34
1. PEMULIHAN 1.1 DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN Pemulihan membawa maksud aktiviti alternatif yang dijalankan apabila didapati seseorang murid gagal mempelajari sesuatu kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa. Program pemulihan adalah sebagai ganti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa di kelas pemulihan untuk membantu murid menguasai kemahiran. Kelas pemulihan dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Program pemulihan dilaksanakan setelah murid dicalonkan melalui ujian saringan dan diagnostik. Murid yang terlibat adalah murid tahun 2 dan 3. Bagi murid tahun 4 dan 5 bergantung kepada budi bicara guru pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dan organisasi Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah Rendah untuk Tahap Satu Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), objektif dan tujuan utama pengajaran 1

esei difinisi pemulihan.docx

Embed Size (px)

Citation preview

1. PEMULIHAN1.1 DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHANPemulihan membawa maksud aktiviti alternatif yang dijalankan apabila didapati seseorang murid gagal mempelajari sesuatu kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa. Program pemulihan adalah sebagai ganti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa di kelas pemulihan untuk membantu murid menguasai kemahiran. Kelas pemulihan dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Program pemulihan dilaksanakan setelah murid dicalonkan melalui ujian saringan dan diagnostik. Murid yang terlibat adalah murid tahun 2 dan 3. Bagi murid tahun 4 dan 5 bergantung kepada budi bicara guru pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dan organisasiBerdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah Rendah untuk Tahap Satu Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), objektif dan tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran 3M (membaca , menulis dan mengira). Kelas pemulihan juga bertujuan untuk membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang akan menjejaskan pembelajaran dan memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.Menurut Koh (1986), menegaskan pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi kesusahan pembelajaran bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran tanpa menghiraukan label-label ke atas murid tersebut seperti bodoh, lambat dan sebagainya.Menurut Balir (1968), pengajaran pemulihan diperlukan untuk menyinkirkan tabiat dan sikap yang tidak selari dengan pembelajaran berkesan atau dengan kata lain memulihkan kesalahan atau kelemahanPengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan iaitu mengikis tabiat tidak baik yang sedia ada dan membentuk tabiat baik yang belum ada pada murid. Bagi mengatasi kedua-dua jenis kelemahan ini, prinsip-prinsip pengajaran yang harus digunakan oleh guru ialah berasaskan psikologi, teknik dan kaedah pengajaran serta alat pelaksanaannya.Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1985) pengajaran pemulihan adalah khusus untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah rendah, terutamanya dalam masalah bahasa. Kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.

2. PRABACAAN2.1 PENGENALANMembaca merupakan aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar melibatkan deria pendengaran dan gandingan interpretasi otak, kemahiran bertutur melibatkan alat-alat artikulasi manusia. Kemahiran membaca pula melibatkan deria penglihatan dan alat-alat artikulasi iaitu gabungan aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Oleh itu kemahiran membaca ialah kemahiran yang berasaskan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur kerana tanpa penguasaan kedua-dua kemahiran tersebut, kemahiran membaca tidak mungkin boleh dikuasai. 2.2 DEFINISI DAN KONSEP MEMBACAMenurut Atan Long (1978) mentakrifkan membaca sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambing-lambang dan menterjemah lambing-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.Menurut Zulkifley Hamid (1994) mendefinisikan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambing-lambang tulisan, menterjemahkannya kepada bentuk yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tersebut.Kesimpulannya, membaca merupakan satu proses yang kompleks dan merupakan gabungan beberapa proses seperti proses sensori (pandang), proses pengamatan, proses linguistik dan proses mental.2.3 KESEDIAAN MEMBACAKesediaan membaca ialah kemampuan seseorang murid untuk membaca adalah merujuk kepada kesediaan mereka untuk menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal yang melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuhkan asas membaca dan seterusnya peringkat-peringkat yang lebih tinggi.Kesediaan fizikal merujuk kepada kemampuan kanak-kanak boleh dilihat dari tiga sudut, iaitu keupayaan alat-alat sebutannya (artikulasi) menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk dan keupayaan pendengarannya mengecam pelbagai bunyi-bunyi. Kesediaan emosi merujuk kepada kemampuan seseorang murid dapat dilihat dari dua aspek iaitu minatnya terhadap bahan-bahan bacaan berkenaan dan minatnya untuk mendengar bahan bacaan terutamanya dalam bentuk cerita. Dari segi mental pula, kemampuan seorang kanak-kanak dapat dilihat dari dua aspek berikut, iaitu keupayaannya mengingat kembali maklumat yang didengar dan kebolehan mengeluarkan maklumat yang telah diketahuinya.Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawal umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. Bagi membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan membaca, guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran juga mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Contohnya, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir akan lebih cepat bersedia membaca berbanding kanak-kanak yang sama usia yang tidak memdapat peluang yang sama.Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibubapa dan guru. Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca, cuma bentuknya berbeza. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini dapat dirumuskan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat bacaan seperti, meniarap (aktiviti kesediaan membaca), merangkak (aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca) berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca) berjalan ( kemahiran membaca peringkat rendah), berlari (kemahiran membaca peringkat tinggi)2.4 AKTIVITI PRA BACAAN Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada murid-murid sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak. Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:i. Pengamatan penglihatanii. Pengamatan pendengaran iii. Pergerakan tangan dan mata. 2.4.1 KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATANKemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan kanak-kanak boleh diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan untuk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar kanak-kanak sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. Demi menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang betul, guru harus mendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.

2.4.2 KEMAHIRAN PENGAMATAN PENDENGARANKemahiran pengamatan pendengaran digunakan bersama pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini membolehkan kanak-kanak mengenal pasti huruf sebelum berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru harus mengajar huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama elakkan mengunakkan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling berkesan untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak kanak atau membaca kepada kanak-kanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa. Pengalaman inilah penting dalam perkembangan membaca.

2.4.3 KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGANKemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan unutk melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang mengunakkan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat menyediakan aktiviti seperti mengunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa mengunakkannya. 3. KAEDAH MENGAJAR BACAANKaedah membaca merupakan prosedur atau langkah-langkah yang teratur yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dalam konteks pengajaran membaca ada tiga kaedah popular yang boleh digunakan iaitu kaedah fonetik, kaedah abjad dan kaedah pandang sebut.

3.1 KAEDAH ABJADKaedah abjad merupakan kaedah asas membaca yang paling tua digunakan untuk mengajar membaca. Dalam kaedah ini, pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut.Daripada cantuman huruf-huruf, murid-murid akan diperkenalkan pula dengan bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan. Kaedah ini membolehkan mereka mengeja dan dapat membaca semua perkataan kerana asas bacaan ialah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut. 3.1.1 Konsep Kaedah AbjadKaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan kepada murid-murid 26 huruf iaitu a hingga z. Kemudian diikuti dengan aktiviti memperkenalkan huruf-huruf vokal iaitu a, e, i, o, u dan huruf-huruf konsonan yang mengandungi 21 huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca, mereka perlu menghafal setiap lambang abjad. Huruf-huruf vakol mengeluarkan bunyi apabila bergabung dengan huruf konsonan. Contohnya ba, be, bi, bo, bu. Manakala gabungan ai, au dan oi akan membentuk diftongSemua bunyi tersebut disambung supaya menjadi perkataan, misalnya (ba + tu = batu ). Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Sebelum murid diajar membaca perkataan, nama-nama huruf perlulah dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal huruf a hingga z mengikut susunan yang betul. Kemudian diikuti dengan aktiviti mengeja suku kata dalam perkataanMenurut Zulkifley hamid (1994) berpendapat, kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu perlu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan. Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.Vokalaai

Konsonansylr

Gabungan Vokal dan Konsonansayalari

Perkataan sayalari

Jadual 3.1 menunjukkan gabungan huruf vokal dan konsonan untuk membentuk suku kata dan perkataan

3.1.2 Kelebihan dan Kelemahan kaedah AbjadKelebihanKelemahan

Sesuai dengan sistem Bahasa Melayu kerana terdiri dari suku kata yang hampir tetap bunyinyaMurid-murid membaca dengan lancar tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca

M Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum mempelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna

Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.K .Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak

Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-muridBoleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

Jadual 3..2 menunjukkan kelebihan dan kelemahan kaedah abjad.

3.2 KAEDAH FONETIKMerupakan kaedah asas membaca yang menekankan hubungan antara huruf (simbol) dengan bunyi. Kaedah ini amat sesuai untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak yang baru mengenal huruf. 3.2.1 Konsep kaedah FonetikMembaca mengikut kaedah fonetik memerlukan seseorang murid itu mengetahui bunyi-bunyi huruf, boleh menyebutnya dengan baik dan dapat mengingatinya dalam tempoh yang lama. Murid-murid perlu mengenal huruf berkenaan dari segi bentuk, rupa dan cara menulis huruf tersebut disamping dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang dilafazkanPenggunaan teknik yang betul membolehkan murid-murid mengenal bunyi dan mengaitkannya dengan bentuk huruf yang ditunjukkan kepada mereka dengan cepat dan pantas. Teknik yang berkesan untuk mengajar bunyi yang boleh digunakan oleh guru ialah menggunakan asosiasi iaitu asosiasi bunyi dan asosiasi gambar. Contoh asosiasi bunyi, untuk membunyikan aa boleh dikaitkan dengan peristiwa persekitaran seperti jeritan aaaaaa panasnya bila terkena air panas. Asosiasi gambar pula dengan menggunakan kad imbasan gambar ayam untuk bunyi aa. Melalui teknik asosiasi ini, murid-murid dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kaedah fonetik hanya mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah fonetik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonetik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan bunyi huruf konsonan, seperti berikut:Bunyi vokalBunyi konsonan

aaaaaBbehnen

eeeeeCcehppeh

iiiiiiDdehqqeh

oooooFfehrrer

uuuuuGgehssss

Hhehtthe

Jjehvvev

Kkehwweh

Lelyyeh

Memzzez

Jadual 3.3 menunjukkan bunyi vokal dan bunyi konsonan kaedah fonetik

Kemudian bunyi-bunyi huruf tersebut digabungkan untuk membentuk suku kata, dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Bagi menarik minat murid-murid kaedah ini amat sesuai menggunakan gambar sebagai sokongan.

Contoh:

Perkataan baju dieja dengan bunyi huruf:[ b ] (beh), [ a ] (aaa) = [ ba ][ j ] (jeh), [ u ] (uuu) = [ ju ]= [ ba ] + [ ju ]= [ baju ]Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina, kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan ini.Contoh:

Ini baju saya

3.2.2 Kelebihan dan Kelemahan Kaedah FonetikKelebihan Kelemahan

Murid dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyiTidak sesuai untuk murid yang slow learner

Mengurangkan bebanan kepada memori muridMurid perlu mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu

Tidak perlu perkenal semua huruf vokal dan konsonan sekali gusSukar untuk membunyikan fonem diftong dan digraf

Penggunaan asosiasi bunyi dan gambar dapat mempercepatkan proses mengingatTidak menarik minat murid kerana bunyi yang diajar tidak mempunyai makna.

Jadual 3.4 menunjukkan kelebihan dan kelemahan kaedah fonetik

3.3 KAEDAH PANDANG SEBUT.Kaedah pandang sebut melibatkan dua aktiviti iaitu membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita. Aktiviti yang dijalankan bertujuan membiasakan murid untuk mengecam perkataan atau ayat dan tidak mengeja perkataan atau ayat tersebut. Melalui kaedah ini murid akan dilatih bagaimana untuk mengenali sesuatu perkataan atau ayat tanpa mengejanya terlebih dahulu melalui latih tubi. Kaedah ini dapat memendekkan masa murid untuk mengeja perkataan dan masa yang ada boleh digunakan untuk tujuan pemahaman tentang apa yang dibaca.Kaedah ini lebih praktikal kerana tumpuannya adalah kepada perkataan dan ayat yang bermakna. Kaedah ini juga mengambil kira pengalaman sedia ada murid supaya mereka mudah membuat telahan terhadap ayat atau perkataan yang dicam.3.3.1 Konsep Kaedah Pandang dan SebutMenurut kaedah ini guru-guru perlu menunjukkan gambar terlebih dahulu kemudian murid-murid akan menyebut perkataan dan ayat-ayat pendek yang ditulis pada kad-kad imbasan secara beramai-ramai dengan bimbingan guru. Murid hanya perlu mengecam gambar dan menyebut perkataan berdasarkan gambar berkenaan. Setelah murid-murid menguasai perkataan, barulah diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan tersebut.Contohnya: dadu. Mula-mula murid diperlihatkan gambar dadu. Kemudian mereka dilatih menyebut dadu dan selepas menguasainya barulah murid-murid diperkenalkan huruf yang membentuk perkataan dadu, iaitu d + a + d + u = dadu. Perkataan diperkenalkan kepada murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad tersebut ditunjukkan kepada murid-murid, mereka akan menyebut perkataan tersebut beberapa kali.

3.3.2 Kelebihan dan Kelemahan Kaedah Pandang dan SebutKelebihanKelemahan

Menjimatkan masa kerana tidak perlu belajar mengeja perkataanMurid pandai menyebut perkataan tetapi tidak pandai mengeja

Murid memahami maksud perkataan tersebutGagal menyebut perkataan baru kerana tiada pendedahan

Kaedah terpantas mempelajari kemahiran membacaPerbendaharaan kata murid terbatas

Jadual 3.5 menunjukkan kelebihan dan kelemahan keadah pandang dan sebut

4. PRATULISAN4.1 PENGENALANPratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh setiap orang murid bagi menyediakan diri kearah melahirkan lambing-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat ini, aktiviti contengan dilakukan atas permukaan benda sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini berkembang dari membuat contengan bebas hingga peringkat contengan terkawal.

4.2 DEFINISI PRATULISANPratulisan merupakan suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. Oleh itu penguasai kemahiran pratulisan bermaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi fizikal dan mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis. Aktiviti pratulisan penting kepada murid-murid tahap satu sebelum mereka mempelajari peringkat penulisan yang selanjutnya. 4.3 AKTIVITI PRATULISANPeringkat pratulisan ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti menulis yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut: a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata. d) Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.4.4 STRATEGI PENGAJARAN PRATULISANKebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid.Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai koordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.a) Latihan bagi tanganMurid dikehendaki:i. Latihan menggenggam dan membuka tangan.ii. Melatih murid memegang pensel dengan betuliii. Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.iv. Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.

b) Latihan bagi mataMurid dikehendaki:i. Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.ii. Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.iii. Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri.

c) Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:Murid dikehendaki:i. Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran.ii. Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan.iii. Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw puzzle.iv. Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru.v. Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar.vi. Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya

Murid-murid perlu dilatih untuk meningkatkan kemahiran pratulisan. Guru perlu menggunakan pendekatan yang mudah, menyeluruh dan menarik selaras dengan kemampuan dan perkembangan emosi serta mental murid-murid. Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot motor tangan dan mata murid-murid untuk mengasah kemahiran menulisGuna suku kata yang pelbagai dan tersusun agar murid-murid dapat menguasai kemahiran asas menulis dengan mudah. Laksanakan aktiviti penggayaan supaya perkembangan daya inteleks murid mantap serta membantu membina kemahiran menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. Perkenalkan huruf kecil dahulu, kemudian huruf besar. Mulakan dengan huruf yang bentuknya seakan sama. Rasionalnya memperkenalkan huruf kecil dahulu kerana huruf kecil lebih banyak digunakan dalam aktiviti penulisan disamping bentuknya yang lebih kurang sama.5. KESIMPULAN Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting. Melalui pembacaan seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang luas. Pembacaan membawa seseorang itu ke alam imaginasi, di luar daripada situasi kehidupan yang dilaluinya. Pembacaan juga boleh membuka dan memperluaskan pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang.Oleh itu kemahiran ini haruslah diberi kepada muridmurid sejak awalawal lagi supaya ianya boleh dipupuk dan disuburkan dengan sebaik-baiknya. Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Melalui penulisan membolehkan murid-murid menulis perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan betul supaya pembaca mudah memahami. Murid-murid boleh melahirkan fikiran dan perasaan dalam bentuk tulisan dan menyuburkan minat murid yang suka menulis dan mengarang.

Semenjak kebelakangan ini Kementerian Pendidikan Malaysia berasa bimbang di atas masalah murid dari sekolah rendah belajar ke sekolah menengah yang belum lagi dapat menguasai kemahiran asas bacaan. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini. Di antara projek yang dijalankan sekarang ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid murid Tahun 1 dan PROTIM bagi murid murid Tahu 6 yang masih lagi belum dapat menguasai kemahiran asas membaca. Guru memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam melahirkan murid yang pandai membaca dan menulis.

REFLEKSI Pada 18 Februari 2012 , saya bersama rakan-rakan telah diberi satu tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Literasi Bahasa Melayu ( WAJ 3104). Kami diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang agak singkat itu, kami telah dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang definisi dan konsep pemulihan, prabacaan, pratulisan, dan projek menghasilkan Bahan Bantu Mengajar dengan menggunakan multimedia.Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu mengajar saya di sekolah. Saya terpaksa berbuat begitu kerana menghadapi masalah kekangan masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai tajuk tugasan ini dalam modul pembelajaran saya. Saya terpaksa mencari maklumat tambahan. Saya menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahahan untuk menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada perpustakaan lantaran jumlah buku yang terhad. Manakala, daripada internet, saya telah berjaya mendapat agak banyak maklumat tambahan yang saya gunakan untuk menyiapkan tugasan ini.Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, saya juga banyak berbincang dengan rakan sekelas dan juga rakan-rakan dari kelas yang lain. Kami banyak berkongsi maklumat dan idea dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga banyak bertanya kepada guru-guru ICT di sekolah saya dalam penghasilan Bahan Bantu Mengajar dengan menggunakan multimedia. Guru-guru Bahasa Melayu dan guru pemulihan juga menjadi tempat rujukan saya dalam menyiapkan tugasan ini.Walaupun menghadapi pelbagai masalah, saya berusaha juga untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan muafakat antara semua pihak. Hasil daripada tugasan ini, banyak maklumat dan info yang diperolehi terutama betapa pentingnya menguasai kemahiran membaca dan menulis kepada murid-murid dan anak-anak saya.

RUJUKANKhairuddin Mohamad(2011), Literasi Bahasa Melayu, Shah Alam Selangor:Oxford Fajar Sdn. Bhd.Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia(2003), Buku Panduan Program Pemulihan Khas Satu, Bandar Damansara Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Sheikh Roslam bin Sheikh Abdullah & Aminuddin bin Mamat (2011), Modul PPG Literasi Bahasa WAJ 3104, Cyberjaya: Kementerian Pelajaran MalaysiaJabatan pendidikan Khas(1999). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Masalah Penguasaan 3M. Kuala lumpur: Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Hj. Daud Md Saman & Muhaiyuddin Mohamed Azizi (2011), Literasi Bahasa, Ampang: Pekan Ilmu Publications Sdn BhdMohd Norizwan Sulaiman .2009. Prabacaan. http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/prabacaan.html. 5 Mac 2012Teaching in Malaysia.2011. Pratulisan. http://teachinginmalaysia.blogspot.com/2011/02/aktiviti-pratulisan.html. 8 Mac 2012Noor Syazwani. 2011. Konsep Program Pemulihan http://www.slideshare.net/NoorSyazwanni/konsep-program-pemulihan. 11 Mac 2012

Contoh web : Autor, Y. 1999. Title of the article or information. http://www.webpage.com. Accessed on 14 November 2005.

22