16
E-BOOK

E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

  • Upload
    others

  • View
    62

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

E-BOOK

Page 2: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

Hak Cipta Terpelihara © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD.

Cetakan Pertama Tahun 2020

Hak cipta terpelihara, tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari pihak RichWorks International Sdn Bhd.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas dan nasihat professional mungkin diperlukan.

Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah tepat. Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawab tentang apa-apa kerugian dan risiko secara langsung atau tidak langsung akibat penggunaan atau aplikasi daripada kandungan buku ini.

Semua kandungan di dalam buku ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman penulis semata-mata dan maklumatnya mungkin berbeza dari semasa ke semasa.

Diterbitkan Oleh: RichWorks International Sdn. Bhd. No.77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03 5523 9664 www.richworks.com

Editorial: Team Nak Urus Bisnes

Penulis: Nasrul Hadi C.A(M) Chartered Accountant & Vice President Finance RichWorks International Sdn. Bhd.

Page 3: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

PENGENALAN

Selamat Membaca!!Nasrul Hadi C.A(M)

Chartered Accountant & Vice President FinanceRichWorks International Sdn. Bhd.

Biasa kita dengar yang ramai orang berniaga, mengalami kesukaran untuk dapatkan pinjaman atau loan dari pihak Bank. 80% dari loan yang dibuat oleh peniaga-peniaga kebiasaannya akan kena reject walaupun Sales masuk beratus ribu sebulan dan mempunyai pendapatan peribadi yang tinggi.

Cuba bayangkan anda terima surat, emel atau panggilan dari pihak bank mengatakan “HARAP MAAF.. PERMOHONAN ANDA TIDAK DILULUSKAN” - Stress tak bila permohonan atau pinjaman Bank kita tak diluluskan? Kita dah plan macam-macam untuk growkan bisnes.. tapi lain pulak jadi.

Ramai orang sekarang dah CELIK dalam PERNIAGAAN tetapi belum tentu lagi CELIK dalam URUS “CASHFLOW” atau URUS DUIT BISNES. Ramai buat bisnes pandai buat duit tapi bab urus duit dan lain-lain semua hancur. Ada impian nak beli rumah untuk keluarga dan beli aset, tapi tak dapat-dapat sampai sekarang. Sebab kewangan tak dijaga dengan baik dan hancur.

Duit banyak dihabiskan kepada kos-kos overhead, beli barang banyak guna Cash, so at the end of the day tak dapat apa yang diimpikan. Penat, bila semua benda kena pakai Cash sendiri. Nak loan dengan bank memang tak dapat sebab kewangan hancur.

Bisnes nak go to another level sangat mencabar. Nak grow bisnes ada banyak benda nak kena betulkan dulu terutamanya kewangan. Tak kira apa pun jenis bisnes yang kita buat, akan ada kitaran dan peringkat yang tersendiri. Di setiap peringkat, ada sejumlah modal yang kita kena guna supaya bisnes dapat berkembang dan survive untuk 5 - 10 tahun akan datang.

Bagi anda yang buat bisnes dan berkira-kira nak buat loan, apa yang akan dikongsikan dalam ebook ini akan sangat-sangat membantu anda. Tujuan ebook ini dikeluarkan adalah untuk membantu dan beri pendedahan kepada usahawan tentang pentingnya pengurusan duit dan akaun dalam bisnes untuk terus berkembang.

Tak kira sama ada anda menjalankan bisnes Enterprise atau Sdn Bhd, telah berniaga lebih 5 tahun atau baru mula berniaga, anda perlu tahu dan ambil berat tentang pengurusan duit bisnes dalam konteks untuk memudahkan permohonan loan anda diluluskan.

Page 4: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

kandungan10 sebab kenapa loan bisnes tak lepas

1

2

3

6

4

7

5

8

9

10

Bisnes Tak Ada Akaun Semasa

Ada Akaun Bank,

Tapi Rekod Tak Teratur

Ada Rekod Tapi Tak Ada Profit & Loss Statement

Dan Balance Sheet

Tak Bayar Cukai

Buat Bisnes Tak Ada Premis

Kena Ada Relationship Yang Bagus

Dengan Pihak Bank

Ada Masalah Rekod

CTOS Dan CCRIS

Proposal Yang Tidak Menarik

Minat Pihak Bank

Dokumen Tidak Lengkap

Tempoh Perniagaan

Tak Cukup 2 Tahun

Page 5: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

Bisnes Tak AdaAkaun Semasaataupun“current account”

Dengar macam kelakar, macam tak logik. Tapi masih ada orang yang buat bisnes dia tak ada akaun bank. Buat bisnes tapi tak ada Akaun Semasa di Bank untuk bisnes. Semua pakai Akaun Savings.

Bila buat bisnes tak bukak Current Account apa kesan dia? Bank pun tak tahu anda simpan duit dekat mana, customer buat payment pun mereka tak tahu nak bayar ke mana. Basically tak ada cara pengurusan kewangan yang betul, pihak Bank pun tak yakin dengan bisnes anda.

Page 6: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

Nak try apply loan tak lepas sebab bila bank tanya ada rekod ke tak ada rekod? Tak ada rekod. Bila Bank tanya mana rekod kewangan? Mana satu duit keluar dan duit masuk? Tak tahu nak explain macam mana. Duit bisnes tunggang langgang. Duit masuk, keluar balik. Duit keluar tak masuk-masuk balik.

Ada juga yang tak konsisten rekod. Ada bulan buat rekod, ada bulan tak buat rekod. Bank pun tak pasti nak bagi ke tak nak bagi loan ni. Ramai orang memang ada masalah ni, tak tahu nak jaga Cashflow, tak jaga duit bisnes dia dan tak tahu urus kewangan.

Ada Akaun Bank,Tapi Rekod Tak Teratur

Page 7: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

Apa maksudnya ni? Maksudnya Tiada Laporan Kewangan. Profit & Loss Statement ni adalah laporan samada nak tahu bisnes anda untung ke rugi. Ada orang dia tak tahu pun bisnes dia untung ke rugi, tak tahu pun bisnes dia ada duit ke tak ada duit. Buat bisnes main langgar je. Ramai yang ada situasi tak ada laporan kewangan, Audited Account dan tak ada Balance Sheet.

Bagi anda yang tak biasa dengan terma ni, kena biasakan sebab anda run business. Buat bisnes anda kena tahu bisnes untung ke rugi, ada duit atau tidak, ada aset atau tidak dan hutang pula berapa banyak sedang ditanggung oleh bisnes.

Ada Rekod Tapi Tak Ada Profit & Loss StatementDan Balance Sheet

Page 8: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

Tak ada alamat tetap, tak ada kedai, virtual office pun tak ada. Anda nak buat loan, nak pinjam dari Bank. Bank nak bagi anda loan, tapi andai kata anda tak boleh nak bayar balik, Bank nak cari anda, of course mereka nak cari dekat satu tempat atau alamat. Jadi mereka nak tahu dekat mana anda buat bisnes dan beroperasi. Ada orang, buat bisnes dah cantik dah, tapi dia buat bisnes dari rumah, alamat tumpang pun ada jugak. Apa maksudnya ni? Maksudnya Bank tak percaya atau kurang yakin.

Bank nak bila anda buat bisnes, mesti ada premis atau alamat tetap perniagaan. Bila first time buat loan bisnes, bank akan datang visit premis anda. Mereka nak tengok bisnes anda, ada tak staf yang bekerja, wujud ke premis anda. Jangan buat bisnes selama-lamanya nak buat dekat rumah je, kena ada premis.

Buat BisnesTak Ada Premis

Page 9: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

Sebelum ni anda dah pernah dapat loan, atau ada subscribe pada apa-apa bil sebenarnya akan beri kesan pada rekod CTOS dan CCRIS anda. Maksudnya rekod bayaran anda sebelum ini tak cantik. Contohnya sebelum ni ada buat loan kereta, pernah ada kad kredit tapi bayaran tak cukup atau tak kemas setiap bulan.

Pihak bank akan check anda sebagai pemilik bisnes, contohnya kalau anda buat bisnes under Sdn Bhd, bisnes anda tak pernah buat loan sebelum ni, rekod cantik dan clean tapi tiba-tiba loan tak lepas. Sebab apa? Sebab pemilik bisnes, Director atau Shareholder dalam tu ada rekod pembayaran yang tidak baik sebelum ni.

Ada Masalah RekodCTOS Dan CCRIS

Page 10: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

Menakutkan ke tak? Tak bayar cukai ni tak kisah bisnes anda di Malaysia ke, Singapura ke sangat diguna pakai. Ini adalah kriteria paling penting kenapa ramai orang apply loan tak lepas sebab mereka tidak bayar cukai atau tidak patuh cukai. Tak submit borang cukai dia. Bank sangat-sangat strict sekarang. Tolong declare cukai anda. Tak perlu pun bayar cukai yang banyak, pihak Bank just nak tengok anda submit borang cukai ni sebab bila anda submit borang cukai anda dah ikut undang-undang dan berdisiplin, jadi Bank akan rasa sangat yakin.

Logiklah, kalau anda nak pinjam duit kepada orang lain, mesti anda nak beri kepada orang yang patuh dan disiplin untuk bayar balik. Tu yang Bank tengok part ni. Kebarangkalian orang yang patuh cukai, pasti lebih tinggi dia juga akan patuh ikut rule yang ditetapkan Bank.

Tak Bayar Cukai

Page 11: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

First anda kena faham dulu produk yang ditawarkan oleh pihak Bank dan anda kena ada Relationship yang bagus dengan pihak Bank. You know the product, you know the people. Ini adalah gabungan dia. Ramai orang bila apply loan, dia hanya tanya pada satu pihak Bank je. At least kena tanya dan compare 3 ke 5 Bank. Kena kenal at least 3 ke 5 Bank Officer. Bercakap dengan mereka dan tanya pada mereka tentang produk (loan) yang ditawarkan. Jangan malu bertanya sebab pihak Bank yang tahu dan pihak Bank yang nak approve loan anda. Kalau anda berlagak atau sombong dengan Bank Officer, susahlah Bank Officer nak support anda punya application.

Kena Ada Relationship Yang Bagus Dengan Pihak Bank

Page 12: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

Basically ni teknik macam nak memikat hati Bank. Tak boleh suka-suka je hantar dokumen pada pihak Bank. Pihak Bank lagi suka tengok dokumen yang disusun cantik, proposal yang disusun dengan lengkap.

Bila anda memudahkan pihak Bank, lagi senang pihak Bank nak luluskan. Kalau anda susahkan orang, mana ada orang yang suka. Jadi, buatlah sedikit usaha nak mudahkan Bank. Jangan susahkan mereka untuk faham proposal anda.

P r o p o s a l Ya n g T i d a k Menarik Minat Pihak Bank

Page 13: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

Maksud dokumen tidak lengkap ni adalah anda tak ada langsung dokumen-dokumen penting yang diperlukan. Contohnya anda tak ada payslip, tak ada EA Form - Borang Cukai Pekerja Swasta Untuk Penyata Gaji selama setahun (boleh rujuk hasil.gov.my), tak ada dokumen daftar perniagaan dan tak ada borang-borang yang pihak Bank perlukan.

Kalau first time anda apply loan, Bank tak kenal bisnes anda. Jadi pihak Bank perlukan Business Profile anda. Ini adalah untuk pengenalan tentang bisnes anda kepada pihak Bank. Profil ni sangat penting. Tak semestinya kena panjang lebar, cukup ada yang ringkas, padat dan mudah untuk pihak Bank faham. Business Profile ni anda kepilkan sekali dengan borang dan dokumen lain yang anda nak submit pada pihak Bank.

Dokumen Tidak Lengkap

Page 14: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

Ini memerlukan kesabaran, jiwa yang kuat dan jiwa yang besar. On average dalam bisnes, nak loan bisnes anda lepas, bisnes mesti dah dijalankan sekurang-kurangnya 2 tahun. Maksudnya ada rekod transaksi dan rekod perniagaan selama 2 tahun. Bank nak tengok sejarah bisnes anda. Kalau anda baru run 1 tahun, Bank tak boleh nak tengok prestasi bisnes anda. Adakah boleh survive untuk tahun-tahun akan datang.

Sebab ramai orang buat bisnes, nak lepas lebih setahun pun ramai yang struggle. Jadi pihak Bank nak tengok at least ada 2 tahun punya rekod. Sebab tu digalakkan pada anda yang sedang run business, jangan asyik nak tukar bisnes. Tetapi ada certain loan yang tak perlukan tempoh sampai 2 tahun, contohnya loan kenderaan sebab loan kenderaan sebab syarat-syarat dia tak seketat macam nak apply loan bisnes.

Tempoh PerniagaanTak Cukup2 Tahun

Page 15: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

KESIMPULANNYADiharapkan segala pengisian dan perkongsian dalam ebook ini dapat sedikit sebanyak membantu anda yang sedang berkira-kira untuk mohon loan. Jika anda ikut nasihat, saranan, dan panduan yang diberikan dalam buku ini, anda seharusnya dah jelas apa yang anda buat semuanya mesti bermula dengan pengurusan Cashflow yang betul.

Menghadapi masalah Cashflow bukan sahaja akan menjejaskan reputasi anda, malah anda juga akan mengalami masalah emosi untuk mencari jalan pantas bagaimana untuk selesaikan masalah duit yang dihadapi. Sebelum anda buat keputusan untuk mula buat permohonan loan, adalah bagus anda semak semua pengurusan duit peribadi dan bisnes anda, cantikkan rekod dan profile terlebih dahulu.

Semuanya ada proses yang perlu anda lalui dan buat terlebih dahulu. InsyaAllah bila anda bijak dan tahu cara pengurusan Cashflow yang betul, tidak akan ada masalah untuk anda dapatkan loan selepas ini. Jika anda masih keliru atau kurang faham, anda boleh rujuk kepada pihak yang pakar seperti Pegawai Bank sendiri dan anda juga boleh sertai Facebook Group Nak Urus Bisnes - Rahsia Urus Bisnes Cara Mudah.

Ada banyak perkongsian tentang Pengurusan Bisnes meliputi aspek Cashflow, Kos dan Harga, Percukaian dan banyak lagi.

Page 16: E-BOOK - Nak Urus Bisnes | Nak Urus Bisnes

www.nakurusbisnes.com