16
ISLAM FAJAR EDISI PERCUMA BIL - 59 OKT - DEC 2015

FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

  • Upload
    ledung

  • View
    236

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

ISLAMFAJAR

EDISI PERCUMABIL - 59 OKT - DEC 2015

Page 2: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

Pada 5 Mei 2015 lalu telah genap 2 tahun Ustaz Ahmad Yakob selaku Menteri Besar yang menerajui Kepimpinan Ulamak Negeri Kelantan. Ia suatu rekod yang sedang tercipta nilai-nilai kebaikan ke arah menghadapi tiga tahun ke depan pentadbiran Membangun Bersama Islam yang diasaskan oleh Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru mengimbau tempoh dua tahun Ustaz Ahmad melaksanakan amanah dan tanggungjawab Menteri Besar, maka telah berlakunya beberapa program dan pembaharuan pentadbiran. Antaranya penubuhan Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (2013), pelaksanaan Sistem Pemantauan Pelaksanaan Projek Kerajaan Negeri Kelantan-SPARK (2013), pembentukan Unit Hubungan Seranta Negeri Kelantan (2014), pelaksanaan Pelan Strategik Merakyatkan Membangun Bersama Islam (2014), penyusunan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (2015), meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (2015) dan pengutuhan Dasar Berkebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Kelantan (2015) serta kejayaan meneruskan agenda tertangguh seperti tuntutan royalti minyak di mahkamah, memulakan pembinaan Lebih Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai. Kesemuanya adalah tanda komitmen dan

2

PenaungYB Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah,Penerangan dan Hubungan Seranta.

PenasihatHj Md Ashari Bin Mamat

PengarangAtiff Zayyad Idris

Penolong PengarangTuan Mohd Nor Tuan Yahya

WartawanNik Azman Nik Mustafa

JurufotoMohd Asri Hamat

Zamani Mohd Zain

PengedaranUnit Edaran UPKN

Alamat Surat-MenyuratUrusetia Penerangan Negeri Kelantan,

Blok 7, Kompleks Darul Naim.Tel : 09-748 3529 Faks : 09-748 3529

website : http//buletin.kelantan.gov.my

Dicetak Oleh :Aspirasi Chendana

PT 536, Pasar Mini Peringat,16400 Kota Bharu, Kelantann

Tel / Faks : 09-7127209

Sidang PengarangSidang Pengarang

Page 3: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

keupayaan Ustaz Ahmad penerus legasi Tok Guru ke arah memperkasakan pelaksanaan pentadbiran dan pembangunan menurut dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan.

Demikian lagi, kepimpinan Ustaz Ahmad telah berjaya melancarkan Akaun Amanah Tabung Pendidikan Kelantan (Julai 2014) dan mendapat sumbangan awam bertujuan meningkatkan pembiayaan pendidikan melalui Yayasan Islam Kelantan dan sebagainya. Begitu pula sejak Februari 2011 program ceramah UMI (Ubudiah, Mas’uliyah, Itqan) telah dianjurkan untuk anggota perkhidmatan awam, namun ia dipertingkatkan lagi (menjadi syarat wajib) kepada Pegawai Tadbir Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, Mas’uliyah, Itqan (UMI) (2015).

Kepimpinan mendepani ujian

Meskipun begitu, kepimpinan Ustaz Ahmad turut berdepan dengan ujian getir (ketentuan Allah SWT) pada penghujung tahun lalu melalui satu banjir besar yang membabitkan hampir semua jajahan terutamanya Jajahan Gua Musang dan Kuala Krai. Banjir yang disifat terbesar dalam tempoh 30 tahun ini turut membabitkan 1,800

3

buah rumah hilang, lebih tiga ribu kediaman rosak dan turut mengalami kerugian dianggarkan melebihi RM3 billion. Atas ujian getir ini, Ustaz Ahmad telah mengajak semua lapisan rakyat dan pertubuhan serta badan korporat untuk berkongsi bakti dan sumbangan ke arah meringankan beban penduduk yang terlibat banjir. Malah satu inisiatif berkebajikan dibuat menerusi penubuhan Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan (Disember 2014) dan berjaya mengadakan pelancarannya pada 14 Januari 2015, sekaligus berjaya mengumpul sumbangan daripada pelbagai pihak sebanyak RM8.1 juta. Kemudian Ustaz Ahmad turut diuji lagi dengan

Dua tahun, Ustaz AhmadPenerus Kepimpinan Ulamak Negeri Kelantan

Page 4: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

Petunjuk penerimaan rakyat

Walau apapun liku-liku ujian yang dihadapi sepanjang dua tahun kepimpinan Menteri Besar, Ustaz Ahmad sentiasa mendapat sokongan rakyat. Justeru ia diyakini rakyat pasti meletakkan hasrat dan harapan agar Kepimpinan Ulamak terus diperkasa dan dipersegarkan di Negeri Kelantan.

Hasil kajian oleh Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pada 1 Mac hingga 5 Mac 2015 melibatkan kira-kira 3% atau 645 orang responden daripada 21,364 pengundi berdaftar di Dun Chempaka, antara yang membayangi hasrat dan harapan itu. Walaupun tujuan kajian tersebut berlaku bagi meninjau sikap politik bersempena menghadapi pilihan raya kecil Chempaka (22 Mac 2015), namun ia turut meneliti pandangan rakyat terhadap pimpinan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob.

pemergian buat selama-lamanya idola Kepimpinan Ulamak dan tokoh Murabbi Ummah, Tok Guru Nik Abdul Aziz, mantan Menteri Besar Kelantan pada 12 Februari 2015. Satu takdir yang menguji rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT untuk memastikan legasi Tok Guru diteruskan dengan sepenuh kesungguhan kuasa pentadbiran dan tenaga yang dimiliki. Ekoran daripada itu, pentadbiran Ustaz Ahmad terpaksa berdepan dengan satu pilihan raya kecil di Dun Chempaka pada 22 Mac 2015. Keputusannya calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood yang menggantikan tempat Tok Guru telah berjaya meraih kemenangan besar. Ini sedikit sebanyak meredakan mood kekalahan satu pilihan raya kecil yang sebelumnya, iaitu di Dun Pengkalan Kubor pada 25 September 2014 ekoran kematian Adun Barisan Nasional, Datuk Noor Zahidi Omar (25 Ogos 2014).

Demikianlah ujian dialami oleh Ustaz Ahmad seiringan dengan usaha meneruskan khidmat dan kepimpinannya. Ia dilihat cukup cekal dan tabah dalam mendepaninya. Meskipun ia juga turut dirasai oleh jemaah (parti), rakan sepasukan (kerajaan) dan masyarakat amnya (rakyat). Malah belum terkira nilai-nilai ujian yang bersifat personal seperti kedudukan jawatan di dalam parti yang semakin terbeban dengan amanahnya. Sebelum ini Ustaz Ahmad adalah Timbalan Ketua Ulamak PAS Pusat, kemudian Pemangku Ketua Ulamak (selepas pemergian ketuanya Tuan Guru Harun Taib), dan kini selaku Timbalan Mursyidul Am PAS (selepas pemergian Tok Guru Nik Abdul Aziz). Kesemuanya adalah ujian di sebalik amanah dan tanggungjawab yang belum terkira bebanan tertanggung kerana pengundi dan masyarakat di Dun dan Kawasannya serta hal-hal kekeluargaan. Apa yang pasti, kesemuanya adalah ujian Allah SWT yang bakal menambah nilai-nilai ketakwaan sepanjang jalan perjuangan di jalan-Nya.

4

Page 5: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

Kajian dijalankan secara soal selidik melibatkan taburan pengundi selaku responden di semua sepuluh Daerah Mengundi Dun Chempaka telah dilakukan oleh pembantu penyelidik yang bertemu secara bersemuka (face to face) bagi mendapat maklum balas berhubung isu yang dikaji.

Sehubungan itu, kajian tersebut mendapati: Pertama, 94.3% bersetuju agar Dasar Membangun Bersama Islam yang dimulakan oleh Tok Guru perlu diteruskan oleh Ustaz Ahmad. Keduanya, 91.9% bersetuju bahawa kepimpinan Menteri Besar sekarang merupakan kesinambungan kepada Kepimpinan Ulamak yang diasaskan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz. Ketiganya pula, 89.9% bersetuju sungguhpun PAS telah lama mentadbir Kelantan (hampir 25 tahun), secara umumnya dilihat telah berjaya.

Menurut kajian itu lagi, nilai kejayaan PAS itu dilihat berasaskan petunjuk iaitu, 87.3% bersetuju bahawa kejayaan itu dicerminkan dengan tidak adanya (hukuman di mahkamah - P) kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Hal ini dikaitkan pula dengan dasar pentadbiran yang diaplikasikan oleh Kerajaan Negeri selama ini. Justeru didapati 94.7% bersetujua bahawa kejayaan PAS mentadbir Kelantan adalah kerana menjadikan Islam sebagai dasar pentadbirannya.

Ustaz Ahmad penyambung amanah

Berdasarkan hasil kajian tersebut, dapat dirumuskan bahawa kepimpinan seumpama Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz amat diiinginkan oleh pelbagai lapisan masyarakat Kelantan, malah di Malaysia amnya. Ia ada hubung kait dengan kejayaan sepanjang Tok Guru mentadbir Kelantan berasaskan Dasar Membangun Bersama Islam.

Demikan pula, kajian tersebut turut memberikan petunjuk bahawa kepimpinan Menteri Besar, Ustaz Ahmad Yakob sekarang, selaku pengganti dilihat mendapat kepercayaan majoriti rakyat dan menyifatkan sebagai penerus kesinambungan Kepimpinan Ulamak yang dimulakan oleh Tok Guru demi melangsungkan lagi pentadbiran Negeri Kelantan.

Oleh sebab itu, secara umumnya kejayaan PAS mentadbir Kelantan yang telah memerintah memasuki lebih dua tahun di bawah teraju kepimpinan Ustaz Ahmad, ternyata telah mencipta rekod terbaik di dalam memenuhi hasrat dan harapan rakyat. Segala-galanya adalah kerana prinsip Islam terus dipersegarkan sebagai teras kepimpinan dan pentadbiran di Kelantan.

5

Page 6: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

Daya usaha Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Kepimpinan Ulamak terus melangkah maju ke hadapan demi memartabatkan pentadbiran yang mesra syariah. Kini turut mendapat motivasi segar ekoran sokongan dan persepsi positif orang bukan Melayu terhadap usaha pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam-Hudud. Penemuan kajian terbaru menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) menunjukkan majoriti rakyat Kelantan (kalangan pengundi) bukan Melayu menyokong atas usaha pelaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah-Hudud ke atas orang Islam.Kajian oleh Pusat Kajian Strategik Kerajaan Negeri Kelantan telah mengirim SMS berupa kenyataan: “Anda sokong usaha Kerajaan melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam-Hudud untuk orang Islam di Kelantan.” Pengiriman SMS itu ditujukan kepada responden bukan Melayu (baca, non-Muslim) yang namanya berdaftar sebagai pemilih di Kelantan dan memiliki nombor telefon. Penerima SMS hanya diminta menjawab sama ada sokong atau tidak sokong.Kajian dilakukan selama tiga hari bermula 14-17 Mei 2015 yang membabitkan pengiriman SMS dan penerimaan balas. Jumlah pengiriman yang dibuat sebanyak 19,500 nombor telefon bimbit responden.

Sementara jawapan balas yang diterima sebanyak 500 responden sahaja. Kadar jawapan balas agak rendah telah dijangka memandangkan persoalan yang bersifat perundangan dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Sementara ada pula responden yang membalas dalam bentuk komen dan tidak menjawab SMS yang dikirim. Malah paling ramai adalah bersikap sepi dan mengabaikan SMS yang dikirim.Namun demikian, sejumlah 500 jawapan balas yang diterima atau 2.56% daripada 19,500 kiriman SMS adalah sudah memadai bagi kajian yang bersifat tinjauan umum menterjemahkan persepsi umum orang bukan Melayu terhadap usaha ke arah pelaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah-Hudud oleh Kerajaan Negeri Kelantan.Penerimaan SMS itu dianalisis secara SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) bagi mengolah hubung-kait jawapan deskriptif yang menyokong (bersetuju) atau sebaliknya. Justeru daripada 500 SMS balas yang diterima, 421 telah menjawab dan bagi maksud analisis kajian ini, jumlah 421 adalah sahih kerana ia mewakili kesemuanya bukan Melayu, iaitu 415 adalah Cina, satu India dan lima kaum lain. Lihat pola respons seperti mana Jadual 1 berikut.

KJS-Hudud Kelantan: Majoriti bukan Melayu menyokongOleh: Dr Wan Nik Wan Yussof, Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan

6

Page 7: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

Penemuan kajian

Seramai 421 jawapan yang diterima, pola menyokongnya berjumlah 245 (58.19%) dan pola menolaknya pula berjumlah 175 (41.81%). Lihat Jadual 2 berikut.

Pola jawapan ini boleh dianggap munasabah kerana kajian dibuat ketika persoalan Kanun Jenayah Syariah termasuk Hudud sedang hangat dibicarakan di dalam pelbagai media massa. Sudah tentu sensitiviti dan sikap terhadap SMS yang dikirim menepati premis masa dan persoalan yang berputar di khalayak awam. Justeru hasil kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang meyakinkan.Sekaligus, penemuan itu membuktikan seruan dan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan yang bertegas untuk memulakan usaha pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam pada tahun 2015 telah mendapat perhatian dan persetujuan rakyat Kelantan termasuk kaum bukan Melayu. Namun, pihak Kerajaan Negeri juga harus memberi perhatian kepada angka 175 (41.81%) yang menolak usaha tersebut. Ia memerlukan siri penerangan dan penjelasan yang baik bagi menangani isu-isu penolakan tersebut. Kajian lalu Sesungguhnya, penemuan Pusat Kajian Strategik pada kali ini telah mengukuhkan asas jawapan kepada nilai-nilai skeptikal sesetengah pihak yang pesimis dan menolak usaha yang sedang ditambah baik oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob sekarang. Demikian pula kajian ini telah mengukuhkan penemuan kajian-kajian yang dibuat sebelum ini. Antaranya kajian yang meninjau pendapat dan persepsi layanan adil Kerajaan Kelantan terhadap bukan Melayu yang dilakukan 15-16 Ogos 2012, iaitu menjelang pilihan raya umum 2013. Kajian tersebut melibatkan 1,200 responden dan mendapati 710 (59.2%) bersetuju bahawa Kerajaan

Kelantan berlaku adil terhadap orang bukan Melayu.Sementara itu, satu lagi kajian yang berkaitan usaha pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah yang telah digiatkan semula selepas 20 tahun dengan kerjasama Kerajaan Pusat juga mendapat sokongan positif. Kajian itu melibatkan 9,654 responden Melayu sahaja di 24 Dun terpilih telah dilakukan pada 25-31 Mei 2014 (setahun yang lalu) dan mendapati secara puratanya 91.89% adalah bersetuju di atas usaha tersebut. Menariknya penemuan dua kajian lalu ini, membuktikan hubungan isu Kanun Jenayah Syariah (baca, Undang-undang Jenayah Islam-Hudud) dengan persepsi bukan Melayu adalah menggambarkan suatu nilai majoriti yang bersetuju. Meskipun kadarnya agak rendah berbanding dengan persetujuan yang ditunjukkan oleh Melayu sendiri (baca, orang Islam), namun ia boleh dianggap suatu fakta sokongan dalam menuntut hak di sisi demokrasi rakyat Kelantan sejak tahun 1990 yang lalu. Tinggal lagi, masih ada pihak yang tidak bersetuju atau menentang tanpa asas terhadap usaha Kerajaan Negeri Kelantan selama ini––beristiqamah untuk mengatasi halangan politik dan perundangan. Sebaiknya pihak berkenaan perlulah mempertimbang semula sikap yang amat kontra itu dan sewajarnya menghormati hak demokrasi dan hasrat rakyat Kelantan sendiri. Semoga segala usaha yang sedang berjalan menemui jalan penyelesaian bagi mengatasi setiap halangan yang ada.

7

Page 8: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

Merancakkan aktiviti ekonomi rakyat dengan membuka lebih banyak peluang dalam bidang-bidang yang bersesuaian dengan bakat dan persekitaran mereka bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.Memastikan kemudahan infrastruktur dan utiliti asas dapat dibangunkan dan diselenggara dengan baik. Mewujudkan urustadbir yang baik dengan mengutamakan ketelusan dan kecekapan menerusi pentadbiran yang berlandaskan Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan. Memastikan dasar perbelanjaan berhemah diteruskan dengan jayanya supaya setiap perbelanjaan dibelanjakan mengikut keperluan dan keutamaan sebenar rakyat tanpa ada ketirisan.Memastikan hasil dan tunggakan hasil Kerajaan Negeri dapat dipungut, termasuk sumber-sumber hasil baru. Tegasnya lagi, pembinaan syaksiah dan jati diri menjadi agenda utama Kerajaan Kelantan. Kerajaan memahami betapa pentingnya memiliki sumber manusia dan tenaga insan yang berkualiti tinggi. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri akan terus memberi penekanan bagi mempastikan langkah-langkah penambahbaikan pentadbiran Agama Islam dilaksanakan secara tersusun dan mengikut perancangan yang ditetapkan. Usaha kepelbagaian aktiviti dakwah, pengajian tafakuh, pengendalian pelbagai kursus bina insan dan lain-lain aktiviti hendaklah diperkukuhkan bagi memantapkan kefahaman dan penghayatan Islam di kalangan masyarakat. Beliau juga turut menyentuh berkenaan agenda utama kerajaan negeri untuk mempastikan pendidikan agama terus berkembang.

Memasuki tahun 2016 menjadikan lebih 25 tahun Kelantan di bawah pemerintahan ulamak dengan meneruskan dasar “Membangun Bersama Islam”. Kini rakyat didekati dengan tema “Merakyatkan Membangun Bersama Islam” setelah sekian lama dasar tersebut digunapakai iaitu sejak tahun 1990. Sempena suku abad pemerintahan ulamak, baru-baru ini Menteri Besar Ustaz Dato’ Hj Ahmad Yakob telah menyampaikan amanat khas tahun 2016 di perhimpunan penjawat awam yang diadakan di kompleks Kota Darulnaim di sini. Katanya, tema sempena Amanat Tahun Baharu 2016 ialah “Kerajaan Berkat Rakyat Sepakat”. Tema ini diterapkan bagi menggarapkan lagi usaha Kerajaan Negeri dalam memacu agenda pembangunan negeri secara lebih efisyen selaras dengan tuntutan Syariat dan dalam kerangka membina kesatuan di kalangan penjawat awam Negeri Kelantan. Bagi mencapai tema ini, Kerajaan Negeri akan terus berpegang kepada teras-teras berikut, Pertama : Memperkasa Pembangunan Insan Berteraskan Syariat Islam; Kedua :Merancakkan Pembangunan Ekonomi Rakyat Dengan Memanfaatkan Sumber Setempat; Ketiga : Membela Golongan Yang Tidak Berkeupayaan; Keempat : Memperteguhkan Keupayaan Institusi Dan Badan Pelaksana; dan Kelima : Mengukuhkan Kewangan Negeri. Bagi mendokong teras-teras tersebut, penjawat awam dalam pelbagai jawatan dan jabatan mestilah bekerja secara bertungkus-lumus bersandarkan strategi-strategi berikut : Mempergiatkan aktiviti dakwah dan bina insan bagi melahirkan rakyat yang bermotivasi tinggi, dinamik dan berbakat serta mengamalkan nilai-nilai hidup Islam yang syumul.

“SUKU ABAD MENAUNGI RAKYAT,KERAJAAN BERKAT RAKYAT SEPAKAT

8

Page 9: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

Kerajaan (NGO) sebagai sebuah gabungan yang kuat, merealisasikan sebuah pasukan bola sepak U-Bes FC yang akan bersaing di dalam liga FAM, penganjuran Persidangan Wanita Nusantara oleh UPWKK, penubuhan Invest Kelantan Berhad dan sebagainya yang turut mengutamakan masyarakat bukan Islam (non-muslim), dan pelancaran Pelan Strategik Ekonomi Negeri Kelantan Tahun 2016-2025. Di samping itu jelasnya, Kerajaan Negeri sentiasa menghargai sokongan dan komitmen kakitangan sektor awam dan sumbangan mereka dalam pembangunan negeri.

Ustaz Dato’ Ahmad juga turut menyentuh berkaitan persetujuan kerajaan negeri menubuhkan Jabatan Pembangunan Islam (JPI) di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pembangunan infrastruktur untuk kemudahan rakyat, migrasi dan penstrukturan semula urusan bekalan air yang melibatkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), meningkatkan daya saing di dalam sektor pertanian, pembangunan usahawan industri kecil, membina dan membaiki pasar dan gerai di dalam kawasan PBT, menambahbaik produk-produk pelancongan sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK 2016) bagi meningkatkan kemasukan pelancong dalam dan luar negara, merealisasikan gabungan Pertubuhan Bukan

9

Page 10: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

“Pada 21 Oktober 1990 merupakan tarikh kembalinya PAS mentadbir semula Negeri Kelantan selepas terpaksa meninggalkan kerusi kerajaan pada 8 Mac 1978 (selepas darurat yang menyaksikan PAS berundur dari kerusi kerajaan pada pilihan raya khas Negeri Kelantan).

Justeru pada Rabu, 21 Oktober 2015 merupakan tempoh genapnya 25 tahun pentadbiran Negeri Kelantan di bawah urusan Kerajaan PAS Kelantan. Suatu tarikh yang melambangkan genapnya period Jubli Perak.

Sehubungan itu, penulisan ini adalah Bicara Hatiku yang cuba menukilkan beberapa nota kenangan pengalaman bersama-sama pengasas dasar Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan, Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat (10 Januari 1937 - 12 Februari 2015). Satu nama dan susuk tubuh yang kini dalam kenangan semua warga Kelantan....”

Bersempena sambutan Jubli Perak Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan, pada 21 Oktober 2015, maka satu nama besar yang semestinya dalam kenangan ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Almarhum, baca Tuan Guru). Beliau adalah pengasas kepada pembentukan

sebuah kerajaan negeri yang mentadbir negeri berteraskan Islam. Sudah tentu berlonggok-longok sumbangan dan kenangan kepada kerajaan dan pembangunan negeri yang zahir serta terlekat kukuh di dalam sanubari rakyat. Paling terlekat adalah nilai-nilai murabbinya dan amalan kerohanian yang mencorakkan gaya kepimpinan yang kini terabadi dalam lipatan sejarah.

Atas asas tanda sejarah ini, maka sepengalaman diriku lebih suku abad hidup menghirup ilmu dari murabbi besar itu, di sini dinukilkan beberapa nota pengalaman (secara terpilih) yang dapat diabadikan sebagai Bicara Diriku.

Murabbiku

Tuan Guru adalah murabbiku dan diriku adalah anak muridnya sejak pertengahan tahun 1984. Ia bermula setelah menamatkan pengajian di UKM, Bangi. Saban minggu mengikuti kuliah Tuan Guru satu sesi (malam Jumaat) belajar kitab sirah di Masjid Pulau Melaka dan satu sesi lagi (pagi Jumaat) menadah kitab tafsir al-Quran pemimpin ar-Rahman di Dewan Zulkifli Muhammad, Bangunan PAS Kelantan (sekarang ini, Medan Ilmu). Dorongan mengikuti kuliah Tuan Guru kerana keinginan untuk belajar agama dan menganggap diri sebagai anak murid. Atas sebab itu, apabila bersalam dengan Tuan Guru, terdetik di hati agar direstui sebagai anak murid dan Tuan Guru adalah guru (baca, murabbi).

Sehubungan itu, bicara ini ikhlas menukilkan beberapa nilai kepimpinan Tuan Guru selaku murabbiku. Nota-nota yang merupakan jalinan daripada pengamatan dan manifestasi selama tempoh bersama Tuan Guru selaku anak murid, petugas dan pelaksana amanahnya.

NOTA KENANGAN UNTUK MURABBI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ:PENGASAS DASAR MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Sambutan Jubli Perak PentadbiranMembangun Bersama Islam Negeri Kelantan

10

Page 11: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

Pencetus idea

Seketika dilantik sebagai pengerusi penerbitan Risalah Pemuda (1985-1987), banyak isu daripada kuliah Tuan Guru telah dijadikan idea pencetus yang dimuatkan di dalam penerbitan. Risalah itu diedar di tempat kuliah Jumaat Tuan Guru di Dewan Zulkifli. Apa yang pasti sumber kuliah tafsir Tuan Guru banyak mencetuskan inspirasi olahan berita dan maklumat yang mendidik masyarakat.Semasa memikul amanah selaku setiausaha jentera pilihan raya parti (1989 -2004) banyak tugas jemaah yang melibatkan penyusunan modul kursus dan latihan kemahiran pilihan raya. Selain itu, terlibat juga dalam menyelaraskan tindakan gerak kerja petugas di Dun ke arah menghadapi pilihan raya. Kesemuanya dilakukan dengan semangat berjemaah berpandukan amanat Tuan Guru agar kefahaman dan kemahiran berlaku seiiringan sebagai syarat mencapai kemenangan perjuangan Islam. Tuan Guru turut menerapkan keyakinan mengenai pilihan raya adalah jihad yang dijanjikan pahala apabila dilaksanakan kerana Allah (Lil-Lah) serta ikhlas untuk kemenangan Islam.

Tahaluf siasi

Semasa menghadapi hujah segelintir pemimpin yang menentang tahaluf siasi Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan), turut terserlah sifat murabbi Tuan Guru apabila beliau mengambil pendekatan menerang dengan memberi kefahaman asas-asas siasah syariyyah yang membolehkan tahaluf melibatkan parti-parti Islam (tahun 1989). Selalu diungkapkan oleh Tuan Guru ialah bila berlaku pecah kapal akan ada sekumpulan (dimaksudkan kepada Tengku Razaleigh bersama-sama pengikutnya) yang akan kelemasan di lautan, maka ia perlu diselamatkan. Maka hendaklah ada pihak yang menyelamatkan asalkan mereka boleh menerima syarat yang menjadi penyelamat mereka. Antara syarat utama disebutkan oleh Tuan Guru ialah Angkatan hendaklah menerima Islam sebagai cara hidup (Ad-Din). Di sinilah nilai murabbi diutamakan oleh Tuan Guru, iaitu ciri-ciri siasah syariyyah yang perlu diterima sebagai asas tahaluf bersama Angkatan.

Pendekatan murabbi itu telah membolehkan beberapa pemimpin tidak lagi menentang pendekatan tahaluf Angkatan tersebut. Apa yang pasti, kesannya telah mencorakkan landskap baru siasah rakyat Kelantan yang secara total menolak Barisan Nasional. Ia telah membawa kemenangan dasar politik Islam di Kelantan bertapak subur (21 Oktober 1990) sehingga kini.

Malah titipan murabbi Tuan Guru terlaksana dengan jayanya apabila diamanahkan sebagai Menteri Besar Kelantan (1990-2013). Ia terbukti pada sepanjang tempoh khidmatnya apa yang diberi tumpuan ialah dasar dan program ke arah mendidik rakyat Kelantan berpandukan agama, di samping menyakinkan Islam sebagai cara hidup yang lengkap. Ia selari dengan falsafah perjuangan menegakkan Islam mendirikan dasar-dasar agama dan mentadbir kehidupan di dunia ini dengan agama. Sejak dari situ sistem pentadbiran negeri dilihat jelas bercirikan asas-asas Maqasid al-Syariah, iaitu berusaha ke arah menjaga dan menyelamat lima persoalan hidup rakyat Kelantan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kesemuanya dapat dilihat dari segi urusan pentadbirannya adalah berpandukan syariah (memperkenalkan hukum jenayah Islam, simpanan kerajaan di bank bebas riba, galakan berkebajikan menerusi Tabung Serambi Mekah, menjaga maruah melalui syarat berpakaian menutup aurat, menerap budaya kerja UMI, tidak boros dan berhemat dalam perbelanjaan kerajaan dan sebagainya lagi). Keutamaannya adalah berusaha mencapai pembangunan negeri yang selari dengan pembangunan insan menurut acuan dasar Membangun Bersama Islam mesra syariah.Sehubungan itu, Tuan Guru benar-benar dilihat sebagai murabbi pentadbiran negeri apabila beliau sendiri memulakan atas dirinya sebagai qudwah rakyat. Satu aspek penting qudwah ialah mengamalkan gaya kesederhanaan dalam kepimpinan sebagai pakaian hidupnya selama menjawat menteri besar. Bermula dengan cara berpakaian dan berbelanja sehinggalah berhemat serta bercermat dalam mengguna dan menjaga harta kerajaan. Gaya kesederhanaan itu adalah nilai murabbi yang utuh membangkitkan aura dan karismatik di sisi masyarakat dan warga negeri

11

Page 12: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

Kelantan. Paling terkesan gaya kepimpinan tersebut telah dijadikan pendekatan urus tadbir kerajaan Negeri Kelantan yang semestinya memerlukan kesederhanaan, terutama dalam aspek pengurusan kewangan dan pelaksanaan projek pembangunan. Prinsipnya adalah dasar Membangun Bersama Islam berpaksikan teras Ubudiah, Mas’uliah dan Itqan (UMI).

Kerohanian mengukuh pentadbiran

Realiti Tuan Guru amat istiqamah dalam menampilkan gaya kesederhanaan yang tersendiri dan bersifat unik, langsung ia telah mencorakkan pendekatan urus tadbir kerajaan negeri. Ini terjadi mungkin di sana ada keberkatan dan asbabnya adalah kerana Tuan Guru memiliki amalan kerohanian yang bersistematik di dalam hubungannya dengan Allah SWT pada sepanjang hari. Asas kerohanian yang sistematik itu dapat diamati dan dihayati tatkala mengikuti rutin hidup Tuan Guru sama ada di dalam dan luar pejabat, di masjid atau ketika menjalankan urusan kerajaan mahupun tugasan sebagai pemimpin jemaah (Parti Islam Se-Malaysia).

Jika di Pejabat Menteri Besar, sebelum memulakan tugas Tuan Guru akan solat sunat Dhuha terlebih dahulu. Sementara waktu Zohor dan Asar, acap kali Tuan Guru menunaikan solat berjemaah bersama-sama staf di pejabat. Begitu pula, selepas solat berjemaah, Tuan Guru istiqamah beristighfar, kemudian membaca Al-Fatihah dan ayat Al-Kursi dan tatkala berdoa adalah diamati bahawa Tuan Guru sentiasa mendoakan agar ahli keluarga tergolong dalam kalangan yang istiqamah menunaikan solat dan menjadi orang yang muttaqin serta memohon kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dalam hal ini, pernah ditanya, apakah amalan rutin Tuan Guru sebagai menguatkan kerohanian diri? Jawabnya, “jangan tinggal bacaan Fatihah dan ayat Kursi setiap kali lepas sembahyang.”

Sementara sudut ibadat di masjidnya di Pulau Melaka, Tuan Guru sentiasa melaksanakan kehidupannya sebagai murabbi pada setiap hari Khamis dan Jumaat dengan diadakan kuliah

(bermula Maghrib sehingga Isya’). Sementara setiap pagi Jumaat sebaik selepas solat subuh Tuan Guru mengamalkan bacaan wirid dan zikirnya tersendiri, diikuti dengan penyampaian kuliah Subuh kepada ahli jemaah. Selepas itu, Tuan Guru akan meraikan majlis tahnik bayi-bayi yang dibawa khusus oleh ibu bapa masing-masing. Hal ini merupakan suatu petunjuk penerimaan masyarakat atas sifat murabbi Tuan Guru sebelum dan selama masa menjawat menteri besar.

Murabbi Ummah

Sesungguhnya hari Jumaat merupakan kesibukan bagi Tuan Guru seperti juga hari-hari berkerja di pejabat. Justeru Tuan Guru sendiri pernah mengumumkan hari Jumaat sebagai ‘hari ilmu.’ Maksud ‘hari ilmu’ itu boleh difahami daripada cara bagaimana Tuan Guru sendiri mengisi ruang sepanjang hari itu dengan pendekatan murabbi kepada masyarakat. Paling penting ialah Tuan Guru mempunyai jadual yang tersusun, pertama pada sesi Subuh di masjidnya, keduanya pada jam 9.30 pagi menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu dan ketiganya akan hadir jemputan berkhutbah Solat Jumaat di mana-mana masjid di dalam kawasan Dun Chempaka yang diwakilinya atau yang diatur oleh pejabatnya. Ada kalanya pula, pihak pejabat parti turut menyusun jadual untuk Tuan Guru menyampaikan ceramah (di sebelah malam) di serata pelusuk negeri. Demikian pula, sekali dalam sebulan pihak parti peringkat pusat (atas kapasitinya selaku Al-Mursyidul Am PAS) akan mengatur aktiviti ceramah di luar Kelantan. Kesemuanya disusun adalah atas kehendak Tuan Guru sendiri yang sentiasa memikirkan ruang dan masa untuk menyampaikan apa jua ilmu dan isu kepada masyarakat. Itulah prinsip murabbi yang dimiliki oleh Tuan Guru sejak awal sehinggalah sepanjang menjawat menteri besar. Suatu prinsip beristiqamah bagi mendidik masyarakat, maka selayaknya Tuan Guru bergelar Murabbi Ummah.

Menurut bekas Ketua Eksekutif KIAS, Senator Dr Johari Mat, Tuan Guru layak bergelar murabbi ummah kerana sifatnya yang gigih menyampaikan ilmu dan dakwah yang selari dengan sunnah Nabi Muhammad SAW. Menurutnya, murabbi

12

Page 13: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

ummah itu ialah seorang ‘pengasuh ummah’ yang dilahirkan oleh Allah, dan sifat pengasuh ada pada Tuan Guru. Ia boleh dilihat padanya dari pelbagai sudut, sehingga ada yang menulis, merakam dan menjadi sebutan orang (baca, topik perbincangan) atas apa yang Tuan Guru sampaikan di dalam kuliahnya.

Murabbi berdepan cabaran

Sepanjang menjadi menteri besar, Tuan Guru tidak terkecuali malah sering kali diasak dengan pelbagai karenah yang bersifat kontradiksi dengan kuasa, hak dan diskriminasi daripada pihak berkuasa Pusat. Sehingga ada kalanya menimbulkan pelbagai kekusutan dalam pentadbiran negeri. Ia terjadi lantaran perbezaan mandat rakyat Kelantan yang memilih kuasa berbeza mentadbir negeri.

Justeru itu, pendekatan ketika berdepan kekusutan ialah Tuan Guru akan meminta pihak Dewan Ulamak mengadakan solat hajat dan munajat. Keyakinannya, hanya kepada Allah tempat mengadu dan berserah. Ini prinsip tawakal dan ikhtiar yang menintakan keberkatan kepimpinan Tuan Guru sepanjang memimpin dan menggalas amanah menteri besar. Keserasian nilai keberkatan itu terpamer tatkala rakyat berkongsi kerohanian berkumpul di atas padang, atau ada kalanya di dalam dewan, demi mengadu dan merayu pertolongan Ilahi. Pembudayaan yang mengakar perpaduan sejemaah dan perkongsian semangat kekitaan warga negeri. Apa yang pasti pendekatan merakyatkan solat hajat itu telah terlekat dalam hati yang dipasak dengan iman dan keyakinan yang sentiasa berpaut pada kekuasaan Allah SWT.

Munasabahnya pendekatan Tuan Guru itu kerana ia selari dengan sifat taqarrub melalui amalan tahajud demi menyuburkan nilai kerohanian diri selaku seorang pemimpin sebuah gerakan Islam dan kerajaan yang mesra syariah. Justeru di dalam banyak perkara berkaitan dengan tugas dan amanah, hanya pada-Nya Tuan Guru bermunajat dan memohon petunjuk dan jalan bagi melaksanakan urusan kepimpinannya. Di atas nilai amalan tahajud itu, ramai pemimpin sejemaah mengakui keputusan dan pilihan Tuan Guru sentiasa dihubungkan dengan restu Allah SWT. Ia kerana setiap kali qiamullail, di samping bertahajud Tuan Guru juga mendirikan solat sunat Istikharah, terutama di dalam menentukan saf calon-calon pilihan raya dan perlantikan saf kepimpinan dalam kerajaan dan parti. Tuan Guru meletakkan keyakinan atas asas: “Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!”

13

Page 14: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

SEPERTI juga arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak ramai mengenalinya sebelum menduduki kerusi ketua kerajaan negeri. Biar pun menjadi wakil rakyat sejak 1967, namun populariti Tok Guru tidak sehebat selepas 1990. Begitu juga Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, ramai kurang mengenalinya sebelum ini. Biar pun tidak setanding populariti Tok Guru Nik Abdul Aziz, namun hari ini namanya semakin mendapat perhatian ramai.Sosok tubuhnya makin dikenali selepas diamanah Allahyarham Tok Guru bagi meneruskan kepemimpinan kerajaan negeri. Sekarang lebih dua tahun Ustaz Mad menduduki kerusi Menteri Besar. Biar pun jarang mengenakan baju Melayu lengkap bersamping seperti arwah Tok Guru, namun di hari minggu beliau sering mengenakan jubah.Jubah putih menjadi kegemarannya. Tubuhnya agak tinggi membolehkan penampilannya dapat dilihat dari jauh.

Selepas lebih dua tahun bergelar Menteri Besar, namanya sering menghiasi dada-dada akhbar. Gambarnya terpampang di sana sini.Penampilannya sebagai ketua kerajaan mulai diperkatakan ramai. Malah perwatakan sederhana yang ada padanya memudahkan rakyat mendekati beliau. Hakikat itu bukan sekadar omongan, ia diakui seorang usahawan. Imran Mamat memberitahu Ustaz Mad mempunyai keperibadian yang tenang biar pun dalam keadaan persekitaran yang agak berkecamuk.“Ini dapat dilihat ketika hulu Kelantan dilanda bencana banjir besar sehingga menyebabkan hampir 2,000 penduduk kehilangan tempat tinggal, Ustaz Mad muncul di tengah masyarakat.“Biar pun berdepan kritikan pihak tertentu, namun beliau teruskan tugas dan lebih bersemangat membantu mangsa-mangsa banjir dengan menggerakkan semua jentera kerajaan,” katanya di sini.Peniaga dari Pekan Jelawat, Lee Eng Kai, 43, berkata banyak dasar yang dipelopori arwah Tok guru diteruskan Menteri Besar sekarang.Malah katanya Ustaz Mad mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat bukan Islam. “Kaum Tiong Hwa tetap terbela dengan agenda kerajaan negeri. Saya harap Ustaz Mad meneruskan usaha tersebut. Oleh itu sama-samalah kita mendokong usaha murni yang dibawanya,” katanya.Tang Hok Lai, 53, dari Tawang berkata, masyarakat bukan Islam tetap terbela biar pun berada di tengah-tengah orang Melayu.Katanya, masyarakat Cina lebih selesa dengan keadaan sekarang.“Setiap orang yang menjadi ketua sudah semestinya dia berilmu, dan bagi saya bila orang yang berilmu memimpin kita ke jalan yang baik, jadi kita mesti sokong.“Saya berpendapat Ustaz Mad orang baik dan begitu prihatin kepada semua kaum. Buktinya sudah ada di hadapan mata kita.

“Saya ajak kawan-kawan kekal kerajaan ulama - Chin TeeOleh : Lanjusoh

14

Page 15: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

“Kalau nak kata dia tidak prihatin itu fitnah semata-mata. Itu tidak betul malah saya sebagai orang Cina boleh menjalani kehidupan selesa seperti orang lain,” katanya.Cheng Chin Tee, 73, dari Kampung Mujur, Jelawat berkata Ustaz Mad mampu meneruskan kepimpinan yang ditinggalkan Tok Guru.Katanya, tugas yang paling mencabar Menteri Besar sekarang apabila berjaya membuat pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 sehingga mendapat sokongan wakil rakyat Umno. Beliau berkata, itu satu kejayaan besar baginya dalam usaha meneruskan legasi ditinggalkan Tok Guru Nik Aziz.

Cheng Chin Tee Imran Mamat Tan Hock LaiRamlee Mohamed

“Kita sebagai rakyat kena akui sifat dan kesungguhan yang ada padanya.Saya walaupun agama lain namun menyokong hasrat murni itu bagi menjaga keselamatan masyarakat.“Oleh itu saya mahu mengajak rakan-rakan lain yang serumpun dengan saya agar dapat terus bersama mengekalkan kerajaan di bawah kepimpinam Ustaz Mad,” katanyaBagi pesara kakitangan kerajaan Ramlee Mohamed, 60, Ustaz Mad semakin menyerlah kepemimpinannya biar pun baru dua tahun mengetuai kerajaan negeri.

Lee Eng Kai

................................................................................................................................

15

Page 16: FAJAR ISLAM - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/Fajar_September2015_final.pdf · Negeri mengikutinya dalam bentuk modul latihan Ubudiah, ... Kepimpinan Ulamak terus melangkah

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:“Empat perkara yang diserahkan kepada pemerintah iaitu mendirikan sembahyang Jumaat, mengutip pelbagai zakat, melaksanakan hukuman hudud dan qisas.”

Masjid Tok SelehorTerletak di Palekbang Tumpat, di asaskan oleh ulama tersohor Kelantan, Almarhum Hj. Abdul Rahman bin Hj. Uthman bin Muhammad Amin, akrab dengan panggilan Tok Selehor. Telah kembali ke Rahmatullah pada 20 Februari 1935 di usia 64 tahun.

-Jurnal KIAS, bil III 1428H (AL-Zaila’i 1973: 3/326).