of 36 /36
DOKUMEN SEBUT HARGA SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN DARI KEDIAMAN KE PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN LUAR NEGARA DI CHENNAI, INDIA TAHUN 2016 NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)09/2016

DOKUMEN SEBUT HARGA - docs.jpa.gov.mySII)0… · 8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga 8.3.5 Lampiran 7 - Lampiran Q 8.3.6 Lampiran 8 - Surat Akuan Pembida. 8.4 Dokumen-dokumen

  • Author
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of DOKUMEN SEBUT HARGA - docs.jpa.gov.mySII)0… · 8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga 8.3.5...

  • DOKUMEN SEBUT HARGA

    SEBUT HARGA

    PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN DARI KEDIAMAN KE PEJABAT

    PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN LUAR NEGARA DI CHENNAI, INDIA TAHUN 2016

    NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)09/2016

     

  • SENARAI LAMPIRAN

    1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

    2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

    3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

    4. Lampiran 4 : LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUT HARGA

    5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

    6. Lampiran 6 : KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)

    7. Lampiran 7 : LAMPIRAN Q

    8. Lanpiran 8 : SURAT AKUAN PEMBIDA

     

     

     

     

     

     

     

     

  • JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 

    _________________________________ 

    DOKUMEN PELAWAAN

    SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN DARI KEDIAMAN KE PEJABAT PENASIHAT

    PENDIDIKAN DAN LATIHAN LUAR NEGARA DI CHENNAI, INDIA TAHUN 2016

     

    1. PERIHAL

    1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mempelawa Penyebutharga bagi Sebut Harga Perkhidmatan Pembungkusan Dan Penghantaran Barang Persendirian Dari Kediaman Ke Pejabat Penasihat Pendidikan Dan Latihan Luar Negara Di Chennai, India Tahun 2016 seperti arahan di Lampiran 1.

    2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUTHARGA 

    2.1 Penyebutharga yang dipelawa mestilah daripada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang : 221703 – Agen Perkapalan, 221704 – Pengangkutan Lori, 221705 – Agen Penghantaran dan 221707 – Pembungkusan. Sila sertakan salinan Sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada) dari Kementerian Kewangan .

    2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas Sebut Harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebutharga menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga diberikan kepadanya, maka tindakan akan diambil berdasarkan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP)/PK 8 – Tindakan Tatatertib ke atas Syarikat dan Firma Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

    2.3 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebut harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

    MUSTAHAK PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI 

  • 2.4 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

    3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

    3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebutharga.

    3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

    3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

    3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

    3.1.4 Penyebutharga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebutharga.

    3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

    3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

    3.1.7 Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul

  • mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

    4. SKOP PERKHIDMATAN

    4.1 Skop bagi Perkhidmatan Pembungkusan Dan Penghantaran Barang

    Persendirian Dari Kediaman Ke Pejabat Penasihat Pendidikan Dan Latihan Luar Negara Di Chennai, India Tahun 2016 adalah seperti di Lampiran 2 (Jadual Spesifikasi Teknikal).

    5. SPESIFIKASI TEKNIKAL

    5.1. Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan sebut harga.

    5.2. Penyebutharga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

    5.3. Sebelum menghantar tawaran sebut harga, Penyebutharga hendaklah memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

    5.4. Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

    6. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

    Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran sebut harga ini adalah seperti berikut:

    Tarikh Tutup : 25 Julai 2016 Masa : Sebelum jam 12.00 tengah hari Nombor Rujukan : JPA(SII)09/2016

  • 7. DOKUMEN SEBUT HARGA 7.1 Penyebutharga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir

    di dalam lampiran berikut:

    7.1.1 Lampiran 2 -Jadual Spesifikasi Teknikal 7.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 7.1.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

    Penyebutharga 7.1.4 Lampiran 5 -Surat Akuan Sebut Harga 7.1.5 Lampiran 7 - Lampiran Q 7.1.6 Lampiran 8 - Surat Akuan Pembida

    8. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

    8.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebutharga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

    8.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebutharga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

    8.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) :

    8.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 8.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 8.3.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

    Penyebutharga 8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga 8.3.5 Lampiran 7 - Lampiran Q 8.3.6 Lampiran 8 - Surat Akuan Pembida

  • 8.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditanda dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1. Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA

    8.5 Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 8.4.

    8.6 Tawaran sebut harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi

    penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran sebut harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

    9. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

    9.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh sebut harga ini ditutup.

    10. PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

    10.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen sebut harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

    10.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebutharga kerana urusan sebut harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut

    11. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

    11.1 JPA adalah berhak mempersetujui sebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

    11.2 JPA tidak terikat mempersetujui sebut harga yang rendah sekali atau mana-mana sebut harga jua pun.

  • 11.3 JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

    11.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebutharga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

    11.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebutharga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

    12. KEPUTUSAN SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD 

    12.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan sebut harga ini tidak akan dilayan.

    13. BANTAHAN

    13.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebutharga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran Sebut Harga.

    13.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan & Aset Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

    (u.p: En. Safuan Bin Saleh / Puan Shahila Binti Shamsuddin)

    14. URUS SETIA SEBUT HARGA

    14.1 Penyebut harga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 13.2 (Untuk perhatian : Puan Shahila binti Shamsuddin)

  • 15. TAWARAN HARGA PENYEBUTHARGA – Lampiran 3

    15.1 Merujuk kepada 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP/PK 5), kadar fi perkhidmatan akan dikenakan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak. Sehubungan itu, caj sebanyak 0.4% akan dikenakan atas nilai invois/tawaran harga yang dikemukakan dan;

    Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi pembelian yang melibatkan hanya sekali bayaran (one time payment)

    15.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.

    16. PENUTUP

    16.1 Penyebutharga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan.

  • LAMPIRAN 1

  •  

    ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

    (LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

    1. PERIHAL SEBUT HARGA

    1.1 Penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki kod bidang : 221703 – Agen Perkapalan, 221704 – Pengangkutan Lori, 221705 – Agen Penghantaran dan 221707 – Pembungkusan dan Sijil Bumiputera dipelawa untuk mengambil bahagian Sebut Harga Perkhidmatan Pembungkusan Dan Penghantaran Barang Persendirian Dari Kediaman Ke Pejabat Penasihat Pendidikan Dan Latihan Luar Negara Di Chennai, India Tahun 2016.

    1.2 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah dalam

    tempoh tujuh (7) hari dari hari tawaran dibuka sehingga ianya ditutup dan mestilah berurusan terus di alamat: Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Khidmat Pengurusan Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

    (u.p: En. Safuan Bin Saleh / Pn. Shahila Binti Shamsuddin)

    1.3 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, kos sewa pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan.

    1.4 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Tawaran Harga

    (Lampiran 3) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna

    2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

    2.1 Penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja. 2.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam

    sampul surat

  •  

    2.3 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat

    berikut :

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

    3. PERTANYAAN

    3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut: Spesifikasi :

    i) Puan Syaripah Nurzalilie Binti Syed Kamarzaman 03 - 88853656

    ii) Puan Anis Marhani Binti Abd Rashid 03 - 88853302

    iii) Encik Rafznan Bin Mohamad 03 - 88853342

    Urus Setia ii) Puan Shahila binti Shamsuddin 03 - 8885 3256

    3. KESIMPULAN

    3.1 Penyebutharga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

  •     

    LAMPIRAN 2

  •    

    JADUAL SPESIFIKASI

    PEROLEHAN KE ATAS PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN

    UNTUK PENEMPATAN DI PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN

    NAMA PEGAWAI : CIK INTAN MASYITAH BINTI MOHD MURAD PENEMPATAN : CHENNAI, INDIA

    Bil. Perkara Keterangan Catatan Kenyataan Pembekal

    (Ya / Tidak)

    1. Muatan barang di dalam satu (1) kontena 20 kaki.

    (berdasarkan kelayakan pegawai)

    5.2 m³

    (kelayakan had muatan barang)

    Seperti di Lampiran I – Senarai Barang Yang Akan Dibawa Ke Luar Negara

    Senarai barang adalah tertakluk kepada had kelayakan.

    2. Khidmat Pengambilan/ Penghantaran Barang

    ‘Door-to-Door’

    Semua perkhidmatan pengambilan/penghantaran meliputi:

    Alamat di Malaysia (Pengambilan) No 66, Jln.SS 7/30 Taman Kelana Indah Kelana Jaya, 47301 Selangor Darul Ehsan Alamat di Chennai (Penghantaran) Consulate General Of Malaysia No 7 (Old No 3), Cenotaph Road 1st Street, Tynempet, Chennai 600018, Tamil Nadu India

    Semua aktiviti penghantaran hendaklah meliputi konsep penghantaran ini.

    (alamat kediaman pegawai di luar negara akan dimaklumkan kelak)

  •     

    JADUAL SPESIFIKASI

    PEROLEHAN KE ATAS PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN

    PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN UNTUK PENEMPATAN DI PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN

    NAMA PEGAWAI : CIK INTAN MASYITAH BINTI MOHD MURAD PENEMPATAN : CHENNAI, INDIA

    Bil. Perkara Keterangan Catatan Kenyataan Pembekal

    (Ya / Tidak)

    3. Pack

    Meliputi semua kerja-kerja membungkus kotak/bungkusan barang-barang di lokasi (termasuk kerja-kerja pemisahan/pemasangan perabot/peralatan yang dipisahkan untuk tujuan pembungkusan/penghantaran sekiranya ada) Pihak syarikat perlu mengambil kembali segala kotak/ bungkusan supaya ia tidak ditinggalkan di lokasi dan memastikan kebersihan lokasi yang dijaga.

    Semua aktiviti pembungkusan dan penghantaran hendaklah meliputi konsep penghantaran ini. (Rujuk Lampiran II untuk senarai lengkap keperluan pembungkusan)

    4.

    Unpack

    Meliputi semua kerja-kerja membuka kotak/bungkusan barang-barang di lokasi (termasuk kerja-kerja pemisahan/pemasangan perabot/peralatan yang dipisahkan untuk tujuan pembungkusan/penghantaran sekiranya ada) Pihak syarikat perlu mengambil kembali segala kotak/ bungkusan supaya ia tidak ditinggalkan di lokasi dan memastikan kebersihan lokasi yang dijaga

    Semua aktiviti Unpack dan pembersihan hendaklah meliputi konsep perkhidmatan ini.

  •    

    Bil. Perkara Keterangan Catatan Kenyataan Pembekal

    (Ya / Tidak) 5. Tempoh

    Penghantaran

    Pengambilan / penghantaran barang ke destinasi dengan selamat dan cepat.

    Status pengambilan / penghantaran perlu dilaporkan dari semasa ke semasa.

    _________ hari (sila nyatakan bilangan hari diperlukan)

    6. Pengendalian Kastam (clearance)

    Semua urusan dokumentasi termasuk proses ‘clearance’ barang-barang.

    7. Valuation Coverage. (Perlindungan Insuran)

    Melibatkan ≤5% nilai keseluruhan barang. (Kelayakan Kadar Insuran ≤RM300,000.00)

    Senarai barang pegawai terhad kepada kelayakan pegawai.

    8. Storage (jika perlu)

    Meliputi khidmat penyimpanan barang di dalam dan di luar negara (jika perlu).

    9. Contigency Meliputi perkhidmatan yang akan ditanggung oleh pembekal perkhidmatan sekiranya berlaku sesuatu perkara di luar jangka/kecemasan.

  •     

    LAMPIRAN II

    SENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI URUSAN PEMBUNGKUSAN BARANG-BARANG PERSENDIRIAN PEGAWAI PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN LUAR NEGARA.

    NO. SENARAI KEPERLUAN FUNGSI 1. Kotak pelbagai saiz (3

    lapisan) Menyimpan barang-barang yang telah dibungkus seperti buku, peralatan dapur, pakaian dll.

    2. Standing Wardrobe Untuk pakaian.

    3. Newsprint Membungkus semua barang-barang sebelum dimasukkan ke dalam kotak.

    4. Acid Free Paper Membungkus lukisan atau barang-barang yang ada permukaan kaca bagi mengelakkan daripada calar mengikut ciri-ciri dan kesesuaian barangan tersebut.

    5. Kertas Minyak Membungkus lukisan atau barang-barang yang ada permukaan kaca bagi mengelakkan daripada calar mengikut ciri-ciri dan kesesuaian barangan tersebut.

    6. Shrink Wrap/Stretch Film Membalut barang-barang seperti perabot yang telah dibungkus dengan kertas tisu.

    7. Bubble Wrap Membalut barang-barang mudah pecah sebelum dibungkus dengan kertas tisu.

    8. Cardboard Sheets Membungkus perabot yang besar seperti almari hiasan, tilam yang telah dibalut dengan kertas tisu dan shrink wrap.

    9. Corrugated Paper Membungkus perabot yang besar seperti almari hiasan, tilam yang telah dibalut dengan kertas tisu dan shrink wrap.

    10. Vacuum Pack Membungkus barang-barang makanan yang mudah berbau dan rosak seperti belacan, ikan bilis, ikan kering dll.

    11. Kotak Kayu (Crates) Melindungi barang-barang mudah pecah seperti piano, pasu, barang-barang Kristal, mesin-mesin jentera yang terlebih dahulu dibungkus mengikut kesesuaian ciri-ciri barangan.

    12. OPP Tape/Masking Tape Seal 13. Paper Gum Tape Seal

  •    

    LAMPIRAN 3

  •     

    JADUAL TAWARAN HARGA

    PEROLEHAN KE ATAS PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN

    UNTUK PENEMPATAN DI PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN

    NAMA PEGAWAI : CIK INTAN MASYITAH BINTI MOHD MURAD PENEMPATAN : CHENNAI, INDIA

    Bil. Perkara Keterangan Catatan Kos (RM)

    1. Muatan barang di dalam satu (1) kontena 20 kaki.

    (berdasarkan kelayakan pegawai)

    5.2 m³

    (kelayakan had muatan barang)

    Seperti di Lampiran I – Senarai Barang Yang Akan Dibawa Ke Luar Negara

    Senarai barang adalah tertakluk kepada had kelayakan.

    2. Khidmat Pengambilan/ Penghantaran Barang ‘Door-to-Door’

    Semua perkhidmatan pengambilan/penghantaran meliputi:

    Alamat di Malaysia (Pengambilan) No 66, Jln.SS 7/30 Taman Kelana Indah Kelana Jaya, 47301 Selangor Darul Ehsan Alamat di Chennai (Penghantaran) Consulate General Of Malaysia No 7 (Old No 3), Cenotaph Road 1st Street, Tynempet, Chennai 600018, Tamil Nadu India

    Semua aktiviti penghantaran hendaklah meliputi konsep penghantaran ini. (alamat kediaman pegawai di luar negara akan dimaklumkan kelak)

  •    

    JADUAL TAWARAN HARGA

    PEROLEHAN KE ATAS PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN

    UNTUK PENEMPATAN DI PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN

    NAMA PEGAWAI : CIK INTAN MASYITAH BINTI MOHD MURAD PENEMPATAN : CHENNAI, INDIA

    Bil. Perkara Keterangan Catatan Kos (RM)

    3.

    Pack

    Meliputi semua kerja-kerja membungkus kotak/bungkusan barang-barang di lokasi (termasuk kerja-kerja pemisahan/pemasangan perabot/peralatan yang dipisahkan untuk tujuan pembungkusan/penghantaran sekiranya ada) Pihak syarikat perlu mengambil kembali segala kotak/ bungkusan supaya ia tidak ditinggalkan di lokasi dan memastikan kebersihan lokasi yang dijaga.

    Semua aktiviti pembungkusan dan penghantaran hendaklah meliputi konsep penghantaran ini. (Rujuk Lampiran II untuk senarai lengkap keperluan pembungkusan)

    4.

    Unpack

    Meliputi semua kerja-kerja membuka kotak/bungkusan barang-barang di lokasi (termasuk kerja-kerja pemisahan/pemasangan perabot/peralatan yang dipisahkan untuk tujuan pembungkusan/penghantaran sekiranya ada) Pihak syarikat perlu mengambil kembali segala kotak/ bungkusan supaya ia tidak ditinggalkan di lokasi dan memastikan kebersihan lokasi yang dijaga

    Semua aktiviti Unpack dan pembersihan hendaklah meliputi konsep perkhidmatan ini.

  •     

    Bil. Perkara Keterangan Catatan Kos (RM)

    5.

    Pengendalian Kastam (clearance)

    Semua urusan dokumentasi termasuk proses ‘clearance’ barang-barang.

    6.

    Valuation Coverage. (Perlindungan Insuran)

    Melibatkan ≤5% nilai keseluruhan barang. (Kelayakan Kadar Insuran ≤RM300,000.00)

    Senarai barang pegawai terhad kepada kelayakan pegawai.

    7. Storage (jika perlu)

    Meliputi khidmat penyimpanan barang di dalam dan di luar negara (jika perlu).

    8. Contigency Meliputi perkhidmatan yang akan ditanggung oleh pembekal perkhidmatan sekiranya berlaku sesuatu perkara di luar jangka/kecemasan.

    JUMLAH HARGA TAWARAN (RM)

    Tempoh perkhidmatan bermula dari tarikh surat setuju terima ditandatangani

    (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani) Harga Tawaran adalah tidak termasuk kenaan 6% Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST)

    TANDATANGAN : ......................................................................................

    NAMA : ......................................................................................

    JAWATAN : ......................................................................................

    TEMPOH PEMBEKALAN : .......................................................................................

    COP SYARIKAT : .......................................................................................

  •    

    LAMPIRAN 4

  •     

    LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUTHARGA

    (JIKA MAKLUMAT DI BAWAH TIDAK LENGKAP AKAN MENJEJASKAN PENILAIAN KE ATAS TAWARAN SYARIKAT)

    A. AM

    1. Nama Syarikat : _______________________________ 1.1 Alamat Pejabat : _______________________________ _______________________________

    _______________________________ 1.2 No. Telefon : _______________________________ 1.3 No. Pendaftaran : _______________________________ Syarikat 1.4 No. Pendaftaran : _______________________________ Kementerian Kewangan (sertakan salinan sijil)

    2. Modal Di benar : _______________________________

    Modal Berbayar : _______________________________ B. PROFIL SYARIKAT

    (i) Pengarah :

    Bil. Nama

  •    

    (ii) Pemegang Saham :

    Bil. Nama Peratus Pegangan Saham (%)

    (iii) Pekerja :

    Bil. Kategori Jawatan Bilangan Orang

    1 Pengurusan

    2 Profesional

    3 Kakitangan

    C. NYATAKAN PERATUSAN PEMILIKAN SAHAM SYARIKAT

    Bil.

    Taraf

    Peratusan (%)

    i. Bumiputra

    ii. Bukan Bumiputra

    iii. Modal Asing dan Nama Negeri

    D. KEDUDUKAN KEWANGAN

    1. Nyatakan dengan jelas dan sertakan salinan dokumen berkaitan.

    i. Total Authorised Capital (Share) RM

    ii. Total Paid Out Capital RM

    iii. Penyata Akaun Syarikat Sertakan Salinan Penyata Akaun Bank Bagi Tiga Bulan Terakhir

  •     

    E. PENGALAMAN BERKAITAN DENGAN SEBUT HARGA SAHAJA - JIKA TIADA PENGALAMAN PASTIKAN RUANG TERSEBUT DICATATKAN PERKATAAN TIADA PENGALAMAN -

    (i) Kerajaan :

    Bil. Tajuk & Nama Agensi Tarikh

    Perkhidmatan & Tempoh

    Nama & No. Tel. Pegawai / Agensi untuk

    dirujuk

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    (ii) Swasta :

    Bil. Tajuk & Nama Agensi Tarikh

    Perkhidmatan & Tempoh

    Nama & No. Tel. Pegawai / Agensi untuk

    dirujuk

    1

    2

    3

    4

    5

    6

  •    

    F. PERAKUAN Saya/kami mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan di atas adalah benar. Saya juga menyedari sekiranya didapati maklumat-maklumat yang diberikan ini adalah palsu atau tidak benar, maka Kerajaan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap saya dan Syarikat yang saya wakili di bawah apa-apa undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Tandatangan : ____________________________________ Nama Penyebutharga : ____________________________________ Nombor Kad Pengenalan : ____________________________________ Tarikh : ____________________________________ Cop Syarikat :

  •   

    LAMPIRAN 5

  •  

    SURAT AKUAN SEBUT HARGA

    Ketua pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya. Tuan, NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)09/2016 PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG PERSENDIRIAN DARI KEDIAMAN KE PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN LUAR NEGARA DI CHENNAI, INDIA TAHUN 2016 Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup. 2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

    a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami;

    b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

    c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu penyebutharga;

    d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga JPA adalah muktamad; e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal

    akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan;

  •   

    f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

    g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

    h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

    Bagi pihak Penyebutharga Tandatangan Penyebutharga : ________________________________

    Nama Penuh : ________________________________

    No. Kad Pengenalan : ________________________________

    Alamat / Cop Syarikat : ________________________________

    Di hadapan : Tandatangan Saksi : ________________________________

    Nama Penuh Saksi : ________________________________

    No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________

    Alamat : ________________________________

    ________________________________

    ________________________________

  •  

    LAMPIRAN 6

  •   

    KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)

    1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

    2. Sekiranya mana-mana pihak menawar atau memberi apa-apa suapan kepada

    mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

    3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

    anggota pentadbiran awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

    4. Mana-mana Kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

    berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi di mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

  •  

    LAMPIRAN 7

  •   

    (Kew. 284-Pin. 2/94) Lampiran Q

    Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

    KERAJAAN MALAYSIA

    (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170) NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

    SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

    Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oieh

    .................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)

    No. TeIefon............................................................... Ketua Pengarah Jabatan

    No. Pendaftaran dengan Kementerian Perkhidmatan Awam

    Kewangan ...... ......... ............................................... Jabatan Perkhidmatan Awam

    Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Bahagian Khidmat Pengurusan

    pembelian ini : Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,

    221703, 221704, 221705, 221707 Blok C1 Kompleks C, Putrajaya No. Telefon. 03-8885 3796

    Tarikh:________________

    1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah

    tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

    1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan sempurna

    1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.

    1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.

    1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda

    ”No. Scbutharga JPA(SII)09/2016

    1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas

    tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 25 Julai 2016 (Isnin)

    1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh tutup.

    Tarikh: Julai 2016

    No. Sebutharga Bil. JPA(SII)09/2016

  •  

    Nama Pegawai : Safuan Bin Saleh

    Jawatan : Ketua Penolong Pengarah

    Bil Perihal barang-barang/perhidmatan

    dan Syarat-syarat Khas

    Unit

    Ukuran

    Kuantiti/

    Kekerapan

    Kadar

    (RM)

    Harga

    (RM)

    Untuk diisi oleh Jabatan Untuk disi oleh

    Penyebutharga

    Perkhidmatan Pembungkusan

    dan Penghantaran Barang

    Persendirian Dari Kediaman Ke

    Pejabat Penasihat Pendidikan

    Dan Latihan Di Chennai, India

    Tahun 2016

    Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan

    ditawarkan.......................................

    *sila sertakan sesalinan Sijil

    Pendaftaran dengan Kementerian

    Kewangan

    Jumlah

    (i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

    (ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................

    Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-

    syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

    Tandatangan Penyebutharga : ..........................................

    Nama dan K/P : .........................................

    Alamat Syarikat : ..........................................

    Tarikh : .........................................

  •   

    LAMPIRAN 8

  •  

    SURAT AKUAN PEMBIDA Bagi

    (Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga) ……………………………………………………

    Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili.....………………………………................................................................ nombor Pendaftaran…...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, ……………………………...... (Nama dan No.KP) Cop Syarikat :

    Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

    (Nama Wakil Syarikat)

    (Nama Syarikat) (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

    (Nama Kementerian/Agensi)

    (Nama Kementerian/Agensi)

    (Tandatangan)