40
FAMILY THERAPHY KONSEP-KONSE DALAM TERAPI KELUARGA Kumpulan 2 Ridzuan bin Mahmud

FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

FAMILY THERAPHY

KONSEP-KONSEP DALAM TERAPI KELUARGA

Kumpulan 2Ridzuan bin Mahmud

Page 2: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

TRIANGLE (SEGITIGA) TRIANGLE (SEGITIGA)

DEFINASI PERHUBUNGAN SEGITIGA. 

Dari segi definisi, triangle ditakrifkan sebagai satu jenis gabungan yang khusus di mana dua orang ahli di dalam sesebuah keluarga bergabung untuk menentang seorang lagi. Misalnya: ibu dan anak bergabung untuk menyerang bapa. Gabungan akan berlaku apabila pihak yang memulakan gabungan tadi biasanya dalam keadaan tertekan, mungkin kerana timbul sesuatu isu dengan si suami.  Triangle juga didefinisikan sebagai “a three person system that develops when stress between two people becomes so great that a third person is drawn in to decrease the tension, thus creating a triangle”.

Page 3: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

TRIANGLE (SEGITIGA) TRIANGLE (SEGITIGA)

Apabila gabungan ini berlaku, ketegangan yang dirasai akan berkurang, tetapi ia tidak semestinya menyelesaikan isu yang menimbulkan ketegangan dan yang mendorong kepada usaha untuk membentuk triangle ini. Oleh yang demikian, walaupun keadaan ini berlaku, terapis keluarga tidak akan membiarkan triangle ini berterusan semata-mata untuk mengurangkan ketegangan pihak yang membentuk gabungan ini, kerana isu yang membawa kepada terbentuknya triangle tidak diatasi. Pihak ketiga yang terlibat di dalam triangle ini lambat laun akan merasa berat dengan penglibatannya, dan kadang-kadang boleh membawa kepada simptom, dalam bentuk tingkahlaku ataupun diserang penyakit.

Page 4: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

TRIANGLE (SEGITIGA) TRIANGLE (SEGITIGA)

Dalam terapi keluarga, terapis akan berusaha untuk meleraikan triangle ini melalui proses detriangulation, yakni memecah gabungan ini dan membimbing pasangan suami isteri yang bergaduh tadi untuk membentuk struktur baru, pola interaksi baru dan hirarki baru mengikut mana yang sesuai. Dalam teori Murray Bowen, triangle boleh melibatkan ahli dari generasi yang lain, seperti generasi ibubapa pasangan atau pun cucu pasangan. Triangle boleh juga dibentuk dengan objek seperti binatang kesayangan, hobi, diari dan sebagainya.

Page 5: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

Merupakan

Perhubungan Tiga Penjuru

SUAMI ISTERI

ANAK

Page 6: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

DAPATAN TERAPI

1. Berpunca dari orang ke -3.

-Lelaki mengadu pada kekasih baru.

-Perempuan mendapatkan sokongan rakan – agresif.

2. Jika dibiarkan akan menambahkan konflik.

3. Rawatan Terapi -Penstabilan/Rasionalisasi

Page 7: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

CONTOH

TANGGUNGJAWABa. Hak bersamab. Giliran membeli bajuc. Menghantar dan mengambil

Timbul kemaharahan / kelukaan / dendam

IBUBAPA BERCERAI

Wujud perasaan masih Berprasangka

DI NEGARA KITA…

Page 8: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

STRUKTUR KELUARGA STRUKTUR KELUARGA

KELUARGA SEPERTI KUMPULAN LAIN MEMPUNYAI PERKAITAN ANTARA SATU SAMA LAIN, DALAM PERKEMBANGAN YANG CEPAT, INTERAKSI SUATU KETIKA KELIHATAN BEBAS BERBEZA MENJADI TETAP DAN BOLEH DIRAMAL DAN APABILA CORAK-CORAK INI MANTAP, AHLI KELUARGA AKAN GUNAKAN SATU BAHAGIAN KECIL JULAT PENUH TINGKAH LAKU. (Minuchin & Nichols 1993)

DEFINASI STRUKTUR KELUARGA

Page 9: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

STRUKTUR KELUARGA STRUKTUR KELUARGA

Struktur didefinisikan sebagai suatu penyusunan pola interaksi. Pad peringkat awal, interaksi akan membentuk struktur, tetapi apabila struktur atau pola interaksi, atau peraturan yang berkaitan dengan cara interaksi, struktur ini akan menentukan bentuk interaksi. Misalnya: di peringkat awal pola interaksi yang wujud agak bermacam-macam jenis, tetapi lama kelamaan, pasangan atau keluarga itu sendiri akan membuat pilihan tertentu yang mengurangkan struktur yang akan digunakan di dalam interaksi. Apabila pola interaksi ini menjadi “regular”, biasanya kita dapat meramalkan bentuk atau pola interaksi tadi. Misalnya: pola interaksi semasa di meja makan, mungkin berbeza dengan pola interaksi di bilik tidur.

Page 10: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

STRUKTUR KELUARGA STRUKTUR KELUARGA

Struktur wujud di dalam berbagai-bagai subsistem yang wujud di dalam sistem keluarga. Misalnya: pola interaksi yang wujud dalam subsistem ibu-bapa, mungkin berbeza dengan pola struktur yang wujud di dalam subsistem adik-beradik. Begitu juga di dalam subsistem ibubapa-anak. Interaksi antara subsistem ini dipengaruhi oleh sempadan (boundary) yang wujud antara subsistem. Sempadan ini dikatakan “invisible barriers that regulate the amount of contact with others”  Terdapat tiga jenis sempadan yang diutarakan oleh Salvador Minuchin di dalam terapi strukturalnya. Sempadan-sempadan itu ialah (a) sempadan yang jelas (clear), (b) sempadan yang menyekatan (diseengaged) dan (c) sempadan yang kabur (enmeshed).

Page 11: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

STRUKTUR KELUARGA STRUKTUR KELUARGA

Sempadan yang jelas memudahkan interaksi antara subsistem, kerana masing-masig tahu di mana sempadan “boleh” dan di mana sempadan “tidak boleh”. Dalam keadaan sebegini, interaksi atau struktur menjadi jelas dan dengan sendirinya dapat mengurangkan pergeseran, di samping memupuk perkembangan berdikari. Sempadan yang menyekat pula akan mengurangkan interaksi, menyebabkan ahli-ahli di dalam keluarga merasa tersendiri dan tersisih. Baiknya sempadan begini ialah ia akan membantu dalam perkembangan autonomi dan berdikari. Yang tak baiknya ialah sempadan sebegini menyekat atau mengurangkan interaksi dan hasilnya ahli-ahli akan merasa kurang mesra dan kurang kasih sayang.

Page 12: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

STRUKTUR KELUARGA STRUKTUR KELUARGA

 Sempadan yang kabur pula boleh menimbulkan keadaan tidak teratur dan anarkis, kerana tidak wujud batasan-batasan yang jelas, sehingga siapa sahaja boleh masuk campur dalam subsistem lain pada bila-bila masa sahaja. Dalam keadaan sebegini, hirarki dalam keluarga menjadi lintang pukang dan sukar untuk ditentukan siapa sebenarnya yang berkuasa. Selain dari itu, sempadan sebegini tidak akan membantu di dalam perkembangan autonomi dan kompetensi. Yang baiknya sempadan ini memupuk rasa mesra dan kasih sayang walaupun akan melumpuhkan inisiatif.

Page 13: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

STRUKTUR KELUARGA STRUKTUR KELUARGA

PENSTRUKTURAN KELUARGA

Ditentukan oleh; a. Generasi b. Jantina c. Fungsi d. Halangan-halangan luar biasa.Sempadan Perlindungan-Pemisahan-Autonomi keluarga-Ahli-ahlinya

Page 14: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

STRUKTUR KELUARGA STRUKTUR KELUARGA

SEMPANAN PERLINDUNGAN-Pemisahan-Autonomi keluarga-Ahli-ahlinya

CONTOH1.Peraturan melarang panggilan talefon pada waktu makan malam.2. Sapaan perbualan ibubapa - Sistem pemisahan akan terhakis.3. Ibubapa yang selalu c/tangan - Anak-anak tidak akan belajar menyelesaikan masalah sendiri.

Page 15: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

KANDUNGAN DAN PROSESKANDUNGAN DAN PROSES(PROCESS VS CONTENT) (PROCESS VS CONTENT)

APA KANDUNGAN DAN PROSESDi dalam komunikasi terdapat dua elemen/unsur. Satu dikatakan content iaitu apa yang diucapkan, dan satu lagi proses, iaitu bagaimana dan siapa serta bila content itu diucapkan. Dengan melihat kepada isi percakapan semata-mata tidak cukup di dalam mengendalikan terapi keluarga, walaupun content ini mengandungi dua perkara penting. Satu laporan (report/informatin/maklumat)) dan satu lagi command ( arahan) Terapis perlu melihat kepada cara atau bagaimana dan kepada siapa cakapan itu dilakukan bagi menunjukkan struktur dan hirarki. Misalnya: apabila kanak-kanak inginkan sesuatu daripada ibunya, lihat sahaja bahasa yang diguna, cara ia disampaikan, nada suara yang digunakan. Dengan memerhati proses,terapis akan mendapat celik akal bagaimana seseorang kanak-kanak memanipulasi ibu atau bapanya. Demikianlah halnya perbualan antara suami dan isteri. Dalam keadaan dan suasana yang bahagia, kata-kata yang sama diucapkan dengan gaya yang amat berbeza daripada apa yang akan mereka gunakan dan bagaimana mereka akan ujarkan jika kedua-duanya dalam keadaan ketegangan lantaran pergeseran.

Page 16: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

KANDUNGAN DAN PROSESKANDUNGAN DAN PROSES(PROCESS VS CONTENT) (PROCESS VS CONTENT)

Oleh yang demikian, dalam terapi keluarga memang tidak cukup sekadar memberi tumpuan kepada kata-kata yang diucapkan atau content kerana dalam terapi keluarga yang amat diutamakan ialah interaksi antara ahli yang membawa kepada homeostasis ataupun sebaliknya. Kerana itu tumpuan hendaklah diberikan kepada proses dan bukan kepada content semata-mata.   

Page 17: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

KANDUNGAN DAN PROSES KANDUNGAN DAN PROSES

MENUMPUKAN PROSES KOMUNIKASI (ORANG BERCAKAP)

KES

1.Menggalakkan mahasiswa th 1 bercakap dengan ibubapa bayangan.2.Menggalakkan wanita muda menyatakan ekspressi bantahan agresif melalui kata-kata.3.Ibubapa yang bimbang diri dalam keadaan kontras (pandangannya/anak)

WANITA MUDA AKHIRNYA MENYATAKAN PERASAAN BAHAWA WAKTU DI KOLEJ ADALAH MEMBUANG MASA.IBUBAPA MENYATAKAN BETAPA PENTINGNYA MENERUSKAN PERSEKOLAHAN.A

KES

Page 18: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

KANDUNGAN DAN PROSES KANDUNGAN DAN PROSES

RAWATAN KELUARGA BERFOKUS

KES (TIDAK PUASHATI)

1.Isteri mengambil minuman keras bagi mengurangkan kebimbangan terhadap suami .

Ahli Terapi a. Fokus ekslusif kepada kandungan bagaimana meningkatkan proses membuat keputusan mereka.

KES TEMPATAN…. 1. Apa yang perlu dibuat… 2. Pendekatan bagaimana kita perlu lakukan…

Page 19: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

MAKNA DAN GEJALAMAKNA DAN GEJALA(THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM) (THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM)

Mengikut Vogel dan Bell, apabila terapis mendapati sesuatu simptom pada seseorang klien yang dikenalpasti terapis akan mendapati yang simptom ini mempunyai fungsi menstabilkan keadaan di dalam keluarga atau yang membantu di dalam mengembalikan homeostasis di dalam keluarga yang sedang dilanda pergeseran atau pertelagahan terutama di antara kedua ibubapa. Simptom boleh mengambil bentuk tingkah laku yang merisaukan ibubapa, ataupun bentuk penyakit yang tiba-tiba menyerang kanak-kanak tadi. Lantaran itu, kata Vogel dan Bell apabila berlaku keadaan sebegini seringkali simptom tadi adalah suatu petanda bahawa keluarga itu sedang dilanda masalah, khususnya antara kedua ibubapa. Apa yang berlaku, apabila simptom ini muncul, kedua ibubapa akan memberi tumpuan kepada simptom pada diri kanak-kanak, dan pergeseran antara mereka akan menjadi reda buat seketika. Sekali gus kestabilan atau homeostasis akan kembali.

Page 20: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

MAKNA DAN GEJALAMAKNA DAN GEJALA(THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM) (THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM)

Oleh yang demikian, jika terapis berusaha untuk memulihkan simptom ini, usaha itu hanyalah untuk seketika. Apabila ibubapa kembali bergaduh, maka simptom ini akan timbul semulaHari ini berdasarkan konsep dan kefahaman ini, iaitu simptom adalah tanda sesuatu masalah sedang melanda sesebuah keluarga, maka terapis tidak lagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan simptom pada diri kanak-kanak tadi. Sebaliknya, apabila timbul simptom, usaha terapis keluarga ialah menjalinkan semula hubungan antara ahli di dalam keluarga itu, dan tidak memberi tumpuan kepada simptom di kalangan anak-anak.

Page 21: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

MAKNA DAN GEJALAMAKNA DAN GEJALA(THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM) (THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM)

AHLI TERAPI MENGETAHUI BAHAWA SALAH SATU CARA MENGENAL PASTI GEJALA/TANDA IALAH PESAKIT SERING MEMPUNYAI SATU PEGARUH PENSTABIL KE ATAS KELUARGA DI MANA MEREKA BERCAKAP DALAM MEMPENGARUHI KELUARGA HOMEOSTATIK SEBAGAI SATU FUNGSI SIMPTOM (Jackson 1957)

Page 22: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

MAKNA DAN GEJALAMAKNA DAN GEJALA(THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM) (THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM)

PENYELESAIAN KONFLIKAhli-ahli Terapi perlu waspada

i. Aduan yang ‘terpendam’

ii. Penyesuaian ibubapa

iii. Bagaimana hadapi anak

iv. Konflik ibubapa masalah anak.

‘Scapegoat’/kambing hitam adalah sesuatu istilah berat Sebelah dan bersifat ‘menghakim’.

Page 23: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

KITARAN HAYAT KELUARGAKITARAN HAYAT KELUARGA (FAMILY LIFE CYCLE) (FAMILY LIFE CYCLE)

MAKSUD

Kitaran Hayat keluarga adalah rantaian kehidupan sesebuah keluarga yang berkaitan dengan sesebuah keluarga tersebut. Bila kita fikir kitaran hayat (hidup), kita cenderung berfikir dimana individu-individu menyentuh melalui penggunaan masa, menguasai cabaran dalam suatu tempoh, dan bergerak untuk ke tahap seterusnya. Kita mencapai kemajuan mengikut peringkat-peringkat dan halangan-halangan perkembangan mengikut perubahan permintaan. Tempoh-tempoh pertumbuhan perkembangan dan perubahan diikuti oleh tempoh-tempoh kestabilan relatif ketika perubahan dapat disatukan (dijalan).

Page 24: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

KITARAN HAYAT KELUARGAKITARAN HAYAT KELUARGA (FAMILY LIFE CYCLE) (FAMILY LIFE CYCLE)

Apabila kita berbicara tentang kitaran hidup, biasanya kita akan membayangkan tentang pergerakan, perkembangan dan pertumbuhan individu dari satu peringkat ke peringkat yang seterusnya. Biasanya juga, kita akan teringat kepada beberapa nama seperti Havighurst yang mengkaji tentang “developmental tasks”, Piaget yang mengkaji tentang “cognitive development”, Eric Erikson yang mengutarakan teori perkembangan psikososial yang merangkumi lapan tahap perkembangan dari peringkat bayi hinggalah peringkat lewat dewasa, serta Kohlberg yang mengkaji perkembangan moral. 

Page 25: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

KITARAN HAYAT KELUARGAKITARAN HAYAT KELUARGA (FAMILY LIFE CYCLE) (FAMILY LIFE CYCLE)

Apa yang disebutkan di atas adalah penting bagi pelajar psikologi dan kaunseling, tetapi bagi terapis keluarga, kitaran hidup keluarga amatlah penting, kerana kitaran hidup keluarga menambah sekurang-kurangnya dua lagi komponen penting. Pertama, keluarga perlu menyusun semula untuk mengakomodasi sebarang perubahan dan pertambahan di dalam keluarga. Maksunya, sistem struktur, sistem hirarki dan sistem interaksi perlu diubahsuai apabila wujud pertambahan atau kekurangan di dalam sesebuah keluarga itu. Ia tidak boleh beroperasi dengan menggunakan struktur, hirarki dan interaksi yang sama pada semua masa dalam semua keadaan. 

Page 26: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

KITARAN HAYAT KELUARGAKITARAN HAYAT KELUARGA (FAMILY LIFE CYCLE) (FAMILY LIFE CYCLE)

Kedua, perkembangan yang berlaku kepada mana-mana generasi keluarga, sama ada yang lebih tua, atau yang lebih muda, akan memberi kesan kepada ahli keluarga itu, sama ada melibatkan seorang dua atau semua ahli. Sebagai contoh: apabila anak dihantar ke tadika, banyak perubahan dan penyesuaian yang perlu dibuat oleh keluarga. Jadual bangun tidur, jadual membasuh pakaian, jadual menyiapkan sarapan dan lain, sehingga termasuklah sistem penghantaran anak ke tadika. Bagitu juga halnya apabila berlaku perubahan pada generasi yang lebih tua. Jika salah seorang ibu atau bapa meninggal, maka kebajikan yang ditinggalkan itu perlu diberi perhatian. Bukan semua cara boleh digunakan, kerana setiap individu itu berbeza dan harus dilayan dengan cara yang berbeza. Lantaran wujudnya keadaan sebeginilah, maka terapis keluarga merasa yang kitaran hidup keluarga itu sebagai satu konsep perlu difahami dan diambil kira dalam memberikan kaunseling atau terapi keluarga.  

Page 27: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

KITARAN HAYAT KELUARGAKITARAN HAYAT KELUARGA (FAMILY LIFE CYCLE) (FAMILY LIFE CYCLE)

Sayugia diingatkan bahawa perubahan-perubahan yang berlaku mengikut kitaran ini tidaklah berlaku secara teratur dan licin. Ia datang sebagai suatu cabaran yang perlu dikendalikan dengan hati-hati.Tambahan pula, konsep keluarga itu sendiri juga bermacam-macam: ada keluarga ibu/bapa tunggal, ada keluarga tiri, ada keluarga berlainan etnik dan lain-lain. Yang perlu diingat ialah konsep kitaran hidup keluarga ini adalah kompleks, dan perubahan yang berlaku boleh berbentuk revolusi. Jika sesebuah keluarga yang berhadapan dengan isu kitaran hidup keluarga ini, keluarga tersebut perlu bersedia untuk membuat ubahsuaian kepada struktur, hirarki dan pola interaksi sedia ada, dan jika sekiranya pada masa yang sama, wujud simptom, simptom hendaklah dijadikan isyarat bahawa sistem yang diamalkan perlu diubahsuai atau diganti dengan yang lebih”functional”.Sayugia diingatkan bahawa perubahan-perubahan yang berlaku mengikut kitaran ini tidaklah berlaku secara teratur dan licin. Ia datang sebagai suatu cabaran yang perlu dikendalikan dengan hati-hati.Tambahan pula, konsep keluarga itu sendiri juga bermacam-macam: ada keluarga ibu/bapa tunggal, ada keluarga tiri, ada keluarga berlainan etnik dan lain-lain. Yang perlu diingat ialah konsep kitaran hidup keluarga ini adalah kompleks, dan perubahan yang berlaku boleh berbentuk revolusi. Jika sesebuah keluarga yang berhadapan dengan isu kitaran hidup keluarga ini, keluarga tersebut perlu bersedia untuk membuat ubahsuaian kepada struktur, hirarki dan pola interaksi sedia ada, dan jika sekiranya pada masa yang sama, wujud simptom, simptom hendaklah dijadikan isyarat bahawa sistem yang diamalkan perlu diubahsuai atau diganti dengan yang lebih”functional”. 

Page 28: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

KITARAN HAYAT KELUARGAKITARAN HAYAT KELUARGA(FAMILY LIFE CYCLE) (FAMILY LIFE CYCLE)

ADALAH BERKAITAN FIKIRAN DIMANA INDIVIDU

i. Menyentuh melalui penggunaan masa.ii. Menguasai cabaran dalam satu tempoh.iii. Bergerak ke tahap seterusnya.iv. Mencapai peringkat-peringkat tertentu setelah

melalui halangan mengikut perubahan permintaan.

Page 29: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

KITARAN HAYAT KELUARGAKITARAN HAYAT KELUARGA(FAMILY LIFE CYCLE) (FAMILY LIFE CYCLE)

TIADA KETETAPAN/ VERSI TAHAP STANDARD

1. Ibubapa tunggal.2. Pasangan seks sejenis.3. Keluarga angkat.4. Kepelbagaian agama / kebudayaan.5. Kepelbagaian etnik.

NILAI KLINIKAL SEBENAR KITARAN HAYAT LEBIH BERTUMPU KEPADA KETIDAKUPAYAAN ATAU MEMBUAT PERALIHAN

Page 30: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

KITARAN HAYAT KELUARGAKITARAN HAYAT KELUARGA(FAMILY LIFE CYCLE) (FAMILY LIFE CYCLE)

MASALAH KITARAN HAYAT.

1. Bertemu cabaran alam semula jadi/ perkembangan (tidak mampu menampung strukturnya untuk mengubah keadaan)

2. Bukan tanda ‘keluarga tidak berfungsi’ tetapi suatu yang gagal untuk menyesuaikan pada satu titik perubahan hidup.

Page 31: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

RESISTANCE (RINTANGAN) RESISTANCE (RINTANGAN) DEFINASI

Di peringkat awal terapi keluarga, resistance yang disalahtafsirkan oleh terapis ketika itu sebagai kedegilan/keengganan atau penentangan, yakni tidak mahu memberikan kerjasama yang sepatutnya atau tidak mahu berubah, adalah lebih baik dilihat sebagai satu bentuk kebimbangan atau ketakutan (fear) di kalangan ahli keluarga untuk menyatakan sesuatu secara terbuka kerana bimbang tindakan sedemikian mungkin akan membawa padah dan kerosakan ke dalam keluarga yang sedang dirawat.  

Page 32: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

RESISTANCE (RINTANGAN) RESISTANCE (RINTANGAN)  Hari ini, terapis-terapis telah sedar bahawa memang fitrah manusia untuk merasa berat untuk berubah jika perubahan itu dijangka boleh membawa risiko kepada keluarga mereka. Dalam konteks sebegini, keluarga memang seharusnya menentang perubahan selagi natijah kepada perubahan itu tidak dirasakan selamat, dan selagi terapis tidak dilihat sebagai seorang yang boleh dipercayai. Dalam konteks ini, tindakan yang diambil oleh ahli keluarga ini adalah suatu tindakan berhati-hati yang baik, dan bukan sesuatu kedegilan yang membuta tuli.

Page 33: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

RESISTANCE (RINTANGAN) RESISTANCE (RINTANGAN)

Jika terapis sedia menerima hakikat ini, maka tugas terapis ialah membina keyakinan dan kepercayaan terhadap dirinya dan tindakannya, supaya ahli-ahli keluarga yang menghadiri sesi tidak merasa diintip atau untuk dihentam. Terapis hendaklah berusaha keras bagi mewujudkan iklim dan persekitaran yang mesra yang diyakini. Mereka hendaklah berusaha untuk meyakinkan ahli-ahli keluarga yang secara kolaboratif mereka akan dapat mengatasi apa jua isu yang sedang dihadapi. 

Page 34: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

RESISTANCE (RINTANGAN) RESISTANCE (RINTANGAN) Dalam usaha terapis untuk meyakinkan ahli-ahli keluarga yang mereka selamat untuk meluahkan isi hati mereka, terapis tidak akan terlepas daripada merasa bimbang yang keadaan mungkin menjadi buruk, wujud serang menyerang, sehingga beliau sendiri tidak berupaya untuk mengawalnya. Kebimbangan sebegini adalah real. Namun, terapis hendaklah berusaha sedikit demi sedikit untuk mewujudkan suasana mesra, dan meyakinkan ahli-ahli keluarga yang sesuatu isu itu masih boleh diselesaikan melalui suasana hormat menghormati dan penuh rasa kasih sayang tanpa konfrontasi atau serang menyerang. Untuk mencapai hasrat ini, terapis hendaklah bersikap optimistik dan yakin bahawa setiap individu mempunyai potensi dan sumbangan positif di dalam isu yang sedang dibincangkan. Melalui optimisma, pemikiran positif, dan hormat serta yakin akan kebolehan ahli-ahli keluarga, terapis telah meletakkan ahli-ahli keluarga di satu tahap yang boleh memberi kesan psikologi kepada mereka.

Page 35: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

RESISTANCE (RINTANGAN) RESISTANCE (RINTANGAN)

  Seandainya, usaha kolaboratif seperti ini masih tidak berupaya untuk mencapai hasrat yang diinginkan, terapis terpaksalah bertindak sebagai “expert” yang akan menasihati dan membimbing keluarga ke arah menyelesaikan isu yang dibawa ke dalam terapi.

Page 36: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

RESISTANCE (RINTANGAN) RESISTANCE (RINTANGAN)

Resistance adalah salah satu peradoxes Terapi keluarga yang luar biasa yang pergi lebih jauh untuk mendapatkan profesional bagaimana untuk menguruskan kesukaran mereka tetapi sering tidak mengikut nasihat therepuetic terbaik) yang akan membantu mereka untuk menyelesaikan masalah  mereka.Dalam contoh yang boleh dilihat dimana, rintangan boleh dielakkan jika terapi dijalankan untuk klien bersedia untuk berubah.(Alan Carr,2009)

Perkara rintangan ini boleh dilihat dalam pelbagai cara;i. Tidak melengkapi borang biodataii. Tidak menghadir temujanjiiii. Menolak untuk memberhenti proses terapi iv. Tidak bekerja sama dalam sesi kaunseling.

Page 37: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

RESISTANCE (RINTANGAN) RESISTANCE (RINTANGAN) CADANGAN DALAM PENYELESAIAN

i.Menerangkan percanggahan antara apa yang klien bersetuju lakukan dan apa yang sebenarnya tidakii. Tanya tentang perbezaan antara keadaan di mana pelanggan berjaya membuat susulan. Seseorang boleh bersetuju tindakan dan ada orang yang mana tidakiii. Minta apa yang mereka percayakan perkar yang disekat dari  membuat kemajuan iv. Tanya jika halangan-halangan ini boleh diatasiv.Tanya mengenai strategi untuk mengatasi halanganvi.Tanya pro dan kontra tindakan tindakan yang diambil ini vii.Bingkai dilema terapeutik yang menggariskan kos mengekalkan  status quo.

Page 38: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

Kajian kesKajian kes Emily merupakan seorang ibu tunggal dalam percubaan mendisplinkan anak lelakinya

yang diganggu dengan perlindungan oleh neneknya sendiri. Emily mengelakkan bersama ibunya kerana beliau tidak percaya ibunya akan melakukan sesuatu yang baik untuknya. Dia takut bahawa jika dicabar, ibunya akan menjadi lebih kritikal dan membuatnya berasa lebih tertekan. Mereka risau tidak kelihatan realistik. Pada masa lalu apabila Emily melakukan sesuatu yang kritikal, ibunya akan hanya mengabaikan apa yang telah berlaku. Mempertahankan orang lain dilihat faktor yang tidak manasabah kerana tidak boleh melihat/merasai kenangan mereka.

Bagi membina keyakinan, dia mencuba lagi untuk memberitahu ibunya akan (mengenai) perasan dirinya. Ahli terapi perlu membina amanahnya untuk bekerja dengan ibunya dan perkara-perkara penting bersama ibunya. Untuk mencapai kredibiliti ini ahli terapi terpaksa menghormati langkah Emily dan mengenali masalahnya daripada menghadapi atau memanipulasi rintangannya. Pertemuan ahli terapi kelihatan kurang mesra.

Salah satu Rintangan ialah apabila mereka menyesuaikan keluarga mereka sebagai rakan/sahabat, mencuba untuk membantu mereka mengenal pasti apa yang diperlukan atau memaksa mereka berkaitan cara yang mereka mahu dan daripada seorang pakar yang memberi yang memberi nasihat daripada menunjukkan kecacatan/kelemahan mereka.

Seperti apa yang anda bayangkan, ahli terapi keluarga mungkin melihat betapa hebatnya (baiknya) diri anda. Menghormati ahli terapi di mana anda boleh menyimpan kemarahan kepada ahli keluarga daripada menjerit diantara satu sama lain atau dengan menonjol dan menyerbu.

Page 39: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

JADUAL 4.1JADUAL 4.1

PERINGKAT-PERINGKAT KITARAN HAYAT KELUARGA

PROSES EMOSIONAL PERALIHAN:  PRINSIP UTAMA

PERINGKAT KEDUA MENGUBAH DALAM STRUKTUR KELUARGA MEMERLUKAN UNTUK MENERUSKAN PEMBANGUNAN

Meninggalkan rumah: Anak muda tunggal

Menerima tanggungjawab kewangan dan  emosional untuk diri

a. Pembezaan diri dalam keluarga hubungan asal.b.Pembinaan perhubungan-perhubungan rakan sebaya peribadi.c.Establishment kerja maruah diri dan kebebasan kewangan.

Percampuran  keluarga-keluarga melalui perkahwinan: baru pasangan

Komitmen untuk sistem baru a.Pembentukan sistem perkahwinanb. Penyesuaian semula perhubungan dengan keluarga lanjutan dan rakan-rakan petunjuk pasangan.

Keluarga dengan anak-anak yang masih kecil.

Penerimaan ahli baru dalam organisasi (keluarga)

a. Menyesuaikan sistem perkahwinan bagi member ianak lebih peluang.

b. Menyertai pendidikan diri anak-anak, Pengurusan kewangan dan barangan rumah tangga.

c. Penyesuaian semula hubungan dengan keluarga besar termasuk ibu bapa dan peranan keibubapaan secara meluas.

TABLE STAGES OF THE FAMILY LIFE CYCLE

Page 40: FAMILY CONSEPT IN FAMILY THERAPHY

JADUAL 4.1JADUAL 4.1

TABLE STAGES OF THE FAMILY LIFE CYCLE

Keluarga dengan anak-anak remaja

Menambahkan kestabilan dalam sempadan keluarga,mengiktiraf kebebasan anak-anak dan Kelebihan keluarga nenek.

a.Peralihan ibu bapa - hubungan kanak-kanak untuk membenarkan remaja untukbergerak ke dalam dan keluar daripada sistem

b. Tumpuan kepada isu-isu pertengahan kehidupan perkahwinan dan kerjaya.c. Bermula peralihan ke arah menjaga generasi tua.

Pelancaran kanak-kanak dan bergerak

Menerima pelbagai jalan keluar dari dan penyertaan ke dalam sistem keluarga

a.Rundingan semula sistem perkahwinan pasangan.b. Pembangunan dewasa - untuk hubungan dewasa.c. Penyesuaian semula hubungan termasuk dalam undang-undang dan cucu

d. Berurusan dengan kurang upaya dan ibu bapa menangani (datuk nenek)

Keluarga di kemudian hari Menerima peranan peralihan generasi.

a.Mengekalkan fungsi dengan sendiri dan / atau pasangan dan kepentingan penurunan muka fisiologi: cari gali peranan keluarga dan sosial yang baru pilihanaang lebih penting generasi pertengahan d.Membuat penetapan sistem bagi kebijaksanaan dan pengalaman warga tua yang menyokong generasi yang lebih tua untuk keluar lebih berfungsi ke atas mereka

d. Berurusan dengan kehilangan suami atau isteri, adik-beradik, dan lain-lain rakan-rakan sebaya dan membuat  persediaan untuk mati