77

Click here to load reader

Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Untuk Maklumat Lanjut Sila Tadah Tangan Dan Minta Yang Berada Di Atas Langit Itu..... Maklumat Lanjut Email Kepada NHK / HaZMi15294 ([email protected]) ( Yahoo Mesengger, Myspace, Facebook, Friendster ).....

Citation preview

Page 1: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 2: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 3: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 4: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

P.Lim Pui Huen, 2002. Wong Ah Fook : Immigrant, Builder and Entrepreneur. Singapura

: Times Editions.

Ramlah Adam, 1992. Dato’ Onn Ja’afar : Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 5: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 6: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Holistik, Keluaran Ogos 2007, Halaman 7. Unit Media dan Komunikasi (MEDKOM).

Page 7: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 8: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 9: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 10: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

The Grand Palace and Royal Sultan Abu Bakar Museum, http://www.about-

malaysia.com/johor/culture-heritage.htm

Sultan Abu Bakar Royal Museum, http://www.tourismjohor.com/destination/view.cfm?

ID=2A6CB3C1-201E-4827-8C0D1E5C72DDBE2E

Muzium DiRaja Sultan Abu Bakar,

http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/johor_bahru/

Istana Besar, Birthplace of Umno,

http://www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Monday/MyJohor/2511704/Article/

index_html

Istana Besar, http://en.wikipedia.org/wiki/Istana_Besar

Page 11: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 12: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor, 80500, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. Tel: 07-223 0222.

Page 13: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 14: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Jabatan Muzium Diraja Abu Bakar. “Sejarah Ringkas Kesultanan Negeri Johor Darul

Ta’zim” dalam Jurnal Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor.11 Mei 1990.

Page 15: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 16: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 17: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 18: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Bangunan Bersejarah Istana Besar Johor,

Johor Bahru.

Page 19: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 20: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

TAJUK MUKA SURAT

Tajuk Kajian

Senarai Kandungan

Penghargaan

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

Hasil Kajian

Nama Bangunan

Asal-Usul

Pengasas

Pembinaan

Lokasi

Tujuan Penubuhan

Perasmian

Reka Bentuk Pelan

Bahan Binaan

Cara Pembinaan

Pengubahsuaian

Hiasan Dalaman

Kegunaan Dahulu Dan Sekarang

Rumusan

Lampiran

Peta Istana

Pelan Istana

Gambar Istana

Pamplet

Borang Soal Selidik

Rujukan

i

ii

1-2

3

4

5-21

5

6

8

9

9

10

10

11

13

14

15

16

18

21-22

23-29

23

24

25

27

29

30-31

Page 21: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Tuan Pengetua iaitu Encik Guffri Bin Alpiah dan guru pembimbing saya iaitu Encik

Shahnun Bin Abd. Ghani dan guru-guru sejarah yang lain kerana tidak jemu-jemu memberi

bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang

ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar

memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu

ayahanda Kamaruzaman Bin Abd. Rasid dan bonda Nor Arbaayah Binti Sharif yang turut

membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tidak ketinggalan juga abang sulung saya iaitu

Nor Zaidy Bin Kamaruzaman kerana sudi membawa saya melawat Istana Besar Johor. Tanpa

sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-

kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang

ringgit.

Page 22: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-

kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah

fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa kawasan kajian.

Page 23: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada

pegawai Muzium Diraja Sultan Abu Bakar dan lain-lain yang menjadi responden atau orang

sumber kerana banyak membantu saya dengan memberi pelbagai maklumat terkini tentang

Istana Besar Johor.

Sekian, terima kasih.

…………………………………

NOR HAZMI BIN KAMARUZAMAN

Page 24: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara

kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah Istana Besar Johor di Johor Bahru. Kajian saya ini

Page 25: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

merangkumi objektif-objektif seperti mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.

Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang

sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,

jelas dan tepat.

Selain itu, kajian ini membolehkan saya menambah pengetahuan tentang banguanan

bersejarah yang ada di Malaysia serta memupuk perasaan bangga terhadap tanah air.

Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah yang ada di

Malaysia. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya. Kajian ini

juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita

kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta

memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia

Seterusnya, kajian ini membolehkan saya mengambil iktibar daripada peristiwa yang

berlaku di sebalik bangunan bersejarah. Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil

iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Misalnya seperti

Istana Besar Johor, ianya menyedarkan saya bahawa kebijaksanaan pemimpin amat penting

kerana ianya akan menentukan keharmonian hidup rakyatnya..

Akhir sekali, melalui kajian ini saya dapat menanam semangat patriotisme di dalam

diri. Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan

generasi muda melalui kajian ini.

Page 26: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Dalam menjalankan kajian ini, saya telah mengunakan beberapa kaedah kajian.

Antaranya ialah melayari internet. Antara laman web yang saya layari ialah Antara laman web

yang saya layari ialah www.about-malaysia.com/johor/culture-heritage.htm,

www.tourismjohor.com/destination/view.cfm?ID=2A6CB3C1-201E-4827-

8C0D1E5C72DDBE2E, www.johordt.gov.my/pelancongan/page/johor_bahru/,

www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Monday/MyJohor/2511704/Article/index_html dan

www. en.wikipedia.org/wiki/Istana_Besar . Melalui kaedah ini banyak maklumat yang saya

perolehi seperti kegunaan Istana Besar Johor, lokasi Istana Besar Johor, reka bentuk pelan Istana

Besar Johor dan tujuan penubuhan Istana Besar Johor.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah merujuk bahan ilmiah seperti buku, jurnal

dan majalah. Antara buku ilmiah yang saya rujuk ialah Wong Ah Fook : Immigrant, Builder and

Entrepreneur dan Dato Onn Jaafar. Selain buku ilmiah, saya juga merujuk majalah seperti

Holistik serta jurnal seperti “Sejarah Ringkas Kesultanan Negeri Johor Darul Ta’zim” dalam

Jurnal Muzium Diraja Abu Bakar. Melalui kaedah merujuk bahan ilmiah ini saya memperolehi

banyak maklumat seperti asal-usul Istana Besar Johor, bahan binaan Istana Besar Johor, cara

pembinaan Istana Besar Johor dan arkitek yang terlibat dalam pembinaan Istana besar Johor.

Page 27: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Seterusnya, sya juga menggunakan kaedah melawat tempat kajian iaitu melawat Istana

Besar Johor. Saya telah melawat Istana Besar Johor yang beralamat Muzium Diraja Sultan Abu

Bakar, Istana Besar Johor, 80500, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. Melalui lawatan ini saya

telah mendapat banyak maklumat seperti, pengasas Istana Besar Johor, tarikh pembinaan Istana

Besar johor, hiasan dalaman Istana Besar Johor dan pengubahsuaian Istana Besar Johor.

Page 28: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 29: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

NAMA BANGUNAN.

Nama bangunan bersejarah yang dipilih bagi kajian ini adalah Istana Besar Johor.

Terdapat juga nama lain bagi Istana Besar Johor iaitu Muzium Diraja Sultan Abu Bakar dan

Muzium Diraja Johor.

Nama Istana Besar Johor ataupun “Grand Palace Of Johore” telah digunakan semasa

pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri

Maharaja Johor iaitu Sultan Johor yang ke-21 kerana bangunan ini merupakan istana dan pusat

pemerintahan bagi negeri Johor pada masa itu.

Seterusnya, nama Muzium Diraja Sultan Abu Bakar ataupun “Royal Abu Bakar

Museum” digunakan semasa bangunan ini diistiharkan sebagai muzium oleh Sultan Sir Mahmud

Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi iaitu sultan Johor yang ke-24

sebagai memperingati keunggulan dan kewibawaan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni

Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor begitu besar ertinya kepada

Kesultanan Johor dan seluruh rakyat negeri Johor. Nama muzium ini adalah sebagai sanjungan

dan penghormatan tertinggi serta salah satu cara yang paling bermakna untuk mengabdikan nama

dan identiti Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri

Maharaja Johor sebagai pengasas Kesultanan Melayu Moden, Bapa Pembangunan Johor Moden

dan Pembina Istana.

Page 30: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar

Almarhum Sultan Sir Ibrahim

LATAR BELAKANG.

ASAL-USUL.

Istana Besar Johor merupakan salah sebuah bangunan terawal dibina di Tanjung Puteri

atau lebih dikenali sebagai Johor Bahru pada masa sekarang.

Sejak disempurnakan pembinaannya pada 1 Januari 1866 ianya

menjadi lambang keunggulan dan kedaulatan Kesultanan Johor

serta menjadi pusat pemerintahan dan tumpuan perkembangan

sejarah dan kebudayaan negeri Johor moden. Keunggulan Istana

Besar Johor ini dapat memperlihatkan kepada dunia bahawa

Kesultanan Johor Moden yang dibina oleh Almarhum Sultan Sir

Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri

Maharaja Johor mempunyain identiti kehebatan resam budaya dan keindahan adat istiadatnya

yang tersendiri.

Di sepanjang pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum

Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor dan Almarhum

Sultan Sir Ibrahim al-Mashur ibni Almarhum Sultan Sir Abu

Bakar, Istana Besar Johor sentiasa meriah mencatatkan berbagai

peristiwa penting dalam pergolakan sejarah negeri Johor. Ketua-

ketua negara, kerabat diraja dan orang-orang kenamaan dari

negara-negara asing seperti Great Britain, Romania, Itali,

Thailand, China, Jepun, Hawai, Amerika Syarikat dan banyak

lagi kerap mengadap Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng

Page 31: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Almarhum Sultan Sir Ismail

Sultan Sir Mahmud Iskandar

Ibrahim Sri Maharaja Johor dan Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Mashur ibni Almarhum Sultan

Sir Abu Bakar untuk menjalinkan persahabatan dengan Kerajaan Negeri Johor dan membalas

lawatan rasmi Baginda ke negara-negara tersebut.

Hingga ke akhir zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Mashur ibni

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Istana Besar Johor masih

berperanan seperti sebelumnya walaupun tempat persemayamam

Baginda telah berpindah ke Istana Bukir Serene. Sungguhpun

keadaan yang sama masih berterusan di zaman pemerintahan

Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Sir

Ibrahim Al-Masyhur tetapi disebabkan Istana Besar Johor telah

lama dimakan usia, keadaan di luarnya kelihatan using dan tidak

lagi memperlihatkan kehebatan seperti dahulu.

Setelah lebih sekurun lamanya Istana Besar Johor melalui

zaman-zaman keindahan dan kegemilangan liku-liku sejarahnya

yang tersendiri, akhirnya tanpa diduga berlaku satu perunahan di

luar jangkaan apabila Sultan Sir Mahmud Iskandar Al-Haj ibni

Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi menitahkan di dalam

satu mesyuarat yang diadakan di Istana Bukit Iskandar supaya

Istana Besar Johor dijadakan sebagai sebuah Muzium DiRaja di

samping terus mengekalkan peranan asalnya sebagai sebuah

istana tempat melangsungkan segala adat istiadat kebesaran Kesultanan Johor Darul Takzim.

Page 32: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Bermula dari tahun 1984 kerja-kerja pemulihan, pengubahsuaian dan menaikkan taraf

terhadap bangunan Istana Besar Johor telah dilakukan agar ianya bersesuaian dengan keperluan

dan konsep sebuah muzium Diraja dan istana yang masih beperanan. Kini wajah barunya yang

tersegam indah dapat memeperlihatkan lagi seri kehebatannya dan menjadi mercutanda yang

sangat menarik di Johor Bahru.

Kewujudan Muzium Diraja Abu Bakar dan pembukaanya kepada umum mulai 11 Mei

1990 ini merupakan detik bersejarah yang akan memberikan imej baru yang lebih hebat kepada

Istana Besar Johor.Terdapat kira-kira 5,000 jenis bahan koleksi yang kesemunya dianggarkan

kira-kira 35,000 buah bahan tersimpan dalam bangunan ini.

PENGASAS.

Istana Besar Johor telah diasaskan oleh Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum

Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja yang telah meletakkan batu asas di tapak pembinaan

Istana Besar Johor pada tahun 1864. Baginda telah mengilhamkan rekabentuk istana ini yang

berunsurkan Inggeris-Melayu. Baginda juga telah mengarah pembinaan istana ini dan mahukan

ianya dibina dengan pengaruh Renaissance. Kebanyakan perabot dan alat Kebesaran Negeri

Johor yang tersimpan di dalam istana ini diilhamkan oleh Baginda sendiri dan juga Baginda

telah memantau pembinaan taman di istana ini.

Bangunan ini telah bertukar menjadi muzium, diasaskan oleh Sultan Sir Mahmud

Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi apabila pada jam 3.00 petang 23

Februari 1982, Baginda telah menitahkan di dalam satu mesyuarat yang diadakan di Istana Bukit

Iskandar, Johor Bahru, supaya Istana Besar Johor ini dijadikan sebagai Muzium Diraja di

Page 33: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

samping terus mengekalkan peranan asalnya sebagai istana tempat melangsungkan segala adat

istiadat kebesaran Kesultanan Negeri Johor Darul Takzim.

PEMBINAAN.

Istana Besar Johor telah dibina pada tahun 1864 dan siap pada tahun 1866. Kosnya

dianggarkan sebanyak Ringgit Malaysia 14 Juta. Istana ini

dibina secara berperingkat oleh Wong Ah Fook. Pada

peringat petama Wong Ah Fook telah membina bahagian

bangunan Istana manakala pada peringkat kedua pula

beliau telah membina bahagian Dewan Cina ataupun

“Council Chamber”.

Menurut sumber pegawai Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, bahawa arkitek yang

bertanggungjawab dalam pembinaan istana ini ialah Yahya Awaluddin. Manakala menurut

sumber buku Wong Ah Fook : Immigrant, Builder and Entrepreneur, bahawa arkitek yang

bertanggungjawab dalam pembinaan istana ini ialah arkitek dariapada Eropah.

LOKASI

Istana Besar Johor terletak di dalam kawasan

Taman Istana dan mudah untuk sampai dengan

menggunakan Jalan Ibrahim atau Jalan Air Molek.

Istana ini berhadapan dengan Selat Johor. Di samping

itu, istana ini terletak di sepanjang Jalan Tun Dr. Ismail,

Johor Bahru. Istana Besar Johor ini beralamat Muzium

Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor, 80500, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

Istana Besar Johor Ketika Pembinaan

Selat Johor

Page 34: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Nombor telefon 07-223 0222. Bangunan berhampiran dengan Muzium Istana Besar ini adalah

Masjid Abu Bakar disebelah utara dan bangunan Pejabat Pos Besar serta bangunan Mahkamah

Johor Bahru di sebelah selatan.

TUJUAN PENUBUHAN.

Istana Besar Johor bertujuan sebagai istana bagi negeri Johor pada satu ketika dahulu. Di

sinilah tempat bersemayam Bapa Pemodenan Johor, Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum

Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja dan kaum kerabatnya.

Bangunan ini juga bertujuan sebagai tempat melangsungkan adat istiadat diraja seperti

pertabalan, kemahkotaan, kemangkatan, peraturan mengadap, pengurniaan gelaran dan darjah

kemahkotaan kebesaran negeri, peraturan berpakaian, berbahasa dan sebagainya.

Di istana inilah tempat perkahwinan Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Mashur ibni

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar dengan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad pada

30 Ogos 1920. Di sini jugalah tempat pertabalan Sultan Sir Ibrahim al-Mashur ibni Almarhum

Sultan Sir Abu Bakar sebagai Sultan Johor ke-23 pada 10 Februari 1960.

PERASMIAN

Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja telah

mencemar duli meletakkan batu asasnya di tapak pembinaan Istana Besar Johor pada tahun 1864

sebelum keberangkatan Baginda ke Eropah.

Pada 11 Mei tahun 1990, Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Ismail Al-Khalidi telah

merasmikan pembukaan Muzium Diraja Sultan Abu Bakar.

KEISTIMEWAAN BANGUNAN.

Page 35: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

REKA BENTUK PELAN.

Menurut sumber yang diberikan oleh pegawai Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, bahawa

rekabentuk bangunan ini mempunyai ciri-ciri senibina

Barat dan diperindahkan lagi dengan unsur-unsur

Inggeris-Melayu yang telah diilhamkan oleh Sultan Sir

Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim

Sri Maharaja.

Manakala menurut sumber internet, bahawa

bangunan ini mempunyai rekabentuk yang menggabungkan senibina Melayu dan Inggeris yang

diilhamkan oleh Datuk Yahya Awaluddin. Istana

Besar Johor ini juga dipengaruhi dengan pengaruh

Renaissance.

Istana Besar Johor ini mempunyai dua

bahagian bangunan iaitu bahagian bangunan Istana

dan bahagian bangunan Dewan Cina ataupun

“Council Chamber”. Pada bahagian bangunan Istana

mempunyai dua tingkat dan terbahagi kepada tiga sayap iaitu sayap Timur, Barat dan Utara.

Oleh sebab itu, istana ini mempunyai bentuk seakan-akan huruf T.

Reka Bentuk Inggeris-Melayu

Reka Bentuk Inggeris-Melayu

Page 36: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Pada sayap Timur terletaknya Dewan Santapan.

Pada bahagian atas Dewan Santapan ini terdapat beranda

yang berbentuk segi empat yang mengelilingi Dewan

Santapan ini.

Pada sayap Barat bangunan ini, di tingkat

bawahnya terdapat bilik-bilik pameran seperti Bilik

Peralatan Sajian Santapan, Bilik Senjata Melayu Tradisional, Bilik Tekstil Dan Pakaian, Bilik

Koleksi Perak, Bilik Plat Kebesaran Negeri Dan Bilik Koleksi

Keemasan.

Manakala pada tingkat atasnya pula terdapat Bilik

Mesyuarat Majlis Jemaah Diraja, Bilik Santapan

Diraja, Bilik Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha

Mulia Sultan, Bilik Istirahat, Bilik Beradu Dan

Persalinan Duli Yang Maha Sultanah. Bilik Beradu

Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Puteri Diraja

Dan Bilik Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Putera Diraja juga terletak ditingkat

ini.

Pada sayap Utara bangunan ini, di tingkat bawahnya terdapat bilik-bilik pameran seperti

Bilik Pemburuan, Bilik Cenderamata dan Bilik Piala. Manakala pada tingkat

atasnya pula terdapat Bilik Singgahsana.

Reka Bentuk Inggeris-Melayu

Reka Bentuk Inggeris-Melayu

Page 37: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Pada bahagian tengah bangunan ini, pada tingkat bawahnya terdapat Ruang Legar

manakala pada tingkat atasnya pula terdapat Balai Mengadap Tetamu yang menganjur ke Selat

Tebrau.

Pada bahagian bangunan Dewan Cina ataupun “Council Chamber” bentuknya kelihatan

segi empat dan ditengahnya terdapat pentas petabalan diraja. Pentas petabalan diraja ini

dikelilingi oleh beranda yang berbentuk segi empat. Dewan ini dipanggil Dewan Cina kerana di

dalamnya terdapat ciri-ciri seni bina Negara China dan pada setiap

tiang dewan ini terdapat tulisan Cina.

Menurut catatan Florence Caddy yang merupakan tetamu istana pada tahun 1880,

menyatakan bahawa :

“Orang Melayu memanggilnya sebagai istana manakala orang Eropah memanggilnya

sebagai Anglo-Indian. Ianya dibina oleh pekerja Cina dibawah kawalan arkitek Eropah.

Dewan dan biliknya sangat besar dan berloteng. Tangganya diperbuat daripada batu

marmar. Dewan di tingkat bawah dihiasi dengan potret keluarga diraja dan pasu-pasu

Jepun yang tinggi nilainya yang dibawa pulang oleh Tuanku ketika melawat Jepun.”

BAHAN BINAAN.

Istana Besar Johor ini dibina menggunakan

berbagai sumber seperti jubin seramik dari Eropah, batu

marmar dari Itali, atap genting dari China, batu granit dari

Pulau Ubin, Singapura, batu-bata dari Singapura dan kayu

balak keras dari Hutan Johor yang dibekalkan oleh Kilang

Papan Meldrun.

Dewan Cina

Page 38: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Dalam pembinaan istana ini turut menggunakan bahan yang jarang digunakan oleh

manusia, yang dikenali sebagai “Madras Chunam”. “Madras Chunam” diperbuat daripada

campuran batu kapur, putih telur dan gula kasar tanpa menggunakan pasir.

Page 39: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

CARA PEMBINAAN.

Istana Besar Johor ini telah dibina secara berperingkat. Wong Ah Fook merupakan orang

yang bertanggunggjawab dalam pembinaan istana ini.

Pada peringkat pertama, bahagian bangunan Istana dibina

pada tahun 1864 dan siap pada awal tahun 1866. Pembinaan

bahagian bangunan Istana ini mengambil masa selama dua tahun

untuk disiapkannya.

Istana Besar Johor dibina dengan menggunakan kaedah

yang istimewa kerana dinding dan tiang istana ini akan dilepa

menggunakan bahan yang unik iaitu “Madras Chunam”.

“Madras Chunam” akan dicampurkan dengan sebatian air serta hampas kelapa.

Kemudian, ianya akan digaul dan dibancuh sehingga menjadi seperti pelekat (Plaster) dan

ditampal di dinding dan tiang istana ini. Setelah ditampal, ianya akan ditunggu sehingga menjadi

kering. Apabila kering ia akan digosok dengan batu bulat

dan bedak batu (soapstone powder) untuk mendapatkan

permukaan yang licin.

Pada peringkat yang kedua, pembinaan bahagian

bangunan Dewan Cina ataupun “Council Chamber” telah

dibina. Wong Ah Fook sekali lagi bertanggungjawab

dalam pembinaan bahagian bangunan Dewan Cina ini. Dewan Cina ini siap dibina selepas

beberapa tahun pembinaan bangunan bahagian Istana siap dibina.

Wong Ah Fook

Lakaran Dewan Cina

Page 40: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

PENGUBAHSUAIAN.

Istana Besar Johor yang asal mempunyai struktur

beranda yang panjang pada tingkat bawahnya. Ianya

merupakan bangunan yang mempunyai kombinasi

keterbukaan dan pengudaraan Banglo Tropika dengan

ciri-ciri Kebesaran Kediaman Diraja.

Walaubagaimanapun Istana Besar Johor sekarang ini

berbeza dengan Istana Besar Johor yang asal disebabkan oleh dua pengubahsuaian yang besar.

Menurut sumber daripada pegawai Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, bahawa pada

tahun 1912, sayap Timur istana ini telah diruntuhkan dan dibina Dewan Santapan manakala

menurut sumber buku Wong Ah Fook : Immigrant, Builder and Entrepreneur, bahawa pada

Tahun 1918 hingga tahun 1919, sayap Timur istana ini

telah diruntuhkan dan dibina Dewan Santapan.

Pengubahsuaian yang kedua berlaku pada 1986

yang menglibatkan pengantian genting bumbung

berwarna coklat kepada bumbung genting berwarna

biru terang. Keseluruhan bangunan ini dicat semula

dengan warna putih untuk memberikan ciri-ciri Mediterranean Palazzo.

Di samping itu, bermula dari tahun 1984 kerja-kerja pemulihan, pengubahsuaian dan

menaikkan taraf terhadap bangunan ini telah dilakukan agar ianya bersesuaian dengan keperluan

dan konsep sebuah Muzium Diraja dan istana yang masih berperanan. Kini wajah barunya yang

Istana Besar Johor Sekitar Tahun 1980

Istana Besar Johor Sebelum Pengubasuaian

Page 41: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

terserngam indah dapat memperlihatkan lagi seri kehebatannya dan menjadi mercu tanda yang

sangat menarik di Johor Bahru.

HIASAN DALAMAN.

Hiasan dalaman Istana Besar Johor ini berunsurkan hiasan Inggeris-Melayu.

Kebanyakkan perabot di istana ini ditempah khas dari England.

Di dalam Bilik Santapan Diraja terdapat satu set meja makan dan beberapa buah kabinet

yang dibuat pada tahun 1870. Kabinet ini menyimpan

pelbagai jenis pinggan, mangkuk dan cawan yang ditempah

khas dari China. Di atas kabinet ini diletakkan dengan

beberapa buah pasu yang diperbuat daripada tembikar. Pada

dinding bilik ini dihiasi dengan beberapa buah potret

Keluarga Diraja.

Di dalam Bilik Mesyuarat Majlis Jemaah Diraja

terdapat satu set meja panjang berasal dari England. Terdapat juga kendi bertutup dibuat

daripada kaca legap bersandur emas dan enamel yang

berasal dari Turki. Pada dinding bilik ini juga dihiasi

dengan beberapa buah gambar Keluarga Diraja.

Di dalam Bilik Beradu Dan Persalinan Duli

Yang Maha Mulia Sultan, Bilik Beradu Dan

Persalinan Duli Yang Maha Mulia Sultanah, Bilik

Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Puteri

Diraja dan Bilik Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Putera Diraja terdapat sebuah

Bilik Santapan Diraja

Bilik Mesyuarat Jemaah Diraja

Page 42: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

katil yang berasal dari England dan dibuat pada tahun

1860. Katil ini berasal dari kayu jati dan dihiasi dengan

petak-petak yang berukir indah dan setiap petak

mempunyai hiasan Corinthian dan sebutir Bintang dan

Bulan Sabit. Kakinya berbentuk bulat. Katil ini berukuran

lebar 275 inci dan panjang 234 inci. Terdapat juga perabot

yang lain seperti rak tuala bercirikan Inggeris-Melayu, almari pakaian bercirikan Inggeris-

Melayu, meja berhias dan bangku bercirikan Inggeris-Melayu dan sebagainya.

Di dalam Balai Mengadap Tetamu terdapat pelbagai set perabot seperti set perabot

Kristal yang berasal dari Perancis. Di sini terdapat juga lampu candelier yang dibeli pada kurun

ke-19 di England dan beberapa buah potret Keluarga

Diraja yang digantung pada dinding bilik ini. Bilik

ini juga turut dihiasi dengan pelbagai jenis pasu dan

arca yang berasal dari China.

Di dalam Dewan Santapan terdapat beberapa buah

set meja makan

yang mampu

menampung 250 orang tetamu. Dewan ini dihiasi dengan

lukisan Sultan Abu Bakar, lukisan Sultan Ibrahim, lukisan

Sultanah Helen Ibrahim dan Kaum Kerabat Diraja Yang

Lain.

Bilik Beradu Dan Persalinan

Balai Mengadap Tetamu

Dewan Santapan

Page 43: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Di bahagian tangga utama istana ini terdapat sebuah lukisan Sultan Sir Abu Bakar Ibni

Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja yang kelihatan seolah-olah hidup kerana

menggunakan teknik 3D. Ianya dilukis di atas kain

kanvas. Di tangga utama ini juga dihiasi dengan

pelbagai jenis pedang yang digantung pada dinding

dan beberapa buah pasu yang disusun di tepi tangga

ini.

Di

dalam Bilik

Singgahsana terdapat sebuah pentas yang diletakkan

diatasnya dua buah kerusi berwarna kuning yang

berukiran harimau. Di sini juga terdapat beberapa buah

kerusi bagi tetamu dan beberapa buah potret Kerabat

Diraja yang digantung pada dinding.

KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG.

Pada pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim

Sri Maharaja hingga pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ibrahim, Istana

Besar Johor merupakan tempat bersemayam sultan dan Kaum Kerabat Diraja.

Di sepanjang pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng

Ibrahim Sri Maharaja, Istana Besar Johor sentiasa mencatatkan berbagai peristiwa penting dalam

pergolakan sejarah negeri Johor. Orang-orang kenamaan dari negara asing seperti King Rama V

dari Thailand dalam tahun 1896, Putera dan Puteri Higashi Fushini dari Jepun dalam tahun 1911,

Tangga Utama

Bilik Singgahsana

Page 44: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Putera Mahkota Carol dari Romania dalam tahun 1920, King Rama VI dan Ratu Thailand dari

Thailand dalam tahun 1924, King Rama VII dari Thailand dalam tahun 1928, Duke Gloucester

dan Marquess tokugawa Dari jepun dalam tahun 1928 dan

sebagainya kerap mengadap Sultan Sir Abu Bakar Ibni

Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja dan

Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ibrahim di

Istana Besar Johor untuk menjalinkan persahabatan

dengan Kerajaan Negeri Johor dan membalas lawatan

rasmi Baginda ke negara-negara tersebut. Tradisi ini

masih berterusan di zaman pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail dan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar sekarang..

Bangunan ini juga berkegunaan sebagai tempat melangsungkan adat istiadat diraja seperti

pertabalan, kemahkotaan, kemangkatan, peraturan mengadap, pengurniaan gelaran dan darjah

kemahkotaan kebesaran negeri, peraturan berpakaian, berbahasa dan sebagainya.

Satu peristiwa lagi yang menjadi lipatan sejarah Malaysia adalah penubuhan Umno bagi

menentang Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 dengan

kebenaran daripada sultan Johor, Dato Onn Jaafar telah

mengadakan mesyuarat Kongres 1946 yang terakhir di

Istana Besar ini dengan dihadiri oleh 29 buah

pertubuhan negeri-negeri Melayu dengan 58 orang

perwakilan dan 30 orang pemerhati.

MajlisPertabalan Kemahkotaan Sultan Sir Ibrahim

Penubuhan Umno

Page 45: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Hingga ke akhir zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Mashur ibni

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Istana Besar Johor masih berperanan seperti sebelumnya

walaupun tempat persemayam Baginda telah dipindah ke Istana Bukit Serene. Sungguhpun

keadaan yang sama masih berterusan di zaman pemerintahan Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni

Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur tetapi disebabkan Istana Besar Johor ini telah lama

dimakan usia, keadaan di luarnya kelihatan usang dan tidak lagi memperlihatkan kehebatan

seperti dahulu.

Bangunan ini telah dijadikan muzium semasa pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar Al-

Haj ibni Ismail Al-Khalidi. Baginda menitahkan Istana Besar Johor ini dijadikan sebagai

Muzium Diraja di samping terus mengekalkan peranan asalnya sebagai istana tempat

melangsungkan segala adat istiadat kebesaran Kesultanan Negeri Johor Darul Takzim.

Pada masa sekarang, bangunan ini berkegunaan sebagai tempat menyimpan khazanah

dan koleksi keluarga diraja. Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Ismail Al-Khalidi telah

menitahkan agar segala khazanah Diraja Johor disimpan di dalam muzium ini didaftarkan dan

diperlihara dengan sebaik-baiknya supaya dapat dijadikan sumber rujukan ilmiah kepada para

penyelidik yang berkecenderungan untuk memahami dan menyelami sejarah Kesultanan Johor

Darul Ta’zim.

Page 46: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan

negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.

Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna

mereka juga menyemai perasaan patriotik. Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai

dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan

bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita

hidup dengan mengamalkan budaya kekitaan atau bersemangat kekitaan. Bangsa Melayu,

Cina , India dan kaum-kaum lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara

satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan semangat muhibbah.Walaupun menganut agama

dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur

dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan

pemuliharaan bangunan bersejarah seperti Istana Besar Johor. Rakyat di Malaysia sanggup

Page 47: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

berkorban wang ringgit, tenaga dan masa demi untuk memelihara dan memulihara bangunan

bersejarah di Malaysia.

Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menghargai jasa dan perjuangan tokoh-

tokoh negara ini. Saya menghargai jasa dan perjuangan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni

Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor iaitu Sultan Johor yang ke-21.

Beliau telah Berjaya memodenkan Johor dalam masa yang singkat. Semasa pemerintahan beliau,

Istana Besar Johor telah dibina dan ianya menjadi lambang keunggulan dan kedaulatan

Kesultanan Johor serta menjadi pusat pemerintahan dan tumpuan perkembangan sejarah dan

kebudayaan negeri Johor moden. Oleh sebab itu, jasa dan pengorbanan Almarhum Sultan Sir

Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor perlu dihargai oleh

seluruh rakyat di Malaysia.

Melalui kajian ini, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran

dan kerjasama antara rakan -rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini

dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding

bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan itu.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran

membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran

berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi,

memupuk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah

mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Page 48: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali

dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan mencintai Negara saya.

Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal maka tidak cinta".

Page 49: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 50: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Peta Istana Besar Johor Tahun 1920

Page 51: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Dewan Cina

Istana

Sayap Barat

Sayap Timur

Sayap Utara

Pejabat

Peta Lokasi Dan Rekabentuk Istana Besar Johor.

Jalan Tun Dr. Ismail

Page 52: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

SAYAP UTARA ISTANA.

Bilik Pemburuan

Bilik Piala

Page 53: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

SAYAP BARAT ISTANA.

Bilik Cenderamata

Bilik Senjata Tradisional.

Bilik Peralatan Sajian

Bilik Koleksi Emas

Bilik Tekstil Dan Pakaian

Page 54: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Muka Hadapan

Page 55: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 56: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 57: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 58: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Buku Ilmiah

P.Lim Pui Huen, 2002. Wong Ah Fook : Immigrant, Builder and Entrepreneur. Singapura :

Times Editions.

Ramlah Adam, 1992. Dato’ Onn Ja’afar : Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Majalah

Holistik, Keluaran Ogos 2007, Halaman 7. Unit Media dan Komunikasi (MEDKOM).

Jurnal

Jabatan Muzium Diraja Abu Bakar. “Sejarah Ringkas Kesultanan Negeri Johor Darul Ta’zim”

dalam Jurnal Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor.11 Mei 1990.

Internet

The Grand Palace and Royal Sultan Abu Bakar Museum,

http://www.about-malaysia.com/johor/culture-heritage.htm

Sultan Abu Bakar Royal Museum, http://www.tourismjohor.com/destination/view.cfm?

ID=2A6CB3C1-201E-4827-8C0D1E5C72DDBE2E

Muzium DiRaja Sultan Abu Bakar,

http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/johor_bahru/Istana Besar, Birthplace of Umno,

http://www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Monday/MyJohor/2511704/Article/

index_html

Page 59: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Istana Besar, http://en.wikipedia.org/wiki/Istana_Besar

Melawat Tempat Kajian

Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor, 80500, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.

Page 60: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 61: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)
Page 62: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan

tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti

pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula,

pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula membawa kepada maksud

memulihara dan mengekalkan dalam bentuk yang sedia ada.

Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai

jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan

berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu

dapat memupuk semangat cintakan bangsa dan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal

ini kerana, aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.S ebagai

contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi

kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai

semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita

bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat

bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota

masyarakat.

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk

Page 63: Folio Sejarah Tingkatan 3 / PMR 2009 (Istana Besar Johor)

melalui kajian bangunan bersejarah seperti ini kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan

mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan

pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini. Dengan meneruskan dan memperkenalkan

bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan

patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan

budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat

menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,

masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi. Aktiviti seperti

seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi

peraturan dan undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan

ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang

tinggi terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap

rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan

dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan.

Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan

sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan

berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.