6
Laporan Kerja Amal (Kekeluargaan) Tajuk : Melibatkan diri dalam mengemaskan dan membersihkan kawasan rumah Penganjur : Keluarga Tan Tarikh : 10 Mei 2011 Masa : 8 pagi - 11 pagi Tempat : Rumah Matlamat : Melaksanakan tanggungjawab diri sebagai seorang anak terhadap keluarga sendiri Objektif : Memupuk nilai bertanggungjawab sebagai seorang anak terhadap keluarga sendiri Mewujudkan keadaan persekitaran rumah yang selesa dan harmoni Mengeratkan hubungan antara anggota keluarga Perjalanan Projek : Bagi melaksanakan kerja amal dalam bidang kekeluargaan, keluarga saya telah merancang untuk membersihkan kawasan rumah. Pelbagai perancangan dan perbincangan telah diadakan untuk menjayakan aktiviti ini. Pada pukul 8 pagi, selepas bersarapan aktiviti membersihkan dan mengemaskan kawasan rumah telah diadakan. Sebelum aktiviti tersebut diadakan, ibu bapa telah membahagikan kerja kepada kami. Kami bekerjasama melaksanakan tugas yang diberi supaya aktiviti dijalankan dengan lancar dan berjaya. Banyak aktiviti kerja telah dilakukan. Antaranya termasuklah menyapu lantai, mencuci kereta, memotong rumput, mengelap meja, memasang langsir dan

Folio Moral (Laporan Kerja Amal) (1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Contoh Laporan

Citation preview

Laporan Kerja Amal (Kekeluargaan)Tajuk : Melibatkan diri dalam mengemaskan dan membersihkan kawasan rumahPenganjur : Keluarga TanTarikh : 10 Mei 2011Masa : 8 pagi - 11 pagiTempat : RumahMatlamat : Melaksanakan tanggungjawab diri sebagai seorang anak terhadap keluarga sendiriObjektif : Memupuk nilai bertanggungjawab sebagai seorang anak terhadap keluarga sendiri Mewujudkan keadaan persekitaran rumah yang selesa dan harmoni Mengeratkan hubungan antara anggota keluargaPerjalanan Projek :Bagi melaksanakan kerja amal dalam bidang kekeluargaan, keluarga saya telah merancang untuk membersihkan kawasan rumah. Pelbagai perancangan dan perbincangan telah diadakan untuk menjayakan aktiviti ini. Pada pukul 8 pagi, selepas bersarapan aktiviti membersihkan dan mengemaskan kawasan rumah telah diadakan. Sebelum aktiviti tersebut diadakan, ibu bapa telah membahagikan kerja kepada kami. Kami bekerjasama melaksanakan tugas yang diberi supaya aktiviti dijalankan dengan lancar dan berjaya. Banyak aktiviti kerja telah dilakukan. Antaranya termasuklah menyapu lantai, mencuci kereta, memotong rumput, mengelap meja, memasang langsir dan sebagainya. Aktiviti membersihkan rumah telah mengambil masa selama tiga jam. Setelah aktiviti ditamatkan, ibu mengucapkan terima kasih atas bantuan dan kerjasama yang diberi oleh semua ahli keluarga.Peranan Saya :Dalam aktiviti yang berfaedah ini, saya telah meluangkan masa untuk berbincang dengan ahli keluarga sebelum aktiviti membersihkan dan mengemaskan kawasan rumah diadakan. Saya telah mengemukakan beberapa idea dan cadangan ketika berbincang bahawa ahli keluarga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditempatkan di tempat yang berbeza di kawasan rumah supaya mempercepatkan kerja membersihkan rumah. Saya prihatin dengan masalah-masalah yang mungkin timbul dan berusaha menyelesaikannya.Saya telah menyumbang tenaga dengan menyapu lantai dengan menggunakan penyapu dan penyodok. Saya bertanggungjawab mencuci kereta dengan ayah dan adik saya. Saya rajin menjalankan tugasan saya dengan bantuan adik saya. Saya juga memberi kerjasama apabila saya dan adik saya mengangkat sofa yang berat ke tempat lain untuk menyapu lantai. Saya bersama adik saya menolong mengelap lantai. Dengan adanya sifat kepemimpinan saya, saya mendapat kerjasama daripada keluarga saya. Saya berupaya mengawal keadaan semasa mengelap kipas supaya tidak cedera. Saya prihatin terhadap ibu saya kerana seorang diri melakukan pelbagai jenis kerja di rumah. Saya bertoleransi dengan ahli keluarga saya. Kami bertolak ansur supaya tidak menimbulkan sebarang konflik yang akan melukakan perasaan anggota keluarga.Kesan Yang Diperolehi :Kesimpulannya, setelah tiga jam bertungkus-lumus membersihkan kawasan rumah, saya sedar akan kepentingan kawasan rumah yang bersih dapat mewujudkan tempat tinggal yang selesa dan kepentingan amalan menjaga dan menyayangi alam sekeliling. Saya juga insaf akan tindakan saya yang sebelum ini yang kerap mengabaikan kepentingan menjaga kebersihan kawasan rumah. Selain itu, saya mengambil iktibar daripada penyertaan aktiviti ini dan bertekad untuk berubah sikap saya yang mementingkan diri sendiri dengan kerap melaksanakan tugas menjaga kebersihan rumah dengan penuh semangat. Saya telah memperolehi sikap kesederhanaan dengan tidak bertindak keterlaluan dalam melaksanakan tanggungjawab saya untuk menjaga kebersihan rumah dan persekitaran rumah.

Laporan Kerja Amal (Alam Sekitar)Tajuk : Melibatkan diri dalam membersihkan kawasan alam sekitarPenganjur : Saya dan rakan-rakan sayaTarikh : 20 Mei 2012Masa : 8 pagi - 10 pagiTempat : Teluk CempedakMatlamat : Membersihkan kawasan alam sekitar dan Mewujudkan suasana yang selesaObjektif : Memupuk sikap tolong-menolong antara saya dan rakan saya dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain Mewujudkan kesedaran mencintai alam sekitar yang bersih Memupuk sikap rajin dan tanggungjawab dalam diri kami supaya menjadikan kebersihan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersamaPerjalanan Projek :Bagi melaksanakan kerja amal dalam bidang alam sekitar, saya dan rakan-rakan saya telah merancang untuk membersihkan kawasan alam sekitar. Pelbagai perancangan dan perbincangan telah diadakan untuk menperjayakan aktiviti ini. Pada pukul 8 pagi, saya bersama rakan-rakan saya telah berkumpul di Teluk Cempedak. Pelbagai alatan seperti penyapu, beg plastik untuk mengandungi sampah sarap dan sebagainya telah disediakan untuk membersihkan kawasan alam sekitar. Selepas itu, saya dan rakan-rakan saya telah dibahagikan mengikut kumpulan dan kawasan kerja, kerja pembersihan bermula dengan setiap kumpulan ditempatkan di kawasan yang berbeza. Semua peserta bertungkus-lumus melaksanakan tugas yang diberi. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti menyapu sampah, mengutip sampah, membuang sampah dan sebagainya. Pada pukul 10 pagi, semua tugas telah diselesaikan dan semua orang pun pulang ke rumah masing-masing. Peranan Saya :Dalam aktiviti yang berfaedah ini, saya telah meluangkan masa untuk berbincang dengan rakan-rakan saya sebelum aktiviti membersihkan kawasan alam sekitar Teluk Cempedak diadakan. Saya telah mengemukakan beberapa idea dan cadangan ketika berbincang dengan mencadangkan bahawa kumpulan-kumpulan ditempatkan di zon-zon yang berbeza di kawasan alam sekitar bagi mempercepatkan kerja membersihkan kawasan alam sekitar. Saya prihatin dengan masalah-masalah yang mungkin timbul dan berusaha menyelesaikannya.Saya bertanggungjawab mengutip sampah-sarap bersama ahli kumpulan yang lain. Saya telah menyumbang tenaga saya dengan mengutip sampah sarap dan buang ke dalam tong sampah kitar semula. Saya rajin menjalankan tugasan saya dengan bantuan rakan-rakan saya. Saya juga memberi kerjasama semasa saya dan rakan saya mengutip surat khabar untuk mengitar semula. Dengan adanya sifat kepemimpinan saya, saya telah mendapat kerjasama daripada rakan saya. Saya berupaya mengawal keadaan semasa menjalankan aktiviti membersihkan kawasan alam sekitar supaya tidak ada orang cedera. Saya bertoleransi dengan rakan-rakan saya apabila berhadapan dengan rintangan yang harus saya selesaikannya. Kami bertolak ansur supaya tidak menimbulkan sebarang konflik yang akan melukakan perasaan rakan saya. Setelah semua kerja pembersihan selesai, saya amat prihatin dengan memastikan semua alatan telah memulangkan kepada orang lain. Kesan Yang Diperolehi :Kesimpulannya, setelah dua jam bertungkus-lumus membersihkan kawasan Teluk Cempedak, saya sedar akan kepentingan kawasan alam sekitar yang bersih dapat mewujudkan alam sekitar yang bersih dan indah. Saya juga insaf akan sikap saya yang selalu mengabaikan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Selain itu, saya mengambil iktibar daripada penyertaan aktiviti ini dan bertekad untuk berubah sikap saya yang mementingkan diri sendiri dengan kerap melaksanakan tugas menjaga kebersihan alam sekitar dengan penuh semangat. Saya telah memperolehi sikap kesederhanaan dengan tidak bertindak keterlaluan dalam melaksanakan tanggungjawab saya untuk menjaga kebersihan alam sekitar.