4
Faedah menyertai aktiviti kokurikulum Sejak kebelakangan ini, aktiviti kokurikulum semakin popular dalam kalangan murid kerana giat dijalankan di sekolah. Aktiviti kokurikulum merangkumi tiga bidang yang utama iaitu kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan dan permainan. Sebagai murid, kita mestilah melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum kerana dapat memperoleh banyak faedah. Antara faedahnya ialah kita dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat. Aktiviti kokurikulum dijalankan selepas waktu persekolahan. Jika murid-murid menyertai aktiviti kokurikulum selepas sekolah bersurai, mereka dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan aktiviti yang negatif seperti melepak di pusat membeli belah, merokok dan sebagainya.

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Embed Size (px)

DESCRIPTION

karangan

Citation preview

Page 1: Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Faedah menyertai aktiviti kokurikulumSejak kebelakangan ini, aktiviti kokurikulum semakin

popular dalam kalangan murid kerana giat dijalankan di sekolah. Aktiviti kokurikulum merangkumi tiga bidang yang utama iaitu kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan dan permainan. Sebagai murid, kita mestilah melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum kerana dapat memperoleh banyak faedah.

Antara faedahnya ialah kita dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat. Aktiviti kokurikulum dijalankan selepas waktu persekolahan. Jika murid-murid menyertai aktiviti kokurikulum selepas sekolah bersurai, mereka dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan aktiviti yang negatif seperti melepak di pusat membeli belah, merokok dan sebagainya.

Selain itu, kita dapat menambah ilmu pengetahuan baharu dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Murid-murid dapat mempelajari ilmu yang berkaitan dengan aktiviti yang disertai. Sebagai contoh, murid-murid dapat mempelajari

Page 2: Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

kemahiran bermain bola sepak seandainya dia seorang anggota kelab bola sepak. Bak kata pepatah, “ilmu itu pelita hidup”. Ilmu pengetahuan sangat penting dalam membentuk seorang murid yang sempurna.

Di samping itu, kita dapat menambah kenalan baharu menerusi penyertaan aktiviti kokurikulum. Murid-murid dapat mengenali rakan baharu semasa menjalani aktiviti bersama rakan dari kelas yang berlainan. Semangat perpaduan juga dapat dipupuk kerana murid yang menganggotai sesebuah persatuan itu berbilang bangsa. Oleh itu, semangat berpasukan dapat disemai kerana murid sentiasa digalakkan untuk bekerjasama dalam melakukan sesuatu. Kata pujangga, “sambil menyelam minum air”.

Seterusnya, kita dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri kita supaya menjadi murid yang berakhlak mulia. Murid-

Page 3: Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

murid dibimbing untuk menjalankan aktiviti yang bermanfaat oleh guru penasihat. Nilai-nilai murni seperti berdikari, bertanggungjawab dan bekerjasama dapat dipupuk menerusi pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

Pendek kata, aktiviti kokurikulum sememangnya dapat memberikan banyak faedah kepada murid-murid. Guru-guru dan ibu bapa perlulah berganding bahu dan memberikan galakan kepada anak-anak supaya menyertai aktiviti kokurikulum sejak dari bangku sekolah lagi. Kata orang, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.