6
DURIAN BELANDA Durian Belanda atau nama saintifiknya Annona muricata, merupakan sejenis buah berwarna hijau yang tumbuh di kawasan beriklim tropika. Pokok durian belanda mudah ditanam dan merupakan buah-buahan yang tidak bermusim. Ciri fizikal buah durian belanda ialah berwarna hijau gelap dan berduri lembut ketika muda dan berwarna hijau kekuning-kuningan ketika matang. Buah durian belanda yang telah matang boleh dipetik dan diperam. Isi buah ini berwarna putih dan berjus serta manis masam ketika masak, bijinya pula berwarna hitam, keras serta berkilat. Namun bijinya tidak boleh dimakan. Disebabkan isinya yang manis masam ketika masak, isinya yang lazat sering digunakan untuk menghasilkan minuman, ais krim dan manisan-manisan yang lain. Namun boleh juga dimakan begitu sahaja.Buah Durian Belanda terkenal dengan nilai-nilai perubatan. Ia mengandungi beberapa sebatian yang memiliki kebaikan dari segi perubatan yang menjadikan buah ini bermanfaat untuk pelbagai jenis penyakit. Terkini, buah Durian Belanda telah menjadi terkenal disebabkan oleh keupayaannya untuk membunuh sel kanser sehingga 10 000 kali lebih berkesan daripada penggunaan bahan – bahan kimoterapi.

DURIAN BELANDA - Dewan Bahasa dan Pustaka

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DURIAN BELANDA - Dewan Bahasa dan Pustaka

DURIAN BELANDA

Durian Belanda atau nama saintifiknya Annona muricata, merupakan sejenis buah berwarna hijau yang tumbuh di kawasan beriklim tropika. Pokok durian belanda mudah ditanam dan merupakan buah-buahan yang tidak bermusim. Ciri fizikal buah durian belanda ialah berwarna hijau gelap dan berduri lembut ket ika muda dan ber warna h i jau kekuning-kuningan ketika matang. Buah durian belanda yang telah matang boleh d ipet ik dan d iperam. Is i buah in i berwarna putih dan berjus serta manis masam ket ika masak, b i j inya pula berwarna hitam, keras serta berkilat. Namun bijinya tidak boleh dimakan.

Disebabkan isinya yang manis masam ketika masak, isinya yang lazat sering d i g u n a k a n u n t u k m e n g h a s i l k a n minuman, ais krim dan manisan-manisan yang lain. Namun boleh juga dimakan begitu sahaja.Buah Durian Belanda terkenal dengan nilai-nilai perubatan. Ia mengandungi beberapa sebatian yang memiliki kebaikan dari segi perubatan yang menjadikan buah ini bermanfaat untuk pelbagai jenis penyakit. Terkini, buah Durian Belanda telah menjadi terkenal disebabkan oleh keupayaannya untuk membunuh sel kanser sehingga 10 000 kali lebih berkesan daripada penggunaan bahan – bahan kimoterapi.

Page 2: DURIAN BELANDA - Dewan Bahasa dan Pustaka

KHASIATSelain daripada memiliki kandungan vitamin dan mineral yang tinggi, buah Durian Belanda turut memberikan beberapa kebaikan dari segi kesihatan sebagaimana yang disarankan oleh para pengamal ubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan penghadaman seperti untuk membunuh cacing usus.

MEMBUNUH SEL KANSERDaun buah Durian Belanda telah terbukti sangat berkesan untuk membunuh sel kanser sebagaimana membunuh sel kolon, payu dara, prostat, paru – paru serta pankreas. Tidak seperti kimoterapi, daun ini boleh menyerang sel kanser tanpa meninggalkan apa – apa kesan sampingan seperti ketidak selesaan perut, kehilangan berat badan, keguguran rambut dan sebagainya. Tambahan pula, dengan daun Buah Durian Belanda ini, 10 000 kali lebih berkesan daripada rawatan kimoterapi dan adriamicin dalam melambatkan pertumbuhan sel kanser.

MENCEGAH OSTEOPOROSISBuah Durian Belanda mengandungi kalsium dan fosforus yang sangat bermanfaat untuk membina tulang yang kuat serta mencegah osteoporosis.

MENINGKATKAN TENAGA DAN DAYA TAHANBuah Durian Belanda memiliki kandungan fruktosa yang tinggi, iaitu satu bentuk gula ringkas (monosakarida), dan juga mengandungi sumber semula jadi karbohidrat. Buah ini juga dapat meningkatkan daya tahan disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi.

BERMANFAAT UNTUK JANTUNG DAN MENCEGAH KEROSAKAN SARAFVitamin B1 yang terkandung dalam buah Durian Belanda ini akan membantu meningkatkan kadar metabolisme, peredaran darah dan mencegah masalah saraf. Ia juga mengandungi vitamin B2 yang sangat penting dalam penghasilan tenaga dalam badan, penyimpanan lemak serta menjaga fungsi saraf dan mengelokkan otot jantung.

MENGUBATI BAYI YANG BERMASAALAH CIRIT BIRITPerah dan tapis air buah yang telah masak dan beri kepada bayi 2 hingga 3 sudu makan.

MENGUBATI BUASIRPerah isi buah Durian Belanda yang telah matang, ambil airnya kira-kira 1 gelas, minum sebanyak 2 kali dalam sehari, pada waktu pagi dan petang.

Page 3: DURIAN BELANDA - Dewan Bahasa dan Pustaka

MELEGAKAN SEMBELITBuah ini kaya dengan serat larut dan serat tak larut yang dapat melegakan sembelit dengan cara anda akan mengeluarkan najis secara berketul-ketul dan mudah untuk dikeluarkan daripada badan.

DIURETIK SEMULA JADIIsi buah ini mengandungi hampir 84% air yang dapat menghidratkan badan anda. Ia juga bertindak sebagai diuretik untuk merawat edema atau kekurangan air dalam badan.

MEMBERIKAN TIDUR YANG LENAAmalkan meminum daun durian belanda. Kandungan sedatif dan penenang (nervine) yang merangsang tindakan saraf memberikan ketenangan untuk tidur dengan nyenyak.

MERAWAT JANGKITAN DI SALURAN AIR KENCINGDisebabkan oleh kelembapannya yang tinggi, buah Durian Belanda sangat berkesan untuk merawat dan mencegah jangkitan pada saluran air kencing atau dikenali sebagai urinary tract infections ( UTI ), urethritis dan hematuria.

MEMBUNUH PARASIT DALAM BADANBuah Durian Belanda kaya dengan nutrian yang sangat penting dalam pertumbuhan badan. Nutrien seperti asid amino, asid askorbik, kalsium, karbohidrat, zat besi, fosforus, thiamine, serat dan riboflavin merupakan nutrien-nutrien yang menghalang jangkitan parasit dalam badan.

VITAMIN CBuah Durian Belanda juga kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan yang sangat baik. Ia meningkatkan sistem imun dan melambatkan proses penuaan.

MELAWAN RADIKAL-RADIKAL BEBASAsid askorbik yang terkandung dalam buah Durian Belanda dapat menigkatkan kandungan antioksidan dalam badan yang mana memainkan peranan penting dalam melawan radikal-radikal bebas seterusnya menghalang jangkitan-jangkitan sebelum ia merebak.

MELEGAKAN KESAKITANDaun buah Durian Belanda dipercayai mengandungi sifat-sifat analgesik yang dapat melegakan kesakitan. Daun ini sering kali dikunyah atau diletakkan pada luka-luka yang terbuka. Jusnya pula sangat berkesan untuk menyembuhkan luka dalam tempoh untuk mengurangkan kesakitan. Apabila kesakitan menjadi bertambah, rebuskan 20 helai daunnya dan minum ¾ cawan sekali sehari untuk mendapatkan kelegaan.

Page 4: DURIAN BELANDA - Dewan Bahasa dan Pustaka

MERAWAT ULSER MULUTJika anda mengalami ulser mulut, anda bolehlah menumbuk daun buah Durian Belanda bersama air dan letakkan pada bahagian yang sakit. Dengan cara ini akan mengurangkan saiz ulser tersebut sedikit demi sedikit sehingga sembuh tanpa melukainya.

MERAWAT DEMAMDurian Belanda mempunyai sifat menyejukkan badan, oleh itu cepat melegakan demam Di Afrika, kanak-kanak dimandikan dengan air daun buah Durian Belanda untuk merawat demam.

MENGUATKAN SISTEM IMUNISASIBuah Durian Belanda mengandungi bahan-bahan seperti asetogenin, annacatasin, annocatalin, annonacin, annohexocin, annomuricin, anomurine, anonol, asid gentistik, asid linoleik dan muricarpentocin yang membantu badan kita sentiasa sihat dan meningkatkan keupayaan imuniti untuk melawan pelbagai jenis penyakit.

MERAWAT HIPERTENSIBuah Durian Belanda mengandungi nisbah potasium yang tinggi, iaitu (278 mg/100g) berbanding sodium (14 mg/100g) yang mana menjadikan ia sangat berguna untuk mereka yang mengidapi hipertensi.

ANTISEPTIKRamun yang dihasilkan daripada pucuk-pucuk muda daun buah Durian Belanda secara semula jadi bagus untuk mengurangkan masalah pundi kencing begitu juga batuk, kahak, jangkitan usus, demam dan ketidakhadaman. Bunga buah Durian Belanda pula boleh mengurangkan kahak. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk merawat batu karang, antisembelit, asid urik dan juga meningkatkan selera makan.

RAWATAN SEMULA JADI BAGI ARTHRITIS DAN RHEUMATISMPenggunaan ramuan ini pada badan dipercayai mampu untuk menghilangkan kesakitan dan bengkak disebabkan oleh arthritis dan rheumatism. Anda boleh merendamkan hujung satu kain yang bersih ke dalam teh daun buah Durian Belanda dan tekapkan kain tersebut pada kawasan yang sakit dua kali sehari untuk mendapatkan melegakan kesakitan.

MEMBANTU MENGAWAL KANDUNGAN GULA DALAM DARAHKajian menunjukkan bahawa nutiren yang terkandung dalam teh ini dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah.

BAIK UNTUK HATI ANDAAir teh yang dibuat daripada daun Durian Belanda diketahui menjadi tonik hati yang bagus. Selain daripada mengurangkan masalah hati, ia juga bertindak sebagai pelindung kepada hati. Selain itu, berkesan juga untuk merawat kesan-kesan daripada jangkitan punci kencing termasuklah batu karang.

Page 5: DURIAN BELANDA - Dewan Bahasa dan Pustaka

Satu PeringatanPengambilan teh Durian Belanda secara berlebihan juga turut memberikan kesan sampingan, iaitu penjejasan fungsi saraf dan akhirnya menyebabkan penyakit Parkinson. Kajian juga turut mencadangkan agar wanita hamil dan yang menyusukan anak perlu mengelakkan diri daripada mengambil teh ini untuk menjaga kesihatan mereka.

MANFAAT KEPADA KULITKualiti kulit anda akan menentukan sejauh mana baiknya penampilan anda. Kulit muka yang tidak berjerawat dan cerah bergantung kepada sejauh mana anda mengambil nutrien dalam pemakanan anda. Walaubagaimanapun, kekurangan nutiren yang penting serta terdedahnya kulit kepada bahan kimia dan pencemaran di luar menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kulit.

Buah Durian Belanda kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang sangat baik untuk kulit. Maka, berikut merupakan antara kebaikan untuk kulit anda yang diberikan oleh buah ini.

MERAWAT KULIT MENGGELUPASBuah Durian Belanda memiliki keupayaan penyembuhan yang sangat berkesan. Sapukan daun buah Durian Belanda kepada kawasan kulit yang menggelupas untuk penyembuhan segera. Untuk merawat bisul pada kulit gunakan daun ini. Letakkan beberapa helai daun Durian Belanda yang segar pada tempat yang sakit. Ini akan dapat mengurangkan kesakitan.

MERAWAT LUKABahagian isi buah Durian Belanda boleh digunakan untuk merawat luka pada bahagian yang terluka atau tercedera dalam tempoh tiga hari. Semua ini bukan sahaja dapat mempercepat kadar penyembuhan bahkan juga berupaya menghalang pembiakan bakteria. Selain itu, dengan menggunakan daun ini juga mampu untuk merawat kaki yang bengkak.

MERAWAT EKZEMA DAN MASALAH LAIN KULITDaun buah Durian Belanda yang dilumatkan juga boleh menjadi ramuan untuk mengurangkan ekzema dan penyakit kulit yang lain.

MANFAAT ANTI-PENUAANDurian Belanda yang kaya dengan sumber vitamin C dan asid askorbik membantu meningkatkan kadar antioksidan. Antioksidan ini memainkan peranan yang penting dalam melawan radikal-radikal bebas yang menjadi punca kepada penuaan kulit.Dengan cara membuang radikal-radikal bebas ini, maka secara tidak langsung akan mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit seperti garis-garis halus, jeragat dan pigmentasi.

Page 6: DURIAN BELANDA - Dewan Bahasa dan Pustaka

MANFAAT KEPADA RAMBUTNilai nutrisi yang terkandung dalam buah ini amat baik untuk rambut yang sihat. Folikel-folikel rambut memerlukan bekalan nutrian yang cukup untuk tumbesarannya. Kekurangan sesetengah vitamin yang penting, mineral dan nutrian akan menyebabkan masalah rambut seperti rambut menjadi nipis, kelimumur, keguguran rambut, rambut menjadi perang dan sebagainya.

MERAWAT KUTU KEPALADaun buah Durian Belanda juga berkesan untuk mengelakkan parasit daripada membiak di kepala. Ramuan yang dibuat daripada daun buah Durian Belanda boleh disapu pada kulit kepala untuk membuang kutu kepala.