23
TINGKATAN 2 Tajuk:Perjuangan Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa Nama:Lo Shyhfong Kelas:2C Nama Guru:Pn.Choo Mee Foong ISI KANDUNGAN

Folio Sejarah Tingkatan 2

  • Upload
    shyhfong

  • View
    68.396

  • Download
    113

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tis for form 2 sejarah

Citation preview

Page 1: Folio Sejarah Tingkatan 2

TINGKATAN 2

Tajuk:Perjuangan Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa

Nama:Lo ShyhfongKelas:2C

Nama Guru:Pn.Choo Mee Foong

Page 2: Folio Sejarah Tingkatan 2

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk m/s1. Perhargaan 12. Objektif Kajian 23. Kaedah Kajian 34. 7.5:Dato Maharaja Lela Perjuang Kebanggaan Perak -Latar Belakang 4 -Faktor Penentangan 5 -Peristiwa Penentangan 6 -Kesan Penentangan 75. 7.7:Dato’Bahaman Pahlawan Pahang -Latar Belakang 8 -Faktor Penentangan 9 -Peristiwa Penentangan 10 -Kesan Penentangan 116. 7.8:Mat Salleh Menyanggah SBUB -Latar Belakang 12 -Faktor Penentangan 13 -Peristiwa Penentangan 14 -Kesan Penentangan 157. 7.10:Tok Janggut Pejuang Jihad -Latar Belakang 16 -Faktor Penentangan 17 -Peristiwa Penentangan 18 -Kesan Penentangan 198. Rujukan 20 9. Rumusan 21

Page 3: Folio Sejarah Tingkatan 2

Penghargaan

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

(a) Pihak sekolah yang memberi palbagai bantuan serta kabenaran untuk menjalankan kajian Sejarah ini.

(b) Puan Choo Mee Foong guru sejarah kelas saya yang telah banyak memberi panduan , nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian dijalankan.

(c) Ibu bapa tersayang yang telah memberi banyak prihatin dan semangat kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini.

(d) Rakan-rakan kelas saya yang telah memberi kerjaasama serta sumbangan semasa kajian dijalankan.

Akhirnya , saya semoga mereka dapat berjaya dalam segala lapangan yang diceburi.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 1

Page 4: Folio Sejarah Tingkatan 2

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran Sejarah Tingkatan Dua . Antara objektif kajian yang ingin dicapai ialah :

(a) Mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa penjajahan.

(b) Mengetahui bahawa penjajahan menyebabkanpenderitaan dan penghinaan.

(c) Memahami dan menyedari sebab-sebab penentangan dan kesan-kesannya.

(d) Menjadikan iktibar dan pengajaran sebagai pandu masa kini dan masa hadapan.

(e) Mempelajari semagat patriotisma serta bangga akan negara sendiri mereka yang mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara , pahlawan tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 2

Page 5: Folio Sejarah Tingkatan 2

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang saya guna untuk menyiapkan kerja kursus ini , saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat serta menganalisis maklumat , iaitu:

(a) Rujukan Buku Teks -Saya merujuk kepada buku teks mengaji dan meneliti serta mencatatkan isu-isu dan gambar-gambar yang diperlukan .

(b) Kaedah Perbincangan -Saya berbincang dengan guru sajarah dan kawan-kawan baik saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

(c) Kaedah Kerja Kumpulan -Saya dan kawan-kawan menyiapkan kerja kursus ini bersama-sama . Kami bertukar maklumat fikiran dan idea yang berguna .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 3

Page 6: Folio Sejarah Tingkatan 2

7.5 : Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggan Perak

Gambar pelukismenunjukkan Dato’

maharaja Lela.

Latar Belakang

-Dato Maharaja Lala ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak.

-Pada November 1874 , Perak menerima Residen British iaitu J.W.W. Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor.

-Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Brich , sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 4

Page 7: Folio Sejarah Tingkatan 2

FAKTOR PENENTANGAN

(a) Mengambil Hak Mengutip Cukai -Pada 24 Julai 1875 , Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani

pengisytiharkan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. -Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani.

-Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.

(b) Mencabar Ketuanan Melayu -Kemarahan sultan dan pemesar Perak memuncak. -pada 2 Oktober 1875 , Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharkan

penyerahan kuasa kepada British. -Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. -Residen berkuasa melantik hakim , mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.

(c) Memperkenalkan Cukai Baru-Birch bertindak sesuka hati.-Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi , perahu , atap , senjatah dan bayaran permit untuk membalak.-Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.

(d) Mencabuli Adat Resam -Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau

mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu.-Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba

perempuan di rumahnya.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 5

Page 8: Folio Sejarah Tingkatan 2

PERISTIWA PENENTANGAN

Raja Abdullah , Raja Ismail dan Dato’Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang .

Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch .

Dato’maharaja lela dan pengikutnya Dato’Sagor , Pandak Indut Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya .

Mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak .

Pada 2 November 1875 , Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British .

Dato’Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch .

Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak .

Dato’Maharaja Lela dan Dato’Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak .

Pasukan british dikalahkan dan Kapten Innes terkorban .

Pertempuran ini dikenali sebagai “Perang Perak” dan berlaku hampir setengah tahun .

Pada 7 November 1875 , pertempuran berlaku di Bandar Tua .

Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 6

Page 9: Folio Sejarah Tingkatan 2

KESAN PENENTANGAN Pada tahun 1877 , dato’maharaja lela , dato’sagor , pandak indut dan

sepuntum dihukum gantung sampai mati di matang , perak .

Sultan abdullah dan ngah ibrahim dibuang negeri ke pulau seychelles di lautan hindi .

Raja ismail dibuang negeri ke johor .

British tegas menghapuskan kebangkitan di perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah .

Dato’maharaja lela menjadi simbol kepahlawanan orang melayu .

Kawasan kebangkitan Perang Perak

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 7

Page 10: Folio Sejarah Tingkatan 2

7.7 DATO’ BAHAMAN PAHLAWAN PAHANG

Gambar pelukis menunjukkan

Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang

LATAR BELAKANG

Nama sebenarnya Abdul Rahman Bin Imam Noh.

Dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’Setia perkasa pahlawan semantan.

Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.

Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segera.

Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 8

Page 11: Folio Sejarah Tingkatan 2

FAJTOR PENENTANGAN(a) Hilang Hak Mengutip Cukai

Dato’Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai pengawai majistret dan pemungut hasil di daerah Temerloh.

Dato’Bahaman dilarang mengutik cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh.

(b)Pembinaan Balai Polis Pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk

Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato’Bahaman.

Konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius.

Dato’Bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.

(c) Perlucutan Gelaran Hugh Cliffod menganggap Dato’Bahaman sebagai penderhaka

kerana enggan mematuhi arahan British.

British memaksa Sultan Ahmah melucutkan gelaran Dato’Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

Tindakan British memalukan Dato’Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari Pahang.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 9

Page 12: Folio Sejarah Tingkatan 2

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada 16 Disember 1891 , British menangkap 3 orang pengikut Dato’Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran .

Tindakan British itu menyebabkan Dato’Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua .

Peristiwa ini mencetuskan perang . Pada 26 Disember 1891 , Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang

tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi .

Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan daripada Singapura . Pada Januari 1892 , British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan

kebangkitan rakyat Pahang . Pasukan tentera dinamakan “Gerakan Sultan” yang disertai oleh

J.P.Rodger ditumbuhkan . British membekalkan 200 pucuk senapang dan 1000 butir peluru . Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan

11 kubu Dato’Bahaman di Bentong . Pada Mac 1892 , British sekali lagi menyerang Lubuh Terua . Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu . Di Terengganu , Ulama Tok Ku Palah menyemarakkan semagat pejuang

Pahang berjihad menentang British . Pada 14 Jun 1894 , Dato’Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan

Kuala Tembeling dan Jeram Ampai . British bertindak balas menghantar Kolobel Walker untuk menawan

semula Jeram Ampai . Dato’Bahaman , Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan . Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di

Pahang.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 10

Page 13: Folio Sejarah Tingkatan 2

KESAN PENENTANGAN

Dato’bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British .

Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang .

Kebangkitan ini berlansung selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894 .

British terpaksa menanggung hutang yang banyak .

Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

PETA:Kawansan berlakunya kebangkitan di Pahang.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 11

Page 14: Folio Sejarah Tingkatan 2

7.8MAT SALLEH MENYANGGAH SBUB

Gambar pelukis menunjukkan Mat Salleh

LATAR BELAKANG Nama sebenar Dato Mohammad Salleh Bin Dato Batu .

Dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungai Sugut .

Berketurunan Bajau dan Suluk .

Mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang .

Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan di Sabah .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 12

Page 15: Folio Sejarah Tingkatan 2

FAKTOR PENENTANGAN

(a) Perjuang Jihad Kebangkitan berpucar daripada semangat perjuang jihad orang Sulu

menentangan Sepanyol di selatan Filipina .

(b) Peraturan Yang Membebankan SBUB memperkenalkan peraturan baru di Sabah seperti amalan

buruh paksa , cukai beras dan lesen perahu yang membebankan rakyat .

(c) Percubaan Berunding Gagal Pada Ogas 1895 , Mat Salleh dan pembesar tempatan ke Sandakan

untuk menemui Gabenor Beaufort , C.V.Creagh . Tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan tindakan

kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan . Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah

menunggu selama 10 hari beliau meninggalkan Sandakan .

(d) Perkampungan Dibakar Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam

kepentingan SBUB . SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat

Salleh . SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya

menangkap Mat Salleh .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 13

Page 16: Folio Sejarah Tingkatan 2

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada Julai 1897 , Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan memakar Pulau Gaya .

Pada November 1897 , Mat Salleh menyerang Ambong . William Cowie , Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan

Mat Salleh lalu menawankan perdamaian dan pengampunan kepadanya . Pada April 1898 , rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di

menggatal . Mat Salleh dan pengikut diberi pengampunan . Penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan

kembali semula . Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan . Mat Salleh diminta melaporkan pengerakannya kepada SBUB . SBUB tidak menepati janji sebaliknya pada tahun 1899 SBUB mengambil

alih pentadbiran di Tambunan . Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan dengan menbina

kubu di Kampung Teboh , Tambunan . SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran . Pada Januari 1900 , SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh . Mat Salleh terkorban .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 14

Page 17: Folio Sejarah Tingkatan 2

KESAN PENENTANGAN

Perjuang diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Setor dan Kamunta .

Pada Julai 1902 , British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah sepenuhnya.

PETA : Kawasan kebangkitan Mat Salleh .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 15

Page 18: Folio Sejarah Tingkatan 2

7.10 TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD

LATAR BELAKANG

Nama sebenar haji mat hassan bin munas .

Dikenali sebagai tok janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada .

Dilahirkan pada tahun 1853 di kampung jeram , pasir puteh , kelantan .

Mendapat pendidikan pondok di kelantan dan makkah .

Mahir dalam ilmu persilatan .

Menetap di kampung nering , kelantan .

Bekerja sebagai petani dan peniaga .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 16

Page 19: Folio Sejarah Tingkatan 2

FAKTOR PENENTANGAN

(a)Peraturan Tanah Tok Janggut menentang peraturan cukai pada tahun 1915 yang

mewajidkan petani membayar cukai tanah .

(b)Pengenalan Cukai Yang Membebankan Petani dikehendaki membayar cukai seperti :

(1)Cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok(2)Pokok pinang 1 sen sepokok(3)Sirih 5 sen sejunjung .(4)Kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor .

Peraturan ini membebankan rakyat

(c)Perasaan anti-British Sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang

Kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 .

Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah barat .

Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh .

(d)Pembayaran Cukai Yang Menyusuhkan Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana

pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar . Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi

gagal . Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda . Penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab

pegawai British .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 17

Page 20: Folio Sejarah Tingkatan 2

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada 28 April 1915 , Pegawai Daerah Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai .

Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut .

Pada 29 April 1915 , Tok Janggut , Engku Besar Jeram , Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh .

Mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada ancaman British .

Engku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh . Tok Janggut sebagai Perdana Menteri . Pada 9 Mei 1915 , British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada

sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya . Pada 23 Mei 1915 , British membakar rumah Tok Janggut dan

pengikutnya kerana enggan menyerah diri . Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh . Pada 24 Mei 1915 , British menyerang Tok Janggut yang berkubu di

Kampung Dalam Pupuh , Saring . Tok Janggut terkorban . Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian

digantung songsang di Padang Balai Besar , Kota Bharu selama 4 jam . Kemudian dikebumikan di Pasir Puteh .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 18

Page 21: Folio Sejarah Tingkatan 2

KESAN PENENTANGAN

Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat .

Semangat perjuangan mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan British .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 19

Page 22: Folio Sejarah Tingkatan 2

RUJUKAN

Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 .

Buku Rujukan Sejarah .

Nota yang diberi oleh guru .

Melayari Internet .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 20

Page 23: Folio Sejarah Tingkatan 2

RUMUSAN

Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa penjajahan menyebabkan penderitaan dan penghinaan . Kekayaan tanah air telah dibolot oleh pejajah dan penduduknya pula ditindas . Demi mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara , pajlawan tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah , tetapi British telah menggunakan tipu helah , kekuatan tentera dan menguatkuasakan undang-undang untuk melumpuhkan perjuang mereka . Perjuang-perjuang negara dijatuhi hukuman mati , dibuang negara , dipenjarah , harta banda dirampas dan perkampungan mereka dibakar . British juga mengisytiharkan perjuang tanah air sebagai pemberontak dan penderhaka . Walaupun mereka gagal , namun semangat dan keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada perjuang seterusnya . Perjajahan British telah meninggalkan kesan yang pahit kepada seluruh rakyat .

Belajarlah daripada sejarah , jika kita lupa dan leka kita akan dijajah semula . Oleh itu , untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan negara .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 21

Page 24: Folio Sejarah Tingkatan 2

TAMAT

TERIMA KASIH