25
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN MATA PELAJARAN MATEMATIK KEJURUTERAAN DI KALANGAN PELAJAR MELAYU SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (E,A,J) DI UTM SKUDAI PUSPA A/P KULATHURAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

  • Upload
    lamhanh

  • View
    290

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN MATA

PELAJARAN MATEMATIK KEJURUTERAAN DI KALANGAN PELAJAR

MELAYU SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (E,A,J)

DI UTM SKUDAI

PUSPA A/P KULATHURAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar
Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN MATA

PELAJARAN MATEMATIK KEJURUTERAAN DI KALANGAN PELAJAR

MELAYU SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (E,A,J)

DI UTM SKUDAI

PUSPA A/P KULATHURAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : PUSPA A/P KULATHURAN

Tarikh : 18 APRIL 2006

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

iii

Khas buat ayah dan ibu yang tersayang,

Kulathuran A/L Pachappan,

Marimah A/P Narayanasamy,

Buat abang dan kakak-kakak yang dikasihi,

Shanmugam A/L Kulathuran,

Deviki A/P Kulathuran,

Wenie A/P Kulathuran,

Setah A/P Kulathuran,

Vimala A/P Kulathuran,

Rakan-rakan seperjuangan......

Terima kasih atas doa, nasihat, dan sokongan moral yang diberikan sepanjang

saya menuntut ilmu di Universiti Teknologi Malaysia.

Sekian, moga jumpa lagi.....

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

iv

PENGHARGAAN

Dengan bersyukur kepada Tuhan dan merasa gembira kerana laporan kajian ini

dapat disiapkan dengan baik dan sempurnanya.

Di kesempatan ini, saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Kandar Bin Selamat selaku

pensyarah pembimbing yang telah banyak memberi bimbingan, pendapat, tunjuk ajar

dan sokongan yang diperlukan dalam usaha menyiapkan projek penulisan ini.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada pelajar-pelajar Melayu Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Elektrik, Awam dan Jentara) yang telah memberikan

kerjasama dalam membantu menyempurnakan soal selidik bagi menjayakan projek ini.

Seterusnya kepada rakan-rakan di atas bantuan, dorongan dan tunjuk ajar, sumbangan

idea dan pendapat dalam menjayakan projek ini.

Terima kasih.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

v

ABSTRAK

Matematik Kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran yang amat penting dan

ianya memainkan peranan yang utama dalam bidang sains dan teknologi kini. Tujuan

utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

pencapaian mata pelajaran Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan (Elektrik, Awam, dan Jentera) di Universiti Teknologi

Malaysia. Faktor-faktor yang termasuk dalam kajian adalah faktor minat, faktor teknik

mengajar pensyarah, faktor personaliti pensyarah, dan faktor alat bantu mengajar.

Seramai 62 orang pelajar Melayu diambil sebagai responden. Instrumen kajian yang

digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang menggunakan skala lima

mata. Data daripada soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS

(Statistical Packages for Social Science) versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan,

peratusan dan min. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa faktor teknik mengajar

pensyarah sangat mempengaruhi pencapaian pelajar Melayu bagi mata pelajaran

Matematik Kejuruteraan. Sebagai kesimpulan, cadangan dikemukakan untuk

meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik Kejuruteraan.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

vi

ABSTRACT

Engineering Mathematics is a vital subject, which plays a major role in this

science and technology field. The main purpose for this research is to identify factors

influencing achievement in Engineering Mathematics subject among Malay students of

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Elektrik, Awam,dan Jentera) in Universiti

Teknologi Malaysia. The factors that are included in this research are interest factor,

lecturer’s teaching technique factor, lecturer’s personality factor and teaching aided

factor. There were 62 Malay student taken as respondent. A set of questionnaire which

uses five point scales is used as the study instrument. Data from the questionnaire is

being analyzed with using the SPSS (Statistical Packages for Social Science) software of

version 12.0 to obtain the frequency, percentage and mean value. The results of the

study shows that the lecturer’s teaching technique factor which is most influences

achievement of Malay student’s in Engineering Mathematics subject. As a conclusion,

suggestions were included to improve student’s achievement in Engineering

Mathematics subject.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN PERTAMA

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

vii viii

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Pelajar 8

1.6.2 Pihak Pensyarah 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Terminologi (Definisi Istilah) 9

1.8.1 Faktor 9

1.8.2 Mempengaruhi 10

1.8.3 Pencapaian Pelajar 10

1.8.4 Pembelajaran 10

1.8.5 Pelajar Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Elektrik, Awam

dan Jentera) 11

1.8.6 Matematik Kejuruteraan 11

1.8.7 Pengajaran 11

1.8.8 Minat 12

1.8.9 Teknik Mengajar 12

1.8.10 Personaliti Pensyarah 12

1.8.11 Alat Bantu Mengajar (ABM) 13

1.9 Kesimpulan

BAHAGIAN KEDUA

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Sejarah Perkembangan Matematik 15

2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian

Pelajar 16

2.3.1 Jantina 16

2.3.2 Pencapaian Matematik Peringkat

Terdahulu 17

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

viii ix

2.3.3 Faktor Minat 18

2.3.4 Teknik Mengajar 20

2.3.4.1 Objektif Pengajaran Yang

Hendak Dicapai 24

2.3.4.2 Jangka Masa Pengajaran 25

2.3.4.3 Bahan-bahan Pengajaran

Yang Sedia Ada 25

2.3.4.4 Latar Belakang Pelajar 25

2.3.4.5 Jumlah dan Susunan Pelajar 26

2.3.5 Personaliti Pensyarah 26

2.3.6 Alat Bantu Mengajar (ABM) 31

2.4 Kesimpulan 36

BAHAGIAN KETIGA

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Rekabentuk Kajian 37

3.3 Tempat Kajian 38

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 39

3.5 Instrumen Kajian 39

3.5.1 Bahagian A 40

3.5.2 Bahagian B 40

3.6 Keesahan Soal Selidik 42

3.7 Kajian Rintis 42

3.8 Prosedur Kajian 43

3.9 Analisis Data 44

3.10 Kesimpulan 46

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

ix x

BAHAGIAN KEEMPAT

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Bahagian A-Analisis Maklumat Latar

Belakang Responden 48

4.2.1 Jantina 49

4.2.2 Kursus 49

4.2.3 Keputusan Matematik dalam

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 50

4.2.4 Pencapaian Gred Peperiksaan Akhir

Tahun Bagi Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Matematik Kejuruteraan 51

4.3 Bahagian B- Analisis Data Berkaitan Dengan

Persoalan Kajian 52

4.4 Persoalan Kajian 1 54

4.5 Persoalan Kajian 2 58

4.6 Persoalan Kajian 3 62

4.7 Persoalan Kajian 4 66

4.8 Kesimpulan 70

BAHAGIAN KELIMA

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan 72

5.2.1 Tahap Pencapaian Pelajar Dari Segi

Pengaruh Jantina 72

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

x xi

5.2.2 Pencapaian Matematik Dalam

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 73

5.2.3 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 1 73

5.2.4 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 2 75

5.2.5 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 3 77

5.2.6 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 4 78

5.3 Rumusan 79

5.4 Cadangan 80

5.4.1 Pihak Pensyarah 80

5.4.2 Pihak Pelajar 81

5.4.3 Kajian Lanjutan 81

5.5 Kesimpulan 82

BIBLIOGRAFI 83

LAMPIRAN A - C 89

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah keseluruhan pelajar yang telah mengambil

mata pelajaran Matematik Kejuruteraan 38

3.2 Taburan item-item soalan selidik 41

3.3 Skala Pemeringkatan Likert 42

3.4 Pekali Alpha Cronbach 43

3.5 Pemarkahan Skala Likert 45

3.6 Penentuan tahap penilaian jumlah peratus 45

3.7 Penentuan tahap min 46

4.1 Taburan responden mengikut jantina 49

4.2 Taburan responden mengikut kursus 49

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

xiii

4.3 Taburan responden mengikut gred keputusan

Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 50

4.4 Taburan responden mengikut pencapaian gred

peperiksaan akhir tahun mata pelajaran

Matematik Kejuruteraan 51

4.5 Data analisis peratusan, kekerapan dan min bagi

persoalan kajian 1. 54

4.6 Data analisis peratusan, kekerapan dan min bagi

persoalan kajian 2. 58

4.7 Data analisis peratusan, kekerapan dan min bagi

persoalan kajian 3. 62

4.8 Data analisis peratusan, kekerapan dan min bagi

persoalan kajian 4. 66

4.9 Taburan purata min mengikut faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar Melayu yang

mengambil Matematik Kejuruteraan 69

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN DEFINISI

A Awam

ABM Alat Bantu Mengajar

E Elektrik

J Jentera

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPE Sarjana Pendidikan Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

SPA Sarjana Pendidikan Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

SPJ Sarjana Pendidikan Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Jentera)

SPSS Statistical Package for Social Science

SS Sangat Setuju

S Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 89

B Surat Pengesahan Dari Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia 94

C Maklumat Kebolehpercayaan (Kajian Rintis) 95

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dikaitkan dengan

perkara-perkara yang berkaitan dengan nombor dan biasanya dilakukan secara formal

ataupun tidak formal. Pengajaran dan pembelajaran formal merujuk kepada

pembelajaran yang dilakukan di dalam kelas, manakala pembelajaran tidak formal ialah

pembelajaran yang berlaku di luar kelas.

Pembelajaran Matematik sebenarnya bermula sejak kita bayi lagi. Kita telah

didedahkan kepada angka-angka atau nombor, malah barang permainan juga telah

diterapkan dengan nilai-nilai berunsur Matematik. Matematik mengikut Kamus Dewan

Edisi ke 3 (2002), ialah ilmu hisab. Ilmu hisab merujuk kepada perkara-perkara yang

memerlukan operasi penghitungan dan pengiraan. Pengajaran Matematik pula merujuk

kepada pengajaran yang berkaitan dengan kiraan atau hitungan.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

2

Mata pelajaran Matematik telah diterapkan dalam diri kita sejak kita di sekolah

lagi. Menurut Mohd Nashuha (1997), Matematik dapat memperkembangkan pemikiran

manusia berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta kebolehan menggunakan

ilmu Matematik dalam kehidupan seharian. Ianya meningkat mengikut aras kesukaran

mengikut umur. Kesukaran yang dibuat adalah untuk mendapatkan hasil kefahaman

yang optimum berdasarkan peringkat umur. Menurut Omar (1998), Matematik

merupakan satu mata pelajaran yang kompleks dan berturutan dari konsep mudah

kepada rumit. Bagi memahami konsep yang diajar, pelajar memerlukan penumpuan

sepenuhnya dan usaha yang bersungguh-sungguh supaya konsep yang difahami dapat

digunakan dalam penyelesaian yang berkaitan. Pengajaran Matematik yang berkesan

harus memberi perhatian kepada strukturnya (Frank, 1982).

Matematik Kejuruteraan merupakan salah satu mata pelajaran baru pada sesi

tahun 2003/2004 yang diwajib bagi semua pelajar yang mengambil kursus Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan Elektrik, Awam dan Jentera (A, E dan J) di bawah jabatan

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dan sekarang ditukar kepada Pendidikan

Teknik dan Kejuruteraan (PTK). Matematik Kejuruteraan merupakan satu mata

pelajaran baru yang dilaksanakan pada sesi tahun 2003/2004. Matematik Kejuruteraan

bertujuan meningkatkan kecekapan dan kefahaman pelajar dalam fungsi beberapa

pembolehubah iaitu takrif dan tatanda, domain dan julat, lengkuk searas, permukaan dan

permukaan searas, terbitan separa, petua rantai, kadar perubahan, pembeza seluruh,

tolokan kecil, ekstremum fungsi dua pemboleh ubah. Kamiran ganda dua iaitu kamiran

ganda dua dalam koordinat Cartesan, menentukan batas dan menukar tertib kamiran,

kamiran ganda dua dalam koordinat kutub, mengira luas rantau dan isipadu bongkah,

menentukan jisim, pusat graviti, momen dan momen inersia lamina. Kamiran ganda tiga

iaitu kamiran ganda tiga dalam koordinat kartesan, menentukan batas kamiran, mengira

isipadu, jisim pusat graviti, momen dan momen inersia bongkah; kamiran ganda tiga

dalam koordinat silinder, kamiran ganda tiga dalam koordinat sfera. (Buku Panduan

Akademik Ijazah Sarjana Muda Sesi Tahun 2003/2004, 2003).

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

3

1.2 Latar belakang Masalah

Mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran sangat penting di

dalam kehidupan kita. Setiap hari kita akan berhadapan dengan perkara-perkara yang

berkaitan dengan Matematik. Matematik juga memainkan peranan yang utama dalam

pembangunan bidang sains dan teknologi di dalam perkembangan dunia. Seseorang

pelajar perlu mengetahui dan mempelajari Matematik untuk mengendalikan dunia

teknologi yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, kegagalan dalam mata

pelajaran Matematik akan menyebabkan kelemahan pelajar di dalam mengendalikan

urusan-urusan dalam kehidupan, dan masa depan mereka.

Sejak kebelakangan ini, isu tentang penguasaan mata pelajaran Matematik yang

lemah di kalangan pelajar-pelajar Melayu sering kita dengar di akhbar dan bahan bacan

ilmiah. Walau bagaimanapun, tanggapan jika tiada asas atau bukti yang kukuh tidak

akan membawa sebarang makna.

Mengikut D’Augustine (1973), ramai pelajar yang mempunyai pandangan yang

negatif terhadap mata pelajaran Matematik dan tidak berani menghadapi “tekanan

Matematik”. Hasilnya , semakin ramai pelajar yang gagal, benci, atau takut kepada

Matematik dan matlamat pendidikan Matematik itu sendiri gagal (Nik Aziz, 1989).

Kemerosotan dalam penguasaan mata pelajaran Matematik adalah berterusan dan

menurut laporan prestasi pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

setiap tahun yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Pendidikan Kuala Lumpur

(2002) mendapati pencapaian mata pelajaran Matematik adalah tidak memuaskan dan

mengecewakan.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

4

Dalam kajian Muhamad Nazam (2004), pengkaji telah membuat satu temu bual

awal kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar mata pelajaran dan mendapati, lebih

20% pelajar Melayu aliran Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (PTK) gagal dan

mengulang semula mata pelajaran Matematik yang mereka ambil. Ini menunjukkan

bahawa pelajar-pelajar Melayu kurang menguasai mata pelajaran ini. Tiada lagi data

atau kajian yang menunjukkan kelebihan pelajar bukan Melayu berbanding pelajar

Melayu.

Faktor jantina iaitu lelaki dan perempuan ada hubungannya dari segi

pertumbuhan dan perkembangan individu. Oleh itu, ia juga mempengaruhi pencapaian

pembelajaran individu. Di kalangan kanak-kanak, perbezaan jantina dapat dilihat dari

segi pertumbuhan fizikal, akil baligh, emosi, kemahiran, bakat, hobi, aspirasi dan

kebolehan dalam bidang tertentu (Abdul Rahim,1992).

Menurut Syarifah Alwiyah Al Sagoff (1994), menyatakan bahawa minat adalah

daya penggerak kepada seseorang untuk memberi perhatian pada seseorang, sesuatu

perkara atau kegiatan. Selain dari kenyataan itu Abu Zahari (1987), pula ada

merumuskan bahawa minat dan kecenderungan dapat mempengaruhi pencapaian

pembelajaran.

Teknik adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang

sesuai memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran. Pemilihan teknik mengajar

yang sesuai perlu dipertimbangkan dan diubahsuai agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya

dan berkesan. Menurut Abdul Rahim (1992), menyenaraikan 5 (lima) faktor yang

mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar. Faktor tersebut ialah objektif pengajaran

yang hendak dicapai, jangka masa pengajaran, bahan-bahan pengajaran yang ada, latar

belakang pelajar dan jumlah serta susunan pelajar.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

5

Menurut Faridah (1999), dengan penggunaan alat bantu mengajar (ABM),

pelajar digalakkan untuk melibatkan diri dengan pelajaran tersebut. Isi pelajaran dan

konsep penting akan dapat difahami dengan lebih mudah kerana ABM dapat

memberikan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang disampaikan oleh pensyarah.

Tajuk yang baru juga boleh diperkenalkan dengan cara yang lebih menarik melalui

ABM. Cara yang sesuai adalah memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran

dan mempengaruhi pencapaian pelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Matematik Kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran baru yang dilaksanakan

pada sesi tahun 2003/2004 bagi semua pelajar yang mengambil kursus Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan Elektrik, Awam dan Jentera (A, E, J) atau disebut (SPE,

SPA dan SPJ) di bawah Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (PTK).

Maka di dalam kajian ini penyelidik ingin mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian Matematik Kejuruteraan ini bagi mengelakkan kegagalan

dalam mata pelajaran Matematik Kejuruteraan.

Berikutan dengan itu, penyelidik ingin mengkaji apakah faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar Melayu dalam mata pelajaran Matematik

Kejuruteraan. Faktor-faktor yang ditekankan dalam kajian ini adalah faktor latar

belakang dari segi jantina, keputusan Matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),

faktor minat, faktor teknik mengajar, faktor personaliti pensyarah dan faktor alat bantu

mengajar (ABM).

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

6

Maka perlu bagi pelajar Melayu untuk mengetahui apakah faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar Melayu dalam mata pelajaran Matematik

Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi

pencapaian dalam mata pelajaran Matematik Kejuruteraan. Tujuan kajian ini dijalankan

adalah untuk:-

1.4.1 Mengenalpasti faktor jantina dan pencapaian Matematik dalam Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) yang mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Matematik

Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA, SPE dan SPJ.

1.4.2 Mengenalpasti faktor minat yang mempengaruhi pencapaian mata pelajaran

Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA, SPE dan

SPJ.

1.4.3 Mengenalpasti faktor teknik mengajar pensyarah yang mempengaruhi

pencapaian mata pelajaran Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu

dari kursus SPA, SPE dan SPJ.

1.4.4 Mengenalpasti faktor personaliti pensyarah yang mempengaruhi pencapaian

mata pelajaran Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus

SPA, SPE dan SPJ.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI …€¦ · utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ... 2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pelajar

7

1.4.5 Mengenalpasti faktor alat bantu mengajar (ABM) yang mempengaruhi

pencapaian mata pelajaran Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu

dari kursus SPA, SPE dan SPJ.

1.5 Persoalan Kajian

Terdapat 5 (lima) perkara yang menjadi persoalan di dalam kajian ini iaitu:-

1.5.1 Apakah faktor jantina dan pencapaian Matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Matematik Kejuruteraan di

kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA, SPE dan SPJ.

1.5.2 Apakah faktor minat mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Matematik

Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA, SPE dan SPJ.

1.5.3 Apakah faktor teknik mengajar pensyarah mempengaruhi pencapaian mata

pelajaran Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA,

SPE dan SPJ.

1.5.4 Apakah faktor personaliti pensyarah mempengaruhi pencapaian mata pelajaran

Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA, SPE dan

SPJ.

1.5.5 Apakah faktor alat bantu mengajar (ABM) mempengaruhi pencapaian mata

pelajaran Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar Melayu dari kursus SPA,

SPE dan SPJ.