DSP Sejarah Ting 3.txt

  • View
    220

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of DSP Sejarah Ting 3.txt

  • Draf DSP Sejarah Tingkatan 3

    grafik7jata

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI

    SEJARAH

    TINGKATAN 3

    STANDARD PRESTASI

  • MATEMATIK TAHUN 1

  • FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

  • PENDAHULUAN

    Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

    Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

    Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

  • TAFSIRAN

    o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.

    o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

    o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai.

    o Evidens :

    Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor.

    Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

  • o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

  • KERANGKA STANDARD PRESTASI

    BAND

    STANDARD

    1

    Tahu

    2

    Tahu dan Faham

    3

    Tahu, Faham dan Boleh Buat

    4

    Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

    5

    Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

    6

    Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

  • TAFSIRAN BAND

    BAND

    PERNYATAAN BAND

    TAFSIRAN

    1

    TAHU

    Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.

    2

    TAHU DAN FAHAM

    Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    3

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

    Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.

    4

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

    5

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

    6

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai

  • keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

  • MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH

    Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

    OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH

    Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:

    OM 1

    Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat serta mampu berdikari.

    OM 2

    Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.

    OM 3

    Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

    OM 4

    Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara dan mempertahankan maruah bangsa.

    OM 5

    Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.

    OM 6

    Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa.

  • OM 7

    Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.

    OM 8

    Mengamalkan nilai-nilai murni.

    OM 9

    Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

  • BAND

    PERNYATAAN STANDARD

    1

    Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

    2

    Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

    3

    Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme .

    4

    Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme.

    5

    Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.

    6

    Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.

  • BAND

    PERNYATAAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    1

    TAHU

  • B1

    Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

  • B1D1

    Mengetahui perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air

  • Bab 1

    B1D1E1

    Menyatakan faktor perluasan kuasa Jepun

    Bab 1

    B1D1E2

    Menamakan tokoh tempatan yang berjuang menentang pendudukan Jepun (UP)

    Bab 2

    B1D1E3

    Menyenaraikan tokoh yang terlibat dalam penentangan terhadap Malayan Union (UP)

    Bab 3

    B1D1E4

    Menyatakan sebab orang Melayu menolak fahaman komunis

    Bab 4

    B1D1E5

    Menyenaraikan usaha membentuk kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri

    Bab 5

    B1D1E6

  • Memerihalkan Rombongan Merdeka 1956

  • BAND

    PERNYATAAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    2

    TAHU DAN FAHAM

  • B2

    Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

  • B1D2

    Mengetahui pembentukan Persekutuan Malaysia

    B2D1

    Memahami perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air

  • Bab 6

    B1D1E7

    Menamakan pemimpin tempatan yang menentang penjajahan British di Sarawak (UP)

    Bab 7

    B1D2E1

    Menyenaraikan tokoh tempatan yang terlibat dalam pembentukan Persekutuan Malaysia (UP)

    Bab 1

    B2D1E1

    Menjelaskan gerakan anti-Jepun di negara kita

    Bab 2

    B2D1E2

    Menjelaskan penubuhan UMNO

  • Bab 3

    B2D1E3

    Menjelaskan keganasan komunis di negara kita pada Zaman Darurat

    Bab 4

    B2D1E4

    Menjelaskan pembentukan Parti Perikatan secara kronologi (KPS)

    Bab 5

    B2D1E5

    Menjelaskan usaha mendapatkan kemerdekaan negara secara kronologi (KPS)

  • BAND

    PERNYATAAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

  • B2D2

    Memahami pembentukan Persekutuan Malaysia

  • Bab 6

    B2D1E6

    Menjelaskan faktor penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British

    Bab 7

    B2D2E1

    Menjelaskan matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia

    Bab 7

    B2D2E2

    Menjelaskan reaksi negara luar terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia

  • BAND

    PERNYATAAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

    3

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

  • B3

    Menerangkan fakta sejarah serta mengaplika