DSP Matematik Ting 3

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    1/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 1

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI

    MATEMATIK

    TINGKATAN 3

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    2/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

    dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

    berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara."

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    3/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 3

    MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIKKurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan

    pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya

    menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.

    OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIKKurikulum matematik sekolah menengah membolehkan murid:

    1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.

    2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.

    3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:

    Membuat anggaran dan penghampiran

    Mengukur dan membina

    Memungut dan mengendali data

    Mewakilkan dan mentafsir data Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik

    Menggunakan algoritma dan perkaitan

    Menyelesaikan masalah

    Membuat keputusan

    4. Berkomunikasi secara matematik.

    5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

    6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.

    7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu

    matematik.

    8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.

    9. Bersikap positif terhadap matematik.

    10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    4/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 4

    PENDAHULUAN

    Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru

    menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

    Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai

    apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

    Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    5/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 5

    TAFSIRAN

    o Bandialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan

    individu.

    o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran

    holistik tentang individu.

    o Standard Prestasiialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di

    mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua

    iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih

    qualifiermenggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptorialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan

    dicapai.

    o

    Evidens

    Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat

    berdasarkan deskriptor.

    Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam

    bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

    secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    6/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 6

    TAFSIRAN BAND

    BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

    1 TAHUMurid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap

    perkara yang asas.

    2 TAHU DAN FAHAMMurid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta

    menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

    4TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

    DENGAN BERADAB

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara

    sistematik.

    5TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

    DENGAN BERADAB TERPUJI

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau

    secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

    6TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

    DENGAN BERADAB MITHALI

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat

    keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh

    berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai

    secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    7/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 7

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Tahu pengetahuan asas matematik.

    2 Tahu dan faham konsep dalam matematik.

    3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik.

    4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.

    5Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakanpelbagai kaedah.

    6 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    8/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 8

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    1Tahu B1

    Tahu pengetahuan asasmatematik

    B1D3BULATAN II

    B1D3E1Mengenal pasti sudut pada pusat dan lilitan bulatanyang dicangkum oleh suatu lengkok.

    B1D10PENJELMAAN II

    B1D10E1Mengenal pasti sama ada bentuk yang diberi adalahserupa.

    B1D10E2Mengenal pasti suatu pembesaran.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    9/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 9

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    2

    Tahudan faham

    B2

    Tahu dan faham konsep dalammatematik

    B2D1SUDUT DAN GARIS II

    B2D1E1Menentukan bahawa bagi garis selari:(a) sudut sepadan adalah sama atau(b) sudut berselang-seli adalah sama atau(c) hasil tambah sudut pedalaman ialah 180.

    B2D2POLIGON II

    B2D2E1Menentukan sama ada poligon yang diberi adalahpoligon sekata.

    B2D3BULATAN II

    B2D3E1Menentukan bahawa:(a) jejari yang berserenjang dengan perentas

    membahagi dua sama perentas tersebut danbegitu juga sebaliknya atau

    (b) pembahagi dua sama serenjang bagi duaperentas bersilang pada pusat bulatan atau

    (c) dua perentas yang sama panjang adalah samajarak dari pusat bulatan dan begitu jugasebaliknya atau

    (d) perentas yang sama panjang apabila memotongsuatu bulatan menghasilkan lengkok yang samapanjang.

    B2D3E2Mengenal pasti sudut pedalaman bertentang sisi

    empat kitaran.

    B2D3E3Mengenal pasti sudut peluaran dan sudutpedalaman bertentang yang sepadan bagi sisiempat kitaran.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    10/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 10

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    2Tahu dan

    faham

    B2Tahu dan faham konsep dalam

    matematik

    B2D4STATISTIK II

    B2D4E1Menentukan mod bagi:(a) set data.(b) data dalam jadual kekerapan.(c) piktograf ataucarta palangataugraf garis atau

    carta pai.

    B2D7RUMUS ALGEBRA

    B2D7E1Mengenal pasti perkara rumus.

    B2D12KETAKSAMAAN LINEAR

    B2D12E1Mengenal pasti hubungan:(a) lebih besar daripada(b) kurang daripada berdasarkan situasi yang diberi.

    Menulis hubungan antara dua nombor yang diberimenggunakan simbol > atau < .

    Mengenal pasti hubungan:(a) lebih besar daripada atau sama dengan(b) kurang daripada atau sama dengan berdasarkan

    situasi yang diberi.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    11/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 11

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    3

    Tahu, fahamdan boleh

    buat

    B3

    Tahu, faham dan bolehmenggunakan kemahiran asas

    matematik

    B3D1SUDUT DAN GARIS II

    B3D1E1Menentukan nilai:(a) sudut sepadan(b) sudut berselang-seli

    (c) sudut pedalamanyang berkaitan dengan gar is selari.

    B3D2POLIGON II

    B3D2E1Menentukan

    (a) paksi simetri

    (b) bilangan paksi simetri

    suatu poligon.

    B3D2E2Menentukan nilai sudut peluaran apabila nilai

    sudut pedalaman poligon diberi dan begitu jugasebaliknya.

    B3D2E3

    Menentukan hasil tambah sudut pedalaman dan

    hasil tambah sudut peluaran poligon.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    12/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 12

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    3Tahu, faham

    dan boleh

    buat

    B3Tahu, faham dan boleh

    menggunakan kemahiran asasmatematik

    B3D3BULATAN II

    B3D3E1Menentukan bahawa sudut pada lilitan yangdicangkum oleh lengkok yang sama adalahsama besar.

    Menentukan bahawa sudut pada

    (a) lilitan(b) pusat

    yang dicangkum oleh lengkok yang sama panjang

    adalah sama besar.

    Menentukan hubungan antara sudut pada pusatdengan sudut pada lilitan yang dicangkum olehsuatu lengkok yang sama panjang.

    B3D3E2

    Menentukan nilai sudut pada lilitan yang

    dicangkum oleh semibulatan.

    B3D3E3Menentukan hubungan antara sudut pedalamanbertentang bagi sisi empat kitaran.

    Menentukan hubungan antara sudut peluaran dansudut pedalaman bertentang yang sepadan bagisisi empat kitaran.

    B3D4STATISTIK II

    B3D4E1

    Memperoleh dan mentafsir maklumat

    daripada carta pai.

    B3D4E2Menentukan median bagi set data.

    Menentukan median bagi data dalam jadualkekerapan.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    13/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 13

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    3

    Tahu, fahamdan boleh

    buat

    B3

    Tahu, faham dan bolehmenggunakan kemahiran asas

    matematik

    B3D5INDEKS

    B3D5E1Mempermudah pendaraban bagi:

    (a) nombor(b) sebutan algebra

    yang diungkapkan dalam tatatanda indeks dengan

    asas yang sama.

    Mempermudah pendaraban bagi:(a) nombor

    (b) sebutan algebrayang diungkapkan dalam tatatanda indeksdengan asas yang berlainan.

    B3D5E2

    Mempermudah pembahagian bagi:

    (a) nombor(b) sebutan algebra

    yang diungkapkan dalam tatatanda indeks denganasas yang sama.

    B3D5E3Mempermudah:

    (a) nombor

    (b) sebutan algebra

    yang diungkapkan dalam tatatanda indeks yang

    dikuasakan.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    14/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 14

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    3

    Tahu, fahamdan boleh

    buat

    B3

    Tahu, faham dan bolehmenggunakan kemahiran asasmatematik

    B3D5E4

    Menyatakan na sebagai

    n

    a

    1

    begitu juga sebaliknya

    B3D5E5

    Menyatakan na

    1

    sebagai n a dan begitu juga

    sebaliknya.

    B3D6UNGKAPAN ALGEBRA III

    B3D6E1Menentukan kembangan yang melibatkan ungkapanalgebra dalam dua tanda kurung.

    B3D6E2Mendarab dua pecahan algebra yang melibatkanpenyebut dengan:

    (a) satu sebutan.(b) dua sebutan.

    Membahagi dua pecahan algebra yangmelibatkan penyebut dengan:(a) satu sebutan.(b) dua sebutan.

    B3D8PEPEJAL GEOMETRI III

    B3D8E1Menerbitkan rumus isipadu bagi:

    (a) prisma.(b) silinder.

    (c) piramid.(d) kon

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    15/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 15

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    3

    Tahu, fahamdan boleh

    buat

    B3

    Tahu, faham dan bolehmenggunakan kemahiran

    asas matematik

    B3D8

    PEPEJAL GEOMETRI III

    B3D8E2Mengira isipadu prisma tegak dan isipadupiramid dalam unit padu apabila diberi tinggidan

    (a) luas tapak.(b) dimensi tapak.

    B3D8E3Mengira isipadu silinder dan isipadu kon dalam unitpadu apabila diberi tinggi dan

    (a) luas tapak.

    (b) jejari tapak.

    B3D8E4Menukarkan isipadu dalam satu unit metrikkepada unit yang lain:

    (a) .,333

    mdancmmm

    (b) .,3 ldanmlcm

    B3D8E5

    Mengira isipadu sfera apabila jejari d iberi.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    16/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 16

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    3Tahu, faham

    dan boleh

    buat

    B3Tahu, faham dan boleh

    menggunakan kemahiran asas

    matematik

    B3D9LUKISAN BERSKALA

    B3D9E1

    Melakarkan bentuk yang

    (a) sama saiz dengan objek(b) lebih kecil daripada objek(c) lebih besar daripada objekmenggunakan kertas grid.

    B3D10PENJELMAAN II

    B3D10E1Mengira panjang sisi yang tidak diketahui bagi duabentuk yang serupa.

    B3D10E2Menentukan faktor skala, diberi objek dan imejpembesaran apabila:

    (a) faktor skala > 0(b) faktor skala < 0

    B3D10E3Menentukan pusat pembesaran apabila objekdan imej diberi.

    Menentukan imej objek apabila pusat pembesarandan faktor skala diberi.

    B3D10E4Mengira:(a) faktor skala

    (b) panjang sisi imej

    (c) panjang sisi objeksuatu pembesaran.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    17/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 17

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    3Tahu, faham

    dan boleh

    buat

    B3Tahu, faham dan boleh

    menggunakan kemahiran asasmatematik

    B3D11PERSAMAAN LINEAR II

    B3D11E1Menulis persamaan linear dalam duapembolehubah daripada maklumat yang diberi.

    B3D12KETAKSAMAAN LINEAR

    B3D12E1

    Mewakilkan ketaksamaan linear:

    (a) x > h(b) x < h

    (c) x h

    (d) x h

    pada garis nombor dan begitu juga sebaliknya.

    Mewakilkan nilai sepunya bagi dua ketaksamaanlinear serentak pada gar is nombor.

    B3D14NISBAH, KADAR DAN KADARAN II

    B3D14E1Mengira dan mentafsirkan laju.

    Mengira:(a) jarak, apabila laju dan masa diberi.(b) masa, apabila laju dan jarak diberi.

    Mengira laju purata dalam pelbagai situasi.

    Mengira:(a) jarak, apabila laju purata dan masa diberi.

    (b) masa, apabila laju purata dan jarak diberi.

    B3D14E2

    Mengira dan mentafsirkan pecutan.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    18/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 18

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    3Tahu, faham

    dan bolehbuat

    B3Tahu, faham dan boleh

    menggunakan kemahiran asasmatematik

    B3D15TRIGONOMETRI

    B3D15E1Mengira:(a) tangen(b) sinus

    (c) kosinusbagi suatu sudut apabila panjang s isi segitiga diberi.

    B3D15E2Menukar unit sudut daripada:(a) darjah kepada darjah dan minit.(b) darjah dan minit kepada darjah.

    B3D15E3Menentukan nilai:

    (a) tangen

    (b) sinus

    (c) kosinusmenggunakan kalkulator saintifik.

    Menentukan saiz sudut apabila diberi nilai:

    (a) tangen

    (b) sinus(c) kosinus

    menggunakan kalkulator saintifik.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    19/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 19

    PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4Tahu, faham

    dan boleh

    buat denganberadab

    B4Tahu, faham dan bolehmenyelesaikan masalah

    matematik secara sistematik.

    B4D1SUDUT DAN GARIS II

    B4D1E1Menentukan sama ada dua garis yang diberi adalahselari berdasarkan ciri-ciri sudut yang berkaitandengan garis rentas lintang.

    B4D2POLIGON II B4D2E1Melukis poligon sekata dengan membahagi samasudut pada pusat.

    B4D2E2Membina segitiga sama sisi, segiempat sama danheksagon sekata.

    B4D2E3Menentukan:(a) nilai sudut pedalaman poligon sekata apabila

    bilangan sisi diberi.

    (b) nilai sudut peluaran poligon sekata apabilabilangan sisi diberi.

    (c) bilangan sisi poligon sekata apabila nilai sudutpedalaman atau sudut peluaran diberi.

    B4D3BULATAN II

    B4D3E1Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut sisiempat kitaran.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    20/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 20

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4Tahu, faham

    dan bolehbuat dengan

    beradab

    B4Tahu, faham dan bolehmenyelesaikan masalah

    matematik secara sistematik.

    B4D4STATISTIK II

    B4D4E1Membina carta pai untuk mewakilkan data.

    B4D4E2Mengira min bagi:(a) set data.(b) data dalam jadual kekerapan.

    B4D5INDEKS

    B4D5E1Mempermudah pendaraban dan pembahagian bagi:(a) nombor(b) sebutan algebrayang diungkapkan dalam tatatanda indeks yangdikuasakan dengan asas berlainan.

    B4D5E2

    Menentukan nilain

    a

    1

    .

    Menyatakan sebagai nm

    a sebagai:

    (a) nma1

    atau nm

    a .

    (b) n ma atau n a.

    Menentukan nilai nm

    a .

    m

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    21/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 21

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4Tahu, fahamdan boleh

    buat denganberadab

    B4Tahu, faham dan bolehmenyelesaikan masalah

    matematik secara sistematik.

    B4D6UNGKAPAN ALGEBRA III

    B4D6E1Memfaktorkan ungkapan algebra menggunakan(a) faktor sepunya.(b) beza antara dua sebutan kuasa dua.

    B4D6E2Menambah ataumenolak dua pecahan algebrayang penyebut satu pecahan adalah gandaan bagipenyebut pecahan yang lain.

    B4D6E3Menambah ataumenolak dua pecahan algebrayang penyebut pecahan tersebut(a) tidak mempunyai faktor sepunya.(b) mempunyai faktor sepunya.

    B4D6E4

    Melakukan pendaraban dan pembahagian bagi duapecahan algebra menggunakan pemfaktoran yangmelibatkan faktor sepunya dan beza antara duasebutan kuasa dua.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    22/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 22

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4Tahu, faham

    dan bolehbuat denganberadab

    B4Tahu, faham dan boleh

    menyelesaikan masalahmatematik secara sistematik.

    B4D7RUMUS ALGEBRA

    B4D7E1Menulis rumus berdasarkan:(a) pernyataan(b) situasiyang diberi.

    B4D7E2Mengungkapkan pembolehubah tertentu sebagaiperkara rumus dengan melibatkan:(a) satu daripada operasi asas: +,, , (b) kuasa ataupunca kuasa.(c) gabungan operasi asas dan kuasa ataupunca

    kuasa.

    B4D7E3Menentukan nilai suatu pembolehubah apabilapembolehubah tersebut ialah:

    (a) perkara rumus.(b) bukan perkara rumus.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    23/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 23

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4Tahu, faham

    dan bolehbuat dengan

    beradab

    B4Tahu, faham dan bolehmenyelesaikan masalah

    matematik secara sistematik.

    B4D8PEPEJAL GEOMETRI III

    B4D8E1Mengira tinggi prisma atautinggi piramid apabilaisipadu dan luas tapak diberi.

    Mengira luas tapak prisma atauluas tapak piramidapabila isipadu dan tinggi diberi.

    B4D8E2Mengira tinggi silinder atautinggi kon apabilaisipadu dan jejari tapak diberi.

    Mengira jejari tapak silinder ataujejari tapak konapabila isipadu dan tinggi diberi.

    B4D8E3Mengira isipadu cecair dalam suatu bekas.

    B4D8E4Mengira jejari sfera apabila isipadu diberi.

    B4D8E5Mengira isipadu pepejal gubahan.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    24/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 24

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4Tahu, faham

    dan bolehbuat dengan

    beradab

    B4Tahu, faham dan bolehmenyelesaikan masalah

    matematik secara sistematik.

    B4D9LUKISAN BERSKALA

    B4D9E1Melukis bentuk geometri mengikut skala 1 : n ,

    apabila n=1, 2, 3, 4, 5,10

    1,

    2

    1

    Melukis bentuk gabungan mengikut skala yang

    diberi menggunakan:(a) kertas grid.(b) kertas kosong.

    Melukis semula bentuk pada kertas grid yangberlainan saiz.

    B4D10PENJELMAAN II

    B4D10E1Mengira:(a) luas imej(b) luas objek(c) faktor skaladi bawah suatu pembesaran.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    25/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 25

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4Tahu, faham

    dan bolehbuat dengan

    beradab

    B4Tahu, faham dan bolehmenyelesaikan masalah

    matematik secara sistematik.

    B4D11PERSAMAAN LINEAR II

    B4D11E1Menentukan nilai satu pembolehubah apabila diberinilai pembolehubah yang lain.

    Menentukan penyelesaian yang mungkin bagipersamaan linear dalam dua pembolehubah.

    B4D11E2Menyelesaikan dua persamaan linear serentakdalam dua pembolehubah dengan :(a) kaedah penggantian atau(b) kaedah penghapusan.

    B4D12KETAKSAMAAN LINEAR

    B4D12E1Membina ketaksamaan linear menggunakan simbol:(a) > atau < (b) atau

    daripada maklumat yang diberi.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    26/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 26

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4Tahu, faham

    dan boleh

    buat denganberadab

    B4Tahu, faham dan bolehmenyelesaikan masalah

    matematik secara sistematik.

    B4D13GRAF FUNGSI

    B4D13E1Mengira nilai pembolehubah bersandar, apabila nilaipembolehubah tidak bersandar diberi.

    B4D13E2Membina jadual nilai bagi fungsi yang diberi.

    B4D13E3Menentukan nilai y daripada graf apabila nilaixdiberi dan begitu juga sebaliknya.

    B4D14NISBAH, KADAR DAN KADARAN II

    B4D14E1Menukar daripada satu unit laju kepada unit lajuyang lain.

    B4D15TRIGONOMETRI

    B4D15E1Mengira panjang sisi pada suatu segitiga apabila

    nilai:(a) tangen(b) sinus(c) kosinusdan panjang sisi yang lain diberi.

    B4D15E2Mengira nilai nisbah trigonometri yang lain apabilanilai suatu nisbah trigonometri diberi.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    27/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 27

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    5Tahu, faham

    dan bolehbuat dengan

    beradabterpuji

    B5Menggunakan pengetahuandan kemahiran matematik

    dalam menyelesaikan masalahyang kompleks dengan

    menggunakan pelbagai kaedah

    B5D1SUDUT DAN GARIS II

    B5D1E1Menyelesaikan masalah yang melibatkan ciri-ciri

    sudut yang berkaitan dengan garis rentas lintang.

    B5D2POLIGON II

    B5D2E1Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut dan

    sisi poligon.

    B5D3BULATAN II

    B5D3E1Menyelesaikan masalah yang melibatkan simetri,perentas dan lengkok bulatan.

    B5D3E2Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudutpada pusat bulatan dan sudut pada lilitan bulatan.

    B5D3E3Menyelesaikan masalah yang melibatkan bulatan.

    B5D4STATISTIK II

    B5D4E1Menyelesaikan masalah yang melibatkan carta pai.

    B5D4E2Menyelesaikan masalah yang melibatkan mod,median dan min.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    28/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 28

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    5Tahu, faham

    dan bolehbuat dengan

    beradabterpuji

    B5Menggunakan pengetahuandan kemahiran matematik

    dalam menyelesaikan masalahyang kompleks dengan

    menggunakan pelbagai kaedah

    B5D5INDEKS

    B5D5E1Melakukan pendaraban, pembahagian yangdikuasakan ataugabungan operasi tersebut ke atasbeberapa nombor yang diungkapkan dalamtatatanda indeks.

    B5D5E2Melakukan gabungan operasi darab, bahagi danyang dikuasakan yang melibatkan indeks positif,negatif dan pecahan bagi:(a) nombor.(b) sebutan algebra.

    B5D7RUMUS ALGEBRA

    B5D7E1Menyelesaikan masalah yang melibatkan rumus.

    B5D8PEPEJAL GEOMETRI III

    B5D8E1Menyelesaikan masalah yang melibatkan:

    (a) isipadu prisma atausilinder.(b) isipadu piramid ataukon.

    B5D8E2Menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadusfera.

    B5D8E3Menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadupepejal gubahan.

    B5D9LUKISAN BERSKALA

    B5D9E1Menyelesaikan masalah yang melibatkan lukisanberskala.

    B5D10PENJELMAAN II

    B5D10E1Menyelesaikan masalah yang melibatkanpembesaran.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    29/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 29

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    5Tahu, faham dan

    boleh buat denganberadab terpuji

    B5Menggunakan

    pengetahuan dankemahiran matematikdalam menyelesaikan

    masalah yangkompleks dengan

    menggunakanpelbagai kaedah

    B5D11PERSAMAAN LINEAR II

    B5D11E1Menyelesaikan masalah yang melibatkan duapersamaan linear serentak dalam duapembolehubah.

    B5D12

    KETAKSAMAAN LINEAR

    B5D12E1

    Membina ketaksamaan(a) kmkxataukmkx

    (b)k

    m

    k

    xataukmkx

    daripada maklumat yang diberi.

    B5D12E2Menyelesaikan ketaksamaan linear dalam satupembolehubah menggunakan gabungan operasi.

    B5D12E3

    Menyelesaikan dua ketaksamaan linear serentak.

    B5D13GRAF FUNGSI

    B5D13E1Melukis graf fungsi dengan skala yang diberi.

    B5D13E2Menyelesaikan masalah yang melibatkan graffungsi.

    B5D14NISBAH, KADAR DAN KADARAN II

    B5D14E1Menyelesaikan masalah yang melibatkan laju danlaju purata.

    B5D15TRIGONOMETRI

    B5D15E1Menyelesaikan masalah yang melibatkan nisbahtrigonometri.

  • 8/14/2019 DSP Matematik Ting 3

    30/30

    DSP MatematikTingkatan 3 Jun 2013 30

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    6

    Tahu, fahamdan boleh

    buat denganberadabmithali

    B6Menguasai dan mengaplikasipengetahuan dan kemahiran

    matematik secara kreatif,inovatif dan berkesan.

    B6Penyelesaian masalah matematikdalam suatu situasi secara kreatif daninovatif

    B6E1Menggunakan idea kreatif dan inovatif untukmenyelesaikan masalah matematik dalam suatusituasi yang melibatkan gabungan pengetahuan dankemahiran matematikatauMembuat pembentangan dalam pelbagai bentukpersembahan, penulisan , projek atau permainanyang menggunakan pengetahuan dan kemahiranmatematik secara kreatif.