Dsp Psv Ting 1

  • View
    1.255

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Dokumen standard prestasi PBS.

Text of Dsp Psv Ting 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1 15Mac2012

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1 15Mac2012

2

PENDAHULUANDokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1 15Mac2012

3

TAFSIRANo Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai. Evidens : Murid Instrumen Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o

o

o

o

o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1 15Mac2012

4

KERANGKA STANDARD PRESTASIBAND 1 2 3 4 5 6 Tahu Tahu dan Faham Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali STANDARD

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1 15Mac2012

5

TAFSIRAN BANDBAND 1 PERNYATAAN BAND TAHU TAFSIRAN Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

2

TAHU DAN FAHAM

3

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

4

5

6

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1 15Mac2012

6

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUALMatlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUALPendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1 15Mac2012

7

BAND1 2 3 4

PERNYATAAN STANDARDMengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka. Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan dan pemerhatian terhadap sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual. Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional. Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul serta dapat menerangkan tentang hasil kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik. Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan kreatif, mematuhi prosedur serta dapat membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai baik Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkan sumber alam, warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai baik.

5

6

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1 15Mac2012

8

BAND1 Tahu

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

B1D1E1 B1D1 B1 Mengenali dan mengetahui Tahu dan kenal unsur seni dalam Mengenalpasti unsur seni unsur seni dan prinsip rekaan Asas Seni Reka garisan dalam Asas Seni Reka. rupa bentuk jalinan ruang warna B1D2 B1D2E1 Tahu dan kenal prinsip rekaan dalam Mengenalpasti prinsip rekaan Asas Seni Reka Kontra Harmoni Penegasan Imbangan Irama dan pergerakan Kepelbagaian Kesatuan

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1 15Mac2012

9

BAND2 Tahu dan Faham

PERNYATAAN STANDARDB2 Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan dan pemerhatian terhadap sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual.

DESKRIPTOR

EVIDENS

B2D1E1 B2D1 Tahu dan faham tentang kewujudan Mengelaskan unsur seni, garisan, rupa, bentuk, unsur seni pada sumber alam, objek jalinan, ruang dan warna pada sumber alam buatan manusia dan hasil seni visual B2D1E2 Mengelaskan unsur seni garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna pada objek buatan manusia B2D1E3 Mengelaskan unsur seni garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna pada hasil seni visual

B2D2 Tahu dan faham tentang kewujudan prinsip rekaan pada sumber alam, objek buatan manusia dan hasil seni visual

B2D2E1 Mengelaskan prinsip rekaan harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan pada sumber alam B2D2E2 Mengelaskan prinsip rekaan harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian serta kesatuan pada objek buatan manusia B2D2E3 Mengelaskan prinsip rekaan harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian serta kesatuan pada hasil seni visual

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1 15Mac2012

10

BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

PERNYATAAN STANDARD B3 Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan Seni Halus, Ko