23
FALSAFAH DAN LOGIKA FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU MELAYU JXEA1104 JXEA1104 ARTIFAK – DINAMIKA TARIAN ZAPIN ARTIFAK – DINAMIKA TARIAN ZAPIN DR. AMRAN BIN MUHAMMAD DR. AMRAN BIN MUHAMMAD MOHD HIJASRI BIN HASSIM (JEA080044) MOHD HIJASRI BIN HASSIM (JEA080044) FADHIRUL HEZLEY BIN JUHARI (JEA080015) FADHIRUL HEZLEY BIN JUHARI (JEA080015) NURAINI BINTI AHMAD (JEA080099) NURAINI BINTI AHMAD (JEA080099) ROSLINDA BINTI SAWAD (JEA080119) ROSLINDA BINTI SAWAD (JEA080119)

Falsafah di sebalik Zapin

  • Upload
    firda

  • View
    1.423

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

falsafah dan logika melayufalsafah di sebalik zapinMOHD HIJASRI BIN HASSIM JEA080044FADHIRUL HEZLEY BIN JUHARI JEA080015NURAINI BINTI AHMAD JEA080099ROSLINDA BINTI SAWAD JEA080119

Citation preview

Page 1: Falsafah di sebalik Zapin

FALSAFAH DAN LOGIKA FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYUMELAYUJXEA1104JXEA1104

ARTIFAK – DINAMIKA TARIAN ZAPINARTIFAK – DINAMIKA TARIAN ZAPINDR. AMRAN BIN MUHAMMADDR. AMRAN BIN MUHAMMAD

FALSAFAH DAN LOGIKA FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYUMELAYUJXEA1104JXEA1104

ARTIFAK – DINAMIKA TARIAN ZAPINARTIFAK – DINAMIKA TARIAN ZAPINDR. AMRAN BIN MUHAMMADDR. AMRAN BIN MUHAMMAD

MOHD HIJASRI BIN HASSIM (JEA080044)MOHD HIJASRI BIN HASSIM (JEA080044)FADHIRUL HEZLEY BIN JUHARI (JEA080015)FADHIRUL HEZLEY BIN JUHARI (JEA080015)

NURAINI BINTI AHMAD (JEA080099)NURAINI BINTI AHMAD (JEA080099)ROSLINDA BINTI SAWAD (JEA080119)ROSLINDA BINTI SAWAD (JEA080119)

Page 2: Falsafah di sebalik Zapin
Page 3: Falsafah di sebalik Zapin

PENGENALAN ZAPIN

Page 4: Falsafah di sebalik Zapin

• Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan diketahui berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas dalam kalangan penggemar seni tari di tanah nusantara iaitu di Tanah Semanjung Melayu, kepulauan Borneo, dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Indonesia. Keadaan ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah Tarian Zapin Arab, Tarian Zapin Johor, Tarian Zapin Lenga dan Tarian Zapin Lengu.

Page 5: Falsafah di sebalik Zapin
Page 6: Falsafah di sebalik Zapin

FALSAFAH TENTANG

ZAPINDARI SEGI GERAK

TARI -PENARI LELAKI- PENARI WANITA

Page 7: Falsafah di sebalik Zapin

• Terdapat beberapai falsafah yang dapat dikupas melalui Tarian Zapin ini terutama dari aspek gerak dalam tarinya. Salah satu aspek yang dapat diukur dalam tari ini ialah pergerakan anggota tubuh badan yang dipadankan dari kehalusan daya ekspresi orang-orang Melayu. Sepertimana dalam budaya bangsa yang lain di dunia ini, tarian melayu khusunya tarian ini tertakluk kepada cita rasa estetika bangsanya. Sesuai dengan sifat lemah lembut dalam perlakuan dan kehalusan dalam perlakuan dan kehalusan dalam pertuturan, seni tari pergaulan Melayu juga tidak lari dari pengaruh yang telah mengcanaikan budaya bangsanya.

Page 8: Falsafah di sebalik Zapin

PENARI LELAKI• Dinamika tari tetap unggul dengan keayuaan gemalai langkah kaki dan

tangan yang tetap berupaya memisahkan gerak di antara penari lelaki dan wanita. Seorang penari lelaki mempunyai tatagerak yang berbeza dengan seorang penari wanita. Keanggunan wanita yang dipaparkan dalam gerak gemalainya dalam tari pergaulan Melayu akan lebih menyerlah apabila ianya didampingi pula dengan langkah lembut tetapi megah seorang penari lelaki. Penari lelaki digambarkan menjadi pelindung kepada penari wanita. Semasa melakukan tari berpasangan, penari lelaki kelihatan seolah-olah mengepung penari wanita dari gangguan atau usikan orang lain. Keadaan ini dapat dikaitkan dengan situasi pada masa kini di mana seseorang lelaki seharusnya menjadi pelindung kepada kaum wanita. Hal ini demikian kerana kita dapat lihat pelbagai permasalahan yang berlaku yang mengaitkan kaum wanita antaranya kes-kes ragut, rogol, bunuh, dan sebagainya. Justeru, kaum lelaki sendiri berperanan agar masalah ini dapat dikurangkan dan seterusnya dapat dibasmi bengan kadar yang segera kerana kita tidak mahu melihat lebih ramai lagi kaum wanita yang menjadi mangsa keadaan. Perihal agama Islam sendiri ada menyatakan bahawa kaum lelaki sebagai khalifah di muka bumi ini berperanan untuk melindungi kaum wanita yang lazimnya di anggap sebagai kaum yang lemah.

Page 9: Falsafah di sebalik Zapin

PENARI WANITA• Dari segi gerak langkah penari wanita, penari

ini tidak dibenarkan membuka langkah tari yang terlalu luas. Mereka juga tidak boleh menari dengan sifat terlalu menonjol. Sebaliknya keayuan penari wanita terletak kepada gerak yang halus dan sedikit pemalu. Gerak tubuh penari wanita tidak boleh dibuat-buat hingga timbul elemen irotis. Begitu juga dengan goyangngan pinggulnya tangan tidak dibenarkan keterlaluan. Tangan seorang penari wanita juga tidak boleh terlalu tinggi hayunannya. Hinjut kakinya juga tidak boleh terlalu keras dan kuat.

Page 10: Falsafah di sebalik Zapin

• Kesopanan dan ketatatertiban seorang wanita sangat dititikberatkan dalam masyarakat Melayu dimana ia digambarkan dalam gerak tubuh tari tersebut. Setiap wanita semestinya menjaga adab dan tatasusilanya supaya maruah diri mereka terpelihara. Maruah diri sangat penting kerana dalam tuntutan agama sekalipun ada menekankan aspek maruah diri kepada umatnya. Wanita yang menjaga maruah diri akan sentiasa dihormati dan dijadikan teladan kepada orang lain. Justeru, perlakuan seseorang itu menggambarkan nilai maruah mereka. Seseorang yang bermaruah sudah tentu akan menjaga batas-batas pergaulan, adab dalam melakukan sesuatu perkara, dan tidak melakukan perkara yang boleh menjatuhkan air muka diri sendiri dan orang sekeliling khususnya ahli keluarga mereka. Dalam konteks zaman sekarang, perihal kesopanan dan kesusilaan dilihat dipandang rendah oleh golongan wanita. Mereka seakan tidak mengahayati kepentingan menjaga maruah diri. Lantaran itulah berlakunya penularan masalah-masalah sosial dalam kalangan wanita. Masalah uAtamanya ialah tidak mengambil peduli akan menjaga maruah diri.

Page 11: Falsafah di sebalik Zapin

• Selain itu, keayuan dan kemantapan penari wanita dan penari lelaki dalam menggayakan gerak tubuh mereka menggambarkan sikap kesederhanaan. Pergerakan tubuh yang tidak terlalu menonjol menggambarkan masyarakat melayu memang mementingkan kesederhanaan. Sememangnya kesederhaan itu sangat penting dalam kehidupan kita supaya kita tidak tersasar dari matlamat utama hidup iaitu untuk mencari bekalan untuk hari akhirat. Dalam konteks yang lebih kecil, kesederahaaan dalam kita menjaga perlakuan diri itu amat penting suapaya kita dihormati oleh orang lain. Individu yang tidak mementingkan kesederhanaan dalam hidup sentiasa dipandang serong dalam masyarakat kerana sikap takbur dan riaknya. Sikap takbur dan riak ini sudah tentu menjadi amalan yang ditegah dalam agama. Sesungguhnya Allah S.W.T sangat murka kepada hambanya yang bersikap sedemikian. Sememangnya inidividu yang bersikap sedemikian amat digemari oleh makhluk Allah yang bernama syaitan dan iblis. Syaitan dan iblis memang sengaja menyesatkan manusia supaya lupa kepada Allah S.W.T. Justeru itu, kita sebagai hambaNya yang diberikan akal yang sempurna seharusnya berfikir dengan sebaiknya tentang nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T

Page 12: Falsafah di sebalik Zapin

PENARI LELAKI• Berbanding juga dengan penari wanita, penari lelaki

dikehendaki melangkah dengan mantap dan anggun dalam rentak tari zapin ini. Kemantapan gerak tubuh penari lelaki menggambarkan kegagahan seorang lelaki. Lelaki seharusnya sentiasa gagah dan bersedia dalam menghadapi apa jua rintangan atau cabaran yang mendatang. Kegagahan dari segi fizikal bermaksud seseorang lelaki itu mampu menentang musuh untuk melindungi haknya. Ia juga menggambarkan kepimpinan lelaki sama ada dalam organisasi atau dalam keluarga. Dalam konteks organisasi, seseorang lelaki yang lazimnya menjadi ketua seharusnya bijak mengawal organisasi suapaya dapat terus utuh walaupun rintangan melanda. Begitu juga dalam konteks keluarga, lelaki yang berperanan sebagai ketua keluarga seharusnnya berperanan dalam memastikan keharmonian rumah tangga akan terus iterpelihara. Kegagahan dari aspek mental pula bermaksud kebijaksanaan, ketangkasan, dan kematangan seseorang lelaki dalam berfikir atau mengutarakan penadapat atau hujah-hujah yang bernas dan tuntas. Sebagai seorang lelaki yang berada pada zaman moden ini, pemikiran kita seharusnya selaras dengan arus pemodenan tetapi masih mengikut batas-batas dan norma kehidupan supaya kita tidak hanyut ditelan zaman

Page 13: Falsafah di sebalik Zapin
Page 14: Falsafah di sebalik Zapin

FALSAFAH TENTANG

LAMBAIAN, LENGGANG,

DAN LENGGOK

Page 15: Falsafah di sebalik Zapin

• Salah satu aspek gerak yang dibendung oleh tatasusila perlakuan yang indah menurut estetika budaya melayu dalam menarikan tarian ini ialah pergerakan anggota tangan. Lambaian, lenggang serta lenggok tangan yang dihayun dari bahu hingga ke pergelangan tangan sewaktu menarikan tari sambil berjalan adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan paras tertentu. Bagi seseorang penari wanita, lenggangngan tangannya tidak boleh melebihi paras bahu hingga menampakkan ketiak. Malah lebih tidak manis jika tangan penari wanita itu diangkat melebihi paras bahu sehingga kelihatan seolah-olah tangannya sedang merawang-rawang di ruang atas paras tubuh. Begitu juga dengan penari lelaki yang tidak dibenarkan menggerakkan anggota tangan seperti penari wanita.

Page 16: Falsafah di sebalik Zapin

• Antara pemikran yang dapat ditampilkan dalam aspek tersebut ialah disiplin. Disiplin yang ditampilkan dalam tarian ini menggambarkan bahawa masyarakat melayu memang mementingkan disiplin. Disiplin seseorang dapat diukur melalui sifat luaran individu tersebut. Individu yang sentiasa berketerampilan kemas dan baik dapat disimpulkan bahawa individu tersebut mempunyai tahap disiplin yang baik. Disiplin juga dapat diukur melalui perwatakan seseorang. Seseorang yang sentiasa menepati apa-apa janji sama ada dalam perjumpaan atau menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan dianggap seorang yang berdisiplin. Disiplin sangat penting dalam kehidupan kita supaya kita dapat menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya. Agama kita juga sangat menekankan soal disiplin. Antaranya dalam soal beribadat iaitu dalam menjaga adab dan waktu solat atau di bulan puasa. Namun, masayarakat sekarang khusunya golongan bunga bangsa seakan tidak mengerti soal disiplin walhal ia telah diterapkan dalam matapeljaran di sekolah. Golongan ini seakan memandang enteng kerana mereka menganggap ia sesuatu yang remeh dan tidak membawa apa-apa pengertian atau manfaat. Atas pemikran itulah berlakunya masalah-masalah sosial yang kini sukar untuk dibendung lagi.

Page 17: Falsafah di sebalik Zapin
Page 18: Falsafah di sebalik Zapin

FALSAFAH TENTANG

LIUK TARI

Page 19: Falsafah di sebalik Zapin

• . Liuk merupakan pergerakan tubuh badan penari sambil berpusing ke kiri atau ke kanan yang sekaligus melibatkan gerakan-gerakan menunduk dan mengahyunkan badan. Perkataan menunduk itu sudah jelas menggambarkan masyarakat melayu mementingkan nilai-nilai moral dalam kehidupan iaitu salah satu aspeknya ialah menghormati antara satu sama lain. Hal ini sudah jelas diterangkan dalam Al-Quran dimana ia terkandung dalam Surah Lukhman ayat ke-31 yang bermaksud :

‘Janganlah kamu memalingkan muka daripada manusia kerana sombong, dan janganlah berjalan di bumi ini dalam keadaan sombong,

sesunggunhnya Allah S.W.T tidak menyukai setiap manusia yang sombong dan bangga diri’

• Sikap hormat-menghormati sudah diterapkan dalam masyarakat melayu sejak dahulu lagi. Maka tidak hairanlah lahirnya bidalan ‘mengikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk’. Seharusnya nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat dahulu sepatutnya diteruskan sehingga kini. Hal ini demikian kerana, masayarakat sekarang khususnya golongan remaja dilihat kurang mengamalkan amalan murni ini. Walaupun tidak semua golongan ini yang bersikap negatif, namun atas segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab menyebabkan mereka sentiasa dikaitkan dengan sesuatu masalah. Bak kata pepatah ’kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Pepatah ini menggambarkan segelintir sikap remaja yang seharusnya dibendung supaya keharmonian hidup dapat dicapai dan ia seterusnya membantu mengurangakan masalah sosial. Sikap hormat-menghormati antara satu sama lain ini seharusnya dididik sejak kecil lagi. Ibu bapa seharusnya berperanan sebagai motivator dalam mengasuh anak-anak mereka supaya bersikap positif.

Page 20: Falsafah di sebalik Zapin
Page 21: Falsafah di sebalik Zapin

KESIMPULAN

Page 22: Falsafah di sebalik Zapin

• Kesimpulannya, gaya tubuh, lenggang, dan lengguk sangat memaparkan tentang betapa prestijnya adat dan tatasusila yang dipegang oleh masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman dan harus dipupuk sehingga kini. Hal ini demikan kerana transformasi kehidupan masyarakat dahulu dan kini khususnya golongan remaja menyebabkan berlakunya masalah-masalah yang tidak dingini. Dinamika antara gerak tubuh, lenggang dan lengguk seterusnya menggambarkan bahawa masyarakat Melayu sangat mementingkan nilai-nilai murni seperti kesederhanaan, dan hormat-menghormati dalam kehidupan agar kesejahteraan hidup akan terus terpelihara

Page 23: Falsafah di sebalik Zapin

TAMAT