332
1 Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS SOALAN-SOALAN BERTULIS DAN JAWAPAN Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

  • Upload
    lamkien

  • View
    444

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

1

Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP

NEGERI PULAU PINANG

MESYUARAT PERTAMA

PENGGAL PERTAMA

DEWAN UNDANGAN NEGERI

KEEMPAT BELAS

SOALAN-SOALAN BERTULIS

DAN JAWAPAN

Dikeluarkan oleh

BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

PULAU PINANG

Page 2: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

2

NEGERI PULAU PINANG

PENYATA RASMI

MESYUARAT PERTAMA

PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS

Kandungan Muka Surat

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) 5 - 30

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) 30 - 43

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) 44 - 61

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) 61 - 74

Ahli Kawasan Air Itam (YB Joseph Ng Soon Siang) 74 - 94

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) 94 - 105

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail)

106 - 122

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) 123 - 140

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) 140 - 149

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) 150 - 167

Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) 167 - 168

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) 168 - 179

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) 180 - 193

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) 193 - 208

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) 208 - 214

Page 3: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

3

Kandungan Muka Surat

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) 215 - 234

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) 234 - 243

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman)

243 - 266

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) 266 - 285

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) 286 - 299

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) 300 - 307

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) 307 - 311

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) 311 - 327

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) 327 - 329

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) 329 - 330

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) 331 - 332

Page 4: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

4

SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN BERTULIS DARIPADA YAB. KETUA MENTERI

I. Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Terangkan status terkini tentang projek naiktaraf pembesaran Masjid Cherok To'kun Atas yang sering disebut oleh mantan. YB. Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.

(a) Apakah masalah atau halangan yang menyebabkan projek tersebut tidak dapat dilaksanakan sehingga kini?

(b) Nyatakan usaha Kerajaan Negeri dalam menyuburkan syiar Islam di negeri Pulau Pinang.

YAB. Ketua Menteri:

1. (a) Status terkini projek menaik taraf Masjid Cherok To'kun atas adalah di peringkat pengambilan balik tanah. Projek ini tidak menghadapi sebarang masalah atau halangan besar kecuali tempoh masa yang diambil dalam proses pengambilan balik tanah. Proses pengambilan balik tanah kini berada di peringkat pewartaan di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

(b) Semua program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) adalah merupakan usaha dalam menyuburkan serta memperkasa syiar Islam. Ianya diterjemahkan melalui program-program yang berteraskan usaha dakwah, di antaranya seperti usaha dakwah, di antaranya seperti berikut:

(i). Pelaksanaan program Bulan-Bulan Al-Quran.

(ii). Program pembangunan saudara baru.

(iii). Program Pemantapan Sahsiah Remaja Islam dan

(iv). Bengkel Keluarga Sakinah.

Fokus juga turut diberikan kepada program yang berteraskan pendidikan antaranya adalah seperti berikut:-

(i). Majlis Ijtimak Huffaz.

(ii). Program Celik Undang-undang Keluarga Islam.

(iii). Seminar Pencegahan Jenayah Syariah dan

(iv). Program Tahsin Al-Quran.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) juga menyediakan peruntukan tahunan bagi membiayai kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf infrastruktur masjid, surau dan Institusi pengajian agama mengikut permohonan dan keperluan semasa. Manakala di peringkat qariah masjid, peruntukan juga disalurkan bagi melaksanakan program-program pengimarahan masjid dan surau.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Terangkan status terkini tentang projek menaik taraf Jalan Bukit Minyak daripada dua lorong kepada empat lorong.

(a) Bilakah projek ini dijangka akan siap untuk menangani kesesakan lalu lintas yang kian serius?

(b) Nyatakan jumlah kos projek tersebut mengikut kos pembinaan dan kos pengambilan balik tanah.

YAB. Ketua Menteri:

2. (a) Projek menaik taraf Jalan Bukit Minyak daripada dua (2) lorong kepada empat (4) lorong dijangka siap pada penghujung Disember 2018. Kemajuan sebenar kerja di tapak adalah 67% berbanding 71% yang dijadualkan. Sebab-sebab utama kelewatan adalah proses pengambilan balik tanah selama lebih satu tahun, dan kerja-kerja pengalihan utiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Perbadanan Bekalan Air (PBA) dan Telekom Malaysia (TM). Proses pengambilan tanah telah selesai akan tetapi kerja-kerja pengalihan utiliti seperti TNB dan PBA masih lagi berjalan. Kerja dijangka siap penghujung 2018.

Page 5: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

5

(b) Setakat ini, jumlah kos keseluruhan projek ini adalah RM31,446,588.32 di mana kos pembinaan projek ini adalah sebanyak RM8,024,899.92 kos yuran perunding berjumlah RM604,669.00 dan kos pengambilan balik tanah berjumlah RM22,817,019.40.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Sejauh manakah larangan import sisa plastik dikuat kuasakan khasnya di Pulau Pinang?

(a) Senaraikan kilang-kilang yang beroperasi memproses import sisa plastik mengikut daerah, lokasi dan keberatannya.

(b) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa Pulau Pinang tidak dijadikan destinasi pembuangan sisa plastik oleh negara maju di Eropah seperti UK?

YAB. Ketua Menteri:

3. Punca kuasa bagi meluluskan import sisa plastik berada di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sehubungan itu, larangan import sisa plastik oleh Kerajaan Negeri adalah selaras dengan larangan import sisa plastik kod tarif HS 3915 yang dikuatkuasakan oleh KPKT pada 23 Julai 2018 untuk tempoh 3 bulan. Larangan tersebut terpakai di seluruh Negeri Semenanjung Malaysia dan Sarawak selaras dengan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

Di samping itu, KPKT melalui JPSPN akan menubuhkan satu pasukan petugas (Taskforce) Approved Permit (AP) sisa plastik yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPSPN untuk mengkaji semula prosedur dan polisi semasa bagi pengimportan sisa plastik kod tarif HS 3915. Keanggotaan taskforce tersebut terdiri daripada agensi seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

(a) Kilang-kilang yang beroperasi memproses sisa plastik import di Negeri Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kerajaan Negeri memandang serius terhadap isu sisa plastik import yang berlaku di Negeri Pulau Pinang. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui JAS dan Pihak Berkuasa Tempatan akan memantau pematuhan operasi kilang-kilang yang mengimport sisa plastik supaya selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa. Pada masa ini, pendirian Kerajaan Negeri adalah selaras dengan ketetapan KPKT.

RUJ. LAMPIRAN A (BLKL NO. 3.)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Terangkan status terkini tentang projek perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Permatang Tok Suboh yang telah siap dibina.

(a) Nyatakan kriteria dan syarat yang telah dikenakan ke atas proses pengagihan rumah PPR tersebut kepada golongan sasaran.

(b) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membina rumah PPR yang mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan rakyat?

YAB. Ketua Menteri:

4. Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh telah dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di atas tanah seluas 18 ekar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Projek ini menyediakan sejumlah 231 unit rumah teres setingkat, dan berkeluasan 1,300 kaki persegi. Kerja-kerja fizikal projek telah siap sepenuhnya dan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 21 Disember 2017.

Buat masa ini pihak KPKT masih belum memuktamadkan jenis sewaan yang akan ditawarkan kepada pemohon yang layak. Meskipun begitu, dalam beberapa sesi perbincangan yang diadakan bersama pihak Kerajaan Negeri telah dipersetujui bahawa tawaran skim sewa-beli merupakan mekanisma yang paling sesuai selaras dengan jumlah permohonan Rumah Mampu Milik ‘A’ harga maksima RM42,000 (RMM ‘A’) yang tinggi bagi Daerah Seberang Perai Tengah.

Page 6: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

6

(a) Permohonan unit PPR sewa-beli akan dikenakan syarat sebagai mana dasar Kerajaan Negeri terhadap pemohon RMM ’A’. Selain perlu berdaftar dengan Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pemohon mematuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan;

(iii) Anak kelahiran Pulau Pinang atau bermastautin di Pulau Pinang;

(iv) Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang;

(v) Bekerja di Pulau Pinang; dan

(vi) Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00.

Dalam pada itu, Kebenaran Merancang projek ini telah menetapkan bahawa keutamaan akan diberi kepada 54 keluarga setinggan yang menduduki kawasan bersebelahan tapak seperti mana disenaraikan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Tengah.

(b) Kerajaan Negeri sememangnya sedar terdapat permintaan yang tinggi dari kalangan pemohon PPR di Pulau Pinang khasnya di Daerah Timur Laut. Sehubungan itu, mantan Y.A.B. Ketua Menteri sendiri sejak 20 April 2017 telah mengutus beberapa surat kepada YB. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada masa itu mencadangkan tiga lot tanah di kawasan Jelutong yang dililhat berpotensi untuk dijadikan tapak PPR. Usaha ini telah menunjukkan perkembangan yang positif susulan perubahan tampuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan selepas pilihanraya umum yang lalu. Rombongan unit teknikal daripada KPKT telah hadir ke Pulau Pinang pada 29 Jun 2018 bagi membuat penilaian kesesuaian tapak-tapak yang dicadangkan iaitu Lot 10042, 10043 dan sebahagian Petak A di Seksyen 1, Bandar Jelutong.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Sila berikan kronologi secara terperinci tentang isu pembangunan tanah TUDM di Butterworth.

(a) Nyatakan nilai tanah pasaran yang terkini untuk tanah tersebut mengikut kaki persegi dan jumlah keluasan tanah mengikut lot.

(b) Sila nyatakan pendirian Kerajaan Negeri ke atas cadangan pembangunan tersebut.

YAB. Ketua Menteri:

5. Tanah Pangkalan Udara TUDM adalah hak milik Persuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dengan keluasan 70.069 ekar merangkumi Lot 901, 902 dan 903. Pada 8 Februari 2017, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Cadangan Pemindahan dan Pembangunan Semula Fasiliti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara (PU) Butterworth, Pulau Pinang tidak diteruskan.

Kerajaan Negeri tiada halangan sekiranya Kerajaan Persekutuan hendak melaksanakan projek Cadangan Pemindahan dan Pembangunan Semula Fasiliti TUDM di PU Butterworth. Walau bagaimanapun, sesi engagement dengan pihak berkepentingan perlu dilaksanakan terlebih dahulu oleh Kerajaan Persekutuan agar pelaksanaannya dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Kulim semakin serius.

(a) Terangkan status terkini tentang rancangan menaik taraf Jalan Kulim.

(b) Nyatakan masalah dan halangan yang menyebabkan projek tersebut masih tidak dilaksanakan.

(c) Sila kemukakan kajian dan cadangan yang telah dibuat untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas di sekitar jaringan Jalan Kulim.

YAB. Ketua Menteri:

6. (a) Pada masa ini, rekabentuk bagi cadangan menaiktaraf Jalan Kulim telah disiapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Susulan penyiapan rekabentuk, pembinaan projek ini akan dimulakan setelah kelulusan peruntukan untuk pembinaan dan pengambilan tanah diperolehi.

Page 7: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

7

(b) Projek ini tidak menghadapi sebarang masalah atau halangan. Susulan penyiapan rekabentuk projek, pihak JKR kini menunggu kelulusan peruntukan dari Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan pembinaan dan pengambilan tanah oleh Pejabat Daerah dan Tanah. JKR akan menender projek ini untuk tujuan pembinaan selepas selesai proses pengambilan tanah. Kesemua proses ini perlu dipatuhi bagi memastikan kelancaran projek.

(c) Antara kajian dan cadangan bagi menangani masalah kesesakan lalulintas di sekitar jaringan Jalan Kulim adalah seperti berikut:

(i). Pelebaran Jalan Kulim dari dua (2) lorong kepada empat (4) lorong;

(ii). Menaiktaraf Jalan Kampung Besar menjadi jalan tunggal dua hala mengikut spesifikasi JKR;

(iii). Membina jalan baharu yang menghubungkan Jalan Murthy dengan Jalan Muthu Palaniappan;

(iv). Hasil Kajian Impak Lalulintas yang dilaksanakan oleh pemaju Total Vista Sdn. Bhd, Berkat Dasar Bumi Sdn. Bhd. dan GTM Land and Properties Sdn. Bhd. seperti yang disyaratkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), pihak pemaju perlu melaksanakan pelebaran Jalan Kulim di hadapan cadangan pembangunan; dan

(v). Menggalakan orang ramai menggunakan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) Bukit Mertajam bermula 10 April 2018. Laluan CAT Bukit Mertajam adalah seperti berikut :

Jalan Aston – Jalan Kulim – Jalan Maju – Jalan Song Ban Kheng – Jalan Betek – Jalan Betek 1 – Lorong Tembikai 1 – Jalan Nangka – Jalan Permatang Batu – Jalan Perda Barat – Jalan Perda Utama – Jalan Permatang Rawa – Jalan Ciku

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Sila jelaskan status perlaksanaan program "Healthier Penang" yang memberikan kad elektronik "I LOVE Penang" untuk rakyat menikmati rawatan klinik percuma.

(a) Nyatakan secara terperinci tentang bagaimana perlaksanaan kad elektronik digunapakai.

(b) Apakah kad elektronik "I LOVE Penang" boleh dibangun untuk menjadi kad pintar untuk semua program i-Sejahtera dan kebajikan?

YAB. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Penang Sihat di mana isi rumah berpendapatan RM5,000.00 ke bawah akan menerima kredit RM300.00 setahun manakala individu yang tidak berkahwin dengan pendapatan kurang daripada RM2,500.00 sebulan akan mendapat kredit RM150.00 setahun dengan had RM50.00 setiap rawatan. Program ini bakal memanfaatkan 195,000 isi rumah dan dijangka akan menelan belanja sebanyak RM60 juta setahun.

Sehubungan dengan itu, kad pintar “I LOVE Penang” masih dalam fasa pembangunan sistem dan software untuk menyokong program-program yang akan terlibat dalam program ini. Fasa kedua akan melibatkan program-program lain seperti “i-Sejahtera” dan Agenda Ekonomi Saksama (AES). Oleh yang demikian, kad ini bukan sahaja untuk program kesihatan malah ianya akan menjadi kad pintar pelbagai fungsi.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri tetap komited untuk memastikan pelaksanaan program dan pelancaran kad ini berjalan sepertimana yang telah dirancangkan. Kad ini dijangkakan dilancar pada Januari 2019.

(a) Kad ini akan bertindak sebagai kad debit yang membolehkan penerima menggunakan kad ini di klinik atau hospital swasta yang akan berdaftar dengan program ini. Setiap tahun, isi rumah yang berpendapatan kurang RM5,000.00 akan diberi kredit RM300.00 dalam kad “I LOVE Penang” untuk membayar yuran perkhidmatan pesakit luar berserta ubat, dengan had RM50.00 setiap rawatan. Individu yang tidak berkahwin dengan pendapatan kurang daripada RM2,500.00 sebulan akan mendapat kredit RM150.00 setahun dengan had sama RM50.00 setiap rawatan. Perincian pelaksanaan masih di peringkat perbincangan dan akan diwar-warkan kepada rakyat setelah pelaksanaan kad ini lengkap sepenuhnya.

Page 8: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

8

(b) Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk meluaskan fungsi kad pintar “I LOVE Penang” untuk digunakan bagi program kebajikan seperti Program “i-Sejahtera” dan Agenda Ekonomi Saksama (AES) setelah segala penambaikan bagi fasa 1 dilakukan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Senaraikan bilangan penduduk Pulau Pinang yang mempunyai masalah kewarganegaraan (IC merah) mengikut daerah, kaum, umur dan jantina.

(a) Terangkan sebab-sebab masalah kewarganegaraan ini berlaku sehingga kini dan tidak dapat ditangani dengan baik?

(b) Apakah peranan kerajaan negeri dalam usaha menangani masalah ini?

YAB. Ketua Menteri:

8. Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) atau dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada warga asing yang memegang Permit Masuk serta mempunyai pasport yang sah daripada negara asal. Individu warga asing yang bertaraf Pemastautin Tetap akan dibenarkan untuk menetap di Malaysia tanpa had masa. Selain itu, MyPR yang dikeluarkan kepada mereka juga memudahkan pelbagai urusan seperti perbankan dan lain-lain. Berdasarkan rekod JPN sehingga 31 Mei 2018, jumlah pemegang MyPR di Negeri Pulau Pinang adalah seramai 10,850 orang. Daripada jumlah tersebut, pecahan mengikut bandar, negara asal, umur dan jantina adalah seperti berikut:

Jadual 1 : Pecahan MyPR Mengikut Bandar

BIL BANDAR ALAMAT BILANGAN

1 GEORGETOWN 2,887

2 BUKIT MERTAJAM 1,402

3 BAYAN LEPAS 1,387

4 BUTTERWORTH 1,025

5 PERAI 888

6 AYER ITAM 833

7 GELUGOR 504

8 NIBONG TEBAL 380

9 SIMPANG AMPAT 262

10 TANJONG BUNGAH 254

11 BALIK PULAU 224

12 KEPALA BATAS 185

13 PERMATANG PAUH 123

14 SUNGAI BAKAP 116

15 TASEK GELUGOR 111

16 PULAU PINANG 83

17 BATU FERRINGHI 81

18 SUNGAI JAWI 48

19 PENAGA 45

20 BATU MAUNG 8

21 PENANG HILL 3

22 MAKLUMAT TIADA 1

JUMLAH 10,850

Jadual 2 : Lima (5) Negara Asal Tertinggi

BIL NEGARA ASAL BILANGAN

1 INDONESIA 4,358

2 INDIA 1,497

3 THAILAND 417

4 SINGAPURA 297

5 CHINA 242

6 Lain-lain 4,039

JUMLAH 10,850

Page 9: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

9

Jadual 3 : Julat Umur

UMUR 21 THN

KEBAWAH 21 - 59

60 TAHUN KEATAS

JUMLAH

BILANGAN 107 5,524 5,219 10,850

Jadual 4 : Jantina

UMUR LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

BILANGAN 6,972 3,878 10,850

(a) Pihak Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dianugerahkan kepada MyPR yang benar-benar layak. Dalam hal ini permohonan untuk mendapat warganegara Malaysia akan diteliti dengan terperinci secara case - by - case bagi memastikan kewarganegaraan hanya di anugerah kepada yang layak serta memberi sumbangan yang signifikan kepada negara serta menumpah taat setia kepada Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong.

(b) Program Kewarganegaraan Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri pada 1 Februari 2013 bagi menangani isu rakyat tanpa kerakyatan turut membantu individu-individu dengan kad pengenalan merah untuk mengemukakan permohonan kewarganegaraan yang lengkap dengan Jabatan-jabatan Pendaftaran Negara.

Sehingga 21 Mei 2018, seramai 381 individu dengan kad pengenalan merah telah dibantu melalui program ini. Dari jumlah tersebut, sebanyak 103 permohonan lengkap telah dikemukakan kepada Jabatan-jabatan Pendaftaran Negara dan dari jumah 103 permohonan lengkap ini, sebanyak 8 kes telah berjaya manakala 95 kes masih berada dalam tindakan jabatan-jabatan kerajaan tersebut.

Baki 278 kes pula masih berada dalam tindakan Pegawai-pegawai Pembantu Kewarganegaraan bagi mengumpul semua dokumen yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan yang lengkap.

Sejajar dengan Manifesto Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah komuniti India yang tidak mempunyai kewarganegaraan, Pegawai-pegawai Pembantu Kewarganegaraan sedang mengumpul semua kes-kes berkaitan individu-individu dari semua kaum yang memiliki kad pengenalan merah untuk dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Negera Pulau Pinang bagi proses permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Pegawai-pegawai Pembantu Kewarganegaraan juga sering berhubung dan bekerjasama dengan pihak Jabatan-jabatan Pendaftaran Negara untuk menangani isu-isu penduduk Pulau Pinang yang mempunyai masalah kewarganegaraan (kad pengenalan merah).

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Senaraikan jumlah penerima program Pelajar Emas serta jumlah keseluruhan pelajar mengikut tingkatan dan daerah sejak 2013.

(a) Bolehkah Kerajaan Negeri boleh terus memberi bantuan Pelajar Emas kepada semua yang layak tanpa pengisian borang maklumat dan karenah birokrasi?

(b) Jika tidak boleh, terangkan kenapa?

YAB. Ketua Menteri:

9. Jumlah keseluruhan penerima program Skim Pelajar Emas sejak tahun 2013 hingga Julai 2018 adalah seramai 244,172 orang. Pecahan mengikut tingkatan dan daerah adalah seperti berikut:-

DAERAH DARJAH 1 DARJAH 4 TINGKATAN 1 TINGKATAN 4 JUMLAH

SPT 17,705 17,224 17,669 14,479 67,077

SPU 16,870 15,471 15,227 13,128 60,696

SPS 9,839 9,236 8,710 7,486 35,271

DTL 15,119 14,133 14,600 12,402 56,254

DBD 7,889 6,968 5,605 4,412 24,874

JUMLAH 67,422 63,032 61,811 51,907 244,172

Page 10: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

10

(a) Kerajaan Negeri sememangnya komited untuk mempermudahkan mekanisme pembayaran setiap tahun melalui perbincangan dalam mesyuarat post mortem yang akan diadakan selepas selesai sesi pembayaran program-program iSejahtera. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pendidikan bagi membincangkan cadangan untuk membenarkan pihak sekolah terlibat dalam pendaftaran, pengesahan dan pembayaran bagi Program Skim Pelajar Emas tanpa perlu melibatkan pengisian borang secara manual dan mengurangkan birokrasi. Pembayaran juga dicadangkan dilakukan secara electronic fund transfer (EFT) bagi pelajar yang mempunyai akaun bank dan pembayaran secara tunai di sekolah bagi pelajar yang tidak mempunyai akaun agar memudahkan para pelajar menuntut wang sumbangan dan secara langsung menjimatkan masa serta kos pengangkutan. Kaedah ini diyakini dapat dilakukan dengan mengambil kira Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah dibawah Kerajaan Pakatan Harapan berbanding dengan sebelum PRU 14.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Senaraikan bilangan pelajar yang menerima bantuan pendaftaran pelajaran ke IPT sejak 2013 mengikut daerah dan jumlah peruntukan.

(a) Kenapa hanya lima buah IPTS diluluskan oleh MMK untuk menerima bantuan?

(b) Adakah kerajaan akan mempertimbangkan lebih banyak IPTS ke dalam senarai IPTS yang boleh menerima bantuan?

YAB. Ketua Menteri:

10. Senarai pelajar-pelajar yang menerima bantuan pendaftaran pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sejak 2013 mengikut daerah dan jumlah peruntukan adalah seperti di Lampiran A.

(a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat komited dalam menjaga kebajikan rakyat Negeri Pulau Pinang lebih-lebih lagi di dalam sistem pembelajaran negara. Selaras dengan misi Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu menjadi negeri maju dan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, Pentadbiran ini mengambil inisiatif menggunakan platform yang boleh dicapai oleh semua pengguna untuk menikmati Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi secara “one-off” oleh Kerajaan Negeri.

Sehingga kini sebanyak lima buah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sahaja yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi mendapatkan bantuan kemasukan ke lima (5) Universiti IPTS berkenaan adalah :

(i) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

(ii) Universiti Terbuka Wawasan (WOU)

(iii) Universiti AIMST

(iv) Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR)

(v) Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang

Antara asas pemilihan lima (5) universiti tersebut ialah kursus-kursus yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan keperluan negeri ini. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk membuat pertambahan senarai IPTS.

(b) Selari dengan perkembangan semasa, kejayaan ekonomi dan sosio-politik Pulau Pinang adalah hasil daripada usaha kolektif semua rakyatnya. Atas sebab ini Kerajaan Negeri sudah tentu mempertimbangkan IPTS-IPTS yang lain untuk dimasukkan ke dalam senarai yang boleh menerima bantuan kepada pelajarnya, dengan syarat antara lain terdapat permohonan daripada IPTS itu sendiri.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BLKL NO. 10)

Page 11: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

11

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Terangkan status tanah milikan syarikat 1MDB, bernilai RM1.3 billion yang terletak di Ayer Itam, Penang.

(a) Nyatakan rancangan atau cadangan pembangunan yang bakal dijalankan oleh pemilik tanah tersebut?

(b) Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas tanah tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

11. Semakan Pejabat Tanah dan Galian Negeri, mendapati status milikan tanah 1MDB RE (Ayer Itam) Sdn. Bhd. Pulau Pinang adalah seperti berikut :

ID Hakmilik Bandar/ Mukim Kategori Tanah No Lot Luas

Keseluruhan (meter persegi)

Syer Pemilikan

Luas Dimiliki

oleh 1MDB (Meter

Persegi)

Geran 4661 Mukim 13, Daerah Timur Laut Tiada 1457 166,047.31 11/100 18,265.20

Geran 53264 Mukim 13, Daerah Timur Laut Tiada 1584 62,726.27 1/4 15,681.57

Geran 43187 Bandar Ayer Itam, Daerah Timur Laut

Tiada 1561 244,276.65 1/4 61,069.16

(a) Syarikat 1MDB RE (Ayer Itam) Sdn. Bhd. adalah syarikat swasta dan Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat berhubung perancangan syarikat untuk pembangunan tanah tersebut. Sehingga bulan Jun 2018, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak menerima sebarang permohonan kebenaran merancang di atas tanah tersebut.

(b) Buat masa ini, tiada tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas tanah tersebut. Namun begitu, sekiranya ada cadangan untuk membangunkan kawasan berkenaan oleh syarikat tersebut Kerajaan Negeri tetap akan memastikan syarikat ini mematuhi segala syarat kebenaran merancang termasuk menyediakan rumah kos rendah sekiranya pembangunan yang dikemukakan melibatkan pemajuan melebihi 150 unit kediaman.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Terangkan secara terperinci tentang status terkini projek pembangunan Penang World City.

(a) Adakah pembangunan tersebut telah mencapai KPI dan harapan asal yang telah ditetapkan?

(b) Apakah pelan mitigasi yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri sekiranya projek tersebut tidak mencapai KPI dan sasaran yang telah ditetapkan?

YAB. Ketua Menteri:

12. Penang World City merupakan projek di bawah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan pembinaan kediaman dan pembangunan bercampur dilaksanakan secara Request For Proposal (RFP). Projek ini dibahagikan kepada 6 parcel pembangunan di mana status terkini bagi Parcel 1 telah disiapkan pada September 2017, Parcel 2 dalam pelaksanaan, manakala Parcel 3,4,5 dan 6 masih dalam peringkat perancangan seperti perincian berikut:

Bil Parcel-ParcelPembangunan

Status Perlaksanaan % Perlaksanaan

Tarikh Mula

Tarikh Siap

1. Parcel 1 Telah disiapkan pada September 2017

100% Ogos 2014

September 2017

2. Parcel 2A Kerja Piling dan kerja asas (foundation works) telah

disiapkan

18% April 2018 Disember 2020

Parcel 2B Kerja Piling dan kerja

asas (foundation works) dalam Progress

7% Februari 2018

Disember 2021

3. Parcel 3A Peringkat kelulusan perancang - Januari 2019

Early 2022

Page 12: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

12

Parcel 3B Kerja Piling dan kerja

asas (foundation works) dalam Progress

7% Februari 2018

Disember 2021

Parcel 3C Peringkat reka bentuk, Disasarkan

Kebenaran Merancang submission pada

September 2018

- May 2019 May 2023

4. Parcel 4A Peringkat reka bentuk, Disasarkan Kebenaran

Merancang submission pada September 2018

- May 2019 May 2023

Parcel 4B Sebahagian daripada pembangunan

tebus guna DP

5. Parcel 5 & 6 Dijangka kelulusan Kebenaran Merancang untuk kerja

tanah (earthwork) –September 2018. Commencement of work di

sasarkan pada Q3, 2018. Kerja-kerja tanah dijangka siap pada Q4, 2020.

DP

(a) Perancangan asal dan KPI keseluruhan pembangunan projek ini adalah untuk disiapkan pada November 2019. Namun, ianya tidak dapat dicapai dan jangkaan tarikh siap yang dipinda adalah pada tahun 2023.

(b) PDC telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan projek pembangunan ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan, antaranya :-

(i) Pemantauan rapi dengan menyokong segala pelan pembangunan yang telah dikemukakan oleh Ivory Properties Group Berhad (IPGB) serta membantu di dalam mendapatkan kelulusan segera dari pihak berkuasa agar pembangunan projek ini berjalan lancar;

(ii) Mengadakan mesyuarat koordinasi secara berkala sebagai pemantauan kemajuan projek;

(iii) Menyokong penstrukturan semula syarikat pemaju sebelum ini seperti perubahan di dalam pemilikan syer utama syarikat supaya mendapat pelabur yang lebih berdaya saing serta berkemampuan dari segi kedudukan kewangan;

(iv) IPGB dikehendaki memberi jaminan dalam bentuk Performance Bond kepada PDC; dan

(v) IPGB perlu mendapatkan kebenaran PDC dimana perlu terlebih dahulu di dalam sebarang perubahan dari segi pembangunan, pemilikan syer syarikat dan lain-lain sepertimana yang termaktub didalam Purchase & Development Agreement yang bertindak sebagai kaedah kawalan dan pemantauan oleh PDC.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Terangkan secara terperinci tentang aktiviti lombongan pasir di sepanjang Sungai Junjong yang melibatkan runtuhan tebing sungai di bahagian SPT dan SPS.

(a) Nyatakan tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan ke atas pengusaha-pengusaha lombong pasir tersebut?

(b) Jelaskan standard of procedure (SOP) untuk memberi kebenaran mengambil pasir kepada pengusaha.

YAB. Ketua Menteri:

13. Terdapat dua (2) operator yang menjalankan operasi pengeluaran pasir sungai bagi kerja-kerja mendalam dan membaik pulih Sungai Junjong. Operator tersebut adalah Koperasi Usahawan Pulau Pinang (KUBTEN) yang dilantik oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) dan Syarikat Pembinaan MASH yang dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang. Kedua-dua operator ini telah diluluskan Permit 4B oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Aktiviti yang dirujuk merupakan Projek Mendalam Dan Membaiki Sungai Junjong yang telah dilancarkan pada 21 Ogos 2017 oleh Kerajaan Negeri melalui JPS dan kontraktor tersebut dilantik untuk kerja-kerja tersebut, iaitu Syarikat Pembinaan MASH telah disyaratkan untuk mendapatkan Permit Pengeluaran Bahan Batuan (Permit 4B) di bawah Kanun Tanah Negara 1965 bagi

Page 13: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

13

membolehkan pasir sungai yang dikeluarkan tersebut dikenakan royalti dan menjadi hasil kepada Kerajaan Negeri.

Oleh kerana sempadan daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan Seberang Perai Tengah (SPT) sebahagian besarnya berada dalam Sungai Junjong, Syarikat Pembinaan MASH telah mengemukakan Permohonan Permit 4B kepada kedua-dua PDTSPS dan PDTSPT bersama Pelan Aras dan Butiran yang disediakan oleh Jurukur Berlesen bagi menunjukkan sempadan sebenar di tapak selain menganggarkan kuantiti bahan batuan yang bakal dikeluarkan sepanjang kerja-kerja dijalankan.

(a) Kedua-dua PDTSPS dan PDTSPT telah bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Selatan (JPSSPS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Tengah (JPSSPT) bagi memantau kerja-kerja di tapak. Sepanjang pemantauan yang dilakukan, didapati keadaan tebing sungai di bahagian SPT telah berlaku banyak runtuhan dan sedikit runtuhan di bahagian SPS, di mana runtuhan tebing yang berlaku di kawasan pengorekan dan pengambilan pasir terbabit adalah di bawah kerja-kerja yang dijalankan oleh KUBTEN yang telah diluluskan Permit 4B mulai 2 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018. Pihak KUBTEN telah diarahkan oleh PDTSPT untuk menghentikan operasi pengeluaran pasir sungai dengan serta merta mulai 16 Mac 2018 bagi memulihkan jajaran tebing Sungai Machang Bubok yang telah runtuh. Pihak KUBTEN juga diminta untuk mematuhi semua terma-terma yang disyaratkan seperti kelulusan Permit 4B. Manakala JPS telah mengarahkan Syarikat Pembinaan MASH untuk hanya mengorek bagi tujuan mengelakkan banjir sahaja di mana pasir korekan diletakkan di tebing dan bermsungai. Pemantauan berterusan tetap dilaksanakan oleh jabatan-jabatan tersebut.

(b) Pengeluaran pasir oleh mana-mana orang atau badan adalah tertakluk kepada Permit Pengeluaran Bahan Batuan di bawah Bahagian Empat, Kanun Tanah Negara 1965, di mana Standard Operation Procedure (SOP) terlibat adalah seperti berikut:

(i) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan Permit Pengeluaran Bahan Batuan berserta wang proses kepada Pentadbir Tanah yang berkaitan;

(ii) Penyediaan laporan daripada agensi teknikal berkaitan yang menyatakan syarat-syarat dan spesifikasi yang ditetapkan;

(iii) Permohonan diangkat kepada Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) untuk pertimbangan, selanjutnya keputusan JKTN diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN);

(iv) Kelulusan Permit 4B/4C dimaklumkan kepada pemohon di mana pemohon dikehendaki membayar sejumlah deposit yang ditentukan oleh PBN, fi pendudukan (sekiranya melibatkan tanah Kerajaan) yang dikira berdasarkan keluasan dan kadar yang ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Tanah Pulau Pinang, serta bayaran royalti yang ditentukan berdasarkan kuantiti bahan batuan yang dikeluarkan dengan kadar yang telah ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Tanah Pulau Pinang; dan

(v) Sekiranya terdapat isu pelanggaran syarat dan ketidakpatuhan syarat dan spesifikasi yang ditetapkan oleh agensi teknikal, Pentadbir Tanah mengesyorkan untuk mengambil tindakan menggantung Permit 4B dan kerja-kerja di tapak atau operator ditamatkan operasi di tapak.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Nyatakan usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan taska komuniti (Community Child Care Centre) untuk mempertingkatkan kadar golongan wanita bekerja.

(a) Senaraikan kadar bayaran perkhidmatan taska mengikut daerah.

(b) Apakah peranan kerajaan dalam usaha memastikan taska telah dikendalikan dengan profesional serta selamat?

Page 14: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

14

YAB. Ketua Menteri:

14. Sehingga kini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membiayai dua (2) buah Pusat Jagaan Kanak-kanak (PJKK) iaitu di Padang Tembak dan Bukit Mertajam serta Taska d’KOMTAR untuk membantu golongan ibu bekerja.

Kategori taska terdiri daripada Taska Institusi, Taska Tempat Kerja, Taska di Rumah dan Taska Komuniti dan perbezaannya adalah seperti berikut:

(i). Taska Institusi menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan dan ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO);

(ii). Taska Tempat Kerja menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan dan ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja;

(iii). Taska di Rumah menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan dan dijalankan di kediaman sendiri; dan

(iv). Taska Komuniti menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan, menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar.

Buat masa ini tiada kategori Taska Komuniti yang berdaftar di Negeri Pulau Pinang di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jumlah Taska berdaftar dan tidak berdaftar mengikut kategori adalah seperti di Lampiran A.

(a) Kadar bayaran perkhidmatan Taska di Negeri Pulau Pinang mengikut daerah adalah seperti di Lampiran B.

(b) JKM bertanggungjawab memastikan pengusaha taska mengendalikan taska dengan profesional dan selamat melalui langkah-langkah berikut:

(i). Sebelum mengeluarkan perakuan pendaftaran taska, JKM akan memastikan pengusaha taska mematuhi akta, peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JKM;

(ii). Pengusaha dan pengasuh perlu hadir dan lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak;

(iii). Pemeriksaan berkala akan dilaksanakan bagi semua taska yang berdaftar untuk memastikan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak terjamin; dan

(iv). Mana-mana taska yang tidak patuh atau melanggar akta dan peraturan taska akan diambil tindakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JKM.

Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan proses pemutihan sebagai usaha untuk mendaftarkan semua taska dan Pusat Jagaan (PJ) di Pulau Pinang. Masalah utama yang dikenal pasti menjadi punca taska dan PJ tidak berdaftar adalah disebabkankos permohonan tukar guna bangunan kediaman kepada taska dan PJKK yang tinggi di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk memberi diskaun 90% ke atas bayaran pemajuan infrastruktur untuk permohonan tukar guna bangunan kediaman kepada taska dan PJKK bagi mereka yang tidak berlesen dan beroperasi sebelum 15 September 2017. Tempoh diskaun ini adalah dari 15 September 2017 sehingga 14 September 2018. Tindakan penguatkuasaan bersepadu bersama semua agensi yang terlibat akan diambil terhadap taska dan pusat jagaan yang masih beroperasi tanpa lesen selepas tamat tempoh pemberian diskaun 90%.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BLKL NO. 14)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Nyatakan status terkini tentang projek naiktaraf Jalan Permatang Tinggi, Laluan Persekutuan 1, untuk menangani kesesakan lalulintas serta pertingkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

(a). Senaraikan projek-projek pembangunan yang sedang dan akan dijalankan di sepanjang laluan mengikut lokasi dan bilangan unit bangunan.

(b). Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan keselamatan lalu lintas dapat dijamin?

Page 15: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

15

YAB. Ketua Menteri:

15. Cadangan menaik taraf jalan 2 lorong kepada Jalan Berkembar 4 Lorong dari Permatang Tinggi ke Sungai Juru, Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah telah disenaraikan dalam Rolling Plan (RP) ke-4 - Rancangan Malaysia Ke-11. Permohonan pelaksanaan cadangan ini telah diangkat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang kepada Kementerian Kerja Raya dan lawatan tapak juga telah diadakan oleh Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia. Walau bagaimanapun cadangan projek ini tidak diluluskan dan akan dimohon semula dalam RP ke-5.

(a) Perincian projek pembangunan oleh pemaju yang sedang dan akan dijalankan di sepanjang Jalan Permatang Tinggi mengikut lokasi dan bilangan bangunan adalah seperti di Lampiran A.

(b) Dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memastikan infrastruktur jalan raya sentiasa dalam keadaan yang baik, di mana pemantauan ke atas kualiti permukaan jalan raya, perabot-perabot dan longkang tepi jalan sentiasa dijalankan melalui rondaan rutin oleh JKR. Tindakan penyelenggaraan jalan selanjutnya dilaksanakan berdasarkan hasil pemantauan berkenaan. Di samping itu, bagi jalan-jalan perbandaran, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil usaha seperti berikut bagi memastikan keselamatan lalu lintas :

(i) Penetapan syarat pengemukaan Laporan Kajian Impak Lalu Lintas / Traffic Impact Assessment (TIA) bagi pembangunan yang melebih 200 unit kediaman untuk pembangunan perumahan dan 45,000 kaki persegi (luas lantai) untuk pembangunan komersial. Hasil daripada laporan tersebut, sekiranya terdapat isu kesesakan / keselamatan lalu lintas yang memerlukan penambahbaikan, maka pihak PBT / JKR akan mensyaratkan pemaju untuk menambah baik reka bentuk jalan seperti mana yang telah dicadangkan dalam laporan TIA;

(ii) Penetapan syarat pengemukaan Laporan Audit Keselamatan Jalan Raya / Road Safety Audit (RSA). Hasil daripada laporan tersebut, sekiranya terdapat isu keselamatan jalan raya yang memerlukan penambahbaikan, maka pihak PBT / JKR akan mensyaratkan pemaju untuk menambah baik reka bentuk jalan seperti mana yang telah dicadangkan dalam laporan RSA; dan

(iii) Membincangkan isu-isu keselamatan lalu lintas dalam Jawatankuasa Majlis Keselamatan Jalan Raya Pulau Pinang bagi mengenal pasti lokasi yang memerlukan tindakan untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

RUJ. LAMPIRAN A (BLKL NO.15)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Senaraikan cadangan projek pembinaan asrama pekerja asing di Negeri Pulau Pinang mengikut lokasi, bilangan unit dan pemaju.

(a) Terangkan secara terperinci tentang status terkini bagi setiap projek pembinaan tersebut.

(b) Bagaimanakah kerajaan menangani implikasi sosial pembinaan tersebut khasnya bantahan daripada penduduk setempat?

YAB. Ketua Menteri:

16. (a) Berdasarkan rekod, terdapat lima (5) lokasi pembinaan asrama pekerja yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dengan jumlah keseluruhan unit yang bakal dibina sebanyak 2,390 unit. Senarai terperinci dan status pembinaan adalah seperti di Lampiran A.

(b) Dalam usaha menangani bantahan penduduk setempat terhadap pembinaan hostel pekerja, Kerajaan Negeri telah melakukan beberapa perjumpaan dan sesi dialog bersama penduduk setempat dan mengambil kira setiap pandangan yang dikemukakan. Sebagai contoh, bagi projek pembinaan kuarters pekerja di Juru oleh Syarikat Westlite Dormitory Sdn. Bhd., pihak syarikat telah mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh penduduk dengan mengurangkan jumlah keluasan tanah daripada 12.6 ekar kepada 6.6 ekar di mana projek yang pada mulanya boleh menempatkan 12,000 orang pekerja telah dikurangkan kepada 6,102 orang pekerja sahaja.

Page 16: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

16

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga turut menjelaskan kepada penduduk bahawa projek pembinaan hostel pekerja ini akan dapat menyelesaikan masalah sosial dan persekitaran yang melibatkan pekerja di kawasan berkenaan. Di samping itu, pembinaan hostel ini juga akan dilengkapi dengan ciri-ciri kawalan keselamatan yang tinggi bagi mengawal pergerakan keluar masuk pekerja asing di asrama tersebut. Malahan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, Kerajaan Negeri juga turut melebarkan Jalan Juru daripada dua lorong kepada empat lorong bermula dari Persimpangan Jalan Tok Kangar sehingga Persimpangan Jalan Permatang Tinggi.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Senaraikan kawasan yang mempunyai internet jalur lebar yang menggunakan fiber optic mengikut daerah dan lokasi.

(a) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan internet yang berkelajuan tinggi dengan harga yang berpatutan?

(b) Sejauh manakah liputan internet di seluruh negeri Pulau Pinang khasnya di kawasan desa yang kurang akses kepada perkhidmatan internet?

YAB. Ketua Menteri:

17. Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada pihak PEGIS, 50% kawasan di seluruh Negeri Pulau Pinang telah diliputi jajaran fiber sepanjang 3,217 km dengan 600 km daripadanya adalah di jalan-jalan utama negeri. Ini bermakna, 80% jalan-jalan utama telah diliputi fiber.

Senarai kawasan yang mempunyai internet jalur lebar yang menggunakan fibre optic mengikut daerah dan lokasi adalah seperti di Lampiran A.

(a) Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan syarikat telekomunikasi menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi pada harga yang berpatutan untuk seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang melalui pelaksanaanFiber Forward Penang (FFP) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 27 Mei 2015. Penetapan One Dig Policy kepada semua syarikat telekomunikasi dengan menandatangani Non Disclosure Agreement (NDA) adalah untuk menggalakkan syarikat-syarikat telekomunikasi memasang dan berkongsi fiber optik selain menggantikan rangkaian kuprum bagi tujuan penjimatan kos. Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mengamalkan Dasar Pintu Terbuka tanpa monopoli kepada mana-mana syarikat telekomunikasi yang ingin menyediakan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang. Persaingan sesama syarikat ini seterusnya dilihat dapat memberikan potensi perkhidmatan internet yang lebih berkualiti dengan harga yang berpatutan.

(b) Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara, Negeri Pulau Pinang merupakan salah satu negeri yang menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan internet yang terbaik di Malaysia. Statistik kadar penembusan jalur lebar bagi setiap 100 orang penduduk untuk suku tahun pertama tahun 2018 menunjukkan negeri Pulau Pinang mencatatkan jumlah sebanyak 138.1% berbanding Malaysia sebanyak 115.9%. Peratusan tersebut adalah melibatkan seramai 205,900 orang pelanggan jalur lebar talian tetap dan 2,200,276 orang pelanggan jalur lebar mudah alih di negeri Pulau Pinang sahaja. Bagi kawasan-kawasan luar bandar yang mempunyai akses terhad, pihak syarikat penyedia perkhidmatan akan menambah baik liputan selular daripada 2G kepada 3G dan LTE (long term evolution) bagi memberikan perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang lebih pantas dan berkualiti. Selain itu, infrastruktur bagi jalur lebar talian tetap turut giat ditingkatkan dan diperluaskan ke kawasan-kawasan desa melalui Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi / High Speed Broadband (HSBB) dan juga projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat Telekom Malaysia (TM). Kerajaan Negeri amat komited dalam memastikan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di negeri Pulau Pinang dinaik taraf dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan peredaran masa. Komitmen Kerajaan Negeri ini diterjemahkan menerusi pelbagai dasar dan inisiatif yang dijalankan supaya rakyat di negeri ini tidak ketinggalan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan era Revolusi Industri 4.0.

RUJ. LAMPIRAN A (BLKL NO. 17)

Page 17: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

17

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Sejauh manakah hasrat Pelan Bandar Pintar (Smart City) dilaksanakan di peringkat pentadbiran negeri Pulau Pinang?

(a) Jelaskan cabaran dan halangan yang utama bagi menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri pintar.

(b) Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam merealisasikan Pulau Pinang sebagai negeri yang pintar?

YAB. Ketua Menteri:

18. Negeri Pulau Pinang kini sedang menuju Bandar Pintar (Smart City) bertaraf antarabangsa pada tahun 2025 selaras dengan transformasi digital dan Revolusi Industri 4.0 di peringkat global tanpa mengetepikan aspek mampan (sustainable) melalui tadbir urus dan inisiatif pintar oleh pelbagai jabatan dan agensi di Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai Bandar Pintar pada 20 April 2016 dan pada 7 Jun 2017, Kerajaan Negeri telah menetapkan visi, Pulau Pinang Menuju Bandar Pintar Bertaraf Antarabangsa (Penang Towards A Smart International City) dengan tema 'Data Umpama Raja, Bakat Adalah Segalanya' (Data is King, Talent is Everything). Pembangunan Bandar Pintar di Negeri Pulau Pinang adalah penting dalam memastikan Pulau Pinang setaraf dengan bandar membangun lain dengan memastikan kelestarian sosial, ekonomi dan persekitaran demi masa depan generasi seterusnya.

(a) Revolusi Industri 4.0 adalah antara cabaran utama dalam pembangunan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah Bandar Pintar terutamanya dalam penyediaan jajaran fiber optik yang amat tinggi kosnya. Namun, melalui pelaksanan Polisi Pintu Terbuka (Open Door Policy) oleh Kerajaan Negeri, kini Negeri Pulau Pinang telah diliputi 50% jajaran fiber optik hasil kerjasama dan pelaburan pelbagai syarikat pembekal infrastruktur telekomunikasi dan digital.

(b) Bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Bandar Pintar, Penang Smart Delivery Unit (PSDU) di Bahagian Kerajaan Tempatan telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengetuai inisiatif Bandar Pintar di peringkat Negeri Pulau Pinang dengan mewujudkan tadbir urus Bandar Pintar, menggubal polisi dan dasar berkaitan konsep pelaksanaan serta mekanisme pemantauan dalam pembangunan Bandar Pintar melalui penetapan empat (4) teras strategik; Infrastruktur, Data, Tadbir Urus dan Rakyat. Satu dokumen Roadmap: Penang Towards A Smart International City sedang disediakan bagi memaklumkan mengenai inisiatif-inisiatif pintar yang telah dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan agensi di Negeri Pulau Pinang meliputi lima (5) domain pintar iaitu Komuniti Pintar, Persekitaran Pintar, Mobiliti Pintar, Ekonomi Pintar dan Kerajaan Pintar. Kerajaan Negeri amat menggalakkan pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar oleh pelbagai jabatan dan agensi melalui pengetahuan dan pendedahan yang diperolehi daripada simposium atau seminar berkaitan Bandar Pintar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang telah disertai.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Nyatakan perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi portfolio komunikasi kerajaan seperti Buletin Mutiara sejak 2013.

(a) Terdapat pertindihan portfolio penerangan apabila Pakatan Harapan ambil alih kerajaan pusat. Apakah rancangan Kerajaan Negeri akan membuat rombakan terhadap portfolio penerangan negeri?

(b) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat dengan kos yang terendah?

Page 18: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

18

YAB. Ketua Menteri:

19. (a) Perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Komunikasi dari tahun 2013 sehingga 30 Jun 2018 adalah seperti berikut :

Tahun Perbelanjaan (RM)

2013 9,035,056.48

2014 9,170,046.30

2015 9,613,222.40

2016 9,577,092.00

2017 9,605,448.00

2018 4,883,710.20

(b). Secara umumnya, tidak berlaku sebarang pertindihan tugas di dalam Jawatankuasa MMK Komunikasi walaupun Pakatan Harapan telah mengambil alih Kerajaan Pusat. Bidang tugas Jabatan Penerangan adalah membuat liputan di peringkat nasional dan juga upacara-upacara utama Negeri dan Persekutuan. Sebaliknya, bagi Jawatankuasa MMK Komunikasi, ia adalah tertumpu kepada komunikasi di peringkat Negeri Pulau Pinang secara menyeluruh seperti:

(i). Memfokuskan kepada polisi-polisi Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

(ii). Liputan terhadap Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen (MP), Ahli-ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP); dan

(iii). Program-program yang dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK), jabatan-jabatan Kerajaan Negeri serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Ini secara tidak langsung membantu mempromosikan produk keusahawanan dan pelancongan tempatan selain berita-berita komuniti yang dijalankan pemimpin-pemimpin serta pihak-pihak setempat.

Sebarang rombakan lanjut (sekiranya perlu) akan berdasarkan pengumuman lanjut oleh pihak Kementerian. Tidak dinafikan bahawa kedua-dua pihak iaitu jabatan Negeri dan Persekutuan dapat bekerjasama sekiranya perlu atau diarahkan mengikut kepakaran penugasan masing-masing. Gabungan kedua-dua pihak berkaitan bakal memantapkan lagi saluran komunikasi serta penyebaran maklumat yang lebih berkesan kepada masyarakat umum di negeri Pulau Pinang.

(c) Kerajaan Negeri berusaha menyalurkan maklumat kepada rakyat dengan kos yang terendah menerusi laman sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube yang mana mampu memuat naik pelbagai maklumat seperti video, poster serta lain-lain medium untuk penyebaran maklumat di kalangan rakyat.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Apakah usaha yang telah diambil oleh PWDC dalam mempertingkatkan kesedaran wanita terhadap hak dan gender?

(a). Jelaskan secara terperinci tentang usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan Briged Wanita dari segi jati diri dan kepimpinan?

(b). Terangkan masalah dan isu yang dihadapi oleh Briged Wanita dalam struktur urustadbir Kerajaan Negeri.

Page 19: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

19

YAB. Ketua Menteri:

20. (a) Penang Women's Development Corporation (PWDC) berusaha untuk meningkatkan kesedaran wanita terhadap hak dan gender melalui program-program seperti persidangan, bengkel dan ceramah yang dianjurkan. Antara bidang yang diberi tumpuan adalah :-

(i). Mengarusperdanakan gender ke dalam tadbir urus dan mengintegrasi gender ke dalam struktur pentadbiran tempatan Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus perwakilan wanita dalam Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dahulunya dikenali sebagai JKKK. Dasar ini mensasarkan sekurang-kurangnya satu (1) wanita dalam JKKK pada tahun 2017, tiga (3) wanita pada tahun 2019 dan lima (5) wanita menjelang 2021. Hasil daripada pengenalan dasar tersebut, sebanyak 76 JKKK (25.3 %) daripada keseluruhan JKKK yang berdaftar di Pulau Pinang telah mencatatkan lima (5) dan lebih jumlah perwakilan wanita dalam struktur JKKK.

(ii). Menjalankan latihan kepimpinan untuk wanita di pelbagai peringkat (MKKK dan kerajaan tempatan).

Pada tahun 2016, PWDC telah menganjurkan Bengkel Kepimpinan dan Pemerkasaan Wanita sebagai langkah untuk menyediakan kaum wanita untuk memegang tanggungjawab sebagai Ahli Majlis dalam MBPP dan MPSP jika terpilih. Pada tahun 2017 pula, sebanyak 3 Bengkel Pemerkasaan dan Kepimpinan Wanita telah dianjurkan, di mana sebanyak 81 peserta wanita dari kelima-lima daerah telah menyertai bengkel-bengkel tersebut. Kesedaran mengenai hak wanita, kesaksamaan gender dan kepimpinan telah diterapkan ke dalam bengkel-bengkel tersebut.

(iii). Meningkatkan kesedaran tentang kesaksamaan gender dalam kalangan wanita di peringkat akar umbi.

PWDC juga telah menganjurkan beberapa sesi ceramah untuk kaum wanita di peringkat akar umbi seperti berikut:

- Sesi Perjumpaan bersama Pemimpin Wanita Tempatan di Balik Pulau (22 Julai 2017)

- Ceramah Komuniti di Balik Pulau (5 Ogos 2017)

- Ceramah Pemerkasaan Wanita di Bertam (20 Ogos 2017)

- Ceramah komuniti di Telok Ayer Tawar (27 Oktober 2017)

(b) Kerajaan Negeri melalui PWDC menjalankan bengkel kepimpinan dan pemerkasaan, latihan kepimpinan dan sesi ceramah dalam usaha untuk membangunkan Briged Wanita dari segi jati diri dan kepimpinan.

Selain itu, PWDC sedang mengkaji semula untuk merombak satu struktur yang lebih sempurna.

(c) Bilangan ahli Briged Wanita telah menurun daripada 2900 orang pada tahun 2016 kepada 2000 orang pada masa kini. Terdapat beberapa masalah dan isu ketara yang dihadapi oleh Briged Wanita Pulau Pinang (BWPP) dalam melaksanakan tanggungjawabnya termasuk:-

(i). Ketiadaan peruntukan khas untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti BWPP. Peruntukan untuk aktiviti-aktiviti BWPP bergantung kepada peruntukan ADUN dan Penyelaras KADUN.

(ii). Pada masa ini, Ketua-ketua Briged Wanita melaksanakan tugas mereka secara sukarela. Namun, kerja sukarelawan tidak lestari (unsustainable) dan tidak mampu dikekalkan untuk jangka masa yang panjang.

Page 20: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

20

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Keluarga B40 hilang punca pendapatan apabila Ketua Isi Rumah (KIR) meninggal dunia.

(a). Apakah bantuan dan usaha Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini?

(b). Apakah kekangan dasar kerajaan yang menyebabkan golongan B40 ini tidak menerima bantuan kewangan kecemasan?

(c). Sejauh manakah bantuan tersebut dapat membantu keluarga B40 keluar dari kepompong kemiskinan?

YAB. Ketua Menteri:

21. (a) Antara bantuan dan usaha Kerajaan Negeri dalam menangani keluarga B40 yang telah hilang pendapatan apabila ketua isi rumah meninggal dunia ialah seperti berikut:-

(i) Program Agenda Ekonomi Saksama

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) iaitu sebuah program pembasmian kemiskinan yang memberikan bantuan kewangan bulanan secara top-up kepada individu/keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita RM220.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan turut membantu anak-anak golongan miskin yang kurang berkemampuan dan tidak mampu membiayai pengajian ke peringkat lebih tinggi, mereka akan disyorkan untuk menyertai program Vocational Skills Employment Programme (VSEP) iaitu sebuah program yang menawarkan kursus-kursus kemahiran untuk belajar sambil bekerja dalam bidang yang diminati. Dalam program Vocational Skills Employment Programme (VSEP), pelajar diberi biasiswa dan juga elaun latihan vokasional. Syarat utama bagi program ini adalah mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bukanlah keutamaan.

Kerajaan Negeri juga sedang merancang untuk meminta Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula Paras Garis Kemiskinan (PGK) dan perkapita semasa yang dilihat agak kurang relevan berbanding peningkatan kos sara hidup pada ketika ini. Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) daripada RM930 kepada RM1,500, perkapita RM220 kepada RM400 selaras dengan kesan kenaikan kos sara hidup dan dan peluang pekerjaan yang semakin rendah.

(ii) Program iSEJAHTERA

Kerajaan Negeri akan meneruskan program iSejahtera bagi menghargai dan mengenang jasa bakti rakyat yang merangkumi Warga Emas, Orang kurang Upaya (OKU), Ibu Tunggal, Suri Rumah, Pelajar, dan Bayi yang merangkumi program berikut:-

• Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Orang kurang Upaya (OKU), Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Ibu Emas dan Program Skim Pelajar Emas yang dilaksanakan setiap tahun dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang.

• Skim Pelajar Emas di mana bayaran RM100.00 secara one-off diberikan kepada pelajar Tahun 1 dan 4, Tingkatan 1 dan 4 bagi meringankan beban ibu bapa;

• Program Anak Emas yang merupakan program penghargaan kepada setiap kelahiran rakyat negeri Pulau Pinang akan diberi RM200.00 secara one-off; dan

• Bantuan one-off sebanyak RM1,000.00 kepada waris warga emas, ibu tunggal dan Orang kurang Upaya (OKU) bagi pengurusan jenazah.

(iii) Program Ekonomi Khas

Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonomi. Program ini memfokuskan kepada peniaga kecil sepenuh masa termasuk golongan miskin yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan berpendapatan perniagaan kurang dari RM3,000.00 sebulan. Bantuan peralatan bertujuan bagi

Page 21: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

21

membantu peniaga mengembangkan perniagaan sedia ada untuk out put yang lebih besar.

(iv) Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang

Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang akan diteruskan bagi menggurangkan kemiskinan melalui program mikrokredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu usahawan tempatan, penganggur dan golongan miskin untuk menceburi bidang perniagaan.

(v) Tabung Usahawan Tani (TUT)

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia termasuk golongan miskin untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan.

(vi) PENANG CAREER ASSISTANCE AND TALENT CENTRE

Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja termasuk rakyat miskin berdasarkan penawaran oleh industri.

(vii) Program Meister Malaysia

Dalam membantu rakyat miskin mendapat peluang pekerjaan, Kerajaan Negeri melalui Penang Skills Development Centre (PSDC) telah memperkenalkan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan bakat dalam bidang teknikal dan vokasional selari dengan perkembangan Industri 4.0. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6 juta untuk Program Meister Malaysia. Peserta yang terpilih akan menjalani latihan peningkatan kemahiran dan pada masa yang sama bekerja di kilang untuk memperoleh kemahiran pekerjaan yang sebenar. Para peserta program ini tidak perlu membayar yuran pengajian kerana telah dibiayai Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama menerima gaji daripada syarikat tersebut.

(b) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan tabung bantuan segera dengan kadar bantuan maksimum sebanyak RM500 kepada mereka yang hilang punca pendapatan. Jumlah kadar bantuan dan kelulusan permohonan adalah berdasarkan pertimbangan Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah masing-masing.

(c) Setakat Jun 2018, seramai 1,117 orang miskin telah mendapat manfaat daripada Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM29,586,722.00. Selain itu, Program iSejahtera telah memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dengan perbelanjaan sebanyak RM249,454,140.00.

Sehingga kini, Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonom telah memperuntukkan sebanyak RM1,419,848.12 kepada 640 orang rakyat miskin di semua daerah.

Bagi Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang, dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini. Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000 hingga maksima RM25,000 dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga bulan Jun 2018, sebanyak RM14.77 juta telah diagihkan kepada seramai 2,974 orang usahawan termasuk golongan B40.

Kerajaan Negeri juga telah menyediakan peruntukan Program Usahawan Tani Muda sebanyak RM750,000 dan sehingga Jun 2018, sebanyak RM582,000 telah diagihkan kepada 108 orang belia yang terdiri daripada golongan B40 untuk menikmati kemudahan kredit ini.

Manakala bagi Program Meister Malaysia, Kerajaan Negeri telah membiayai 162 orang temasuk golongan B40 bagi meningkatkan bakat mereka dalam bidang teknikal dan vokasional selari dengan perkembangan Industri 4.0 ini.

Page 22: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

22

Selain itu, sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga Jun 2018, seramai 10,205 orang termasuk golongan B40 telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,430 pemadanan jawatan telah dijalankan iaitu sebanyak 63%.

Semoga dengan usaha gigih Kerajaan Negeri dapat membantu golongan B40 ini keluar dari kepompong kemiskinan dapat mampu berdikari pada masa hadapan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Sila senaraikan janji-janji manifesto Kerajaan Negeri yang telah dibuat semasa kempen PRU14.

(a) Senaraikan janji-janji yang dapat ditunaikan dan akan direalisasikan dalam tahun ini 2018.

(b) Senaraikan janji-janji yang belum dilaksanakan dan berikan sebab-sebab ia tidak dapat dilaksanakan.

YAB. Ketua Menteri:

22. Kebanyakan janji-janji manifesto Pakatan Harapan telah ditepati, sebahagiannya masih dalam peringkat perancangan dan akan dilaksanakan secara berfasa. Manakala bagi manifesto yang memerlukan kelulusan daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri akan terus berbincang dengan Kerajaan Pusat supaya janji-janji ini dapat ditepati.

Senarai janji pada manifesto dan status terkininya adalah seperti Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BLKL NO. 22)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Sila senaraikan bangunan-bangunan terbengkalai (kerajaan dan persendirian) dalam kawasan Machang Bubuk.

(a) Apakah rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk membaik pulihkan bangunan-bangunan tersebut agar dapat memanfaatkan penduduk tempatan?

(b) Nyatakan usaha yang telah diambil oleh kerajaan dalam membaik pulih dan aktifkan semula bangunan-bangunan lama tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

23. Terdapat lima (5) buah bangunan jenis persendirian dan kerajaan yang terbengkalai dalam kawasan Machang Bubuk. Senarai bangunan adalah seperti:

(i) Skim perumahan di atas Lot 1222, Mukim 15, Machang Bubok bagi jenis pembangunan 28 Unit Rumah Teres 2 tingkat oleh pemaju Tetuan Team Four Sdn. Bhd.

(ii) Kompleks penjaja, dewan, dan depo sampah di Taman Bidara yang belum diserahkan oleh pemaju kepada MPSP.

(iii) Kompleks Makanan Taman Budiman, Alma

(iv) Kompleks Makanan Taman Selesa, Alma

(v) Pasar Awam, Lorong Machang Bubok 24

(a) Rancangan untuk membaikpulihkan bangunan-bangunan tersebut agar dapat memanfaatkan penduduk tempatan adalah seperti berikut:

(i) Menggalakkan pemaju baharu untuk mengambil alih projek terbengkalai.

(ii) Membenarkan cadangan mengubahsuai jenis/kategori perniagaan gerai sedia ada kepada jenis perniagaan lain agar mendapat sambutan orang ramai.

(iii) Membuat hebahan kekosongan kompleks makanan / pasar awam terbengkalai (tidak aktif) melalui laman Web MPSP dan lain-lain medium untuk diuar-uarkan kepada orang ramai.

(iv) MPSP memberikan kadar sewaan serendah RM50/gerai bagi penyewa yang menyewa kompleks tidak aktif ini. Walau bagaimanapun, mereka perlu menjalankan kerja-kerja membaik pulih ruang niaga berkenaan dengan menggunakan peruntukan sendiri.

Page 23: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

23

(b) Usaha yang telah diambil oleh kerajaan dalam membaik pulih dan aktifkan semula bangunan-bangunan lama tersebut adalah:

(i) TF Land Sdn Bhd iaitu pemaju yang akan mengambil alih projek terbengkalai Skim perumahan di Lot 1222, Mukim 15, Machang Bubok akan mengemukakan semula Pelan Bangunan kepada pihak MPSP.

(ii) MPSP telah mengemukakan permohonan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) kerana kompleks penjaja, dewan dan depo sampah di Taman Bidara telah dirampas oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) daripada pemaju Tetuan Fasda Heights Sdn. Bhd. akibat kegagalan pemaju menyelesaikan bayaran cukai tanah. Proses membaik pulih akan disegerakan setelah kesemua proses tentang pemilikan tanah diselesaikan.

(iii) Menawarkan pengurusan sewaan kompleks makanan / pasar awam kepada pihak JKKK / Persatuan Penduduk / Rukun Tetangga (RT).

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Berdasarkan slogan/initiatif Kerajaan Pulau Pinang yang berbunyi ‘Cleaner, Greener, Safer and Healthier Penang’, apakah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kerajaan Pulau Pinang untuk mencapai matlamat tersebut.

(a) Sejauh manakah kerajaan mencapai sasaran yang telah ditetapkan?

(b) Nyatakan masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

YAB. Ketua Menteri:

24. Berdasarkan slogan Kerajaan Pulau Pinang iaitu “Cleaner, Greener, Safer and Healthier Penang”, berikut adalah sasaran dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kerajaan Pulau Pinang untuk mencapai matlamat tersebut.

(i). Komponen Cleaner adalah merangkumi usaha untuk mengurangkan sampah dan meningkatkan kadar kitar semula. KPI Kerajaan Negeri ialah mencapai kadar kitar semula negeri sebanyak 50% menjelang tahun 2020.

(ii). Komponen Greener pula menetapkan KPI kepada Jabatan Perhutanan Negeri dengan sekurang-kurangnya 5,000 pokok ditanam dalam negeri setiap tahun.

(iii). Komponen Safer adalah mengenai pemasangan CCTV yang dapat mengurangkan kadar jenayah dan membantu menyediakan persekitaran yang selamat. KPI untuk komponen ini merupakan bilangan sasaran CCTV dipasang diseluruh negeri oleh PBT. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran 1,000 buah CCTV dipasang pada tahun hadapan.

(iv). Komponen Healthier tidak ditetapkan sebarang KPI oleh Kerajaan Negeri. Untuk komponen Healthier aktiviti sukan yang diterapkan adalah merangkumi aktiviti berbasikal, senamrobik, larian dan aktiviti sihat lain yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kerajaan Negeri dan sektor swasta.

(a) Berikut adalah pencapaian terkini bagi pelaksanaan “Cleaner, Greener, Safer and Healthier Penang”

(i). Bagi komponen Cleaner, kadar kitar semula negeri terkini adalah 38% dan dijangka KPI sebanyak 50% kadar kitar semula berkemungkinan tidak dapat dicapai pada tahun 2020. Ini disebabkan oleh kesedaran orang ramai mengenai kitar semula masih ditahap kurang memuaskan.

(ii). Bagi komponen Greener, untuk menghijaukan bumi negeri Pulau Pinang, Jabatan Perhutanan serta NGO telah menanam jumlah pokok setiap tahun melebihi KPI yang ditetapkan seperti di bawah.

Page 24: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

24

(iii). Bagi KPI komponen Safer, dijangka dicapai pada bulan Mei 2019 apabila sebanyak 1,041 unit CCTV akan dipasang di seluruh negeri iaitu dengan 911 unit dipasang oleh MBPP dan 132 unit dipasang oleh MPSP.

(iv). Kerajaan Negeri tidak menetapkan KPI untuk komponen Healthier. Aktiviti-aktiviti sihat ini dianjurkan oleh PBT, Kerajaan Negeri serta NGO atas keperluan dan permintaan orang ramai dan diadakan secara berkala untuk mempromosikan kehidupan sihat dikalangan penduduk. Antara aktiviti yang berjaya dianjurkan adalah Terapi Minda (forest bathing), Pagi Bebas Kenderaan, Senamrobik, Aktiviti Larian dan Sukan Berbasikal.

(b) Masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam usaha melaksanakan program di bawah inisiatif Cleaner, Greener, Safer & Healthier Penang adalah seperti berikut:

(i). Kekangan kewangan kerana peruntukan terhad untuk melaksanakan program/ projek dalam skala besar seperti projek naiktaraf kehijauan kawasan lapang, penanaman pokok, pemasangan CCTV dan lain-lain;

(ii). Masalah sosial kerana vandalisme oleh segelintir individu/kumpulan yang tidak bertanggungjawab juga sering dihadapi oleh Kerajaan Negeri semasa melaksanakan projek-projek pengindahan dan projek bandar selamat; dan

(iii). Di kawasan hutan paya bakau, usaha penanaman pokok bakau di kawasan pesisiran pantai berhadapan dengan kekangaan arus air laut yang boleh menghanyutkan anak-anak pokok yang ditanam.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Apakah strategi kerajaan untuk mengendalikan kes kecemasan dan bencana selepas Pulau Pinang mengalami banjir yang serius pada November 2017?

(a) Adakah Skuad Khas MPSP yang diperkasakan dengan ilmu dan latihan?

(b) Adakah Skuad Khas akan diperuntukkan elaun bulanan dan insuran serta dibentuk dalam setiap KADUN?

YAB. Ketua Menteri:

25. Selepas berlakunya bencana banjir besar yang menimpa negeri Pulau Pinang pada bulan November 2017, pihak Kerajaan Negeri telah merangka dan menyediakan plan kompresensif dan jitu bagi menangani sebarang bencana yang bakal mendatang kelak. Antara strategi yang digunakan oleh Kerajaan Negeri dalam mengendalikan sebarang kes-kes kecemasan dan bencana selepas berlakunya kejadian banjir tersebut adalah:

(i). Peningkatan fungsi dan penyaluran maklumat melalui Sistem Penang Alert yang lebih konsisten dan juga melibatkan data-data dari agensi-agensi berkaitan;

(ii). Melaksanakan latihan amal, bengkel dan taklimat mengenai bencana ke semua peringkat bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan awam di tahap maksima;

(iii). Program Civil Defence Emergency Response Team Community (CDERT-C) yang diterajui oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan diperluaskan ke semua Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan kerjasama erat pejabat-pejabat dearah, ketua-ketua komuniti dan agensi-agensi berkaitan;

(iv). Penambahan aset-aset seperti Bot Penyelamat ke semua Pasukan BOMBA Sukarela dan MOU antara Kerajaan Negeri dan Syarikat-syarikat yang berkeupayaan dari segi logistik bagi bantuan bencana; dan

Tahun Jabatan

Perhutanan Negeri

NGO

Jumlah Sasaran Lebihan

2017 4787 4116 8903 5000 3903

2016 6722 2012 8734 5000 3734

2015 9317 1055 10362 5000 5362

2014 7222 1354 8576 5000 3576

2013 10472 1022 11494 5000 6494

Page 25: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

25

(v). Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah yang diadakan berkala bagi perkongsian maklumat antara agensi dan kesiapsiagaan yang lebih menyeluruh.

(a) Kakitangan Jabatan Pengurusan Krisis (Skuad Khas) yang terdapat di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) merupakan pasukan elit yang dipilih dan dilatih khas bagi menghadapi sebarang bencana dan kejadian alam yang tidak diingini. Selari dengan tujuan penubuhan pasukan elit ini, latihan-latihan yang mantap dan juga kompresensif bersesuaian dengan tugas-tugas anggota tersebut juga telah dilakar dan direncanakan. Antara latihan yang diikuti oleh anggota Pasukan Khas tersebut adalah:

(i) Latihan Pemahaman Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara

(ii) Latihan Pemahaman Pelan Pengurusan Bencana Seberang Perai

(iii) Latihan Penggunaan dan Penggendalian Mesin Gergaji Berantai

(iv) Latihan Penggunaan dan Penggendalian Lori Multi Purpose Vehicle (MPV)

(v) Latihan mengenai tindakan Menyelamat (SAR) serta Latihan Asas Civil Defence Emergency Responses dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat

(b) Pengurusan Jabatan Pengurusan Krisis (Skuad Khas) di MPSP tidak dibentuk mengikut Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN), sebaliknya mengikut daerah iaitu Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) sahaja. Oleh sebab demikian, tidak ada sebarang pasukan khas bagi setiap KADUN. Bagi semua Kakitangan Jabatan Pengurusan Krisis (Skuad Khas) di MPSP ini telah dibayar elaun 3D (Dirty, Dangerous and Difficult) berjumlah RM 200.00 setiap bulan sejak 2011 dan tiada Insurans yang diberikan kepada kakitangan Jabatan Pengurusan Krisis (Skuad Khas).

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Sila senaraikan semua kemudahan tempat bersukan seperti gelanggang bola berbumbung, futsal dan lain-lainnya?

(a) Terangkan status pembinaannya dalam kawasan Machang Bubuk.

(b) Apakah rancangan kerajaan untuk meningkatkan penglibatan anak muda dalam kegiatan sukan dalam kawasan tempatan.

YAB. Ketua Menteri:

26. Senarai kemudahan tempat bersukan mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A yang akan di email kepada YB. oleh Bahagian Pembangunan Negeri (BPEN)

(a) Terdapat satu (1) kemudahan sukan iaitu Gelanggang Badminton Dewan Kampung Pisang di kawasan Machang Bubuk yang sedang dalam proses perolehan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

(b) Pembudayaan sukan untuk semua merupakan asas yang menjadi pegangan Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat Pulau Pinang khususnya anak-anak muda melibatkan diri dalam aktiviti bersukan dan menerap budaya amalan gaya hidup sihat. Untuk itu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan-persatuan Sukan Negeri, Persatuan-persatuan Belia, Agensi-agensi Kerajaan dan Swasta, JKKK dan YB ADUN sentiasa komited dalam menganjurkan pelbagai program sukan di peringkat komuniti dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan inklusif masyarakat dalam sukan. Di samping program sukan, Kerajaan juga memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk memperbanyakkan kemudahan dan infrastruktur sukan bagi mengalakkan orang ramai untuk turun padang menjalankan aktiviti bersukan seperti pembinaan Skate Park di Ampang Jajar Permatang Pauh dan Tanah Lapang Flat Tuna Seberang Jaya. Selain itu, Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP) juga bercadang untuk membina laluan basikal di sekitar Seberang Perai dan mewujudkan Outdoor Gym di taman-taman rekreasi perumahan.

Bagi pembangunan sukan berprestasi tinggi, Majils Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri serta Persatuan Sukan Negeri turut sama melaksanakan pembangunan sukan di peringkat akar umbi melalui program pembangunan sukan di peringkat Majlis Sukan Daerah yang merangkumi sukan Angkat Berat, Olahraga, Taekwondo, Memanah, Silambam, Ping Pong, Silat dan Petanque.

Page 26: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

26

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Senaraikan kawasan-kawasan di negeri Pulau Pinang yang mempunyai program Bandar Selamat atau Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED). (a) Terangkan rancangan masa depan untuk merealisasikan konsep Bandar Selamat di

seluruh negeri. (b) Apakah status cadangan pembinaan satu balai polis di Alma, KADUN Machang Bubuk,

mempunyai penambahan penduduk yang tinggi?

YAB. Ketua Menteri:

27. Kawasan-kawasan di Pulau Pinang yang mempunyai program Bandar Selamat atau Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) adalah seperti berikut :-

Bil Daerah Program Kawasan Terlibat

1 Daerah Timur Laut

Bandar Selamat ▪ Jalan Edgecumbe, Jalan C.O. Lim, Lebuh Tek Soon, Lebuh Lintang, Jalan Dr Lim Chwee Leong, Jalan Magazine, Jalan Ria, Jalan Corcodia, Jalan Pemenang, Jalan Dato’ Ismail Hashnim, Lebuh Raya Bingham, Tesco, Lebuh Raya Batu Lancang, Jalan Susur, Jalan Masjid Kapitan Kling, Lorong Pasar, Lorong Muda, Lorong Stewart, Lorong Chulia, Lorong Love, Lebuh Leith, dan Persiaran Bayan Indah.

▪ Jalan Patani (Taman Sri Pinang dan Flat PPRT), Kawasan Perumahan Lebuh Macallum, kawasan Paya Terubong, kawasan Jalan Padang Tembak, kawasan perumahan Kg Sg Nibong Kecil/Mayang Pasir/Bukit Gedong, Kawasan Perumahan Flat Desa Mawar, Jelutong (Perumahan PPR Batu Lanchang, Perumahan PPR Taman Seri Damai dan Perumahan Van Praagh), Bandar Baru Farlim(Pangsapuri Desa Intan, Pangsapuri Desa Baiduri, Pangsapuri Jasmi, Medan Angsana, Flat Semarak Api dan Lorong Semarak Api)

▪ Laluan pejalan kaki dan rel penghadang di Jalan Tanjung Bungah, Lebuh Nipah, Jalan Sungai Kelian, Jalan Lembah Permai, persimpangan Lebuh Chulia dan Lebuh Leith, Jalan Dr. Lim Chwee Leong, Lorong Madras, Lorong Selamat, Lorong Baru, Jalan Burma, Jalan Kedah, Jalan Masjid Negeri, Jalan Free School, Jalan Sultan Azlan Shah.

▪ Pemasangan lampu-lampu jalan di Jalan Kedidi, Saujana Height, tingkat Paya Terubong 1, 2, 3, 4, Jalan Kukus, Jalan Rumbia, Lebuh Nipah dan Lebuh Nipah 5.

Page 27: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

27

Bil Daerah

2 Daerah Barat Daya

Bandar Selamat ▪ Persiaran Mahsuri dan Jalan Mahsuri ▪ Kawasan Perumahan Relau ▪ Pemasangan railing dan laluan pejalan kaki di

Jalan Balik Pulau

3 Daerah Seberang

Perai Utara

Bandar Selamat ▪ Penyediaan lampu jenis mini highmast di PPR Ampang Jajar, SPU

▪ Penyediaan tempat letak motosikal berbumbung serta berkunci di Rumah Pangsa Hijau Ampang Jajar, SPU

▪ Penyediaan tempat letak motosikal berkunci di empat (4) blok Rumah Pangsa Hijau Mak Mandin, SPU

▪ Penyediaan papan tanda keselamatan di sekitar kawasan Mak mandin, SPU

4 Daerah Seberang

Perai Tengah

Bandar Selamat • Pemasangan Railing dan laluan pejalan kaki di Jalan Jenahak, Seberang Jaya

• Penyediaan tempat motorsikal berkunci di rumah pangsa Desa Wawasan, Bukit Mertajam

• Laluan pejalan kaki dan railing di Jalan Perda Utama

5 Daerah Seberang Perai Selatan

Bandar Selamat

• Pemasangan Rrailing dan laluan pejalan kaki di hadapan SK Puteri Gunung, Taman Puteri Gunung

• Penyediaan tempat motosikal berkunci di rumah pangsa Jalan Mohd Saad.

(a) Konsep Bandar Selamat merupakan rancangan jangka panjang pihak Kerajaan Negeri bagi merealisasikan impian Negeri Pulau Pinang menjadi sebuah negeri yang selamat dan paling mesra di negara ini. Antara beberapa konsep dan projek yang telah dirancang untuk dijalankan adalah seperti :-

(i) Cadangan laluan pejalan kaki dan rel penghadang di Jalan Allen

(ii) Cadangan laluan pejalan kaki dan rel penghadang di Jalan Selat dan Tingkat Selat

(iii) Cadangan penyediaan tempat letak motosikal berkunci di Taman Selat

(iv) Cadangan untuk penambahbaikan berkaitan pencahayaan di sekitar Kawasan Taman Selat

(v) Cadangan penyediaan papan tanda keselamatan dan cermin keselamatan di sekitar Kawasan Taman Selat

(vi) Cadangan penyediaan CCTV di setiap lampu isyarat lalu lintas

(b) Pembinaan sesebuah Balai Polis adalah di bawah bidang kuasa dan juga peruntukan dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sebelum ini, sebuah Pondok Polis telah beroperasi di Alma iaitu di dalam sebuah kontena yang disediakan oleh pihak pemaju. Memandangkan terdapatnya keperluan dengan mengambil kira jumlah penduduk yang makin bertambah, sebuah cadangan penyewaan Balai Polis di Alma telah dibuat namun permohonan tersebut tidak diluluskan oleh pihak KDN pada tahun 2013.

Page 28: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

28

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Sejauhmanakah cultural mapping dapat memupuk semangat kejiranan penduduk tempatan serta mengenali komuniti dengan lebih mendalam?

(a) Bagaimana memelihara kebijaksanaan tempatan dan kemahiran tradisional yang semakin dilupai oleh orang muda?

(b) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu usaha NGO untuk melakarkan cultural mapping untuk komuniti di luar George Town khasnya di sekitar Bukit Mertajam?

YAB. Ketua Menteri:

28. Cultural mapping boleh didefinisikan sebagai ‘pemetaan budaya’ di bawah warisan tidak ketara. Berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005, warisan tidak ketara adalah suatu bidang warisan yang menjadi keutamaan yang merangkumi sesuatu warisan yang ‘bukan benda’ untuk dinikmati oleh pancaindera manusia. Secara ringkasnya, warisan tidak ketara bermakna sesuatu perbuatan atau gerak geri manusia yang boleh dilihat, disentuh, dirasa, dihidu, atau didengari ketika ia dilakukan atau wujud, tetapi tidak lagi dapat dinikmati apabila ia tiada atau tamat.

Pemetaan budaya dapat memupuk semangat kejiranan penduduk tempatan dan mengenali komuniti dengan lebih mendalam melalui program atau aktiviti seperti pewujudan cultural village, Little India dan sebagainya. Selain itu, komponen utama pemetaan budaya ini adalah melibatkan perancangan awal, perancangan projek, pengumpulan dan pemetaan maklumat, penentuan output atau hasil, identifikasi peluang, pembangunan produk, pengurusan projek dan penyelesaian program di mana semua perkara ini perlu dilaksanakan bersama dengan komuniti setempat.

(a) Kerajaan Negeri telah menjalankan usaha dalam memulihara kebijaksanaan tempatan dan kemahiran tradisional melalui beberapa inisiatif seperti berikut:

(i). Mewujudkan institusi yang memelihara kebudayaan dan kesenian seperti George Town World Heritage Incorporated (GTWHI);

(ii). Kerajaan Negeri melalui GTWHI telah menganjurkan Program Pendidikan Warisan Budaya yang menggalakkan golongan muda antara umur 10 hingga 17 untuk mengenali kepelbagaian budaya warisan di sekeliling kawasan sekolah, dan memupuk kesedaran dan pemahaman mereka berkenaan budaya warisan. Sejak tahun 2016, program ini telah bermanfaatkan 3,622 orang pelajar dan 356 guru dari 66 sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Negeri Pulau Pinang. Aktiviti yang telah dijalankan termasuk Bengkel Permainan Tradisional, Bengkel Masakan Tradisional, Bengkel Kraf Tangan Tradisional, Program Eksplorasi Warisan serta bengkel warisan guru untuk Sekolah Budaya Warisan agar menggalakkan lebih banyak pihak sekolah supaya lebih proaktif dalam mempromosikan dan menganjurkan usaha pendidikan budaya warisan di dalam dan luar sekolah;

(iii). Menganjurkan Perayaan Warisan George Town yang dianjurkan oleh George Town World Heritage Incorporated sempena Ulangtahun Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai setiap tahun. Tema-tema seperti Legasi Hidup (2014), Makanan Perayaan Tradisional (2015), Permainan Tradisional (2016), Tradisi Lisan dan Ekspresi (2017), dan Potensi (2018) telah dipilih sebagai usaha untuk memahami, mendokumentasi dan mempromosikan budaya warisan ini. Pada tahun 2018, seramai 27 kumpulan komuniti tempatan, 450 orang sukarelawan (yang majoritinya terdiri daripada orang muda pelbagai kaum), dan 18,000 orang awam telah menyertai Perayaan Warisan George Town 2018;

(iv). Kerajaan Negeri melalui George Town World Heritage Incorporated juga telah mengadakan pemetaan budaya masyarakat setempat dengan mendokumentasikan perniagaan tradisional, kemahiran pertukangan kraf tempatan, cerita hidup daripada warga tua dan lain-lain lagi. Informasi ini telah direkod secara audio, video atau diterbitkan dalam bentuk buku melalui projek Dokumentasi Sejarah Lisan dan projek Dokumentasi Video. Informasi yang telah dikumpul ini akan menjadi bahan rujukan yang penting untuk generasi muda dalam memahami dan meneruskan budaya warisan ini;

(v). Mengiktiraf kebudayaan tempatan dalam Akta Warisan Kebangsaan/UNESCO seperti pencalonan puisi, tarian dan lain-lain diangkat ke peringkat UNESCO;dan

Page 29: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

29

(vi). Mengiktiraf karya tempatan dan hakcipta melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (myIPO).

(b) Usaha Kerajaan Negeri dalam membantu usaha NGO untuk melakukan pemetaan budaya untuk komuniti luar Georgetown khasnya di sekitar Bukit Mertajam adalah seperti menganjurkan pesta tahunan bersama NGO seperti Pesta Tanglung di Bukit Mertajam. Pelbagai aktiviti serta persembahan-persembahan yang berunsurkan kebudayaan dan tradisi masyarakat majmuk telah disediakan untuk tujuan mempromosikan aktiviti budaya tradisi dan memupuk masyarakat yang harmoni seperti pertandingan mewarna, pertandingan tarian tradisi dan pertandingan pembuatan tanglung.

Kerajaan Negeri bersedia menerima pandangan dan cadangan daripada ADUN kawasan untuk melakarkan pemetaan budaya di sekitar Bukit Mertajam demi mengekalkan dan membangunkan kebudayaan di Bukit Mertajam.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Nyatakan jumlah sumbangan yang dikutip dalam program Penang Bangkit 2017.

(a) Senaraikan jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh Kerajaan Negeri dalam menangani banjir besar mengikut bantuan one-off, diskaun air, diskaun cukai pintu dan ganti dokumen Kerajaan Negeri?

(b) Senaraikan projek-projek kecil yang guna peruntukan Penang Bangkit untuk baik pulih tebing sungai dan infrastruktur?

YAB. Ketua Menteri:

29. Jumlah sumbangan yang diterima daripada sumbangan awam untuk program Penang Bangkit 2017 sehingga 30 Jun 2018 adalah berjumlah RM20.82 juta.

(a) Jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh Kerajaan Negeri dalam menangani banjir besar adalah seperti di Lampiran A.

(b) Peruntukan Penang Bangkit tidak digunakan untuk projek membaik pulih tebing sungai dan infrastruktur. Kebanyakan projek membaik pulih tebing sungai dan infrastruktur adalah menggunakan peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri dan wang caruman

perparitan.

RUJ. LAMPIRAN A (BLKL NO. 29)

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

30. Sejauh manakah konsep participatory planning dapat dilaksanakan dalam proses perancangan bandar dan desa?

(a) Terangkan peranan dan penglibatan wakil rakyat dan penduduk dalam proses perancangan serta mekanisme yang sedia ada.

(b) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan penyertaan rakyat dalam proses perancangan bandar dan desa?

YAB. Ketua Menteri:

30. Konsep participatory planning telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam proses perancangan bandar dan desa iaitu melalui program publisiti dan penyertaan awam, notis berjiran dalam proses kebenaran merancang dan juga hebahan serta sebaran dasar-dasar perancangan negara mahupun negeri kepada orang ramai.

(a) Peranan wakil rakyat dan penduduk dalam proses perancangan bandar telah dinyatakan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa (172), Seksyen 12A di mana seranta diberikan dalam kawasan wakil rakyat dan penduduk berkenaan draf rancangan tempatan yang akan disediakan, matlamat dan maksud bagi penyediaannya serta perkara-perkara yang pihak berkuasa perancang tempatan bercadang untuk memasukkan dalam rancangan tersebut. Sekiranya terdapat peluang untuk memberikan sebarang pandangan berhubung perkara-perkara tertentu, wakil rakyat dan penduduk boleh berbuat demikian untuk memberikan sebarang idea penambahbaikan. Selain itu, Seksyen 9 Akta 172 juga menyatakan bahawa seranta dalam penyediaan draf rancangan-rancangan struktur perlu disiarkan dalam tiga keluaran dan sekurang-kurangnya dalam dua akhbar tempatan, salah satunya dalam

Page 30: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

30

Bahasa Kebangsaan, serta menyediakan salinan-salinan rancangan untuk diperiksa di tempat-tempat yang dinyatakan dalam notis dan setiap salinan hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan tentang masa sebagaimana yang dinyatakan dalam notis dan mana-mana bantahan boleh dibuat kepada jawatankuasa.

(b) Terdapat pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam

mempertingkatkan penyertaan rakyat dalam proses perancangan bandar dan desa seperti program publisiti dan penyertaan awam di mana ia merupakan program yang boleh disertai oleh pelbagai pihak tanpa mengira bangsa, usia dan agama. Antara program yang telah dilaksanakan adalah semasa penyediaan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030, Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera, Rancangan Kawasan Khas Taman Botani, Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town, Kajian Pengemaskinian Persempadanan Kampung Negeri Pulau Pinang, Sambutan Hari Landskap Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Program Bandar Selamat yang kesemuanya dilaksanakan dengan melibatkan rakyat.

II. Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Adakah Kerajaan Pulau Pinang akan menyediakan peruntukan segera (TUNAI) kepada pejabat daerah bagi menyelesaikan kerja-kerja segera seperti memotong pokok yang tumbang dalam kawasan perkampungan, membersih parit tanah dalam kawasan tanggungjawab Pejabat Daerah?

YAB. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM100,000.00 di bawah peruntukan mengurus kepada setiap Pejabat Daerah dan Tanah bagi pelaksanaan projek-projek kecil seperti membaiki longkang, mencantas pokok berbahaya atau tumbang dan projek-projek kecemasan yang lain. Peruntukan yang disalurkan ini perlu diuruskan mengikut tatacara kewangan kerajaan yang berkuat kuasa termasuk bagi kerja-kerja kecemasan dan bukan dalam bentuk wang tunai.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat penyelarasan semula bantuan Agenda Ekonomi Saksama (AES) dengan mengikut kaedah seperti mana Kerajaan Persekutuan lakukan sekarang ini?

YAB. Ketua Menteri:

2. Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri sejak Mac 2009 bagi membasmi kemiskinan di Pulau Pinang dengan memberikan bantuan kewangan bulanan secara top-up kepada individu/keluarga yang berpendapatan per kapita bawah RM220. Kaedah pemberian sumbangan AES ini adalah merupakan kaedah yang dipersetujui oleh semua agensi pelaksana termasuk agensi kerajaan persekutuan dan pada ketika ini, kaedah bantuan ini juga hampir sama dengan kaedah yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi bantuan am kebajikan.

Selain itu, Kerajaan Negeri akan memohon pertimbangan Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula paras garis kemiskinan (PGK) dan per kapita semasa yang dilihat agak kurang relevan berbanding peningkatan kos sara hidup pada ketika ini. Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan PGK daripada RM930 kepada RM1,500 dan per kapita RM220 kepada RM400 selaras dengan kesan kenaikan kos sara hidup dan peluang pekerjaan yang semakin rendah. Penyelarasan akan dibuat sekiranya perlu setelah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan meneliti jenis-jenis bantuan dan kedah-kaedah yang akan digunakan oleh kedua-dua pihak.

Bantuan-bantuan Kerajaan Persekutuan yang lain seperti Bantuan Sara Hidup adalah bantuan secara tahunan dan berbeza dengan Program AES yang memberikan bantuan kewangan secara bulanan. Oleh yang demikian, kaedah penyelarasan sudah semestinya akan berbeza kerana melibatkan prosedur pelaksanaan dan tatacara kewangan yang lain.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Sila nyatakan kilang haram di Seberang Perai diikuti dengan:

(a) Bilangan kilang tanpa kelulusan MPSP di daerah SPU, SPT & SPS.

(b) Sejak tahun 2017 berapa unit kilang telah berjaya menjalankan pemutihan?

Page 31: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

31

(c) Sila senaraikan nama kilang yang telah berdaftar di setiap Daerah di bawah program pemutihan MPSP.

YAB. Ketua Menteri:

3. (a) Sehingga Jun 2018, pihak Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mendapati bilangan kilang yang dibina tanpa kebenaran di kawasan Seberang Perai adalah sebanyak 385 buah. Berikut adalah bilangan kilang yang dibina tanpa kebenaran mengikut daerah:-

Bil. Daerah Jumlah

1 Seberang Perai Utara 143

2 Seberang Perai Tengah 145

3 Seberang Perai Selatan 97

Jumlah 385

Kilang-kilang ini diberikan peluang untuk menjalani tempoh pemutihan di bawah Program Pemutihan Kilang sehingga 2 Januari 2019. Tindakan penguatkuasaan hanya akan diambil sekiranya pemilik kilang masih lagi gagal memohon kebenaran atau mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan kawasan Seberang Perai iaitu MPSP selepas 2 Januari 2019.

(b) Tidak ada sebarang program pemutihan kilang yang dilakukan pada tahun 2017. Program Pemutihan Kilang oleh MPSP hanya bermula pada 3 Januari 2018 dan akan tamat pada 2 Januari 2019. Setakat ini, tiada kilang haram yang berjaya melalui program pemutihan oleh MPSP.

(c) Senarai nama kilang yang telah berdaftar mengikut daerah di bawah Program Pemutihan Kilang oleh MPSP adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BHML NO. 3)

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Apakah tindakan oleh MPSP terhadap Kilang Green Ray Technology S/B seperti mana yang diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusi oleh EXCO Kerajaan Tempatan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir (YAB. Tn. Chow Kon Yeow) pada 29/11/2017 di MPSP?

(a) Sila nyatakan kronologi tindakan tersebut.

(b) Apakah tindakan selanjutnya oleh MPSP sekiranya aduan masih banyak terima?

YAB. Ketua Menteri:

4. Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) terhadap Kilang Green Ray Technology Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:-

(i). Membatalkan lesen perniagaan.

(ii). Mengambil tindakan penguatkuasaan meroboh tambahan tanpa kebenaran kilang tersebut pada 16 Oktober 2017, 26 April 2018 dan 16 Mei 2018.

(iii). Mengambil tindakan mahkamah atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen. Kilang Green Ray Technology Sdn. Bhd. telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Guaman Sivil No: PA-21NCVC-8-06/2018 untuk menghalang MPSP daripada merobohkan struktur. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 12 Jun 2018 telah mengeluarkan Perintah Injunksi kepada MPSP untuk tidak merobohkan apa-apa struktur di atas tanah di mana Kilang Green Ray Technology Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan sehingga permohonan didengar dan diputuskan. Pendengaran kes ditetapkan pada 16 Ogos 2018.

(a) Kronologi tindakan adalah seperti di Lampiran A.

(b) Tindakan selanjutnya oleh Kerajaan Negeri melalui MPSP sekiranya masih terdapat aduan diterima adalah seperti berikut :-

(i) Melakukan pemantauan secara berkala;

Page 32: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

32

(ii) Mengambil tindakan kompaun dan Mahkamah sekiranya Green Ray Technology Sdn. Bhd. masih menjalankan operasi perniagaan tanpa lesen yang sah.

RUJ. LAMPIRAN A (BHML NO. 4)

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Apakah peranan Jabatan Alam Sekitar dan MPSP untuk meluluskan lesen kilang yang menjalankan proses plastik buangan kitar semula (Plastic Waste) diimport dari luar negara?

(a) Sekiranya ada minta huraikan syarat syarat yang ditetapkan kepada kilang yang menjalankan Process Plastic Waste Recycle?

(b) Adakah aduan pencemaran udara diterima sebelum ini ?

YAB. Ketua Menteri:

5. Sisa plastik tidak dikategorikan sebagai buangan terjadual di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Oleh itu pengimportan sisa plastik tidak memerlukan kelulusan/permit daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Namun pengimportan sisa plastik perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) terlebih dahulu. Ini adalah kerana Jabatan tersebut yang mengeluarkan dan meluluskan permohonan Lesen Import (AP) plastik kepada premis/kilang-kilang. Pihak JPSPN juga mempunyai senarai lengkap kilang-kilang yang memproses import sisa plastik di Pulau Pinang.

Peranan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk meluluskan lesen kilang yang menjalankan proses buangan kitar semula (plastic waste) diimport dari luar negara adalah dengan merujuk permohonan lesen premis dan iklan yang berkaitan proses buangan kitar semula (plastic waste) kepada jabatan-jabatan teknikal seperti Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Bangunan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar sebelum keputusan permohonan lesen diberikan.

(a) Syarat-syarat yang ditetapkan kepada kilang yang menjalankan Process Plastic Waste Recycle adalah sama seperti kilang yang lain iaitu seperti di Lampiran A.

(b) MPSP ada menerima aduan berkaitan pencemaran udara. Walau bagaimanapun, aduan yang diterima tidak melibatkan isu pencemaran udara disebabkan oleh aktiviti yang menjalankan proses plastik buangan kitar semula (Plastic Waste).

RUJ. LAMPIRAN A (BHML NO. 5)

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Persekutuan Nibong Tebal menuju ke arah Parit Buntar.

(a) Adakah apa-apa perancangan oleh (Jabatan Kerja Raya) JKR untuk menaik taraf Jalan Persekutuan dari Nibong Tebal ke Parit Buntar?

(b) Apakah tindakan oleh pihak JKR untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi setiap hari khasnya waktu lepas kerja?

YAB. Ketua Menteri:

6. (a) Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mempunyai perancangan untuk menaik taraf Jalan Persekutuan dari Nibong Tebal ke Parit Buntar melalui Projek Fasa 6 di mana ia akan melibatkan kerja-kerja pelebaran Jambatan Sungai Kerian. Buat masa ini, cadangan projek ini sedang menunggu kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

(b) Bagi penyelesaian jangka masa pendek untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di jalan ini, pelaksanaan hebahan tentang laluan alternatif dari Nibong Tebal ke Parit Buntar menggunakan Jalan Bukit Panchor (P146) dan Jalan Permatang Pasir (P144) telah dibuat melalui sistem aplikasi mobile, media sosial dan penambahan papan tanda tunjuk arah di jalan raya. Tindakan ini dapat menyuraikan aliran lalu lintas bagi laluan Jalan Persekutuan ke Parit Buntar.

Manakala, untuk penyelesaian jangka masa panjang, pihak JKR sedang mengkaji cadangan perubahan aliran trafik di persimpangan di antara FT001 iaitu Jalan Persekutuan (Jalan Butterworth - Sg.Petani (arah utara) dan Jalan Butterworth - Ipoh (arah selatan), dan FT283 iaitu Jalan Transkrian. Cadangan yang dikenalpasti setakat ini adalah untuk membina laluan tanpa lampu isyarat di persimpangan berkenaan dengan menyediakan aliran left in dan left out sahaja.

Page 33: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

33

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Apakah perancangan dari pihak PDC di kawasan Byram?

(a) Berapa ekar tanah telah diambil alih oleh PDC dan apakah jenis perindustrian akan dirancang di kawasan Byram?

(b) Adakah master plan di kawasan Byram telah disediakan?

(c) Adakah rancangan membina rumah pekerja di kawasan byram?

YAB. Ketua Menteri:

7. (a) Keluasan tanah yang diambil alih oleh Penang Development Corporation (PDC) di Byram adalah seluas 783.90 ekar. Jenis industri yang dirancang adalah aktiviti industri yang memberi kesan kepada ekonomi Negeri Pulau Pinang seperti Elektrik & Elektronik (E&E), Light-Emitting Diode (LED), Peralatan Perubatan, Farmaseutikal, Plastic Injection Moulding, Research and development (R&D) dan Automotif.

(b) “Master Plan” Byram masih dalam proses penyediaan memandangkan pada masa kini PDC memberi tumpuan kepada Utara Penang Science Park dan Taman Perindustrian Batu Kawan.

(c) Mengenai cadangan rumah pekerja di Kawasan Byram, PDC sememangnya menyedari akan keperluan penyediaan kemudahan tersebut. Oleh itu, cadangan tapak untuk perumahan pekerja akan dimasukkan di dalam pelan induk Byram. Pelaksanaan projek ini kelak akan ditentukan berdasarkan keperluan sebenar pada masa hadapan.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Adakah Jambatan yang menyeberangi Sungai Tengah dari Byram ke Batu Kawan akan dibina?

(a) Sekiranya ada minta beri jangkaan masa jambatan ini akan dibina.

(b) Sekiranya ada selain daripada jambatan ini adakah Jambatan lain akan dibina bagi menyambung kawasan DUN Jawi dengan kawasan Batu Kawan.

YAB. Ketua Menteri:

8. Pembinaan jambatan yang menyeberangi Sungai Tengah dari Byram ke Batu Kawan akan dibina oleh pihak Sime Darby sebagai sebahagian pembangunannya seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 2/2018 pada 27 Februari 2018.

(a) Pada masa sekarang, pembinaan jambatan ini belum lagi dimulakan oleh pihak Sime Darby. Tempoh jangka masa pembinaan jambatan ini adalah berdasarkan kemajuan projek pembangunan Sime Darby kelak, di mana pihak Sime Darby dikehendaki menyediakan infrastruktur yang sempurna bagi pembangunan perindustrian yang dijalankan.

(b) Setakat ini, tiada cadangan untuk membina jambatan lain selain jambatan menyeberangi Sungai Tengah ini bagi menyambung kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi dengan kawasan Batu Kawan.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Isu penempatan semula di Ladang Byram.

(a) Status terkini bagi projek penempatan semula di Ladang Byram.

(b) Bila projek ini akan bermula dan jangkaan masa penyerahan rumah.

(c) Adakah SJKT Byram akan dibina secara serentak dengan perumahan tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

9. (a) Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) telah mengemukakan permohonan pemberi milikan tanah Lot 7578, Mukim 11, Seberang Perai Selatan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan pada 25 Mei 2018 untuk penempatan semula penduduk Ladang Byram. Tanah yang dimohon adalah seluas 8.75 ekar bagi penempatan semula rumah, sekolah dan kuil dari Ladang Byram.

(b) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah dilantik selaku pengurus projek ini yang dijangka memulakan pembinaan pada suku kedua 2019 sekiranya urusan pelantikan

Page 34: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

34

perunding dapat diselesaikan dalam masa terdekat termasuk kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan. Jangka masa pembinaan adalah selama 18 bulan dari tarikh milikan tapak.

(c) Pembinaan SJKT Byram dan perumahan tersebut akan dilaksanakan serentak.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Penternak khinzir di Seluruh Pulau Pinang harus menaik taraf kepada Penternak Close House System.

(a) Bilakah ia akan dilaksana? Di mana penternak masih diberi tempoh masa berapa lama untuk menaik taraf?

(b) Apakah bantuan daripada Kerajaan Pulau Pinang bagi membantu para penternak menukar dari penternak tradisi kepada penternak close house system?

YAB. Ketua Menteri:

10. (a) Dewan Undangan Negeri (DUN) telah meluluskan Enakmen Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang pada 24 November 2016. Enakmen ini mewajibkan penternak untuk menaik taraf ladang sedia ada kepada Modern Pig Farming (MPF) yang mengamalkan konsep ladang tertutup (Close House System). Sehubungan itu, penternak diberi masa daripada November 2016 sehingga 31 Disember 2019 bagi tujuan pematuhan. Penguatkuasaan akan dilaksanakan pada 1 Januari 2020 dan tindakan akan diambil kepada penternak yang tidak menaik taraf kepada MPF selepas tamat tempoh tersebut.

(b) Kerajaan Negeri Pulau Pinang membantu 182 penternak khinzir secara tradisi yang telah berdaftar untuk menaik taraf kepada Close House System melalui pendekatan berikut:-

(i). Memberikan pengecualian Pelan Kebenaran Merancang;

(ii). Pengecualian syarat tukar guna tanah daripada pertanian kepada industri;

(iii). Pengecualian daripada dikenakan universal design seperti kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU), parkir dan landskap; dan

(iv). “Bayaran dinaikkan” iaitu penalti terhadap pengusaha yang menaik taraf tanpa kebenaran, tidak dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Adakah apa rancangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk penempatan semula bagi Ladang Caledonia dan Ladang Victoria?

(a) Sekiranya ada minta beri maklumat terkini, berapa penghuni di Ladang Caledonia dan Ladang Victoria terbabit.

(b) Jangkaan masa untuk memulakan?

(c) Sekiranya ada di manakah tapak baru akan dirancang?

YAB. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang merancang Projek Pembangunan Perumahan di Ladang Caledonia dan Ladang Victoria, dan kos pembangunan projek ini akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri sepenuhnya. Bagi cadangan pembangunan perumahan di Ladang Caledonia ianya melibatkan pembinaan 136 unit rumah kluster 1 tingkat, sebuah pencawang TNB dan pencawang elektrik padat di atas tanah Lot 1534, Mukim 11, SPS seluas 15.106 ekar.

Manakala, bagi cadangan pembangunan perumahan di Ladang Victoria ianya melibatkan pembinaan 30 unit rumah teres dan teres kluster 1 tingkat, pusat pungutan sampah, dewan serbaguna, pejabat pengurusan dan pencawang TNB di atas tanah Lot 5755-5766 & Lot 5844-5855, Mukim 11, SPS seluas 1.6 ekar.

(a) Berdasarkan bancian Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Selatan (sehingga 22 September 2016) di Ladang Caledonia, terdapat seramai 324 orang mendiami 80 buah rumah. Manakala bancian di Kampung Ladang Victoria pula (sehingga 26 Jun 2018) mendapati seramai 107 orang mendiami 29 buah rumah. Pembinaan perumahan ini didapati mencukupi untuk menampung jumlah keluarga asal yang terlibat memandangkan Kerajaan Negeri telah membina rumah gantian yang melebihi jumlah rumah yang sedia ada.

Page 35: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

35

(b) Projek pembangunan di Ladang Caledonia dijangka akan dimulakan pada tahun 2019 manakala pembangunan di Ladang Victoria akan dilaksanakan setelah semua penduduk sedia ada berpindah dari tapak berkenaan.

(c) Pembangunan projek ini dilaksanakan di atas tapak sedia ada.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Masalah gangguan kera/monyet semakin serius di kawasan kediaman DUN JAWI sejak tahun 2017.

(a) Adakah Jabatan Perhilitan Negeri serta agensi lain membuat sesuatu dalam hal ini bagi mengurangkan gangguan kera/monyet ini?

(b) Minta memberi statistik tangkapan kera/monyet yang telah dilakukan oleh Jabatan Perhilitan Negeri sejak tahun 2017 di DUN JAWI.

YAB. Ketua Menteri:

12. (a) Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang dari semasa ke semasa telah menjalankan tindakan bagi setiap aduan di Pulau Pinang secara amnya dan khususnya di KADUN Jawi. Pemasangan perangkap juga telah dan akan dilaksanakan di lokasi yang bersesuaian bagi tujuan tangkapan. Sehingga kini, satu (1) perangkap telah dipasang di Taman Desa Jawi, Sungai Jawi, pada 18 Julai 2018. Selain itu, pihak Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang akan menjalankan Ops Basmi Musuh Tanaman bagi spesies Kera Macaca Fascicularis pada Ogos 2018 di sekitar kawasan yang di kenal pasti di KADUN Jawi.

(b) Berdasarkan rekod Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang, terdapat enam (6) aduan bagi tahun 2017 dan dua (2) aduan bagi tahun 2018 (sehingga Jun 2018) bagi spesies Kera Macaca Fascicularis. Pihak PERHILITAN Pulau Pinang telah membuat tangkapan dan penakaian melibatkan 23 ekor Kera Macaca Fascicularis bagi aduan dari Januari 2017 hingga Jun 2018. Tindakan penakaian merupakan salah satu kaedah yang diamalkan dalam pengurusan hidupan liar bagi mengawal limpahan populasi yang boleh mendatangkan kemusnahan, gangguan konflik dan penyakit. Kaedah yang digunakan ialah tangkap hapus dan tembak mati.

Selain itu, PERHILITAN Pulau Pinang juga telah menjalankan “Ops Bersepadu Basmi Musuh Tanaman” melibatkan spesies Kera Macaca Fascicularis pada 21 Mac 2018 di KADUN Jawi bagi mengurangkan kacau ganggu terhadap tanaman dan masyarakat setempat. Sebanyak 75 ekor Kera Macaca Fascicularis telah ditakai secara tembak mati semasa operasi tersebut.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Pada Tahun 2017 nelayan yang berdaftar di bawah LKIM menerima bantuan baucer RM400 daripada Kerajaan Pulau Pinang. Ramai nelayan mengadu bahawa harga peralatan yang ditukar dengan baucer itu adalah terlampau tinggi.

(a) Adakah EXCO Pertanian akan meneruskan bantuan dengan cara ini ataupun akan membuat semakan semula dengan cara lain?

YAB. Ketua Menteri:

13. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengenal pasti tiga buah kedai yang boleh memenuhi dan menampung keperluan nelayan pantai sebagai pembekal dalam program pemberian bantuan nelayan. Berdasarkan kepada makluman yang diterima daripada LKIM, terdapat peralatan seperti pukat yang diimpot dari negara jiran di mana kadar tukaran mata wang telah memberi kesan kepada harga semasa yang dijual oleh pembekal.

(a) Kerajaan Negeri bersama Jabatan/Agensi berkaitan akan meneliti dan mempertimbangkan kaedah/mekanisme terbaik dalam melaksanakan program bantuan kepada nelayan untuk membantu nelayan meningkatkan taraf hidup mereka.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Bekalan elektrik di Jeti Nelayan Changkat perlu dibekalkan bagi keselesaan nelayan yang hendak pergi ke laut pada waktu malam atau subuh.

(a) Bilakah kerja-kerja bekalan elektrik bagi Jeti Nelayan Changkat akan dijalankan dimana isu ini sudah banyak kali dibangkit kepada pihak berkenaan?

Page 36: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

36

YAB. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan pada tahun 2018 bagi kerja – kerja membekal tenaga elektrik di Jeti Nelayan Changkat, Seberang Perai Selatan berjumlah RM200,000.00. Projek ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang (JKR).

Pada ketika ini, JKR telah melantik perunding untuk menjalankan survey plan bermula 18 Julai hingga 10 Ogos 2018 sebelum dikemukakan kepada Pihak Tenaga Nasional Berhad bagi tujuan kelulusan. Projek ini dijangka dapat disiapkan dalam tahun semasa.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Adakah Kerajaan Negeri bercadang membina kompleks sukan di daerah SPU, SPT & SPS untuk kegunaan orang awam?

(a) Sekiranya ada sila nyatakan lokasi dan jangka masa akan dibina.

YAB. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan/penaiktarafan beberapa kemudahan sukan di Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) dalam bajet 2018. Perincian adalah seperti berikut:

Daerah Seberang Perai Selatan

KADUN JENIS KEMUDAHAN STATUS

Jawi Kompleks Badminton dengan kapasiti 8 gelanggang badminton

Dalam Perancangan

Batu Kawan Kemudahan sukan bola Keranjang Dalam Perancangan

Daerah Seberang Perai Tengah

KADUN JENIS KEMUDAHAN STATUS

Padang Lalang Pembinaan Stadium Hoki yang baru di Jalan Betek

Kerja-kerja tambun tanah sedang dilaksanakan.

Berdasarkan kontrak, tempoh pelaksanaan projek adalah dari 4 Dis. 2017 hingga 3 Dis. 2019.

Seberang Jaya Menaik taraf Stadium Mini Permatang Rawa yang akan mempunyai kemudahan padang bola sepak rumput sintetik, 5 gelanggang futsal dan sebuah gelanggang sepak takraw.

Peringkat kelulusan Pelan Bangunan.

Berdasarkan kontrak, tempoh pelaksanaan projek adalah dari 27 Mac 2018 hingga 26 Mac 2019.

Page 37: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

37

Daerah Seberang Perai Utara

KADUN JENIS KEMUDAHAN STATUS

Bagan Jermal Pembangunan Arena Badminton Antarabangsa, Pusat Kolam Renang Bertaraf Fina dan Komersial

Dalam Perancangan

Bertam Cadangan menaik taraf dan baik pulih Padang Hoki, Kompleks Sukan MPSP Bertam, Kepala Batas, SPU

Peruntukan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui Kementerian Belia dan Sukan dan sehingga kini Surat Setuju Terima (SST) belum dikeluarkan.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Terdapat beberapa kolam renang terbuka kepada orang awam di Seberang Perai.

(a) Sila nyatakan bilangan kolam renang dibawah penyelenggaraan Kerajaan Negeri atau MPSP di Seberang Perai. (b)Adakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membina kolam renang kepada orang awam di daerah SPS pada masa akan datang?

YAB. Ketua Menteri:

16. (a) Terdapat 3 kolam renang di bawah penyelenggaraan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Seberang Perai. Senarai terperinci adalah seperti berikut:

Bil. Lokasi Mukim Daerah

1. Kolam Renang Seberang Jaya. 1 SPT

2. Kompleks Sukan Jalan Betek, Bukit Mertajam.

10 SPT

3. Kolam Renang Pangsapuri Ria, Jalan Kampung Benggali, Butterworth.

Seksyen 4 SPU

Buat masa ini Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan untuk membina kolam renang awam di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Apakah tindakan atau kaedah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri supaya dapat membantu anak muda tempatan dapat peluang pekerjaan?

(a) Sekiranya ada, sila nyatakan kaedah yang telah diambil.

(b) Selepas tindakan diambil, berapa peratus yang telah mendapat pekerjaan?

(c) Adakah Kerajaan Negeri memberi kursus kepada anak muda yang sedang mencari kerja?

YAB. Ketua Menteri:

17. (a) Belia merupakan tonggak negara yang bakal memacu pentadbiran negara pada masa hadapan. Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu anak muda tempatan mendapat peluang pekerjaan adalah seperti berikut :

(i) Meningkatkan Pelaburan

Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan perkembangan pelaburan baru dan pelaburan semula di Pulau Pinang yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Pada tahun 2017, Pulau Pinang mencatatkan rekod pelaburan asing (FDI) tertinggi dalam bidang pembuatan antara negeri-negeri di Malaysia, dengan nilai FDI RM8.5 bilion. Jumlah peluang

Page 38: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

38

pekerjaan yang diwujudkan adalah sebanyak 13,553. Kadar pengangguran di Pulau Pinang kekal stabil pada 2.1%, iaitu kedua terendah antara negeri-negeri di Malaysia.

(ii) Mempelbagaikan Jenis Pekerjaan

Di samping meningkatkan jumlah pelaburan, langkah-langkah strategik juga diambil untuk mempelbagaikan jenis pekerjaan, terutamanya pekerjaan bernilai tinggi (high value jobs). Dari segi perniagaan, sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (Global Business Services) merupakan sektor baru yang diperkenalkan.

(iii) Memperkenalkan Program Penang @CAT

Satu program baharu dinamakan “Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT)” telah dilancarkan bagi golongan yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga (entreprenuer).

Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program bantuan bagi mengalakkan keusahawanan di kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya bagi golongan muda dan belia. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)

Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang merupakan program mikrokredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu usahawan tempatan, penganggur dan golongan rakyat berpendapatan rendah untuk menceburi bidang perniagaan. Peruntukan dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini. Golongan yang berminat boleh memohon skim ini melalui PDC.

(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia termasuk para graduan untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Peruntukan sebanyak RM750,000 telah disediakan di mana sehingga Jun 2018, sebanyak RM582,000 telah diagihkan kepada 108 orang belia untuk menikmati kemudahan kredit ini. Golongan yang berminat boleh memohon Tabung Usahawan Tani melalui Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan.

(b) Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja (job seeker) dengan pekerjaan yang ditawarkan oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga Jun 2018, seramai 10,205 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,430 pemadanan jawatan telah dijalankan iaitu sebanyak 63%. Kerajaan Negeri tiada maklumat khusus mengenai peratus belia yang telah mendapat pekerjaan selepas hasil usaha Kerajaan Negeri ini.

(c) Dalam membantu anak muda tempatan mencari pekerjaan, Kerajaan Negeri melalui Penang Skills Development Centre (PSDC) telah memperkenalkan Program Meister Malaysia. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6 juta untuk Program Meister Malaysia.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Minta JPS huraikan semua pintu air dan rumah pam JPS di daerah SPS sama ada ia beroperasi dan tiada operasi diikuti seperti berikut:

(a) Lokasi;

(b) Jenis operasi pam atau pintu air sama ada bekalan elektrik, manual, solar panel atau lain lain.

Page 39: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

39

YAB. Ketua Menteri:

18. Secara keseluruhannya, terdapat lapan (8) Pintu Air Pasang Surut dan Rumah Pam di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan kesemuanya masih beroperasi.

(a) Dua (2 ) daripada jumlah tersebut adalah Pintu Air Pasang Surut, iaitu Pintu Air Pasang Surut Kebun Baru dan Pulau Burung. Manakala enam (6) lagi adalah Rumah Pam, iaitu Rumah Pam Nibong Tebal, Rumah Pam Sanglang A, Rumah Pam Sanglang B, Rumah Pam Che Aminah, Rumah Pam Bagan Buaya dan Rumah Pam Victoria yang terletak di DUN Jawi.

(b) Perincian jenis operasi Pintu Air Pasang Surut dan Rumah Pam di SPS adalah seperti berikut:

Bil. Jenis Operasi Pintu Air Pasang Surut / Rumah Pam

1. Menggunakan kuasa elektrik

i. Rumah Pam Nibong Tebal; ii. Rumah Pam Sangalang A; iii. Rumah Pam Sanglang B; iv. Rumah Pam Che Aminah; dan v. Rumah Pam Victoria

2. Menggunakan minyak diesel (manual)

Rumah Pam Bagan Buaya

3. Menggunakan kuasa solar (solar panel)

i.Pintu Air Pasang Surut Kebun Baru; dan

ii.Pintu Air Pasang Surut Pulau Burung

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Adakah apa-apa jenis kilang dibina oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan sewa kepada pengusaha tempatan?

(a) Sekiranya ada, sila nyatakan semua maklumat kilang-kilang tersebut.

(b) Sekiranya tiada, adakah apa-apa rancangan untuk membina kilang jenis industri ringan untuk disewa kepada pengusaha tempatan yang tidak mampu membeli kilang?

YAB. Ketua Menteri:

19. (a) Setakat 1 Julai 2018, sebanyak 70 unit kilang telah disewakan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kepada pengusaha tempatan di kawasan perindustrian seperti perincian berikut:

BIL Lokasi / Projek Bil. Unit Bil. Disewa

1 Bukit Tengah Industrial Park 31 1

2 Bukit Minyak Industrial Park 112 7

3 Bayan Lepas Industrial Park 86 48

4 Bayan Lepas FIZ 3 5 5

5 Penang SME Centre 20 9

JUMLAH 254 70

Selain itu, sebuah Pusat Industri Kecil dan Sederhana (SME Centre) 4 tingkat yang terletak di Taman Perindustrian Bayan Lepas turut menyediakan ruang operasi kepada syarikat-syarikat teknologi tempatan. SME Centre ini telah mula beroperasi sejak bulan Oktober tahun 2012 dan ruangan pembuatan industri ringan seluas 129,000 kaki per segi boleh disewakan kepada IKS-IKS tempatan pada kadar sewaan yang bersubsidi iaitu RM1.50 kaki per segi sebulan termasuk caj perkhidmatan bangunan. Sehingga kini, sebanyak 9 unit daripada sejumlah 20 unit telah disewakan kepada usahawan tempatan.

Page 40: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

40

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Kemalangan sering berlaku di Persimpangan Jalan Bukit Panchor dan Jalan Permai. Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)?

(a) Adakah JKR atau MPSP syaratkan pemaju JKP di sebelah persimpangan jalan supaya membina satu lampu isyarat di situ?

(b) Sekiranya tiada, bolehkah JKR syaratkan kepada pemaju atau JKR akan membina sendiri?

YAB. Ketua Menteri:

20. Sebagai makluman, berdasarkan semakan data Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap kemalangan di persimpangan Jalan Permai-Bukit Panchor atau berhampiran Jalan Bukit Panchor bagi tahun 2017 dan 2016, hanya terdapat satu (1) kemalangan direkodkan. Menurut laporan kes tersebut menyatakan kemalangan berkenaan tidak berpunca akibat keadaan jalan. Walau bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil tindakan penambahbaikan di persimpangan tersebut pada tahun 2017, iaitu melalui pelebaran bahagian kiri persimpangan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak. Pihak JKR juga telah meminta pihak utiliti berkaitan untuk mengalihkan kabinet/aset miliknya yang menghalang pandangan pemandu di persimpangan tersebut.

(a) Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak mensyaratkan pembinaan lampu isyarat di persimpangan Jalan Bukit Panchor dan Jalan Permai kepada pemaju iaitu JKP Sdn. Bhd. memandangkan tiada keperluan ketika permohonan Kebenaran Merancang dikemukakan pada tahun 2012. Laporan Traffic Impact Assessment (TIA) juga tidak disyaratkan kepada pemaju kerana bilangan unit kediaman adalah 90 unit sahaja, iaitu kurang daripada 200 unit.

(b) Sekiranya terdapat keperluan pemasangan lampu isyarat di kawasan tersebut, pihak JKR perlu membuat kajian dengan mengambil kira lampu isyarat berhampiran untuk diselaraskan. Secara umumnya, pembangunan melibatkan kurang dari 200 unit tidak disyaratkan menyediakan TIA dan membina lampu isyarat.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Sila nyatakan langkah yang telah MPSP lakukan di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung supaya tidak berlaku pelepasan air kurasan terus ke sungai atau laut.

(a) Adakah MPSP/JAS mengambil sampel air sungai dan air laut untuk uji ppm setiap bulan? Sekiranya ada, sejak bila mula dan berikan semua keputusan ppm.

YAB. Ketua Menteri:

21. Langkah-langkah yang telah diambil oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi mengelakkan pelepasan air kurasan terus ke sungai dan laut adalah seperti berikut:

(i). Membina dan membuat pengukuhan ban parit perimeter di sekeliling tapak pelupusan menggunakan cerucuk bakau. (Telah siap dibina semenjak penghujung bulan Januari 2018).

(ii). Penambakan tanah merah yang dilapisi liner secara berkala ke atas tembok ban di sekeliling parit perimeterdan tembok ban kolam air kurasan (Leachate pond);

(iii). Untuk tindakan jangka masa panjang, tapak pelupusan Fasa 3 sedang dibina dan dijangka siap pada hujung tahun 2018;

(iv). Bagi tapak pelupusan Fasa 3, setiap sel pelupusan dan kolam takungan air kurasan akan dipasang liner dari jenis high-density polyethylene (HDPE) geomembrane bagi mengelakkan air kurasan daripada meresap masuk ke sumber air berdekatan; dan

(v) Membina sebuah Leachate Treatment Plant (LTP) dengan kapasiti pemprosesan air kurasan sebanyak 2000 kubik meter sehari turut akan dibangunkan di sebelah Kolam Air Kurasan baharu di Tapak Pelupusan Sampah Fasa 3. Apabila LTP beroperasi kelak, air kurasan daripada kolam takungan dan parit perimeter Fasa 1 dan 2 akan dipam masuk ke dalam kolam takungan air kurasan yang baharu di Fasa 3. Disamping itu, LTP tersebut juga akan merawat air kurasan yang berpunca dari sel pelupusan baru yang sedang dibina di Tapak Pelupusan Sampah baharu di projek Fasa 3. LTP yang dibina akan memproses semua air kurasan mengikut standard Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum dilepaskan ke saliran air berdekatan.

Page 41: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

41

(a) PLB Terang Sdn. Bhd. disyaratkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menjalankan percontohan air sungai dan air laut di sekitar Tapak Pelupusan Pulau Burung. Langkah ini telah dilaksanakan setiap bulan semenjak bulan Julai 2012 lagi. Piawaian yang digunakan untuk menganalisis kualiti sampel air sungai dan laut berdasarkan kepada Jadual Kelima, subperenggan [11(1), (2) dan (3)], Syarat-syarat Yang Boleh Diterima Bagi Pembuangan EffluenBercampur Bagi standard A dan B, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009 dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Analisis sampel air laut dan sungai dijalankan oleh makmal bertauliah yang dilantik oleh PLB Terang Sdn. Bhd., iaitu Union Laboratories Sdn Bhd. Berdasarkan laporan pengawasan yang diterima oleh JAS, indeks kualiti air di saliran Jabatan Pengairan dan Saliran dari Januari 2018 sehingga April 2018 adalah seperti di bawah.

Nilai Persempelan kualiti Air Sungai Sekitar TPS Pulau Burung (Januari 2018-April 2018)

BULAN / TAHUN INDEKS KUALITI AIR

SUNGAI KELAS

1/2018 44.42 IV

2/2018 60.85 III

3/2018 38.42 IV

4/2018 50.88 IV

Bagi persampelan air marin, PLB Terang Sdn. Bhd. telah menjalankan persampelan di muara Sungai Tembus. Keputusan persampelan dari Januari 2018 hingga April 2018 adalah seperti di Lampiran B.

Terdapat pelbagai aktiviti di kawasan tersebut termasuklah penternakan yang mampu memberikan impak terhadap kualiti sungai dan marin di kawasan terbabit. Oleh itu, penyelesaian secara holisitik dengan melihat impak kesemua aktiviti di kawasan tersebut perlu dilakukan bagi menyelesaikan isu kualiti air sungai dan marin di kawasan tersebut.

Selain pemantauan bulanan oleh operator tapak pelupusan sampah, JAS secara berkala menjalankan program penguatkusaaan dan akan mengambil sampel sekiranya terdapat pengaliran air larut resap yang mengalir keluar dari dari tapak pelupusan sampah. Tindakan perundangan akan diambil jika terdapat ketidakpatuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BHML NO. 21)

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Sila nyatakan semua rumah kos rendah diikuti dengan nama, lokasi, dan bilangan unit untuk setiap kawasan di bawah DUN JAWI.

(a) Minta berikan bilangan unit dan jumlah bayaran tunggakan di setiap kawasan rumah kos rendah yang mempunyai tunggakan bil cukai pintu MPSP.

YAB. Ketua Menteri:

22. Secara keseluruhan terdapat sebanyak 17 skim perumahan dengan 2,442 unit rumah kos rendah di dalam KADUN Jawi. Senarai nama skim dan bilangan unit di KADUN tersebut adalah seperti di Lampiran A.

(a) Daripada jumlah tersebut, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) merekodkan sejumlah 626 unit yang mempunyai tunggakan cukai taksiran. Sehingga Julai 2018, jumlah keseluruhan tunggakan cukai taksiran yang direkodkan adalah sebanyak RM279,577.70. Selain itu, prestasi kutipan daripada bulan Januari sehingga Julai 2018 adalah sebanyak RM10,861.85. Manakala, prestasi kutipan tahunan cukai taksiran bagi tahun 2016 dan 2017 adalah dicatatkan sebanyak masing-masing RM66,171.30 dan 44,266.51.

RUJ. LAMPIRAN A (BHML NO. 22)

Page 42: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

42

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Sila nyatakan projek pelancongan di Parlimen Nibong Tebal sejak 2013.

(a) Hanya satu tempat di Pulau Pinang untuk memberi pelancong datang menikmati kelip-kelip di sepanjang Sungai Kerian pada waktu malam. Adakah apa-apa rancangan oleh Kerajaan Negeri di DUN JAWI supaya membantu bagi menghidupkan tarikan pelancongan di sini?

YAB. Ketua Menteri:

23. Projek-projek pelancongan di Parlimen Nibong Tebal adalah seperti Taman Negeri Bukit Panchor, Homestay Sungai Chenaam, Homestay Sungai Duri, Homestay Sungai Setar dan Jeti Kelip-Kelip Sungai Nibong. Walau bagaimanapun, projek-projek pelancongan tersebut telah wujud sebelum tahun 2013. Bagi merangsang sektor pelancongan di Parlimen Nibong Tebal, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa program seperti Karnival Pesta Tanglung 2017 Peringkat Seberang Perai Selatan pada 28 September hingga 1 Oktober 2017, Kursus Pemasaran Produk Homestay di Homestay Sungai Duri pada 30 September hingga 1 Oktober 2017 dan program Forest Bathingdi Hutan Lipur Taman Bukit Panchor pada 7 Julai 2018.

(a) Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Pembangunan Pelancongan telah melawat tapak baharu yang dicadangkan untuk pembinaan jeti kelip-kelip di Nibong Tebal pada September 2017. Hasil lawatan tersebut, Kerajaan Negeri mendapati bahawa lokasi tersebut mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai tempat tarikan pelancong. Namun demikian, terdapat jeti kelip-kelip sedia ada di Nibong Tebal dan Kerajaan Negeri berpandangan bahawa adalah lebih sesuai sekiranya jeti kelip-kelip sedia ada dinaik taraf setelah mengambil kira lokasi serta permintaan yang masih belum mencapai tahap yang tinggi. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memohon peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk membina sebuah jeti yang baharu. Selaku YB. kawasan, cadangan dari YB. sendiri untuk aktiviti perlancongan amat dialukan untuk tindakan susulan Kerajaan Negeri.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Minta JPS berikan maklumat tentang sebuah bangunan yang terletak di sebelah Sungai Kerian di Jalan Pasar Lama, Nibong Tebal.

(a) Adakah bangunan ini mempunyai Sijil Menduduki yang dikeluarkan oleh MPSP?

(b) Siapakah pemilik bangunan tersebut atau adakah perjanjian penyewaan kepada pihak ketiga?

(c) Apakah tujuan dan bilakah bangunan tersebut dibina?

YAB. Ketua Menteri:

24. (a) Semakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mendapati tiada kelulusan Pelan Bangunan dan Sijil Layak Menduduki / CCC dikeluarkan ke atas sebuah bangunan yang terletak di sebelah Sungai Kerian di Jalan Pasar Lama, Nibong Tebal.

(b) Semakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), MPSP, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDT SPS) dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU), Jabatan Perdana Menteri mendapati tiada maklumat berkenaan pemilik bangunan tersebut atau maklumat berkaitan perjanjian penyewaan kepada pihak ketiga. Walau bagaimanapun, pemilik projek ini adalah Kementerian Pelancongan Malaysia dan jabatan pelaksana adalah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang. Projek ini dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) menggunakan peruntukan Persekutuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi II (PRE- II). Status tapak projek ini adalah tanah Kerajaan Negeri untuk simpanan sungai.

(c) Pembinaan bangunan tersebut yang terdiri daripada binaan dua (2) tingkat jeti digunakan bagi tujuan aktiviti eco-pelancongan khususnya untuk melihat kelip-kelip di muara sungai dan restoran. Pembinaan jeti tersebut dimulakan pada Oktober 2009 dan siap pada Mei 2010.

Page 43: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

43

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Sila nyatakan nama, kawasan dan status (aktif/terbengkalai) setiap kompleks penjaja atau kompleks makanan dibawah pemilik Pejabat Daerah SPS.

(a) Sila senaraikan syarat-syarat bagi setiap permohonan untuk menyewa.

(b) Di manakah penyewa boleh dapat maklumat tentang kekosongan unit di setiap kompleks?

YAB. Ketua Menteri:

25. Terdapat sejumlah 121 unit gerai yang berada di bawah seliaan Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan (PDTSPS). Butiran unit mengikut kompleks penjaja (gerai), kawasan berserta maklumat status adalah seperti di Lampiran A.

(a) Senarai syarat-syarat bagi permohonan untuk menyewa gerai di bawah Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan adalah seperti di Lampiran B.

(b) Maklumat tentang kekosongan unit gerai di setiap kompleks penjaja dibuat melalui beberapa kaedah iaitu melalui laman web Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan, memasang banner yang digantung dan dipamerkan di kompleks penjaja yang mempunyai kekosongan dan hebahan yang dibuat kepada masyarakat setempat melalui Penghulu Kawasan. Selain itu, orang ramai juga boleh terus datang ke Bahagian Pembangunan Daerah, PDTSPS bagi mendapatkan maklumat kekosongan gerai-gerai tanpa perlu menunggu hebahan dibuat secara rasmi melalui medium-medium yang dinyatakan di atas.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BHML NO. 25)

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Adakah rancangan JKR untuk membuka satu jalan dari Persimpangan Tol Jawi ke Batu Kawan?

(a) Adakah pelebaran jalan di Jalan Persekutuan Sungai Jawi di bawah jejambat Lebuhraya dirancang? Kawasan tersebut merupakan bottleneck bagi aliran trafik.

YAB. Ketua Menteri:

26. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mempunyai perancangan untuk membina dan menaik taraf jalan dari Jawi ke Batu Kawan dan peruntukan cadangan ini telah dimohon di bawah RMK-11, Rolling Plan 4 (RP4). Namun begitu, projek ini tidak tersenarai dalam kelulusan RMK-11, RP4.

(a) Pelebaran Jalan Persekutuan 1 di bawah lebuhraya terlibat yang bottleneck telah pun dirancang dalam Fasa 6 Projek Naiktaraf Laluan Persekutuan FT001 Permatang Keling ke Simpang Empat, Seberang Perai Selatan. Pada masa ini projek ini sedang menunggu kelulusan untuk pelaksanaan.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Sila nyatakan kawasan wetland reserved di Daerah SPS.

(a) Sekiranya tiada, apakah langkah diambil oleh JPS untuk menggantikan kawasan wetland bagi menampung lebih banyak air?

YAB. Ketua Menteri:

27. Terdapat dua kawasan Wetland Reserve di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) tetapi ianya hanya meliputi kawasan wetland air masin sahaja dan dikenali sebagai hutan paya bakau. Kawasan tersebut terletak di Hutan Simpan Byram dengan keluasan 214.66 hektar yang diwartakan pada tahun 1981. Manakala satu lagi kawasan terletak di tanah Kerajaan di Sungai Kerian, Sungai Chenaam dan Sungai Udang dengan keluasan 100 hektar. Tiada kawasan wetland air tawar yang didaftarkan dalam inventori Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

(a) Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mencadangkan pembinaan lima (5) buah wetland dengan anggaran keluasan 11.0 hektar bagi kawalan kualiti air di Daerah SPS. Lokasi 5 buah wetland yang dicadangkan adalah di Sungai Junjung, Parit Sisir Tok Dahaman, Sungai Jawi di Kampung Titi Hitam, Sungai Jejawi dan Batu Kawan. Cadangan ini telah dimasukkan dalam Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir dan Sistem Saliran Mesra Alam bagi Daerah Seberang Perai Selatan.

Page 44: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

44

III. Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang ekonominya berteraskan kepada aktiviti perindustrian.

(a) Berapakah kadar Pelaburan Terus Asing (FDI) yang diterima oleh Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2015, 2016 dan 2017?

(b) Sila nyatakan 5 buah negara pelabur asing yang paling banyak melabur di Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

1. (a) Jumlah nilai Pelaburan Terus Asing (FDI) berbanding jumlah keseluruhan pelaburan di Pulau Pinang dari tahun 2015 hingga 2017 adalah seperti jadual berikut :-

Tahun Jumlah Pelaburan

(RM juta) Jumlah FDI

(RM juta) Sumbangan FDI kepada jumlah

pelaburan (%) 2017 10,811,88 8,540.49 79 2016 4,293.89 3,056.92 71 2015 6,724.34 4,498.73 67

(b) Lima buah negara yang paling banyak melabur ke Pulau Pinang dengan FDI tertinggi terdiri daripada Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, Jerman, dan Netherlands. Jumlah terkumpul nilai pelaburan FDI negara-negara tersebut ke Pulau Pinang bagi tempoh 2008 hingga 2017 adalah seperti berikut:-

(i) Amerika Syarikat - RM14.3 bilion;

(ii) Jepun – RM5.7 bilion;

(iii) Singapura – RM5.5 bilion;

(iv) Jerman – RM5.2 bilion; dan

(v) Netherlands – RM4.3 bilion.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Sila nyatakan Pelan Tindakan Kerajaan Negeri bagi memantapkan daya saing Pulau Pinang sebagai lokasi pelaburan asing dari aspek aktiviti perindustrian dan pelancongan.

YAB. Ketua Menteri:

2. Dalam usaha memantapkan daya saing Pulau Pinang sebagai lokasi pelaburan asing dalam sektor industri, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan investPenang telah melaksanakan beberapa pelan tindakan seperti berikut:-

(i). Melancarkan Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) @ Mayang di Bayan Baru dan @ By the Sea di Taman Perindustrian Bayan Lepas. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan induk pembangunan negeri yang menawarkan ruang perniagaan kondusif dan persekitaran kepada pelabur serta bakat sokongan dari seluruh dunia. Ia juga selaras dengan perancangan Skim Peningkatan Perniagaan Mengikut Daerah - Business Improvement District Scheme (BIDS);

(ii). Melaksanakan projek SME Village Taman Perindustrian Batu Kawan, plot-plot tanah industri serta kilang-kilang jenis teres dan berkembar dibangunkan dalam beberapa fasa. Fasa pertama dan kedua yang merangkumi 44 plot tanah industri dan 44 unit kilang telah dijual sepenuhnya. Fasa 3 yang merangkumi pusat perkhidmatan, kedai serbaneka, ruang pameran, bilik mesyuarat dan sebagainya telah siap dibina dan sedia untuk digunakan. Selain itu, Fasa 4A yang merangkumi 20 unit kilang berkembar kini dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada suku pertama 2019;

(iii). Merancang dan membangunkan lebih banyak tanah untuk kegunaan perindustrian melalui pengambilan balik tanah di sekitar kawasan Penang Science Park dan Batu Kawan. Ini adalah untuk memenuhi permintaan dan sasaran para pelabur dalam dan luar negara yang semakin meningkat walaupun bersaing rapat dengan negeri-negeri yang lain seperti Selangor, Johor dan Kedah (Kulim Hi-Tech);

(iv). Melancarkan projek infrastruktur jaringan jalanraya di Utara Penang Science Park bertujuan memberi pengiktirafan tentang kepentingan jaringan (connectivity) dan logistik yang baik dalam memenuhi keperluan industri yang memerlukan kelajuan dan kecekapan dalam sistem penyampaian. Projek jalan ini akan memainkan peranan sebagai jalan arteri

Page 45: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

45

menghubungkan Juru dengan Penang Science Park dan ini juga akan mengurangkan masalah kesesakan di persimpangan Tambun di samping menggalakkan pembangunan Penang Science Park, terutamanya di Utara Penang Science Park;

(v). Menyediakan infrastruktur pembangunan industri 4.0 di peringkat global dalam kawasan perindustrian baru dan sedia ada seperti Penang Science Park dan Batu Kawan Industrial Park yang tertumpu kepada pelabur-pelabur yang terlibat di dalam industri teknologi tinggi; dan

(vi). Membangunkan Penang SME Centre di Taman Perindustrian Bayan Lepas dengan ruang penyewaan tersedia berjumlah 125,843 kaki persegi untuk memberi kemudahan dan sokongan kepada pengusaha IKS tempatan khususnya. Bagi terus menyokong pengusaha IKS ini, Kerajaan Negeri melalui PDC menyumbang subsidi dalam bentuk Bayaran Perkhidmatan. Untuk penyewaan premis ini, bayaran perkhidmatan ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, kadar sewa yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding dengan kadar pasaran semasa.

Manakala dalam sektor pelancongan pula, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelan tindakan seperti berikut :-

(i). Menggiatkan promosi pelancongan di peringkat antarabangsa melalui penyertaan dalam pameran, ekspo, persidangan, konvensyen dan seumpamanya untuk mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini. Di antara pameran pelancongan berprestij yang disertai adalah seperti International Tourism Board Singapore dan World Travel Mart London;

(ii). Menjalin kerjasama dengan ejen-ejen pelancongan dan agensi pelancongan atas talian (online travel agencies) seperti Agoda dan Expedia bagi mempromosi pakej pelancongan yang bersesuaian;

(iii). Membida program-program bertaraf antarabangsa supaya diadakan di Pulau Pinang. Program-program bertaraf antarabangsa mendapat liputan yang luas dan mampu memberi impak berganda dalam menarik kemasukan pelancong. Bagi tahun 2018, Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah bagi Forum Inter-Islands Tourism Policy yang berasaskan pelancongan kepulauan dan Asia Pacific Masters Games dalam bidang sukan antarabangsa. Manakala bagi tahun 2019, Pulau Pinang telah berjaya dalam pembidaan World Seafood Congress;

(iv). Menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk menambah bilangan penerbangan terus ke Pulau Pinang . Penerbangan terus yang terkini adalah dari Hanoi, Vietnam dan Phuket, Thailand yang dikendalikan oleh Air Asia mulai 1 Julai 2018;

(v). Mempertingkatkan infrastruktur serta kemudahan pengangkutan awam yang mesra pelancong seperti rancangan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, pembinaan jajaran Light Rail Transit (LRT) serta Bus Rapid Transit (BRT), rancangan projek Jalan-Jalan Utama serta Terowong Bawah Dasar Laut dan pembesaran serta naiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang;

(vi). Merancang untuk merealisasikan beberapa projek infrastruktur berasaskan pelancongan seperti Projek Cable-Car yang menghubungkan Teluk Bahang dan Bukit Bendera serta kawasan pulau dan Seberang Perai. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga merancang untuk membangunkan kawasan-kawasan pesisiran pantai di George Town dan Butterworth dan meningkatkan keupayaan perkhidmatan Terminal Kapal Persiaran Swettenham;

(vii). Membangunkan pelancongan berasaskan business events dengan menyediakan tempat persidangan dan pameran baharu seperti Spice Arena;

(viii). Memberi tumpuan kepada pelancongan berasaskan perubatan seperti Projek “Island Medical City” yang berupaya untuk memberi pulangan yang besar kepada ekonomi negeri. Dalam aspek pelancongan pendidikan pula, Kerajaan Negeri membuka ruang kepada universiti luar negara untuk mendirikan kampus mereka di Pulau Pinang; dan

(ix). Menggalakkan dan meningkatkan produk-produk tarikan pelancong yang bertaraf antarabangsa di antaranya seperti pembangunan The Top di KOMTAR, The Habitat di Bukit Bendera dan Taman Rama-Rama “Entopia” di Teluk Bahang. Disamping itu. Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mewujudkan aktiviti Glamping yang membolehkan para pelancong menikmati pengalaman alam semula jadi dengan penginapan moden dan

Page 46: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

46

selesa. Glamping akan ditempatkan di sekitar hutan Teluk Bahang yang dikenali sebagai Boulder Valley tanpa merosakkan alam sekitar dan sistem ekologi.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Berapakah jumlah sisa pepejal yang diuruskan dalam kawasan pulau mengikut bulan bagi tahun 2017? (a) Adakah terdapat pengurangan sisa pepejal berkenaan selepas pelaksanaan Dasar

Pengasingan Slsa Di Punca?

YAB. Ketua Menteri:

3. Jumlah sisa pepejal yang diuruskan dalam kawasan pulau mengikut bulan bagi tahun 2017 adalah seperti jadual di bawah.

BULAN BERAT (TAN)

Januari 20,434.51

Februari 18,012.79

Mac 20,954.06

April 19,594.87

Mei 20,472.18

Jun 19,492.68

Julai 20,475.68

Ogos 20,327.82

September 19,033.11

Oktober 19,319.66

November 19,795.60

Disember 19,326.92

JUMLAH 237,239.88

(a) Sejak pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa di Punca pada tahun 2016, terdapat peningkatan sebanyak 15,663.70 tan sisa pepejal domestik yang dijana di kawasan pulau iaitu 221,576.18 tan bagi tahun 2015 dan 237,239.88 tan bagi tahun 2017. Peningkatan penjanaan sisa pepejal domestik ini berlaku disebabkan pertambahan penduduk dan pembangunan yang pesat di kawasan pulau. Walau bagaimanapun sejak pelaksanaan dasar ini terdapat peningkatan sebanyak 2.17% kadar kitar semula yang direkodkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) iaitu 27.51% pada tahun 2015 kepada 29.68% pada tahun 2017.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Adakah Pusat Pelupusan Sampah Pulau Burong boleh dijadikan lokasi untuk menjana tenaga yang diperbaharui dari sumber pelupusan sampah seperti yang dilakukan di Negara Jepun? (a) Sekiranya ada, apakah pelan tindakan yang telah diambil?

YAB. Ketua Menteri:

4. Pusat Pelupusan Sampah Pulau Burung boleh dijadikan lokasi untuk menjana tenaga yang diperbaharui dari sumber pelupusan sampah.

(a) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melantik PLB Terang Sdn. Bhd sebagai kontraktor yang menjalankan operasi dan penyelenggaraan Tapak Pelupusan Pulau Burung sehingga 2032. Mengikut perjanjian yang ditandatangani, kontraktor boleh mencadangkan apa-apa teknologi baharu untuk menjana tenaga yang diperbaharui. Pembangunan Fasa 3 termasuk penyediaan rizab untuk kegunaan pembangunan dan perkembangan masa hadapan (Future Development and Expansion) di mana salah satu opsyen adalah bagi kegunaan Composting atau Refuse-Derived Fuel Facility. Walau bagaimanapun sehingga kini pihak kontraktor belum mengemukakan apa-apa cadangan untuk menjana tenaga yang diperbaharui dari sumber pelupusan sampah.

Page 47: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

47

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Negara Eropah dan Australia melaksanakan Polisi No More Single-Use Plastic Bag. (a) Berapakah kutipan diperolehi oleh Kerajaan Negeri hasil dari pelaksanaan kempen No

Free Plastic Bag? Sila nyatakan kutipan mengikut bulan bagi tahun 2015 hingga 2017. (b) Adakah kutipan wang digunakan mencari inovasi baru dalam mengurangkan pembuangan

sisa plastik?

YAB. Ketua Menteri:

5. (a) Jumlah keseluruhan kutipan hasil dari pelaksanaan kempen No Free Plastic Bag sejak tahun 2009 hingga Jun 2018 adalah sebanyak RM7,764,942,41. Jumlah kutipan mengikut bulan bagi tempoh 2015 hingga 2017 adalah seperti di Lampiran A.

KUTIPAN MENGIKUT BULAN BAGI TAHUN 2015 HINGGA 2017

BULAN / TAHUN 2015 2016 2017 JUMLAH

KESELURUHAN

JANUARI 58,181.20 46,275.98 0.00 104,457.18

FEBRUARI 0.00 0.00 38,900.83 38,900.83

MAC 214,598.86 106,732.47 68,880.13 390,211.46

APRIL 65,634.65 63,074.47 85,756.96 214,466.08

MEI 28.00 175,602.36 72,737.69 248,368.05

JUN 31,156.80 55,637.48 545.11 87,339.39

JULAI 49,169.45 34,191.81 30,718.00 114,079.26

OGOS 50,923.67 84,961.92 67,983.40 203,868.99

SEPTEMBER 0.00 30,305.23 172,824.96 203,130.19

OKTOBER 120,736.53 61,433.17 154,950.25 337,119.95

NOVEMBER 60,949.55 129,424.39 184,532.72 374,906.66

DISEMBER 67,626.97 39,830.62 0.00 107,457.59

JUMLAH 719,005.68 827,469.90 877,830.05 2,424,305.63

(b) Setakat ini, polisi bagi kutipan terkumpul yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma disalurkan sepenuhnya ke Akaun Tabung Amanah Kebajikan Negeri Pulau Pinang bagi kegunaan Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) iaitu program pembasmian kemiskinan Kerajaan Negeri.

Sekiranya tujuan kutipan adalah untuk program inovasi bagi menggantikan beg plastik, ianya akan melibatkan pihak industri dan memerlukan pelaburan yang besar untuk menyediakan inovasi yang baharu bagi menggantikan beg plastik. Namun begitu, Kerajaan Negeri tetap menggunakan pendekatan ke arah membentuk kesedaran di kalangan masyarakat supaya mengurangkan penggunaan beg plastik melalui program-program seperti Bring Your Own Shopping Bag dan Bring Your Own Food Container. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberikan pengiktirafan pensijilan kepada premis perniagaan yang beralih kepada alternatif selain beg plastik sebagai rakan Kerajaan Negeri - "Premis Bebas Beg Plastik

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri: 6. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan reputasi Pulau Pinang sebagai salah

satu destinasi pelancongan dunia?

YAB. Ketua Menteri:

6. Rancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan reputasi Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi pelancongan dunia adalah berdasarkan strategi-strategi seperti berikut:

(a) Menggiatkan promosi pelancongan di peringkat antarabangsa melalui penyertaan dalam pameran pelancongan dan pameran perdagangan. Antara pameran pelancongan yang disertai adalah seperti International Tourism Board (ITB) Berlin, Shanghai World Travel Fair dan World Travel Mart (WTM). Bagi pameran perdagangan antarabangsa, Kerajaan

Page 48: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

48

Negeri akan bersama-sama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Tourism Malaysia di bawah Pavilion Malaysia.

(b) Mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa seperti World Tourism Cities Federation (WTCF) dan Asian Tourism Forum (ATF) bagi berkongsi pengalaman Pulau Pinang dan tarikan-tarikan pelancongan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan membida supaya program-program antarabangsa dianjurkan di Pulau Pinang. Antara program yang telah berjaya dibida adalah Asia Pacific Masters Games 2018 dan World Seafood Congress 2019.

(c) Bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk menambah bilangan penerbangan terus dengan pemberian insentif. Selain menambah laluan penerbangan terus, Kerajaan Negeri juga akan berusaha meningkatkan kekerapan penerbangan. Bagi tahun 2018, Kerajaan Negeri telah berjaya mendapatkan sejumlah tiga (3) laluan baharu penerbangan terus iaitu dari Doha, Hat Yai dan Hanoi.

(d) Mempertingkatkan infrastruktur dalam negeri serta penyediaan kemudahan mesra pelancong di mana Kerajaan Negeri telah melakarkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Pelan ini antara lain melibatkan Light Rail Transit (LRT), Bus Rapid Transit (BRT), Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong Bawah Dasar Laut. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta meningkatkan kemudahan dan kelengkapan berkaitan.

(e) Memberi tumpuan kepada perkembangan bidang pelancongan utama seperti pembangunan pelancongan eko dan warisan secara mampan, pelancongan business events dengan penyediaan tempat persidangan dan pameran baharu, pelancongan perubatan dengan kerjasama erat pihak swasta dan pelancongan pendidikan dengan menarik universiti asing untuk mendirikan kampus di Pulau Pinang.

(f) Menggalakkan dan meningkatkan produk-produk tarikan pelancong yang bertaraf antarabangsa seperti pembangunanThe Top di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dengan tarikan seperti Rainbow Skywalk dan The Gravityz, Projek The Habitat di Bukit Bendera dengan Canopy Walk dan Tree Top Walk dan Projek Entopia. Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mewujudkan aktiviti glamping yang membolehkan para pelancong menikmati pengalaman alam semula jadi dengan penginapan moden dan selesa. Glamping akan ditempatkan di sekitar hutan Teluk Bahang yang dikenali sebagai “Boulder Valley” tanpa merosakkan alam sekitar dan sistem ekologi.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Adakah pemberian subsidi kepada syarikat penerbangan yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang boleh dilaksanakan? (a) Berapakah jumlah pelancong asing yang masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa

Pulau Pinang pada tahun 2016 dan 2017.

YAB. Ketua Menteri:

7. Pada masa ini, Kerajaan Negeri belum bercadang untuk memberikan subsidi kepada syarikat penerbangan yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program insentif sejak 2016 untuk menggalakkan syarikat penerbangan mengadakan chartered flightdan penerbangan terus ke Pulau Pinang. Insentif tersebut akan diberikan kepada syarikat penerbangan yang menakluk kepada syarat-syarat seperti laluan penerbangan yang terpilih, tempoh aktif laluan dan kekerapan penerbangan. Sehingga kini, insentif ini telah diberikan kepada syarikat penerbangan AirAsia untuk penerbangan terus Yangon ke Pulau Pinang pada tahun 2016.

Jumlah penumpang yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang adalah 1,407,785 pada tahun 2016 dan 1,546,779 pada tahun 2017.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Apakah status pelaksanaan Pembangunan Semula Tanah Majlis di Jalan Perak? (a) Sila nyatakan Jadual Perancangan Pelaksanaan Projek berkenaan meliputi tarikh mula

kerja hingga tarikh siap kerja.

Page 49: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

49

(b) Adakah Kajian Sosial (SIA) dan Lalu lintas (TIA) telah dijalankan bagi mengetahui kesan pembangunan tersebut di Jalan Perak?

YAB. Ketua Menteri:

8. Pada ketika ini status Cadangan Pembangunan Semula Tanah Majlis di Jalan Perak adalah di peringkat proses pelantikan perunding dan penyediaan Terma Rujukan. Mesyuarat Lembaga Perolehan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang bermesyuarat pada 27 Jun 2018 telah meluluskan pelantikan perunding untuk melaksanakan khidmat profesional bagi bidang skop kerja menyediakan dokumen Request for Proposal (RFP). Penyediaan dokumen RFP ini merangkumi perkara-perkara berikut:

(i) Menjalankan kajian tapak mengumpul data dan dapatan dari orang melalui gerak kerja penglibatan orang ramai dalam reka bentuk.

(ii) Mengeluarkan lukisan tambahan dan perincian selepas maklum balas orang ramai dan berdasarkan lukisan survey tanah pembangunan; dan

(iii) Memberi nasihat dalam menyediakan dokumen panggilan untuk cadangan RFP untuk ditender kepada mana-mana pemaju yang berminat untuk memajukan cadangan ini.

(a) Cadangan pembangunan semula tanah majlis di Jalan Perak adalah dalam peringkat penyediaan dokumen RFP. Justeru, tarikh mula dan tarikh untuk menyiapkan projek ini masih belum dimuktamadkan. Jadual perancangan pelaksanaan projek adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kajian Impak Sosial atau Social Impact Assessment (SIA) dan Kajian Impak Trafik atau Traffic Impact Assesment (TIA) masih belum dijalankan. Walau bagaimanapun, kedua-dua kajian telah disyaratkan dalam Terma Rujukan atau Term of Reference (TOR)bagi pelantikan perunding.

RUJ. LAMPIRAN A (OAT NO. 8)

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam usaha mencegah masalah banjir di Pulau Pinang terutamanya di KADUN Batu Lancang?

YAB. Ketua Menteri:

9. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Kerja Tebatan Banjir yang diurusetiakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah merancang usaha mencegah masalah banjir di Pulau Pinang melalui kaedah penyelesaian secara struktur dan penyelesaian secara bukan struktur seperti berikut:

(a) Penyelesaian Secara Struktur:

Penyelesaian secara struktur melibatkan komponen pembinaan kejuruteraan seperti rumah pam, barrage, ban, pintu air, kerja-kerja pengukuhan tebing, mendalam dan melebarkan sungai, pembinaan kolam takungan, empangan dan juga pelencongan sungai. Selain itu, setiap permohonan pembangunan dari pemaju di daerah ini dikenakan syarat agar rizab sungai dikekalkan dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri sebanyak 6 meter di kiri dan kanan sungai mengikut keadaan semasa. Pemaju juga dikehendaki menaiktaraf sungai mengikut kawasan yang terdedah kepada banjir serta mewujudkan kolam takungan bagi mengelakkan aliran sungai terus ke hilir.

(b) Penyelesaian Secara Bukan Struktur:

Penyelesaian secara bukan struktur melibatkan pelbagai agensi yang berkaitan seperti kempen “Cleaner Greener Penang”, program gotong royong bersama JKKK tempatan, penyediaan kajian-kajian dan rekabentuk terperinci bagi sesuatu lokasi yang mengalami masalah banjir, Sistem Ramalan Awal Banjir dan Penempatan Semula Penduduk seperti di Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang Fasa I dan II.

Tambahan kepada tiu, Kerajaan Negeri juga akan mengkaji penggunaan teknologi hijau dalam sistem tebatan banjir agar dapat melaksanakan ciri-ciri "Sponge City" yang dapat menyerap air. Dalam konteks ini, tumpuan tradisional kepad alairan air "run off" akan beralih kepada cara-cara untuk mengekalkan "retention" dengan manggunakan

Page 50: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

50

kaedah "green roof", "rain garden" dan satu peralihan daripada "grey tech" kepada "green tech" seperti yang diamalkan di pelbagai negara maju seperti Singapura dan Eropah.

Buat masa ini, tiada projek tebatan banjir yang khusus untuk dijalankan di KADUN Batu Lanchang. Walau bagaimanapun, pada tahun 2018 JPS menjalankan kerja-kerja mendalam dan membaiki Sungai Jelutong dengan kos projek sebanyak RM83,530.00. Pelaksanaan projek ini akan memberi impak kepada KADUN Batu Lanchang.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Isu gelandangan yang terdapat di Pulau Pinang. Adakah jabatan berkaitan mempunyai cadangan mewujudkan satu Pusat Transit Gelandangan seperti yang dilakukan di Kuala Lumpur?

YAB. Ketua Menteri:

10. Mulai tahun 2016, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Empowering The Street Citizens bagi mengatasi masalah berkaitan gelandangan. Program bersifat “Tri-Partite Venture”ini menggabungkan sektor kerajaan, swasta dan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Antara strategi program ini adalah membangunkan sebuah Pusat Transit Gelandangan yang akan dibekalkan dengan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa sebagai permulaan. Selepas tamat tempoh penempatan, gelandangan ini diharapkan dapat berdikari dan berintegrasi dengan masyarakat. Pengurusan penempatan gelandangan ini dicadang dikendalikan oleh NGO yang dikenalpasti oleh pihak Kerajaan Negeri.

Pada ketika ini, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti satu lokasi yang sesuai untuk dijadikan pusat transit gelandangan iaitu di Lot.19, Jalan C.Y. Choy, yang merupakan bangunan rumah kedai milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Adakah Kerajaan Negeri telah bersedia memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 dalam membekal kemudahan jalur lebar(fibre optik)? Jika ia, sila nyatakan pelan tindakan tersebut.

YAB. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri melihat penyediaan jalur lebar (fiber optik) adalah penting sebagai salah satu infrastruktur utama dalam pembangunan Bandar Pintar bertaraf antarabangsa di Negeri Pulau Pinang. Pelaksanaan Fiber Forward Penang (FFP) di Negeri Pulau Pinang telah diluluskan Kerajaan Negeri pada 27 Mei 2015 dengan semua syarikat telekomunikasi menandatangani Non Disclosure Agreement (NDA) untuk menggalakkan syarikat-syarikat telekomunikasi memasang fiber optik menggantikan rangkaian kuprum melalui One Dig Policy serta perkongsian struktur telekomunikasi bagi tujuan penjimatan kos dan mengurangkan jumlah struktur telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang. Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada pihak Unit Pengurusan Maklumat Geospatial (PeGIS), 50% kawasan di seluruh Negeri Pulau Pinang telah diliputi jajaran fiber sepanjang 3,217 km dengan 600 km daripadanya adalah di jalan-jalan utama negeri. Ini bermakna, 80% jalan-jalan utama telah diliputi fiber. PDC Telecommunication and Services (PDCTS) sebagai One Stop Agency (OSA) pemasangan fiber optik sedang merangka Pelan Infrastruktur Digital Pulau Pinang dan pelaksanaan pemasangan Saluran Bersepadu Telekomunikasi (Telecommunication Common Ducting) di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan dalam meluaskan kawasan tarikan pelancongan di Negeri Pulau Pinang? Jika ada, sila nyatakan kawasan-kawasan pelancongan yang baru yang ingin ditonjolkan dalam industri pelancongan.

YAB. Ketua Menteri:

12. Kerajaan Negeri merancang untuk meluaskan kawasan tarikan pelancong di Pulau Pinang dan kawasan pelancongan baharu yang ingin ditonjolkan dalam industri pelancongan adalah seperti berikut:

(a) Kawasan “Boulder Valley” di Teluk Bahang di mana Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan aktiviti Glamping yang membolehkan para pelancong menikmati pengalaman alam semula jadi dengan penginapan moden dan selesa tanpa merosakkan alam sekitar dan sistem ekologi.

Page 51: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

51

(b) Kawasan pesisiran Sungai Juru di mana Kerajaan Negeri bercadang membangunkan sebuah projek pelancongan dengan kerjasama pihak swasta. Projek ini diilhamkan dengan konsep pameran ekopelancongan melalui pertanian hijau, amalan hijau dan juga sebagai pusat penyelidikan dan pendidikan.

(c) Kawasan Pantai Robina di mana Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan Pantai Robina Eco Park. Taman ini akan dilengkapi dengan laluan trek basikal, kawasan permainan kanak-kanak, lampu hiasan solar, gelanggang kasut roda dan tapak futsal.

Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk mewujudkan sebuah Pelan Induk Pelancongan Negeri Pulau Pinang yang menggariskan akan hala tuju dan rancangan pembangunan pelancongan di Pulau Pinang yang turut akan mengenalpasti kawasan atau produk pelancongan yang baharu. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang dalam proses pengumpulan data dan di peringkat awal penyediaan pelan induk tersebut.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Apakah strategi dan usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Kementerian Pengangkutan meluluskan cadangan pembesaran kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

13. Menurut Kementerian Pengangkutan, pihaknya melalui Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang merancang untuk melaksanakan terminal optimization bagi mengurangkan kesesakan penumpang terutama ketika waktu puncak sebagai langkah mitigasi jangka pendek. Bagi pelaksanaan perkara ini, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang dalam proses penyediaan dokumen tender bagi melantik kontraktor dan kerja-kerja pengubahsuaian akan mengambil masa sehingga lima (5) bulan untuk siap pada Februari 2019.

Sebagai langkah jangka masa panjang pula, Kerajaan Negeri sedang mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pengangkutan serta Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk mempertingkatkan kapasiti pengendalian penumpang daripada 6.5 juta penumpang setahun Million Passengers Per Annum (MPPA) yang sedia ada. Dalam hal ini, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang melaksanakan proses perlantikan juruperunding yang dijalankan melalui proses tender terbuka. Perincian kos keseluruhan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) adalah tertakluk kepada kajian terperinci yang akan dilaksanakan oleh pihak juruperunding yang akan dilantik dan kaedah pembiayaan yang dipilih.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town telah diwartakan.

(a) Adakah rancangan ini telah meningkatkan fungsi bandaraya terutamanya dalam sektor ekonomi?

(b) Apakah kesan rancangan ini kepada pemunya bangunan dan pengusaha-pengusaha sedia ada serta pengusaha-pengusaha baru?

YAB. Ketua Menteri:

14. (a) Pewartaan Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town (RKK TWDGT) bukan sahaja telah meningkatkan fungsi bandaraya dalam sektor ekonomi, malah telah memudahkan pengurusan TWDGT dalam aspek pemuliharaan, pemeliharaan, pemulihan, restorasi dan pembinaan semula. Ini termasuk kegunaan, pembangunan semua bangunan dan tanah serta strategi yang akan meningkatkan kemampanan dan integrasi alam sekitar fizikal antara sosiobudaya dan ekonomi.

Kajian Perubahan Guna Tanah dan Penduduk yang dijalankan oleh Think City Sdn. Bhd. dengan kerjasama George Town World Heritage Incorporated dan PLANMalaysia@Pulau Pinang pada tahun 2009 hingga 2013 mendapati terdapat peralihan dalam struktur ekonomi tempatan terutamanya dalam perkhidmatan pelancongan, perhotelan dan industri kreatif. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan bilangan hotel sebanyak 41 buah, perniagaan kesenian, budaya dan kraf sebanyak 26 buah, perkhidmatan perjalanan dan pelancongan sebanyak 21 buah dan perniagaan fesyen, pakaian dan tekstil sebanyak 19 buah. Selain itu, pekerja professional dan tenaga mahir juga meningkat sebanyak 659 orang daripada 2,435 orang kepada 3,094 orang.

Page 52: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

52

Dalam masa yang sama, terdapat juga pelaburan fizikal yang penting di seluruh TWDGT yang melibatkan 21 bangunan yang telah diubahsuai dalam tempoh kajian mengikut Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town. Pelaburan ini telah menarik 660 perniagaan baharu yang sebahagian besarnya menyatakan lokasi di TWDGT adalah strategik. Bangunan kosong telah menurun sebanyak 110 buah daripada 864 buah.

(b) Bagi pemilik bangunan, pemilik tanah, penyewa dan pengusaha sedia ada RKK TWDGT menjadi panduan dan rujukan untuk mengurus dan menjaga bangunan atau tanah pada masa kini dan untuk generasi akan datang. RKK TWDGT ini juga membantu pengusaha baharu untuk merancang aktiviti perniagaan dan kerja binaan yang akan dijalankan. Selain itu, penambahbaikan kepada reruang awam public spaces turut menyumbang kepada aspek keselamatan dan kehidupan sihat masyarakat di sekitarnya.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Teknologi pembuatan jalan tar di Pulau Pinang perlu diperkemaskan dan mengikut standard negara-negara maju. (a) Adakah satu kajian atau perbandingan pernah dijalankan mengenai kualiti dan teknologi

jalanraya kita dengan negara maju seperti Singapura? (b) Adakah perancangan dan penyelarasan telah dibuat dengan syarikat utiliti sebelum kerja-

kerja naiktaraf jalan dilaksanakan?

YAB. Ketua Menteri:

15. (a) Terdapat kajian dan lawatan yang dilaksanakan oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE) ke beberapa negara maju yang memberi fokus kepada kualiti jalan raya. Teknologi yang digunakan di negara-negara yang dilawati telah dijadikan rujukan untuk penambahbaikan sistem di Malaysia. Antara teknologi yang dipelajari dari negara-negara maju yang dilawati adalah teknologi cold in-place recycling dan hot in-place recycling di Amerika Syarikat, peralatan menurap jalan baru di Jerman dan penggunaan paving blocks sebagai turapan di United Kingdom, London. Sudah tentu teknologi-teknologi baru dan canggih ini akan dikaji bagi penggunaannya di Malaysia kelak.

(b) Terdapat perancangan dan penyelarasan dibuat dengan syarikat-syarikat utiliti yang terlibat di peringkat perancangan kerja-kerja naik taraf jalan memandangkan kerja utiliti, antaranya line mapping, melibatkan syarikat utiliti yang berbeza. Dalam hal ini pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mendapatkan as built drawings dari pihak syarikat utiliti, dan mendapatkan reka bentuk awalan serta anggaran kos bagi kerja-kerja mengalih utiliti, sebelum sesuatu projek jalan dimulakan. Selanjutnya, kerja-kerja pengalihan utiliti akan diberikan terus kepada kontraktor utama. Ini merupakan satu penambahbaikan kaedah bagi menyingkatkan tempoh pelantikan sub-kontraktor, dan mempermudahkan kerja-kerja penyelarasan pengalihan utiliti.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Apakah peranan Koridor Utara dalam pembangunan aktiviti perindustrian di Negeri Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

16. Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) berperanan untuk memacu evolusi pembangunan Wilayah Ekonomi Utara (NCER) ke arah menjadi rantau ekonomi bertaraf dunia, dengan memangkin dan melaksanakan program-program berteraskan pembangunan nilai tambah dalam tiga (3) sektor industri utama iaitu Sektor Pembuatan, Sektor Pertanian & Industri Bio dan Sektor Perkhidmatan (subsector untuk sektor perkhidmatan termasuk pelancongan, logistik dan perhubungan serta perkhidmatan perniagaan global (GBS).

Negeri Pulau Pinang telah memainkan peranan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi kepada negeri-negeri lain di NCER dan sememangnya sudah terkenal melalui zon perindustrian Bayan Lepas dan Perai. Pihak NCIA juga telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif di Pulau Pinang untuk menarik pelabur di negeri ini dan NCER. Pelaburan kumulatif sejak 10 tahun lalu yang berjaya di bawa masuk ke Pulau Pinang oleh NCIA telah mencecah RM51.6 juta yang mana sektor pembuatan telah menyumbang sebanyak 57%, sektor perkhidmatan sebanyak 42% dan sektor pertanian dan Industri-bio sebanyak 1% daripada jumlah pelaburan.

Page 53: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

53

NCIA juga turut membantu Kerajaan Negeri mempromosikan Pulau Pinang sebagai Pusat Pelancongan Perubatan di Rantau Asia. Dalam pada itu, pihak NCIA juga telah bekerjasama dengan syarikat swasta untuk merealisasikan rancangan bagi menubuhkan hab automotif iaitu One Auto Hub di Pulau Pinang dengan jumlah pelaburan sebanyak RM630 juta.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Nyatakan senarai jalan yang terlibat dalam penyusunan semula aliran trafik sejak tahun 2016.

(a) Adakah penyusunan semula aliran trafik ini telah membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas?

(b) Adakah cadangan baru yang bersifat jangka panjang dalam mengatasi masalah trafik di Negeri Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

17. Sejak tahun 2016, terdapat 32 lokasi di Negeri Pulau Pinang yang terlibat dengan penyusunan semula aliran trafik. Senarai jalan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A.

(a) Penyusunan semula aliran lalu lintas sesuatu jalan atau trafik sememangnya boleh membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas melalui peningkatan kapasiti jalan, melancarkan aliran lalu lintas, mengurangkan bilangan konflik lalu lintas, menyediakan ruang yang lebih untuk meletak kenderaan dan meningkatkan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya di negeri ini.

(b) Kerajaan Negeri telah menggariskan beberapa cadangan baru jangka masa panjang bagi mengatasi masalah trafik di negeri ini antaranya adalah seperti berikut :

(i) Pembinaan Projek Baharu Berkapasiti Tinggi

Pembinaan jalan yang berkapasiti tinggi ini dapat mengagihkan kenderaan yang banyak di pusat bandar ke bahagian luar pusat bandar. Secara tidak langsung isipadu lalu lintas di pusat bandar akan berkurangan antaranya melalui pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP) Kerajaan Negeri telah mencadangkan pembinaan LRT, Monorel, Lebuh Raya dan jalan baharu iaitu LRT George Town ke Bayan Lepas, Monorel George Town ke Ayer Hitam, Pan Island Link (PIL) 1, 2 dan 2A, Bypass Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Hitam dan Persiaran Gurney.

(ii) Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Pengangkutan Awam

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan Rapid Penang Sdn. Bhd. untuk menambah baik perkhidmatan bas awam di Pulau Pinang. Pada masa kini, Rapid Penang mempunyai 400 buah bas yang beroperasi di Pulau Pinang. Bilangan bas akan ditambah secara berperingkat mengikut keperluan untuk penyediaan mutu perkhidmatan yang lebih efisien dan berkualiti yang dapat meliputi laluan-laluan sosial. Di samping itu, Kerajaan Negeri telah melaksanakan perkhidmatan bas Congestion Allevation Transport (CAT) dalam kawasan-kawasan bandar bagi mewujudkan sistem pengangkutan yang bersepadu bagi mengalakkan penggunaan pengangkutan awam di negeri ini.

(iii) Pengurusan Lalu lintas Berkesan

Pelaksanaan teknik-teknik pengurusan lalu lintas seperti pelaksanaan aliran lalu lintas sehala, kawalan pusingan ke kanan dan lain-lain lagi. Pemasangan sistem CCTV juga telah digunakan dengan berkesan untuk meningkatkan keselamatan, pemantauan lalu lintas dan mengawal kesesakan. Di samping itu, langkah kawalan kemasukan kenderaan melalui Jambatan Pulau Pinang atau ke pusat bandar pada masa tertentu juga sesuai dilaksanakan. Ini dapat mengurangkan penggunaan jalan-jalan utama yang menuju ke pusat bandar juga dapat menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Selain itu, penyediaan tempat letak kereta yang mencukupi di sepanjang jalan raya adalah perlu kerana didapati wujudnya masalah kekurangan tempat letak kereta. Ini menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa meletak kenderaan di tepi jalan yang dapat mengganggu aliran lalu lintas sedia ada. Memastikan keberkesanan lampu isyarat terutamanya pada waktu puncak dengan pengenalan skema koordinasi isyarat pengangkutan juga penting kerana sesetengah jalan akan mempunyai isipadu lalu lintas yang lebih tinggi dan masa untuk bergerak seharusnya lebih lama bagi mengurangkan kesesakan berlaku.

Page 54: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

54

(iv) Pemajuan Infrastruktur Jalan dan Persimpangan

Membina dan menaik taraf jalan dan persimpangan di seksyen kritikal bagi memudahkan pengguna lalulintas,mengurangkan kemalangan jalan raya yang berlaku dan juga melancarkan aliran kenderaan. Pengembangan jaringan jalan yang lebih sistematik adalah penting kerana sistem jaringan sedia ada tidak sempurna disebabkan terlalu banyak persimpangan atau cabangan jalan dibina tanpa mengkaji fungsi jalan tersebut. Antara contoh perancangan dan pelaksanaan pemajuan jalan dan persimpangan adalah seperti :

• Pembinaan Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus);

• Penyambungan Jalan Zoo serta menaik taraf persimpangan seperti persimpangan Jalan Thean Tek / Jalan Ayer Itam, persimpangan Lebuhraya Thean Tek / Lorong Batu Lancang;

• Persimpangan Gat Jalan Magazine / Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dengan membina tanjakan berarah (directional ramp) untuk pembelokan kanan serta pusingan 'U' bertingkat di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berdekatan Gat Lebuh Macallum;

• Pembinaan Jambatan Valdor yang menghubungkan Jalan Persekutuan 1 dengan Batu Kawan yang merupakan laluan alternatif dari Sungai Bakap ke Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan; dan

• Menaiktaraf jalan dari persimpangan Jalan Bukit Tengah dengan Jalan Bukit Minyak 2 hingga persimpangan Jalan Bukit Minyak dengan Jalan Kota Permai, Seberang Perai Tengah.

(v) Pemajuan Tempat Pejalan Kaki dan Laluan Berbasikal

Pembaikan dan pelebaran pedestrian sedia ada juga dilaksanakan disamping mewujudkan tempat siar kaki yang selesa dan selamat. Di samping itu, meningkatkan kemudahan kepada masyarakat setempat dengan pelaksanaan laluan basikal di Pulau Pinang dengan mewujudkan dan menyediakan Pelan Induk Laluan Basikal Pulau Pinang dan Seberang Perai yang berkonsepkan Dedicated Lane dan Road Sharing. Usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016 adalah dengan mewujudkan sistem perkongsian basikal yang lebih dikenali sebagai Link Bike. Sistem ini telah memberi kemudahan kepada penduduk tempatan dan para pelancong untuk menggunakan basikal terutamanya di kawasan George Town yang mempunyai isipadu trafik yang tinggi. Dengan tindakan dan usaha yang diambil ini, bilangan pengguna basikal dan berjalan kaki untuk aktiviti harian, bersenam dan berbasikal ke tempat kerja akan semakin meningkat dan secara langsung mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang.

(vi) Kawalan Pembangunan

Salah satu cadangan yang bersifat kawalan yang boleh dilaksanakan adalah mengawal pembangunan yang terlalu pesat masa ini. Pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit di sesetengah kawasan akan meningkatkan lagi kepadatan penduduk kawasan tersebut dan akhirnya akan menimbulkan kesan kesesakan yang lebih teruk lagi. Langkah ini bukan bermaksud tidak merancang apa-apa projek pembinaan langsung tetapi kawalan dari segi ketinggian bangunan atau mungkin menghadkan apartment atau kondominum tidak boleh melebihi satu tahap. Kawalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah kesesakan malah dapat mewujudkan suatu keadaan persekitaran yang lebih selesa untuk penduduk.

(vii) Kawalan Aktiviti Penjaja Tepi Jalan

Bilangan penjaja atau gerai yang banyak di tepi jalan menyebabkan pengguna jalan raya meletak kenderaan di tepi jalan. ini telah menimbulkan kesusahan kepada pengguna jalan raya yang lain dan akhirnya mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Dengan kawalan atau penguatkuasaan ke atas penjaja tepi jalan ini juga dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya di kawasan bandar.

Page 55: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

55

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Pelan Induk Landskap yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

(a) Adakah satu kajian yang komprehensif dijalankan bagi mengenalpasti jenis/baka pokok-pokok yang dapat mengurangkan permasalahan pemanasan global?

(b) Adakah pokok-pokok sediada diselenggara dengan baik? Nyatakan kaedah penyelenggaraan dan inventori pokok berkenaan.

YAB. Ketua Menteri:

18. (a) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menjalankan satu kajian komprehensif bagi menentukan pemilihan spesis pokok yang bersesuaian dengan lokasi, keadaan cuaca, tanah dan persekitaran semasa penyediaan Pelan Induk Landskap untuk kawasan di bawah pentadbiran MBPP. Kajian ini telah mengambil kira input-input daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Landskap Negara, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perhutanan Negeri. Selain itu, ahli profesional seperti ahli Hortikulturis, ahli Arboris, ahli Botani, Arkitek Landskap, Pegawai Pertanian dan Pegawai Perancang Bandar MBPP turut dijemput memberi pandangan. Pemilihan pokok turut mengambil kira spesis yang mudah diselenggara, mempunyai kadar hidup yang tinggi serta daya tahan terhadap perubahan cuaca yang tidak menentu.

Pada tahun 2016, MBPP juga telah mewujudkan Garis Panduan Penyediaan Rezab Landskap Jalan 50 kaki bagi tujuan penanaman pokok teduhan di bahu jalan awam untuk Permohonan Pelan Kebenaran Merancang dan Pelan Parit dan Jalan. Tujuan penyediaan rezab landskap adalah untuk menyediakan ruangan khas bagi tujuan penanaman pokok teduhan di bahu jalan awam disamping memberikan keselesaan kepada pejalan kaki dan OKU supaya bebas daripada halangan dan menepati reka bentuk sejagat (Universal Design).

(b) Pokok-pokok sedia ada diselengggara mengikut teknik dan amalan arborikultur. Kaedah-kaedah penyelenggaraan yang dilaksanakan untuk melindungi pokok-pokok adalah dengan membuat kajian inventori pokok, pengumpulan data penilaian risiko pokok dan penilaian ekonomi pokok. MBPP juga akan mengambil langkah mitigasi untuk menyelenggara pokok-pokok tersebut dan melaksanakan pewartaan pokok-pokok di bagi tujuan pemeliharaan pokok.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Sila senaraikan projek-projek yang dilaksanakan sejak 2015 yang mematuhi rekabentuk sejagat ini di kawasan MBPP.

YAB. Ketua Menteri:

19. Jumlah projek-projek yang telah dilaksanakan sejak 2015 yang mematuhi reka bentuk sejagat di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah sebanyak 83 buah projek. Maklumat terperinci projek mengikut kategori seperti berikut:

(a) Projek Laluan Pejalan Kaki - Lampiran A

(b) Pasar dan Kompleks Makan - Lampiran B

(c) Tandas Awam dan Taman Rekreasi - Lampiran C

(d) Pondok Perhentian Bas - Lampiran D

RUJ. LAMPAIRAN A, B , C DAN D (OAT NO. 19)

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Apakah rancangan pembangunan belia dan sukan di Negeri Pulau Pinang? Sila nyatakan aktiviti yang dirancangkan.

YAB. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri telah menyediakan pelan tindakan pembangunan belia dan sukan melalui Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan. Antaranya:

(i). Menyediakan medium untuk perbincangan dan pertimbangan pelbagai isu yang berkaitan dengan masa hadapan belia dan sukan di Pulau Pinang;

Page 56: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

56

(ii). Menyampaikan pelbagai pertimbangan yang berkaitan isu belia dan sukan kepada Kerajaan Negeri untuk dijadikan asas pembentukan dan pelaksanaan strategi bagi belia dan sukan;

(iii). Mengenal pasti bidang belia dan sukan yang memerlukan intervensi Kerajaan Negeri;

(iv). Memaklumkan kepada Kerajaan Negeri mengenai cadangan dan idea serta garis panduan untuk pembangunan institusi, program dan projek belia dan sukan; dan

(v). Mencadangkan tindakan, program dan projek spesifik untuk dilaksanakan dalam bidang belia dan sukan.

Golongan belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan mereka berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara secara amnya dan Negeri Pulau Pinang secara khususnya. Bagi mewujudkan belia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara, pelbagai aktiviti telah dilaksanaka berdasarkan 3 sektor utama, iaitu:

(a) Pendidikan dan Kerjaya

(i). Kursus Kemahiran Asas VSEP dengan AES; (ii). Kelas Bimbingan Komuniti Cambridge English di Balik Pulau; (iii). Kelas Bahasa Inggeris di Bayan Lepas; (iv). SteamX Program Pertukaran Pelajar Malaysia-Thailand; (v). Bengkel “Jom Cari Kerja”; (vi). Pembelajaran Sains, English, Matematik, Kejuruteraan Dan Teknologi (ESTEEM);

dan (vii). Kempen Kesedaran Sains – Eksprerimen Ketulenan Air Scala Mikro.

(b) Kepimpinan dan Bakat

(i). Sidang Muda;

(ii). Pinang Fiesta;

(iii). Perjumpaan Mahasiswa-Mahasiswi Negeri Pulau Pinang di Unviersiti dalam dan luar negeri;

(iv). Jejak Muda;

(v). Kejohanan Sepak Takraw Piala PYDC;

(vi). Kejohanan Bola Keranjang Piala PYDC;

(vii). Majlis Persidangan Mahasiswa Pulau Pinang;

(viii). Pertandingan Mencipta Lagu 2018;

(ix). Jom Jadi Tutor Komuniti PYDC;

(x). Hop A Bus Campaign: Smart Photography Contest; dan

(xi). TEDx Penang Road

(c) Kesedaran Sivik dan Demokrasi

(i). Pelan Tindakan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang

(ii). Bengkel Demokrat Muda

(iii). Menerima Lawatan Belia ke Pulau Pinang

(iv). (Penang Youth Visit)

(v). Forum Bandar Pintar Mahasiswa dan Belia 2018

(vi). Penang Free Shuttle Bus (CAT) Research); dan

(vii). Soal Selidik Remaja & Kanak-kanak

Kerajaan Negeri juga berusaha menggiatkan sukan untuk kehidupan yang aktif dan memupuk perpaduan. Dalam usaha menggalakkan penyertaan dalam sukan massa di semua peringkat masyarakat untuk membudayakan sukan, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan 1 KADUN 1 GELANGGANG FUTSAL bagi menggalakkan komuniti mengamalkan cara hidup yang sihat.

Page 57: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

57

Kerajaan Negeri juga berusaha membangunkan atlet berprestasi tinggi untuk mencapai reputasi global. Antara usaha yang dijalankan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bagi pembangunan sukan berprestasi tinggi adalah seperti berikut:-

(i). Melantik Jurulatih Sepenuh Masa dan Jurulatih Sambilan yang bertauliah dan berwibawa;

(ii). Penyaluran bantuan peruntukan kepada semua Persatuan Sukan Negeri untuk menyertai pertandingan dalam dan luar negeri;

(iii). Penyaluran bantuan peruntukan kepada Persatuan Sukan Negeri dalam perolehan peralatan latihan dan pertandingan sukan yang disertai;

(iv). Penganjuran kursus pengadilan, teknikal sukan dan kejurulatihan kepada semua persatuan sukan;

(v). Bantuan sewaan kemudahan latihan kepada semua persatuan sukan,

(vi). Bayaran elaun latihan bulanan kepada atlet;

(vii). Menganjurkan kursus berkaitan Sains Sukan untuk meningkatkan tahap Jurulatih;

(viii). Menyediakan kemudahan pusat rawatan kepada atlet;

(ix). Menyediakan kemudahan gimnasium untuk latihan kekuatan dan kecergasan atlet; dan

(x). Menyediakan khidmat nasihat Sains Sukan dari Institut Sukan Negara dari segi pemakanan sukan, psikologi, kecergasan dan sebagainya.

(xi). Selain itu, Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan juga menyumbangkan peruntukan kepada persatuan-persatuan belia dan sukan bagi penganjuran aktiviti-aktiviti belia dan sukan di Pulau Pinang dalam memupuk kehidupan yang sihat.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Bilakah projek /program 'Medical Card' bagi golongan Ibu Tunggal yang diluluskan dalam Bajet Tahun 2018 dapat dilaksanakan?

YAB. Ketua Menteri:

21. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Penang Sihat di mana isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima kredit RM300 setahun manakala individu yang tidak berkahwin dengan pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan akan mendapat kredit RM150 setahun dengan had RM50 setiap lawatan. Program ini bakal memanfaatkan 195,000 isi rumah dan dijangka akan menelan belanja sebanyak RM60 juta setahun.

Pada ketika ini, kad pintar “I Love Penang” masih dalam fasa pembangunan sistem dan software untuk menyokong program-program yang akan terlibat dalam program ini. Fasa kedua akan melibatkan program-program lain seperti iSejahtera dan Agenda Ekonomi Saksama (AES). Oleh yang demikian, kad ini bukan sahaja untuk program kesihatan malah ianya akan menjadi kad pintar pelbagai fungsi. Kad ini dijangka akan dilancar pada Januari 2019.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Adakah pihak Jabatan Kerjaraya mempunyai perancangan untuk menaiktaraf Kuarters/Berek Polis Balai Jelutong yang merupakan kuarters/berek polis yang tertua di Malaysia?

YAB. Ketua Menteri:

22. Kuarters dan berek balai polis adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sekiranya terdapat permintaan untuk penyelenggaraan mahupun penambahbaikan mana-mana kuarters / berek balai polis termasuk kuarters Balai Polis Jelutong, pihak JKR akan melaksanakannya melalui Cawangan Kerja Keselamatan JKR Malaysia dengan mengguna pakai peruntukan persekutuan yang akan disalurkan oleh (KDN).

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Berdasarkan kepada Akta Makanan 1983, Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai kuasa dalam mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas restoran atau kedai makan yang kotor. (a) Berapakah jumlah premis diperiksa dan dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana

melanggari Akta Makanan 1983 bagi tahun 2016 dan 2017? (b) Sila senaraikan premis berkenaan mengikut kesalahan yang dilakukan.

Page 58: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

58

YAB. Ketua Menteri:

23. (a) Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983 ke atas restoran atau kedai makan yang kotor. Jumlah premis yang diperiksa dan dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana melanggar Akta Makanan 1983 bagi tahun 2016 dan 2017 adalah seperti berikut :

Tahun Jumlah Premis

Diperiksa Jumlah Premis Diperiksa

tetapi tiada tindakan

Tindakan Penguatkuasaan ke atas Premis Diperiksa

Tutup Premis Dikenakan Kompaun

2016 7166 6272 87 807

2017 7041 6278 147 616

(b) Premis yang telah diperiksa dan dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana telah melanggar Akta Makanan 1983 bagi tahun 2016 dan 2017 melibatkan kekotoran dapur, gerai, hotel, kedai makanan, kilang pemprosesan makanan dan lain-lain.

Terdapat sejumlah 399 peraturan/kesalahan dalam Akta Makanan 1983. Antara sebahagian jenis kesalahan yang dilakukan dan akan dikenakan tindakan penguatkuasaan adalah seperti berikut:

(a) Tidak memakai apron

(b) Memakai apron yang kotor

(c) Kuku panjang

(d) Memakai barang kemas

(e) Peralatan dapur kotor

(f) Premis kotor

(g) Tiada tong sampah

(h) Peti sejuk rosak

(i) Tidak menjalani latihan pengendali makanan; dan

(j) Tidak mengambil suntikan Typhoid.

Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat terperinci berkaitan senarai premis yang dikenakan tindakan penguatkuasaan dan kompaun mengikut kesalahan yang dilakukan. Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Sila nyatakan usaha dan perancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dalam pengurusan sisa makanan 'Food waste' yang digenerate oleh pengusaha-pengusaha kedai makanan.

YAB. Ketua Menteri:

24. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menjalankan beberapa usaha dalam menguruskan sisa makanan yang dijana oleh pengusaha-pengusaha kedai makanan seperti berikut:-

(i). Memperuntukkan syarat pengasingan sisa makanan sebagai sebahagian kelulusan untuk mendapatkan lesen dibawah Undang-Undang Kecil Pengasingan Sampah Dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan Sampah Yang Boleh Dikitar Semula MBPP tahun 2016;

(ii). Mensyaratkan pihak penjana untuk menyediakan kaedah kutipan sisa makanan atau menyediakan apa-apa teknologi untuk digunakan dalam memproses sisa organik;

(iii). Menyediakan khidmat pemudahcara dalam menentukan jenis mesin atau apa-apa teknologi untuk digunakan dalam proses pengasingan dan pemprosesan sisa organik tersebut. Kini, perkara ini dalam peringkat mengkaji pasaran teknologi sedia ada untuk

Page 59: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

59

mendapatkan maklumat teknikal, kos pemasangan serta penyelenggaraan termasuk buy back system; dan

(iv). Mensyaratkan semua pemajuan pasar dan kompleks makanan baru supaya menyediakan tempat untuk kitar semula dan tempat bagi pemprosesan sisa makanan selain daripada pusat untuk pelupusan sampah.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Kebelakangan ini didapati pengurusan aduan berkaitan dengan penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan awam oleh MBPP adalah tidak memuaskan kerana kebanyakan jabatan hanya bertindak selepas mendapat aduan. Sila nyatakan sebab-sebab berlakunya masalah penyelarasan berkenaan. (b) Apakah perancangan majlis untuk memastikan kakitangan terlibat bersifat proaktif?

YAB. Ketua Menteri:

25. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) komited dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk berkaitan pengurusan aduan agar Key Performance Indicator (KPI) MBPP bagi mendapat kepuasan orang ramai dapat dicapai. Setiap aduan yang diterima disalurkan kepada jabatan berkaitan untuk tindakan segera. Malah, MBPP juga mengadakan mesyuarat pengukuhan aduan setiap bulan bagi membincangkan isu dan masalah serta meningkatkan prestasi dalam menangani aduan yang diterima daripada orang awam. Selain itu, WhatsApp Group ditubuhkan bagi memastikan maklumat aduan disalurkan dengan cepat dan tepat serta tindakan sepatutnya dapat dilaksanakan. Bagi memastikan penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan awam dilaksanakan dengan lebih efektif, aduan orang awam yang diterima turut membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan MBPP berdasarkan maklumat yang diterima.

(a) Tindakan segera akan diambil terhadap semua aduan orang awam yang diterima daripada pelbagai saluran dan hasil pemantauan daripada kakitangan MBPP. Keutamaan diberikan bagi kes-kes yang melibatkan keselamatan orang awam termasuk pematuhan kepada jadual penyelenggaraan oleh kakitangan MBPP dengan kerjasama kontraktor penyelenggaraan yang telah dilantik.

(b) Proses pemantauan dan penyelenggaraan oleh kakitangan MBPP telah ditetapkan secara berjadual mengikut zon yang dibahagikan berdasarkan lokasi, jenis tindakan kerja, jenis infrastruktur awam dan sebagainya. Pemantauan berkala ini adalah penting bagi mengenal pasti kerosakan yang terdapat pada mana-mana kemudahan awam agar kerja-kerja pembaikan dapat dijalankan sebelum aduan diterima daripada orang awam.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Sila senaraikan program-program pendidikan awam yang telah dan sedang dijalankan oleh MBPP ke arah mendidik orang awam untuk menjaga kebersihan selaras dengan slogan Cleaner, Greener, Safer, Healthier Penang.

YAB. Ketua Menteri:

26. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melaksanakan pelbagai program bagi mendidik orang awam untuk menjaga kebersihan selaras dengan slogan Cleaner, Greener, Safer, Healthier Penang Kerajaan Negeri. Antara program-program pendidikan awam yang telah dan sedang dijalankan oleh MBPP adalah seperti berikut:

(i) Program Anugerah Sekolah Hijau;

(ii) Program Kitar Semula anjuran bersama Syarikat Fraser and Neave (F&N);

(iii) Menyertai aktiviti pameran Karnival Hijau setiap tahun;

(iv) Menjalankan aktiviti PlogClean iaitu berlari dan mendaki sambil mengutip sampah sarap sepanjang laluan; dan

(v) Mempromosikan program dan aktiviti yang sedang dan telah dijalankan di Facebook dan laman sesawang MBPP.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Adakah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang memenuhi kriteria Universal Design?

(a) Adakah Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) mempunyai perancangan untuk mengatasi masalah banjir kilat dalam kawasan airport?

Page 60: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

60

(b) Ruang menunggu bas persiaran di bahagian ketibaan tidak mempunyai bumbung. Adakah MAHB berhasrat untuk membina bumbung bagi keselesaan pelancong ketika hujan lebat?

YAB. Ketua Menteri:

27. Menurut Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sediada direkabentuk dengan memenuhi kriteria Universal Design.

(a) MAHB sememangnya memandang serius terhadap isu banjir kilat dalam kawasan lapangan terbang dan telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Pulau Pinang untuk meneliti punca utama serta mengenalpasti perancangan mengatasi masalah ini. Hasil kajian JPS mendapati bahawa masalah banjir yang berlaku di LTAPP bukan berpunca daripada projek-projek di LTAPP tetapi ianya dipercayai berpunca daripada pembangunan pesat di kawasan sekitar LTAPP. Walau bagaimanapun, pihak MAHB telah mengambil tindakan bagi mengatasi masalah banjir ini dengan membina beberapa On Site Detention Pond (OSDP) di kawasan LTAPP. Antara kawasan-kawasan yang telah dibina OSDP oleh pihak MAHB adalah di kawasan Baggage Handling System (BHS), kawasan parkir kenderaan kakitangan dan parkir Turbo Propeller Aircraft. Pada masa yang sama, MAHB sentiasa memberi kerjasama kepada pihak JPS Pulau Pinang dengan mengadakan perbincangan untuk mengatasi masalah banjir yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

(b) Keperluan menyediakan ruang menunggu bas persiaran yang berbumbung akan dimasukkan ke dalam skop Projek Menaiktaraf dan Pembesaran LTAPP kelak. Pada masa ini, pihak MAHB sedang melaksanakan proses pelantikan juruperunding melalui proses tender terbuka untuk melaksanakan kajian terperinci projek pembesaran LTAPP.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Apakah perancangan dan program Kerajaan Negeri dalam usaha membantu FAP bagi meningkatkan prestasi Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang yang semakin merosot?

YAB. Ketua Menteri:

28. Perancangan dan program Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan prestasi Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) adalah seperti berikut:-

(i). Kerajaan Negeri sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan sebahagian daripada hutang FAP;

(ii). Menyediakan pelan tindakan (way forward) rancangan jangka masa pendek dan panjang untuk program pembangunan bola sepak di Pulau Pinang bersama pihak-pihak yang berkepentingan;

(iii). Penglibatan EXCO dalam pengurusan FAP;

(iv). Memantau perkembangan FAP secara berkala bagi memastikan status kewangan dan prestasi FAP dalam Liga Perdana, Liga Super dan Liga FAM adalah terkawal;

(v). Menyediakan perkhidmatan sains sukan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) bagi meningkatkan daya tahan serta prestasi fizikal pemain; da

(vi). Melaksanakan program penyediaan atlet pelapis dan atlet negeri dengan kerjasama MSNPP dan Jabatan Belia dan Sukan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Feri Pulau Pinang adalah merupakan ikon pelancongan negeri Pulau Pinang. (a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk memohon kepada pihak Prasarana atau

Rapid agar menambah bilangan feri bagi meningkatkan kecekapan pengangkutan awam?

YAB. Ketua Menteri:

29. Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambahbaik dan menaiktaraf perkhidmatan feri agar kecekapan sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang dapat ditingkatkan.

(a) Prasarana baru sahaja mengambil alih operasi perkhidmatan feri daripada pihak Pelabuhan Pulau Pinang pada 1 Mei 2018 yang lalu. Sebagai perancangan jangka masa pendek, pihak Prasarana sedang berusaha meningkatkan perkhidmatan mengggunakan

Page 61: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

61

feri sedia ada. Bagi perancangan jangka panjang, pihak Prasarana akan menambah sebanyak empat (4) buah feri bagi menambah kecekapan perkhidmatan menjelang tahun 2022.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

30. Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah Asia Pacific Master Games 2018 pada bulan September. (a) Sila nyatakan status penganjuran Larian Obor dan berapa negeri telah terlibat dalam larian

tersebut setakat ini. (b) Nyatakan jumlah peserta mengikut negara dan acara yang dipertandingkan. (c) Apakah faedah yang diperolehi Negeri Pulau Pinang bagi penganjuran sukan ini?

YAB. Ketua Menteri:

30. (a) Urusetia APMG Penang 2018 dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) sedang menganjurkan Larian Obor APMG Penang 2018. Perjalanan 3,908 kilometer ini bermula di Kudat, Sabah pada 28 April 2018 dan telah melalui Labuan, Sarawak, Kedah, Perlis dan Kelantan. Larian seterusnya adalah ke Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang pada bulan September dan akan berakhir di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 8 September 2018 sempena Majlis Perasmian.

(b) Sehingga 30 Julai 2018, seramai 3,703 peserta melibatkan 22 jenis sukan telah berdaftar untuk menyertai kejohanan APMG 2018. Daripada jumlah penyertaan tersebut, 52.88% atau 1,958 peserta adalah dari Malaysia manakala 47.12% atau 1,745 peserta merupakan peserta luar negara dari 59 buah negara. Perincian penyertaan adalah seperti di Lampiran A, manakala penyertaan berdasarkan jenis sukan adalah seperti di Lampiran B.

(c) Faedah yang diperolehi oleh Negeri Pulau Pinang bagi penganjuran Sukan APMG Penang 2018 ini adalah seperti berikut:

(i) Pendapatan negeri dan negara akan meningkat. Ini adalah kerana kejohanan seumpama ini akan membawa pelancong dan peminat sukan yang ramai untuk melawat Pulau Pinang. Secara tidak langsung, ia akan menyumbang kepada industri pelancongan dan perhotelan negeri.

(ii) Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ini merupakan instrumen perpaduan yang berkesan untuk mencapai integrasi nasional. Perpaduan yang dipupuk bukan sahaja dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, etnik dan budaya akan tetapi dapat menggemblengkan semangat berbakti dan berkorban untuk negara.

(iii) Penganjuran Kejohanan APMG Penang 2018 bertaraf antarabangsa ini akan meletakkan Pulau Pinang dan Malaysia di peta dunia sebagai 'Sports Tourism'.

IV. Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Adakah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membina pasar di kawasan Sungai Dua untuk menempatkan penjaja-penjaja tanpa lesen di kawasan tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri menyambut baik aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para peniaga dan penjaja dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi masing-masing. Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan pelbagai inisiatif dan platform bagi para peniaga dan penjaja untuk menjalankan aktiviti mereka secara sah. Walaupun terdapat banyak usaha untuk membantu para peniaga dan penjaja ini, namun masih ramai yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Kerajaan Negeri telah membina banyak pasar dan ruang perniagaan untuk para penjaja memanfaatkannya dalam mencari punca pendapatan. Di kawasan Sungai Dua telah terdapat kemudahan pasar terdekat iaitu di Pasar Taman Tun Sardon dan Pasar Jalan Permai untuk kemudahan para penjaja dan orang awam. Bagi penjaja-penjaja tanpa lesen di KADUN Batu Uban pula, Pasar Jalan Permai dan Pasar Bayan Baru telah ditawarkan kepada mereka sebagai penempatan baru untuk berniaga. Melalui penyediaan kemudahan pasar dan ruang perniagaan yang lengkap dan memenuhi keperluan penduduk setempat, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membina sebarang pasar baru di kawasan Sungai Dua dalam tempoh masa terdekat.

Page 62: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

62

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk memulakan semula penerbangan langsung dari Chennai (India) ke Pulau Pinang berdasarkan cadangan kerajaan untuk mempunyai lebih banyak penerbangan terus menjelang akhir tahun ini. (The Edge, June 4)

YAB. Ketua Menteri:

2. Laluan penerbangan langsung Chennai, India ke Pulau Pinang mempunyai potensi untuk menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang. Pada Januari 2018, Kerajaan Negeri melalui Penang Convention & Exhibition Bureau (PCEB) telah menjalankan kempen promosi di India dan mendapati bahawa terdapat sambutan yang menggalakkan terutamanya bagi Business Events. PCEB juga telah mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan bagi mewujudkan laluan ini. Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk mewujudkan laluan penerbangan langsung Chennai-Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Jumlah atau bilangan projek perumahan baharu yang diluluskan di DUN Batu Uban dari tahun 2014-2018 mengikut kategori.

(a) Kos Rendah

(b) Kos Sederhana Rendah

(c) Mampu Milik & Lebih daripada RM400,000.00.

YAB. Ketua Menteri:

3. Berdasarkan kelulusan Kebenaran Merancang yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dari tahun 2014 sehingga 2018, sebanyak 3 projek akan dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Uban oleh pemaju swasta seperti Jadual berikut:

BIL JENIS BILANGAN

UNIT PEMAJU

1 RMM A

(Maksima RM42,000) 94 Lengkap Impresif Sdn. Bhd.

2 RMM B

(Maksima RM72,500) 783 Tropicana Ivory Sdn. Bhd.

3

RMM C

(Maksima RM300,000) dan

SEDERHANA

1200

730

Asia Green Construction Sdn. Bhd.

JUMLAH 2,807

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memansuhkan tol Jambatan Pertama Pulau Pinang dalam masa terdekat ini seperti dalam janji Manifesto PilihanRaya Umum ke-14, Pakatan Harapan Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

4. Jambatan Pulau Pinang telah dibina pada tahun 1985 oleh Kerajaan Persekutuan dengan perjanjian konsesi asas dan tambahan bersama PLUS Berhad yang akan berakhir pada 31 Disember 2038. Pemansuhan tol di Jambatan Pulau Pinang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan memandangkan perjanjian konsesi masih belum tamat.

Usaha ke arah pemansuhan tol perlu dikaji dengan teliti, antaranya daripada segi impak kewangan, terma-terma kontrak dan pulangan kewangan kepada syarikat konsesi.

Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji impak kewangan yang berkait dengan pemansuhan tol seperti bayaran pampasan kepada syarikat konsesi dan kos-kos penyelenggaraan berdasarkan kontrak tempoh konsesi tol jambatan Pulau Pinang yang masih berbaki 20 tahun.

Walaupun pemansuhan tol jambatan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri menyokong penuh pemansuhan tol tersebut jika Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang.

Page 63: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

63

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Sejak kebelakangan ini sektor Pelancongan Kesihatan telah berkembang pesat di Pulau Pinang dan merupakan penyumbang terbesar untuk ekonomi negeri.

(a) Apakah insentif dan juga kemudahan yang disediakan untuk membantu usahawan tempatan yang melibatkan diri dalam sektor tersebut?

(b) Apakah promosi daripada Kerajaan Negeri?

YAB. Ketua Menteri:

5. (a) Bagi membantu usahawan tempatan melibatkan diri dalam sektor tersebut, Kerajaan Negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) telah memperkenal Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang. Skim pinjaman ini menyediakan kemudahan pinjaman mikro kredit yang merupakan satu sistem penyaluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan kepada usahawan tempatan. PDC telah menyediakan peruntukan dana sebanyak RM11 juta bagi skim pinjaman ini. Pinjaman SPH disalurkan tanpa sebarang cagaran dan penjamin dengan jumlah pinjaman antara RM2,000.00 hingga RM25,000.00. Tempoh bayaran balik pula adalah di antara dua (2) hingga tiga (3) tahun. Memandangkan jumlah pinjaman secara relatifnya adalah rendah, skim pinjaman ini disasarkan kepada usahawan tempatan yang terlibat dalam bidang seperti spa, kecergasan (fitness), urutan tradisional dan urutan moden. Melalui modal tambahan ini, usahawan-usahawan tempatan dapat mengembangkan perniagaan mereka. Bagi usahawan tempatan yang mempunyai pusat perubatan, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)untuk berkhidmat sebagai agensi utama dalam mempromosikan dan membangunkan sektor pelancongan perubatan negara. MHTC gigih bekerjasama dengan pembekal perubatan tempatan untuk membangkitkan kesedaran umum ke atas perkhidmatan kesihatan Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu, Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mewujudkan sebuah Hospital Islam Pulau Pinang di Bayan Baru dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Yayasan Islam Pulau Pinang. Penubuhan hospital ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada usahawan tempatan menceburi bidang pelancongan kesihatan.

(b) Bagi mempromosi pelancongan kesihatan kepada usahawan tempatan, Kerajaan Negeri melalui PDC telah menyelaras penyertaan usahawan dalam sektor berkaitan untuk terlibat dalam program-program jaringan perdagangan dan pemadanan perniagaan. Jaringan perdagangan adalah meliputi Dewan-Dewan Perniagaan, Persatuan Perdagangan dan Industri serta agensi-agensi Kerajaan. Program seperti Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) telah memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk menjalinkan rangkaian di peringkat tempatan dan antarabangsa. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Penang Center of Medical Tourism (PMED) telah bergiat aktif dalam mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan perubatan yang terunggul sehingga diiktiraf “Malaysia (namely Penang) as the ‘4 Countries With The Best Healthcare In The World’ (2017)” oleh International Living. Kemasukan lebih ramai pelancong akan

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi usahawan tempatan.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pemaju yang gagal menyediakan skim perumahan yang berkualiti khususnya melibatkan rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah di mana tidak sampai 5 tahun projek perumahan tersebut mempunyai pelbagai masalah seperti bumbung bocor dan sebagainya. Contoh, projek Centrio Avenue Jalan Permai Gelugor.

YAB. Ketua Menteri:

6. Tangggungjawab pemaju memastikan unit rumah disediakan berdasarkan spesifikasi ditetapkan di dalam Pelan Bangunan dipantau dan disahkan oleh Arkitek Berdaftar sebelum Sijil Pematuhan dan Penyiapan dikeluarkan. Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989, tempoh kecacatan di bawah Jadual G dan Jadual H adalah dua puluh empat (24) bulan kalendar selepas tarikh pembeli mengambil milikan kosong dan klausa ini tercatat di dalam Perjanjian Jual dan Beli yang ditandatangani oleh pembeli. Sekiranya kecacatan berlaku selepas tempoh tanggungan kecacatan tamat sepertimana berlaku di projek Centrio Avenue, pembeli boleh memfailkan kes di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan sekiranya nilai tuntutan itu melebihi RM50,000 kes tersebut boleh dibawa ke Mahkamah untuk tuntutan sivil.

Page 64: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

64

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Isu pembelian lot tempat letak kereta yang terlalu mahal untuk perumahan Kos Rendah & Kos Sederhana Rendah. Apakah tindakan kerajaan untuk mengawal perbuatan setengah pemaju yang mengaut keuntungan yang tidak munasabah?

YAB. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri pada dasarnya memberi kelonggaran kepada pihak pemaju untuk menjual unit-unit Rumah Mampu Milik (RMM) beserta pakej ubahsuai dan Tempat Letak Kereta (TLK) kepada pemohon yang telah diluluskan untuk penawaran. Pakej yang melibatkan penambahan kos ini perlulah dipersetujui pembeli berasaskan prinsip "willing buyer, willing seller". Bagi memastikan tiada unsur paksaan yang dikenakan oleh pemaju, Kerajaan Negeri telah mensyaratkan supaya akuan berkanun ditandatangani oleh pembeli dalam urusan jual beli unit yang ditawarkan.

Meskipun begitu, Kerajaan Negeri sedar terdapat banyak aduan berhubung harga TLK yang dijual pada harga yang terlalu tinggi. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan (SPEC) akan memanggil pemaju yang terlibat untuk memberi penjelasan serta menyelesaikan pertikaian dengan pihak pengadu. Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, pemberian senarai nama pembeli baru akan ditangguhkan sehingga aduan berkenaan diselesaikan.

Dalam pada itu, kajian sedang dijalankan melalui siri-siri perbincangan bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai, PLAN Malaysia @ Pulau Pinang dan Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Objektif utama jawatankuasa kecil ini adalah untuk menetapkan harga maksima TLK melalui penambahbaikan dan penyeragaman Garis Panduan Tempat Letak Kenderaan di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Terdapat permintaan yang tinggi untuk Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan DUN Batu Uban dan perumahan Majlis Bandaraya Pulau Pinang di Sungai Nibong tidak dapat menampung permintaan baru. Adakah kerajaan berhasrat untuk membina perumahan PPR baru atau skim sewa beli akan diperkenalkan di Batu Uban?

YAB. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri sememangnya sedar skim sewa-beli merupakan salah satu alternatif yang terbaik untuk membantu pembeli yang menghadapi masalah untuk mematuhi syarat permohonan pinjaman yang ditetapkan oleh bank komersil. Atas alasan ini, Kerajaan Negeri dalam pelbagai platform perbincangan bersama pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sangat mengesyorkan supaya Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pulau Pinang ditawarkan secara sewa-beli kepada pemohon.

Buat masa ini, tiada sebarang cadangan sama ada di peringkat Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan projek PPR baru di KADUN Batu Uban. Meskipun begitu, warga Batu Uban tetap berpeluang untuk mendaftarkan permohonan untuk mendapatkan Rumah Mampu Milik (RMM) pelbagai kategori yang sedang dan akan dibangunkan di dalam Daerah Timur Laut.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Kelewatan siap projek dan hasil kerja projek yang sangat rendah untuk Arch Bridge di Sungai Dua perlu diberikan perhatian yang serius kerana memberi imej yang tidak baik kepada ADUN dan Kerajaan Negeri.

(a) Adakah kontraktor tersebut mempunyai kepakaran.

(b) Adakah kontraktor sub kepada pihak ketiga.

(c) Apakah tindakan terhadap kontraktor

YAB. Ketua Menteri:

9. (a) Kontraktor yang dilantik bagi projek Arch Bridge Sungai Dua merupakan kontraktor gred G5 yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah pengkhususan CE02 iaitu kepakaran dalam bidang jambatan.

(b) Kontraktor berkenaan adalah kontraktor utama projek dan bukanlah kontraktor sub kepada pihak ketiga.

Page 65: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

65

(c) Kelewatan kerja di tapak adalah berpunca daripada kelewatan kerja-kerja pengalihan beberapa utiliti seperti paip Perbadanan Bekalan Air (PBA), kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB), kabel Telekom Malaysia (TM) dan saluran pembentungan Indah Water Konsortium (IWK), di mana syarat pengalihan utiliti terlibat dikenakan oleh Kerajaan Negeri kepada pihak utiliti terbabit dan kerja-kerja pengalihannya adalah di luar kawalan kontraktor. Dalam hal ini, berdasarkan syarat-syarat kontrak projek ini, kontraktor layak diberi lanjutan masa (EOT) dan tidak dikenakan tindakan. Kelewatan yang disebabkan oleh kerja pengalihan utiliti yang terlibat adalah berjumlah 437 hari bermula daripada 6 Februari 2017 hingga 1 Februari 2018.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Peniaga asing yang membuka perniagaan di Bukit Jambul dan Batu Uban dan juga menjalankan perniagaan kantin di kawasan seperti projek pembinaan.

(a) Apakah tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)?

(b) Keberkesanan pihak Imigresen dalam membuat tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI).

(c) Adakah terdapat undang-undang tidak membenarkan mereka menjalankan perniagaan?

YAB. Ketua Menteri:

10. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memandang serius terhadap aktiviti peniagaan yang dijalankan oleh warganegara asing tanpa kebenaran.

(a) Tindakan yang diambil oleh MBPP terhadap aktiviti peniagaan warganegara asing adalah mengadakan operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengeluarkan notis kepada pengusaha warganegara asing yang menjalankan aktiviti tanpa lesen. Selain itu, MBPP turut merampas barangan perniagaan warga asing yang tidak berlesen.

(b) Operasi tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia bukannya Pihak Berkuasa Tempatan.

(c) Setakat ini, tiada sebarang peruntukan undang-undang khusus berkaitan larangan aktiviti perniagaan oleh warganegara asing.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Status peniaga-peniaga yang berniaga tanpa lesen di DUN Batu Uban.

(a) Berapakah jumlah?

(b) Adakah Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan menjalani program pemutihan bagi diberikan lesen perniagaan sementara?

YAB. Ketua Menteri:

11. Status peniaga-peniaga yang berniaga tanpa lesen di DUN Batu Uban adalah seperti berikut:-

(a) Jumlah peniaga tanpa lesen yang dikesan dalam kawasan DUN Batu Uban adalah sebanyak 177 orang penjaja.

(b) Peniaga-peniaga berkenaan telah didaftarkan dalam senarai penjaja tidak berlesen Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan akan diberikan keutamaan dalam proses penempatan penjaja dalam kompleks MBPP tertakluk kepada kekosongan unit.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Dalam era teknologi yang semakin hari semakin maju bolehkah diwujudkan perkhidmatan internet percuma di kawasan -kawasan?

YAB. Ketua Menteri:

12. Dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Bandar Pintar Bertaraf Antarabangsa, inisiatif Penang Free Wifi (PFW) telah diwujudkan sejak tahun 2009 lagi. Perkhidmatan internet percuma ini telah memberi manfaat kepada seluruh penduduk di Negeri Pulau Pinang dengan pemasangan sebanyak 1560 Access Point berkelajuan 375Mbps setiap satunya. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memperluaskan jaringan PFW

Page 66: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

66

ke arah liputan yang lebih baik dari semasa ke semasa bagi memastikan Negeri Pulau Pinang tidak ketinggalan dalam Industri Revolusi 4.0.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Bilakah Jabatan Kerja Raya akan melakukan kerja-kerja menaiktaraf jalan dan penyelenggaran pokok di:

(a) Jalan Sungai Dua;

(b) Jalan Bukit Gambir; dan

(c) Jalan Sultan Azlan Shah

YAB. Ketua Menteri:

13. Maklumat kerja-kerja menaik taraf jalan dan penyelenggaraan pokok bagi tahun 2018 di Jalan

Sungai Dua, Jalan Bukit Gambir dan Jalan Sultan Azlan Shah adalah seperti berikut:

Bil. Lokasi Kerja-kerja Menaik Taraf Jalan Kerja-kerja Penyelenggaraan pokok

1. Jalan Sungai Dua, berhampiran persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah hingga ke USM

Telah dimulakan pada 12 Julai 2018

Telah dilaksanakan pada bulan Jun 2018

2. Jalan Bukit Gambir, berhampiran rumah pangsa Taman Bukit Jambul

Cadangan telah dipohon dalam Bajet 2019

Telah dilaksanakan secara dalaman, oleh kakitangan Jabatan Kerja Raya Daerah Timur Laut (JKR DTL) pada tahun ini

3. Jalan Sultan Azlan Shah Tiada program menaik taraf jalan memandangkan projek FT006 Jalan Persekutuan Sungai Tiram ke Bayan Lepas baru sahaja disiapkan pada tahun ini.

Kerja pemangkasan pokok telah dilaksanakan secara jabatan oleh kakitangan JKR DTL

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan perkhidmatan bas percuma (CAT) dari:

(a) Sg. Dua ke Queensbay Mall; dan

(b) Bukit Jambul ke Weld Quay.

YAB. Ketua Menteri:

14. (a) Ya, Kerajaan Negeri telah menyediakan perkhidmatan CAT bagi laluan Sungai Dua ke Queensbay Mall yang dikenali sebagai CAT Sungai Dua. CAT Sungai Dua merupakan salah satu daripada 12 laluan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bermula dari 1 April 2018 yang lalu. Perkhidmatan bas percuma CAT Sungai Dua memperuntukan sebanyak lima (5) buah bas dengan frekuensi selang masa di antara 20 hingga 30 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa. Waktu bas beroperasi adalah dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam pada setiap hari. Dengan berkonsepkan satu kitaran (loop concept) perkhidmatan CAT Sungai Dua menghubungkan lokasi-lokasi utama seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Sungai Nibong, Bukit Jambul dan Queensbay Mall. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma CAT Sungai Dua ini diharap dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam untuk kegiatan harian dan seterusnya mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Sungai Dua terutamanya pada waktu puncak.

(b) Sebagai permulaan Kerajaan Negeri telah memutuskan hanya 12 laluan yang merangkumi 6 laluan di bahagian pulau dan 6 laluan di Seberang Perai akan dilaksanakan terlebih dahulu. Tiada perancangan dalam masa terdekat untuk menyediakan perkhidmatan ini bagi laluan Bukit Jambul ke Weld Quay. Walau bagaimanapun, penumpang di Bukit Jambul yang ingin pergi keWeld Quay boleh menaiki bas percuma CAT Sungai Dua ke Queensbay Mall dan membuat pertukaran bas Rapid Penang 401E untuk ke Weld Quay

Page 67: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

67

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Masalah trafik dan kesesakan terutamanya di waktu puncak. Apakah tindakan atau perancangan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kawasan;

(a) Relau ke Bukit Jambul;

(b) Batu Uban ke Sungai Dua; dan

(c) Suangai Dua ke Lip Sin.

YAB. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan masalah trafik dan kesesakan lalu lintas yang berlaku di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Tindakan dan perancangan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan-kawasan yang dinyatakan adalah seperti berikut :-

(a) Relau ke Bukit Jambul (i). Membuat penyelarasan sistem lampu isyarat bagi mewujudkan ‘green wave’ di jalan

utama bagi kawasan Bayan Baru di Jalan Tun Dr. Awang dan Jalan Mahsuri;

(ii). Mengenakan syarat kepada pemaju di kawasan Sungai Ara dan Bayan Baru bagi menaik taraf jalan seperti membina jalan baharu menyambungkan Jalan Merbah dari Jalan Dato’ Ismail Hashim ke Jalan Sultan Azlah Shah, menaik taraf persimpangan Jalan Tun Dr. Awang / Jalan Bukit Gambir, membina laluan bawah (underpass) di bulatan Bayan Baru dan pelebaran Lebuh Bukit Jambul;

(iii). Membina tanjakan berarah (directional ramp) dari Lebuh Bukit Jambul ke Jalan Bukit Kukus untuk mengurangkan kesesakan di persimpangan Jalan Paya Terubong / Tingkat Bukit Jambul;

(iv). Mengkaji sistem jalan sehala di sebahagian Lebuh Bukit Jambul.

(b) Batu Uban ke Sungai Dua

(i). Mencadangkan pembinaan di Jalan Sultan Azlan Shah di Persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah / Jalan Sungai Dua / Jalan Batu Uban;

(ii). Menambah baik fungsi sistem lampu isyarat di kawasan Batu Uban dan Sungai Dua dengan menaik taraf sistem lampu isyarat dan mengoptimakan masa lampu isyarat dari semasa ke semasa mengikut isipadu lalu lintas; dan

(iii). Melaksanakan perkhidmatan bas percuma CAT Sungai Dua bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam dalam urusan seharian.

(c) Sungai Dua ke Lip Sin

(i). Melaksanakan jalan sehala di kawasan-kawasan yang berlaku kesesakan seperti di Lorong Nipah 4 dan Lorong Nipah 6;

(ii). Mengadakan jalan sehala dan kotak kuning di jalan hadapan sekolah SJK(C) Shih Chung Cawangan, SMK Sungai Nibong, dan SJK(C) Kwang Hwa bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu sekolah;

(iii). Membuat penyelarasan sistem lampu isyarat bagi mewujudkan ‘green wave’ di Jalan Sungai Dua dan Jalan Bukit Gambir; dan

(iv). Melaksanakan perkhidmatan bas percuma CAT Sungai Dua bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam dalam urusan seharian.

Antara tindakan-tindakan umum lain yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-

(i). Mengambil tindakan penguatkuasaan seperti saman, kapit dan tunda kenderaan oleh Jabatan Penguatkuasaan MBPP;

(ii). Memasang Closed Circuit Television (CCTV) di kawasan pulau, Pulau Pinang. Sistem CCTV telah digunakan dengan berkesan untuk meningkatkan keselamatan, pemantauan lalu lintas dan mengawal kesesakan. CCTV sedia ada akan dinaik taraf dengan

Page 68: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

68

menggunakan sistem analisis video (video analysis) untuk meningkatkan keupayaan pengurusan lalu lintas dan keselamatan orang awam;

(iii). Menambah baik dan menggalakkan penggunaan sistem bas awam untuk mengurangkan kenderaan persendirian; dan

(iv). Melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) yang merangkumi pembinaan sistem rel dalam menambah baik sistem pengangkutan awam serta pembinaan lebuh raya dan jalan raya baharu sebagai jalan alternatif yang akan menyuraikan kesesakan lalu lintas.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Apakah Pelan Tindakan dan Perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan Tapak Pesta. Buat masa kini Tapak Pesta hanya aktif setahun sekali iaitu ketika Pesta Pulau Pinang. Selain itu, tempat tersebut agak suram dan kurang digunakan.

YAB. Ketua Menteri:

16. Pesta Pulau Pinang diadakan di Tapak Pesta pada sepanjang bulan Disember setiap tahun dan merupakan ikon kepada produk pelancongan Kerajaan Negeri.

Selain daripada penganjuran Pesta Pulau Pinang, Tapak Pesta juga menawarkan sewaan dewan dan kawasan lapang untuk kegunaan orang ramai dan syarikat bagi mengadakan majlis kenduri kahwin, ceramah, penganjuran konsert, perasmian produk, pengambaran filem dan sebagainya di sepanjang tahun.

Manakala kawasan parkir sering mendapat tempahan oleh individu atau syarikat untuk kegunaan penganjuran pasar malam oleh JKKK setempat, karnival pakaian, karnival pelajaran, 'pick up point' untuk penyuraian trafik semasa musim perayaan, pameran automobil dan sewaan tapak kepada penganjuran mini Fun Fair.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Apakah bantuan yang disediakan untuk anak muda yang ingin memulakan perniagaan sendiri?

YAB. Ketua Menteri:

17. Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan/bantuan untuk anak muda yang ingin memulakan perniagaan sendiri antaranya:

(a) Kemudahan pinjaman mikro kredit yang dikenali sebagai Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang, yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang. Skim ini diwujudkan dengan matlamat untuk membantu mewujudkan modal tambahan kepada usahawan dan anak muda Negeri Pulau Pinang. SPH ini disalurkan tanpa sebarang cagaran dan penjamin dengan jumlah pinjaman antara RM2,000.00 hingga RM25,000.00 dari umur 18 hingga 60 tahun dengan tempoh bayaran balik antara 2 hingga 3 tahun.

Walau bagaimanapun kemudahan pinjaman ini disediakan untuk usahawan yang telah berniaga melebihi 6 bulan. Sejak dilancarkan pada tahun 2009, sehingga Jun 2018, sejumlah RM14.77 juta telah diagihkan kepada 2,974 orang usahawan; dan

(b) Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) Negeri Pulau Pinang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa MMK Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bersama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang. PDC telah bertindak bagi pihak Kerajaan Negeri sebagai pemberi pinjaman, pengutip dan pentadbir.

Had umur peminjam dari umur 18 tahun ke 40 tahun, kemudiannya bermula 2018 had umur itu telah dinaikkan ke 60 tahun. Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) juga telah ditukar kepada Tabung Usahawan Tani (TUT).

Program ini diwujudkan untuk memberi dorongan kepada golongan belia untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan.

Pinjaman sebanyak RM5,000 seorang ditawarkan kepada peminjam pertama bagi tempoh bayaran balik selama 2 tahun tanpa faedah. Bagi pinjaman seterusnya, faedah 8% setahun dikenakan kepada peminjam dan tempoh bayaran balik selama 2 tahun.

Page 69: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

69

Bermula September 2015, sehingga Jun 2018, sebanyak RM582,000 telah diagihkan kepada 110 orang peminjam usahawan tani.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Berikan butiran dan huraian mengenai peruntukan setahun yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan Pusat kepada;

(a) Sekolah Kebangsaan;

(b) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina; dan

(c) Sekolah Agama

YAB. Ketua Menteri:

18. Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan di bawah Program Bantuan Pendidikan untuk sekolah-sekolah bantuan modal yang merangkumi Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz, Sekolah Cina, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Tamil. Jumlah keseluruhan peruntukan dari tahun 2009 sehingga 2018 adalah berjumlah RM115.8 juta seperti perincian di jadual berikut:

Tahun Sekolah

Cina/Persendirian/ Mubaligh (RM juta)

Sekolah Tamil

(RM juta)

Sekolah Agama Rakyat (RM juta)

Jumlah (RM juta)

2009 5.5 1.5 1.5 8.5

2010 7.8 1.75 1.75 11.3

2011 8.5 1.75 1.75 12.0

2012 8.5 1.75 1.75 12.0

2013 8.5 1.75 1.75 12.0

2014 8.5 1.75 1.75 12.0

2015 8.5 1.75 1.75 12.0

2016 8.5 1.75 1.75 12.0

2017 8.5 1.75 1.75 12.0

2018 8.5 1.75 1.75 12.0

JUMLAH KESELURUHAN 115.8

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), peruntukan tahun 2018 Kerajaan Pusat yang disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina, dan Sekolah Agama adalah berjumlah RM778.7 juta seperti di jadual berikut:

JENIS SEKOLAH PERUNTUKAN TAHUN 2018

(RM)

SEKOLAH KEBANGSAAN 478,011,574.88

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) 229,160,335.20

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) 69,517,976.03

SEKOLAH AGAMA 2,038,999.06

JUMLAH 778,728,885.17

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Apakah Kerajaan mempunyai cadangan dan peruntukan untuk membina 1 gelanggang Futsal dan 1 gelanggang bola keranjang di DUN Batu Uban kerana permintaan yang tinggi dalam kalangan anak muda serta minat mereka yang mendalam dalam bidang sukan tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

19. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program 1 KADUN 1 GELANGGANG FUTSAL untuk membiayai keperluan pembinaan gelanggang futsal pada tahun 2013. Memandangkan terdapat permintaan yang tinggi di kalangan anak muda serta minat mereka dalam bidang sukan futsal dan bola keranjang, YB ADUN boleh mengenal pasti lokasi tanah kerajaan yang bersesuaian untuk pembinaan gelanggang futsal dan mengemukakan permohonan tersebut kepada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut (PDT DTL) untuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Tanah Negeri sebelum diangkat kepada Jabatan Kewangan Negeri (JKN) untuk kelulusan peruntukan. PDT DTL telah membina gelanggang futsal yang terletak bersebelahan Dewan JKKK Sungai Nibong Kechil dalam DUN Batu Uban pada tahun 2004 dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM50,000.

Page 70: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

70

Namun begitu, Kerajaan Negeri setakat ini tidak menerima sebarang cadangan untuk membina 1 Gelanggang Futsal dan 1 Gelanggang Bola Keranjang di DUN Batu Uban.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengaktifkan semula Pasukan Peronda Sukarela (PPS)?

(a) Adakah unit baru akan ditubuhkan menggantikan PPS?

(b) Adakah Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk mencegah kegiataan jenayah di Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk mengaktifkan semula Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Namun demikian, Kerajaan Negeri perlu meneliti dan mengkaji beberapa faktor seperti kelulusan daripada Kerajaan Pusat mengenai cadangan ini, peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan kesediaan kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) sebelum meneruskan pelaksanaan PPS.

(a) Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri pernah menubuhkan satu unit baru menggantikan PPS iaitu Badan Peronda Sukarela (BPS). Namun demikian, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberikan arahan kepada Kerajaan Negeri untuk menghentikan segala aktiviti dan sebarang program melibatkan BPS ini. Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri belum mempunyai cadangan untuk menubuhkan unit baru menggantikan kedua-dua pasukan tersebut.

(b) Kerajaan Negeri sememangnya sentiasa bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia dalam membasmi kegiatan jenayah yang berlaku di negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Sindiket kegiataan penjualan dadah melibatkan anak muda kian berkembang pesat terutamanya di kawasan perumahan Hamna, Sg Dua, Taman Pekaka, Bukit Jambul dan Bukit Gambir.

(a) Apakah tindakan dan langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah?

(b) Berikan statistik jumlah tangkapan terkini.

YAB. Ketua Menteri:

21. (a) Dadah merupakan musuh nombor satu negara dan semakin hari kita dapat lihat semakin bertambah jumlah tangkapan mahupun jumlah operasi yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam membendung gejala ini.

Pihak AADK telah dipertanggungjawabkan oleh pihak kerajaan bagi membendung pengedaran dadah dan penyediaan langkah- langkah pencegahan yang berkesan. Dengan amanah yang telah diberikan, pihak AADK telah mengadakan banyak program- program sebagai langkah pencegahan antidadah. Program Pencegahan yang biasa dilakukan adalah program Family On Alert, pameran, Ceramah Anti Dadah, rondaan pengedaran risalah dan lawatan ke rumah Orang Kena Pengawasan (OKP). Pemantauan di klinik Kesihatan Sungai dua bawah klien yang mengambil methadone.

Pihak PDRM juga telah diberikan amanah untuk membanteras aktiviti pengedaran dadah ini dan pelbagai langkah-langkah dan operasi telah dijalankan bagi mencegah wabak ini dari merebak. Operasi-operasi yang sering dijalankan oleh pihak PDRM adakalanya dijalankan bersama Jabatan Kerajaan yang lain seperti pihak AADK, APMM dan juga RELA. Antara Operasi pencegahan yang dilaksanakan oleh pihak PDRM adalah Ops Tapis, Ops Bersepadu dan Ops Kesan

Page 71: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

71

(b) Berikut adalah statistik jumlah tangkapan dan juga orang kena pengawasan terkini dari pihak AADK dan PDRM

AADK

Statistik Orang Kena Pengawasan Di Flat Hamna, Sungai Dua, Taman Pekaka, Bukit Jambul Dan Bukit Gambir Bagi Tempoh Januari - Jun Tahun 2018

Bil Kawasan Jumlah

1 Flat Hamna 4

2 Sungai Dua 44

3 Taman Pekaka 11

4 Bukit Jambul 2

5 Bukit Gambir 1

PDRM

Statistik Tangkapan Jenayah Narkotik Terhadap Belia Di Kawasan Perumahan Hamna, Sungai Dua, Taman Pekaka, Bukit Jambul Dan Bukit Gambir, Pulau Pinang Bagi Tempoh Jan – Jun 2018

Kawasan

Seksyen

39B ADB 39A(2) ADB 39A(1) ADB 12(3) ADB JUMLAH

Flat Hamna - - 1 3 4

Sungai Dua 5 - 2 6 13

Taman Pekaka 1 - 1 - 2

Bukit Jambul - 1 2 4 7

Bukit Gambir 4 - - - 4

Jumlah 10 1 6 13 30

Kawasan

Seksyen

39B ADB 39A(2) ADB 39A(1) ADB 12(3) ADB JUMLAH

FLAT HAMNA - - 1 3 4

SUNGAI DUA 5 - 2 6 13

TAMAN PEKAKA

1 - 1 - 2

BUKIT JAMBUL - 1 2 4 7

BUKIT GAMBIR 4 - - - 4

JUMLAH 10 1 6 13 30

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Penglibatan golongan wanita dalam badan berkanun kerajaan (GLC), Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Komuniti (JKKK) dan agensi Kerajaan Negeri masih kurang. Apakah pelan tindakan untuk menarik lebih ramai penglibatan wanita dan berikan peratus terkini wanita dalam agensi Kerajaan Negeri dan GLC?

YAB. Ketua Menteri:

22. Penglibatan golongan wanita di semua peringkat amatlah penting dalam pembangunan negara. Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan penyertaan wanita dalam proses pembangunan negara dengan membuka peluang-peluang yang lebih luas bagi menceburi bidang sosial, ekonomi dan politik.

Untuk meningkatkan penglibatan golongan wanita dalam Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Komuniti (JKKK), Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan dasar sekurang-kurangnya 30% perwakilan wanita dalam MPKK menjelang tahun 2021. Dasar yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2017 menetapkan tiga (3) sasaran iaitu minimum satu (1) wanita dalam MPKK pada tahun 2017, tiga (3) wanita pada tahun 2019 dan lima (5) wanita menjelang tahun 2021. Hasil daripada pengenalan dasar tersebut, sebanyak 76 JKKK (25.3 %) daripada keseluruhan MPKK yang berdaftar di Pulau Pinang telah mencatatkan lima (5) dan lebih jumlah perwakilan wanita dalam struktur JKKK.

Page 72: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

72

Untuk membina kapasiti lebih ramai wanita berkhidmat dalam MPKK, Penang Women’s Development Corporation (PWDC) menganjurkan bengkel-bengkel kepimpinan dan pemerkasaan wanita.

Manakala untuk meningkatkan peningkatan wanita dalam syarikat Kerajaan Negeri (GLC’s), terutamanya di peringkat pembuat keputusan, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Keterangkuman Gender telah mencadangkan agar sekurang-kurangnya 30% daripada ahli-ahli lembaga disandang oleh wanita.

Peratus bilangan wanita dalam Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan syarikat Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

(i) Jabatan/Agensi Negeri – 29.06%

(ii) Syarikat Kerajaan Negeri – 43.2%

Peratusan ini adalah rendah jika dibandingkan dengan lelaki kerana kebanyakan anggota kerja dalam kumpulan pelaksana adalah terdiri daripada lelaki seperti pekerja am rendah, pengawal keselamatan dan pemandu.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menubuhkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di setiap kawasan Parlimen untuk memudahkan urusan harian masyarakat?

YAB. Ketua Menteri:

21. UTC merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat di satu tempat. Ianya adalah sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan.

Semua urusan memantau dan penubuhan kemudahan UTC di negara ini adalah di bawah bidang kuasa Unit Strategi Kebangsaan (NSU) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Melalui NSU ini, pihak Kementerian Kewangan hanya berhubung dengan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk tujuan cadangan tempat, namun keputusan muktamad penubuhan terletak di bawah Kementerian. Disamping itu juga, semua kos pembinaan dan juga penyelenggaraan setiap UTC itu adalah di bawah kuasa Kementerian Kewangan Malaysia.

Justeru itu, Kementerian Kewangan Malaysia melalui surat rujukan MOF.600-47/5/22 (22) bertarikh 27 Jun 2018 telah memaklumkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar mengemukakan 3 cadangan premis yang berpotensi untuk dijadikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Negeri Pulau Pinang. Kementerian Kewangan juga telah menyatakan bahawa UTC Pulau Pinang adalah lebih sesuai untuk diwujudkan di kawasan pulau berbanding kawasan tanah besar memandangkan UTC bagi sesebuah negeri wajar diwujudkan di ibu negeri dan dalam hal ini, dasar penubuhan UTC ini tidak menetapkan penubuhannya di setiap parlimen tetapi satu UTC di setiap ibu negeri jika bersesuaian. Oleh itu keputusan penubuhan ini terletak kepada Kerajaan Persekutuan manakala Kerajaan Negeri hanya diminta untuk memberi nasihat tentang cadangan penubuhan UTC. Kementerian Kewangan Malaysia tidak bercadang untuk mewujudkan UTC di setiap Parlimen memandangkan lokasi pejabat kerajaan sedia ada yang menawarkan pelbagai perkhidmatan boleh diakses dengan mudah dan cepat.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Pembangunan Sukan di Pulau Pinang.

(a) Berapakah peruntukan setahun untuk Majlis Sukan Negeri?

(b) Apakah sasaran untuk SUKMA 2018?

(c) Apakah insentif dan program untuk pembangunan atlet?

Page 73: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

73

YAB. Ketua Menteri:

24. (a) Kerajaan Negeri menyalurkan sejumlah RM5,568,000.00 kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) setiap tahun. Perincian peruntukan bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:

BUTIRAN PERUNTUKAN

2018 (RM)

Perbelanjaan Mengurus Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

4,300,000.00

Perbelanjaan Sukan Untuk Semua 268,000.00

Perbelanjaan Sukan Malaysia (SUKMA) 1,000,000.00

JUMLAH 5,568,000.00

(b) Sasaran utama kontinjen Negeri Pulau Pinang di Sukan Malaysia (SUKMA) XIX Perak 2018 adalah untuk mengatasi sasaran pungutan pingat emas semasa Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII Sarawak 2016 iaitu 26 pingat emas dan meletakkan Negeri Pulau Pinang di kedudukan 5 buah negeri terbaik. Sasaran pungutan pingat emas akan hanya diumumkan semasa Majlis Penyerahan Bendera Pulau Pinang kepada Kontinjen Negeri Pulau Pinang yang dijadualkan berlangsung pada 5 September 2018.

(c) Antara program dan insentif yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam pembangunan atlet termasuk :

(i). Melaksanakan Program Latihan Terancang atlet-atlet sukan Negeri Pulau Pinang;

(ii). Mencungkil dan melahirkan atlet-atlet gemilang yang baru;

(iii). Program Pembangunan Sukan di peringkat daerah;

(iv). Perlaksanaan dan pemantauan latihan oleh jurulatih sukan negeri melalui perancangan tahunan (Periodization Plan) ;

(v). Pendedahan ke pertandingan dalam dan luar negara;

(vi). Menaik taraf peralatan latihan dan pertandingan sukan;

(vii). Pemberian Makanan Tambahan (Food Supplement) untuk meningkatkan tahap kecergasan atlet;

(viii). Program Atlet Elit Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang;

(ix). Pembayaran elaun latihan SUKMA;

(x). Pengiktirafan kepada atlet yang cemerlang di Majlis Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang; dan

(xi). Pengiktirafan berbentuk kewangan di bawah Skim Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SKIMAS).

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Klinik Kesihatan Sungai Dua menerima hampir 100-200 orang pesakit sehari.

(a) Apakah perancangan untuk menaik taraf klinik dan infrasturuktur?

(b) Adakah tempat letak kereta bertingkat akan dibina?

(c) Laluan keluar masuk kenderaan awam yang membahayakan, adakah JKR akan mengkaji laluan alternatif?

YAB. Ketua Menteri:

25. (a) Setakat ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan bagi menaik taraf klinik dan infrastruktur di Klinik Kesihatan Sungai Dua dalam tempoh terdekat. Walau bagaimanapun, usaha menaik taraf perkhidmatan klinik akan dilaksanakan secara berterusan dan pada ketika ini klinik tersebut dalam pelaksanaan menambah perkhidmatan rehabilitasi;

Page 74: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

74

(b) Setakat ini, tiada perancangan untuk membina tempat letak kereta bertingkat di Klinik Kesihatan Sungai Dua dalam tempoh terdekat; dan

(c) Berkaitan laluan alternatif keluar masuk klinik dengan kenderaan awam yang membahayakan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengkaji laluan alternatif dan mempertimbangkan cadangan yang bersesuaian pada masa akan datang.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Apakah status tanah terbiar di sebelah Jabatan Pengangkutan Jalan.

(a) Bolehkah dijadikan sebagai tempat letak kereta pelanggan Jabatan Pengangkutan Jalan.

(b) Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk pembangunan baharu.

YAB. Ketua Menteri:

26. Tanah terbiar yang terletak bersebelahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban adalah tanah kerajaan dengan keluasan lebih kurang 7,697 meter persegi. Tanah ini tidak boleh dijadikan tempat meletak kenderaan memandangkan ianya dicadangkan sebagai tanah ganti (swap) bagi pengambilan tanah kerajaan persekutuan yang terlibat dalam projek jalan-jalan utama di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Pengguna pejalan kaki yang ramai di Jalan Bukit Gambir selepas Universiti Sains Malaysia. Adakah JKR mempunyai cadangan membina jejantas pejalan kaki?

YAB. Ketua Menteri:

27. Untuk makluman, sepanjang Jalan Bukit Gambir telah terdapat 3 jejantas pejalan kaki iaitu di lokasi seperti berikut:

(i). Berhampiran kampus utama Universiti Sains Malaysia (USM) menghubungkan desasiswa;

(ii). Berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul/Jabatan Pendidikan Negeri; dan

(iii). Berhampiran Taman Bukit Jambul

Pada masa ini pihak JKR tiada cadangan untuk membina jejantas pejalan kaki yang baharu di kawasan Jalan Bukit Gambir selepas USM.

V. Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Adakah MBPP mempunyai rancangan jangka panjang bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas di Kadun Air Itam terutamanya di sekitar Pasar Air Itam, Jalan Paya Terubong-Jalan Air Itam dan Jalan Stesen Bukit Bendera?

YAB. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa memberi perhatian serius terhadap isu kesesakan lalu lintas termasuk di KADUN Air Itam dan sentiasa berusaha dalam menangani isu ini. Oleh yang demikian, perancangan jangka masa panjang telah dibuat bagi melaksanakan cadangan-cadangan pembinaan seperti berikut:

(i) Cadangan Pembinaan Jalan Sambungan dari Jalan Thean Teik ke Jalan Kampung Pisang.

(ii) Cadangan Pembinaan Tanjakan Berarah (Directional Ramp) untuk pembelokan ke kanan dari Jalan Thean Teik ke Jalan Ayer Itam.

(iii) Cadangan Menaik Taraf Persimpangan Lebuhraya Thean Teik / Lorong Batu Lancang.

(iv) Cadangan Penyambungan Jalan Thean Teik ke Lebuhraya Thean Teik.

(v) Cadangan pembinaan By-Pass dari Lebuhraya Tun Dr.Lim Chong Eu ke Air Itam (bermula pada tahun 2019 dan siap pada tahun 2022)

Selain itu, bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Pasar Air Itam dan Jalan Stesen Bukit Bendera, MBPP sedang mengkaji beberapa langkah yang bersesuaian seperti penyediaan jalan alternatif, pelebaran jalan, penempatan semula penjaja dan penyusunan semula aliran lalu lintas. Walau bagaimanapun, perancangan ini masih di peringkat awalan dan kajian-kajian terperinci perlu dibuat dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR).

Page 75: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

75

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Urban Farming adalah satu program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Sejauh manakah pelaksanaan ini telah dijalankan?

(a) Sila senaraikan jumlah lokasi yang telah dilaksanakan.

(b) Berapakah jumlah tanah lapang MBPP dan tanah Kerajaan yang telah digunakan untuk tujuan ini?

(c) Jumlah komuniti masyarakat yang terlibat di Kadun Air Itam.

YAB. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan Program Urban Farming atau Community Farming melalui Jabatan Pertanian Negeri (JPN), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Pengintegrasian aktivitiUrban Farming atau Community Farming dalam perancangan perbandaran adalah penting untuk menjadikan pembangunan yang dijalankan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.

Program Urban Farming dilaksanakan bertujuan untuk:-

(i). Menggalakkan penduduk setempat menanam dan mengeluarkan sendiri bahan makanan bagi menampung keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup;

(ii). Menambahkan pendapatan sampingan komuniti melalui lebihan pengeluaran hasil pertanian;

(iii). Menyokong usaha kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan negara; dan

(iv). Memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran komuniti bandar.

(a) Sebanyak 77 lokasi Program Urban Farming yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui JPN, MBPP, dan MPSP dengan perincian seperti di Lampiran A.

(b) MBPP tidak melaksanakan Program Urban Farming di atas Tanah Lapang MBPP dan Tanah Lapang Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana program ini bercanggah dengan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dalam seksyen (2f) adalah seperti berikut :

“mana-mana tanah lapang sama ada dikepung atau tidak yang dikhaskan atau direzabkan untuk dikhaskan keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam".

Oleh itu, MBPP hanya terlibat memberi nasihat teknikal sahaja dalam program Program Urban Farming atau Community Farming bersama komuniti yang dilaksanakan di atas pocket land di sesuatu kawasan.

Program Urban Farming atau Community Farming di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Air Itam dilaksanakan di kawasan perumahan kos rendah dan tapak penjaja Kampung Bharu, Air Itam melibatkan komuniti di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bharu.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Adakah MBPP mempunyai rancangan untuk menyertai Low Carbon City Initiatives (LCCI)?

(a) Apakah projek-projek yang dilaksanakan bagi tujuan akreditasi LCCI ini?

YAB. Ketua Menteri:

3. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempunyai perancangan untuk menyertai Low Carbon City Initiatives (LCCI) dan pada masa yang sama sedang melaksanakan projek-projek khusus ke arah tujuan tersebut.

(a) Projek-projek yang telah dilaksanakan ke arah akreditasi LCCI adalah seperti berikut:-

(i) Projek menggantikan semua lampu jalan jenis High Pressure Sodium Vapour (HPSV) di kawasan Pulau kepada lampu jalan jenis Light Emitted Diode

Page 76: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

76

(LED). Projek ini, dijangka dapat menjimatkan 57% penggunaan tenaga elektrik di samping pengurangan karbon sebanyak 2,264 ton setahun;

(ii) Membuat ketetapan supaya semua bangunan yang dimiliki oleh MBPP mesti mencapai Pensijilan Green Building Index (GBI) apabila kerja-kerja naik taraf dijalankan ke atas bangunan tersebut. Sehingga kini, MBPP telah memiliki beberapa bangunan yang mencapai pensijilan GBI seperti Pasar Chowrasta, SPICE Arena dan Kompleks Sukan Bandaraya Relau;

(iii) Memperkasakan penggunaan basikal dalam bandar dengan menyediakan kemudahan-kemudahan berikut:-

(a) Perkhidmatan Link Bike dengan kapasiti 250 basikal di 29 stesen; dan

(b) Menaik taraf lorong belakang dari Jalan Magazine ke Jalan Gurdwara, Jalan Armenian, Jalan Keng Kwee dan lain-lain untuk mewujudkan laluan alternatif yang lebih selamat kepada penunggang basikal.

(iv). Melaksanakan program penanaman pokok teduhan dan lanskap bagi tujuan menyerap karbon dan menghijaukan bandar. Sebanyak 6,693 pokok telah ditanam oleh MBPP dari tahun 2008 hingga Jun 2018;

(v). Mewajibkan pemaju mengemukakan permohonan pelan lanskap untuk kelulusan MBPP bagi setiap kawasan pembangunan termasuk pematuhan syarat penanaman pokok teduhan oleh pihak pemaju. Sebanyak 28,474 pokok telah ditanam oleh pemaju dari tahun 2008 sehingga Jun 2018 di bawah syarat pematuhan pelan lanskap yang ditetapkan MBPP;

(vi). Kitar semula sisa hijau (green waste) dari aktiviti lanskap MBPP untuk dijadikan sungkupan organik pokok-pokok yang juga dapat menyumbang ke arah inisiatif LCCI; dan

(vii). Mengenal pasti tanah-tanah kosong milik MBPP untuk digunakan sebagai tapak kebun komuniti bersama dengan penduduk setempat.

Selain usaha yang dilaksanakan ke arah inisiatif LCCI, MBPP juga telah mengambil inisiatif menyertai program Low Carbon City Framework (LCCF) dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Lokasi pertama inisiatif LCCF sedang dilaksanakan di Tanjung Pinang, Straits Quay.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Adakah Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah melancarkan Program Smart Cities?

(a) Nyatakan pelan tindakan dan pendekatan bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai Smart Cities.

YAB. Ketua Menteri:

4. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Bandar Pintar Bertaraf Antarabangsa menjelang tahun 2025, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah memulakan inisiatif di bahagian pulau, Pulau Pinang dengan memfokuskan dua (2) komponen utama iaitu Sistem Analisis Video Pintar / Intelligent Video Analytics (IVA) dan Bilik Operasi Pintar / Intelligent Operation Center (IOC). Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat untuk tempoh tiga (3) tahun. Sebanyak 528 buah kamera CCTV telah dipasang di tapak dan akan digunakan untuk menganalisis kejadian (incident) supaya tindakan awal dapat diambil. Kamera-kamera ini juga akan digunakan untuk mengesan kesesakan lalu lintas, halangan dan gangguan kepada lalu lintas secara automatik. MBPP juga telah memasang sebanyak 10 unit alat pengesan paras air di dalam longkang di kawasan hotspot banjir untuk memantau paras ketinggian air di dalam longkang dan di atas paras jalan raya. Semasa hujan turun, paras ketinggian air di dalam longkang dapat dipantau di mana sistem akan memberi notifikasi dan amaran tentang ketinggian paras air di dalam longkang. Data-data yang dikumpul melalui sistem analisis ini dapat membantu MBPP merangka pelan tindakan jangka masa pendek dan panjang untuk menangani masalah banjir dan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan pulau, Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri pada tahun 2016 telah memutuskan bahawa hala tuju Negeri Pulau Pinang adalah menuju ke arah Bandar Pintar Bertaraf Antarabangsa dengan tema "Data is King, Talent is Everything". Konsep Bandar Pintar di Negeri Pulau Pinang akan dibangunkan dengan mengutamakan infrastruktur ICT (Information and Communication Technology) sebagai kemudahan asas bandar. Konsep tersebut sejajar dengan transformasi digital dan revolusi industri

Page 77: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

77

4.0 di peringkat global dengan menerapkan aspek mampan (sustainable) melalui tadbir urus dan inisiatif pintar oleh pelbagai jabatan dan agensi.

Bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Bandar Pintar Bertaraf Antarabangsa, sebanyak lima (5) domain pintar telah dikenal pasti iaitu Komuniti Pintar (Smart Community), Persekitaran Pintar (Smart Environment), Mobiliti Pintar (Smart Mobility), Ekonomi Pintar (Smart Economy) dan Kerajaan Pintar (Smart Government).

Berdasarkan 5 domain tersebut, pelbagai pendekatan dan inisiatif Bandar Pintar di Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan agensi dan inisiatif Bandar Pintar yang dilaksanakan adalah bertambah dari masa ke semasa. Perincian inisiatif mengikut domain adalah seperti diLampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BJNSS NO. 4)

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Aktiviti Medical Tourism semakin popular di Negeri Pulau Pinang. Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Pulau Pinang terus unggul dalam sektor ini?

YAB. Ketua Menteri:

5. Bagi memastikan Pulau Pinang terus unggul dalam sektor Medical Tourism, Kerajaan Negeri akan mengambil inisiatif-inisiatif seperti berikut:

(a) Meningkatkan daya saing hospital dalam sektor Medical Tourism melalui Penang Center of Medical Tourism (PMED). Pada masa ini, PMED mempunyai keahlian sebanyak 13 hospital dan bergiat aktif dalam pemasaran Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan perubatan yang terunggul;

(b) Meluaskan promosi dan pemasaran pelancongan perubatan ke pasaran Asia Pasifik yang mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang seperti China dan Vietnam di samping mengekalkan hubungan dengan pasaran Indonesia yang selama ini menjadi pasaran utama Pulau Pinang;

(c) Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) serta meningkatkan kemudahan dan kelengkapan untuk menerima pelancong perubatan; dan

(d) Bekerjasama dengan pihak swasta untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam membina baru atau menaiktaraf pusat perubatan pelancongan.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Senaraikan rancangan tebatan banjir yang telah dirancang dan akan dilaksanakan serta jumlah peruntukan yang telah disediakan bagi mengatasi masalah banjir di KADUN Air Itam?

YAB. Ketua Menteri:

6. Dalam usaha mengurangkan masalah banjir khususnya di KADUN Air Itam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diluluskan peruntukan sebanyak RM400,000.00 bagi tahun 2018 untuk menjalankan kerja-kerja mendalam dan membaiki serta menaik taraf Sungai Air Itam. Projek ini melibatkan dua (2) skop kerja iaitu:

(i). Mendalam dan membaiki Sungai Air Itam dan lain-lain kerja berkaitan yang kini telah mencapai 40% kemajuan. Kerja ini telah dimulakan pada 11 Jun 2018 dan akan berakhir pada 29 Oktober 2018; dan

(ii). Kerja-Kerja Pengukuhan Tebing Sungai Air Itam yang telah mencapai 10% kemajuan. Kerja ini telah dimulakan pada 16 Julai 2018 dan akan berakhir pada 10 Disember 2018.

Di samping itu, sebahagian Sungai Air Itam juga dicadangkan untuk dimasukkan dalam skop kerja projek Rancangan Tebatan Banjir RTB Sungai Pinang yang melibatkan kerja pembinaan kolam takungan berhampiran Suffolk House, Air Itam.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Berapakah jumlah (RM) cukai pelancongan yang dikutip oleh Kastam Diraja Malaysia?

(a) Senaraikan cukai & Ringgit Malaysia berasaskan pelancongan pada tahun 2015-2017 bagi Negeri Pulau Pinang?

Page 78: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

78

(b) Fi (RM) yang dikutip oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

(c) Adakah hasil berkenaan dibelanjakan & diperuntukan kepada mana-mana agensi kerajaan bagi pembangunan pelancongan negeri Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

7. Cukai Pelancongan adalah dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa mulai 1 September 2017 untuk seluruh negara termasuk Pulau Pinang dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bertanggungjawab membuat kutipan cukai tersebut. Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kewangan, sehingga Jun 2018, jumlah Cukai Pelancongan bagi seluruh negara yang dikutip adalah sebanyak RM146,280,796.00.

(a) Hanya satu cukai berasaskan pelancongan di Pulau Pinang iaitu Cukai Pelancongan yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa mulai 1 September 2017. Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kewangan, Cukai Pelancongan yang dikutip di Pulau Pinang bagi tempoh September hingga Disember 2017 adalah sebanyak RM3,881,655.00. Tetapi cukai ini telah disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

(b) Jabatan Kastam Diraja Malaysia tidak membuat kutipan Fi Hotel. Fi Hotel adalah dikenakan oleh Kerajaan Negeri dan dikutip oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Sehingga Jun 2018, jumlah kutipan Fi Hotel oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai masing-masing adalah sebanyak RM31,273,107.70 dan RM4,656,724.00.

(c) Bagi Cukai Pelancongan, penggunaan hasil kutipan masih belum ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan. Namun demikian, Kerajaan Persekutuan telah memaklumkan bahawa sebanyak RM5 daripada setiap RM10 yang dikutip akan diagihkan kepada negeri berkenaan. Bagi Fi Hotel, hasil kutipan tidak diperuntukan kepada mana-mana agensi Kerajaan dan hanya digunakan bagi tujuan pembangunan pelancongan Pulau Pinang melalui program promosi pelancongan, penganjuran program pelancongan, pembangunan acara business events dan pemberian insentif penerbangan terus ke Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Nyatakan inisiatif hijau yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri & Pihak Berkuasa Tempatan?

(a) Sila senaraikan jumlah inisiatif hijau yang telah dilaksanakan di dalam KADUN Air Itam.

YAB. Ketua Menteri:

8. Inisiatif hijau yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah bersifat holistik, melibatkan keseluruhan Negeri termasuk KADUN Air Itam. Senarai inisiatif hijau yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan PBT adalah seperti berikut:-

(i). Larangan sepenuhnya penggunaan bekas polisterin bermula pada tahun 2010 di seluruh Pulau Pinang kerana ianya mengandungi toksik styrene, benzene, carcinogens dan neurotoxins yang berbahaya kepada manusia di samping merosakkan ekosistem dan menjejaskan kepelbagaian diversiti hidupan marin;

(ii). Melaksanakan program “No Free Plastic Bag” sejak tahun 2009 sebagai langkah kawalan penggunaan beg plastik di Pulau Pinang kerana setiap beg plastik yang dibuang mengambil masa yang lama untuk mereput dan menghasilkan karbon dan toksik yang berbahaya kepada manusia semasa proses pereputan;

(iii). Melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa di Punca mulai 1 Jun 2016 bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar serta menjaga keseimbangan ekosistem di samping meningkatkan kadar kitar semula sisa pepejal di Negeri Pulau Pinang kepada 38% pada tahun 2018 berbanding 18% pada tahun 2008;

(iv). Melaksanakan program Sekolah Hijau untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan generasi muda;

(v). Mewujudkan jaringan sisa sifar bagi memudahkan orang awam untuk mengitar semula barangan melalui aplikasi Trash to Treasure;

(vi). Melaksanakan Program Pengurusan Hutan Secara Lestari dengan mengekalkan kawasan hutan sedia ada di Negeri Pulau Pinang sebagai penyerap karbon termasuk hutan darat

Page 79: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

79

dan hutan paya laut seluas 5,100.93 hektar di Negeri Pulau Pinang sebagai hutan simpanan kekal;

(vii). Melaksanakan penanaman sebanyak 271,000 pokok di seluruh negeri Pulau Pinang dari tahun 2008 hingga Disember 2017 sebagai langkah pengurangan karbon;

(viii). Memperkenalkan Pensijilan Pejabat Hijau Pulau Pinang (Penang Green Office Certification) sebagai inisiatif pengurangan pelepasan karbon dan penjimatan tenaga yang telah disertai sebanyak 124 organisasi;

(ix). Melaksanakan program Car-Free Day dan menyediakan laluan trek berbasikal bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon dari kenderaan melalui aktviti rekreasi dan riadah;

(x). Menjalin kerjasama dengan organisasi antarabangsa seperti Global Environment Centre (GEC), United Nation Environment Programme (UNEP) dan Climate and Clean Air Coalition bagi melaksanakan projek perintis melibatkan Short Lived Climate Pollutant (SLCP) yang merupakan salah satu penyumbang pelepasan karbon;

(xi). Memperkenalkan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) dan Bridge Express Shuttle Transit (BEST) bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan pelepasan karbon kenderaan persendirian di jalan raya;

(xii). Membangunkan Penang Green Agenda 2020-2030 yang akan dijadikan road map ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri hijau, lestari dan mampan menjelang tahun 2030;

(xiii). Memulakan inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF) oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar rendah karbon; dan

(xiv). Memastikan penggunaan lampu jalan jenis Light Emitting Diode (LED) yang lebih menjimatkan tenaga bagi menggantikan lampu jalan konvensional.

(a) Inisiatif hijau secara khusus yang dilaksanakan di KADUN Air Itam adalah seperti berikut:-

(i). Memulakan proses untuk mewartakan Bukit Bendera, Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya sebagai tapak UNESCO Man and Biosphere Reserve;

(ii). Menukar sebanyak 298 unit lampu jalan awam konvensional kepada lampu jalan LED dan sebanyak 380 unit lagi akan ditukar pada tahun 2019;

(iii). Program penanaman sebanyak 355 pokok dari tahun 2008 hingga tahun 2018 di sekitar KADUN Air Itam;

(iv). Program kebun komuniti dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Komuniti Kampung (JKKK) Bharu, Air Itam;

(v). Kempen Pendidikan Rumah ke Rumah (House to House Educational Campaign) oleh Penang Green Council di KADUN Air Itam bagi menyampaikan informasi mengenai Program-program Hijau Negeri;

(vi). Menyediakan perkhidmatan laluan bas percuma CAT di KADUN Air Itam dengan kerjasama Rapid Penang meliputi Paya Terubong, Jalan Paya Terubong (Wisma Indah), Jalan Ayer Itam (Pekan Ayer Itam), Jalan Sempadan, Jalan Padang Tembak, Jalan Ayer Itam, Jalan Thean Teik (Sunshine Farlim), Jalan Angsana, Jalan Semarak Api, Lintang Angsana dan Lebuhraya Thean Teik;

(vii). Sambutan Hari Air Sedunia 2016 yang dianjurkan di Empangan Air Itam; dan

(viii). Program Sekolah Hijau Bersama sekolah-sekolah yang terdapat dalam KADUN Air Itam.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam memastikan penjimatan dalam penggunaan tenaga elektrik, berikutan itu jumlah lampu LED yang telah ditukar pasang oleh Pihak Berkuasa Tempatan telah dilaksanakan.

(a) Nyatakan jumlah yang keseluruhan lampu jalan di dalam setiap Daerah yang telah ditukar pasang.

(b) Nyatakan jumlah yang belum ditukar pasang dalam KADUN Air Itam.

Page 80: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

80

YAB. Ketua Menteri:

9. Jumlah lampu jalan awam 'High Pressure Sodium Vapour' (HPSV) yang telah ditukar kepada jenis 'Light Emitting Diode' (LED) di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah sebanyak 6,217 unit iaitu 5,509 unit di Daerah Timur Laut dan 708 unit di Daerah Barat Daya. Tiada lampu jenis LED dipasang di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Pada ketika ini, MPSP sedang melaksanakan ‘Request For Proposal’(RFP) Bagi Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Lampu Jalan Jenis HPSV kepada Lampu Jalan Jenis LED di kawasan Seberang Perai. Melalui RFP ini, pemasangan dijangka bermula pada awal Oktober 2018 dan siap sepenuhnya pada Disember 2018.

Jumlah lampu jalan yang terdapat di KADUN Ayer Itam adalah sebanyak 678 unit. Sejumlah 380 unit lampu jalan masih belum ditukar kepada lampu jalan jenis LED di kawasan tersebut.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Nyatakan indeks pencapaian yang telah diperolehi oleh PBT hasil pelaksanaan Pengurusan Sisa Organik Domestik kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan?

(a) Sejauh manakah pergerakan kempen ini dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri mengurangkan sampah sisa organik domestik?

YAB. Ketua Menteri:

10. Pengurusan Sisa Organik Domestik adalah merupakan inisiatif baharu Kerajaan Negeri dalam mengurangkan pembuangan sisa organik oleh penjana sisa ke tapak pelupusan sampah. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk melaksanakan Pengasingan Sisa Organik mulai tahun 2019 bagi Fasa II Pengasingan Sisa di Punca di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengambil inisiatif awal melaksanakan kutipan sisa organik di beberapa kawasan dan komuniti mulai tahun 2015 hingga kini. Butiran terperinci mengenai Indeks Pencapaian beratan sisa organik yang direkodkan oleh MPSP bagi tahun 2015 hingga tahun 2018 adalah seperti di bawah.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pula tidak mempunyai Indeks Pencapaian dalam pengasingan sisa organik domestik kerana pada ketika ini MBPP hanya di peringkat perancangan sahaja dalam perkara ini.

(a) Bagi memastikan hasrat Kerajaan Negeri untuk mengurangkan sisa organik di Negeri Pulau Pinang, pihak MPSP telah menjalankan beberapa kempen, program dan aktiviti seperti berikut:

(i) Menjalankan program kempen pengurangan sisa organik dan pengumpulan sisa organik di 12 kawasan Seberang Perai.

(ii) Membuat kutipan sisa organik daripada sembilan (9) buah pasar dan di hantar ke Pusat Kompos Bagan Ajam oleh MPSP.

(iii) Menjalankan kutipan sisa organik daripada tiga (3) buah kilang, sebuah hotel dan pasaraya serta satu (1) kawasan perniagaan ke Pusat Kompos Bagan Ajam yang dilaksanakan oleh MPSP dan pihak swasta; dan

(iv) Memproses sisa makanan untuk dijadikan baja kompos dengan kos ditanggung oleh Syarikat Shence International (M) Sdn. Bhd. yang mengendalikan Pusat Kompos Bagan Ajam.

TAHUN BERATAN SISA ORGANIK

(KG) INDEKS PENCAPAIAN

(%)

2015 1,006,603 2.474

2016 1,240,812 3.504

2017 766,905 2.508

2018 (sehingga Jun) 205,676 0.549

Page 81: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

81

Sementara itu, langkah-langkah yang diambil oleh pihak MBPP pula adalah seperti berikut:

(i) Membuat cadangan untuk menjalankan kajian keboleh laksanaan (Feasibility study) bagi menentukan characteristic sisa makanan yang boleh dijadikan sebagai sumber perolehan; dan

(ii) Mengkaji pasaran pembekal mesin pemprosesan sisa makanan in situ dan meletakkan syarat pelesenan kepada premis komersial seperti kilang, hotel dan pasaraya.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Adakah Majlis Bandaraya Pulau Pinang mempunyai rancangan untuk mewujudkan "Internet of Thing (IoT)" sepertimana dimiliki oleh "smart cities'' yang lain?

(a) Jika ada, sila nyatakan kaedah perlaksanaan & operasi serta tarikh jangka mula?

YAB. Ketua Menteri:

11. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sememangnya mempunyai rancangan mewujudkan ‘Internet of Things (IoT)’ dalam menjayakan hasrat Kerajaan Negeri untuk membangunkan Bandar Pintar bertaraf antarabangsa. Antara IoT yang telah dipasang oleh MBPP adalah unit pengesan (sensor) paras air di dalam longkang khusus di kawasan hot spot banjir di Negeri Pulau Pinang. Projek yang telah disiapkan pada bulan April 2018 ini berfungsi untuk memantau paras ketinggian air di dalam longkang dan di atas jalan raya dengan memberi notifikasi dan amaran sebagai tindakan awal sebelum banjir berlaku. Amaran yang diterima ini akan disalurkan melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas / Short Message Service (SMS) kepada Hotline MBPP yang beroperasi 24 jam dan Skuad Pantas MBPP akan melaksanakan tindakan selanjutnya berdasarkanStandard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan mengikut tahap amaran. Malah, maklumat berkaitan akan dipaparkan di laman web MBPP untuk makluman orang awam. Sistem ini akan ditambah baik selaras dengan pembangunan Bilik Operasi Pintar / Intelligent Operation Center (IOC) seterusnya notifikasi akan dihantar melalui aplikasi di telefon pintar dan pemantauan boleh dilakukan melalui dashboard di bilik IOC pada bila-bila masa. Sementara menunggu aplikasi tersebut dibangunkan pada bulan Ogos 2018, amaran tersebut dihantar melalui SMS dan e-mel kepada pegawai-pegawai MBPP.

Seterusnya, MBPP juga sedang membangunkan satu sistem analitis video pintar / Intelligent Video Analytics (IVA) bersama-sama dengan IOC bagi pengurusan trafik di kawasan MBPP. Sebanyak 528 buah kamera CCTV sedia ada yang telah dipasang oleh MBPP akan digunakan untuk projek IVA secara berperingkat untuk tempoh tiga (3) tahun bermula Disember 2017 sehingga tahun 2020 bagi mengesan perkara-perkara berikut:

(i) Meletak kenderaan di kawasan larangan (parking at prohibited areas);

(ii) Kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan (vehicles using emergency lane);

(iii) Kenderaan yang bergerak melawan arah aliran lalu lintas (vehicle travelling in the opposite traffic direction);

(iv) Kesesakan lalu lintas (traffic congestion);

(v) Barang yang ditinggalkan (abandoned object);

(vi) Pejalan kaki melintas jalan secara rawak (pedestrians crossing street at random);

(vii) Mengukur paras air (measuring water level); dan

(viii) Pembuangan sampah di tempat yang dilarang (throwing of waste at prohibited areas)

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Asia Pacific Master Games 2018 akan dianjurkan di Pulau Pinang.

(a) Sila nyatakan dengan terperinci peranan Kerajaan Negeri, Majlis Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Urusetia APMG'18.

(b) Adakah sasaran penyertaan atlet dari negara luar tercapai?

(c) Berapakah jumlah penyertaan tempatan yang telah diterima?

Page 82: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

82

YAB. Ketua Menteri:

12. (a) Peranan-peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri, Majlis Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Urusetia Asia Pacific Masters Games (AMPG) Penang 2018 dalam kejohanan APMG Penang 2018 adalah seperti berikut:

Kerajaan Negeri

(i) Memastikan Penganjuran Kejohanan APMG Penang 2018 mencapai sasaran yang ditetapkan;

(ii) Memastikan semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi kerjasama bagi menjayakan kejohanan bertaraf antarabangsa ini;

(iii) Melaporkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) secara berkala berkenaan dengan status terkini penganjuran APMG Penang 2018;

(iv) Memantau prestasi perbelanjaan Syarikat APMG Sdn. Bhd; dan

(v) Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Induk APMG Penang 2018.

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)

(i) Menjadi penyelaras di antara Persatuan Sukan Negeri dengan pihak penganjur APMG2018;

(ii) Membantu urusetia APMG Penang 2018 dari segi tempat pertandingan; dan

(iii) Menempatkan tujuh (7) orang pegawai MSN untuk membantu pihak sekretariat APMG.

Jabatan Belia dan Sukan

(i). Sebagai Agensi Angkat bagi acara Pencak Silat, Taekwondo dan Wushu; dan

(ii). Menguruskan pengangkutan untuk pegawai-pegawai acara semasa Kejohanan APMG Penang 2018 bagi acara Pencak Silat, Taekwondo dan Wushu.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

(i). Menyelaras Larian Obor APMG Penang 2018 bersama MALA (Persatuan PBT Malaysia) yang akan dibawa sejauh 3,908 km selama 99 hari di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak;

(ii). Memastikan semua tempat pertandingan yang melibatkan premis MBPP berada dalam keadaan baik dan mengikut spesifikasi Olympic Council of Malaysia (OCM), International Masters Games Association (IMGA) dan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri.;

(iii). Memastikan kawasan pulau berada dalam keadaan bersih dan selamat semasa Penganjuran Kejohanan APMG Penang 2018;

(iv). Merancang dan menyelaras Majlis Perasmian dan Penutup Kejohanan APMG Penang 2018; dan

(v). Menyediakan kaunter pendaftaran di tingkat 3, KOMTAR bagi memudahkan pendaftaran peserta di Seberang Perai.

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

(i). Memastikan semua tempat pertandingan yang melibatkan premis MPSP berada dalam keadaan baik;

(ii). Memastikan kawasan seberang berada dalam keadaan bersih dan selamat semasa Penganjuran Kejohanan APMG Penang 2018.

(iii). Menyediakan kaunter pendaftaran di Menara MPSP bagi memudahkan pendaftaran peserta di Seberang Perai.

Page 83: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

83

Urusetia APMG Penang 2018

(i). Mengurus dan mentadbir hal-hal pentadbiran dan organisasi APMG Penang 2018;

(ii). Mengurus sistem pendaftaran secara online dan manual;

(iii). Memantau dan sentiasa mengemaskini laman web rasmi APMG Penang 2018;

(iv). Memberi maklumbalas kepada pertanyaan dan aduan;

(v). Memastikan semua tempat pertandingan dan peralatan sukan berada dalam keadaan baik;

(vi). Mengurus proses akreditasi peserta dan pegawai- pegawai yang mengambil bahagian;

(vii). Merancang dan menjalankan publisiti melalui media massa, media cetak dan juga media sosial.

(viii). Merancang dan menyelaras jemputan, sidang media dan majlis- majlis rasmi yang berkaitan dengan APMG Penang 2018 seperti Majlis Perasmian Laman Web, Majlis Perasmian Maskot APMG Penang 2018 dan Majlis-majlis Penyerahan Obor APMG Penang 2018.

(ix). Mencari penaja-penaja dan agensi-agensi angkat untuk Kejohanan APMG Penang 2018; dan

(x). Merancang dan menjalankan aktiviti pemasaran dan promosi di kejohanan-kejohanan sukan dalam dan luar negara.

Sasaran penyertaan luar negara bagi APMG Penang 2018 adalah sebanyak 3,000 orang iaitu 60% daripada jumlah keseluruhan sasaran peserta iaitu 5,000 orang. Sehingga 18 Julai, 1,480 peserta luar negara melibatkan 56 buah negara telah mendaftar untuk APMG Penang 2018. Sasaran penyertaan dari luar negara masih belum dicapai memandangkan tarikh tutup penyertaan telahpun dilanjutkan kepada 7 Ogos 2018 daripada tarikh tutup asal iaitu pada 7 Julai 2018.

Sehingga 18 Julai 2018, seramai 1,282 peserta daripada Malaysia telah mendaftar untuk APMG Penang 2018.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Adakah sebarang rancangan untuk menjadikan Sungai Dondang di Air Itam sebagai salah satu lokasi rekreasi atau taman poket atau apa-apa perancangan yang positif daripada agensi berkaitan untuk menjadikan tempat ini menarik serta memberi manfaat kepada komuniti masyarakat?

YAB. Ketua Menteri:

13. Pada masa ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mempunyai kolam takungan banjir di Sungai Dondang yang turut berfungsi sebagai kolam tadahan air, menjadikan tempat tersebut sesuai sebagai tempat riadah dan rekreasi penduduk setempat. JPS dalam perancangan untuk memperindahkan tempat tersebut menggunakan peruntukan Pengindahan dan Tanah Air dari Kerajaan Negeri sekiranya peruntukan tersebut diperolehi.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Adakah Kerajaan Negeri dan Jabatan Kerja Raya telah merancang untuk mengukuhkan struktur cerun bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh di dalam Daerah Timur Laut dan Barat Daya?

(a) Senaraikan jumlah projek yang telah dilaksanakan.

(b) Jumlah yang telah diperuntukkan bagi kerja-kerja berkaitan sejak tahun 2016 hingga 2018 dan projek-projek didalam KADUN Air Itam.

YAB. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi berkaitan seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) telah merancang dan sedang dalam usaha berterusan untuk mengukuhkan struktur cerun bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh dalam Daerah Timur Laut dan Barat Daya. JKR, MBPP serta PBBPP mengambil tindakan segera serta membuat pemantauan berkala dari semasa ke semasa serta menjalankan kerja- kerja penyenggaraan cerun (preventive maintenance) di jalan-jalan yang terlibat dengan menggunakan peruntukan yang diperolehi samada melalui peruntukan MBPP bagi jalan bandaran, peruntukan (MARRIS) bagi jalan negeri dan peruntukan persekutuan bagi jalan persekutuan melalui pelaksanaan kerja oleh pihak konsesi yang dilantik oleh Kementerian Kerja Raya. Terdapat juga projek pembaikan dan penstabilan runtuhan cerun yang dilaksanakan oleh

Page 84: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

84

pemaju atau pemilik tanah seperti Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang, Badan Pengurusan Bandar Baru Air Itam, Tetuan Kek Lok Si Temple dan Tetuan Eco Terrace Sdn. Bhd. dalam KADUN Seri Delima dan KADUN Paya Terubong.

(a) Sebanyak 38 projek telah dilaksanakan bagi kerja pembaikan cerun untuk tahun 2016 hingga 2018 di Daerah Timur Laut (DTL) dan 32 projek di Daerah Barat Daya (DBD). Senarai projek dan jumlah peruntukan yang terlibat di DTL adalah seperti di Lampiran A. Manakala bagi DBD adalah seperti di Lampiran B.

(b) Sejumlah RM667,496.18 telah diperuntukkan bagi kerja pembaikan cerun untuk tahun 2016 hingga 2018 di KADUN Air Itam. Senarai projek yang terlibat adalah seperti di Lampiran C.

RUJ. LAMPIRAN A, B DAN C (BJNSS NO.14)

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Bilakah laluan ke Empangan Air Itam akan dibuka semula atau kawasan itu akan digazetkan sebagai kawasan larangan kepada orang awam?

YAB. Ketua Menteri:

15. Empangan Air Itam telah dibina pada 1962 dengan kapasiti 2.61 juta meter padu terletak di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Empangan ini disenaraikan sebagai kawasan larangan dan sasaran penting kategori 2 sebagaimana peruntukan yang terkandung didalam Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Disemak - 1983) Akta 298.

Laluan utama dari persimpangan besar Jalan Paya Terubong menghala ke Empangan Air Itam terpaksa ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan cerun disebabkan berlakunya tanah runtuh pada bulan November 2017 akibat hujan yang luar biasa.

Penutupan Jalan Empangan Air Itam untuk kerja-kerja tersebut adalah selama 8 bulan. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah melantik kontraktor menerusi Lembaga Tender pada 06 Julai 2018 dimana kerja tersebut bermula pada 23 Julai 2018 dan dijangka siap pada 22 November 2018. Pembukaan laluan tersebut akan dimaklumkan oleh PBAPP selepas kerja-kerja penyelenggaraan sepanjang jalan ke Empangan Air Itam siap sepenuhnya.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Berapakah indeks jenayah di Negeri Pulau Pinang?

(a) Adakah berlaku penurunan setiap tahun dan peranan Kerajaan Negeri dalam penyediaan CCTV membantu mengurangkannya?

(b) Sila senaraikan inisiatif Bandar Selamat yang akan dilaksanakan dalam KADUN Air Itam bagi tahun 2019 hingga 2023.

(c) Senaraikan juga lokasi kekerapan berlaku jenayah di setiap Daerah di Pulau Pinang.

YAB. Ketua Menteri:

16. Usaha berterusan bagi mengurangkan indeks jenayah dalam negeri ini menunjukkan pencapaian memberangsangkan menerusi penurunan kadar jenayah sehingga 10 peratus dari awal tahun sehingga Julai 2018. Berikut adalah kedudukan Jenayah Indeks Kontinjen Pulau Pinang bagi tempoh 1 Januari 2018 hingga 12 Julai 2018:-

Jenayah Indeks Nilai

Ambang Pencapaian

Naik / Turun

( + / - )

Peratusan

( % )

Jenayah Kekerasan 577 461 -116 -20.1%

Jenayah Hartabenda 2,393 2,210 -183 -7.6%

Keseluruhan Jenayah Indeks

2,970 2,671 -299 -10.1%

Page 85: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

85

Berdasarkan statistik Indeks, terdapat penurunan jenayah indeks di antara tahun 2015 hingga tahun 2017. Ia didorong dari pelaksanaan Program Kepolisan Moden yang membolehkan pihak berkuasa lebih pantas bertindak dan menyelesaikan kes jenayah. Berikut adalah pecahannya;

Jenayah Indeks Tahun

2015 2016 2017

Jenayah Kekerasan 405 381 446

Jenayah Hartabenda 1,999 1,751 1,451

Keseluruhan Jenayah Indeks 2,404 2,132 1,897

(a) Fungsi CCTV (Closed Circuit Television) memainkan peranan yang penting dalam membantu mengenalpasti dan menyelesaikan kes-kes jenayah. Dengan bantuan alat tersebut penjenayah akan dikenalpasti dengan lebih berkesan. Peranan CCTV dalam pembasmian jenayah termasuk memantau keberkesanan pelaksanaan inisiatif Program Bandar Selamat dalam menangani jenayah jalanan, mengenalpasti dan memantau kawasan ‘hotspot’ jenayah sediada dan berpotensi, serta menyediakan pelbagai maklumat dalam pelaksanaan langkah-langkah pencegahan jenayah.

(b) Bandar Selamat merupakan suatu pendekatan ke arah perancangan dan pembangunan yang mengutamakan aspek keselamatan dalam rekabentuk persekitaran bandar. Melalui penerapan Konsep Bandar Selamat, kemajuan dan pembangunan di sesuatu bandar adalah lebih efektif dengan mengambilkira aspek kemajuan ekonomi dan jaminan persekitaran yang selamat untuk penduduk dan pengguna. Sejumlah empat (4) inisiatif Program Bandar Selamat telah dikenalpasti di KADUN Air Itam bagi Tahun 2019 hingga 2023 iaitu Program Pencahayaan, Pengasingan Laluan Pejalan Kaki Dari Laluan Bermotor, Penggunaan Cermin Keselamatan / Pembersihan Semak Samun dan juga pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV).

(c) Lokasi kekerapan berlaku jenayah mengikut daerah di Pulau Pinang adalah seperti berikut:-

Daerah Balai Polis Lokasi Yang Kerap Berlaku Jenayah

Timur Laut

Jalan Patani

Kawasan ‘blackspot’ Jalan Patani – termasuk Jalan Maccalister dan Kawasan Perumahan Gat Lebuh Macallum

Jelutong Kawasan ‘blackspot’ Jelutong – termasuk Jalan Jelutong

Central Kawasan ‘blackspot’ Central – termasuk Jalan Pinang

Pulau Tikus

Jalan Gurney

Jalan Burmah

Bandar Baru Bandar Baru Farlim dan Kawasan Perumahan Paya Terubong (Sun Moon City / Bina Nusa / Majestic Height)

Sungai Nibong Kawasan Perumahan Sungai Nibong Kecil dan Kawasan Perumahan Relau, Jalan Relau

Barat Daya

Bayan Lepas Taman Sungai Ara

FIZ

Bayan Baru Kawasan Perumahan Mayang Pasir dan Bukit Gedung

Seberang Perai Utara

Butterworth Jalan Raja Uda

Kepala Batas Kawasan ‘blackspot’ Kepala Batas

Mak Mandin Kawasan Mak Mandin

Seberang Perai Tengah Bukit Mertajam Jalan Rozhan

Kawasan Megat Harun

Page 86: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

86

Bukit Tengah Kawasan Taman Pelangi

Kawasan Bandar Perda

Seberang Perai Selatan

Nibong Tebal Kawasan ‘blackspot’ Nibong Tebal

Simpang Ampat Kawasan ‘blackspot’ Simpang Ampat

Sungai Bakap Kawasan ‘blackspot’ Sungai Bakap

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Atlet yang mewakili Negeri Pulau Pinang atau Negara sering mengalami nasib pengangguran selepas mereka bersara dari arena sukan.

(a) Adakah kerajaan mempunyai sebarang rancangan untuk mereka selepas bersara?

(b) Nyatakan jumlah bekas atlet yang sekarang berkhidmat dengan agensi pembangunan sukan negeri seperti Majlis Sukan Negeri atau sebagainya.

YAB. Ketua Menteri:

17. (a) Bagi atlet-atlet yang telah melepasi umur kelayakan ke Sukan Malaysia iaitu usia melebihi 21 tahun dan ke atas (bersara sebagai atlet negeri) dan sekiranya tidak terpilih untuk mewakili negara ke kejohanan peringkat antarabangsa, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) telah melaksanakan pelbagai laluan alternatif kepada bekas-bekas atlet ini untuk pembangunan dalam bidang pendidikan atau kerjaya. Antaranya adalah seperti berikut:-

(i). MSNPP dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan “Program Alternatif Kemasukan Warga Sukan ke USM” kepada semua atlet negeri yang mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam bidang sukan dan pendidikan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah;

(ii). Bagi atlet yang berminat untuk meneruskan kerjayanya dalam industri sukan, MSNPP juga menawarkan peluang pekerjaan kepada atlet-atlet ini untuk berkhidmat di MSNPP sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat pelantikan dan berdasarkan kekosongan jawatan sedia ada. Peluang pekerjaan ini termasuk Jurulatih Penuh Masa, Jurulatih Sambilan, Pegawai Belia dan Sukan, Penyelaras Sukan, Pegawai Majlis Sukan Daerah dan sebagainya;

(iii). Bagi melengkapkan atlet-atlet dengan kemahiran dalam bidang kejurulatihan, MSNPP dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia turut menganjurkan kursus-kursus Sains Sukan seperti Sijil Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) Tahap 1, Tahap 2, dan Tahap 3 bagi meningkatkan pengetahuan atlet dalam bidang kejurulatihan;

(iv). Manakala bagi atlet-atlet yang pernah menjadi atlet kebangsaan, mereka disaran untuk melibatkan diri dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan bekas atlet. Antara manfaat yang dapat diperolehi adalah pembangunan dalam pendidikan dan kerjaya, pewujudan peluang pembangunan keusahawanan, bantuan kebajikan dan juga perkhidmatan bimbingan dan kaunseling;

(v). MSNPP juga bekerjasama dengan Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghantar atlet-atlet yang berpotensi untuk diserap ke jawatan sebagai anggota tentera atau polis dan dapat mewakili agensi tersebut di kejohanan sukan peringkat kebangsaan.

(b) Sejumlah 130 orang bekas atlet negeri/negara yang dilantik untuk berkhidmat di MSNPP seperti berikut:-

Bil Jawatan Bilangan / orang

1 Jurulatih Sepenuh Masa 32

2 Jurulatih Pembangunan 18

3 Jurulatih Sambilan 48

4 Jurulatih Daerah 28

5 Pentadbiran MSNPP 4

JUMLAH 130

Page 87: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

87

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Adakah kemasukan warga asing telah meningkatkan kadar pengangguran dan tindakan pihak berkuasa untuk menangani lambakan pekerja asing terutamanya Pendatang Asing Tanpa Izin?

(a) Adakah Kerajaan akan atau telah mewujudkan polisi baru berkaitan pengambilan warga asing dalam sektor-sektor yang selama ini diisi oleh warga tempatan terutamanya pembinaan, pembersihan & perkilangan?

YAB. Ketua Menteri:

18. (a) Kemasukan warga asing tidak meningkatkan kadar pengangguran di Pulau Pinang. Berdasarkan data daripada Malaysian Investment Development Authority (MIDA), bilangan pekerjaan yang diwujudkan untuk diisi warganegara Malaysia oleh pelaburan industri pembuatan di Pulau Pinang pada tahun 2016 adalah sebanyak 10,816 manakala pada tahun 2017, bilangan pekerjaan yang diwujudkan oleh pelaburan industri pembuatan ialah sebanyak 13,553. Kadar pengangguran di Pulau Pinang kekal stabil pada 2.1%, kedua terendah antara negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2016.

(b) Bagi menanggani lambakan pekerja asing terutamanya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengambil beberapa tindakan seperti berikut:-

(i) Program penggajian dan penempatan semula Pendatang Tanpa Izin (PATI) (Program Rehiring) bagi membolehkan majikan dan PATI didaftarkan untuk dikeluarkan pas (lawatan kerja) sementara yang sah;

(ii) Program Serah Diri (3+1) bagi membolehkan PATI menyerah diri dan mendaftar untuk pulang ke negara asal secara sukarela di mana program ini akan berakhir pada 30 Ogos 2018;

(iii) Operasi Penguatkuasaan di mana sejak tahun 2015 hingga Jun 2018, seramai 889 majikan dan 10,784 PATI telah di tangkap menerusi 3,562 operasi; dan

(iv) Tindakan pendakwaan ke atas majikan dan PATI di mana sejak tahun 2015 hingga Jun 2018, seramai 40 majikan dan 2,984 PATI telah di dakwa atas beberapa kesalahan.

(c) Buat masa ini, kerajaan belum mewujudkan polisi baru berkaitan pengambilan warga asing dalam sektor-sektor yang selama ini diisi oleh warga tempatan terutamanya pembinaan, pembersihan dan perkilangan. Polisi kerajaan yang terbaharu adalah hanya berkaitan penamatan pelaksanaan hala tuju program penggajian dan penempatan semula PATI (Program Rehiring) yang ditamatkan pada 30 Jun 2018 tanpa sebarang pelanjutan manakala pelaksanaan tempoh program penghantaran pulang PATI secara sukarela (Program 3+1) dilanjutkan sehingga 30 Ogos 2018.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Bagaimanakah cara pemilihan atlet untuk mewakili negeri bagi acara peringkat kebangsaan dilakukan?

(a) Bagaimanakah untuk memastikan atlet yang terbaik dipilih mengikut kaedah-kaedah yang telah dipersetujui dan bukannya mereka yang ada pertalian dengan sesiapa yang dipilih?

YAB. Ketua Menteri:

19. Pemilihan atlet untuk mewakili pasukan negeri ke kejohanan peringkat kebangsaan anjuran persatuan sukan kebangsaan adalah di bawah persatuan negeri. Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam pemilihan atlet untuk mewakili negeri.

Walau bagaimanapun jika kejohanan sukan di peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara atau Kementerian Belia dan Sukan serta lain-lain agensi kerajaan seperti Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan secara dwi tahunan, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) mempunyai kata putus dalam penyediaan pasukan termasuk pemilihan atlet. Pihak MSNPP akan berbincang dengan persatuan sukan yang terlibat untuk menyediakan pelan jangkamasa pendek dan panjang untuk persiapan pasukan menghadapi temasya SUKMA.

Beberapa kriteria telah ditetapkan hasil persetujuan persatuan sukan yang terlibat bagi memastikan atlet yang terpilih adalah layak dan telah mencapai tahap untuk bersaing di temasya SUKMA nanti.

Page 88: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

88

Antara kriteria yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:-

(a) Menetapkan syarat kelayakan minimum bagi atlet mewakili Negeri Pulau Pinang ke temasya SUKMA;

(b) Menjalankan penilaian prestasi seseorang atlet/pasukan semasa kejohanan yang disertai yang sama taraf atau melebihi standard SUKMA;

(c) Menjalankan latihan bagi atlet yang terpilih di bawah program MSNPP atau Majlis Sukan Negara serta program Persatuan Sukan Kebangsaan;

(d) Melepasi ujian kecergasan yang dijalankan oleh Institut Sukan Negara (ISN);

(e) Mencapai tahap displin yang ditentukan oleh jurulatih; dan

(f) Mendapat persetujuan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja SUKMA bagi atlet yang melepasi syarat kelayakan sebagai rekod. Ahli-ahli jawatankuasa dianggotai oleh Pengarah MSNPP, Ketua Unit Pembangunan Sukan MSNPP, Pegawai Sukan yang bertanggungjawab terhadap sukan berkenaan, wakil dari Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPTN) Majlis Sukan Negara Malaysia, wakil dari Institut Sukan Negara (ISN), jurulatih sukan berkenaan dan wakil dari Persatuan Sukan yang terlibat.

Selain itu, bagi atlet yang dicadangkan oleh jurulatih, mereka perlu memenuhi kriteria atau syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan senarai atlet akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja SUKMA untuk mendapatkan persetujuan dan pengesahan daripada ahli mesyuarat sebelum seseorang dapat mewakili Pulau Pinang di temasya SUKMA.

Kerajaan Negeri melalui MSNPP akan memastikan atlet yang berkelayakan sahaja dapat dipilih bagi menjaga kualiti Kontinjen Pulau Pinang di temasya SUKMA kelak.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Adakah program I Love Penang Run, Walk, Hike akan diteruskan dan berapakah jumlah penyertaan keseluruhan program ini sejak diperkenalkan?

YAB. Ketua Menteri:

20. Menurut kajian Kementerian Belia dan Sukan, hanya 40 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini yang mengamalkan gaya hidup sihat dan membudayakan sukan dalam kehidupan mereka.

Peratusan itu masih lagi rendah jika dibandingkan dengan 50 hingga 60 peratus penglibatan rakyat di negara maju dalam aktiviti itu. Oleh demikian, program tersebut akan terus dianjurkan dengan matlamat untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Tujuan Kerajaan Pulau Pinang menyediakan pelbagai program I Love Penang Run, Walk, Hike adalah untuk mencetuskan gelombang penyertaan rakyat dalam sukan dan kecergasan. Ia adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mengubah gaya hidup serta menjadikan Pulau Pinang

negeri sukan.

Sila tengok lampiran untuk jumlah penyertaan keseluruhan program I Love Penang Run, Walk, Hike bagi tahun 2017 dan 2018.

RUJ. LAMPIRAN A (BJNSS NO. 20)

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Berapakah jumlah pekerja asing dalam sektor industri di Pulau Pinang mengikut pecahan Negara?

(a) Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan polisi perumahan pekerja warga asing yang kini menjadi masalah kepada rakyat tempatan akibat daripada kurang atau longgar dalam penguatkuasaan dimana banyak warga asing menyewa di kawasan perumahan bertingkat seperti "LC & LMC"'?

YAB. Ketua Menteri:

21. Jumlah pekerja asing dalam sektor industri di Pulau Pinang mengikut Negara adalah seperti di Lampiran A.

Pada masa ini tiada sebarang klausa di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) [Akta 118] atau mana-mana peruntukan undang-undang yang mensyaratkan unit kediaman termasuk kos rendah dan sederhana rendah perlu dihuni oleh pemilik. Oleh yang

Page 89: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

89

demikian, tindakan penguatkuasaan tidak dapat diambil ke atas pemilik yang menyewakan unit kediaman mereka kepada pihak ketiga sama ada dari kalangan warganegara atau pekerja asing. Menyedari keadaan ini, Kerajaan Negeri dalam usul bertarikh 22 Februari 2017 yang ditandatangani bersama Ketua Menteri dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri ketika itu telah menggesa Kerajaan Persekutuan supaya perundangan sedia ada berkaitan masalah ini disemak dan/atau dipinda.

Kerajaan Negeri pada masa ini telah membuat penambahbaikan ke atas syarat permohonan rumah Kerajaan Negeri melalui Borang PN1 yang berkuatkuasa Ogos 2016, pemohon dikehendaki menandatangani Akuan Berkanun (Statutory Declaration) sebagai akujanji untuk menduduki unit Rumah Mampu Milik (RMM) yang akan ditawarkan kepada mereka.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan penggunaan Garis Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja di Negeri Pulau Pinang pada 30 Julai 2015 untuk menggalakkan lebih banyak pembinaan asrama pekerja bagi menangani isu penyewaan unit-unit Rumah Mampu Milik kepada warga asing. Garis Panduan ini juga akan menjadi rujukan asas kepada sebarang projek pembinaan asrama pekerja supaya tidak bercanggah dengan syarat pemajuan guna tanah kediaman/penempatan dalam kawasan perindustrian dan perniagaan serta mengawal risiko dan ancaman kacau ganggu kepada penduduk tempatan.

Berhubung isu kacau ganggu daripada warga asing yang menghuni di kawasan perumahan berkaitan, orang awam boleh membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tindakan penguatkuasaan akan diambil oleh PBT selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dengan mengeluarkan Notis Mengkehendaki Kacau Ganggu Dihapuskan kepada tuan punya premis/majikan yang bertanggungjawab. Pihak PBT juga mengadakan task force dan mesyuarat bersama pihak majikan supaya mengambil tanggungjawab mengawal pergerakan dan tingkah laku pekerja, mematuhi bilangan pekerja di setiap premis, menyediakan jadual pemantauan serta memastikan maklumat majikan dan pegawai dipaparkan di setiap premis untuk dihubungi dari semasa ke semasa.

RUJ. LAMPIRAN A (BJNSS NO. 21)

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Pelaksanaan laluan basikal di Negeri Pulau Pinang telah menjadi model kepada negeri lain di Malaysia. Apakah rancangan masa hadapan bagi meningkatkan kemudahan ini kepada masyarakat setempat?

YAB. Ketua Menteri:

22. Kerajaan Negeri mempunyai rancangan masa hadapan bagi meningkatkan kemudahan kepada masyarakat setempat dengan pelaksanaan laluan basikal di Pulau Pinang yang menjadi model kepada negeri lain. Di antara rancangan masa hadapan yang diperkenalkan adalah seperti:

(i) Mewujudkan dan menyediakan Pelan Induk Laluan Basikal Pulau Pinang dan Seberang Perai yang berkonsepkanDedicated Lane dan Road Sharing.

(ii) Merancang dan menyediakan pelbagai program termasuk papan tanda untuk laluan basikal di jalan – jalan yang telah ditentukan dalam Pelan Induk Laluan Basikal Seberang Perai.

(iii) Menyediakan Garis Panduan Laluan Basikal Bagi Pembangunan Baru terutamanya di kawasan rekreasi termasuk di jalan – jalan utama di seluruh negeri.

(iv) Menyediakan dan memperluaskan laluan basikal dengan menyediakan ramp di bahu jalan di dalam taman-taman perumahan terutamanya di kawasan lapang, taman permainan serta kawasan industri termasuk bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk jalan-jalan utama yang diselenggara oleh JKR.

(v) Menyediakan laluan berbasikal berkonsepkan Off Road seperti di persisir sungai atau pantai.

(vi) Menambah dan menyediakan bilangan stesen perkongsian basikal seperti di lokasi perkhidmatan bas awam seperti Link Bike di kawasan George Town.

Page 90: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

90

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Adakah Kerajaan Negeri akan kaji semula untuk memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah yang kekurangan bantuan kewangan walaupun wang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan sekolah?

(a) Sila nyatakan jumlah yang telah diperuntukkan setiap sekolah di dalam KADUN Air Itam oleh Kerajaan Negeri dan Kementerian Pendidikan.

YAB. Ketua Menteri:

23. Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukan bagi sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan dan buat masa ini Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan yang khusus untuk pembiayaan sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh dikaji semula dari masa ke semasa mengikut keperluan dan tertakluk kepada peruntukan Kerajaan Negeri yang mencukupi. Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan tahunan sejumlah RM12 juta bagi sekolah-sekolah bantuan modal yang merangkumi Sekolah Cina, Sekolah Mubaligh, Sekolah Tamil dan Sekolah Agama Rakyat sahaja.

(a) Terdapat 15 buah sekolah di bawah KADUN Air Itam iaitu 8 buah Sekolah Kebangsaan dan 7 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM1,146,277.40 kepada 15 sekolah tersebut pada tahun 2017 dan RM601,751.89 pada tahun 2018. Peruntukan ini adalah untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan sahaja.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM803,000.00 pada tahun 2017 dan RM900,000.00 pada tahun 2018 bagi sekolah-sekolah di KADUN Air Itam di mana kebanyakan sekolah yang menerima peruntukan Kerajaan Negeri ini bukanlah sekolah bantuan penuh kerajaan.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Berapakah jumlah pelajar yang menerima Biasiswa Persekutuan dan Negeri di dalam KADUN Air Itam? Sila nyatakan jumlah pelajar yang menerima Biasiswa ini mengikut:-

(a) Sekolah rendah

(b) Sekolah Menengah

(c) Jantina

(d) Kaum

(e) Aliran Sekolah

YAB. Ketua Menteri:

24. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Air Itam seramai 50 orang pelajar telah menerima Biasiswa Kecil Persekutuan dan 51 orang pelajar telah menerima Biasiswa Kecil Negeri pada tahun 2018 melibatkan empat buah sekolah iaitu SMK (P) Sri Mutiara, SMK Air Itam, SMK Chung Ling dan SMK Georgetown. Maklumat terperinci adalah seperti berikut :-

JENIS SEKOLAH ALIRAN

SEKOLAH

KAUM JANTINA JUMLAH

CINA INDIA MELAYU LELAKI PEREMPUAN

MENENGAH SMK 51 17 33 59 42 101

RENDAH - - - - - - -

Pecahan data mengikut sekolah dan jantina adalah seperti berikut :-

NAMA SEKOLAH LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

SMK (P) Sri Mutiara - 20 20

SMK Air Itam 11 12 23

SMK Chung Ling 40 2 42

SMK Georgetown 8 8 16

JUMLAH 59 42 101

Page 91: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

91

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah akan diteruskan? (a) Nyatakan jumlah yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan ke atas seorang pelajar setiap sajian? (b) Nyatakan juga jumlah pelajar yang menerima skim ini & sejauh mana keberkesanan dalam membantu meringankan perbelanjaan keluarga. (c) Nyatakan juga adakah "'diet" yang diperkenalkan dilaksanakan oleh pihak pengusaha atau pembekal.

YAB. Ketua Menteri:

25. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah dikelola, diselia dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula tahun 1979 dan akan diteruskan sehingga mendapat arahan selanjutnya.

(a) Jumlah yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan bagi seorang pelajar adalah sebanyak RM2.50 sehari di Semenanjung Malaysia dan RM3.00 sehari di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

(b) Sehingga 16 Julai 2018, seramai 10,276 orang murid telah menerima skim RMT ini di Pulau Pinang. RMT membantu murid-murid sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan yang daripada keluarga berpendapatan rendah dan berfungsi sebagai imbuhan serta menjimatkan duit pelajar bagi tempoh 190 hari iaitu tempoh pelaksanaan RMT. Selain itu, program ini juga memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan murid-murid. Usaha ini juga adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan prestasi kehadiran dan akademik mereka di sekolah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

(c) Pihak pengusaha atau pembekal menyediakan makanan berdasarkan Garis Panduan Penyediaan Makanan Bersih dan Selamat Bagi RMT Sekolah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pemantauan program RMT dilaksanakan secara berterusan di mana penekanan diberi kepada pengurusan kewangan program, proses penilaian permohonan (data) dan keakuran pembekal makanan terhadap dokumen perjanjian.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Sistem jalur lebar adalah keperluan semasa ketika ini, "Penang Free Wifi'' diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi memudahkan rakyat mempunyai akses internet sekaligus membantu rakyat mendapat berita, maklumat dengan pantas serta memudahkan urusan seharian seperti pekerjaan dan perniagaan.

(a) Adakah Kerajaan bercadang untuk meningkatkan keupayaan boleh capai dan kelajuan semaksimum mungkin?

YAB. Ketua Menteri:

26. Bagi tujuan mempertingkatkan lagi keupayaan boleh capai dan kelajuan maksimum Penang Free Wifi, Kerajaan Negeri telah menaik taraf kapisitithroughput bandwith di 1560 Access Point (AP) yang telah dipasang di seluruh Negeri Pulau Pinang pada 16 Februari 2015 untuk memastikan pengguna mendapat akses liputan internet yang lancar. Setelah proses menaik taraf tersebut dijalankan, pengguna kini dapat mengakses internet pada kelajuan 3Mbps bagi kawasan warisan dan 1Mbps bagi kawasan-kawasan lain di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 1 Jun 2017 dan disahkan pada 7 Jun 2017 juga telah meluluskan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Perkhidmatan Penang Free Wifi Secara Penjenamaan Bersama (Co-Branding) oleh syarikat telekomunikasi dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pelaksanaan ini dapat menggalakkan lebih banyak penyedia perkhidmatan talian telekomunikasi untuk menambah AP dan sekaligus dapat meningkatkan lagi kemudahan wifi percuma kepada rakyat di Negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk membantu dan menggalakkan para usahawan kecil di Pulau Pinang memandangkan perkembangan pelaburan asing di Negeri Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

27. Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) dan investPenang untuk membantu dan menggalak para usahawan kecil di Pulau Pinang adalah seperti berikut:-

Page 92: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

92

(a) Kemudahan pinjaman mikro kredit yang dikenali sebagai Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang, dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang. Skim ini diwujudkan dengan matlamat untuk membantu mewujudkan modal tambahan kepada usahawan dan anak muda Negeri Pulau Pinang. Pinjaman SPH ini disalurkan tanpa sebarang cagaran dan penjamin dengan jumlah pinjaman antara RM2,000.00 hingga maksimum RM25,000.00.

Peminjam mestilah berumur 18 hingga 60 tahun dengan tempoh bayaran balik antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga Jun 2018, sejumlah RM14.77 juta telah diagihkan kepada 2,974 orang usahawan;

(b) Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) Negeri Pulau Pinang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa MMK Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bersama PDC dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang. PDC telah bertindak bagi pihak Kerajaan Negeri sebagai pemberi pinjaman, pengutip dan pentadbir. Program ini diwujudkan untuk memberi dorongan kepada golongan belia untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan.

Peruntukan sebanyak RM750,000 sejak tahun 2015 sehingga Jun 2018 telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada PDC untuk mengendalikan proses pinjaman mikro kredit. Pinjaman sebanyak RM5,000 seorang telah diberikan kepada peminjam kali pertama bagi tempoh bayaran balik selama 2 tahun tanpa faedah. Bagi pinjaman seterusnya, faedah 8% setahun dikenakan kepada peminjam dan tempoh bayaran balik selama 2 tahun. Sehingga Jun 2018, sebanyak RM582,000 telah diagihkan kepada 110 orang peminjam usahawan tani;

(c) Mempromosikan produk usahawan tempatan ke peringkat yang lebih tinggi. PDC bertindak sebagai agensi pelaksana telah menyelaras penyertaan usahawan-usahawan kecil dalam program-program jaringan perdagangan dan permadanan perniagaan bagi memberi peluang usahawan membina jaringan di peringkat tempatan dan kerjasama Wilayah IMT-GT (Indonesia, Malaysia and Thailand Growth Triangle), Dewan-Dewan Perniagaan, Persatuan Perdagangan dan Industri serta agensi-agensi Kerajaan Pusat. Antara program-program yang telah diadakan bagi mempromosikan produk-produk usahawan kecil adalah melalui program sepertiPenang International Halal Expo & Conference (PIHEC), Pekan Raya Sumatera Utara (Medan Fair) , Phuket Andaman Halal For Tourism, World Halal Products Exhibition & Conference (World HAPEX), Halal Fiesta Malaysia (HALFEST), Muslim Worldbiz dan Kelantan-Linxia International Halal Expo (KELCHEF);

(d) Melaksanakan program-program latihan keusahawanan seperti bengkel, seminar dan motivasi kepada usahawan-usahawan Pulau Pinang bagi memperkasakan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kefahaman keusahawanan dalam bidang pengurusan perniagaan supaya menjadi usahawan yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan. Sejak tahun 2008 hingga Julai 2018 terdapat sebanyak 98 program latihan keusahawanan telah diadakan dengan penyertaan seramai 4,074 orang usahawan kecil;

(e) Menubuhkan Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS (SME Market Advisory, Resource & Training - SMART Centre) bertujuan untuk memberi khidmat nasihat kepada para usahawan kecil mengenai maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan, contohnya permohonan lesen perniagaan, pendaftaran syarikat, insentif-insentif sedia ada dan sebagainya. Para usahawan yang ingin membangunkan perniagaan dengan pelaburan asing juga boleh mengunakan perkhidmatan penyenaraian direktori atas talian (online directory), menyertai bengkel pembangunan keupayaan terutamanya topik mengenai industri 4.0 (capacity building workshop) dan juga sesi pemadanan perniagaan antara pelabur asing dan usahawan tempatan (business matching/vendor day) yang dianjur oleh pusat ini. Sejak penubuhannya dari Jun 2010, SMART Centre telah berjaya memberi khidmat nasihat kepada 1,113 kes/syarikat daripada pelbagai sektor industri, 72 bengkel pembangunan dan seminar telah dianjur serta lebih daripada 580 pasangan syarikat berjaya dipadankan dalam pemadanan perniagaan;

(f) Pusat SME (SME Centre) menyediakan ruang operasi pada kadar sewa subsidi supaya usahawan dapat beroperasi dalam kawasan perindustrian. Bangunan SME Centre seluas 129,000 kaki persegi yang mula beroperasi pada bulan Oktober tahun 2012 mempunyai ruang sewaan yang memberi keutamaan kepada pemohonan daripada usahawan tempatan. SME Centre ini bertujuan untuk membantu para usahawan untuk meningkatkan

Page 93: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

93

status mereka dalam rantaian nilai (value chain) melalui pengurangkan kos perniagaan tahap awal mereka;

(g) Perkampungan-perkampungan IKS (SME Villages) dibina di lokasi strategik seperti Batu Kawan dan Bukit Minyak membolehkan usahawan-usahawan kecil beroperasi berdekatan dengan sasaran pelanggan di kalangan kilang-kilang pelaburan asing. Tanah perindustrian seluas 150 ekar di Kawasan Perindustrian Batu Kawan telah dibangunkan sebagai perkampungan IKS. Para usahawan kecil boleh memilih bangunan siap bina atau plot kosong dalam kawasan tersebut untuk menjalankan perniagaan mereka. Selain daripada Kawasan Perindustrian Batu Kawan, perkampungan IKS juga dibangunkan di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak di mana bangunan-bangunan industri ringan disediakan untuk tujuan sewaan dan jualan kepada para IKS;

(h) Penang i4 Seed Fund yang telah dilancarkan pada awal tahun 2018 menawarkan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi usahawan peringkat “start up” berasaskan teknologi (technopreneur) yang berpotensi untuk mencapai tahap komersial; dan

(i) @CAT di Wisma Yap Chor Ee menawarkan ruang kerja bersama (co-working space) dengan kadar sewa bersubsidi, penganjuran acara tech-komuniti dan bengkel (tech community events and workshops), peluang perniagaan melalui program pembangunan keusahawanan (accelerator/entrepreneurship development programme) dan program-program lain seperti membantu IKS untuk menjalankan perniagaan e-dagang.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Apakah langkah masa panjang Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan pembelajaran stem di Negeri Pulau Pinang memandangkan usaha-usaha awal telah dijalankan seperti Penang Digital Library dan Penang Tech Dome.

YAB. Ketua Menteri:

28. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penang Digital Library (PDL) pada Oktober 2016 dan Penang Tech Dome pada Julai 2016 sebagai satu insiatif untuk menerapkan pembelajaran STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematic) di kalangan penduduk Negeri Pulau Pinang.

Sebagai perancangan jangka masa panjang dan bagi menggalakkan pembelajaran STEM di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk membangunkan PDL Fasa 2 dengan kos sebanyak RM10.8 juta. PDL Fasa 2 ini boleh memuatkan seramai 540 orang pengguna dalam satu-satu masa untuk melaksanakan segala jenis aktiviti / program yang berkaitan dengan konsep STEM. Kerajaan Negeri juga akan meningkatkan bilangan bahan bacaan elektronik kepada 20,000 yang berkaitan dengan STEM selaras dengan permintaan pengguna. PDL Fasa 2 ini dijadualkan untuk mula beroperasi pada Disember 2018.

Kerajaan Negeri juga akan membangunkan sebuah perpustakaan digital di kawasan Butterworth, Seberang Perai yang akan dikenali sebagai Butterworth Digital Library (BDL) untuk membolehkan penduduk di kawasan Seberang Perai mendapat peluang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan digital yang menerapkan budaya revolusi industri 4.0 melalui pembelajaran STEM. BDL dijangka siap untuk dirasmikan pada Oktober 2019.

Bagi memacukan budaya 'revolusi industri 4.0' dalam pendidikan keagamaan Islam, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (PIDL) pada suku kedua tahun 2019 untuk menggalakan penduduk negeri Pulau Pinang mengharungi semua bidang keagamaan Islam secara elektronik. PIDL akan dibangunkan untuk kesemua lapisan masyarakat dan ianya direka khas supaya bersesuaian untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak supaya ia dapat mewujudkan minat kanak-kanak untuk membelajari bidang sains keIslaman.

Selain itu, bagi memperluaskan pembelajaran STEM, Kerajaan Negeri juga akan menubuhkan sebuah Pusat STEM di 'Penang Hill Base Station'. Pusat tersebut akan merangkumi enam inisiatif Kerajaan Negeri yang memfokuskan pembelajaran STEM di mana PDL adalah salah satu daripada inisiatif tersebut.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Aktiviti membaiki kenderaan adalah diklasifikasikan sebagai aktiviti industri yang mana pengusaha perlu menjalankan aktiviti di zon industri. Adakah pihak Pihak Berkuasa Tempatan membuat kajian bagi semakan semula klasifikasi ini? Jika ia, bolehkah aktiviti berkenaan dimasukkan sebagai aktiviti perniagaan?

Page 94: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

94

YAB. Ketua Menteri:

29. Merujuk kepada Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang diluluskan pada 13 September 1996, aktiviti membaiki kenderaan dikelaskan sebagai kegunaan ‘industri’. Di bawah kelas kegunaan ini, aktiviti membaiki kenderaan hanya dibenarkan beroperasi di kawasan yang dizonkan sebagai ‘industri’.

Dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tapak Warisan Dunia (UNESCO) George Town, aktiviti bengkel kenderaan bermotor adalah dibenarkan bagi premis sedia ada yang telah dilesenkan. Sebarang pertambahan aktiviti baru boleh dipertimbangkan di dalam Zon Perdagangan, Zon Jeti dan Zon Perusahaan tertakluk kepada pematuhan terhadap keperluan teknikal. RujukLampiran A.

Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2020 pula mengelaskan aktiviti industri sebagai ‘bengkel membaiki dan servis kenderaan’ yang dibenarkan untuk beroperasi di zon-zon berikut:

(i) Zon Perkampungan Tradisional;

(ii) Zon Perniagaan Sub Bandar;

(iii) Zon Perniagaan Utama;

(iv) Zon Perniagaan Tempatan;

(v) Zon Perniagaan Kejiranan;

(vi) Zon Pembangunan Bercampur Perniagaan dan Industri; dan

(vii) Zon Industri.

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak membuat kajian semula klasifikasi aktiviti membaiki kenderaan. Berdasarkan Manual Rancangan Tempatan 2009 yang disediakan oleh PLANMalaysia@Pulau Pinang, aktiviti berkaitan dengan membaiki kenderaan bermotor dan jentera adalah dikategorikan di dalam industri sederhana.

VI. Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Demi ketelusan adakah Kerajaan Negeri akan mempamerkan PTMP dengan butir-butir terperinci dalam laman web untuk pengetahuan umum?

YAB. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri amat menitikberatkan ketelusan dalam sebarang pelaksanaan projek di Pulau Pinang. Bagi cadangan Penang Transport Master Plan (PTMP), Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa siri pameran awam seperti berikut:-

Pameran Tarikh

Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) bagi projek Penang South Reclaimation (PSR)

24 Mei 2017 – 23 Jun 2017

Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) bagi projek Light Rail Transit (LRT)

19 Julai 2017 – 17 Ogos 2017

Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) bagi projek Pan Island Link 1 (PIL1)

11 Julai 2018 – 10 Ogos 2018

Untuk makluman, sewaktu pameran awam dilaksanakan, butiran-butiran atau maklumat terperinci telah dimuat naik ke laman web Kerajaan Negeri serta laman web PTMP bagi tempoh satu (1) bulan untuk pengetahuan orang awam. Walau bagaimanapun, maklumat-maklumat terperinci tersebut tidak dapat dikekalkan di laman web dengan berterusan disebabkan oleh masalah pelanggaran hak cipta. Namun begitu, Kerajaan Negeri mengalu-alukan pelawat untuk berkunjung ke pejabat Kerajaan Negeri untuk mendapatkan maklumat lanjut atau boleh mengajukan sebarang soalan lanjut melalui laman web yang disediakan.

Page 95: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

95

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Adakah Jabatan Perumahan Kerajaan Negeri akan terus menyelenggara / memperbaiki rumah pangsa Padang Tembak terutamanya masalah seperti kebocoran?

YAB. Ketua Menteri:

2. Pada masa ini, kerja menyelenggara dan memperbaiki bangunan rumah pangsa Padang Tembak masih dijalankan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandangkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC) masih belum ditubuhkan di skim perumahan tersebut. Bidang kuasa dan skop kerja-kerja yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015 yang digubal dibawah Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757].

Berkaitan masalah kebocoran, Perkara 61 peraturan tersebut dengan jelas menetapkan bahawa pembeli, pemunya atau pemilik petak bertanggungjawab membaiki kebocoran antara tingkat yang disebabkan oleh petak masing-masing. Manakala Perkara 62 menetapkan bahawa JMB atau MC bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja tersebut sekiranya kebocoran antara tingkat dikenal pasti berpunca daripada harta bersama atau harta bersama terhad.

Meski pun begitu, Bahagian Perumahan akan terus menjalankan tanggungjawab membaiki apa-apa kebocoran antara tingkat yang berlaku di 449 unit kediaman yang masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri. Unit-unit ini terdiri daripada 184 unit di Blok E dan 265 unit di Blok J yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk disewa oleh warga Pulau Pinang berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500.00 sebulan.

Selain daripada kebocoran, untuk maklumat sejak tahun 2010, sebanyak RM7,649,376.62 telah dibelanjakan dalam menyelenggarakan rumah pangsa Padang Tembak, iaitu untuk kerja-kerja awam, elektrikal dan mekanikal dan ini termasuk penaiktarafan Blok E dan J pada kos sebanyak RM1,011,240.00 yang dilaksanakan pada tahun 2017.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menaiktaraf servis feri dalam tempoh lima (5) tahun ini?

YAB. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri pernah mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pengangkutan pada awal tahun 2016 untuk mengambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang. Setelah Kerajaan Negeri meneliti beberapa dokumen dan maklumat tambahan yang diperolehi hasil daripada perbincangan tersebut, Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk menangguh keputusan mengambil alih pengurusan dan operasi perkhidmatan feri ini.

Kini, perkhidmatan feri Pulau Pinang telah diambil alih oleh Prasarana Malaysia Berhad dan dioperasikan oleh Rapid Feri Sdn Bhd. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan oleh pihak Rapid Feri antaranya sistem kaunter tiket yang lebih teratur dan cadangan pemasangan Passenger Information System bagi memudahkan penumpang mengetahui masa ketibaan dan pelepasan feri. Kerajaan Negeri akan mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak Rapid Feri dalam usaha untuk menaiktaraf sistem pengangkutan feri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan water taxi di Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

4. Rancangan untuk mewujudkan perkhidmatan water taxi merupakan salah satu cadangan yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Namun begitu, beberapa kajian terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengenalpasti keperluan serta permintaan terhadap perkhidmatan ini sebelum ianya dapat dilaksanakan.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Adakah Kerajaan Negeri akan terus berusaha memperolehi lebih banyak penerbangan terus dengan negara-negara serta bandar-bandar yang utama di rantau Asia, Pasifik Asia, Amerika dan Eropah?

Page 96: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

96

YAB. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Negeri akan terus berusaha memperolehi lebih banyak penerbangan terus dari negara-negara serta bandar-bandar utama di rantau Asia, Asia Pasifik, Amerika dan Eropah. Selain menambah laluan penerbangan terus, Kerajaan Negeri juga akan berusaha meningkatkan kekerapan penerbangan. Bagi tahun 2018, Kerajaan Negeri telah berjaya mendapatkan sejumlah tiga (3) laluan baharu penerbangan terus iaitu dari Doha, Hat Yai dan Hanoi.

Selain itu, pada bulan Julai sehingga Oktober 2018, kekerapan penerbangan terus dari Hong Kong akan bertambah kepada dua kali sehari. Kekerapan penerbangan Guangzhou ke Pulau Pinang juga telah bertambah kepada dua kali sehari sejak bulan Januari 2018.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan membina satu 3rd tier fly over di persimpangan Jalan Hamilton, Jalan Greenlane dan Jalan Batu Lanchang demi menangani kesesakan lalu-lintas pada waktu puncak dan penambahan kenderaan yang mendadak di Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

6. Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk membina jejambat bertingkat pada paras ketiga (3rd tier flyover) di persimpangan Jalan Hamilton / Jalan Masjid Negeri / Lorong Batu Lancang.

Namun, langkah menangani kesesakan lalu lintas di Jalan Masjid Negeri terutama sekali pada waktu puncak telah dilaksanakan melalui Projek Menaiktaraf Jalan Masjid Negeri di antara persimpangan Jalan Masjid Negeri / Jalan Tunku Kudin / Bulatan Udini dan persimpangan Jalan Masjid Negeri / Jalan Ayer Itam. Projek ini dijalankan secara berperingkat sejak tahun 2011 dan keseluruhan projek ini telah disiapkan pada hujung tahun 2017 dengan jumlah kos sebanyak RM24,070,965.93. Pada amnya kesesakan lalu lintas di Jalan Masjid Negeri terutama sekali pada waktu puncak telah dapat dikurangkan. Kerajaan Negeri akan mengkaji keperluan menambah baik lagi aliran lalu lintas di jalan - jalan berkenaan pada masa hadapan dan cadangan pembinaan jejambat bertingkat di persimpangan-persimpangan tertentu juga akan dipertimbangkan.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengambil alih pengurusan Jambatan-Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

7. Pengurusan Jambatan Pertama dan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di mana Jambatan Pertama diurus oleh Pengurusan Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Kedua oleh Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB). Oleh itu Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengambil alih pengurusan kedua-dua jambatan ini.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam bidang pertanian dalam tempoh masa 5 tahun ini?

YAB. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri telah meluluskan anggaran kos projek bagi tempoh lima (5) tahun (2016-2020) berjumlah RM16 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri bagi melaksanakan pelbagai projek dan program pertanian. Program dan projek pertanian yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

(i) program pengembangan pertanian;

(ii) pembangunan industri tanaman;

(iii) pembangunan pusat pertanian; dan

(iv) pembangunan industri asas tani.

Objektif utama projek pembangunan pertanian ialah melaksanakan projek pembangunan yang mampu menjamin keselamatan makanan asas dan seterusnya berusaha untuk menjamin pendapatan para pengusaha di sektor pertanian serta menjamin kelestarian alam sekitar.

Sehubungan itu, Jabatan Pertanian Negeri sedang berusaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi daripada 5.8 metrik tan per hektar kepada 7.0 metrik tan per hektar dalam tempoh dua tahun akan datang. Selain itu, Jabatan Pertanian Negeri juga mensasarkan peningkatan hasil

Page 97: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

97

pengeluaran tanaman selain padi sebanyak 10% setiap tahun supaya objektif pelaksanaan projek pembangunan pertanian tercapai.

Selain itu, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang sentiasa berusaha untuk merakyatkan teknologi pertanian moden supaya dapat dimanafaatkan oleh semua golongan sasar dengan memudahkan akses kepada teknologi berkenaan dengan menambah baik kemudahan maklumat dalam bentuk digital yang boleh diakses sendiri oleh golongan sasar.

Bantuan yang disalurkan kepada para petani adalah dalam bentuk insentif di bawah pelbagai projek dan program dengan skop berikut:

(i). Infrastruktur ladang; (ii). Input pertanian (baja/racun); (iii). Jentera dan peralatan kecil ladang; (iv). Perkhidmatan mekanisasi ladang; (v). Latihan/Bengkel/Seminar; (vi). Program pengukuhan modal insan untuk Kelompok Pertanian, Kumpulan Pengembangan

Wanita (KPW) dan Usahawan; dan (vii). Program pemasaran dan promosi produk.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam mengkaji semula Pelan Struktur Negeri?

YAB. Ketua Menteri:

9. Kerajaan Negeri pada ketika ini sedang menyediakan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2030 yang merupakan kajian semula terhadap RSNPP 2020 yang telah diwartakan pada tahun 2007. Kajian Semula RSNPP ini dijangka akan dimuktamadkan pada suku pertama tahun 2019.

Penyediaan RSNPP 2030 adalah selaras dengan keperluan Seksyen 11 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) berkenaan keperluan untuk mengadakan Kajian Semula Rancangan Struktur setiap lima tahun.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula garis panduan, peraturan kecil dan sebagainya Kerajaan Tempatan dan lalu digazetkan?

YAB. Ketua Menteri:

10. Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan sentiasa mengkaji semula garis panduan, peraturan kecil dan lain-lain peraturan selari dengan kesesuaian penggunaanya pada masa kini. Bagi setiap kajian semula tersebut, Kerajaan Negeri akan merujuk dengan Penasihat Undang-Undang Negeri dan setelah diluluskan, garis panduan ini akan digazetkan. Setiap kajian dan pindaan yang dibuat mestilah selari dengan Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Apakah sasaran dan rancangan Kerajaan Negeri dalam pembasmian miskin tegar demi mencapai kemiskinan sifar dalam tempoh masa 5 tahun ini?

YAB. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam hal-hal kebajikan rakyat khususnya pada golongan miskin tegar. Ini dapat dibuktikan dengan pelaksanaan program-program kebajikan dalam membasmi miskin tegar. Antara sasaran dan rancangan Kerajaan Negeri demi mencapai miskin sifar dalam tempoh masa lima (5) tahun adalah seperti berikut:-

(a) Program Agenda Ekonomi Saksama

Kerajaan Negeri telah mencapai sasaran sebagai negeri pertama yang bebas daripada miskin tegar sejak tahun 2009 melalui pelancaran Program Pembasmian Kemiskinan Tegar yang dikenali sebagai Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) yang memberikan bantuan kewangan bulanan secara top-up kepada individu/keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita RM220.00.

Page 98: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

98

Bagi memperkasakan program AES ini, mulai tahun 2016, Kerajaan Negeri telah melaksanakan bantuan kebajikan ini secara bersyarat di mana tujuan utama adalah untuk memantau keberkesanan bantuan yang diberikan dan mengubah corak tingkah laku keluarga miskin. Antara syarat-syaratnya ialah setiap warga emas dalam keluarga miskin yang menerima bantuan perlu melakukan pemeriksaan kesihatan, bayi perlu disuntik vaksin dan memastikan anak-anak bersekolah. Syarat ini diperkenalkan untuk memastikan golongan ini mementingkan kesihatan dan pendidikan anak-anak supaya tidak mewarisi kemiskinan dari setiap generasi.

Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan, anak-anak golongan miskin ini yang mempunyai Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan kurang berkemampuan dan tidak mampu membiayai pengajian ke peringkat lebih tinggi akan disyorkan untuk menyertai program Vocational Skills Employment Programme (VSEP) iaitu sebuah program yang menawarkan kursus-kursus kemahiran untuk belajar sambil bekerja dalam bidang yang diminati. Dalam program VSEP, pelajar diberi biasiswa dan juga elaun latihan vokasional.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Tenaga Kerja yang berperanan untuk membantu mencari pekerjaan yang sesuai kepada orang miskin berdasarkan kelayakan pendidikan yang diperolehi.

Kerajaan Negeri akan memohon Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula paras garis kemiskinan (PGK) dan perkapita semasa yang dilihat agak kurang relevan berbanding peningkatan kos sara hidup pada ketika ini. Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan PGK daripada RM930 kepada RM1,500.00 perkapita RM220.00 kepada RM400.00 selaras dengan kesan kenaikan kos sara hidup dan dan peluang pekerjaan yang semakin rendah.

Semua usaha yang telah dilakukan ini diharapkan dapat memberikan motivasi, peluang dan ruang kepada golongan miskin untuk mendapatkan peluang pekerjaan, bantuan kewangan bulanan supaya dapat meningkatkan pendapatan keluarga mereka seterusnya keluar dari paras kemiskinan serta mampu berdikari pad masa hadapan.

(b) Program i-Sejahtera

Kerajaan Negeri akan meneruskan program iSejahtera bagi menghargai dan mengenang jasa bakti rakyat yang merangkumi warga emas, orang kurang upaya (oku), ibu tunggal, suri rumah, pelajar, dan bayi yang merangkumi program berikut:-

(i) Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan OKU, Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Ibu Emas dan Program Skim Pelajar Emas yang dilaksanakan setiap tahun dengan sumbangan sebanyak RM100.00 seorang;

(ii) Skim Pelajar Emas di mana bayaran RM100.00 secara one-off diberikan kepada pelajar tahun 1 dan 4, tingkatan 1 dan 4 bagi meringankan beban ibu bapa;

(iii) Program Anak Emas yang merupakan program penghargaan kepada setiap kelahiran rakyat negeri Pulau Pinang akan diberi RM200.00 secara one-off dan

(iv) Bantuan one-off sebanyak RM1,000.00 kepada waris warga emas, ibu tunggal dan OKU bagi pengurusan jenazah.

Setakat ini, program iSejahtera telah memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat melibatkan sebanyak RM249,454,140.00.

(c) Program Ekonomi Khas

Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Bantuan Peralatan) di bawah Projek Khas Ekonomi. Program ini memfokuskan kepada peniaga kecil sepenuh masa termasuk golongan miskin yang telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun dan berpendapatan perniagaan kurang dari RM3,000.00 sebulan. Bantuan peralatan bertujuan bagi membantu peniaga mengembangkan perniagaan sedia ada untuk output yang lebih besar. Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM1,419,848.12 kepada 640 orang penerima di semua daerah.

Page 99: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

99

(d) Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang

Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang akan diteruskan bagi menggurangkan kemiskinan melalui program mikrokredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu usahawan tempatan, penganggur dan golongan miskin untuk menceburi bidang perniagaan. Peruntukan dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini. Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000.00 hingga maksima RM25,000.00 dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga bulan Jun 2018, sebanyak RM14.77 juta telah diagihkan kepada seramai 2,974 orang usahawan.

(e) Tabung Usahawan Tani (TUT)

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia termasuk golongan miskin untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Peruntukan sebanyak RM750,000.00 telah disediakan di mana sehingga Jun 2018, sebanyak RM582,000.00 telah diagihkan kepada 108 orang belia termasuk golongan miskin untuk menikmati kemudahan kredit ini.

(f) Penang Career Assistance And Talend Centre

Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja termasuk rakyat miskin berdasarkan penawaran oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga Jun 2018, seramai 10,205 orang termasuk rakyat miskin telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,430 pemadanan jawatan telah dijalankan iaitu sebanyak 63%.

(g) Program Meister Malaysia

Dalam membantu rakyat miskin mendapat peluang pekerjaan, Kerajaan Negeri melalui Penang Skills Development Centre (PSDC) telah memperkenalkan Program Meister Malaysia bagi meningkatkan bakat dalam bidang teknikal dan vokasional selari dengan perkembangan Industri 4.0. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM6 juta untuk Program Meister Malaysia. Peserta yang terpilih akan menjalani latihan peningkatan kemahiran dan pada masa yang sama bekerja di kilang untuk memperoleh kemahiran pekerjaan yang sebenar. Para peserta program ini tidak perlu membayar yuran pengajian kerana telah dibiayai Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama menerima gaji daripada syarikat tersebut.

(h) Program Penang Sihat

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Penang Sihat di mana isi rumah berpendapatan RM5,000.00 ke bawah akan menerima kredit RM300.00 setahun manakala individu yang tidak berkahwin dengan pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan akan mendapat kredit RM150.00 setahun dengan had RM50.00 setiap lawatan melalui Kad I Love Penang.Program ini bakal memanfaatkan 195,000 isi rumah termasuk golongan miskin dan dijangka akan menelan belanja sebanyak RM60 juta setahun.

Dalam tempoh lima (5) tahun akan datang, Kerajaan Negeri mensasarkan dapat mengekalkan Pulau Pinang sebagai negeri miskin sifar tegar dan juga berharap penglibatan proaktif daripada pihak swasta dan NGO untuk bersama-sama Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat Pulau Pinang terbela dan terjaga.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat melebarkan Jalan Mount Esrkine untuk menangani kesesakan lalu lintas pada waktu puncak dan selainnya?

YAB. Ketua Menteri:

12. Pada masa ini Kerajaan Negeri perlu menjalankan kajian terhadap cadangan pelebaran keseluruhan Jalan Mount Esrkine untuk menangani kesesakan lalu lintas pada waktu puncak. Walau bagaimanapun, telah terdapat perancangan melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk melebarkan sebahagian Jalan Mount Erskine dari persimpangan Jalan Burma / Jalan Mount

Page 100: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

100

Erskine / Jalan Gottlieb / Jalan Bagan Jermal ke persimpangan Jalan Mount Erskine / Lorong Erskine melalui pembinaan jalan bawah (underpass) bagi menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma. Berdasarkan kajian untuk melebarkan Jalan Mount Erskine pada tahun 2014, adalah didapati bahawa tanah perkuburan di tepi jalan perlu diambil alih sekiranya pelebaran jalan ingin diteruskan. Tender untuk pra kelayakan telah dipanggil pada bulan Jun 2018 dan projek ini dijangka akan bermula pada hujung tahun 2018. Projek ini disasarkan untuk disiapkan pada tahun 2022.

Di samping itu, MBPP juga akan melebarkan sebahagian Jalan Mount Erskine pada bahagian persimpangan laluan ke Ladang Hong Seng dan Tingkat Erskine 1 untuk pemasangan lampu isyarat dengan tujuan menambah baik aliran lalu lintas dan meningkatkan keselamatan. Kerja-kerja telah bermula pada Jun 2018 dan dijangka siap pada bulan Disember 2018.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah banjir di Pulau Pinang dalam tempoh masa 5 tahun ini?

YAB. Ketua Menteri:

13. Bagi menyelesaikan masalah banjir di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah merancang beberapa Program Tebatan Banjir seperti High Impact Projects (HIP) dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Caruman Perparitan dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri serta projek way forward yang bernilai besar yang memerlukan suntikan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Bagi menyelesaikan masalah banjir di Pulau Pinang dalam tempoh lima tahun ini, terdapat 8 projek High Impact dan 6 projek RTB di bawah Caruman Perparitan yang telah dirancang bermula tahun 2017 sehingga 2020 menggunapakai peruntukan Kerajaan Negeri.

Manakala terdapat 13 projek way forward yang memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.0 billion bagi tempoh pelaksanaan sehingga tahun 2030.

Perincian kesemua projek adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BJOKL NO. 13)

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menaik taraf rumah pangsa Padang Tembak memandangkan satu pertandingan antarabangsa mengenai Urban Renewal International Design Ideas telah berjaya diadakan pada beberapa tahun yang lalu?

YAB. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri sedang merangka pelan pembangunan jangka panjang melalui pendekatan pembaharuan semula bandar urban regeneration bagi Rancangan Perumahan Awam Padang Tembak dan beberapa lagi skim perumahan awam yang lama. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah pelan pemindahan penduduk, reka bentuk, ketumpatan dan kemudahan baru yang perlu disediakan di kawasan yang akan dibangunkan semula ini. Pada masa ini, kajian secara menyeluruh masih lagi dijalankan dengan memberi perhatian kepada isu perundangan hakmilik strata, aspek teknikal dan kewangan melalui rujukan kepada model pelaksanaan program pembaharuan semula bandar di Hong Kong dan Singapura.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri buat masa ini masih meneruskan usaha memastikan struktur dan fasiliti di rumah pangsa Padang Tembak sentiasa dalam keadaan yang stabil dan kondusif. Pada tahun 2017 sebanyak RM1.48 juta dibelanjakan bagi kerja-kerja menaik taraf dan membaiki kerosakan struktur di Blok E dan J. Usaha ini diteruskan lagi pada tahun 2018 di mana sebanyak RM2.97 juta diperuntukkan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan struktur di tujuh (7) blok yang selebihnya.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Apakah rancangan intensif Kerajaan Negeri dalam mengurangkan carbon footprint di Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaras dengan dasar Cleaner, Greener, Safer & Healthier Penang berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bersih, mempunyai alam sekitar yang hijau dan mampan, selamat untuk didiami dan mempunyai masyarakat serta

Page 101: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

101

persekitaran yang sihat. Berteraskan kepada dasar ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk meletakkan Pulau Pinang ke arah landasan sebagai sebuah negeri “low carbon footprint” melalui pelaksanaan rancangan-rancangan berikut:

(i). Larangan sepenuhnya penggunaan bekas polisterin bermula pada tahun 2010 di seluruh Pulau Pinang kerana ianya mengandungi toxic styrene, benzene, carcinogens dan neurotoxins yang berbahaya kepada manusia di samping merosakkan ekosistem dan menjejaskan kepelbagaian diversiti hidupan marin;

(ii). Melaksanakan program “No Free Plastic Bag” sejak tahun 2009 sebagai langkah kawalan penggunaan beg plastik di Pulau Pinang kerana setiap beg plastik yang dibuang mengambil masa yang lama untuk mereput dan menghasilkan karbon dan toksik yang merbahaya kepada manusia semasa proses pereputan;

(iii). Melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa di Punca pada 1 Jun 2016 bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar serta menjaga keseimbangan ekosistem dan pada masa yang sama meningkatkan kadar kitar semula sisa pepejal di Negeri Pulau Pinang kepada 37% pada tahun 2017 berbanding 18% pada tahun 2008;

(iv). Melaksanakan Program Pengurusan Hutan Secara Lestari dengan mengekalkan kawasan hutan sedia ada di Negeri Pulau Pinang sebagai penyerap karbon termasuk hutan darat dan hutan paya laut seluas 5,100.93 hektar sebagai hutan simpanan kekal;

(v). Melaksanakan penanaman sebanyak 271,000 pokok di seluruh Negeri Pulau Pinang dari tahun 2008 hingga Disember 2017 sebagai langkah pengurangan karbon;

(vi). Memperkenalkan Pensijilan Pejabat Hijau Pulau Pinang (Penang Green Office Certification) sebagai inisiatif pengurangan pelepasan karbon dan penjimatan tenaga yang telah disertai sebanyak 124 organisasi;

(vii). Melaksanakan Car-Free Day dan menyediakan laluan trek berbasikal bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon dari kenderaan melalui aktviti rekreasi dan riadah;

(viii). Menjalin kerjasama dengan organisasi antarabangsa seperti Global Environment Centre (GEC), United Nation Environment Programme (UNEP) dan Climate and Clean Air Coalition bagi melaksanakan projek perintis melibatkan Short Lived Climate Pollutant (SLCP) yang merupakan salah satu penyumbang pelepasan karbon;

(ix). Memperkenalkan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) dan Bridge Express Shuttle Transit (BEST) bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan pelepasan karbon kenderaan persendirian di jalan raya;

(x). Membangunkan Penang Green Agenda 2020-2030 yang akan dijadikan road map ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri hijau, lestari dan mampan menjelang tahun 2030; dan

(xi). Memulakan inisiatif Low Carbon City Framework (LCCF) oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar rendah karbon.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Apakah sasaran Kerajaan Negeri dalam mencapai status international city?

YAB. Ketua Menteri:

16. Negeri Pulau Pinang telah terkenal sebagai International City atau Bandaraya Bertaraf Antarabangsa setanding dengan bandaraya antarabangsa lain di dunia. Ini terbukti dengan pelbagai pengiktirafan antarabangsa yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri. Penggunaan slogan ‘Cleaner, Greener, Safer and Healthier Penang’ adalah asas kejayaan dalam mencapai status bandaraya antarabangsa. Antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengekalkan status negeri ini sebagai bandaraya bertaraf antrabangsa adalah seperti berikut:

(i) Mempromosi Tapak Warisan Dunia George Town

Bandar George Town telah mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 2008. George Town World Heritage Day terus dijadikan hari cuti umum di Negeri Pulau Pinang pada setiap 7 haribulan Julai. Oleh itu, sempena cuti umum itu, penganjuran pertunjukan budaya, persembahan jalanan, pameran makanan, lawatan khas dan seminar telah diadakan oleh George Town World Heritage Institute (GTWHI). Melalui pengiktirafan ini, Pulau Pinang telah menjadi tumpuan pelancong antarabangsa sehingga

Page 102: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

102

CNN.com telah menyenaraikan Pulau Pinang di tangga ke-2 daripada 17 lokasi terbaik di dunia yang perlu dilawati bagi tahun 2017. Berdasarkan laporannya bertarikh 6 Januari 2017, Pulau Pinang sesuai menjadi destinasi pelancongan kerana keunikan ‘street food’ serta tempat-tempat bersejarah yang menggabungkan seni binaan klasik sejak zaman penjajahan Inggeris dengan adunan budaya tempatan. George Town menjadi satu-satunya bandar di Asia yang disenaraikan di dalam Lonely Planet Street Art Book 2017 di samping bandar-bandar antarabangsa lain seperti New York, London, Barcelona, Berlin dan San Francisco. Malah, George Town telah terpilih sebagai World Best Street Art daripada 15 buah bandar di dunia oleh The Guardian pada tahun 2013. Ini membuktikan Pulau Pinang adalah setaraf dengan bandar antarabangsa lain di dunia ini.

(ii) Menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam agar mencapai piawaian antarabangsa

Kerajaan Negeri terus komited dalam menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam agar mencapai piawaian antarabangsa melalui usaha pelbagai jabatan dan agensi kerajaan sehingga mendapat pengiktirafan sebagai The 4th Most Charismatic City in the World to Visit oleh Lonely Planet pada tahun 2016. Sebagai contoh, Penang International Sport Arena (PISA) kini telah dibangunkan semula menjadi Subterranean Penang International Conference & Exhibition Centre (SPICE) bermula Mac 2017. Pembangunan SPICE yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi adalah sesuai untuk majlis korporat dan sosial bertaraf antarabangsa dengan mendapat pengiktirafan berikut:

(a) Pusat konvensyen pertama di dunia yang menggunakan kuasa solar hybrid;

(b) Pusat konvensyen di Asia yang mendapat pensijilan Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index-GBI);

(c) Dewan utama terbesar bawah tanah yang dibina tanpa tiang di Asia;

(d) Roof Garden terbesar dengan dilengkapi taman herba moden; dan

(e) Taman permainan kanak-kanak golongan istimewa terbesar.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pula akan diperbesarkan hampir 100% daripada kapasiti 6.5 juta penumpang kepada 12 juta penumpang.Kerajaan Persekutuan melalui pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017 telah bersetuju untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). Sehingga Oktober 2017, jumlah penumpang yang dikendalikan di LTAPP telah meningkat sebanyak 449,580 orang kepada 5,922,259 orang penumpang berbanding 5,472,679 orang penumpang pada tempoh yang sama tahun 2016. Ini merupakan pertumbuhan sebanyak 8.2% berbanding lapangan-lapangan terbang lain yang merekodkan pertumbuhan di antara -8.5% sehingga 13.5%. LTAPP mempunyai banyak penerbangan terus ke pelbagai negara di peringkat antrabangsa dan yang terbaru, Kerajaan Negeri mengalukan ketibaan dua penerbangan baru dari Hanoi, Vietnam dan Phuket, Thailand di LTAPP. Peningkatan kedatangan pelancong dan pada masa yang sama menghubungkan Pulau Pinang dan komuniti di utara ke lebih banyak destinasi antarabangsa telah berjaya meningkatkan sektor pelancongan Pulau Pinang yang mengukuhkan lagi ekonomi Negeri Pulau Pinang. Malah, ini dapat mengukuhkan hubungan Asean di rantau ini selain hab Kuala Lumpur.

Kerajaan Negeri juga berusaha meningkatkan prasarana dan infrastruktur yang canggih dan moden bagi menepati keperluan antarabangsa dalam mencapai misi mewujudkan Bandar Pintar bertaraf antarabangsa yang mampan pada Tahun 2025 selaras dengan transformasi digital dan revolusi industri 4.0 di peringkat global tanpa mengenepikan aspek mampan (sustainable) melalui tadbir urus dan inisiatif pintar oleh pelbagai jabatan dan agensi di Negeri Pulau Pinang. Antaranya, Kerajaan Negeri telah membangunkan satu aplikasi pintar yang dinamakan Penang Intelligent Traffic and Transport System (PiTTs). Aplikasi ini memberi fokus kepada informasi berkenaan info trafik dan pengangkutan awam di Pulau Pinang. Aplikasi ini sesuai untuk digunakan oleh rakyat Pulau Pinang dan pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat 4 komponen utama di dalam pembangunan aplikasi ini iaitu:

(a). Informasi berkenaan Bas Rapid Penang - Pengguna boleh mengetahui waktu bas akan tiba di mana-mana perhentian bas yang ditunggu;

(b). Aduan berkenaan keadaan trafik, pengangkutan awam dan jalan di seluruh Pulau Pinang - Pengguna boleh membuat aduan berkenaan sebarang masalah berkenaan untuk diselesaikan oleh pihak berwajib dengan cepat dan sempurna;

Page 103: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

103

(c). Berita dan Program yang dijalankan - Kerajaan Negeri boleh berkongsi dengan semua rakyat mengenai apa-apa info dan program-program rasmi yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri;

(d). Navigasi berbantu - Pengguna boleh mendapatkan navigasi ke mana sahaja tempat yang hendak dituju di Pulau Pinang;

(iii) Penganjuran pelbagai aktiviti peringkat antarabangsa pada tahun 2018 seperti berikut:-

(a) Penganjuran Penang Hot Air Ballon Festival yang telah diadakan pada 24-25 Februari 2018 di Padang Polo, Pulau Pinang yang mengumpulkan pelbagai balloonist antarabangsa dan tempatan selama dua (2) hari.

(b) Penang Sport Club International Soccer Tournament yang telah diadakan pada 3-4 Mac 2018 di Penang Sport Club. Terdapat 44 kumpulan daripada serata dunia yang mengambil bahagian dalam perlawanan ini seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Australia, Maldives, China, Hong Kong dan Eropah.

(c) Penang International Wedding Expo yang telah diadakan pada 16-18 Mac 2018 di SPICE Convention Centre. Ekspo ini merupakan ekspo perkahwinan pertama yang dianjurkan untuk mempromosikan wedding tourism di Pulau Pinang. Pempamer yang terlibat adalah daripada pelbagai pihak tempatan dan antarabangsa.

(d) Penang International Food Festival pada 14-29 April 2018 yang telah diadakan di pelbagai tempat menarik di Pulau Pinang. Festival selama 16 hari ini bertujuan untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai pusat dan syurga makanan kepada orang tempatan dan pelancong.

(e) Penang World Hoops FIBA 3x3 Challenger yang diadakan pada 5-6 Mei 2018 di Gurney Paragon. Acara sukan ini mempromosikan Sukan Olimpik khusus untuk sukan Bola Keranjang yang melibatkan pasukan ternama di peringkat dunia. Acara ini merupakan acara tahunan peringkat dunia yang mengumpulkan pelbagai pemain bertaraf antarabangsa untuk bertanding dengan pemain tempatan.

(f) Malaysia Miniature Hobby Show 2018 yang diadakan pada 30 Jun-1 Julai 2018 di Cititel, Pulau Pinang. Acara tahunan yang berlangsung selama dua (2) hari ini adalah percuma dan memfokuskan kepada hobi berkaitan auto-mobile, ketenteraan, fiksyen sains dan patung animasi. Acara ini adalah yang ketiga dianjurkan di Asia Tenggara yang dihadiri oleh ratusan penggemar hobi tersebut dari lebih 20 buah negara.

(g) Penang Bon Odori Festival yang telah diadakan pada 21 Julai 2018 di Esplanade, Pulau Pinang. Festival Jepun ini disambut dengan persembahan kebudayaan dan tarian untuk mengalukan kepulangan roh nenek moyang yang dipercayai oleh rakyat Jepun. Terdapat pelbagai jualan makanan, persembahan bunga api, jualan cenderahati Jepun dan permainan yang diadakan secara langsung.

(iv) Menjadikan Pulau Pinang Sebagai Rumah Kedua (Penang as Second Home Country)

Negeri Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan The Most Liveable City in Asia oleh Global Consulting Firm EAC International. Ini menyebabkan ramai pelabur asing datang melabur di Pulau Pinang dan negeri ini menjadi negeri pilihan utama yang sesuai untuk didiami sebagai rumah kedua yang menyebabkan keperluan sosio-ekonomi di Pulau Pinang amat memberangsangkan. Kesannya, profil Pulau Pinang terus meningkat sebagai negeri yang gemilang di peringkat global.

Malah, Pulau Pinang juga telah menjadi tarikan ramai warganegara lain untuk datang menetap di Pulau Pinang bagi pelbagai tujuan seperti bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, menyambung pengajian dan sebagainya. Antara pengiktirafan yang diterima Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(a). No.4 Best Country in the World for Medical Tourism (Healthcare) pada Tahun 2017 oleh International Living;

(b). No.1 Budget Travel Destination daripada 10 buah bandar di dunia oleh Forbes pada tahun 2016;

Page 104: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

104

(c). One of the 16 Must Visit Destinations in the World oleh Los Angeles Times pada tahun 2016;

(d). One of the 15 Best Cities in the World for food oleh The Culture Trip pada Tahun 2016;dan

(e). No.1 Food Destination in the World oleh Lonely Planet pada tahun 2014.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

17. Penaiktarafan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan dan dilaksanakan melalui Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Peningkatan jumlah penumpang yang dikendalikan pada tahun 2017 di LTAPP yang mencapai sebanyak 7.2 juta penumpang iaitu 111% daripada kapasiti sedia ada iaitu 6.5 juta penumpang setahun menjadi faktor utama penaiktarafan LTAPP perlu dilaksanakan. Kerajaan komited menyelesaikan masalah kekurangan kapasiti di LTAPP dengan mengambil langkah-langkah jangka masa pendek dan jangka panjang agar mutu perkhidmatan kepada para pengguna dapat dipertingkatkan seiring pembangunan pesat industri pelancongan di Pulau Pinang.

Sebagai langkah mitigasi jangka pendek, Kementerian Pengangkutan melalui MAHB sedang merancang untuk melaksanakan terminal optimization bagi mengurangkan kesesakan penumpang terutamanya dalam waktu sesak (peak hour). Terminal optimization dijangka akan disiapkan pada suku kedua tahun 2019. Antara skop kerja yang terlibat adalah penempatan semula kaunter tiket syarikat penerbangan, penambahan dan pembesaran bagi kaunter daftar masuk dan kaunter imigresen serta mengubahsuai lokasi baggage reclaim carousel. Pada ketika ini, pihak MAHB masih dalam proses penyediaan dokumen tender bagi melantik kontraktor. Kerja-kerja ubahsuai akan mengambil masa 5 bulan dan dijangka siap pada Febuari 2019.

Sebagai langkah jangka panjang pula, MAHB mempunyai perancangan untuk mempertingkatkan kapasiti pengendalian penumpang. Dalam hal ini, pihak MAHB sedang melaksanakan proses pelantikan juruperunding yang dijalankan melalui proses tender terbuka. Perincian kos keseluruhan projek pembesaran LTAPP adalah tertakluk kepada kajian terperinci yang akan dilaksanakan oleh pihak juruperunding yang akan dilantik dan kaedah pembiayaan yang dipilih. Kerajaan akan mengkaji model pembangunan dan kaedah pembiayaan yang sesuai agar projek pembesaran ini dapat dilaksanakan dengan cara yang cost effective.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Bilakah Pilihanraya Kerajaan Tempatan akan diadakan di Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

18. Pada ketika ini, tidak ada sebarang penetapan berhubung pelaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan di Negeri Pulau Pinang dalam tempoh masa terdekat. Walau bagaimanapun pihak Kerajaan Negeri bersama-sama pihak Kerajaan Persekutuan sedang melakukan persediaan ke arah itu. Seperti mana yang dimaklumkan oleh YB. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam petikan akhbar Berita Harian bertarikh 26 Mei 2018, Pilihanraya Kerajaan Tempatan dijangka akan diadakan dalam tempoh tiga (3) tahun lagi iaitu setelah kajian semula dilaksanakan dengan mengambilkira aspek-aspek penting seperti punca kuasa, mekanisme pelaksanaan, implikasi kewangan, penguatkuasaan dan penilaian.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menghidupkan semula Pasukan Peronda Sukarela (PPS)?

YAB. Ketua Menteri:

19. Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk mengaktifkan semula Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Namun demikian, Kerajaan Negeri perlu meneliti dan mengkaji beberapa faktor seperti kelulusan daripada Kerajaan Pusat mengenai cadangan ini, peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan kesediaan kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum meneruskan pelaksanaan PPS.

Page 105: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

105

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk reinstate kedudukan free port Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

20. Pelabuhan Pulau Pinang adalah pelabuhan persekutuan yang berada di bawah Kementerian Pengangkutan. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai apa-apa cadangan untuk memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar mengembalikan kedudukan free port di Pulau Pinang. Sekiranya terdapat keperluan, Kerajaan Negeri akan terlebih dahulu mengkaji dan meneliti perkara ini bersama Penang Port Sdn. Bhd. dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan satu sistem kawalan trafik di Taman Botani demi mengelakkan kesesakan trafik dan parkir yang terhad?

YAB. Ketua Menteri:

21. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sememangnya berhasrat untuk mengadakan satu sistem kawalan trafik di Taman Botani selaras dengan ‘Draf Rancangan Kawasan Khas’ yang sedang disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Untuk itu, MBPP telah mengambil tindakan seperti berikut:

(i) Membuat pelebaran jalan, melarang pembelokan ke kanan dan pelaksanaan jalan sehala di kawasan-kawasan yang berlaku kesesakan, telah dilaksanakan dan akan diteruskan;

(ii) Memasang Closed-circuit television (CCTV) di kawasan pulau, Pulau Pinang. Sistem CCTV telah digunakan dengan berkesan untuk meningkatkan keselamatan, pemantauan lalu lintas dan mengawal kesesakan. CCTV sedia ada akan dinaik taraf dengan menggunakan sistem analisis video (video analytics) untuk meningkatkan keupayaan pengurusan lalu lintas dan keselamatan orang awam. MBPP telah menyediakan 3 buah kamera CCTV di kawasan Taman Botani;

(iii) Menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti saman, kapit dan tunda kenderaan oleh Jabatan Penguatkuasa;

(iv) Menjalinkan kerjasama dengan Rapid Penang untuk menambah baik perkhidmatan bas awam dari pusat bandar George Town ke Taman Botani;

(v) Menaik taraf laluan pejalan kaki bagi menggalakkan orang ramai berjalan kaki;

(vi) Menyediakan laluan basikal bagi menggalakkan pengunaan basikal sebagai mod pengangkutan alternatif. Perkhidmatan Link Bike juga ada disediakan di kawasan ini di mana stesen Link Bike telah diadakan di Taman Botani dan Taman Bandaraya Pulau Pinang untuk memudahkan orang awam menggunakannya dalam aktiviti harian; dan

(vii) Menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta dengan menyediakan pengangkutan bas Hop On Hop Off untuk kemudahan pelancong.

Page 106: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

106

VII. Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Dalam tempoh masa setahun apakah kategori aduan yang diterima mengenai i-Sejahtera?

(a) Apakah tindakan telah diambil untuk membantu menangani aduan para pemohon i-Sejahtera?

(b) Adakah perancangan mewujudkan talian hotline dan e-aduan i-Sejahtera?

(c) Perincikan penerima skim i-Sejahtera bagi KADUN Pantai Jerejak mengikut gender, umur dan kaum.

YAB. Ketua Menteri:

1. Kategori aduan yang diterima mengenai Program iSejahtera dalam tempoh setahun ialah seperti berikut:-

(i) Kesilapan mengisi data pemohon

Kes: Pusat Khidmat ADUN melakukan kesilapan semasa mengisi maklumat pemohon seperti kad pengenalan.

(ii) Pertukaran KADUN dan Parlimen.

Kes: Pemohon telah bertukar Kawasan DUN atau Parlimen dan berlaku kesilapan semasa memilih Kawasan DUN dan Parlimen yang sepatutnya.

(iii) Pertukaran status aktif kepada tidak aktif.

Kes: Penerima Program Ibu Tunggal telah berkahwin semula dan bantuan perlu ditamatkan.

(a) Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa tindakan untuk menangani aduan pemohon berkaitan Program iSejahtera. Antaranya ialah menyediakan perkhidmatan pengurusan aduan melalui borang maklumbalas yang disediakan atas talian. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan Unit Masyarakat Penyayang yang turut bertanggungjawab untuk menguruskan sebarang pertanyaan atau aduan mengenai semua Program iSejahtera.

(b) Pada ketika ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai rancangan untuk mewujudkan talian hotline. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Unit Masyarakat Penyayang telah berperanan sebagai one stop centre yang menguruskan segala aduan dan pertanyaan serta berkemampuan melakukan pindaan atau kemaskini secara terus sekiranya pemohon mempunyai masalah sedemikian. Manakala, bagi perkhidmatan e-aduan, Kerajaan Negeri telah pun menyediakan platform tersebut dalam sistem iSejahtera. Pengguna boleh memberikan sebarang aduan atau pertanyaan melalui modul maklumbalas yang telah disediakan dalam sistem.

(c) Jumlah keseluruhan penerima Program iSejahtera bagi KADUN Pantai Jerejak adalah sebanyak 11,244. Perincian penerima mengikut gender, umur dan kaum adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BDSNA NO. 1)

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Isu bayaran khairat kematian Skim Warga Emas i-Sejahtera, pemohon terpaksa menunggu selama 6 bulan untuk menerimanya dan tiada notis makluman bayaran dihantar kepada pemohon. Ini menyebabkan pemohon tidak tahu bila akan terima bayaran dan sentiasa menghubungi pejabat YB. bagi isu ini. Apakah tindakan atau cadangan menyelesaikan masalah ini?

YAB. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri sebagai negeri berkebajikan telah melaksanakan beberapa inisiatif membantu kebajikan rakyat khususnya golongan warga emas. Antaranya ialah bantuan khairat kematian yang dikenali sebagai Progam Sumbangan Pengurusan Jenazah dimana waris warga emas akan mendapat wang sumbangan sebanyak RM1,000.00 yang disalurkan secara electronic fund transfer (EFT) ke akaun bank waris.

Page 107: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

107

Pejabat Daerah dan Tanah selaku agensi pelaksana akan melakukan pembayaran sekiranya dokumen sokongan yang dikemukakan oleh waris lengkap. Berdasarkan ketetapan Kerajaan Negeri, pembayaran perlulah dilakukan selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh permohonan dan setakat ini tiada sebarang aduan berhubung pemohon terpaksa menunggu hampir enam bulan untuk mendapatkan wang sumbangan. Bagi setiap permohonan yang berjaya, Pejabat Daerah dan Tanah akan mengemukakan surat makluman mengenai status permohonan dan sesalinan EFT ke akaun. Oleh itu, sekiranya terdapat permohonan yang mengambil masa selama 6 bulan, Yang Berhormat boleh memaklumkan permohonan terlibat kepada Pejabat Daerah untuk semakan.

Namun begitu, Kerajaan Negeri telahpun melakukan penambahbaikan pada tahun 2018, iaitu pembayaran program ini akan dilakukan sepenuhnya secara EFT dan dibayar setiap minggu pada hari Isnin.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Pada masa kini Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama kerana parti yang sama memerintah. Oleh itu bolehkah bayaran Skim Pelajar Emas i-Sejahtera didaftarkan diperingkat sekolah dan dibayar di sekolah untuk kemudahan pelajar dan ibubapa?

YAB. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pendidikan bagi membincangkan cadangan untuk membenarkan pihak sekolah terlibat dalam pendaftaran, pengesahan dan pembayaran bagi Program Skim Pelajar Emas tanpa perlu melibatkan pengisian borang secara manual dan mengurangkan birokrasi. Pembayaran juga dicadangkan dilakukan secara electronic fund transfer (EFT) bagi pelajar yang mempunyai akaun bank dan pembayaran secara tunai di sekolah bagi pelajar yang tidak mempunyai akaun agar memudahkan para pelajar menuntut wang sumbangan dan secara langsung menjimatkan masa serta kos pengangkutan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Seringkali golongan ibu tunggal menghadapi masalah pengangkutan ke pejabat daerah dari Bayan Baru ke Balik Pulau.

(a) Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk bayaran Program Skim Ibu Tunggal i-Sejahtera dilakukan di kawasan KADUN untuk memudahkan urusan ibu tunggal?

(b) Adakah perancangan mewujudkan cawangan Pejabat Daerah Barat Daya di Bayan Baru?

YAB. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam membantu kebajikan rakyat dengan menyediakan program-program kebajikan yang memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan ibu tunggal di bandar dan di luar bandar.

(a) Bermula tahun 2017, Kerajaan Negeri telahpun menawarkan mekanisme pembayaran yang memudahkan penerima termasuk penerima Program Ibu Tunggal di mana ADUN Kawasan akan mencadangkan lokasi-lokasi pembayaran yang dirasakan sesuai. Sebagai contoh, sepanjang tahun 2017, majlis pembayaran Program Ibu Tunggal di Daerah Barat Daya telahpun dilakukan di lokasi seperti berikut:-

TARIKH BAYARAN TEMPAT

14 Mei 2017 Padang Bola Permatang Damar Laut

20 Mei 2017 Dewan Sekolah Agama Rakyat Sungai Pinang

17 Jun 2017 Perkarangan Pejabat PPK Bayan Lepas

Dewan Balora Mastika

23 Julai 2017 Dewan Terbuka Tapak Pesta

Dewan Sekolah Agama Rakyat Sungai Pinang

Page 108: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

108

19 Ogos 2017 Dewan Batu Maung

Dewan Balora Mastika

11 & 12 November 2017 Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya

Pada masa kini, Kerajaan Negeri dalam proses membangunkan modul pembayaran secara Electronic Fund Transfer(EFT) untuk Program Skim Pelajar Emas, Program Penghargaan Warga Emas dan Bantuan OKU bagi pembayaran pada tahun 2018. Menjelang tahun 2019, semua pembayaran program iSejahtera termasuk Program Ibu Tunggal akan dilaksanakan sepenuhnya secara EFT.

(b) Setakat ini, Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya belum mempunyai perancangan untuk mewujudkan cawangan Pejabat Daerah di Bayan Baru.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Golongan pesakit, OKU, ibu tunggal, warga emas dan lain-lain yang berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat seringkali mengadu kesusahan bergerak jauh dari Bayan Baru ke Balik Pulau. Ada di antara mereka terpaksa membayar kos pengangkutan mahal dalam keadaan miskin. Adakah perancangan untuk membuka cawangan JKM di Bayan Baru?

YAB. Ketua Menteri:

5. Setakat ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang tidak mempunyai perancangan untuk membuka cawangan baru di Bayan Baru. Pada ketika ini, terdapat lima buah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di setiap daerah di Pulau Pinang. Keperluan untuk membuka Cawangan JKM adalah berdasarkan satu daerah satu PKMD sahaja.

Walau bagaimanapun, pihak JKM telah melakukan beberapa inisiatif lain seperti program Ad-Masjid (Muslim) dan Rumah Ibadat (Non-Muslim) pada setiap minggu (Jumaat dan Sabtu) bagi memudahkan orang ramai mendapatkan sebarang maklumat dan perkhidmatan dari JKM seperti jenis bantuan, maklumat orang kelainan upaya (OKU), sukarelawan, kaunseling, pusat jagaan/taska dan sebagainya.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memantau aduan pemohon-pemohon terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kelewatan proses permohonan malah kerap kali kurang tindakan susulan dilakukan untuk permohonan?

YAB. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Negeri memantau aduan yang dibuat melalui beberapa kaedah. Kaedah utama adalah melalui Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu Kerajaan Negeri (ePINTAS), http://epintas.penang.gov.my. Orang ramai boleh menyalurkan aduan, komen, teguran, cadangan dan pertanyaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. Kaedah alternatif adalah melalui surat/faks, emel, telefon, Biro Pengaduan Awam (BPA), media elektronik, media cetak atau secara bersemuka. Kesemua aduan kemudiannya akan dipanjangkan kepada jabatan atau bahagian berkenaan untuk tindakan lanjut yang dipantau oleh Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JTPA). Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dan dianggotai oleh Ketua Bahagian/Unit, Ketua-Ketua Jabatan Negeri/Badan Berkanuan dan Wakil Ketua Jabatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Jawatankuasa ini berperanan untuk:

(i) Menentukan dasar-dasar mengenai sistem pengendalian pengaduan awam;

(ii) Menimbang dan membuat keputusan mengenai laporan/kes yang dikemukakan Agensi/Jabatan Negeri;

(iii) Mengarah Ketua Jabatan berkenaan untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa dan memberi penjelasan mengenai sesuatu aduan/kes;

(iv) Mengarah supaya mengambil tindakan pembetulan dalam menyelesaikan sesuatu aduan/kes yang dirujuk kepadanya; dan

Page 109: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

109

(v) Pembentangan Laporan Prestasi Pengurusan Aduan, Kajian Kepuasan Pelanggan dan MysteryShopper.

Mengikut rekod, sepanjang bulan Januari sehingga Jun 2018, Sistem ePINTAS tidak menerima aduan berkaitan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Golongan ibu tunggal ada masalah kes mahkamah tempoh masa lama, perumahan, pekerjaan dan nafkah anak-anak daripada bekas suami. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam membantu isu ini?

(a) Adakah perancangan Kerajaan Negeri mewujudkan Pusat Sehenti Wanita?

YAB. Ketua Menteri:

7. Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam isu perumahan, pekerjaan dan masalah nafkah anak-anak daripada bekas suami kepada kaum ibu tunggal adalah seperti berikut:

(i) Perumahan – Ibu tunggal diletakkan sebagai salah satu kategori keutamaan dalam pemilihan Rumah Mampu Milik dan Program Perumahan Rakyat.

(ii) Pekerjaan - Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah menyediakan kemudahan pinjaman mikro kredit melalui Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang bagi membantu mewujudkan satu sistem penyaluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan peniaga kecil. Pemberian kemudahan pinjaman mikrokredit ini meliputi semua golongan peniaga termasuklah wanita dan ibu-ibu tunggal berdasarkan perniagaan masing-masing. Pinjaman PTSR ini disalurkan tanpa sebarang cagaran dan penjamin dengan jumlah pinjaman antara RM1,000 hingga maksima RM20,000. Tempoh bayaran balik antara 1 hingga 2 tahun.

Kerajaan Negeri melalui PDC juga telah melaksanakan program-program keusahawanan kepada semua golongan usahawan termasuk usahawan di kalangan ibu tunggal seperti bengkel, seminar dan kursus pembudayaan dan motivasi bagi memperkasakan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kefahaman usahawan dalam bidang pengurusan perniagaan supaya menjadi usahawan yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Kerajaan Negeri melalui Penang Women’s Development Corporation (PWDC) telah memperkenalkan Projek Transformasi Ekonomi Komuniti (CET) di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Wanita (WEE). Ia merupakan sebuah projek yang direka khusus untuk membantu menjana pendapatan bagi penduduk, termasuk ibu tunggal. Sebagai projek perintis, PWDC telah mengadakan dialog untuk memperkenalkan program ini kepada penduduk PPR Desa Wawasan pada bulan Februari 2018 dan seterusnya mengedarkan soal selidik untuk mendapat maklumat terperinci yang mana akan membantu PWDC membuat analisis keperluan penduduk PPR Desa Wawasan. Hasil analisis soal selidik menunjukkan 37.4% responden memilih kraftangan sebagai aktiviti CET. Satu siri bengkel membuat kraf kertas dan kraf plastik telah dikendalikan untuk penduduk yang berminat. Kini, hasil kraftangan telah mula mendapat tempahan dan ada penduduk yang sudah mula menjana pendapatan.

(iii) Nafkah anak-anak daripada bekas suami – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga bagi membantu golongan ibu tunggal untuk menguatkuasakan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang. Bahagian Sokongan Keluarga berperanan untuk:

• Memberi khidmat nasihat kepada ibu tunggal untuk menyelesaikan masalah tunggakan nafkah di Mahkamah Syariah;

• Menyalurkan pendahuluan nafkah kepada ibu tunggal; dan

• Membantu menguatkuasakan bagi pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah melalui tindakan undang-undang.

(a) Setakat ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tiada perancangan untuk mewujudkan Pusat Sehenti Wanita. Pada masa ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang membiayai sepenuhnya Pusat Perkhidmatan Wanita (PPW) di Seberang Perai, yang diuruskan oleh Women’s Center for Change (WCC). PPW menyediakan perkhidmatan kaunseling, perlindungan

Page 110: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

110

sementara dan nasihat guaman untuk kaum wanita yang menjadi mangsa keganasan domestik dan serangan seksual. PPW juga bekerja rapat dengan One-Stop Crisis Center (OSCC) Hospital Seberang Jaya dengan memberi sokongan emosi dan kaunseling kepada mangsa-mangsa.

Terdapat juga enam buah Dewan Nur di bawah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang yang menjadi pusat aduan setempat bagi memudahkan golongan wanita di Negeri Pulau Pinang untuk membuat aduan. Senarai Dewan Nur adalah seperti berikut:

(i) Dewan Nur Balik Pulau

(ii) Dewan Nur Bukit Bendera

(iii) Dewan Nur Bukit Mertajam

(iv) Dewan Nur Kepala Batas

(v) Dewan Nur Tasek Gelugor

(vi) Dewan Nur Nibong Tebal

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Huraikan perancangan strategik dan pelan tindakan di peringkat Kerajaan Negeri untuk pembangunan dan kesedaran wanita dari sudut kesihatan, keluarga, kerjaya dan hak wanita dalam undang-undang.

YAB. Ketua Menteri:

8. Perancangan strategik dan pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk pembangunan dan kesedaran wanita dari sudut kesihatan, keluarga, kerjaya dan hak wanita dalam undang-undang adalah seperti berikut:

(i) Kesihatan

Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kesihatan telah menganjurkan Program Mammo Penang sejak tahun 2015 yang memberi kemudahan pemeriksaan mammogram secara percuma. Kerajaan Negeri juga menganjurkan Pink Oktober pada bulan Oktober setiap tahun untuk memberikan kesedaran terhadap kanser payu dara.

(ii) Keluarga

Kerajaan Negeri menawarkan bantuan kebajikan seperti Bantuan Ibu Emas, Bantuan Ibu Tunggal dan Bantuan Anak Emas kepada wanita-wanita yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Beberapa program juga dilaksanakan untuk wanita seperti berikut:

(a) Klinik De’Stress - Memberi pendedahan personaliti diri, kemahiran asas kaunseling, kemahiran komunikasi dan teknik pengurusan emosi seperti stres, dan marah.

(b) Program WAJA - Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat khususnya mengenai jenayah.

(iii) Kerjaya

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah menyediakan kemudahan pinjaman mikro kredit melalui Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang bagi membantu mewujudkan satu sistem penyaluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan peniaga kecil. Pemberian kemudahan pinjaman mikrokredit ini meliputi semua golongan peniaga termasuklah wanita dan ibu-ibu tunggal berdasarkan perniagaan masing-masing. Pinjaman PTSR ini disalurkan tanpa sebarang cagaran dan penjamin dengan jumlah pinjaman antara RM1,000.00 hingga maksima RM20,000.00. Tempoh bayaran balik antara 1 hingga 2 tahun.

Kerajaan Negeri melalui PDC juga telah melaksanakan program-program keusahawanan kepada semua golongan usahawan termasuk usahawan di kalangan ibu tunggal seperti bengkel, seminar dan kursus pembudayaan dan motivasi bagi memperkasakan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kefahaman usahawan dalam bidang pengurusan perniagaan supaya menjadi usahawan yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Page 111: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

111

Kerajaan Negeri melalui Penang Women’s Development Corporation (PWDC) telah memperkenalkan Projek Transformasi Ekonomi Komuniti (CET) di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Wanita (WEE). Ia merupakan sebuah projek yang direka khusus untuk membantu menjana pendapatan bagi penduduk, termasuk ibu tunggal. Sebagai projek perintis, PWDC telah mengadakan dialog untuk memperkenalkan program ini kepada penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Wawasan pada bulan Februari 2018 dan seterusnya mengedarkan soal selidik untuk mendapat maklumat terperinci yang mana akan membantu PWDC membuat analisis keperluan penduduk PPR Desa Wawasan. Hasil analisis soal selidik menunjukkan 37.4% responden memilih kraftangan sebagai aktiviti CET. Satu siri bengkel membuat kraf kertas dan kraf plastik telah dikendalikan untuk penduduk yang berminat. Kini, hasil kraftangan telah mula mendapat tempahan dan ada penduduk yang sudah mula menjana pendapatan.

(iv) Hak wanita dalam undang-undang

Jawatankuasa MMK Agama dengan kerjasama PWDC telah mengadakan dua konvensyen mengenai hak wanita dari segi Hukum Syariah supaya kaum wanita lebih memahami hak mereka dalam hal perkahwinan dan penceraian. Program yang dilaksanakan berkaitan hak wanita dalam undang-undang adalah Klinik Guaman yang membincangkan tindakan yang boleh diambil oleh wanita yang mengalami keganasan rumahtangga. Kerajaan Negeri juga melalui Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) telah mengadakan program Klinik Celik Undang-Undang Keluarga di seluruh daerah dengan memberikan penerangan berkaitan hak-hak wanita dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam dan membuka meja/kaunter bagi menjawab pertanyaan dan memberikan perkhidmatan khidmat nasihat guaman.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Bayan Baru adalah lubuk pekerjaan sektor perindustrian khususnya di kawasan FTZ. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri mengesyorkan sektor ini memberi ruang pekerjaan terhadap golongan OKU dan ibu tunggal?

(a) Sila huraikan data bilangan pekerja golongan OKU dan ibu tunggal mengikut gender di sektor perindustrian khususnya di kawasan FTZ.

YAB. Ketua Menteri:

9. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan perkembangan pelaburan baharu dan pelaburan semula di Pulau Pinang yang seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan.

Berdasarkan data daripada Malaysian Investment Development Authority (MIDA), bilangan pekerjaan yang diwujudkan oleh pelaburan industri pembuatan di Pulau Pinang pada tahun 2016 adalah sebanyak 10,816 manakala pada tahun 2017, bilangan pekerjaan yang diwujudkan oleh pelaburan industri pembuatan ialah sebanyak 13,553 di mana 6,270 daripadanya adalah untuk kawasan perindustrian bebas (FTZ) Bayan Lepas.

Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT (Penang Career Assistance and Talent Centre) juga menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja dengan yang ditawarkan oleh industri termasuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga Jun 2018, seramai 10,205 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,430 pemadanan jawatan telah dijalankan.

Kerajaan Negeri juga baru-baru ini telah menganjurkan Ekspo Kerjaya OKU sempena Penang Career & Postgraduate Expo & Conference 2018 yang berlangsung dari 30 Jun hingga 1 Julai 2018 di SP Arena, Seberang Jaya di mana ia telah menarik ramai pencari kerja dari kalangan OKU.

Dalam membantu golongan ibu tunggal pula, Kerajaan Negeri melalui Penang Women’s Development Corporation (PWDC) telah memperkenalkan Projek Transformasi Ekonomi Komuniti (CET) di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Wanita (WEE). Ia merupakan sebuah projek yang direka khusus untuk membantu menjana pendapatan bagi penduduk, termasuk ibu tunggal. Sebagai projek perintis, PWDC telah mengadakan dialog untuk memperkenalkan program ini kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Wawasan pada bulan Februari 2018 dan seterusnya mengedarkan soal selidik untuk mendapat maklumat terperinci yang mana akan membantu PWDC membuat analisis keperluan penduduk PPR Desa Wawasan. Hasil analisis soal selidik menunjukkan 37.4% responden memilih kraftangan sebagai aktiviti CET. Satu siri bengkel membuat kraf kertas dan kraf plastik telah dikendalikan untuk penduduk yang berminat. Kini, hasil

Page 112: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

112

kraftangan telah mula mendapat tempahan dan ada penduduk yang sudah mula menjana pendapatan.

(a) Kerajaan Negeri tidak mempunyai data bilangan pekerja OKU dan ibu tunggal mengikut gender di sektor perindustrian khususnya di kawasan FTZ.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Adakah Kerajaan Negeri menganalisis permasalahan golongan ibu bekerja di tempat kerja di sektor perindustriaan seperti di kawasan Free Trade Zone (FTZ) misalnya terpaksa bekerja 12 jam sepanjang malam dan sebagainya?

(a) Apakah polisi Kerajaan Negeri membantu golongan ini khususnya mereka yang bekerja syif misalnya kemudahan di tempat kerja yang diperlukan?

YAB. Ketua Menteri:

10. Setakat ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang belum membuat analisis tentang permasalahan golongan ibu yang bekerja di tempat kerja dalam sektor perindustrian di kawasan Free Trade Zone (FTZ).

(a) Kerajaan Negeri tidak mempunyai polisi bagi golongan ibu yang bekerja di sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan bahawa menjelang 1 Januari 2019, semua jabatan/agensi kerajaan hendaklah menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk kemudahan ibu bapa yang bekerja menghantar anak-anak mereka bagi mendapat pengasuhan yang berkualiti terutamanya mereka yang bekerja syif. Kementerian juga menggalakkan majikan di sektor swasta menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri amat menggalakkan agar syarikat swasta di kawasan perindustrian FTZ menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak. Kerajaan Negeri melalui Penang Women's Development Corporation (PWDC) akan membantu syarikat-syarikat swasta yang ingin menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dari segi prosedur penubuhan dan pendaftaran.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Sektor perindustrian di kawasan FTZ Bayan Baru ribuan pekerja. Permasalahan utama ialah keadaan traffik sesak . Bagaimanakah ketegasan usaha mengesyorkan kemudahan dan kewajipan menggunakan bas kilang daripada penggunaan kenderaan perseorangan?

(a) Huraikan syor Kerajaan Negeri penambaikan infrastruktur jalan di bulatan Bayan Baru dalam Rancangan Malaysia ke 11.

YAB. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan masalah kesesakan lalu lintas di Negeri Pulau Pinang termasuk di Kawasan Free Trade Zone (FTZ) Bayan Lepas. Kerajaan Negeri tidak mewajibkan kepada kilang-kilang untuk menggunakan perkhidmatan bas kilang bagi mengangkut para pekerja ke Kawasan FTZ tetapi sentiasa menyokong penggunaan bas kilang sebagai satu usaha car pool untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak.

Untuk itu, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kawasan FTZ iaitu:

(i) Melaksanakan perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit (BEST) FTZ khusus untuk pekerja-pekerja di Kawasan FTZ dengan kenaan caj nominal sebanyak RM60.00 sebulan. Perkhidmatan ini telah bermula sejak tahun 2012 dan dianggarkan kira-kira 450-500 orang penumpang sehari menggunakan perkhidmatan ini;

(ii) Menggalakkan penggunaan basikal sebagai pengangkutan alternatif yang mesra alam dan baik untuk kesihatan. Lorong-lorong basikal sama ada secara berasingan atau berkongsi dengan kenderaan bermotor telah disediakan dan sedang diperluaskan di kawasan persisiran pantai timur pulau dari George Town ke Bayan Lepas termasuk laluan-laluan hubungan ke Zon-zon Perindustrian;

Page 113: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

113

(iii) Melaksanakan perkhidmatan perkongsian basikal Link Bike (bike sharing). Stesen-stesen untuk perkongsian basikal (Link Bike) telah disediakan di kawasan Queensbay dan Kilang Intel (FIZ 3) untuk menggalakkan penggunaan basikal bagi perjalanan jarak dekat. Kemudahan pengangkutan alternatif ini telah sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan FIZ dan sedang bertambah popular di kalangan pekerja kilang; dan

(iv) Melancarkan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) Bayan Lepas. Perkhidmatan Bas Percuma ini telah dilancarkan pada 16 Julai 2018. Perkhidmatan ini dapat meggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Bayan Baru dan kawasan sekitarnya.

(a) Buat masa ini tiada penambahbaikan infrastruktur jalan di bulatan Bayan Baru yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11). Walau bagaimanapun, bagi menambah baik infrastruktur jalan di bulatan Bayan Baru, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mensyaratkan satu pemajuan di Bayan Baru untuk menaiktaraf persimpangan Bulatan Bayan Baru dengan membina jalan bawah (underpass) bagi menghubungkan Lebuhraya Sungai Nibong ke Jalan Tun Dr. Awang. Selain itu, MBPP juga akan menaik taraf Jalan Sultan Azlan Shah dari persimpangan Lebuhraya Kampung Jawa ke jalan ban di tepi Sungai Kluang serta melebarkan jalan ban bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Asap ekzos bas kilang dan lori di jalan raya menuju kawasan industri memberi kesan kepada penunggang motorsikal dari sudut kesihatan dan alam semulajadi. Apakah tindakan yang diambil oleh agensi kerajaan untuk menangani permasalahan ini?

YAB. Ketua Menteri:

12. Penambahan kenderaan terutamanya kenderaan persendirian di atas jalan raya telah menyebabkan peningkatan pelepasan gas-gas dan asap di kawasan persekitaran. Asap ekzos bas kilang dan lori di jalan raya yang dilepaskan adalah seperti karbon dioksida, karbon monoksida, dan nitrogen oksida yang sememangnya memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kesihatan dan alam semulajadi. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa inisiatif dan tindakan untuk menangani permasalahan ini antaranya:

(i) Bekerjasama dengan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPAD) dalam operasi pemeriksaan kenderaan berat termasuk bas dan lori serta kenderaan pacuan empat (4) roda di jalan raya termasuk di kawasan industri.

(ii) Mengeluarkan saman dan notis kepada kenderaan yang didapati melepaskan asap melebihi had yang dibenarkan iaitu 50 peratus. Sehingga Jun 2018, sebanyak 22 operasi telah dijalankan oleh JAS dan hasil daripada operasi tersebut sebanyak 378 kenderaan telah diperiksa dan 87 saman serta 93 notis telah dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan.

(iii) Melaksanakan 'OPS Catat’ di jalan – jalan Negeri Pulau Pinang dan kawasan industri bagi mengesan kenderaan yang mengeluarkan asap hitam yang berlebihan. Sehingga Jun 2018, sebanyak 65 ‘OPS Catat’ telah dijalankan dan 15,698 buah kenderaan telah diperiksa. Hasil dari pada operasi tersebut, sebanyak 253 notis telah dikeluarkan yang mengkehendaki kenderaan tersebut perlu diperiksa di PUSPAKOM untuk diuji pelepasan asap daripada kenderaan masing – masing.

(iv) Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja dengan melaksanakan perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit (BEST) FIZ khusus ke kawasan perindustrian terutamanya di kawasan Bayan Lepas. Perkhidmatan ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak sekaligus mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya.

(v) Menggalakkan penggunaan car pool melalui penggunaan bas kilang untuk membawa para pekerja ke kawasan perindustrian. Satu tapak khas juga telah disediakan khusus untuk meletakkan bas kilang; dan

Page 114: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

114

(vi) Menghadkan kemasukan kenderaan berat di Jambatan pertama pada waktu puncak iaitu dari 6.30 pagi hingga 8.30 pagi dan 5.00 petang hingga 7.00 petang khusus untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas selain untuk keselamatan penungang motorsikal.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Apakah analisis permohonan pekerjaan dan tawaran pekerjaan yang diterima oleh golongan awal dewasa di Negeri Pulau Pinang? a) Sila huraikan analisis kekosongan pekerjaan bagi kawasan industri FIZ di Bayan Baru.

YAB. Ketua Menteri:

13. Kerajaan Negeri tidak mempunyai data terperinci berkenaan permohonan pekerjaan dan tawaran pekerjaan yang diterima oleh golongan awal dewasa di negeri Pulau Pinang. Namun, berdasarkan Buletin Perangkaan Sosial 2017 untuk Pulau Pinang, pada tahun 2016, bilangan pendaftar baru (permohonan pekerjaan) adalah 2,983 orang berbanding kekosongan jawatan yang didaftar adalah sebanyak 57,737 dan bilangan penempatan adalah sebanyak 1,928.

(a) Kerajaan Negeri tidak mempunyai data terperinci berkenaan kekosongan pekerjaan bagi kawasan perindustrian Zon Perniagaan Bebas (FIZ) Negeri Pulau Pinang buat masa ini. Namun, berdasarkan data daripada Malaysian Investment Development Authority (MIDA), bilangan pekerjaan yang diwujudkan oleh pelaburan industri pembuatan di Pulau Pinang pada tahun 2016 adalah sebanyak 10,816 manakala pada tahun 2017, bilangan pekerjaan yang diwujudkan oleh pelaburan industri pembuatan ialah sebanyak 13,553, di mana 6,270 daripadanya adalah untuk kawasan perindustrian Bayan Lepas. Sektor elektrik dan elektronik (E&E) merupakan sektor yang menyumbangkan nilai pelaburan pembuatan yang paling tinggi iaitu sebanyak 62% di Pulau Pinang.

Selain itu, hasil kajian Penang Skilled Workforce yang dilaksanakan oleh Penang Institute menunjukkan bahawa aktiviti pengambilan pekerja lebih banyak berlaku dalam industri pembuatan berbanding dengan industri perkhidmatan. Secara khususnya, industri pembuatan berteknologi tinggi mencatatkan jumlah pengiklanan jawatan kosong yang paling tinggi, diikuti oleh sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (Global Business Services).

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Huraikan data analisis bilangan permintaan dan penawaran permohonan perumahaan bagi rumah kos rendah dan sederhana rendah bagi golongan belia, wanita, OKU dan ibu tunggal bagi KADUN ini.

(a) Senaraikan jenis projek perumahan yang diluluskan kebenaran merancang dan pembinaan bagi tahun 2018 di kawasan ini dan jumlah unit.

YAB. Ketua Menteri:

14. Berdasarkan Sistem Maklumat Perumahan (SMP) Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga Julai 2018, terdapat sejumlah 5,403 pemohon masih berada dalam senarai menunggu bagi Rumah Mampu Milik A dan B Daerah Barat Daya. Daripada jumlah tersebut sebanyak 303 pemohon (138 wanita dan 165 lelaki) berada di dalam senarai menunggu KADUN Pantai Jerejak. Bilangan Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu / bapa tunggal dan belia di dalam senarai menunggu adalah seperti Jadual berikut :

KATEGORI RMM A RMM B

OKU 3 1

IBU / BAPA TUNGGAL 13 12

BELIA 118 131

Page 115: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

115

Semenjak tahun 2008 hingga Jun 2018 sebanyak 671 tawaran (310 wanita, 361 lelaki) telah dibuat kepada pemohon dari KADUN Pantai Jerejak. Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu / bapa tunggal dan belia yang diberi tawaran adalah seperti Jadual berikut :

KATEGRORI RMM A RMM B

OKU 3 1

IBU /BAPA TUNGGAL 127 7

BELIA 197 36

(a) Berdasarkan rekod Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) masih tiada pemajuan perumahan yang diluluskan Kebenaran Merancang atau Commencement of Works (COW) di DUN Pantai Jerejak bagi tahun 2018.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Perincikan program pembangunan nelayan yang dirancang dan telah dilaksanakan bagi kawasan KADUN Pantai Jerejak.

YAB. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Perikanan telah menjalankan Kursus Keselamatan Nelayan pada setiap tahun yang dihadiri oleh para nelayan di Pulau Pinang termasuk nelayan di Pantai Jerejak. Selain itu, Jabatan Perikanan juga telah membuat demo enjin sangkut di pangkalan yang berhampiran. Bantuan Touch Point yang merupakan peralatan keselamatan juga diberikan kepada nelayan Pantai Jerejak.

Selain itu, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif pemberian pukat yang menelan belanja sebanyak RM1.1 juta setahun bermula dari tahun 2013 sehingga kini. Inisiatif ini dilihat dapat membantu meringankan beban para nelayan dan meningkatkan pendapatan bersih kepada para nelayan. Kerajaan Negeri juga telah membelanjakan sebanyak RM1.025 juta pada tahun 2015 dan 2016 untuk melabuhkan tukun tiruan di Pulau Kendi dan Pulau Aman bagi memastikan ekosistem laut dalam percambahan ikan meningkat dan mampan.

Kerajaan Negeri dan Jabatan Perikanan sentiasa merancang aktiviti pembangunan nelayan yang melibatkan fungsi pemuliharaan sumber dan lain – lain yang memanfaatkan para nelayan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Adakah sebarang perancangan dan usaha menambahkan atau memantapkan perpustakaan biasa dan perpustakaan digital di KADUN Pantai Jerejak?

YAB. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk menambah bilangan perpustakaan biasa yang sedia ada di KADUN Pantai Jerejak memandangkan di KADUN tersebut telah mempunyai empat perpustakaan dan dua hentian Perpustakaan Bergerak.

Jenis dan bilangan perpustakaan di KADUN Pantai Jerejak adalah seperti berikut:

(i) Dua (2) buah perpustakaan Desa Siber Ilmu iaitu di Batu Uban dan Sungai Ara (bawah pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang);

(ii) Sebuah perpustakaan desa di Kampung Jawa (bawah pengurusan Perpustakaan Negara Malaysia);

(iii) Satu unit perpustakaan bergerak memberi perkhidmatan di dua lokasi hentian iaitu Taman Seri Nibong dan Lebuh Nipah 2;

(iv) Sebuah Perpustakaan Siber Ilmu Bayan Baru (tutup sementara dan masih mencari lokasi yang bersesuaian bagi menggantikan bangunan Mayang Mall yang telah diambil semula oleh Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC)

Bagi perancangan dan usaha menambahkan atau memantapkan perpustakaan digital di KADUN Pantai Jerejak, Kerajaan Negeri pada masa kini tidak mempunyai sebarang cadangan tersebut. Ini adalah kerana konsep perpustakaan digital melibatkan akses kepada bahan bacaan elektronik melalui sistem online dan boleh dilakukan dari mana-mana lokasi atau bangunan.

Page 116: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

116

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Bagaimanakah ketegasan dan pemantauan Kerajaan Negeri akan permasalahan pengurusan Badan Pengurusan Bersama Rumah Pangsa seperti ketelusan perakaunan kewangan dan lain-lain?

(a) Apakah program-program kesedaran pengurusan JMB dan hak – hak penduduk telah dijalankan di kawasan Bandar Bayan Baru?

YAB. Ketua Menteri:

17. Pesuruhjaya Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa bertindak tegas dan akan membuat semakan dari masa ke semasa jika terdapat aduan berkaitan dengan akaun JMB / MC dan pada masa yang sama surat juga akan dikeluarkan kepada JMB / MC untuk mengemukakan laporan akaun yang diaudit kepada Pesuruhjaya. Namun begitu, pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh pihak pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) menyebabkan rumah pangsa tidak diurus dengan baik. Di antara masalah yang dihadapi Badan Pengurusan Bersama dan Perbadanan Pengurusan ialah :

(i) Pemilik tidak membuat bayaran caj penyelenggaraan menyebabkan kutipan yang dibuat tidak dapat menampung perbelanjaan untuk mengurus dan menyelenggara harta bersama.

(ii) Harta bersama tidak diselenggara dengan baik seperti penyelenggaraan lif, tangki air, bumbung dan lain-lain.

(iii) Masalah kebersihan dan pembuangan sampah di mana pemilik tidak menjaga kebersihan.

(iv) Tiada pemilik yang berminat untuk dilantik sebagai ahli jawatankuasa terutama bagi skim kos rendah dan kos sederhana rendah.

(v) Masalah tunggakan bayaran utiliti seperti bil air dan elektrik. Boleh menyebabkan bekalan elektrik dipotong sekiranya bil elektrik tidak dibayar.

(vi) Bangunan tidak diinsuranskan. Terdapat JMB/MC yang tidak membeli insurans kebakaran bangunan.

(vii) Tidak mampu untuk menanggung kos pembaikan bagi kerosakan yang besar seperti kebocoran tangki air, masalah lif rosak, bumbung rosak, masalah pendawaian elektrik dan lain-lain.

(viii) Masalah sikap pemilik petak yang tidak memberikan kerjasama kepada pihak pengurusan dalam melaksanakan sesuatu program seperti gotong-royong dan lain-lain program.

(ix) Pemilik tidak menghadiri mesyuarat agung dan hanya membuat aduan sahaja mengenai ketidaksempurnaan pengurusan.

(x) Ahli jawatankuasa JMB/MC tidak mahu mengambil tindakan disebabkan jika tindakan diambil maka ada yang akan merosakkan harta benda ahli jawatankuasa seperti calarkan kenderaan.

(a) Setakat ini, Kerajaan Negeri telah mengadakan satu sesi taklimat kepada JMB/MC yang ditubuhkan bagi pembangunan di bawah Koperasi Tunas Muda pada 24 Februari 2018. Seramai lebih kurang 50 orang peserta telah hadir ke sesi taklimat berkaitan dengan peranan/tanggungjawab serta kuasa JMB/MC yang telah disampaikan oleh Pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Program seperti ini akan dibuat dari masa ke semasa.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Fungsi utama masjid adalah untuk tempat ibadah. Apabila kuliah atau khutbah di masjid digunakan sebagai kritikan dan tohmahan politik maka ia menghalang umat Islam menunaikan solat di masjid. Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu menangani masalah ini?

(a) Adakah perancangan menjadikan masjid sebagai pusat tahfiz dan hufazan?

YAB. Ketua Menteri:

18. Bagi menangani isu penyampaian kuliah atau khutbah yang menyentuh sensitiviti pihak-pihak tertentu agar kesucian masjid terpelihara daripada unsur-unsur negatif, Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah mengeluarkan Garis Panduan Khatib/Penceramah Jemputan pada tahun 2010. Semua Jawatankuasa Masjid telah diarah untuk

Page 117: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

117

merujuk kepada garis panduan ini dalam hal -hal yang berkaitan dengan aktiviti ceramah/kuliah/khutbah Jumaat supaya tidak mencetuskan perkara-perkara yang tidak baik. Selain itu, pemantauan juga dibuat dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Tauliah mengajar bagi memastikan garis panduan ini dipatuhi serta memberi teguran kepada pihak yang terlibat jika terdapat aduan mengenainya.

(a) Setakat ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menjadikan masjid sebagai pusat tahfiz sepenuhnya. Walau bagaimanapun, MAINPP dan Jawatankuasa Fatwa telah menetapkan dasar untuk membangunkan masjid-masjid lama atau surau terbiar sebagai

pusat tahfiz sekiranya ada keperluan untuk tujuan tersebut.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Sila perincikan perancangan strategik dan cadangan modul-modul kuliah bagi masjid dan surau di negeri ini bagi topik sains, kesihatan, psikologi, muamalat dan kesejahteraan masyarakat.

YAB. Ketua Menteri:

19. Setakat ini tiada modul khusus kuliah di masjid/surau bagi topik sains, kesihatan, psikologi, muamalat dan kesejahteraan masyarakat. Walau bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) amat menggalakkan pentadbir masjid menganjurkan majlis ilmu yang merangkumi pelbagai disiplin termasuklah ilmu sains, kesihatan, psikologi, muamalat dan lain-lain dalam konteks fardu kifayah. Perkara ini bersesuaian dengan salah satu elemen yang terdapat di dalam kriteria audit penarafan masjid yang dijalankan oleh JHEAIPP sejak tahun 2015.

Kokurikulum sedia ada yang diguna pakai adalah kokurikulum takmir yang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi pengajian takmir di masjid dan surau. Cadangan mempelbagaikan disiplin ilmu ini akan dipanjangkan kepada pihak JAKIM untuk penambahbaikan

kokurikulum takmir.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Perincikan pembangunan penjaja kecil yang telah dilaksanakan dan akan diusahakan bagi golongan penjaja kecil dan usahawan di KADUN Pantai Jerejak.

YAB. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu golongan penjaja kecil dan usahawan di KADUN Pantai Jerejak antaranya seperti berikut:

(a) Mewujudkan tapak penjaja sementara di Jalan Aziz Ibrahim;

(b) Menempatkan semula penjaja tanpa lesen Hammer Bay ke Kompleks Selera Pantai;

(c) Mewujudkan Pasar Malam Jalan Aziz Ibrahim; dan

(d) Memberikan pengecualian bayaran lesen penjaja selama setahun dari Januari hingga Disember 2018.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Adakah pemantauan di peringkat negeri bagi isu kualiti tampalan di jalan raya yang melibatkan pelbagai agensi khususnya akan isu aduan yang diterima dan keselamatan pengguna jalanraya terutama penunggang motorsikal?

YAB. Ketua Menteri:

21. Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai pihak berkuasa jalan menjalankan pemantauan di peringkat negeri bagi isu dan aduan berkaitan kualiti tampalan di jalan raya yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal. Bagi pemantauan kualiti tampalan jalan raya di jalan-jalan negeri dan persekutuan, pihak JKR akan mengambil tindakan pembaikan dalam tempoh 24 jam dari masa aduan diterima oleh konsesi Jalan Persekutuan atau JKR daerah. Manakala, pemantauan di peringkat PBT dilaksanakan seperti berikut:-

Page 118: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

118

(i) Pegawai kawasan memantau jalan-jalan di dalam kawasan secara berkala empat (4) kali setahun;

(ii) Kontraktor penyelenggaraan yang dilantik telah disyaratkan mengemukakan laporan pemantauan kawasan secara berkala empat (4) kali setahun;

(iii) Penugasan pasukan khas menampal jalan 24 jam;

(iv) Pemantauan melalui aduan orang ramai melalui Sistem Aduan Pintar, Sistem Aduan Kemasyarakatan, Sistem Aduan PINTAS, whatapps, JKKK, Wakil Rakyat dan lain-lain; dan

(v) Memastikan semua bekalan premix perlu dibekal melalui loji premix yang diiktiraf oleh JKR sahaja.

Semua isu dan penyelarasan berkaitan kerja raya akan dipantau dan dibincangkan di peringkat negeri melalui Jawatankuasa Kerja Raya & Utiliti yang dipengerusikan oleh EXCO Kerja Raya, Utiliti & Tebatan Banjir untuk tujuan penyelarasan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Apakah perancangan menangani masalah banjir bagi kawasan KADUN Pantai Jerejak?

YAB. Ketua Menteri:

22. Bagi menangani masalah banjir di KADUN Pantai Jerejak, Kerajaan Negeri akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bayan Baru yang bernilai RM20 juta. Projek ini merupakan salah satu daripada Projek Impak Tinggi (High Impact Project) yang dilaksanakan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri. Projek ini dijangka diberi milik tapak pada 10 Ogos 2018 bagi membolehkan kerja-kerja untuk dimulakan. Skop kerja yang terlibat di bawah projek ini adalah seperti berikut :-

(i) Menaiktaraf saliran sediada sepanjang 5,000m di kawasan komersial Bayan Baru ke Collector Drain;

(ii) Membina parit monsoon baru (Collector Drain) sepanjang 1,250m daripada Olive Tree Hotel ke Balai Bomba berhampiran Sg. Keluang;

(iii) Menaiktaraf crossing sediada di 5 lokasi (pipe jacking) – 140m sepanjang jajaran baru collector drain dan road side drain;

(iv) Pembinaan 1 rumah pam baru berkapasiti 12m3/s ( 4nos @3m3/s) di belakang Balai Bomba Bayan Baru; dan

(v) Pengalihan utiliti.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Apakah usaha MBPP dalam mewujudkan kiosk-kiosk kecil bagi penjaja di tepi pantai kerana permintaan tinggi daripada pengunjung?

YAB. Ketua Menteri:

23. Buat masa kini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak berhasrat untuk mewujudkan kiosk kecil ditepi pantai. Ini kerana kawasan-kawasan tersebut merupakan rezab Pantai di bawah seliaan Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut. Selain itu, pembinaan kiosk juga akan menyebabkan berlakunya pencemaran laut dan pantai.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Perincikan kajian Kerajaan Negeri tentang aduan rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan permasalahannya pada hari mengundi.

Page 119: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

119

YAB. Ketua Menteri:

24. Terdapat 5 aduan utama oleh rakyat atau pengundi pada hari pengundian yang lalu seperti berikut:

(a) Terdapat beberapa kes di mana kad pengenalan pengundi telah digunakan lebih awal oleh orang lain menyebabkan pengundi asal tidak dibenarkan mengundi pada hari tersebut.

(b) Semakan daftar pemilih pada hari pengundian terlalu lambat atau perlahan oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyebabkan berlaku queue yang panjang untuk mengundi.

(c) Kesilapan petugas SPR meletakkan sticker untuk Parlimen serta diisi dengan kertas Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menyebabkan berlaku kekeliruan kepada pengundi

(d) Tempat pembuangan undi berada di tingkat atas bangunan atau sekolah menyebabkan kesusahan pada golongan kurang upaya dan warga emas.

(e) Kawasan tempat mengundi dinaiki air akibat banjir kilat pada hari pengundian menyebabkan proses pengundian tertangguh.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Apakah syor Kerajaan Negeri untuk Suruhanjaya Pilihan Raya bagi meningkatkan kualiti dan mutu pengurusan pusat mengundi seperti tugasan Ketua Tempat Mengundi dan lain-lain?

YAB. Ketua Menteri:

25. Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa kekurangan serta kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengurus dan melaksanakan pilihan raya. Antara kelemahan yang dikesan adalah :-

(i) Kekurangan pengalaman mengurus pilihan raya dari pegawai tetap SPR kerana hampir 90% pegawai ini adalah baru dan PRU 14 merupakan pengalaman pertama mereka dalam menguruskan pilihan raya.

(ii) Pegawai-pegawai pembantu SPR yang dilantik untuk melaksanakan pilihan raya juga adalah baru dan PRU 14 merupakan pertama kali mereka terlibat dalam pilihan raya.

(iii) Kurang memahami peraturan pilihan raya menyebabkan urusan pilihan raya menjadi perlahan dan pengundi perlu menunggu lama.

(iv) Tempat mengundi di bangunan bertingkat menyusahkan mereka yang kurang upaya / uzur perlu menaiki tangga ke tingkat atas.

(v) Setiap saluran tempat mengundi sepatutnya membenarkan 4 orang pengundi di satu-satu masa telah dikurangkan kepada 2 orang pengundi. Ini telah melambatkan proses mengundi.

Kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti ini telah dimaklumkan dalam post mortem pilihan raya. Namun begitu, keberkesanan penambahbaikan berkenaan hanya boleh dilihat pada Pilihan raya Umum ke 15.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Huraikan data kes denggi di KADUN Pantai Jerejak dalam tempoh masa setahun.

(a) Jelaskan tindakan telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk permasalahan kemudahan Klinik Kesihatan di Jalan Tengah.

YAB. Ketua Menteri:

26. Kes denggi di KADUN Pantai Jerejak menunjukkan peningkatan yang membimbangkan, iaitu peningkatan sebanyak 221% iaitu dari 17 kes pada tahun 2017 kepada 90 kes pada tahun ini. Walau bagaimanapun, tiada kes kematian denggi dilaporkan di dalam KADUN Pantai Jerejak pada tahun ini atau tahun lepas.

(a) Masalah utama yang dihadapi Klinik Kesihatan di Jalan Tengah ialah kekurangan ruang parkir kenderaan untuk orang awam.Tindakan yang telah diambil adalah dengan melaksanakan projek pembesaran tapak parkir pada tahun 2015. Memandangkan

Page 120: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

120

kekurangan parkir kenderaan masih berlaku terutama pada waktu puncak, Pejabat Kesihatan Barat Daya telah memohon kebenaran menggunakan tanah kosong bersebelahan klinik milik Pos Malaysia. Walau bagaimanapun, permohonan berkenaan belum menerima maklum balas daripada Pos Malaysia.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Hospital kerajaan di daerah Barat Daya terletak di Balik Pulau dan ianya jauh dari kepadatan penduduk di Bayan Baru dan Bayan Lepas.

(a) Bagaimanakah syor Kerajaan Negeri untuk permohonan hospital baru di Bayan Baru?

YAB. Ketua Menteri:

27. Setakat ini, tiada sebarang cadangan untuk pembinaan hospital kerajaan di Bayan Baru atau Bayan Lepas. Sebaliknya Klinik Kesihatan / Hospital yang terdekat dengan Hospital Balik Pulau seperti berikut boleh dimanfaatkan oleh penduduk daerah ini.

(a) Klinik Teluk Bahang – 21.0 km

(b) Klinik Bayan Baru – 14.3 km

(c) Klinik Bayan Lepas – 16.0 km

(d) Hospital Pulau Pinang – 25.0 km

(e) Hospital Pantai (Swasta) – 14.5 km

Tambahan lagi, projek naik taraf Jabatan Kecemasan, Jabatan Forensik dan Patologi, Hospital Balik Pulau sedang dilaksanakan di mana kerja-kerja awalan telah dimulakan pada 13 April 2018 dan dijangka siap pada 2021. Pihak Jabatan Kesihatan juga telah mengemukakan permohonan projek parkir bertingkat di Hospital Balik Pulau di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

FASILITI KESIHATAN KERAJAAN DI DAERAH BARAT DAYA YANG SEDIA ADA

KELUASAN

DAERAH BARAT DAYA

JUMLAH PENDUDUK

(2016)

HOSPITAL KLINIK KESIHATAN

KLINIK KESIHATAN IBU

DAN ANAK

KLINIK DESA

KLINIK 1 MALAYSIA

KLINIK PERGIGIAN

175 KM PERSEGI 225,000 HOSPITAL BALIK PULAU

3 1 12 3 4

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Perincikan data bilangan penerima bantuan AES, baiki rumah dan bina rumah yang dikelolakan oleh pejabat daerah bagi KADUN Pantai Jerejak.

YAB. Ketua Menteri:

28. Jumlah penerima Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) semasa bagi KADUN Pantai Jerejak sehingga Jun 2018 adalah seramai enam (6) orang dengan jumlah pembayaran sehingga kini sebanyak RM98,626.00. Penerima program AES mengikut tahun adalah seperti berikut:

TAHUN BILANGAN PENERIMA

JUMLAH PERBELANJAAN (RM)

2009 5 6,900.00

2010 4 12,200.00

2011 3 10,400.00

2012 2 8,900.00

2013 1 4,500.00

2014 2 6,400.00

Page 121: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

121

2015 2 4,800.00

2016 5 8,040.00

2017 6 25,290.00

2018 (Sehingga Jun) 6 10,896.00

JUMLAH KESELURUHAN 98,326.00

Manakala bagi Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin (Bina baru dan baiki) dari tahun 2013 sehingga kini hanya terdapat seorang penerima bantuan baiki rumah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM11,000.00 iaitu pada tahun 2015.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Sila jelaskan konsep dan penambaikan landskap kehijauan di kawasan Bandar Bayan Baru.

YAB. Ketua Menteri:

29. Pada setiap tahun, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengenal pasti beberapa tanah lapang (taman kejiranan) mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri yang diselenggara bagi tujuan penambahbaikan kawasan landskap dan kemudahan taman untuk tujuan penduduk setempat beriadah mengikut kesesuaian kawasan dan keperluan penduduk setempat. Konsep yang digunapakaikan bagi setiap taman adalah menyediakan perabot taman untuk semua peringkat umur masyarakat yang melibatkan aktiviti taman secara aktif dan pasif. Penyediaan laluan jogging track, laluan basikal, lampu solar, dataran serba guna, alatan senaman luar, alatan permainan kanak-kanak dan keselamatan awam juga diambil berat dalam perancangan pembangunan taman. Selain itu, MBPP juga melaksanakan program penghijauan dengan menanam pokok-pokok teduhan di kawasan bahu jalan awam dan pengindahan landskap di persimpangan dan bulatan jalan.

Projek-projek penghijauan dan pengindahan landskap yang telah dilaksanakan di kawasan Bayan Baru adalah seperti berikut:-

(i) Projek menaik taraf laluan jogging track dan lampu taman di tanah lapang Lintang Nibong;

(ii) Projek menaik taraf tanah Majlis bersebelahan Surau Bukit Gedung (Taman Poket);

(iii) Projek menaik taraf tanah lapang Persiaran Bayan Indah 3, Pulau Pinang;

(iv) Projek pembinaan gelanggang futsal Taman Sri Nibong, Pulau Pinang;

(v) Projek CSR MBPP - Projek pengindahan di bulatan Tun Dr. Awang, Bayan Lepas, Pulau Pinang; dan

(vi) Projek CSR MBPP - Projek landskap di hadapan Hotel Olive Tree, bahu Jalan Mahsuri, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Bayan Baru, Pulau Pinang.

Selain itu, bagi mencapai hasrat Kerajaan Negeri ke arah bandar bersih dan hijau (Cleaner, Greener Penang), pada tahun 2016, MBPP telah menyediakan Garis Panduan Rezab Landskap bagi permohonan pelan kebenaran merancang dan pelan parit & jalan research and development (R&D) untuk keseluruhan jalan di bahagian pulau termasuk kawasan di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR). Oleh itu, MBPP mewajibkan pihak pemaju mengemukakan permohonan pelan landskap di setiap kawasan pemajuan. Ini bertujuan supaya pihak pemaju dapat menanam pokok teduhan dan melandskap di kawasan bahu jalan awam yang diserahkan kepada kerajaan.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

30. Sila jelaskan isu masalah banjir di flyover Bayan Baru sama ada berpunca struktur pembinaan, masalah paip dan saliran atau faktor-faktor lain?

YAB. Ketua Menteri:

30. Masalah banjir di flyover Bayan Baru iaitu jejambat Sultan Azlan Shah adalah berpunca daripada sampah sarap yang memenuhi longkang yang menyebabkan air bertakung apabila hujan serta berpunca daripada masalah rekabentuk besi grating longkang yang bersaiz lebih kecil.

Page 122: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

122

Berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak konsesi yang bertanggungjawab perlu melaksanakan kerja-kerja mencuci longkang di jejambat Sultan Azlan Shah sebanyak 6 pusingan setahun. Walau bagaimanapun, dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak konsesi, kerja pembersihan longkang akan dijalankan secara mingguan bagi mengurangkan isu banjir. Pada musim hujan pula, pihak konsesi akan menjalankan pemeriksaan serta merta dan akan menjalankan kerja pembersihan yang lebih kerap untuk mengelakkan kejadian air bertakung. Selain itu, bagi masalah besi grating, pihak JKR akan menambah bilangan perangkap sampah di laluan longkang tersebut dan tempahan telah pun dibuat

VIII. Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM1,000,000 dalam sektor pembangunan E-Sports.

(a) Sila kemukakan penyelidikan/statistik yang telah dibuat supaya boleh dilihat oleh orang awam.

(b) Sila senaraikan pelan yang terperinci untuk 3 tahun yang akan datang supaya orang awam lebih memahami bagaimana dan apakah kegiatan/aktiviti yang akan/telah dijalankan dengan peruntukan tersebut? Huraikan.

YAB. Ketua Menteri:

1. Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) bertanggungjawab untuk pembangunan E-Sports di Pulau Pinang dan telah menyediakan perancangan inisiatif E-SportsPG bagi tahun 2018 yang merangkumi 5 langkah seperti berikut:.

(a) Pengenalan E-SportsPG kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri

(i) Sebanyak 8 IPT dalam negeri dan 371 orang pelajar terlibat dalam lawatan dan sesi perkongsian E-SportsPG bersama PYDC.

(ii) Selain itu, PYDC juga mengadakan E-Sports Experience di 1st Avenue untuk memberi pengalaman permainan dan pertandingan E-Sports kepada orang ramai. Seramai 10,000 (anggaran) pengunjung telah menghadiri aktiviti tersebut dalam 2 hari.

(b) Persediaan Pusat E-Sports

PYDC sedang dalam perbincangan dengan beberapa syarikat pelabur yang berminat untuk melabur dalam Pusat E-Sports di negeri Pulau Pinang;

(c) Mengadakan pertandingan dan pameran

PYDC dengan kerjasama pihak swasta telah mengadakan pertandingan E-Sports seperti berikut:

(i) Asus Rog Open Category & University - Sumbangan: RM20,000.00

(ii) League Of Makers - Sumbangan: RM 1,200.00

(iii) Esports Experience - Sumbangan: RM100,000.00

(iv) Esports Campus Roadshow - Sumbangan: RM1,000.00

(v) SEGI Carnival - Sumbangan: RM 2,000.00

(vi) USM The Dota 2 - Sumbangan: RM 2,000.00

(vii) Kejohanan Mobile Legends Bang Bang PSDC - Sumbangan: RM 225.00;

(d) Persediaan Peluang Pekerjaan dalam bidang E-Sports; dan

(e) Pemilihan dan Pengurusan Pasukan Negeri E-Sports

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat membina bangunan baru sebagai Pejabat Panggilan Nama (Roll Call) untuk mengganti kan stor kakitangan JPP di Jalan Sungai memandangkan keadaan stor terkini yang terdiri daripada kontena adalah kurang sesuai.

(a) Jika ya, sila nyatakan bila pembinaan bangunan ini akan dijalankan. (b) Jika tidak, mengapa?

Page 123: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

123

YAB. Ketua Menteri:

2. Sebarang perancangan untuk pembangunan tapak tersebut sebagai bangunan Pejabat Pusat Panggilan Nama dan Stor yang kekal dan sempurna adalah tertakluk kepada ketetapan dasar dan anggaran kos serta perancangan peruntukan kewangan yang sewajarnya. Pejabat Kontena dan Stor bersifat sementara telah dibekalkan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk kegunaan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran (JPP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di atas Lot 1577, Sek. 9W Bandar George Town, Jalan Sungai, Pulau Pinang untuk sementara waktu sebelum bangunan kekal dirancang dan dibina oleh MBPP pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, setiap kontena yang diguna sebagai pejabat panggilan nama Jalan Sungai ini mempunyai kemudahan pengudaraan penghawa dingin yang baik. Selain itu, terdapat juga kemudahan bekalan air dan tandas untuk kegunaan pekerja MBPP.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Isu warga asing menjalankan perniagaan telah menjejaskan kehidupan rakyat tempatan.

(a) Nyatakan syarat-syarat untuk peniaga warga asing, misalnya jenis perniagaan yang hanya boleh diceburi oleh warga asing.

(b) Adakah kerajaan akan mengadakan polisi lebih teratur supaya perniaga warga tempatan tidak terancam?

YAB. Ketua Menteri:

3. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara dasarnya tidak menetapkan jenis perniagaan yang boleh diceburi oleh warga asing tetapi sebaliknya menetapkan syarikat yang dimiliki oleh warga asing mestilah didaftarkan di bawah kategori Sendirian Berhad sebelum dibenarkan membuat permohonan lesen perniagaan di pihak PBT.

Lain-lain syarat am bagi permohonan lesen premis adalah seperti di Lampiran A.

Pihak Kerajaan Negeri melalui PBT sememangnya sudah mempunyai polisi dan garis panduan bagi sebarang permohonan perniagaan dari mana-mana warga asing walaupun bertaraf penduduk tetap. Namun, pembaharuan dan penambahbaikan terhadap polisi yang sedia ada akan dibuat supaya peniaga warga tempatan tidak terancam dengan mengenakan beberapa syarat tambahan seperti berikut:-

(i) Melarang pengambilan tukang masak warga asing di pusat-pusat penjaja bagi menjamin kualiti dan memastikan kebajikan tukang masak tempatan terpelihara;

(ii) Menetapkan supaya sekurang-kurangnya sebanyak 30% pekerja daripada jumlah pekerja ketika pemeriksaan dijalankan mestilah terdiri daripada pekerja / pembantu warga tempatan bagi premis perniagaan;

(iii) Tidak mengeluarkan lesen penjaja terhadap penjaja warga asing; dan

(iv) Melarang sepenuhnya penjaja-penjaja jalanan menggunakan pekerja / pembantu warga asing.

RUJ. LAMPIRAN A (BLSK NO. 3)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Apakah status Pembangunan Perumahan Kampung Pisang Awak Fasa 2, Seksyen 4, Bandar Jelutong oleh JKP Sdn Bhd? (a) Adakah arahan Bahagian Perumahan Negeri untuk merobohkan struktur bermasalah

projek tersebut dipatuhi? (b) Apakah status dan rancangan untuk pembeli-pembeli unit projek yang terlibat?

YAB. Ketua Menteri:

4. Pemajuan Rumah Mampu Milik (RMM) C Mutiara Rini dan A dan B, Mutiara Ria di atas sebidang tanah milik Kerajaan Negeri oleh JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) adalah salah satu usaha menambah bekalan Rumah Mampu Milik di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, ujian struktur mendapati kedua-dua pemajuan tersebut gagal mencapai tahap kualiti pembinaan yang ditetapkan. Sehubungan itu, demi kepentingan awam, Kerajaan Negeri pada 11 Januari 2018 memutuskan untuk pembinaan tersebut dihentikan dan perkara tersebut disampaikan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 16 Januari 2018 agar perintah meruntuh dikeluarkan kepada pihak JKPSB.

Page 124: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

124

(a) Pihak JKPSB telah mengambil tindakan terhadap perintah berkenaan di mana tender bagi cadangan kerja merobohkan struktur telah diiklankan pada 24 Januari 2018 (Utusan Malaysia) dan 25 Januari (The Star). Kontraktor dilantik iaitu Persada Satria Sdn. Bhd. sedang dalam proses memperolehi permit meroboh dari MBPP di mana kerja-kerja meroboh akan mengambil tempoh 8 bulan.

(b) Kesemua bakal pembeli bagi projek perumahan tersebut diuruskan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP). Bagaimanapun tiada Perjanjian Jual Beli ditandatangani lagi oleh pembeli. Terdapat di antara mereka yang memohon untuk membatalkan tawaran bagi memohon projek yang lain, manakala sebilangan lagi masih berminat untuk meneruskan pembelian di projek ini.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional telah gagal melaksanakan Projek Perumahan 1 Malaysia (PRIMA) di Pulau Pinang.

(a) Apakah status pelaksanan projek Perumahan Harapan?

(b) Bilakah projek berkenaan dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan di Negeri Pulau Pinang? Sila huraikan.

YAB. Ketua Menteri:

5. (a) Semasa kunjungan hormat YB EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa ke Pejabat YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 4 Jun 2018 yang lalu, syor supaya program perumahan Kerajaan Persekutuan seperti Projek Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPA1M) dijenamakan semula kepada Perumahan Harapan Rakyat menerima respon positif Kementerian. Perkara ini akan dibentang oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Kabinet selaras hala tuju memusatkan inisiatif perumahan dibawah satu bumbung. KPKT juga sedang dalam rangka awam Dasar Perumahan yang baru dimana konsep Perumahan Harapan dengan luas ruang lantai melebihi spesifikasi sedia ada dikaji.

Sekiranya syor ini diluluskan, empat (4) projek PR1MA yang masih dalam perancangan dan peringkat awal pembinaan iaitu masing-masing tiga (3) di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan satu (1) di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai akan dikenali sebagai Perumahan Harapan. Senarai projek tersebut adalah seperti berikut:-

(i) 905 RMM C dan 212 RMM B di Plot B, Jalan Lembah/Jalan Bukit Gambir oleh Tetuan Ideal Capital Venture Sdn Bhd;

(ii) 855 RMM C dan 66 Unit Kedai / Pejabat di Plot C, Jalan Lembah/Jalan Bukit Gambir oleh Tetuan Ideal Capital Venture Sdn Bhd;

(iii) 1,248 RMM C di Jalan Sungai Batu, Batu Feringghi oleh Tetuan Eastcape Vista Sdn Bhd; dan

(iv) 1,017 RMM C di Permatang Pauh oleh Tetuan Excell Focus.

(b) Pemajuan PR1MA di Permatang Pauh telah dimulakan pada awal 2018, manakala pemajuan di PR1MA di Batu Feringghi sedang dalam proses Permit Memulakan Kerja (COW).

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Pegawai Seranta di Pusat Khidmat wakil rakyat memainkan peranan yang sangat penting demi kepentingan rakyat. Mereka terdedah kepada risiko tertentu semasa menjalankan tugas. Kebajikan pegawai seranta perlu dititikberatkan.

(a) Apakah kebajikan atau insentif tertentu yang disalurkan oleh pihak kerajaan misalnya pencaruman PERKESO dan sebagainya? Sila nyatakan.

YAB. Ketua Menteri:

6. Kebajikan atau insentif yang diterima oleh Pegawai Seranta adalah seperti kemudahan cuti rehat, cuti sakit serta potongan KWSP. Mengikut para 3.4 Pekeliling Majikan Bilangan 2 Tahun 2013, hanya lantikan di bawah Contract of Service (COS) sahaja yang diwajibkan mencarum di bawah

Page 125: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

125

PERKESO. Lantikan Contract for Service (CFS) tidak diperuntukkan kemudahan caruman PERKESO berkenaan.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Program pendidikan awal kanak-kanak anjuran Tabika KEMAS memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.

(a) Berapakah jumlah kanak-kanak dan bilangan Tabika KEMAS di seluruh Pulau Pinang?

(b) Apakah pencapaian prestasi selama ini dan apakah rancangan jangka panjang / jangka pendek yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan lagi prestasi Tabika KEMAS?

YAB. Ketua Menteri:

7. (a) Terdapat sebanyak 327 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS di Pulau Pinang dan jumlah kanak-kanak yang berdaftar adalah seramai 6,327 orang. Pecahan Tabika KEMAS (sehingga 30 April 2018) mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.

(b) Pencapaian prestasi Tabika KEMAS dari segi akademik pada tahun 2017 adalah seperti berikut:

Bil. Subjek Target (%) Pencapaian(%)

1. Bahasa Melayu 80 86

2. Bahasa Inggeris 70 68

3. Matematik 80 80

Manakala pencapaian dalam kokurikulum Sepadu Pra Sekolah Kebangsaan (KSPSK) adalah pada tahap 70% bagi tempoh Januari hingga Jun 2018 di mana sasaran yang ditetapkan oleh ibu pejabat KEMAS Malaysia adalah pada tahap 80% bagi tempoh Januari hingga Disember 2018.

Rancangan jangka pendek oleh TABIKA KEMAS Pulau Pinang adalah memfokus pencapaian sasaran yang ditetapkan oleh ibu pejabat KEMAS dan rancangan jangka panjang adalah meningkatkan penguasaan kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris. Salah satu punca kelemahan dalam Bahasa Inggeris yang telah dikenal pasti adalah kebanyakan TABIKA KEMAS berada di luar bandar yang mana pertuturan seharian adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hanya digunakan waktu persekolahan sahaja. TABIKA KEMAS juga mengambil inisiatif memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk menggunakan Bahasa Inggeris di rumah.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Kes penderaan kanak-kanak oleh pengasuh sering berlaku. Ada juga kes penderaan kanak-kanak telah dibawa ke mahkamah.

(a) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pihak tertentu apabila menerima laporan kes penderaan?

(b) Adakah pengasuh kanak-kanak diwajibkan menghadiri kursus (melibatkan emosi dan intelligence quotient (IQ)) atau kursus khas penjagaan kanak-kanak? Sila huraikan.

YAB. Ketua Menteri:

8. (a) Langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila menerima laporan kes penderaan adalah seperti berikut:

(i) JKM akan menjalankan siasatan serta merta tidak melebihi 10 jam selepas menerima aduan;

(ii) Bagi kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan, kanak-kanak tersebut akan diselamatkan dan pengambilan kanak-kanak akan dimaklumkan kepada ibu atau bapa atau penjaga. Kanak-kanak tersebut akan dibawa ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan dan pengesahan penderaan dari pegawai perubatan;

(iii) Sekiranya penempatan semula kanak-kanak bersama keluarga tidak sesuai atau selamat maka kanak-kanak akan ditempatkan dibawah jagaan orang yang layak dan sesuai atau di rumah kanak-kanak; dan

Page 126: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

126

(iv) Sepanjang proses perlindungan dan pemeliharaan, kanak-kanak dan ahli keluarga akan diberi khidmat kaunseling.

Kerajaan Negeri juga telah menjalin usaha bersama dengan Women’s Centre for Change (WCC) iaitu satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menubuhkan Pusat Perkhidmatan Wanita (PPW) di Seberang Perai. PPW terlibat dalam memberikan perkhidmatan kepada mangsa rogol, mangsa keganasan rumah tangga dan mangsa penderaan. Bantuan yang diberikan kepada mangsa yang terlibat adalah seperti berikut:

(i) Khidmat kaunseling kepada mangsa dan keluarga;

(ii) Sokongan kepada mangsa di One Stop Crisis Centre; dan

(iii) Membantu mangsa di dalam proses mahkamah.

(b) Semua pangasuh, penyelia dan pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) perlu hadir dan lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) untuk memastikan TASKA dikendalikan secara professional dan selamat. Salah satu kriteria untuk mendaftarkan TASKA adalah hadir dan lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA).

Sebelum mengeluarkan Perakuan Pendaftaran TASKA, JKM akan memastikan pengusaha TASKA mematuhi syarat dan peraturan di bawah Akta Taska 1984 dan peraturan Taska. Pemeriksaan berkala akan dilakukan oleh Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) ke semua premis TASKA yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak terjamin.

Sekiranya terdapat TASKA yang tidak patuh dan melanggar peraturan dan Akta Taska 1984, tindakan akan diambil oleh Bahagian Penguatkuasan JKM.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Sejak 2008, usaha Kerajaan Negeri telah berjaya menjadikan Pulau Pinang tempat kegemaran pelancong-pelancong asing.

(a) Apakah kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Pelancongan yang diperlukan supaya Pulau Pinang lebih terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa? Huraikan.

(b) Apakah rancangan pelancongan yang telah dan akan dirancangkan di Pulau Pinang oleh Kerajaan Pusat. Huraikan.

YAB. Ketua Menteri:

9. (a) Kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang diperlukan supaya Pulau Pinang lebih terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa adalah seperti berikut:

(i) Kerjasama dalam pameran perdagangan pelancongan antarabangsa di bawah Pavilion Malaysia bagi mempromosikan Pulau Pinang secara khususnya dan Malaysia umumnya;

(ii) Kerjasama dalam menambah bilangan dan kekerapan penerbangan terus ke Pulau Pinang;

(iii) Pembangunan pakej pelancongan Pulau Pinang melalui platform Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT). Melalui IMT-GT, pakej-pakej pelancongan Pulau Pinang dapat dibangunkan dan disokong oleh ketiga-tiga negara. Kerajaan Negeri juga dapat meluaskan jaringan perhubungan dengan pengiat industri pelancongan;

(iv) Kerjasama untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di homestay. Aktiviti kerjasama ini adalah seperti penganjuran kursus-kursus berkaitan, mewujudkan homestay baharu dan pemberian peruntukan kepada pengusaha homestay; dan

(v) MOTAC bertanggungjawab dalam menyelaras permohonan daripada Kerajaan Negeri bagi projek-projek pembangunan berkaitan pelancongan. Kerjasama MOTAC adalah diperlukan untuk memastikan projek-projek pelancongan di bawah

Page 127: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

127

Rancangan Malaysia Ke-sebelas (RMKe-11) dijalankan dengan sempurna. Bagi projek pelancongan baharu, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan MOTAC untuk mendapatkan kelulusan serta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Antara projek yang sedang dalam permohonan adalah Projek Cable-Car di Bukit Bendera yang menghubungkan Teluk Bahang dan Bukit Bendera.

(b) Rancangan pelancongan yang telah dan akan dirancangkan di Pulau Pinang oleh Kerajaan Pusat melalui MOTAC adalah seperti berikut:

(i) Penganjuran lawatan suai kenal yang melibatkan agensi pelancongan, hotel dan media bagi pembangunan pakej-pakej pelancongan yang bersesuaian. Bagi tempoh Januari 2017 hingga Jun 2018, MOTAC telah menganjurkan 14 lawatan suai kenal yang melibatkan 440 peserta;

(ii) Penganjuran program pameran dan misi jualan secara kerjasama dengan Kerajaan Negeri serta penggiat-penggiat industri pelancongan bagi membangunkan pakej-pakej yang lebih menarik dan berdaya maju. Program yang telah dianjurkan termasuk Penang Trishaw Entourage 2017 pada September 2017, International Tourist Attraction Carnival 2017 (ITAC 2017) pada November 2017 dan Penang Hot Air Balloon Fiesta 2018 pada Februari 2018;

(iii) MOTAC memudahcara keperluan krew penggambaran tempatan dan antarabangsa untuk membuat liputan di Pulau Pinang. Antaranya, penggambaran TVNZOne bagi program Karena & Casey New Zealand Cooking Show pada Ogos 2017, penggambaran produk pelancongan Pulau Pinang oleh RTM dan MetroTV Indonesia pada Oktober 2017 dan penggambaran Travelogue #BaikPunya oleh ASTRO pada April 2018;

(iv) MOTAC mengadakan kerjasama pintar (smart partnership) bersama Kerajaan Negeri serta syarikat penerbangan melalui penganjuran lawatan suai kenal untuk meningkatkan penerbangan terus/melalui Pulau Pinang. Penerbangan terus ke Pulau Pinang yang terkini adalah penerbangan AirAsia bermula 1 Julai 2018 melalui sektor Penang-Phuket dengan kekerapan sebanyak tujuh (7) kali seminggu dan melalui sektor Penang-Hanoi dengan kekerapan empat (4) kali seminggu;

(v) MOTAC mengadakan kerjasama pintar bersama Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Pulau Pinang di pameran perdagangan antarabangsa. Kerjasama ini telah dilaksanakan bagi Program International Tourism Board (ITB) China pada Mei 2018. Pameran ITB China merupakan salah satu pameran perdagangan pelancongan terbesar di China;

(vi) MOTAC membangunkan pakej-pakej pelancongan khusus bagi segmen membeli-belah seperti promosi kepada Design Village Premium Outlet Penang. Pakej pelancongan ini merupakan pakej tambahan kepada pakej-pakej pelancongan sedia ada bagi Pulau Pinang. Usaha-usaha promosi pakej pelancongan ini akan tertumpu kepada negara ASEAN yang mempunyai jaringan perhubungan terus dengan Pulau Pinang seperti Medan, Hanoi, Ho Chi Minh City dan Phuket;

(vii) MOTAC telah mengenal pasti dua (2) kluster ekopelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan di Pulau Pinang. Aktiviti ekopelancongan berasaskan Community Based Tourism (CBT) diberi fokus terutamanya program homestay. Bagi tahun 2017, program homestay telah menjana pendapatan sebanyak RM643,944.00 dengan kemasukan pelancong asing seramai 1,177 orang dan pelancong domestik seramai 4,614 orang.

(viii) Bagi projek-projek pembangunan berkaitan pelancongan, MOTAC bertanggungjawab dalam menyelaras permohonan daripada Kerajaan Negeri dan memantau projek-projek pembangunan yang diluluskan di peringkat Persekutuan. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-sebelas (RMKe-11), MOTAC telah merancang untuk Projek Menaik taraf Bypath E,F,G,H,I dan J, Bukit Bendera, Pulau Pinang dengan kos projek sebanyak RM2.4 juta dan Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Sungai Tukun, Taman Negara Pulau Pinang dengan kos projek sebanyak RM2.5 juta.

Page 128: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

128

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Kerajaan Pusat mempunyai program khas seperti Pioneer Status untuk membantu kilang-kilang dari negara asing.

(a) Apakah cabaran / persaingan yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha kilang tempatan selama ini? Huraikan.

(b) Apakah program / bantuan yang telah dan akan disalurkan oleh Kerajaan Pusat / Kerajaan Negeri untuk membantu pengusaha-pengusaha kilang tempatan? Huraikan dengan terperinci.

YAB. Ketua Menteri:

10. (a) Antara cabaran-cabaran yang telah dikenalpasti dihadapi oleh pengusaha-pengusaha kilang tempatan adalah seperti berikut:

(i) Masalah dari segi sumber manusia iaitu kesukaran untuk mendapatkan dan mengekalkan pekerja mahir dan berkelayakan tinggi seperti juruteknik dan jurutera.

(ii) Pertambahan kos operasi perniagaan akibat Polisi Kerajaan Pusat untuk meningkatkan gaji minima.

(iii) Kesukaran mendapat akses kepada institusi kewangan bagi menampung keperluan modal perniagaan.

(iv) Kebergantungan kepada tenaga buruh dan bukannya teknologi automasi atau robotik yang dapat membantu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos.

(v) Persaingan dari syarikat-syarikat global di negara serantau memberi impak terhadap syarikat pengusaha-pengusaha kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. Syarikat-syarikat global yang terdapat di Thailand, Vietnam ataupun Indonesia menawarkan harga atau pun kapasiti pengeluaran yang lebih kompetetif berbanding apa yang mampu ditawarkan oleh syarikat IKS tempatan.

(b) Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest-In Penang, telah mengambil pendekatan menyeluruh dalam merangka dan melaksana program yang bertujuan membantu serta menggalakkan pembangunanpengusaha-pengusaha kilang IKS tempatan. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Menubuhkan SMART Centre (SME Market Advisory, Resource & Training Centre) bagi menyediakan bantuan khidmat nasihat mengenai maklumat pasaran, pembangunan perniagaan serta menganjurkan sesi latihan kepada pengusaha IKS mengenai pengurusan perniagaan. SMART Centre juga menganjurkan sesi pemadanan perniagaan kepada pengusaha-pengusaha IKS tempatan dengan tujuan untuk memperkembangkan jaringan dan rantaian perniagaan mereka;

(ii) Membina sebuah bangunan 4 tingkat di Fasa 4, Taman Perindustrian Bayan Lepas yang dikenali sebagai Penang SME Centresebagai pusat inkubasi dan menyediakan ruang kilang kepada pengusaha-pengusaha IKS yang tidak mampu memiliki premis sendiri. Subsidi sewa yang diberikan dapat mengurangkan beban kos perniagaan dan meningkatkan daya saing IKS di pasaran antarabangsa;

(iii) Membangunkan projek SME Village di atas tanah seluas 150 ekar di Taman Perindustrian Batu Kawan dengan menyediakan unit-unit kilang siap bina dan plot-plot tanah berkeluasan kecil bagi menampung permintaan daripada pengusaha IKS baru dan sedia ada;

(iv) Membangunkan tapak IKS terutama di kawasan luar bandar seperti Bukit Minyak. Kilang-kilang IKS yang sedia ada juga disediakan untuk disewa kepada pengusaha IKS. Kadar sewa yang ditawarkan adalah pada kadar yang lebih rendah dari kadar sewa pasaran; dan

(v) Menyediakan dana “The Penang i4.0 seed fund” yang menawarkan pembiayaan sehingga RM250,000.00 untuk membantu syarikat “tech start up” yang mempunyai produk dan perkhidmatan teknologi inovatif untuk mencapai ke tahap pengkomersialan. Selain itu, perkhidmatan tambah nilai seperti “mentorship” dan “linkages” juga turut disediakan.

Page 129: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

129

Selain peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri, kerjasama juga dijalin dengan agensi Kerajaan Persekutuan dalam pemberian geran kewangan ataupun insentif lain seperti yang ditawarkan oleh Malaysian Investment and Development Agency(MIDA).

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Program Mammogram anjuran Kerajaan Negeri menerima sambutan baik daripada kalangan wanita.

(a) Berapakah bilangan wanita (mengikut umur dan kaum) yang telah mengambil bahagian dalam program ini?

(b) Berapakah bilangan kes penyakit kanser payudara mengikut umur, kaum dan tahap peringkat penyakit yang telah dikesan?

(c) Apakah bantuan susulan yang disalurkan kepada pesakit ini? Huraikan.

YAB. Ketua Menteri:

11. (a) Bilangan wanita yang telah menjalani pemeriksaan mammogram sehingga kini melalui program anjuran Kerajaan Negeri adalah seramai 11,834 orang. Perincian mengikut umur dan kaum adalah seperti di Lampiran A.

(b) Bilangan kes penyakit kanser payudara mengikut umur, kaum dan tahap peringkat penyakit yang telah dikesan adalah seperti di Lampiran B.

(c) Bantuan susulan yang disalurkan kepada pesakit adalah seperti berikut:

(i) Bagi peserta yang menunjukkan keputusan positif, mereka akan diberi surat rujukan ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut; dan

(ii) Bagi pesakit yang memerlukan bantuan kewangan dan sokongan, terdapat agensi kerajaan dan swasta yang menawarkan bantuan seperti Zakat Pulau Pinang, Persatuan Kanser Kebangsaan cawangan Pulau Pinang (NCSM), Pink Penang dan sebagainya. Maklumat ini akan disampaikan kepada pesakit yang terlibat.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BLSK NO. 11)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Pengambilan dadah di kalangan remaja kian meningkat terutama murid sekolah menengah.

(a) Selain daripada kempen kesedaran, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak-pihak terlibat misalnya Jabatan Pendidikan, Polis, sekolah dan lain-lain?

(b) Apakah kerjasama antara pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan pihak sekolah yang perlu dipertingkatkan untuk membanteras kegiatan pengambilan dadah di kalangan murid?

YAB. Ketua Menteri:

12. (a) Gejala pengambilan dadah di kalangan remaja semakin tahun semakin meningkat sama ada di peringkat negeri mahupun negara. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil pelbagai langkah proaktif untuk menangani isu ini antaranya adalah kempen kesedaran remaja melalui lawatan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah ( Polis) ke sekolah-sekolah bagi menerangkan bahaya pengambilan dan pengedaran dadah. Disamping itu juga pihak PDRM melalui pegawai-pegawai yang terlatih akan datang membincangkan permasalahan berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah selain merangka program mengikut kesesuaian murid dengan guru-guru disiplin sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah-sekolah pula kerap menjalankan ujian air kencing kepada para pelajar dimana ujian ini akan dibuat bersama-sama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Bagi pelajar yang positif dadah, kaunseling akan diberikan oleh guru kaunseling dan pelajar-pelajar ini juga akan menjalani Program Intervensi oleh pihak AADK dimana dalam program ini, pelajar terlibat akan sentiasa diberi motivasi dan pendidikan tentang bahayanya dadah untuk masa depan mereka. Selain daripada Sambutan Minggu Anti dadah yang diadakan dalam bulan Februari, pendidikan tentang ancaman dadah dijalankan secara berterusan dalam Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Pihak sekolah juga menyediakan poster-poster berkaitan ancaman dadah di sudut-sudut yang dikhaskan dan menjadi laluan utama para pelajar. Tujuannya adalah agar para pelajar sentiasa berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan dadah.

Page 130: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

130

(b) Kerjasama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pihak sekolah sememangnya telah terjalin sejak awal penubuhan AADK sekitar tahun 1983 lagi. Namun, walaupun ada kerjasama di antara kedua pihak namun ada beberapa perkara yang perlu dipertingkatkan lagi memandangkan wabak pengambilan dadah ini semakin tahun semakin meningkat terutama sekali kes-kes yang melibatkan kalangan remaja negara ini. Antara program kerjasama yang boleh dipertingkatkan lagi antara dua jabatan adalah Program Lawatan ke rumah-rumah murid yang positif dadah dijalankan secara berkala disamping memberi kata-kata positif yang dapat menjadi dorongan untuk murid tersebut untuk berubah. Selain itu juga Program Kemahiran Keibubapaan oleh pihak AADK bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh diadakan di sekolah bagi memupuk rasa cintakan keluarga bagi membendung aktiviti tidak bermoral ini.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Difahamkan amalan situasi kini adalah Pejabat Daerah terpaksa bergantung kepada kelulusan peruntukan Wakil Rakyat untuk penganjuran majlis rasmi jabatan.

(a) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memberi elaun keraian kepada semua Pejabat Daerah untuk penganjuran majlis rasmi yang melibatkan orang awam dan geran khas untuk membiayai aktiviti PUSPANITA daerah dan Kelab Sukan Pejabat Daerah?

YAB. Ketua Menteri:

13. Kerajaan Negeri sememangnya menyalurkan peruntukan kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk mengadakan majlis-majlis rasmi jabatan, program-program kemasyarakatan, program sosial, kebudayaan dan pembangunan masyarakat.

Kerajaan Negeri juga ada menyediakan peruntukan khas yang boleh dimohon oleh Kelab Kebajikan dan Sukan di semua Jabatan Negeri untuk melaksanakan aktiviti sosial, sukan dan kebajikan bagi ahlinya. Peruntukan khas tersebut adalah dalam bentuk sumbangan asas dan matching grant seperti berikut:

(a) Sumbangan Asas

Sumbangan asas sebanyak RM10.00 seorang ahli setahun.

(b) Matching Grant

Matching Grant bagi setiap ringgit yuran bulanan yang dibayar oleh ahli maksimum RM20.00 setiap ahli setahun.

Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan sebanyak RM50,000.00 setahun untuk PUSPANITA peringkat Negeri untuk melaksanakan program dan aktiviti.

Permohonan peruntukan Yang Berhormat bagi pelaksanaan aktiviti mereka adalah sebagai sumber

kewangan tambahan serta untuk melaksanakan program tersebut dengan berskala besar.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan dalam negeri semakin serius dan membawa impak negatif kepada masyarakat setempat.

(a) Senaraikan status mereka dengan terperinci mengikut umur, jantina, negara asal dan status ibu bapa.

(b) Apakah polisi dan tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini? Sila huraikan.

YAB. Ketua Menteri:

14. (a) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mempunyai rekod individu yang tidak bernegara (stateless). Ini adalah kerana dokumen pendaftaran kelahiran yang dikeluarkan oleh JPN kepada seseorang individu hanya akan direkodkan dengan taraf sama ada Warganegara atau Bukan Warganegara. Penentuan taraf kewarganegaraan adalah berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa individu sewaktu kelahiran berlaku.

Page 131: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

131

Bagi individu yang dilahirkan sebelum perkahwinan ibu bapa mereka didaftarkan secara sah mengikut perundangan negara ini (anak tak sah taraf), maka kewarganegaraan individu tersebut adalah mengikut kewarganegaraan ibunya, selaras dengan Seksyen 17, Bahagian III, Jadual Kedua, Perlembagaan Persekutuan. Justeru, anak tak sah taraf yang dilahirkan oleh wanita warga asing akan direkodkan sebagai Bukan Warganegara.

Bagi pendaftaran kelahiran yang dikemukakan tanpa maklumat negara asal ibu bapa, namun terdapat bukti bahawa individu tersebut Bukan Warganegara Malaysia, maka taraf kewarganegaraan akan direkodkan sebagai Bukan Warganegara yang kewarganegaraannya belum ditentukan (stateless). Individu tersebut boleh mengemukakan permohonan pindaan maklumat kepada JPN sekiranya mereka telah memperolehi bukti mengenai negara asal mereka.

Ibu bapa atau penjaga individu yang bertaraf Bukan Warganegara bertanggungjawab untuk menguruskan dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal ibunya. Kegagalan ibu bapa atau penjaga melaksanakan tanggungjawab mereka akan menyebabkan isu berbangkit seperti ketiadaan dokumen pengenalan diri dari negara asal yang akhirnya menyebabkan keberadaan yang tidak sah di negara ini. Seterusnya, mereka juga disalah anggap sebagai stateless di Malaysia.

(b) Bagi menangani isu ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan Program Kewarganegaraan Negeri Pulau Pinang pada 1 Februari 2013 bagi membantu penduduk Pulau Pinang yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia. YB. Prof Dr. P. Ramasamy selaku Timbalan Ketua Menteri II telah dilantik sebagai pemantau program manakala seramai lima (5) orang Pegawai Pembantu Kewarganegaraan telah dilantik bagi setiap daerah di Pulau Pinang untuk menjalankan tugas-tugas membantu individu tanpa taraf kewarganegaraan dalam membuat permohonan daftar lewat sijil lahir, daftar lewat kad pengenalan, permohonanan kewarganegaraan, permohonan berkaitan kes-kes imigresen dan lain-lain permohonan yang berkaitan dengan status kewarganegaraan Malaysia.

Sehingga 21 Mei 2018, seramai 1,170 individu telah dibantu melalui program ini. Dari jumlah tersebut, sebanyak 249 permohonan lengkap telah dikemukakan kepada Jabatan-Jabatan Pendaftaran Negara dan agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan. Daripada 249 permohonan yang dikemukakan, sebanyak 52 kes telah berjaya manakala 197 kes masih berada dalam tindakan jabatan-jabatan kerajaan tersebut.

Baki 921 kes pula masih berada dalam tindakan Pegawai-Pegawai Pembantu Kewarganegaraan bagi mengumpul semua dokumen yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan yang lengkap. Statistik pencapaian Program Kewarganegaraan Negeri Pulau Pinang dari 1 Februari 2013 hingga 21 Mei 2018 adalah seperti dalam Lampiran A.

Antara program turun padang yang telah dianjurkan melalui inisiatif ini adalah Road Show Program Kewarganegaraan Kerajaan Negeri yang telah diadakan pada 22 Mei 2018 bertempat di Dewan Del’meron (D Bintang), Kepala Batas, Seberang Perai Utara dan pada 7 Ogos 2016 di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan serta pada 4 September 2016, Mydin Mall, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Road Show yang diatur bagi bahagian Pulau Pinang pada 5 November 2017 di Konkos Tingkat 3, KOMTAR terpaksa dibatalkan pada saat terakhir disebabkan bencana banjir serius yang telah melanda seluruh Pulau Pinang pada masa tersebut.

Selain itu, program terdekat yang akan diadakan adalah Road Show Program Kewarganegaraan yang dijadualkan pada 19 Ogos 2018 bertempat di Concourse, Aras 3, KOMTAR. Program ini akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Malaysia.

RUJ. LAMPIRAN A (BLSK NO. 14)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Kilang-kilang haram atau tidak berlesen masih beroperasi di setiap daerah.

(a) Senaraikan bilangan kilang yang telah mendapat lesen melalui proses pemutihan dan bilangan yang masih beroperasi tanpa lesen.

(b) Apakah impaknya kepada sosial, trafik dan alam sekitar? Apakah usaha / tindakan oleh Kerajaan Negeri untuk menangani isu-isu yang timbul? Huraikan.

Page 132: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

132

YAB. Ketua Menteri:

15. (a) Senarai kilang yang masih beroperasi tanpa lesen adalah sebanyak 410 buah kilang. Senarai bilangan kilang mengikut daerah adalah seperti jadual berikut:

Daerah Bilangan Kilang yang

Beroperasi Tanpa Lesen

Timur Laut 51

Barat Daya 85

Seberang Perai Utara 102

Seberang Perai Tengah 77

Seberang Perai Selatan 95

JUMLAH 410

Proses pemutihan kilang hanya dilaksanakan di MPSP yang bermula pada 3 Januari 2018 dan akan tamat pada 2 Januari 2019. Sehingga kini tiada kilang yang memperoleh lesen melalui proses pemutihan memandangkan tempoh tamat pemutihan adalah pada 2 Januari 2019. Dalam tempoh pemutihan ini MPSP telah mengeluarkan sebanyak 111 lesen bertempoh/sementara. Kilang-kilang yang disenaraikan dalam pemutihan dikehendaki mengemukakan dokumen kepada MPSP untuk mendapatkan lessen tetap. Sekiranya kilang-kilang ini masih tidak mengemukakan dokumen lengkap selepas tamat tempoh pemutihan, pihak MPSP akan mengambil tindakan penguatkuasaan.

(b) Kesan impak kepada sosial, trafik dan alam sekitar adalah:

(i) Masalah sosial disebabkan berlainan budaya dan cara hidup daripada lambakan pekerja warga asing .

(ii) Pelepasan / pelupusan sisa industri tanpa melalui proses yang diluluskan oleh PBT dan jabatan/agensi teknikal.

(iii) Kewujudan kacau ganggu dari aspek bunyi bising, bau dan lain-lain pencemaran alam sekitar kepada penduduk setempat.

(iv) Risiko keselamatan kepada penduduk setempat disebabkan oleh kenderaan berat seperti lori atau treler yang keluar masuk.

(v) Pertambahan kesesakan lalu lintas dan kerosakan jalan raya.

Antara usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini adalah seperti berikut:

(i) Menggalakkan pemilik-pemilik kilang haram untuk menyegerakan tindakan permohonan kebenaran merancang dalam tempoh Program Pemutihan Kilang.

(ii) Mengeluarkan lesen bertempoh/sementara kepada kilang-kilang untuk memberi ruang kepada pengusaha kilang bagi mematuhi syarat-syarat jabatan teknikal.

(iii) Mempermudahkan pihak kilang untuk mengemukakan pelan kebenaran merancang.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Senaraikan dengan terperinci semua permohonan perancangan pembangunan di KADUN Sungai Pinang sejak 2008 sehingga kini.

(a) Senaraikan nama pemaju, nama projek, jenis pembangunan, ketinggian, bilangan unit, nombor lot dan lokasi pembangunan serta status pembangunan terkini.

(b) Apakah impaknya kepada sosial, trafik dan alam sekitar di sekitarnya? Huraikan.

YAB. Ketua Menteri:

16. (a) Senarai semua projek pembangunan di KADUN Sungai Pinang yang diberikan kelulusan Kebenaran Merancang oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sejak 2008 sehingga kini adalah berjumlah 27 projek dan permohonan Pelan Bangunan yang diluluskan adalah berjumlah 47 projek. Butir kedua-dua kelulusan ini akan diemel kepada Yang Berhormat oleh Bahagian Kerajaan Tempatan.

(b) Pihak MBPP mempertimbangkan setiap Permohonan Merancang yang dikemukakan berdasarkan laporan Traffic Impact Assessment (TIA), laporan Environmental Impact Assessment (EIA) dan lain-lain kehendak yang dikemukakan secara serentak untuk semakan dan kelulusan jabatan-jabatan teknikal MBPP. Penilaian yang dijalankan oleh pihak MBPP adalah bertujuan untuk memastikan impak negatif ke atas kawasan

Page 133: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

133

persekitaran terus berada pada tahap yang terkawal. Selain daripada itu, pihak MBPP juga mengenakan syarat-syarat kelulusan Kebenaran Merancang yang wajar untuk

mengurangkan impak negatif yang boleh memberi kesan dari segi sosial, trafik dan alam sekitar di sekeliling tapak pemajuan.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Bilangan gelandangan semakin meningkat dan keadaan semakin membimbangkan. Sila nyatakan.

(a) Statistik jumlah gelandangan di Pulau Pinang mengikut pecahan kaum, gender, umur dan status keluarga.

(b) Huraikan apakah perancangan serta usaha terkini antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan gelandangan.

YAB. Ketua Menteri:

17. (a) Statistik gelandangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang (JKM) adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi ketika operasi menyelamat dan jumlah keseluruhan gelandangan mungkin lebih tinggi atau data sedia ada ini berkemungkinan terjadi pengiraan berganda memandangkan pangkalan data profiling masih di peringkat pembangunan. Perincian jumlah gelandangan mengikut pecahan kaum, gender dan umur adalah seperti di Lampiran A. Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat perincian mengikut status keluarga.

(b) Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk membina sebuah pusat transit gelandangan di Lot 19, Jalan C.Y. Choy, Georgetown. Bangunan ini adalah bangunan rumah kedai dua tingkat milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Program ini akan menempatkan gelandangan di pusat transit tersebut selama 6 hingga 12 bulan. Pengurusan penempatan gelandangan ini dicadang diuruskan oleh pihak Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dikenal pasti oleh pihak Kerajaan Negeri melalui JKM.

Sepanjang tempoh tersebut, gelandangan akan diberi latihan yang bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka. Pekerja sosial atau sukarelawan daripada NGO akan menjadi tenaga penggerak dalam program ini. Seterusnya, kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta akan dipertingkatkan dengan menggalakkan pihak majikan mengambil golongan ini sebagai pekerja mereka.

Manakala, bagi gelandangan yang tidak produktif seperti warga emas, ataupun mereka yang mempunyai penyakit berjangkit, mereka akan ditempatkan di pusat-pusat yang dikendalikan oleh NGO yang sedia ada secara kekal sekiranya mereka ini sebatang kara ataupun saudara mara dan anak-anak mereka tidak dapat dikesan. Kerajaan Negeri akan memberikan geran pentadbiran dan rangsum kepada NGO yang berkaitan.

Selain itu, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia juga sedang membangunkan sistem profiling gelandangan dan telah memilih Pulau Pinang sebagai pilot project. Sistem ini akan merekodkan maklumat-maklumat berkaitan gelandangan yang diselamatkan melalui aplikasi telefon pintar atau komputer dan membantu pegawai penguatkuasa mengenal pasti gelandangan sama ada kes baharu atau berulang. Dengan adanya sistem profiling ini, ianya dapat membantu agensi kerajaan yang berkaitan dalam merangka strategi yang bersesuaian untuk membantu golongan gelandangan.

Manakala tindakan berterusan yang diambil adalah seperti berikut:-

(i) Menjalankan operasi menyelamat gelandangan di mana bagi tempoh Januari hingga Jun 2018, sebanyak 242 operasi telah dilaksanakan oleh JKM melibatkan operasi secara berkala sebanyak 78 kali, operasi bersepadu sebanyak 24 kali dan operasi berdasarkan aduan sebanyak 140 kali. Gelandangan berumur 60 tahun ke atas yang diselamatkan akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan (Bedong, Taiping, Tanjung Rambutan atau Kangar) manakala yang berumur 60 tahun ke bawah akan ditempatkan di Desa Bina Diri (Mersing atau Jerantut). Terdapat juga gelandangan yang ditempatkan di pusat jagaan NGO sekitar Pulau Pinang.

(ii) Meneruskan kempen sedia ada iaitu ''Bijak Membantu, Elak Tertipu” yang dilancarkan pada 27 November 2017 bagi mendidik masyarakat berkaitan isu gelandangan melalui pengiklanan di billboard di sekitar KOMTAR. Kempen ini juga

Page 134: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

134

dilakukan di beberapa pusat membeli belah seperti Pasaraya Mydin, Tesco, Stesen Keretapi Butterworth, Terminal Feri Pulau Pinang, Padang Kota, sekitar masjid-masjid, pasar-pasar malam dan program-program jabatan seperti Program Kembara Kebajikan.

(iii) Mengadakan program advokasi yang berterusan kepada jabatan kerajaan, pihak swasta, NGO, Institut Pengajian Tinggi dan orang ramai berkenaan isu gelandangan.

(iv) Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama agensi kerajaan dan swasta bagi membincang dan menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai gelandangan. Setakat ini, JKM telah mengadakan sebanyak lima kali mesyuarat penyelarasan di peringkat daerah dan dua kali di peringkat negeri.

(v) Manakala Kerajaan Persekutuan telah mewujudkan Pusat Transit Gelandangan iaitu Anjung Singgah Pulau Pinang di Lot No.53, Lebuh Chulia, Pulau Pinang yang beroperasi sejak 9 Jun 2014. Anjung Singgah juga bekerjasama dengan kerajaan negeri, NGO dan swasta bagi memberi penempatan dan perlindungan kepada gelandangan.

RUJ. LAMPIRAN A (BLSK NO. 17)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Projek Turnkey Taman Sri Pinang Jalan Sungai mengalami banyak masalah sejak dibangunkan. Keadaan semakin serius termasuk kebocoran air yang mengakibatkan kebanyakan unit mengalami 'banjir kilat dalam unit kediaman'. Penghuni terdedah kepada berbagai-bagai risiko yang mengancam keselamatan mereka.

(a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk bantu penghuni yang juga kakitangan MBPP? Huraikan.

YAB. Ketua Menteri:

18. Kerajaan Negeri amat komited untuk membantu menyelesaikan masalah penghuni Projek Turnkey Taman Sri Pinang di Jalan Sungai Pinang. Melalui satu sesi dialog bersama penduduk di taman tersebut pada 12 Jun 2018 yang lalu, didapati bahawa isu kebocoran air dalam unit kediaman adalah antara masalah utama penduduk di kawasan itu. Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah penghuni di Taman Sri Pinang, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk mengambil tindakan seperti berikut:

(i). Mengarahkan pihak MC mendapatkan senarai unit yang terlibat dengan kebocoran;

(ii). Menubuhkan satu pasukan teknikal bagi membuat siasatan dan menyediakan pelan cadangan bagi mengatasi masalah kebocoran. Pasukan ini juga perlu membuat anggaran kos yang terlibat bagi kerja-kerja yang akan dicadangkan kelak;

(iii). Menjalankan pemeriksaan terhadap unit yang terbabit dalam tempoh tujuh (7) hari selepas penerimaan notis bersama pihak MC untuk menentukan punca kebocoran antara tingkat dan arahan untuk membaiki kebocoran tersebut akan dikeluarkan kepada pihak yang bertanggungjawab; dan

(iv). Mencadangkan supaya sebahagian daripada kos untuk mengatasi masalah kebocoran boleh diberikan bantuan oleh Kerajaan Negeri melalui Tabung Penyenggaraan Maksimum 80% atau mana-mana agensi yang boleh membantu dalam menanggung kos penambahbaikan tersebut.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Nyatakan jumlah kompaun / PTK (Pemberitahuan Tentang Kesalahan) yang telah dikeluarkan oleh PBT terhadap Litter Bugs mengikut bulan dari tahun 2014 hingga kini.

(a) Apakah kesan daripada pengeluaran kompaun?

(b) Adakah kerajaan berhasrat mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap Litter Bugs?

YAB. Ketua Menteri:

19. Jumlah kompaun yang dikeluarkan atas kesalahan membuang sampah di tempat awam mengikut bulan bagi tahun 2014 hingga Jun 2018 di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) adalah seperti di Lampiran A.

Page 135: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

135

(a) Kesan daripada pengeluaran kompaun atas kesalahan ini telah menimbulkan kesedaran / pendidikan kepada orang awam dan jumlah pelaku kesalahan juga semakin berkurangan. Tindakan perundangan akan ditingkatkan ke atas pesalah yang gagal membayar kompaun yang dikeluarkan untuk kesalahan pembuangan sampah haram. Di samping itu, tindakan pengeluaran notis serta pengeluaran kompaun sedang diambil ke atas penduduk yang gagal menyediakan tong sampah di premis-premis mereka. Dengan tindakan-tindakan sedemikian, Kerajaan Negeri berharap masyarakat Pulau Pinang akan lebih sedar dan lebih peka terhadap keadaan kebersihan Kawasan persekitaran mereka.

(b) Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap kesalahan “litter bugs” memandangkan isu pembuangan sampah di tempat awam masih pada tahap yang serius. Walau bagaimanapun, lebih banyak lagi program Pendidikan dan program kesedaran akan diadakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perkara ini. Operasi penguatkuasaan bersepadu secara berjadual sedang dilaksanakan ke atas kawasan-kawasan "hot spot " pelancongan seperti di lokasi-lokasi berikut:

(i) Persiaran Karpal Singh;

(ii) Padang Kota Lama;

(iii) Kompleks Bukit Jambul; dan

(iv) Queensbay.

Kerajaan Negeri juga berhasrat memasang kemudahan removable CCTV sebanyak 11 unit di Kawasan hot spot dan akan memperluaskan penggunaan CCTV yang tetap untuk memantau tabiat pembuangan sampah penduduk.

RUJ. LAMPIRAN A (BLSK NO. 19)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Adakah pihak kerajaan mengeluarkan kompaun kepada warga asing atas kesalahan pembuangan sampah atau kesalahan yang lain?

(a) Adakah sebarang link antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri supaya warga asing tidak dapat keluar daripada negara tanpa menyelesaikan kompaun tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sememangnya mengeluarkan kompaun kepada individu atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil MBPP termasuk kepada warganegara asing. Sehingga kini, MBPP telah mengeluarkan 117 kompaun kepada warga negara asing atas kesalahan membuang sampah dalam tempoh Januari 2018 hingga Jun 2018. Disamping itu, MBPP juga telah mengeluarkan 51 Pemberitahuan Tentang Kesalahan (PTK) yang dilakukan oleh kenderaan warga asing dalam tempoh yang sama.

Kompaun yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi kesalahan berkaitan kebersihan adalah kepada alamat premis dan bukannya kepada nama individu perseorangan. MPSP juga mengeluarkan kompaun kepada alamat premis-premis yang disyaki dihuni / disewa oleh warga asing. Tiada kesalahan Pemberitahuan Tentang Kesalahan (PTK) yang dikeluarkan kepada warganegara asing bagi kesalahan parking/traffic oleh MPSP.

(a) Sehingga kini, tiada sebarang kerjasama (link) antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk menyekat warga negara asing yang gagal menyelesaikan kompaun keluar dari negara ini.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Astaka Serina Bay di Hilir Sungai Pinang terbiar begitu sahaja dan telah menjadi suatu tempat mengumpan kegiatan tidak sihat.

(a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri ke atas astaka tersebut?

(b) Apakah kerajaan berhasrat supaya menjadikan astaka ini sebagai dewan komuniti atau tempat pengutipan serta pengasingan sisa di punca demi kebajikan rakyat setempat? Huraikan.

Page 136: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

136

YAB. Ketua Menteri:

21. (a) Kerajaan Negeri melalui MBPP telah merancang untuk menjadikan astaka berkenaan sebagai pusat aktiviti kitar semula dan pengasingan sisa di punca.

(b) Selaku pusat aktiviti kitar semula dan pengasingan sisa dipunca Kerajaan Negeri berharap MBPP dapat memastikan pengisian aktiviti di astaka tersebut iaitu:-

(i) Pendidikan awam kepada komuniti mengenai kitar semula dan pengasingan sisa di punca.

(ii) Menyediakan tempat pengumpulan barangan kitar semula

(iii) Membuka ruang kepada komuniti dapat meningkatkan pendapatan melalui aktiviti kitar semula

(iv) Melatih komuniti dalam menjaga alam sekitar.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Nyatakan jumlah berat sampah sungai (metrik ton) yang dipungut dari Sungai Pinang mengikut bulan dari tahun 2014-2018.

(a) Apakah tindakan kerajaan terhadap penyumbang sampah sungai yang juga merupakan faktor utama banjir berlaku?

(b) Apakah perancangan dan penaiktarafan kaedah pengutipan sampah dari sungai masa depan untuk menangani masalah ini?

YAB. Ketua Menteri:

22. Jumlah berat sampah sungai (tan metrik) yang dipungut dari Sungai Pinang mengikut bulan, dari tahun 2014 hingga 2018 adalah seperti di Lampiran A.

(a) Kerajaan Negeri amat memandang serius terhadap isu pembuangan sampah ke dalam sungai ini. Oleh yang demikian, tindakan penguatkuasaan ke atas individu-individu yang sengaja membuang sampah ke dalam sungai diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan, termasuklah tindakan penguatkuasaan ke atas pengusaha yang mengalirkan sisa buangan ke dalam longkang dan parit awam yang akhirnya disalurkan ke dalam sungai. Kompaun juga dikeluarkan kepada pengusaha yang tidak memasang perangkap gris di premis mereka yang mengakibatkan pelepasan sisa minyak ke dalam sistem saliran. Selain itu, kempen kesedaran mengenai perlunya menjaga kebersihan sungai juga turut diadakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di pelbagai peringkat, kepada penduduk setempat, pelajar sekolah dan kanak-kanak tadika.

(b) Kerajaan Negeri melalui JPS sedang melaksanakan pemasangan alat kutipan sampah secara automatik yang dikenali sebagai ‘auto rake system’ di lokasi-lokasi yang bersesuaian.

RUJ. LAMPIRAN A (BLSK NO. 22)

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Huraikan dengan terperinci apakah pencapaian dengan penggunaan teknologi iQPR untuk rawatan dan pemuliharaan kualiti air di Sungai Pinang.

(a) Apakah perbezaan tahap pemuliharaan air sekarang berbanding dengan tanpa penggunaan teknologi iQPR?

(b) Apakah perancangan masa depan untuk menangani masalah pencemaran sungai? Huraikan.

YAB. Ketua Menteri:

23. (a) Sebelum Teknologi IQPR dilaksanakan, Indeks Kualiti Air (WQI) di Sungai Pinang adalah Kelas V yang mana kegunaan air hanya sesuai untuk kegunaan pengairan sahaja. Namun, setelah Teknologi IQPR ini dijalankan WQI di Sungai Pinang telah berubah daripada Kelas V kepada kelas II (berdasarkan laporan pada 20 November 2017).

(b) Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang Fasa III merupakan perancangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menangani masalah banjir. Walaupun begitu, program bersama orang awam turut terkandung dalam kontrak projek ini bagi menangani

Page 137: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

137

masalah pencemaran sungai. Program ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada penduduk setempat untuk bersama-sama menjaga alam sekitar dan memelihara sungai.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Apakah status terkini kegunaan Jeti Nelayan Jelutong?

(a) Adakah Jeti Nelayan Jelutong sudah beroperasi dengan sepenuh masa? Jika tidak, kenapa?

(b) Sila huraikan dengan terperinci permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak kerajaan atau nelayan berkaitan Jeti ini.

YAB. Ketua Menteri:

24. Status Jeti Nelayan Jelutong terkini adalah masih dalam penyelenggaraan oleh pihak IJM berikutan kejadian ribut pada November 2017 yang mengakibatkan kerosakan pada cerucuk, pontoon dan wave attenuator.

(a) Jeti Nelayan Jelutong masih belum beroperasi sepenuhnya memandangkan nelayan belum berpindah ke jeti tersebut kerana terdapat beberapa tuntutan yang diminta oleh pihak nelayan masih di peringkat perbincangan.

(b) Antara cabaran yang dihadapi dalam usaha menyelesaikan isu Jeti Nelayan Jelutong adalah:-

Tuntutan nelayan yang masih dalam pertimbangan seperti berikut:-

• Benteng pemecah ombak yang diperlukan bagi melindungi vessel dan keselamatan nelayan di jeti;

• Unit Nelayan Jelutong memohon dua (2) buah gerai tambahan dibina sebagai premis kegiatan ekonomi mereka; dan

• Permohonan pampasan tambahan.

Dakwaan pihak nelayan bahawa jeti tersebut jauh berbanding dari jeti asal dan menyebabkan penambahan kos operasi mereka.

Jeti tersebut tidak dapat menampung jumlah bot nelayan sedia ada.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Huraikan dengan terperinci status terkini tapak pelupusan sampah di Persiaran Karpal Singh, Jelutong.

(a) Apakah perancangan jangka panjang dan jangka pendek oleh Kerajaan Negeri untuk menangani permasalahan yang timbul di kalangan penduduk setempat misalnya pencemaran udara akibat kebakaran yang kerap berlaku, kekotoran dan sebagainya.

YAB. Ketua Menteri:

25. Tapak Pelupusan Sampah Jelutong (TPSJ) merupakan tanah kerajaan negeri dan pengoperasian TPSJ adalah di bawah tanggungjawab Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Tindakan jangka pendek yang telah diambil oleh MBPP bagi menangani permasalahan yang timbul di TPSJ adalah seperti berikut:

(i) Mengetatkan kawalan ke atas kemasukan sampah bercampur;

(ii) Meningkatkan pemantauan di tapak dengan pemasangan CCTV tambahan;

(iii) Melarang lori-lori daripada keluar terus ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, dan

(iv) Meningkatkan kekerapan kerja pembersihan di jalan-jalan sekitar TPSJ mengikut keperluan semasa.

(a) Bagi perancangan jangka panjang, Kerajaan Negeri akan melaksanakan "Projek Penutupan Selamat TPSJ, Penyediaan Tapak Baharu Bagi Sisa Buangan Bahan Binaan dan Marine Clay Dan Pembangunan Di Tapak Yang Telah Direhabilitasi”. Projek ini secara keseluruhannya dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 15 tahun dan mampu meningkatkan nilai tanah TPSJ dan menjadi tarikan pelancongan yang baharu. Projek penutupan selamat TPSJ akan disiapkan dalam tempoh 5 tahun pertama.

Page 138: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

138

Status terkini projek tersebut adalah, Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan pelantikan PLB Engineering Berhad bagi pelaksanaan projek ini dan sedang menyediakan draf perjanjian untuk dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Projek Penutupan Selamat TPSJ dan Penyediaan Tapak Baharu Bagi Sisa Buangan Bahan Binaan dan Marine Clay hanya akan dimulakan sekiranya Laporan Environment Impact Assessment (EIA) bagi kedua-dua komponen projek telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Bilangan kes demam denggi meningkat mendadak dan juga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat jelata.

(a) Adakah kaedah menghapuskan vektor deman denggi efektif dan perlu dikaji semula? Huraikan.

(b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk menangani masalah demam denggi yang mengancam kesihatan rakyat.

YAB. Ketua Menteri:

26. (a) World Health Organisation (WHO) menyatakan bahawa bagi mengawal denggi untuk jangka masa yang panjang, cara paling berkesan adalah melalui penghapusan tempat pembiakan melalui mobilisasi komuniti. Bagaimanapun segala usaha untuk menggerakkan komuniti sering menemui jalan buntu kerana masyarakat memberi kurang kerjasama dalam usaha-usaha pembersihan persekitaran atau gotong-royong yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Walaupun kaedah yang dilaksanakan pada ketika ini bukan kaedah yang paling baik, tiada kaedah lain yang boleh digunakan memandangkan kaedah-kaedah lain seperti vaksin dan penggunaan SIT (Sterile Insect Technique)/ Wolbachiamasih dalam kajian di Malaysia.

(b) Menangani masalah denggi masih memerlukan kerjasama semua pihak memandangkan isu utama yang menyumbang kepada pembiakan aedes adalah isu kebersihan persekitaran. Samada di peringkat negeri atau peringkat pusat, Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu denggi telah ditubuhkan di mana isu-isu yang menyumbang kepada peningkatan denggi dibincangkan bagi mencari jalan penyelesaian.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukan sebanyak RM 423,333.00 untuk melanggani sistem Artificial Intelligence in Medical Epidemiology (AIME), satu perisian yang mampu meramal kejadian wabak denggi. AIME telah mula digunakan di Pulau Pinang sejak bulan Januari 2018 untuk membantu anggota kawalan denggi untuk mengenal pasti kawasan yang paling bermasalah untuk dijalankan aktiviti kawalan. Memandangkan Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) masing-masing mengalami kekangan sumber dalam pelaksanaan kawalan denggi kerana kawasan liputan yang luas dan kepadatan yang tinggi, satu taskforce telah diwujudkan dengan menggabungkan sumber-sumber dari Jabatan Kesihatan dan MBPP. Taskforce ini bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan pembersihan persekitaran, siasatan dan kawalan kes, penguatkuasaan, kajian entomologi dan pendidikan kesihatan bagi kawasan-kawasan paling bermasalah di dalam Daerah Timur Laut, daerah yang melaporkan bilangan kes tertinggi. Perancangan kawasan-kawasan bermasalah adalah berdasarkan kepada taburan kes dan ramalan AIME.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Apakah perancangan untuk penempatan semula penduduk-penduduk Ladang Hong Seng, Mount Erskine yang terlibat dalam kejadian tanah mendap yang berlaku pada bulan September dan Oktober tahun 2017? Sila huraikan dengan terperinci.

YAB. Ketua Menteri:

27. Penempatan semula penduduk-penduduk di Ladang Hong Seng, Mount Erskine yang terlibat dalam kejadian tanah mendap akan dilaksanakan dalam dua (2) fasa. Fasa pertama melibatkan 30 buah rumah manakala fasa kedua pula melibatkan baki 11 buah rumah lagi. Bagi penempatan semula fasa pertama, Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan bersama pihak UDA Holdings Sdn Bhd (UDA) untuk mendapatkan 30 buah rumah ganti di projek perumahan UDA di Tanjong Tokong.

Page 139: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

139

Selain itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melalui Jurutera Perunding telah selesai menyediakan cadangan pelan rekabentuk kerja membaik pulih dan mitigasi bagi kejadian tanah mendap di Ladang Hong Seng dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Kawasan Jelutong mempunyai ramai penduduk golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada perkhidmatan bas. Perkhidmatan bas percuma CAT (Congestion Alleviation Transport) oleh Kerajaan Negeri sejak April 2018 amat dialu-alukan oleh rakyat jelata.

(a) Bilakah perkhidmatan bas percuma ini akan dilancarkan di Kawasan Jelutong terutamanya KADUN Sungai Pinang? Huraikan.

YAB. Ketua Menteri:

28. (a) Kerajaan Negeri memahami keperluan golongan berpendapatan rendah yang ingin mendapatkan perkhidmatan bas percuma bagi menanggung kos sara hidup di Pulau Pinang. Pemilihan kawasan bagi melaksanakan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleriation Transport CAT adalah berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut:

(i). Kawasan berdensiti tinggi. Padat dengan kawasan perumahan / perindustrian / perniagaan;

(ii). Kawasan yang mengalami kadar kesesakan trafik yang tinggi;

(iii). Kawasan yang perlu dinaiktaraf sistem pengangkutan awam termasuk infrastruktur yang membantu;

(iv). Kawasan yang mempunyai banyak aktiviti harian / perniagaan dan lain-lain; dan

(v). Kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan bas sebelum ini.

Oleh yang demikian, dengan mengambil kira kesemua kriteria di atas, Kerajaan Negeri telah memutuskan hanya 12 laluan yang merangkumi 6 laluan di Bahagian Pulau (Air Itam, Balik Pulau, Tanjung Tokong, Georgetown, Bayan Baru dan Sungai Dua) dan 6 laluan di Seberang Perai (Bukit Mertajam, Nibong Tebal, Batu Kawan, Bertam, Alma dan Seberang Jaya) akan dilaksanakan terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia untuk meneliti dan mempertimbangkan penambahan perkhidmatan ini ke kawasan Jelutong atau kawasan-kawasan lain di dalam KADUN Sungai Pinang sekiranya terdapat keperluan dan menepati kriteria pemilihan kawasan seperti senarai di atas.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa maklumat terperinci mengenai jumlah bilangan pelarian Rohingya yang memegang Kad UNCHR yang kini menetap di Pulau Pinang?

(a) Apakah perancangan kerajaan untuk menangani isu-isu sosial yang timbul?

YAB. Ketua Menteri:

29. (a) Jumlah bilangan pelarian Rohingya yang memegang Kad United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Pulau Pinang setakat ini adalah seramai 4,130 orang. Malaysia menjadi negara destinasi pilihan Rohingya atas faktor negara kita mempunyai majoriti penduduk beragama Islam. Masalah sosial yang perlu difikirkan dan ditangani oleh kerajaan adalah seperti penyelidikan pendidikan, kelahiran dan kematian, kebajikan, penempatan semula yang sangat terhad, jenayah setempat kerana mereka tidak bekerja, tiadanya bantuan dan kerjasama dari Myanmar.

Setakat ini pihak Cawangan Khas komited dan sentiasa bekerjasama dengan pihak Kedutaan dan pejabat UNHCR untuk memantau aktiviti mereka sekaligus mengekang mereka dari terlibat dengan aktiviti jenayah dan sosial. Peranan kerajaan dalam isu ini merangkumi pendidikan, kesihatan, sara hidup, penghantaran pulang, penempatan di negara ketiga dan semakan status pelarian. Kerajaan juga melaksanakan pendaftaran program maklumat biometrik bagi memastikan data maklumat bertujuan sebagai pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang.

Page 140: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

140

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

30. Sebanyak 1,616 kes Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) telah direkodkan setakat Julai 2018 di Pulau Pinang berbanding dengan 1,050 kes pada 2017. Pertambahan kes-kes penyakit ini sangat membimbangkan.

(a) Apakah usaha dan tindakan kecemasan diambil oleh semua agensi terlibat untuk menangani masalah ini?

(b) Apakah kaedah pencegahan yang perlu dimaklumkan?

YAB. Ketua Menteri:

30. Dalam usaha untuk menangani masalah peningkatan kes Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD), ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa, pengusaha taska, tadika dan pusat jagaan serta pihak sekolah.

(a) Antara usaha-usaha yang diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dalam menangani masalah HFMD adalah seperti berikut:

(i). Siasatan dijalankan ke atas kes-kes yang dilaporkan terutamanya melibatkan premis yang mempunyai penghuni yang ramai;

(ii). Pemeriksaan kanak-kanak yang terdedah (pengesanan kes secara aktif) bagi memastikan mereka bebas daripada tanda-tanda dan gejala penyakit;

(iii). Pengeluaran arahan penutupan premis di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk kerja-kerja pembersihan premis bagi memutuskan rangkaian jangkitan HFMD;

(iv). Mengadakan lawatan ke semua taska/ tadika dan pusat jagaan bagi tujuan pemeriksaan tahap kebersihan dan keselamatan premis serta meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit HFMD di kalangan pengusaha taska/ tadika dan pusat jagaan;

(v). Pengamal perubatan digesa agar lebih peka (vigilant) terhadap peningkatan kes-kes HFMD dan melaporkan semua kes yang disyaki/ didiagnos sebagai HFMD kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat untuk tindakan kawalan dan pencegahan;

(vi). Pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit HFMD di kalangan pengusahan taska, tadika dan pusat jagaan; dan

(vii). Ceramah berkenaan HMFD di Mutiara FM telah dibuat pada 9 Julai 2018 dan ulang siar secara berkala telah dan sedang dijalankan oleh Mutiara FM.

(b) Kaedah pencegahan yang boleh diambil maklum oleh semua pihak adalah seperti berikut:

(i). Pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska/ tadika dan pusat jagaan hendaklah sentiasa memastikan kebersihan permis terutama peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak;

(ii). Memperkukuhkan saringan di pintu masuk (gate screening) dan tidak membenarkan kanak-kanak dengan gejala HFMD untuk menghadiri sesi harian/ sekolah; dan

(iii). Sentiasa mengamalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas mencuci najis kanak-kanak.

IX. Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri telah mengumumkan bahawa larangan penggunaan straw akan bermula pada 1 Januari 2019:

(a). Apakah kaedah yang akan digunakan untuk larangan ini?

(b). Adakah caj atau kutipan akan dikenakan untuk penggunaan straw sepertimana yang dikenakan ke atas penggunaan plastik?

Page 141: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

141

YAB. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk melaksanakan Dasar Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna (No To Single-Use Plastic) bermula pada 1 Januari 2019 secara berfasa dimulakan dengan Polisi Larangan Penggunaan StrawPlastik (No To Plastic Straw) secara menyeluruh di peringkat negeri.

(a) Kaedah yang akan digunapakai bagi larangan ini distrukturkan kepada tiga (3) fasa yang melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:

Fasa Pertama:

(i) Penubuhan Jawatankuasa Pemandu sebagai urusetia bagi merangka dasar baharu ke arah larangan penggunaan Single-Use Plastic termasuk penyelarasan polisi sedia ada; dan

(ii) Pelaksanaan kajian dan soal selidik bagi mendapatkan pandangan orang awam terhadap cadangan pelaksanaan dasar dan polisi.

Fasa Kedua:

(i) Proses gubalan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi meletakkan asas punca kuasa kepada PBT selaku agensi pelaksana dasar dan polisi;

(ii) Penyediaan garis panduan bagi pematuhan dan penguatkuasaan; dan

(iii) Pembentangan draf dasar dan polisi kepada Jawatankuasa MMK Alam Sekitar dan Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan.

Fasa Ketiga:

(i). Taklimat, publisiti dan proses penglibatan pihak berkepentingan (stakeholders) iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), orang awam, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pengusaha sektor makanan dan minuman serta industri plastik;

(ii). Pemurnian draf dasar dan polisi dengan mengambil kira input dari pihak berkepentingan; dan

(iii). Pembentangan dasar dan polisi akhir kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk kelulusan bagi pelaksanaan dan penguatkuasaan.

Proses penyediaan dasar dan polisi ini akan mengambil masa selama enam (6) bulan dari Julai hingga Disember 2018 dan dicadang berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2019 dimulakan dengan polisi No To Plastic Straw. Serentak dengan proses ini, Kerajaan Negeri melalui Penang Green Council (PGC) telah memulakan pendekatansoft approach dengan mendekati masyarakat serta peniaga makanan dan minuman untuk memberikan informasi dan kesedaran supaya menyokong dasar No To Single-Use Plastic secara amnya dan polisi No To Plastic Strawsecara khusus.

(b) Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk mengenakan caj atau kutipan bagi penggunaan strawplastik semasa pelaksanaan polisi ini.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Badan Pengurusan Bersama atau Perbadanan Pengurusan di KADUN Pengkalan Kota.

(a). Sila senaraikan Badan Pengurusan Bersama atau Perbadanan Pengurusan yang telah ditubuhkan di KADUN Pengkalan Kota.

(b). Sila senaraikan skim pemajuan strata yang masih belum menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Perbadanan Pengurusan di KADUN Pengkalan Kota.

Page 142: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

142

YAB. Ketua Menteri:

2. (a) Senarai Badan Pengurusan Bersama dan Perbadanan Pengurusan yang telah ditubuhkan di KADUN Pengkalan Kota adalah seperti berikut :-

Badan Pengurusan Bersama (JMB)

BIL. NAMA SKIM

1. Sri Saujana Blok A, B & C (LC & LMC)

2. The Sandilands

Perbadanan Pengurusan (MC)

BIL. NAMA SKIM

1. Blok 344 Gat Lebuh Cecil

2. Blok 346 Gat Lebuh Cecil

3. Blok 348 Gat Lebuh Macallum

4. Blok 350 Gat Lebuh Macallum

6. Blok 352 Lebuh Macallum

7. Blok 354 Gat Lebuh Cecil

8. Blok 358 Lebuh Macallum

9. Blok 360 Lebuh Macallum

10. Blok 362 Gat Lebuh Macallum

11. Blok U-shaped Pengkalan Weld

12. Halaman Emas

13. Harbour Trade Centre

14. Kompleks Pulau Mutiara

15. Pangsapuri Cergasmaju

16. Taman Harbour View (Wisma KGN)

(b) Senarai skim pemajuan strata yang masih belum menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Perbadanan Pengurusan di KADUN Pengkalan Kota adalah seperti berikut :-

BIL. NAMA SKIM

1. Flat Lebuh Noordin

2. Pangsapuri Pelangi Blok 3 & 5

Page 143: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

143

3. Pangsapuri Pelangi Blok 7,9 & 11

4. Summit 191

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Penang Art District.

(a). Apakah status terkini berhubung dengan pembangunan Penang Art District?

(b). Adakah perbincangan telah diadakan bersama komuniti seni di Pulau Pinang berhubung Penang Art District? Sila nyatakan jumlah bilangan perbincangan / mesyuarat yang telah diadakan sekiranya ada.

YAB. Ketua Menteri:

3. (a) Pembangunan Penang Art District kini dalam peringkat untuk mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan. Pihak konsultan BYG Architecture telah mengemukakan Pelan Bangunan Kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) pada 18 Mei 2018 untuk pertimbangan kelulusan.

(b) Sebanyak tiga (3) sesi perbincangan telah diadakan bersama pihak komuniti seni Pulau Pinang bertempat di Penang House of Music (PHOM). Sesi perbincangan tersebut telah diadakan bersama kumpulan “Individual visual artists” pada 25 Oktober 2017, “Gallery Owners & Art Societies/Groups” pada 26 Oktober 2017 dan “Performing Arts Community” pada 10 November 2017.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Keadaan lalu lintas yang sesak di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu / Gat Lebuh Macallum / Gat Lebuh Cecil.

(a). Sila nyatakan usaha Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan keadaan lalu lintas yang sesak di kawasan tersebut.

(b). Apakah cadangan alternatif Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan kesesakan di kawasan tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sememangnya menyedari tentang kesesakan lalulintas yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Gat Lebuh Macallum dan Gat Lebuh Cecil.

(a) Penyelesaian jangka pendek yang dirancang oleh Kerajaan Negeri ialah membina pusingan 'U' berkembar pada paras jalan di persimpangan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu / Jalan Sungai Pinang / Lebuh Sungai Pinang. Proses tender terbuka telah dipanggil pada bulan Jun 2018 yang lalu. Dijangkakan kerja-kerja tapak dapat dimulakan pada bulan September 2018 dan disiapkan dalam tempoh 12 bulan selepas itu.

(b) Kerajaan Negeri turut mempunyai cadangan alternatif bagi menyelesaikan masalah kesesakan di kawasan ini seperti :

(i). Membina tanjakan berarah (directional ramp) untuk pembelokan ke kanan dari Gat Jalan Magazine ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu;

(ii). Membina pusingan 'U' bertingkat di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di antara Gat Lebuh Macallum dan Gat Jalan Magazine

(iii). Pembinaan sistem LRT dari pusat bandar George Town ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta menambah baik sistem pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan ini.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Perkhidmatan Bas Percuma CAT (Congestion Alleviation Transport).

(a). Sila senaraikan kesemua laluan perkhidmatan bas percuma CAT mengikut kawasan dan waktu perkhidmatan.

Page 144: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

144

(b). Sila senaraikan jumlah penumpang perkhidmatan bas percuma CAT sejak pelancaran perkhidmatan tersebut.

YAB. Ketua Menteri:

5. (a) Laluan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) mengikut kawasan di seluruh Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 12 laluan. Perincian kawasan laluan dan waktu perkhidmatan adalah seperti di Lampiran A

(b) Jumlah penumpang bagi keseluruhan laluan yang menggunakan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) sejak pelancaran yang bermula pada 1 April 2018 sehingga 23 Julai 2018 adalah seramai 830,763 orang. Jumlah ini adalah tidak termasuk laluan bagi CAT di kawasan Seberang Jaya yang hanya akan dilancarkan pada 31 Julai 2018. Perincian mengenai jumlah penumpang bermula dari tarikh pelancaran bagi setiap kawasan laluan adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BGZS NO. 5)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang.

(a). Sila senaraikan kuil-kuil yang di bawah naungan Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang mengikut lokasi.

(b). Sila senaraikan kuil-kuil di bawah naungan Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang yang telah menerima peruntukan daripada Tabung Amanah RIBI Pulau Pinang serta jumlah yang diterima.

YAB. Ketua Menteri:

6. (a) Terdapat sejumlah 10 kuil di bawah naungan Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHNPP) dan kuil berkenaan adalah seperti berikut :

(i) Arulmigu Sri Balathandayuthapani Temple, Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang;

(ii) Arulmigu Sree Ganeshar Temple, Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang;

(iii) Sri Maha Mariamman Temple, Lebuh Queen, Pulau Pinang;

(iv) Sree Maha Mariamman Temple, Tokong Lane, Butterworth, Pulau Pinang;

(v) Sri Kunj Bihari Temple, Jalan Penang, Pulau Pinang;

(vi) Sri Ramar Temple, Solok York, Pulau Pinang;

(vii) Sree Selva Vinayagar Hindu Paripalana Devasthanam, Perai, Pulau Pinang;

(viii) Dewi Sri Annai Thropathi Amman Temple, Ladang Victoria, Nibong Tebal, Pulau Pinang;

(ix) Kuil Sri Sakthi Vinayagar, Jalan Fettes, Pulau Pinang; dan

(x) Kuil Dewi Sree Veerapathra Maha Kaliamman, Bagan Jermal, Butterworth.

(b) Hanya dua buah kuil di bawah naungan Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang yang telah menerima peruntukan sejak tahun 2017 daripada Tabung Amanah RIBI Pulau Pinang dengan jumlah seperti berikut :

(i) Sri Maha Mariamman Temple, Lebuh Queen, Pulau Pinang – RM20,000.00

(ii) Sri Ramar Temple, Solok York, Pulau Pinang – RM20,000.00

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

(a). Sila senaraikan masjid-masjid yang telah menerima peruntukan pembangunan daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang sejak 2008.

(b). Sila senaraikan jumlah hamper zakat serta nilainya yang telah diedarkan kepada fakir miskin sempena Bulan Ramadhan sejak tahun 2008.

Page 145: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

145

YAB. Ketua Menteri:

7. (a) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak menyediakan peruntukan pembangunan kepada masjid-masjid dalam tempoh di antara tahun 2008 sehingga kini. Peruntukan pembangunan yang meliputi kerja-kerja pembaikan dan naik taraf masjid dan surau disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).

(b) Sebanyak 125,354 hamper dengan nilai RM9,045,834.00 telah diagihkan kepada fakir miskin sempena bulan Ramadhan bagi tempoh 2008 hingga 2018. Perincian mengikut tahun adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BGZS NO. 7)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang.

(a). Sila senaraikan program serta kos penganjuran yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang sejak penubuhannya.

(b). Apakah perancangan program yang bakal dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang pada tahun ini?

YAB. Ketua Menteri:

8. (a) Penang Women's Development Corporation (PWDC) mempunyai tiga program teras untuk mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan. Kos perbelanjaan tahunan untuk setiap program dan kos operasi adalah seperti di Lampiran A.

(b) Program-program yang akan dilaksanakan oleh PWDC pada tahun ini adalah seperti berikut:

(i). Women in Economy Conference 2018 pada 24 & 25 September 2018

- Persidangan bagi wanita yang menceburi dunia keusahawanan

(ii). Penang Goes Orange (PGO) 2018 pada 25 November 2018

- Kempen kesedaran mengenai usaha membanteras keganasan terhadap wanita yang diadakan pada 25 November setiap tahun. Tahun ini merupakan tahun keempat PWDC menganjurkan PGO.

(iii). Bengkel Pemerkasaan dan Kepimpinan Wanita MPKK pada Oktober 2018

- Bengkel ini dianjurkan untuk ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi meningkatkan kesedaran hak dan gender, kepimpinan, kerjasama dalam kumpulan dan pengucapan awam.

RUJ. LAMPIRAN A (BGZS NO. 8)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Isu gelandangan.

(a). Apakah perancangan atau halatuju Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu gelandangan yang semakin serius?

(b). Apakah garis panduan atau standard operating procedure Kerajaan Negeri untuk mengendalikan gelandangan?

YAB. Ketua Menteri:

9. (a) Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius mengenai isu gelandangan dan telah pun merangka beberapa langkah bagi mengatasi perkara ini. Antara langkah yang diambil adalah seperti berikut:

(i). Merancang untuk membina sebuah pusat transit gelandangan di Lot 19, Jalan C.Y. Choy, George Town. Bangunan ini adalah bangunan rumah kedai dua tingkat milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Page 146: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

146

Program ini akan menempatkan gelandangan di pusat transit tersebut selama 6 hingga 12 bulan. Pengurusan penempatan gelandangan ini dicadang diuruskan oleh pihak Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dikenal pasti oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh tersebut, gelandangan akan diberi latihan yang bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka. Pekerja sosial atau sukarelawan daripada NGO akan menjadi tenaga penggerak dalam program ini. Seterusnya, kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta akan dipertingkatkan dengan menggalakkan pihak majikan mengambil golongan ini sebagai pekerja mereka.

Manakala, bagi gelandangan yang tidak produktif seperti warga emas, atau pun mereka yang mempunyai penyakit berjangkit, mereka akan ditempatkan di pusat-pusat yang dikendalikan oleh NGO yang sedia ada secara kekal sekiranya mereka ini sebatang kara ataupun saudara mara dan anak-anak mereka tidak dapat dikesan. Kerajaan Negeri akan memberikan geran pentadbiran dan rangsum kepada NGO yang berkaitan.

Buat sementara waktu, gelandangan akan ditempatkan di Anjung Singgah Pulau Pinang iaitu pusat transit gelandangan milik Kerajaan Persekutuan di Lot No.53, Lebuh Chulia, Pulau Pinang yang beroperasi sejak 9 Jun 2014. Anjung Singgah juga bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, NGO dan swasta bagi memberi penempatan dan perlindungan kepada gelandangan.

(ii). Selain itu, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) juga sedang membangunkan sistem profiling gelandangan dan telah memilih Pulau Pinang sebagai pilot project. Sistem ini akan merekodkan maklumat-maklumat berkaitan gelandangan yang diselamatkan melalui aplikasi telefon pintar atau komputer dan membantu pegawai penguatkuasa mengenal pasti gelandangan sama ada kes baharu atau berulang. Dengan adanya sistem profiling ini, ianya dapat membantu agensi kerajaan yang berkaitan dalam merangka strategi yang bersesuaian untuk membantu golongan gelandangan.

(iii). Bagi tempoh Januari hingga Jun 2018, sebanyak 242 operasi menyelamat gelandangan telah dilakukan oleh JKM Negeri Pulau Pinang melibatkan operasi secara berkala sebanyak 78 kali, operasi bersepadu sebanyak 24 kali ataupun secara aduan sebanyak 140 kali. Gelandangan berumur 60 tahun ke atas yang diselamatkan akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan (Bedong, Taiping, Tanjung Rambutan atau Kangar) manakala yang berumur 60 tahun ke bawah akan ditempatkan di Desa Bina Diri (Mersing atau Jerantut). Terdapat juga gelandangan yang ditempatkan di pusat jagaan NGO sekitar Pulau Pinang.

(iv). Meneruskan kempen sedia ada iaitu ''Bijak Membantu, Elak Tertipu” yang dilancarkan pada 27 November 2017 bagi mendidik masyarakat berkaitan isu gelandangan melalui pengiklanan di billboard di sekitar KOMTAR. Kempen ini juga dilakukan di beberapa pusat membeli- belah seperti Pasaraya Mydin, Tesco, Stesen Keretapi Butterworth, Terminal Feri Pulau Pinang, Padang Kota, sekitar masjid-masjid, pasar-pasar malam dan program-program jabatan seperti Program Kembara Kebajikan.

(v). Mengadakan program advokasi yang berterusan kepada jabatan kerajaan, pihak swasta, NGO, institut pengajian tinggi dan orang ramai berkenaan isu gelandangan

(vi). Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama agensi kerajaan dan swasta bagi membincang dan menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai isu gelandangan. Setakat ini, JKM telah mengadakan sebanyak lima kali mesyuarat penyelarasan di peringkat daerah dan dua kali di peringkat negeri.

(b) Kerajaan Negeri melalui JKM menjalankan operasi menyelamat berdasarkan Akta Orang Papa 1977 dan Standard Operation Procedure (SOP) JKM yang mensasarkan golongan orang papa dan pengemis.

Page 147: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

147

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

(a). Sila nyatakan jumlah permohonan LPS yang dikemukakan dari KADUN Pengkalan Kota sejak 2008.

(b). Sila nyatakan jumlah permohonan LPS yang diluluskan dari KADUN Pengkalan Kota sejak 2008. Apakah ciri atau kriteria yang dipertimbangkan untuk kelulusan permohonan LPS?

YAB. Ketua Menteri:

10. (a) Permohonan dan kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pengkalan Kota dari tahun 2008 sehingga 2018 adalah seperti berikut :

Tahun Jumlah Permohonan Jumlah Kelulusan

2008 5 5

2009 21 14

2010 19 10

2011 33 15

2012 19 18

2013 34 14

2014 27 14

2015 31 24

2016 25 15

2017 29 24

2018 48 6

(b) Permohonan LPS diproses mengikut Seksyen 65 sehingga Seksyen 68A Kanun Tanah Negara 1965. Syarat-syarat kelulusan adalah seperti di Lampiran A. Kesemua keputusan permohonan LPS adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri.

RUJ. LAMPIRAN A (BGZS NO. 10)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Apakah status kemajuan pembangunan Perumahan Mampu Milik (RMM) di Lebuh Sandilands dan Pintasan Cecil?

YAB. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ketika ini sedang dalam peringkat akhir perancangan pembinaan projek Rumah Mampu Milik (RMM) di Lebuh Sandilands yang mana akan menyediakan sebanyak 321 unit RMM 'B' berharga RM72,500.00 seunit dan 482 unit RMM 'C' berharga RM300,000.00 (maksima) seunit. Kelulusan pelan merancang projek ini telah diperolehi pada 8 November 2016. Selain itu, Pelan Bangunan juga telah diluluskan pada 20 Mac 2018 dan Kebenaran Memulakan Kerja (COW) dijangka akan dapat diperolehi pada Ogos 2018 akan datang. Kerja-kerja awalan seperti ujian tanah, ujian cerucuk dan sebagainya dijadualkan bermula pada November 2018.

Manakala proses tender bagi projek pembinaan 348 unit RMM ‘C’ di Pintasan Cecil telah pun ditutup dan kini dalam peringkat penilaian oleh PDC untuk pelantikan kontraktor. Kerja-kerja fizikal dijangka akan dapat dimulakan pada September 2018.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Program Penyelenggaraan Perumahan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

(a). Sila senaraikan permohonan penyelenggaraan perumahan yang diluluskan mengikut lokasi, jenis penyelenggaraan, kos penyelenggaraan serta kaedah pengagihan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

(b). Sila senaraikan kriteria (jenis penyelenggaraan, kaedah pengagihan kos) yang layak untuk mengemukakan permohonan kepada PDC.

Page 148: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

148

YAB. Ketua Menteri:

12. Kerajaan Negeri yang prihatin terhadap permasalahan rakyat terutamanya berkaitan penyelenggaraan perumahan di bawah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), telah mewujudkan suatu kaedah perkongsian kos penyelenggaraan di antara PDC dan Perbadanan Pengurusan (MC). Kaedah perkongsian kos ini dikhaskan untuk projek perumahan bertingkat PDC yang telah diserahkan kepada Perbadanan Pengurusan.

(a) Sehingga 15 Julai 2018, sebanyak 42 permohonan penyelenggaraan melibatkan kos sebanyak RM8,115,693.00 telah diluluskan di bawah Program Penyelenggaraan Perumahan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). 42 permohonan berikut adalah merangkumi 26 kerja pengecatan semula, 9 permohonan pembaikan kerja kritikal dan 7 kerja penggantian lif. Perincian mengikut jenis penyelenggaraan, kos penyelenggaraan dan kaedah pengagihan adalah seperti di Lampiran 1.

(b) Secara amnya, kaedah pengagihan kos adalah berdasarkan kepada lokasi projek dan jenis penyelenggaraan yang dipohon. Sebagai contoh, jenis penyelenggaraan seperti kebocoran bumbung, kerosakan tangki air, kerosakan sistem perpaipan dan pembaikan atau penggantian lif akan dipertimbangkan untuk kelulusan. Peratusan pengagihan kos secara terperinci adalah seperti di Lampiran 2.

RUJ. LAMPIRAN 1 DAN 2 (BGZS NO. 12)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Pembangunan Asrama Pekerja di Pulau Pinang.

(a). Sila senaraikan maklumat projek pembangunan Asrama Pekerja yang telah mengemukakan permohonan, diluluskan dan yang telah bermula pembinaannya.

(b). Adakah Kerajaan Negeri akan melarang pekerja khususnya pekerja asing menduduki rumah kediaman biasa apabila projek asrama ini siap sepenuhnya?

YAB. Ketua Menteri:

13. (a) Berdasarkan rekod, terdapat lima (5) lokasi pembinaan asrama pekerja yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dengan jumlah keseluruhan unit yang bakal dibina berjumlah 2,390 unit. Senarai terperinci dan status pembinaan adalah seperti di Lampiran A.

(b) Pada masa ini, tidak ada dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk menghalang kilang-kilang menempatkan pekerja-pekerja warga asing yang mahir dan tidak mahir tinggal di rumah kediaman dan apartment di Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah meluluskan Garis Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja Warga Asing Negeri Pulau Pinang 2015 bagi memastikan pemilik industri menyediakan kemudahan asrama kepada pekerja. Pelaksanaan Garis Panduan ini juga akan membantu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemilik unit perumahan yang menyewakan kediaman kepada pekerja warga asing terutamanya perumahan bertingkat seperti Rumah Kos Rendah (LC) dan Rumah Kos Sederhana Rendah (LMC).

Kerajaan Negeri amat menggalakkan pembinaan asrama pekerja bagi mengatasi isu penyewaan unit rumah kepada pekerja warga asing yang akan menyebabkan pelbagai masalah sosial di kawasan perumahan. Garis Panduan ini juga disediakan dengan mengambil kira kejayaan pelaksanaan penyediaan asrama pekerja di Singapura.

RUJ. LAMPIRAN A (BGZS NO. 13)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Kuarters Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

(a). Sila senaraikan jumlah unit kuarters Kerajaan Negeri mengikut lokasi dan jenis.

(b). Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah bilangan unit kuarters untuk kakitangan yang layak?

Page 149: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

149

YAB. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan sebanyak 1,244 unit kuarters kepada penjawat awam mengikut lokasi dan jenis yang diuruskan oleh 15 jabatan di bawah Kerajaan Negeri.

(a) Pecahan kuarters mengikut lokasi dan jenis adalah seperti di Lampiran A.

Setakat ini, tiada cadangan penambahan kuarters buat masa ini bagi Jabatan / Agensi kecuali Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang. Permohonan baharu telah dibuat bagi cadangan membina sebuah kuarters Jurutera Daerah Barat Daya di atas Lot 378 dan 380, Mukim E, Daerah Barat Daya. Status terkini kuarters negeri tersebut masih di peringkat pertimbangan Jawatankuasa Aset Kerajaan Negeri untuk bajet pembangunan negeri P.12 Tahun 2019 dengan anggaran kos projek RM 5,670,000.00.

RUJ. LAMPIRAN A (BGZS NO. 14)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Sistem Saliran dan Perparitan di sekitar kawasan George Town:

(a). Sila senaraikan kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran dan perparitan yang telah dijalankan di sekitar George Town sejak tahun 2008.

(b). Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap sistem saliran dan perparitan yang usang di sekitar kawasan George Town?

YAB. Ketua Menteri:

15. (a) Senarai kerja-kerja menaik taraf sistem saliran dan perparitan yang telah dijalankan di sekitar George Town sejak tahun 2008 adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) setiap tahun akan menyediakan peruntukan untuk menaik taraf dan menyelenggara sistem perparitan yang berada di bawah bidang kuasanya di kawasan George Town. Peruntukan ini terbahagi kepada dua iaitu:-

(i) Peruntukan penyelenggaraan parit menggunakan peruntukan MARRIS berjumlah RM1 juta setahun. Peruntukan ini digunakan untuk menyelenggara parit di sepanjang jalan yang telah didaftarkan dalam sistem MARRIS; dan

(ii) Peruntukan menaik taraf parit dan sistem saliran menggunakan peruntukan MBPP dan Kerajaan Negeri. Peruntukan ini digunakan untuk menyelenggara sistem saliran bagi menyelesaikan masalah banjir kilat dan menaik taraf struktur parit yang telah using dan rosak. Projek-projek yang sedang dan akan dijalankan menggunakan peruntukan ini adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BGZS NO. 15)

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Perumahan Kluster Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di Pintasan Cecil.

(a). Sila senaraikan unit perumahan kluster Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di Pintasan Cecil mengikut bilangan, status pemilikan dan keluasan.

(b). Apakah perancangan masa depan Kerajaan Negeri terhadap skim perumahan tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

16. (a) Terdapat sebanyak 56 unit rumah kluster Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Gat Lebuh Cecil dan Pintasan Cecil. 53 unit telah disewakan dan 3 unit masih kosong. Perincian adalah seperti di Lampiran A.

(b) Pihak PDC sedang meneliti perancangan pembangunan perumahan bagi skim perumahan tersebut.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BGZS NO. 16)

Page 150: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

150

X. Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Sila nyatakan definisi, garis panduan Eco City Batu Kawan serta huraikan tahap pencapaian elemen berikut:-

(a). Nyatakan kawasan dan keluasan tanah yang dizonkan sebagai tempat ecological preservation.

(b). Berapakah kilang dan projek komersil yang mendapat pengiktirafan Green Building Index?

(c). Berapakah peratusan bangunan yang mematuhi konsep Zero Renovation mengikut pecahan kediaman, komersial, kilang?

YAB. Ketua Menteri:

1. Eco-City Batu Kawan adalah sebuah bandar yang dibina dengan mengambil prinsip kehidupan bersama alam sekitar. Matlamat utama pembangunan Eco-City adalah untuk mengurangkan pengeluaran sisa karbon (low carbon city), menggunapakai tenaga melalui sumber yang boleh diperbaharui dan hubungan bandar secara harmoni bersama alam semula jadi.

Pendekatan yang diterapkan dalam Eco-City ini diharapkan akan dapat menjadikan Batu Kawan sebagai pusat pertumbuhan yang dapat merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untu menjadi green city, eco-friendly dan pembangunan yang menitikberatkan teknologi hijau serta pembangunan yang mengurangkan karbon.

9 komponen utama yang menjadi rujukan garis pembangunan adalah:

(i) Aksesibiliti; (ii) Zero Renovation; (iii) Unit Kejiranan; (iv) Bandar Selamat; (v) Pengekalan Ekologi Sedia Ada; (vi) Rumah Mampu Milik; (vii) Green Building; (viii) Kejiranan Hijau; dan (ix) Pengurusan Sisa Pepejal.

Garis Panduan tersebut juga menjadi dasar pembangunan yang akan disokong dengan Pelan Induk Batu Kawan.

(a) Kawasan yang telah dizonkan sebagai tempat Ecological Preservation adalah paya bakau yang terletak di persisiran sungai dan pantai. Pada masa ini, tiada pengiraan terperinci mengenai keluasan kawasan paya bakau tersebut kerana ia merangkumi sebahagian daripada laut dan sungai. Walau bagaimanapun, kawasan ini dipelihara dengan adanya zon penampan minima 132 kaki dan tertakluk kepada piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

(b) Sehingga kini, tiada kilang yang mendapat pengiktirafan Green Building Index. Walau bagaimanapun sebanyak 10 buah projek komersial telah mendapat pengiktirafan tersebut.

(c) Peratusan bangunan yang mematuhi konsep Zero Renovation mengikut pecahan kediaman, komersial dan kilang adalah seperti berikut:-

Bil. Jenis Pembangunan Peratusan (%)

1 Kediaman 14%

2 Kilang 12%

3 Komersial 0%

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Apakah status projek-projek yang sedang dijalankan di Batu Kawan seperti berikut:-

(a). Projek IKEA dan Power Ikano.

(b). Universiti yang dimajukan oleh PKT Logistics Sdn Bhd.

(c). Hospital Columbia

Page 151: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

151

YAB. Ketua Menteri:

2. (a) Projek IKEA Store yang dalam proses pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2019. IKEA Store dijangka akan dibuka secara rasminya pada 28 Mac 2019. Manakala komponen Power Ikano pula masih dalam proses mendapatkan kelulusan pembangunan (Development Approvals).

(b) Pihak PKT Logistics Sdn. Bhd. (PKT) telah menyiapkan pembangunan ‘The 12 Waves’ pada tahun 2017 bagi tujuan pergudangan yang merupakan salah satu komponen dalam pembangunan projek PKT iaitu ‘One Auto Hub’ di Taman Perindustrian Batu Kawan.

Pada masa ini PKT juga sedang dalam proses pembinaan ‘The Ship Campus’ iaitu untuk menempatkan sebuah universiti di mana projek ini dijangka siap pada suku kedua tahun 2019.

(c) Status pelaksanaan Hospital Columbia Asia masih dalam proses mendapatkan kelulusan pembangunan (development approvals).

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Batu Kawan menghadapi masalah aksesibiliti dan kesesakan lalu lintas di Jalan Batu Kawan, apakah status dan isu berkaitan projek-projek berikut:-

(a). Jalan dan jambatan yang menghubungkan Batu Kawan dengan Kawasan Perindustrian Valdor.

(b). Pelebaran Jalan Batu Kawan dan Jambatan berkaitan.

(c). Cadangan jalan yang menghubungkan Batu Kawan dengan Byram.

YAB. Ketua Menteri:

3. (a) Pencapaian status kemajuan sebenar Jambatan Valdor yang menghubungkan Batu Kawan dan Kawasan Perindustrian Valdor adalah 57%, berbanding 87% yang dijadualkan iaitu kelewatan 30%. Projek ini dijangka siap pada suku terakhir 2019. Kelewatan adalah disebabkan oleh percanggahan di antara rekabentuk struktur jambatan dan struktur sediada pylon Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pada masa ini, pihak konsultan masih lagi dalam proses mendapatkan kelulusan keseluruhan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

(b) Status kemajuan sebenar kerja-kerja pelebaran jalan Batu Kawan adalah 80%, iaitu kelewatan 20% berbanding 100% yang dijadualkan. Projek ini dijangka siap pada penghujung Disember 2018. Kelewatan adalah disebabkan oleh kerja-kerja pengalihan kabel 11KV TNB yang masih di peringkat pengalihan.

Manakala status kemajuan sebenar kerja-kerja pelebaran Jambatan Batu Kawan adalah 17%, iaitu kelewatan 25% berbanding 42% yang dijadualkan. Projek ini dijangka siap pada suku kedua 2020. Kelewatan ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja pengalihan kabel 33KV TNB yang masih di peringkat panggilan tender oleh pihak TNB. Kerja-kerja pengalihan kabel tersebut dijangka siap pada penghujung Disember 2018.

(c) Bagi cadangan jalan yang menghubungkan Batu Kawan dan Byram, Jawatankuasa Perancang Negeri melalui Mesyuarat Bil.2/2018 pada 27 Februari 2018 telah mensyaratkan pihak Sime Darby untuk membina jambatan dan jalan yang menyeberangi Sungai Tengah. Jangkaan masa pembinaan dan tempoh siap jambatan ini masih belum dimaklumkan oleh pihak Sime Darby.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Apakah perancangan dan tindakan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk menangani isu-isu geografi seperti berikut:-

(a). Paras ketinggian tanah di bawah paras laut dan wetland semulajadi.

(b). Jenis tanah sedia ada dan kestabilannya.

(c). Laluan angin kencang dan ribut dari arah barat laut Batu Kawan

Page 152: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

152

YAB. Ketua Menteri:

4. (a) PDC akan menambun kawasan yang akan dibangunkan kepada paras ketinggian minima di antara +2.3 meter hingga +2.5 meter mengikut Batu Kawan Drainage Master Plan yang telah diluluskan. Paras ketinggian minima yang disyaratkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah +2.13 meter.

(b) Secara keseluruhannya jenis tanah sedia ada di Batu Kawan adalah marine clay. Sehubungan itu, bagi setiap perancangan pembangunan, PDC akan melaksanakan rawatan tanah (soil improvement) di kawasan yang diperlukan mengikut penggunaan tanah (land use), laporan siasatan tanah (soil investigation) dan reka bentuk bangunan.

(c) Sehingga kini, sebarang reka bentuk bangunan atau struktur yang tinggi akan mengambil kira bebanan angin (wind load) yang berpadanan berdasarkan Malaysian Code of Practice.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Batu Kawan menghadapi kekurangan kedai kejiranan dan kompleks penjaja, apakah tindakan penyelesaian terhadap:-

(a). Banyak rumah kediaman di Bandar Cassia Barat dan Bandar Cassia Tengah ditukar kepada kedai dan restoran.

(b). Penjaja jalanan bagai cendawan tumbuh selepas hujan di sepanjang jalan-jalan utama.

(c). Status kompleks penjaja Stadium Batu Kawan dan sambutannya.

YAB. Ketua Menteri:

5. Perancangan pembangunan Bandar Cassia, Batu Kawan adalah berpandukan kepada Garis Panduan Perancangan yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Semua kemudahan asas dan awam akan mematuhi keperluan Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan-jabatan Teknikal yang berkaitan seperti penyediaan dewan orang ramai, kawasan lapang, penyediaan ruang perniagaan dan pusat penjaja.

(a) Unit-unit rumah yang ditukar kepada kedai dan restoran berlaku di skim perumahan yang terdahulu disebabkan kekurangan kedai di Batu Kawan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kini sedang melaksanakan pembangunan komersial di kawasan kejiranan 1 dan sebanyak 20 unit kedai telah disiapkan. PDC juga telah menyiapkan 13 unit kedai dan sebuah kompleks penjaja di projek perumahan mampu milik bagi menyelesaikan isu kediaman yang ditukar kepada kedai dan restoran. Selain itu, PDC juga bekerjasama dengan pemaju-pemaju swasta sedang menyediakan ruang perniagaan yang mencukupi mengikut piawaian yang disyaratkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Antaranya, pihak ASPEN sedang menyiapkan 736 unit kedai yang dijangka siap pada tahun 2020, pihak Paramount juga telah merancang pembinaan sebanyak 329 unit kedai di mana 196 unit kedai sedang dalam peringkat pembinaan yang dijangka siap pada suku ketiga tahun 2019. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berharap tidak wujud lagi masalah kekurangan kedai di Bandar Cassia menjelang tahun 2020.

(b) Kewujudan penjaja jalanan ini adalah kerana peniaga-peniaga bebas memilih tapak berniaga iaitu di lokasi yang terdapat permintaan seperti berhampiran kawasan pembinaan dan di laluan utama. Justeru, bagi menempatkan dan menampung keperluan penjaja, PDC telah membina sebanyak 8 unit gerai di dalam Kompleks Stadium Batu Kawan. Malahan kawasan dataran Stadium dan tempat meletak kereta yang luas juga dapat digunakan sebagai tapak perniagaan yang berbentuk sementara seperti kereta sorong, food truck dan konsep pasar tani. Sementara itu, PDC telah menyiapkan sebuah kompleks penjaja yang dapat menampung 20 buah gerai di kawasan perumahan mampu milik hijau. Dengan adanya kemudahan tempat untuk berniaga ini, Kerajaan Negeri berharap isu penjaja jalanan ini akan dapat diselesaikan dalam memberi keselesaan kepada peniaga untuk berniaga.

(c) Pelan Cadangan PDC untuk membina 50 gerai sementara di hadapan Kompleks Stadium telah dipersetujui oleh MPSP dan PDC sedang mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, MPSP telah bersetuju untuk:-

(i). Melaksanakan penguatkuasaan pemindahan penggerai sedia ada ke tapak sementara yang dibina PDC; dan

Page 153: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

153

(ii). Menghalang pertumbuhan gerai baharu di tapak yang dikosongkan dan tempat-tempat lain.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Lot-lot tanah di sepanjang Jalan Paboi telah diletakkan di bawah Seksyen 4.

(a). Siapakah yang menjalankan pengambilan tanah dan apakah tujuannya?

(b). Adakah proses pengambilan tanah masih diteruskan?

(c). Jika tidak, apakah tindakan selanjutnya?

YAB. Ketua Menteri:

6. (a) Agensi pemohon untuk pengambilan tanah di sepanjang Jalan Paboi adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Pengambilan bertujuan untuk pembinaan jalan dan persimpangan bertingkat (Trumpet Interchange).

(b) Sehingga kini, proses pengambilan tanah masih diteliti oleh PDC kerana ianya masih diwartakan di bawah Seksyen 4, APT 1960 pada 26 April 2018.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Kesesakan lalu lintas di Jalan Bukit Tambun, Jalan Paboi dan Jalan Kendi semakin runcing.

(a). Adakah satu kajian impak lalu lintas terperinci telah dijalankan?

(b). Apakah tindakan komprehensif yang telah dirancang dan bilakah pelaksanaannya?

(c). Adakah plaza tol Bukit Tambun sedia ada akan dipindah atau dinaiktaraf?

YAB. Ketua Menteri:

7. (a) Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Penang Development Corporation (PDC) telah menjalankan satu kajian impak lalu lintas terperinci bagi menangani isu kesesakan lalu lintas di Jalan Bukit Tambun, Jalan Paboi dan Jalan Kendi.

(b) Tindakan komprehensif yang telah dirancang dan pelaksanaan kajian di atas adalah seperti berikut:

(i) Cadangan greenwave di Jalan Bukit Tambun dari persimpangan Penang Science Park hingga persimpangan Jalan Tambun Indah. Pelaksanaan dijangka siap pada Disember 2018;

(ii) Cadangan pelebaran Jalan Paboi. Pada masa kini, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat permohonan untuk melakukan kerja-kerja survey bagi menaik taraf Jalan Paboi;

(iii) Cadangan pelebaran Jalan Bukit Tambun. Projek sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada Disember 2018;

(iv) Cadangan pelebaran Jambatan Batu Kawan. Projek ini masih dalam perancangan dan dijangka siap pada suku pertama tahun 2020;

(v) Cadangan penutupan jalan di persimpangan Jalan Bukit Tambun dengan Taman Tambun Emas bagi melancarkan aliran trafik. Pelaksanaan cadangan akan dimulakan pada November 2018; dan

(vi) Cadangan Dilarang Belok Kanan dari Tol Bukit Tambun Utara ke arah Penang Science Park bagi melancarkan aliran trafik. Pelaksanaan cadangan akan dimulakan pada Januari 2019.

(c) Merujuk kepada kajian Pelan Induk Lalu lintas Bandar Cassia, Plaza Tol Bukit Tambun sedia ada akan dinaik taraf kepada Plaza Tol untuk ke arah Utara sahaja manakala untuk ke arah Selatan, terdapat cadangan pembinaan plaza tol baru di antara plaza tol Bukit Tambun dengan Jambatan Kedua. Perkara ini akan diteliti bersama-sama pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Page 154: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

154

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Apakah status, masalah dan tindakan penyelesaian bagi pembinaan jalan dari Penang Science Park ke Jalan Kebun Baru, Juru.

YAB. Ketua Menteri:

8. (a) Status kemajuan sebenar di tapak bagi pembinaan jalan dari Penang Science Park ke Jalan Kebun Baru, Juru adalah 86% berbanding dengan 100% yang dijadualkan.

(b) Masalah kelewatan kerja-kerja di tapak adalah disebabkan oleh:

(i) Kerja-kerja pengalihan utiliti yang melibatkan pengalihan struktur dan kabel-kabel sedia ada Tenaga Nasional Berhad (TNB), paip sedia ada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dan lurang (manhole) serta kabel talian atas Telekom Malaysia (TM); dan

(ii) Kerja tambahan dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi pembinaan bulatan (roundabout) dan menaik taraf jalan sejauh 100m dari dual-two carriageway ke dual-three carriageway di Jalan Estate.

(c) Tindakan penyelesaian bagi perkara ini telah dibuat oleh pihak TNB, PBA, TM dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang sedang giat melaksanakan kerja pengalihan dan pembinaan di kawasan yang terjejas dan keseluruhannya dijangka siap pada November 2018.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Apakah kategori jalan yang dibenarkan pembinaan bonggol jalan:-

(a). Sila huraikan spesifikasi bonggol jalan.

(b). Apakah tindakan terhadap bonggol jalan yang gagal mematuhi spesifikasi.

(c). Adakah bonggol-bonggol jalan di Jalan Gamelan Indah akan diratakan

YAB. Ketua Menteri:

9. Kategori jalan yang dibenarkan pemasangan bonggol jalan mestilah tertakluk kepada kelajuan tidak melebihi 45 km/j dan mempunyai kelebaran rezab jalan sekurang-kurangnya 4.88 meter (16 kaki) dan 20.12 meter (66 kaki). Ini bagi mengelakkan berlakunya kemalangan langgar belakang oleh kenderaan yang melalui jalan tersebut.

(a) Spesifikasi bonggol jalan adalah tidak melebihi 100 mm tinggi dengan kelebaran di antara 3 meter ke 6 meter pada satah halaju permukaan jalan yang rata dan lebar.

(b) Tindakan yang akan diambil terhadap bonggol jalan yang gagal mematuhi spesifikasi adalah seperti mengeluarkan notis di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Seksyen 46 – Halangan) dan menjalankan operasi memecah dan membuang bonggol tersebut serta membina semula mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

(c) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak mempunyai cadangan untuk meratakan bonggol di Jalan Gamelan Indah kerana ianya mematuhi kriteria dan spesifikasi yang telah ditetapkan. Di samping itu, bonggol tersebut masih berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang aduan yang diterima berkenaan pemasangan bonggol berkenaan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Terdapat 11 lampu isyarat di Jalan Persekutuan dari balai polis Simpang Ampat hingga Kompleks V3.

(a). Adakah satu kajian TIA telah dijalankan ke atas laluan ini?

(b). Adakah sesetengah lampu isyarat akan ditutup dan diganti dengan sistem U turn?

(c). Apakah tindakan terhadap persimpangan berbahaya sedia ada?

YAB. Ketua Menteri:

10. (a) Kajian Traffic Impact Assesment (TIA) sepanjang Jalan Persekutuan yang melibatkan pelebaran FT001 telah dijalankan pada tahun 2008 semasa peringkat reka bentuk keseluruhan pelan reka bentuk pelebaran jalan FT001. Semakan semula telah dibuat pada tahun 2016 sebelum projek pelebaran fasa 5 dimulakan.

Page 155: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

155

(b) Satu persimpangan iaitu persimpangan FT001 - Jalan Ong Lee Hoe (Star Avenue) di antara Valdor ke Simpang Ampat akan ditutup dan pusingan U akan disediakan. Penutupan persimpangan ini akan dibuat semasa pelaksanaan projek Fasa 5 yang kini sedang dalam pembinaan dan lampu isyarat yang terlibat adalah di persimpangan FT001 - Jalan Ong Lean Hoe yang akan ditutup dalam projek ini.

(c) Ke semua reka bentuk persimpangan di jalan-jalan Persekutuan/Negeri adalah berdasarkan Arahan Teknik Jalan dan pada setiap peringkat bermula daripada reka bentuk sehingga penyiapan, audit keselamatan jalan (Road Safety Audit) akan dibuat oleh independent consultant yang diiktiraf oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di mana aspek-aspek keselamatan jalan akan disemak dan diambil tindakan yang sewajarnya

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Saliran semulajadi tersekat atau menjadi terowong air di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan dan laluan kereta api berkembar.

(a). Pihak manakah yang menyelenggara laluan berkaitan?

(b). Apakah tindakan terhadap laluan air yang tersekat dan menyebabkan banjir?

YAB. Ketua Menteri:

11. (a) Pihak yang menyelenggara sistem pembentungan (terowong air) yang melintasi Lebuhraya Utara Selatan adalah pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) manakala bagi laluan kereta api berkembar adalah pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

(b) LLM dan KTMB menjalankan penyelenggaraan berkala ke atas laluan berkenaan mengikut ketetapan jadual yang telah disediakan oleh agensi masing-masing. Mesyuarat Penyelarasan Isu Penyelenggaraan Sistem Saliran dan Pembentungan Dalam Kawasan ROW Bil. 2 yang dipengerusikan oleh pihak JPS pada 8 Jun 2018 telah meminta supaya kerja-kerja penyelenggaraan tambahan dilaksanakan oleh LLM dan KTMB selain rutin jadual berkala sekiranya terdapat keperluan mendesak untuk mengurangkan risiko banjir. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh kedua-dua agensi tersebut.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Adakah Kerajaan Negeri memohon kepada Kementerian Pengangkutan dan KTMB untuk menambah trip komuter yang berhenti di Stesen Simpang Ampat dan Stesen Nibong Tebal. Jika ada, apakah maklumbalasnya?

YAB. Ketua Menteri:

12. Pada ketika ini, tiada apa-apa permohonan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri kepada Kementerian Pengangkutan bagi pertambahan trip komuter untuk berhenti di Stesen Simpang Ampat dan Nibong Tebal.

Namun begitu, Kerajaan Negeri akan mengkaji perkara ini bagi melihat corak perjalanan semasa dan permintaan terhadap perkhidmatan sistem rel Keretapi Tanah Melayu (KTM) ini. Sekiranya terdapat permintaan dan keperluan, perkara ini akan diteliti sebelum Kerajaan Negeri mengemukakan permohonan untuk menambah trip dalam sistem rel KTM.

Kerajaan Negeri juga akan memastikan semua mod pengangkutan awam di Pulau Pinang boleh berhubung dan saling melengkapi antara satu sama lain bagi memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Bagaimanakah sambutan penduduk setempat terhadap Penang Congestion Alleviation Transport (CAT) laluan Batu Kawan sehingga 30 Julai 2018.

(a). Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri?

(b). Adakah perkhidmatan ini akan dipanjangkan ke Perkampungan Valdor, Taman Bakap Indah dan Pekan Sungai Bakap?

YAB. Ketua Menteri:

13. Sambutan penduduk setempat terhadap perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) di laluan Batu Kawan adalah amat menggalakkan. Sejak tarikh pelancaran pada 6 Julai 2018 sehingga 18 Julai 2018, purata penumpang sehari adalah seramai 183 orang.

Page 156: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

156

Perincian berkaitan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan di laluan Batu Kawan ini adalah seperti di Lampiran A.

(a) Jumlah kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi laluan Batu Kawan adalah sebanyak RM 1,168,000.00 setahun.

(b) Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) ini akan dipanjangkan ke Perkampungan Valdor, Taman Bakap Indah dan Pekan Sungai Bakap sekiranya terdapat permintaan dan keperluan pada masa hadapan. Pemilihan kawasan bagi melaksanakan perkhidmatan bas percuma CAT adalah berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut:

(i) Kawasan berdensiti tinggi dan padat dengan kawasan perumahan/perindustrian/perniagaan.

(ii) Kawasan yang mengalami kadar kesesakan trafik yang tinggi;

(iii) Kawasan yang perlu dinaik taraf sistem pengangkutan awam termasuk infrastruktur yang membantu;

(iv) Kawasan yang mempunyai banyak aktiviti harian/perniagaan dan lain-lain; dan

(v) Kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan bas sebelum ini.

Oleh yang demikian, dengan mengambil kira ke semua kriteria di atas, Kerajaan Negeri telah memutuskan hanya 12 laluan yang merangkumi 6 laluan di Bahagian Pulau (Air Itam, Balik Pulau, Tanjung Tokong, George Town, Bayan Baru dan Sungai Dua) dan 6 laluan di Seberang Perai (Bukit Mertajam, Nibong Tebal, Batu Kawan, Bertam, Alma dan Seberang Jaya) akan dilaksanakan terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia untuk meneliti dan mempertimbangkan penambahan perkhidmatan ini ke kawasan Perkampungan Valdor, Taman Bakap Indah dan Pekan Sungai Bakap sekiranya terdapat keperluan dan menepati kriteria pemilihan kawasan seperti senarai di atas.

RUJ. LAMPIRAN A (BGCA NO. 13)

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan Pulau Aman?

(a). Agensi yang bertanggungjawab menjaga kebersihan pulau, infrastruktur, jeti, chalet dan kebajikan nelayan?

(b). Adakah kerajaan berhasrat membangunkan perkhidmatan water taxi antara jeti-jeti persisiran pantai dan pulau-pulau?

YAB. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan sebarang cadangan pembangunan di Pulau Aman dalam mengekalkan ia sebagai satu perkampungan nelayan dan sebagai produk pelancongan Warisan Kebudayaan berunsur sejarah.

(a) Agensi yang bertanggungjawab menjaga kebersihan pulau, infrastruktur, jeti, chalet dan kebajikan nelayan adalah seperti berikut:

Bil Perkara Jabatan/ Agensi

1 Menjaga kebersihan pulau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

2 Infrastruktur awam seperti Dewan JKKK dan gerai

Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan (PDTSPS)

3 Jeti dan kebajikan nelayan Jabatan Perikanan dan LKIM

4 Chalet Peruntukan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)

Page 157: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

157

(b) Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk membangunkan perkhidmatan water taxi antara jeti-jeti persisiran pantai dan pulau-pulau. Rancangan untuk mewujudkan perkhidmatan ini juga merupakan salah satu cadangan yang dikemukakan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, beberapa kajian terperinci perlu dijalankan terlebih dahulu bagi mengenalpasti keperluan serta permintaan terhadap perkhidmatan ini.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Adakah kerajaan sedar akan pencemaran di persisiran pantai dan apakah tindakan penyelesaian terhadap:-

(a). Kelicikan air dari tapak pelupusan sampah Pulau Burung.

(b). Sisa kumbahan ternakan khinzir dari Perkampungan Jawi dan Perkampungan Valdor.

(c). Kilang-kilang dari Kawasan Perindustrian Prai.

YAB. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri memberi perhatian serius terhadap isu pencemaran sungai, pesisiran pantai dan laut. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPS) telah menubuhkan Task Force bagi mengatasi isu-isu pencemaran laut, sungai dan pantai. Peranan Task Force tersebut adalah untuk menangani isu-isu pencemaran di punca (pollution at source) yang menyebabkan pencemaran laut, sungai dan pantai. Task Force ini diurusetiakan oleh JPS dan dianggotai oleh :-

(i). Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN)

(ii). Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah

(iii). Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP)

(iv). Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

(v). Jabatan Alam Sekitar (JAS)

(vi). Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)

(vii). Jabatan Pertanian Negeri (JPN)

(viii). Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan

(ix). Indah Water Konsortium (IWK)

Task Force tersebut telah mengambil langkah-langkah mitigasi bagi menyelesaikan isu-isu pencemaran melalui pendekatan seperti berikut:-

(a) Bagi menangani kelicikan air dari tapak pelupusan sampah

Pulau Burung, tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut :-

(i). Tindakan Jangka Pendek dengan membina dan mengukuhkan ban parit perimeter di sekeliling tapak pelupusan menggunakan cerucuk bakau dan penambakan tanah merah yang dilapisi dengan liner; dan

i. Tindakan Jangka Panjang dengan membangunkan tapak pelupusan sampah Pulau Burung Fasa 3 yang dijangka siap pada hujung tahun 2018 dengan ciri-ciri berikut :-

▪ Setiap sel pelupusan dan kolam takungan air kurasan akan dipasang liner dari jenis high-density polyethylene (HDPE) geomembrane bagi mengelakkan air kurasan daripada meresap masuk ke sumber air berdekatan.

▪ Pembangunan Leachate Treatment Plant (LTP) dengan kapasiti pemprosesan air kurasan sebanyak 2,000 kubik meter sehari.

▪ Air kurasan dari kolam takungan dan parit perimeter Tapak Pelupusan Sampah, Pulau Burung Fasa 1 dan 2 akan dipam masuk ke dalam kolam takungan air kurasan yang baharu di Fasa 3 dan

▪ LTP yang dibina akan memproses semua air kurasan mengikut standard JAS sebelum dilepaskan ke saliran air berdekatan.

Page 158: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

158

(b) Bagi isu sisa kumbahan ternakan khinzir dari Perkampungan Jawi dan Perkampungan Valdor, penyelesaian jangka pendek yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui JPS dengan kerjasama ahli-ahli Task Force adalah seperti berikut :-

(i). Pemantauan secara berterusan oleh MPSP di setiap ladang ternakan serta mengeluarkan notis, mengenakan kompaun, pembatalan lesen dan tindakan mahkamah bagi ladang yang melanggar syarat-syarat pelesenan oleh MPSP;

(ii). Penyiasatan oleh JPV mengenai punca buangan sisa ladang ke dalam sungai serta mengarahkan penternak untuk menghentikan buangan sisa secara terus (direct discharge) ke dalam sungai;

(iii). Mengarahkan supaya sisa ternakan disalirkan ke sistem kumbahan ladang sedia ada dan dirawat denganEffective Microbes (EM) yang dibekalkan oleh JPV bagi menangani isu pencemaran bau di ladang yang dikenal pasti oleh pihak jabatan;

(iv). Menetapkan supaya bacaan Biological Oxygen Demand (BOD) tidak melebihi 50 ppm bagi pelepasan sisa ladang. Ladang yang merekodkan bacaan BOD melebihi 50 ppm akan digantung permit pemindahan ternakan; dan

(v). Pemantauan kualiti air sungai secara berkala oleh JAS bagi memastikan tindakan segera dapat diambil ke atas punca-punca pencemaran jika bacaan parameter kualiti air yang dikesan melebihi piawai yang ditetapkan.

Sebagai kaedah penyelesaian jangka panjang terhadap isu penyaluran sisa-sisa ternakan yang menyebabkan pencemaran sungai, Dewan Undangan Negeri (DUN) telah meluluskan Enakmen Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang pada 24 November 2016. Enakmen ini mewajibkan penternak untuk menaik taraf ladang sedia ada kepadaModern Pig Farming (MPF) yang mempunyai empat (4) kriteria utama iaitu ladang tertutup, zon penampan dengan jarak 200 meter, zero discharge dan Good Animal Husbandary Practise (GAHP). Enakmen tersebut berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 dan operasi penguatkuasaan penuh akan bermula pada 1 Januari 2020. Notis telah dikeluarkan kepada penternak khinzir untuk bertukar ke Modern Pig Farming (MPF) sebelum 31 Disember 2019.

(c) Bagi isu pencemaran yang disebabkan oleh kilang-kilang dari Kawasan Perindustrian Prai, Kerajaan Negeri melalui JAS sentiasa memastikan setiap industri yang beroperasi perlu mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Mana-mana pihak industri yang didapati melanggar peraturan-peraturan di bawah Akta tersebut boleh diambil tindakan penguatkuasaan yang tegas seperti tawaran kompaun dan tindakan mahkamah. JAS juga telah memperkenalkan Guided Self Regulations (GSR) dimana pihak industri perlu memastikan operasi premis sentiasa patuh kepada Akta berkenaan dengan mengarusperdanakan pengurusan alam sekitar (environmental mainstreaming).

Selain itu, MPSP juga sering mengadakan operasi secara bersepadu bersama JAS, IWK dan SPAN bagi memeriksa kilang-kilang yang mengeluarkan efluen supaya mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya terbukti berlaku kesalahan, MPSP akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut :-

(i). Menyekat pembaharuan lesen terhadap kilang-kilang yang gagal mematuhi syarat atau melepaskan pencemaran secara terus ke dalam sungai atau laut;

(ii). Mengambil tindakan pengeluaran notis dan tawaran kompaun bagi setiap kesalahan yang telah dikenal pasti; dan

(iii). Membatalkan lesen perniagaan serta memaklumkan status pembatalan lesen kepada Invest Penang dan MIDA bagi tindakan lanjut di bawah bidang kuasa agensi tersebut.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Adakah kerajaan sedar akan pertambahan pesat industri kitar semula plastik di Seberang Perai?

(a). Betulkah sampah plastik ini dibawa masuk dari negara China?

(b). Apakah sebenarnya industri ini dan kaedah pemprosesannya?

(c). Apakah tindakan terhadap industri - industri yang menyebabkan pencemaran udara dan bau ini?

Page 159: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

159

YAB. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri mengambil perhatian yang serius berhubung isu industri kitar semula sisa plastik di kawasan Seberang Perai.

(a) Negara China merupakan salah satu negara pengeksport sisa plastik dengan kod tarif HS 3915 ke Malaysia.

(b) Industri ini memproses sisa plastik yang diimport menjadi resin atau empingan (flakes) melalui proses extrusion dan crushing. Kaedah pemprosesan industri plastik kitar semula adalah seperti berikut:-

(i). Sampah plastik terpakai akan dicuci terlebih dahulu daripada kotoran. Sekiranya terdapat sampah lain di dalam sampah plastik tersebut, ianya akan diasingkan dan dilupuskan di tapak pelupusan;

(ii). Sampah plastik yang telah dicuci akan dihancurkan dan dimasukkan ke dalam suatu bekas untuk dileburkan atau dimasak;

(iii). Plastik yang telah dileburkan atau dimasak akan dialirkan ke dalam acuan dan disejukkan dengan menggunakan air; dan

(iv). Plastik yang telah disejukkan akan dipotong menjadi resin atau empingan dan dibungkus untuk dieksport semula atau dipasarkan kepada kilang-kilang tempatan yang menjalankan aktiviti pengilangan produk plastik.

(c) Sebarang operasi yang menyebabkan pencemaran akan diambil tindakan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Walau bagaimanapun pencemaran bau busuk yang tidak mempunyai had/standard seperti bau busuk organik tidak dapat diambil tindakan di bawah AKAS 1974 kerana tiada standard khusus bau di bawahnya. Oleh itu, ianya akan dirujuk kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk diambil tindakan di bawah kacau ganggu Akta Kerajaan Tempatan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Berapakah pintu air yang dimiliki JPS, MPSP dan pihak swasta di SPS, bagaimanakah keadaannya dan adakah ia akan dinaiktaraf atau diperbanyakkan?

YAB. Ketua Menteri:

17. Secara keseluruhannya terdapat 12 pintu air pasang surut (Tidal Control Gate (TCG) di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

Empat (4) daripada TCG tersebut adalah di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu TCG Kebun Baru, TCG Pulau Burung, TCG Gate D di Bukit Tambun dan TCG Gate C di Kawasan Batu Kawan. Keempat-empat TCG ini masih beroperasi berdasarkan jadual pasang surut air laut. Keempat-empat TCG tersebut perlu dinaik taraf atas faktor pembangunan sekitar yang pesat dan bagi tujuan peningkatan keberkesanan sistem operasi. JPS telah menerima kelulusan peruntukan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menaiktaraf pintu air pasang surut di daerah SPS.

Manakala terdapat lapan (8) TCG dimiliki oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di SPS iaitu dua (2) TCG di Taman Minnamah, Nibong Tebal, dua (2) TCG di Persiaran Tanjung Permai, Villa Tanjung Permai, Batu Kawan dan empat (4) TCG di Parit Siam, Taman Merak, Simpang Ampat. Kesemua pintu air tersebut berada dalam keadaan baik dan diselenggara sekali seminggu. Buat masa ini, MPSP tidak mempunyai rancangan untuk menaik taraf pintu-pintu air sedia ada. MPSP mempunyai perancangan untuk menambah satu (1) pintu air di parit monsun Taman Pekaka yang dijadual untuk dilaksanakan pada September 2018.

Sebagai makluman, tiada pintu air yang dimiliki oleh pihak swasta di daerah SPS.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Apakah status Ladang Valdor dari segi pemilikan tanah, pampasan dan penempatan semula serta penglibatan Kerajaan Negeri dalam isu ini?

YAB. Ketua Menteri:

18. Terdapat satu urusan pengambilan tanah yang dibuat di sebahagian Lot 3424, Ladang Valdor, Mukim 15, Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang bagi kegunaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Valdor seluas 2 ekar. Pampasan berjumlah RM1.8 juta telah

Page 160: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

160

dibayar kepada pemilik tanah, RM3,000.00 kepada 3 orang pengusaha kandang kambing dan 8 orang lagi pemilik bangunan serta stor di atas tanah terbabit. Semakan Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Selatan mendapati Lot 21183 (Lot lama 3424 ), Ladang Valdor, Mukim 15, SPS telah diberimilik kepada Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Valdor dan bangunan sekolah baru tersebut telah siap dibina. Sehingga kini, tiada isu atau masalah yang melibatkan Kerajaan Negeri dalam aspek penempatan semula di Ladang Valdor.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Sila senaraikan semua rumah pangsa kos rendah dan pihak pengurusannya di DUN Bukit Tambun.

(a). Bagaimanakah tindakan untuk memperkasakan JMB dan MC?

(b). Bagaimanakah tindakan untuk menyelesaikan masalah pengurusan, tunggakan bayaran, kebersihan dan mengganti atau membaiki kemudahan asas?

YAB. Ketua Menteri:

19. Berdasarkan rekod Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) terdapat 16 skim rumah pangsa kos rendah di KADUN Bukit Tambun di mana 6 daripadanya tidak mempunyai badan pengurusan. Senarai rumah pangsa kos rendah dan status pengurusan seperti di Lampiran A.

(a) Tindakan Pesuruhjaya Bangunan (COB) untuk memperkasakan Join Management Body (JMB)/ Management Corporation (MC) adalah seperti berikut:

(i). Lawatan pemeriksaan ke skim – skim perumahan berstrata yang tidak aktif JMB/MC;

(ii). Program outreach bersama penduduk perumahan skim strata;

(iii). Taklimat dan kempen kesedaran di skim perumahan berstrata;

(iv). Kursus intensif diberikan kepada JMB/MC yang baru ditubuhkan;

(v). Penyelarasan saluran program – program bantuan perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, contohnya Tabung Penyenggaraan 1 Malaysia (TP1M), Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP) dan Geran Badan Pengurusan JMB/MC 2018; dan

(vi). Penglibatan agensi – agensi dan NGO dalam program pendidikan dan kesedaran komuniti berstrata.

(b) Antara tindakan yang boleh diambil dalam menyelesaikan masalah pengurusan, tunggakan bayaran, kebersihan dan kerosakan kemudahan asas adalah seperti berikut:

(i). Menubuh, mengaktifkan semula badan pengurusan. Sekiranya penduduk enggan menganggotai badan pengurusan COB boleh melantik Ejen Pengurusan dengan syarat fi ejen dibiayai oleh badan pengurusan;

(ii). Membuat tuntutan kepada pemilik unit yang tidak membayar caj penyenggaraan ke Tribunal Pengurusan Strata / Mahkamah;

(iii). Denda terhadap pemilik petak yang membuang sampah merata-rata dengan membuat tambahan dalam undang-undang kecil setelah mendapat persetujuan semua pemilik.

(iv). Mengganti atau membaiki kemudahan asas di kawasan harta bersama menggunakan duit caj penyenggaraan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Adakah kerja - kerja pendalaman Sungai Junjung dan Sungai Jawi serta pengukuhan tebing dijalankan setiap tahun?

(a). Jumlah peruntukan dan perbelanjaan tahunan?

(b). Jadual pelaksanaannya?

(c). Apakah halangan fizikal di sepanjang sungai?

Page 161: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

161

YAB. Ketua Menteri:

20. Kerja-kerja mendalam dan mengorek Sungai Junjung dan Sungai Jawi dilaksanakan setiap 2 tahun sekali atau mengikut keperluan.

(a) Sejumlah RM3,535,847.00 peruntukan telah diberi oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan kerja-kerja mendalam dan mengorek Sungai Junjung dan Sungai Jawi pada tahun 2017 dan 2018. Perincian peruntukan dan perbelanjaan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A.

(b) Jadual Pelaksanaan kerja-kerja mendalam dan mengorek Sungai Junjung dan Sungai Jawi adalah seperti berikut:

(i). 5 Januari 2018 hingga 5 Mac 2018 di Sungai Jawi melibatkan kerja-kerja mengorek sepanjang 3200m; dan

(ii). Ogos 2017 hingga Jun 2018, kerja pengorekan di Sg. Junjung.

(c) Halangan fizikal yang berada di sepanjang Sungai Junjung dan Sungai Jawi adalah seperti berikut:

(i). Struktur Jambatan;

(ii). Sampah sarap;

(iii). Mendapan; dan

(iv). Pulau-pulau Pasir

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Apakah status Stadium Batu Kawan dari segi pemilikan, penyelenggaraan, pembaikkan dan pemulihan, pengurusan event serta pembangunan keseluruhan Kompleks Sukan?

YAB. Ketua Menteri:

21. Stadium Negeri Batu Kawan adalah di bawah pemilikan Kerajaan Negeri. Pada tahun 2014, Kerajaan Negeri telah meminta Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk mengambil alih pengurusan dan penyelenggaraan stadium ini dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Bagi tujuan itu, PDC telah melantik anak syarikat milikan penuh PDC iaitu PDC Setia Urus Sdn Bhd (PDCSU) sebagai pengurus bangunan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan serta pengurusan acara di stadium tersebut.

Untuk makluman, Enakmen Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri pada tahun 2017. Perbadanan ini akan bertanggungjawab menguruskan stadium dan kawasan lapang di negeri ini dan Stadium Batu Kawan merupakan salah satu premis yang dicadangkan untuk diserahkan kepada Perbadanan ini kelak. Walau bagaimanapun, penubuhan Perbadanan ini telah ditangguhkan sehingga selepas Kejohanan Asia Pacific Masters Games (APMG) 2018 iaitu pada bulan September 2018.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Sila nyatakan bilangan dan lokasi gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang berbumbung dan gelanggang badminton tertutup yang telah dibina dalam 5 tahun yang lalu?

(a). Apakah perancangan untuk penambahan kemudahan, program mencungkil bakat dan sistem latihan bagi ketiga-tiga sukan ini?

YAB. Ketua Menteri:

22. Sejumlah 21 gelanggang futsal, 10 gelanggang bola keranjang tertutup dan 2 gelanggang badminton telah dibina dalam 5 tahun yang lalu. Senarai lokasi adalah seperti di Lampiran A.

Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSN) dengan kerjasama beberapa agensi yang berkaitan berganding bahu dalam meningkatkan prestasi sukan di negeri ini. Bagi mencapai hasrat Kerajaan Negeri untuk merancakkan pembangunan sukan dan aktiviti rekreasi sihat di kalangan rakyat Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan 2 buah akademi badminton dengan pelaburan swasta di KADUN Sungai Pinang dan sebuah kemudahan sukan bola keranjang di Kawasan Batu Kawan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan Program 1 Kadun 1 Gelanggang Futsal bagi mewujudkan gelanggang futsal di setiap KADUN. Wakil rakyat boleh mengemukakan cadangan untuk penambahan kemudahan bagi ketiga-tiga sukan ini melalui Pejabat Daerah. Walau bagaimanapun, cadangan

Page 162: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

162

untuk membina kemudahan sukan baharu akan dipertimbangkan dan dilaksanakan secara berfasa tertakluk kepada permohonan dan keperluan untuk sukan tersebut dari semasa ke semasa.

Selain itu, melalui inisiatif program mencungkil bakat, MSNPP dengan kerjasama Persatuan Sukan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Institut Sukan Negara Pulau Pinang dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang akan mengadakan program uji bakat (Talent Identification) di sekolah-sekolah seluruh Negeri Pulau Pinang dari semasa ke semasa bagi mencari atlet-atlet baru untuk diketengahkan ke program latihan berpusat negeri di bawah bimbingan Jurulatih Sukan Negeri.

Dalam pada itu, program sistem latihan sukan yang dilaksanakan untuk pembangunan atlet-atlet berprestasi tinggi negeri dilaksanakan menerusi Persatuan Sukan Negeri untuk sukan-sukan yang dipertandingkan di peringkat Sukan Malaysia (SUKMA). Dalam menyokong program pembangunan sukan, MSNPP akan membantu pihak persatuan sukan negeri melalui penganjuran pelbagai kursus sains sukan dan penawaran khidmat kemudahan sains sukan dengan kerjasama dari Institut Sukan Negara untuk mengoptimakan prestasi atlet-atlet negeri dari segi peningkatan tahap psikologi dan mental, kecergasan dan kepantasan serta daya saing secara berterusan.

RUJ. LAMPIRAN A (BGCA NO. 22)

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Apakah definisi ecotourism dan agrotourism?

(a). Apakah konsep ecotourism dan agrotourism yang dikenal pasti dan lokasinya?

(b). Adakah lokasi berkenaan perlu dilakukan proses pengeluaran enakmen air, warta tali air, akta pemulihan tanah, perlingkungan semula dan ubah syarat tanah?

(c). Berapakah peruntukan yang bakal disalurkan dalam 5 tahun akan datang?

YAB. Ketua Menteri:

23. Ecotourism merupakan aktiviti pelancongan berasaskan alam semulajadi yang memberi keutamaan kepada kebertanggungjawaban untuk memelihara dan mengekalkan keadaan asal kawasan. Manakala agrotourism pula merupakan aktiviti pelancongan berasaskan pertanian, perikanan, perladangan dan penternakan.

(a) Bagi ecotourism dan agrotourism, konsep dan lokasi yang dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri adalah seperti di bawah.

BIL JENIS KONSEP LOKASI

1 Ecotourism Alam semula jadi Bukit Bendera

2 Ecotourism Alam semula jadi Taman Negeri Bukit Panchor

3 Ecotourism Alam semula jadi Taman Rimba Bukit Mertajam

4 Ecotourism Alam semula jadi Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam

5 Ecotourism Alam semula jadi Taman Rimba Teluk Bahang

6 Ecotourism Alam semula jadi Taman Negara Pulau Pinang

7 Agrotourism Makanan laut Pulau Aman

8 Agrotourism Durian Balik Pulau

9 Agrotourism Pertanian Relau

(b) Kerajaan Negeri telah mengenal pasti lokasi-lokasi umum yang akan dibangunkan sebagai ecotourism dan agrotourism. Keperluan pengeluaran daripada enakmen air, warta tali air, akta pemulihan tanah, perlingkungan semula dan ubah syarat tanah adalah tertakluk kepada pembangunan di atas tanah-tanah yang terlibat.

(c) Dalam tempoh 5 tahun akan datang, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Kerajaan Persekutuan bakal menyalurkan peruntukan RM4.9 juta untuk Projek Menaiktaraf Bypath E,F,G,H,I dan J di Bukit Bendera, Pulau Pinang dan Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Sungai Tukun, Taman Negara Pulau Pinang. Di pihak Kerajaan Negeri pula, sejumlah RM6.9 juta bakal disalurkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri dalam tempoh 5 tahun untuk penjagaan Hutan Simpanan Kekal. Selain itu, sejumlah RM12 juta untuk tempoh 5 tahun turut disediakan di bawah Jawatankuasa MMK bagi tujuan pembangunan pelancongan Pulau Pinang seperti penganjuran program dan aktiviti berasaskan pelancongan.

Page 163: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

163

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Sila huraikan aktiviti penternakan ikan dalam sangkar mengikuti Daerah:-

(a). Jumlah penternak dan keluasannya?

(b). Hasil jualan tahunan?

(c). Hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri dan jabatan berkaitan?

YAB. Ketua Menteri:

24. (a) Jumlah penternak ikan dalam sangkar dan keluasannya bagi setiap daerah setakat 2018 adalah seperti berikut:-

Daerah Jumlah Penternak

(orang) Keluasan (m.p/hektar)

Seberang Perai Selatan (SPS) 208 462,109 / 46.21

Barat Daya (DB) 45 38,093 / 3.81

Timur Laut (DTL) 18 58,002 / 5.8

(b) Hasil jualan tahunan adalah seperti berikut:-

Daerah Hasil Jualan (RM)

Seberang Perai Selatan (SPS) 354,958,502.92

Barat Daya (DBD) 36,681,236.04

Timur Laut (DTL) 118,481,464.63

(c) Hasil yang berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah bagi kutipan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dan Jabatan Perikanan bagi pemberian lesen pada tahun 2017 adalah seperti berikut:-

Penerima kutipan Hasil Yang Dikutip

(RM)

Jabatan Perikanan 28,559.00

Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) 82,350.00

Daerah Barat Daya (DBD) 16,650.00

Daerah Timur Laut (DTL) 16,800.00

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Adakah aktiviti penternakan udang harimau dijalankan di Pulau Pinang?

(a). Sila nyatakan lokasi, jumlah penternak dan hasil jualan tahunan.

(b). Adakah penternakan dicadangkan di Balik Pulau, Sungai Udang dan Penaga?

(c). Adakah aktiviti ini mencemarkan kualiti air laut dan mengancam hutan bakau?

YAB. Ketua Menteri:

25. (a) Negeri Pulau Pinang turut menjalankan penternakan udang harimau dalam industri akuakultur. Lokasi penternakan udang harimau adalah di Nibong Tebal, Simpang Ampat, Juru dan Balik Pulau. Jumlah penternak adalah seramai 27 orang dan hasil jualan tahunan adalah berjumlah RM9,925,890.00.

(b) Bagi cadangan di Balik Pulau dan Sungai Udang, aktiviti ini telah pun diusahakan oleh penternak. Walau bagaimanapun, bagi kawasan Penaga ia masih dalam perancangan melalui pelaksanaan Zon Industri Akuakultur (ZIA) Penaga.

Page 164: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

164

(c) Aktiviti penternakan udang harimau tidak memberi kesan ketara kepada kualiti air laut. Malahan kebanyakan pengusaha memiliki Pensijilan MyGap (Malaysian Good Aquaculture) yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan dan aktiviti mereka dikawal serta dipantau secara berkala. Aktiviti ini juga tidak mengancam hutan bakau kerana pembangunannya adalah tertakluk kepada penilaian Environmental Impact Assessment (EIA) dan mempunyai zon penampan (buffer zone) bagi menjaga kestabilan ekosistem sedia ada.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Apakah status loji kumbahan najis khinzir berpusat yang dicadangkan di Perkampungan Valdor dan mekanisma pelaksanaannya?

(a). Adakah kaedah yang sama akan dilaksanakan di Kampung Selamat dan Perkampungan Jawi?

YAB. Ketua Menteri:

26. Loji kumbahan najis khinzir berpusat yang dimaksudkan adalah merujuk kepada cadangan Projek Stesen Janakuasa 1 Megawatt Elektrik Berasaskan Biogas Sisa Ternakan di Kampung Valdor, Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang.

Kawasan SPS, Pulau Pinang mempunyai potensi ekonomi untuk dibangunkan sebagai nod pertumbuhan (growth node) ekonomi baharu yang berfungsi sebagai pelengkap kepada kemajuan pesat yang sedang dialami di Pulau Pinang. Bagi mencapai matlamat tersebut, isu pencemaran bau dari ladang ternakan khinzir di kawasan Kampung Valdor, SPS perlu diatasi dengan kaedah penyelesaian yang terbaik dengan mengambilkira keseimbangan antara kepentingan sumber pendapatan penternak, kelangsungan bekalan makanan (food security) dan kesan kepada alam sekitar.

Pada masa ini, operasi ternakan khinzir di Kampung Valdor mempunyai populasi mencecah hampir 90,000 ekor yang diusahakan secara individu mahupun berkelompok oleh penternak yang menetap di kampung tersebut. Majoriti penternak di kawasan ini tidak mempunyai sistem amalan ternakan yang teratur dalam mengurus pembuangan sisa kumbahan yang dihasilkan. Sisa kumbahan ternakan disalurkan tanpa kawalan ke dalam saliran perparitan yang menyebabkan pencemaran air dan bau yang tidak berkesudahan di kawasan SPS.

Bagi mengatasi masalah ini, Syarikat Timeless Green Sdn. Bhd. (TG) yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan inovatif teknologi tenaga diperbaharui telah menunjukkan minat untuk membangunkan sebuah stesen janakuasa 1 Megawatt elektrik berasaskan biogas sisa ternakan di Kampung Valdor, SPS. Projek ini dilihat berdaya saing memandangkan terdapat sisa kumbahan yang dihasilkan daripada ternakan khinzir di Kampung Valdor, SPS yang boleh digunakan bagi penjanaan tenaga elektrik. Pelaksanaan cadangan projek oleh TG ini diyakini mampu untuk menyelesaikan isu pencemaran bau dan air yang telah sekian lama dihadapi di daerah SPS.

Cadangan projek pada masa ini berada dalam peringkat mendapatkan kelulusan penilaian Environmental Impact Assessment (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada April 2019 tertakluk kepada pematuhan semua syarat yang ditetapkan.

Mekanisma pelaksanaan projek adalah seperti berikut:-

(i). TG telah bersetuju menerima tawaran Feed-in Tariff dari Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia) bagi membekalkan tenaga elektrik berkapasiti 1 Megawatt berasaskan biogas sisa ternakan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB);

(ii). Kos keseluruhan bagi pelaksanaan projek akan dibiayai sepenuhnya oleh TG;

(iii). Penternak perlu menaik taraf ladang sedia ada kepada Modern Pig Farming (MPF) yang mempunyai empat (4) kriteria utama iaitu ladang tertutup, zon penampan dengan jarak 200 meter, zero discharge dan Good Animal Husbandary Practise (GAHP) selaras dengan Enakmen Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang;

(iv). Ladang-ladang ternakan khinzir yang terdapat di sekitar Kampung Valdor akan diintegrasikan melalui sistem pengurusan sisa berpusat bagi penjanaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy);

(v). Sisa ternakan yang dihasilkan akan dikumpul oleh TG melalui sistem saluran paip kumbahan yang akan dibina dari setiap ladang ternakan ke stesen janakuasa;

Page 165: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

165

(vi). Ladang ternakan yang tidak dapat dihubungi menggunakan sistem saluran paip kumbahan akan menggunakan khidmat lori pengangkut sebagai alternatif;

(vii). TG akan mengurus dan merawat sisa kumbahan dari setiap ladang ternakan yang menyertai program berpandukan kepada piawaian JAS;

(viii). Penternak adalah bertanggungjawab untuk membekalkan sisa kumbahan dari ladang masing-masing secara eksklusif kepada TG untuk tempoh selama 16 tahun bermula dari tarikh operasi stesen janakuasa; dan

(ix). Penternak perlu memastikan bahawa hanya sisa kumbahan ternakan sahaja yang disalurkan/dibekalkan kepada stesen janakuasa tanpa tambahan objek-objek lain yang akan menjejaskan operasi stesen.

(a) Sekiranya pelaksanaan projek stesen janakuasa elektrik berasaskan biogas sisa ternakan berjaya dilaksanakan dengan berkesan di Kampung Valdor, maka pelaksanaan projek yang serupa boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan di Kampung Selamat dan Perkampungan Jawi.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Apakah status pengambilan tanah di sepanjang Jalan Batu Kawan dan Bukit Tambun (bersebelahan Penang Science Park):-

(a). Jumlah keluasan tanah dan bayaran pampasan.

(b). Perancangan yang dicadangkan.

(c). Mengapakah lot tanah bersebelahan SJKC Keng Koon dikeluarkan daripada pengambilan?

YAB. Ketua Menteri:

27. Keseluruhan pengambilan tanah di sepanjang Jalan Batu Kawan dan Bukit Tambun (bersebelahan Penang Science Park) melibatkan 107 lot. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 102 lot telah selesai dan baki 5 lot tanah lagi sedang menunggu bayaran bagi membolehkan pengambilan tersebut diselesaikan.

(a) Kelulusan yang terlibat dengan pengambilan adalah 622.62 ekar dengan jumlah pempasan yang telah dijelaskan oleh Penang Development Corporation (PDC) berjumlah RM861.24 juta.

(b) Pengambilan ini adalah bertujuan untuk pembangunan bercampur dan perindustrian, dan

(c) Lot tanah bersebelahan SJK(C) Keng Koon (Lot 8175) telah dibuat pengambilan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri pada tahun 2010 untuk kegunaan SK Bukit Tambun, SJK(C) Keng Koon dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Tambun. Berikutan itu, PDC telah mengeluarkan lot tersebut dari cadangan pengambilan kerana ia adalah tanah kerajaan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Projek Pelancongan Bukit Tambun telah dilancarkan oleh JKKK Bukit Tambun pada 2015.

(a). Adakah projek ini mendapat peruntukan Kerajaan Negeri?

(b). Adakah projek ini berpotensi untuk dimajukan dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan?

(c). Terdapatkah bangunan lama yang boleh digazetkan sebagai bangunan warisan?

YAB. Ketua Menteri:

28. (a) Projek Pelancongan Bukit Tambun yang bermula pada tahun 2015 adalah diusahakan oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Tambun. Pada masa itu, peruntukan YB. ADUN Bukit Tambun telah digunakan bagi tujuan membeli cat dan lain-lain keperluan yang berkaitan bagi kerja-kerja melukis mural di dinding bangunan lama. Selain itu, pihak JKKK Bukit Tambun juga telah mendapatkan sumbangan daripada penduduk bagi melaksanakan projek berkenaan.

(b) Projek ini berpotensi untuk dimajukan dengan menambah lebih banyak tarikan, contohnya seperti pusat pendaratan hasil laut. Program-program yang dimasukkan dalam kalendar pelancongan merupakan program yang dianjurkan secara tahunan di mana tarikh program

Page 166: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

166

telah ditetapkan pada tahun sebelumnya. Sekiranya terdapat program pelancongan yang berkaitan, ia boleh dimasukkan dalam kalendar pelancongan. Bagi promosi kepada tempat tarikan pelancong, ia adalah lebih sesuai untuk dimasukkan dalam risalah pelancongan Seberang Perai dan disenaraikan sebagai destinasi pelancongan yang perlu dilawati.

(c) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengenal pasti sejumlah 49 unit bangunan lama di Bukit Tambun yang boleh digazetkan sebagai bangunan warisan iaitu di lokasi Kampung Ah Chui, Jalan Bukit Tambun, Ban Liao dan Perkuburan Cina Bukit Tambun.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Caruman pemaritan di MPSP telah dinaikkan daripada 10,000 kepada 50,000 seekar.

(a). Apakah rasionalnya?

(b). Adakah kadar caruman boleh dikaji semula bagi permohonan di bawah pemutihan kilang, penternakan tertutup dan pelancongan?

(c). Adakah caruman ini boleh diguna untuk menaiktaraf longkang-longkang lama yang kehilangan gradian?

YAB. Ketua Menteri:

29. (a) Caruman pemaritan di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah dinaikkan daripada RM10 ribu kepada RM50 ribu per ekar selepas mengambil kira faktor-faktor seperti berikut :

(i) Kos bagi pembinaan sistem pemaritan yang telah meningkat.

(ii) Kos yang tinggi bagi penyelesaian masalah banjir.

(iii) Kos pengambilan tanah yang tinggi bagi tujuan pembinaan parit.

(b) Mesyuarat Jawatankuasa Tebatan Banjir Bil 3/2018 pada 28 Jun 2018 telah memutuskan supaya Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) menyelaras semula Garis Panduan berhubung bayaran caruman pemaritan bagi kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Penyelarasan garis panduan ini turut mengambil kira kadar caruman pemaritan bagi pemohonan kilang, penternakan tertutup dan pelancongan.

(c) Wang caruman ini boleh digunakan untuk menaik taraf longkang-longkang lama yang kehilangan gradian.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

30. Mengapakah MPSP mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang berdasarkan cadangan zoning Draf Rancangan Tempatan (RT)?

(a). Adakah RT Seberang Perai akan disediakan semula mengikut peruntukan Akta atau hanya satu proses gabungan ketiga-tiga draf RT, Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS)?

(b). Bilakah RT akan disiapkan dan digazetkan?

YAB. Ketua Menteri:

30. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengguna pakai zoning draf Rancangan Tempatan (RT) dalam membuat keputusan perancangan kerana Rancangan Tempatan (RT) belum digazetkan setelah tiga (3) laporan Draf Akhir Rancangan Tempatan (RT) yang telah disediakan secara berasingan untuk ketiga-tiga daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) ditangguhkan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun, kandungan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di bawah Seksyen 22(2)(b) membenarkan zoning draf Rancangan Tempatan sebagai panduan.

(a) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sedang menyediakan RT Seberang Perai 2030 selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) di bawah Seksyen 12(1). Penyediaan RT Seberang Perai 2030 adalah hasil gabungan ketiga-tiga Draf RT mengikut daerah yang telah disediakan sebelum ini. Tujuannya adalah untuk menghasilkan satu dokumen rancangan pemajuan RT yang selaras untuk ketiga-tiga

Page 167: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

167

daerah di Seberang Perai yang turut mengandungi satu pelan cadangan guna tanah terkini sehingga tahun 2030.

(b) Berdasarkan kepada Jadual Kerja Penyediaan Kajian, Rancangan Tempatan Seberang Perai dijangka disiapkan pada bulan Disember 2018 dan akan diwartakan pada tahun 2019.

XI. Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Prestasi kewangan Kerajaan Negeri setiap tahun sejak 2008 termasuk hutang Kerajaan Negeri, lebihan belanjawan dan rizab aset.

YAB. Ketua Menteri:

1. Sejak tahun 2008 hingga 2017, Kerajaan Negeri berjaya mendapat lebihan belanjawan dan simpanan terkumpul telah meningkat setiap tahun seperti di Lampiran A. Kedudukan hutang Kerajaan Negeri dari tahun 2008 hingga 2017 adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BLGE NO. 1)

Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Apakah rancangan untuk terus menonjolkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan utama di Malaysia.

YAB. Ketua Menteri:

2. Rancangan Kerajaan Negeri untuk terus menonjolkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan utama di Malaysia adalah seperti berikut:

(a) Pelancongan menggiatkan promosi pelancongan dan pelaburan di peringkat antarabangsa. Antara pameran pelancongan yang disertai adalah seperti International Tourism Board (ITB) Berlin, Shanghai World Travel Fair dan World Travel Mart (WTM). Bagi meningkatkan pelaburan, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Malaysian Investment Development Authority (MIDA) untuk mempromosi Pulau Pinang sebagai pusat pelaburan utama.

(b) Mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa seperti World Tourism Cities Federation (WTCF) dan Asian Tourism Forum (ATF) bagi berkongsi pengalaman Pulau Pinang dalam sektor pelancongan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan membida supaya program-program antarabangsa dianjurkan di Pulau Pinang. Antara program yang telah berjaya dibida adalah Asia Pacific Masters Games 2018, Inter-Islands Tourism Policy Forum 2018 dan World Seafood Congress 2019.

(c) Pelancongan bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk menambah bilangan penerbangan terus dengan pemberian insentif. Selain menambah laluan penerbangan terus, Kerajaan Negeri juga akan berusaha meningkatkan kekerapan penerbangan. Bagi tahun 2018, Kerajaan Negeri telah berjaya mendapatkan sejumlah tiga (3) laluan baharu penerbangan terus iaitu dari Doha, Hat Yai dan Hanoi.

(d) Mempertingkatkan infrastruktur dalam negeri di mana Kerajaan Negeri telah melakarkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Pelan ini antara lain melibatkan Light Rail Transit (LRT), Bus Rapid Transit (BRT), Projek Jalan-Jalan Utama dan Terowong Bawah Dasar Laut. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta menyediakan kelengkapan bagi pelancong perubatan dan meningkatkan kapasiti kargo. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menaik taraf infrastruktur taman perindustrian dan taman bisnes supaya mencapai piawaian antarabangsa bagi memenuhi keperluan penggiat industri. Perkhidmatan jalur lebar dan utiliti asas akan turut dinaik taraf.

(e) Memberi tumpuan kepada perkembangan bidang pelancongan utama seperti pembangunan pelancongan eko dan warisan secara mampan, pelancongan business events dengan penyediaan tempat persidangan dan pameran baharu, pelancongan perubatan dengan kerjasama erat pihak swasta dan pelancongan pendidikan dengan menarik universiti asing untuk mendirikan kampus di Pulau Pinang. Kawasan-kawasan baharu juga akan dikenalpasti dan diterokai bagi meluaskan aktiviti pelancongan.

(f) Menggalakkan dan meningkatkan produk-produk tarikan pelancong yang bertaraf antarabangsa seperti pembangunan The Top di KOMTAR dengan tarikan seperti Rainbow Skywalk dan The Gravityz, Projek The Habitat di Bukit Bendera dengan Canopy

Page 168: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

168

Walk dan Tree Top Walk dan Projek Entopia. Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mewujudkan aktiviti Glamping yang membolehkan para pelancong menikmati pengalaman alam semula jadi dengan penginapan moden dan selesa. Glamping akan ditempatkan di sekitar hutan Teluk Bahang yang dikenali sebagai “Boulder Valley” tanpa merosakkan alam sekitar dan sistem ekologi.

(g) Meningkatkan program dan acara berasaskan pelancongan seperti Penang Fun Experiences With Despicable Me 3 yang merupakan projek pertama di Seberang Perai, Penang Hot Air Balloon Fiesta di Padang Polo yang memaparkan tarikan belon udara gergasi daripada pelbagai negara, acara RM2 Mini Food Festival di Butterworth Artwalk yang telah menarik lebih daripada 15,000 orang pengunjung dan Food Truck Invasion di Design Village, Batu Kawan yang berjaya mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Records bagi penganjuran perhimpunan trak makanan terbesar di dunia.

(h) Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan sebuah pelan Induk Pelancongan Negeri Pulau Pinang yang akan menggariskan hala tuju dan rancangan pembangunan pelancongan secara holistic yang turut akan mengenal pasti produk pelancongan yang baharu dan berpotensi. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang dalam proses pengumpulan data dan di peringkat awal penyediaan Pelan Induk tersebut.

(i) Pelaburan menggunakan kekuatan Pulau Pinang sebagai “Silicon Island of the East” dalam meningkatkan keyakinan pelabur dalam bidang elektronik dan elektrikal. Selanjutnya, industri boleh dikembangkan kepada sektor pembuatan peralatan perubatan, sains kesihatan, aeroangkasa dan avionic dan teknologi LED. Selain itu, aktiviti industri seperti Business Process Outsourcing, Shared Services & Outsourcing, Research and Development, Creative Digital Art dan Apps/Games juga akan dipertingkatkan.

(j) Melahirkan tenaga kerja berkemahiran di samping memupuk bakat baharu untuk memenuhi keperluan industri. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi Tempatan dan penggiat industri untuk menyelaras demand and supply tenaga kerja. Bagi memupuk minat generasi muda dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, Kerajaan Negeri telah menubuhkan @CAT Penang (Accelerator for Creative, Analytics and Technology), Penang Skill Development Centre (PSDC), Penang Science Cluster (PSC), Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC), Tech Dome Penang (TDP) dan Penang Digital Library (PDL). Biasiswa Penang Future Foundation juga akan diberikan kepada pelajar berprestasi cemerlang untuk melanjutkan pelajaran.

(k) Menggalakkan pertumbuhan Industri Kecil Sederhana (IKS) melalui Pusat IKS Pulau Pinang dengan kadar sewa yang disubsidi bagi IKS tempatan untuk menjalankan perniagaan. Perkampungan IKS Batu Kawan juga akan dibangunkan bagi mengembangkan kapasiti IKS. Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS (Pusat S.M.A.R.T.) pula memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat IKS di samping menganjurkan seminar pembangunan kapasiti dan direktori perniagaan secara atas talian. Program Penang i4.0 Seed Fund juga menyediakan dana permulaan berjumlah RM4 juta (USD 1 juta) untuk membantu usahawan kecil dan syarikat-syarikat start-upyang terlibat dalam bidang teknologi seperti sektor Internet of Things (IoT) dan e-commerce bagi mempercepatkan pembangunan syarikat-syarikat start-up di Pulau Pinang.

XII. Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Siapakah nama ADUN dan Ahli Parlimen mengikut parti politik dalam setiap:

(a). Jawatankuasa MMK?

(b). GLC atau perbadanan?

(c). Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan dan lain-lain jawatankuasa bawah DUN?

YAB. Ketua Menteri:

1. (a) Senarai Jawatankuasa MMK Pulau Pinang

Terdapat sejumlah 31 Jawatankuasa MMK dan keanggotaan Jawatankuasa berkenaan adalah seperti berikut :-

Page 169: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

169

BIL. JAWATANKUASA MMK (i). YB ADUN

1 Pengangkutan

(i). YB Puan H’ng Lee Lee

(ADUN Berapit) (ii). YB Tuan Goh Choon Aik

(ADUN Bukit Tambun) (iii). YB Tuan Teh Lai Heng

(ADUN KOMTAR)

2 Komunikasi

(i). YB Puan Syerleena Binti Abdul Rashid

(ADUN Seri Delima) (ii). YB Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail

(ADUN Pantai Jerejak)

3 Hal Ehwal Agama Islam

(i). YB Dato' Saifuddin Nasution Bin Ismail (ADUN Pantai Jerejak)

(ii). YB Tuan Azrul Mahathir Bin Aziz

(ADUN Bayan Lepas) (iii). YB Tuan Mohd Yusni Bin Mat Piah

(ADUN Penaga)

4 Pembangunan Industri

(i). YB Tuan Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq

(ADUN Bertam) (ii). YB Puan H'ng Lee Lee

(ADUN Berapit) (iii). YB Tuan Gooi Hsio-Leung

(ADUN Bukit Tengah)

5 Perhubungan Masyarakat

(i). YB Tuan Satees A/L Muniandy

(ADUN Bagan Dalam) (ii). YB Tuan Lee Khai Loon

(ADUN Machang Bubuk) (iii). YB Tuan Haji Mohd Tuah Bin Ismail

(ADUN Pulau Betong)

6 Perancangan Ekonomi Negeri

(i). YB Tuan Satees A/L Muniandy

(ADUN Bagan Dalam) (ii). YB Dato’ Saifuddin Nasution Bin Ismail

(ADUN Pantai Jerejak) (iii). YB Tuan Azrul Mahathir Bin Aziz

(ADUN Bayan Lepas)

7 Pendidikan

(i). YB Tuan Satees A/L Muniandy

(ADUN Bagan Dalam) (ii). YB Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah

(ADUN Sungai Bakap) (iii). YB Tuan Kumaresan A/L Arumugam

(ADUN Batu Uban)

8 Pembangunan Modal Insan

(i). YB Tuan Mustafa Kamal Bin Ahmad

(ADUN Teluk Ayer Tawar) (ii). YB Tuan Satees A/L Muniandy

(ADUN Bagan Dalam) (iii). YB Tuan Kumaresan A/L Aramugam

(ADUN Batu Uban)

9

Sains, Teknologi dan Inovasi

(i). YB Tuan Satees A/L Muniandy

(ADUN Bagan Dalam) (ii). YB Tuan Gooi Hsio-Leung

(ADUN Bukit Tengah) (iii). YB Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah

(ADUN Sungai Bakap)

10 Pembangunan Wanita dan Keluarga

(i). YB Tuan Goh Choon Aik

(ADUN Bukit Tambun) (ii). YB Puan Lim Siew Khim

(ADUN Sungai Pinang) (iii). YB Puan Nor Hafizah Binti Othman

(ADUN Permatang Berangan)

11 Keterangkuman Gender (i). YB Puan H’ng Lee Lee

(ADUN Berapit) (ii). YB Puan Lim Siew Khim

Page 170: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

170

BIL. JAWATANKUASA MMK (i). YB ADUN

(ADUN Sungai Pinang) (iii). YB Puan Syerleena Binti Abdul Rashid

(ADUN Seri Delima)

12 Agama Selain Islam

(i). YB Tuan Satees A/L Muniandy

(ADUN Bagan Dalam) (ii). YB Tuan Lee Khai Loon

(ADUN Machang Bubuk) (iii). YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen

(ADUN Pengkalan Kota) (iv). YB Puan Lim Siew Khim

(ADUN Sungai Pinang)

13 Kerajaan Tempatan

(i). YB Tuan Lee Khai Loon

(ADUN Machang Bubuk) (ii). YB Tuan Gooi Hsio-Leung

(ADUN Bukit Tengah) (iii). YB Tuan Chris Lee Chun Kit

(ADUN Pulau Tikus) (iv). YB Puan Lim Siew Khim

(ADUN Sungai Pinang) (v). YB Ong Ah Teong

(ADUN Batu Lancang)

14 Perumahan

(i). YB Tuan Muhammad Faiz Bin Fadzil (ADUN Permatang Pasir)

(ii). YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen

(ADUN Pengkalan Kota) (iii). YB Tuan Teh Lai Heng

(ADUN KOMTAR) (iv). YB Puan Lim Siew Khim

(ADUN Sungai Pinang) (v). YB Ong Ah Teong

(ADUN Batu Lancang)

15 Perancangan Bandar dan Desa

(i). YB Tuan Lee Khai Loon

(ADUN Machang Bubuk) (ii). YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen

(ADUN Pengkalan Kota) (iii). YB Tuan Teh Lai Heng

(ADUN KOMTAR) (iv). YB Tuan Chris Lee Chun Kit

(ADUN Pulau Tikus) (v). YB Puan Syerleena Binti Abdul Rashid

(ADUN Seri Delima)

16 Kebajikan Kebajikan

(i). YB Tuan Mustafa Kamal Bin Ahmad

(ADUN Teluk Ayer Tawar) (ii). YB Tuan Muhammad Faiz Bin Fadzil

(ADUN Permatang Pasir) (iii). YB Puan H’ng Lee Lee

(ADUN Berapit)

17 Masyarakat Penyayang (i). YB Tuan Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq

(ADUN Bertam)

18 Alam Sekitar

(i). YB Tuan Satees A/L Muniandy

(ADUN Bagan Dalam) (ii). YB Puan Syerleena Binti Abdul Rashid

(ADUN Seri Delima)

19 Kesihatan

(i). YB Tuan Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq

(ADUN Bertam) (ii). YB Puan H’ng Lee Lee

(ADUN Berapit) (iii). YB Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah

(ADUN Sungai Bakap) (iv). YB Tuan Kumaresan A/L Arumugam

Page 171: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

171

BIL. JAWATANKUASA MMK (i). YB ADUN

(ADUN Batu Uban) (v). v. YB Tuan Mohd Yusni Bin Mat Piah

(ADUN Penaga)

20 Pertanian & Industri Asas Tani

(i). YB Tuan Muhammad Faiz Bin Fadzil (ADUN Permatang Pasir)

(ii). YB Tuan Gooi Hsio-Leung

(ADUN Bukit Tengah) (iii). YB Goh Choon Aik

(ADUN Bukit Tambun) (iv). YB Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah

(ADUN Sungai Bakap) (v). YB Muhammad Yusoff Bin Mohd Noor

(ADUN Sungai Dua)

21 Pembangunan Desa

(i). YB Tuan Mustafa Kamal Bin Ahmad

(ADUN Teluk Ayer Tawar) (ii). YB Dr. Norlela Binti Ariffin

(ADUN Penanti) (iii). YB Tuan Lee Khai Loon

(ADUN Machang Bubuk) (iv). YB Tuan Haji Mohd Tuah Bin Ismail

(ADUN Pulau Betong) (v). YB Tuan Mohd Yusni Bin Mat Piah

(ADUN Penaga)

22 Kerja Raya & Utiliti

(i). YB Tuan Muhammad Faiz Bin Fadzil (ADUN Permatang Pasir)

(ii). YB Tuan H’ng Mooi Lye

(ADUN Jawi) (iii). YB Tuan Chris Lee Chun Kit

(ADUN Pulau Tikus)

23 Tebatan Banjir

(i). YB Tuan Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq

(ADUN Bertam) (ii). YB Tuan Muhammad Faiz Bin Fadzil

(ADUN Permatang Pasir) (iii). YB Tuan Lee Khai Loon

(ADUN Machang Bubuk) (iv). YB Tuan H’ng Mooi Lye

(ADUN Jawi) (v). YB Tuan Azrul Mahathir Bin Aziz

(ADUN Bayan Lepas)

24 Perdagangan Dalam Negeri & Antarabangsa

(i). YB Tuan Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq

(ADUN Bertam) (ii). YB Tuan Jason Ong Khan Lee

(ADUN Kebun Bunga) (iii). YB Tuan Teh Lai Heng

(ADUN KOMTAR)

25 Hal Ehwal Pengguna (i). YB Tuan Zulkifli Bin Ibrahim

(ADUN Sungai Acheh)

26 Pembangunan Usahawan

(i). YB Dr. Norlela Binti Ariffin

(ADUN Penanti) (ii). YB Tuan Zulkifli Bin Ibrahim

(ADUN Sungai Acheh) (iii). YB Tuan Kumaresan A/L Arumugam

(ADUN Batu Uban) (iv). YB Tuan Haji Mohd Tuah Bin Ismail

(ADUN Pulau Betong)

Page 172: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

172

BIL. JAWATANKUASA MMK (i). YB ADUN

27 Koperasi

(i). YB Dr. Norlela Binti Ariffin

(ADUN Penanti) (ii). YB Tuan Haji Mohd Tuah Bin Ismail

(ADUN Pulau Betong) (iii). YB Tuan Haji Zolkifly Bin Md Lazim

(ADUN Teluk Bahang)

28 Pembangunan Pelancongan

(i). YB Tuan Satees A/L Muniandy

(ADUN Bagan Dalam) (ii). YB Tuan Goh Choon Aik

(ADUN Bukit Tambun) (iii). YB Tuan Joseph Ng Soon Siang

(ADUN Air Itam)

29 Warisan (i). YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen

(ADUN Pengkalan Kota)

30 Kebudayaan & Kesenian (i). YB Puan Syerleena Binti Abdul Rashid

(ADUN Seri Delima)

31 Belia dan Sukan

(i). YB Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah

(ADUN Sungai Bakap) (ii). YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen

(ADUN Pengkalan Kota) (iii). YB Tuan Ong Ah Teong

(ADUN Batu Lancang) (iv). YB Tuan Joseph Ng Soon Siang

(ADUN Air Itam) (v). YB Tuan Kumaresan A/L Arumugam

(ADUN Batu Uban)

(b) Senarai Ahli Lembaga GLC dan Perbadanan Negeri

Senarai ahli lembaga GLCs dan Perbadanan Negeri adalah seperti di Lampiran A.

(c) Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan dan lain-lain jawatankuasa bawah DUN

Nama ADUN mengikut parti politik dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap meliputi Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Dewan, Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dan Jawatankuasa Perlembagaan akan dibentangkan sebagai usul dalam sesi DUN akan datang pada 2 Ogos 2018, mengikut Perkara 109 (1) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

RUJ. LAMPIRAN A (BDNA NO. 1)

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Jawapan Bertulis Ketua Menteri Sidang DUN 2016 dan 2017 menyatakan (4(B)(XII)2) peruntukan RM400,000 untuk menaiktaraf Padang Homestay Mengkuang Titi jadi Mini-Stadium dan bina Dewan baru RM800,000 atas tanah kerajaan tetapi tidak dimasukkan dalam Bajet 2017 dan 2018 atau dilaksanakan sehingga kini.

(a). Adakah kerajaan negeri akan laksanakannya pada 2018 atau 2019?

YAB. Ketua Menteri:

2. (a) Secara umumnya, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi pembinaan baru dan penyelenggaraan dewan orang ramai di bawah peruntukan pembangunan. Senarai projek yang diluluskan adalah mengikut keutamaan keperluan projek bagi penduduk setempat dan juga mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, projek ini masih belum diluluskan bagi tahun 2018 kerana terdapat projek-projek lain yang perlu diutamakan. Kelulusan bagi projek ini untuk tahun 2019 adalah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri semasa semakan Belanjawan Tahun 2019 nanti.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Adakah Kerajaan Negeri akan "top-up" supaya sekurang-kurangnya elaun Pengerusi Jkkk RM700 dan elaun Setiausaha JKKK RM600 adalah sama seperti PRU13 dan bukannya turun ke RM500 untuk Pengerusi dan RM300 untuk Setiausaha?

Page 173: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

173

(a). Adakah elaun RM500 kepada Pengerusi JKKK dan RM300 kepada Setiausaha dari Kementerian merupakan tambahan "top-up" kepada elaun Kerajaan Negeri?

YAB. Ketua Menteri:

3. (a) Sehingga kini, Kerajaan Negeri belum menerima sebarang dasar berkenaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara rasmi daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Oleh itu, Kerajaan Negeri akan terus membayar elaun Pengerusi JKKK sebanyak RM700.00 dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM600.00 sehingga ketetapan baharu diperolehi dari pihak Kementerian.

(b) Kerajaan Negeri berpandangan elaun Pengerusi JKKK RM500.00 dan elaun Setiausaha JKKK RM300.00 adalah elaun yang akan dibayar daripada peruntukan KPLB dan bukannya top up ke atas elaun sedia ada yang dibayar oleh Kerajaan Negeri. Status bayaran ini akan diselaras semula dengan KPLB setelah bayaran tersebut diterima.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Pertambahan taman perumahan di Kawasan Kampung Mengkuang Titi dan Kampung Kuala Mengkuang / Simpang Tiga Kubang Ulu di Mukim 18, 19 dan 20 dan menyebabkan tanah perkuburan Islam menjadi terhad di kawasan tersebut.

(a). Apakah perancangan Jabatan Agama Islam untuk mewujudkan tanah perkuburan Islam yang baru di kawasan tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

4. (a) Setakat ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tiada perancangan untuk mewujudkan tanah perkuburan Islam yang baharu di sekitar kawasan Kampung Mengkuang Titi dan Kampung Kuala Mengkuang / Simpang Tiga Kubang Ulu di Mukim 18, 19 dan 20. JHEAIPP mendapati tapak perkuburan sedia ada adalah mencukupi.

Dalam keadaan di mana tapak perkuburan yang berhampiran dengan mana-mana penempatan penduduk dalam Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) telah mencapai tahap penggunaan maksimum, penduduk Islam di kawasan tersebut boleh menggunakan tapak perkuburan Islam berpusat iaitu Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Perda di atas lot PT 3006 Mukim 6 SPT. Tapak perkuburan yang berkeluasan 4.56 ekar ini boleh diakses melalui Jalan Perda Barat, Bandar Baru Perda.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Dalam Mesyuarat MMK Tebatan Banjir pada 2017, ADUN Penanti dan ADUN Bukit Tengah ada mengadu mengenai masalah banjir akibat daripada saliran di bawah seliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Satu mesyuarat khas akan diadakan.

(a). Apakah keputusan daripada mesyuarat tersebut untuk Kawasan Penanti?

YAB. Ketua Menteri:

5. Mesyuarat Penyelarasan Isu Penyelenggaraan Sistem Saliran Dan Pembentung Dalam Kawasan ROW Bil.2 yang diadakan pada 8 Jun 2018 yang turut dihadiri oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mencapai keputusan seperti berikut:

(a) Semua agensi termasuk LLM perlu mengemukakan senarai inventori dan jadual penyelenggaraan berkala kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk direkodkan dan dirujuk sekiranya terdapat sebarang aduan.

(b) LLM menjelaskan penyelenggaraan bagi sistem saliran dan struktur di bawah tanggungjawab mereka adalah kawasan yang terletak dalam ROW mereka sahaja. Bagi sistem saliran yang berada di luar ROW LLM, kerja-kerja penyelenggaraan adalah di luar bidang kuasa LLM dan bergantung kepada pemiliknya sama ada JPS, MPSP atau JKR.

(c) Mesyuarat mengesyorkan semua agensi untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tambahan selain daripada kerja yang telah ditetapkan dalam jadual penyelenggaraan berkala sekiranya terdapat keperluan mendesak yang memerlukan penambahan kerja-kerja penyelenggaraan.

Page 174: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

174

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Tanggungjawab ADUN adalah menyelesaikan masalah penduduk di lokasi KADUN melalui peruntukan Kerajaan Negeri mengikut sempadan PEGIS tetapi pengundi tinggal di luar kawasan mengundi memohon bantuan diminta merujuk ADUN kawasan mengundi.

(a). Apakah dasar yang ditetapkan Ketua Menteri dan Kewangan Negeri?

(b). Adakah pemberian peruntukan diberi melalui tempat mengundi atau tempat tinggal?

YAB. Ketua Menteri:

6. (a) Peruntukan Kerajaan Negeri bagi pemberian bantuan perlulah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bil. 3 Tahun 2010-Garis Panduan Pelaksanaan Projek-projek di bawah Maksud Pembangunan P.16 (02) dan (03) serta Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bil. Tahun 2011-Had Nilai Pemberian Outright Grant dan Peraturan bagi Pembekalan yang di mohon di bawah Maksud Pembangunan P.16 (02) dan (03); dan

(b) Pemberian peruntukan adalah berdasarkan tempat tinggal penerima bantuan dan perlu selaras dengan Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bil. 3 Tahun 2010 dan Tahun 2011. Surat Pekeliling ini menyatakan projek yang dicadangkan di bawah peruntukan P16 (02) dan (03) hendaklah memberi fokus kepada people centric serta memberi manfaat yang menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat dan meliputi semua komposisi etnik di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) berkaitan. Pembiayaan projek-projek di luar KADUN adalah tidak dibenarkan kecuali bagi Anggota Pentadbiran (Y.A.B. Ketua Menteri, YB. Timbalan Ketua Menteri dan YB. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan) yang boleh mencadangkan pelaksanaan projek-projek khas di bawah P16 (03) di luar KADUN masing-masing terhad kepada maksimum RM50,000.00 sahaja.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Penang Science Cafe Guar Perahu (PINTAR) hampir siap. Kerajaan Negeri telah membantu menampung sebahagian kos operasi Penang Science Cafe (PSC).

(a). Berapakah peruntukan tahunan diberi kepada PSC sedia ada?

(b). Apakah langkah-langkah konkrit menyokong usaha ADUN dan Ahli Parlimen untuk menggalakkan mempelajari STEM bagi anak-anak kampung dan tercicir di Permatang Pauh?

YAB. Ketua Menteri:

7. (a) Operasi Penang Science Cafe dibiayai oleh Penang Science Cluster, satu badan bukan berasaskan keuntungan yang mendapat bantuan kewangan melalui sumbangan oleh syarikat awam atau swasta, derma, dan juga secara Corporate Social Responsibilty (CSR) dalam membiayai program-program di bawah Penang Science Cluster. Namun, Kerajaan Negeri turut menyumbang kepada Penang Science Cluster. Sejak penubuhannya pada tahun 2010 hingga 2017, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1,225,000.00. Pecahan peruntukan mengikut tahun adalah seperti jadual di bawah.

Tahun Jumlah Peruntukan (RM)

2010 -

2011 80,000.00

2012 105,000.00

2013 600,000.00

2014 240,000.00

2015 200,000.00

2016 -

2017 -

JUMLAH KESELURUHAN 1,225,000.00

Page 175: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

175

(b) Bagi menggalakkan pembelajaran Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) di kalangan anak-anak kampung dan menyokong usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di Seberang Perai khususnya, Kerajaan Negeri akan membangunkan sebuah perpustakaan digital di kawasan Butterworth, yang akan dikenali sebagai Butterworth Digital Library (BDL) untuk membolehkan penduduk di kawasan Seberang Perai mendapat peluang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan digital yang menerapkan budaya revolusi industri 4.0 melalui pembelajaran STEM. BDL dijangka siap untuk dirasmikan pada Oktober 2019.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Mengikut Akta, pembersihan am kampung tersusun Sg. Lembu bawah seliaan JKR tetapi kontraktor MARRIS hanya dilantik pada 2018. Potongan caj kos 15% oleh MPSP menjejaskan operasi kontraktor. Bolehkah Kerajaan Negeri beri kontrak pembersihan kepada JKKK Sg. Lembu sepertimana Projek GRB MBPP-PWDC Flat Sungai Pinang dimana kontrak pembersihan diberi kepada penduduk?

YAB. Ketua Menteri:

8. Pada ketika ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak mempunyai perancangan untuk memberi kontrak pembersihan secara terus kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Lembu kerana kontrak pembersihan kawasan dilaksanakan secara tender terbuka kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan. Di samping itu, pemotongan 15% dibuat oleh MPSP terhadap kontraktor berkenaan kerana gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam kontrak. Untuk makluman YB., JKKK tidak berkelayakan sebagai kontraktor untuk memasuki tender dan oleh itu kerja-kerja berkenaan tidak dapat ditawarkan kepada JKKK.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Terdapat golongan muda berstatus kakitangan awam termasuklah dari kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang yang berkelayakan ingin melanjutkan Pengajian Jarak jauh (PJJ):

(a). Adakah kerajaan memberikan bantuan yuran untuk pengajian jarak jauh (PJJ)?

(b). Mencadangkan supaya diberikan bantuan yuran pengajian kerana tidak semua kakitangan awam berpendapatan tinggi untuk melanjutkan pelajaran

YAB. Ketua Menteri:

9. (a) Secara umumnya, setiap orang adalah digalakkan untuk belajar secara berterusan termasuk anggota perkhidmatan awam bagi mengubah cara kehidupan keluarga mereka terutama sekali dari segi ekonomi dan kewangan. Bagi pegawai awam yang ingin melanjutkan pelajaran secara Pengajian Jarak Jauh, kerajaan ada menawarkan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa. Penajaan ini adalah ditawarkan kepada pegawai-pegawai kerajaan dari kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana dan PhD secara separuh masa di IPT dalam negara dan kerajaan akan menampung Yuran Pengajian, Elaun Buku dan Elaun Tesis.

Selain itu, kerajaan juga menawarkan Kemudahan Cuti Kursus Sambilan dan Pinjaman Boleh Ubah bagi kumpulan sokongan juga untuk Pengajian Secara Separuh Masa. Melalui semua kemudahan ini, Kerajaan amat berharap agar setiap anggota yang sedang berkhidmat dapat menjadikan sesi pembelajaran berterusan ini satu budaya agar Perkhidmatan Awam terutama sekali di Negeri Pulau Pinang dapat berkembang dan menjadi lebih efisyen dan produktif.

(b) Seperti mana yang telah dijelaskan di atas, Kerajaan sememangnya ada menawarkan penajaan berupa cuti belajar kepada penjawat awam bagi mengikuti pengajian Diploma Lepasan Ijazah/Ijazah /Ijazah Lanjutan/ Sarjana dan PhD secara sepenuh masa dan juga separuh masa di IPT Dalam dan Luar Negara. Bagi kategori sepenuh masa, merangkumi cuti belajar bergaji penuh di samping menampung Yuran Pengajian, Elaun Buku dan Elaun Tesis. Manakala bagi kategori secara separuh masa di IPT Dalam Negara bagi menampung Yuran Pengajian, Elaun Buku dan Elaun Tesis sahaja.

Page 176: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

176

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Pihak PBT dicadangkan untuk membuat penyelengaraan berkala bagi kawasan persekitaran kampung yang menjalankan program homestay di Mengkuang Titi kerana setiap bulan dilawati pelancong luar di homestay.

(a). Bolehkah penyelenggaraan dibuat di kawasan tumpuan pelancong seperti dewan homestay, pembaikan jalan berturap, penjagaan padang awam dan padang permainan kanak-kanak?

YAB. Ketua Menteri:

10. Pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak dapat membuat penyelenggaraan berkala bagi kawasan persekitaran kampung yang menjalankan program homestay di Mengkuang Titi kerana kawasan tersebut merupakan tanah persendirian. MPSP hanya bertanggungjawab untuk menyelenggara jalan awam seperti jalan bandaran. Bagi pembaikan jalan berturap di kawasan kampung, ianya boleh dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah melalui peruntukan Malaysia Road Record Information System (MARRIS).

(a) Penyelenggaraan dan penjagaan dewan homestay, padang awam dan padang permainan kanak-kanak perlu diselaraskan secara bersama antara pengusaha Pejabat Daerah dan Tanah kerana kemudahan tersebut terletak dalam kawasan kampung.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Semasa lawatan Ketua Menteri (KM) ke Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) 28/5/18, diadakan dialog bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis. Justeru, KM telah putuskan arahan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (YDP MPSP) untuk mendapatkan ulasan/pandangan ADUN untuk sebarang permohonan projek pembangunan dan kerja tanah untuk mengurangkan risiko tanah runtuh dan banjir lumpur di kawasan.

(a). Bagaimanakah keputusan KM telah dikuatkuasakan?

YAB. Ketua Menteri:

11. Keputusan Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang supaya Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mendapatkan ulasan atau pandangan YB. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan bagi sebarang permohonan projek pembangunan dan kerja tanah untuk mengurangkan risiko tanah runtuh dan banjir lumpur masih belum dikuatkuasakan di MPSP. Buat masa ini, MPSP masih di peringkat mengkaji kaedah pelaksanaan terbaik dengan mengambil kira aspek-aspek perundangan yang berkaitan. Ini bagi memastikan pelaksanaan prosedur ini tidak bercanggah dengan peruntukan perundangan sedia ada serta tidak akan menjejaskan proses dan tempoh masa permohonan pembangunan yang telah ditetapkan selaras dengan pelaksanaan prosedur OSC 3.0.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Bolehkah Kerajaan Negeri mohon kepada Kementerian Kewangan untuk permudahkan syarat-syarat MARRIS supaya tidak terlalu "rigid" supaya dibenarkan memanfaatkan peruntukan MARRIS untuk penyelenggaraan jalan-jalan dan parit untuk:

(a). JKR membuat pembaikan jalan yang diperlukan untuk keselamatan jalanraya?

(b). Dibenarkan untuk naik taraf jalan-jalan kampung supaya tidak jadi licin dan berselut ketika banjir?

YAB. Ketua Menteri:

12. Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan berkaitan syarat permohonan menggunakan peruntukan MARRIS ke Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CFSJ) untuk di pertimbangkan dan masih menunggu maklumbalas. Antara cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan adalah penambaikan skop spesifikasi jalan pada kriteria minimum kategori jalan, skop kerja penyenggaraan yang lebih luas dan efektif iaitu mesra selenggara dan kos efektif, penyenggaraan berkala mengganti saliran, penyenggaraan berkala mengganti perabot jalan, penyenggaraan berkala menyenggara persimpangan jalan dan pemasangan perabot keselamatan jalan baru, di mana cadangan-cadangan penambahbaikan ini telah mengambil kira keperluan pembaikan bagi tujuan keselamatan jalanraya dan naik taraf jalan-jalan kampung supaya tidak licin dan berselut ketika banjir.

Page 177: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

177

Bagi makluman Yang Berhormat, perkara ini juga telah dibangkitkan kepada YB. Menteri Kerja Raya semasa lawatan kerjanya ke Pulau Pinang pada 6 Julai 2018.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Tanah 172 ekar di Bukit Langkap untuk bina 366 rumah kos-rendah dan 1,200 kos-sederhana diperlukan penduduk tetapi MPSP tidak luluskan Pemaju WazLian kerana syarat peruntukan tanah 6 ekar kepada Kementerian Pelajaran untuk pembinaan sekolah. Bolehkah Kerajaan Negeri benarkan sekolah agama swasta dibina memandangkan tiada keperluan pembinaan sekolah oleh Kementerian Pelajaran?

YAB. Ketua Menteri:

13. Kementerian Pelajaran Malaysia hanya mensyaratkan peruntukan tanah untuk pembinaan sekolah awam sahaja dan bukannya sekolah swasta. Walau bagaimanapun, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menolak permohonan yang dikemukakan oleh Tetuan Waz Lian Holding Sdn. Bhd. untuk cadangan pembangunan di atas tanah berkeluasan 173.50 ekar pada 13 Julai 2016 bukan hanya tidak mematuhi syarat peruntukan tanah untuk sekolah sahaja tetapi syarat-syarat lain seperti berikut:-

(i). Pemaju tidak mematuhi syarat penyediaan 30% rumah kos rendah atau 20% rumah kos rendah + 20 % rumah kos sederhana rendah seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC);

(ii). Pihak pemaju perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu untuk mengeluarkan Enakmen Air bagi lot 149, 150, 664, 1353, Mukim 19, Seberang Perai Tengah (SPT);

(iii). Pemaju tidak menunjukkan dengan jelas di atas pelan rezab sungai yang akan diserahkan kepada kerajaan;

(iv). Pemaju tidak menyediakan kawasan lapang yang mencukupi bagi rumah pangsa kos sderhana rendah iaitu kurang sebanyak 0.798 ekar (4.3%);

(v). Pemaju tidak menyediakan laluan ke cadangan rumah pam daripada jalan awam;

(vi). Pihak pemaju tidak menyediakan tapak Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) mengikut garis panduan MPSP;

(vii). Pihak pemaju tidak menyediakan tapak masjid yang mencukupi iaitu 2 ekar seperti yang disyaratkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP);

(viii). Pemaju tidak menyediakan tempat letak kenderaan yang mencukupi bagi cadangan kedai pejabat dan rumah kos sederhana rendah;

(ix). Pemaju tidak mematuhi syarat Jabatan Pendidikan Pulau Pinang bagi menyediakan tapak sekolah seluas 8 ekar. Pemaju hanya menyediakan tapak sekolah berkeluasan 4.14 ekar;

(x). Pemaju tidak menyediakan laluan ke lot berjiran iaitu Lot 1576, 1577, 1117, 595, 191, 192, 470, 469, 455, 1348, 165, 166, 1037,617,1056, 621, 684, 922, 594, 596, 598, 805, 806, 807, 808, 188, 196, 190, 191, 192, 450;

(xi). Pemaju tidak mematuhi syarat jabatan teknikal iaitu, Perbadanan Bekalan Air (PBA), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), MAINPP, Kejuruteraan, Perbandaran, Penilaian, Landskap & Perlesenan; dan

(xii). Pemaju tidak mengemukakan penyelesaian setinggan di atas Lot 802 & 1362.

Pemberian kelulusan untuk pembinaan sekolah agama swasta adalah dibawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia bukannya di bawah kelulusan Kerajaan Negeri.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Dalam mesyuarat Mengkuang Dam pada 25/6/18, KETTHA merumuskan tanah runtuh dalam Mengkuang Dam berpunca dari Resort tetapi lawatan tapak saya pada 26/6/18 tidak mendapati "resort" tetapi pondok durian yang tiada tanah runtuh. Tanah runtuh di cerun bukit yang tiada sistem perlindungan cerun. Bolehkah Kerajaan Negeri minta KETTHA tuntut defect liability?

Page 178: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

178

YAB. Ketua Menteri:

14. Projek Empangan Mengkuang dibina bagi menampung keperluan bekalan air mentah sekiranya berlaku gangguan bekalan air mentah dari Sg. Muda. Kerja-kerja pembinaan Empangan Mengkuang bermula pada 1 Ogos 2011 dan tarikh siap sebenar ialah pada 31 Julai 2016. Walau bagaimanapun tarikh siap semasa ialah pada 10 April 2017 dengan tempoh kecacatan berakhir pada 16 November 2019.

Oleh itu segala kecacatan yang berlaku dalam tempoh ini, kerja penyelenggaraan dan pembaikan di dalam kawasan Empangan Mengkuang adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Keadaan ekonomi yang semakin meningkat menyebabkan rakyat yang berpendapatan rendah menghadapi kesukaran untuk memiliki rumah dan syarat Bank yang sangat ketat.

(a). Mengapakah Kerajaan Negeri tidak memperluaskan skim sewa-beli rumah yang dilancarkan pada 2016 kepada projek-projek yang lain seperti di Taman Seruling Emas dan Taman Sungai Duri Permai?

YAB. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri sememangnya sedar skim sewa-beli merupakan salah satu alternatif yang terbaik untuk membantu pembeli yang menghadapi masalah untuk mematuhi syarat permohonan pinjaman yang ditetapkan oleh bank-bank komersil. Atas alasan ini Kerajaan Negeri dalam pelbagai platform perbincangan bersama pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengesyorkan supaya unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh sebanyak 231 unit yang baru siap pada 21 Disember 2017 ditawarkan secara sewa-beli.

Selain itu, Kerajaan Negeri pada masa ini sedang memperhalusi cadangan untuk memperluaskan pelaksanaan skim sewa-beli ke atas unit-unit Rumah Mampu Milik (RMM) yang akan diserahkan oleh pemaju kepada Kerajaan Negeri bagi mematuhi syarat sumbangan in-kind. Di antara faktor yang sedang dipertimbangkan termasuklah tempoh dan kadar sewaan yang bersesuaian dengan kos dan nilai unit, keupayaan penyelenggaraan serta risiko tunggakan. Dari satu segi, skim sewa beli ini boleh merugikan penyewa sekiranya jadual bayaran sewa gagal dipatuhi sehingga mengakibatkan unit tersebut dirampas.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan para pemaju swasta yang berminat dan berkemampuan untuk menyediakan fasiliti skim sewa-beli di projek-projek perumahan mampu milik yang sedang dan akan mereka laksanakan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. 85% bekalan air Pulau Pinang datangnya dari Sg. Muda di mana kawasan diwartakan sebagai kawasan pembalakan dan aktiviti pembalakan sedang dijalankan ke atas 163,000 hektar tanah.

(a). Bolehkah Kerajaan Negeri menghantar permohonan kepada Majlis Bekalan Air yang dipengerusikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri untuk menukar status gazet tanah kepada kawasan tadahan air?

YAB. Ketua Menteri:

16. 85% bekalan sumber air Negeri Pulau Pinang adalah diperolehi dari Sungai Muda. Sungai Muda merupakan sungai yang menyalurkan air mentah bagi Negeri Kedah dan Pulau Pinang dari Empangan Beris. Sungai ini berukuran 178 kilometer panjang yang melalui daerah seperti Baling, Sik, Kulim dan Kuala Muda sebelum ke Selat Melaka.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) secara bersama-sama telah memohon kerjasama Kerajaan Persekutuan yang baru untuk mengharamkan SEMUA aktiviti pembalakan di kawasan Hutan Ulu Muda yang dijalankan ke atas 163,103 hektar tanah kerana pembalakan di Ulu Muda menjejaskan kuantiti dan kualiti air mentah yang terdapat di Negeri Perlis, Negeri Kedah dan juga Negeri Pulau Pinang.

Oleh kerana Ulu Muda terletak di Negeri Kedah, maka campur tangan daripada Kerajaan Persekutuan sangatlah diperlukan bagi menangani masalah pembalakan di Ulu Muda kerana ia merupakan isu sumber air mentah serantau.

Page 179: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

179

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014, Negeri Kedah telah melesenkan pembalakan kepada 46,264 hektar hutan dalam tempoh 2009 - 2014, termasuk kawasan di Ulu Muda. Akibat daripada kerja-kerja pembalakan tersebut telah menyebabkan air mentah di Sungai Muda tercemar dan kelihatan seperti 'teh tarik'.

Pembalakan di Ulu Muda mesti dihentikan dengan kadar segera bagi mengelakkan berlakunya krisis bekalan air serantau serta ia perlu diwartakan dan dilestarikan sebagai 'KAWASAN TADAHAN AIR WILAYAH UTARA' untuk faedah 3 buah negeri.

Untuk bersikap adil kepada Negeri Kedah, Kerajaan Persekutuan boleh mempertimbangkan pembayaran pampasan kepada Negeri Kedah sebagai ganti rugi kepada 'premium hutan' yang diperolehi daripada mengeluarkan lesen pembalakan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang sedang mengatur mesyuarat bersama-sama YB. Dr. A. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli bagi memastikan pembalakan tersebut dapat dihentikan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Isu pengambilan tanah di tepi perumahan rumah murah Penanti telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Seberang Perai Tengah Bil. 5/2018 pada 27 Jun 2018.

(a). Apakah status permohonan untuk dijadikan sebagai pusat rekreasi?

YAB. Ketua Menteri:

17. Permohonan pengambilan tanah bagi tujuan awam termasuk sebagai pusat rekreasi hendaklah dikemukakan kepada pentadbir tanah berkenaan bersama-sama borang permohonan fi serta deposit. Sehingga kini, Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Tengah masih belum menerima permohonan daripada mana-mana pihak berhubung cadangan pengambilan tanah tersebut

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. 15 Mei 2018, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Komuniti (JKKK) dan Penduduk Kuala Mengkuang mohon Kerajaan Negeri buat pengambilan tanah untuk bina rumah yang mampu dimiliki penduduk di lokasi tanah 17 ekar untuk semak dengan Pejabat Tanah sama ada tuan tanah bayar cukai tanah sejak tanah ini terbengkalai 35 tahun di Lot 922 Mk.20 Kuala Mengkuang?

YAB. Ketua Menteri:

18. Semakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) mendapati bagi Lot 922, Mk 20, Kuala Mengkuang adalah tanah milik persendirian dan tidak mempunyai sebarang tunggakan cukai tanah. Lot tersebut adalah seluas 2.725 ekar dan PDTSPT tidak menerima sebarang permohonan pengambilan tanah bagi lot tersebut.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Sejak 2008 banyak tanah pertanian/bendang telah dijadikan taman perumahan di SPT. MPSP menggunapakai Akta Jalan, Parit dan Bangunan dan tidak menggunakan Akta Perancang Bandar dan Desa yang membawa hukuman berat. Bolehkah Kerajaan Negeri membawa usul pindaan supaya Mahkamah Rendah ikut hukuman yang diperuntukan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa?

YAB. Ketua Menteri:

19. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menggunapakai Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi tindakan penguatkuasaan terhadap tanah pertanian / bendang yang telah dijadikan taman perumahan tanpa kebenaran di Seberang Perai Tengah.

Terdapat pengasingan kuasa antara badan eksekutif dan badan kehakiman. Oleh itu, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengusulkan kepada mahkamah untuk menetapkan hukuman kepada kesalahan yang telah dilakukan.

Hukuman yang dikenakan oleh Majistret adalah tertakluk kepada bidang kuasa Majistret. Sekiranya MPSP tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan, MPSP boleh membuat rayuan berhubung dengan denda tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Page 180: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

180

XIII. Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Apakah usaha MPSP untuk menyediakan lorong berbasikal seperti yang disediakan oleh MBPP? Nyatakan pelan dengan terperinci.

YAB. Ketua Menteri:

1. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak ketinggalan dalam memenuhi manifesto Kerajaan Negeri dalam menyediakan laluan berbasikal sepanjang 200 KM di seluruh Negeri Pulau Pinang sebagaimana yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Untuk itu, MPSP telah menyediakan satu Pelan Induk Laluan Basikal Seberang Perai pada tahun 2011. Menurut perancangan pelan tersebut sebanyak tujuh (7) lokasi laluan basikal telah disediakan oleh MPSP dengan jarak keseluruhan berjumlah 171.325 KM. Pembinaan laluan basikal tersebut adalah berkonsepkan dedicated lane and road sharing. Pada ketika ini, MPSP sedang melaksanakan pembinaan tiga (3) laluan basikal di Bandar Bertam, Bandar Perda dan Bandar Sunway dengan jarak keseluruhan 26.125 KM. MPSP juga telah menyediakan papan tanda untuk laluan basikal di jalan–jalan seperti yang telah ditentukan dalam Pelan Induk Laluan Basikal Seberang Perai. Pelan Induk Basikal Seberang Perai adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BHLL NO. 1)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Terdapat pondok-pondok telefon yang lama dan rosak di sekitar negeri ini. Memandangkan ianya menjejas imej bandar, apakah langkah yang sudah dan akan diambil?

YAB. Ketua Menteri:

2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengadakan perbincangan dan menghantar surat-surat serta peringatan kepada syarikat-syarikat yang memasang pondok telefon untuk mengeluarkan pondok-pondok yang usang dan tidak berfungsi sejak 3 tahun lalu. Memandangkan terdapat syarikat-syarikat yang memasang pondok telefon masih tidak mengambil tindakan setelah berulang kali diperingatkan, PBT sendiri telah mengeluarkan pondok telefon yang usang di bahagian pulau, Pulau Pinang dan Seberang Perai secara berperingkat. Di samping itu, beberapa pondok telefon yang usang telah dikeluarkan sendiri oleh syarikat yang memasang pondok telefon tersebut. Tindakan mengeluarkan pondok-pondok telefon yang usang dan tidak berfungsi akan diteruskan oleh PBT secara berperingkat sehingga masalah pondok telefon usang ini selesai.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Apakah perkhidmatan-pekhidmatan yang telah dijalankan oleh pihak kontraktor MPSP?

(a). Nyatakan perkhidmatan dan jumlah kos yang terlibat secara terperinci.

YAB. Ketua Menteri:

3. Perkhidmatan-perkhidmatan di bawah pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang telah di jalankan oleh kontraktor Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah seperti berikut :

(i) Perkhidmatan pengangkutan sampah dari Stesen Pemindahan Ampang Jajar ke Tapak Pelupusan Pulau Burung.

(ii) Perkhidmatan pelupusan sisa pepejal.

(iii) Pemotongan rumput dan pembersihan am di tempat awam.

(iv) Pencucian Parit, Longkang Dan Pembentung.

(v) Pembersihan Pondok Bas.

(vi) Pembersihan kawasan perniagaan, komersial dan tempat tumpuan orang ramai.

(a) Jumlah kos tahunan untuk perkhidmatan pembersihan yang di kontrakkan oleh MPSP mengikut kawasan depoh pembersihan adalah seperti berikut :

(i) Bagi perkhidmatan pengangkutan sampah seperti perkara (i) di atas sebanyak RM2,079,000 telah dibelanjakan sehingga 30 Jun 2018.

(ii) Bagi perkhidmatan pelupusan sisa pepejal sebanyak RM5,237,211.16 telah dibelanjakan sehingga 30 Jun 2018.

Page 181: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

181

(iii) Bagi perkhidmatan seperti perkara (iii) hingga (vi) di atas, kos secara terperinci bagi kerja pembersihan awam di 9 kawasan depot adalah seperti di Lampiran A.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Nyatakan peruntukan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDSPT) kepada KADUN Berapit untuk penyelenggaraan jalan dan kemudahan sejak 2013 hingga kini. Nyatakan projek dan kos dengan terperinci.

YAB. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM555,165.44 kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) dari tahun 2013 sehingga Julai 2018 bagi projek – projek seperti naik taraf jalan kampung, longkang, dewan orang ramai dan tandas bagi KADUN Berapit. Perincian projek dan kos adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BHLL NO. 4)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Nyatakan peruntukan MPSP kepada KADUN Berapit untuk penyelenggaraan jalan dan kemudahan sejak 2013 hingga kini. Nyatakan projek dan kos dengan terperinci.

YAB. Ketua Menteri:

5. Lampiran A menunjukkan pecahan peruntukan mengikut kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan kemudahan bagi tahun 2013 hingga 2018 bagi KADUN Berapit.

Senarai projek dan kos terperinci kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan kemudahan dari tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti di Lampiran B, C, D, E & F.

RUJ. LAMPIRAN A, B, C, D, E DAN F (BHLL NO. 5)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Sila nyatakan nisbah penduduk dan kemudahan yang disediakan di kawasan KADUN Berapit termasuk pasar awam, taman rekreasi dan pusat penjaja.

YAB. Ketua Menteri:

6. Sehingga bulan Jun 2018, anggaran penduduk di kawasan KADUN Berapit adalah seramai 35,908 orang. Jumlah ini diperolehi berdasarkan kepada anggaran bilangan bangunan kediaman yang berjumlah 8977 unit dengan empat (4) orang setiap unit. Jumlah sebenar kemudahan awam yang disediakan di kawasan ini adalah sebanyak 43 unit terdiri dari pasar awam, kompleks penjaja, dewan dan lain - lain. Huraian berkaitan dengan nisbah penduduk dan kemudahan termasuk pasar awam, taman rekreasi dan pusat penjaja dan kemudahan yang disediakan di kawasan KADUN Berapit adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BHLL NO. 6)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Terdapat beberapa gelanggang bola keranjang di KADUN Berapit yang dibina oleh bekas ADUN sebelum 2008 sudah sekian lama terbengkalai dan tidak dijaga oleh mana-mana pihak. Minta diserahkan kemudahan-kemudahan rekreasi di kawasan awam kepada MPSP.

YAB. Ketua Menteri:

7. Terdapat sebanyak dua buah gelanggang bola keranjang di KADUN Berapit yang dibina oleh bekas ADUN sebelum tahun 2008 iaitu di Taman Alma dan Taman Seri Kijang. Gelanggang-gelanggang ini sudah lama terbengkalai dan tidak dijaga oleh mana-mana pihak. Perkara ini telahpun dibincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan mesyuarat memutuskan supaya Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah dan Jabatan Kerja Raya mengadakan lawatan tapak bagi menyediakan peruntukan yang diperlukan untuk tujuan pembaikan.

Sebagai makluman, dasar penyelenggaraan gelanggang awam di atas kawasan lapang selenggaraan MPSP yang berkuatkuasa pada 16 Julai 2013 menyatakan bahawa:-

(i) Penyelenggaraan hanya akan dilaksanakan pada gelanggang-gelanggang yang dibina di atas tanah (kawasan lapang yang ditentukan / diluluskan dalam Pelan Kebenaran Merancang) dan diluluskan pembinaan oleh MPSP sahaja; dan

Page 182: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

182

(ii) Gelanggang awam yang dibina tanpa kelulusan MPSP hendaklah diselenggara oleh Pejabat Daerah Dan Tanah.

Namun demikian, MPSP pernah membantu melaksanakan tindakan menyelenggara gelanggang-gelanggang awam yang dibina oleh Pejabat Daerah Dan Tanah sebanyak 32 buah gelanggang pada tahun 2013 secara “one-off”.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Taman Rimba Bukit Mertajam di Cherok Tokun telah ditutup dua kali sejak November 2017 disebabkan hujan lebat dan ini menjejaskan aktiviti rekreasi penduduk di sekitarnya.

(a). Apakah tindakan untuk memperbaiki kerosakan kawasan rekreasi tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

8. Taman Rimba Bukit Mertajam (TRBM), Cherok Tok Kun telah ditutup sebanyak dua (2) kali kepada orang awam kerana berlakunya tanah runtuh dan terdapat pokok-pokok yang telah tumbang dan berbahaya disebabkan hujan lebat. Penutupan kali pertama adalah pada pada 6 November 2017 dan dibuka semula pada 12 Januari 2018. Manakala penutupan kali kedua adalah pada 30 Mei 2018 dan dibuka semula pada 12 Julai 2018.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pembaikan Cerun Dari Kaki Bukit Ke Puncak Bukit Mertajam telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh YB. Tuan Phee Boon Poh, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang bagi membincangkan tindakan pencegahan serta kerja-kerja pembaikan yang perlu dilaksanakan untuk membolehkan TRBM beroperasi semula.

(a) Jawatankuasa tersebut mengesyorkan supaya kerja-kerja pembaikan dilaksanakan secara dua (2) peringkat seperti berikut:-

(i) Peringkat pembaikan jangka pendek melibatkan:-

• Pembersihan sisa tanah runtuh dan pokok tumbang;

• Menebang pokok-pokok bahaya di kawasan cerun bukit;

• Pengalihan bongkah-bongkah batuan berisiko yang berada di kedudukan cerun;

• Pembaikan kecil kerosakan cerun dan saliran; dan

• Kajian cadangan pembaikan cerun oleh pihak juru perunding.

(ii) Peringkat pembaikan jangka panjang melibatkan kerja-kerja penstabilan cerun, pembaikan saliran dan jalan yang mengalami kerosakan meliputi kawasan sepanjang 5 km merangkumi 66 kawasan runtuhan.

Kerja-kerja peringkat pembaikan jangka pendek yang telah dilaksanakan di TRBM bagi tahun 2017 untuk membaiki kemusnahan akibat hujan lebat adalah dengan melaksanakan kerja-kerja kecemasan menebang, memotong pokok bahaya dan kerja-kerja pembersihan di cerun jalan tar dari kaki bukit ke puncak Bukit Mertajam (Fasa I, Fasa II dan Fasa III). Pada tahun 2018 sebanyak dua (2) kerja pembaikan jangka pendek telah dilaksanakan di TRBM bagi membaiki kemusnahan akibat hujan lebat melalui kerja-kerja menebang, memotong pokok bahaya dan kerja-kerja pembersihan di sekitar TRBM serta sepanjang 3.6 km dari kaki bukit ke puncak Bukit Mertajam.

Bagi kerja-kerja peringkat pembaikan jangka panjang, Kerajaan Negeri telah mendapatkan nasihat geoteknikal dari Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung cadangan pembaikan dan penstabilan cerun di TRBM. Sehubungan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) melalui Kerajaan Negeri bercadang untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan memandangkan jalan sepanjang 3.6 km ini adalah tanah milik di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi.

Page 183: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

183

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Apakah status Empangan Mengkuang?

(a). Adakah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memenuhi sembilan syarat yang ditetapkan oleh PBA?

(b). Bila empangan boleh dibuka kepada orang awam?

YAB. Ketua Menteri:

9. Projek Pembesaran Empangan Mengkuang telah siap dan dalam proses penyerahan kepada Kerajaan Negeri. Sebelum menerima projek tersebut Kerajaan Negeri telah memohon pihak KeTTHA untuk menjalankan hands on training di Rumah Pam Mak Sulong selama 30 hari bagi memastikan Rumah Pam Mak Sulong berfungsi dengan sempurna. Bagaimanapun, tarikh hands on training ini telah ditunda beberapa kali oleh KeTTHA iaitu dari 14 April 2018, 23 April 2018 dan 19 Jun 2018 disebabkan berlaku masalah teknikal di rumah pam tersebut. Selain itu terdapat kecacatan pada struktur 'Draw Off Tower' di Empangan Mengkuang menyebabkan proses pengepaman air dari Sungai Kulim di Rumah Pam Mak Sulong ke Empangan Mengkuang tidak dapat dilakukan. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan di 'Draw Off Tower' telah bermula pada 22 Jun 2018 dan mengambil masa selama 2 bulan untuk disiapkan.

(a) Pihak KeTTHA masih belum memenuhi sembilan syarat-syarat tersebut. Bagaimanapun, pihak KeTTHA telah bersetuju untuk memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang dimaklumkan dalam Mesyuarat Way Forwardprojek ini pada 2 April 2018 di KeTTHA yang dipengerusikan KSU KeTTHA dan dihadiri oleh YB Setiausaha Kerajaan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang. Pengesahan bertulis berhubung perkara ini juga telah diberikan oleh KeTTHA kepada Kerajaan Negeri melalui surat bertarikh 6 April 2018 dan 2 Mei 2018.

(b) Pembukaan Empangan Mengkuang kepada orang awam hanya akan dilaksanakan setelah projek ini diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya Kerajaan Negeri menyerahkan kepada PBAPP untuk diambil alih operasinya. Setelah dipastikan keseluruhan kawasan ini benar-benar selamat untuk dikunjungi oleh orang awam dan tiada isu keselamatan di kawasan tersebut barulah empangan tersebut boleh dibuka untuk kegunaan orang awam.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Apakah matlamat Kerajaan Negeri dalam membangunkan atlet negeri?

(a). Nyatakan peruntukan sejak 2013 untuk mencapai matlamat tersebut dan apakah rancangan untuk mencapai matlamat ini.

YAB. Ketua Menteri:

10. Sukan merupakan salah satu alat (tools) yang boleh menyatukan sesebuah negara tanpa mengira status fahaman politik, asal usul rakyat. Hal ini dapat dilihat dalam pertandingan yang disertai oleh atlet-atlet Malaysia di perantauan antarabangsa.

Matlamat Kerajaan Negeri dalam membangunkan atlet negeri, bukan sahaja ia boleh menyatukan rakyat Pulau Pinang, malah ia dapat memupuk semangat kekitaan terhadap Negeri Pulau Pinang. Selain itu, melalui kemenangan dalam acara sukan antarabangsa seperti Olympic, Commonwealth Games, Southeast Asian Games (SEA Games) dan banyak lagi pertandingan-pertandingan sukan di dunia, atlet-atlet negeri dapat melaungkan nama Pulau Pinang di platform-platform tersebut. Secara tidak langsung, Pulau Pinang akan dikenali ramai dan kesannya akan dilihat melalui perkembangan ekonomi setempat seperti foreign investment untuk membina akademi sukan atau industry perlancongan yang kian membangun.

(a) Jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan sukan dan atlet negeri dari tahun 2013 hingga 2018 adalah RM97,644,740.00 seperti di Lampiran A.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan untuk pembangunan fasiliti sukan setiap tahun di bawah peruntukan pembangunan. Sejak tahun 2013, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sejumlah RM5,157,620.00 untuk kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan kemudahan sukan sedia ada di seluruh negeri. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan RM1.5juta setahun bagi tujuan menaik taraf dan membina gelanggang futsal di bawah program 1 GELANGGANG 1 KADUN.

Page 184: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

184

Antara rancangan dan langkah bagi mencapai matlamat pembangunan atlet negeri dalam sukan berprestasi tinggi melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) yang berteraskan pendekatan dan pengukuhan atlet-atlet dan jurulatih adalah seperti berikut :-

(i) Penganjuran kursus beserta bengkel pemantapan latihan kepada jurulatih sukan negeri melibatkan urutan asas sukan, balutan asas kecederaan, pertolongan cemas dan sains sukan spesifik tahap 1, 2 dan 3;

(ii) Penganjuran seminar Pengurusan Sukan secara efektif kepada semua Persatuan Sukan Negeri, Agensi Sukan dan orang perseorangan yang terlibat dengan kemajuan sukan negeri;

(iii) Menggerakkan proses pemantauan sukan secara berkala terhadap latihan sukan yang dijalani oleh para atlet negeri serta memastikan setiap atlet negeri menjalani latihan sekurang-kurangnya 16 hari sebulan atau sekurang-kurangnya 32 jam dalam tempoh satu bulan dengan purata waktu latihan selama 3 hingga 5 jam setiap sesi;

(iv) Melaksanakan Kem Latihan Mingguan Atlet bagi menggandakan sesi latihan atlet-atlet negeri di bawah pengurusan pegawai sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, pegawai sukan Pusat Satelit Institut Sukan Negara Pulau Pinang dan Jurulatih Sukan Negeri;

(v) Perangkaan program psikologi dan pengukuhan mental atlet-atlet negeri;

(vi) Pelaksanaan Kem Motivasi Bina Semangat dan Kekuatan Mental termasuk Shadow Camp SUKMA untuk semua atlet-atlet negeri, para jurulatih dan pegawai-pegawai sukan;

(vii) Pelaksanaan program latihan suaian fizikal, aktiviti psikologi dan pelaksanaan ujian kecergasan fizikal terhadap atlet-atlet sukan negeri secara berkala bagi memastikan persediaan atlet negeri dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi;

(viii) Memperuntukkan bantuan subsidi kewangan kepada persatuan-persatuan sukan negeri untuk penyertaan pertandingan peringkat kebangsaan bagi memberi pendedahan sebenar kepada atlet-atlet negeri;

(ix) Memperuntukan bantuan pentadbiran kewangan kepada Persatuan Sukan Negeri untuk pelaksanaan program pembangunan sukan di setiap lapisan atlet bermula dari peringkat pelapis sehinggalah ke peringkat atlet elit dengan jumlah RM500.00 ke RM 5,000.00 bergantung kepada bilangan atlet yang mengambil bahagian dan jenis kejohanan yang disertai;

(x) Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama dengan wakil Persatuan Sukan Negeri dan Jurulatih Sukan Negeri secara bulanan untuk mengukuhkan program penyediaan atlet-atlet negeri sebelum berlangsungnya Sukan Malaysia;

(xi) Memberikan penekanan utama untuk menambah baik serta menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan dan peralatan-peralatan sukan sedia ada bagi memastikan atlet dapat berlatih secara optimum dan maksimum;

(xii) Merancang, membangun, mengendali, memantau dan menilai program suaian fizikal bagi pembangunan fizikal atlet negeri berdasarkan perancangan tahunan Yearly-Periodized Plans ;

(xiii) Menyelia dan melaksanakan ujian fisiologikal yang saintifik dan spesifik serta memberi penilaian fisiologi secara berterusan di samping memantau tahap kecergasan bagi mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi ;

(xiv) Membentuk serta melaksanakan program pemakanan seimbang dan bernutrisi kepada atlet-atlet negeri serta menasihat para atlet terhadap keperluan pemakanan yang spesifik yang mendorong ke arah Healthy Eating Habits ; dan

(xv) Memantau berat badan atlet dan Body Composition melalui program pengurusan berat badan dan penilaian secara berterusan.

RUJ. LAMPIRAN A (BHLL NO. 10)

Page 185: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

185

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Nyatakan kemudahan-kemudahan awam sukan dalam negeri ini dengan terperinci termasuk lokasinya, kapasiti, kos dan tarikh siap.

YAB. Ketua Menteri:

11. Senarai terperinci kemudahan-kemudahan awam sukan mengikut daerah dalam negeri ini adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BHLL NO. 11)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Nyatakan status penaiktarafan padang bola sepak di Stadium Mini Permatang Rawa dengan terperinci. Bila projek akan dimulakan dan bila akan siap?

YAB. Ketua Menteri:

12. Status terkini kerja-kerja penaiktarafan Stadium Mini Permatang Rawa adalah dalam peringkat permohonan Pelan Bangunan. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bermesyuarat dengan Syarikat AEI International Berhad, iaitu kontraktor yang dilantik, serta pihak consultant dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) pada 24 Julai 2018 untuk menyegerakan pelaksanaan projek ini. Syarikat AEI International Berhad dijangka akan mengemukakan pelan untuk kelulusan MPSP pada hujung bulan Ogos 2018.

Berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri dengan Syarikat AEI International Berhad, tarikh mula projek adalah pada 27 Mac 2018 dan tarikh siap adalah pada 26 Mac 2019. Sekiranya kontraktor gagal menyiapkan projek mengikut tempoh yang ditetapkan, kadar Liquidated Ascertained Damages (LAD) yang dikenakan adalah RM2,179.10 sehari.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Nyatakan persatuan-persatuan wanita yang ditubuhkan dalam Negeri Pulau Pinang dan peranan yang dimainkan.

YAB. Ketua Menteri:

13. Terdapat sebanyak 40 persatuan wanita yang ditubuhkan di Negeri Pulau Pinang seperti di Lampiran A.

Persatuan-persatuan wanita Negeri Pulau Pinang didaftarkan mengikut kategori seperti rekreasi, kebajikan, keagamaan, hak asasi, sosial, perdagangan serta kebudayaan dan kesenian. Antara peranan yang dimainkan oleh setiap persatuan wanita ialah :

(i) Bertindak sebagai social enterprise dalam membangunkan negara seiring dengan kepesatan kemajuan dunia;

(ii) Menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi negara dengan memperkembangkan bakat, minat serta keupayaan dalam menghasilkan produk-produk industri kecil dan menghasilkan lebih ramai usahawan wanita yang berjaya;

(iii) Menyampaikan suara rakyat terutamanya yang melibatkan hal berkaitan wanita seperti isu-isu sosial, masalah-masalah keluarga, peribadi, kewangan dan sebagainya;

(iv) Menyahut seruan kerajaan dalam membangunkan modal insan demi kemajuan negara dengan mencungkil serta mengasah potensi diri wanita;

(v) Mengembangkan serta mencungkil bakat-bakat dalam seni dan kebudayaan seperti tarian tradisional pelbagai kaum, seni kraftangan serta lukisan yang mana seterusnya mampu menyumbang kepada sektor pelancongan negara;

(vi) Memberi bantuan serta sokongan kepada golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang upaya supaya dapat berkongsi dan merancang serta melakukan aktiviti berfaedah yang mana dapat meningkatkan taraf hidup mereka;

(vii) Menawarkan kursus atau program dalam bidang yang diminati bagi menambahkan pengetahuan serta meningkatkan keyakinan diri;

(viii) Berperanan dalam memastikan pemeliharaan alam sekitar sentiasa dititikberatkan serta menggalakkan golongan wanita untuk lebih prihatin terhadap kehidupan alam;

Page 186: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

186

(ix) Memberi khidmat nasihat atau kaunseling kepada golongan wanita yang memerlukan serta membantu mencari jalan penyelesaian bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka;

(x) Mewujudkan pusat perlindungan kepada golongan wanita yang memerlukan dalam masa yang sama meringankan beban yang dipikul;

(xi) Melaksanakan aktiviti rekreasi yang berfaedah kepada golongan wanita supaya lebih aktif, cergas dan berkeyakinan dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat;

(xii) Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara;

(xiii) Melaksanakan pelbagai aktiviti dan bimbingan kepada wanita dan juga masyarakat untuk menceburi bidang perniagaan untuk melahirkan usahawan baharu yang berkaliber dan berpotensi demi menyumbang ke arah peningkatan taraf ekonomi negara;

(xiv) Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sukan dan riadah serta menganjur program seperti mengadakan kursus, seminar, bengkel, forum, dialog, kem dan perhimpunan bagi meningkatkan pengetahuan wanita dalam pelbagai bidang; dan

(xv) Memelihara dan mempertingkatkan imej serta martabat wanita dan bekerjasama dengan persatuan atau pertubuhan berdaftar lain yang mempunyai matlamat yang sama dan juga melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan komuniti yang dijalankan dengan menepati syarat pihak berkuasa berkenaan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

RUJ. LAMPIRAN A (BHLL NO. 13)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Nyatakan peratusan wanita di peringkat membuat keputusan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak 2013 hingga terkini.

(a). Apakah hasrat Kerajaan Negeri?

YAB. Ketua Menteri:

14. Dalam tempoh enam (6) tahun mulai tahun 2013, peratusan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah di antara 18.52% hingga 29.63%. Di mana tahun 2015, memegang jumlah tertinggi bagi golongan wanita di dalam peringkat membuat keputusan iaitu sebanyak lapan (8) orang, dan pada tahun 2018 peratus bilangan wanita dilihat telah jatuh ke 18.52%, iaitu sebanyak lima (5) orang sahaja.

Lampiran A menunjukkan dengan lebih teliti perbandingan jumlah dan peratusan antara bilangan golongan wanita dan lelaki yang mengisi mengisi jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA) atau Ketua Jabatan dari tahun 2013 hingga 2018.

Kerajaan Negeri berhasrat untuk terus mendukung kepentingan penglibatan wanita dalam pembangunan Negeri Pulau Pinang dan akan berusaha untuk meningkatkan peratusan tersebut dari tahun ke setahun sehingga sekurang-kurangnya 50%.

RUJ. LAMPIRAN A (BHLL NO. 14)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Nyatakan matlamat Asia Pacific Masters Games 2018, status terkini, struktur organisasi dan kos perbelanjaan setakat ini.

YAB. Ketua Menteri:

15. Matlamat Asia Pacific Masters Games (APMG) Penang 2018 adalah seperti berikut:

(i) Meneruskan matlamat Sukan Olimpik dan mempromosikan falsafah piagam Olimpik iaitu “sukan untuk semua”;

(ii) Mempromosi dan mengembangkan semangat kesukanan di kalangan ahli-ahli sukan negara;

(iii) Mengeratkan jalinan persefahaman dan persahabatan di kalangan ahli-ahli sukan seluruh dunia tanpa mengira usia, jantina, bangsa, agama atau status;

(iv) Merangsang ekonomi Pulau Pinang melalui industri pelancongan dengan penganjuran kejohanan sukan antarabangsa ini; dan

Page 187: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

187

(v) Meletakkan Pulau Pinang dan Malaysia di peta dunia sebagai Destinasi Sports Tourism.

Sehingga 18 Julai 2018, seramai 2,762 peserta melibatkan 22 jenis sukan telah mendaftar untuk menyertai Kejohanan APMG 2018. Daripada jumlah penyertaan tersebut, 46.42% atau 1,282 peserta adalah dari Malaysia manakala 53.58% atau 1,480 peserta merupakan peserta luar negara melibatkan 56 buah negara. Sukan-sukan yang masih kurang mendapat sambutan adalah wushu, tarian singa, menembak dan taekwondo.

Struktur organisasi APMG Penang 2018 adalah seperti di Lampiran A.

Perbelanjaan untuk penganjuran APMG Penang 2018 sehingga 30 Jun 2018 ialah sebanyak RM1,343,845.49.

RUJ. LAMPIRAN A (BHLL NO. 15)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Sila nyatakan sebarang rancangan untuk membina pusat penjaja atau pasar awam untuk kawasan Bukit Mertajam setelah projek-projek baharu telah disiap dibina.

YAB. Ketua Menteri:

16. Perancangan untuk membina pusat penjaja dan pasar awam bagi kawasan Bukit Mertajam adalah seperti berikut:-

(i) Membina pasar awam di Jalan Pegawai, Bukit Mertajam dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai agensi pelaksana bagi projek ini.

(ii) Membina sebuah pusat penjaja yang mempunyai 26 unit gerai oleh Tetuan Grandspalm Development Sdn. Bhd. bersebelahan Taman Pinggiran Alma.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Jumlah bayaran levi hotel yang telah dikutip sejak diperkenalkan dan nyatakan kegunaannya.

YAB. Ketua Menteri:

17. Kutipan yang dimaksudkan adalah Fi Hotel yang dikenakan kepada penginap hotel di Pulau Pinang. Sehingga Jun 2018, jumlah bayaran yang telah dikutip adalah RM35,929,831.70. Hasil kutipan Fi Hotel digunakan bagi tujuan pembangunan pelancongan Pulau Pinang seperti promosi pelancongan menerusi platform media dan trade show, penganjuran program-program berasaskan pelancongan dan pemberian insentif penerbangan terus ke Pulau Pinang yang akan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fi Hotel yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Nyatakan usaha-usaha yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan industri pelancongan di Seberang Perai.

(a). Apakah program, projek dan aktiviti yang akan dijalankan?

YAB. Ketua Menteri:

18. Usaha-usaha yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan industri pelancongan di Seberang Perai adalah seperti berikut:

(i) Mengenal pasti tempat-tempat baharu yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi tujuan pelancongan;

(ii) Mempertingkatkan infrastruktur serta menyediakan lebih banyak kemudahan mesra pelancong;

(iii) Menggiatkan promosi bagi kawasan dan tarikan pelancongan sedia ada melalui pameran pelancongan antarabangsa;

(iv) Menggalakkan dan meningkatkan produk-produk tarikan pelancong yang bertaraf antarabangsa; dan

(v) Meningkatkan program dan acara berasaskan pelancongan di Seberang Perai.

(a) Program, projek dan aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

(i) Seberang Perai International Conference on Ecotourism and Conservation Efforts 2018 yang akan diadakan dari 8 hingga 9 Oktober 2018 di The Light Hotel, Seberang Jaya.

Page 188: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

188

(ii) MPSP akan membuat dokumentari bagi kawasan-kawasan pelancongan baru dan sedia bagi meluaskan promosi kepada kawasan pelancongan. Dokumentari ini dijangka dapat disiapkan pada bulan November 2018.

(iii) Bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk memperkukuhkan homestay sedia ada dan juga menambah bilangan homestayyang terdapat di Seberang Perai.

(iv) Bekerjasama dengan pihak swasta bagi menganjurkan lebih banyak program di Seberang Perai seperti 9th Mah Yoke Seng Open Traditional Lion Dance Competition yang akan diadakan pada 18 Ogos 2018 di Juru Auto-City, Pesta Tanglung Seberang Perai 2018 yang akan diadakan pada 16 September 2018 di Bukit Mertajam dan lain-lain lagi.

(v) Mempromosikan Taman Negeri Bukit Panchor, homestay di Sungai Chenaam dan Sungai Duri, jeti kelip-kelip di Nibong Tebal serta Pulau Aman.

(vi) MMK Pembangunan bersedia bekerjasama dengan ADUN kawasan dan MPSP untuk mengadakan program seperti Karnival Homestay di Mengkuang TIti, Karnival Kesenian dan Kebudayaan di Kubang Semang, Pertandingan Homestay terbaik dan lain-lain.

(vi) Art Market di Butterworth dicadangkan untuk mempromosikan dan memajukan industri pelancongan di SPU berasaskan kesenian.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Berapa bilangan buku dan ahli Perpustakaan Awam Bukit Mertajam? Sila nyatakan bilangan buku bagi berlainan bahasa.

YAB. Ketua Menteri:

19. Perpustakaan Awam Bukit Mertajam adalah dibawah bidang kuasa Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) dan berdasarkan rekod perpustakaan ini mempunyai 82,747 buah buku dengan 11,514 ahli perpustakaan. Bilangan buku mengikut bahasa adalah seperti berikut:-

KOLEKSI / KATEGORI BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

BAHASA CINA

BAHASA TAMIL

JUMLAH

JUMLAH NASKHAH 41,637 32,314 4,522 4,274 82,747

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Sejak Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang (HAPPY!) diperkenalkan, nyatakan jumlah peruntukan yang telah diluluskan dan jumlah peruntukan kepada KADUN Berapit.

YAB. Ketua Menteri:

20. Sejak Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang (HAPPY!) diperkenalkan pada tahun 2013, jumlah peruntukan yang telah pun diluluskan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tahun pelaksanaan adalah seperti berikut:-

BIL. TAHUN PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN LULUS AMAUN

1 2013 MBPP 1 RM9,610.00

MPSP 2 RM458,361.00

2 2014 MBPP 10 RM1,290,620.00

MPSP 3 RM1,122,000.00

3 2015 MBPP 6 RM1,148,155.55

MPSP 6 RM1,124,000.00

JUMLAH 28 RM5,152,746.55

Bermula tahun 2016 sehingga kini, tiada sebarang permohonan yang diluluskan bagi kedua-dua PBT berkenaan. Setakat ini 11 permohonan yang diluluskan di bawah pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), tiada kelulusan diberi di bawah KADUN Berapit.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Berapa kepadatan unit kediaman untuk satu ekar yang ditetapkan?

(a). Adakah rancangan untuk menambah kepadatannya dan apakah kriterianya?

Page 189: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

189

(b). Nyatakan projek yang dalam proses penambahan kepadatan di KADUN Berapit.

YAB. Ketua Menteri:

21. (a) Kepadatan unit kediaman untuk satu ekar ialah densiti sederhana iaitu 11 unit / ekar dan maksimum dengan bayaran pemajuan adalah 12 hingga 30 unit/ekar. Bagi kawasan kampung pula, densiti rendah iaitu 6 unit /ekar dan maksimum dengan bayaran pemajuan adalah 7 hingga 10 unit / ekar.

(b) Buat masa kini Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak ada perancangan untuk menambah kepadatan unit kediaman dan hanya merujuk kepadatan yang telah ditetapkan dalam Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai Tengah (SPT). Walau bagaimanapun, sekiranya pemaju mengemukakan permohonan untuk menambah kepadatan, pemaju hendaklah mengemukakan permohonan tersebut kepada pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLAN Malaysia) untuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC).

(c) Sehingga kini, tiada projek untuk proses penambahan kepadatan di KADUN Berapit.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Nyatakan klinik-klinik pakar yang ada di Hospital Bukit Mertajam, nisbah doktor dan pesakit.

(a). Apakah yang Kerajaan Negeri dapat membantu supaya mempertingkatkaan perkhidmatan Hospital Bukit Mertajam?

YAB. Ketua Menteri:

22. Hospital Bukit Mertajam adalah salah satu daripada enam (6) buah hospital kerajaan di Pulau Pinang dan merupakan hospital daerah berpakar minor yang bertempat di daerah Seberang Perai Tengah dengan bilangan katil pesakit berjumlah 242 buah. Hospital initerletak lebih kurang 11km dari Hospital Seberang Jaya dan 20km dari Hospital Sungai Bakap. Hospital ini menyediakan perkhidmatan rawatan asas dan turut menyediakan perkhidmatan kepakaran.

Kemudahan perkhidmatan merangkumi rawatan pesakit luar dan pesakit dalam diberikan kepada penduduk-penduduk di Seberang Perai. Jumlah penduduk Seberang Perai Tengah bagi tahun 2016 adalah 408,600 manakala kadar penggunaan katil (BOR) Hospital Bukit Mertajam 2016 adalah 70.72% dan BOR untuk 2017 adalah 69.76 %.

Pecahan Kepakaran yang ada dan nisbah doktor : pesakit adalah seperti di Lampiran A.

(a) Bagi mempertingkatkan perkhidmatan Hospital Bukit Mertajam, pihak Kerajaan Negeri telah menawarkan tanah Rumah Rehat Bukit Mertajam untuk meluaskan perkhidmatan dan operasi Hospital Bukit Mertajam. Perkara tersebut telah dipersetujui oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui surat pada bulan Julai 2018 ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian, Pulau Pinang untuk memulakan proses pemberimilikan.

RUJ. LAMPIRAN A (BHLL NO. 22)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Masalah kekurangan tempat letak kereta di Hospital Bukit Mertajam semakin serius sehinggakan kereta diletakkan di bahu Jalan Kulim di luar hospital dan menghalang lalu lintas.

(a). Apakah cadangan untuk menyelesaikan masalah ini?

YAB. Ketua Menteri:

23. Bagi menyelesaikan isu kekurangan tempat letak kereta di Hospital Bukit Mertajam, pihak pengurusan hospital kini sedang menyemak dan mengenal pasti pemilik satu lot tanah di bahagian belakang hospital yang berpotensi untuk dijadikan sebagai parkir awam.

Setakat ini, jumlah parkir kereta sedia ada dalam kawasan hospital adalah sebanyak 320 lot sahaja bagi kakitangan dan orang awam. Walau bagaimanapun, terdapat satu lot parkir awam berbayar (RM2) di belakang kawasan hospital yang mampu memuatkan hampir 200 buah kenderaan pada suatu masa.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Rumah Rehat Bukit Mertajam dan gelanggang tenis Bukit Mertajam yang telah terbiar sekian lama dan menjejaskan imej bandar, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk kedua-dua tempat tersebut?

Page 190: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

190

YAB. Ketua Menteri:

24. Kerajaan Negeri merancang untuk memajukan kawasan Rumah Rehat dan Gelanggang Tenis Bukit Mertajam sebagai Jabatan Pesakit Luar baharu bagi Hospital Bukit Mertajam. Cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) untuk pertimbangan Kementerian Kesihatan. Kerajaan Negeri masih belum menerima maklumbalas berhubung perkara ini daripada JKNPP.

Sekiranya cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan, Kawasan berkenaan akan dicadangkan untuk pembangunan aktiviti perniagaan dan komuniti setempat oleh Unit Perbadanan Ketua Menteri (CMI).

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Nyatakan status dan perkembangan projek pelebaran Jalan Kulim.

(a). Apakah rancangan pelebaran seterusnya setelah pelebaran jalan dari sempadan Kulim sehingga SJK (C) Kim Sen?

YAB. Ketua Menteri:

25. Reka bentuk projek pelebaran Jalan Kulim telah disiapkan dan kini menunggu kelulusan peruntukan Kerajaan Negeri di dalam Bajet 2019 untuk pelaksanaan. Reka bentuk yang telah disiapkan melibatkan menaik taraf Jalan Kulim dari 2 lorong kepada 4 lorong sepanjang 8.9 km. Anggaran kos sebanyak RM30,720,000.00.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Nyatakan status cadangan Pelebaran Kampung Besar, SPT yang bernilai RM8 Juta. Perbadaran Aset Kereta(RAC) membina pagar di kawasan rel keretapi Jalan Aston dan Kampung Besar, tetapi kerja-kerja pembersihan dan memotong rumput/lalang tidak dijalankan dengan konsisten mengakibatkan masalah-masalah kepada penduduk setempat.

(a). Bolehkah MPSP ambil alih tugasnya dan menyaman RAC?

YAB. Ketua Menteri:

26. (a) Cadangan pelebaran Jalan Kampung Besar, Seberang Perai Tengah (SPT) yang bernilai RM8 juta telah mula di peringkat perancangan dan reka bentuk pada April 2017 dan pembinaannya dijangka siap pada Disember 2020. Melalui kelulusan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM500,000.00 pada tahun 2017, reka bentuk jalan bagi cadangan pelebaran Jalan Kampung Besar, SPT telah pun disiapkan. Namun terdapat isu berkaitan pengambilan tanah yang melibatkan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang tidak bersetuju dengan pengambilan tanah terbabit. Pada masa ini Kerajaan Negeri sedang berunding dengan pihak KTMB.

Isu kerja-kerja pembersihan dan pemotongan rumput di dalam kawasan Perbadanan Aset Keretapi (PAK) adalah menjadi tanggungjawab tuan tanah. Isu ini telah dibincangkan dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) dan PAK telah diminta untuk mengambil tindakan yang berkaitan. Walau bagaimanapun, mengikut Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976, “mana-mana pemunya yang membiarkan tanah atau mana-mana bahagiannya berada dalam keadaan kotor dan tidak baik atau diliputi oleh tumbuh-tumbuhan rimbun dan mudarat adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh disaman”.

Oleh itu, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) boleh mengambil tindakan penguatkuasaan seperti berikut:-

(i) Mengeluarkan Notis Penghapusan Kacau Ganggu di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976;

(ii) Mengeluarkan kompaun kesalahan membiarkan premis/tanah dalam keadaan tumbuhan rimbun atau kotor di bawah Seksyen 74, Akta Kerajaan Tempatan 1976;

(iii) Sekiranya tiada tindakan pembersihan dibuat, pihak MPSP akan membuat pembersihan dan caj pembersihan akan dikenakan kepada pemilik; dan

(iv) Jika didapati tuan premis masih engkar notis/kompaun yang dikeluarkan, maka tindakan mahkamah boleh dikenakan di bawah Seksyen 82 (5), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Page 191: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

191

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Nyatakan bilangan kapal cruise yang berlabuh di Pelabuhan Swettenham dari tahun 2013 hingga kini dengan terperinci.

(a). Nyatakan purata pelancong cruise harian terkini.

YAB. Ketua Menteri:

27. Bilangan kapal cruise yang berlabuh di Pelabuhan Swettenham dari tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti di Lampiran A.

(a) Purata bilangan pelancong cruise harian bagi tempoh Januari hingga Jun tahun 2018 adalah 2,725 orang.

RUJ. LAMPIRAN A (BHLL NO. 27)

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Nyatakan bilangan rukun tetangga di Negeri Pulau Pinang.

(a). Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil alih pusat - pusat tersebut dan menanggung kos utilitinya.

YAB. Ketua Menteri:

28. Terdapat sebanyak 509 Jawatankuasa Rukun Tetangga di Negeri Pulau Pinang. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut :-

DAERAH JUMLAH

TIMUR LAUT 124

BARAT DAYA 31

SEBERANG PERAI UTARA 107

SEBERANG PERAI TENGAH 107

SEBERANG PERAI SELATAN 90

JUMLAH 509

(a) Kerajaan Negeri tidak mengambil alih pusat-pusat tersebut dan ianya dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri. Semua kos utilitinya dan pengurusan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri atas pembangunan keusahawanan dalam negeri dari 2013 hingga terkini. Sila nyatakan projek dan kos.

YAB. Ketua Menteri:

29. Antara usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam pembangunan keusahawanan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2013 hingga kini adalah seperti berikut :

• Menyediakan Skim-skim Pinjaman

Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang merupakan program Kerajaan Negeri bersama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Matlamat program ini adalah untuk membantu mewujudkan satu sistem penyaluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan usahawan. Melalui modal tambahan ini, peniaga-peniaga kecil dapat mengembangkan perniagaan mereka, sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup dan pendapatan isi rumah mereka. Sehingga Jun 2018, sebanyak RM14.77 juta telah diagihkan kepada 2,974 orang usahawan;

(i) Tabung Usahawan Tani (TUT) yang merupakan program di bawah Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bersama Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC). Pelaksanaan program ini

Page 192: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

192

turut mendapat kerjasama Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang. Program ini diwujudkan bagi memberi dorongan kepada golongan belia untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Sehingga Jun 2018, sebanyak RM582,000.00 telah diagihkan kepada 110 orang usahawan tani;

(ii) Bantuan Peningkatan Ekonomi Golongan Miskin

Program Peningkatan Ekonomi Golongan Miskin/ Pembangunan Industri Desa yang merupakan program bantuan peralatan bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mengembangkan perniagaan sedia ada. Permohonan boleh dikemukakan melalui pejabat-pejabat daerah untuk perakuan di peringkat daerah. Program ini menggunakan peruntukan pembangunan sebanyak RM250,000.00 bagi tahun 2018;

(iii) Program Latihan Keusahawanan dan Kemahiran

(a) Beberapa siri kursus bagi meningkatkan modal insan di kalangan rakyat yang menggunakan peruntukan pembangunan di bawah program Modal Insan. Walaupun kursus-kursus tersebut tertumpu kepada penerima AES yang terdiri daripada ibu tunggal, peniaga-peniaga kecil yang berpendapatan bawah RM3,000.00, usahawan tempatan mungkin juga sebahagian daripada golongan ini. Sehingga Jun 2018, sejumlah RM95,455.00 telah diluluskan kepada pejabat - pejabat daerah untuk melaksanakan pelbagai kursus kemahiran;

(b) Program latihan keusahawanan seperti bengkel, seminar dan motivasi kepada usahawan-usahawan Pulau Pinang merupakan usaha bagi memperkasakan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kefahaman keusahawanan dalam bidang pengurusan perniagaan. Program ini bertujuan untuk menjadikan usahawan yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan. Sejak tahun 2013 hingga kini, sebanyak 77 program dan latihan keusahawanan telah diadakan dengan penyertaan seramai 2,183 orang usahawan, melibatkan kos sebanyak RM161,498.00, 190 orang pelajar melibatkan kos sebanyak RM118,698.75; dan

(iii) Insentif Keusahawanan Invest Penang

Melalui Invest Penang, beberapa program dan skim baru sedang dilancarkan. Antaranya:

(a) Skim Insentif Penang i4.0 (Penang i4.0 Seed Fund) dengan menawarkan dana peruntukan berjumlah RM4 juta (USD 1 juta) untuk membantu para usahawan start-up berasaskan teknologi (technopreneuer) yang berpotensi untuk mencapai pengkomersialan dengan geran minima RM50,000.00 hingga maksima RM250,000.00.

(b) @CAT di Wisma Yap Chor Ee menawarkan ruang kerja bersama (co-working space) dengan kadar sewa bersubsidi, penganjuran acara tech-komuniti dan bengkel (tech community events and workshops), peluang perniagaan melalui program pembangunan keusahawanan (accelerator/entrepreneuship development programme) dan program-program lain seperti membantu IKS untuk menjalankan perniagaan e-dagang.

(c) SMART CENTRE iaitu Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS (SME Market Advisory, Resource & Training – SMART Centre). Ia bertujuan memberi khidmat nasihat kepada para usahawan kecil mengenai maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan. Contohnya permohonan lesen perniagaan, pendaftaran syarikat, insentif-insentif sedia ada dan sebagainya. Para usahawan yang ingin membangunkan perniagaan dengan pelaburan asing juga boleh menggunakan perkhidmatan penyeneraian direktori atas talian (online directory). Selain itu boleh menyertai bengkel pembangunan keupayaan terutamanya topik mengenai indstri 4.0 (capacity building workshop). Juga menyertai sesi pemadanan perniagaan antara pelabur asing dan

Page 193: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

193

usahawan tempatan (business matching/vendor day) yang dianjur oleh Pusat ini.

Sejak penubuhannya dari Jun 2010, SMART Centre telah Berjaya memberi khidmat nasihat kepada 1,113 kes/syarikat daripada pelbagai sektor industri, 72 bengkel pembangunan dan seminar telah dianjur serta lebih daripada 580 pasangan syarikat berjaya dipadankan dalam pemadanan perniagaan;

(iv) Program MMK

Pada tahun ini Kerajaan Negeri merancang menganjurkan Hari Usahawan dan Koperasi. Ia bertujuan menyebarkan informasi dan makluman tentang kemudahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Negeri dan Pusat bagi manfaat para usahawan.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

30. Kampung Besar, SPT mempunyai banyak lorong kecil tetapi semua dinamakan Jalan Kampung Besar dan ini telah menyusahkan penduduk untuk memberi lokasi rumah yang tepat. Penduduk-penduduk mencadangkan supaya jalan-jalan kecil dinamakan semula dengan tersusun.

(a). Apakah langkah boleh diambil untuk cadangan tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

30. (a) Kerajaan Negeri boleh mengadakan perbincangan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pemimpin – pemimpin tempatan dan semua pihak berkepentingan berhubung cadangan menamakan jalan – jalan kecil di Kampung Besar bagi memastikan keperluan dan syarat – syarat yang ditetapkan dapat dipenuhi.

XIV. Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan penguatkuasaan trafik dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia?

(a). Adakah warden trafik akan diperkenalkan di Pulau Pinang untuk menolong situasi ini?

YAB. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam meningkatkan penguatkuasaan trafik di jalan raya. Antara tindakan yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-

(i) Berkongsi data video CCTV dalam memantau pergerakan dan kawalan trafik;

(ii) Membuat kawalan bersepadu di persimpangan / jalan-jalan utama; dan

(iii) Membuat perkongsian maklumat berkaitan kemalangan supaya tindakan serta merta dapat diambil untuk mengawal trafik.

(a) Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang dalam proses mewujudkan warden trafik di bahagian pulau bagi membolehkan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan diturunkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Permohonan mengenai perkara ini telah dihantar kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) pada 13 Jun 2018 yang lalu.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan baharu untuk menolong golongan ibu tunggal untuk mencari perkerjaan?

(a). Berapakah statistik bilangan ibu tunggal terkini di Negeri Pulau Pinang?

(b). Berapakah statistik terkini bilangan ibu tunggal yang sedang bekerja?

YAB. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri melalui Penang Women’s Development Corporation (PWDC) telah memperkenalkan Projek Transformasi Ekonomi Komuniti (CET) di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Wanita (WEE). Ia merupakan sebuah projek yang direka khusus untuk membantu menjana pendapatan bagi penduduk, termasuk ibu tunggal. Sebagai projek perintis, PWDC telah mengadakan dialog untuk memperkenalkan program ini kepada penduduk Projek Perumahan

Page 194: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

194

Rakyat (PPR) Desa Wawasan pada bulan Februari 2018 di atas permintaan penduduk setempat. Satu siri bengkel membuat kraf kertas dan kraf plastik telah dikendalikan untuk penduduk yang berminat. Kini, hasil kraftangan telah mula mendapat tempahan dan ada penduduk yang sudah mula menjana pendapatan.

(a) Berdasarkan data ibu tunggal yang mendaftar dengan program i-Sejahtera Kerajaan Negeri, terdapat seramai 14,707 orang bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 16 Julai 2018.

Manakala bilangan ibu tunggal yang berdaftar di bawah Pejabat Pembangunan Wanita (PPW) Pulau Pinang dari tahun 2014 sehingga Jun 2018 adalah seramai 6,672 orang. Pendaftaran ibu tunggal oleh PPW adalah berdasarkan kepada maklumat dan data yang didaftarkan melalui dewan-dewan Nur di setiap Parlimen dan melalui kehadiran sendiri ibu tunggal ke pejabat. Walau bagaimanapun, PPW menghadapi kekangan kesahihan data kerana kebanyakan daripada ibu tunggal ini tidak hadir memaklumkan status terkini walaupun telah berkahwin atau tiada medium yang boleh dikemaskini data sekiranya mereka meninggal dunia.

(b) Kerajaan Negeri tidak mempunyai statistik bilangan ibu tunggal yang sedang bekerja terkini.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Adakah reka bentuk hentian bas akan diselaraskan supaya kelihatan lebih sempurna dan mesra pengguna secara menyeluruh untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam?

YAB. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menyelaraskan reka bentuk hentian bas sejak tahun 2010 bagi MBPP dan 2013 bagi MPSP. Tujuan penyelarasan ini adalah bagi memastikan hentian bas di Negeri Pulau Pinang kelihatan lebih sempurna dan mesra pengguna secara menyeluruh untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Rekabentuk ini meliputi jenis tempered glass yang lebih mesra pengguna dari segi keselesaan dan keselamatan termasuk mengambilkira konsep Universal Design yang mempunyai ciri-ciri kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU). Selain itu, kedua-dua PBT juga sedang melaksanakan pemasangan lampu di setiap hentian bas secara berperingkat untuk pencahayaan bagi menjamin keselamatan pengguna bas pada waktu malam.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Adakah Kerajaan Negeri akan mengeluarkan dasar baru untuk memastikan semua pembangunan komersial akan datang dibina dengan kemudahan dan fasiliti bilik mandi supaya dapat menggalakkan penggunaan basikal sebagai sebuah pengangkutan pilihan untuk pekerja-pekerja?

YAB. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penggunaan basikal sebagai alternatif perkhidmatan mobiliti untuk seluruh rakyat negeri Pulau Pinang termasuk penyediaan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan aktiviti berbasikal seperti penyediaan bilik mandi. Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai dasar secara menyeluruh untuk memastikan kemudahan dan fasiliti bilik mandi dibina di semua pembangunan komersial.

Walau bagaimanapun, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menggariskan bagi mana-mana tapak pemajuan yang melebihi keluasan ruang lantai 50,000 kps, adalah disyaratkan bahawa tempat mandi, bilik persalinan dan tempat penyimpan barangan disediakan untuk pembangunan komersial, pejabat dan institusi pendidikan yang meliputi luas lantai terbina (built-up floor area) melebihi 50,000 kaki persegi. Keluasan lantai sekurang-kurangnya 250 kaki persegi disediakan untuk kemudahan ini. Tambahan seluas 10 kaki persegi untuk kemudahan pengguna basikal disediakan untuk setiap tambahan 10,000 kaki persegi keluasan lantai pembangunan terlibat.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Adakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kesesakan trafik di Kawasan Pulau Tikus sementara menunggu pembinaan Penang Transport Master Plan (PTMP) siap sepenuhnya?

Page 195: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

195

YAB. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Negeri melalui kerjasama bersama MBPP telah merancang beberapa projek untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Pulau Tikus, sementara menunggu pelaksanaan sepenuhnya Penang Transport Master Plan (PTMP). Antara rancangan-rancangan tersebut adalah:

(i) Projek menaik taraf Jalan Brown dari Jalan Burma ke Jalan Utama yang telah disiapkan pada Januari 2018. Projek ini dilaksanakan memandangkan Jalan Brown digunakan sebagai laluan alternatif oleh kenderaan dari Jalan Mount Erskine dan Jalan Bagan Jermal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Jalan Gottlieb terutama sekali pada waktu persekolahan (waktu pagi dan tengah hari). Skop projek ini ialah pelebaran Jalan Brown dan juga menaik taraf persimpangan-persimpangan di sepanjang jalan tersebut bagi melicinkan aliran lalu lintas.

(ii) Projek menaik taraf persimpangan Jalan Mount Erskine / Tingkat Erskine Satu / Laluan ke Ladang Hong Seng. Projek ini sedang dijalankan dan dijangka dapat disiapkan pada bulan November 2018. Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di persimpangan tersebut dan meningkatkan keselamatan lalu lintas.

(iii) Projek pembinaan jalan bawah (underpass) dari Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma. Projek ini kini berada pada peringkat pra-kelayakan tender (pre-qualification tender) dan dijangka dapat dimulakan pada akhir tahun 2018. Projek ini dijangka mengambil masa tiga (3) tahun untuk disiapkan.

(iv) Perancangan juga sedang dibuat untuk pembinaan jejambat atau jalan bawah untuk menghubungkan Jalan Kelawai ke Jalan Tanjong Tokong untuk melegakan kesesakan di kawasan Pulau Tikus. Kajian ini akan dijalankan pada tahun 2019 dan projek ini dijangka akan bermula pada tahun 2020 dan mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan.

(v) Menyediakan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) Tanjung Tokong-Pulau Tikus. Perkhidmatan ini telah dilancarkan pada 7 Julai 2018 menggantikan perkhidmatan shuttle Pulau Tikus Loop (PTL) dengan liputan laluan yang lebih baik.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk membantu tempat-tempat pekerjaan golongan OKU yang sedia ada supaya elaun mereka tidak terjejas?

YAB. Ketua Menteri:

6. Kerajaaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat kesaksamaan hak dan peluang yang sama seperti anggota masyarakat yang lain dalam semua aspek termasuk peluang pekerjaan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengimplimentasi kemudahan akses dalam merealisasikan Pulau Pinang sebagai negeri yang mesra golongan OKU dengan mengambilkira pelbagai aspek supaya selaras dengan piawaian Malaysia Standard MS 1183, MS 1184 dan MS 1331. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyaran majikan supaya memastikan premis pekerjaan lebih mesra OKU dengan menyediakan aksesibiliti bagi membolehkan OKU masuk dan keluar bangunan.

Setakat ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai program atau bantuan khusus kepada tempat-tempat pekerjaan golongan OKU. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan sentiasa menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU melalui beberapa program antaranya program job coach, karnival pekerjaan OKU dan pusat rehabilitasi komuniti atau lebih dikenali pemulihan dalam komuniti (PDK).

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan prestasi pendidikan di kalangan golongan muda?

YAB. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri mengutamakan pembelajaran Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) di kalangan orang muda di Pulau Pinang. Bagi meningkatkan prestasi pendidikan di kalangan golongan tersebut, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut :

(i) Menubuhkan Penang Science Cluster (PSC) untuk orang awam belajar, berinteraksi dan menjalankan aktiviti berkaitan dengan bidang sains. PSC menganjurkan Penang

Page 196: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

196

International Science Fair (PISF) yang merupakan acara tahunan sejak tahun 2011 dan menawarkan bengkel sains dan teknologi kepada pelajar dan orang awam. Sehingga kini, tiga (3) buah Science Cafe telah dibuka iaitu di Krystal Point, Wisma Yeap Chor Ee dan di Pusat Perniagaan Alma;

(ii) Menubuhkan Creative Animation Trigger (@CAT) untuk mempromosikan bidang sains, teknologi dan animasi kelompok kreatif di negeri ini. @CAT bertempat di Wisma Yeap Chor Ee dan berfungsi mempercepatkan penubuhan serta pertumbuhan syarikat-syarikat permulaan kreatif berasaskan teknologi, memupuk bakat-bakat baru dalam bidangcloud computing, aplikasi teknologi, big data analytics (BDA) dan internet of things (IOT);

(iii) Menubuhkan Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC) yang menumpukan kepada pengajaran Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM). KSPLC bekerjasama dengan organisasi seperti Penang Skills Development Centre (PSDC), PSC, Tech Dome Penang dan @CAT dalam memupuk dan melibatkan golongan muda menghadapi Revolusi Industri 4.0;

(iv) Menubuhkan Tech Dome Penang (TDP) di Komtar bagi memupuk minat dalam bidang saintifik, inovasi teknologi dan keusahawanan. TDP menyediakan platform kepada semua lapisan masyarakat untuk menerokai keajaiban sains dan teknologi dan menganjurkan program-program seperti kem Sains, bengkel pendidikan, seminar, team building, dan pameran sains yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat; dan

(v) Menubuhkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL) pada Oktober 2016. Berikutan sambutan yang menggalakkan, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang Fasa 2 (PDL-P2) di bangunan kuarters Kerajaan Negeri di Jalan Masjid Negeri yang dijangka mula beroperasi pada Disember 2018.

Kerajaan Negeri juga akan membangunkan Butterworth Digital Library (BDL) di kawasan Seberang Perai yang dijangka siap untuk dirasmikan pada Oktober 2019 dan akan menubuhkan Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (PIDL) pada suku kedua tahun 2019 untuk menggalakkan penduduk Negeri Pulau Pinang mengharungi semua bidang keagamaan Islam secara elektronik.

Selain itu, bagi memperluaskan pembelajaran STEM, Kerajaan Negeri juga akan menubuhkan sebuah Pusat STEM di 'Penang Hill Base Station'.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menyokong kugiran atau "busker" tempatan untuk mengadakan lebih banyak konsert seperti IndiePG baru-baru ini di PenangPAC pada 23 Jun 2018?

YAB. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa aktiviti kugiran atau busker mempunyai kumpulan peminat tersendiri dan berupaya menjadi tarikan pelancong ke Pulau Pinang di samping menarik minat masyarakat tempatan menceburi bidang seni muzik. Pada Disember 2014, Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan pihak swasta bagi penganjuran program Penang Busking Carnival 1.0 melalui program Occupy Beach Street di Lebuh Pantai, Pulau Pinang. Bagi tahun-tahun seterusnya, aktiviti busker telah menjadi salah satu acara dalam program Occupy Beach Street yang diadakan pada setiap hari Ahad di Lebuh Pantai. Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai rancangan khusus untuk mengadakan program atau konsert untuk kugiran atau busker dan mengalu-alukan cadangan bagi program seumpama ini.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Adakah Kerajaan Negeri akan membina lebih banyak pusat-pusat pengajian Sains untuk kanak-kanak bagi membangkitkan minat pembelajaran Sains di kalangan orang muda?

YAB. Ketua Menteri:

9. Bagi menggalakkan pembelajaran Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) di kalangan orang muda di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk membangunkan PDL Fasa 2 dengan kos sebanyak RM10.8 juta. PDL Fasa 2 ini boleh memuatkan seramai 540 orang pengguna dalam satu-satu masa untuk melaksanakan segala jenis aktiviti / program yang berkaitan dengan konsep STEM. Kerajaan Negeri juga akan meningkatkan bilangan bahan bacaan elektronik kepada 20,000 yang berkaitan dengan STEM selaras dengan permintaan pengguna. PDL Fasa 2 ini dijadualkan untuk mula beroperasi pada Disember 2018.

Page 197: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

197

Kerajaan Negeri juga akan membangunkan sebuah perpustakaan digital di kawasan Butterworth, Seberang Perai yang akan dikenali sebagai Butterworth Digital Library (BDL) untuk membolehkan penduduk di kawasan Seberang Perai mendapat peluang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan digital yang menerapkan budaya revolusi industri 4.0 melalui pembelajaran STEM. BDL dijangka siap untuk dirasmikan pada Oktober 2019.

Bagi memacukan budaya 'revolusi industri 4.0' dalam pendidikan keagamaan Islam, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (PIDL) pada suku kedua tahun 2019 untuk menggalakan penduduk Negeri Pulau Pinang mengharungi semua bidang keagamaan Islam secara elektronik. PIDL akan dibangunkan untuk kesemua lapisan masyarakat dan ianya direka khas supaya bersesuaian untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak supaya ia dapat mewujudkan minat kanak-kanak untuk membelajari Bidang Sains Keislaman.

Selain itu, bagi memperluaskan pembelajaran STEM, Kerajaan Negeri juga akan menubuhkan sebuah Pusat STEM di 'Penang Hill Base Station'. Pusat tersebut akan merangkumi enam inisiatif Kerajaan Negeri yang memfokuskan pembelajaran STEM di mana PDL adalah salah satu daripada inisiatif tersebut.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur-pelabur luar negara baharu untuk tidak hanya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan tetapi juga lebih banyak jenis bidang pekerjaan?

YAB. Ketua Menteri:

10. Dalam usaha menarik pelabur-pelabur luar mewujudkan lebih banyak peluang dan bidang pekerjaan, Kerajaan Negeri telah mempelbagai penawaran. Selain bidang elektrik dan elektronik yang berkembang pesat Kerajaan Negeri turut memberikan tumpuan kepada beberapa sektor industri pembuatan lain seperti dalam bidang sains kesihatan melalui pembuatan peralatan perubatan medical devices yang mula mendapat permintaan tinggi di pasaran global. Manakala sektor teknologi yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, perkhidmatan perkilangan elektronik (EMS), semikonduktor, automotif, aeroangkasa, avionik dan teknologi LED juga merupakan sektor baharu yang sedang giat diteroka.

Di samping itu, tumpuan juga diberikan kepada sektor pekhidmatan seperti Global Business Services (GBS) iaitu perkhidmatan profesional dalam bidang kewangan, sumber manusia, rekabentuk kejuruteraan, rekabentuk dan pembangunan perisian ICT design & development, teknologi maklumat dan industri pengetahuan. Hab GBS sedang berkembang dengan pesat di Pulau Pinang terutama di kawasan pusat bandar Bayan Lepas.

Peluang dan bidang pekerjaan yang besar juga ditawarkan melalui beberapa syarikat yang menjalankan aktiviti dalam bidang creative digital art/ animation & games. Syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri yang amat khusus ini mula beroperasi selama beberapa tahun di sekitar kawasan pusat bandar Bayan Lepas dan juga di George Town.

Selain itu, @CAT yang beroperasi di Wisma Yeap Chor Ee bukan sahaja membuka pelbagai peluang pekerjaan melalui syarikat tech start up tetapi juga menjalankan pelbagai aktiviti keusahawan dalam bidang mencipta laman web, App, IoT, robotik, sensors, Industri 4.0 dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan dana The Penang i4.0 Seed Fund yang menawarkan pembiayaan sehingga RM250,000.00 untuk membantu syarikat tech start updengan produk dan perkhidmatan teknologi inovatif untuk mencapai tahap pengkomersialan. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaaan dalam bidang yang berkaitan teknologi baru.

Kesimpulannya, kesemua aktiviti utama dalam bidang perindustrian dan perkhidmatan yang disebutkan di atas dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih luas dalam pelbagai jenis bidang yang bernilai tinggi.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Apakah insentif-insentif baharu yang disediakan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan keusahawanan di kalangan golongan muda?

Page 198: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

198

YAB. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa insentif untuk menggalakkan keusahawanan di kalangan golongan muda antaranya:-

(a) Kemudahan pinjaman mikro kredit yang kini dikenali sebagai Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang dan dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang. Skim ini diwujudkan dengan matlamat untuk membantu mewujudkan modal tambahan kepada usahawan termasuk usahawan di kalangan golongan muda. SPH ini disalurkan tanpa sebarang cagaran dan penjamin dengan jumlah pinjaman antara RM2,000.00 hingga maksimum RM25,000.00 dari umur 18 hingga 60 tahun dengan tempoh bayaran balik antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga Jun 2018, sejumlah RM14.77 juta telah diagihkan kepada 2,974 orang usahawan;

(b) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bersama Penang Development Corporation (PDC) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang. PDC telah bertindak bagi pihak Kerajaan Negeri sebagai pemberi pinjaman, pengutip dan pentadbir. Program ini diwujudkan untuk memberi dorongan kepada golongan muda untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Pinjaman sebanyak RM5,000.00 seorang ditawarkan kepada peminjam pertama bagi tempoh bayaran balik selama 2 tahun tanpa faedah untuk usahawan yang berumur 18 hingga 60 tahun. Bagi pinjaman seterusnya, faedah 8% setahun dikenakan kepada peminjam dan tempoh bayaran balik selama 2 tahun. Sehingga Jun 2018, sebanyak RM582,000.00 telah diagihkan kepada 110 orang peminjam usahawan tani;

(c) Bagi memupuk budaya keusahawanan bermula daripada usia remaja, diperkenalkan Program Tunas Niaga (PROTUNe) yang dilaksanakan oleh PDC dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dengan matlamat untuk memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Pada tahun 2018 terdapat 38 buah sekolah menengah di negeri ini terlibat dengan PROTUNe dengan penglibatan seramai 190 orang pelajar, melibatkan kos sebanyak RM118,698.75;

(d) Melaksanakan program-program latihan keusahawanan seperti bengkel, seminar dan motivasi kepada usahawan di kalangan golongan muda bagi memperkasakan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kefahaman keusahawanan dalam bidang pengurusan perniagaan supaya menjadi usahawan yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan. Sejak tahun 2008 hingga Julai 2018 terdapat sebanyak 98 program latihan keusahawanan telah diadakan dengan penyertaan seramai 4,074 orang usahawan kecil;

(e) Beberapa skim baru telah dilancarkan, antara programnya ialah Skim Insentif Penang i4.0 (Penang i4.0 Seed Fund)dengan menawarkan dana peruntukan berjumlah RM4 juta (USD 1 juta) untuk membantu usahawan-usahawan start-upberasaskan teknologi (technopreneur) yang berpotensi untuk mencapai pengkomersialan dengan pembiayaan minimum RM50,000.00 hingga maksimum RM250,000.00; dan

(f) Menubuhkan Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) (SME Market Advisory, Resource and Training - SMART Centre) bertujuan untuk memberi khidmat nasihat kepada para usahawan kecil mengenai maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan, contohnya permohonan lesen perniagaan, pendaftaran syarikat, insentif-insentif sedia ada dan sebagainya. Para usahawan yang ingin membangunkan perniagaan dengan pelaburan asing juga boleh mengunakan perkhidmatan penyenaraian direktori atas talian (online directory), menyertai bengkel pembangunan keupayaan terutamanya topik mengenai Industri 4.0 (capacity building workshop) dan juga sesi pemadanan perniagaan antara pelabur asing dan usahawan tempatan (business matching / vendor day) yang dianjur oleh Pusat ini.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengekalkan perniagaan-perniagaan tradisional?

(a). Adakah dasar-dasar baharu akan dikeluarkan untuk menolong mereka yang menjalankan perniagaan tradisional dalam cabaran sewaan tinggi dan lain-lain faktor?

Page 199: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

199

YAB. Ketua Menteri:

12. Kerajaan Negeri melalui kedua-dua PBT sering menyokong dan memudah cara perniagaan-perniagaan tradisional di seluruh negeri Pulau Pinang terutama di kawasan warisan George Town. Kerajaan Negeri akan sentiasa menggalakkan perniagaan tradisional ini terus bersaing dengan perniagaan-perniagaan lain.

Antara perancangan yang telah dilaksanakan adalah projek pemuliharaan rumah kedai di Lebuh Kimberly yang dimiliki oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan akan disewakan kepada artisan dan pengusaha barangan tradisional tempatan untuk menjalankan pemprosesan serta mempromosikan barangan / makanan tradisional dan kebudayaan. Projek ini adalah bertujuan untuk membantu dan menyokong para penukang tradisional serta ahli-ahli seni kraftangan untuk terus kekal diwarisi serta dapat menyampaikan pengetahuan dan seni warisan dalam Tapak Warisan Dunia George Town. Projek ini adalah salah satu usaha untuk menyelamatkan warisan tidak ketara agar terus hidup di Pulau Pinang.

Dasar Kerajaan Negeri dalam mengekalkan perniagaan-perniagaan tradisional adalah dengan menyediakan suatu dasar lesen bertempoh untuk memberikan lesen perniagaan kepada pengusaha-pengusaha perniagaan tersebut. Dasar ini boleh membantu pengusaha melalui pemberian lesen perniagaan yang sah di mana pengusaha boleh menggunakannya bagi mendapatkan sumber-sumber pinjaman atau bantuan melalui jabatan / agensi berkaitan untuk mengembangkan perniagaan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf bangunan-bangunan dan juga fasiliti-fasiliti awam yang lama demi keselesaan pengguna?

YAB. Ketua Menteri:

13. Perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk menaik taraf bangunan-bangunan dan fasiliti-fasiliti awam yang lama demi keselesaan pengguna bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

(i) Pemberitahuan kepada pemilik bangunan-bangunan awam seperti hotel, restoran, pusat membeli-belah, pasar awam, tandas awam, pejabat dan bangunan kerajaan, serta lain-lain tempat kemudahan awam supaya dinaik taraf bagi mematuhi Seksyen 34A Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS Pindaan 1993), terutamanya bagi mematuhi piawaian Malaysia MS 1184 (Universal Design & Accessibility in the Built Environment Code of Practice) dan MS 1183 (Fire Safety in Design, Management & Use Of Buildings - Code Of Practice).

(ii) Melaksanakan audit ke atas fasiliti-fasiliti Orang Kurang Upaya (OKU) khususnya bangunan-bangunan sedia ada dan juga bangunan baru supaya kehendak-kehendak di bawah Seksyen 34A Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKSB) dipatuhi.

(iii) Melaksanakan kerja-kerja naik taraf perhentian bas berbumbung yang lama melalui peruntukan kerajaan dan penajaan daripada pihak swasta. Seterusnya, penguatkuasa dari PBT akan menyusuli dengan pemantauan ke atas lokasi-lokasi perhentian bas berbumbung secara berkala untuk memastikan fasiliti-fasiliti berkenaan berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

Jadual di bawah merumuskan jumlah projek menaik taraf bangunan-bangunan dan fasiliti awam lama dari tahun 2008 sehingga 2018 yang berada di bawah seliaan PBT iaitu pihak MBPP dan MPSP;

Bil.

Kategori Fasiliti / Bangunan Lama

Jumlah Projek Menaik Taraf yang Dilaksanakan

PBT - MBPP

i Pasar Awam 21

ii Kompleks Makan Awam 10

iii Tandas Awam 1

iv. Kemudahan Permainan, Kemudahan Bersukan & Taman Awam

2

v. Dewan/Balai Rakyat 1

vii. Perhentian Bas Berbumbung 4

Page 200: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

200

Bil.

Kategori Fasiliti / Bangunan Lama Jumlah Projek Menaik Taraf yang

Dilaksanakan

PBT - MPSP

i Pasar Awam 2

ii Kompleks Makan 4

iii Tandas Awam 2

iv. Kemudahan Permainan, Kemudahan Bersukan & Taman Awam

15

v. Dewan/Balai Rakyat 1

vii. Perhentian Bas Berbumbung 2

viii. Lain-lain Kemudahan Awam 1

Maklumat lanjut berkenaan perancangan menaik taraf bangunan-bangunan dan fasiliti-fasiliti sedia ada oleh PBT boleh dirujuk pada LAMPIRAN 1 (bagi PBT MBPP) dan LAMPIRAN 2 (bagi PBT MPSP).

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Adakah Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Toastmasters International bagi mengadakan program latihan dan pertandingan?

YAB. Ketua Menteri:

14. Buat masa ini, Program Latihan dilaksanakan berdasarkan Training Need Analysis (TNA) yang dibuat setiap dua (2) tahun sekali. Penceramah atau jurulatih yang dijemput adalah pakar dalam bidang masing-masing. Manakala pelbagai pertandingan dianjurkan secara dalaman dan dibuat mengikut jadual yang dirancang setiap tahun. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tidak memerlukan kerjasama dengan Toastmasters International setakat ini.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Bilakah projek pembinaan tapak kekal Pasar Mount Erskine akan dimulakan?

(a). Berapa lamakah tempoh pembinaan projek tersebut?

(b). Adakah tapak untuk pasar yang baharu telah dikenalpasti?

YAB. Ketua Menteri:

15. Projek pembinaan tapak kekal Pasar Mount Erskine, tidak dapat dilaksana memandangkan tanah sedia ada adalah tanah rezab jalan khusus bagi tujuan pelebaran jalan pada masa hadapan.

(a) Pembinaan tapak kekal Pasar Mount Erskine tidak dapat dilaksanakan buat masa sekarang memandangkan ketiadaan tapak yang sesuai. Bagi memberikan kemudahan dan mengurangkan beban penduduk setempat, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan terus menyelenggara bangunan Tapak Penjaja Sementara secara berjadual sebagai satu pendekatan untuk memastikan penduduk setempat memperolehi keperluan harian pasar dengan mudah.

(b) Bagi rancangan untuk membina Pasar Mount Erskine, pihak MBPP tidak mempunyai tanah atau tapak di sekitar Mount Erskine bagi tujuan pembinaan pasar yang baharu. Namun begitu, penduduk setempat boleh memperolehi keperluan pasar di pasar-pasar berdekatan seperti Pasar Pulau Tikus dan Pasar Tanjong Bunga.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menyokong dan menolong usahawan-usahawan yang ingin membuka pusat-pusat aktiviti dan juga rekreasi buat warga emas?

YAB. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam hal kebajikan termasuk pusat-pusat aktiviti dan rekreasi untuk warga emas.Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu memberikan geran rangsum iaitu bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi menampung sebahagian kos perbelanjaan makan dan minum penghuni. Geran rangsum ini akan diberi setelah pusat jagaan/aktiviti telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) beroperasi selama dua tahun.

Page 201: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

201

Manakala bagi membantu pengusaha pusat jagaan yang telah beroperasi sebelum 15 September 2017, diskaun 90% ke atas bayaran pemajuan infrastruktur bagi kos tukar guna bangunan kediaman ke pusat jagaan adalah bagi tempoh setahun iaitu 15 September 2017 hingga 14 September 2018. Pemberian diskaun ini juga akan menggalakkan lebih ramai pengusaha pusat jagaan untuk tampil ke hadapan untuk berdaftar dengan JKM dan mengurangkan beban pengusaha.

Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah membentangkan kertas kerja pengecualian bayaran caruman pembinaan serta menaik taraf jalan dan persimpangan bagi semua permohonan tukarguna bangunan kediaman kepada Tadika, Taska, Pusat Jagaan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan Ibu Bersalin Dan Anak dan Pusat Jagaan Orang Tua di kawasan MBPP kepada Jawatankuasa Teknikal Perancang Negeri pada 7 Jun 2018 di mana pengecualian telah dipersetujui tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri. Seterusnya perakuan Jawatankuasa Teknikal Perancang Negeri ini akan diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Perancang Negeri dan sekiranya diluluskan, cadangan ini akan digunapakai untuk kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan.

Kerajaan Negeri melalui mesyuarat Jawatankuasa Tebatan Banjir Bil 3/2018 pada 28 Jun 2018 juga telah memutuskan supaya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyelaras semula garis panduan berhubung bayaran caruman perparitan (DCC) bagi kawasan MBPP dan MPSP dan cadangan pengecualian caruman perparitan ini masih dalam peringkat perbincangan dan pertimbangan sebelum dilaksanakan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Adakah Kerajaan Negeri akan membantu seni persembahan atau performing arts dengan memberi lebih banyak bantuan kewangan dan promosi kepada pengarah-pengarah muda?

YAB. Ketua Menteri:

17. Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengembangkan bidang kesenian di Pulau Pinang termasuk seni persembahan. Kerajaan Negeri sedar bahawa penganjuran program kesenian memakan belanja yang signifikan dan berkemungkinan tidak memberikan pulangan sewajarnya berbanding dengan kos perbelanjaan. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan pihak swasta termasuk pengarah-pengarah muda dalam penganjuran program kesenian dan mempertimbangkan untuk menaja sebahagian daripada perbelanjaan tersebut. Kerajaan Negeri juga melaksanakan promosi bagi program-program kesenian dalam aktiviti pameran pelancongan yang dihadiri. Bagi program-program kesenian yang diadakan secara tahunan, Kerajaan Negeri membuat promosi melalui penerbitan risalah Penang Tourism Calender of Events.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Adakah parit-parit lama di sekitar Pulau Pinang akan dinaik taraf untuk menghadapi musim hujan yang semakin lebat serta bagi mengelak dari berlakunya banjir kilat memandangkan tambatan banjir memerlukan lebih banyak infrastruktur untuk mengatasi masalah ini?

YAB. Ketua Menteri:

18. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sememangnya menaik taraf dan menyelenggara parit-parit dan sistem saliran yang terletak di kawasanhotspot banjir kilat. Malah, terdapat kajian yang turut dilaksanakan oleh MBPP dan perunding kejuruteraan bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di lokasi-lokasi hotspot tersebut.

Projek menaik taraf parit-parit lama ini juga dibuat secara berperingkat memandangkan ia tertakluk kepada peruntukan yang diterima.

Senarai projek terperinci yang sedang dilaksanakan oleh JPS, MBPP dan MPSP masing-masing adalah seperti di Lampiran A, B dan C.

RUJ. LAMPIRAN A, B DAN C (BLCK NO. 18)

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menaik taraf kawasan sekitar dan bangunan Pasar Pulau Tikus secara menyeluruh memandangkan bilangan penjaja dan tempat letak kereta memerlukan kawasan yang lebih luas untuk masa depan?

Page 202: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

202

YAB. Ketua Menteri:

19. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempunyai cadangan untuk menaik taraf kawasan dan bangunan Pasar Pulau Tikus serta telah menyediakan pelan konsep Cadangan Pembangunan Pasar Pulau Tikus. Beberapa sesi perbincangan telah diadakan bersama mantan YB. ADUN Pulau Tikus dengan jabatan-jabatan teknikal peringkat Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad mengenai cadangan ini masih belum dibuat.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Ramai usahawan pusat-pusat jagaan warga emas telah memaklumkan kesusahan mereka untuk membuat bayaran caruman jabatan-jabatan Kejuruteraan MBPP dan MPSP yang tinggi. Ini telah menyebabkan kebanyakan pusat-pusat jagaan warga emas tidak boleh memperolehi kelulusan PBT masing masing walaupun proses pemutihan telah dijalankan. (a) Adakan Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menolong mereka?

YAB. Ketua Menteri:

20. (a) Bagi membantu pengusaha pusat-pusat tersebut, diskaun 90% diberi ke atas bayaran pemajuan infrastruktur bagi semua pusat jagaan termasuk pusat jagaan warga emas di Negeri Pulau Pinang yang beroperasi sebelum 15 September 2017. Diskaun 90% ke atas bayaran pemajuan infrastruktur bagi kos tukar guna bangunan kediaman ke pusat jagaan adalah bagi tempoh setahun iaitu 15 September 2017 hingga 14 September 2018. Pemberian diskaun ini juga akan menggalakkan lebih ramai pengusaha pusat jagaan untuk tampil ke hadapan untuk berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mengurangkan beban pengusaha. Manakala bagi pusat jagaan yang beroperasi mulai 16 September 2017, perlu mematuhi garis panduan yang sedia ada.

Selain itu, MBPP telah membentangkan kertas kerja pengecualian bayaran caruman pembinaan serta menaik taraf jalan dan persimpangan bagi semua permohonan tukar guna bangunan kediaman kepada Tadika, Taska, Pusat Jagaan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan Ibu Bersalin Dan Anak dan Pusat Jagaan Orang Tua di kawasan MBPP kepada Jawatankuasa Teknikal Perancang Negeri pada 7 Jun 2018 di mana pengecualian telah dipersetujui tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri. Seterusnya perakuan Jawatankuasa Teknikal Perancang Negeri ini akan diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Perancang Negeri dan sekiranya diluluskan, cadangan ini akan diguna pakai untuk kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan.

Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tebatan Banjir Bil 3/2018 pada 28 Jun 2018 juga telah memutuskan supaya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyelaras semula garis panduan berhubung bayaran caruman perparitan (DCC) bagi kawasan MBPP dan MPSP dan cadangan pengecualian caruman perparitan ini masih dalam peringkat perbincangan dan pertimbangan sebelum dilaksanakan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Adakah garis panduan pusat-pusat jagaan warga emas akan dikemaskini supaya lebih banyak unit-unit (perumahan dan swasta) boleh ditukar gunakan kepada pusat-pusat tersebut?. Keperluan golongan warga emas tidak boleh diketepikan dan pusat-pusat jagaan warga emas memenuhi keperluan komuniti secara menyeluruh.

YAB. Ketua Menteri:

21. Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk mengemaskini garis panduan pusat jagaan warga emas. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang (JKMNPP), berpandukan Akta Pusat Jagaan 1993 dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 serta Garis Panduan Penubuhan Pusat Jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam melaksanakan setiap peraturan yang melibatkan pusat jagaan warga emas.

Pihak Berkuasa Tempatan berpandukan kepada garis panduan Pengawalan Tukar Guna Bangunan Kediaman Kepada Tadika, Taska, Pusat Jagaan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan Ibu Bersalin dan anak serta Pusat Jagaan Orang Tua Di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang telah dikuatkuasakan pada 24 November 2016 manakala Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pula berpandukan kepada garis panduan Pusat Jagaan Warga Tua di Seberang Perai.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah menawarkan diskaun 90% ke atas bayaran pemajuan infrastruktur bagi semua pusat jagaan yang beroperasi sebelum 15 September 2017. Diskaun 90% ke atas bayaran pemajuan infrastrukur bagi kos tukar guna bangunan kediaman ke pusat jagaan adalah bagi tempoh setahun iaitu 15 September 2017 hingga 14 September 2018.

Page 203: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

203

Manakala bagi pusat jagaan yang beroperasi mulai 16 September 2017, perlu mematuhi garis panduan yang sedia ada. Pemberian diskaun ini juga akan menggalakkan lebih ramai pengusaha pusat jagaan untuk tampil ke hadapan untuk berdaftar dengan JKM dan mengurangkan beban pengusaha.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan-rancangan baharu untuk membantu gelandangan selain Agenda Ekonomi Saksama (AES)?

YAB. Ketua Menteri:

22. Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk membina sebuah pusat transit gelandangan di lot 19, Jalan C.Y. Choy, Georgetown. Bangunan ini adalah bangunan rumah kedai dua tingkat milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Program ini akan menempatkan gelandangan di pusat transit tersebut selama 6 hingga 12 bulan . Pengurusan penempatan gelandangan ini dicadang diuruskan oleh pihak Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dikenalpasti oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh tersebut, gelandangan akan diberi latihan yang bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka. Pekerja sosial atau sukarelawan daripada NGO akan menjadi tenaga penggerak dalam program ini. Seterusnya, kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta akan dipertingkatkan dengan menggalakkan pihak majikan mengambil golongan ini sebagai pekerja mereka.

Manakala, bagi gelandangan yang tidak produktif seperti warga emas, ataupun mereka yang mempunyai penyakit berjangkit, mereka akan ditempatkan di pusat-pusat yang dikendalikan oleh NGO yang sedia ada secara kekal sekiranya mereka ini sebatang kara ataupun saudara mara dan anak-anak mereka tidak dapat dikesan. Kerajaan Negeri akan memberikan geran pentadbiran dan rangsum kepada NGO yang berkaitan.

Selain itu, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia juga sedang membangunkan sistem profiling gelandangan dan telah memilih Pulau Pinang sebagai pilot project. Sistem ini akan merekodkan maklumat-maklumat berkaitan gelandangan yang diselamatkan melalui aplikasi telefon pintar atau komputer dan membantu pegawai penguatkuasa mengenalpasti gelandangan samada kes baharu atau berulang. Dengan adanya sistem profiling ini, ianya dapat membantu agensi kerajaan yang berkaitan dalam merangka strategi yang bersesuaian untuk membantu golongan gelandangan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Adakah Kerajaan Negeri akan menaik tarafkan Penang Free Wifi untuk menambahbaik komunikasi digital seluruh negeri?

YAB. Ketua Menteri:

23. Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaik taraf Penang Free Wifi (PFW) bagi menambah baik komunikasi digital di seluruh Negeri Pulau Pinang dengan memperincikan keperluan teknikal melalui perbincangan dengan beberapa pihak yang berminat untuk menyediakan kemudahan tersebut. Malah, kajian kepuasan pelanggan mengenai PFW bagi tahun 2018 akan dilaksanakan dalam masa terdekat oleh penyedia perkhidmatan PFW sedia ada memandangkan kajian terdahulu dilakukan kali terakhir pada tahun 2016. Perkhidmatan PFW tidak terhad kepada penyedia perkhidmatan sedia ada tetapi adalah terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam memastikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik di masa akan datang.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Adakah Kerajaan Negeri akan menolong syarikat-syarikat internet untuk memastikan bahawa semua kawasan perumahan di Negeri Pulau Pinang dilengkapkan dengan kabel gentian optik (fibre optic cables) supaya kemudahan internet berkelajuan tinggi boleh disambungkan kepada semua rakyat Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

24. Kerajaan Negeri menetapkan misi untuk membangunkan Bandar Pintar menjelang Tahun 2025 dengan melengkapkan infrastruktur secara berperingkat di seluruh negeri melalui kerjasama dengan pelbagai syarikat telekomunikasi terutamanya pemasangan jajaran fiber optik yang menjadi

Page 204: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

204

keperluan utama bagi sistem komunikasi dan teknologi digital terkini. Pulau Pinang kini telah diliputi jajaran fiber sebanyak 50% sepanjang 3,217 km dan terdapat pelbagai syarikat telekomunikasi yang telah datang membentangkan cadangan pemasangan fiber kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri mengamalkan dasar terbuka tanpa monopoli kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk melabur di Negeri Pulau Pinang. Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mempercepatkan pemasangan fiber optik di Pulau Pinang adalah dengan mensyaratkan penyediaan ‘in-building cabling’ menggunakan fiber optik bagi sistem telekomunikasi di pembangunan baru yang dilaksanakan oleh pihak Penang Development Corporation (PDC) selaku agensi Kerajaan Negeri. Kelak, syarat pemasangan ‘in-building cabling’ menggunakan fiber optik ini bagi semua pembangunan baru akan diperluaskan kepada pihak syarikat penyedia perkhidmatan dan pihak pemaju melalui penetapan polisi baru oleh Kerajaan Negeri.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai program pendidikan untuk memupuk keharmonian diantara kaum melalui persefahaman perbezaan diantara satu sama lain?

YAB. Ketua Menteri:

25. Kerajaan Negeri tidak mempunyai program khusus mengenai pendidikan berkaitan keharmonian kaum. Walau bagaimanapun atas kesedaran bahawa keharmonian adalah penting dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan, Kerajaan Negeri bersama-sama Jabatan Persekutuan dan beberapa agensi telah menjalankan beberapa program atau aktiviti seperti berikut:

(a) Kementerian Pendidikan Malaysia

Dalam memupuk perpaduan dan keharmonian antara pelbagai kaum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan, singkatannya RIMUP sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya dilaksanakan di peringkat sekolah rendah sahaja, namun begitu pelaksanaannya diperluaskan kepada semua sekolah mulai tahun 2005.

Objektif utama RIMUP ialah menyediakan ruang dan peluang kepada murid dari pelbagai kaum dan etnik untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses memupuk perpaduan ini diterapkan dalam jiwa sanubari murid-murid dari awal bangku persekolahan memandangkan ianya waktu yang paling sesuai dalam membentuk rangka, atau framework dalam minda dan jiwa murid-murid agar dapat menerima perbezaan antara pelbagai kaum. Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang mempunyai identiti nasional yang kukuh serta dapat menerima dan menghayati hakikat kepelbagaian kaum di Malaysia.

Program RIMUP ini menggalakkan penglibatan bukan sahaja guru dan murid, malah ianya melibatkan sekali ibu bapa, komuniti dan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti serta menggunakan kemudahan, peralatan dan pengembelengan tenaga dan kepakaran bersama. Program RIMUP dilaksanakan melalui lima (5) elemen utama iaitu:

(i) Akademik

(ii) Jati Diri dan Patriotisme

(iii) Kebudayaan dan Kesenian

(iv) Khidmat Masyarakat

(v) Sukan dan Permainan

Kesemua elemen utama dalam RIMUP ini diterapkan dalam diri murid melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan, perarakan Hari Kebangsaan, pertandingan-pertandingan sukan, program-program khidmat masyarakat dan pertandingan-pertandingan kebudayaan dan kesenian. Arahan mengenai pelaksanaan RIMUP bagi semua sekolah-sekolah di bawah KPM terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10 Tahun 2005 bertajuk Rancangan Integrasi Murid-murid Untuk Perpaduan (RIMUP) bertarikh 23 Disember 2005 yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Page 205: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

205

(b) Jabatan Belia Sukan Negeri Pulau Pinang

Jabatan Belia Sukan Negeri Pulau Pinang pula terdapat beberapa program yang dilaksanakan untuk memupuk unsur keharmonian antaranya Program- Program Jati diri dan Program Kepimpinaan untuk Belia dan Beliawanis. Program Jati Diri ini berobjektif juga untuk membentuk semangat jati diri yang kental di kalangan para peserta di samping melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program Kepimpinan pula melibatkan aktiviti- aktiviti secara berkumpulan yang terdiri daripada berbilang kaum. Program sampingan antaranya home stay, khidmat komuniti, cabaran lasak turut diadakan bagi mengeratkan hubungan dan perpaduan peserta.

(c) Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Pulau Pinang (JPNINPP)

JPNINPP berperanan menubuh dan menguruskan Tabika Perpaduan (Taman Bimbingan Kanak-Kanak). Tabika Perpaduan ditubuhkan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4-6 tahun untuk membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak. Antara objektif utama penubuhan Tabika Perpaduan adalah untuk menyemai dan memupuk semangat muhibah, kejiranan dan perpaduan di kalangan kanak-kanak dan mengeratkan hubungan serta memupuk perpaduan di kalangan ibu bapa dan masyarakat. Sehingga Julai 2018 sebanyak 116 Tabika Perpaduan telah ditubuhkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pulau Pinang.

JPNINPP melalui penubuhan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) turut mengadakan Forum Antara Agama yang bertujuan untuk mempertingkat dan mengukuhkan persefahaman dan keharmonian antara agama khususnya di Pulau Pinang. Penyertaan kumpulan-kumpulan agama adalah agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao dan Baha’i. Forum yang dijalankan dapat memberi pendedahan dan pengetahuan serta kemahiran toleransi di peringkat komuniti terhadap keharmonian agama selain memberi peluang komuniti untuk berinteraksi dalam satu medium forum.selain itu persefahaman dan keharmonian antara agama boleh dicapai melalui medium dialog, kebersamaan dalam tindakan dan penyertaan serta meningkatkan kesedaran dan pemahaman dalam kalangan pemimpin agama, serta melengkapkan pemimpin- pemimpin agama dan masyarakat dengan pengetahuan, kemahiran dan alat bantu yang bersesuaian bagi tindakan pencegahan, menjalankan mediasi, tranformasi dalam mewujudkan keamanan negara. Program Forum Antara Agama ini merupakan salah satu projekTouch Point yang dilulus oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM)

Program Silang Budaya yang dianjurkan oleh Kelab Rukun Negara dan Sekreteriat Rukun Negara, pelajar, mahasiswa dan ahli komuniti dapat meningkatkan kefahaman dan penerimaan serta memupuk sikap menghormati dan memahami kepelbagaian budaya, agama, bahasa, pantang larang, makanan dan adat resam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Melalui kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, program silang budaya dianjurkan berperanan besar memberi pendedahan awal dari usia muda mengenai kepentingan memahami dan menerima kepelbagaian budaya antara kaum akan melahirkan generasi yang lebih sensitif dengan keperluan rakan kaum yang lain. Ini secara langsung memberi kesan yang positif dalam aspek pergaulan di tempat kerja dan hidup bermasyarakat.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memulakan program-program pendidikan masakan tempatan supaya makanan-makanan terkenal negeri kita tidak akan dilupakan apabila generasi semasa ini bersara? Ini adalah penting untuk memelihara tradisi dan kebanggaan kita sebagai rakyat negeri Pulau Pinang

YAB. Ketua Menteri:

26. Salah satu faktor tarikan pelancong ke Pulau Pinang adalah makanan tempatan dan Kerajaan Negeri memberi keutamaan dalam pengekalan warisan makanan-makanan tempatan. Kerajaan Negeri telah menyokong beberapa program masakan tempatan seperti Pertandingan Memasak dan Kuih Tradisional 2017 pada 5 November 2017 oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penaga dan Pertandingan Memasak Tradisi Melayu 2018 pada 25 Februari 2018 oleh JKKK Bumbung Lima. Pada masa ini, Kerajaan Negeri bersedia mengkaji

Page 206: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

206

rancangan untuk memulakan program-program pendidikan masakan tempatan dan mengalu-alukan cadangan program seumpama ini daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau mana-mana pihak yang berminat.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengawal trafik di kawasan Persiaran Gurney apabila projek Gurney Wharf disiapkan?

YAB. Ketua Menteri:

27. Antara perancangan Kerajaan Negeri untuk mengawal trafik di kawasan Persiaran Gurney apabila projek Gurney Wharf selesai adalah dengan mengenakan syarat kepada pemaju seperti berikut:

(i) Mensyaratkan sekurang-kurangnya 600 buah petak letak kereta dan 600 buah petak letak motosikal serta 120 buah petak basikal akan disediakan di sepanjang Lebuhraya Berkembar Persiaran Gurney;

(ii) Membina tiga (3) jejantas pejalan kaki dan basikal disediakan merentangi lebuhraya yang dibina secara berkembar dengan Persiaran Gurney;

(iii) Menyediakan laluan basikal dan pejalan kaki disediakan di persisiran pantai di Persiaran Gurney.

(iv) Memasang kamera CCTV pada selangan 500m sepanjang jalan-jalan yang dibina serta di kawasan persilangan bertingkat untuk pemantaun lalulintas dan kesesakan.

Selain itu, Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membina Penang Island Link 1 (PIL 1) yang akan menyambungkan Persiaran Gurney melalui Paya Terubong dan Bayan Baru ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Selain itu, Lebuhraya Berkembar Persiaran Gurney akan dibina untuk menyambungkan jalan pesisiran pantai utara dan PIL 1 ke “By-Pass” Persiaran Gurney – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu untuk penyuraian lalulintas yang berkesan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Adakah Kerajaan Negeri akan mencipta dasar-dasar yang lebih ketat untuk memastikan bahawa kontraktor-kontraktor pembangunan akan mematuhi undang-undang dan syarat-syarat apabila proses pembinaan dijalankan? Ini adalah demi keselamatan dan keselesaan rakyat jelata.

YAB. Ketua Menteri:

28. Kerajaan Negeri melalui Jabatan/Agensi teknikal negeri sememangnya telah melaksanakan pelbagai syarat dan peraturan kepada kontraktor-kontraktor yang melaksanakan projek pembinaan di Pulau Pinang. Antaranya kontraktor perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Kerajaan Tempatan. Selain itu, pihak kontraktor juga perlu mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam aspek kawalan keselamatan pembinaan.

Terdapat juga syarat tambahan baharu yang dikenakan kepada kontraktor yang dikeluarkan oleh PBT iaitu mewajibkan pra kelayakan bagi tender kerja projek infrastruktur yang melebihi nilai RM5.0 juta, meningkatkan kadar modal minimum yang dimiliki oleh petender tidak kurang 4.5 peratus dari nilai tender berbanding 3 peratus sebelum ini dalam tempoh tiga bulan sebelum pelaksanaan projek dan meningkatkan kadar Liquidated And Ascertained Damage (LAD) daripada 15 peratus kepada 22.5 peratus bagi kontraktor yang tidak mematuhi syarat.

Melalui pelaksanaan syarat tambahan ini membolehkan proses penilaian dan pemilihan kontraktor dilakukan dengan lebih terperinci bagi memastikan mereka yang benar-benar layak dan berkemampuan sahaja akan dapat melaksanakan projek-projek kerajaan.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Bolehkah Kerajaan Negeri menambah baik sistem tender terbuka kita supaya kriteria perolehan dikemaskini dengan sistem markah atau point system supaya kontraktor-kontraktor mesti membuktikan kebolehan mereka melalui kerja-kerja mereka? Sistem markah ini juga boleh memastikan pengarah-pengarah yang telah disenarai hitam tidak boleh membuat tender melalui syarikat yang lain

Page 207: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

207

YAB. Ketua Menteri:

29. Kerajaan Negeri sedang menaik taraf sysP (Sistem Perolehan Kerajaan Negeri) dengan penambahan Modul Penilaian Prestasi Kontraktor untuk dijadikan panduan semasa pemilihan kontraktor bagi projek-projek Kerajaan Negeri. Modul ini dijangka siap dibangunkan sepenuhnya pada Disember 2018. Modul ini akan membolehkan sistem pemilihan kontraktor menjadi lebih jitu di mana syarikat atau kontraktor yang disenarai hitam oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) atau Kementerian Kewangan akan dapat dikenal pasti sebelum sebarang pemilihan dibuat.

Pada masa ini juga Kerajaan Negeri mengguna pakai 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) dalam pengurusan perolehan secara tender di peringkat negeri. Prestasi dan pengalaman kontraktor adalah dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal yang dianggotai oleh pegawai yang berpengetahuan dalam bidang berkaitan perolehan tersebut. Penilaian kontraktor ini boleh diuruskan melalui pelbagai kaedah termasuk pemberian markah (point system) mengikut kesesuaian projek yang dinilai.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

30. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sistem amaran cuaca yang lebih efektif supaya nyawa dan barang keperluan masing-masing boleh diselamatkan?

YAB. Ketua Menteri:

30. Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar melalui agensi pelaksana Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) berperanan untuk membekalkan maklumat mengenai ramalan cuaca dan penyebaran amaran cuaca buruk kepada semuastakeholder.

Untuk makluman, dalam memperkasakan sistem amaran awal cuaca sedia ada, MMD telah meningkatkan keupayaan model cuaca dengan mengadaptasi teknologi Sistem High Performance Computing (HPC) mulai pertengahan tahun 2017. Produk-produk model cuaca yang dijanakan oleh Sistem HPC ini membolehkan pegawai-pegawai meteorologi menjangkakan risiko bencana cuaca tujuh hari lebih awal berbanding dahulu hanya tiga hari. Ia juga membekalkan perincian bagi kawasan dilanda bencana dengan resolusi satu kilometer persegi berbanding 16 kilometer persegi sebelum ini. Dalam meningkatkan keupayaan mengeluarkan amaran ribut petir pula, MMD telah membangunkan sistem pemonitoran dan ramalan fenomena ribut petir dan hujan lebat iaitu Radar Integrated Nowcasting System (RaINS) yang menggunapakai teknologi termaju rangkaian radar cuaca dan model ramalan numerikal atmosfera janaan Sistem HPC. RaINS berupaya menghasilkan unjuran pergerakan dan intensiti hujan untuk setiap 10 minit sehingga tiga jam ke hadapan.

Di bawah Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Ke-11, MMD akan terus memperkasakan sistem amaran cuaca sedia ada agar lebih efektif dalam membekalkan perkhidmatan cuaca yang berkesan.

Seiring dengan perkembangan semasa agar penyampaian perkhidmatan dapat memenuhi kehendak rakyat, MMD telah mengadaptasi inovasi aplikasi mobil dengan membangunkan aplikasi myCuaca versi 2.0 yang dapat memberikan maklumat cuaca dan gempa bumi untuk diakses pada bila-bila masa oleh orang ramai. Aplikasi myCuaca boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store. Sehingga kini, sebanyak 77,000 pengguna telah memuat turun aplikasi ini. MMD turut melaksanakan RakanMET iaitu medium interaksi dua hala antara MMD dan orang awam bagi perkongsian maklumat sahih mengenai perkembangan cuaca semasa di negara.

MMD turut menyalurkan maklumat berkenaan ramalan dan amaran cuaca buruk kepada agensi-agensi pengurusan bencana melalui faks, e-mel dan SMS. Manakala penyebaran amaran cuaca kepada orang awam adalah melalui laman web: www.met.gov.my, siaran televisyen (TV), Crawler TV, media sosial (facebook:malaysiamet, twitter:@malaysianmet dan Whatsapp) dan Hotline di talian 1 300 22 1MET(1638).

Di Pulau Pinang, amaran cuaca buruk bagi ribut petir dan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir, tanah runtuh dan kerosakan harta benda dihantar dengan faks oleh Pejabat Meteorologi Pulau Pinang kepada Stesen Radio Mutiara FM (Radio Malaysia Pulau Pinang) untuk dihebahkan kepada orang awam melalui siaran radio. Maklumat amaran hujan lebat ini merupakan amaran awal bagi kemungkinan berlakunya banjir disebabkan oleh hujan lebat terutama bagi orang awam yang tinggal di kawasan yang kerap kali mengalami banjir kilat.

Page 208: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

208

Maklumat amaran cuaca buruk ini juga dihantar dengan faks kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, semua Pejabat Daerah di Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana dan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia Negeri Pulau Pinang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang, Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang. Di samping itu, maklumat amaran cuaca buruk ini turut dimaklumkan oleh Pengarah Meteorologi Pulau Pinang kepada ahli-ahli kumpulan pengurusan bencana peringkat negeri dan daerah menerusi aplikasi Whatsapp.

XV. Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Mohon maklum status pembinaan Pasar Moden Teluk Kumbar.

(a). Adakah pembinaannya satu projek terbengkalai?

(b). Jika tidak, bilakah pembinaannya akan diteruskan. Rakyat berharap ianya diteruskan memandangkan pasar basah yang sedia ada tidak sesuai digunakan dan terlalu uzur. Ianya juga adalah binaan persendirian bukan yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan

YAB. Ketua Menteri:

1. (a) Projek Pasar Moden Teluk Kumbar bukanlah sebuah projek terbengkalai. Pada ketika ini, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang dalam proses menjalankan reka bentuk bagi projek tersebut. Proses reka bentuk bagi projek ini agak rumit memandangkan topografi tapak yang sangat cerun.

(b) Pembinaan projek ini dijangka akan bermula pada tahun 2019.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. KADUN Bayan Lepas terletak di dalam Daerah Barat Daya yang mana sebuah daerah yang tidak mempunyai Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah TRANSIT.

(a). Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkannya bagi membantu penduduk yang miskin dan kurang mampu, terlibat dengan bencana atau dihimpit dengan pembangunan dapat memiliki tempat berteduh ?

YAB. Ketua Menteri:

2. Pelaksanaan projek Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang merangkumi proses pemilihan tapak, permohonan peruntukan dan kerja pembinaan adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kerajaan Negeri berperanan menguruskan pengisian, penyelenggaraan dan kutipan sewa bermula dari tarikh projek diserahkan oleh KPKT.

Kerajaan Negeri sememangnya sedar bahawa adanya permintaan bagi pembangunan PPR untuk menampung keperluan perumahan bagi penduduk di bawah paras garis kemiskinan di Daerah Barat Daya. Dua (2) lokasi berpotensi telah dikenal pasti untuk pembangunan PPR di Daerah Barat Daya iaitu:-

(i) Sebidang tanah di Jalan Mayang Pasir berhampiran Lot 8471 , Mukim 12 seluas 7.82 ekar milik Kerajaan Negeri; dan

(ii) Lot 705, Mukim 6 Daerah Barat Daya di Jalan Chai, Titi Teras berdekatan PBA Balik Pulau seluas 4.83 ekar milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Dalam pada itu, golongan berpendapatan rendah di daerah tersebut masih boleh menerima manfaat daripada pelbagai skim bantuan lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Agenda Ekonomi Saksama (AES).

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Untuk menggerakkan sosio-ekonomi supaya lebih maju dan mapan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya adalah amat penting. Pelebaran jalan raya berhampiran lapangan terbang dan pekan Bayan Lepas sehingga ke projek perumahan TPPT Changkat Bukit Belah telah siap.

(a). Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan pelebaran jalan tersebut hingga PUSPAKOM

(b). selesa ke Balik Pulau?

Page 209: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

209

YAB. Ketua Menteri:

3. Bagi cadangan agar pelebaran jalan persekutuan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Teluk Kumbar dilanjutkan sehingga ke Balik Pulau, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang telah memohon kelulusan peruntukan bagi pelebaran jalan tersebut iaitu jalan persekutuan dari Bayan Lepas ke Teluk Kumbar (FT006) melalui sambungan Pakej 2(B) kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2017 (RMK 11). Buat masa ini cadangan tersebut masih dalam pertimbangan Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Kebanyakan rumah kampung di dalam KADUN Bayan Lepas dibina secara tidak sah di atas tanah kerajaan, GLC atau bukan di atas tanah sendiri berpuluh-puluh tahun. Sekarang penduduk berkenaan diminta kosongkan tanah tersebut dengan pampasan yang tidak mampu beli selain rumah kos rendah.

(a). Adakah kerajaan sedar hal ini dan bagaimana untuk membantu?

YAB. Ketua Menteri:

4. Kerajaan sedar bahawa kebanyakan rumah kampung di dalam KADUN Bayan Lepas telah dibina oleh penduduk di atas tanah persendirian yang bukan berkaitan dengan mereka. Terdapat tuan tanah yang telah memohon untuk tanah tersebut dikosongkan dan rumah-rumah yang dibina dirobohkan.

Bagi kes sedemikian, Kerajaan Negeri mengambil beberapa inisiatif untuk membantu golongan ini melalui beberapa kaedah seperti berikut:

(i) Keutamaan Kerajaan Negeri kepada mereka untuk sewa / beli rumah Kerajaan Negeri tertakluk kepada kelayakan;

(ii) Bagi golongan yang tidak berkemampuan, Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan dan peruntukan bagi membina baru dan membaiki rumah di bawah program Pembangunan Desa sekiranya penduduk berkenaan ada tanah di tempat lain;

(iii) Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya juga sedang mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang bersesuaian yang boleh ditawarkan Lesen Pendudukan Sementara bagi tujuan penempatan rumah semula; dan

(iv) Kerajaan Negeri juga membantu golongan ini dengan memberi keutamaan untuk memiliki satu (1) unit rumah kos rendah / kos sederhana rendah di bawah Dasar Setinggan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Gelandangan dan warga emas ada juga yang memerlukan penjagaan khas seperti pusat penjagaan orang tua-tua atau 'Rumah Kenangan' seperti di Perak dan di Kedah yang dikelolakan oleh agensi kerajaan.

(a). Adakah di Pulau Pinang juga terdapat institusi seperti ini yang telah dan akan dibina yang dikelolakan oleh Kerajaan Pusat atau Negeri ?

YAB. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Negeri telahpun melancarkan program Empowering The Street Citizens yang bertujuan untuk membantu dan mendaya upayakan golongan gelandangan di Pulau Pinang. Program bersifat Tri-Partite Venture ini menggabungkan sektor kerajaan, swasta dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Di bawah program ini, gelandangan akan ditempatkan di sebuah rumah atau bangunan yang akan dibekalkan dengan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa sebagai permulaan. Selepas tamat tempoh penempatan, gelandangan ini diharapkan dapat berdikari dan berintegrasi dengan masyarakat. Pengurusan penempatan gelandangan ini dicadangkan dikendalikan oleh NGO yang dikenal pasti oleh pihak Kerajaan Negeri. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri telah berjaya mengenal pasti lokasi yang sesuai iaitu di lot 19, Jalan C.Y. Choy, Georgetown iaitu bangunan rumah kedai milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Manakala bagi penjagaan warga emas, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia sedang mendirikan Kompleks Sinar Kasih bagi golongan warga emas di Daerah Seberang Perai Selatan dan dijangka siap pada September 2019.

Page 210: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

210

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Perubahan Kerajaan Pusat selari dengan Kerajaan Negeri suatu yang besar manfaatnya.PERDA contohnya mempunyai aset hartanah di dalam KADUN Bayan Lepas yang masih tidak dimajukan untuk rakyat contoh sebidang tanah yang agak luas di Kampung Sungai Batu.

(a). Bolehkah Kerajaan Negeri meminta PERDA membina rumah kos rendah untuk memenuhi keperluan rakyat yang mendesak?

YAB. Ketua Menteri:

6. Perubahan pentadbiran Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang selari membolehkan banyak inisiatif berkaitan perumahan untuk dilaksana. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang memiliki tanah seluas 47.624 ekar di Mukim 11, Sungai Batu, Daerah Barat Daya telah merancang pembangunan bercampur di tapak tersebut. PERDA Ventures Incorporated (PVI) telah menandatangani perjanjian pembangunan bersama Asta Gemilang Sdn Bhd di mana antara komponen projek adalah rumah pangsa kos rendah 450 unit dan Rumah Mampu Milik C (maksima RM300,000) sebanyak 2,150 unit. Pada peringkat ini, permohonan pelingkungan semula masih dalam proses manakala Kerajaan Negeri telah mengarahkan agar isu setinggan diselesaikan terlebih dahulu.

(a) Kerajaan Negeri akan mensyaratkan jumlah minima 30 % bagi pembinaan Rumah Mampu Milik A dan B atau kombinasi keduanya bagi pemajuan di tapak berkenaan selaras Dasar Penyediaan Rumah Kos Rendah / Kos Sederhana Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi pemajuan melebihi 149 unit di kawasan luar bandar dan 99 unit di kawasan bandar dipatuhi.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Dadah adalah musuh nombor 1 Malaysia.

(a). Apakah langkah-langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk membendung ancaman tersebut khususnya kepada generasi muda yang telah diambil atau akan diambil?

YAB. Ketua Menteri:

7. Wabak dadah bukan sahaja musuh no.1 negara, malah di peringkat antarabangsa juga, perang besar-besaran bagi membasmi wabak ini telah dijalankan oleh banyak negara-negara maju mahupun negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Perundangan dan Akta Dadah Merbahaya 1952 telah dirangka dengan khususnya bagi membasmi gejala dadah ini dengan namun saban hari tetap ada kes-kes berkaitan pengedaran atau penyalahgunaan dadah masih berlaku. Oleh itu, pihak Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah proaktif bersama-sama dengan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk membendung ancaman dadah khususnya bagi melindungi generasi muda. Antara tindakannya adalah seperti berikut :

(i) Melancarkan operasi-operasi berkala melalui risikan dan maklumat orang ramai secara berterusan bagi membenteras ancaman dadah.

(ii) Menyedarkan masyarakat tentang akibat penyalahgunaan dadah melalui tindakan kesedaran seperti pameran dan ceramah.

(iii) Melancarkan Ops Bersepadu dari semasa ke semasa dengan lain-lain Jabatan atau Agensi dalam membenteras pengedaran dadah.

(iv) Program pendidikan pencegahan dadah (bagi generasi yang masih belum terjebak) termasuk di Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Di antara program bagi sekolah dan Institut Pengajian Tinggi Awam/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTA/IPTS) adalah penubuhan Skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kelab Tomorrow Leader, program SMART (Sukses, Matang, Aktif, Rasional, Tanggungjawab) dan lain-lain lagi

(v) Program Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat Komuniti termasuk Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELD), Program Masih Ada Yang Sayang, dan lain-lain lagi.

(vi) Program Rawatan dan Pemulihan dalam Komuniti (bagi generasi yang telah terjebak namun fokus kepada klien AADK) seperti program Mengatasi Co-Dependency, Program Kelompok Saling Bantu, dan lain-lain lagi.

Page 211: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

211

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Kesesakan kawasan kediaman selalunya berpunca daripada kenderaan diparkir di tepi jalan. Apabila pemajuan kediaman bertingkat dibuat jumlah parkir tidak mencukupi lebih teruk bagi rumah pangsa kos rendah dengan nisbah 3 buah rumah hanya 1 parkir disediakan.

(a). Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk syaratkan pembinaan baru satu rumah mesti ada 1 parkir?

YAB. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sememangnya telah mengenakan syarat bahawa satu (1) rumah mesti mempunyai satu (1) parkir sepertimana yang diperuntukkan dalam Garis Panduan Tempat Letak Kenderaan yang dikuatkuasakan pada tahun 2014. Perincian berkaitan syarat pembinaan bagi penyediaan tempat letak kereta bagi Rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah dalam Garis Panduan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Satu (1) petak tempat letak kereta bagi satu (1) unit kediaman + 10% untuk pelawat (berdasarkan pada jumlah keseluruhan bilangan cadangan unit kediaman)

(ii) Satu (1) petak tempat letak motosikal bagi 1 unit kediaman + 10% untuk pelawat (berdasarkan kepada jumlah keseluruhan bilangan cadangan unit kediaman)

Berdasarkan kepada garis panduan ini terdapat keadaan di mana kereta di parkir di atas jalan berdekatan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Aktiviti sukan olahraga dan sukan padang tidak harus dipandang sepi bagi melahirkan rakyat yang sihat, cergas dan cerdas. Peringkat umur dari sekolah rendah, menengah hingga dewasa agak sukar untuk menjalankan aktiviti tersebut tanpa Stadium Mini di Daerah Barat Daya.

(a). Adakah perkara ini tiada langsung dalam perancangan Kerajaan Negeri?

YAB. Ketua Menteri:

9. Pada masa kini, Kerajaan Negeri belum ada perancangan untuk membina stadium mini di Daerah Barat Daya. Walau bagaimanapun, perkara ini akan dibawa ke perhatian Pihak Berkuasa Negeri untuk dibuat kajian dan pertimbangan selanjutnya.

Kerajaan Negeri senantiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk mengoptimumkan penggunaan kemudahan-kemudahan sedia ada bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat Pulau Pinang, contohnya untuk sukan olahraga trek dan padang, selain tumpuan kepada penggunaan trek dan balapan di Stadium Bandaraya, galakan kepada penggiat sukan untuk turut sama menggunakan padang-padang awam dan padang-padang sekolah sebagai lokasi latihan untuk sukan ini turut disarankan sepenuhnya berdasarkan kesesuaian kepada acara-acara dalam sukan tersebut yang tidak bersandarkan kepada keperluan untuk menggunakan gelanggang-gelanggang yang spesifik.

Selain itu, Kompleks Sukan Balik Pulau milikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) boleh diguna pakai oleh orang ramai untuk aktiviti sukan olahraga dan sukan padang serta sukan dalaman.

Terdapat juga beberapa gelanggang futsal yang telah disediakan di Daerah Barat Daya iaitu di Sungai Batu, Sungai Ara, Bukit Gedung, Teluk Bahang dan Titi Teras. Di samping itu, terdapat juga beberapa kemudahan sukan lain yang turut disediakan termasuk gelanggang sepak takraw dan padang bola.

Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menambah baik kemudahan untuk memudahkan masyarakat beriadah di Daerah Barat Daya. Kemudahan-kemudahan ini boleh dimanfaatkan untuk aktiviti riadah dan pembangunan olahraga selain menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Sektor pelancongan kawasan terpencil juga boleh dimajukan untuk menjana ekonomi penduduk tempatan. Pantai Teluk Bayu di Sungai Batu dan Pantai Tanjung Asam telah lama menjadi tumpuan pengunjung walaupun tiada kemudahan asas.

(a). Bolehkah kawasan ini diwartakan sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan? Seterusnya dimajukan dengan membina kemudahan awam dan gerai jualan.

Page 212: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

212

YAB. Ketua Menteri:

10. (a) Kerajaan Negeri bersetuju bahawa kawasan terpencil juga boleh dimajukan untuk menjana ekonomi penduduk tempatan. Kawasan pantai termasuk Pantai Teluk Bayu di Sungai Batu dan Pantai Tanjung Asam merupakan tanah kerajaan rizab pantai yang sewajarnya dikekalkan. Pada masa ini, Kerajaan Negeri akan mengkaji cadangan untuk mewartakan kawasan Pantai Teluk Bayu dan Pantai Tanjung Asam sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan serta membina kemudahan awam dan gerai jualan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Kebanyakan sekolah yang telah dibina sebelum ini tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (OC). Contoh Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bayu dan Mutiara Perdana.

(a). Apakah risiko kepada pelajar dan kakitangan sekolah?

(b). Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

11. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), sememangnya terdapat sekolah-sekolah di Pulau Pinang yang tidak mempunyai OC atau sekarang ini CCC termasuklah Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bayu (kini ditukar nama kepada SK Teluk Kumbar II) dan Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana. Pembinaan sekolah-sekolah ini diuruskan oleh ‘Project Management Consultant’ (PMC) pada tahun 2002 hingga 2011. PMC adalah perunding yang berdaftar dan pelantikan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

(a) Kemungkinan untuk berlaku bencana termasuk kemalangan adalah rendah kerana tahap keselamatan bangunan tersebut telah dibina dengan keperluan aspek-aspek keselamatan seperti laluan kecemasan, pemasangan peralatan keselamatan kebakaran dan kualiti binaan yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Di samping itu, PMC yang dilantik untuk mengurus projek ini akan berkerjasama dengan jurutera perunding, sivil, mekanikal, elektrikal dan jurukur bahan dalam memantau pelaksanaan projek sekolah ini bagi memastikan spesifikasi yang ditetapkan dipatuhi. Selain pada itu, mengikut Peraturan Membina Bangunan-bangunan Kerajaan Persekutuan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang dikeluarkan oleh KPKT pada tahun 1999 menyatakan bahawa OC adalah dikecualikan bagi bangunan persekutuan yang tidak dijual setelah siap dibina termasuk bangunan sekolah. Namun, permohonan Kebenaran Merancang sebelum pelaksanaan projek adalah masih diwajibkan.

(b) Tindakan penyelesaian bagi masalah ini adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri memandangkan pengurus projek bagi bangunan sekolah adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu KPM yang bertanggungjawab terhadap penyelesaian pengeluaran OC atau CCC.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Perbezaan syarat nisbah keluasan tanah untuk pembinaan surau bagi sesuatu projek yang perlu disediakan oleh pemaju terdapat percanggahan antara MBPP dan MAIPP seperti yang berlaku untuk Flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas. Tanah yang disediakan oleh pemaju tidak menepati kehendak MAIPP iaitu saiz kecil.

(a). Bolehkah ditetapkan syarat MBPP tersebut mengikut nisbah MAIPP lebih praktikal?

YAB. Ketua Menteri:

12. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menggunapakai "Garis Panduan Untuk Penyediaan Kemudahan Masyarakat Di Kawasan Perumahan Baru” untuk semua pembangunan projek perumahan sejak 14 Disember 1989. Garis panduan tersebut telah menetapkan bahawa kadar keluasan bagi penyediaan Tapak Ibadat Islam (Surau) dan Tapak Ibadat Bukan Islam adalah 0.1 meter persegi per orang. Saiz bagi keluasan surau untuk projek Flat Bayu Nyaman bagi tapak surau adalah menepati garis panduan yang ditetapkan.

PlanMalaysia@Pulau Pinang (JPBD) sejak 2012 telah merangka “Draf Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Tempat Ibadat Islam Negeri Pulau Pinang” untuk diselaraskan dan diterima pakai oleh kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (MBPP dan MPSP) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Draf akhir telah disiapkan dan akan dibentangkan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kelulusan sebelum arahan pemakaian garis panduan dikeluarkan oleh PlanMalaysia@Pulau Pinang (JPBD).

Page 213: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

213

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Perumahan kos rendah bertingkat kebiasaannya akan menghadapi masalah penyelenggaraan lif yang tinggi kosnya. Flat Mutiara Perdana 2 telah membuat 5 permohonan kepada TP1M untuk memohon baik pulih dan pemasangan lif baharu tetapi sehingga kini tiada jawapan mengakibatkan rakyat menjadi mangsa.

(a). Adakah TP80PP boleh membantu jika melibatkan kos mencecah jutaan ringgit?

YAB. Ketua Menteri:

13. Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang senantiasa mementingkan kesejahteraan rakyat telah mengemukakan sebanyak 154 permohonan kepada Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia (TP1M) tetapi hanya 28 permohonan sahaja yang diluluskan kepada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kelulusan yang diberikan tersebut merangkumi permohonan sejak 2013 hingga 2015 sahaja manakala sejak tahun 2016 sehingga kini, tiada satu pun kelulusan yang diberikan di bawah TP1M untuk Negeri Pulau Pinang. Perkara ini turut dibangkitkan semasa kunjungan hormat YB. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa ke Pejabat YB. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 4 Jun 2018 yang mengutarakan cadangan penjenamaan semula TP1M kepada Tabung Penyelenggaran Harapan Malaysia (TPHM) dan penyaluran terus peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Permohonan TP1M yang masih belum diluluskan juga boleh dibuat kepada Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang (TPM80PP) di mana penyelarasan akan dibuat untuk memastikan tiada pertindihan kelulusan antara peruntukan Negeri dan Persekutuan.

(a) Tiada penetapan had kelulusan bagi setiap permohonan yang dikemukakan melalui TPM80PP. Setiap permohonan akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Penilaian TPM80PP yang dipengerusikan oleh YB. Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa untuk pertimbangan sekiranya memenuhi syarat utama seperti berikut:-

(i) Harga belian asal unit tidak melebihi RM150,000.00; dan

(ii) Permohonan adalah terhad untuk kerja-kerja penyelenggaraan harta bersama (common property) seperti pembaikan bumbung, tangki air, sistem perpaipan, penukaran atau pembaikan lif dan lain-lain kerja yang diputuskan oleh Jawatankuasa secara case by case basis.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Rangkaian internet dan telekomunikasi tanpa wayar agak tidak memuaskan, ada kawasan yang begitu sukar bagi capaian tersebut seperti di Bukit Belah, Saujana Height, Sungai Batu dan sebahagian Gertak Sanggul.

(a). Bolehkah Kerajaan Negeri pastikan kawasan tersebut tidak ketinggalan dengan arus dunia tanpa sempadan?

YAB. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai masalah rangkaian internet dan telekomunikasi tanpa wayar yang berlaku di kawasan Bukit Belah, Saujana Height, Sungai Batu dan sebahagian Gertak Sanggul. Pada ketika ini, hanya terdapat dua (2) buah struktur telekomunikasi jenis rooftop di kawasan Bukit Belah, sebuah struktur telekomunikasi jenis rooftop di kawasan Sungai Batu dan dua (2) buah menara telekomunikasi di kawasan Gertak Sanggul. Kekurangan struktur telekomunikasi dan kekangan untuk mendapatkan lokasi yang sesuai bagi pembinaan struktur telekomunikasi di kawasan-kawasan tersebut adalah disebabkan oleh kedudukan geografi yang berbukit bukau. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Syarikat PDC Telecommunications and Services (PDCTS) kini sedang dalam proses kajian untuk menaik taraf liputan struktur sedia ada atau membina struktur telekomunikasi di kawasan Bukit Belah dan Saujana Height bagi mengatasi masalah liputan yang berlaku di kawasan tersebut.

Adalah menjadi harapan dan tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam memastikan semua kawasan di Negeri Pulau Pinang tidak ketinggalan dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 selaras hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Bandar Pintar Bertaraf Antarabangsa menjelang Tahun 2025.

Page 214: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

214

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Sejauh manakah program Agenda Ekonomi Saksama (AES) dapat membantu rakyat? Sila berikan butirannya.

YAB. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri sememangnya peka dan komited dalam hal kebajikan terutamanya kepada golongan miskin dan daif. Kerajaan Negeri telah mencapai sasaran sebagai negeri pertama yang bebas daripada miskin tegar. Sasaran ini telah dicapai sejak tahun 2009 melalui pelancaran Program Pembasmian Kemiskinan Tegar yang dikenali sebagai Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) yang memberikan bantuan kewangan bulanan secara top-up kepada individu/keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita RM220.00.

Bagi memperkasakan program AES ini, mulai tahun 2016 Kerajaan Negeri telah melaksanakan bantuan kebajikan ini secara bersyarat di mana tujuan utama adalah untuk memantau keberkesanan bantuan yang diberikan dan mengubah corak tingkah laku keluarga miskin. Antara syarat-syaratnya ialah setiap warga emas dalam keluarga miskin yang menerima bantuan perlu melakukan pemeriksaan kesihatan, bayi perlu disuntik vaksin dan memastikan anak-anak bersekolah. Syarat ini diperkenalkan untuk memastikan golongan ini mementingkan kesihatan dan pendidikan anak-anak supaya tidak mewarisi kemiskinan dari setiap generasi.

Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan, anak-anak golongan miskin ini yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapikurang berkemampuan untuk membiayai pengajian ke peringkat lebih tinggi akan disyorkan untuk menyertai program Vocational Skills Employment Programme (VSEP) iaitu sebuah program yang menawarkan kursus-kursus kemahiran untuk belajar sambil bekerja dalam bidang yang diminati. Dalam program VSEP, pelajar diberi biasiswa dan juga elaun latihan vokasional.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Tenaga Kerja yang berperanan untuk membantu mencari pekerjaan yang sesuai kepada orang miskin berdasarkan kelayakan pendidikan yang diperolehi.

Kerajaan Negeri akan memohon Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula Paras Garis Kemiskinan (PGK) dan perkapita semasa yang dilihat agak kurang relevan berbanding peningkatan kos sara hidup pada ketika ini. Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan PGK daripada RM930.00 kepada RM1,500.00 per kapita, RM220.00 kepada RM400.00 selaras dengan kesan kenaikan kos sara hidup dan dan peluang pekerjaan yang semakin rendah.

Semua usaha yang telah dilakukan ini diharapkan dapat memberikan motivasi, peluang dan ruang kepada golongan miskin untuk mendapatkan peluang pekerjaan, bantuan kewangan bulanan supaya dapat meningkatkan pendapatan keluarga mereka seterusnya keluar dari paras kemiskinan serta mampu berdikari pada masa hadapan.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Sejauh manakah keberkesanan Program Titian Saksama Rakyat (PTSR)?

(a). Berikan perangkaan terkini. Sebaiknya PTSR ini dijenamakan dengan bahasa yang mudah difahami oleh orang awam seperti Program Bantuan Usahawan atau Tabung Amanah Usahawan Terpilih (TAUT).

YAB. Ketua Menteri:

16. Program Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang yang bermula sejak tahun 2009 adalah satu program yang berkesan dalam menyalurkan modal tambahan kepada usahawan dan anak muda Negeri Pulau Pinang.

Pinjaman mikrokredit yang disalurkan melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tanpa sebarang cagaran dan penjamin dengan jumlah pinjaman antara RM2,000.00 hingga RM25,000.00 kepada pemohon berumur 18 hingga 60 tahun menetapkan tempoh bayaran balik antara 2 hingga 3 tahun. Walau bagaimanapun, kemudahan pinjaman ini dihadkan kepada usahawan yang telah berniaga melebihi 6 bulan sahaja. Sehingga Jun 2018, sejumlah RM14.77 juta telah diagihkan kepada 2,974 orang usahawan. Ini menunjukkan keberkesanan PTSR.

(a) Data perangkaan terkini Skim Pinjaman Harapan (SPH) adalah seperti di Lampiran A. PTSR telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai (SPH) Negeri Pulau Pinang mulai pada 6 April 2018.

RUJ. LAMPIRAN A (BAMA NO. 16)

Page 215: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

215

XVI. Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Pusat berura-ura untuk memansuhkan bantuan sara hidup kepada nelayan dan subsidi petani.

(a). Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu nelayan dan petani jika ini berlaku?

(b). Apakah program yang dirancang untuk meningkatkan pendapatan petani & nelayan di Negeri Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

1. Sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang makluman atau arahan mengenai pemansuhan subsidi kepada petani dan nelayan.

(a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan terus membantu petani dan nelayan melalui pelbagai program dan pembangunan dalam bentuk pemberian insentif serta perkhidmatan mengembangkan aktiviti pertanian dan perikanan.

(b) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri sentiasa memberi penekanan terhadap peningkatan hasil pengeluaran dan kualiti produk pertanian dengan penggunaan teknologi pertanian moden dan melalui penyampaian perkhidmatan pengembangan pertanian. Buat masa kini, pihak Jabatan Pertanian Negeri sedang berusaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi daripada 5.8 metrik tan per hektar kepada 7.0 metrik tan per hektar dalam tempoh dua tahun akan datang. Selain itu, bagi tanaman selain tanaman padi iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran, peningkatan sebanyak 10% disasarkan bagi setiap tahun. Peningkatan hasil pengeluaran padi, buah-buahan dan sayur-sayuran secara langsung akan meningkatkan pendapatan petani.

Untuk meningkatkan pendapatan nelayan pula, Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai bantuan untuk membela nasib nelayan di Negeri Pulau Pinang. Antara bantuan yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-

(i) Bantuan touch point berupa peralatan keselamatan nelayan;

(ii) Program Agroprenuer Muda bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rangkaian nilai industri pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agro pelancongan;

(iii) Program Tabung Usahawan Tani yang memberikan kepada para pengusaha terutamanya golongan muda dan belia berumur 40 tahun ke bawah untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan;

(iv) Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP) dan Geran Penuh Industri Asas Tani (IAT) bagi membantu pengusaha kecil dalam mempertingkatkan produk keluaran syarikat masing-masing, untuk membesarkan perniagaan, pembelian mesin dan sebagainya;

(v) Melaksanakan Program Tukun Tiruan bertujuan untuk menambah tempat pembiakan ikan yang secara langsung akan meningkatkan sumber perikanan terutama di kawasan pesisiran pantai di Pulau Pinang; dan

(vi) Melaksanakan Program Bantuan Pukat bagi Nelayan Pesisir Pantai Pulau Pinang sejak tahun 2013 di mana sehingga kini, sebanyak 8 siri bantuan telah diadakan.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga dalam perancangan untuk menganjurkan program-program promosi industri asas tani yang bertujuan membantu meningkatkan ekonomi golongan petani, penternak dan nelayan. Antara program-program yang sedang dirancang adalah seperti berikut:

(i) Program Seberang Perai Fiesta 2018 yang merupakan acara tahunan bakal menghimpunkan usahawan-usahawan industri asas tani yang secara tidak langsung meningkatkan jualan produk-produk pertanian, penternakan dan perikanan; dan

Page 216: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

216

(ii) Penyertaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Pengwujudan Pusat Siber Café dan Permainan Video Di Sungai Dua.

(a). Berapakah jumlah pusat berkenaan dalam KADUN Sungai Dua? Senaraikan nama premis dan alamat.

(b). Adakah pusat-pusat tersebut diberikan lesen?

(c). Adakah ada pemantauan di setiap premis memandangkan ramai pelajar sekolah sering ponteng dan berada di premis berkenaan?

YAB. Ketua Menteri:

2. (a) Hasil pemantauan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) terdapat hanya sebuah sahaja Pusat Siber Cafe di kawasan DUN Sungai Dua yang beralamat Citynet Internet Cafe, No. 8, TIngkat 1, Lorong Perniagaan 2, Pusat Perniagaan Sungai Dua, 13800 Sungai Dua, Pulau Pinang manakala tiada pusat permainan video didapati beroperasi di kawasan DUN tersebut.

(b) Permis ini didapati menjalankan operasi tanpa mempunyai lesen perniagaan yang sah. Untuk itu, tindakan pemeriksaan dan saman telah diambil dan amaran diberikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya perniagaan tersebut dijalankan selepas memperolehi lesen.

(c) Pihak MPSP dan PDRM bersama-sama dengan Pegawai Perhubungan Sekolah sering melakukan pemantauan secara berkala bagi memantau kegiatan pelajar-pelajar sekolah dalam kegiatan tidak sihat yang melibatkan premis tersebut. Selain itu, berdasarkan rekod tindakan yang telah diambil oleh pihak MPSP dibawah Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen 1980, sebanyak dua (2) kompaun telah dikenakan terhadap premis tersebut.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Sumbangan khas bencana alam/ kebakaran.

(a). Sila senaraikan jumlah penerima sumbangan khas bencana alam seperti banjir/ ribut/ kebakaran dalam KADUN Sungai Dua sepanjang tahun 2017 dan 2018.

(b). Berapakah jumlah sumbangan yang diterima setiap mangsa & apakah bentuk sumbangan tersebut?

(c). Agensi manakah yang dilantik untuk melaksanakan pemberian sumbangan tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

3. (a) Senarai jumlah penerima sumbangan khas bencana alam dalam KADUN Sungai Dua bagi tahun 2017 dan 2018 adalah seperti berikut:

TAHUN 2018

BIL KES JUMLAH ISI RUMAH

1 Kebakaran 3

2 Ribut 52

Page 217: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

217

TAHUN 2017

BIL KES JUMLAH ISI RUMAH

1 Kebakaran 3

2 Banjir - September 2017 83

3 Banjir - November 2017 3512

(b) Ringkasan jumlah sumbangan yang diterima oleh setiap mangsa adalah seperti berikut:

TAHUN 2018

BIL KES JUMLAH ISI RUMAH BANTUAN (RM)

1 Kebakaran 3 2,500.00

2 Ribut 52 14,600.00

TAHUN 2017

BIL KES JUMLAH

ISI RUMAH BANTUAN (RM)

1 Kebakaran 3 10,500.00

2 Banjir - September 2017 83 x RM400.00 33,200.00

3 Banjir - November 2017 3512 x RM700.00 2,458,400.00

Bentuk sumbangan adalah secara tunai. Bantuan awal adalah dibayar oleh Pejabat Daerah kepada mangsa-mangsa tidak melebihi RM1,000.00 bagi satu-satu keluarga dan baki daripada 10% daripada jumlah kerugian dibayar oleh Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) melalui bantuan Tabung Tuan Yang Terutama (T.Y.T). Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada had maksima RM5,000.00.

(c) Pejabat Daerah dan Tanah yang dilantik untuk melaksanakan pemberian sumbangan tersebut.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Apakah tugas penyelaras KADUN bagi KADUN Sg Dua? Senaraikan.

(a). Mengapa penyelaras KADUN jarang berada di pejabat penyelaras bagi memudahkan masyarakat mendapat perkhidmatan/maklumat yang disalur oleh Kerajaan Negeri?

YAB. Ketua Menteri:

4. Pelantikan Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga kepentingan rakyat dan KADUN yang diwakili pembangkang. Oleh itu, PPK adalah wakil Kerajaan Negeri bagi KADUN pembangkang yang bertanggungjawab antara lain untuk:

(i) Memastikan bagi pelaksanaan projek dalam KADUN, pematuhan kepada Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bil. 3 Tahun 2010 berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan Projek-Projek Di Bawah Maksud Pembangunan P.16 (02) bagi Pelaksanaan Projek Fizikal dan P.16 (03) Projek-Projek Khas /Latihan Khas/Bekalan dilaksanakan dengan sewajarnya.

(ii) Menghadiri Majlis – Majlis Rasmi anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkumi anjuran Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan.

(iii) Menganjurkan program-program kemasyarakatan bagi setiap pecahan kategori program seperti berikut :

Page 218: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

218

• Program Pembangunan Kemahiran ;

• Program Pembangunan Ekonomi / Perusahaan Kecil / Pembangunan Desa ;

• Program Pembangunan Belia / Wanita / Sukan dan Rekreasi ;

• Program Kebajikan Perpaduan / Keharmonian Kaum ; dan

• Program Kebersihan dan Kesihatan.

(iv) Melaksanakan program-program berkaitan Agenda Ekonomi Saksama (AES) / Kemiskinan dengan mendekati keluarga miskin / miskin tegar untuk diberi bantuan.

(v) Memastikan aduan yang dikemukakan oleh orang awam diambil tindakan segera.

(vi) Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah.

(vii) Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Daerah.

(viii) Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan bersama JKKK.

(ix) Setiap Laporan Perbelanjaan, Aktiviti dan Minit Mesyuarat bersama JKKK dihantar ke Pejabat Penerangan pada setiap bulan.

(x) Menghadiri mesyuarat bulanan dengan Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri mengikut ketetapan Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri.

(a) Sebagai makluman, lantikan PPK baru hanya dibuat pada 1 Jun 2018 selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 dan setakat pemantauan Kerajaan Negeri melalui Pejabat PPK mendapati ianya beroperasi seperti sediakala.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Dewan mula diambil alih oleh kepimpinan Pakatan Harapan di semua kawasan.

(a). Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan dewan diselenggara dengan baik dan digunakan sepenuhnya oleh masyarakat?

(b). Terdapat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam masyarakat, adakah NGO ini boleh sama-sama menggunakan dewan tersebut seperti belia, pakatan kampung, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), kelompok PADI dan lain-lain.

YAB. Ketua Menteri:

5. (a). Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) memainkan peranan penting sebagai perantara bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memastikan dewan diselenggara dengan baik dan digunakan sepenuhnya oleh masyarakat setempat. JKKK akan melihat keperluan pembaikan yang harus dilaksanakan bagi dewan-dewan yang berkenaan dan kemudiannya akan membuat permohonan pembaikan atau penyelenggaraan dewan kepada Pejabat Daerah dan Tanah. Seterusnya, Pejabat Daerah dan Tanah akan memohon kelulusan peruntukan penyelenggaraan daripada pihak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN).

(b). Tiada halangan bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menggunakan dewan tersebut dengan syarat mengemukakan permohonan penggunaan tersebut serta mematuhi syarat kelulusan pengurusan berkenaan sepenuhnya.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Pelancongan di Sungai Dua.

(a). Adakah Kerajaan Negeri mengenalpasti beberapa lokasi berpotensi sebagai pusat pelancongan di Sungai Dua? Jika ada senaraikan.

(b). Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan sektor perlancongan di Sungai Dua selain menjadi HUB Makanan?

(c). Agensi manakah yang bertanggungjawab membuat kaji selidik pusat pelancongan baru?

Page 219: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

219

YAB. Ketua Menteri:

6. (a). Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi sebagai pusat pelancongan di Sungai Dua iaitu Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Homestay Lahar Yooi, sekitar pesisiran Sungai Perai dan Lembah Makanan Sungai Dua.

(b). Usaha Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan sektor pelancongan di Sungai Dua selain menjadi hub makanan adalah seperti berikut:

(i) Memberi fokus kepada pelancongan eko melalui Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri sentiasa menyelenggara dan menambah baik kemudahan serta meningkatkan infrastruktur yang ada di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam;

(ii) Bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk menggalakkan lebih banyak pengusaha tempatan bergiat dalam program homestay; dan

(iii) Membangunkan infrastruktur asas bagi memudahkan akses ke lokasi pelancongan di samping menambah bilangan tanda arah bagi tempat tarikan pelancongan.

(c). Jawatankuasa MMK Pembangunan Pelancongan yang dianggotai oleh Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi-agensi Kerajaan berkaitan pelancongan seperti Penang Global Tourism, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Pulau Pinang, Jabatan Perhutanan dan Pejabat Warisan Dunia Georgetown merupakan badan induk yang bertanggungjawab untuk membuat kaji selidik pusat pelancongan baharu.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Pertubuhan belia dalam KADUN Sg Dua/Parlimen Tasek Gelugor.

(a). Senaraikan pertubuhan belia dalam Parlimen Tasek Gelugor serta alamat dan no telefon.

(b). Berapakah peruntukan tahunan Kerajaan Negeri dan Persekutuan kepada pertubuhan belia tersebut?

(c). Senaraikan pertubuhan belia yang aktif dan tidak aktif dari tahun 2015-2018.

YAB. Ketua Menteri:

7. (a) Senarai pertubuhan belia dalam Parlimen Tasek Gelugor yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan Belia adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan yang khusus kepada pertubuhan-pertubuhan belia walau bagaimanapun Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan menyediakan peruntukan untuk sumbangan kepada persatuan / pertubuhan / Kelab / Pejabat Daerah bagi melaksanakan program belia dan sukan berdasarkan permohonan yang diterima. Senarai program-program yang ditaja oleh Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan adalah seperti di Lampiran B. Manakala Kerajaan Persekutuan pula menyalurkan peruntukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Di samping itu, Kerajaan Persekutuan memberi bantuan pentadbiran kepada Majlis Belia Daerah Seberang Perai Utara (MBD) berjumlah RM20,000.00 setahun.

(c) Senarai pertubuhan belia yang aktif dan tidak aktif sejak tahun 2015 mengikut tahun adalah seperti di Lampiran C.

RUJ. LAMPIRAN A, B DAN C (BMYMN NO. 7)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Perkhidmatan Wi-Fi Percuma.

(a). Nyatakan lokasi yang menawarkan perkhidmatan Wi-Fi percuma di Pulau Pinang, senaraikan mengikut daerah.

Page 220: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

220

(b). Adakah kawasan KADUN Sg Dua mendapat perkhidmatan Wi-Fi percuma? Jika tidak, bagaimana pemilihan kawasan dibuat?

(c). Jika ada perancangan perkhidmatan ini di KADUN Sg Dua, bila ia akan dilaksanakan?

YAB. Ketua Menteri:

8. (a). Sebanyak 1,560 Access Points (APs) di 40 KADUN Negeri Pulau Pinang telah dipasang perkhidmatan Penang Free Wifi (PFW). Senarai Lokasi Penang Free Wifi Mengikut Daerah dan KADUN adalah seperti di Lampiran A.

(b). KADUN Sungai Dua juga telah mendapat perkhidmatan Wifi secara percuma. Kerajaan Negeri amat menitik beratkan perkembangan teknologi di Pulau Pinang. Ini adalah selaras dengan keputusan dasar Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Bandar Pintar bertaraf antarabangsa. Bagi ke arah itu, Kerajaan Negeri memastikan semua KADUN di seluruh negeri dibekalkan dengan kemudahan PFW. Sebanyak lapan (8) AP telah dipasang di KADUN Sungai Dua bagi memastikan penduduk di KADUN Sungai Dua menerima manfaat daripada kemudahan percuma tersebut.

(c). Perkhidmatan PFW telah dirancang sejak tahun 2009 bagi seluruh Negeri Pulau Pinang dan dilaksanakan di KADUN Sungai Dua sejak tahun 2011 lagi.

RUJ. LAMPIRAN A (BMYMN NO. 8)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. CCTV di sekitar DUN Sungai Dua.

(a). Sila senaraikan jumlah CCTV yang telah dipasang di KADUN Sungai Dua beserta lokasi CCTV tersebut.

(b). Apakah keberkesanan pemasangan CCTV kepada pihak keselamatan dan orang awam?

(c). Berapakah kos yang dibelanjakan bagi setiap pemasangan?

YAB. Ketua Menteri:

9. (a). Setakat ini, jumlah Close-Circuit Television (CCTV) yang dipasang di KADUN Sungai Dua adalah sebanyak empat (4) unit. Satu (1) unit dipasang oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) manakala tiga (3) unit lagi dipasang oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Lokasi pemasangan CCTV di KADUN Sungai Dua adalah seperti berikut:-

(i). Jalan Kampung Telok Sungai Dua; (ii). Jalan Sungai Dua; (iii). Taman Desa Murni; dan (iv). Taman Merbau Indah

(b). Pemasangan CCTV membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memantau kes-kes seperti kesalahan lalu lintas, jenayah, kesalahan meletak kenderaan di petak Orang Kurang Upaya (OKU), pemantauan aliran trafik, pembuangan sampah haram, kerosakan lampu jalan dan lain-lain.

(c). MPSP tidak mempunyai maklumat kos pemasangan bagi setiap unit CCTV. Pemasangan CCTV ini dilaksanakan secara tender terbuka bagi 130 unit untuk seluruh kawasan Seberang Perai. Jumlah kos yang terlibat bagi pemasangan CCTV adalah sebanyak RM15,874,055.00 dengan menggunakan peruntukan MPSP dan KPKT. Perincian maklumat kos perbelanjaan adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BMYMN NO. 9)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Bas awam di Sungai Dua.

(a). Sila senaraikan laluan bas awam yang terdapat dalam DUN Sungai Dua.

(b). Mengapakah laluan dikawasan Desa Murni ke Kepala Batas dibatalkan? Terangkan.

(c). Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan lain bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam di kawasan Sungai Dua yang dianaktirikan?

Page 221: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

221

YAB. Ketua Menteri:

10. (a). Laluan bas awam yang terdapat di Sungai Dua adalah seperti berikut:

No. Laluan Lokasi Bilangan Bas Kekerapan (minit)

602 Penang Sentral – Tasek Gelugor

3 35 - 45

604 Penang Sentral – Desa Murni – Kepala Batas

2 45

(b) Laluan 604A (Desa Murni - Kepala Batas) telah dibatalkan dan digantikan dengan laluan 604 (Penang Sentral – Desa Murni – Kepala Batas). Pihak Rapid Penang membuat keputusan untuk memansuhkan laluan 604A oleh kerana laluan 604 turut melalui kawasan yang sama iaitu kawasan Desa Murni dan Kepala Batas.

(c) Pada ketika ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang cadangan lain berkaitan kemudahan pengangkutan awam di kawasan Sungai Dua. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia untuk meneliti sebarang cadangan daripada pihak-pihak bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang dapat memberi manfaat kepada semua penduduk di Pulau Pinang begitu juga di kawasan Sungai Dua.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Jeti nelayan sungai KADUN Sungai Dua.

(a). Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan dan menaik taraf jeti nelayan di Air Hitam dan Kampung Chegar supaya lebih selesa?

(b). Adakah Kerajaan Negeri pernah melawat jeti-jeti berkenaan? Jika ada nyatakan tarikh dan isu berbangkit.

(c). Pernahkan bantuan diberikan kepada jeti-jeti di atas termasuk di Pengkalan Machang. Senaraikan.

YAB. Ketua Menteri:

11. (a) Setakat ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai rancangan untuk membangunkan dan menaik taraf jeti-jeti nelayan di Air Hitam dan Kampung Chegar. Segala rancangan naik taraf jeti-jeti nelayan perlu diteliti, dibincangkan bersama semua pihak terlibat dan dikaji dari pelbagai faktor terutamanya melibatkan implikasi kewangan Kerajaan Negeri.

(b) Sehingga hari ini tiada lagi perancangan dari Kerajaan Negeri khusus untuk tujuan yang tersebut

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Pokok nipah telah menjadi sumber rezeki penduduk di Sungai Dua (rokok daun). Pucuk pokok nipah telah diambil sewenang-wenangnya.

(a). Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam mengawal kerja-kerja pengambilan pucuk nipah dan merosakkan pokok nipah?

(b). Apakah perlu ada pihak tertentu untuk mengawal kerja-kerja pengambilan ini?

YAB. Ketua Menteri:

12. Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313], seksyen 15(2) memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500.00 dan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu (1) tahun tetapi tidak melebihi dua (2) tahun. Manakala menurut Kaedah-Kaedah Hutan Pulau Pinang 1997, pucuk nipah disenaraikan sebagai Hasil Hutan Kecil. Oleh itu, jika seseorang ingin mendapatkan pucuk pokok nipah (Hasil Hutan Kecil) samada di dalam hutan simpan kekal atau di dalam tanah Kerajaan, perlu mendapatkan lesen kecil yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) terlebih dahulu. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM0.50 bagi setiap 1,000 helai daun.

Page 222: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

222

Sehingga kini, JPNPP belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak atau individu untuk mendapatkan lesen kecil bagi mengambil daun nipah dari mana-mana tanah Kerajaan atau hutan simpanan kekal di Negeri Pulau Pinang. JPNPP juga tidak menerima sebarang bentuk aduan mengenai pengambilan pucuk pokok nipah di kawasan Sungai Dua tanpa kebenaran kerana ianya dijalankan secara kecil-kecilan oleh penduduk kampung.

(a) Langkah-langkah yang diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam mengawal aktiviti pengambilan pucuk dan merosakkan pokok nipah tanpa kebenaran adalah melalui penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta 313 di mana pokok nipah adalah termasuk di dalam senarai hasil hutan yang dilindungi di bawah akta ini.

Berdasarkan Akta 313, Seksyen 15(1) tiada seorang pun boleh mengambil apa-apa hasil hutan dari hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan kecuali-

(i) di bawah kuasa suatu lesen, lesen kecil atau permit penggunaan; atau

(ii) mengikut mana-mana undang-undang bertulis lain.

(b) Pada masa ini, kawalan terhadap pengambilan pucuk nipah di dalam kawasan hutan simpan dan tanah Kerajaan dikawal selia oleh JPNPP melalui punca kuasa di bawah Akta 313 dan Kaedah-Kaedah Hutan Pulau Pinang 1997. Kawalan pengambilan pucuk nipah yang dilaksanakan JPNPP adalah bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang serius, menjamin kelangsungan spesies dan memastikan sumber pokok nipah dapat memberi manfaat kepada rakyat secara lestari.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Kerajaan Pakatan Harapan menjanjikan 75,361 unit rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan mampu milik akan siap dibina hingga tahun 2015.

(a). Sila berikan pecahan rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik mengikut tahun hingga 2025 (7 tahun).

(b). Berikan pecahan pembangunan oleh syarikat swasta, GLC dan Kerajaan Negeri.

YAB. Ketua Menteri:

13. Kerajaan Negeri komited dalam memastikan agenda ‘1 keluarga 1 rumah’ tercapai. Komitmen menyediakan 75,361 unit rumah semenjak Kerajaan Pakatan Harapan menerajui pentadbiran Negeri Pulau Pinang mencukupi jumlah Rumah Mampu Milik (RMM) siap dibina, sedang dalam pembinaan dan perancangan sehingga tahun 2025. Perkara ini turut dinyatakan di dalam manifesto 100 hari Perumahan Untuk Semua.

(a) Sejak 2008 hingga kini, sebanyak 28,195 unit Rumah Mampu Milik A, B dan C telah siap dibina dan memperolehi Sijil Layak Menduduki / Perakuan Siap dan Pematuhan (OC/CC). Manakala sebanyak 22,065 unit Rumah Mampu Milik A, B dan C sedang dalam pembinaan dan 32,212 unit Rumah Mampu Milik A, B dan C pula telah mendapat Kebenaran Merancang atau dalam perancangan Kerajaan Negeri juga syarikat berkaitan Kerajaan Goverment Link Company (GLC). Jumlah keseluruhan Rumah Mampu Milik ini berjumlah 82,472 dan melepasi angka manifesto 75,361. Kerajaan Negeri juga akan lebih giat berusaha menyelaras pembinaan Rumah Mampu Milik Kerajaan Persekutuan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mahupun syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) demi rakyat Pulau Pinang. Pecahan RMM A, B dan C sejak 2008 hingga 2025 adalah seperti Lampiran A.

(b) Jumlah unit Rumah Mampu Milik terbesar disumbangkan oleh pemaju swasta sebanyak 42,544, manakala Kerajaan Negeri sebanyak 30,539 unit dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) sebanyak 9,389 unit seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BMYMN NO. 13)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. (a) Berapakah jumlah penghuni rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang diperintah mengosongkan premis bagi semua rumah PPR? Atas alasan apa arahan ini dikeluarkan?

(b) Berapakah jumlah rumah PPR yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri daripada 2008-2017?

Page 223: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

223

(c) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membina rumah PPR bagi kemudahan penduduk berpendapatan rendah?

YAB. Ketua Menteri: 14. (a) Jumlah bilangan unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dikeluarkan arahan

pengosongan unit daripada bulan Januari 2016 sehingga Julai 2018 berjumlah 326 penghuni dengan pecahan seperti berikut:

Bil Nama PPR Jumlah unit 2016 2017 2018

1. Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin 316 57 47 1

2. Taman Bagan Jaya, Jalan Thamby Kechil

382 0 195 26

JUMLAH 698 57 242 27

Arahan pengosongan unit dikeluarkan oleh Bahagian Perumahan adalah berdasarkan faktor seperti berikut: (i) Tunggakan yang tinggi;

(ii) Menyewakecil/sublet kepada orang ketiga;

(iii) Tidak menduduki/meninggalkan unit yang diperuntukkan kepada mereka;

(iv) Tidak hadir temuduga semula/menandatangani perjanjian penyewaan yang baharu dengan Kerajaan Negeri; dan

(v) Hilang kelayakan berdasarkan syarat-syarat penghunian PPR.

(b) Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan dua (2) buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang kesemuanya berjumlah 698 unit seperti berikut. Kedua-dua PPR ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan diatas tanah milik Negeri:

Bil. Daerah Nama PPR Bil. unit

1. Timur Laut Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin

316

2. Sbrg. Perai Utara Taman Bagan Jaya, Jalan Thamby Kechil

382

(c) Pelaksanaan projek PPR merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Justeru, Kerajaan Negeri telah mengesyorkan cadangan tapak pembinaan PPR di Lot 10042, Lot 10043 dan sebahagian Petak A di Seksyen 11, Bandar Jelutong berhampiran Loji Rawatan Kumbahan Jelutong kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengkaji kemungkinan membina PPR di Daerah Barat Daya di salah satu lokasi berikut :

(i) Sebidang tanah di Jalan Mayang Pasir berhampiran Lot 8471 , Mukim 12 seluas 7.82 ekar milik Kerajaan Negeri; dan

(ii) Lot 705, Mukim 6 Daerah Barat Daya di Jalan Chai, Titi Teras berdekatan PBA Balik Pulau seluas 4.83 ekar milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. (a) Apakah Kerajaan Negeri ada memperkenalkan usaha menjaga alam sekitar dan kehijauan Pulau Pinang sejak 2008 hingga kini? Senaraikan program dan kempen yang dijalankan.

(b) Huraikan keberkesanan usaha tersebut serta penambahbaikan yang dibuat serta jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan?

YAB. Ketua Menteri:

15. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memperkenalkan dasar Cleaner, Greener, Safer, Healthier & Happier Penang telah berjaya menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bersih, mempunyai alam sekitar yang hijau dan mampan, selamat untuk didiami dan mempunyai masyarakat serta persekitaran yang sihat. Berteraskan kepada dasar ini, pelbagai kempen dan program dilaksanakan demi memelihara, memulih serta

Page 224: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

224

mempertahankan alam sekitar dan kehijauan Negeri Pulau Pinang. Di antara program utama yang dilaksanakan bagi tujuan tersebut ialah Program Pengurusan Hutan Secara Lestari dan Program Penanaman Pokok dan Pengindahan Landskap Negeri. Melalui program-program ini, beberapa aktiviti serta kempen dilaksanakan, di antaranya:

(i) Menanam pokok di kawasan lapang tanah kerajaan dan tersorot termasuk kawasan bukit di dalam hutan simpanan kekal;

(ii) Menanam pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai sebagai penahan hakisan serta impak tsunami;

(iii) Menyelenggara pokok-pokok landskap sedia ada;

(iv) Mengindahkan landskap bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau; dan

(v) Memulihara pokok-pokok warisan di sekitar bandar sebagai inisiatif mengurangkan suhu di dalam kawasan bandar dan boleh mengurangkan kadar karbon dalam bandar.

(b) Secara amnya, program-program yang dinyatakan berjaya memberikan kesan ketara yang sangat positif terhadap kehijauan dan kualiti alam sekitar di Pulau Pinang. Umpamanya, Program Pengurusan Hutan Secara Lestari yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah mencapai sasaran di mana kehijauan serta sumber biodiversiti hutan terus terpelihara berdasarkan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan. Sejak Program Penanaman Pokok dilancarkan, bagi tempoh 2008 sehingga Jun 2018, sebanyak 321,389 pokok telah ditanam di seluruh Negeri Pulau Pinang. Program ini berjaya memperkayakan sumber biodiversiti hutan yang bernilai komersial agar ianya dapat digunakan secara berterusan untuk kepentingan generasi masa hadapan. Selain itu,Pocket Park yang diwujudkan di sekitar bandar dengan landskap yang menarik bagi tujuan rekreasi orang ramai dapat memberi pandangan yang lebih hijau dan nyaman di samping dapat menstabilkan kesan karbon di udara.

Sebagai langkah penambahbaikan pula, Kerajaan Negeri melaksanakan lima (5) komponen berasaskan kepada prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan, iaitu:

(i) Mewujudkan persempadanan sumber hutan secara lestari;

(ii) Memelihara dan melindungi sumber-sumber biodiversiti;

(iii) Mendidik dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai kepentingan hutan;

(iv) Membangunkan hutan melalui penjenamaannya sebagai kawasan eko-pelancongan; dan

(v) Menaik taraf infrastruktur bagi memudahcara urus tadbir hutan-hutan negeri.

Kesimpulannya, selain langkah-langkah penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, program seumpama ini turut mendapat penyertaan meluas dari pihak swasta melalui Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Pelaksanaan program-program yang dinyatakan dari tahun 2008 hingga 2018 melibatkan perbelanjaan berjumlah RM23.62 juta daripada peruntukan Pembangunan Negeri yang disalurkan kepada JPNPP

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. (a) Berapa banyakkah peruntukan yang telah Kerajaan Negeri salurkan untuk pembangunan belia dan wanita melalui PWDC dan PYDC bagi tahun 2013-2017?

(b) Senaraikan program-program yang telah dilaksanakan oleh PWDC dan PYDC sepanjang tempoh 2013 hingga 2017 dan kesan program tersebut kepada wanita dan belia.

YAB. Ketua Menteri:

16. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sejumlah RM6,375,000.00 juta untuk Penang Women’s Development Corporation (PWDC) dan RM3,575,540.00 kepada Penang Youth Development Corporation (PYDC) dari tahun 2013 hingga 2017.

(b) PWDC mempunyai tiga program teras untuk mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan iaitu Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB), Pemerkasaan

Page 225: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

225

dan Kepimpinan Wanita atau Women Empowerment and Leadership (WEL), dan Pemerkasaan Ekonomi Wanita atau Women Economic Empowerment (WEE). Manakala PYDC pula memfokuskan kepada tiga sektor utama iaitu Pendidikan dan Kerjaya, Kepimpinan dan Bakat, Kesedaran Sivik dan Demokrasi. Perincian program yang telah dilaksanakan serta kesan/impak program adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BMYMN NO. 16)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. (a) Sila senaraikan pecahan projek perumahan yang telah diluluskan pelan merancang oleh pihak MPSP bagi projek di Tanah Ladang Malakoff, Tasek Gelugor oleh pemaju SP Setia

(b) Adakah pembangunan projek mengambil kira jumlah rumah kos rendah dan kos sederhana rendah bagi memenuhi permintaan rumah tersebut yang agak banyak?

YAB. Ketua Menteri:

17. Cadangan pemajuan perumahan di tanah Ladang Malakoff, Tasek Gelugor oleh SP Setia masih belum diberi kebenaran merancang oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Sepertimana lain-lain pemajuan perumahan yang lain, MPSP akan mengenakan syarat penyediaan Rumah Mampu Milik A atau B atau kombinasi keduanya. Dasar Penyediaan Rumah Kos Rendah / Rumah Sederhana Rendah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menetapkan setiap pemajuan yang melebihi 99 unit di kawasan bandar dan 149 unit di kawasan luar bandar untuk membina sebanyak 30% RMM A atau B atau kombinasi 20% RMM A dan 20% RMM B.

Keberkesanan pelaksanaan dasar ini dapat dilihat melalui tempoh menunggu Rumah Mampu Milik A dan B bagi Daerah Seberang Perai Utara bagi kaum Melayu adalah tahun 2012 manakala kaum Cina & lain-lain dan India telah mencapai tahun semasa.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Projek Perumahan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd.

(a). Apakah kedudukan permohonan pelan merancang oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd yang telah dipohon?

(b). Bagaimana kedudukan agensi dan anak syarikat ini dalam Kerajaan Negeri?

YAB. Ketua Menteri:

18. (a) Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2018 pada 29 Jun 2018 telah memperakukan semua permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang dimohon oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), JKP Sdn. Bhd. dan UDA untuk dipertimbangkan di peringkat Jawatankuasa Pusat Setempat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Perakuan ini juga terpakai kepada permohonan-permohonan yang sedang dalam pertimbangan Jawatankuasa Pusat Setempat PBT.

(b) PERDA dan JKP adalah merupakan agensi di bawah Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Unified Examination Certificate (UEC);

(a). Apakah pendirian Kerajaan Negeri berkaitan dengan pengiktirafan sijil UEC bagi mengantikan sijil SPM/STPM untuk sekolah-sekolah swasta Cina.

(b). Apakah Kerajaan Negeri akan mengiktiraf sijil ini di guna pakai untuk sebarang urusan memohon pekerjaan dan kemasukan ke IPTA/IPTS di Negeri Pulau Pinang.

YAB. Ketua Menteri:

19. (a) Pakatan Harapan dalam manifesto Pilihanraya Umum Ke-14 berjanji untuk mengiktiraf sijil Unified Examinations Certificate (UEC) sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) dengan syarat pemohon memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mengambil apa-apa tindakan dan sedang menunggu keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang masih dalam proses kajian berhubung pengiktirafan UEC sebelum membuat sebarang keputusan. Kerajaan

Page 226: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

226

Negeri berharap keputusan yang akan dibuat nanti akan bersifat menyeluruh dengan mengambil kira isu kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebarang impak keputusan itu terhadap perpaduan dan keharmonian rakyat.

(b) Pelantikan kesemua jawatan tetap di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Oleh kerana SPA tidak mengiktiraf kelayakan UEC, setakat ini tiada penjawat awam yang dilantik dengan kelulusan tersebut. Begitu juga dengan pelantikan pegawai di Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kelulusan UEC hanya boleh dipakai bagi pelantikan kontrak yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri termasuk anak syarikat Kerajaan Negeri selaras dengan pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri.

Bagi kemasukan ke IPTA/IPTS di negeri Pulau Pinang menggunakan sijil UEC, ianya tertakluk kepada keputusan KPM dan syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

(a). Mengapa pinjaman pendidikan Kerajaan Negeri tidak dimansuhkan seperti mana pihak Pakatan Harapan akan laksanakan ke atas PTPTN?

(b). Mohon disenaraikan secara terperinci jumlah pinjaman yang tertunggak dan pecahan mengikut kaum.

YAB. Ketua Menteri:

20. (a) Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan sejak tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran di Pulau Pinang. Ianya dikelolakan oleh Lembaga Pemegang Amanah Tabung Biasiswa dan Pinjaman (LEMBAGA) yang terdiri dari Y.A.B. Ketua Menteri yang bertindak sebagai Pengerusi Lembaga dan ahli lain seperti YB. Timbalan Ketua Menteri, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah Pelajaran Negeri atau wakilnya dan 4 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Pinjaman Pendidikan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sama seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang jumlah pinjaman lebih tinggi dan tempoh pembayarannya yang agak lama. Pinjaman Penuntut Negeri pada kebiasaannya dimohon oleh pelajar apabila permohonan biasiswa dan pinjaman lain termasuk pinjaman PTPTN tidak diluluskan.

Berbeza dengan PTPTN, sumber kewangan tabung ini adalah dari hasil kewangan negeri yang berjumlah RM500,000.00 setiap tahun. Peruntukan ini disalurkan melalui Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang selain kutipan bayaran balik dari peminjam.

Selain daripada itu, peminjam hanya perlu membayar semula pinjaman secara ansuran selama 60 bulan selepas 6 bulan tamat pengajian. Kadar faedah kutipan balik pinjaman adalah bersamaan dengan 1% bagi tempoh 5 tahun tempoh bayaran balik untuk keseluruhan pinjaman. Pengiraan adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang dipinjam. Walau bagaimanapun, sebagai menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar pengajian peringkat ijazah dan sarjana daripada Institut Pengajian Tinggi Awam IPTA yang mendapat Cumulative Grade point average CGPA 3.67 ke atas, status pinjaman yang diberikan akan ditukar kepada biasiswa. Pelajar-pelajar bagi peringkat ijazah dan sarjana daripada IPTA dan Institut Pengajian Tinggi Swasta IPTS yang mendapat CGPA 3.50 hingga 3.66 pula layak diberikan diskaun 50% dengan syarat peminjam perlu menjelaskan separuh daripada pinjaman terlebih dahulu.

Setakat ini, Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk memansuhkan Pinjaman Penuntut ini memandangkan ianya merupakan satu bentuk bantuan yang masih diperlukan warga Negeri Pulau Pinang dan pinjaman ini mempunyai kelonggarannya yang tersendiri kepada pemohonnya.

(b) Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun 2018, jumlah tunggakan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebanyakRM6,443,755.94.

Page 227: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

227

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD);

(a). Berapakah kes HFMD yang berlaku di Negeri Pulau Pinang hingga kini?

(b). Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini dan mencegah ia dari merebak dengan lebih serius?

(c). Adakah perlu tadika/ taska/ pra sekolah dan lain-lain mengambil tindakan tutup untuk sementara?

YAB. Ketua Menteri: 21. (a) Sehingga 16 Julai 2018, Negeri Pulau Pinang telah merekodkan sejumlah 1,955 kes Hand,

Foot and Mouth Disease (HFMD).

(b) Bagi mencegah HMFD merebak dengan lebih serius, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(i) Siasatan dijalankan ke atas kes-kes yang dilaporkan terutamanya melibatkan premis yang mempunyai penghuni yang ramai;

(ii) Pemeriksaan kanak-kanak yang terdedah (pengesanan kes secara aktif) bagi memastikan mereka bebas daripada tanda-tanda dan gejala penyakit;

(iii) Pengeluaran arahan penutupan premis di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk kerja-kerja pembersihan premis bagi memutuskan rangkaian jangkitan HFMD;

(iv) Mengadakan lawatan ke semua taska/ tadika dan pusat jagaan bagi tujuan pemeriksaan tahap kebersihan dan keselamatan premis serta meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit HFMD di kalangan pengusaha taska/ tadika dan pusat jagaan;

(v) Pengamal perubatan digesa agar lebih peka (vigilant) terhadap peningkatan kes-kes HFMD dan melaporkan semua kes yang disyaki/ didiagnos sebagai HFMD kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk tindakan kawalan dan pencegahan;

(vi) Pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit HFMD di kalangan pengusaha taska, tadika dan pusat jagaan; dan

(vii) Ceramah berkenaan HMFD di Mutiara FM telah dibuat pada 9 Julai 2018 dan ulang siar secara berkala telah dan sedang dijalankan oleh Mutiara FM.

(c) Tindakan tutup premis adalah perlu di tempat di mana berlakunya kluster HFMD serta pengesanan kes secara aktif bagi kanak-kanak yang terdedah untuk tujuan pembersihan premis bagi memutuskan rangkaian jangkitan HFMD.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Isu Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender;

(a). Berapa banyakkah kes ‘GAY’ atau pondan yang ditangkap dan diambil tindakan dan penguatkuasaan oleh JHEAIPP bagi tahun 2013 hingga 2018?

(b). Apakah pendirian JHEAIPP / MAIPP berkaitan isu LGBT dari segi pencegahan, tindakan undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang?

YAB. Ketua Menteri:

22. Sejumlah 22 kes berkaitan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) yang telah diambil tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bagi tempoh 2013 hingga 2018.

(a). JHEAIPP berpandangan bahawa isu LGBT ini perlu ditangani secara serius melalui tindakan yang tegas dan berhikmah.

Dari aspek tindakan dan penguatkuasaan undang-undang, perlakuan yang berkaitan dengan LGBT adalah merupakan suatu jenayah dan pelakunya boleh dikenakan tindakan

Page 228: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

228

punitif berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 yang membawa hukuman denda dan/atau penjara.

Manakala dari aspek pencegahan pula, JHEAIPP mengambil pendekatan secara dakwah, seperti mana sasaran dakwah yang lain, pelaku LGBT juga perlu didekati secara berhikmah. Beberapa siri program bersama JAKIM dan NGO dianjurkan pada setiap tahun bagi mendapat kefahaman lebih jelas berkaitan isu LGBT. Antara usaha yang dilaksanakan adalah dengan mengadakan program turun padang bagi mendekati pelaku LGBT serta mengetengahkan pelaku LGBT yang telah berhijrah untuk berkongsi pengalaman dengan masyarakat. Di samping itu, isu berkaitan LGBT turut diselitkan di dalam khutbah jumaat bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Isu ajaran sesat.

(a). Terdapat kumpulan Ajaran Syiah di Pulau Pinang. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak MAINPP dan JHEAIPP dalam menyelesaikan isu ini sepanjang tahun 2008-2018.

(b). Apakah pandangan dan komen MAINPP dan JAIPP berkaitan perkara yang berlaku atas Ajaran Ahmediyah/Qadiyaniah di Negeri Selangor baru ini? (Mahkamah membebaskan pengikut ajaran ini)

YAB. Ketua Menteri: 23. (a) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) secara berterusan melakukan

siasatan terhadap sebarang aduan mengenai aktiviti ajaran Syiah. Sekiranya terdapat bukti jelas, tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terlibat dengan ajaran Syiah di Negeri Pulau Pinang. Siasatan dan tindakan lebih tertumpu kepada penglibatan individu dan kelompok yang kecil. Bagi membendung ajaran ini dari tersebar, pihak JHEAIPP sentiasa melaksanakan tindakan kolaborasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan maklumat terkini. Selain itu, kolaborasi bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut diadakan bagi menyekat bahan-bahan penerbitan dan cetakan berkaitan ajaran Syiah dari terus tersebar luas di negeri ini. Tindakan-tindakan yang diambil adalah berdasarkan kepada Fatwa Ajaran Syiah yang telah diwartakan di Negeri Pulau Pinang pada 27 Mac 2014.

(b) Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2017 yang bersidang pada 18 dan 19 April 2017 telah membincangkan mengenai Ajaran Qadiani/Ahmadiah. Mesyuarat memutuskan bahawa Ajaran Qadiani/Ahmadiah adalah sesat dan terkeluar daripada ajaran Islam dan masih dalam peringkat pewartaan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Kerja tambakan laut di selatan Pulau Pinang.

(a). Apakah kedudukan terkini kerja-kerja penambakan laut di selatan Pulau Pinang, di peringkat manakah projek ini sekarang?

(b). Adakah kelulusan DEIA telah diperolehi dan disokong serta adakah ia sesuai dilaksanakan?

YAB. Ketua Menteri:

24. (a) Projek tiga (3) buah pulau tambakan laut di Selatan Pulau Pinang masih belum bermula secara fizikal dan sehingga mendapat kelulusan Laporan Kajian Impak Alam Sekitar [jadual kedua] (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pada ketika ini, Laporan EIA telah dikemukakan kepada pihak JAS pada 28 April 2017.

(b) Kelulusan EIA bagi projek ini masih belum diperolehi. Kerajaan Negeri pada ketika ini sedang memenuhi kesemua keperluan yang digariskan oleh pihak JAS sebelum EIA diluluskan. Maklum balas terakhir yang dipohon oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah berkaitan maklum balas orang awam semasa Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) ini dipamerkan dari 24 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017 yang lalu. Maklum balas ini telah dikemukakan kepada pihak JAS pada 15 Ogos 2017.

Untuk mendapatkan kelulusan EIA ini, pihak JAS telah mensyaratkan kelulusan bersama Laporan Impak Sosial (SIA), Laporan Kajian Hidraulik, Laporan Impak Perikanan (FIA),

Page 229: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

229

Laporan Impak Trafik (TIA) dan Marine Traffic Risk Assessment (MTRA). Setakat ini, pihak Kerajaan Negeri telah berjaya memperolehi dua (2) kelulusan iaitu Laporan Kajian Impak Hidraulik dan laporan Marine Traffic Risk Assessment. Maklumat terperinci bagi status laporan-laporan yang telah dikemukakan adalah seperti berikut:

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Dasar Kerajaan Negeri adalah tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008 kecuali jika ia mengganggu orang awam dan aliran trafik.

(a). Bilakah dasar ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri?

(b). Bolehkah Ketua Menteri memberikan cabutan minit mesyuarat yang meluluskan dasar tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

25. (a) Merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan berkenaan "dasar" Kerajaan Negeri yang tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008 kecuali jika mengganggu orang awam dan aliran trafik, perkara tersebut tidak pernah dijadikan dasar Kerajaan Negeri.

Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri memandang serius kewujudan binaan-binaan haram yang beroperasi secara tidak sah.

Sebagai makluman, apabila sesuatu struktur/bangunan tanpa kebenaran dikesan di atas tanah persendirian, notis-notis di bawah Akta Jalan Dan Parit Bangunan 1974 akan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan kepada pemilik bangunan / pemunya tanah sebelum tindakan perobohan dan perampasan diambil.

Bagi bangunan/struktur rumah ibadat, notis-notis dibawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 akan juga dikeluarkan dan akan merujuk kepada Jawatankuasa Rumah-rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) untuk pertimbangan sebelum sebarang tindakan sumari diambil.

Bagi struktur gerai-gerai/penjaja, kedudukan struktur-struktur tanpa kebenaran di atas tepi jalan dan rezab akan dirujuk kepada Pentadbir Tanah Daerah (PTD) untuk mengambil tindakan di bawah Akta Kanun Tanah Negara.

(b) Oleh kerana ia bukan dasar Kerajaan Negeri, maka tiada cabutan minit mesyuarat mengenai perkara tersebut.

Bil. Perkara Status terkini

1 Laporan Impak Sosial (SIA)

Dikemukakan semula pada 23 Mei 2018 (dalam proses penilaian)

2 Laporan Kajian Hidraulik

Telah mendapat kelulusan bersyarat daripada JPS (Zon Pantai) pada 18 Julai 2017

3 Laporan Impak Perikanan (FIA)

Dikemukakan semula pada 28 Mei 2018 (dalam proses penilaian)

4 Laporan Impak Trafik (TIA)

Dikemukakan kepada JKR pada 11 Jun 2018 (dalam proses penilaian)

5 Marine Traffic Risk Assessment (MTRA)

Telah mendapat kelulusan bersyarat daripada Jabatan Marin pada 29 Disember 2017

Page 230: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

230

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. (a). PDC telah komited untuk membina 27,230 unit rumah murah dari 2008-2017 di 17 projek, dilima daerah. Senaraikan projek tersebut, harga jualan dan berapa unit yang telah siap?

(b). Laporan juga membentangkan 24,227 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah telah dibina oleh PDC/swasta dalam tempoh dari 2008-2017. Senaraikan projek rumah tersebut.

YAB. Ketua Menteri:

26. (a) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan syarikat swasta telah merancang sebanyak 18 projek perumahan mampu milik untuk menyediakan sebanyak 27,080 unit perumahan mampu milik yang terdiri daripada 717 unit RMM A, 9,283 unit RMM B dan 17,080 unit RMM Jenis C bagi mengatasi kekurangan rumah mampu milik di Pulau Pinang. Jumlah ini berbeza dari pengumuman yang lalu iaitu sebanyak 27,230 unit disebabkan kajian semula jumlah RMM A yang akan dibina di Ujung Batu, Butterworth dikurangkan dari 600 unit kepada 450 unit sahaja. Jumlah perancangan ini juga dinamik dengan mengambil kira bekalan dari pemajuan swasta untuk mengelakkan lambakan bekalan di satu-satu daerah dan lokaliti.

Daripada lapan belas (18) projek tersebut, projek Bandar Cassia Fasa 1 yang mengandungi 520 unit rumah (149 RMM B dan 371 RMM C ) telah siap dan memperolehi Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 22 Februari 2018. Enam (6) projek lagi yang bakal menyediakan 80 unit RMM A, 1,790 unit RMM B dan 2,507 unit RMM C masih dalam peringkat pembinaan iaitu projek di Kampung Kepala Gajah, Permatang Tok Suboh, Dua Residensi di Teluk Kumbar, Jiran Residensi di Kampung Jawa, Butterworth dan The Rise, SP Chelliah. Kerja-kerja tanah juga telah dimulakan di tapak Sandiland Foreshore dan kerja pembinaan dirancang pada suku keempat 2018. Maklumat senarai projek, status pelaksanaan, bilangan unit dan kategori RMM adalah seperti di Lampiran A.

(b) Selain dibina oleh Kerajaan Negeri, pembekalan Rumah Mampu Milik juga turut disumbangkan oleh syarikat swasta melalui Dasar Penyediaan Rumah Kos Rendah / Rumah Sederhana Rendah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di mana pemajuan yang melebihi 99 unit di kawasan bandar dan 149 unit di kawasan luar bandar disyaratkan membina 30% RMM A atau B atau kombinasi keduanya. Syarat ini perlu dipatuhi oleh setiap pemaju samada swasta mahupun syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Senarai projek dan butiran lokasi Rumah Mampu Milik A, B dan C yang telah siap dan memperolehi Sijil Layak Menduduk (OC) /atau Perakuan Siap Kerja dan Pematuhan (CCC) sejak 2008 hingga 2017 yang kesemuanya berjumlah 25,401 unit adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BMYMN NO. 26)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. (a). Mohon Kerajaan Negeri kemukakan statistik rumah setinggan serta rumah kampung yang diroboh oleh PBT sejak 2008 hingga kini.

(b). Mohon kemukakan juga statistik gerai perniagaan yang diroboh oleh PBT sejak 2008 hingga kini.

YAB. Ketua Menteri: 27. (a) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

tidak merobohkan rumah setinggan dan rumah kampung sejak tahun 2008 hingga Jun 2018 kerana ia berada di atas tanah persendirian.

(b) Jumlah gerai perniagaan yang dirobohkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh 2008 hingga Jun 2018 adalah 296 buah. Dalam tempoh ini, MBPP telah meroboh 54 buah gerai perniagaan manakala MPSP telah meroboh 242 buah gerai perniagaan. Statistik terperinci gerai perniagaan yang dirobohkan oleh MBPP dan MPSP sejak tahun 2008 hingga Jun 2018 adalah seperti di bawah..

Page 231: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

231

Bilangan gerai perniagaan yang diroboh oleh PBT

(Januari 2008 – Jun 2018)

Tahun MBPP MPSP Jumlah

2008 3 18 21

2009 0 4 4

2010 12 17 29

2011 1 52 53

2012 3 5 8

2013 1 11 12

2014 7 55 62

2015 10 47 57

2016 10 7 17

2017 4 17 21

2018 3 9 12

Jumlah 54 242 296

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. (a). Apakah penambahbaikan perkhidmatan yang boleh dan telah dinikmati oleh rakyat Negeri Pulau Pinang sejak CAT dilaksanakan atau ianya sekadar slogan yang dtampal di dinding pejabat sahaja?

(b). Adakah indeks rasuah di Pulau Pinang menurun sejak CAT dilaksanakan?

YAB. Ketua Menteri:

28. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengutamakan pelanggan dan rakyat dalam menyampaikan perkhidmatan. Sejak slogan CAT diperkenalkan pada tahun 2008, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memberi kemudahan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Antara usaha-usaha penambah baikan penyampaian perkhidmatan yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang ialah:

(i) Menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan utama secara dalam talian (online) dan ianya dipaparkan di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memudahkan capaian/akses. Sistem-sistem ini juga dibangunkan dalam versi mudah alih selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Antara perkhidmatan utama dalam talian yang dibangunkan ialah :

• eRumah (aplikasi mudah alih - PgGov SMP) – Portal Permohonan dan semakan Rumah Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah , Projek Perumahan Rakyat dan Rumah Mampu Milik.

• iSejahtera (aplikasi mudah alih - AppSejahtera) – Sistem Permohonan dan Semakan Bantuan Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

• ePinjaman Penuntut – Sistem Permohonan dan Semakan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri

• eBayar – Pusat Sehenti yang menyediakan kemudahan untuk membuat bayaran bil-bil jabatan/agensi Negeri secara elektronik

• ePingat – Sistem Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat

• PiTTs -Penang Intelligent Traffic & Transport System. Aplikasi pintar ini mengintegrasikan sistem trafik dengan pengangkutan awam iaitu bas dan teksi di negeri Pulau Pinang.

• e2PSM – Sistem Pendaftaran Perkerjaan Secara Lantikan Kontrak

• Penyediaan Portal Data Terbuka Negeri di mana data-data daripada pelbagai jabatan/agensi negeri dikongsi secara terbuka untuk capaian orang awam

Page 232: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

232

• Perkongsian info dan hebahan maklumat-maklumat Kerajaan Negeri di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Laman Facebook Rasmi Kerajaan Negeri

(ii) Pelaksanaan kerjasama awam, swasta, rakyat dan professional melalui 4Ps: Public, Private, People and Professionals bagi projek-projek pembangunan dan infrastruktur di Negeri Pulau Pinang. Sebagai contoh kerjasama 4Ps ini adalah dalam projek Perpustakaan Digital (Penang Digital Library) yang pertama di Malaysia.

(iii) Memperkenalkan Program iSejahtera iaitu salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program-program kebajikan sejak tahun 2009. Secara keseluruhan, program ini mempunyai tujuh (7) komponen iaitu Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan OKU, Program Ibu Tunggal, Program Skim Pelajar Emas, Program Anak Emas, Program Ibu Emas dan Program Sumbangan Jenazah untuk waris warga emas, OKU dan ibu tunggal. Jumlah penerima untuk Program iSejahtera adalah seperti di Lampiran A.

(iv) Penubuhan Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan atau Selection Process Enhancement Committee(SPEC). Objektif utama SPEC adalah untuk melihat semula dan memperbaiki proses pemilihan nama pemohon rumah kos rendah (harga maksima RM42,000.00), kos sederhana rendah (harga maksima RM72,500.00) dan pelbagai kategori Rumah Mampu Milik (RMM). Jawatankuasa ini telah memulakan penambahbaikan dengan meminda Borang Permohonan Rumah Mampu Milik PN1 dan menetapkan syarat yang lebih ketat seperti pengesahan caruman/tiada caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jawatankuasa ini juga berperanan memastikan Sistem Maklumat Perumahan digunakan sepenuhnya dalam proses penyediaan senarai nama pemohon. Kolaborasi maklumat dengan sistem yang digunakan oleh Pejabat Tanah Dan Galian dan Pihak Berkuasa Tempatan terus dimanfaatkan agar nama-nama pemohon yang telah memiliki rumah tidak lagi tersenarai sebagai penerima tawaran. Selain itu, Jawatankuasa ini juga akan meneliti dan memperakukan senarai nama pemohon sebelum surat tawaran dikeluarkan bagi memastikan pemohon yang terpilih adalah benar-benar mematuhi syarat kelayakan, keutamaan dan mengikut giliran yang sewajarnya.

(v) Melaksanakan urusan perolehan secara Request For Proposal (RFP), sebutharga atau tender terbuka dan diiklankan melalui portal SysP iaitu portal e-Perolehan Kerajaan Negeri.

(vi) PSUKPP dan beberapa jabatan Negeri seperti Jabatan Kewangan Negeri, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang telah melaksanakan peralihan Sistem Pengurusan Berkualiti kepada MS ISO 9001:2015 dan juga MS ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System. Selain itu, pentadbiran ini juga dalam peringkat perancangan untuk pelaksanaan MS ISO 37001: 2016 Anti-Bribery Management System.

(vii) Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan pada Oktober 2015 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2013 yang berfungsi untuk merancang dan melaksanakan program-program integriti dan tadbir urus, menyediakan khidmat runding berkaitan sistem, prosedur kerja, pematuhan, pengesanan dan tadbir urus jabatan serta menerima dan menguruskan aduan berkaitan salah laku penjawat awam Negeri Pulau Pinang.

(viii) Kerajaan Negeri juga telah menguatkuasakan Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (Enakmen 16) pada 1 Januari 2015 yang membenarkan mana-mana individu untuk mendapatkan maklumat daripada Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dengan mengemukakan permohonan mengikut ketetapan peraturan-peraturan dalam Enakmen dan juga subsidiari-subsidiari berkaitan.

(b) Semenjak pelaksanaan CAT, belum ada pengiraan khusus indeks rasuah untuk sesebuah negeri. Kajian yang digunakan oleh kebanyakan negara di dunia pada masa kini adalah Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International (IT), sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berpengkalan

Page 233: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

233

di Berlin, Jerman sejak tahun 1995. Indeks ini hanya mengkhususkan kepada isu persepsi tahap rasuah sesebuah negara yang disenaraikan mengikut skor yang diperolehi berdasarkan pengumpulan kajian-kajian oleh pelbagai pihak dan mungkin bukan keadaan sebenar tahap rasuah di negara terbabit.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. (a). Apakah Kerajaan Negeri mempunyaisatu dasar dalam membela nasib penduduk setinggan setelah tanah tersebut dijual oleh pemilik tanah.

(b). Adakah benar kampung warisan/tradisional di Pulau Pinang telah dihapuskan/terhapus dengan sendiri kesan program pembangunan? Senaraikan kampung warisan/tradisional yang ada di Pulau Pinang.

(c). Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengekalkan kampung warisan/tradisional?

YAB. Ketua Menteri: 29. (a) Pemilik tanah berdaftar mempunyai hak untuk menjalankan sebarang urusniaga atas tanah

milikan termasuk menjual atau membangunkan tanah tersebut untuk menikmati hasil. Apabila suatu pemajuan berlaku di atas tanah yang mempunyai setinggan pemilik tanah berhak untuk membuat keputusan berhubung tawaran pampasan. Kerajaan Negeri turut mengenakan syarat supaya pemaju menyelesaikan isu setinggan terlebih dahulu dengan mengambil kira pemberian pampasan atau penempatan semula setinggan agar nasib mereka terbela. Syarat yang dikenakan ini akan dimasukkan semasa permohonan kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (KM) di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam hal ini pihak pemaju dan setinggan perlu menandatangani Perjanjian Pampasan mengikut terma atau kaedah mereka sendiri sebelum kelulusan Kebenaran Merancang diberikan.

(b) Setakat ini tidak wujud penghapusan kampung tradisional sebaliknya kepesatan pembangunan terutama di kawasan Pulau telah menyebabkan sebahagian kampung tradisional terjejas. Bagaimanapun Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan sentiasa mengambil langkah mengekalkan kampung tradisional berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 iaitu Dasar Sosial (DS) 33 Perkampungan Tradisional dan Perkampungan Dalam Bandar Akan Dikekal Dan Prasarana Dinaik Taraf. Terdapat sebanyak 47 kampung tradisional yang telah ditetapkan untuk dikekalkan setakat ini seperti di Lampiran A.

(c) Antara langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah menyediakan garis panduan bagi pemajuan dan penyusunan semula kampung-kampung tradisional dan kampung-kampung dalam bandar sehingga membolehkan pengeluaran hak milik berasingan, bagaimanapun ia tertakluk kepada pematuhan undang-undang tanah dan perancangan.

RUJ. LAMPIRAN A (BMYMN NO. 29)

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

30. (a). Apakah tindakan yang telah diambil oleh PBT terhadap premis perniagaan haram dan yang sah tetapi diusahakan oleh warga asing di negeri ini?

(b). Apakah langkah kawalan/ penguatkuasaan oleh PBT keatas gerai makanan yang diusahakan oleh warga asing atau pekerja terdiri daripada warga asing?

YAB. Ketua Menteri:

30. (a) Tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap premis perniagaan haram adalah seperti berikut:-

(i) Mengeluarkan Pemberitahu Tentang Kesalahan kepada pengusaha.

(ii) Mengeluarkan Notis Menghendaki Perniagaan Dihentikan dalam tempoh tertentu yang bersesuaian.

(iii) Mengeluarkan tawaran kompaun di atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen atau tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan.

Page 234: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

234

(iv) Mengambil tindakan undang-undang di atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

(v) Menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi pemeriksaan pematuhan syarat lesen.

(vi) Mengambil tindakan rampasan barangan tred bagi tujuan tindakan mahkamah.

(vii) Menyita barangan tred bagi menghapuskan kacauganggu awam.

(b) Langkah kawalan dan penguatkuasaan ke atas gerai makanan yang diusahakan oleh warga asing atau pekerja yang terdiri daripada warga asing oleh PBT adalah seperti berikut:

(i) Mengadakan dasar pengambilan pekerja atau pembantu warga asing yang menetapkan supaya sekurang-kurangnya sebanyak 30% pekerja daripada jumlah pekerja ketika pemeriksaan dijalankan mestilah terdiri daripada pekerja/pembantu warga tempatan bagi premis perniagaan.

(ii) Menetapkan larangan pengambilan tukang masak warga asing di gerai-gerai penjaja PBT.

(iii) Membatalkan lesen perniagaan dan sewaan gerai PBT bagi pengusaha perniagaan yang gagal mematuhi syarat/dasar pengambilan pekerja/ pembantu warga asing yang telah ditetapkan.

(iv) Mengadakan operasi bersepadu secara berkala bersama dengan Jabatan Imigresen bagi memantau dan mengawal warga asing yang menyalahguna permit kerja.

(v) Mengadakan operasi bersepadu dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi penguatkuasaan Akta Makanan 1983.

(vi) Melaksanakan operasi penguatkuasaan rutin 2 kali seminggu ke atas premis makanan.

(vii) Menjalankan operasi sitaan barang niaga perniagaan yang dikendalikan oleh penjaja warga asing di rumah kediaman yang menimbulkan kacauganggu.

XVII. Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam kes bantahan penduduk mengenai pelebaran jalan yang bermula dari Jambatan Merdeka hingga ke Permatang Pak Elong. Walaupun ianya merupakan projek penaiktarafan jalan dari dua lorong kepada empat lorong tetapi rata-rata penduduk berpendapat ianya bukanlah satu keperluan lagi.

YAB. Ketua Menteri:

1. Sehingga kini, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang merupakan pemaju kepada projek ini tidak menerima apa-apa bantahan daripada penduduk berkenaan kerja pelebaran jalan yang bermula dari Jambatan Merdeka hingga ke Permatang Pak Elong. Walau bagaimanapun, adalah menjadi kebiasaan apabila Proses Pengambilan Balik Tanah (PBT) oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) isu persetujuan harga tanah yang ditawarkan kepada penduduk terlibat akan timbul.

Projek pelebaran jalan sepanjang 25 kilometer ini merupakan satu keperluan jangka masa panjang terutamanya apabila kapasiti kenderaan semakin meningkat. Selain itu, projek ini juga dapat memberi keselesaan kepada mereka yang berulang-alik dari Pulau Pinang ke Sungai Petani, Kedah atau sebaliknya. Jalan Persekutuan yang dinaik taraf ini menjadi jalan alternatif tanpa perlu membayar tol dan ini mengurangkan beban kos sara hidup rakyat secara tidak langsung.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap aduan penduduk yang merungut di mana kawasan mereka sering dinaiki air. Sistem perparitan yang tidak sistematik dan menyusahkan penduduk kampung terutama di kampung tradisi seperti Permatang Bertam, Kampung Kovil, Kampung Setol, Permatang Sintuk.

Page 235: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

235

YAB. Ketua Menteri:

2. Banjir yang berlaku di Permatang Bertam, Kampung Kovil, Kampung Setol dan Kampung Sekitar Pekan Kepala Batas adalah disebabkan oleh sistem peparitan yang tidak sempurna untuk mengalirkan air daripada kawasan kampung terlibat ke Sungai Lahar Endin. Tambahan pula, kebanyakan kawasan kampung tersebut terletak dalam kawasan yang bertopografi rendah. Limpahan aliran air larian dan air buangan sewaktu hujan lebat yang mengalir ke dalam longkang tepi jalan (road side drain)mengakibatkan paras air meningkat menyebabkan banyak kawasan dinaiki air. Bagi mengatasi masalah ini, kerja-kerja naik taraf jalan melibatkan pelebaran jalan dan longkang tepi jalan (Jalan Butterworth-Sg Petani) kini sedang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan ianya akan dapat membantu mengurangkan masalah ini pada masa akan datang.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Penguatkuasaan terhadap peniaga-peniaga yang berniaga di tepi jalan perlukan satu tindakan yang tegas dan juga memerlukan tindakan bersepadu dari pihak Kerajaan Tempatan dan juga JKKK. Pada masa yang sama, apakah alternatif yang boleh kita sediakan untuk memastikan peniaga yang berniaga di tepi jalan diberikan satu kawasan yang sesuai.

YAB. Ketua Menteri:

3. Penguatkuasaan terhadap peniaga-peniaga yang berniaga di tepi jalan dikendalikan secara berhemah berdasarkan akta-akta sedia ada yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan(PBT). Penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta bagi menangani isu kesesakan lalu-lintas yang disebabkan oleh peniaga-peniaga yang berniaga di tepi jalan.

Bagi memastikan kebajikan rakyat Pulau Pinang terpelihara, pihak PBT bersama-sama dengan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah mengambil langkah alternatif untuk memastikan peniaga yang berniaga di tepi jalan diberi peluang untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka secara sah. Langkah-langkah alternatif yang disediakan adalah seperti berikut:

(i) Menyediakan tambahan petak niaga di pasar awam dan kompleks makanan PBT yang masih mempunyai ruang yang bersesuaian.

(ii) Mengenalpasti dan mewujudkan satu kawasan yang sesuai sebagai Tapak Penjaja Sementara.

(iii) Mensyaratkan pemaju supaya menyediakan kawasan ruang niaga yang bersesuaian dalam perancangan pembangunan.

(iv) Melaksanakan penempatan semula penjaja di kawasan perumahan yang baru.

(v) Memberikan keutamaan mengisi ruang niaga PBT, terutamanya di pasar dan kompleks penjaja; kepada penjaja di gerai-gerai yang telah diambil tindakan penguatkuasaan. Peniaga-peniaga ini perlu menghadiri temu duga yang ditetapkan oleh pentadbiran PBT pada setiap bulan untuk memilih gerai-gerai yang masih kosong.

(vi) Melaksanakan program tahunan penempatan penjaja bagi setiap kawasan Parlimen dan mengenal pasti satu kawasan yang sesuai bagi penjaja yang sedia ada.

(vii) Menggalakkan perniagaan berkonsepkan "Trak Makanan" dan "Trak Perkhidmatan" mengikut Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih yang disediakan oleh PBT.

(viii) Menggalakkan penjaja menjalankan aktiviti perniagaan secara konsep mudah alih mengikut Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih yang disediakan oleh PBT.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Pelaksanaan rumah PPR adalah satu projek yang sangat hebat dan memberi manfaat kepada penduduk. Namun ada juga projek PPR diberikan kepada mereka yang TIDAK Berhak. Ini adalah kerana pihak JKKK TIDAK diberikan peranan yang lebih besar untuk membuat siasatan sebelum projek dilaksanakan.

Page 236: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

236

YAB. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertanggungjawab menyelia dua (2) buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti berikut:

Bil. Daerah Nama PPR Jumlah Unit

1. Timur Laut Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin 316

2. Seberang Perai Utara Taman Bagan Jaya, Jalan Thamby Kecil

382

Penyediaan PPR adalah khusus bagi menempatkan keluarga dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,500.00 sebulan. Tempoh sewaan PPR adalah untuk tempoh 3 tahun di mana semakan kelayakan akan dibuat dan sekiranya mereka hilang kelayakan, unit akan diambil balik.Syarat penghunian PPR adalah seperti berikut :

(i) Warganegara Malaysia (pemohon dan pasangan); (ii) Bermastautin di Pulau Pinang sekurangnya 5 tahun; (iii) Berumur 21 tahun; (iv) Pengundi berdaftar Pulau Pinang; (v) Pendapatan isi rumah kurang RM1,500 sebulan; (vi) Tidak pernah memiliki rumah di Pulau Pinang dan mana-mana negeri di Malaysia.

Selain itu, aktiviti pemantauan dan sesi temuduga semula yang dijalankan baru-baru ini turut mengesan ramai dari kalangan penyewa hilang kelayakan untuk menghuni PPR atas pelbagai faktor seperti menyewa kecil dan tidak menduduki unit yang diperuntukkan. Sehubungan itu, tindakan pengosongan telah dilaksanakan dan proses temuduga sedang dijalankan untuk pengisian dari kalangan pemohon di dalam senarai menunggu. Sekiranya JKKK mempunyai aduan dan bantahan berhubung mereka yang tidak layak menduduki unit PPR, Kerajaan Negeri akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. Pihak JKKK juga dialu-alukan untuk memanjangkan permohonan PPR daripada mereka yang layak dan memerlukan.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. JKKK adalah merupakan tulang belakang kerajaan dan peranan mereka sangat penting dalam memastikan setiap program dan perancangan Kerajaan Negeri dicapai. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan semua ahli JKKK ini mengetahui dan memahami tugas mereka?

YAB. Ketua Menteri:

5. Bagi memastikan semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengetahui dan memahami tugas mereka, tindakan-tindakan berikut telah dilakukan:-

(a) Setiap JKKK telah dibekalkan dengan Manual Gerak Kerja JKKK selepas menerima watikah pelantikan daripada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai panduan. Manual Gerak Kerja JKKK ini telah menjelaskan bahawa JKKK perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan.

(b) Mesyuarat JKKK akan turut dihadiri oleh Penghulu Mukim dan Pegawai Daerah, kadang kala Penolong Pegawai Daerah serta YB ADUN Kawasan masing-masing. Kehadiran semua ini membolehkan ahli JKKK membangkitkan pemasalahan, berbincang isu-isu berkaitan dan lain-lain;

(c) Pejabat Daerah di samping Kerajaan Negeri juga mengadakan kursus refreshment course kepada JKKK lama yang dilaksanakan terus di bawah Pejabat Timbalan Ketua Menteri (TKM) 1; dan

(d) Ahli-ahli JKKK juga telah diberi pendedahan untuk memantapkan organisasi masing-masing melalui program-program kepimpinan yang dibuat menggunakan peruntukan YB ADUN Kawasan.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Mohon pencerahan mengenai program-program Kerajaan Negeri yang boleh melibatkan golongan belia di Pulau Pinang. Buat masa sekarang, program-program belia banyak tertumpu di sebelah Pulau dan jarang ada di sebelah Tanah Besar.

Page 237: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

237

YAB. Ketua Menteri:

6. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), Persatuan Belia Daerah, Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, Pejabat Daerah, Pejabat ADUN dan kerjasama NGO-NGO menganjurkan pelbagai program yang melibatkan golongan belia dan memberi impak positif terhadap pembangunan belia.

Program-program anjuran PYDC bertujuan mewujudkan golongan belia yang bertanggungjawab, berdikari, bernilai murni dan bersemangat positif dengan tumpuan kepada Pendidikan dan kerjaya; Kepimpinan dan bakat; dan Kesedaran sivik dan demokrasi.

Antara program yang dianjurkan oleh PYDC adalah seperti berikut:

Tarikh Program Tempat

Oct, 2017 Kursus Kemahiran Asas VSEP dengan AES 2017

Pulau

Fourier TVET Center Sdn.Bhd, 29-3-28 The Golden Triangle, Jalan Paya Terubong, 11900 Bayan Lepas.

Sep, 2018 Kursus Kemahiran Asas VSEP dengan AES 2018

Seberang Perai

Jawi, Seberang Perai Selatan.

Jan - Okt 2015

Mei - Okt 2016

Pembelajaran Sains, English, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (ESTEEM) - 2015-2016

Pulau

Pusat Pembelajaran Karpal Singh Pulau Pinang (Karpal Singh Penang Learning Centre)

Julai - Nov 2017 Kursus Kemahiran English Pulau

Bangunan MBPP, Balik Pulau

Ogos - Okt 2017 Kursus Kemahiran English Pulau

Bayan Baru

Okt 06 - 08, 2017 Sidang Muda Pulau

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Feb 24 -26, 2017 Bengkel Demokrat Muda 1.0 Seberang Perai

Safira Resort, Seberang Jaya

Mac 24 - 26, 2017 Bengkel Demokrat Muda 2.0 Seberang Perai

Safira Resort, Seberang Jaya

Apr 28 - 30, 2017 Bengkel Demokrat Muda 3.0 Seberang Perai

Safira Resort, Seberang Jaya

Jul 14 - 16, 2017 Bengkel Demokrat Muda 4.0 Seberang Perai

Safira Resort, Seberang Jaya

Ogos 11 - 13, 2017 Bengkel Demokrat Muda 5.0 Seberang Perai

Safira Resort, Seberang Jaya

Ogos 31 - Sep 03, 2017

Pinang Fiesta #Pinangfiesta Pulau

Upper Penang Road, Georgetown

November 18 - 19, 2017

Pinang Fiesta #BudayaPinang Seberang Perai

Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya

Page 238: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

238

Tarikh Program Tempat

April 26 - 27, 2018 Pinang Fiesta #FesyenPinang Pulau

KOMTAR, Georgetown

Jun 02 - 03, 2018 Pinang Fiesta #UsahawanPinang

Pulau

1st Avenue, Georgetown

Sep 14 - 16, 2018 Pinang Fiesta #handkrafPinang Seberang Perai

Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya

Selain program anjuran PYDC, penganjuran program oleh Pihak Berkuasa Tempatan lebih bersifat pertandingan bagi menggalakkan penyertaan golongan belia manakala Pejabat Daerah tertumpu kepada pembangunan penduduk setempat dalam segi ekonomi contohnya program keusahawanan, kursus membentuk kemahiran dan sebagainya.

Selain itu, golongan belia juga boleh menyertai aktiviti-aktiviti sukan seperti “I Love Penang Run / Walk / Hike” bagi mengamalkan kehidupan sihat. Di samping itu, terdapat juga kerja-kerja amal (volunteering) yang boleh disertai oleh golongan belia dalam memupuk perasaan simpati dan belas kasihan di kalangan belia seperti pengagihan makanan melalui Mutiara Food Bank.

Penganjuran program-program belia di Negeri Pulau Pinang adalah seimbang dan tidak tertumpu kepada mana-mana kawasan sama ada di bahagian Pulau ataupun Seberang Perai.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Mohon pencerahan mengenai status stadium hoki dan bowling padang di Kompleks Sukan MPSP. Kemudahan yang masih tidak boleh digunakan dan ianya agak mengecewakan.

YAB. Ketua Menteri:

7. Stadium hoki di Kompleks Sukan dan Rekreasi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bertam telah ditutup sejak tahun 2010 disebabkan kerosakan padang rumput sintetik yang telah luput tempoh hayatnya.

MPSP telah membuat permohonan peruntukan untuk menaik taraf padang hoki tersebut sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9), namun masih belum diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, dalam mesyuarat bersama Kementerian Belia dan Sukan pada 20 April 2018, MPSP telah dimaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM5 juta telah diluluskan untuk menaik taraf stadium hoki tersebut namun kerja-kerja masih belum dimulakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan. Peruntukan ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui Kementerian Belia dan Sukan. Namun Surat Setuju Terima (SST) belum dikeluarkan. Perkara ini ditangguhkan sehingga mendapat kelulusan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.

Bagi gelanggang bowling padang, kemudahan tersebut masih boleh digunakan.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Apakah tindakan Kerajaan Negeri mengenai Bangunan Abedeen Resort yang terbiar dengan semak samun. Selain ianya menyakitkan mata memandang, ianya juga menjadi tempat pembiakan binatang dan serangga berbisa.

YAB. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah memberikan notis pada 19 Julai 2018 kepada pemilik Bangunan Abedeen Resort di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menghendaki pemilik premis menghapuskan kacau ganggu dengan sentiasa memastikan premis berkenaan bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk yang boleh menyebabkan bahaya kepada penduduk setempat. Aktiviti pembersihan perlu dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari oleh pemilik bangunan tersebut. Sekiranya pemilik premis tersebut masih enggan untuk melaksanakan pembersihan seperti yang diarahkan oleh pihak MPSP, kompaun akan dikenakan sebanyak RM250.00. Sekiranya pemilik premis berkenaan masih enggan untuk melaksanakan hukuman yang telah dikenakan, pemilik premis tersebut akan dikenakan tindakan mahkamah.

Page 239: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

239

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu pelarian Rohingya di kawasan Bertam. Ianya semakin menjadi kudis dengan kehadiran pengemis kanak-kanak yang merayau-rayau di kawasan pasar malam. Apakah status mereka ini dan adakah mereka mendapat perlindungan istimewa hingga tiada siapa yang boleh mengambil tindakan?

YAB. Ketua Menteri:

9. Sememangnya tidak dapat dinafikan terdapat beberapa buah perkampungan di Kawasan Bertam yang didiami oleh komuniti Rohingnya yang mana rata-rata mereka berstatus pelarian menggunakan kad United Nations High Commissioner For Refugees (UNCHR) bagi membolehkan mereka tinggal sementara di negara ini atas ihsan, sementara menunggu mengusahakan penempatan baru di negara ketiga.

Secara dasarnya boleh dikatakan tiada sebarang perlindungan istimewa yang diberikan kepada etnik berkenaan terutama yang memiliki kad UNCHR dimana mereka dibenarkan bebas bergerak di negara ini, mengamalkan budaya dan kepercayaan masing-masing. Ini juga atas dasar menghormati permintaan UNCHR untuk tidak menangkap mana-mana individu pemegang kad UNCHR ataupun meletakkan mereka di pusat-pusat tahanan imigresen melainkan melakukan salah laku jenayah serta pelanggaran undang-undang Malaysia.

Walau bagaimanapun, mana-mana etnik Rohingnya yang tidak mempunyai dokumen khasnya kad UNCHR tindakan tetap diambil dibawah peruntukan undang-undang berdasarkan Akta Imigresen atas kesalahan tinggal dan berada di MALAYSIA tanpa pas atau permit yang sah dibawah seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu pelanggaran seksyen 6(1) (c) akta yang sama.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Apakah tindakan pihak polis terutama trafik dalam membanteras pemandu warga asing yang menaiki kenderaan TANPA lesen dan membawa muatan yang lebih terutama karpet di jalan-jalan di kawasan kampung?

YAB. Ketua Menteri:

10. Mengikut peruntukan undang Malaysia Di bawah Sek 26 (1) APJ 1987, tiada pengecualian kepada mana-mana pemandu kenderaan motor daripada tidak memiliki lesen kenderaan. Kesalahan di bawah sub seksyen ini memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM300.00 dan tidak lebih daripada RM2,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali. ( kesalahan tidak memiliki lesen )

Bagi Kesalahan Muatan Cara Bahaya. Kaedah Lalu-Lintas No.018 LN 166/59 Peruntukan Denda Tidak Melebihi RM300.00 dan kesalahan ini boleh dikompaun.( Muatan Karpet ). Berikut adalah statistik pengeluaran saman kepada warga asing bagi negeri Pulau Pinang mengikut daerah bagi

tahun 2016 dan 2017.

Daerah 2016 2017 Jumlah

Timur Laut 7 40 47

SPU 3 17 20

SPT 55 26 81

SPS 15 43 58

BARAT DAYA 3 4 7

JUMLAH 83 130 213

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Apakah tindakan kerajaan untuk membanteras kedai makanan tomyam yang beroperasi tanpa permit dan menggajikan pekerja tanpa permit?

Page 240: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

240

YAB. Ketua Menteri:

11. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sentiasa komited dalam melakukan pemantauan terhadap premis perniagaan yang beroperasi di seluruh Negeri Pulau Pinang, termasuk kedai tom yam yang beroperasi dan menggajikan pekerja asing tanpa permit. Dalam menangani isu tersebut, pelbagai tindakan telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri seperti berikut:

(i) Mengeluarkan tawaran kompaun kesalahan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah;

(ii) Mengambil tindakan mahkamah jika notis yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak dipatuhi;

(iii) Mengambil tindakan perobohan ke atas struktur binaan tanpa kelulusan;

(iv) Menyita barangan tred bagi tujuan tindakan mahkamah;

(v) Mengadakan operasi bersepadu dengan Jabatan Imigresen bagi kesalahan di bawah Akta Imigresen;

(vi) Menguatkuasakan syarat-syarat perlesenan premis iaitu jumlah pembantu warganegara tempatan mestilah sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah pekerja keseluruhan semasa premis beroperasi dan pemeriksaan dilakukan oleh PBT;

(vii) Memperkenalkan Dasar Mengupah Pekerja Warganegara Asing / Permastautin Tetap (PR) sebagai pembantu di gerai perniagaan milik Majlis, Premis Perniagaan dan Penjaja. Atas keberkesanan dasar yang dikuatkuasakan oleh MPSP tersebut, premis perniagaan yang diuruskan sepenuhnya oleh warga asing dapat dikesan dan tindakan pembatalan lesen terhadap pemilik perniagaan telah diambil kerana gagal mematuhi syarat-syarat dasar; dan

(viii) Memperkenalkan Kempen Larangan Tiada Tukang Masak Warga Asing Memasak Masakan Tempatan Negeri Pulau Pinang yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri melalui MBPP pada tahun 2013. Tujuan utama kempen tersebut adalah untuk membanteras kebanjiran warganegara asing yang menjalankan aktiviti penjajaan dan perniagaan di permis milik MBPP.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Tahap kebersihan kedai makan terutama nasi kandar masih lagi di tahap gred C. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan peniaga-peniaga mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Adakah mereka mengikut setiap peraturan yang diwajibkan pada setiap masa dan adakah pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan dengan tegas.

YAB. Ketua Menteri:

12. Tindakan yang diambil oleh kerajaan melalui Jabatan Kesihatan Negeri untuk memastikan peniaga-peniaga mengikut peraturan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

(a) Pegawai Berkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (BKKM JKNPP) bertanggungjawab untuk menjalankan pemeriksaan premis secara rutin/semasa operasi/ jika terdapat aduan;

(b) Setiap pengendali makanan diwajibkan untuk mengambil suntikan pelalian thyphoid serta menghadiri Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM);

(c) Tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas pengendali-pengendali dan juga pemilik-pemilik premis yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983.

Selain itu, tindakan juga diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan peniaga- peniaga mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti berikut:

(a) Menjalankan pemeriksaan dan penggredan premis makanan dua (2) kali setahun seperti yang ditetapkan dalam KPI di samping memaklumkan kriteria yang menyebabkan gred C merangkumi aspek kawalan suhu makanan, keselamatan penyimpanan makanan, penyediaan makanan, pengendali makanan dan langkah-langkah penjagaan premis sebelum, semasa dan selepas operasi;

Page 241: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

241

(b) Memberi tumpuan kepada premis aduan tinggi dan mengambil tindakan penguatkuasaan / operasi khas terutamanya premis tumpuan awam /pelancong secara berjadual atau operasi bersama agensi terlibat seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Imigresen dan lain-lain;

(c) Memberikan suntikan di lapangan ketika operasi premis makanan termasuk di gerai dan pasar malam;

(d) Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan berbentuk media cetak dan elektronik dengan tema dan ikon baru;

(e) Memberi khidmat nasihat kepada pengusaha meliputi aspek keselamatan makanan, kebersihan premis dan pengendali makanan;

(f) Menyediakan kursus asas pengendali makanan kepada pekerja dan pemilik premis makanan;

(g) Menjalankan penarafan bintang serta pertandingan tandas bersih mengikut kategori seperti restoran, kedai makan dan kompleks makanan milik MPSP. Manakala di MBPP mengadakan pertandingan kebersihan premis makanan setiap tahun sempena sambutan Hari Penjaja dan Komuniti Peniaga; dan

(h) Menjalankan kempen kebersihan premis makanan yang mendapat gred C bersama Ahli Majlis di daerah Seberang PeraiUtara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) erta jabatan dalaman MPSP di bawah Pasukan Kempen Kebersihan Premis Makanan 2018.

Berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan oleh pegawai Pihak Berkuasa Tempatan, didapati masih terdapat premis-premis yang bertaraf Gred C yang tidak mematuhi peraturan yang diwajibkan pada setiap masa. Pemantauan dan penguatkuasaan telah dilaksanakan dengan tegas oleh pihak MBPP dan MPSP seperti berikut :

(a) Pada tahun 2017 sejumlah 341 kompaun telah dikeluarkan oleh MPSP dan 2651 kompaun dikeluarkan oleh MBPP bagi pelbagai kesalahan kebersihan;

(b) Bagi tahun 2018 (sehingga Jun) sebanyak 133 kompaun telah dikeluarkan oleh MPSP dan 991 kompaun dikeluarkan oleh MBPP; dan

(c) Melaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan tutup premis yang kotor dan tidak mematuhi notis yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjaga kebersihan premis.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Pencapaian pasukan bola sepak negeri Pulau Pinang amat mengecewakan. Jika kita bandingkan di zaman Dollah Salleh, Isa Bakar, Namad Abdullah dan lain-lain nama besar dalam arena bola sepak negeri Pulau Pinang dan Malaysia. Apakah perancangan pihak kerajaan untuk mengembalikan sinar bola sepak negeri Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

13. Perancangan dan program Kerajaan Negeri untuk mengembalikan sinar Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) adalah seperti berikut :

(i) Menyelesaikan sebahagian daripada hutang FAP;

(ii) Menyediakan pelan tindakan (way forward) rancangan jangka masa pendek dan panjang untuk program pembangunan bola sepak di Pulau Pinang bersama pihak-pihak yang berkepentingan;

(iii) Penglibatan EXCO dalam pengurusan FAP;

(iv) Memantau perkembangan FAP secara berkala bagi memastikan status kewangan dan prestasi FAP dalam Liga Perdana, Liga Super dan Liga FAM adalah terkawal;

(v) Menyediakan perkhidmatan sains sukan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) bagi meningkatkan daya tahan serta prestasi fizikal pemain; dan

(vi) Melaksanakan program penyediaan atlet pelapis dan atlet negeri dengan kerjasama MSNPP dan Jabatan Belia dan Sukan.

Page 242: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

242

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Mohon pencerahan mengenai status program Kad Kesihatan untuk rakyat negeri Pulau Pinang.

YAB. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri telah setuju memperkenalkan Program Penang Sihat di mana isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima kredit RM300 setahun manakala individu yang tidak berkahwin dengan pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan akan mendapat kredit RM150 setahun dengan had RM50 setiap lawatan. Program ini bakal memanfaatkan 195,000 isi rumah dan dijangka akan menelan belanja sebanyak RM60 juta setahun.

Pada ketika ini, kad pintar “I Love Penang” masih dalam fasa pembangunan sistem dan software untuk menyokong program-program yang akan terlibat dalam program ini. Fasa kedua akan melibatkan program-program lain seperti iSejahtera dan Agenda Ekonomi Saksama (AES). Oleh yang demikian, kad ini bukan sahaja untuk program kesihatan malah ianya akan menjadi kad pintar pelbagai fungsi. Kad ini dijangka akan dilancar pada Januari 2019.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Adakah sebarang rancangan dari Kerajaan Negeri untuk menjadikan jaluran dari Kg Kuala Bekah hingga ke Padang Benggali sebagai kawasan pelancongan. Adakah kajian dibuat untuk menjadikan kawasan tersebut kawasan tarikan pelancongan memandangkan kawasan tersebut berpotensi sebagai kawasan tarikan pelancong.

YAB. Ketua Menteri:

15. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa jaluran dari Kampung Kuala Bekah ke Padang Benggali berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan dengan konsep Community Based Tourism (CBT) seperti program Homestay. Setakat ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai rancangan khusus bagi lokasi tersebut serta masih belum menjalankan sebarang kajian untuk mengukur potensi pelancongan bagi lokasi tersebut. Walau bagaimanapun, pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai ( MPSP) sedang dalam peringkat Kajian Semula dan Penggabungan Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 yang dijangka siap pada Disember 2018. Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 mengandungi pelan jangka panjang pembangunan semua aspek termasuk pelancongan di Seberang Perai. Oleh itu, cadangan kawasan pelancongan bagi jajaran dari Kampung Kuala Bekah ke Padang Benggali akan turut diteliti. Pihak Kerajaan Negeri mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada ADUN Kawasan untuk mencapai matlamat tersebut.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Apakah tindakan YB. EXCO Kesihatan terhadap rungutan perkhidmatan yang kurang memuaskan di bahagian kecemasan Hospital Kepala Batas? Terdapat aduan di mana pesakit terpaksa menunggu dalam jangka masa yang lama untu menerima rawatan akibat kecederaan kemalangan.

YAB. Ketua Menteri:

16. Dakwaan yang menyatakan pesakit terpaksa menunggu dalam jangka masa yang lama untuk menerima rawatan akibat kecederaan kemalangan didapati tidak berasas. Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri, didapati setiap pesakit telah menerima rawatan yang sewajarnya. Perkhidmatan di Jabatan Kecemasan diklasifikasi mengikut tahap kecederaan yang menentukan tahap rawatan yang diperlukan. Klasifikasi tersebut adalah kritikal, para-kritikal dan tidak kritikal.

Adalah menjadi hasrat pihak hospital untuk memastikan setiap pesakit dan waris mendapat rawatan dan layanan yang terbaik dan sewajarnya. Justeru, pihak hospital sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakit.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Adakah sebarang perancangan untuk mewujudkan kawasan industri kecil dan sederhana di Kawasan DUN Bertam.

YAB. Ketua Menteri:

17. Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang membangunkan projek SME Village di Taman Perindustrian Batu Kawan dan Penang SME Centre di Taman Perindustrian Bayan Lepas. Kawasan ini didapati oleh Kerajaan Negeri sebagai kawasan yang berpotensi tinggi bagi pembangunan IKS. Manakala di DUN Bertam, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan

Page 243: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

243

untuk mewujudkan taman perindustrian khusus untuk industri kecil & sederhana kerana lokasinya yang lebih jauh dari kawasan industri sedia ada dibanding dengan Batu Kawan dan Bayan Lepas.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Mohon pencerahan mengenai tatacara permohonan untuk mendapatkan gerai Majlis Perbandaran Seberang Perai. Didapati ada gerai yang tidak digunakan dan ada juga gerai yang digunakan sebagai tempat simpanan atau stor yang mana ini adalah menyimpang dari tujuan asal pembinaan gerai terseut.

YAB. Ketua Menteri:

18. Tatacara permohonan untuk mendapatkan gerai Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah melalui proses temu duga terbuka yang diadakan pada hari Isnin dan Selasa minggu keempat (4) setiap bulan. Temu duga ini diadakan secara walk-in interview yang mana orang awam yang berminat boleh hadir terus ke Pejabat Cawangan MPSP Jalan Betek mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dengan membawa dokumen seperti berikut:-

(i) Kad pengenalan asal dan dua (2) salinan fotostat; (ii) Dua (2) keping gambar berukuran passport; dan (iii) Tambahan untuk kategori OKU: Kad OKU asal dan dua (2) salinan fotostat.

Syarat-syarat untuk permohonan gerai MPSP adalah seperti berikut:-

(i) Warganegara Malaysia; (ii) Berumur 18 tahun ke atas; (iii) Berpakaian kemas dan sopan; (iv) Menepati masa; (v) Suami/isteri ditawarkan satu gerai sahaja; dan (vi) Bukan kakitangan awam.

Terdapat gerai yang digunakan sebagai tempat simpanan atau stor kerana gerai-gerai ini tidak mendapat sambutan walaupun telah diiklankan beberapa kali kepada umum. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat pemintaan dan sambutan daripada orang awam, MPSP akan mengiklankan semula gerai-gerai tersebut bagi tujuan sewaan.

XVIII. Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Apakah rancangan kerajaan dalam menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan pulau dan seberang?

(a). Bagaimana kerajaan dapat memberi jaminan bahawa cadangan pelaksanaan pengangkutan secara percuma mampu mengatasi masalah kesesakan dalam waktu puncak?

(b). Adakah pengangkutan percuma ini akan diteruskan hanya kepada kakitangan kerajaan atau akan diperluaskan kepada kumpulan lain?

YAB. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan masalah kesesakan lalu lintas di seluruh Negeri Pulau Pinang. Antara rancangan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah ini adalah:

(i) Melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang dengan memfokuskan kepada projek-projek keutamaan iaitu Projek Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT), Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) dan Projek Jalan-jalan Utama.

(ii) Membuat pelebaran jalan, melarang pembelokan ke kanan dan pelaksanaan jalan sehala di kawasan-kawasan yang berlaku kesesakan telah dilaksanakan dan akan diteruskan.

(iii) Membuat penyelarasan sistem lampu isyarat bagi mewujudkan “green wave”.

(iv) Memasang sistem CCTV di kawasan pulau, Pulau Pinang. Sistem CCTV telah digunakan dengan berkesan untuk meningkatkan keselamatan, pemantauan lalu lintas dan mengawal kesesakan. Sistem CCTV sedia ada akan dinaik taraf dengan menggunakan sistem analisis video (video analytic) untuk meningkatkan keupayaan pengurusan lalu lintas dan keselamatan orang awam.

(v) Membina jalan-jalan baru dan naik taraf jalan-jalan utama serta pembinaan tanjakan untuk pembelokan kanan.

Page 244: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

244

(vi) Bekerjasama dengan Rapid Penang untuk meluaskan liputan dan menambah kekerapan perkhidmatan bas awam.

(vii) Melaksanakan perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit (BEST) iaitu BEST KOMTAR dan BEST FIZ

(viii) Melaksanakan perkhidmatan Central Area Transit (CAT) di kawasan George Town

(ix) Melaksanakan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) bagi menggalakkan penggunakan perkhidmatan pengangkutan awam

(a) Perkhidmatan bas percuma merupakan salah satu usaha murni Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak. Berdasarkan kepada jumlah trafik setiap hari, didapati jumlah trafik pada waktu puncak adalah tinggi memandangkan orang ramai bergerak ke tempat kerja menggunakan kenderaan persendirian. Dengan ini, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dengan melancarkan perkhidmatan bas percuma untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam terutama pada waktu puncak. Keberkesanan dasar ini tidak dapat diteliti dalam masa terdekat memandangkan perkhidmatan ini baru sahaja dilancarkan pada 1 April 2018. Sesuatu dasar baru termasuk perkhidmatan bas percuma memerlukan tempoh masa untuk matang dan diterima oleh seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang.

(b) Pengangkutan bas Bridge Express Shuttle Transit (BEST) Komtar dikhususkan kepada penjawat awam yang bekerja di Komtar dengan dikenakan caj nominal sebanyak RM50 manakala perkhidmatan BEST FIZ dikhususkan kepada kakitangan swasta yang bekerja di kawasan Free Industrial Zone (FIZ), Bayan Lepas. BEST FIZ turut dikenakan bayaran nominal sebanyak RM60.00 sebulan. Manakala bagi perkhidmatan Central Area Transit (CAT)dan Congesion Alleviation Transport (CAT) adalah terbuka kepada seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang dan pengunjung luar secara percuma.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Kerajaan berusaha memberi kesejahteraan rakyat dengan menjanjikan pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang sekiranya menang dalam PRU-14. Bilakah janji pemansuhan tol tersebut akan dilaksanakan?

YAB. Ketua Menteri:

2. Jambatan Pulau Pinang telah dibina pada tahun 1985 oleh Kerajaan Persekutuan dengan perjanjian konsesi asal dan tambahan bersama PLUS Berhad yang akan berakhir pada 31 Disember 2038. Pemansuhan tol di Jambatan Pulau Pinang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan memandangkan perjanjian konsesi masih belum tamat.

Usaha ke arah pemansuhan tol perlu dikaji dengan teliti, antaranya daripada segi impak komersial, terma-terma kontrak dan pulangan kewangan kepada syarikat konsesi.

Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji impak kewangan khasnya yang berkait dengan pemansuhan tol seperti bayaran pampasan kepada syarikat konsesi dan kos-kos penyelenggaraan berdasarkan kontrak tempoh konsesi tol jambatan Pulau Pinang yang masih berbaki 20 tahun.

Walaupun pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri menyokong penuh pemansuhan tol tersebut jika Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Berapa banyakkah wang dan harta BaitulMal yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang?

(a). Bagaimanakah wang dan harta tersebut diuruskan?

YAB. Ketua Menteri:

3. Sehingga Jun 2018, wang Baitulmal yang terkumpul berjumlah RM3.9 juta. Manakala harta lain yang dimiliki Baitulmal terdiri daripada 788 lot tanah dengan keluasan keseluruhan 556.87 ekar. Selain itu, Baitulmal juga memiliki 11 unit premis iaitu 8 unit kediaman, 2 unit rumah kedai dan 1 unit bangunan pejabat.

Page 245: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

245

Wang Baitulmal diuruskan dengan membuat pelaburan dalam sektor kewangan dan hartanah manakala tanah dan kediaman disewakan kepada masyarakat Islam untuk menambah hasil Baitulmal.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Berapakah jumlah wang zakat terkumpul yang dipegang oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan bagaimanakah jumlah tersebut dibelanjakan?

(a). Apakah yang dilakukan dengan jumlah wang yang masih berbaki?

(b). Bagaimanakah pembahagian dilakukan kepada golongan yang memerlukan?

YAB. Ketua Menteri:

4. Wang zakat yang terkumpul atau wang tawaqquf sehingga 31 Disember 2017 adalah berjumlah RM69,258,434.00. Wang tawaqquf akan dibelanjakan dalam keadaan apabila jumlah kutipan sebenar wang zakat pada tahun semasa adalah kurang daripada jumlah yang telah dianggarkan untuk agihan berdasarkan kepada Belanjawan Mengurus Agihan Zakat yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

(a) Jumlah wang tawaqquf yang masih berbaki setelah perbelanjaan agihan dalam tahun semasa akan di bawa ke tahun hadapan.

(b) Zakat Pulau Pinang mengagihkan wang kutipan zakat berdasarkan Belanjawan Mengurus Agihan Zakat yang diluluskan oleh MAINPP setiap tahun. Agihan dilakukan samada secara tunai, barangan atau melalui pelbagai program dan aktiviti khusus berdasarkan keperluan mengikut kategori asnaf-asnaf seperti berikut;

(i) Fakir;

(ii) Miskin;

(iii) Amil;

(iv) Muallaf;

(v) Ghorimin;

(vi) Ibnu Sabil; dan

(vii) Fisabilillah

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Berapakah jumlah projek pembinaan masjid dan surau yang telah diluluskan dan telah dibina dalam Pulau Pinang pada penggal lepas?

(a). Berapakah pula projek masjid dan surau yang telah diluluskan tetapi dibatalkan oleh Kerajaan Negeri?

(b). Apakah sebab-sebab pembatalan tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

5. Projek pembinaan masjid dan surau yang telah diluluskan dan dibina oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh tahun 2013 hingga 2017 berjumlah 15 buah seperti senarai berikut :-

(i) Masjid Jamek Tasek Gelugor, SPU

(ii) Masjid Qaryah Simpang Tiga,Tasek Gelugor, SPU

(iii) Masjid Baru Kg Lahar Kepar, SPU

(iv) Masjid Jamek Sg Acheh, SPS

(v) Masjid Baru Qaryah Lahar Tabut, SPU

(vi) Masjid Jamek Kg Masjid Lot 1334 & 1358 Teluk Kumbar

(vii) Msjid Jamek Tasek Junjong Lot 1637,Mukim 16, Simpang Ampat, SPS

Page 246: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

246

(viii) Masjid Batu Maung, DBD

(ix) Masjid Jamek Kubang Ulu, 14400 Bukit Mertajam, SPT

(x) Masjid Jamek Penaga, Kepala Batas, SPU

(xi) Masjid Jamek Kampung Rawa, DTL

(xii) Masjid Seri Serdang, Kepala Batas, SPU

(xiii) Masjid Jamek Sg Gelugor, DTL

(xiv) Bangunan Surau & Tadis Di Surau Kg Naran, DBD

(xv) Surau Baru Taman Ampang Jajar, SPU

(a) Sebanyak empat projek bina masjid dan surau telah dibatalkan sepanjang tempoh tersebut.

(b) Senarai masjid dan surau serta sebab-sebab pembatalan adalah seperti berikut :-

(i) Cadangan membina Masjid Permatang Tinggi Di Atas Lot PT141, Mukim 14, SPT, dibatalkan sebab isu pembahagian peruntukan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak dapat diselesaikan ;

(ii) Cadangan meroboh dan membina semula Surau Kampung Tun Sardon, Penanti, SPT tidak diteruskan kerana hasil penilaian akhir mendapati tiada keperluan roboh dan bina baru tetapi lebih sesuai untuk dibuat pembaikan;

(iii) Cadangan membina masjid baru di Lot 661, Seksyen 8, Pinang Court, DTL, Pulau Pinang. Projek yang pada awalnya diluluskan oleh Kerajaan Negeri tetapi kemudiannya mendapat sumbangan pembiayaan sepenuhnya dari Yayasan Al-Bukhari; dan

(iv) Cadangan bina baharu surau di Mukim 16, Taman Sungai Dua Utama, Butterworth, SPU dibatalkan kerana tapak tanah tersebut dikhususkan untuk pembinaan masjid.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Bagaimanakah pengurusan wakaf dilakukan dan masih adakah lagi tanah wakaf yang berbaki untuk pembinaan masjid, surau mahupun sekolah agama rakyat?

(a). Berapakah jumlah masjid, surau dan sekolah agama rakyat yang berdaftar atas tanah wakaf di Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

6. Pengurusan tanah wakaf berpandukan kepada peruntukan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 di mana Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazar dan amanah.

Tanah wakaf bagi tujuan pembinaan masjid/ surau mahupun sekolah agama diperolehi oleh MAINPP melalui kaedah pengambilan balik tanah, permohonan beri milik tanah kerajaan atau melalui permohonan mewakafkan tanah oleh individu atau organisasi. Atas dasar tersebut, terdapat beberapa tanah wakaf yang masih berbaki dan dikhaskan untuk pembinaan masjid, surau dan tanah perkuburan sebagaimana jadual berikut:-

BIL NO. LOT DAERAH GUNA TANAH LOKASI

1 Plot 647, Mk 6 SPS Masjid Jawi

2 10025, Mk 15 SPS Masjid Bandar Tasek Mutiara

3 PT 5949, Mk 13 SPS Masjid Bandar Cassia

4 Pt 702, Sek.1 DTL Masjid Bandar Tanjong Pinang

5 4841, Mk 16 SPU Masjid Taman Sungai Dua Utama

6 7712, Mk 6 SPU Masjid Taman Bertam Putra

7 PT 141, Mk 14 SPT Masjid Permatang Tinggi

8 16154, Mk 15 SPT Masjid Taman Machang Bubok

9 7620, Mk 7 SPS Surau Jawi

10 2871, MK 14 SPS Surau Simpang Ampat

Page 247: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

247

11 769, Sek. 4, DTL Surau Jelutong

12 20080, Mk 13 DTL Surau Jalan Bukit Gambir

13 10514, Mk 13 DTL Surau Bukit Jambul

14 11646, Mk 13 DTL Surau Relau

15 15812, Mk 12 DBD Surau Solok Bayan Indah

16 7008, Mk 13 SPT Surau Juru

17 PT 925, Mk 11 SPU Surau Merbau Kudung, Sg. Dua

18 10083, Sek. 4 DTL Tanah Perkuburan Jelutong

(a) Terdapat 205 buah masjid, 463 buah surau dan 30 buah sekolah agama yang berdaftar di atas tanah wakaf di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Berapakah jumlah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Pulau Pinang dan Seberang Perai?

(a). Sila nyatakan senarai lengkap berserta alamat dan kursus yang ditawarkan serta kadar yuran yang dikenakan.

YAB. Ketua Menteri:

7. Berdasarkan maklumat daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), terdapat sebanyak 32 insititut pengajian tinggi swasta (IPTS) iaitu satu (1) universiti, lima (5) kolej universiti dan dua puluh enam (26) kolej/institusi di negeri Pulau Pinang.

Senarai lengkap beserta alamat dan kursus yang ditawarkan adalah seperti di Lampiran A yang akan diemelkan kepada Yang Berhormat oleh Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN).

Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat berkenaan kadar yuran bagi kursus-kursus yang ditawarkan.

RUJ. LAMPIRAN A (BNHO NO. 7)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Berapakah jumlah kilang yang masih beroperasi di Pulau Pinang dan Seberang Perai?

(a). Berapakah jumlah kilang yang telah menghentikan operasi?

(b). Apakah puncanya dan berapakah jumlah pekerja yang hilang pekerjaan akibat penutupan operasi kilang tersebut? (c) Apakah impak kepada kerajaan dengan penutupan itu?

YAB. Ketua Menteri:

8. Kilang yang beroperasi dalam kawasan perindustrian di bawah seliaan Perbadanan Pembangunan Negeri (PDC) berjumlah 222 buah masing-masing 119 buah di Batu Kawan, 72 buah di Penang Science Park dan 31 buah di North Penang Science Park.

(a) Bagi tempoh tahun 2016 hingga 2017, terdapat empat (4) buah kilang di Pulau Pinang yang telah menutup operasi atau berpindah keluar. Kilang-kilang tersebut adalah :-

(i) Fujisash Co. Ltd.;

(ii) HGST Technologies Malaysia Sdn Bhd;

(iii) Rubicon; dan

(iv) Seagate.

(b) Punca kilang-kilang ini ditutup antara lain disebabkan oleh pemberhentian aktiviti pengeluaran produk tertentu, keputusan dan arahan dari syarikat induk dan berpindah operasi ke negara lain. Selain itu, berdasarkan statistik Jabatan Tenaga Kerja, pada tahun 2017 sahaja seramai 1,215 pekerja telah diberhentikan oleh sejumlah 106 majikan dari pelbagai sektor di Pulau Pinang seperti jadual berikut :

Sektor Bil. Majikan Jumlah Pekerja Yang

Diberhentikan

Pembuatan 49 880

Perniagaan 16 107

Perkhidmatan 36 210

Page 248: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

248

Pembinaan 4 10

Pengangkutan 1 8

Jumlah 106 1,215

(c) Kerajaan Negeri menyedari akan impak yang terpaksa dihadapi khususnya dalam konteks lambakan tenaga kerja dan peningkatan kadar pengangguran. Impak ini bersifat jangka pendek memandangkan terdapat banyak lagi kilang baharu yang mula beroperasi dan kilang sedia ada yang diperluaskan. Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) mencatatkan negeri Pulau Pinang mencapai nilai pelaburan industri pembuatan yang baik dan ini telah mewujudkan peluang pekerjaan baharu. Bilangan pekerjaan yang diwujudkan melalui nilai pelaburan baharu bagi tahun 2016 dan 2017 adalah seperti jadual berikut:

Tahun Nilai Pelaburan (Kedudukan di

antara negeri) Bil. Pekerjaan Diwujudkan

2016 RM4.3bil (No. 4 tertinggi) 10,816

2017 RM10.8bil (No. 2 tertinggi) 13,553

Tambahan pula kadar pengangguran di Pulau Pinang pada tahun 2016 adalah hanya 2.1% iaitu kadar kedua paling rendah antara negeri-negeri di Malaysia. Menurut Buletin Perangkaan Sosial 2017, pada tahun 2016 Pulau Pinang mencatat bilangan pendaftar baharu (permohonan pekerjaan) berjumlah 2,983, sementara kekosongan jawatan yang didaftar adalah lebih tinggi iaitu 57,737.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Bagaimana perancangan kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi mahupun menambah peluang pekerjaan kepada rakyat?

(a). Apakah kaedah atau strategi perlaksanaan yang akan dilakukan bagi menambah pertumbuhan ekonomi di negeri ini?

(b). Apa pula cadangan kerajaan untuk menarik lebih ramai pelabur dari luar negara?

YAB. Ketua Menteri:

9. Kerajaan Negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) dan Invest Penang sentiasa merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk terus memacu ekonomi negeri dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat melalui peningkatan pelaburan. Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada sektor-sektor baharu seperti Business Process Outsourcing, Shared Services Outsourcing, Global Business Services, Research & Development (R&D), Design&Development (D&D), teknologi maklumat (ICT), perisian dan perkhidmatan sumber manusia. Aktiviti-aktiviti ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi.

(a) Kaedah atau strategi pelaksanaan yang dilakukan bagi menambah pertumbuhan ekonomi di negeri adalah seperti berikut :

(i) Meningkatkan Pelaburan

Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan perkembangan pelaburan baru dan pelaburan semula di Pulau Pinang yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Pada tahun 2017, Pulau Pinang mencatatkan rekod pelaburan asing (FDI) tertinggi dalam bidang pembuatan antara negeri-negeri di Malaysia, dengan nilai FDI RM8.5 bilion. Bagi jumlah pelaburan (pelaburan asing dan pelaburan domestik) pula, Pulau Pinang mencatatkan rekod sebagai negeri dengan jumlah pelaburan kedua tertinggi dalam bidang pembuatan, dengan nilai RM10.8 bilion. Jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan adalah sebanyak 13,553. Kadar pengangguran di Pulau Pinang kekal stabil pada 2.1%, kedua terendah antara negeri-negeri di Malaysia.

(ii) Mempelbagaikan Jenis Pekerjaan

Di samping meningkatkan jumlah pelaburan, langkah-langkah strategik juga diambil untuk mempelbagaikan jenis pekerjaan, terutamanya pekerjaan bernilai tinggi (high value jobs) seperti advanced manufacturing dalam sektor pembuatan, reka bentuk dan pembangunan. Dari segi perniagaan, sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (Global Business Services) seperti kewangan, perkhidmatan

Page 249: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

249

penyumberan luar, teknologi maklumat dan sumber manusia merupakan sektor baharu yang diperkenalkan.

(iii) Memperkenalkan Program Penang @CAT

Satu program baharu dinamakan “Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT)” telah dilancarkan bagi golongan yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga (entreprenuer). Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil yang terlibat di dalam bidang kreatif animasi, analisis dan teknologi ataupun yang terlibat di dalam sektor “Internet of Things”(IOT).

Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program bantuan bagi mengalakkan keusahawanan di kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya bagi golongan muda dan belia. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)

Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang merupakan program mikro kredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu usahawan tempatan, penganggur dan golongan rakyat berpendapatan rendah untuk menceburi bidang perniagaan. Peruntukan dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini. Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000 hingga maksima RM25,000 dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga bulan Jun 2018, sebanyak RM14.77 juta telah diagihkan kepada seramai 2,974 orang usahawan.

(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia termasuk para graduan untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Peruntukan sebanyak RM750,000 telah disediakan di mana sehingga Jun 2018, sebanyak RM582,000 telah diagihkan kepada 110 orang usahawan tani untuk menikmati kemudahan kredit ini.

(b) Bagi menarik lebih ramai pelabur dari luar negara, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah seperti berikut :

(i) Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan pelaburan ke dalam Pulau Pinang dan terus mempromosi Pulau Pinang sebagai Silicon Island of the East;

(ii) Meningkatkan sambungan dan penerbangan antarabangsa serantau melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi berkaitan;

(iii) Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menaiktaraf Pulau Pinang sebagai negeri antarabangsa yang sesuai didiami dan selari dengan konsep work, live and play;

(iv) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran di Pulau Pinang serta meningkatkan minat anak-anak muda melalui pembelajaran Science, Technology, Engineering & Mathematics(STEM);

(v) Melaksanakan penambahbaikan infrastruktur secara berterusan bagi memastikan kawasan perindustrian dan teknologi adalah bertaraf antarabangsa;

(vi) Memberikan tumpuan kepada kekuatan Pulau Pinang dalam bidang Elektronik dan Elektrikal serta mempelbagaikan aktiviti industri seperti pembuatan peralatan perubatan (medical devices), sains kesihatan, aeroangkasa dan teknologi LED;

(vii) Menggalakkan syarikat-syarikat Industri Kecil dan Sederhan (IKS) untuk menerap Industri 4.0 dalam operasi; dan

(viii) Bekerjasama dengan agensi-agensi dan pihak-pihak berkepentingan dalam memastikan Pulau Pinang mempunyai bakat yang mencukupi untuk memenuhi keperluan para pelabur.

Page 250: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

250

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Apakah perancangan kerajaan dalam menyelaraskan cadangan pemberian caruman KWSP kepada suri rumah oleh Kerajaan Pusat dengan surirumah di negeri ini?

(a). Apakah contoh-contoh cadangan aktiviti atau program pemerkasaan wanita yang akan dilakukan oleh kerajaan?

(b). Bagaimanakah bentuk pembelaan kerajaan kepada golongan ini?

YAB. Ketua Menteri:

10. Pelaksanaan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah adalah program di bawah Kerajaan Persekutuan di mana Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menyediakan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) yang dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri pada penghujung Julai 2018. Kerajaan Negeri menyokong sepenuhnya cadangan ini dan akan menerima pakai kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

(a) Antara program atau aktiviti pemerkasaan wanita yang telah dan akan dilaksanakan di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) Klinik Guaman - Membincangkan isu-isu berkaitan dan tindakan yang boleh diambil oleh wanita yang mengalami keganasan rumahtangga.

(ii) Klinik De’Stress - Memberi pendedahan personaliti diri, kemahiran asas kaunseling, kemahiran komunikasi dan teknik pengurusan emosi seperti stres, dan marah.

(iii) Program WAJA - Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat khususnya mengenai jenayah.

(iv) Bengkel kraftangan - Mengajar membuat kraftangan dan membantu mencari pasaran untuk hasil kraftangan tersebut supaya dapat menjana pendapatan.

(v) Women in Economy Conference 2018 - Persidangan bagi wanita yang menceburi dunia keusahawanan.

(vi) Penang Goes Orange (PGO) - Kempen kesedaran mengenai usaha membanteras keganasan terhadap wanita yang diadakan pada 25 November setiap tahun.

(vii) Bengkel Pemerkasaan dan Kepimpinan Wanita MPKK - Bengkel ini dianjurkan untuk ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Modul seperti kesedaran hak dan gender, kepimpinan, kerjasama dalam kumpulan dan pengucapan awam akan dibincang dalam bengkel ini.

(b) Program yang dirancang dan dilaksanakan memberikan pembelaan secara tidak langsung kepada golongan wanita dari aspek-aspek seperti berikut:

(i) Ekonomi - Memastikan kemahiran yang dipelajari dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk menjana pendapatan mereka sendiri.

(ii) Pembangunan Kapasiti – Memberi pendedahan kepada wanita tentang hak-hak wanita khasnya melalui undang-undang Keluarga Islam dan bukan Islam. Melalui program yang dianjurkan mereka dapat mengetahui arah dan hala tuju sekiranya berlaku penceraian dan penderaan bagi memastikan nasib mereka terbela.

(iii) Kesejahteraan emosi – Memberi pendedahan dan pembelajaran betapa pentingnya menangani stres dan emosi yang tidak stabil bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini apabila menghadapi konflik dan masalah khasnya di rumah dan di tempat kerja. Program ini juga memberi ruang kepada wanita melepaskan stres dan emosi yang terganggu agar tidak melarat dan dilepaskan kepada anak-anak atau medium yang tidak sewajarnya.

Page 251: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

251

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Adakah kerajaan mempunyai rekod penubuhan koperasi bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi rakyat? Jika ya, berapakah jumlah koperasi yang berdaftar dan sejauh manakah koperasi tersebut menjana pendapatan ekonomi tempatan?

(a). Bagaimana status keaktifan setiap koperasi dan bagaimana kerajaan membantu koperasi membiayai perjalanan operasi mereka?

YAB. Ketua Menteri:

11. Sehingga 31 Disember 2017, bilangan koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pulau Pinang berjumlah 716 koperasi dengan jumlah keahlian sebanyak 233,591 orang, manakala jumlah syer dan yuran adalah sebanyak RM643,597,765.50. Pemilikan asset koperasi adalah sebanyak RM3,980,978,288.75 yang menyumbang kepada jumlah perolehan koperasi sebanyak RM1,231,567,728.30.

Penglibatan koperasi di Pulau Pinang dalam Bidang Keberhasilan Utama selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2011-2020 dalam sektor kewangan, pertanian dan industri asas tani, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan dijangkakan akan meningkatkan lagi prestasi perolehan koperasi sebanyak 11 peratus dari RM1.23 billion pada 31 Disember 2017 kepada RM1.37 billion pada 31 Disember 2018.

Peningkatan jumlah perolehan koperasi ini secara tidak langsung telah mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, menjana pendapatan dan membangunkan ekonomi Negeri Pulau Pinang.

(a) Daripada 716 koperasi, sebanyak 497 adalah merupakan koperasi aktif, dengan jumlah keanggotaan sebanyak 220,205 orang, manakala jumlah syer / yuran sebanyak RM641,532,183.15. Pemilikan aset koperasi berjumlah RM3,976,278,583.00 dan jumlah perolehan RM1,230,234,290.67.

Kerajaan melalui SKM membantu dan mengawal selia koperasi melalui Akta Koperasi 1993 dan Peraturan Koperasi 1995, di samping memberi bimbingan dan khidmat nasihat perakaunan bagi memastikan tadbir urus koperasi yang lebih cekap.

Selain itu, SKM turut menyediakan pembiayaan kepada koperasi melalui Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) kepada koperasi yang layak dan memenuhi syarat tidak melebihi RM10 juta untuk setiap koperasi melaksanakan aktiviti perniagaan selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2011-2020.

Bantuan Pembangunan Koperasi juga diberi berdasarkan permohonan oleh koperasi untuk menjalankan aktiviti yang berdaya maju, tertakluk kepada peruntukan kewangan yang sedia ada.

Manakala, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) juga turut menawarkan latihan dan kursus wajib bagi memastikan perniagaan dan tadbir urus koperasi adalah lebih berkesan.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Berapakah jumlah rumah kos rendah yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008? Jika ada, sila perincikan kawasan projek serta jumlah/unit rumah mengikut kategori (kos rendah/sederhana rendah/dsb).

(a). Adakah kerajaan membina rumah tersebut melalui agensi kerajaan mahupun rakan usahasama dari pemaju swasta?

(b). Mohon perincikan pelaksanan projek dari tahun 2008-2017.

YAB. Ketua Menteri:

12. Usaha menyediakan rumah kepada setiap rakyat Negeri Pulau Pinang merupakan agenda berterusan Kerajaan Negeri khususnya bagi Rumah Mampu Milik (RMM) A dan B. Dasar Penyediaan Rumah Kos Rendah / Rumah Sederhana Rendah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mensyaratkan pemajuan yang melebihi 99 unit di kawasan bandar dan 149 unit di kawasan luar

Page 252: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

252

bandar untuk membina 30% RMM A atau B atau kombinasi keduanya perlu dipatuhi oleh setiap pemaju.

Di bawah dasar ini, sebanyak 86 projek rumah kos rendah telah dibina dan memperolehi Sijil Layak Menduduki (OC) / Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) yang melibatkan penyediaan sebanyak 15,288 unit RMM A sejak 2008 hingga 2018.

(a) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan syarikat swasta telah membina 7 projek perumahan yang berjumlah 4,307 unit yang terdiri dari 1,927 unit RMM A, 2,009 RMM B dan 371 RMM C.

(b) Senarai projek dan butiran lokasi Rumah Mampu Milik A, B dan C yang telah siap dan memperolehi Sijil Layak Menduduki (OC) /atau Perakuan Siap Kerja dan Pematuhan (CCC) sejak 2008 hingga 2017 seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BNHO NO. 12)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Adakah masih terdapat projek perumahan yang terbengkalai kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan? Jika ada, sila nyatakan secara terperinci.

(a). Kenapa kerajaan tidak meluluskan pembinaan projek tersebut?

(b). Dimanakah projek tersebut dicadangkan untuk pemajuan dan apakah tindakan kerajaan bagi menangani masalah kekurangan rumah mampu milik di kalangan rakyat?

YAB. Ketua Menteri:

13. Pemantauan dan pengkelasan projek perumahan swasta terbengkalai adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pada dasarnya, projek terbengkalai ditakrifkan sebagai projek-projek yang mengalami masalah seperti berikut:

(i) Projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh Perjanjian Jual dan Beli dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam (6) bulan secara berterusan; atau

(ii) Petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 218 Akta Syarikat 1966; atau

(iii) Syarikat diletakkan di bawah Pegawai Penerima dan Pengurus (Receiver & Manager); atau

(iv) Pemaju mengakui tidak berupaya secara bertulis kepada Pengawal Perumahan; dan

(v) Disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Seksyen 11 (1) (c) Akta 118.

(a) Berdasarkan definisi ini juga, tiada projek perumahan terbengkalai disebabkkan tidak mendapat kelulusan Kebenaran Merancang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

(b) Kerajaan Negeri sendiri telah merancang sebanyak lapan belas (18) projek perumahan mampu milik yang bakal menyediakan sebanyak 27,080 unit perumahan mampu milik yang terdiri daripada 717 unit RMM 'A', 9,283 unit RMM 'B' dan 17,080 unit RMM Jenis 'C' bagi mengatasi kekurangan rumah mampu milik di Pulau Pinang.

Daripada lapan belas (18) projek tersebut, projek Bandar Cassia Fasa 1 yang mengandungi 520 unit rumah (149 RMM 'B' dan 371 RMM 'C' ) telah siap dan memperolehi Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Enam (6) projek lagi yang bakal menyediakan 80 unit RMM 'A', 1,790 unit RMM 'B' dan 2,507 unit RMM 'C' dalam peringkat pembinaan iaitu projek di Kampung Kepala Gajah, Permatang Tok Suboh, Dua Residensi di Teluk Kumbar, Jiran Residensi di Kampung Jawa, Butterworth dan The Rise, SP Chelliah. Kerja-kerja tanah juga telah dimulakan di tapak Sandiland Foreshore dan kerja pembinaan dirancang pada suku keempat 2018. Maklumat senarai projek, status pelaksanaan, bilangan unit dan kategori RMM adalah seperti di Lampiran A.

Dibawah Dasar Penyediaan Rumah Kos Rendah / Rumah Sederhana Rendah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sebanyak 122 projek telah dibina dan memperolehi Sijil Layak Menduduk (OC) / Perakuan Siap Kerja dan Pematuhan (CCC) yang melibatkan penyediaan sebanyak 27,436 RMM 'A' dan 'B' dari tahun 2008 hingga 2017.

Page 253: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

253

Ini adalah jauh berbeza dengan jumlah RMM Jenis 'A' dan 'B' yang telah siap dibina dari tahun 1999 hingga 2007 di mana hanya 5,154 unit RMM Jenis 'A' dan 'B' telah siap dibina.

RUJ. LAMPIRAN A (BNHO NO. 13)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Berapakah jumlah keuntungan yang diperolehi oleh Pihak Berkuasa Air (PBA) Pulau Pinang dari tahun 2008 hingga 2017?

(a). Mohon perincikan keuntungan kutipan mengikut tahun dan bagaimanakah pendapatan tersebut dibelanjakan?

YAB. Ketua Menteri:

14. Jumlah keuntungan sebelum cukai yang diperolehi oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) mulai dari tahun 2008 hingga 2017 adalah sebanyak RM344.5 juta, manakala keuntungan selepas cukai adalah sebanyak RM347.5 juta.

(a) Perinciannya adalah seperti jadual di bawah.

Keuntungan PBAPP dari tahun 2008 hingga 2017:

JUMLAH KEUNTUNGAN

TAHUN SEBELUM CUKAI

RM (juta) SELEPAS CUKAI

RM (juta)

2008 29.1 *32.4

2009 18.1 17.2

2010 33.2 28.4

2011 44.1 *47.5

2012 25.5 *30.9

2013 29.5 *30.0

2014 26.8 26.0

2015 46.0 39.3

2016 50.2 *57.4

2017 42.0 38.4

JUMLAH 344.5 347.5

Pendapatan ini digunakan untuk perbelanjaan operasi dan perbelanjaan modal syarikat.

• Nilai keuntungan selepas cukai melebihi keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan bagi tahun 2008, 2011, 2012, 2013 dan 2016 adalah disebabkan lebihan cukai yang telah dibayar pada tahun tersebut dikembalikan (Re-investment)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Berapakah keluasan tanah yang disyaratkan kepada pemaju perumahan untuk dijadikan kawasan wakaf bagi rumah ibadat selain surau dalam setiap projek pemajuan perumahan?

(a). Apakah kriteria yang membolehkan kelulusan membina rumah ibadat selain surau dilaksanakan?

YAB. Ketua Menteri:

15. Kemudahan masyarakat yang mencukupi merupakan keperluan asas yang penting bagi menjamin keselesaan penduduk. Penyediaan kemudahan masyarakat perlu mengambil kira keperluan kemudahan dari segi bilangan dan taburan penduduk di kawasan sekitar. Kerajaan Negeri telah mensyaratkan keluasan tanah kepada pemaju perumahan untuk dijadikan kawasan tapak untuk Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) dalam projek pemajuan perumahan adalah 0.1 meter persegi bagi setiap penduduk setara.

Antara kriteria yang diambil kira dalam mempertimbangkan lokasi tempat RIBI dalam permohonan kebenaran merancang adalah seperti berikut:-

(i) Kedudukan rumah ibadat bukan islam yang tidak bersebelahan dengan tapak surau/masjid;

Page 254: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

254

(ii) Lokasinya yang mempunyai kemudahsampaian yang baik;

(iii) Saiz dan bentuk tanah yang boleh dimanfaatkan;

(iv) Keadaan tanah yang rata dan tidak berbukit;

(v) Pemohon perlu kemukakan Permohonan Kebenaran Merancang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui perunding berdaftar;

(vi) Permohonan tersebut dirujuk kepada Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam untuk perakuan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa One Stop Centre (OSC) untuk pertimbangan dan kelulusan.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Bagaimana kerajaan merancang untuk menangani masalah banjir di Pulau Pinang?

(a). Adakah sebarang cadangan untuk membina tebatan banjir?

(b). Jika ada, berapakah kos yang diperuntukkan untuk cadangan pembinaan tersebut?

(c). Kawasan manakah yang akan dimajukan sebagai kawasan tebatan banjir dan bilakah projek ini akan dimulakan?

YAB. Ketua Menteri:

16. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah merancang beberapa Program Tebatan Banjir seperti High Impact Projects (HIP) dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Caruman Perparitan dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri serta projek way forward yang bernilai besar yang memerlukan suntikan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

(a) Terdapat 8 projek tebatan banjir High Impact, 6 projek RTB di bawah Caruman Perparitan dan 13 projek way-forward bagi dilaksanakan sehingga tahun 2030 yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri.

(b) Keseluruhan kos yang diperuntukkan bagi cadangan pembinaan projek High Impact dan RTB di bawah Caruman perparitan adalah berjumlah RM201,100,000.00. Manakala bagi projek way forward yang memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM1.0 billion.

Kawasan yang akan dilaksanakan projek-projek tebatan banjir ini merangkumi kesemua daerah di Pulau Pinang dan terdapat projek yang telahpun dimulakan. Perincian projek adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BNHO NO. 16)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Berapakah jumlah Pegawai Penguatkuasa Agama dan kakitangan yang terdapat di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP)?

(a). Apakah jenis undang-undang yang dikuatkuasakan dan dalam kes bagaimanakah bidang tugas Pegawai Penguatkuasa Agama boleh diaplikasikan?

(b). Kenapa masih terdapat kes-kes perjudian dan pelanggaran akta halal haram yang tidak dikuatkuasakan dengan lebih serius dan efektif?

YAB. Ketua Menteri:

17. Kekuatan Bahagian Penguatkuasaaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) adalah berjumlah 59 orang yang terdiri daripada 54 orang Pegawai Penguatkuasa Agama dan 5 orang kakitangan sokongan.

(a) Undang-undang yang diguna pakai dan dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasa JHEAIPP adalah seperti berikut:-

(i) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996;

(ii) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang 2004;

(iii) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004; dan

Page 255: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

255

(iv) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pulau Pinang 2004

Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat, menangkap dan menyediakan pertuduhan terhadap mana-mana orang beragama Islam yang melakukan mana-mana kesalahan di bawah undang-undang yang tersebut di atas dan kesalahan itu berlaku di dalam Negeri Pulau Pinang.

(b) Bagi kes-kes perjudian, Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP samada melalui aduan, siasatan mahupun operasi sentiasa memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana orang Islam yang melakukan kesalahan tersebut. Kes perjudian melibatkan orang Islam yang didakwa di mahkamah bagi tempoh 2015 hingga Mei 2018 berjumlah 231 kes. Namun kewujudan premis perjudian adalah di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan.

Manakala bagi kes-kes pelanggaran Akta Halal dan Haram, undang-undang berkaitan Halal adalah tertakluk di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 di bawah Seksyen 28 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 di bawah Seksyen 29 yang mana akta ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan halal, Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP terlibat bagi membantu KPDNHEP dalam membuat pengesahan status halal sesuatu perkhidmatan, premis atau produk. Lain-lain urusan seperti aktiviti penguatkuasaan dan pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa KPDNHEP.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Bidang pertanian tidak kurang hebatnya menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi di negeri ini. Justeru, apakah tindakan kerajaan untuk menambah keluasan tanah bagi kegunaan pertanian?

(a). Adakah kerajaan memikirkan cadangan ini?

(b). Jika ada, di kawasan manakah yang dicadangkan untuk dijadikan kawasan pembangunan pertanian secara komersial dan produktif?

(c). Sila senaraikan kawasan tersebut.

YAB. Ketua Menteri:

18. Buat masa ini, antara perancangan Kerajaan untuk menambah keluasan tanah bagi kegunaan pertanian adalah menebus guna tanah dibawah rentas TNB termasuk tanah-tanah di bawah milikan Penang Development Coorperation (PDC). Untuk makluman, pada tahun 2016 Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri mewujudkan Taman Pengeluaran Makanan Baru di TKPM Ladang Mayfield yang berkeluasan 65 hektar di Seberang Perai Utara melibatkan 30 pengusaha seawal dibuka. Selain itu, satu inisiatif terbaru Kerajaan dalam menambah keluasan tanah bagi kegunaan pertanian ialah Agro Park Permatang Pauh yang berkeluasan 22 ekar di Lot 311 dan Lot 498, Mukim 19, Penanti Ara Kuda, Seberang Perai Tengah (SPT). Tapak ini dicadangkan kepada 10 pengusaha iaitu 2 ekar setiap pengusaha. Manakala 2 ekar akan digunakan sebagai tapak gunasama. Pengiklanan mengenai tapak ini telah dibuat melalui Sistem Perolehan Kerajaan Negeri pada 11 April 2017 dan ditutup pada 25 April 2017. Pengiklanan tapak ini juga dilakukan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang. Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) dan Jabatan Pertanian Negeri telah menemuduga peserta Projek Permatang Pauh Agropark yang dihadiri 8 peserta. Walaubagaimanapun, hanya tujuh (7) peserta ditawarkan seperti berikut

• Specific Cultivators Sdn. Bhd.

• Encik Saifulnuizam bin Abu Hassan

• Cik Sumathi A/P Jayabalan

• Koperasi Mengkuang Bestari Bukit Mertajam Berhad

• Stardew Valley Sdn. Bhd.

• Cik Yaashinni A/P Peraniandy

• Pewaris Alam Ventures

Page 256: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

256

Tapak ini telah dipajakkan dengan harga RM400.00 seekar setahun bagi tempoh pajakan 3+2 tahun bermula 12 Mac 2018 - 11 Mac 2023. Walau bagaimanapun, hanya empat (4) peserta menerima tawaran tersebut. Pihak Jabatan Pertanian Negeri kini dalam peringkat pembersihan kawasan tersebut setelah mengenal pasti tapak yang sesuai untuk kolam tadahan bagi sumber air pertanian.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk membina rangkaian perdagangan antarabangsa serta menambah kemasukan pelabur-pelabur asing di negeri ini?

(a). Setakat ini, berapakah jumlah kemasukan pelabur asing yang telah didaftarkan dan masih kekal sehingga sekarang?

(b). Mohon perincikan data syarikat luar mahupun pelabur asing tersebut dari tahun 2008 hingga 2017.

YAB. Ketua Menteri:

19. Di antara langkah-langkah utama yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam membina rangkaian perdagangan antarabangsa serta menambah kemasukan pelabur-pelabur asing ke Pulau Pinang adalah seperti berikut:-

(i) Meningkatkan kerjasama dan sinergi dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan pelaburan ke dalam Pulau Pinang dan terus mempromosi Pulau Pinang sebagai "Silicon Island of the East". Ini termasuk perkongsian sumber-sumber dan mengelakkan redundancy dan pembaziran. Contohnya, misi promosi pelaburan yang diselaraskan, perkongsian perisikan pasaran dan sebagainya;

(ii) Meningkatkan kesinambungan penerbangan antarabangsa dan serantau. Pulau Pinang akan terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi berkaitan untuk memudahcara lebih banyak penerbangan antarabangsa (menambah ke destinasi penting baru, seperti penerbangan terus ke Shanghai).

(iii) Memperluas dan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan pelabur baru dan pelabur sedia ada dari aspek peningkatan kapasiti penumpang dan kargo antarabangsa.

(iv) Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menaik taraf Pulau Pinang sebagai negeri antarabangsa yang sesuai didiami dan selari dengan konsep “work, live and play”. Ini termasuklah peningkatan kualiti pengangkutan awam - Pelan Induk Pengangkutan Awam (termasuk laluan Transit Aliran Ringan) untuk meningkatkan kualiti hidup di Pulau Pinang.

(v) Menaik taraf taman perindustrian dan taman komersial, dan memastikan infrastruktur memenuhi taraf antarabangsa. Bekerjasama dengan agensi-agensi untuk meningkatkan perkhidmatan jalur lebar supaya kualiti adalah bertaraf antarabangsa, selain kos yang berpatutan. Menaik taraf utiliti termasuk elektrik dan air untuk terus berdaya saing di peringkat antarabangsa.

(vi) Memantapkan ekosistem perniagaan di Pulau Pinang melalui sinergi syarikat multinasional, syarikat besar tempatan dengan tujuan untuk membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam industri-industri galakan.

(vii) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran di Pulau Pinang dan meningkatkan minat anak-anak muda dalam STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) termasuk sektor vokasional.

(viii) Terus memastikan kos menjalankan perniagaan di Pulau Pinang kekal kompetitif – menanda aras secara global dan serantau.

Page 257: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

257

(a) Jumlah kemasukan pelabur asing dapat dinilai melalui Nilai Pelaburan (FDI) yang dibawa masuk. Jumlah FDI bagi tempoh 2008 hingga 2017 yang dibawa masuk ke Pulau Pinang adalah seperti berikut:-

Tahun Jumlah FDI

(RM juta)

2017 8,540.49

2016 3,056.92

2015 4,498.73

2014 5,113.59

2013 1,794.39

2012 1,126.55

2011 7,146.00

2010 10,451.00

2009 1,449.00

2008 5,088.00

(b) Secara umumnya, syarikat-syarikat dari negara Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, China dan Singapura yang paling banyak membawa masuk pelaburan FDI ke Pulau Pinang bagi tempoh 2008 hingga 2017. Jumlah terkumpul Nilai Pelaburan FDI daripada negara-negara tersebut dalam sektor pembuatan di Pulau Pinang bagi tempoh 2008 hingga 2017 adalah seperti berikut:-

BIL NEGARA PELABUR Jumlah FDI (RM juta)

1. Amerika Syarikat 1,430.00

2. Jepun 5,700.00

3. Singapura 5,500.00

4. Jerman 5,200.00

5. Netherlands 4,300.00

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Apakah rancangan kerajaan dalam usaha memperkenalkan produk pelancongan di negeri ini?

(a). Setakat ini, adakah aktiviti ini telah dijalankan dengan jayanya?

(b). Jika ada, apakah jenis produk pelancongan yang telahpun dilaksanakan?

(c). Sila kemukakan status perkembangan aktiviti ini serta data terperinci pendapatan yang diperolehi hasil perlaksanaannya dan bagaimanakah ia dibelanjakan?

YAB. Ketua Menteri:

20. Rancangan Kerajaan Negeri dalam usaha memperkenalkan produk pelancongan di negeri ini adalah seperti berikut:

(i) Menggiatkan promosi produk pelancongan di peringkat antarabangsa melalui penyertaan dalam pameran pelancongan dan pameran perdagangan. Bagi pameran perdagangan antarabangsa, Kerajaan Negeri akan bersama-sama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Tourism Malaysia di bawah Pavilion Malaysia.

(ii) Mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa bagi berkongsi produk-produk pelancongan dan pengalaman Pulau Pinang.

(iii) Menganjurkan lawatan suai kenal (familiarisation trip) untuk agensi pelancongan, hotel dan media yang bertujuan untuk meninjau produk pelancongan bagi membangunkan pakej-pakej pelancongan yang bersesuaian.

(iv) Menggalakkan penganjuran lebih banyak program-program pelancongan bagi sebagai pelengkap kepada produk pelancongan.

Page 258: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

258

(a) Usaha memperkenalkan produk pelancongan telah dijalankan dengan jayanya berdasarkan pencapaian seperti berikut:

i) Kerajaan Negeri telah mempromosi produk pelancongan melalui penyertaan dalam International Tourism Board (ITB) Berlin pada Mac 2018, Shanghai World Travel Fair pada Mei 2018 dan World Travel Mart (WTM) pada November 2017.

ii) Kerajaan Negeri telah mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa seperti World Tourism Cities Federation (WTCF) pada Mac 2017 dan Asian Tourism Forum (ATF) pada Januari 2018.

iii) Kerajaan Negeri telah menganjurkan lawatan suai kenal bagi kumpulan ejen pelancongan India pada September 2017, kumpulan media dan wartawan pada Oktober 2017 dan kumpulan ejen pelancongan Hainan pada Januari 2018.

iv) Kerajaan Negeri telah menganjurkan pelbagai program seperti Penang Fun Experiences With Despicable Me 3 di Seberang Perai pada Jun 2017, Penang Hot Air Balloon Fiesta di Padang Polo pada Februari 2018, acara RM2 Mini Food Festival di Butterworth Artwalk pada April 2018 dan Food Truck Invasion di Batu Kawan pada April 2018.

v) Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan daripada beberapa organisasi pelancongan antarabangsa dan antara pengiktirafan yang diterima pada tahun 2017 adalah seperti berikut:

• Pulau Pinang tersenarai dalam 17 lokasi terbaik di dunia sebagai destinasi yang perlu dilawati bagi tahun 2017 oleh CNN.

• Persiaran Gurney dikenali sebagai salah satu daripada “25 Best Streets Around the World for Tourists to Visit Before You Die” oleh Traveller Australia.

• “Malaysia (namely Penang) as the ‘4 Countries With The Best Healthcare In The World’ (2017)” oleh International Living.

• “10 Amazing Asian Vacations That Won’t Cost a Fortune” oleh Time.com.

(b) Jenis produk pelancongan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

i) Alam semulajadi seperti The Habitat di Bukit Bendera dan Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam di Air Hitam.

ii) Pengembaraan (adventure) seperti Taman Tema Escape di Teluk Bahang dan The Gravityz di KOMTAR.

iii) Membeli-belah (shopping) seperti Design Village Outlet Mall di Batu Kawan.

iv) Rekreasi seperti Taman Rama-Rama Entopia di Teluk Bahang dan Taman Perbandaran di George Town.

v) Business events seperti SPICE Arena di Bayan Lepas.

vi) Perkampungan seperti Program Homestay yang merangkumi sebelas kluster perkampungan homestay di Pulau Pinang.

vii) Warisan seperti Tapak Warisan Dunia George Town dan Pinang Peranakan Mansion di George Town.

viii) Makanan seperti yang terdapat di kawasan George Town untuk Street Food, Pulau Aman untuk makanan laut dan Balik Pulau untuk buah durian.

ix) Kebudayaan seperti Kuil Kek Lok Si di Air Itam.

(c) Perkembangan produk pelancongan adalah berkadar terus dengan jumlah kemasukan pelancong. Jumlah pelancong asing yang masuk ke Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang adalah 1,407,785 pada tahun 2016 dan 1,546,779 pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 9.87%. Melalui kemasukan lebih ramai pelancong, industri-industri yang berkaitan seperti perhotelan, pengangkutan, kawasan-kawasan tarikan pelancong, kraftangan, makanan dan sebagainya akan berkembang

Page 259: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

259

pesat. Seterusnya, ia akan menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan dan perniagaan serta pertumbuhan ekonomi negeri yang akan meningkatkan taraf hidup rakyat. Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa produk-produk pelancongan di Pulau Pinang telah berkembang dengan baik. Kerajaan Negeri hanya mempunyai maklumat jumlah pendapatan bagi Program Homestay di Pulau Pinang yang dijalankan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Bagi tempoh Januari sehingga Disember tahun 2017, jumlah pendapatan sebanyak RM643,944.00 telah direkodkan melalui kemasukan 1,177 orang pelancong asing dan 4,614 orang pelancong domestik. Manakala bagi tempoh Januari hingga Jun 2018, jumlah pendapatan yang direkodkan adalah RM204,868 melalui kemasukan seramai 2,236 orang pelancong tempatan dan 349 orang pelancong asing. Perbelanjaan hasil tersebut adalah terpulang kepada pengusaha homestay masing-masing.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Apakah usaha yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan bagi membela golongan petani, pesawah dan nelayan di negeri ini?

(a). Setakat ini, berapakah data petani, pesawah dan nelayan yang berdaftar dengan kerajaan?

(b). Sila senaraikan status bantuan yang sedang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu golongan ini.

YAB. Ketua Menteri:

21. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dalam usaha membela golongan petani dan pesawah telah memberikan penumpuan dalam aspek berikut:-

(i) Melaksanakan program pengembangan pertanian,

(ii) Pembangunan industri tanaman;

(iii) Pembangunan pusat pertanian, dan

(iv) Pembangunan industri asas tani.

Manakala pendekatan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam membela golongan nelayan adalah seperti berikut:-

(i) Melahirkan komuniti nelayan maju, berdikari dan progresif;

(ii) Memudahcara ke arah peningkatan tangkapan; dan

(iii) Menyediakan kemudahan infrastuktur perikanan.

(a) Bilangan petani dan pesawah di Negeri Pulau Pinang yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian Negeri adalah seramai 13,988 orang. Manakala bilangan nelayan di Negeri Pulau Pinang yang berdaftar dan dilesenkan oleh Jabatan Perikanan Negeri adalah seramai 4,996 orang.

(b) Senarai bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri dan Jabatan Perikanan Negeri dalam membantu golongan petani, pesawah dan nelayan adalah seperti berikut:-

(i) Menyediakan Infrastruktur ladang;

(ii) Menyalurkan input pertanian seperti baja, racun dan sebagainya;

(iii) Bantuan jentera dan peralatan kecil ladang;

(iv) Perkhidmatan mekanisasi ladang;

(v) Penganjuran program latihan, bengkel dan seminar;

(vi) Progam peningkatan keberhasilan tanaman dan produk pertanian;

(vii) Pelaksanaan program memperkasa dan pengukuhan modal insan untuk Kelompok Pertanian, Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) dan Usahawan;

(viii) Program pemasaran dan promosi produk;

Page 260: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

260

(ix) Bantuan touch point berupa peralatan keselamatan nelayan termasuk nelayan darat;

(x) Pelaksanaan Agroprenuer Muda bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan agro;

(xi) Penubuhan Program Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) bagi memberikan ruang dan peluang kepada belia berumur 40 tahun ke bawah untuk menceburkan diri dalam sektor industri asas tani sebagai kerjaya;

(xii) Pemberian Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP) dan Geran Penuh Industri Asas Tani bagi membantu pengusaha kecil mempertingkatkan pengeluaran produk pertanian;

(xiii) Melaksanakan Program Tukun Tiruan bagi menambah kawasan pembiakan ikan di kawasan pesisiran pantai di Pulau Pinang; dan

(xiv) Melaksanakan Program Bantuan Pukat bagi Nelayan Pesisir Pantai Pulau Pinang sejak tahun 2013 melibatkan sebanyak lapan (8) siri bantuan.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Berapa ramaikah kaum Bumiputera di negeri ini menjalankan aktiviti perniagaan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS)?

(a). Adakah mereka menerima bantuan di bawah Skim IKS daripada kerajaan?

(b). Jika ada, berapakah jumlah penerima bantuan tersebut dan berapa amaun yang diterima?

(c). Adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk menyediakan tapak IKS kepada pengusaha-pengusaha IKS ini?

YAB. Ketua Menteri:

22. Angka sebenar bilangan kaum bumiputera secara keseluruhannya terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tidak dapat diperolehi. Walau bagaimanapun Kerajaan melalui agensi yang berkaitan ada merekodkan bilangan usahawan bumiputera yang menerima pelbagai bantuan dan insentif seperti berikut :

(a) Kerajaan ada menyediakan bantuan kepada usahawan bumiputera IKS melalui beberapa sumber seperti yang disediakan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) melalui Skim Pinjaman Harapan (SPH) dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) iaitu program mikrokredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran atau penjamin untuk membantu usahawan bumiputera IKS menceburi bidang perniagaan. Selain itu, usahawan bumiputera IKS turut dibantu oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) cawangan Pulau Pinang. SME Corp menyalurkan bantuan melalui beberapa program di antaranya Program Peningkatan Enteprise Bumiputera (BEEP); Business Accelator Program (BAP); dan Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

(b) Terdapat sejumlah 2,974 usahawan IKS termasuk usahawan bumiputera di seluruh Pulau Pinang mendapat bantuan berjumlah RM14.7 juta daripada PDC melalui Singapore Press Holdings (SPH) sejak tahun 2009 sehingga kini. Manakala SME Corp cawangan Pulau Pinang bagi tempoh 2017 hingga kini telah menyalurkan bantuan kepada 148 syarikat usahawan bumiputera IKS dengan jumlah bantuan RM19,063,515.00 di bawah Program BEEP; 8 syarikat dengan jumlah bantuan RM1,012,093.00 di bawah program BAP; dan 191 usahawan belia IKS dengan jumlah bantuan RM2,865,000.00 di bawah program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

(c) PDC telah membangunkan tapak IKS di lokasi strategik iaitu di Taman Perindustrian Bayan Lepas yang terdiri daripada 22 unit kilang teres satu tingkat di Sungai Keluang, Bayan Lepas untuk disewakan khas kepada pengusaha IKS bumiputera. Kadar sewa yang ditawarkan adalah pada kadar yang lebih rendah dari kadar sewa pasaran.

Tambahan lagi, PDC telah membina sebuah bangunan 4 tingkat di Fasa 4, Taman Perindustrian Bayan Lepas yang dikenali sebagai Penang SME Centre yang bertujuan sebagai pusat inkubasi kepada pengusaha-pengusaha IKS bumiputera tempatan, yang tidak mampu memiliki premis sendiri. Subsidi sewa yang diberikan dapat mengurangkan beban kos perniagaan dan meningkatkan daya saing IKS di pasaran antarabangsa. Selain

Page 261: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

261

daripada itu, PDC juga mempunyai projek-projek IKS yang lain di Bukit Tengah, Bukit Minyak dan Batu Kawan untuk dijual atau disewa kepada pengusaha IKS bumiputera tempatan.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Pengangkutan awam masih menjadi keperluan kepada penduduk khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.

(a). Adakah kerajaan masih melihat keperluan pembinaan pondok/perhentian bas di kawasan kampung khususnya di Seberang Perai?

(b). Berapakah jumlah perhentian bas yang telah dibina oleh kerajaan sejak tahun 2008 hingga 2017?

(c). Sila perincikan data tersebut mengikut KADUN.

YAB. Ketua Menteri:

23. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan keperluan pengangkutan awam yang efisien kepada seluruh penduduk Negeri Pulau Pinang termasuk infrastruktur perhentian bas. Kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih membina perhentian bas yang baru selain menaik taraf perhentian bas sedia ada termasuk di kawasan kampung di Seberang Perai.

Jumlah perhentian bas yang telah dibina oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sejak tahun 2008 sehingga 2017 berjumlah 440 buah perhentian bas. Perincian data bilangan perhentian bas yang telah dibina mengikut KADUN adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BNHO NO. 23)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Bersukan dan beriadah adalah baik untuk penjagaan kesihatan serta merapatkan persaudaraan dengan aktiviti yang sihat. Sejak 2008 hingga kini, berapakah jumlah kompleks riadah atau gelanggang futsal yang telah dibina oleh kerajaan?

(a). Jika ada, sila perincikan data tersebut mengikut KADUN. Adakah kerajaan bercadang membina kompleks riadah di kawasan DUN Permatang Berangan?

YAB. Ketua Menteri:

24. Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM42,354,648.45 dari tahun 2008 sehingga 2017 untuk penaiktarafan dan pembinaan kemudahan sukan yang baharu di Pulau Pinang. Perincian adalah seperti di Lampiran A.

Pada masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai cadangan untuk membina sebuah kompleks riadah di kawasan dewan undangan negeri (KADUN) Permatang Berangan. Namun begitu sebarang permohonan untuk tujuan tersebut boleh dikemukakan melalui Pejabat Daerah untuk pertimbangan pihak Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah bergantung kepada keutamaan, perancangan pembangunan yang menyeluruh dan kemampuan kewangan negeri.

RUJ. LAMPIRAN A (BNHO NO. 24)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Salah satu manifesto kerajaan adalah cadangan penyediaan laluan berbasikal 200 km di seluruh negeri. Di manakah kawasan laluan yang dicadangkan dan berapakah kos bagi projek tersebut?

(a). Bagaimanakah kerajaan melihat cadangan tersebut mampu mengurangkan kesesakan lalulintas sedia ada?

(b). Berapakah jumlah penunggang basikal di negeri ini yang berbasikal ke tempat kerja?

YAB. Ketua Menteri:

25. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan kemudahan pengangkutan di Negeri Pulau Pinang termasuk berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri berbasikal. Sehubungan itu, kemudahan infrastruktur laluan basikal telah disediakan untuk menggalakkan penduduk Pulau

Page 262: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

262

Pinang dan pelancong menggunakan basikal untuk perjalanan harian, senaman, riadah dan pelancongan. Kerajaan Negeri melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah merangka pelan laluan basikal secara bersepadu iaitu:

• Pada tahun 2010, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menyediakan satu Pelan Induk Laluan Basikal Pulau Pinang; dan

• Pada tahun 2011, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menyediakan Pelan Induk Laluan Basikal Seberang Perai.

Laluan-laluan kedua-dua pelan ini telah dilaksanakan secara berperingkat di seluruh Negeri Pulau Pinang sebagai salah satu manifesto Kerajaan Negeri untuk menyediakan laluan berbasikal sepanjang 200 km di seluruh negeri. Di antara perancangan kawasan laluan dan kos laluan basikal dalam kedua-dua pelan induk ini adalah seperti di Lampiran A.

(a) Kerajaan Negeri melihat penyediaan laluan berbasikal ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sedia ada, di mana usaha yang telah diambil adalah:

(i) Kerajaan Negeri bersama MBPP pada tahun 2016 adalah mewujudkan sistem perkongsian basikal yang lebih dikenali sebagai Link Bike. Sistem ini telah memberi kemudahan kepada penduduk tempatan dan para pelancong untuk menggunakan basikal terutamanya di kawasan George Town World Heritage yang mempunyai isipadu trafik yang tinggi. Kita dapat lihat pengurangan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak disebabkan pelancong menggunakan perkhidmatan Link Bike untuk ke kawasan heritage. Selain itu, dengan tindakan dan usaha yang diambil ini, bilangan pengguna basikal untuk aktiviti harian, bersenam dan berbasikal ke tempat kerja akan semakin meningkat dan secara langsung mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang termasuk mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor yang menyebabkan pencemaran udara dan bunyi;

(ii) Di samping itu, inisiatif beberapa kumpulan pengguna basikal yang telah menjadualkan aktiviti menunggang basikal ke tempat kerja. Antaranya seperti kumpulan ‘Bike2Work’ daripada kilang Intel di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas,‘Bike On Friday’(BOF) yang menunggang basikal dari Queensbay ke GAMA pada setiap Jumaat dan juga kumpulan‘EcoRider’. Syarikat ini juga telah menyediakan stesen-stesen Link Bike dalam kawasan premis untuk memudahkan pekerja mereka mengguna basikal ke tempat kerja, bergerak dalam kawasan kilang dan berurusan di luar kawasan kilang. Justeru, kesesakan lalu lintas sedia ada di Pulau Pinang dapat dikurangkan terutamanya di kawasan Perindustrian Bayan Lepas; dan

(iii) Kempen kesedaran dan program Cycle To Work kepada rakyat Pulau Pinang serta penyediaan laluan basikal yang komprehensif, selamat, selesa, bersambungan (inter-connected) dan mudah sampai (accessible) akan menyumbang kepada perbandaran rendah karbon (LCC) yang dapat menarik lebih ramai masyarakat untuk menggunakan kemudahan ini disamping dapat mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor di jalan raya.

(b) Berdasarkan rekod yang diperolehi mengenai jumlah penunggang basikal ke tempat kerja kumpulan ‘Bike2Work’daripada kilang Intel di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, ‘Bike On Friday’(BOF) yang menunggang basikal dari Queensbay ke GAMA pada setiap Jumaat dan juga kumpulan ‘EcoRider’. Jumlah bilangan peserta daripada kumpulan-kumpulan tersebut adalah lebih kurang 300 orang. Selain itu, syarikat intel juga merekodkan 500 orang pekerja telah mendaftar sebagai pengguna Link Bike dalam kawasan kilang untuk memudahkan pekerja mengguna basikal ke tempat kerja, bergerak dalam kawasan kilang dan berurusan di luar kawasan kilang. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri berusaha melaksanakan bancian bilangan penunggang yang berbasikal ke tempat kerja terutamanya laluan basikal di kawasan Perindustrian Bayan Lepas. Dengan usaha yang berterusan oleh pihak kerajaan dan swasta ini, bilangan peserta yang berbasikal ke tempat kerja akan meningkat pada masa hadapan.

RUJ. LAMPIRAN A (BNHO NO. 25)

Page 263: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

263

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Berapakah jumlah klinik atau hospital yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008?

(a). Bagaimanakah kerajaan dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan mengembangkan sektor pelancongan perubatan di negeri ini?

(b). Sila perincikan status aktiviti ini dan berapakah jumlah pusat perubatan berdaftar yang dikategorikan dan diiktiraf sebagai pusat pelancongan perubatan tersebut.

YAB. Ketua Menteri:

26. Pembinaan klinik dan hospital adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah Hospital Islam Pulau Pinang di Bayan Baru dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Yayasan Islam Pulau Pinang.

(a) Kerajaan dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan mengembangkan sektor pelancongan perubatan di negeri ini melalui inisiatif-inisiatif berikut:

(i) Meningkatkan daya saing hospital dalam kategori Medical Tourism melalui Penang Center of Medical Tourism (PMED). Pada masa ini, PMED dianggotai oleh 13 hospital dan bergiat aktif dalam pemasaran Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan perubatan yang terunggul;

(ii) Meluaskan promosi dan pemasaran pelancongan perubatan ke pasaran Asia Pasifik yang mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang seperti China dan Vietnam di samping mengekalkan hubungan dengan pasaran Indonesia yang selama ini menjadi pasaran utama Pulau Pinang;

(iii) Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta meningkatkan kemudahan dan kelengkapan untuk menerima pelancong perubatan; dan

(iv) Bekerjasama dengan pihak swasta untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam membina baru atau menaik taraf pusat perubatan pelancongan.

(b) Berdasarkan statistik daripada PMED, Pulau Pinang telah merekodkan sejumlah 347,100 pelancong perubatan bagi tahun 2016 dan 382,164 pelancong perubatan bagi tahun 2017 iaitu bersamaan dengan peningkatan sebanyak 10.1%. Dari segi pendapatan oleh pihak hospital pula, sejumlah RM458 juta direkodkan bagi tahun 2016 dan RM550 juta bagi tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 20%. Di Pulau Pinang, terdapat sejumlah enam (6) Pusat Pelancongan Perubatan yang berdaftar di bawah Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) iaitu Gleneagles Penang Hospital, Pantai Hospital, Island Hospital, Loh Guan Lye Specialist Centre dan KPJ Penang Specialist Hospital.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Adakah terdapat Biro Bantuan Guaman atau Pusat Rujukan Perundangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri sejak mentadbir dari tahun 2008?

(a). Bagaimana kerajaan melihat rakyat yang tidak berkemampuan dari segi kewangan dibantu melalui khidmat nasihat perundangan dan bantuan kewangan apabila diperlukan?

(b). Bagaimana kerajaan mendepani permasalahan ini? Berapa jumlah kes yang telah dibantu?

YAB. Ketua Menteri:

27. Sejak mentadbir negeri ini dari tahun 2008, Kerajaan Negeri tidak menyediakan Bantuan Guaman atau Pusat Rujukan Perundangan. Ini adalah kerana Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] menjelaskan bahawa semua jenis khidmat bantuan guaman dan rujukan perundangan kepada orang awam yang memerlukan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Melalui akta yang telah diluluskan itu, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan Biro Bantuan Guaman bermula September 1971 dan menurunkan kuasa pentadbir dan memantau Biro ini kepada Jabatan Peguam Negara. Buat masa ini Biro Bantuan Guaman terdapat di kesemua negeri di Malaysia

Page 264: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

264

termasuk Pulau Pinang yang beralamat di Aras 4, Bangunan Gunasama Persekutuan, Jalan Anson, George Town, Pulau Pinang.

(a) Adalah menjadi visi dan misi Kerajaan Negeri sejak mula memerintah Negeri Pulau Pinang pada tahun 2008 bagi mewujudkan sebuah negeri maju berdasarkan prinsip-prinsip bersama iaitu keadilan, demokrasi, kebebasan dan martabat manusia. Bagi tujuan pelaksanaan dan pentadbiran Akta 26, Ketua Pengarah Bantuan Guaman dilantik oleh Menteri untuk melaksanakan bidang kuasa di bawah Akta tersebut, yang secara khususnya dikendalikan oleh Jabatan Bantuan Guaman. Antara khidmat bantuan guaman yang diberikan di bawah Akta 26 adalah merangkumi bantuan guaman dalam kes-kes jenayah, bantuan guaman dalam tindakan sivil, nasihat guaman secara am, khidmat pengantaraan dan khidmat pendamping guaman. Mana-mana orang yang telah layak bagi bantuan guaman di bawah akta ini adalah dikehendaki untuk membayar kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman fi pendaftaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(b) Berdasarkan statistik yang diterima daripada Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang, sebanyak 5818 kes telah diselesaikan sejak 2013 sehingga 2017 yang melibatkan kes syariah, sivil kekeluargaan, sivil pelbagai dan jenayah di Pulau Pinang

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Bagiamana kerajaan menggalakkan minat anak-anak dalam bidang pendidikan sains dan inovasi dan apakah langkah yang diambil untuk memupuk modal insan dan mencungkil bakat mereka?

(a). Setakat ini adakah program yang telah dijalankan?

(b). Jika ada, berapakah dan bilakah program itu diadakan dan siapakah pesertanya?

(c). Adakah program itu berjaya? Sila perincikan maklumat tersebut.

YAB. Ketua Menteri:

28. (a) Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengalakkan minat anak-anak dalam pendidikan sains dan inovasi seperti berikut :-

(i) Menubuhkan Penang Science Cluster (PSC) untuk masyarakat belajar, berinteraksi dan menjalankan aktiviti berkaitan dengan bidang sains. PSC menganjurkan Penang International Science Fair (PISF) yang merupakan acara tahunan sejak tahun 2011 dan menawarkan bengkel sains dan teknologi kepada pelajar dan orang awam. Sehingga kini, tiga buah Science Cafe telah dibuka iaitu di Krystal Point, Wisma Yeap Chor Ee dan Pusat Perniagaan Alma;

(ii) Menubuhkan Karpal Singh Penang Learning Centre (KSPLC) yang menumpukan kepada pengajaranScience, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM). KSPLC bekerjasama dengan organisasi seperti Penang Skills Development Centre (PSDC), PSC, Tech Dome Penang dan @CAT dalam memupuk dan melibatkan golongan muda menghadapi Revolusi Industri 4.0;

(iii) Menubuhkan Tech Dome Penang (TDP) di KOMTAR bagi memupuk minat dalam bidang saintifik, inovasi teknologi dan keusahawanan. TDP menyediakan platform kepada semua lapisan masyarakat untuk menerokai keajaiban sains dan teknologi dan menganjurkan program-program seperti kem Sains, bengkel pendidikan, seminar, team building, dan pameran sains yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat;

(iv) Menubuhkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (PDL). Berikutan sambutan yang menggalakkan, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Perpustakaan Digital Pulau Pinang Fasa 2 (PDL-P2) di bangunan kuarters Kerajaan Negeri di Jalan Masjid Negeri yang dijangka mula beroperasi pada Disember 2018 dan Butterworth Digital Library (BDL) di kawasan Seberang Perai yang dijangka siap pada Oktober 2019. Kerajaan Negeri juga akan membangunkan Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang (PIDL) yang dijangka siap pada suku kedua tahun 2019 untuk menyediakan medium bidang keagamaan Islam secara elektronik kepada penduduk negeri Pulau Pinang; dan

(v) Menubuhkan sebuah Pusat STEM di Penang Hill Base Station untuk memperluaskan lagi pembelajaran STEM.

Page 265: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

265

(a) Perincian program-program STEM yang berjaya dilaksanakan dan bilangan peserta yang terlibat sehingga Jun 2018 adalah seperti di Lampiran A.

Program-program yang dianjurkan sememangnya berjaya dengan penglibatan oleh pelbagai lapisan masyarakat yang merangkumi guru, pelajar sekolah, ibu bapa, belia, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, pelancong, dan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S). Impak program-program ini dapat diterjemahkan dengan sambutan yang amat menggalakkan di mana ia berjaya menarik banyak penyertaan terutamanya pelajar-pelajar sekolah setiap kali sesuatu program STEM dianjurkan. Malahan, Kerajaan Negeri terpaksa menubuhkan lebih banyak pusat STEM dan meningkatkan kekerapan program STEM yang dianjurkan ekoran daripada permintaan dan sambutan yang mengalakkan.

RUJ. LAMPIRAN A (BNHO NO. 28)

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kesedaran sivik serta menanam semangat dan budaya kebersihan dan cintakan alam sekitar di kalangan warga Pulau Pinang?

(a). Sejak menjalankan kempen Zero Plastic Bags, berapakah kutipan setiap 20 sen yang dikenakan sejak 2013 dan apakah kesan positif yang dapat disimpulkan dari kempen ini?

YAB. Ketua Menteri:

29. Dalam memelihara kualiti alam sekitar di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan kepada empat aspek utama iaitu pengurusan, pemantauan, penguatkuasaan dan peningkatan tahap kesedaran rakyat. Sehubungan itu, langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kesedaran sivik serta menanam semangat dan budaya kebersihan serta cintakan alam sekitar di kalangan warga Pulau Pinang adalah dengan memperkenalkan Program Warga Hijau Pulau Pinang (Penang Green Citizens Programme). Penyertaan masyarakat di Negeri Pulau Pinang dalam Program Warga Hijau Pulau Pinang adalah berasaskan kepada konsep penyertaan secara sukarela. Program Warga Hijau Pulau Pinang dilancarkan dengan objektif bagi menarik minat dan penglibatan semua warga Pulau Pinang sama ada individu, pertubuhan atau syarikat supaya berikrar untuk mengamalkan 10 inisiatif hijau seperti berikut:-

(i) menjimatkan air;

(ii) menjimatkan tenaga;

(iii) menyokong inisiatif anti merokok;

(iv) mengurangkan penggunaan beg plastik;

(v) mencegah pembakaran terbuka;

(vi) membasmi sikap pembuangan sampah merata-rata;

(vii) mengurangkan carbon footprint;

(viii) menolak penggunaan polisterin;

(ix) mewujudkan masyarakat prihatin; dan

(x) mengamalkan gaya hidup 3R (reduce, recycle, reuse)

Melalui Program Warga Hijau Pulau Pinang, Kerajaan Negeri berhasrat memupuk perasaan Pemilikan (Ownership) di kalangan warga Negeri Pulau Pinang supaya masyarakat memikul tanggungjawab menjaga kebersihan di samping memelihara dan memulihara alam sekitar.

(a) Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma telah diperkenalkan di Pulau Pinang sejak tahun 2009 sebagai salah satu teras utama dalam pelaksanaan dasar Cleaner, Greener, Safer, Healthier & Happier Penang dan merupakan inisiatif untuk mendidik masyarakat supaya mengurangkan pengunaan beg plastik. Jumlah kutipan penggunaan beg plastik dari tahun 2013 hingga Jun 2018 adalah sebanyak RM5,524,122.91.

Page 266: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

266

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

30. Kerja-kerja pembersihan/kutipan sampah amat perlu bagi menjamin kebersihan sehari-hari. Justeru, bagaimanakah kerajaan melihat kerja-kerja ini diteruskan di kawasan perumahan?

(a). Adakah masih lagi dijalankan sepenuhnya oleh anggota unit pembersihan MPSP ataupun diserahkan kepada kontraktor swasta yang dilantik?

(b). Mohon jelaskan perlaksanaannya sejak tahun 2008 hingga kini dan bagaimanakah proses lantikan kontraktor dilakukan?

YAB. Ketua Menteri:

30. (a) Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP) sememangnya masih terus memberikan perkhidmatan kerja-kerja kutipan sampah di kawasan perumahan dengan kekerapan tiga (3) kali seminggu bagi menjamin kebersihan kawasan persekitaran di Seberang Perai.

Kerja-kerja kutipan sampah ini dijalankan sepenuhnya oleh anggota / pekerja pembersihan MPSP.

(b) Sejak tahun 2008 sehingga 2011 kerja-kerja kutipan sampah di Seberang Perai dijalankan oleh pekerja MPSP dan sebahagiannya dilaksanakan oleh kontraktor swasta yang dilantik. Namun mulai 22 Julai 2011 hingga kini, MPSP melaksanakan kerja-kerja kutipan sampah 100% dengan menggunakan kakitangan MPSP sepenuhnya tanpa lantikan kontraktor.

Perlaksanaan kerja-kerja pembersihan am pula, MPSP telah melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan di jalan-jalan negeri dan jalan perbandaran yang berdaftar dengan MARRIS.

Kontrak yang bermula pada 1 Januari 2018 ini dibahagikan kepada 9 zon mengikut kawasan depoh pembersihan seperti berikut :

i. Depoh Pembersihan Bertam

ii. Depoh Pembersihan Padang Cempedak

iii. Depoh Pembersihan Bagan Lalang

iv. Depoh Pembersihan Ampang Jajar

v. Depoh Pembersihan Berapit vi. Depoh Pembersihan Padang Lalang vii. Depoh Pembersihan Inderawasih viii. Depoh Pembersihan Asas Murni ix. Depoh Pembersihan Jawi

Bagi jalan yang tidak didaftarkan dengan Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya

Malaysia (MARRIS), tempat awam dan taman permainan, kerja pembersihan am masih dijalankan oleh anggota / pekerja pembersihan MPSP.

Proses lantikan kontraktor dibuat secara tender terbuka.

XIX. Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Berapakah jumlah pusat hiburan dan rumah urut yang dilesenkan di Pulau Pinang mengikut daerah bagi tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017?

YAB. Ketua Menteri:

1. Jumlah pusat hiburan dan rumah urut yang berlesen di Negeri Pulau Pinang mengikut daerah bagi tahun 2014 hingga 2017 adalah seperti di bawah.

Page 267: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

267

JUMLAH PUSAT HIBURAN DAN RUMAH URUT YANG DILESENKAN DI PULAU PINANG MENGIKUT DAERAH DARI TAHUN 2014 HINGGA 2017

DAERAH PUSAT HIBURAN KELUARGA RUMAH URUT

2014 2015 2016 2017 2014 2015 2016 2014

Seberang Perai Utara 32 38 1 0 2 18 9 5

Seberang Perai Tengah 51 97 4 2 3 24 12 8

Seberang Perai Selatan 4 9 1 0 1 5 3 3

Barat Daya 3 16 10 6 7 6 12 10

Timur Laut 40 34 33 13 15 11 27 26

Jumlah 130 194 49 21 28 64 63 52

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Mohon nyatakan apakah pelan serta rancangan masa depan dalam pembangunan masyarakat Melayu Islam di Pulau Pinang?

(a). Status pembangunan tanah wakaf.

(b). Pelan pembangunan pendidikan

YAB. Ketua Menteri:

2. Dalam membangunkan semua lapisan masyarakat di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan sahsiah supaya wujud masyarakat yang seimbang dari segi rohani dan jasmaninya. Setiap tahun, Kerajaan Negeri memperuntukan sejumlah perbelanjaan bagi tujuan pembangunan yang merangkumi semua lapisan masyarakat termasuk Melayu Islam. Pelbagai program dan projek telah dirancang, antaranya ialah Projek Khas Ekonomi yang meliputi Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin,Program Peningkatan Ekonomi Golongan Miskin/ Pembangunan Industri Desa ( Bantuan Peralatan ), dan Program Pembangunan Modal Insan kepada golongan miskin. Program sedemikian terbukti dapat membantu golongan sasar keluar dari garis kemiskinan di mana 80% terdiri daripada orang Melayu. Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) diberi peruntukan oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM12 juta pada tahun 2018 bagi tujuan membina dan menaiktaraf infrastruktur seperti masjid, surau, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Maahad Tahfiz Negeri. Manakala di bawah program pembasmian kemiskinan melalui program Agenda Ekonomi Saksama sejak tahun 2009 Kerajaan Negeri memberi bantuan kewangan bulanan secara top-up kepada individu/keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita RM220. Setakat Jun 2018, seramai 1,117 orang miskin telah mendapat manfaat daripada Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM29,586,722.00 dan 80% daripada penerima bantuan ini adalah Melayu Islam.

Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) dan skim seumpama ini akan diteruskan bagi menggurangkan kemiskinan melalui program mikrokredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu usahawan tempatan, penganggur dan golongan miskin termasuk dari golongan Melayu Islam untuk menceburi bidang perniagaan.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia termasuk Melayu Islam untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan.

(a) Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah melaksanakan rancangan pembangunan tanah wakaf secara berterusan dengan tujuan memelihara kepentingan ekonomi serta kebajikan masyarakat Melayu Islam Pulau Pinang. Bagi tempoh 2011 hingga 2018 MAINPP telah berjaya membangunkan sejumlah 373 unit kediaman dan 13 unit komersial di seluruh negeri Pulau Pinang. Pada tahun 2018 sahaja, MAINPP telah berjaya menyempurnakan dua (2) projek perumahan iaitu 68 unit kediaman bagi projek Pangsapuri Wakaf Muhamed Hashim di Seberang Jaya dan 77 unit kediaman dan 4 unit komersial bagi projek Pangsapuri Siti dan Hajjah Norijah di Sg. Nibong.

Page 268: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

268

Tambahan itu, terdapat juga projek perumahan yang sedang dalam pembinaan dan dalam perancangan untuk dibangunkan yang merangkumi 4,450 unit kediaman dan 181 unit komersial

Selain membangunkan projek kediaman dan komersial, tanah wakaf juga dibangunkan dengan projek seperti pembinaan sekolah agama, dewan serbaguna, perumahan khas untuk asnaf zakat, rumah transit atau pusat sehenti saudara baharu (muallaf) dan pembinaan hospital Islam.

(b) Manakala di bawah pelan pembangunan pendidikan pula, keperluan dalam meningkatkan mutu Institusi Pendidikan Islam selaras dengan slogan ''Ke arah Pendidikan Berkualiti dan Berkat” yang terkandung di dalam Pelan Pendidikan 2017 – 2021 JHEAIPP telah dilaksanakan. Di antara intipati yang terkandung di dalam pelan tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Penubuhan Majlis Muafakat Pendidikan Islam

Dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa MMK Agama Islam dan dianggotai oleh Pengarah JHEAIPP, Pengarah Pendidikan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAINPP dan pengerusi Majlis Guru Besar Tadis, Majlis Pengetua Tahfiz, Majlis Pengetua SMAR & SABK, Majlis Guru Besar SRAR, Pengerusi Ikatan Guru dan Penyelia KAFA dan Majlis Tuan Guru Pondok. Majlis ini bertujuan meneliti dan menasihati Kerajaan Negeri bagi penambahbaikan serta pemantapan perkara-perkara dasar yang menyentuh aspek pendidikan Islam di Pulau Pinang secara menyeluruh.

(ii) Penstrukturan Semula Bahagian Pendidikan

Dari semasa ke semasa melihat keperluan untuk menyemak semula skim perjawatan bahagian pendidikan memandangkan adanya pertambahan institusi-institusi pendidikan yang diletakkan di bawah kawalan bahagian ini di mana tugas penyeliaan dan perlaksanaan bidang tugas menjadi lebih luas.

(iii) Pemantapan Kelas-Kelas KAFA

Mewujudkan persekitaran yang kondusif di mana guru memainkan peranan sebagai fasilitator pembelajaran dan pelajar dapat mengembangkan kemahiran kendiri yang diperlukan untuk ke peringkat pembelajaran yang lebih tinggi.

(iv) Kerjasama di antara Pihak Kolej Islam Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) dan Sekolah-Sekolah Agama

Bagi memastikan kesinambungan dan perkembangan ilmu, para pelajar di Sekolah-Sekolah Agama diberi keutamaan menyambung pengajian di Kolej Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB). Sehubungan dengan itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak KITAB dan Sekolah-Sekolah Agama di seluruh negeri Pulau Pinang telah dipersetujui bersama bagi tujuan tersebut.

(v) Naiktaraf dan Pembinaan Baru Sekolah Agama;

Kerajaan Negeri menyediakan sejumlah peruntukkan setiap tahun bagi tujuan menaik taraf dan membina baru sekolah agama yang usang. Umpamanya, pada tahun 2018 sebuah sekolah iaitu Sekolah Agama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dijangka siap pembinaannya dan dua buah sekolah agama pula dijangka akan dibina iaitu Sekolah KAFA Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas dan Sekolah Agama Rakyat Masjid Tuan Guru, DTL. Kesemua sekolah ini dijangka dapat menampung hampir 900 orang pelajar.

(vi) Pemerkasaan Bidang Tahfiz Al-Quran

Pemberian sumbangan kepada para hafiz Al-Quran telah dimulakan pada tahun 2008 dan akan diteruskan sebagai tanda penghargaan kepada para Huffaz yang menunjukkan kesungguhan untuk memartabatkan serta memelihara kitab suci Al-Quran. Disamping itu, pihak JHEAIPP juga terus bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk memastikan keselamatan bangunan-bangunan sekolah tahfiz di seluruh negeri Pulau Pinang diberi perhatian.

Page 269: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

269

(vii) Kerjasama Berterusan Dengan Pihak JAKIM.

Mengadakan kerjasama dengan Cawangan Pendidikan Islam, JAKIM dalam memantapkan dasar pendidikan Islam yang melibatkan pengurusan KAFA dan pengurusan Sekolah Agama termasuk pengurusan pondok dan tahfiz.

Kesimpulannya, Kerajaan Negeri melalui JHEAIPP dari semasa ke semasa terus memberi perhatian kepada keperluan terkini dalam menambahbaik pelan pendidikan Islam di Pulau Pinang dengan mengambil kira akan keperluan – keperluan baharu atau mengemaskini yang sedia ada supaya selaras dengan peredaran semasa.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Mohon kerajaan nyatakan apakah tindakan jangka masa pendek dalam menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di negeri Pulau Pinang? Sebagai contoh kesesakan puncak di lebuhraya dari kedua-dua arah di antara jambatan pertama dan bulatan Seberang Jaya.

YAB. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri sememangnya sedia maklum tentang masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Pulau Pinang. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah menyediakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang sejak tahun 2015 lagi bagi tindakan jangka panjang penyelesaian isu trafik. Bagi tindakan jangka pendek pula, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan-tindakan berikut bagi mengurangkan kadar kesesakan jalan raya di Pulau Pinang:

(i) Menjalankan kajian lalu lintas bagi menaik taraf jalan-jalan utama yang bermasalah;

(ii) Penyelarasan pengurusan sistem lampu isyarat agar setiap persimpangan lampu isyarat dapat berhubung antara satu sama lain;

(iii) Memperkenalkan perkhidmatan bas percuma CAT di kawasan- kawasan yang mempunyai kadar kesesakan yang tinggi;

(iv) Meletakkan kamera CCTV bagi tujuan pemantauan dan kawalan lalu lintas; dan

(v) Mengadakan penguatkuasaan secara berterusan terutama di persimpangan dan jalan utama.

Bagi masalah kesesakan yang berlaku di antara Jambatan Pertama dan Bulatan Seberang Jaya, cadangan bagi membinaelevated highway telah dikemukakan kepada pihak UKAS dan PLUS sejak tahun 2017 lagi.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Nyatakan statistik tangkapan jenayah dadah dan daun ketum dalam tempoh 4 tahun dari 2014 hingga 2017 di Pulau Pinang?

(a). Mengikut daerah-daerah.

(b). Mengikut pecahan bangsa dan umur.

(c). Apakah tindakan kerajaan untuk menangani masalah ini?

YAB. Ketua Menteri:

4. (a) Statistik Tangkapan Jenayah Dadah Di Pulau Pinang Dari Tahun 2014 Hingga 2017 Mengikut Daerah

DAERAH 2014 2015 2016 2017 JUMLAH

TIMUR LAUT 4,957 3,797 4,839 3,433 17,026

SPU 3,420 2,388 3,217 2,256 11,281

SPT 2,843 2,499 3,835 2,810 11,987

SPS 1,706 1,353 2,273 1,831 7,163

BARAT DAYA 2,386 1,779 2,578 1,993 8,736

JUMLAH 15,312 11,816 16,742 12,323 56,193

Page 270: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

270

Statistik Tangkapan Jenayah Ketum Di Pulau Pinang Dari Tahun 2014 Hingga 2017 Mengikut Daerah

DAERAH 2014 2015 2016 2017 JUMLAH

TIMUR LAUT 54 81 147 71 353

SPU 65 137 148 131 481

SPT 58 118 215 309 700

SPS 46 78 177 126 427

BARAT DAYA 300 263 309 162 1,034

JUMLAH 523 677 996 799 2,995

(b) Jumlah Tangkapan Ketum Mengikut Pecahan Bangsa/Umur Bagi Tahun 2014 Sehingga 2017

Tahun 2014

Peringkat Umur Melayu Cina India Lain Bangsa Rakyat Asing

13 ke bawah - - - - -

14 – 18 tahun 31 - - - 1

19 – 24 tahun 149 3 3 - 3

25 – 29 tahun 90 - 2 1 1

30 – 34 tahun 67 - 1 4 3

35 – 40 tahun 59 1 - - 2

41 tahun ke atas 95 4 2 1

Jumlah 491 8 8 6 10

Tahun 2015

Peringkat Umur Melayu Cina India Lain Bangsa Rakyat Asing

13 ke bawah - - - - -

14 – 18 tahun 58 2 1 - 1

19 – 24 tahun 173 20 8 1 4

25 – 29 tahun 125 3 2 2 2

30 – 34 tahun 101 2 1 3 1

35 – 40 tahun 68 1 3 1 -

41 tahun ke atas 94 - - - -

Jumlah 619 28 15 7 8

Page 271: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

271

Tahun 2016

Peringkat Umur Melayu Cina India Lain Bangsa Rakyat Asing

13 ke bawah 1 - - - -

14 – 18 tahun 65 3 - - 3

19 – 24 tahun 257 7 12 - 3

25 – 29 tahun 187 7 7 - 4

30 – 34 tahun 159 5 2 - 2

35 – 40 tahun 130 12 12 1 4

41 tahun ke atas 109 2 1 - 1

Jumlah 908 36 34 1 17

Tahun 2017

Peringkat Umur Melayu Cina India Lain Bangsa Rakyat Asing

13 ke bawah - - - - -

14 – 18 tahun 49 - 5 - -

19 – 24 tahun 213 - 13 - 6

25 – 29 tahun 140 - 1 - 9

30 – 34 tahun 120 2 3 - 5

35 – 40 tahun 90 3 2 - 8

41 tahun ke atas 120 1 2 2 5

Jumlah 732 6 26 2 33

(c) Tindakan untuk menangani masalah ini :-

(i) Menjalankan operasi pembenterasan dadah dan ketum secara berterusan.

(ii) Mengambil tindakan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) terhadap pengedar-pengedar dadah.

(iii) Mengambil tindakan keatas penagih tegar yang berulang menggunakan dadah di bawah Sek. 39C ADB 1952.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Nyatakan pembangunan yang telah dijalankan dalam tempoh 10 tahun di kawasan Penaga dan pembangunan yang sedang dirancang?

YAB. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Negeri telah melaksanakan dan merancang pelbagai projek di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penaga melalui Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) khusus untuk rakyat di kawasan berkenaan.

Berhubung perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan, Dasar Pembangunan Desa telah mengariskan empat komponen utama iaitu peningkatan modal insan, meningkatkan keusahawanan, peningkatan infrastruktur dan pengurangan kemiskinan di desa. Bertepatan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui peruntukan pembangunan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri telah menyediakan peruntukan secara tahunan bagi tujuan pembangunan desa bagi melaksanakan program dan projek di bawah Projek Khas Ekonomi seperti berikut :

(i) Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin (Bina Baru dan Baiki);

(ii) Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Naik taraf Komplek Gerai);

(iii) Program Peningkatan Ekonomi Golongan Miskin / Pembangunan Industri Desa ( Bantuan Peralatan);

(iv) Projek naik taraf Dewan Orang ramai;

Page 272: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

272

(v) Projek naik taraf Jalan Kampung dan Longkang; dan

(vi) Program Modal Insan

Pejabat Daerah selaku agensi utama di peringkat daerah akan membuat perancangan serta mengenal pasti penerima dan projek yang bersesuaian di bawah Projek Khas Ekonomi untuk dilaksanakan berdasarkan keutamaan dan keperluan di kawasan tersebut. Projek yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (PTDSPU) adalah seperti diLampiran A.

Di samping itu, terdapat juga projek pembangunan infrastruktur dan fizikal yang telah dan sedang dilaksanakan melalui jabatan pelaksana iaitu JKR dan JPS. Perincian projek yang dilaksanakan oleh JKR dan JPS masing-masing seperti di Lampiran B danC.

RUJ. LAMPIRAN A, B DAN C (BMYMP NO. 5)

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Nyatakan jumlah keluasan tanaman padi dan tanaman selain padi di kawasan Penaga?

YAB. Ketua Menteri:

6. Jumlah keluasan semasa tanaman padi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga adalah seluas 2,316.10 hektar. Manakala jumlah keluasan semasa tanaman selain padi meliputi buah, sayur, kelapa dan cendawan adalah seluas 24.86 hektar. Perincian keluasan mengikut tanaman di DUN Penaga adalah seperti berikut:-

TANAMAN LUAS FIZIKAL (HEKTAR)

Padi 2,316.10

Buah 3.6

Sayur 11.06

Kelapa 10.0

Cendawan 0.2

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Nyatakan jumlah keluasan tanah pertanian yang telah bertukar status dari pertanian kepada perumahan atau perniagaan dari tahun 2014 hingga 2017?

YAB. Ketua Menteri:

7. Jumlah keluasan tanah pertanian yang telah diluluskan pertukaran status dari pertanian kepada perumahan/perniagaan dari tahun 2014 hingga 2017 adalah seluas 194.456 hektar / 1,944,560 meter persegi. Perincian mengikut daerah adalah seperti di bawah.

TAHUN DTL DBD SPU SPT SPS

2014 1 7 - 13 8

2015 1 3 5 8 6

2016 - 5 3 3 5

2017 1 2 2 6 9

JUMLAH

3 17 10 30 28

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pendapatan pesawah, nelayan dan petani?

YAB. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri sentiasa memberi penekanan terhadap peningkatan hasil pengeluaran dan kualiti produk pertanian dengan penggunaan teknologi

Page 273: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

273

pertanian moden dan melalui penyampaian perkhidmatan pengembangan pertanian. Buat masa kini, pihak Jabatan Pertanian Negeri sedang berusaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi daripada 5.8 metrik tan per hektar kepada 7.0 metrik tan per hektar dalam tempoh dua tahun akan datang. Selain itu, bagi tanaman selain tanaman padi iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran, peningkatan sebanyak 10% disasarkan bagi setiap tahun. Peningkatan hasil pengeluaran padi, buah-buahan dan sayur-sayuran secara langsung akan meningkatkan pendapatan petani.

Untuk meningkatkan pendapatan nelayan pula, Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai bantuan untuk membela nasib nelayan di Negeri Pulau Pinang. Antara bantuan yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-

(i) Bantuan touch point berupa peralatan keselamatan nelayan;

(ii) Program Agroprenuer Muda bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rangkaian nilai industri pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan;

(iii) Program Tabung Usahawan Tani yang memberikan kepada para pengusaha terutamanya golongan muda dan belia berumur 40 tahun ke bawah untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan;

(iv) Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP) dan Geran Penuh Industri Asas Tani (IAT) bagi membantu pengusaha kecil dalam mempertingkatkan produk keluaran syarikat masing-masing, untuk membesarkan perniagaan, pembelian mesin dan sebagainya;

(v) Melaksanakan Program Tukun Tiruan bertujuan untuk menambah tempat pembiakan ikan yang secara langsung akan meningkatkan sumber perikanan terutama di kawasan pesisiran pantai di Pulau Pinang; dan

(vi) Melaksanakan Program Bantuan Pukat bagi Nelayan Pesisir Pantai Pulau Pinang sejak tahun 2013 di mana sehingga kini, sebanyak 8 siri bantuan telah diadakan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Nyatakan jumlah pekerja asing di Pulau Pinang dari tahun 2014 hingga 2017 dan apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengawal kebanjiran pekerja asing di Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

9. Jumlah pekerja asing di negeri Pulau Pinang dari tahun 2014 hingga 2017 adalah seperti berikut:

TAHUN BILANGAN PEKERJA ASING

2014 167,593

2015 57,680

2016 95,934

2017 93,651

Mengikut statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, George town merupakan bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Oleh itu peluang pekerjaan dan pelbagai aktiviti lain adalah sangat tinggi berbanding bandar-bandar lain di negara ini. Perkara ini sekaligus akan mengakibatkan berlakunya kebanjiran pekerja asing di negeri ini. Bagi mengawal kebanjiran pekerja asing di negeri ini, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) merancang Operasi Bersepadu bersama Jabatan Imigresen dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam operasi tersebut, jabatan-jabatan terlibat melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing bagi tujuan membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di samping memantau pekerja-pekerja asing yang telah tamat tempoh pendudukan di negara ini sebelum di hantar pulang ke negara masing-masing.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah sosial dan jenayah di kawasan penempatan pekerja asing yang bercampur dengan warga tempatan?

Page 274: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

274

YAB. Ketua Menteri:

10. Dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah di negeri Pulau Pinang terutama kes-kes yang melibatkan warganegara asing, pihak polis bersama agensi-agensi kerajaan negeri yang lain telah mengambil beberapa langkah agar masalah sosial dan kes jenayah tidak terus meningkat, keselamatan dan keselesaan orang ramai terus terjamin. Langkah – langkah yang diambil adalah seperti berikut :-

(i) Semua Ketua Polis Daerah telah diarah untuk mempertingkatkan pencegahan jenayah dengan menambahkan anggota polis beruniform, membuat rondaan bit jalan kaki dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), rondaan kereta peronda dan operasi-operasi berkala seperti Op Lusuh, Op Rentap, Op Lejang, Op Cegah Jenayah dan Op Utama Perdana (NKRA). Kesemua penugasan ini ditumpukan keatas tempat-tempat sasaran yang menghadapi peningkatan jenayah;

(ii) Tindakan proaktif juga diambil bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dan NGO-NGO bagi menerangkan dan menghebahkan maklumat dari segi menjaga harta benda dan nyawa. Ini termasuklah mengadakan kempen, ceramah dan penubuhan Rakan Cops untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya mengawal harta benda dan nyawa sendiri;

(iii) Jenayah-jenayah yang menjadi penyumbang utama kes misalnya samun, curi motosikal, pecah rumah dan ragut akan ditangani secara lebih berkesan dengan pengujudan Task Force khususnya di peringkat daerah dalam usaha menangani jenayah tersebut;

(iv) Meningkatkan penguasaan undang-undang berhubung pekerja-pekerja asing dengan melipatgandakan operasi mengesan, menahan dan menghantar semula pekerja tanpa izin;

( v) Meningkatkan kawalan dan pengawasan disepanjang persisiran dan perairan pantai;

(vi) Sentiasa mengawasi dalang dan sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI);

(vii) Menjalankan pemantauan dan pemeriksaan yang kerap terhadap pekerja asing;

(viii) Mengadakan kerjasama yang lebih erat bersama masyarakat setempat melalui pendekatan ‘Community Engagement’;

(ix) Mengadakan Kempen Pencegahan Jenayah;

(x) Mengadakan Kempen Pendaftaran VSP (Volunteer Smartphone Patrol);

(xi) Menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan;

(xii) Mengedarkan Risalah-Risalah Pencegahan Jenayah;

(xiii) Mempergiatkan pendekatan ‘Community Policing’ di kawasan tersebut;

(xiv) Mempergiatkan aktiviti AMANITA di kawasan tersebut.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Nyatakan jumlah rumah kos rendah yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri mengikut daerah dari tahun 2014 hingga 2017.

(a). Berapa jumlah pemohon?

(b). Berapa permohonan yang telah diluluskan dan yang masih menunggu?

YAB. Ketua Menteri:

11. Antara tempoh 2014 hingga 2017, tiada Rumah Mampu Milik A yang dibina oleh Kerajaan Negeri secara langsung. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Dasar Penyediaan Rumah Kos Rendah/Rumah Kos Sederhana Rendah Negeri Pulau Pinang mensyaratkan pemajuan yang melebihi 99 unit di kawasan bandar dan 149 unit di kawasan luar bandar untuk membina 30% RMM Jenis 'A' atau 'B' atau kombinasi keduanya. Dasar ini berjaya membekalkan sebanyak 5,664 Rumah Mampu Milik A dengan pecahan mengikut Daerah seperti Jadual berikut :

Page 275: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

275

TAHUN DTL DBD SPU SPT SPS

2014 - 376 196 669 180

2015 - 640 149 96 77

2016 - 1418 172 - 99

2017 - 1048 132 412 -

JUMLAH - 3,482 649 1,177 356

JUMLAH BESAR 5,664

(a) Dalam tempoh 2014 hingga 2017, sebanyak 15,256 permohonan baru Rumah Mampu Milik A (maksima RM42,000) direkod Sistem Maklumat Perumahan (SMP) Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

(b) Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan Pulau Pinang (JPPPPP)/SPEC telah memilih sejumlah 17,955 pemohon yang merangkumi senarai menunggu sedia ada termasuk mereka yang memohon sebelum tahun 2014. Senarai menunggu terkini Rumah Mampu Milik A sehingga Julai 2018 berjumlah 13,284 pemohon.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Berapakah hutang Kerajaan Negeri sekarang dan nyatakan sumber pendapatan kerajaan untuk membayar kembali hutang mengikut jadual.

YAB. Ketua Menteri:

12. Pada tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM625,442,355.90. Kerajaan Negeri telah menjelaskan bayaran anuiti pinjaman persekutuan mengikut Jadual Bayaran Balik yang telah ditetapkan dan ini menyumbang kepada penurunan jumlah hutang Kerajaan Negeri. Sehingga Jun 2018, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai baki hutang dengan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM61,224,547.50.

Sumber pendapatan Kerajaan Negeri adalah dari hasil negeri yang terdiri daripada 3 sumber iaitu hasil cukai seperti cukai tanah dan duti hiburan, hasil bukan cukai seperti bayaran pendaftaran pindah milik tanah dan terimaan bukan hasil seperti terimaan lebihan Kumpulan Wang Amanah serta pelbagai terimaan daripada Agensi Kerajaan. Sumber hasil ini digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan pembayaran hutang mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Banjir kerap berlaku di Pulau Pinang. Sejauh manakah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berfungsi.

(a). Nyatakan projek RTB yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang mengikut daerah.

(b). Nyatakan projek RTB yang akan dilaksanakan bagi setiap daerah.

YAB. Ketua Menteri:

13. Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bertujuan mengatasi atau mengurangkan masalah banjir di kawasan yang terlibat. Antara kaedah tebatan banjir yang dilaksanakan ialah dengan membina kolam takungan banjir, membina ban, melebar dan mendalamkan sungai, dan lain-lain lagi. Melalui kaedah kolam takungan banjir, pengawalan air banjir adalah secara “retention” dan “detention”. Kapasiti tadahan air banjir disediakan berdasarkan kepada luas kawasan tadahan sungai. Kaedah pengawalan air banjir melalui sungai pula adalah dengan meningkatkan kapasiti penyaluran air banjir, seperti menaiktaraf tebing sungai dan pembinaan ban sungai. Seterusnya kaedah pengawalan banjir melalui empangan adalah secara “detention” dengan menyediakan kapasiti tadahan air banjir yang tinggi untuk luas kawasan tadahan sungai yang besar.

(a) Sehingga kini, 12 projek RTB telah dilaksanakan di Pulau Pinang. Perincian adalah seperti di Lampiran A.

(b) Projek RTB yang akan dilaksanakan di Pulau Pinang mengikut daerah adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BMYMP NO. 13)

Page 276: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

276

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Nyatakan jenis-jenis bantuan bencana di Pulau Pinang dan bantuan kerajaan dari sudut kewangan, kebendaan dan sebagainya bagi membantu mangsa yang terlibat di negeri ini.

YAB. Ketua Menteri:

14. Jenis-jenis bantuan bencana yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:-

(a) Bantuan Serta Merta

Bantuan serta merta berupa makanan/minuman dan lain-lain keperluan asas seperti tikar, selimut, bantal, tuala mandi dan lain-lain dibekalkan kepada setiap keluarga mangsa bencana alam yang tinggal di Pusat Pemindahan. Kadar maksima bekalan makanan/minuman adalah RM15.00 sehari bagi seorang mangsa di Pusat Pemindahan. Pemberian ini adalah tertakluk kepada keadaan keperluan mangsa-mangsa berkenaan.

(b) Bantuan Pemulihan

(i) Bantuan Sekolah

• Bantuan menggantikan peralatan sekolah yang musnah sebanyak RM50.00 bagi seorang murid/pelajar.

• Bantuan pakaian seragam sekolah boleh dipertimbangkan sebanyak RM70.00 bagi seorang murid/pelajar.

• Jumlah yang boleh diluluskan untuk seorang murid/pelajar tidak melebihi RM120.00.

(ii) Bantuan pakaian sebanyak maksima RM70.00 bagi seorang yang terlibat

(iii) Bantuan keluarga sebanyak maksima RM40.00 bagi seorang yang terlibat

(iv) Bantuan barang keperluan sebanyak maksima RM100.00 bagi satu keluarga

(v) Bantuan membaiki rumah sebanyak maksima sekaligus RM2,500.00 bagi satu keluarga

(vi) Bantuan pemulihan bagi peniaga-peniaga kecil yang modal asal tidak melebihi RM5,000.00 pada kadar maksima RM3,000.00

(c) Bantuan Khas Mangsa Meninggal Dunia Akibat Bencana

Takrifan Bencana

(i) Sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat.

(ii) Melibatkan bencana api atau air.

Kadar bantuan khas sebanyak RM1,000.00 akan diberi kepada keluarga bagi setiap mangsa yang meninggal dunia.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga memberikan bantuan kewangan bagi bencana melalui Bantuan Tabung TYT. Kadar bantuan yang diluluskan adalah pada kadar 10% daripada jumlah kerugian bagi kerosakan rumah dan 10% bagi kerosakan peralatan rumah kepada penyewa sekiranya rumah berkenaan disewakan tertakluk kepada had maksima RM5,000.00. Bagi bantuan serta-merta, pihak Pejabat Daerah dan Tanah akan menyalurkan tidak melebihi RM1,000.00 bagi satu-satu keluarga mangsa. Kelulusan ini dibuat oleh Pengerusi Jawatankusa Pengurusan Tabung TYT Negeri Pulau Pinang. Ada juga bantuan yang diberi dalam bentuk barangan dan perkhidmatan mengikut kesesuaian dan keperluan mangsa-mangsa yang terlibat.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Nyatakan jenis-jenis judi dan jumlah premis judi di setiap daerah mulai tahun 2014-2017 yang diberi kelulusan di negeri ini.

(a). Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengurangkan premis judi?

Page 277: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

277

YAB. Ketua Menteri:

15. Jumlah premis judi di seluruh negeri Pulau Pinang yang mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tahun 2014 sehingga 2017 adalah sebanyak 198 buah. Premis-premis ini beroperasi melibatkan judi-judi seperti nombor ramalan/nombor ekor, mesin slot dan mesin simulator. Perincian mengenai jumlah premis judi dan jenis aktiviti judi mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.

(a) Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk mengurangkan jumlah premis judi di negeri ini. Beberapa tindakan di peringkat negeri telah dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut seperti berikut :

(i) Mengetatkan dasar berkaitan mesin simulator yang membenarkan pengeluaran dan pembaharuan lesen bagi aktiviti mesin simulator termasuk di luar kawasan pusat membeli belah, pasa raya dan hotel bertaraf 3 bintang ke atas pada tahun 2017. Mulai tahun 2018, aktiviti simulator hanya dibenarkan di pusat membeli belah, pasa raya dan hotel bertaraf 3 bintang ke atas;

(ii) Menjalankan tindakan operasi bersepadu dengan jabatan/agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen terhadap premis-premis yang menjalankan aktiviti simulator; dan.

(iii) Mengadakan kerjasama dengan pihak PDRM untuk mengambil tindakan terhadap premis-premis judi tanpa lesen.

RUJ. LAMPIRAN A (BMYMP NO. 15)

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Sejauh manakah kerajaan memantau usaha pencegahan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) negeri ini dan sejauh mana bantuan diberikan kepada ibu bapa, sekolah, taska, tadika dan sebagainya.

YAB. Ketua Menteri:

16. (a) Pemantauan aktiviti pencegahan Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) dibuat secara harian melalui kaedah-kaedah berikut:

(i) Siasatan dijalankan ke atas kes-kes yang dilaporkan terutamanya melibatkan premis yang mempunyai penghuni yang ramai;

(ii) Pemeriksaan kanak-kanak yang terdedah (pengesanan kes secara aktif) bagi memastikan mereka bebas daripada tanda-tanda dan gejala penyakit;

(iii) Pengeluaran arahan penutupan premis di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk kerja-kerja pembersihan premis bagi memutuskan rangkaian jangkitan HFMD;

(iv) Mengadakan lawatan ke semua taska/ tadika dan pusat jagaan bagi tujuan pemeriksaan tahap kebersihan dan keselamatan premis serta meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit HFMD di kalangan pengusaha taska/ tadika dan pusat jagaan;

(vii) Pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit HFMD di kalangan pengusahan taska, tadika dan pusat jagaan; dan

(viii) Ceramah berkenaan HMFD di Mutiara FM telah dibuat pada 9 Julai 2018 dan ulang siar secara berkala telah dan sedang dijalankan oleh Mutiara FM.

(b) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang membantu ibu bapa, sekolah, taska, tadika dan pusat jagaan dari segi khidmat nasihat dan aktiviti pencegahan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Berapakah jumlah padang bola sepak dan padang bola sepak rumput sintetik di negeri ini dan sejauh manakah kerajaan membantu penaiktarafan padang bola sepak di negeri ini?

YAB. Ketua Menteri:

17. Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat jumlah padang bola sepak yang terdapat di negeri ini. Hal ini kerana takrifan padang bola sepak adalah sangat luas, padang bola sepak milikan sekolah,

Page 278: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

278

padang bola sepak milikan kilang (swasta) dan lain-lain padang di kawasan taman perumahan yang boleh dijadikan padang bola sepak untuk penduduk setempat.

Daripada rekod Kerajaan Negeri, terdapat 24 padang bola sepak di 19 lokasi dalam Pulau Pinang yang mana ia adalah di bawah seliaan agensi kerajaan. Daripada jumlah tersebut 2 padang bola sepak adalah padang bola sepak jenis rumput sintetik iaitu padang sintetik Perkampungan Polis Bayan Indah dan padang sintetik Arena Jabatan Laut Wilayah Utara. Di samping itu, Kerajaan Negeri akan menaik taraf padang bola di Stadium Mini Permatang Rawa ke rumput sintetik. Senarai padang bola sepak bawah seliaan Kerajaan adalah seperti di Lampiran A.

Kerja-kerja menyelenggara atau menaik taraf padang bola sepak terletak di bawah tanggungjawab agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Sebarang cadangan penaiktarafan padang bola sepak boleh dikemukakan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri.

RUJ. LAMPIRAN A (BMYMP NO. 17)

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Adakah Kerajaan Negeri mengiktiraf hak-hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

(a). Jika ada,nyatakan sebabnya.

(b). Jika tiada, apakah langkah yang diambil untuk membantu golongan ini kembali kepada kehidupan yang normal?

YAB. Ketua Menteri:

18. (a) Kerajaan Negeri Pulau Pinang memegang teguh terhadap prinsip yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Artikel 8 (1) yang menegaskan semua rakyat Malaysia adalah sama rata di sisi undang-undang (“equal before the law”) dan berhak menerima perlindungan yang sama rata. Ini termasuk golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT). Kerajaan Negeri juga berpendirian bahawa golongan LGBT tidak harus menjadi mangsa diskriminasi terutamanya keganasan di dalam lokap dan menghadapi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital.

(b) Pada masa ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak ada program yang khusus untuk membantu golongan ini kembali kepada kehidupan yang normal.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Mohon nyatakan, bilakah tamat konsesi tol jambatan Pulau Pinang yang pertama?

(a). Berapakah purata kutipan tol yang telah dikutip dalam tempoh sebulan?

YAB. Ketua Menteri:

19. Konsesi Jambatan Pulau Pinang akan tamat pada 31 Disember 2038. Tarikh ini adalah selaras dengan perjanjian novasi dan perjanjian konsesi tambahan antara pihak Kerajaan dan PLUS Berhad.

(a) Purata jumlah kutipan tol bagi Jambatan Pulau Pinang dalam tempoh sebulan mengikut kelas kenderaan adalah seperti berikut:-

Kelas kenderaan

1 (motorsikal)

2 (kereta) 3 (Van dan lori kecil)

4 (bas) 5 (lori 3 gandar)

6 (lori 4 gandar)

7 (lori lebih 5 gandar)

Purata kutipan

bulanan (RM)

667,788.13 10,699,113.60 882,354.72 1,239,177.00 223,353.00 369,388.80 199,170.00

Jumlah keseluruhan kutipan tol untuk semua jenis kenderaan bagi tempoh sebulan ialah = RM14,280,345.25

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Sejauh manakah penguatkuasaan diambil melalui Undang-Undang kecil kawalan judi Siber yang diperkenalkan oleh MBPP sejak 2013.

(a). Sila nyatakan statistik jumlah tindakan sita dan kompaun yang telah dijalankan sejak 2015 sehingga kini.

Page 279: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

279

(b). Apakah langkah pembasmian jangka pendek dan jangka panjang oleh PBT dan Agensi Kerajaan Negeri dan Pusat?

YAB. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak mempunyai sebarang peruntukan kuasa di bawah Undang-Undang Kecil Kawalan Judi Cyber 2013. Setakat ini MBPP mengawal premis- premis cyber cafe melalui Undang-Undang Kecil (Tred, Perniagaan & Perindustrian) MPPP tahun 1991 bagi tujuan pengeluaran lesen premis sahaja. Kawalan mengenai judi cyber adalah di bawah bidang kuasa pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Walau bagaimanapun, MBPP juga membantu dalam operasi bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan lain bagi membanteras gejala yang tidak sihat ini.

(a) Jumlah tindakan kompaun dan sita yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri bermula tahun 2015 adalah seperti berikut :

Tahun PDRM MBPP

Kompoun Sita Kompoun Sita

2015 -- 8 1099 -

2016 1 - 75 -

2017 2 25 - -

2018

* Setakat 17 Julai - - - -

Jumlah 3 33 1174 0

(b) Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap pusat-pusat judi siber yang beroperasi tanpa lesen disekitar negeri Pulau Pinang. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah merangka pelbagai usaha untuk membendung gejala yang tidak sihat ini melalui kaedah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang. Langkah-langkah pembasmian jangka pendek yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :

(i) Mengadakan pemantauan berjadual mengikut kawasan secara berterusan.

(ii) Menjalankan pemeriksaan premis bagi pematuhan syarat-syarat pengendalian premis perniagaan

Langkah-langkah pembasmian jangka panjang yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri pula adalah seperti berikut:

(i) Mewujudkan satu Garis Panduan Kawalan Perniagaan Arena Sukan Elektronik, Pusat Siber dan Kafe Siber bagi membendung aktiviti yang tidak sihat.

(ii) Melaksanakan penguatkuasaan secara menyeluruh dan bersepadu bagi setiap pelanggaran syarat dan garis panduan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Apakah sumber statistik atau maklumat pemilikan hartanah penduduk Pulau Pinang yang dijadikan sebagai rujukan oleh Kerajaan Negeri?

(a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah harga tanah dan rumah yang mahal di Pulau Pinang untuk memberi peluang kepada rakyat memiliki hartanah?

YAB. Ketua Menteri:

21. Rujukan Kerajaan Negeri bagi maklumat atau statistik pemilikan hartanah penduduk Pulau Pinang adalah daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG), Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan serta maklumat daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu melalui semakan cukai pintu.

(a) Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa tindakan bagi memastikan rakyat Negeri Pulau Pinang memiliki hartanah antaranya dengan memperkenalkan polisi penyejukan

Page 280: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

280

sektor hartanah dan polisi penetapan harga had siling terhadap pemajuan perumahan pada tahun 2013 iaitu:-

(i) Kawalan harga untuk Rumah Mampu Milik (RMM) dalam lingkungan RM150,000.00 sehingga RM300,000.00 di kawasan Pulau dan dari RM150,000.00 hingga RM250,000.00 di kawasan Seberang Perai;

(ii) Moratorium terhadap penjualan RMM ‘A’ (RM42,000.00) dan ‘B’ (RM72,500.00) kepada 10 tahun dan RMM ‘C’ (Maksima RM300,000.00) kepada 5 tahun;

(iii) Fi kelulusan sebanyak 2% untuk penjualan hartanah dalam tempoh 3 tahun pada tarikh pembelian asal yang dikawal oleh PTG;

(iv) Pengenalan had siling pembelian hartanah oleh warganegara asing (PTG);

Jenis Hartanah Kawasan Pulau

(RM)

Kawasan Seberang Perai (RM)

Landai (landed) 3 juta 1 juta

Strata 1 juta 0.5 juta

(v) Fi kelulusan sebanyak 1.5% dikenakan ke atas pembelian hartanah oleh warganegara asing. Manakala hartanah-hartanah selain daripada yang dinyatakan di atas dikenakan fi kelulusan sebanyak 3%.

Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan semula Skim Perumahan Sewa Beli bagi memberi lebih kemudahan pembiayaan kepada pemohon-pemohon Rumah Mampu Milik ‘A’ (harga maksimum RM42,000.00) berpendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00. Usaha ini melibatkan penyediaan sejumlah 51 unit kediaman jenis strata di Taman Seruling Emas dan 104 unit kediaman jenis townhouse di Taman Sungai Duri Permai, Seberang Perai Selatan. Kadar sewaan bulanan yang dikenakan adalah RM100.00 untuk tempoh 15 tahun bagi Taman Seruling Emas dan RM150.00 untuk tempoh 23 tahun bagi Taman Sungai Duri Permai. Caj penyelenggaraan bulanan yang dikenakan bagi kedua-dua skim perumahan tersebut adalah pada kadar RM20.00.

Kerajaan Negeri juga akan membina 187 unit RMM ‘A’ di Mak Mandin yang turut melaksanakan Skim Sewa Beli.

YB Exco Perumahan , Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa telah mengusulkan agar PPR Permatang Tok Suboh yang mengandungi 231 unit rumah teres untuk dilupuskan secara sewa beli (rent to own) semasa kunjungan hormat beliau ke Pejabat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 4 Jun 2018.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Apakah rancangan kerajaan bagi menangani masalah gelandangan di Pulau Pinang terutamanya di dua lokasi yang sering dilihat masyarakat iaitu stesen bas sekitar KOMTAR dan Penang Central di Butterworth?

(a). Nyatakan statistik gelandangan di Pulau Pinang dari tahun 2014-2017 di setiap daerah dan mengikut pecahan kaum.

YAB. Ketua Menteri:

22. Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius mengenai isu gelandangan dan telahpun merangka beberapa langkah bagi mengatasi perkara ini. Antara langkah yang diambil adalah seperti berikut:-

(i) Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk membina sebuah pusat transit gelandangan di lot 19, Jalan C.Y. Choy, Georgetown. Bangunan ini adalah bangunan rumah kedai dua tingkat milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Program ini akan menempatkan gelandangan di pusat transit tersebut selama 6 hingga 12 bulan. Pengurusan penempatan gelandangan ini dicadang diuruskan oleh pihak

Page 281: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

281

Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dikenal pasti oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh tersebut, gelandangan akan diberi latihan yang bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka. Pekerja sosial atau sukarelawan daripada NGO akan menjadi tenaga penggerak dalam program ini. Seterusnya, kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta akan dipertingkatkan dengan menggalakkan pihak majikan mengambil golongan ini sebagai pekerja mereka.

Manakala, bagi gelandangan yang tidak produktif seperti warga emas, ataupun mereka yang mempunyai penyakit berjangkit, mereka akan ditempatkan di pusat-pusat yang dikendalikan oleh NGO yang sedia ada secara kekal sekiranya mereka ini sebatang kara ataupun saudara mara dan anak-anak mereka tidak dapat dikesan. Kerajaan Negeri akan memberikan geran pentadbiran dan rangsum kepada NGO yang berkaitan.

Buat sementara itu, gelandangan akan ditempatkan di Anjung Singgah Pulau Pinang, pusat transit gelandangan milik Kerajaan Persekutuan di lot No.53, Lebuh Chulia, Pulau Pinang yang beroperasi sejak 9 Jun 2014. Anjung Singgah juga bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, NGO dan swasta bagi memberi penempatan dan perlindungan kepada gelandangan.

(ii) Selain itu, Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia juga sedang membangunkan sistem profiling gelandangan dan telah memilih Pulau Pinang sebagai pilot project. Sistem ini akan merekodkan maklumat-maklumat berkaitan gelandangan yang diselamatkan melalui aplikasi telefon pintar atau komputer dan membantu pegawai penguatkuasa mengenal pasti gelandangan sama ada kes baharu atau berulang. Dengan adanya sistem profiling ini, ianya dapat membantu agensi kerajaan yang berkaitan dalam merangka strategi yang bersesuaian untuk membantu golongan gelandangan.

(iii) Menjalankan operasi menyelamat gelandangan dimana bagi tempoh Januari hingga Jun 2018, sebanyak 242 operasi telah dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan operasi secara berkala sebanyak 78 kali, operasi bersepadu sebanyak 24 kali dan operasi berdasarkan aduan sebanyak 140 kali. Gelandangan berumur 60 tahun ke atas yang diselamatkan akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan (Bedong, Taiping, Tanjung Rambutan atau Kangar) manakala yang berumur 60 tahun ke bawah akan ditempatkan di Desa Bina Diri (Mersing atau Jerantut). Terdapat juga gelandangan yang ditempatkan di pusat jagaan NGO sekitar Pulau Pinang.

(iv) Meneruskan kempen sedia ada iaitu ''Bijak Membantu, Elak Tertipu” yang dilancarkan pada 27 November 2017 bagi mendidik masyarakat berkaitan isu gelandangan melalui pengiklanan di billboard di sekitar KOMTAR. Kempen ini juga dilakukan di beberapa pusat membeli belah seperti Pasaraya Mydin, Tesco, Stesen Keretapi Butterworth, Terminal Feri Pulau Pinang, Padang Kota, sekitar masjid-masjid, pasar-pasar malam dan program-program jabatan seperti Program Kembara Kebajikan.

(v) Mengadakan program advokasi yang berterusan kepada jabatan kerajaan, pihak swasta, NGO, Institut Pengajian Tinggi dan orang ramai berkenaan isu gelandangan.

(vi) Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama agensi kerajaan dan swasta bagi membincang dan menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai gelandangan. Setakat ini, JKM telah mengadakan sebanyak lima kali mesyuarat penyelarasan di peringkat daerah dan dua kali di peringkat negeri.

(vii) Statistik gelandangan yang disediakan JKM adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi ketika operasi menyelamat dan jumlah keseluruhan gelandangan mungkin lebih tinggi atau data sedia ada ini berkemungkinan terjadi pengiraan berganda memandangkan pangkalan data profiling masih di peringkat pembangunan.

Jumlah gelandangan di Pulau Pinang berdasarkan operasi menyelamat semasa operasi pada tahun 2014 adalah sebanyak 170 orang manakala bagi tahun 2015 adalah sebanyak 327 orang dan bagi tahun 2016 adalah sebanyak 523 orang dan sebanyak 638 orang pada tahun 2017.

Page 282: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

282

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Apakah perancangan atau tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu makanan sihat yang mahal di Pulau Pinang sebagaimana telah didedahkan dalam satu kajian dari USM Induk pada tahun 2016?

(a). Adakah kerajaan sedar dan memberi perhatian mengenai kajian yang telah dibuat?

YAB. Ketua Menteri:

23. Antara perancangan dan tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan isu makanan sihat yang mahal di Pulau Pinang sebagaimana yang telah disyor dalam kajian oleh USM pada tahun 2016 adalah seperti berikut:

(a) Setakat ini, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif projek dengan kerjasama Jabatan Perikanan seperti pengkulturan tiram sebagai sumber protein yang sihat menggunakan teknologi inovatif di perairan Pulau Betong, Balik Pulau; penternakan ikan keli yang mapan dan bersih di Bumbong Lima, Kepala Batas, Seberang Perai Utara; penghasilan buah “superfruit” tempatan seperti rock melon dan japanese cucumber di Ara Kuda dan lemon di Jawi di bawah inisiatif NCIA dengan kerjasama Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan juga melancarkan Projek Pembangunan Kluster Superfruits di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang sedang mempertimbang untuk melaksanakan projek tanaman sayur menggunakan teknologi Diod Pemancar Cahaya Light-emitting Diode(LED) di Pulau Pinang pada tahun hadapan.

(b) Menubuhkan PasarTap atau pasar digital yang beroperasi secara atas talian. PasarTap di pasar Bayan Baru yang berperanan sebagai pusat sehenti pasar di mana peruncit pasar dan pengeluar makanan di ladang ternakan tempatan dihubungkan terus kepada pengguna;

(c) Menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang bertindak membuat rondaan, catatan harga barangan, memeriksa stok bekalan dan membuat laporan perbandingan harga barangan utama di semua premis perniagaan yang dilawati serta melaporkan sebarang kenaikan harga dan aktiviti/kegiatan menyorok bekalan barangan utama kepada pihak Kerajaan Negeri. Jawatankuasa ini bertanggungjawab membuat pemantauan khususnya semasa musim perayaan; dan

(d) Mewujudkan Program Mutiara Food Bank yang bertujuan untuk membantu golongan miskin untuk mendapat bekalan makanan sihat di mana lebihan makanan diselamatkan melalui pengumpulan daripada premis-premis seperti hotel, restoran dan sebagainya. Bekalan makanan tersebut kemudian diagihkan kepada kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti termasuk di rumah-rumah kebajikan, pusat-pusat pemulihan, pusat bantuan makanan, badan bukan kerajaan (NGO), keluarga miskin dan kurang upaya serta sekolah-sekolah pelarian yang berdaftar.

Kerajaan Negeri sememangnya sedar dan memberi perhatian mengenai kajian yang telah dibuat oleh pihak USM. Fokus utama Kerajaan Negeri melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah untuk mendidik dan mempromosikan amalan pemakanan secara sihat (healthy diet) dari segi pemilihan makanan dan sukatan makanan yang betul. Jika harga sumber makanan di Pulau Pinang dijual dengan harga yang lebih rendah sememangnya amat memberi manfaat kepada rakyat. Secara tidak langsung, ianya akan memberi impak yang baik terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan makanan yang sihat demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Bagaimanakah status anak syarikat MAINPP yang ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal tanah wakaf? Adakah ia telah mula beroperasi? Berapakah jangkaan hasil yang akan diperolehi?

YAB. Ketua Menteri:

24. Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Bil 2/2015 bertarikh 7 April 2015 telah bersetuju untuk menubuhkan Syarikat Wakaf Pulau Pinang Sdn. Bhd. (WPPSB) yang mula beroperasi pada 8 Januari 2018. Skop bidang teras WPPSB adalah seperti berikut:

Page 283: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

283

(a) Menjalankan tanggungjawab membangun dan menguruskan harta wakaf sama ada harta alih atau harta tak alih dan harta yang diserahkan oleh MAINPP termasuk menjalankan pelaburan, penyelidikan dan penguatkuasaan ke atas tanah tersebut;

(b) Menjalankan kerja-kerja promosi dan publisiti bagi mengumpul dan menambah dana wakaf tunai MAINPP dan lain-lain bentuk wakaf; dan

(c) Melaksanakan polisi MAINPP berkaitan pengurusan wakaf dan hartanah dan mencadangkan polisi dan inovasi baru berkaitan pembangunan wakaf dan hartanah.

WPPSB menjangkakan hasil dapat diperolehi melalui:

(a) Kutipan sewaan aset/premis sehingga 31 Disember 2018 berjumlah RM2,412,957.40. Sehingga 30 Jun 2018 kutipan sewaan aset/premis adalah berjumlah RM616,742.61;

(b) Sumbangan wakaf tunai (dana wakaf) sehingga 31 Disember 2018 berjumlah RM2 juta. Sehingga 30 Jun 2018 jumlah terkumpul ialah RM 1,181,757.00; dan

(c) Hasil keuntungan sebanyak 20% daripada projek pembangunan tanah wakaf yang dirancang bagi tempoh 2018 – 2022 seperti berikut:

(i) Projek perumahan/komersial di atas Lot 1277 Mukim 20, Kuala Mengkuang, Seberang Perai Tengah;

(ii) Projek komersial di atas Lot 496 Mukim 14, Bagan Lalang, Seberang Perai Utara;

(iii) Projek inapan Muslim / surau di atas Lot PT 69, Seksyen 3 Jalan Perak, Geogretown, Daerah Timur Laut;

(iv) Projek perumahan di atas Lot PT 32, Seksyen 3, Jalan Gopeng, Geogretown, Daerah Timur Laut; dan

(v) Projek komersial di atas Lot 604 & 605, Seksyen 18, Geogretown, Daerah Timur Laut

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Bagaimanakah kedudukan terkini Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) milik MAINPP? Apakah usaha kerajaan untuk mewujudkan kampus tetap KITAB yang difahamkan telah tergendala sejak beberapa tahun lalu?

YAB. Ketua Menteri:

25. Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ditadbir oleh Syarikat Usaha Tarbiah (Pulau Pinang), sebuah anak syarikat MAINPP. KITAB mula beroperasi sejak tahun 2004 di kawasan Masjid Negeri sebagai kampus sementara. KITAB menawarkan program pengajian yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) seperti berikut:-

(i) Diploma : Diploma Tahfiz (MQA A6327);

(ii) Diploma Syariah (MQA A6171);

(iii) Diploma Kewangan (MQA A8304);

(iv) Sijil : Sijil Bahasa Arab;

(v) Sijil Bahasa Inggeris; dan

(vi) Sijil Tahfiz/Hafazan.

Bilangan pelajar sehingga Mei 2018 adalah seramai 249 orang. KITAB sedang berusaha ke arah mendapatkan kelayakan untuk dinaik taraf kepada kolej universiti pada tahun 2021 dan universiti pada 2026.

Pembinaan kampus tetap KITAB dicadangkan di atas tapak tanah wakaf milik MAINPP di Pantai Acheh, Balik Pulau. Cadangan tersebut masih di peringkat perbincangan dan kajian kesesuaian.

Page 284: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

284

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Berapakah jumlah wang ‘tawaquf zakat’ yang ada sejak lima (5) tahun lalu?

(a). Nyatakan jumlah wang tersebut mengikut tahun.

(b). Apakah usaha kerajaan untuk mengurangkan jumlah wang tawaquf ini?

YAB. Ketua Menteri:

26. Wang zakat yang terkumpul atau wang tawaqquf sehingga 31 Disember 2017 adalah berjumlah RM69,258,434.00.

(a) Perincian dari tahun 2013 adalah seperti berikut :

Tahun

Jumlah (RM)

2013 62,401,023

2014 74,790,985

2015 68,144,007

2016 65,341,478

2017 69,258,434

(b) Wang tawaqquf akan dibelanjakan dalam keadaan apabila jumlah sebenar wang kutipan zakat pada tahun semasa adalah kurang daripada jumlah yang telah ditetapkan untuk agihan berdasarkan kepada Belanjawan Mengurus Agihan Zakat yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Jumlah wang tawaqquf yang masih berbaki setelah perbelanjaan agihan dalam tahun semasa akan di bawa ke tahun hadapan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Berapakah jumlah terkini Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Pulau Pinang mengikut daerah?

(a). Berapakah elaun bulanan yang diterima oleh guru KAFA?

YAB. Ketua Menteri:

27. Bilangan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Pulau Pinang adalah 1,601 orang. Perincian mengikut daerah adalah seperti berikut:

(a) Elaun yang diterima oleh Guru KAFA adalah berjumlah RM950 sebulan.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Berapakah statistik terkini penduduk Pulau Pinang mengikut pecahan daerah dan bangsa?

(a). Nyatakan statistik jumlah kanak-kanak yang tercicir daripada pendidikan arus perdana dari tahun 2014 hingga kini di Pulau Pinang.

YAB. Ketua Menteri:

28. Statistik penduduk Pulau Pinang pada tahun 2017 mengikut pecahan daerah dan bangsa adalah seperti di Lampiran A.

(a) Mengikut data yang diperolehi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), bilangan kanak-kanak yang tercicir daripada pendidikan arus perdana dari tahun 2015 hingga 2017 di Pulau Pinang adalah seperti jadual di bawah.

Bil Daerah Bilangan Guru KAFA

1. Daerah Timur Laut 165

2. Daerah Barat Daya 213

3. Daerah Seberang Perai Utara 537

4. Daerah Seberang Perai Tengah 419

5. Daerah Seberang Perai Selatan 267

JUMLAH 1,601

Page 285: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

285

Tahun Jumlah

2015 188

2016 120

2017 219

JUMLAH 527

Walau bagaimanapun, JPNPP tidak mempunyai data bagi tahun 2014.

RUJ. LAMPIRAN A (BMYMP NO. 28)

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Berapakah statistik anak tidak sah taraf (luar nikah) di Pulau Pinang mengikut pecahan daerah dan bangsa dari tahun 2014 hingga kini?

YAB. Ketua Menteri:

29. Pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf yang dilaksana dan diamalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah berdasarkan kepada peruntukan perundangan seperti berikut :-

(i) Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299] bagi Semenanjung Malaysia;

(ii) Seksyen 10, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 [Cap 123] bagi Negeri Sabah; dan

(iii) Seksyen 9 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 [Cap 10] bagi Negeri Sarawak.

Dari tahun 2014 hingga 17 Julai 2018, JPN telah mendaftarkan kelahiran seramai 7,408 orang anak tidak sah taraf di Negeri Pulau Pinang. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak merekodkan anak tidak sah taraf mengikut sempadan daerah di Pulau Pinang. Namun demikian, JPN merekodkan pendaftaran kelahiran mengikut cawangan JPN tanpa mengira alamat tempat tinggal mereka seperti di Lampiran A.

Perincian mengikut keturunan adalah seperti di Lampiran B.

Istilah anak tidak sah taraf yang digunakan oleh JPN ialah bagi kanak-kanak yang dilahirkan dalam situasi berikut:-

(i) Ibu dan bapa tidak berkahwin;

(ii) Kedua ibu dan bapa berkahwin tetapi :-

(a) Tidak didaftarkan mengikut peraturan dan undang-undang Malaysia yang berkuatkuasa; atau

(b) Bagi yang beragama Islam, anak dilahirkan tidak mencukupi enam bulan Qamariah dan dua lahzah daripada tarikh perkahwinan; atau

(c) Perkahwinan luar negara tidak didaftarkan semula sama ada di JPN bagi pasangan bukan Islam atau di Jabatan Agama Islam Negeri bagi pasangan yang beragama Islam.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BMYMP NO. 29)

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

30. Berapakah jumlah masjid/surau di Pulau Pinang mengikut pecahan daerah?

(a) Nyatakan jumlah surau yang dikategorikan tidak aktif mengikut pecahan daerah.

YAB. Ketua Menteri:

30. Terdapat 217 buah masjid dan 498 buah surau di seluruh Pulau Pinang. Tambahan dari itu, terdapat 259 buah surau dikategorikan tidak aktif. Perincian jumlah masjid dan surau di Pulau Pinang mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BMYMP NO. 30)

Page 286: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

286

XX. Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Berapakah jumlah peruntukan MARRIS telah diperuntukkan dan digunakan oleh MPSP dan Pejabat Daerah dan Tanah SPT, secara berasingan, untuk kerja-kerja penyelenggaraan bagi setiap tahun dari 2013-2018 secara keseluruhan dan khususnya, untuk kawasan DUN Bukit Tengah?

YAB. Ketua Menteri:

1. Jumlah peruntukan Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) dari tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti di Lampiran A manakala jumlah peruntukan MARRIS khusus untuk Kawasan DUN Bukit Tengah adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BGHL NO. 1)

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Apakah projek-projek yang telah dikenalpasti dalam Penang Transport Master Plan yang secara langsung akan membawa manfaat kepada penduduk kawasan DUN Bukit Tengah, dan apakah butiran dan kos projek-projek tersebut, dan tempoh masa yang akan diambil untuk menyempurnakan projek-projek tersebut.

YAB. Ketua Menteri:

2. Projek-projek yang telah dikenalpasti dalam Penang Transport Master Plan (PTMP) yang akan membawa manfaat kepada penduduk kawasan Bukit Tengah adalah seperti berikut:

(a) Perancangan Bus Rapid Transit (BRT) Permatang Tinggi ke Batu Kawan yang akan melalui kawasan Bukit Tengah.

(b) Menaik taraf persimpangan Juru yang akan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (North-South Expressway)

Walau bagaimanapun, projek-projek tersebut hanya akan dilaksanakan dalam fasa kedua atau ketiga pelaksanaan PTMP. Oleh yang demikian, kos-kos dan butiran-butiran terperinci yang berkaitan adalah masih awal untuk ditetapkan. Terdapat kemungkinan juga Kerajaan Negeri akan melaksanakan projek menaik taraf persimpangan Juru dalam fasa satu (1) pelaksanaan PTMP tetapi perkara tersebut masih belum dimuktamadkan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Terdapat berapa perkampungan baru (new villages) di Pulau Pinang, dan adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan tahunan bagi tujuan menaik taraf dan memodenkan kampung-kampung baru tersebut, dan sekiranya tidak, kenapa begitu?

YAB. Ketua Menteri:

3. Kerajaan Negeri melalui PLANMalaysia@Pulau Pinang telah mengadakan Bengkel Penyelarasan dan Pengemaskinian Semula Maklumat Kampung Negeri Pulau Pinang pada tahun 2017. Hasil dari bengkel tersebut terdapat sepuluh (10) buah kampung baharu Cina yang terdapat di Pulau Pinang berdasarkan empat (4) kriteria yang digariskan seperti berikut:

(i) Penempatan kampung yang wujud pada masa darurat (1948 – 1960) bagi mengatasi masalah ancaman komunis;

(ii) Kependudukan kaum Cina;

(iii) Terletak di ladang–ladang getah, kawasan perlombongan bijih timah dan di sekitar bandar–bandar sedia ada; dan

(iv) Corak penempatan adalah berpusat dan berbentuk grid iron.

Daripada 10 buah kampung tersebut, enam (6) buah kampung berada di daerah Seberang Perai Tengah (SPT), tiga (3) buah kampung di Seberang Perai Selatan (SPS) dan satu (1) di Seberang Perai Utara (SPU).

Kerajaan Negeri melalui peruntukan pembangunan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menyediakan peruntukan secara tahunan bagi tujuan pembangunan desa termasuk kampung–kampung baru meliputi naik taraf infrastruktur, peningkatan taraf hidup dan program modal insan. Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM9.45 juta bagi melaksanakan program dan projek di bawah Projek Khas Ekonomi seperti berikut:

Page 287: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

287

(i) Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin (Bina Baharu dan Baiki);

(ii) Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Naik taraf Kompleks Gerai);

(iii) Program Peningkatan Ekonomi Golongan Miskin / Pembangunan Industri Desa (Bantuan Peralatan);

(iv) Projek Naik Taraf Dewan Orang ramai;

(v) Projek Naik Taraf Jalan Kampung dan Longkang; dan

(vi) Program Modal Insan.

Projek Khas Ekonomi ini dilihat bersifat serampang dua mata iaitu tidak hanya tertumpu kepada peningkatan infrastruktur kampung tetapi juga mampu membantu meningkatkan jati diri penduduk kampung melalui keusahawanan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri bertaraf antarabangsa dan pintar yang dimiliki semua.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Sama ada Kerajaan Negeri akan membuat satu inventori kampung-kampung tradisi dan landskap budaya di Pulau Pinang dan Seberang Perai untuk diwartakan dan diperlindungi sebagai kawasan-kawasan pemeliharaan warisan.

YAB. Ketua Menteri:

4. Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri melalui PlanMalaysia Pulau Pinang telah menjalankan Kajian Inventori Kampung dengan mengadakan Bengkel Penyelarasan dan Pengemaskinian Semula Maklumat Kampung Negeri Pulau Pinang. Bengkel tersebut turut disertai oleh jabatan dan agensi – agensi negeri bagi mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh. Bengkel tersebut diadakan sebagai kesinambungan kepada Dasar dan Langkah yang digariskan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara. Hasil dari bengkel tersebut telah berjaya mengenal pasti sebanyak 631 buah kampung meliputi keseluruhan kawasan di Pulau Pinang berdasarkan enam (6) kategori kampung yang ditetapkan iaitu kampung tradisional, kampung melayu, kampung tersusun, kampung atas air, kampung baru cina dan penempatan estet. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 151 buah kampung adalah di kawasan pulau dan selebihnya di kawasan Seberang Perai.

Pada masa yang sama juga, Ibu Pejabat PlanMalaysia juga akan menjalankan Kajian Pelan Induk Persempadanan Kampung Warisan pada tahun 2019. Dengan adanya kesinambungan kajian sedemikian, proses pewartaan kampung sebagai kawasan pemeliharaan warisan dapat dilaksanakan dan bidang kuasa antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dapat dimuktamadkan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Berapakah jumlah hasil cukai persekutuan telah dikutip dari 2008-2018 setiap tahun dari Pulau Pinang, dan daripada jumlah tersebut, berapakah jumlah wang telah disalurkan / diperuntukan balik kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

YAB. Ketua Menteri:

5. Kerajaan Negeri tiada maklumat berkaitan kutipan hasil cukai persekutuan kerana hasil cukai persekutuan dikutip oleh jabatan/agensi persekutuan yang berkaitan.

Namun begitu, Kerajaan Negeri telah menerima geran secara tahunan dari Kerajaan Pusat dan jumlah pemberian yang diterima Kerajaan Negeri dari Kerajaan Pusat sejak tahun 2008 hingga Jun 2018 adalah seperti Lampiran A yang dikepilkan.

RUJ. LAMPIRAN A (BHSL NO. 5)

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Adakah Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan semula status pelabuhan bebas, free port status kepada pelabuhan Pulau Pinang.

YAB. Ketua Menteri:

6. Pelabuhan Pulau Pinang adalah Pelabuhan Persekutuan yang berada di bawah Kementerian Pengangkutan. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai apa-apa cadangan untuk memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar mengembalikan kedudukan “free port” di Pulau Pinang. Sekiranya terdapat keperluan, Kerajaan Negeri akan terlebih dahulu mengkaji dan meneliti perkara ini bersama Penang Port Sdn Bhd dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

Page 288: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

288

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Menyatakan dengan butiran terperinci, projek-projek pembangunan dan infrastruktur negeri yang dirancang dan atau dipohon oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang diantara 2008-2018 yang tidak diluluskan atau lambat atau tidak dilaksanakan disebabkan oleh sikap tidak bekerjasama Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.

YAB. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri telah memohon pelbagai projek kepada Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) di bawah Rolling Plan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat. Senarai projek yang dimohon oleh Kerajaan Negeri tetapi belum diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BHSL NO. 7)

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyeru Kerajaan Persekutuan untuk segera mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan seperti yang diperuntukan dalam Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan.

YAB. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memulakan inisiatif untuk mengembalikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan sejak tahun 2009 lagi. Langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti berikut :

(i) Pada 14 Julai 2009, YB Chow Kon Yeow, EXCO Negeri bagi Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik, telah menulis surat kepada Kerajaan Persekutuan untuk meminta pilihan raya kerajaan tempatan dimasukkan dalam agenda Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan. Walau bagaimanapun permintaan ini telah ditolak.

(ii) Pada 11 Ogos 2009, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan resolusi menyeru pihak Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan bagi mengembalikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, tetapi resolusi ini sekali lagi ditolak.

(iii) Pada 4 Mac 2010, Kerajaan Negeri telah menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bagi meminta untuk dijalankan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di bawah Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan berbuat demikian.

(iv) Pada 18 Januari 2012, Kerajaan Negeri telah mengecualikan kedua-dua MPPP dan MPSP dari Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang telah memansuhkan semua peruntukan undang-undang berkaitan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.

(v) Pada 9 Mei 2012, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012 dan memperuntukkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.

(vi) Pada 18 Disember 2012, Kerajaan Negeri telah menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan bahawa Enakmen tersebut akan berkuatkuasa mulai 31 Januari 2013.

(vii) Pada 14 Ogos 2014, Yang Arif Hakim telah menolak permohonan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengendalikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang dalam kes di Mahkamah Persekutuan iaitu Government State Of Penang & Anor v. Government Of Malaysia & Anor [2014] 7 CLJ 861.

(viii) Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk mengecualikan pemakaian Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Walau bagaimanapun, isu menggantung Pilihan Raya Kerajaan Tempatan adalah keputusan Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan dan pengecualian tersebut adalah bertentangan dengan dasar negara. Pengecualian tersebut juga melanggar Perkara 95A (6) dan (7) Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melebihi bidang kuasanya dalam mengecualikan pemakaian Seksyen 15 Akta 171 tersebut. Selain itu, jika undang-undang negeri itu tidak selaras dengan Undang-Undang Persekutuan, maka Undang-Undang Persekutuan itu adalah mengatasi mengikut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

Page 289: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

289

Pada 9 Mei 2018, setelah Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan, seiring dengan manifesto Pakatan Harapan, YB Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam sidang media pada 26 Mei 2018 telah mengumumkan bahawa beliau akan memastikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan akan diadakan dalam tempoh 3 tahun lagi dengan mengambil kira Negeri Pulau Pinang dan Selangor sebagai panduan. Malah perkara mengenai Pilihan Raya Kerajaan Tempatan turut dibangkitkan semasa sesi perjumpaan YB Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh YB EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancang Bandar dan Desa Pulau Pinang. Bagi merealisasikan Pilhan Raya Kerajaan Tempatan di seluruh negara, KPKT telah menjemput Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memberi taklimat mengenai cadangan pelaksanaan Pilhan Raya Kerajaan Tempatan telah diadakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 7 Jun 2018. Susulan daripada sesi taklimat tersebut, satu Focus Group Discussion telah ditubuh bagi membincangkan dengan terperinci mengenai Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Pihak KPKT juga telah menganjurkan Bengkel Kajian Semula Pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) pada 12 Julai 2018 bertempat di Putrajaya. Skop perbincangan dalam bengkel tersebut adalah merangkumi punca kuasa, mekanisme pelaksanaan, implikasi kewangan, penguatkuasaan dan nilai kadar. Perkara ini adalah penting bagi memastikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Susulan daripada program "forest bathing" yang dilancarkan dalam September 2017, apakah rancangan Kerajaan Negeri seterusnya untuk menaik taraf dan merevitalisasi Hutan Simpanan Bukit Juru sebagai satu destinasi pelancongan kawasan semulajadi.

YAB. Ketua Menteri:

9. Bagi menaik taraf dan merevitalisasi Hutan Simpan Bukit Juru sebagai satu destinasi pelancongan kawasan semulajadi, Kerajaan Negeri sedang mempertimbang untuk mewartakan sebahagian kawasan sebagai hutan lipur di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri sedang melaksanakan kajian keperluan kawasan rekreasi daripada penduduk setempat dan orang awam untuk mendapatkan pandangan mereka. Jabatan Perhutanan Negeri juga sedang menyediakan rancangan pengurusan hutan lipur bagi membangunkan kawasan tersebut.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Apakah tindakan yang telah diambil dari 2008-2018 dan butiran rancangan terperinci lima (5) tahun ke depan Kerajaan Negeri untuk memulihkan dan melindungi sungai-sungai dan laluan air sambungan, khususnya Sungai Juru, Sungai Jawi, dan Sungai Junjung daripada pencemaran dan pelepasan sisa buangan kilang-kilang.

YAB. Ketua Menteri:

10. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui penguatkuasaan undang-undang di bawah bidang kuasa masing-masing sentiasa mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi sungai daripada pencemaran dan pelepasan sisa buangan kilang-kilang, khususnya di Sungai Juru, Sungai Jawi dan Sungai Junjung. Antara tindakan-tindakan yang dilaksanakan dari tahun 2008 hingga 2018 adalah seperti berikut:

(i) Menubuhkan satu Task Force yang berperanan untuk menangani isu-isu pencemaran di punca (pollution at source) yang menyebabkan pencemaran berlaku. Task Forceyang diurusetiakan JPS ini turut dianggotai oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), JAS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Pertanian, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Indah Water Konsortium;

(ii) Mengenakan syarat-syarat pelesenan kepada pengusaha perniagaan supaya mematuhi ketetapan untuk pemasangan perangkap minyak, menyediakan kolam takungan, loji rawatan air dan melaksanakan persampelan air buangan setiap setengah tahun bagi tujuan pemantauan;

(iii) Mensyaratkan lepasan efluen dari ladang ternakan hendaklah tidak melebihi Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) 50 ppm;

(iv) Memastikan permohonan kemajuan berkaitan sungai mematuhi garis-garis panduan yang dikeluarkan oleh JPS iaitu Manual Saliran Mesra Alam, Erosion dan Sediment Control

Page 290: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

290

Plan (ESCP), Garis Panduan Pembangunan Berhadapan Sungai dan Integrated Shoreline Management Plan (ISMP);

(v) Memastikan setiap permohonan pembangunan berkaitan sungai yang diterima memenuhi garis panduan dan undang-undang yang tertakluk di bawah JAS;

(vi) Mengenakan had piawai (standard) yang lebih ketat bagi pelepasan kumbahan dari projek-projek yang tertakluk kepada Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan terletak di kawasan yang menjadi tumpuan orang awam untuk aktiviti rekreasi kepada Standard A, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 berbanding Standard B sebelum ini.

(vii) Memastikan pelepasan efluen daripada kilang-kilang sentiasa mematuhi had piawai yang ditetapkan dengan mewajibkan setiap premis melantik Individu Yang Berwibawa (Competent Person) yang ditauliah oleh JAS dan telah melalui program pensijilan kompetensi untuk mengendalikan sistem pengolahan efluen di premis masing-masing;

(viii) Memantau kualiti air sungai secara berkala oleh Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan tindakan segera dapat diambil ke atas punca-punca pencemaran jika bacaan parameter kualiti air yang dikesan melebihi piawai yang ditetapkan;

(ix) Mengadakan program kesedaran seperti seminar, ceramah dan pameran kepada industri serta sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk meningkatkan kesedaran berkenaan alam sekitar serta pemahaman terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya;

(x) Mengeluarkan Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan kepada pengusaha-pengusaha kilang yang didapati melepaskan sisa buangan ke dalam sungai;

(xi) Mengeluarkan tawaran kompaun kepada pengusaha kilang di atas kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen, MPSP 1980 kerana melanggar syarat-syarat pelesenan;

(xii) Membatalkan lesen perniagaan sekiranya pengusaha kilang masih gagal mematuhi syarat dan melepaskan sisa buangan ke dalam sungai tanpa rawatan yang khusus;

(xiii) Mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sekiranya kilang tersebut didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen

(xiv) Mengadakan kerjasama strategik melibatkan PBT, JAS, JPS dan IWK bagi memantau dan memeriksa setiap kilang yang mengeluarkan efluen;

(xv) Menyekat / tidak meluluskan pembaharuan lesen perniagaan bagi kilang-kilang yang didapati terlibat dengan aktiviti pelepasan sisa buangan ke dalam sungai;

(xvi) PBT mengadakan mesyuarat secara berkala bersama-sama komuniti, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatn Kampung (JKKK), Badan Pengurusan Bersama (JMB), persatuan penduduk, Pejabat YB. ADUN kawasan serta agensi-agensi lain iaitu JAS, JPS, SPAN dan IWK untuk mendapatkan maklumat daripada komuniti serta merancang operasi bersepadu bersama pelbagai jabatan dalam menangani isu pencemaran sungai-sungai ini;

(xvii) Mengadakan kempen-kempen menyayangi alam sekitar seperti memberi latihan kesedaran dan kualiti air sungai kepada pelajar sekolah dengan kerjasama Water Watch Penang di mana pelajar diberi ceramah tentang pengurusan dan pemuliharaan sungai, pemerhatian kehidupan dalam sungai, pemantauan kualiti air, latihan biologi, kimia dan fizikal serta gotong-royong pembersihan; dan

(xviii) Mengadakan program rawatan kualiti air sungai dengan EM Mud Ball. Program ini dijalankan dengan kerjasama kilang dan pelajar sekolah dimana mud ball akan dilontar ke dalam sungai dan hasil pemerhatian mendapati bau busuk air sungai telah berkurangan.

Rancangan bagi 5 tahun akan datang bagi memulihkan dan melindungi sungai-sungai dan laluan air sambungan di sungai-sungai ini daripada pencemaran dan pelepasan sisa buangan kilang-kilang adalah dengan melaksanakan tiga (3) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) iaitu RTB Sungai Junjung, RTB Lembangan Sungai Juru dan RTB Lembangan Sungai Jawi yang mana di samping mencapai matlamat mengatasi risiko banjir, RTB berkenaan juga dapat memulihkan aliran sungai yang tercemar melalui skop kerja mengorek dan mendalamkan sungai-sungai berkenaan. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berterusan ke atas pihak yang melepaskan effluen tercemar ke dalam sungai-sungai turut berperanan dalam rancangan berterusan perlindungan sungai daripada pencemaran dan pelepasan sisa buangan kilang-kilang.

Page 291: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

291

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Sama ada Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk membina lebih ramai taman rekreasi dan pusat sukan di Seberang Perai, khususnya di kawasan DUN Bukit Tengah, dan sekiranya ada, berikan butiran rancangan-rancangan tersebut.

YAB. Ketua Menteri:

11. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sememangnya mempunyai rancangan bagi membina taman rekreasi dan kemudahan sukan di Seberang Perai melalui syarat pemajuan penyediaan 10% kawasan lapang yang dikenakan ke atas pemaju semasa mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang (PKM).

Di DUN Bukit Tengah, MPSP telah meluluskan kemudahan Gelanggang Bola Keranjang Terbuka di Jalan Bukit Minyak 2, Daerah Seberang Perai Tengah dan telah siap dibina oleh Tetuan Concrete Idea Sdn. Bhd.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Sama ada kerajaan akan mengambil langkah untuk melindungi dan menaikkan jalan bund dan hutan bakau mangroves di sepanjang pantai diantara Kuala Juru dan Sungai Jawi terhadap ancaman kenaikan paras laut, dan sekiranya ada, untuk membekalkan butiran langkah-langkah dan rancangan tersebut.

YAB. Ketua Menteri:

12. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membuat permohonan untuk membina dan menaik taraf ban di sepanjang pesisiran pantai di Pulau Pinang melalui peruntukan Persekutuan pada tahun 2018 bagi menangani isu kenaikan paras laut. Kerja-kerja membina dan menaik taraf ban di sepanjang pesisiran pantai di Pulau Pinang, termasuk pesisiran pantai di antara Kuala Juru dan Sungai Jawi akan dilaksanakan tertakluk kepada kelulusan peruntukan.

Manakala bagi penanaman pokok bakau (mangroves) sebagai benteng pertahanan pesisiran pantai, terdapat tumbuhan hutan paya bakau yang tumbuh secara berkelompok di atas tanah Kerajaan di sepanjang pantai di antara Kuala Juru dan Sungai Jawi dan ianya menjadi benteng penahan ombak pantai secara semulajadi. Pada tahun 2005, Jabatan Perhutanan Negeri telah mencadangkan kawasan ini sebagai salah satu lokasi dalam Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai di Persisiran Pantai Negara. Namun begitu, kawasan ini masih belum sesuai sepenuhnya untuk dijalankan program ini memandangkan faktor ombak dan tanah beting. Pada masa ini, kajian lanjut sedang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri ke atas cadangan tersebut.

Di samping itu, Jabatan Perhutanan Negeri turut mengalakkan agensi kerajaan dan swasta serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menjalankan kempen kesedaran dengan mengadakan program penanaman pokok bakau atau spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai secara 'hands-on' di kawasan tersebut.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Siapakah pemegang-pemegang lesen kuari di Kampung Sungai Sembilang, Bukit Juru, dan apakah syarat-syarat lesen kuari tersebut, khususnya dari segi keluasan kawasan operasi yang dibenarkan, dan bila tempoh lesen kuari akan luput masa?

YAB. Ketua Menteri:

13. Kampung Sungai Sembilang, Bukit Juru, terletak dalam Mukim 12, Seberang Perai Tengah. Terdapat 2 lesen yang diluluskan kepada pengusaha kuari di kawasan tersebut seperti berikut:

BIL NAMA PENGUSAHA /SYARIKAT OPERATOR KELUASAN TEMPOH PERMIT

1 Syarikat Berkat Sdn Bhd Batu Tiga Quary Sdn Bhd 13.1312

ekar

17.10.2017 sehingga

31.12.2019

2 Saw Cheong Teok Kuari Sdn Bhd Batu Tiga Quary Sdn Bhd 16 ekar 16.4.2015 sehingga

31.12.2017

Page 292: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

292

Keluasan kawasan operasi yang dibenarkan adalah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Manakala tempoh kelulusan permit adalah untuk tiga (3) tahun. Walau bagaimanapun, permit mengeluar dan memindah bahan batuan ini perlu dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah secara tahunan dan akan tamat tempoh pada akhir bulan Disember setiap tahun.

Syarat-syarat yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) kepada pengusaha kuari ini adalah seperti berikut:-

(i) Permit 4C diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri,

(ii) Pemohon dikenakan bayaran royalti berdasarkan formula Penang Land Rules (Pindaan 2005) pada kadar RM1.50 metrik tan,

(iii) Pihak Berkuasa Negeri boleh menarik balik kelulusan sekiranya berlaku pelanggaran syarat yang dikenakan,

(iv) Bayaran Deposit sebanyak RM10,000.00 per ekar hendaklah dijelaskan setiap tahun mengikut Penang Land Rules Perkara 7,

(v) Pihak Berkuasa Negeri berhak meminda atau menambah apa-apa syarat dan bayaran yang dikenakan kepada pemegang permit,

(vi) Pihak Berkuasa Negeri mempunyai hak untuk menarik balik permit ini pada bila-bila masa dengan tidak dibayar ganti rugi,

(vii) Pemohon perlu mendapatkan kelulusan Pelan Kerja Tanah daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), dan

(viii) Mematuhi syarat dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan-jabatan Teknikal.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Sama ada kerajaan akan melaksanakan dasar untuk mengenakan syarat ke atas kilang-kilang untuk mendaftarkan alamat kediaman semua pekerja warga asing dengan pihak berkuasa untuk mengawal-selia kelakuan dan aktiviti mereka di kawasan-kawasan kediaman yang diduduki mereka.

YAB. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri sangat menitikberatkan supaya majikan menyediakan kemudahan perumahan yang lebih baik bagi menempatkan pekerja asing yang bekerja di kilang-kilang mereka. Pendaftaran alamat kediaman pekerja asing terutamanya akan membantu pihak berkuasa membuat pengkelasan zon penempatan warga asing dan membolehkan penyelesaian pelbagai isu seperti kesihatan (Denggi, Tibi), pembasmian PATI, menghalang aktiviti pemerdagangan migran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, sehingga kini penetapan alamat rumah pekerja asing sedang dikaji perlaksanaannya.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Sama ada Kerajaan Negeri akan melaksanakan dasar untuk melarang kilang-kilang daripada menempatkan pekerja-pekerja warga asing yang mahir rendah dan tidak mahir low and unskilled untuk tinggal di rumah-rumah kediaman tanah, dan apartmen-apartmen private dan awam di Pulau Pinang seperti yang dilaksanakan di Singapore.

YAB. Ketua Menteri:

15. Pada masa ini, tidak ada dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk menghalang kilang-kilang menempatkan pekerja-pekerja warga asing yang mahir dan tidak mahir tinggal di rumah kediaman dan apartment di Pulau Pinang.

Namun demikian, menurut Borang PN1, Skim Perumahan Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah dilarang disewa kepada pihak ketiga dan perlu dihuni pemilik, tetapi syarat ini tidak dipatuhi dan unit-unit ini disewa kepada warga asing. Berkenaan ini, peruntukan perundangan di dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan Akta 118) perlu dipinda untuk menangani masalah ini.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah meluluskan Garis Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja Negeri Pulau Pinang 2015 bagi memastikan pemilik industri menyediakan kemudahan asrama kepada pekerja. Pelaksanaan Garis Panduan ini juga akan membantu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemilik unit perumahan yang menyewakan

Page 293: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

293

kediaman kepada pekerja warga asing terutamanya perumahan bertingkat seperti Rumah Kos Rendah (LC) dan Rumah Kos Sederhana Rendah (LMC).

Kerajaan Negeri amat menggalakkan pembinaan asrama pekerja bagi mengatasi isu penyewaan unit rumah kepada pekerja warga asing yang akan menyebabkan pelbagai masalah sosial di kawasan perumahan. Garis Panduan ini juga disediakan dengan mengambil kira kejayaan pelaksanaan penyediaan asrama pekerja di Singapura.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Dari 2013 sehingga 2018, berapa warga asing berbanding warga negara telah ditangkap untuk kesalahan-kesalahan dibawah Kanun Keseksaan, khususnya berkait kesalahan pecah rumah, merompak, kecurian kenderaan, dan kecurian kecil di Pulau Pinang secara am, dan secara khusus di kawasan DUN Bukit Tengah.

YAB. Ketua Menteri:

16. Dari tahun 2013 hingga 2018, bilangan warga asing yang ditangkap berbanding dengan warga tempatan untuk kesalahan di bawah Kanun Keseksaan khususnya berkaitan dengan kesalahan pecah rumah, merompak, kecurian kenderaan dan kecurian kecil di Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A. Manakala bagi kawasan ADUN Bukit Tengah adalah seperti di Lampiran B.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BSHL NO. 16)

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Sejak dari 2008-2018 berapa kilang haram di DUN Bukit Tengah telah memohon untuk memutihkan operasi mereka dan menukar perlingkungan semula kegunaan tanah mereka kepada kegunaan industri, dan membekalkan butiran berapa daripada permohonan ini telah diluluskan dan lokasi di mana kilang-kilang tersebut terletak.

YAB. Ketua Menteri:

17 Sehingga Jun 2018, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) masih belum menerima Permohonan Kebenaran Merancang bagi tujuan pemutihan kilang.

Walau bagaimanapun, MPSP telah menerima satu (1) permohonan bagi pelingkungan semula kawasan pertanian kepada kawasan industri yang kini masih dalam proses pertimbangan Jawatankuasa Perancang Negeri. Lokasi kilang tersebut adalah di atas Lot 623, Mukim 12, Seberang Perai Tengah.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Sama ada Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menubuhkan pusat-pusat jagaan komuniti untuk warga emas dengan kemudahan jagaan siang hari berintegrasi membantu warga emas menjadi tua dalam persekitaran yang biasa dikenali.

YAB. Ketua Menteri:

18. Setakat ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai rancangan untuk menubuhkan pusat jagaan komuniti untuk warga emas kerana penubuhan pusat jagaan ini perlu diteliti dari pelbagai faktor antaranya implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia sedang mendirikan Kompleks Sinar Kasih bagi golongan warga emas di Daerah Seberang Perai Selatan dan dijangka siap pada September 2019.

Selain itu, terdapat 2 buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang iaitu di Balik Pulau dan Pongsu Seribu, Kepala Batas. PAWE merupakan tempat berkumpul dan menjalankan aktiviti bagi warga emas tetapi bukan pusat jagaan berkediaman dan beroperasi mengikut waktu pejabat selama 5 hari seminggu. Setiap PAWE mempunyai jawatankuasa yang menggerakkan operasi dan penyelia yang dilantik bagi menguruskan PAWE tersebut.

Kerajaan Negeri turut melaksanakan program “Jom Hidup Sihat” yang disasarkan kepada rakyat di Negeri Pulau Pinang untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat khususnya di kalangan warga emas. Kerajaan Negeri menggalakkan setiap KADUN untuk mewujudkan pusat komuniti supaya aktiviti-aktiviti komuniti seperti latihan Tai Chi, Qi Gong, Line Dance dan Aerobik dapat dijalankan dan peralatan out door gym juga dapat disediakan.

Page 294: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

294

Program ini juga dapat menjadikan kawasan perumahan sebagai pusat aktiviti dan riadah seharian kepada warga emas untuk bersama-sama memupuk kepentingan penjagaan kesihatan dan membina ikatan silaturrahim yang baik serta dapat menanam sikap kejiranan dan prihatin di kalangan komuniti.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut menyediakan kemudahan alatan senaman (outdoor gym) yang giat dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan di taman-taman rekreasi awam dan kawasan tanah lapang untuk digunakan oleh

masyarakat setempat termasuk warga emas.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Bilakah Kerajaan Negeri akan memohon untuk menaik taraf Majlis Perbandaran Seberang Perai kepada status bandaraya, apakah kriteria untuk diberikan status bandaraya, dan sama ada MPSP telahpun memenuhi kriteria tersebut.

YAB. Ketua Menteri:

19. Kerajaan Negeri kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk menaik taraf Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) daripada status perbandaran ke status bandaraya sebelum mengemukakan permohonan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-60 pada 3 Jun 2008 telah menetapkan kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi untuk dinaik taraf ke status bandaraya antaranya seperti berikut:

(i) PBT harus meliputi kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri.

(ii) Jumlah penduduk tidak kurang daripada 500,000 orang.

(iii) Pendapatan dari sumber kewangan yang mapan tidak kurang dari RM100 juta setahun.

(iv) Perkhidmatan pada tahap yang tinggi.

(v) Pembangunan bandar yang menekan kepada pembangunan mampan.

(vi) Pembentukan imej bandar ataupun identiti yang bersesuaian.

(vii) Memiliki pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan perniagaan dan perdagangan.

(viii) Memiliki Institusi pendidikan dan perubatan.

(ix) Memiliki pusat kebudayaan, sukan dan riadah serta konvesyen.

(x) Kemudahan infrastruktur, utiliti dan taman-taman awam.

(xi) Pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejajar dengan taraf sebagai sebuah bandaraya.

Berdasarkan kriteria yang ditetapkan di atas, MPSP pada dasarnya telah memenuhi dan mematuhi kriteria yang ditetapkan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Dari 2008 sehingga kini, berapa unit projek perumahan kos rendah telah dibina di Pulau Pinang, dan berapa lagi yang dirancang akan dibina dalam lima (5) tahun ke depan, khususnya unit-unit sewa untuk dimiliki Rent-To-Own.

YAB. Ketua Menteri:

20. Dibawah Dasar Penyediaan Rumah Kos Rendah / Rumah Sederhana Rendah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sebanyak 86 projek RMM 'A' telah dibina dan memperolehi Sijil Layak Menduduki (OC) / Perakuan Siap Kerja dan Pematuhan (CCC) yang melibatkan penyediaan sebanyak 15,228 RMM 'A' dan 'B' dari tahun 2008 hingga 2018. Kerajaan Negeri juga melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah menyiapkan 7 projek yang menawarkan 1,927 RMM 'A'.

Page 295: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

295

Usaha penyediaan Rumah Mampu Milik ini dimantapkan lagi melalui 34 pemajuan yang bakal membekalkan sebanyak 32,212 unit rumah berdasarkan Kebenaran Merancang juga senarai projek di dalam Perancangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Termasuk di dalam perancangan adalah pembinaan projek RMM 'A' di Mak Mandin sebanyak 187 unit yang diputuskan bagi tujuan Sewa Beli (rent to own).

YB. EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa telah mengusulkan agar PPR Permatang Tok Suboh yang mengandungi 231 unit rumah teres untuk dilupuskan secara sewa beli (rent to own) semasa kunjungan hormat beliau ke Pejabat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 4 Jun 2018.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Menyatakan butir-butir bantuan (kewangan atau sebaliknya) yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada warga nelayan dari 2008-2018, khususnya kepada mereka yang beroperasi di sepanjang Sungai Juru ke Kuala Juru dan di sepanjang pantai dari Kuala Juru sehingga teluk Sungai Jawi.

YAB. Ketua Menteri:

21. Sejumlah 82 orang nelayan telah dikenal pasti beroperasi di Sungai Juru dan sepanjang pantai ke Kuala Juru sehingga Teluk Sungai Jawi. Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat khusus berkenaan bantuan yang diberikan kepada nelayan yang beroperasi di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai bentuk bantuan yang telah diberikan kepada nelayan di negeri ini secara amnya. Senarai bantuan yang telah diberikan kepada nelayan adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BGHL NO. 21)

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Apakah tindakan jangka masa pendek dan panjang yang akan diambil untuk mengatasi kesesakan lalulintas serius khususnya semasa waktu puncak di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Bukit Tengah-Jalan Bukit Minyak 2 dan persimpangan lampu isyarat dari Jalan Bukit Tengah-Jalan Juru.

YAB. Ketua Menteri:

22. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah dan sedang mengambil tindakan bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Antara tindakan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

(i) Tindakan jangka masa pendek

(a) Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam cadangan untuk membuat kajian semula fasa pemasaan lampu isyarat bagi memberi tempoh pelepasan trafik yang lebih panjang kepada laluan utama khususnya semasa waktu puncak;

(b) Menggunakan perkhidmatan Polis Trafik semasa waktu puncak;

(c) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah melaksanakan greenwave (sistem lampu isyarat yang serentak) di Jalan Bukit Tengah – Jalan Bukit Minyak 2 hingga persimpangan Jalan Bukit Tengah – Jalan Juru. Projek ini dijangka siap pada Disember 2018; dan

(d) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sedang menaik taraf jalan dari persimpangan Jalan Bukit Tengah – Jalan Bukit Minyak 2 sehingga ke persimpangan Jalan Bukit Minyak – Jalan Kota Permai dan dijangka siap pada Disember 2018.

(ii) Tindakan Jangka Masa Panjang

Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengemukakan permohonan cadangan menaik taraf Jalan Tunggal 2 Lorong kepada Jalan Berkembar 4 Lorong dari Permatang Tinggi ke Sungai Juru, Bukit Tengah kepada Kementerian Kerja Raya melalui Rancangan Malaysia Ke-sebelas, Rolling Plan Ke-4 (RMK-11, RP 4). Projek ini telah diluluskan oleh pihak Kementerian dan permohonan pelaksanaan projek telah pun dikemukakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang. Malah, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Jalan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah pun membuat lawatan tapak.

Page 296: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

296

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Apakah projek-projek infrastruktur jangka masa lama yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang suatu kawasan ekonomi berkuasa economic powerhouse.

YAB. Ketua Menteri:

23. Pada masa ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan/Agensi Negeri dengan kerjasama pihak swasta sedang merancang projek-projek infrastruktur bagi keseluruhan negeri Pulau Pinang. Projek infrastruktur ini bukan sahaja untuk menarik pelabur serta menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri malah yang paling utama adalah untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat.

Projek pembangunan infrastruktur negeri ini terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Negeri Pulau Pinang. Melalui PIP Kerajaan Negeri telah merancang untuk melaksanakan beberapa projek mega antaranya ialah:-

(i) Pembinaan Sistem Light Rail Transit (LRT) dari George Town ke Bayan Lepas;

(ii) Pembinaan Monorel dari George Town Ke Ayer Itam;

(iii) Pembinaan Monorel dari George Town Ke Tanjong Tokong;

(iv) Pembinaan Sistem LRT dari George Town ke Butterworth;

(v) Pembinaan Sistem Trem di kawasan warisan George Town;

(vi) Pembinaan Jalan Berkembar Jalan Tanjong Bunga ke Teluk Bahang;

(vii) Pembinaan by-pass dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Itam;

(viii) Pembinaan by-pass dari Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu;

(ix) Pembinaan Terowong Dasar Laut dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam; dan

(x) Pembinaan Lebuhraya Pan Island Link (PIL);

Selain itu, bagi meningkatkan lagi sektor pelancongan yang merupakan penyumbang kedua terbesar ekonomi negeri, pintu masuk utama ke negeri ini iaitu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang akan turut dinaiktaraf. Sebagai langkah jangka panjang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang merancang untuk mempertingkatkan kapasiti pengendalian penumpang daripada 6.5 juta penumpang setahun (mppa) kepada kapasiti 12 juta mppa. Pada masa ini, pihak MAHB sedang melaksanakan proses pelantikan juruperunding yang dijalankan melalui proses tender terbuka.

Di samping itu, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menjadi sebuah bandar pintar dan bertaraf antarabangsa. Justeru, bagi memastikan hasrat ini tercapai, penyediaan infrastruktur telekomunikasi yang cekap dan efisyen sedang diusahakan. Ini adalah penting bagi memastikan jurang telekomunikasi dengan pihak luar dapat diatasi bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai penyedia ekonomi digital terunggul di Malaysia khususnya dan Asia amnya.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Sama ada pembinaan asrama pekerja warga asing yang dicadangkan di Perkampungan Juru akan manjadikan banjir kilat dan kesesakan lalu lintas di persekitaran kawasan tersebut lebih buruk sekiranya projek tersebut dilaksanakan.

YAB. Ketua Menteri:

24. Keputusan Kerajaan Negeri untuk membina asrama pekerja di Lot 14750, Mukim 13, Juru seluas 6.6 ekar adalah kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan kawasan industri sedia ada iaitu di Bukit Tengah dan Bukit Minyak. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telahpun mengambil kira pelbagai aspek termasuklah menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut sebelum membina asrama pekerja.

Bagi menyelesaikan masalah banjir, pihak JPS kini sedang melaksanakan Projek Tebatan Banjir Parit 5, Taman Mangga dan Jalan Juru yang melibatkan kawasan cadangan pembinaan asrama pekerja. Projek tebatan banjir ini dijangka siap pada bulan Mac 2020.

Selain itu, pihak pemaju juga telah disyaratkan untuk mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Teknikal yang berkaitan termasuklah syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPS.

Page 297: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

297

Bagi isu kesesakan lalu lintas pula, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk melebarkan Jalan Juru daripada 2 lorong kepada 4 lorong bermula dari Persimpangan Jalan Tok Kangar sehingga Persimpangan Jalan Permatang Tinggi. Pelebaran jalan sedia ada ini amat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan asrama pekerja yang akan dibina.

Dalam pada itu, pihak pemaju juga telah menyediakan Laporan Social Impacts Assessment (SIA) dan Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) bagi mengenal pasti dan mengatasi sebarang masalah atau kesan yang mungkin akan berlaku daripada pembinaan asrama pekerja di Juru. Kedua-dua laporan tersebut telah dikemukakan kepada pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebelum mendapat Pelan Kebenaran Merancang (PKM).

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Apakah pelan-pelan penambahbaikan sistem pengangkutan yang dikenalpasti untuk jangka masa pendek (2013-2015) dan sederhana (2015-2020) dalam "Penang Transport Master Plan", dan berapa daripada pelan-pelan tersebut telahpun dilaksanakan dan diselesaikan.

YAB. Ketua Menteri:

25. Pelan-pelan penambahbaikan sistem pengangkutan yang dikenal pasti untuk jangka masa pendek (2013 - 2015) dan jangka masa sederhana (2015-2020) dalam Penang Transport Master Plan (PTMP) adalah seperti berikut:

(i) Pengurusan Rangkaian Pengangkutan Awam;

(ii) Perancangan Rangkaian Pengangkutan Awam;

(iii) Penambahbaikan Kemudahsampaian (accessibility) Rangkaian Pengangkutan Awam;

(iv) Penyediaan Informasi

Pelan-pelan yang telah dilaksanakan secara berperingkat adalah seperti berikut :

(i) Menyediakan perkhidmatan Bas CAT (Central Area Transit) untuk orang awam bagi menggalakkan dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di pusat bandar bahagian pulau.

(ii) Menyediakan perkhidmatan Bas Park and Ride (P&R) dari Seberang Perai ke Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas dengan mengintegrasi perkhidmatan bas iaitu Bridge Express Shuttle Service (BEST) FIZ untuk pekerja yang bekerja di Zon Perindustrian Bayan Lepas.

(iii) Menyediakan perkhidmatan BEST KOMTAR untuk penjawat awam yang bertugas di KOMTAR. Konsepnya adalah berasaskan perkhidmatan Bas BEST FIZ dalam membantu mengurangkan kesesakan dan pencemaran.

(iv) Melancarkan perkhidmatan bas percuma menerusi sistem Pengangkutan Pengurangan Kesesakan (Congestion Alleviation Transit - CAT). Sebanyak dua belas (12) laluan telah dikenal pasti dan sepuluh (10) lauan telah dilancarkan sejak 1 April 2018. Laluan yang dikenal pasti adalah CAT George Town 2, CAT Ayer Itam, CAT Bayan Baru, CAT Balik Pulau, CAT Tanjung Tokong dan CAT Sungai Dua bagi kawasan pulau. Manakala, di Seberang Perai adalah CAT Bertam, CAT Seberang Jaya, CAT Bukit Mertajam, CAT Alma, CAT Nibong Tebal dan CAT Batu Kawan. Perkhidmatan CAT ini berfungsi sebagai ‘feeder services’ untuk perkhidmatan pangangkutan awam di laluan utama.

(v) Bagi penambahbaikan kemudahsampaian (accessibility) rangkaian pengangkutan awam Kerajaan Negeri telah menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam dengan meningkatkan efisiensi, keselesaan dan menaik taraf kemudahan infrastruktur iaitu dengan menyediakan terminal, hub dan perhentian bas berbumbung baru serta yang sedia ada dinaik taraf secara berperingkat.

(vi) Menaik taraf pondok perhentian bas sedia ada kepada yang lebih mesra pengguna dari segi keselesaan dan keselamatan secara berperingkat.

(vii) Kesemua pondok perhentian bas yang telah dibina mempunyai ciri-ciri kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan pemasangan lampu pada pondok perhentian bas untuk pencahayaan demi keselamatan pengguna-pengguna bas awam pada waktu malam sedang dilaksanakan secara berperingkat.

Page 298: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

298

(viii) Kerajaan Negeri bersama dengan Syarikat Rapid Bus Sdn Bhd sedang merancang untuk mendirikan papan tanda elektronik yang mempunyai paparan maklumat ketibaan bas di pondok perhentian bas di kawasan pulau, Pulau Pinang dalam jangka masa sederhana mulai tahun 2019. Sebanyak 30 buah papan tanda elektronik ini akan didirikan di pondok perhentian bas di kawasan-kawasan yang sesuai dan laluan bas yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

(ix) Membina atau menaik taraf laluan pejalan kaki di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti supaya dapat memberi keselesaan dan menjamin keselamatan pejalan kaki bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Selain itu, elemen mesra orang kurang upaya juga adalah salah satu aspek penting yang diterapkan di dalam pembinaan dan kerja naik taraf laluan-laluan pejalan kaki ini.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan kerja mencuci tebing dan mendalamkan Sungai Juru dan muara Kuala Juru yang merupakan talian hidup kepada nelayan-nelayan yang beroperasi di kawasan tersebut, dan sekiranya ada, untuk membekalkan butiran rancangan tersebut seperti kos dan bila kerja tersebut akan dilaksanakan.

YAB. Ketua Menteri:

26. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi kerja mencuci tebing dan mendalamkan Sungai Juru dan muara Kuala Juru di bawah peruntukan caruman perparitan pada 28 Jun 2018 yang lalu. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tidak diluluskan oleh Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Tebatan Banjir dan mengesyorkan agar peruntukan dimohon di bawah peruntukan pembangunan pada tahun 2019. Memandangkan permohonan peruntukan pembangunan bagi tahun 2019 telah pun ditutup pada Mei 2018, peruntukan projek ini boleh dimasukkan dalam penyenaraian semula projek mengikut keutamaan dalam peruntukan pembangunan bagi tebatan banjir tahun 2019 yang diluluskan kelak.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Adakah Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan tahunan untuk menaik taraf dan membaiki kuil, rumah atau tempat ibadat di Pulau Pinang, dan berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi tujuan ini dengan butirannya setiap tahun sejak 2008-2018?

YAB. Ketua Menteri:

27. Kerajaan Negeri telah melaksanakan penyaluran peruntukan kepada Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) sejak tahun 2016. Peruntukan yang disalurkan ini telah diperaku dan diluluskan oleh Jawatankuasa Tabung Amanah RIBI yang dipengerusikan oleh YB. Tuan Jagdeep Singh Deo, jawatankuasa ini mempertimbangkan permohonan pembinaan dan penyelenggaraan RIBI dan sejumlah RM3,654,136.20 telah dibelanjakan sepanjang tempoh 2016 sehingga Julai 2018. Perincian perbelanjaan adalah seperti berikut:-

JENIS 2016 (RM) 2017 (RM) 2018 (RM) JUMLAH

Tokong 139,932.20 553,598.00 1,239,055.00 1,932,585.20

Kuil Hindu 119,990.00 254,500.00 528,700.00 903,190.00

Gereja 117,471.00 71,500.00 380,000.00 568,971.00

Gudwara 20,000.00 50,000.00 179,390.00 249,390.00

JUMLAH 397,393.20 929,598.00 2,327,145.00 3,654,136.20

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Bagaimana dan apakah rancangan terperinci Kerajaan Negeri yang telah dan akan diambil untuk membantu MPSP menjayakan salah satu keutamaan strategiknya untuk memperkukuhkan budaya dan warisan di Seberang Perai?

YAB. Ketua Menteri:

28. Rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menjayakan salah satu keutamaan strategiknya untuk memperkukuhkan budaya dan warisan di Seberang Perai adalah seperti berikut:

(a) Mengenal pasti bangunan-bangunan yang mempunyai seni warisan untuk diwartakan sebagai bangunan warisan. Pada masa ini, MPSP telah mempunyai senarai bangunan-bangunan warisan yang terdapat di Seberang Perai. Senarai bangunan tersebut adalah dalam proses untuk digazetkan.

Page 299: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

299

(b) Memastikan bangunan warisan dipulihara dan dijaga dengan baik. MPSP telah menyediakan garis panduan pemuliharaan bangunan warisan bagi memastikan bangunan-bangunan yang telah dikategorikan bangunan warisan dapat dipulihara dan mengekalkan ciri-ciri warisan serta menjadi produk pelancongan.

(c) Mewujudkan dokumentari warisan bagi mempromosikan tempat-tempat yang telah dikenal pasti sebagai warisan Seberang Perai. MPSP sedang dalam proses untuk menerbitkan 10 dokumentari pendek.

(d) Memperkasakan Program Homestay di Seberang Perai yang kaya dengan seni dan budaya tempatan melalui kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

(e) Bekerjasama dengan pihak swasta bagi menganjurkan lebih banyak program kebudayaan dan warisan di Seberang Perai seperti 9th Mah Yoke Seng Open Traditional Lion Dance Competition yang akan diadakan pada 18 Ogos 2018 di Juru Auto-City dan Pesta Tanglung Seberang Perai 2018 yang akan diadakan pada 16 September 2018 di Bukit Mertajam.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mencadangkan pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan 1966 untuk melarang pemilik unit perumahan kos rendah dan sederhana untuk menyewa hartanah mereka kepada pihak ketiga dan pekerja warga asing?

YAB. Ketua Menteri:

29. Kerajaan Negeri sememangnya menyedari bahawa tiada sebarang klausa di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) [Akta 118] atau mana-mana peruntukan undang-undang yang mensyaratkan unit kediaman termasuk kos rendah dan sederhana rendah perlu dihuni oleh pemilik. Akibatnya tiada tindakan penguatkuasaan yang boleh dikenakan ke atas pemilik yang menyewakan unit kediaman mereka kepada pihak ketiga sama ada dari kalangan warganegara atau pekerja asing. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri dalam usul bertarikh 22 Februari 2017 yang ditandatangani bersama Ketua Menteri dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri telah menggesa Kerajaan Persekutuan supaya perundangan sedia ada berkaitan masalah ini disemak dan/atau dipinda. Di peringkat Kerajaan Negeri sendiri, penambahbaikan telah dibuat ke atas syarat permohonan rumah melalui Borang PN1. Berkuatkuasa Ogos 2016, pemohon dikehendaki menandatangani Akuan Berkanun (Statutory Declaration) sebagai akujanji untuk menduduki unit Rumah Mampu Milik (RMM) yang akan ditawarkan kepada mereka.

Melalui pendekatan lain, Kerajaan Negeri juga berusaha untuk menggalakkan lebih banyak pembinaan asrama pekerja bagi menangani isu penyewaan unit-unit Rumah Mampu Milik kepada warga asing. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri pada 30 Julai 2015 telah meluluskan penggunaan Garis Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja di Negeri Pulau Pinang. Garis panduan ini akan menjadi rujukan asas kepada sebarang projek pembinaan asrama pekerja supaya tidak bercanggah dengan syarat pemajuan guna tanah kediaman/penempatan dalam kawasan perindustrian dan perniagaan serta mengawal risiko dan ancaman kacau ganggu kepada penduduk tempatan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Bilakah projek sistem kereta kabel yang dikenali sebagai Penang Sky Cab yang akan menghubungkan pulau ke Seberang Perai dijangka akan dilaksanakan, dan berapakah anggaran kos projek tersebut dan bagaimana ia akan dibiayai?

YAB. Ketua Menteri:

30. Projek Sistem Kereta Kabel yang dikenali sebagai "Penang Sky Cab" bagi menghubungkan bahagian Pulau ke Seberang Perai merupakan projek inisiatif pihak swasta iaitu Syarikat Malaysian Resources Corporation Sdn. Bhd. (MRCB) dan mendapat sokongan Kerajaan Negeri. Pada masa ini, Kerajaan Negeri telah memutuskan agar tapak cadangan stesen Penang Sky Cab yang asalnya di tapak pelupusan sampah Jelutong diubah kepada tapak lain. Oleh itu, Kerajaan Negeri sedang mengkaji semula pelaksanaannya dan hala tuju projek ini serta akan dibincangkan semula dengan MRCB selanjutnya.

Page 300: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

300

XXI. Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Sila nyatakan:-

(a) Jumlah TIA dan SIA yang telah dijalankan untuk projek-projek baru di kawasan Bagan Dalam.

(b) Apakah cadangan-cadangan yang telah dikemukakan dalam laporan-laporan berkenaan?

(c) Berapa cadangan tersebut telah dilaksanakan dan berapa masih belum?

YAB. Ketua Menteri:

1. (a) Terdapat 3 Traffic Impact Assessment (TIA) yang telah dijalankan untuk projek-projek baru di Kawasan Bagan Dalam. Manakala tiada Social Impact Assessment (SIA) yang dijalankan. TIA yang dijalankan untuk projek-projek baru di kawasan Bagan Dalam adalah seperti berikut ;

Bil. Jenis Kajian Jumlah Lokasi Tetuan

1. TIA 3

(i) Cadangan Pembangunan Penang Sentral, Seksyen 4, Butterworth,Seberang Perai Utara (SPU).

Penang Sentral Sdn. Bhd.

(ii) (Cadangan Pembangunan di atas lot 20137 (sebahagian lot lama 3670), 2449 dan 2450, Jalan Assumption, Seksyen 4, Butterworth, SPU.

PJD Eastern Land Sdn. Bhd.

(iii) Cadangan Pembangunan Bercampur di atas lot 2499,195,2502,2570,270, 189,190,2569,197,199, 142-187,268 dan 362, Seksyen 4, Butterworth, SPU.

The Straits Trading Company Limited Kuala Lumpur.

(b) Cadangan-cadangan yang telah dikemukakan dalam laporan-laporan TIA berkenaan adalah seperti berikut:

(i) Pembangunan oleh Tetuan Penang Sentral Sdn Bhd

• Cadangan tiga (3) lorong untuk belokan kanan dari Penang Sentral ke Kulim di persimpangan Jalan Heng Choon Thian dengan North Butterworth Container Terminal (NBCT).

• Cadangan menaiktaraf persimpangan Jalan New Ferry dengan Penang Sentral.

• Cadangan trafik free flow dari Penang Sentral ke Jambatan Pulau Pinang di persimpangan Jalan Bagan Dalam dengan Terminal Kontena Butterworth.

(ii) Pembangunan oleh Tetuan PJD Eastern Land Sdn Bhd

• Cadangan penambahan satu (1) lorong di Jalan Chain Ferry bermula dari persimpangan Jalan Assumption.

Page 301: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

301

• Cadangan penukaran aliran lalulintas dari dua (2) hala kepada satu (1) hala di Harbour Place 1.

• Cadangan pembinaan pembahagi jalan di Jalan Assumption.

(iii) Pembangunan oleh Tetuan The Straits Trading Company Limited Kuala Lumpur

• Cadangan menaik taraf persimpangan Jalan Pantai dengan Jalan St. Mark kepada persimpangan lampu isyarat.

• Cadangan left-in left-out di persimpangan Jalan Bagan Luar dengan Jalan Allen.

• Cadangan left-in left-out di persimpangan Jalan Bagan Luar dengan Jalan St. Mark.

• Cadangan empat (4) lorong dua (2) hala dengan pembahagi jalan dan pusingan U khas di Jalan St. Mark.

• Cadangan penambahan Lorong Taper bagi belokan kanan dari Jalan Bagan Luar ke Jalan Heng Choon Thian.

• Cadangan pusing U di Jalan Bagan Luar bagi kenderaan dari arah Perai.

• Cadangan pembahagi jalan di Jalan Bagan Luar.

(c) Cadangan seperti yang disyor dalam kajian TIA telah dilaksanakan oleh Tetuan Penang Sentral Sdn Bhd manakala Tetuan PJD Eastern Land Sdn Bhd dan Tetuan The Straits Trading Company Limited Kuala Lumpur belum melaksanakannya kerana projek masih belum dimulakan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Sila beri perincian:-

(a). Keluasan kawasan paya bakau (mangrove) di negeri Pulau Pinang?

(b). Adakah apa-apa projek sedang dilaksana ataupun dalam perancangan yang akan memberi kesan kepada keadaan asal kawasan mangrove ini?

(c). Apakah tindakan yang telah dan sedang diambil untuk memeliharan kawasan mangrove (paya bakau) ini?

YAB. Ketua Menteri:

2. (a) Hutan paya bakau di Negeri Pulau Pinang adalah berkeluasan 1,045.04 hektar dengan perincian berikut:-

(i) Hutan Paya Bakau berstatus Hutan Simpan Kekal seluas 381.04 hektar; dan

(ii) Hutan Paya Bakau dalam tanah Kerajaan seluas 664 hektar.

(b) Tiada projek pembangunan yang sedang dilaksanakan atau lesen penebangan pokok bakau yang diluluskan di dalam kawasan Hutan Simpan Paya Bakau dan Hutan Paya Bakau dalam tanah Kerajaan di Negeri Pulau Pinang.

(c) Tindakan yang telah dan sedang diambil untuk memelihara kawasan paya bakau oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:-

(i) Pematuhan di bawah Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2020 yang menggariskan Dasar Spatial Utama (DSU) 10 : Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) seperti kawasan KSAS Berisiko Bencana, KSAS Bernilai Warisan dan KSAS Sokongan Hidup akan dipelihara dan dikekal di bawah Langkah ke-5 (DSU10 L5) iaitu “mengekalkan guna tanah hutan, belukar, kawasan paya, sungai/tasik dan tanah lapang/kawasan bukit bagi mencapai sasaran 30% daripada keluasan negeri Sebagai Kawasan Hijau”;

(ii) Memulakan proses melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) untuk mewartakan 664 hektar kawasan hutan bakau dan hutan nipah dalam tanah Kerajaan dan tanah milik agensi sebagai Hutan Simpan Kekal yang terletak di lapan (8) kawasan berikut:-

Page 302: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

302

• Penaga (200 hektar);

• Air Hitam Dalam (10 hektar);

• Sungai Perai (100 hektar);

• Sungai Juru/Sungai Jawi (150 hektar);

• Sungai Kerian / Sungai Chenaam / Sungai Udang (100 hektar);

• Pantai Acheh (60 hektar);

• Balik Pulau (40 hektar); dan

• Batu Maung (4 hektar).

(iv) Menggiatkan usaha penanaman semula pokok bakau dan spesies yang sesuai di pesisir pantai dari tahun 2005 sehingga tahun 2017 meliputi kawasan seluas 75.6 hektar; dan

(v) Menganjurkan kempen kesedaran penanaman pokok secara hands-on di hutan paya bakau dan pesisir pantai bersama pelajar sekolah, agensi kerajaan dan swasta serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Berapakah jumlah wang yang telah dikutip melalui program No Free Plastic Bag mengikut daerah dan adakah wang tersebut digunakan untuk projek dan program pemeliharan dan pemuliharan Alam Sekitar di negeri Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

3. Jumlah keseluruhan kutipan hasil dari pelaksanaan kempen No Free Plastic Bag sejak tahun 2009 hingga Jun 2018 adalah sebanyak RM7,764,942,41. Maklumat jumlah kutipan mengikut daerah disediakan mulai tahun 2017 setelah garis panduan 2.0 program ini dilancarkan seperti perincian berikut:-

Daerah 2017 2018 (sehingga 30 Jun 2018)

SPU 138,864.06 108,658.77

SPT 308,586.81 241,463.94

SPS 66,860.48 52,317.19

DTL 704,414.00 453,730.40

DBD 51,125.00 19,009.00

JUMLAH 1,269,850.35 875,179.30

Setakat ini, polisi Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah semua kutipan daripada Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma disalurkan sepenuhnya ke Akaun Tabung Amanah Kebajikan Negeri Pulau Pinang bagi kegunaan Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) iaitu program pembasmian kemiskinan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk mewartakan kawasan persisiran pantai Telok Ayer Tawar - Penaga sebagai Nature & Wildlife Reserve, untuk melindungi habitat kawasan eco-sensitive itu?

YAB. Ketua Menteri:

4. Kerajaan Negeri melalui Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2020 yang diwartakan pada 27 Jun 2007 telah menggariskan Dasar Sektoral 55 (DS55) bahawa “Pembangunan Secara Mapan Akan Dilaksanakan Bagi Memastikan Keseimbangan Antara Pembangunan Fizikal dan Kepentingan Alam Sekitar Terjamin”. Di bawah Langkah Ke-6 Dasar Sektoral tersebut (DS55 L6), telah dijelaskan mengenai dasar berkenaan “Memulihara Dan Mewartakan Hutan Lipur, Hutan Paya Laut, Hutan Penyelidikan dan Pelajaran Sebagai Sumber Eko-Pelancongan dan Hutan Simpan Kekal”. Perkara ini termasuk cadangan untuk mewartakan Hutan Paya Laut yang turut melibatkan kawasan pantai Telok Air Tawar dan Penaga. Dasar ini, secara langsung merujuk kepada komitmen Kerajaan Negeri menjadikan kawasan berkenaan sebagai Nature & Wild Life Reserve.

Page 303: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

303

Pada masa yang sama, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang sedang dalam tindakan untuk mewartakan 200 hektar hutan paya bakau di atas tanah kerajaan di Penaga untuk dijadikan sebagai hutan simpanan kekal berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 19 Disember 2007 yang bersetuju untuk mewartakan semua kawasan hutan bakau dan hutan nipah atas tanah Kerajaan dan tanah milik agensi sebagai hutan simpan kekal. Kawasan tersebut telah dipersetujui untuk dijadikan sebagai hutan simpanan kekal bagi memastikan ianya dapat menyumbang kepada fungsi alam sekitar serta sosio ekonomi rakyat dan diwarisi generasi akan datang secara lestari.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Sila perincikan projek infrastruktur (jalan & parit) yang telah dijalankan di kawasan Bagan Dalam sepanjang tahun 2017 & 2018, dan kosnya.

YAB. Ketua Menteri:

5. Perincian Projek Infrastruktur Jalan dan Parit yang telah dijalankan di Kawasan Bagan Dalam sepanjang tahun 2017 dan 2018 adalah seperti di Lampiran A

RUJ. LAMPIRAN A (BSM NO. 5)

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Adakah kerajaan negeri mempunyai rancangan untuk menjadikan kawasan paya bakau sepanjang Teluk Air Tawar - Penaga sebagai 'Tapak Ramsar' dan apakah tindakan yang telah diambil sehingga kini ke arah itu?

YAB. Ketua Menteri:

6. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk menjadikan kawasan paya bakau sepanjang Teluk Air Tawar - Penaga sebagai Tapak Ramsar (kawasan tanah lembap yang diwartakan sebagai kawasan perlindungan atas kepentingan ekosistemnya terhadap alam sekitar). Namun begitu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dalam tindakan untuk mewartakan 200 hektar hutan paya bakau di atas tanah Kerajaan dan tanah milik agensi di Penaga sebagai kawasan Hutan Simpan Kekal secara berperingkat.

Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Kecil Pewartaan Semua Kawasan Hutan Bakau Dan Hutan Nipah Dalam Tanah Kerajaan Dan Tanah Milik Agensi Sebagai Hutan Simpan Kekal yang dipengerusikan oleh YB. Tuan Phee Boon Poh, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar telah ditubuhkan bagi menyelaras proses ini.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Berapakah bantuan dan peruntukan telah diperuntukkan kepada Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) oleh Kerajaan Negeri?

YAB. Ketua Menteri:

7. Sebanyak RM54,164,820.00 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada FAP sejak tahun 2008.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Berapakah peruntukan dan bantuan kewangan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) sejak tahun 2008?

YAB. Ketua Menteri:

8. Jumlah nilai pelaburan asing (FDI) berbanding jumlah keseluruhan pelaburan di Pulau Pinang dari tahun 2015 hingga 2017 adalah seperti jadual berikut :-

Tahun Jumlah Pelaburan

(RM juta) Jumlah FDI (RM juta)

Sumbangan FDI kepada jumlah pelaburan (%)

2017 10,811,88 8,540.49 79

2016 4,293.89 3,056.92 71

2015 6,724.34 4,498.73 67

Page 304: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

304

Manakala tiga negara pelabur utama dengan nilai pelaburan yang tertinggi sektor pembuatan di Pulau Pinang dari tahun 2015-2017 adalah seperti jadual berikut:-

Tahun Negara Pelabur Utama

di Pulau Pinang Jumlah Pelaburan

(RM Juta)

2017

Switzerland 2,364.00

Jerman 1,206.70

Hong Kong 1,050.50

2016

Negara China 709.90

Luxembourg 539.10

Jerman 403.70

2015

Amerika Syarikat 2,461.70

Negara China 976.70

Netherlands 509.50

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Sila perincikan pecahan pelaburan asing ke Pulau Pinang berdasarkan rekod terkini mengikut negara asal pelabur.

YAB. Ketua Menteri:

9. Data kemasukan pelancong asing ke Pulau Pinang mengikut kewarganegaraan adalah berdasarkan kepada data Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Swettenham Pier Cruise Terminal seperti di Lampiran A. Bagi tahun 2017, sejumlah 827,874 pelancong asing telah dicatatkan. Manakala bagi tahun 2018, sehingga April 2018, sejumlah 246,898 pelancong asing telah dicatatkan. Data bagi tempoh Mei dan Jun 2018 masih belum dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

RUJ. LAMPIRAN A (BSM NO. 9)

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Sila berikan data kemasukan pelancong asing ke Pulau Pinang mengikut kewarganegaraan, dari Januari 2017 sehingga Jun 2018.

YAB. Ketua Menteri:

10. Data kemasukan pelancong asing ke Pulau Pinang mengikut kewarganegaraan adalah berdasarkan kepada data Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Swettenham Pier Cruise Terminal seperti di Lampiran A. Bagi tahun 2017, sejumlah 827,874 pelancong asing telah dicatatkan. Manakala bagi tahun 2018, sehingga April 2018, sejumlah 246,898 pelancong asing telah dicatatkan. Data bagi tempoh Mei dan Jun 2018 masih belum dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk pengiktirafan sijil UEC?

YAB. Ketua Menteri:

11. Pakatan Harapan dalam manifesto Pilihanraya Umum Ke-14 berjanji untuk mengiktiraf sijil Unified Examinations Certificate (UEC) sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) dengan syarat pemohon memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerajaan Negeri belum mengambil apa-apa tindakan dan sedang menunggu keputusan Kementerian Pendidikan yang masih dalam proses kajian berhubung pengiktirafan UEC sebelum membuat sebarang keputusan. Kerajaan Negeri berharap keputusan yang akan dibuat nanti akan bersifat menyeluruh dan holistik dan akan mengambil kira isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebarang impak keputusan itu terhadap perpaduan dan keharmonian rakyat.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri hanya mengguna pakai kelulusan UEC bagi pelantikan kontrak yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri termasuk anak syarikat Kerajaan Negeri selaras dengan pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri.

Page 305: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

305

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Sila perincikan senarai Universiti Asing yang berminat untuk membuka cawangan di Negeri Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

12. Kerajaan Negeri telah menerima cadangan untuk pembangunan sekolah antarabangsa iaitu Stonyhurst College dari United Kingdom. Stonyhurstmerupakan kolej berusia 400 tahun dan akan menggunakan silibus akademik dan kokurikulum dari United Kingdom bagi pelajar seawal umur empat (4) tahun sehingga 18 tahun dengan pensijilan "O Level ", "A Level" dan " International Baccalaureate " (IB) Level. Projek ini dalam peringkat awalan perancangan dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh tiga (3) tahun iaitu pada tahun 2020.

Selain itu, terdapat satu (1) cadangan perancangan pembangunan universiti asing di Bandar Cassia, Batu Kawan iaitu daripada Plymouth Universityyang berhasrat untuk menawarkan kursus kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan. Walau bagaimanapun, perancangan pembangunan masih belum dimuktamadkan kerana perjanjian belum ditandatangani sehingga kini.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menarik minat pelancong asing 'birdwatchers' untuk melawat negeri Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

13. Bagi menarik minat pelancong asing birdwatchers untuk melawat negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

(a) Penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang sentiasa menyelenggara dan menambah baik kemudahan serta meningkatkan infrastruktur yang ada di hutan lipur, taman negeri dan kawasan rekreasi yang merupakan habitat burung. Infrastruktur jalan yang merupakan akses utama juga sentiasa dipantau dan diselenggara dengan baik.

(b) Penerbitan risalah "Birdwatching in Penang".

Kerajaan Negeri telah menerbitkan risalah "Birdwatching in Penang" yang menyenaraikan spesies burung serta lokasi di mana burung tersebut sering dijumpai di Pulau Pinang. Penerbitan ini membantu peminat burung mengenali spesies buring di samping memaklumkan do’s and dont’s semasa birdwatching. Risalah ini juga digunakan dalam pameran pelancongan bagi mempromosi Pulau Pinang kepada pelbagai lapisan pelancong.

(c) Penganjuran kursus Birdwatching.

Kerajaan Negeri telah melaksanakan Kursus Pengenalan Aktiviti Birdwatching pada tahun 2016 di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada pegawai dan kakitangan agensi kerajaan, pengurus homestay dan masyarakat setempat mengenai spesies-spesies burung yang terdapat di Pulau Pinang khususnya di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Seberang Perai Utara. Melalui kursus ini juga, pihak pengurusan hutan rekreasi dan pengurus pelancong dapat mendalami aktiviti birdwatching dan seterusnya berupaya untuk mendidik dan menarik minat lebih ramai orang dalam aktiviti birdwatching.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Bagaimanakah kerajaan Negeri Pulau Pinang melindungi hutan simpan kekal di negeri Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) komited dalam melindungi Hutan Simpanan Kekal di Negeri Pulau Pinang melalui pelaksanaan program-program berikut :-

(a) Pemantauan dan rondaan berkala serta aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Perhutanan Negeri 1984; dan

(b) Penanaman pokok di kawasan terosot dalam Hutan Simpan Kekal.

Page 306: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

306

Kerajaan Negeri juga telah menggariskan pelaksanaan prinsip pengurusan hutan secara berkekalan berasaskan kepada lima (5) komponen seperti berikut:-

(a) Pengurusan persempadanan sumber hutan secara lestari;

(b) Pemeliharaan dan perlindungan sumber-sumber biodiversiti;

(c) Publisiti dan penyampaian maklumat kepada masyarakat mengenai kepentingan hutan;

(d) Pembangunan dan penjenamaan hutan sebagai kawasan eko-pelancongan; dan

(e) Menaik taraf infrastruktur bagi memudah cara urus tadbir hutan-hutan negeri.

Selain itu, Program Pengurusan Hutan Secara Lestari yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui JPNPP telah menetapkan sasaran untuk memastikan bahawa sumber hutan simpan kekal perlu diurus berdasarkan prinsip “Pengurusan Hutan Secara Berkekalan” demi memastikan kehijauan serta sumber biodiversiti hutan sentiasa terpelihara. Prinsip “Pengurusan Hutan Secara Berkekalan” yang dilaksanakan akan dapat memastikan sumber biodiversiti hutan yang bernilai komersial diurus secara lestari bagi memastikan ianya dapat digunakan secara berterusan untuk kepentingan generasi masa hadapan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Adakah pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam isu deforestation di Ulu Sungai Muda?

YAB. Ketua Menteri:

15. Ulu Muda merangkumi 163,103 hektar hutan hujan di Negeri Kedah yang “menadah” 96% air mentah untuk Negeri Kedah, 70% air mentah untuk Negeri Perlis dan lebih 80% air mentah yang diabstrak oleh Negeri Pulau Pinang dari Sungai Muda setiap hari. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014, Negeri Kedah telah melesenkan pembalakan kepada 46,264 hektar hutan dalam tempoh 2009 - 2014, termasuk kawasan di Ulu Muda. Ini telah mengakibatkan pencemaran air serta kerosakan ketara kepada flora dan fauna di kawasan tersebut.

Kecukupan air mentah untuk Negeri Perlis, Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang adalah penting kerana ia memberi kesan kepada perkhidmatan bekalan air. Pembekalan air adalah perkhidmatan awam penting harian yang memastikan kesejahteraan rakyat di Wilayah Utara Malaysia, dan juga termasuk semua aktiviti sosioekonomi di Negeri Perlis, Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang. Kira-kira 4.09 juta orang di Negeri Perlis, Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang bergantung kepada Hutan Simpan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang telah menekankan bahawa fakta pembalakan di Ulu Muda tidak hanya kepada isu perhutanan. Ia adalah ancaman ekologi setempat serta sosioekonomi serantau kepada 3 buah negeri di wilayah utara ini. Oleh yang demikian, pembalakan di Ulu Muda perlu dihentikan dengan segera disamping mewartakan dan melestarikan kawasan Ulu Muda sebagai 'KAWASAN TADAHAN AIR WILAYAH UTARA'.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Adakah Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu portfolio baru 'Climate Change' selaras dengan penubuhan kementerian itu di peringkat persekutuan?

YAB. Ketua Menteri:

16. Pada masa ini, isu berkaitan Climate Change dibincangkan melalui portfolio Jawatankuasa MMK Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang. Justeru itu, Kerajaan Negeri berpandangan tiada keperluan khusus buat masa ini untuk menubuhkan satu portfolio baharu bagi tujuan Climate Change. Namun begitu, cadangan ini boleh dipertimbangkan sekiranya wujud keperluan di masa hadapan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Apakah rancangan khusus Kerajaan Negeri untuk merancakkan pembangunan di kawasan Butterworth?

YAB. Ketua Menteri:

17. Kerajaan Negeri telah dan sedang merancang untuk merancakkan pembangunan di kawasan Butterworth melalui usaha berikut:

(i) Pembangunan Penang Sentral sebagai Hub Pengangkutan Awam Wilayah

Page 307: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

307

(ii) Cadangan Pembangunan Bercampur oleh Tetuan The Straits Trading Company Ltd.

(iii) Cadangan Pembangunan Tambakan Laut

(iv) Cadangan mewujudkan Cable Car

(v) Cadangan membina Under Sea Tunnel

(vi) Mewujudkan Pelan Butterworth Baharu / Butterworth Baharu Regeneration Plan hasil kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Think City (anak syarikat Khazanah Nasional Berhad) yang memfokuskan kepada empat (4) pelan tindakan meliputi kawasan seluas 276 hektar. Pelan tindakan tersebut adalah seperti berikut:

(a) Pelan Tindakan Pekan Lama

(b) Pelan Tindakan Sungai Perai

(c) Pelan Tindakan Pesisir Pantai

(d) Pelan Tindakan Harbour Front

XXII. Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Mohon senaraikan perumahan PPR (Projek Perumahan Rakyat) yang ada di semua daerah. Berapakah yang kosong dan berapakah yang dalam pembaikan?

(a). Sekiranya tiada di daerah Barat Daya bilakah boleh diwujudkan?

(b). Jumlah senarai menunggu untuk perumahan PPR

YAB. Ketua Menteri:

1. Pelaksanaan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) yang merangkumi proses pemilihan tapak, permohonan peruntukan dan kerja pembinaan adalah dibawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kerajaan Negeri pula berperanan menguruskan pengisian, penyelenggaraan dan kutipan sewa bermula dari tarikh projek diserahkan oleh KPKT. Terdapat dua (2) Projek PPR yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri iaitu:

(i) PPR Taman Manggis di Daerah Timur Laut (316 unit kediaman); dan

(ii) PPR Taman Bagan Jaya di Daerah Seberang Perai Utara (382 unit kediaman).

Selain itu, terdapat juga dua (2) PPR yang baru dibangunkan oleh KPKT iaitu:

(i) PPR Mak Mandin, Seberang Perai Utara (70 unit kediaman); dan

(ii) PPR Tok Suboh, Seberang Perai Tengah (231 unit kediaman).

Proses pengisian masih belum dimulakan untuk kedua-dua PPR yang baru ini memandangkan pihak KPKT masih belum menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri untuk diuruskan. Dalam pada itu, terdapat juga lapan (8) kekosongan iaitu masing-masing empat (4) di PPR Taman Manggis dan empat (4) di PPR Taman Bagan Jaya pada masa ini. Proses temuduga dan pengisian unit-unit ini sedang diuruskan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

(a) Kerajaan Negeri sememangnya sedar bahawa adanya permintaan bagi pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk menampung keperluan perumahan bagi penduduk di bawah paras garis kemiskinan di Daerah Barat Daya. Dua (2) lokasi telah dikenalpasti berpotensi untuk pembangunan PPR di Daerah Barat Daya iaitu:-

(i) sebidang tanah berhampiran Lot 8471, Mukim 12 seluas 7.82 ekar milik Kerajaan Negeri; dan

(ii) Lot 705, Mukim 6 DBD seluas 4.83 ekar milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Buat masa ini, golongan berpendapatan rendah di daerah tersebut masih boleh menerima manfaat daripada pelbagai skim bantuan lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Agenda Ekonomi Saksama (AES).

(b) Sehingga Julai 2018, terdapat sebanyak 608 pemohon bagi PPR Taman Manggis dan 54 pemohon bagi PPR Taman Bagan Jaya yang masih berada dalam senarai menunggu.

Page 308: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

308

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Berapakah peruntukan tebatan banjir untuk tahun 2018 dari negeri dan persekutuan. Apakah projek yang akan dilaksanakan dengan peruntukan ini mengikut daerah?

(a). Apakah projek-projek untuk DUN Pulau Betong?

YAB. Ketua Menteri:

2. Peruntukan sejumlah RM252.521 juta telah diterima oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang pada tahun 2018 untuk pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, di mana sebanyak RM217.435 juta adalah daripada Kerajaan Negeri dan RM35.086 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Peruntukan tebatan banjir Kerajaan Negeri bagi 2018 berjumlah RM217.435 juta adalah seperti berikut:-

Bil Butiran Projek Anggaran Kos (RM

Juta)

1 Projek-Projek Peruntukan Pembangunan Negeri P08 '12.345

2 Kerja-Kerja Kecemasan Pengorekan Semula Sungai Di Pulau Pinang

'3.990

3 Projek RBT Di Bawah Caruman Perparitan '51.100

4 Projek-Projek High Impact '150.000

JUMLAH '217.435

(a) Projek-projek yang telah diluluskan untuk DUN Pulau Betong ialah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pondok Upeh / Sungai Burong melalui peruntukan Persekutuan sebanyak RM110 juta yang diluluskan dalam Rolling Plan 4 (RP4), RMK-11. Projek ini dijangka dapat mengurangkan kejadian banjir sehingga 80 peratus di kawasan Lembangan Sungai Burong.

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Berapa projek perumahan RMM A dan B yang sedia yang masih belum dipenuhi mengikut daerah.

(a). Jumlah senarai menunggu dan tahun giliran mengikut daerah.

(b). Berapakah projek dalam perancangan mengikut daerah?

YAB. Ketua Menteri:

3. Sehingga 30 Jun 2018, masih terdapat sebanyak 27 projek Rumah Mampu Milik A dan 14 projek Rumah Mampu Milik B masih mempunyai unit kosong untuk ditawarkan. Projek ini merangkumi projek yang telah siap dan memperolehi Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dan juga dalam pembinaan. Bilangan projek dan baki unit mengikut daerah adalah seperti jadual berikut.

RMM A (RM42,000.00) RMM B (RM72,500.00)

DAERAH BIL PROJEK BAKI UNIT BIL PROJEK BAKI UNIT

SPT 8 60 0 0

SPS 5 19 3 3

SPU 8 202 2 133

DTL 0 0 6 410

DBD 6 27 3 5

JUMLAH 27 308 14 551

(a) Berakhir Julai 2018 pula, terdapat sebanyak 30,649 pemohon masih berada di dalam senarai menunggu Rumah Mampu Milik A dan B. Tempoh menunggu paling lama direkodkan adalah di Daerah Timur Laut iaitu tahun 2008 bagi kaum Cina kategori RMM B, manakala kebanyakan daerah masih berada seawal tahun 2012 untuk RMM A dan B. Bagaimanapun, penawaran RMM A di Daerah Seberang Perai Tengah bagi ketiga-tiga kaum dan RMM B di Seberang Perai Utara bagi kaum Cina dan India telah mencecah tahun semasa iaitu 2018. Tahun giliran mengikut daerah dan kaum seperti jadual berikut:

Page 309: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

309

RMM A RMM B

DAERAH MELAYU CINA INDIA MELAYU CINA INDIA

DTL - - - APRIL 2012 APRIL 2008 DIS 2012

DBD FEB 2015 FEB 2015 APRIL 2018 MAC 2012 OKT 2012 OKT 2017

SPU JUN 2012 APRIL 2018 MEI 2018 NOV 2014 JUN 2018 JUN 2018

SPT MEI 2018 FEB 2016 JUN 2018 OGOS 2013 JUN 2012 MAC 2014

SPS OKT 2016 JAN 2014 NOV 2015 JAN 2012 MEI 2012 MAC 2015

(b) Terdapat sebanyak 34 projek Rumah Mampu Milik A dan B yang bakal menyediakan sebanyak 13,160 unit masih dalam perancangan. Bilangan projek dan unit mengikut daerah adalah seperti jadual berikut:

RMM A RMM B

DAERAH BIL.PROJEK UNIT BIL.PROJEK UNIT

DTL 1 85 10 2,902

DBD 5 1,478 3 459

SPU 4 981 1 600

SPT 5 1,404 3 1,768

SPS 1 260 1 3,223

JUMLAH 16 4,208 18 8,952

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Di dalam perancangan pembangunan desa, apakah jenis-jenis projek yang telah dilaksanakan dan dirancang untuk daerah Barat Daya khususnya Parlimen Balik Pulau?

YAB. Ketua Menteri:

4. Dalam usaha memacu perkembangan desa seiring dengan kawasan bandar dan merapatkan jurang sosioekonomi, Kerajaan Negeri melalui Dasar Pembangunan Desa telah mengariskan empat komponen utama iaitu peningkatan modal insan, meningkatkan keusahawanan, peningkatan infrastruktur dan pengurangan kemiskinan di desa. Bertepatan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui peruntukan pembangunan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri telah menyediakan peruntukan secara tahunan bagi tujuan pembangunan desa meliputi naik taraf infrastruktur, peningkatan taraf hidup dan program modal insan. Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM9.45 juta bagi melaksanakan program dan projek di bawah Projek Khas Ekonomi seperti berikut :

(i) Program Pembaikan Rumah Rakyat Termiskin (Bina Baru dan Baiki);

(ii) Program Peningkatan dan Pemulihan Ekonomi (Naik taraf Komplek Gerai);

(iii) Program Peningkatan Ekonomi Golongan Miskin/ Pembangunan Industri Desa (Bantuan Peralatan);

(iv) Projek Naik taraf Dewan Orang ramai;

(v) Projek naik taraf Jalan Kampung dan Longkang; dan

(vi) Program Modal Insan.

Pejabat Daerah sedang merancang untuk mengenal pasti penerima dan projek yang bersesuaian di bawah Projek Khas Ekonomi untuk dilaksanakan berdasarkan keutamaan dan keperluan di kawasan tersebut. Sehingga Jun 2018, Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya telah diperuntukkan sebanyak RM284,275.00 di bawah Projek Khas Ekonomi dan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM257,595.00 dilaksanakan di kawasan Parlimen Balik Pulau.

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Daerah Barat Daya tiada mini stadium. Ianya diperlukan untuk riadah dan pembangunan olahraga selain mengalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Apakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membina mini stadium di daerah Barat Daya?

Page 310: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

310

YAB. Ketua Menteri:

5. Pada masa kini, Kerajaan Negeri belum ada perancangan untuk membina stadium mini di Daerah Barat Daya. Walau bagaimanapun, perkara ini akan dibuat kajian dan pertimbangan selanjutnya.

Selain itu, Kompleks Sukan Balik Pulau milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) boleh diguna pakai oleh orang ramai dari Daerah Barat Daya khasnya untuk aktiviti sukan olahraga dan sukan padang serta sukan dalaman. Terdapat juga beberapa gelanggang futsal yang telah disediakan di Daerah Barat Daya iaitu di Sungai Batu, Sungai Ara, Bukit Gedung, Teluk Bahang dan Titi Teras. Di samping itu, terdapat juga beberapa kemudahan sukan lain yang turut disediakan termasuk gelanggang sepak takraw dan padang bola.

Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menambah baik kemudahan untuk memudahkan masyarakat beriadah di Daerah Barat Daya. Kemudahan-kemudahan ini boleh dimanfaatkan untuk aktiviti riadah dan pembangunan olahraga selain menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Daerah Barat Daya mempunyai 1,500 nelayan. Hasil nelayan terganggu kerana kegiatan bot pukat tunda.

(a). Apakah tindakan yang diambil oleh agensi penguatkuasa terutamanya APMN dalam menangani isu bot pukat tunda?

(b). Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini?

YAB. Ketua Menteri:

6. Dalam usaha menjaga dan memelihara keselamatan, keamanan dan kedaulatan perairan negara khususnya perairan di Pulau Pinang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang sentiasa melaksanakan rondaan operasi dan penguatkuasaan di laut. Statistik tangkapan bot pukat tunda untuk tahun 2017 ialah 12 kes dengan jumlah kompaun yang dikenakan berjumlah RM18,600.00. Bagi tahun 2018 sehingga 23 Julai, sebanyak 11 kes melibatkan kegiatan bot pukat tunda dapat ditumpaskan. Peningkatan jumlah tangkapan adalah berikutan operasi rondaan, pengawasan dan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan APMM secara berterusan. Selain daripada APMM, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang juga sentiasa memantau dan menguatkuasakan undang-undang di kawasan perairan Negeri Pulau Pinang. Nelayan yang melakukan kesalahan bersama vessel dan peralatannya akan ditahan dan boleh dikompaun di bawah Seksyen 31 Akta Perikanan 1985 ataupun didakwa di Mahkamah. Sepanjang tahun 2017, sebanyak 21 kes tangkapan pukat tunda telah direkodkan manakala sehingga Julai 2018 sejumlah 9 tangkapan telah berjaya diberkas oleh Jabatan Perikanan dan usaha-usaha pencegahan akan dijalankan dari semasa ke semasa.

Antara langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi permasalahan aktiviti bot pukat tunda oleh APMM adalah seperti berikut:-

(i) Mengenal pasti perairan yang menjadi tumpuan pencerobohan bot pukat tunda seperti di Perairan Sungai Pinang, Perairan Pulau Rimau, Pulau Kendi dan sekitar perairan Pulau Aman dengan menumpukan rondaan operasi penguatkuasaannya di perairan ini sepanjang masa;

(ii) Menjalinkan kerjasama dengan komuniti maritim dengan mengadakan mesyuarat berkala dengan Persatuan Nelayan Negeri dan Program Bertemu Pelangan melibatkan nelayan serta pengusaha bot di semua kawasan atau pangkalan nelayan sepanjang tahun;

(iii) Meningkatkan kehadiran aset di kawasan hotspot untuk memastikan sebarang unsur jenayah dan kesalahan di laut dapat diatasi dengan serta-merta;

(iv) Menjalankan Operasi Khas dengan kerjasama dari Jabatan Perikanan Negeri dan juga Polis Marin dengan mengenal pasti modus operandi serta situasi kawasan yang seringkali menjadi tumpuan aktiviti pencerobohan pukat tunda di laut; dan

(v) Meningkatkan keupayaan asset-aset kapal dan bot. APMM akan menerima 6 buah kapal Ronda Generasi Baharu (NGPC) dan 3 buah Kapal Peronda Luar Pantai (OPV) yang sedang dalam pembikinan. Selain itu, proses modenisasi ke atas vessel-vessel sedia ada bagi meningkatkan keupayaan penguatkuasaan.

Page 311: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

311

Selain itu, Jabatan Perikanan juga telah menguatkuasakan pemakaian Pekeliling Pelaksanaan Dasar Penghapusan Pukat-pukat Tunda Yang Beroperasi di Zon B bermula 1 Januari 2016 secara berperingkat melalui langkah-langkah kawalan (Pekeliling Pelesenan Bil. 4/2015). Selain itu, pengawasan yang ketat dan hukuman yang lebih berat turut dikenakan kepada pengusaha pukat tunda yang didapati menceroboh ke Zon A yang meliputi 5 batu nautika dari pantai seperti berikut :-

(i) Pembatalan arahan kelonggaran penguatkuatkuasaan saiz mata pukat keroncong pukat tunda tidak kurang daripada 38 mm;

(ii) Mewajibkan pemasangan Alat Automatic Identification System (AIS) ke atas semua vessel pukat tunda zon B; dan

(iii) Hukuman gantung lesen, tahan minyak subsidi dan kadar kompaun yang lebih tinggi.

Usaha membenteras bot pukat tunda haram perlu digembeling secara bersama dengan masyarakat dan dipertingkatkan. Faktor kesedaran di kalangan nelayan perlu ditambah baik bagi memastikan kegiatan yang menyalahi undang-undang dapat diminimumkan dan mampu mewujudkan ekosistem yang lestari untuk generasi akan datang.

XXIII. Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Berapakah kos yang ditanggung oleh MPSP bagi penebangan pokok akibat bencana alam seperti ribut di seluruh S.P.U dari tahun 2017-2018?

(a). Nyatakan kos pembaikan daripada kerosakan yang berlaku akibat bencana ini, di seluruh S.P.U dari tahun 2017-2018.

(b). Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh MPSP bagi mengurangkan kekerapan pokok tumbang akibat daripada bencana ribut ini.

YAB. Ketua Menteri:

1. Kos yang ditanggung oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi penebangan pokok akibat bencana alam seperti ribut di seluruh Seberang Perai Utara (SPU) dari tahun 2017 hingga 2018 adalah sebanyak RM199,500.00.

(a) Jumlah kos pembaikan daripada kerosakan yang berlaku akibat bencana di seluruh SPU dari tahun 2017 hingga 2018 adalah sebanyak RM268,822.14.

(b) Langkah-langkah yang diambil oleh MPSP bagi mengurangkan kekerapan pokok tumbang adalah seperti berikut:

(i) Mensyaratkan spesis pokok yang sesuai melalui permohonan kelulusan Pelan Landskap seperti berikut:

• Bersaiz sederhana.

• Mempunyai akar tunjang.

• Dahan yang kuat/tidak rapuh.

• Kesesuaian lokasi dan penggunaan.

• Tahan lasak terhadap bencana dan lain-lain. (ii) Penyelenggaraan pokok dengan berkala secara dalaman oleh MPSP.

(iii) Penyelengaraan pokok secara tender kontrak MARRIS.

(iv) Menubuhkan skuad menghadapi bencana pokok tumbang.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Nyatakan kos projek AEROB Komposter yang dilaksanakan oleh MPSP dari tahun 2016-2018 bagi menjayakan program baja kompos dan merealisasi Seberang Perai Utara sebagai bandar indah, bersih dan mesra alam.

YAB. Ketua Menteri:

2. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak melaksanakan projek AEROB Komposter dari tahun 2016 hingga 2018. Walau bagaimanapun, terdapat projek-projek lain yang dilaksanakan bagi menjayakan program baja kompos dan merealisasi Seberang Perai Utara sebagai bandar indah, bersih dan mesra alam. Antara projek yang dilaksanakan oleh MPSP dengan kerjasama pihak swasta adalah seperti berikut:

Page 312: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

312

(i) Program pengkomposan sisa makanan melibatkan 12 kawasan perumahan berstrata. Sebagai galakan, bekas sisa makanan dibekalkan kepada pihak pengurusan dan pengumpulan sisa makanan akan dibuat oleh pihak pengurusan. Sisa makanan tersebut akan dikutip oleh MPSP secara berjadual dan dihantar ke pusat kompos di Pasar Awam Bagan Ajam;

(ii) Kutipan sisa organik dari sembilan buah pasar dihantar ke Pusat Kompos Bagan Ajam oleh MPSP;

(iii) Kutipan sisa di agensi-agensi swasta seperti kilang dan hotel di kawasan Seberang Perai dihantar ke Pusat Kompos Bagan Ajam oleh MPSP dan Syarikat Shence International (M) Sdn. Bhd; dan

(iv) Pemprosesan sisa makanan untuk dijadikan baja kompos dengan kos ditanggung oleh

Syarikat Shence International (M) Sdn. Bhd. yang mengendalikan Pusat Kompos Bagan Ajam.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Kempen 3R iaitu Reduce, Recycle dan Reuse, serta pelaksanaannya di sekolah Kempen Mesra Alam dan Meneutralkan Bumi bagi menjaga alam sekitar telah berjaya dihasilkan.

(a). Hingga kini, berapa sekolah di Seberang Perai Utara yang terlibat dalam kempen ini?

(b). Apakah langkah-langkah yang diambil oleh MPSP bagi memperkasakan kempen 3R ini?

YAB. Ketua Menteri:

3. (a) Sehingga kini, sebanyak 57 buah sekolah di kawasan Seberang Perai Utara yang terlibat dengan program 3R.

(b) Antara langkah-langkah yang diambil oleh MPSP bagi memperkasakan kempen 3R adalah dengan mengadakan aktiviti seperti berikut :

(i) Anugerah Komuniti Mampan (ii) Anugerah Sekolah Hijau (iii) Anugerah Kitar Semula Sekolah-Sekolah (iv) Anugerah Kitar Semula Sekolah Tadika (v) Lontar Bebola Tanah “Mud Ball” (vi) Pengkomposan (vii) Program Sisa Sifar Sekolah (viii) Program Sisa Sifar Komuniti (ix) Program Pengindahan Bandar (x) Program Upcycle (xi) Membuat Sabun Dari Minyak Masak Terpakai (xii) Kempen Makan Sampai Habis (xiii) Penyerahan Tong Kitar Semula Kepada Sekolah Tadika (xiv) Pengumpulan Kotak Minuman (xv) Membuat Cecair BIM “Mikroorganisma Tempatan Berfaedah” (dari kulit buah-

buahan) (xvi) Bengkel Sekolah Hijau

MPSP juga menjalankan pemantauan kemajuan program-program yang dilancarkan dari masa ke semasa.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Berapa ratus hektarkah tanah pertanian di dalam DUN Telok Ayer Tawar telah ditebus guna bagi tujuan pembangunan sejak tahun 2014 hingga kini?

YAB. Ketua Menteri:

4. Sejumlah 11.521 hektar tanah pertanian di DUN Telok Ayer Tawar ditebusguna bagi tujuan pembangunan sejak tahun 2014 sehingga kini. Lot tanah yang terlibat adalah seperti berikut :-

(i) Lot 5088, Mukim 7, Taman Sejahtera Indah berkeluasan 8.364 hektar;

Page 313: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

313

(ii) Lot 4811, Mukim 7, Pusat Saudara Baru berkeluasan 1.069 hektar; dan

(iii) Lot 5190 & 5191, Mukim 7, kilang beras 2.088 hektar.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Kegiatan penyalahgunaan dadah dikalangan remaja amat serius di dalam DUN Telok Ayer Tawar.

(a). Sila nyatakan berapa ramai di kalangan remaja lelaki dan wanita yang telah ditangkap oleh AADK dari tahun 2016 hingga kini.

(b). Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh AADK dalam usaha membantu golongan ini untuk membina semula masa depan mereka.

YAB. Ketua Menteri:

5. (a) Tiada jumlah remaja lelaki yang ditangkap oleh AADK pada tahun 2016 bagi DUN Telok Ayer Tawar manakala seramai 10 lelaki ditangkap pada tahun 2017 dan 10 lelaki juga bagi tahun 2018 sehingga Jun. Bagi tempoh 2016 - Jun 2018, tiada wanita yang ditangkap.

(b) Langkah yang diambil oleh AADK bagi membantu golongan ini ialah:-

(i) Menjalankan sesi kaunseling individu, kelompok dan keluarga secara berkala.

(ii) Berjumpa dengan ibu bapa atau waris bersama remaja tersebut serta mengadakan perbincangan ‘Hati ke Hati’ bagi mengembalikan semula semangat dan keyakinan diri remaja tersebut. Program ini disusun sebanyak 4 kali pertemuan yang diadakan setiap dua minggu sekali dengan berjumpa Ketua Pegawai AADK SPU. Ibu bapa juga turut diberi motivasi untuk menerima semula anak mereka secara positif.

(iii) Remaja tersebut juga perlu menghadiri program rawatan dan pemulihan bersama kaunselor AADK setiap bulan. Antara program-program yang dijalankan ialah program kepulihan awalan, pencegahan relapse, kelompok sokongan sosial, kerohanian, integrasi masyarakat dan lawatan ke rumah.

(iv) Program motivasi juga disediakan untuk mereka.

(v) Perlaksanaan ujian air kencing secara berkala juga diadakan kepada mereka.

(vi) Program seperti seminar kerjaya, latihan vokasional dan mencari pekerjaan juga diadakan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Berapakah kos penghantaran pulang PATI dan kos sara hidup sepanjang mereka dalam pusat tahanan?

YAB. Ketua Menteri:

6. Kos tiket penerbangan penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah ditanggung sepenuhnya oleh PATI, ahli keluarga PATI atau bekas majikan PATI. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang hanya menguruskan urusan logistik (kenderaan dan iring kawal) PATI sehingga ke Bukit Kayu Hitam bagi PATI Thailand, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi PATI negara lain. Manakala bagi PATI Indonesia akan dihantar melalui Pelabuhan Klang dengan menggunakan feri di Pelabuhan Klang ke Tanjung Balai, Indonesia.

Kos perbelanjaan makan ialah RM6.20 sehari bagi seorang yang merangkumi sarapan pagi, makan tengah hari, makan petang dan makan malam.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Sila nyatakan senarai dewan-dewan orang ramai yang berada di atas Tanah Kerajaan Persekutuan dan Tanah Persendirian yang masih belum diambil oleh Kerajaan Negeri.

(a). Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri setakat ini dalam usaha pengambilan Dewan tersebut?

Page 314: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

314

YAB. Ketua Menteri:

7. Senarai dewan orang ramai yang berada di atas Tanah Kerajaan Persekutuan dan Tanah Persendirian yang masih belum diambil oleh Kerajaan Negeri adalah seperti di Lampiran A.

(a) Sehingga kini, Pihak Berkuasa Negeri tidak mengeluarkan arahan untuk tindakan pengambilalihan dewan-dewan di atas Tanah Kerajaan Persekutuan dan Tanah Persendirian. Dewan orang ramai milik persendirian hanya boleh diambil balik oleh Kerajaan Negeri melalui proses pengambilan tanah setelah peruntukan kewangan mencukupi disediakan Kerajaan Negeri. Dewan orang ramai milik Kerajaan Negeri kini masih mencukupi untuk menjalankan pelbagai program dan aktiviti masyarakat setempat.

RUJ. LAMPIRAN A (BMKA NO. 7)

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Nyatakan secara statistik kedudukan pelaburan asing di Negeri Pulau Pinang dari tahun 2013 hingga kini dan sejauh mana sumbangan pelaburan asing ke atas Kerajaan Negeri.

YAB. Ketua Menteri:

8. Statistik pelaburan asing (FDI) berbanding jumlah keseluruhan pelaburan di Pulau Pinang dari tahun 2013 hingga 2017 adalah seperti jadual berikut :-

Tahun Jumlah Pelaburan

(RM juta) Jumlah FDI

(RM juta)

Sumbangan FDI kepada jumlah pelaburan (%)

2017 10,811.88 8,540.49 79

2016 4,293.89 3,056.92 71

2015 6,724.34 4,498.73 67

2014 8,162.37 5,113.59 63

2013 3,912.25 1,794.39 46

FDI khususnya dalam sektor pembuatan terus kekal sebagai komponen penting dengan menyumbangkan di antara 46%-79% kepada jumlah pelaburan di Negeri Pulau Pinang dari 2013-2017.

Selain menyumbang kepada angka jumlah keseluruhan pelaburan di Pulau Pinang dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor perindustrian, kemasukan pelaburan asing juga menyumbang kepada pertumbuhan sektor industri baharu seperti dalam bidang sains kesihatan melalui pembuatan peralatan perubatan (medical devices) yang mula mendapat permintaan tinggi di pasaran global. Manakala sektor teknologi yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, perkhidmatan perkilangan elektronik (EMS), semikonduktor, automotif, aeroangkasa, avionik dan teknologi LED juga merupakan sektor baharu yang sedang giat diteroka oleh pelabur asing.

Perkembangan sektor industri baharu seperti ini juga menawarkan peluang dan bidang pekerjaan yang lebih meluas. Syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri yang khusus ini mula beroperasi di sekitar kawasan Bayan Lepas dan Batu Kawan. Ini boleh menarik dan mengekalkan bakat serta kemahiran bekerja di Pulau Pinang dan meningkatkan minat belia dalam STEM (Science, Technology,Engineering, Mathematics) termasuk sektor vokasional.

Kewujudan pelabur asing juga menyumbang kepada pertumbuhan dalam sektor pekhidmatan seperti Global Business Services (GBS) iaitu perkhidmatan professional dalam bidang kewangan, sumber manusia, reka bentuk kejuruteraan, reka bentuk dan pembangunan perisian (ICT design & development), teknologi maklumat dan industri pengetahuan. Hab “GBS” sedang berkembang dengan pesat di Pulau Pinang terutama di kawasan pusat bandar Bayan Lepas.

Pulau Pinang yang menjadi pilihan pelaburan asing di rantau ini telah meningkatkan kerjasama dan sinergi dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk terus mempromosi Pulau Pinang sebagai “Silicon Island of the East”. Ini termasuk perkongsian sumber-sumber dan mengelakkan redundancy dan pembaziran. Contohnya, misi promosi pelaburan yang diselaraskan, perkongsian perisikan pasaran dan sebagainya.

Apabila Pulau Pinang menjadi destinasi pelabur asing maka bilangan pelancong santai mahupun atas urusan perniagaan atau rawatan kesihatan turut meningkat. Ini membuatkan syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi berkaitan untuk menambah bilangan penerbangan terus antarabangsa ( terbaharu seperti penerbangan terus ke Shanghai dan Doha, Qatar). Disamping

Page 315: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

315

itu, Pulau Pinang turut mendapat peruntukan untuk memperluas dan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan pelabur baru dan pelabur sedia ada dari aspek peningkatan kapasiti penumpang dan kargo antarabangsa.

Kesimpulannya, kemasukan pelabur asing sama ada dalam sektor perindustrian mahupun sektor perkhidmatan memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan pesat sosio-ekonomi Pulau Pinang di mana proses perbandaran berlaku dengan pesat, menggalakkan kewujudan pelbagai industri hiliran tempatan serta menawarkan peluang pekerjaan tenaga mahir dan separuh mahir kepada penduduk tempatan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Nyatakan jumlah koperasi yang ada dalam Negeri Pulau Pinang dan jumlah koperasi yang berdayasaing dalam usaha membantu pertumbuhan ekonomi negeri dan setempat.

YAB. Ketua Menteri:

9. Sehingga 31 Disember 2017, bilangan koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi (SKM) Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 716 koperasi dengan jumlah keanggotaan seramai 233,591 orang. Jumlah syer dan yuran terkumpul adalah sebanyak RM643,597,765.50. Pemilikan aset koperasi adalah sebanyak RM3,980,978,288.75 yang menyumbang kepada jumlah perolehan koperasi sebanyak RM1,231,567,728.30.

Daripada 716 koperasi tersebut, sebanyak 497 adalah koperasi aktif, dengan jumlah keanggotaan seramai 220,205 orang, manakala jumlah syer/yuran sebanyak RM641,532,183.15. Pemilikan asset koperasi berjumlah RM3,976,278,583.00 dengan jumlah perolehan perolehan RM1,230,234,290.67.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Apakah status terkini cadangan pelebaran jalan kepada empat lorong dari Jambatan Tunku Abdul Rahman Perai melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Ayer Tawar hingga ke Jambatan Merdeka?

(a). Bilakah projek ini akan dilaksanakan atau akan dihentikan?

YAB. Ketua Menteri:

10. Cadangan pelebaran jalan kepada empat (4) lorong dari Jambatan Tunku Abdul Rahman Perai melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Ayer Tawar hingga ke Jambatan Merdeka sedang dalam peringkat awal pembinaan dengan jumlah kos sebanyak RM191,082,490.00 (termasuk GST) oleh Kementerian Kerja Raya. Pembinaan ini telah dimulakan pada 19 Disember 2017 dan dijangka siap pada 18 Disember 2020

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Apakah langkah-langkah yang di ambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan industri pelancongan berkembang di Seberang Perai khususnya dalam DUN Telok Ayer Tawar?

YAB. Ketua Menteri:

11. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan industri pelancongan berkembang di Seberang Perai khususnya dalam KADUN Telok Ayer Tawar adalah seperti berikut:

(a) Mengenal pasti tempat-tempat baharu yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi tujuan pelancongan. Pada masa ini, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kawasan Pantai Robina yang berpotensi dibangunkan sebagai Pantai Robina Eco Park dan pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sedang dalam tindakan menyediakan pelan pembangunan;

(b) Menggiatkan promosi bagi kawasan dan tarikan pelancongan melalui penerbitan risalah, peta dan dokumentari seperti Seberang Perai Heritage Map, Seberang Perai Tourist Map dan Seberang Perai Utara Tourist Map;

(c) Mempertingkatkan infrastruktur serta menyediakan lebih banyak kemudahan mesra pelancong;

Page 316: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

316

(d) Menggalakkan dan meningkatkan produk-produk tarikan pelancong yang bertaraf antarabangsa;

(e) Meningkatkan program dan acara berasaskan pelancongan untuk mewujudkan minat serta menambah bilangan pelancong; dan

(f) Bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan pengusaha tempatan dalam Program Homestay.

(g) Pihak Kerajaan Negeri bersedia menerima pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan daripada ADUN-ADUN di Sebarang Perai untuk segala usaha menggalakkan industri pelan pelancongan di Seberana Perai termasuk KADUN Telok Ayer Tawar.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Sila nyatakan secara statistik pusat hiburan atau ekor haram, siber kafe dan mesin judi dalam KADUN Telok Ayer Tawar.

(a). Berapa banyak yang ditutup dan diambil tindakkan?

(b). Berapa banyak yang diambil tindakkan dan masih beroperasi?

YAB. Ketua Menteri:

12. Pada ketika ini terdapat hanya empat (4) buah pusat nombor ramalan dan sebuah Cyber Café yang beroperasi di KADUN Telok Ayer Tawar. Tiada pusat hiburan atau pusat simulator (mesin judi) yang didapati beroperasi di situ.

(a) Pihak Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengambil tindakan ke atas kelima-lima premis ini dengan mengeluarkan notis di bawah Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen MPSP 1980 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. Walau bagaimanapun, undang-undang ini tidak memberi kuasa kepada MPSP untuk menutup premis berkenaan.

(b) Pada ketika ini, tindakan yang diambil oleh pihak MPSP hanyalah dibawah undang-undang Kerajaan Negeri iaitu peruntukan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 (Bahagian 4) yang membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyita dan merampas barangan-barangan yang terdapat di dalam premis hiburan tersebut. Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang peruntukan undang-undang yang membolehkan sesebuah premis hiburan ditutup atau memberhentikan operasinya dengan segera.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Kedudukan Pengkalan Udara TUDM di Telok Air Tawar.

(a). Adakah ianya akan kekal dan tanah tersebut masih milik TUDM?

(b). Adakah pengkalan udara tersebut akan dipindahkan?

YAB. Ketua Menteri:

13. Pengkalan Udara Butterworth (PU Butterworth) merupakan salah satu pangkalan udara utama TUDM yang dahulunya digunakan oleh Kerajaan British dan Kerajaan Australia sejak tahun 1941 sebelum diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada 30 Jun 1988. Tapak ini didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang ditadbir oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Putrajaya untuk kegunaan TUDM. Sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat mengenai apa-apa cadangan pembangunan di kawasan berkenaan.

Pengoperasian Pengkalan ini akan dikekalkan walaupun ada cadangan sebelum ini untuk memindahkannya bagi dijadikan sebagai pusat komersial oleh pihak swasta melalui kaedah land swap. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut telah dibatalkan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Sejauh manakah pembentukan Jawatankuasa Gender berjaya.

(a). Menggubal dasar/garis panduan untuk mengurus perdanakan gender, serta merancang dan menganjurkan program-program berkaitan gender.

Page 317: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

317

(b). Mengadakan hubungan dengan jabatan dan agensi luar. (c) Membincangkan isu-isu gender dalam pembangunan serta menyediakan maklumat berkaitan gender untuk pendidikan dan kesedaran.

YAB. Ketua Menteri:

14. (a) Jawatankuasa Keterangkuman Gender yang ditubuhkan di bawah Kerajaan Negeri berperanan untuk mengarus perdanakan gender dan merancang program-program berkaitan gender. Bagi membincangkan secara terperinci berkenaan dengan hala tuju dan peranan jawatankuasa ini, satu bengkel telah diadakan pada 25 dan 26 Jun 2018. Bengkel yang kedua akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan dasar/garis panduan untuk mengarus perdanakan gender dan program-program berkaitan gender.

(b) Bengkel yang telah diadakan pada 25 dan 26 Jun 2018 telah disertai oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga wakil daripada sektor swasta bagi mendapatkan input daripada semua pihak berhubung cadangan halatuju jawatankuasa ini.

(c) Sebagai langkah awal dalam menyediakan maklumat berkaitan gender, data-data berkenaan dengan statistik tenaga kerja bagi Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri, Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Kerajaan Negeri berdasarkan kumpulan perjawatan dan gender telah diperolehi. Dari masa ke semasa, Jawatankuasa Keterangkuman Gender akan membincangkan isu-isu gender dalam pembangunan serta membincangkan cara menyediakan maklumat berkaitan gender untuk pendidikan dan kesedaran.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Bagaimanakah status terkini projek rumah warisan di Bagan Belat yang berusia lebih 108 tahun?

(a). Waris rumah warisan telah bersetuju untuk menjadikan rumah tersebut sebagai rumah warisan dan mohon supaya status terkini diperjelaskan.

YAB. Ketua Menteri:

15. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah meluluskan rumah warisan di Bagan Belat dalam senarai bangunan warisan MPSP. Selanjutnya, MPSP telah mengemukakan pencalonan rumah warisan Bagan Belat sebagai bangunan warisan kepada Jabatan Warisan Negara pada 10 Julai 2018 untuk pertimbangan kelulusan. Sekiranya bangunan tersebut mendapat kelulusan untuk diwartakan sebagai bangunan warisan, MPSP akan memastikan agar bangunan tersebut dikekalkan dan sebarang pengubahsuaian perlu mematuhi Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan MPSP. Selanjutnya, MPSP akan menyediakan peruntukan bagi membaik pulih bangunan-bangunan warisan serta menjadikannya sebagai produk pelancongan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Bagaimanakah status projek Taman Sejahtera Indah, Telok Ayer Tawar? Sebelum ini penghuni di taman ini merungut akan keadaan di sini yang bermasalah.

YAB. Ketua Menteri:

16. Taman Sejahtera Indah, Telok Ayer Tawar merupakan projek terbengkalai yang berjaya dipulihkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki antara 12 Mei 2009 dan 26 Jun 2015. Status projek Taman Sejahtera Indah, Telok Ayer Tawar adalah seperti berikut:

Bil. Projek Status

1. Rumah Teres Dua (2) Tingkat (124 unit)

Sijil Kelayakan Menduduki dikeluarkan pada 12/05/2009 dan 26/06/2015

2. Rumah Teres Satu (1) Tingkat (113 unit)

Sijil Kelayakan Menduduki dikeluarkan pada 12/05/2009

3. Rumah Pangsa Kos Rendah Empat (4) Tingkat (82 unit)

Sijil Kelayakan Menduduki dikeluarkan pada 22/07/2011

Page 318: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

318

4. Kedai Pejabat Dua (2) Tingkat (8 unit)

Arkitek belum mengemukakan Sijil Kelayakan Menduduki

5. Surau Satu (1) Tingkat Arkitek belum mengemukakan Sijil Kelayakan Menduduki

6. Tadika Satu (1) Tingkat Arkitek belum mengemukakan Sijil Kelayakan Menduduki

7. Dewan Serbaguna Satu (1) Tingkat

Arkitek belum mengemukakan Sijil Kelayakan Menduduki

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP) telah mengambil tindakan penyelesaian terhadap pelbagai aduan yang dikemukakan oleh penduduk Taman Sejahtera Indah. Di antara isu-isu yang berbangkit dan mendapat perhatian MPSP ialah berkenaan isu kebersihan, longkang tersumbat, jalan berlubang, penyediaan tong sampah kitar semula, tunggakan cukai tanah dan bil utiliti serta penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi Rumah Pangsa empat (4) tingkat. JMB bagi projek tersebut telah berjaya ditubuhkan pada 5 Jun 2016 dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dan penyelenggaraan fasiliti serta harta bersama. Setakat ini MPSP telah menerima 12 aduan yang kesemuanya telah diambil tindakan, dalam masa sama Pesuruhjaya Bangunan (COB) akan memastikan JMB aktif bagi mengurus kebajikan penduduk. Senarai aduan bagi Taman Sejahtera Indah adalah seperti di Lampiran A.

RUJ. LAMPIRAN A (BMKA NO. 16)

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Bagaimanakah status projek terkini pembinaan pejabat pos, klinik kesihatan dan bank di kawasan ini?

(a). Telok Ayer Tawar hanya mempunyai dua buah klinik iaitu Klinik Komuniti dan sebuah Klinik Desa. Keperluan untuk pembinaan sebuah klinik kesihatan lengkap disifatkan perlu memandangkan jumlah penduduk kawasan ini yang semakin bertambah.

YAB. Ketua Menteri:

17. Berdasarkan Draf Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai Utara terdapat cadangan untuk pembangunan sebuah pejabat pos di KADUN Telok Ayer Tawar bagi menampung keperluan penduduk untuk urusan pos yang semakin bertambah. Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang permohonan bagi pembukaan bank di kawasan tersebut.

Berkaitan status projek terkini pembinaan Klinik Kesihatan di Telok Ayer Tawar, Jabatan Kesihatan Negeri telah mengambil inisiatif untuk memperolehi sebidang tanah seluas 1.17 hektar (2.89 ekar) di Lot No 2587 Mukim 4 pada tahun 2000 dengan harga RM 1,763,379.00 untuk membina sebuah Klinik Kesihatan Jenis 3 iaitu kadar pesakit dari 150 hingga 300 orang. Permohonan bagi membina Klinik Kesihatan Jenis 3 ini beserta kuarters telah dikemukakan sejak RMK8, tetapi masih belum diluluskan kerana kelulusan ini mengambil kira prioriti projek-projek kesihatan di seluruh negara.

Klinik Komuniti Telok Ayer Tawar telah beroperasi sejak tahun 2010 dan perkhidmatan di klinik tersebut juga telah dinaik taraf dengan menempatkan Pegawai Perubatan pada tahun 2017. Selain daripada Klinik Komuniti dan Klinik Desa di Telok Ayer Tawar, pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan lanjut boleh mendapatkan rawatan samada di Klinik Kesihatan Butterworth (11 km) atau Klinik Kesihatan Penaga (5km) sementara menunggu kelulusan pembinaan klinik yang baharu di tapak berkenaan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Apakah status flat di Taman Air Indah? Flat ini tiada pengurusan yang sempurna selain tidak diselenggarkan dengan baik. Mohon pihak berkenaan mengambil tindakan dengan penubuhan jawatankuasa penduduk dengan lebih cekap dan efisien.

Page 319: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

319

YAB. Ketua Menteri:

18. Status terkini penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB)/ Perbadanan Pengurusan (MC) di Taman Air Tawar Indah dan tarikh penubuhan JMB/MC adalah seperti berikut:

Bil. Nama Skim Tarikh tubuh

JMB/MC Status

1. Rumah Pangsa Taman Air Tawar Indah - Blok A(JMB)

03/08/2011 JMB tidak

aktif

2. Rumah Pangsa Taman Air Tawar Indah - Blok B, C & D (JMB)

03/08/2011 JMB tidak

aktif

3. Pangsapuri Taman Air Tawar Indah - Blok 1A & 1B (MC)

19/09/2015 Aktif

4. Pangsapuri Taman Air Tawar Indah - Blok 1C(JMB)

09/05/2011 Aktif

Selaras dengan Seksyen 18 dan 57, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), pemaju bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penubuhan JMB/MC dengan mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama. Melalui mesyuarat tersebut, suatu Jawatankuasa akan dibentuk dari kalangan pemilik petak bagi melaksanakan tanggungjawab pengurusan dan penyelenggaraan di projek berkenaan. Selanjutnya, Seksyen 12(1) Akta 757 juga menekankan tanggungjawab pemilik petak untuk membayar caj penyelenggaraan bagi memastikan JMB/MC mempunyai dana yang cukup untuk mengurus, menjaga kebersihan fasiliti dan harta bersama serta kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekiranya JMB/MC tidak berjaya ditubuhkan atau berstatus tidak aktif maka tindakan boleh diambil selaras dengan Seksyen 86(1)(b) Akta 757 yang mana Pesuruhjaya Bangunan (COB) diberi kuasa untuk melantik ejen pengurusan yang akan menyenggara dan menguruskan bangunan serta harta bersama (common property) sesuatu skim perumahan bagi satu tempoh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, bagi meningkatkan kecekapan pengurusan JMB/MC, COB Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengambil tindakan seperti berikut:

(i) Lawatan pemeriksaan ke skim – skim perumahan berstrata yang belum ditubuhkan dan tidak aktif JMB/MC;

(ii) Program outreach bersama penduduk perumahan skim strata;

(iii) Taklimat dan kempen kesedaran di skim perumahan berstrata;

(iv) Kursus intensif diberikan kepada JMB/MC yang baru ditubuhkan;

(v) Penyelarasan saluran program – program bantuan perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, contohnya Tabung Penyenggaraan 1 Malaysia (TP1M), Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP) dan Geran Badan Pengurusan JMB/MC 2018; dan

(vi) Penglibatan agensi – agensi dan NGO dalam program pendidikan dan kesedaran komuniti berstrata.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membincangkan isu-isu OKU dalam pembangunan.

(a). Menyediakan maklumat berkaitan OKU untuk pendidikan dan kesedaran.

(b). Mengadakan hubungan dengan jabatan dan agensi luar.

(c). Menganjurkan program-program berkaitan OKU.

YAB. Ketua Menteri:

19. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mewujudkan jawatankuasa Penang Accessibility Action Group (PAAG) yang turut dianggotai oleh wakil-wakil Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU), agensi-agensi kerajaan yang mana turut melibatkan wakil daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Kerja Raya (JKR), Penang Women's Development Corporation (PWDC) dan Penang Institute.

Page 320: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

320

Fokus utama jawatankuasa ini adalah membincangkan penyediaan kemudahan-kemudahan OKU, penyediaan infrastruktur yang menepati reka bentuk sejagat, program-program berkaitan OKU serta kempen-kempen pendidikan dan kesedaran yang berkaitan dengan OKU.

(a) Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa menganjurkan program kesedaran dan menyediakan maklumat berkaitan OKU antaranya adalah seperti berikut:

(i) JKM mengenalpasti OKU yang layak untuk diserap masuk ke dalam perkhidmatan latihan dan kemahiran pekerjaan di Bengkel Terlindung dan Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian OKU serta Program Penempatan Pekerjaan (Job Coach) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Manusia melibatkan pelbagai bidang termasuk pengendalian makanan, pembuatan alat prostetik dan ortotik, elektrik dan elektronik, kraftangan, mencanting batik dan lain-lain;

(ii) Menganjurkan Karnival Pekerjaan OKU bagi memastikan golongan OKU lebih berdikari dan berdaya maju dalam arus pembangunan masa kini;

(iii) .MBPP juga telah mengadakan beberapa siri bengkel Pendidikan Kesedaran serta latihan OKU melibatkan kakitangan pihak Majlis, agensi luar, NGO, Arkitek dan Perunding Jurutera. Aktiviti Pendidikan Kesedaran dan latihan OKU sebegini akan diteruskan oleh pihak Majlis dan juga akan melibatkan lebih lagi golongan penduduk/masyarakat.

(iv) Pemasangan sebanyak 58 papan tanda larangan untuk makluman kepada orang ramai untuk tidak menyalahgunakan tempat letak kereta OKU.

(v) Menyediakan buku panduan ringkas rekabentuk sejagat MPSP sebagai panduan kepada juruperunding dan orang ramai.

(vi) Membuat edaran risalah berkaitan OKU di kawasan yang mempunyai kemudahan OKU.

(vii) Mempamerkan risalah berkaitan kesedaran OKU di bank-bank di seluruh Seberang Perai.

(viii) Memaparkan risalah berkaitan OKU di skrin LED di hadapan Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda.

(b) Kerajaan Negeri sememangnya menjalinkan kerjasama antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan antaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Tenaga Kerja, Jobs Malaysia, Jabatan Kerja Raya (JKR), Penang Women's Development Corporation (PWDC), Penang Institute, Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) dan lain-lain agensi.

(c) Antara program-program berkaitan OKU yang dianjurkan adalah seperti berikut:-

(i) Program Bantuan OKU dam Pengurusan Jenazah Waris OKU iSejahtera;

(ii) Kempen Pendaftaran OKU;

(iii) Karnival kerjaya OKU;

(iv) Penganjuran sukan pemulihan dalam komuniti peringkat negeri:

(v) Pertandingan bakat OKU;

(vi) Menaiktaraf kemudahan awam milik MPSP dengan menyediakan kemudahan OKU.

(vii) Latihan Universal Design pada 20 – 21 April 2013

(viii) Bengkel pemahaman dan pelaksanaan universal design (UD) di Seberang Perai pada 15 Mei 2017.

(ix) Bengkel Penyediaan Buku Universal Design pada 3 April 2018.

(x) Seminar on MS 1184:2014 Universal Design and Accessibility In The Built Environment pada 24 April 2018.

(xi) 1st Malaysia Lions International Chess Champion for Disable in Penang [Northen Zone] pada 7 Januari 2018

(xii) Walk - Jog - Wheel With Us pada 8 Julai 2018

(xiii) SCI Peace Run pada 8 Ogos 2018

Page 321: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

321

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Setakat ini, sejauh mana perancangan Kerajaan Negeri, merancang kawasan-kawasan yang dikenal pasti akan dimajukan sebagai pusat rekreasi dan pelancongan di sebelah Seberang Perai?

YAB. Ketua Menteri:

20. Kerajaan Negeri telah merancang dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang akan dimajukan sebagai pusat rekreasi dan pelancongan seperti berikut:

(a) Taman Tunku, Seberang Jaya Seberang Perai Tengah di mana Kerajaan Negeri akan mengubah suai tanah lapang untuk program perkahwinan di samping mengekalkan aktiviti sedia ada sebagai pusat rekreasi dan pelancongan. Pada masa ini, Kerajaan Negeri dalam proses penambahbaikan pelan konsep yang dijangka akan disiapkan pada tahun 2019;

(b) Bandar Perda, Seberang Perai Tengah di mana Kerajaan Negeri akan menyediakan sebuah taman komuniti dengan konsep ‘Satu Bayi, Satu Batang Pokok’ sebagai pusat rekreasi dan pelancongan. Taman komuniti ini dijangka disiapkan pada September 2018. Kerajaan Negeri juga telah menaik taraf laluan basikal di Jalan Perda Barat dan dipromosikan dengan konsep ‘Cycle to Work’. Selain itu, Upcycle Park juga telah dibangunkan bersebelahan pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda;

(c) Taman Semilang, Seberang Jaya Seberang Perai Tengah di mana Kerajaan Negeri telah menaik taraf Taman Rekreasi Awam sebagai Taman Fotografi disamping menjadi sebuah Pusat Rekreasi dan Pelancongan pada 15 Jun 2018;

(d) Pantai Robina, Teluk Ayer Tawar, Seberang Perai Utara di mana Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan Pantai Robina Eco Park. Pihak MPSP sedang dalam tindakan menyediakan pelan pembangunan; dan

(e) Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam Sungai Dua, Seberang Perai Utara di mana Kerajaan Negeri akan sentiasa menyelenggara dan menambah baik kemudahan serta infrastruktur bagi memberi keselesaan kepada pengunjung. Kerajaan Negeri juga akan memberi tumpuan kepada bidang pelancongan eko dan aktiviti Birdwatching yang merupakan kekuatan Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam.

(f) Pihak MPSP juga mencadang membangunkan Jambatan Keretapi Pinang Tunggal sebagai suatu tempat pelancongan status semasa, masih di dalam perbincangan peringkat Task Force.

(g) Antara projek pelancongan yang telah diketengahkan di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) adalah seperti Taman Negeri Bukit Panchor, Jeti Kelip-Kelip di Nibong Tebal dan homestay di Sungai Chenaam, Sungai Duri dan Sungai Setar. Selain itu, terdapat juga projek dalam perancangan iaitu menjadikan Pulau Aman sebagai salah satu destinasi ecotourism dengan mengetengahkan Pantai Pulau Aman dan juga Pantai Batu Musang sebagai destinasi yang perlu dikunjungi para pemancing ikan dan penggemar makanan laut (seafood) yang segar.

Selain daripada pelancongan berkonsepkan ecotourism, kawasan Batu Kawan dalam Daerah Seberang Perai Selatan juga berpotensi untuk dijadikan destinasi wajib para pelancong dengan konsep urban tourism, dengan adanya Design Village dan juga pembangunan IKEA yang dijangka siap dalam tahun 2019 yang menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli belah (shopping) barangan berjenama pada harga yang berpatutan.

(h) Daerah Seberang Perai Tengah juga mempunyai beberapa kawasan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai Pusat Rekreasi dan Pelancongan. Di antara kawasan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:-

(i) Jeti Nelayan Sungai Kampung Terus

(ii) Empangan Mengkuang

(iii) Hutan Lipur Cherok Tok Kun

(iv) Homestay Mengkuang Titi

Page 322: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

322

(v) Homestay Sungai Sembilang, Juru

(vi) Pusat Rekreasi Bukit Juru

(vii) Batu Bersurat Tok Kun (Tok Kun Relic)

(viii) Anjung Indah Bukit Langkap

Dalam usaha mempromosikan industri pelancongan di Daerah Seberang Perai Tengah(SPT), Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah bersama MMK Pembangunan Pelancongan dan ADUN Kawasan telah mengadakan beberapa program seperti Karnival Homestay yang diadakan di Mengkuang Titi, Karnival Kesenian dan Kebudayaan Peringkat Negeri di Kubang Semang, Pertandingan Homestay terbaik serta acara-acara santai seperti Karnival Sukan Komuniti, Pertandingan "River Run" yang bertujuan secara langsung untuk mempromosikan dan memajukan industri pelancongan di daerah ini.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Setakat ini berapa banyakkah rumah penjagaan orang tua yang beroperasi secara sah & tidak sah.

Apakah tindakan yang telah diambil ke atas Pusat Penjagaan Orang Tua Al Xing di No 36, Tingkat Laksamana Telok Molek, Telok Ayer Tawar yang beroperasi lebih lima (5) tahun tanpa lesen dan mengganggu keselesaan penduduk di kawasan tersebut.

YAB. Ketua Menteri:

21. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang, jumlah keseluruhan rumah penjagaan warga emas di Pulau Pinang adalah sebanyak 73 di mana 13 pusat penjagaan adalah berdaftar manakala 60 lagi tidak berdaftar.

JKM melalui Unit Penguatkuasaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Utara telah mengadakan lawatan ke premis Pusat Jagaan Orang Tua Ai Xin pada 11 Julai 2018. Hasil lawatan mendapati pusat jagaan ini tidak berdaftar dengan JKM dan tidak mempunyai kelulusan daripada tiga (3) agensi teknikal iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Selain itu, pusat jagaan tersebut mempunyai lapan (8) orang penghuni warga emas dan tiga (3) orang kurang upaya berusia di bawah 60 tahun. Secara keseluruhannya, pengurusan pusat jagaan dan kebersihan dalam dan luar premis kurang memuaskan seperti longkang tersumbat dan lampin pakai buang tidak dilupuskan dengan betul sehingga menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Persediaan dari aspek keselamatan juga tidak mencapai piawaian di mana latihan kebakaran tidak pernah dilakukan dan pemadam api sedia ada telah tamat tempoh.

Pusat jagaan ini telah diberi teguran oleh pihak JKM dan pengusaha dimohon untuk menyelesaikan isu kebersihan, bau dan keselamatan premis serta perlu memastikan pusat jagaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pengusaha juga telah diminta hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Utara untuk perbincangan mengenai langkah penambahbaikan pusat jagaan tersebut.

Pihak JKM juga akan mengadakan lawatan bersama-sama agensi teknikal yang berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk membuat penilaian lanjut mengenai kedudukan premis dari aspek teknikal.

Kerajaan Negeri turut melaksanakan inisiatif pemberian 90% diskaun ke atas bayaran kemajuan infrastruktur untuk permohonan tukar guna bangunan kediaman kepada Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Pusat Jagaan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tempoh setahun bermula daripada 15 September 2017 hingga 14 September 2018.

Tindakan penguatkuasaan bersepadu bersama semua agensi yang terlibat akan diambil secara berperingkat terhadap TASKA dan Pusat Jagaan yang masih beroperasi tanpa lesen selepas tamat tempoh pemberian diskaun 90%.

Page 323: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

323

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Apakah tindakan yang akan diambil ke atas Ketua Rela DUN Telok Ayer Tawar bersama anggotanya yang menceroboh masuk, memecah pintu, merosakkan bangunan serta mencuri pagar dan peralatan dalam bangunan di atas Lot 2398 MK9 Seberang Perai Utara yang kini kepunyaan Pakatan Harapan.

YAB. Ketua Menteri:

22. Hasil siasatan yang dijalankan pada 17/07/2018 oleh anggota Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Butterworth mendapati bahawa Ketua Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Cawangan Teluk Air Tawar bersama dengan anggotanya telah membuka pagar dan mengambil barang-barang di dalam dewan tersebut. Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan polis berkenaan kejadian ini. Namun isu ini akan disiasat di bawah Sek. 457 KK (Pecah Rumah) dan Sek. 427 KK (Khianat), sekiranya terdapat laporan polis yang dibuat dan siasatan lanjut akan dijalankan. Sekiranya terbukti akan kesalahan yang dilakukan, kes ini akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk dicadangkan pertuduhan di bawah kesalahan yang telah dilakukan dan seterusnya pendakwaan akan dijalankan di mahkamah.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Apakah status pembinaan sebuah bangunan 4 tingkat dan sebuah bangunan 3 tingkat di atas lot-lot 2396, 2397 dan 2398 MK9 Seberang Perai Utara kepunyaan Tetuan PERDA Ventures Incorpored Sdn. Bhd. di Taman Berlian yang mendapat bantahan penduduk. (a) Adakah projek ini akan diteruskan atau dibatalkan?

YAB. Ketua Menteri:

23. Status pembinaan sebuah bangunan 4 tingkat dan sebuah bangunan 3 tingkat di atas lot-lot 2396, 2397 dan 2398 MK9 Seberang Perai Utara kepunyaan Tetuan PERDA Ventures Incorpored Sdn. Bhd. di Taman Berlian masih di peringkat proses kebenaran merancang.

Permohonan kebenaran merancang tersebut telah diperakukan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil.4/2018 bertarikh 29 Jun 2018 untuk dipertimbangkan di peringkat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta tertakluk kepada lain-lain syarat PBT dan agensi teknikal di peringkat permohonan kebenaran merancang.

Keputusan sama ada projek ini diteruskan atau sebaliknya akan dipertimbangkan di peringkat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Senaraikan dengan terperinci nama projek perumahan, pemaju, lot tanah, keluasan, jumlah unit rumah kediaman/bangunan komersial yang diluluskan untuk pembangunan dalam KADUN Telok Ayer Tawar sejak 2008 sehingga 2018. Nyatakan status pembinaan setiap projek perumahan tersebut.

YAB. Ketua Menteri:

24. Status projek perumahan rumah kediaman/bangunan komersial yang diluluskan untuk pembangunan dalam KADUN Telok Air Tawar semenjak tahun 2008 sehingga 2018 adalah seperti berikut :

(i) Telah bina - 12 projek

(ii) Sedang bina - 2 projek

(iii) Belum bina - 5 projek

Senarai terperinci nama projek perumahan, pemaju, lot tanah, keluasan, jumlah unit rumah kediaman / bangunan komersial yang diluluskan untuk pembangunan dalam KADUN Telok Ayer Tawar sejak 2008 sehingga 2018 adalah seperti di Lampiran.

RUJ. LAMPIRAN (BMKA NO. 24)

Page 324: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

324

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Terdapat aduan penduduk di kawasan perumahan Taman Telok Molek, Telok Ayer Tawar dimana beberapa rumah di kawasan tersebut di sewa kepada pekerja-pekerja kilang Sony yang terdiri daripada warga Bangladesh dan Indonesia yang telah mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan kehidupan penduduk di situ terutama masalah sosial. (a) Apakah tindakan dan langkah Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?

YAB. Ketua Menteri:

25. Pada masa ini tiada sebarang klausa di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) [Akta 118] atau mana-mana peruntukan undang-undang yang mensyaratkan unit kediaman termasuk kos rendah dan sederhana rendah perlu dihuni oleh pemilik. Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan tidak dapat diambil ke atas pemilik yang menyewakan unit kediaman mereka kepada pihak ketiga sama ada dari kalangan warganegara atau pekerja asing. Menyedari keadaan ini, Kerajaan Negeri dalam usul bertarikh 22 Februari 2017 yang ditandatangani bersama Y.A.B. Ketua Menteri dan YB. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri telah menggesa Kerajaan Persekutuan supaya perundangan sedia ada berkaitan masalah ini disemak dan/atau dipinda. Di peringkat Kerajaan Negeri sendiri, penambahbaikan telah dibuat ke atas syarat permohonan rumah melalui Borang PN1. Berkuatkuasa Ogos 2016, pemohon dikehendaki menandatangani Akuan Berkanun (Statutory Declaration) sebagai aku janji untuk menduduki unit Rumah Mampu Milik (RMM) yang akan ditawarkan kepada mereka.

Buat masa ini, orang awam boleh mengemukakan laporan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya terdapatnya sebarang kejadian kacau ganggu daripada unit yang disewakan kepada pekerja asing. Tindakan penguatkuasaan akan diambil oleh PBT selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dengan mengeluarkan Notis Mengkehendaki Kacau Ganggu Dihapuskan kepada tuan punya premis/majikan yang bertanggungjawab. Dalam pada itu, PBT turut menjalankan inisiatif mewujudkan task force serta mengadakan mesyuarat dengan pihak majikan pekerja warga asing. Tujuan perbincangan adalah untuk mengarahkan pihak majikan mengambil tanggungjawab mengawal pergerakan dan tingkah laku pekerja asing, mematuhi bilangan pekerja di setiap premis, menyediakan jadual pemantauan serta memastikan maklumat majikan dan pegawai dipaparkan di setiap premis untuk dihubungi dari masa ke semasa.

Melalui pendekatan lain, Kerajaan Negeri juga berusaha untuk menggalakkan lebih banyak pembinaan asrama pekerja bagi menangani isu penyewaan unit-unit Rumah Mampu Milik kepada warga asing. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri pada 30 Julai 2015 telah meluluskan penggunaan Garis Panduan Perancangan Pembinaan Asrama Pekerja Di Negeri Pulau Pinang. Garis panduan ini akan menjadi rujukan asas kepada sebarang projek pembinaan asrama pekerja supaya tidak bercanggah dengan syarat pemajuan guna tanah kediaman/penempatan dalam kawasan perindustrian dan perniagaan serta mengawal risiko dan ancaman kacau ganggu kepada penduduk tempatan. Setakat ini lima (5) permohonan telah diluluskan di bawah garis panduan ini yang bakal melihat 26,280 katil disediakan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Berapa buah pondok perhentian bas di dalam KADUN Telok Ayer Tawar dan adakah pondok-pondok bas ini mempunyai ciri-ciri OKU dan dipasang lampu demi menjamin keselamatan pada waktu malam serta perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah baik kegunaan perhentian bas misalnya dari segi pendidikan dan penyebaran polisi kerajaan.

YAB. Ketua Menteri:

26. Sehingga kini, terdapat 16 buah pondok perhentian bas yang dibina di dalam KADUN Telok Ayer Tawar. Dua (2) daripada pondok bas tersebut dilengkapi ciri - ciri OKU seperti kemudahan step/dropped kerb, ramp, guiding block dan railing dan aras lantai hentian bas yang sama tinggi dengan aras lantai bas untuk memudahkan OKU menaiki atau menuruni bas. Baki 14 buah pondok perhentian bas adalah tidak dilengkapi dengan ciri – ciri OKU kerana pondok tersebut dibina sebelum pindaan Garis Panduan Kawasan Tempat Letak Kenderaan.

Pondok perhentian bas tersebut tidak mempunyai kemudahan lampu kerana telah terdapat lampu jalan yang berdekatan dengan pondok bas terbabit dan pencahayaan daripada lampu jalan tersebut adalah mencukupi untuk menerangi kawasan pondok perhentian bas tersebut.

Page 325: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

325

Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sentiasa memberikan perhatian penuh dan mempunyai perancangan untuk menambah baik kegunaan perhentian bas misalnya dari segi pendidikan dan penyebaran polisi kerajaan seperti memberikan kebenaran kepada Penang Green Council (PGC) untuk mengiklankan dasar - dasar kerajaan secara percuma.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Apakah langkah-langkah yang telah dan sedang diambil bagi membantu golongan muda termasuk graduan-graduan universiti yang masih menganggur untuk mencari pekerjaan? Sila nyatakan setakat hari ini berapakah jumlah golongan muda yang menganggur telah berjaya dibantu oleh Kerajaan Negeri mendapatkan pekerjaan.

YAB. Ketua Menteri:

27. (a) Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan muda termasuk graduan-graduan universiti yang masih menganggur mencari perkerjaan adalah seperti berikut :

(i) Meningkatkan Pelaburan

Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan perkembangan pelaburan baru dan pelaburan semula di Pulau Pinang yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Pada tahun 2017, Pulau Pinang mencatatkan rekod pelaburan asing (FDI) tertinggi dalam bidang pembuatan antara negeri-negeri di Malaysia, dengan nilai FDI RM8.5 bilion. Bagi jumlah pelaburan (pelaburan asing dan pelaburan domestik) pula, Pulau Pinang mencatatkan rekod sebagai negeri dengan jumlah pelaburan kedua tertinggi dalam bidang pembuatan, dengan nilai RM10.8 bilion. Jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan adalah sebanyak 13,553. Kadar pengangguran di Pulau Pinang kekal stabil pada 2.1%, kedua terendah antara negeri-negeri di Malaysia.

(ii) Mempelbagaikan Jenis Pekerjaan

Di samping meningkatkan jumlah pelaburan, langkah-langkah strategik juga diambil untuk mempelbagaikan jenis pekerjaan, terutamanya pekerjaan bernilai tinggi high value jobs seperti advanced manufacturing dalam sektor pembuatan, reka bentuk dan pembangunan. Dari segi perniagaan, sektor perkhidmatan Perniagaan Global Global Business Services seperti kewangan, perkhidmatan penyumberan luar, teknologi maklumat dan sumber manusia merupakan sektor baharu yang diperkenalkan.

(iii) Memperkenalkan Program Penang @CAT

Satu program baharu dinamakan Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT) telah dilancarkan bagi golongan yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga (entreprenuer). Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil yang terlibat di dalam bidang kreatif animasi, analisis dan teknologi ataupun yang terlibat di dalam sektor Internet of Things (IOT).

Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program bantuan bagi mengalakkan keusahawanan di kalangan rakyat Pulau Pinang khususnya bagi golongan muda dan belia. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

(i) Skim Pinjaman Harapan (SPH)

Skim Pinjaman Harapan (SPH) Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang merupakan program mikro kredit yang memberikan pinjaman tanpa sebarang cagaran dan penjamin kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu usahawan tempatan, penganggur dan golongan rakyat berpendapatan rendah untuk menceburi bidang perniagaan. Peruntukan dana sebanyak RM11 juta telah disediakan bagi tujuan ini. Jumlah pinjaman adalah di antara RM2,000 hingga maksima RM25,000 dan tempoh bayaran balik adalah di antara 2 hingga 3 tahun. Sehingga bulan Jun 2018, sebanyak RM14.77 juta telah diagihkan kepada seramai 2,974 orang usahawan.

Page 326: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

326

(ii) Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini dikenali sebagai Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang memberi dorongan kepada golongan belia termasuk para graduan untuk menjadikan sektor industri asas tani sebagai kerjaya dan berpotensi sebagai punca pendapatan yang lumayan. Peruntukan sebanyak RM750,000 telah disediakan di mana sehingga Jun 2018, sebanyak RM582,000 telah diagihkan kepada 108 orang belia untuk menikmati kemudahan kredit ini.

(b) Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT Penang Career Assistance and Talent Centre menjalankan pemadanan jawatan kepada semua golongan pencari kerja dengan yang ditawarkan oleh industri. Sejak penubuhan Pusat CAT pada Mac 2009 sehingga Jun 2018, seramai 10,205 orang telah berdaftar sebagai pemohon pekerjaan di mana sebanyak 6,430 pemadanan jawatan telah dijalankan.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Sila nyatakan jumlah peniaga-peniaga tanpa lesen dan berlesen dalam DUN Telok Ayer Tawar dan apakah langkah dan usaha oleh MPSP bagi membantu mengatasi peniaga-peniaga tanpa lesen ini.

YAB. Ketua Menteri:

28. Berdasarkan rekod Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sehingga bulan Jun 2018, jumlah peniaga tanpa lesen dan berlesen di KADUN Telok Ayer Tawar masing-masing adalah sebanyak 269 dan 111 orang.

Antara langkah dan usaha oleh pihak MPSP bagi membantu mengatasi peniaga-peniaga tanpa lesen adalah :-

(i) Mengadakan pemantauan secara berkala dan mengedarkan borang permohonan lesen di tapak;

(ii) Mewujudkan Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih dan Garis Panduan Kaedah Perniagaan Berkonsepkan Trak Makanan dan Trak Perkhidmatan untuk memudahkan kelulusan lesen kepada penjaja warga tempatan;

(iii) Membuka kekosongan dan membuat pengisian kekosongan ruang niaga MPSP pada setiap bulan;

(iv) Merancang dan melaksanakan penempatan semula penjaja di kawasan yang bersesuaian;

(v) Mengemaskini prosedur permohonan lesen bagi membantu pengeluaran lesen dengan cepat.

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Sila senaraikan sekolah-sekolah kluster kecemerlangan (SKK) dan sekolah berprestasi tinggi yang terdapat di Pulau Pinang. Apakah kelebihan yang diperolehi oleh sekolah-sekolah ini dan setakat manakah prestasi akademik/kokurikulum yang mereka capai berbanding dengan sekolah biasa?

YAB. Ketua Menteri:

29. Berdasarkan rekod daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), terdapat 21 buah sekolah yang disenaraikan sebagai Sekolah-Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan 15 buah sekolah disenaraikan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Pulau Pinang. Senarai SKK dan SBT mengikut daerah di Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.

SKK mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia merupakan pusat kecemerlangan (di dalam kelompok sekolah) dengan memberi fokus kepada beberapa bidang seperti muzik, sukan, sains, bahasa, teknologi maklumat (ICT) dan lain-lain disiplin pengajian. Objektif SKK ialah untuk menyediakan pelajar yang berjaya mengharungi cabaran-cabaran dalam persekitaran moden dan global. SKK bukan sahaja cemerlang dalam pengurusan dan pencapaian sekolah malah mempunyai kebitaraan akademik serta kokurikulum yang dapat mewatakkan sekolah.

Page 327: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

327

SBT pula berkelebihan kerana ia mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik yang bertujuan menyerlahkannya dalam semua aspek. Objektif SBT ialah untuk mewujudkan inovasi dalam pengurusan sekolah dan mempertingkatkan produktiviti pelajar. SBT bertindak sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini. Sekolah yang menerima pengiktirafan SBT di beri peruntukan khas, insentif dan latihan untuk pemimpin, guru dan Anggota Staf Sokongan (AKS). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia berdasarkan prestasi dan pemilihan murid.

JPN tidak mendedahkan pencapaian prestasi akademik / kokurikulum sekolah-sekolah tersebut kerana ia merupakan sebahagian daripada dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

RUJ. LAMPIRAN A (BMKA NO. 29)

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

30. Penjagaan parit dan longkang dalam DUN Telok Ayer Tawar:

(a). Sila senaraikan parit di bawah seliaan JPS, MPSP dan Pejabat Daerah dan pecahkan mengikut jabatan.

(b). Berapakah kekerapan cucian di setiap parit berkenaan dan agensi atau syarikat mana yang dipertanggungjawabkan?

YAB. Ketua Menteri:

30. (a) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bertanggungjawab untuk menyelia parit monsun, parit/longkang di Jalan Negeri dan Jalan Perbandaran di KADUN Telok Ayer Tawar. Senarai parit monsun dan parit/longkang adalah seperti di Lampiran A. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hanya menyelia Parit Protokol iaitu dari Kampung Permatang Manggis ke Titi Mukim.

Pejabat Daerah pula hanya melaksanakan projek parit dan longkang di kawasan kampung berdasarkan permohonan dan kebenaran yang diberi oleh tuan tanah. Tiada senarai khusus memandangkan ianya berdasarkan permohonan semasa.

(b) Maklumat mengenai kekerapan cucian di setiap parit beserta agensi atau syarikat yang bertanggungjawab adalah seperti di Lampiran B. Bagi Pejabat Daerah, tiada peruntukan khas untuk kerja-kerja pencucian secara berkala. Pejabat Daerah hanya memproses permohonan pembaikan dan pembinaan longkang baru sahaja dalam kawasan kampung.

RUJ. LAMPIRAN A DAN B (BMKA NO. 30)

XXIV. Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Nyatakan berapa kos pembinaan dewan orang ramai Permatang Pasir?

(a). Bilakah jangkaan pembinaan dewan orang ramai Permatang Pasir disiapkan?

YAB. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan bagi projek Pembinaan Dewan Orang Ramai Permatang Pasir berjumlah RM2.5 juta dan projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang. Projek akan ditender pada pertengahan Ogos 2018 di mana tempoh pembinaan tersebut akan mengambil masa selama 18 bulan dan dijangka siap pada April 2020. Kos sebenar pembinaan tersebut hanya dapat dimuktamadkan setelah keputusan tender kepada kontraktor yang berjaya ditawarkan.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Nyatakan perkembangan pembinaan sebuah sekolah menengah di simpang tiga Tok Elong Bukit Mertajam?

YAB. Ketua Menteri:

2. Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah membuat perancangan bagi pembinaan sebuah sekolah kebangsaan dan sebuah sekolah menengah kebangsaan baharu di Simpang Tiga Tok Elong, Bukit Mertajam (Tanah Liat). Bagi tujuan tersebut, tanah seluas 6.2465 hektar telah selesai dibuat pengambilan balik pada tahun 2007.

Page 328: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

328

JPNPP seterusnya telah mengemukakan cadangan bagi pembinaan sekolah-sekolah tersebut di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) dan yang terkini di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) dan masih menunggu kelulusan peruntukan.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Nyatakan jumlah penumpang rakyat tempatan yang menggunakan perkhidmatan bas percuma CAT bagi 12 laluan di Pulau Pinang setiap hari?

(a). Nyatakan perancangan tambahan laluan dalam masa terdekat?

(b). Nyatakan samada laluan sepanjang DUN Permatang Pasir akan dilaksanakan?

YAB. Ketua Menteri:

3. Perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk warganegara asing. Oleh yang demikian, data jumlah penumpang yang diperolehi daripada pihak Rapid Penang merangkumi keseluruhan penumpang rakyat tempatan dan warganegara asing yang menggunakan perkhidmatan ini.

Setakat ini, 10 daripada 12 laluan perkhidmatan CAT telah dilancarkan dan mula beroperasi sejak 1 April 2018 yang lalu. Jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas percuma CAT bagi 10 laluan dari 1 April 2018 hingga 23 Julai 2018 adalah seperti di LAMPIRAN A.

(a) Sebagai permulaan Kerajaan Negeri telah memutuskan hanya 12 laluan yang merangkumi 6 laluan di Bahagian Pulau (Air Itam, Balik Pulau, Tanjung Tokong, George Town, Bayan Baru dan Sungai Dua) dan 6 laluan di Seberang Perai (Bukit Mertajam, Nibong Tebal, Batu Kawan, Bertam, Alma dan Seberang Jaya) akan dilaksanakan terlebih dahulu. Kerajan Negeri tidak mempunyai perancangan dalam masa terdekat untuk menambah laluan untuk perkhidmatan ini.

(b) Pemilihan kawasan bagi melaksanakan perkhidmatan bas percuma CAT adalah berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut:

(i) Kawasan berdensiti tinggi. Padat dengan kawasan perumahan/ perindustrian/ perniagaan;

(ii) Kawasan yang mengalami kadar kesesakan trafik yang tinggi; (iii) Kawasan yang perlu dinaiktaraf sistem pengangkutan awam termasuk infrastruktur

yang membantu; (iv) Kawasan yang mempunyai banyak aktiviti harian/perniagaan dan lain-lain; dan (v) Kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan bas sebelum ini.

Bagi kawasan KADUN Permatang Pasir, Kerajaan Negeri bersedia untuk meneliti dan mempertimbangkan penambahan perkhidmatan ini sekiranya terdapat keperluan dan menepati kriteria pemilihan kawasan seperti senarai di atas.

RUJ. LAMPIRAN A (BMFF NO. 3)

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk projek tebatan banjir di DUN Permatang Pasir bagi tempoh sejak 2015 sehingga 2017?

(a). Nyatakan perancangan tebatan banjir secara menyeluruh di DUN Permatang Pasir?

YAB. Ketua Menteri:

4. Jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk projek tebatan banjir di DUN Permatang Pasir bagi tempoh sejak 2015 sehingga 2017 adalah sebanyak RM749,737.60. Perincian perbelanjaan tersebut adalah seperti di Lampiran A.

(a) Bagi perancangan tebatan banjir di DUN Permatang Pasir, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menjalankan kajian keseluruhan pelan induk saliran (drainage master plan) bagi mengatasi masalah banjir di kawasan hotspot banjir di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) termasuk untuk kawasan DUN Permatang Pasir dan kerja pembinaan projek yang terlibat dilaksanakan mengikut keutamaan. Pada masa kini, pihak JPS sedang menjalankan Projek Tebatan Banjir Sungai Permatang Rawa, Kampung Tanah Liat, Taman Guru, Padang Lalang dan Kg Permatang Rawa Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang dijangka siap pada 15 September 2018.

Page 329: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

329

Kos bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Permatang Rawa berjumlah RM28,600,000.00 di Lembangan Sungai Juru. Manakala skop kerja projek ini ialah pembinaan dua jambatan, improvement sungai sedalam 1720 meter, pembinaan outfall structure, penyelenggaraan jalan dan pembinaan debris chamber.

RUJ. LAMPIRAN A (BMFF NO. 4)

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Jumlah pemohon penduduk di DUN Permatang Pasir bagi bantuan banjir ONE-OFF 2017 untuk pertanian yang tidak dibayar?

(a). Nyatakan sama ada pemohon yang tidak mendapat bantuan banjir ONE-OFF 2017 untuk pertanian akan diberikan pertimbangan semula untuk dibayar?

YAB. Ketua Menteri:

5. Seramai 186 orang pesawah dan 82 orang petani bagi menanam sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain telah diberikan bantuan one-off banjir di DUN Permatang Pasir. Kesemua mereka memohon bantuan one-off tersebut telah dibayar bantuan one-off tahun 2017 dan tiada lagi yang tertinggal. Bayaran untuk program tersebut telah di tutup dan tiada bayaran lagi akan dibuat.

XXV. Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Terdapat berapa astaka/kompeks yang di bawah milik ICU yang berada di dalam Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri:

1. Terdapat sebanyak 11 kompleks makanan yang dikawal selia oleh pihak ICU di Negeri Pulau Pinang. Senarai kompleks makanan adalah seperti berikut:-

(a) Kompleks Makanan Taman Tun Sardon; (b) Kompleks Makanan Medan Suri Sungai Nibong; (c) Kompleks Makanan Persimpangan Gelugor; (d) Kompleks Makanan Mutiara Selera Tanjung Bungah; (e) Kompleks Makanan Tanjung Selera Pengkalan Weld (berhadapan Sweettenham Pier); (f) Kompleks Makanan Teluk Bahang; (g) Kompleks Makanan Pantai Mas Batu Feringghi; (h) Kompleks Makanan Padang Tembak; (i) Kompleks Makanan Stadium Jalan Perak; (j) Kompleks Makanan Jalan Terengganu; dan (k) Kompleks Makanan Kampung Melayu.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Apakah kos untuk menaik taraf Astaka Taman Tun Sardon di dalam kawasan DUN Seri Delima?

YAB. Ketua Menteri:

2. Astaka Taman Tun Sardon di KADUN Seri Delima adalah dibawah kawalselia Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PPNPP). Menurut pihak PPNPP, pada tahun ini astaka tersebut dilaksanakan kerja-kerja naik taraf kecil iaitu pembaikan bumbung yang melibatkan kos sebanyak RM9,500.00. Kerja-kerja naik taraf ini sedang dijalankan dan dijangka selesai pada akhir bulan Ogos 2018.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Apakah polisi ataupun langkah-langkah yang akan di ambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk melestarikan bidang kesenian dan muzik tempatan?

YAB. Ketua Menteri:

3. Dalam usaha melestarikan bidang kesenian dan muzik tempatan, Kerajaan Negeri telah dan akan mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(a) Pembangunan Penang Art District.

Projek ini merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri yang diilhamkan untuk menjadi pemangkin dalam bidang industri kreatif termasuk kesenian dan muzik tempatan di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah mengenalpasti sebidang tanah berkeluasan 9.2 ekar

Page 330: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

330

bersebelahan Gat Lebuh Macallum dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu untuk menempatkanPenang Art District dengan konsep bandar kontena serta dilengkapi dengan taman landskap. Penang Art Districtakan menempatkan koleksi terbesar galeri seni, muzium budaya, ruang pameran, studio seni dan muzik, sekolah seni dan bengkel seni di Malaysia. Penang Art District akan meningkatkan nilai seni dan budaya Pulau Pinang melalui penglibatan artis, tukang seni, pendidik dan masyarakat umum dalam program-program kesenian. Projek ini kini dalam proses untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan sebelum pembinaan dapat dijalankan.

(b) Menyokong penganjuran lebih banyak program kesenian dan muzik tempatan.

Kerajaan Negeri sedar bahawa penganjuran program kesenian dan muzik tempatan memakan belanja yang signifikan dan berkemungkinan tidak memberikan pulangan sewajarnya berbanding dengan kos perbelanjaan. Oleh itu, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pihak swasta dalam penganjuran program dan mempertimbangkan untuk menaja sebahagian daripada perbelanjaan.

(c) Memelihara kesenian dan muzik tempatan melalui jemputan kumpulan persembahan dalam majlis-majlis Kerajaan Negeri.

Majlis seperti Perayaan Chap Goh Meh, Perayaan Tahun Baru Cina, majlis lawatan delegasi luar negara ke Pulau Pinang dan persidangan mempamerkan persembahan tempatan dalam acara perasmian. Kumpulan persembahan yang biasanya dijemput adalah seperti kumpulan tarian Boria, tarian India, tarian Cina, tarian Euphoria dan persembahan tarian Majlis Kebudayaan Negeri Pulau Pinang. Selain daripada kumpulan tarian profesional, pihak sekolah juga turut dijemput untuk persembahan bagi memberikan peluang kepada pelajar-pelajar sekolah menunjukkan bakat dalam seni muzik dan tarian. Melalui penglibatan pelajar sekolah, seni dan muzik tempatan dapat diwarisi dan diturunkan kepada generasi seterusnya.

(d) Cadangan untuk menubuhkan sebuah Majlis Kesenian Pulau Pinang.

Meneliti cadangan untuk menubuhkan sebuah Majlis Kesenian Pulau Pinang yang merangkumi oleh ahli kerajaan dan golongan artis untuk merancangan pelan tempoh pendek dan tempoh panjang untuk pembangunan kesenian negeri ini.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Bagi mengelakkan gejala-gejala jenayah dan sosial di KADUN Seri Delima, maka sebuah pondok polis dicadang untuk ditubuhkan, apakah langkah-langkah yang perlu diambil supaya cadangan ini dapat direalisasikan?

YAB. Ketua Menteri:

4. Bagi merealisasikan cadangan untuk menubuhkan sebuah pondok polis di KADUN Seri Delima, permohonan perlu dibuat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengemukakan justifikasi-justifikasi serta kewajaran-kewajaran berikut :-

(i) Maklumat kekerapan berlakunya jenayah di kawasan tersebut yang disokong dengan statistik (fakta) yang berkaitan.

(ii) Maklumat terhadap sosioekonomi penduduk di kawasan tersebut.

(iii) Maklumat tentang senario-senario politik di kawasan tersebut.

(iv) Maklumat mengenai kepadatan (populasi) penduduk di kawasan berkenaan.

(v) Maklumat mengenai aktiviti-aktiviti komersial, place of interest , universiti, kolej , sekolah dan sebagainya yang terdapat di kawasan tersebut

(vi) Maklumat mengenai keperluan dan kepentingan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Page 331: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

331

XXVI. Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membangunkan semula Pekan Sungai Acheh untuk jangka masa panjang. Jika ada bila ianya akan dilaksanakan?

YAB. Ketua Menteri:

1. Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai cadangan untuk membangunkan semula Pekan Sungai Acheh untuk jangka masa panjang sebagai Pusat Perkhidmatan Desa bagi memelihara warisan kawasan perkampungan tradisi dan mempromosikanya sebagai tarikan eko dan agro-tourism. Rancangan tersebut akan dilaksanakan selaras dengan pewartaan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah bilangan perkhidmatan bas percuma terutamanya di kawasan DUN Sungai Acheh memandangkan ada beberapa sekolah di DUN Sungai Acheh dan kebanyakan ibu bapa terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.

YAB. Ketua Menteri:

2. Kerajaan Negeri memahami keperluan golongan kurang berkemampuan yang ingin mendapatkan perkhidmatan bas percuma bagi mengurangkan kos sara hidup harian.

Walau bagaimanapun, objektif pelaksanaan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) ialah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas berdasarkan kriteria-kriteria pemilihan kawasan seperti berikut:

(i) Kawasan berdensiti tinggi. Padat dengan kawasan perumahan/perindustrian/perniagaan.

(ii) Kawasan yang mengalami kadar kesesakan trafik yang tinggi.

(iii) Kawasan yang perlu dinaik taraf sistem pengangkutan awam termasuk infrastruktur yang membantu.

(iv) Kawasan yang mempunyai banyak aktiviti harian/perniagaan dan lain-lain.

(v) Kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan bas sebelum ini.

Bagi kawasan DUN Sungai Acheh, Kerajaan Negeri bersedia untuk meneliti dan mempertimbangkan cadangan penambahan perkhidmatan ini sekiranya terdapat keperluan dan memenuhi kriteria pemilihan kawasan yang telah ditetapkan.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sektor pelancongan pertanian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh memandangkan majoriti aktiviti penduduk di sini terdiri daripada bidang pertanian dan DUN Sungai Acheh merupakan pintu masuk paling selatan di Pulau Pinang.

YAB. Ketua Menteri:

3. Agropelancongan adalah merupakan satu konsep pelancongan menawarkan aktiviti-aktiviti pelancongan berasaskan pertanian, perikanan, perladangan dan penternakan.

Setakat ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai rancangan untuk membangunkan sektor pelancongan pertanian atau agropelancongan di kawasan DUN Sungai Acheh. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkannya sekiranya Yang Berhormat mempunyai cadangan kawasan yang berpotensi dan memenuhi kriteria-kriteria agropelancongan antara lain seperti berikut:-

(i) Mempunyai sesuatu produk berasaskan pertanian yang boleh disemai, dipupuk dan dihasilkan untuk kegunaan umum;

(ii) Mempunyai promosi untuk memasarkan produk berasaskan pertanian serta mempunyai perkhidmatan untuk mengendalikan lawatan atau kunjungan orang ramai ke tapak;

(iii) Tapak boleh diakses dan terletak berhampiran jalan utama;

(iv) Sekiranya pengendali tapak agropelancongan menyediakan tempat bermalam seperti chalet, homestay dan sebagainya, hendaklah mematuhi kelulusan pihak berkuasa tempatan;

Page 332: dun.penang.gov.mydun.penang.gov.my/images/Hansard 2018/OGOS/SOALAN BERTULIS DAN...dun.penang.gov.my

332

(v) Waktu operasi hendaklah dipamerkan kepada orang awam; dan

(vi) Menyediakan infrastruktur asas seperti tandas awam, kawasan letak kereta dan bekalan air bersih.