EDU 3105 Teknologi Dalam Pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/31/2019 EDU 3105 Teknologi Dalam Pendidikan

    1/4

    EDU 3105 Teknologi Dalam Pendidikan

    Mohd Ruzaifi Bin Abd Rasid

    Ahmad Lutfi Bin AdnanMohd Ridzwan Bin Borhan

  • 7/31/2019 EDU 3105 Teknologi Dalam Pendidikan

    2/4

    Rancangan Pengajaran Menggunakan Bahan 3D Diorama (Biografi)

    Tahun : Tahap 1

    Subjek : Bahasa Melayu

    Tema : Barang Kesayangan saya

    Tajuk : Aku Sebingkai Cermin mata

    Objektif :

    a) 4 daripada 6 orang murid dapat bercerita tentang pengalaman mereka

    tentang barangan yang mereka punyai.

    b) Murid dapat menamakan nama-nama tempat diorama yang ditunjukkan

    c) Murid dapat mengaitkan diorama dengan ringkasan cerita yang boleh dibina

    berdasarkan tajuk yang diberi.d) Murid dapat menulis sebuah karangan yang baik berdasarkan tajuk cerita.

    Tatacara :

    A. Bahan

    Kadbod, dawai, tanah liat, rumput palsu, kotak, keychain, batu kelikir, warna

    air, reben, plastic, gam, polisterin, kayu, bahan buangan.

    B. Kaedah Pembuatan

    i. Sebelum

    a) Berbincang mengenai jenis bahan 3D yang akan dibina.b) Berbincang tentang aspek pengajaran yang bakal dibina.

    c) Berbincang tentang pelan dan draf bahan 3D yang akan dibina.

    d) Membahagikan tugas ahli kumpulan.

    ii. Semasa

    a) Menggunakan bahan terbuang yang telah dicari bersama-sama.

    b) Membina model 3D berdasarkan pelan yang telah dibincangkan.

    c) Membina jalan penceritaan dan aspek pengajaran.

    iii. Selepas

    a) Membuat proses sentuhan terakhir untuk mengemaskan lagi

    bahan 3D.

    b) Membuat refleksi.

    C. Cara Penggunaan

    i. Guru memberi induksi tentang cerita barang kesayangan mereka.

    ii. Murid menceritakan tentang pengalaman mereka menggunakan

    barang kesayangan mereka.

    iii. Murid menamakan tempat atau kawasan bahan 3D yang ditunjukkan.

    iv. Murid membina cerita berdasarkan bahan 3D.

    v. Murid mengarang cerita berdasarkan diorama.

  • 7/31/2019 EDU 3105 Teknologi Dalam Pendidikan

    3/4

    Refleksi

    Bismilahirrahmanirrahim, Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan

    limpah kurnianya saya dan rakan-rakan dapat menyiapkan tugasan EDU 3105

    Teknologi dalam Pendidikan yang diberikan oleh pensyarah Encik Razak Bin Nawi,

    beliau banyak memberikan dorongan dan semangat kepada saya untuk menyiapkan

    tugasan mengikut kriteria yang dimahukan. Pada kesempatan ini, saya ingin

    melahirkan perasaan terharu dan teruja kerana saya mendapat bantuan dan

    kerjasama daripada rakan-rakan kumpulan saya iaitu Mohd Ridzwan Bin Borhan dan

    Ahmad Lutfi Bin Adnan. Mereka memberikan kerjasama yang sangat tinggi dalam

    aktiviti kumpulan ini.

    Tugasan pada kali ini memerlukan setiap pelajar bekerjasama dalam satu

    kumpulan untuk membina bahan 3D. Menerusi beberapa perbincangan dan

    kolaboratif, kami telah memilih untuk membina bahan 3D diorama biografi. Bahan

    3D ini mempunyai matlamat khusus iaitu dapat memberikan keseronokan kepada

    murid-murid dan sesuai dijalankan untuk peringkat umur sekolah rendah. maka,

    aplikasi permainan ini perlulah menarik minat murid supaya objektif pembelajaran ini

    tercapai.

    Melihat kepada bahan 3D ini, beberapa perkara dapat saya kesan. Antaranya

    keberkesanan aktiviti ini kepada murid-murid. Sebagai contoh, kita akan berdepan

    dengan pelbagai jenis murid di sekolah. Perkara ini mesti diambil berat kerana setiap

    murid akan membawa perwatakan yang berbeza. Maka, saya dan kumpulan saya

    perlu mengkaji dengan lebih terperinci tentang bahan 3D ini supaya setiap murid

    dapat bermain dengan baik. Murid-murid tidak sesuai diajar dengan permainan

    sebenar kerana tahap lokomotor dan kognitif mereka masih pada tahap yang

    rendah. Bayangkan jika murid-murid diajar dengan hanya menggunakan teknik

    pembelajaran biasa atau chalk and talksahaja maka objektif pengajaran tidak akan

    dapat dicapai dan tidak memberikan maklumat tambahan kepada murid. Murid-

    murid harus diajar dengan menggunakan teknik yang dapat menarik perhatian murid

    kepada aktiviti pengajaran yang diajar di dalam kelas, perhatian dan fokus daripada

    murid amat diperlukan bagi membina minat yang mendalam kepada murid untuk

    tetap setia dengan pengajaran.

  • 7/31/2019 EDU 3105 Teknologi Dalam Pendidikan

    4/4

    Justeru, bahan 3D ini merupakan aktiviti yang sesuai untuk membina tahap

    kognitif dan imaginasi mereka. Bukan bermakna bahan itu adalah permainan yang

    bersifat biasa sahaja, tetapi bahan 3D sebenarnya lebih banyak memberikan

    pengalaman yang efektif dan berorientasikan kepada konsep hands on learningiaitu

    pembelajaran berdasarkan pengalaman kendiri berbanding pengajaran biasa yang

    telah mereka ketahui.

    Melalui tugasan ini, saya dan ahli kumpulan saya dapat membina daya

    pemikiran yang kreatif. Hal ini bermakna, kami perlu membina satu bahan yang

    boleh memberikan kepuasan dan keseronokan kepada mereka. Kami membuatkan

    diri kami seperti seorang kanak-kanak kecil yang mahukan bahan realiti yang

    menarik. Di samping itu, saya juga belajar bagaimana untuk memastikan perjalanan

    aktiviti pengajaran itu berjalan dengan lancar. Selain itu, pembinaan bahan 3D ini

    juga memberikan saya banyak idea untuk kegunaan masa hadapan. Ditambah pula

    dengan peranan saya di sekolah nanti, saya perlukan pengalaman seperti ini supaya

    saya dapat membina permainan yang sesuai untuk peringkat umur sekolah rendah.

    Akhir kata, berakhirnya tugasan ini memberi makna kepada saya bahawa

    tugasan ini akan digunakan sebagai bukti bahawa saya telah melakukan tugasan ini.

    Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau

    tidak langsung dalam membantu saya melengkapkan tugasan ini. Semoga segala

    usaha yang dilakukan dapat diberkati oleh Allah SWT.

    Sekian, terima kasih.

    Oleh :

    Mohd Ruzaifi Bin Abd Rasid