DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH.doc

  • Published on
    17-Dec-2015

  • View
    252

  • Download
    4

Embed Size (px)

Transcript

SK PADANG MENGKUANG

21400 MARANG TERENGGANU

DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2010SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MENGKUANG MARANG TERENGGANU

ANJURAN :

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MENGKUANG

MARANG TERENGGANUTAJUK

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MENGKUANG, MARANG TERENGGANU

PENDAHULUAN

Pada 4 Februari 2010, SKPM telah mengadakan kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Semua murid diwajibkan menyertai larian merentas desa ini kecuali murid-murid yang bermasalah dalam kesihatan sahaja. Larian merentas desa ini telah berlangsung bermula pukul 8.00 pagi. Pada waktu itu, semua murid berhimpun di dataran sekolah untuk pendaftaran dan taklimat. Selepas murid mendaftarkan diri, murid dibekalkan dengan nombor giliran mengikut darjah masing-masing bermula dari darjah 1 hingga darjah 6. Pra Sekolah dan PPKIBP juga tidak ketinggalan menyertai larian ini. Selepas semua peserta mendaftarkan diri, satu taklimat ringkas dan padat diberikan oleh guru yang bertugas. Taklimat berkisar mengenai laluan yang akan dilalui oleh murid-murid mengikut tahap. Selain itu, murid-murid diingatkan supaya menjaga disiplin, peraturan dan keselamatan diri. Acara diteruskan dengan pembahagian murid mengikut darjah. Tepat jam 9.30 pagi, murid-murid dilepaskan daripada garisan penamat oleh Penolong Kanan secara berperingkat-peringkat dimulai dengan Pra-Sekolah, PPKIBP, Darjah 1, darjah 2 dan seterusnya sehingga darjah 6. Saya turut sama berlari bersama-sama murid-murid saya iaitu daripada kelas PPKIBP. Kami bernasib baik kerana cuaca pada hari itu agak mendung. Maka, kami tidak berhadapan dengan terik matahari. Di sepanjang larian, terdapat murid daripad kelas saya yang letih dan hanya berjalan sahaja. Saya memberikan kata-kata semangat supaya dia meneruskan lariannya tetapi sia-sia sahaja. Maka, saya terpaksa berjalan menemaninya kerana bimbangkan keselamatannya. Begitulah murid Pendidikan Khas, mempunyai mood yang berubah-ubah.Tepat jam 10.30 pagi, semua murid tiba semual di sekolah. Masing-masing kelihatan keletihan dan terdapat yang kesedihan kerana tidak Berjaya mendapat tempat dalam larian tersebut. Murid diberikan sedikit kuih dan minuman bagi menghilangkan dahaga sebelum diarahkan berkumpul di dewan sekolah.PENUTUP

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah dimulakan pada pukul 11.00 pagi dengan ucapan Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Pada hari ini, Guru Besar Sekolah, Encik Abdul Raki bin Abdullah tidak dapat menghadirkan diri kerana komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Selepas memberikan ucapan, majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang yang berjaya menamatkan larian paling awal. Selepas itu, majlis bersurai dengan sedikit jamuan makan. ALBUM

Guru bergambar bersama guru dan murid PPKIBP sebelum larian bermula

Cikgu Saifullah sedang memberi taklimat kepada semua murid di dataran sekolah

Murid-murid PPKIBP bersemangat berlari bersama-sama murid lain

Larian merentas desa dimulakan dengan larian pembuka oleh Pra Sekolah

Cikgu Rohani memimpin dua orang murid PPKIBP yang agak lambat

Murid-murid PPKIBP bersemangat berlari bersama-sama murid lain

Seorang murid PPKIBP yang ketinggalan di belakang

Akhirnya, murid PPKIBP yang ketinggalan di belakang dibawa pulang oleh Cikgu Maisarah