22
ARAHAN KERJA Keluaran: 1 Pindaan: 1 Muka surat: 1/22 Tarikh mula dikeluarkan: 12.09.2019 Pindaan terakhir: 30.04.2020 Tarikh berkuat kuasa: 05.05.2020 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BAGI PENSIJILAN PROGRAM MASTER TRAINER AK-16 DOKUMEN DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH Nama: Encik Ismail bin Ibrahim @ Mat Isa Jawatan: Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Nama: Dr. Hj Abd Razak bin Manaf Jawatan: Timbalan Pengarah Kanan (Khidmat Profesional) Menjalankan tugas Pengarah Institut Aminuddin Baki Tandatangan: PINDAAN DISEMAK OLEH Nama: Dr Foniza binti Maidin Jawatan: Ketua Jabatan Pentaksiran Master Trainer (Menjalankan tugas KP PPPB) Tandatangan: NO. DOKUMEN TERKAWAL DIKELUARKAN KEPADA DOKUMEN TERKAWAL

DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA Keluaran: 1

Pindaan: 1

Muka surat: 1/22

Tarikh mula dikeluarkan: 12.09.2019

Pindaan terakhir: 30.04.2020

Tarikh berkuat kuasa: 05.05.2020

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BAGI PENSIJILAN PROGRAM MASTER TRAINER

AK-16

DOKUMEN DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH

Nama: Encik Ismail bin Ibrahim @ Mat Isa Jawatan: Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Nama: Dr. Hj Abd Razak bin Manaf Jawatan: Timbalan Pengarah Kanan (Khidmat Profesional) Menjalankan tugas Pengarah Institut Aminuddin Baki Tandatangan: PINDAAN DISEMAK OLEH

Nama: Dr Foniza binti Maidin

Jawatan: Ketua Jabatan

Pentaksiran Master Trainer

(Menjalankan tugas KP PPPB)

Tandatangan:

NO. DOKUMEN TERKAWAL DIKELUARKAN KEPADA

DOKUMEN TERKAWAL

Default User
Pencil
Page 2: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :2/22

CARTA ALIR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BAGI PENSIJILAN CT

Tindakan Sebelum Pentaksiran Bersemuka Calon & JMT

Calon

Pengurus Pentaksiran

Calon

Pengurus

Pentaksiran

Pentaksiran Pengurus Bersemuka Pentaksiran &

Panel Pentaksir

Panel Pentaksir (Instrumen

Pentaksiran CT)

Panel Pentaksir (Borang

Rumusan Pentaksiran CT)

Ketua Panel Pentaksir

Pasca Pentaksiran

Pengurus Pentaksiran

Arahan untuk Calon CT

Calon Memberi makluman tentang tarikh, masa dan lokasi sesi Latihan

Calon Bersedia dan Menyerahkan Pelan Penyampaian Latihan

Pentaksiran terhadap Calon melalui Pelan Penyampaian dan Sesi Pengendalian Latihan

Surat Lantikan Panel

Calon mengisi Borang Permohonan dan menyerahkan kepada JMT

Pengurus menyerahkan Bahan Pentaksiran & Panel mengambil tempat

Panel Pentaksir membuat Rumusan Penilaian terhadap hasil pentaksiran Calon A dan B

Panel Pentaksir mendapatkan konsensus terhadap kompetensi kejurulatihan calon

Penyerahan Rumusan Pentaksiran CT

Pelaporan Pentaksiran CT dan Kemasukan Data Inventori CT

Mula

Tamat

Page 3: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :3/22

1. Calon diminta memberikan maklumat tentang kelas anda kepada pengawai

bertanggung jawab seminggu sebelum tarikh sesi latihan dijalankan. Maklumat

yang diperlukan adalah seperti berikut:

a. Nama dan No Kad pengenalan

b. Bidang latihan

c. Tarikh dan waktu kelas dijalankan (sesi latihan 2 jam secara individu)

d. Lokasi latihan seperti no bilik dan sebagainya

e. Kumpulan sasaran latihan dan anggaran bilangan peserta

2. Calon diminta menyediakan perkara yang perlu seperti berikut.

a. Pelan Penyampaian Latihan

b. Slaid Latihan

c. Bahan Bantu Latihan yang bersesuaian

3. Calon diminta menyerahkan perkara 2a dan 2b kepada pengurus pentaksiran dalam

julat masa sehari ke tiga hari sebelum tarikh kelas dijalankan

4. Calon diminta melapangkan diri selepas ditaksir sekurang-kurangnya dua (2) jam

bagi sesi maklum balas bersama pentaksir.

5. Sesi latihan yang ditaksir adalah selama dua (2) jam. Pelan dan sesi penyampain

calon adalah terpulang kepada kreativiti tersendiri selari dengan prinsip kejurulatihan

dan standard pentaksiran yang ditetapkan. Calon digalakkan memastikan Pelan

Penyampaian dan Sesi Latihan mempamerkan perkara berikut:

a. Perancangan sesi latihan yang mengaplikasikan ASK, mempunyai

kesinambungan dan kepelbagaian aktiviti serta mengadaptasikan pendekatan

andragogi.

b. Interaksi Sesi latihan yang menarik fokus peserta, mengalakkan pembelajaran

aktif dan perkongsian produktif serta berkualiti.

c. Strategi penyampaian yang mempunyai keseimbangan antara teori dan

praktis, relevan dengan mengambil kira konteks peserta serta mengaplikasikan

prinsip lamda.

Page 4: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :4/22

d. Penguasaan isi kandungan yang mampu memeringkatkan isi kandungan

untuk mudah difahami dan memberi maklum balas yang membina serta

mengaplikasikan pelbagai disiplin ilmu yang lain.

e. Penilaian pembelajaran yang mampu mengukur dan merumus aktiviti

pembelajaran serta menghasilkan ringkasan penutup yang baik.

f. Etika Profesional iaitu patuh, positif, bertanggungjawab dan menghormati

kepelbagaian.

g. Kualiti peribadi seorang trainer yang beradab, bersedia, komited dan kemas

6. Calon perlu mematuhi Standard Kompetensi CT yang ditetapkan.

Page 5: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :5/22

Garis Panduan Pentaksiran untuk Panel CT

1. Semua panel diminta menghadirkan diri 10 minit sebelum masa pentaksiran di lokasi

pentaksiran.

2. Tempoh pentaksiran adalah dua (2) jam bagi setiap calon. Pentaksiran berasaskan

kepada Standard Pensijilan Certified Trainer yang ditetapkan. Pentaksiran adalah

terhadap kompetensi calon sebagai trainer melalui pelan penyampaian dan sesi

penyampaian latihan yang dinyatakan.

3. Panel pertama merupakan ketua panel bagi slot tersebut. Setiap panel akan menerima

satu (1) Instrumen Pentaksiran CT. Bagi ketua panel, selain instrumen pentaksiran

beliau juga akan menerima satu (1) Borang Rumusan Pentaksiran CT.

4. Semasa pentaksiran, semua panel diminta mengisi dengan lengkap Instrumen

Pentaksiran CT dan setelah selesai mentaksir, menurunkan tandatangan dengan

tarikh dan nama yang lengkap. Penggunaan cop nama adalah digalakkan.

5. Sebaik sahaja sesi pentaksiran selesai, semua panel akan duduk bersama di salah

satu bilik panel untuk mendapatkan konsensus terhadap skor dan maklum balas

untuk diisi pada Borang Rumusan Pentaksiran CT sebanyak dua (2) salinan. Semua

panel diminta menurunkan tandatangan dengan tarikh dan nama yang lengkap pada

borang rumusan ini.

6. Setelah panel selesai mendapatkan rumusan terhadap hasil pentaksiran, panel

diminta berjumpa calon untuk berkongsi Hasil Pentaksiran dan Maklum Balas bagi

Pembangunan Trainer secara bersama. Hasil pentaksiran adalah samada mencapai

atau belum mencapai tahap kompetensi penuh merujuk Piawaian Pentaksiran

CT.

7. Pentaksir perlu memaklumkan kepada calon sekiranya mereka perlu mengulang

semula pentaksiran dengan maklum balas membina bagi membantu

meningkatkan kompetensi mereka dalam mengendalikan sesi latihan. Salinan

pendua maklum balas tersebut perlu diserahkan kepada calon dan calon perlu

menandatangani salinan asal maklum balas sebagi bukti telah menerima rumusan

hasil pentaksiran daripada panel.

Page 6: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :6/22

8. Proses kerja melengkapkan Borang Rumusan Pentaksiran CT dan sesi maklum balas

bersama calon dianggarkan mengambil masa dua (2) jam. Selepas urusan

pentaksiran selesai, Ketua Panel diminta menyerahkan semula fail pentaksiran

lengkap dengan semua eviden daripada kesemua panel kepada Pengurus

Pentaksiran.

9. Penyerahan fail kepada pengurus adalah pada hari pentaksiran atau dibenarkan

selewat-lewatnya sehari selepas tarikh pentaksiran.

Page 7: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :7/22

Proses Kerja Pengurusan Pentaksiran CT

Pengurus Pentaksiran diminta melaksanakan tindakan seperti berikut:

1. Merancang sesi pentaksiran dengan mendapatkan maklumat mengenai calon dan sesi

latihan sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari pentaksiran.

2. Memastikan panel pentaksir yang dilantik adalah daripada kalangan panel yang telah

menerima latihan dan diberi penataran terhadap sebarang penjajaran semula operasi

pentaksiran.

3. Mengesahkan maklumat calon dan memberi penerangan kepada calon tentang

proses pentaksiran CT dan tindakan mereka.

4. Mengeluarkan surat lantikan kepada panel selewat-lewatnya sehari sebelum hari

pentaksiran.

5. Memberi taklimat kepada pentaksira dan memastikan panel pentaksir memahami

tugasan dan mampu menyelesaikan tugasan pentaksiran. Julat masa empat (4) jam

diperlukan untuk mentaksir seorang calon. Oleh itu tidak digalakkan seorang panel

pentaksir mentaksir lebih daripada seorang sehari kerana pentaksir perlu bersama

calon untuk maklum balas dalam anggaran tidak lebih dua (2) jam selepas dua (2)

jam pentaksiran sesi latihan.

6. Menyerahkan pelan penyampaian secara e-mail kepada panel selewat-lewatnya

sehari sebelum hari pentaksiran dan menyerahkan sampul kecil instrumen

pentaksiran kepada panel pada hari pentaksiran. Ketua panel akan menerima fail

pentaksiran bersama sampul kecil.

7. Memastikan pentaksiran berjalan seperti dirancang.

8. Memastikan semua panel telah menurunkan tandatangan lengkap dengan nama dan

tarikh pada Borang Instrumen Pentaksiran CT dan Borang Rumusan Pentaksiran CT.

Page 8: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :8/22

9. Memastikan calon telah menerima Maklum Balas Pembangunan Trainer pada hari

yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran.

10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang

sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran.

11. Menyediakan pelaporan pentaksiran dan menyiapkan pelaporan dalam julat masa

seminggu selepas hari pentaksiranserta memasukkan rumusan hasil pentaksiran ke

dalam Data Inventori CT setiap bulan.

Page 9: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :9/22

CARTA ALIR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BAGI PENSIJILAN CC

Tindakan Sebelum Pentaksiran

Bersemuka Pengurus Pentaksiran

Pengurus

Pentaksiran

Calon & Pengurus

Pentaksiran

Pentaksiran Calon

Bersemuka

Panel Pentaksir

(Borang TRC)

Panel Pentaksir

(Borang TS1)

Panel Pentaksir (Borang TPC)

Panel Pentaksir

(Borang TS2)

Panel Pentaksir

(Borang RPC)

Pasca Pentaksiran

Pengurus

Pentaksiran

Penyerahan bahan & Taklimat kepada Panel -Panel Mengambil Tempat

Taklimat Calon oleh Pengurus & Calon Menyerahkan Dokumen Coaching (Calon diagihkan

dalam pasangan A-B)

Pentaksiran Simulasi Coaching terhadap calon secara bergilir A-Coach B Coachee;

A-Coachee B-Coach

Calon menjawab soalan Pengetahuan*

Temubual dan maklum balas dengan Calon secara individu dan bergilir Calon A → Calon B

Surat Lantikan Panel & Surat Pentakisran Calon

Dokumen Coaching Calon ditaksir dalam pasangan A-B

Panel Pentaksir membuat Rumusan Penilaian terhadap hasil pentaksiran Calon A dan B

Panel Pentaksir mendapatkan konsensus terhadap ketiga-tiga hasil Pentaksiran

Pengumpulan Rumusan Penilaian Hasil Pentaksiran; Pelaporan Pentaksiran CC;

Kemasukan Data Inventori CC

Mula

Tamat

Page 10: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :10/22

Arahan untuk Calon CC

1. Calon diminta memaklumkan kepada pengurus pentaksiran setelah memohon dan

bersedia untuk pentaksiran CC.

2. Calon diminta memastikan dokumen coaching sebanyak 50 sesi telah siap

disediakan seperti ditetapkan dan dibawa semasa pentaksiran

3. Calon diminta menghadirkan diri 10 minit awal daripada masa yang dimaklumkan

pada hari pentaksiran.

4. Pentaksiran mengambil anggaran masa 60 ke 70 minit bagi seorang calon dengan

melibatkan tiga (3) kaedah iaitu ujian pengetahuan (20 minit), semakan dokumen

(20 minit) dan simulasi kemahiran coaching (20 minit) yang dilaksanakan secara

berpasangan. Pasangan simulasi adalah ditetapkan oleh pihak pengurusan

pentaksiran.

5. Semasa simulasi coaching, kompetensi yang ditaksir ialah kompetensi Pendengar

yang Aktif dan Penyoalan Bermakna. Calon diminta mempamerkan setiap indikator

bagi kompetensi yang ditaksir secara berulang (lebih daripada sekali).

6. Setiap calon akan berpeluang memberi dan menerima maklum balas daripada panel

pentaksir pada hari pentaksiran.

7. Calon perlu mematuhi Standard Kompetensi CC yang ditetapkan. Calon digalakkan

memastikan eviden pentaksiran yang diserahkan dan simulasi yang dilaksanakan

berupaya mempamerkan perkara berikut:

a. Pengendalian sesi coaching yang memenuhi prinsip proses coaching. .

b. Eviden coaching yang lengkap dan mampu menunjukkan penetapan objektif

dan perancangan tindakan hasil daripada sesi coaching serta penyeliaan

perkembangan tindakan yang jelas dan bermakna.

c. Komunikasi yang berkesan.

d. Kemahiran penyoalan yang bermakna dan mampu mencungkil maklumat dan

mencetus pemikiran merujuk indikator kompetensi ditetapkan.

e. Kemahiran mendengar secara aktif yang mampu melakar dan mermus hasil

perbincangan untuk kefahaman yang jelas merujuk indikator kompetensi

ditetapkan.

f. Etika Profesional iaitu patuh, positif, bertanggungjawab dan menghormati

kepelbagaian.

g. Kualiti peribadi seorang coach yang beradab, bersedia, komited dan kemas

Page 11: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :11/22

Garis Panduan Pentaksiran untuk Panel CC

1. Semua panel pentaksir diminta menghadirkan diri 10 minit sebelum masa

pentaksiran di lokasi ditetapkan pada hari pentaksiran.

2. Dua (2) orang panel pentaksir terlibat dalam sekumpulan panel. Setiap kumpulan

panel akan mentaksir maksimum enam (6) orang calon pada satu hari. Empat (4)

orang calon pada sesi pagi dan dua (2) orang calon pada sesi petang. yang akan

seorang calon. .

3. Tempoh pentaksiran adalah 60 ke 70 minit bagi setiap calon. Pentaksiran berasaskan

kepada Standard Pensijilan Certified Coach yang ditetapkan.

4. Sebelum pentaksiran setiap kumpulan panel menerima satu (1) Garis Panduan

Pentaksiran CC serta satu (1) set instrumen bagi setiap calon. Set instrumen

terdiri daripada sesalinan Borang Rumusan Pentaksiran Coach (RPC), Borang

Pentaksiran Pengetahuan Coaching (TPC), Borang Semakan Rekod Coaching (TRC),

Borang Rumusan Pentaksiran Simulasi (TS-2) dan dua (2) salinan Borang Pentaksiran

Simulasi Coaching (TS-1).

5. Semasa pentaksiran, semua panel diminta mengisi dengan lengkap Instrumen

Pentaksiran CC dan setelah selesai mentaksir, menurunkan tandatangan dengan

tarikh dan nama yang lengkap. Penggunaan cop nama adalah digalakkan.

6. Pentaksiran adalah terhadap kompetensi calon sebagai coach menggunakan tiga

(3) kaedah iaitu semakan dokumen (20 minit), simulasi kemahiran coaching (20 minit)

dan ujian pengetahuan (20 minit). Sesi pentaksiran akan diakhiri dengan sesi maklum

balas bersama calon. Semasa dokumen rekod coaching disemak oleh panel,

pengurus akan mentadbir ujian pengetahuan bersama calon.

7. Semasa sesi maklum balas, panel boleh mendapatkan kejelasan eviden bagi

mengesahkan keputusan. Panel juga diminta memaklumkan calon samada telah atau

belum mencapai tahap kompetensi penuh CC merujuk piawaian pentaksiran

CC.. Sekiranya calon perlu mengulang semula pentaksiran, pentaksir perlu

memaklumkan kepada calon penambah baikan yang perlu mereka laksanakan

mengikut syarat ditetapkan.

8. Di akhir sesi maklum balas, panel diminta menyerahkan semula fail rekod coaching

kepada calon dan sekiranya perlu mengambil beberapa salinan rekod coaching

sebagai eviden untuk tujuan pentaksiran. Selepas urusan pentaksiran selesai,

penyerahan hasil pentaksiran calon kepada pengurus adalah pada hari pentaksiran

atau dibenarkan selewat-lewatnya sehari selepas tarikh pentaksiran.

Page 12: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :12/22

Arahan Kerja Pengurusan Pentaksiran CC

Pengurus Pentaksiran diminta melaksanakan tindakan seperti berikut:

1. Merancang sesi pentaksiran dengan mendapatkan maklumat mengenai calon

sekurang-kurangnya dua minggu sebelum hari pentaksiran.

2. Memastikan panel pentaksir yang dilantik adalah daripada kalangan panel yang telah

menerima latihan dan diberi penataran terhadap sebarang penjajaran semula operasi

pentaksiran.

3. Mengeluarkan surat panggilan untuk pentaksiran mengikut prosedur ditetapkan dan

mendapatkan maklum balas kehadiran bagi melaksanakan penjajaran yang perlu.

Terdapat dua sesi pentaksiran iaitu pagi dan petang. Surat panggilan perlu

menyatakan waktu sesi panggilan bagi calon. Ini bagi mastikan kesediaan calon untuk

ditaksir adalah pada tahap yang tinggi.

4. Mengeluarkan surat lantikan panel selewat-lewatnya sehari sebelum hari

pentaksiran.

5. Memberi taklimat kepada panel dan memastikan panel pentaksir memahami tugasan

dan mampu menyelesaikan tugasan pentaksiran. Julat masa 60 hingga 70 minit

diperlukan untuk mentaksir seorang calon. Oleh itu anggaran masa pentaksiran adalah

tujuh jam sehari.

6. Memberi taklimat kepada calon dan mengesahkan pasangan simulasi calon serta

mengumpulkan eviden pentaksiran (Rekod Coaching) untuk diserahkan kepada

panel yang terlibat.

7. Mentadbir Ujian Pengetahuan kepada calon sebaik sahaja selesai taklimat.

8. Menyerahkan hasil pentaksiran ujian pengetahuan kepada panel mengikut masa

ditetapkan dan memastikan proses pentaksiran berjalan seperti dirancang.

Page 13: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :13/22

9. Memastikan semua panel telah menurunkan tandatangan lengkap dengan nama dan

tarikh pada semua Borang Instrumen Pentaksiran CC dan Borang Rumusan

Pentaksiran CC serta semua calon telah menerima maklum balas pada hari

pentaksiran untuk tindakan susulan calon sekiranya perlu mengulang semula

pentaksiran.

10. Mengumpul semula dokumen hasil pentaksiran daripada panel pentaksir pada hari

yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran.

11. Memasukkan hasil pentaksiran ke dalam Data Inventori CC serta menyediakan

pelaporan pentaksiran dalam julat masa seminggu selepas hari pentaksiran.

Page 14: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :14/22

CARTA ALIR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BAGI PENSIJILAN CMT

Tindakan Sebelum Pentaksiran

Bersemuka Calon

KJ P(C)&PBPMT

Calon Pengurus

Pentaksiran

Calon & PBPMT

Pengurus

Pentaksiran

Pentaksiran Pengurus

Bersemuka Pentaksiran &

Panel

Pentaksir

Panel Pentaksir

(TCMT2&TCMT3)

Panel Pentaksir (Borang

Rumusan

RCMT)

Ketua Panel

Pentaksir

Pasca Pentaksiran

Pengurus

Pentaksiran

Calon menerima taklimat tentang Proses Pensijilan CMT

Calon Bersedia dan Menyerahkan Dokumen Portfolio dan Dokumen Modul kepada JMT

Pentaksiran terhadap Dokumen Modul Calon 1

Surat Lantikan Panel

Calon mengisi Borang Permohonan dan menyerahkan kepada JMT

Pentaksir menerima taklimat dan Tool Kit CMT Panel Pentaksir mengambil tempat

Panel Pentaksir membuat Rumusan Pentaksiran Semua Calon CMT

Panel Pentaksir mendapatkan konsensus terhadap kompetensi kejurulatihan Calon CMT 2

Penyerahan Rumusan Pentaksiran CMT

Pelaporan Pentaksiran CMT dan Kemasukan Data Inventori CMT

Mula

Tamat

Pentaksiran terhadap Pembentangan & Soal jawab Berstruktur Kepakaran Calon CMT 1 Kitaran

serupa bagi Calon 2 dan Calon 3

Page 15: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :15/22

Arahan untuk Calon CMT

1. Calon diminta memaklumkan kepada pengurus pentaksiran setelah memohon dan

bersedia untuk pentaksiran CMT. Maklumat tentang persediaan pentaksiran CMT

boleh dirujuk kepada Jabatan Master Trainer.

2. Calon diminta memastikan Dokumen Portfolio dan Dokumen Modul telah

disediakan mengikut ketetapan dan diserahkan kepada pengurus pentaksiran

selewat-lewatnya sehari sebelum pentaksiran bersemuka.

Dokumen Portfolio mengandungi maklumat Bahagian A dan B.:

Bahagian A: Maklumat Diri

o Nama

o Kad Pengenalan

o Tahun Pengalaman dalam Pendidikan

o Tahun Pengalaman dalam Latihan dan Pembangunan

o Kelayakan Akademik dan Profesional

o Alamat Bekerja Semasa

o Bidang Kepakaran

Bahagian B: i) Sumbangan Profesional

o P1-Latihan/Modul – sebagai pembina modul; trainer; penceramah;

fasilitator

o P2-Konsultasi – sebagai pembimbing; pakar rujuk; mentor

o P3-Inovasi & Implikasi – bahan; sistem; program; projek

o P4-Kajian/Penyelidikan

o P5-Penulisan – jurnal; buku; ulasan

o P6-Lain-lain berkaitan - Hasil BK09 Dimensi Sesi latihan & Keupayaan

pensyarah

Bahagian B: ii) Sumbangan Bukan Profesional

o P7a-Kerajaan

o P7b- Bukan Kerajaan (NGO)/ Kegiatan Sosial Kemasyarakatan

Dokumen Modul mengandungi maklumat Bahagian C

Bahagian C: i) Senarai Modul yang dibina (ada durasi masa dan eviden)

Bahagian C: ii) Dokumen Pembangunan Modul.

sekurang-kurangnya satu (1) Modul Pilihan yang mempamerkan kepakaran dan memenuhi

syarat kelayakan pensijilan CMT. Modul yang dibina dikehendaki memenuhi prinsip ADDIE

yang diaplikasi dalam pembinaan Modul

o Analisis Keperluan Latihan (TNA) [A- analyze(analisis)]

o Reka bentuk [D-design (rekabentuk)]

o Pembangunan [D-develop (bina)]

o Pelaksanaan [I-implement (laksana)]

o Penilaian [E-evaluate (nilai)]

Page 16: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :16/22

3. Calon diminta menghadirkan diri 10 minit awal daripada masa yang dimaklumkan

pada hari pentaksiran.

4. Pentaksiran melibatkan tiga (3) kaedah iaitu semakan dokumen portfolio dan

dokumen modul serta pembentangan dan soal jawab kepakaran. Pentaksiran

bersemuka hanya melibatkan semakan dokumen modul, pembentangan dan soal

jawab kepakaran. Sesi bersemuka ini dianggarkan mengambil masa 60 ke 90 minit

bagi seorang calon.

5. Pembentangan memfokuskan kepada tiga (3) perkara iaitu:-

G1-Modul latihan yang telah dibangunkan yang melibatkan

o Senarai Modul yang dibangunkan

o Satu (1) Modul Latihan yang telah dibangunkan dengan justifikasi yang

jelas.

G2-Harapan dan wawasan sebagai Certified Master Trainer

G3-Inovasi/Inisiatif yang melibatkan

o Usaha/Tindakan meningkatkan tahap profesionalisme

o Usaha/penglibatan membimbing dan membangun potensi rakan

sejawat

6. Setiap calon akan berpeluang memberi dan menerima maklum balas daripada panel

pentaksir pada hari pentaksiran.

7. Calon digalakkan memastikan eviden yang dipersembahkan dan perkongsian yang

diberi berupaya mempamerkan perkara berikut:

a. Penguasaan isi kandungan terhadap bidang kepakaran dan keupayaan

mengartikulasi kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu yang lain.

b. Keupayaan merancang dan melaksanakan strategi atau kaedah penyampaian

serta penilaian pembelajaran.

c. Keupayaan melaksanakan analisis keperluan latihan dan membangunkan

latihan dengan menggabungjalinkan teori dan praktis.

d. Kualiti Peribadi Sebagai Trainer yang komited, bermotivasi, beradab dan

mempunyai penampilan diri yang sesuai

e. B2. Pematuhan Etika Profesional Latihan mengikut piawaian yang ditetapkan.

8. Calon perlu mematuhi Standard Kompetensi Trainer yang ditetapkan. Hasil

pentaksiran akan dimaklumkan kepada calon dalam tempoh maksimum tujuh hari

bekerja selepas hari pentaksiran.

Page 17: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :17/22

Garis Panduan Pentaksiran untuk Panel Pentaksir CMT

1. Semua panel diminta menghadirkan diri 10 minit sebelum masa pentaksiran di lokasi

pentaksiran.

2. Pentaksiran tidak bersemuka diadakan sebelum sesi bersemuka dan melibatkan

pentaksiran terhadap Dokumen Portfolio calon oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang

Pentaksir di JMT. Pentaksiran ini mengambil masa dalam anggaran 50 minit seorang

calon.

3. Pentaksiran Bersemuka dilaksanakan oleh Pentaksir CMT dan tempoh pentaksiran

bersemuka adalah 60 hingga 90 minit bagi setiap calon. Pentaksiran berasaskan

kepada Piawaian Pensijilan Certified Master Trainer yang ditetapkan. Pentaksiran

bersemuka adalah terhadap kompetensi calon sebagai master trainer menggunakan

kaedah semakan modul, pembentangan dan soal jawab kepakaran berstruktur.

4. Setiap kumpulan panel pentaksiran bersemuka terdiri daripada tiga orang panel

pentaksir CMT. Panel pertama merupakan ketua panel bagi slot tersebut. Setiap

kumpulan panel akan menerima satu (1) Tool Kit Pentaksiran CMT yang terdiri

daripada tiga (3) salinan garis panduan pentaksiran CMT, instrumen semakan Modul

& Pembentangan (TCMT2) dan instrumen Soal jawab Kepakaran Berstruktur (TCMT3)

dan satu (1) salinan Borang Rumusan Pentaksiran CMT (RCMT)

5. Semasa pentaksiran, semua panel diminta mengisi dengan lengkap Instrumen

Pentaksiran CMT dan setelah selesai mentaksir, menurunkan tandatangan dengan

tarikh dan nama yang lengkap. Penggunaan cop nama adalah digalakkan.

6. Sebaik sahaja sesi pentaksiran selesai, semua panel akan duduk bersama di bilik

panel untuk melengkapkan Rumusan Pentaksiran CMT bagi semua calon yang

ditaksir pada hari tersebut. Borang Rumusan Pentaksiran CMT diisi sebanyak dua (2)

salinan. Terdapat maklum balas pembangunan CMT pada borang Rumusan ini.

Pentaksir diminta memastikan cadangan bagi penambahbaikan atau pembangunan

seterusnya calon CMT dinyatakan. Semua panel diminta menurunkan tandatangan

dengan tarikh dan nama yang lengkap pada borang tersebut. Proses kerja

melengkapkan Borang Rumusan semua calon dianggarkan mengambil masa sejam.

7. Hasil pentaksiran adalah samada mencapai atau belum mencapai tahap

kompetensi penuh CMT mengikut piawaian pentaksiran CMT. Selepas urusan

pentaksiran selesai, Ketua Panel diminta menyerahkan semula fail pentaksiran

lengkap dengan semua eviden daripada kesemua panel kepada Pengurus

Pentaksiran. Penyerahan fail kepada pengurus adalah pada hari pentaksiran.

Page 18: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :18/22

Arahan Kerja Pengurusan Pentaksiran CMT

Pengurus Pentaksiran diminta melaksanakan tindakan seperti berikut:

1. Merancang sesi pentaksiran dengan mendapatkan maklumat mengenai calon

sekurang-kurangnya dua minggu sebelum hari pentaksiran serta memastikan

dokumen portfolio dan dokumen modul calon diserahkan selewat-lewatnya sehari

sebelum sesi pentaksiran bersemuka.

2. Memastikan panel pentaksir yang dilantik adalah daripada kalangan panel yang telah

menerima latihan dan diberi penataran terhadap sebarang penjajaran semula operasi

pentaksiran. Tiga (3) orang panel diperlukan untuk sesi bersemuka dan dua (2) orang

pentaksir JMT untuk dokumen portfolio bagi mentaksir seorang calon.

3. Mengeluarkan surat panggilan calon untuk pentaksiran mengikut prosedur

ditetapkan dan mendapatkan maklum balas kehadiran bagi melaksanakan penjajaran

yang perlu. Surat panggilan perlu menyatakan waktu sesi panggilan bagi calon. Ini

bagi memastikan kesediaan calon untuk ditaksir adalah pada tahap yang tinggi.

4. Mengeluarkan surat lantikan panel selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum hari

pentaksiran.

5. Memastikan Bilik Pentaksiran disediakan dan mematuhi susun atur yang ditetapkan..

6. Memberi taklimat kepada panel dan calon pada hari pentaksiran bersemuka serta

memastikan panel pentaksir memahami tugasan bagi pentaksiran bersemuka yang

melibatkan semakan dokumen modul, pembentangan dan soal jawab kepakaran.

Sesi bersemuka pentaksiran adalah 60 hingga 90 minit bagi seorang calon.

8. Memastikan Panel berada di bilik pentaksiran dan tersedia dengan Tool Kit

Pentaksiran CMT yang terdiri daripada tiga (3) salinan garis panduan pentaksiran

CMT, instrumen semakan Modul & Pembentangan (TCMT2) dan instrumen Soal

jawab Kepakaran Berstruktur (TCMT3) dan satu (1) salinan Borang Rumusan

Pentaksiran CMT (RCMT)

7. Memastikan pentaksiran CMT berjalan mengikut piawaian prosedur ditetapkan dan

semua panel telah menurunkan tandatangan lengkap dengan nama dan tarikh

pada semua Instrumen Pentaksiran CMT dan Borang Rumusan Pentaksiran CMT.

8. Mengumpul semula dokumen hasil pentaksiran daripada panel pentaksir pada hari

pentaksiran.

9. Menyediakan pelaporan hasil pentaksiran dan memaklumkan hasil pentaksiran

kepada calon dalam julat masa tujuh hari bekerja selepas hari pentaksiran.

Page 19: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :19/22

CARTA ALIR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BAGI PENSIJILAN CMC

Tindakan Sebelum Pentaksiran

Bersemuka Pengurus

Pentaksiran

Pengurus

Pentaksiran

Calon & Pengurus

Pentaksiran

Pentaksiran Pengurus

Bersemuka Pentaksiran

Panel Pentaksir

(Borang TRC)

Panel Pentaksir

(Borang TS1)

Panel Pentaksir (Borang TPC)

Panel Pentaksir

(Borang TS2)

Panel Pentaksir

(Borang RPC)

Pasca Pentaksiran

Pengurus

Pentaksiran

Penyerahan bahan & Taklimat kepada Panel -Panel Mengambil Tempat

Calon Menyerahkan Dokumen Bimbingan Pembangunan Organisasi (DBPO) kepada JMT

Penilaian Borang Maklum balas Sekolah oleh Panel Pentaksir

Taklimat Calon oleh Pengurus

Pembentangan calon tentang proses bimbingan pembangunan organisasi dilakukan

Surat Lantikan Panel & Surat Pentakisran Calon

Dokumen DBPO Calon ditaksir oleh panel

Panel Pentaksir mendapatkan konsensus dan membuat Rumusan Pentaksiran Calon

Temubual dan maklum balas dengan Calon secara individu

Pengumpulan Rumusan Pentaksiran Calon dan Pelaporan Pentaksiran

Kemasukan Data Inventori CMC

Mula

Tamat

Page 20: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :20/22

Arahan untuk Calon CMC

1. Calon diminta memaklumkan kepada pengurus pentaksiran setelah memohon dan

bersedia untuk pentaksiran CMC.

2. Calon diminta memastikan Dokumen Bimbingan Pembangunan Organisasi bagi

sebuah organisasi yang dibimbing telah siap disediakan mengikut ketetapan dan

dibawa semasa pentaksiran

Dokumen Bimbingan Pembangunan Organisasi mesti mengandungi:

a. Analisis jurang organisasi

b. Pelan Pembangunan Organisasi

c. Rekod bimbingan dan mentoring

d. Rekod Kemajuan Organisasi

e. Kerangka Konsep Pembangunan Organisasi

3. Calon diminta menghadirkan diri 10 minit awal daripada masa yang dimaklumkan

pada hari pentaksiran.

4. Pentaksiran mengambil anggaran masa 100 ke 150 minit bagi seorang calon dengan

melibatkan tiga (3) kaedah iaitu semakan DBPO (60 minit), pembentangan dan soal

jawab (30 minit) dan penilaian maklum balas sekolah (20 minit).

5. Setiap calon akan berpeluang memberi dan menerima maklum balas daripada panel

pentaksir pada hari pentaksiran.

6. Calon digalakkan memastikan eviden pentaksiran yang diserahkan berupaya

mempamerkan perkara berikut:

a. Keupayaan membimbing pembangunan organisasi melalui coaching dan

mentoring. .

b. Eviden yang lengkap dan mampu menunjukkan penetapan objektif dan bidang

pembangunan, perancangan pembangunan dan penyeliaan kemajuan

pembangunan organisasi yang jelas dan bermakna.

c. Keupayaan menggabungjalinkan teori dan praktis sesuai dengan konteks

sekolah yang dibimbing.

d. Penghasilan kerangka konsep pembangunan organisasi yang dibimbing

e. Etika Profesional dan kualiti seorang coach mengikut piawaian yang ditetapkan.

7. Calon perlu mematuhi Standard Kompetensi Coach yang ditetapkan. Hasil

pentaksiran akan dimaklumkan kepada calon dalam tempoh maksimum tujuh hari

bekerja.

Page 21: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :21/22

Garis Panduan Pentaksiran untuk Panel CMC

1. Semua panel pentaksir diminta menghadirkan diri 10 minit sebelum masa

pentaksiran di lokasi ditetapkan pada hari pentaksiran.

2. Tiga (3) orang panel pentaksir terlibat dalam sekumpulan panel. Setiap kumpulan

panel akan mentaksir maksimum dua (2) orang calon pada satu hari.

3. Tempoh pentaksiran adalah 100 ke 150 minit bagi setiap calon. Pentaksiran

berasaskan kepada Piawaian Pensijilan Certified Master Coach yang ditetapkan.

4. Sebelum pentaksiran setiap kumpulan panel menerima satu (1) Garis Panduan

Pentaksiran CMC serta satu (1) set instrumen bagi setiap calon. Set instrumen

terdiri daripada sesalinan Borang Rumusan Pentaksiran CMC (RPMC), Senarai

Semak DBPO (TSD), Borang Pentaksiran MC (TPMC) dan Senarai Semak Borang

Maklum Balas Sekolah (TSB).

5. Semasa pentaksiran, semua panel diminta mengisi dengan lengkap Instrumen

Pentaksiran CMC dan setelah selesai mentaksir, menurunkan tandatangan dengan

tarikh dan nama yang lengkap. Penggunaan cop nama adalah digalakkan.

6. Pentaksiran adalah terhadap kompetensi calon sebagai coach menggunakan tiga

(3) kaedah iaitu semakan DBPO (60 minit), pembentangan dan soal jawab (30

minit) dan penilaian maklum balas sekolah (20 minit).

7. Semasa pentaksiran pembentangan, panel boleh mendapatkan kejelasan bagi

menverifikasi eviden bagi membuat keputusan. Hasil pentaksiran adalah samada

mencapai atau belum mencapai tahap kompetensi penuh CMC mengikut

piawaian pentaksiran CMC.

8. Di akhir sesi pentaksiran, panel diminta menyerahkan semula DBPO kepada calon

dan sekiranya perlu mengambil beberapa salinan dokumen sebagai eviden

pentaksiran.

9. Selepas urusan pentaksiran selesai, garis panduan Pentaksiran CMC dan semua hasil

pentaksiran calon perlu diserahkan kepada pengurus pada hari pentaksiran.

Page 22: DOKUMEN TERKAWAL - MoE...10. Mengumpul semula fail pentaksiran daripada Ketua Panel Pentaksir pada hari yang sama atau selewat-lewatnyanya sehari selepas hari pentaksiran. 11. Menyediakan

ARAHAN KERJA INSTITUT AMINUDDIN BAKI MS ISO 9001:2015 NO.DOKUMEN:AK-16

TARIKH: 05.05.2020 KELUARAN:1 PINDAAN:1 MUKA SURAT :22/22

Arahan Kerja Pengurusan Pentaksiran CMC

Pengurus Pentaksiran diminta melaksanakan tindakan seperti berikut:

1. Merancang sesi pentaksiran dengan mendapatkan maklumat mengenai calon

sekurang-kurangnya dua minggu sebelum hari pentaksiran.

2. Memastikan panel pentaksir yang dilantik adalah daripada kalangan panel yang telah

menerima latihan dan diberi penataran terhadap sebarang penjajaran semula operasi

pentaksiran.

3. Mengeluarkan surat panggilan calon untuk pentaksiran mengikut prosedur

ditetapkan dan mendapatkan maklum balas kehadiran bagi melaksanakan penjajaran

yang perlu. Surat panggilan perlu menyatakan waktu sesi panggilan bagi calon. Ini

bagi mastikan kesediaan calon untuk ditaksir adalah pada tahap yang tinggi.

4. Mengeluarkan surat lantikan panel selewat-lewatnya sehari sebelum hari

pentaksiran.

5. Memastikan Bilik Pentaksiran disediakan dan mematuhi susun atur yang ditetapkan..

6. Memberi taklimat kepada panel dan memastikan panel pentaksir memahami tugasan

dan mampu menyelesaikan tugasan pentaksiran. Julat masa 100 hingga 150 minit

diperlukan untuk mentaksir seorang calon. Oleh itu anggaran masa pentaksiran adalah

lima jam sehari.

7. Memastikan Panel berada di bilik pentaksiran dan tersedia dengan Garis Panduan

Pentaksiran CMC serta satu (1) set instrumen bagi setiap calon. Set instrumen

terdiri daripada sesalinan Borang Rumusan Pentaksiran CMC (RPMC), Senarai

Semak DBPO (TSD), Borang Pentaksiran MC (TPMC) dan Senarai Semak Borang

Maklum Balas Sekolah (TSB).

8. Memberi taklimat kepada calon dan mengumpulkan eviden pentaksiran (DBPO dan

Borang Maklum Balas Sekolah) untuk diserahkan kepada panel yang terlibat.

9. Memastikan pentaksiran CMC berjalan mengikut piawaian prosedur ditetapkan dan

semua panel telah menurunkan tandatangan lengkap dengan nama dan tarikh pada

semua Borang Instrumen Pentaksiran CMC dan Borang Rumusan Pentaksiran CMC.

10. Mengumpul semula dokumen hasil pentaksiran daripada panel pentaksir pada hari

pentaksiran .

11. Menyediakan pelaporan hasil pentaksiran dan memaklumkan hasil pentaksiran

kepada calon dalam julat masa tujuh hari bekerja selepas hari pentaksiran.