Esei Laras Sains

  • View
    1.295

  • Download
    8

Embed Size (px)

Text of Esei Laras Sains

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains Esei Laras Sains : Teknologi LASERKemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah memberi pelbagai sumbangan kepada manusia termasuklah penciptaan laser yang banyak membantu kehidupan manusia itu sendiri. Perkataan laser sebenarnya adalah singkatan daripada frasa kata yang panjang, iaitu Light Amplification Stimulated Emission Radiation. Ini membawa maksud sumber cahaya yang diperkuatkan hasil daripada rangsangan atau stimulasi pancaran radiasi.

Teori cahaya laser telah ditemui oleh pakar fizik yang terkenal iaitu Dr. Elbert Einstein pada tahun 1920. Bagaimanapun, setelah 40 tahun kemudian, barulah teori tersebut dapat dipraktikkan. Menurut rekod sejarah, penjana laser yang pertama dihasilkan oleh Dr. Mainamm dari Jerman dan bahan asas yang digunakan untuk menjana cahaya laser adalah batu delima (Rubi) yang diperbaiki. Disebabkan laser tersebut diasaskan oleh batu delima maka digelar Laser Rubi. Ciri cahaya laser berbeza dengan cahaya yang dihasilkan oleh lampu yang kita gunakan di rumah. Tiga ciri utama yang ada pada cahaya laser adalah cahaya berketumpatan tinggi, sekata dan tidak mencapah. Ciri-ciri ini merupakan faktor utama cahaya laser amat berguna dalam aplikasi teknologi moden. Cahaya laser banyak memberi sumbangan kepada manusia meliputi pelbagai bidang. Antaranya ialah dalam bidang hiburan, aplikasi laser banyak digunakan, sebagai contoh penggunaan cahaya laser sebagai petunjukan cahaya dalam perasmian dan temasya-temasya besar. Alat VCD dan CD yang kita gunakan untuk menonton filem atau mendengar lagu juga memerlukan cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera akan terpantul kembali dan diperangkap oleh penerima yang kemudiannya menukar data atau maklumat kepada format agar dapat kita nikmati dalam bentuk filem atau lagu. Cahaya laser juga digunakan secara meluas dalam bidang percetakan iaitu menggunakan pencetak laser. Laser digunakan untuk mengimbas drum dan fotokonduktif (seperti kamera merakam imej pada negatif) berdasarkan maklumat imej yang diterima. Seterusnya, imej yang hendak dicetak itu kemudiannya dipindahkan ke atas kertas menggunakan dakwat (toner). Imej yang diimbas oleh laser adalah lebih jitu serta tajam dan ini menghasilkan cetakan imej yang lebih hidup. Konsepnya sama seperti mesin fotokopi, cuma mesin fotokopi mengimbas maklumat imej menggunakan lampu bercahaya tinggi dan imej tidak jitu kerana cahaya lampu tidak seterang cahaya laser. Penggunaan cahaya laser juga digunakan dalam bidang informasi dan teknologi maklumat. Perkembangan aplikasi laser amat menggalakkan dalam bidang ini kerana dapat menghasilkan kabel sebatian optik yang membolehkan cahaya laser melaluinya. Cahaya laser dikatakan mempunyai kelajuan yang melampaui kelajuan cahaya (kelajuan cahaya dalam vakum adalah 2.99979 x 10 m/s) membolehkan maklumat dihantar dalam bentuk digital dengan lebih efektif dan efisien. Penggunaan kod bar pada barangan atau produk dalam pasaraya besar juga memerlukan laser. Garis-garis yang berbeza jaraknya antara satu sama lain membolehkan laser yang mengimbas kod bar tersebut dan diterjemah kepada pelbagai maklumat, antaranya harga, jenis dan kod barang tersebut. Dalam bidang keselamatan, penggunaan laser juga diperlukan terutama bagi tentera, polis dan juga pasukan keselamatan yang lain. Sebagai contoh, dalam ketenteraan, laser digunakan untuk membetulkan bidikan senjata sebelum menembak sama ada pistol, senapang ataupun peluru berpandu. Pihak polis pula menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan dengan menembak laser ke arah kenderaan yang bergerak. Dari segi keselamatan pula, banyak penggera sekarang ini menggunakan laser untuk mendapatkan ciri pengesanan yang baik serta lebih jitu. Laser memainkan peranan yang amat penting dalam bidang perubatan terutama penggunaan laser yang cukup sinonim dengan pembedahan mata. Selain itu, aplikasi laser juga digunakan dalam aplikasi dermatology (berkaitan kulit) yang mana laser digunakan untuk merawat kulit atau membuang tanda-tanda pada pada kulit seperti tahi lalat. Pesakit yang mengidap ulser gastrik juga boleh dirawat dengan laser di mana pancaran laser akan mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut. Pembedahan kecil pergigian juga dapat dilakukan dengan mudah melalui penggunaan laser. Kelebihan menggunakan laser dalam rawatan perubatan atau pembedahan dapat mengurangkan luka serta mengelakkan kehilangan banyak darah berbanding kaedah pembedahan terbuka menggunakan pisau pembedahan biasa. Dan yang terbaru laser digunakan dalam proses berkhatan. Di Eropah dan Jepun, aplikasi laser digunakan dengan meluas berbanding di Malaysia -penggunaan laser belum begitu popular. Dan berdasarkan kajian yang dibuat, antara sebab utama penggunaan laser kurang mendapat sambutan adalah kerana kos peralatan dan penyelenggaraan yang tinggi. Di samping itu, sumber tenaga manusia seperti jurutera dan juruteknik yang mempunyai kepakaran untuk mengendalikan peralatan laser juga kurang. Oleh hal yang demikian, penyelidikan dan pembangunaan teknologi laser ini perlu dilakukan dengan lebih mendalam lagi untuk memastikan negara kita Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang ini kerana laser boleh dilihat sebagai pemangkin kepada teknologi baru.

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras Sains Esei Sains : Makanan Pengubahsuaian GenetikMELAWAN lumrah atau fitrah alam, menukar kejadian alam dan pertikaian dakwaan isu hak milik produk merupakan isu hangat dalam bioteknologi. Di negara-negara Barat, isu makanan yang telah melalui pengubahsuaian genetik (GM) ini dibahaskan sehangat isu halal haram di negara-negara Islam. Perdebatan menyentuh berkenaan dengan isu keselamatan makanan, kemungkinan kesan buruknya terhadap alam sekitar, perubahan ekosistem dan isu etika. Tidak dapat dinafikan, makanan GM ini telah mula dihidangkan semenjak tahun 1996 lagi. Makanan GM pertama yang dikomersialkan adalah tanaman tomato yang dipanggil FlavrSavr dihasilkan oleh Calgene (Brainyencyclopedia, 2004). Pada tahun 1992, Calgene telah menghantar tomato ini kepada U.S Food and Drug Administration (FDA) untuk dijalankan ujikaji.

Menerusi keputusan yang diperoleh daripada FDA, tomato FlavrSavr didapati tidak mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan sekali gus tidak memerlukan sebarang label pemberitahuan bahawa ia adalah makanan GM. Keputusan ini juga membolehkan tomato ini dipasarkan pada tahun 1994. Makanan GM ini dicetuskan sebagai suatu langkah bagi memenuhi permintaan penduduk dunia yang semakin berkembang selain meningkatkan kualiti dan kuantiti makanan. Ia juga bagi tujuan bantuan makanan kepada kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan di Dunia Ketiga seperti Afrika. Dikatakan ketika ini lebih 842 juta orang atau dua per tiga penduduk dunia mengalami kebuluran dan kekurangan zat, manakala 1.3 bilion orang dikategorikan dalam kategori daif dengan pendapatan per kapita kurang daripada USD$1 sehari (Ansel M. Sharp, 2005). Kendatipun tujuan awalannya kelihatan tulus murni, makanan GM masih lagi berada di dalam kategori kelabu atau samarsamar. Sehingga ke hari ini, tiada jaminan diberikan terhadapnya untuk pengambilan jangka panjang. Menerusi kajian para saintis, makanan GM ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam. Edwin Chargoff, yang dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia. Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear. Seperti juga dakwaan Bapa Biologi Molekul, Pertubuhan Perubatan Amerika juga telah mengeluarkan laporan yang sama terhadap kemungkinan proses GM ini berupaya mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Antara kegusaran yang dilaporkan adalah kemungkinan tanaman yang melalui proses GM dan (kejuruteraan genetik) GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain. Selain daripada kesan terhadap alam, kaedah GM ini akan berupaya mengubah alam semulajadi dengan menukar lumrah alam apabila binatang ternakan ditukar daripada kelompok herbivor kepada karnivor (Persatuan Sumber Asli United Kingdom: 2005). Menurut laporan tersebut, kebiasaannya pada musim sejuk, rumput adalah tidak subur. Oleh sebab itu, pada masa tersebut, binatang ternakan akan diberi makan kacang soya sebagai makanan gantian. Bagaimanapun, terdapat juga penternak menggunakan bangkai binatang ternakan sebagai ganti bagi mengurangkan kos dan mengakibatkan penularan penyakit lembu gila berpunca daripada tindakan penternak-penternak tersebut. Ketidakpastian terhadap status makanan GM ini juga telah mengubah tujuan asalnya sebelum ini dengan tindakan sesetengah negara Afrika seperti Sudan dan Angola menolak bantuan makanan yang datang daripada Bantuan Makanan Amerika Syarikat (US Food Aid). Kerajaan Sudan misalnya pada tahun 2003, telah mengeluarkan memorandum berhubung bantuan makanan ini agar menjamin bantuan makanan yang dihulurkan kepada mereka adalah bebas daripada sebarang bentuk unsur GM. Perkara apakah lagi yang tidak menakutkan selain mengetahui makanan yang diambil jika tidak semua, sedikit adalah terdiri daripada gen manusia seperti yang dilakukan oleh para saintis Jepun yang telah menghasilkan sejenis padi yang tahan dengan bahan kimia dengan menggunakan gen yang diambil daripada hati manusia dan tomato yang diubahsuai dengan gen ikan? Adakah tindakan yang diambil kerajaan Sudan ini ibarat tidak sedar dek untung?

Pengajian Am Kertas 2- Bahagian B Karangan Laras SainsAllah s.w.t berfirman yang bermaksud, Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya. (Al-Maidah: 88) Daripada ayat ini, Allah s.w.t menyuruh kepada hamba-hamba-Nya memakan mak