakit

    pengambilan makan seimbang membantu badan anda mencegah kebanyakan jangkitan dan masalah kesihatan. Jika badan kita menerima semua nutrien, fungsi sistem pengimunan akan bertambah baik.

  • *

    2. Tumbesaran Badan yang Sihat

    Badan yang menerima segala nutrien yang perlu secara berterusan akan tetap sihat. Sebegini, badan boleh terlindung dari jangkitan dan penyakit lalu menggalakkan tumbesaran dan penyelenggaraan badan yang baik.

  • *

    3. Cara Hidup yang Aktif

    Diet seimbang juga membawa faedah kepada keadaan minda seseorang. Anda boleh hidup cara hidup yang aktif. Badan bersama minda yang sihat akan berkordinasi secara berkesan.

  • *


    4. Mengawal Berat Badan
    Diet seimbang adalah kunci untuk meningkatkan atau menurunkan berat badan.

  • *

    TERIMA KASIH