Dsp sejarah ting 2

  • View
    217

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Text of Dsp sejarah ting 2

  • DRAFDSPSejarahTingkatan228September2012

    STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH

    TINGKATAN 2

  • DRAFDSPSejarahTingkatan228September2012

    2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

  • DRAFDSPSejarahTingkatan228September2012

    3

    PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan

    untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

    Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai

    perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

    Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

  • DRAFDSPSejarahTingkatan228September2012

    4

    TAFSIRAN o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan

    individu. o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan

    gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan

    menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

    o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang

    dapat ditaksir dan dicapai. o Evidens : Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai

    berdasarkan deskriptor. Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan

    dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

  • DRAFDSPSejarahTingkatan228September2012

    5

    KERANGKA STANDARD PRESTASI

    BAND STANDARD

    1 Tahu

    2 Tahu dan Faham

    3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

    4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

    5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

    6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

  • DRAFDSPSejarahTingkatan228September2012

    6

    TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

    1 TAHU Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.

    2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.

    4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

    5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

    6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

  • DRAFDSPSejarahTingkatan228September2012

    7

    MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

    OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid: OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan

    sepanjang hayat serta mampu berdikari. OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan

    negara dan mempertahankan maruah bangsa. OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negaOM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat

    antarabangsa. OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan. OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni. OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

  • DRAFDSPSejarahTingkatan228September2012

    8

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

    2 Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

    3 Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme .

    4 Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme.

    5 Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.

    6 Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.

  • DRAFDSPSejarahTingkatan228September2012

    9

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    1

    TAHU

    B1 Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

    B1D1 Mengetahui kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah

    Bab 1 B1D1E1 Menyatakan wilayah yang dikuasai oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) B1D1E2 Melorek peta lokasi Negeri-Negeri Selat (KPS) B1D1E3 Menyenaraikan pemimpin Kedah dan Johor yang menentang pertapakan kuasa luar di wilayah mereka (UP) Bab 2 B1D1E4 Menamakan Negeri-Negeri Melayu yang mengalami ketidakstabilan politik B1D1E5 Melorek peta lokasi Negeri-Negeri Melayu yang dikuasai British (KPS) Bab 3 B1D1E6 Menyenaraikan kuasa besar yang berusaha untuk bertapak di Asia Tenggara pada awal kurun ke-20

  • DRAFDSPSejarahTingkatan228September2012

    10

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    B1D1E7 Melorek peta Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor (KPS) B1D1E8 Menyenaraikan pemimpin Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor yang menentang campur tangan British (UP) Bab 4 B1D1E9 Melorek peta kawasan Sarawak pada tahun 1841 B1D1E10 Menamakan pemimpin tempatan yang berjuang mempertahankan kedaulatan Sarawak (UP) Bab 5 B1D1E11 Melorek peta kawasan Sabah pada tahun 1877 (KPS) B1D1E12 Menyenaraikan hasil kekayaan Sabah (UP) Bab 6 B1D1E13 Memerihalkan pertanian dagangan B1D1E14 Menyenaraikan kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu (UP)

  • DRAFDSPSejarahTingkatan228September2012

    11

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    B1D2 Mengetahui tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajahan British

    B1D1E15 Melorek peta kawasan tanaman getah dan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada kurun ke-20 Bab 7 B1D2E1 Menyenaraikan pemimpin setempat yang berjuang untuk kedaulatan bangsa B1D2E2 Melabel peta lokasi kebangkitan pemimpin setempat menentang British (KPS) B1D2E3 Menyenaraikan ciri patriotik pemimpin setempat yang menentang British (UP) Bab 8 B1D2E4 Menyatakan maksud semangat kebangsaan B1D2E5 Melabel peta gerakan kebangsaan di negara luar yang mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di negara kita (KPS) B1D2E6 Menyenarai tokoh nasionalis di negara kita sebelum Pera