4
Terminal bas bersepadu Kubang Kerian (Menjelang PRU 2008) Projek Jihad Ternak (Menjelang PRU 2008) Projek Koridor Depu (Menjelang PRU 2008) Projek Agro Tourism Pergau (Menjelang PRU 2008) Rumah mampu milik rakyat miskin (Menjelang PRU 2008) Bandar Baru Dabong (Menjelang PRU 2008) Projek bandaraya sukan – Bandar Red Warriors (Menjelang PRU 2012) Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai (Menjelang PRU 2012) Projek Keretapi Laju (Menjelang PRU 2012) Kajian seismik untuk carigali petroleum di Kota Bharu dan Tumpat (Menjelang PRU 2012) Kegagalan Kerajaan PAS di Kelantan menunaikan semua janji-janji mereka mem- buktikan PAS sebenarnya suka berjanji kosong. Sebaliknya mereka tidak berupaya dan tidak berkemampuan menunaikan janji- janji mereka. Memberi tanah kepada peneroka tanah kerajaan (PRU Penggal 1990-1995) Projek Pelabuhan Darat di Kuala Krai (PRU Penggal 1995-1999) Projek Afta City di Rantau Panjang (PRU Penggal 1995-1999) Projek lembu daging 800 ekar di Mukim Apam Pasir Mas (PRU Penggal 1995-1999) Bandar Multimedia seluas 400 hektar (PRU Penggal 1995-1999) Pelabuhan Tumpat (PRU Penggal 1995-1999) Membina terminal bas di Bandar Baru Tunjong (PRU Penggal 2004-2008) Stadium berkolam renang tertutup (PRU Penggal 2004-2008) Stadium wanita tertutup (PRU Penggal 2004-2008) Pembinaan masjid negeri baru (PRU Penggal 2004-2008) Jambatan baru Kg. Cina – Palekbang (PRU Penggal 2004-2008) Jambatan berkembar Sultan Yahya Petra (PRU Penggal 2004-2008) (dibina oleh Kerajaan Persekutuan) Projek pelancongan Danau Tok Uban (PRU Penggal 2004-2008) Kajian seismik untuk carigali petroleum di Bachok dan Tumpat (PRU Penggal 2004-2008) JUMAAT | 26 APRIL 2013 | 15 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #7 JANGAN JADI MUNAFIK Apa guna berjanji, kalau tidak ditepati. Sebelum kita benarkan PAS menggunakan janji-janji barunya untuk memancing undi, elok kita tanya kepada mereka tentang janji-janji lapuknya. Sejak 23 tahun, PAS Kelantan telah berdusta dengan membuat pelbagai dasar dan projek pembangunan tetapi tidak ditunaikan. Menjelang hari mengundi pada 5 Mei 2013, PAS sekali lagi menabur janji. Bagaimana dengan janjinya yang lepas? Berikut adalah sedikit dari janji-janji dusta Kerajaan Nik Aziz sejak 1990. Laksana Hudud (PRU Penggal 1990- 1995) (Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II pada 1993 tetapi sehingga hari ini tidak diwartakan) Jawatankuasa Hisbah – Isytihar Harta Wakil Rakyat (PRU Penggal 1990-1995) Pemberian RM100 kepada setiap warga emas (PRU Penggal 1990-1995) Sediakan tapak rumah untuk rakyat miskin dan pesara tentera (PRU Penggal 1990-1995) Projek Bandar Baru Pengkalan Kubor (PRU Penggal 1990-1995) Sediakan peluang pekerjaan kepada anak muda (PRU Penggal 1990-1995) Projek Petrokimia Pantai Senok (PRU Penggal 1990-1995) Pengisytiharan lesen pemberian balak. (PRU Penggal 1990-1995) Langsai Janji Lama Sebelum Janji Baru

Fikrah#7 Edisi7 - Jangan Jadi Munafik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Fikrah#7 Edisi 7 - sempena PRU13 untuk adik kakok Pengundi Kelantan

Citation preview

Page 1: Fikrah#7 Edisi7  - Jangan Jadi Munafik

Terminal bas bersepadu Kubang Kerian (Menjelang PRU 2008)

Projek Jihad Ternak (Menjelang PRU 2008)

Projek Koridor Depu (Menjelang PRU 2008)

Projek Agro Tourism Pergau (Menjelang PRU 2008)

Rumah mampu milik rakyat miskin (Menjelang PRU 2008)

Bandar Baru Dabong (Menjelang PRU 2008)

Projek bandaraya sukan – Bandar Red Warriors (Menjelang PRU 2012)

Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai (Menjelang PRU 2012)

Projek Keretapi Laju (Menjelang PRU 2012)

Kajian seismik untuk carigali petroleum di Kota Bharu dan Tumpat (Menjelang PRU 2012)

Kegagalan Kerajaan PAS di Kelantan menunaikan semua janji-janji mereka mem-buktikan PAS sebenarnya suka berjanji kosong. Sebaliknya mereka tidak berupaya dan tidak berkemampuan menunaikan janji-janji mereka.

Memberi tanah kepada peneroka tanah kerajaan (PRU Penggal 1990-1995) Projek Pelabuhan Darat di Kuala Krai (PRU Penggal 1995-1999) Projek Afta City di Rantau Panjang (PRU Penggal 1995-1999) Projek lembu daging 800 ekar di Mukim Apam Pasir Mas (PRU Penggal 1995-1999) Bandar Multimedia seluas 400 hektar (PRU Penggal 1995-1999) Pelabuhan Tumpat (PRU Penggal 1995-1999) Membina terminal bas di Bandar Baru Tunjong (PRU Penggal 2004-2008) Stadium berkolam renang tertutup (PRU Penggal 2004-2008) Stadium wanita tertutup (PRU Penggal 2004-2008) Pembinaan masjid negeri baru (PRU Penggal 2004-2008) Jambatan baru Kg. Cina – Palekbang (PRU Penggal 2004-2008) Jambatan berkembar Sultan Yahya Petra (PRU Penggal 2004-2008) (dibina oleh Kerajaan Persekutuan) Projek pelancongan Danau Tok Uban (PRU Penggal 2004-2008) Kajian seismik untuk carigali petroleum di Bachok dan Tumpat (PRU Penggal 2004-2008)

JUMAAT | 26 APRIL 2013 | 15 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #7

JANGAN JADI MUNAFIK

Apa guna berjanji, kalau tidak ditepati. Sebelum kita benarkan PAS menggunakan janji-janji barunya untuk memancing undi, elok kita tanya kepada mereka tentang janji-janji lapuknya.Sejak 23 tahun, PAS Kelantan telah berdusta dengan membuat pelbagai dasar dan projek pembangunan tetapi tidak ditunaikan. Menjelang hari mengundi pada 5 Mei 2013, PAS sekali lagi menabur janji. Bagaimana dengan janjinya yang lepas? Berikut adalah sedikit dari janji-janji dusta Kerajaan Nik Aziz sejak 1990. Laksana Hudud (PRU Penggal 1990- 1995) (Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II pada 1993 tetapi sehingga hari ini tidak diwartakan) Jawatankuasa Hisbah – Isytihar Harta Wakil Rakyat (PRU Penggal 1990-1995) Pemberian RM100 kepada setiap warga emas (PRU Penggal 1990-1995) Sediakan tapak rumah untuk rakyat miskin dan pesara tentera (PRU Penggal 1990-1995) Projek Bandar Baru Pengkalan Kubor (PRU Penggal 1990-1995) Sediakan peluang pekerjaan kepada anak muda (PRU Penggal 1990-1995) Projek Petrokimia Pantai Senok (PRU Penggal 1990-1995) Pengisytiharan lesen pemberian balak. (PRU Penggal 1990-1995)

Langsai Janji Lama Sebelum Janji Baru

Page 2: Fikrah#7 Edisi7  - Jangan Jadi Munafik

2 | FIKRAH PRU 13

PEKUDA AGAMA,Nik Aziz MENGAKU

MANIFESTO : PAS AKUI GAGALKOTA BHARU – Pengakuan kerajaan PAS Kelantan tentang kegagalannya menunaikan setiap manifesto merupakan satu isyarat jelas rakyat negeri ini wajar menolak kerajaan itu.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, manifesto bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu penggal sebaliknya ia memerlukan masa yang panjang bagi melunas segala janji yang terkandung dalam manifesto.

Dalam sesebuah manifesto, ada perkara yang boleh dilaksanakan dengan cepat, dan ada pula yang akan mengambil masa yang lama.

"Atas sebab inilah kami meminta pengundi-pengundi memberikan kami peluang me-lanjutkan pentadbiran kami memandangkan ada janji-janji kami yang perlukan masa yang panjang untuk ditunaikan," katanya di sini.

Persoalannya, selama mana lagi masa yang diperlukan oleh PAS untuk menunaikan janji

manifesto terutamanya yang diumumkan sejak tahun 1990 lagi di mana sehingga ke hari ini masih banyak belum ditunaikan.

Sewaktu pembentangan bajet 2013 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Alwi Che Ahmad berkata kerajaan negeri sewajarnya memenuhi janji mereka dengan memberikan penekanan kepada beberapa perkara seperti yang terkandung dalam manifesto.

Katanya, PAS tidak boleh menuding jari dengan meletakkan kesalahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai alasan untuk menutup ketidakupayaan mereka.

Kerajaan negeri sepatutnya menitik beratkan soal pembinaan rumah awam kos rendah tetapi salahkan Kerajaan Pusat kononnya tidak membantu untuk menyediakannya, sedangkan ia diusahakan Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB).

Yang lebih penting sekarang ialah membina rumah untuk golongan yang tidak mampu bukan buat rumah kos rendah, soal rakyat termiskin ini tidak ditekankan dalam bajet.

"Kalau kita bagi duit kepada mereka (rakyat termiskin) ia akan habis begitu sahaja, yang penting ialah program tetapi mereka hanya ambil pendekatan popular," katanya.

Antara janji PAS Kelantan yang dibuat pada pilihan raya umum lalu ialah melanjutkan cuti bersalin kepada tiga bulan bagi setiap kelahiran, dengan memberi kemudahan cuti bergaji tanpa had bilangan anak.

Janji lain ialah membina kompleks sukan wanita yang dilengkapi stadium khas dan masjid serta menyediakan Tabung Niaga Wanita Kelantan.

Alwi berkata, kerajaan negeri sepatutnya membuat lebih banyak penjimatan sekiranya mereka tidak mengambil alih tugas Kerajaan Pusat.

Sebagai contoh kerajaan negeri mem-peruntukkan lebih banyak kepada pendidikan sedang tugas pendidikan mahu pun pendidikan agama adalah di bawah Kerajaan Pusat.

“Tetapi dia peruntukan RM40 juta untuk pen-didikan, mungkin dia boleh ambil empat atau lima buah sekolah untuk dijadikan sekolah contoh seperti Maahad Muhammadi, bagaimanapun saya tidak nampak kenapa peruntukan yang banyak untuk ini," katanya.

Katanya, kerajaan negeri seharusnya me-numpukan bajet untuk membantu rakyat dan bukan menjadikannya sebagai bahan politik dan rakyat akan menghukum mana-mana kerajaan yang gagal untuk melaksanakan manifesto pilihan raya mereka.

"Sebenarnya susah untuk saya ulas bajet ini, temanya Bajet Berimbang tetapi saya tidak nampak bajet ini seimbang pun," katanya.

KOTA BHARU - Putar belit PAS menggunakan nama Islam di sebalik perjuangannya selama ini kian jelas bahkan, tidak mampu di tolak lagi bila Nik Aziz pernah mengakui bahawa matlamat penubuhan negara Islam tidak ada dalam perlembagaan PAS.Beliau sebaliknya menegaskan per-lembagaan parti itu hanya menyebut mewujudkan masyarakat Islam, bukan menubuhkan negara Islam."Kalau baca perlembagaan PAS tidak akan berjumpa satu pun perkataan penubuhan negara Islam tetapi hanya menyebut masyarakat Islam," Nik Aziz pernah kepada pemberita selepas kuliah mingguannya di Medan Ilmu.

Ditanya pemberita mengapa sebelum ini PAS melaung-laungkan penubuhan negara Islam, Nik Aziz berkata "itu hanya cakap-cakap sahaja yang boleh jadi terbawa-bawa dengan perlembagaan PAS di zaman Datuk Mohd. Asri Muda dulu."

"Boleh jadi zaman Datuk Asri dulu sebut benda ini (negara Islam). Zaman Asri jugalah buang benda ini, disebabkan perkataan negara Islam boleh menimbulkan rasa takut dalam hati orang kerana gambaran yang diberikan oleh orang Eropah bahawa negara Islam adalah ekstrem," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyebut parti itu akan menolak sama sekali penubuhan negara Islam sebagaimana dilaungkan oleh PAS.

Kenyataan tersebut sekali gus membuktikan PAS sengaja mencetuskan kekeliruan selain mengelabui fikiran rakyat dengan menjadikan Islam sebagai topeng demi politik dan kuasa.

Malah, keadaan tersebut semakin terserlah setelah ia bersekutu dengan DAP dan Parti

Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat terang-terangan menolak Islam.

DAP menyifatkan slogan negara Islam oleh PAS hanya satu sandiwara politik yang bertujuan untuk mendapatkan undi daripada masyarakat Islam di negara ini.

Sementara itu pengerusi DAP, Dr. Chen Man Hin pernah berkata, jika PAS mahu melaksanakan undang-undang hudud di Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu, itu adalah hal parti itu tetapi DAP tidak akan menyokong mereka (PAS).

Bagi DAP usaha PAS untuk menerapkan nilai-nilai Islam di negeri-negeri itu tidak menjadi halangan kepada parti ini kerana setahu DAP selain daging babi yang masih dijual di Kelantan, kegiatan minum arak dan bermain judi serta kedai arak dan judi masih berterusan di negeri itu.

"PAS hanya bertanding di 59 kerusi Parlimen bagaimana hendak menubuhkan kerajaan ... manifesto itu tidak lebih daripada hanya satu sandiwara PAS untuk memancing undi masyarakat Islam di negara ini semasa pilihan raya ini," tegasnya.

Page 3: Fikrah#7 Edisi7  - Jangan Jadi Munafik

3FIKRAH PRU 13 |

JELAPANG PERTANIANJANJI DUSTA

PAS

AWANG ADEKjadikan pengalaman sebagai semangat MEMBELA RAKYAT

BACHOK - Kemiskinan hidup yang dilalui se-bagai anak nelayan Perupok menjadi kenangan yang sukar dilupakan sehingga sekarang apabila seorang kakak yang cemerlang dalam akademik sanggup berkorban meninggalkan bangku persekolahan demi memberi ruang kepada adiknya untuk menggapai kejayaan yang boleh membebaskan keluarga dari kepompong kemiskinan.

Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin ketika menceritakan pengalaman hidupnya sebagai anak nelayan miskin berkata, ibu bapanya terpaksa mengharungi pelbagai kepayahan untuk membesarkan anak-anak dan menampung perbelanjaan kelurga kerana pendapatan sebagai nelayan pada waktu itu adalah terlalu rendah.

Pada waktu itu, katanya, tidak banyak pembelaan yang disalurkan kepada rakyat sebagaimana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat sekarang yang bukan sahaja membela kebajikan golongan termiskin dan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Semuanya terpaksa ditanggung sendiri dengan membanting tulang, memerah keringat dan meredah lautan luas untuk dapatkan rezeki

bagi menyara hidup keluarga. Berbeza dengan sekarang, pelajar miskin mendapat pembelaan yang berterusan daripada kerajaan dengan pelbagai bantuan yang diterima oleh pelajar.

"Dahulunya bayaran yuran persekolahan, yuran peperiksaan dan tanggungan kos membeli buku teks terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa. Seharusnya, kita sebagai rakyat yang mendapat kesejahteraan hidup dan kebajikan yang sentiasa terbela bersyukur dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan yang sedia ada tanpa perlu terpadaya untuk menukar kerajaan yang baharu untuk menerajui negara," katanya.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata, kecemerlangan kerajaan pimpinan BN sejak dahulu lagi turut memberi manfaat kepada dirinya sendiri sebagai pelajar miskin yang mendapat biasiswa kerajaan ketika berpeluang meneruskan pembelajaran di sekolah berasrama penuh dan luar negara sebelum kembali ke tanah air dan mendapat pekerjaan di sektor awam.

Beliau berkata, sebagai anak Bachok yang turut meneliti dan mengkaji tentang kemajuan

ekonomi negara kemunculan Bachok sebagai daerah yang termiskin di negara ini telah membakar semangatnya untuk menceburi arena politik dengan niat untuk membangunkan daerah ini sebagaimana yang dicapai pada hari ini.

"Pengalaman saya sebagai anak miskin menjadi pembakar semangat untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan pada masa yang sama berusaha untuk membangunkan kecemerlangan Bachok dalam pelbagai bidang setanding dengan negeri-negeri lain," katanya.

Beliau berkata, kejayaan yang lebih cemerlang untuk menjadikan Bachok Baru Bachok Maju yang terkenal sebagai hub pendidikan dan pusat pelancongan yang terkenal pasti tercapai sekiranya rakyat memberi mandat kepada BN untuk menerajui Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Awang Adek yang juga calon BN bagi Parlimen Bachok berkata, kemajuan yang dicapai di daerah itu sebelum ini adalah hasil bantuan kerajaan pusat serta inisiastif barisan pemimpin UMNO setempat yang mengusahakannya sekali pun pentadbiran negeri Kelantan diuruskan oleh kerajaan PAS.

KOTA BHARU – Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan merealisasikan janji ingin menjadikan negeri ini sebagai Jelapang Pertanian sudah cukup untuk menggambarkan kerajaan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz sebagai kerajaan ‘pendusta’.

Janji tersebut terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum 1999 yang melibatkan pelbagai projek antaranya ladang ternakan lembu dan pertanian.

Namun malangnya, selepas kira-kira lima tahun agenda tersebut masih gagal dilaksanakan kerajaan PAS negeri, tetapi

pada masa sama banyak pula janji-janji baru yang dicanangkan kepada rakyat lebih-lebih lagi saat menjelang pilihan raya.

Barangkali tidak salah jika dikatakan agenda tersebut tidak mampu untuk menarik sokongan rakyat terhadap PAS memandangkan peruntukan bantuan kerajaan pusat adalah lebih jauh men-guntungkan rakyat.

Lalu mereka terpaksa mengabaikan janji yang dianggap tidak menguntungkan politik dan kuasa yang dikejarnya sebelum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kebanyakan projek pertanian di negeri ini diusahakan oleh petani menerusi bantuan agensi-agensi kerajaan pusat.

Dalam manifesto PAS pada kempen pilihan raya umum lepas (1999), mereka berjanji hendak menjadikan negeri ini sebagai Jelapang Pertanian untuk membekalkan makanan ke seluruh negara dan dieksport ke luar negara.

"Tapi mereka tidak mengotakan janji itu, mereka sudah berdusta dan menipu rakyat, mereka hanya menabur janji kosong dan kita amat dukacita dengan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan negeri," katanya.

Katanya, kerajaan Pusat mengeluarkan peruntukan yang besar menerusi beberapa agensi termasuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jabatan Pendidikan negeri, Jabatan Kesihatan, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

"Kerajaan Pusat sentiasa menitik beratkan kebajikan rakyat untuk membasmi ke-miskinan walaupun kerajaan PAS yang memerintah sekarang tidak memberi pem-belaan sewajarnya," katanya.

Mustapa menjelaskan, penerima bantuan tidak akan diberikan wang tunai tetapi dibantu dari segi membaiki kerosakan rumah, mengusahakan sesuatu projek pertanian, pembelian peralatan menangkap ikan dan pendidikan.

Page 4: Fikrah#7 Edisi7  - Jangan Jadi Munafik

4 | FIKRAH PRU 13

Mat Jenin,KHAYALAN23 Tahun

KOTA BHARU – Semenjak memerintah Kelantan lebih 23 tahun lalu, PAS tidak pernah lekang dengan khayalan projek- projek pembangunan termasuk bertaraf mega untuk memastikan sokongan rakyat kepada mereka.

Pelbagai janji ditaburkan hanya kerana ingin memastikan sokongan rakyat berterusan daripada projek Jambatan Palekbang se-hinggalah projek mega yang langsung tidak tercapai dek fikiran seperti projek ‘bullet train’.

Difahamkan kerajaan PAS Kelantan pernah berjanji untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 16 projek mega bernilai antara RM100 juta hingga RM1.5 bilion yang berjumlah melebihi RM7.63 bilion di negeri ini sebelum timbul cadangan pembinaan lebuh raya bernilai RM1.8 bilion dari Kuala Krai-Kota Bharu.

Namun rakyat sedar projek 'mega' yang dijanjikan itu tidak mungkin dan tidak pernah menjadi kenyataan malah akan hilang begitu sahaja.

Antara projek penting yang dijanjikan kerajaan PAS Kelantan ialah pembinaan jambatan merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Kampung Cina di Pantai Cahaya Bulan dengan Palekbang di Tumpat pada tahun 1996 yang mana pengumumannya

Batu Asas jambatan Kg Cina Ke Palekbang.

memberikan berita gembira buat rakyat.

Ketika itu, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz menjemput Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Ismail Petra untuk mencemar duli bagi meletakkan sebuah batu asas betul-betul berhampiran dengan Balai Polis Palekbang.

Janji itu ternyata menggembirakan rakyat di kedua-dua daerah kerana ia bukan sahaja dapat mengelakkan kesesakan, malah memberi pilihan kepada mereka untuk mencari jalan singkat terutama yang bekerja di Kota Bharu.

Namun semua itu hanya tinggal janji apabila setelah lebih 16 tahun jambatan yang dijanjikan itu masih belum menampakkan tanda pembinaan malah batu asas yang dirasmikan dulu juga sudah dikelilingi dengan semak samun.

Kemudian PAS berjanji lagi untuk membina Bandar Red Warriors dan Stadium Bola Sepak di Bukit Merbau, Pasir Puteh yang mana Nik Aziz dalam satu sidang akhbar di pejabatnya pada 18 Mei 2011, menyatakan kerajaan Kelantan berjanji akan membina sebuah stadium bola sepak baru bernilai sekurang-kurangnya RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Namun selepas dua tahun mengumumkan janji tersebut dibuat tidak ada sebarang usaha

pembinaan dibuat tetapi kerajaan Kelantan pimpinan PAS sekali lagi melancarkan batu asas untuk stadium tersebut.

Seterusnya pada manifesto Pilihan Raya Umum 2004, PAS sekali lagi memberikan janji kepada rakyat Kelantan untuk membina lebih 100 unit rumah kedai di Bukit Gedombak, Pasir Puteh yang dinamakan sebagai Taman Putra lebih 10 tahun lalu dan ia mendapat respon positif daripada rakyat.

Kesemua unit rumah yang dijanjikan telah pun ditempah dan dibayar deposit malah ada yang sudah dipotong bayaran bulanan oleh pihak bank namun akhirnya mereka hanya kehilangan wang sebaliknya rumah dijanjikan masih tidak ada.

Jadi jelaslah bahawa kerajaan PAS Kelantan adalah sebuah kerajaan yang hanya tahu melancarkan batu asas tapak projek tetapi tidak tahu untuk menunaikan janji sebenar.

Oleh yang demikian, rakyat Kelantan perlu sedar apa yang diperjuangkan PAS selama ini hanyalah retorik politik semata untuk meraih undid an bukannya untuk membantu menjaga kebajikan rakyat.