70
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN TEMA Sains dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara ANJURAN

Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KARNIVAL KERJAYA

Citation preview

Page 1: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUANKARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA

PERINGKAT KEBANGSAAN

TEMASains dan Teknologi Asas Keutuhan

Ekonomi Negara

ANJURANBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 2: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

KANDUNGAN

BIL PERTANDINGAN MUKA SURAT

1 Sketsa Kerjaya 3 - 9

2 Model Kerjaya 10 - 13

3 Kain Rentang 14 - 18

4 Folio KerjayaSekolah Menengah 19 - 25Sekolah Rendah 26 - 31

5 Poster Kerjaya 32 - 36

6 Membina Media Maklumat 37 - 41

7 Eksplorasi Alam Kerjaya 42 - 48

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 2

Page 3: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

SKETSA KERJAYA (SEKOLAH MENENGAH)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYAPERINGKAT KEBANGSAAN

TEMA: SAINS DAN TEKNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA

1. PENDAHULUAN

Pertandingan sketsa ini adalah sebagai penyampai maklumat Kerjaya Sains & Teknologi. Ia merupakan satu persembahan sebabak mengenai sesuatu kerjaya.

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang kerjaya.2.2 Membina keyakinan murid untuk berhadapan dengan khalayak.2.3 Menggalakkan murid membuat kajian membina ( R & D ) dalam

mengumpulkan maklumat yang komprehensif untuk menyediakan skrip dan dilakonkan.

3. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid sekolah menengah tingkatan Peralihan hingga tingkatan 6 Atas.

4. PERINGKAT PERTANDINGAN DAN TARIKH PENGELOLAAN

Peringkat Sketsa dilaksanakan dalam empat peringkat iaitu:

Bil PERINGKAT TARIKH1 Sekolah April2 Daerah / Bahagian / Zon April3 Negeri Mei4 Kebangsaan Jun

5. SYARAT PERTANDINGAN

5.1.Penyertaan5.1.1. Setiap pasukan mengandungi peserta tidak lebih daripada 11

orang:

i. 6 orang pelakonii. 5 orang krew (wajib berpakaian seragam)iii. Pelakon dibenarkan membantu krew tetapi krew tidak

dibenarkan menjadi pelakon.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 3

Page 4: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

5.1.2. Setiap sekolah yang ingin mengambil bahagian dikehendaki mengemukakan butiran lengkap dengan menggunakan borang penyertaan (Rujuk lampiran).

5.1.3. Senarai nama peserta, skrip, sinopsis dan senarai peralatan hendaklah disampaikan kepada jawatankuasa pertandingan sketsa semasa pendaftaran pertandingan.(sila lampirkan 7 salinan skrip yang lengkap dan bertaip)

5.1.4. Hasil karya sketsa hendaklah asli dan belum pernah dipertandingkan. Guru-guru di sekolah masing-masing boleh membantu penghasilan skrip. Kegagalan mengemukakan skrip, sinopsis dan borang pendaftaran penyertaan boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.

5.2.Limitasi peralatan / set / prop tidak boleh melebihi ruang pentas. Fleksibiliti lakonan dibenarkan (ruang lakonan tidak membelakangkan hakim).

5.3.Persembahan berunsurkan zaman silam dan akan datang tidak dibenarkan. Persembahan sketsa perlu berdasarkan kerjaya semasa dan masa kini.

5.4.Persembahan hanya sebabak sahaja (latar masa, situasi dan tempat yang sama).

5.5.Peralatan yang digunakan mestilah berfungsi dan bersesuaian dengan lakonan.

5.6.Boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

5.7.Pengisian Pertandingan

5.7.1 Persembahan lakonan hendaklah memaparkan kehidupan seseorang yang telah menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan: - pekerjaan mempengaruhi kehidupan seharian dirinya- pekerjaan mempengaruhi ekonomi dan sosial negara- kelayakan latihan dan kemahiran-kemahiran

tertentu/khas

5.8.Pengadilan

5.8.1. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

5.8.2. Satu panel hakim peringkat Daerah / Bahagian / Zon dan Negeri akan dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah / Bahagian / Zon dan Jabatan Pelajaran Negeri.

5.8.3. Panel hakim untuk pertandingan peringkat kebangsaan akan dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 4

Page 5: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

5.9.Peringkat Pertandingan

5.9.1. Peringkat Sekolah

Johan sketsa peringkat sekolah layak untuk dipertandingkan di peringkat Daerah / Bahagian / Zon.

5.9.2. Peringkat Daerah / Bahagian / Zon

Johan sketsa daripada semua sekolah menengah akan dipertandingkan di peringkat ini. Johan peringkat Daerah / Bahagian / Zon layak bertanding di peringkat negeri.

5.9.3. Peringkat Negeri

Johan sketsa peringkat Daerah / Bahagian / Zon akan bertanding di peringkat negeri. Johan sketsa peringkat negeri layak untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

5.9.4. Peringkat Kebangsaan

Johan negeri layak bertanding dalam Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Kebangsaan

5.10. Masa persembahan

Masa persembahan 15 minit sahaja. Masa persediaan adalah 5 minit sebelum dan 5 minit selepas persembahan. Markah akan dipotong sekiranya masa yang diambil lebih daripada masa yang dihadkan. Tirai tidak akan ditutup semasa persediaan dan sesudah persembahan.

5.11. Pakaian / kostum tidak melanggar tatasusila atau mencolok mata.

5.12. Pelakon tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara .

5.13. Aspek teknikal asas yang lazim iaitu tirai, mikrofon boom dan lampu biasa digunakan bagi persembahan seni pentas akan disediakan oleh pihak penganjur.

5.14. Giliran persembahan – mengikut jadual dan undian yang dibuat semasa taklimat pengurus pasukan.

5.15. Kritikan terhadap isu-isu yang sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau keperibadian seseorang adalah dilarang.

5.16. Watak kecelaruan jantina tidak dibenarkan.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 5

Page 6: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

6.0. PEMARKAHAN

Penilaian akan difokus kepada maklumat kerjaya, mutu persembahan dan berupaya menyampaikan mesej yang berkesan mengikut tema.

7.0. PENILAIAN SKETSA Rujuk jadual lampiran berikutnya:

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 6

Page 7: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

Lampiran

BORANG RUMUSAN PEMARKAHANPERTANDINGAN SKETSA KERJAYA

KARNIVAL KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN

NEGERI : ....................................................................................................................

Bil Aspek Yang Dinilai Markah Penuh Markah Diperoleh

1 Maklumat Pekerjaan 40

2 Penghayatan Watak 20

3 Teknik & Peralatan 10

4 Mesej 15

5 Kreativiti 10

6 Pengurusan Masa 5

JUMLAH 100

Tandatangan Hakim Disahkan oleh Ketua Hakim

____________________ _________________________

Nama : ............................................. Nama : ..............................

Tarikh : .......................................

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 7

Page 8: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

LampiranBORANG PENILAIAN

PERTANDINGAN SKETSA KERJAYAKARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA

PERINGKAT KEBANGSAANNEGERI : .......................................................................................................BIL ASPEK YANG DINILAI MARKAH JUMLAH

1

MAKLUMAT PEKERJAAN1.1 Definisi (penampilan / pakaian / Perlakuan / Secara

Lisan )1.2 Spesifikasi Tugas ( Rutin Tugas )1.3 Persekitaran Pekerjaan1.4 Kelayakan ( Akademik / Ikhtisas / kokurikulum / Fizikal )1.5 Latihan , Kursus & Maklumat IPTA / IPTS / Agensi

Berkaitan1.6 Ganjaran & Prospek ( Gaji, Kemudahan, Keistimewaan )1.7 Cabaran / Risiko

JUMLAH 40

2

PENGHAYATAN WATAK2.1 Penggunaan Ruang2.2 Intonasi & Sebutan2.3 Penghayatan & Keyakinan2.4 Kelancaran2.5 Gaya & Aksi

JUMLAH 20

3

TEKNIK & PERALATAN3.1 Kostum3.2 Prop3.3 Teknologi

JUMLAH 10

4

MESEJ4.1 Sesuai Dengan Tema4.2 Nilai-nilai Murni

JUMLAH 15

5

KREATIVITI5.1 Teknik Persembahan5.2 Idea5.3 Watak

JUMLAH 10

6PENGURUSAN MASA ( Persediaan, lakonan dan pengemasan )

JUMLAH 5JUMLAH KESELURUHAN 100

_______________________

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 8

Catatan :

Page 9: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

Nama : Lampiran

BORANG PENDAFTARAN PENYERTAANPERTANDINGAN SKETSA KERJAYA

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA KEBANGSAAN

Nama Sekolah : _____________________________________________Alamat : _____________________________________________No. Telefon : _____________________________________________Tajuk Sketsa : _____________________________________________Guru Pembimbing :

1.____________________________________________

2.____________________________________________

Senarai Pelakon

Bil Nama Penuh Jantina No Kad Pengenalan123456

Senarai krew

Bil Nama Penuh Jantina No Kad Pengenalan12345

Sinopsis Sketsa : ( Tidak lebih daripada 120 patah perkataan )

Disahkan Oleh,

_______________________ * Sila Lampirkan 7 Salinan SkripPengetua & Cop Sekolah

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 9

Page 10: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

MODEL KERJAYA(SEKOLAH RENDAH )

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN

TEMA : SAINS DAN TEKNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA

1. PENDAHULUAN

Pertandingan Model Kerjaya ini bertujuan untuk memberi pengalaman mencari, mengumpul dan menyusun maklumat kerjaya serta menyampaikan maklumat secara verbal dalam bidang Sains dan Teknologi. Selain itu, melalui pertandingan ini, murid diharapkan dapat membina pengalaman berhadapan dengan khalayak sambil memperkenalkan diri serta kerjaya yang diperagakan.

2. OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan murid menjalankan aktiviti kajian perpustakaan dan penyelidikan berkaitan mengumpul maklumat, memproses dam aktiviti menyediakan maklumat serta memilih kaedah persembahan ( Alat bantu ) untuk menyebarkan maklumat.

2.2 Membentuk keyakinan diri dan kreativiti murid dalam kerja-kerja penyebaran maklumat secara berkesan. .

2.3 Menyediakan peluang kepada murid untuk memperagakan, mengolah semula maklumat dan menyampaikan dengan menarik dan mudah difahami oleh khalayak.

2.4 Menyedarkan murid tentang pentingnya maklumat dan merancang kerjaya.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua murid sekolah rendah (Tahap 2).

4. PERINGKAT PERTANDINGAN DAN TARIKH PENGELOLAAN

Pertandingan Model Kerjaya dilaksanakan dalam empat peringkat iaitu:

Bil Peringkat Tarikh1 Sekolah April2 Zon / Daerah April3 Negeri Mei4 Kebangsaan Jun

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 10

Page 11: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

5. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Tema

SAINS DAN TEKNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA

5.2 Penyertaan

Persembahan secara individu. Peserta dibenarkan menggunakan khidmat 2 orang pembantu murid dari tahap 2 untuk membantu mengendalikan bahan serta peralatan sebelum dan semasa persembahan.

5.3 Peserta digalakkan menggunakan alat bantu ketika menyampaikan maklumat sama ada dengan multimedia, poster, carta, gambar dan sebagainya.

5.3.1 Pihak penganjur hanya menyediakan projektor LCD dan skrin.

5.3.2 Peserta dikehendaki berada di tempat pertandingan 30 minit sebelum pertandingan bermula untuk mencuba peralatan multimedia (jika ada ).

5.4 Peserta diberi masa 4 minit untuk membuat persediaan. Masa untuk menyampaikan tajuk masing-masing ialah 10 minit sahaja.

5.5 Loceng akan dibunyikan sekali, seminit sebelum tamat dan dua kali apabila masa tamat. Selepas loceng kedua dibunyikan, tiada lagi sebarang pemberian markah.

5.6 Kritikan terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau keperibadian seseorang adalah dilarang.

5.7 Persembahan dan alat bantu mesti dalam satu bahasa. ( sama ada Bahasa melayu atau nahasa Inggeris).Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.

5.8 Panel hakim berhak menegur peserta yang melanggar peraturan-peraturan di atas.

5.9 Keputusan hakim adalah muktamad.

6. PERATURAN PEMARKAHAN

6.1 Pembahagian markah

i) Isi ( 50 markah)

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 11

Page 12: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

Peserta diadili dari aspek pengutaraan isi-isi yang bernas iaitu ketepatan pemilihan kerjaya dengan tema, definisi pekerjaan, bidang tugas, suasana pekerjaan, pakej mata pelajaran , kelayakan akademik, latihan IPTA / IPTS yang menawarkan kursus-kursus berkaitan, ganjaran, cabaran dan prospek masa depan kerjaya.

ii) Bahasa ( 20 markah)

Peserta diadili dari aspek penggunaan bahasa yang jelas ( Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris), intonasi suara dan gaya bahasa yang berkesan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan.

iii) Penyampaian / Persembahan ( 30 markah)

Peserta diadili dari aspek kostum dan aksesori yang bersesuaian dengan kerjaya, kesesuaian alat bantu, kreativiti penyampaian, gaya dan perwatakan yang menarik dan keyakinan diri peserta .

7. PENYERTAAN

Penyertaan Pertandingan Model Kerjaya adalah secara individu dan mengemukakan satu model kerjaya sahaja. Pertandingan dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

7.1 Peringkat sekolah

Johan Model Kerjaya peringkat sekolah layak dipertandingkan di peringkat daerah.

7.2 Peringkat daerah

Johan peringkat sekolah layak dipertandingkan di peringkat daerah.

7.3 Peringkat negeri

Johan peringkat daerah layak dipertandingkan di peringkat negeri.

7.4 Peringkat kebangsaan

Johan peringkat negeri layak dipertandingkan di peringkat kebangsaan

8. SIJIL DAN HADIAH

8.1 Peringkat kebangsaan akan ditentukan oleh KPM

8.2 Peringkat negeri dan daerah mengikut negeri dan daerah masing-masing.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 12

Page 13: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 13

Page 14: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

BORANG PEMARKAHAN

PERTANDINGAN MODEL KERJAYA

GILIRAN PESERTA :_________________________________________NEGERI :_______________________________________

Bil Aspek PenilaianMarkah Penuh

Markah Diperoleh

1 ISI KANDUNGAN

1.1 Ketepatan Pemilihan Kerjaya Dengan Tema 51.2 Definisi Pekerjaan 51.3 Bidang Tugas 51.4 Suasana Pekerjaan 51.5 Pakej Mata Pelajaran dan SPM/STPM 51.6 Kelayakan Akademik 51.7 Maklumat IPTA/IPTS/Pusat Latihan/Agensi 51.8 Latihan Dan Kursus 51.9 Ganjaran dan Cabaran 51.10 Prospek Masa Depan 5

JUMLAH 50

2 BAHASA

2.1 Struktur dan sebutan yang jelas 52.2 Intonasi Suara 52.3 Gaya Bahasa yang berkesan dan tepat

dengan maksud yang disampaikan serta kelancaran penyampaian

10

JUMLAH 203 PERSEMBAHAN / PENYAMPAIAN

3.1 Kesesuaian Kostum dan Aksesori Dengan Kerjaya yang dipilih

10

3.2 Penggunaan Alat Bantu dan Kreativiti 103.3 Gaya dan Perwatakan 53.4 Keyakinan Diri 5

JUMLAH 30

JUMLAH KESELURUHAN 100

Tandatangan Hakim Disahkan oleh Ketua Hakim

..................................... ........................................(Nama : ................................................) (Nama...............................................)Tarikh : ................................................

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 14

Page 15: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

KAIN RENTANG KERJAYA (SEKOLAH MENENGAH)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN

TEMA : SAINS DAN TEKNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA

1. PENDAHULUAN

Pertandingan menyediakan kain rentang kerjaya ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat kerjaya dalam bidang sains dan teknologi melalui seni lukis.

2. OBJEKTIF

1.1. Mempertingkat kefahaman dan pengetahuan murid sekolah menengah tentang kerjaya sains dan teknologi.

1.2. Memberi kemahiran untuk menyatukan pemikiran dan kefahaman tentang kerjaya melalui seni lukis.

1.3. Menggalakkan murid untuk mencari dan menyebarkan maklumat kerjaya melalui pelbagai media.

2. KUMPULAN SASARAN

Semua murid sekolah menengah.

3. PERINGKAT PERTANDINGAN DAN TARIKH

Peringkat pertandingan kain rentang dilaksanakan dalam empat peringkat iaitu:

Bil PERINGKAT TARIKH1 Sekolah April2 Daerah / Bahagian / Zon April3 Negeri Mei4 Kebangsaan Jun

4. SYARAT PERTANDINGAN

4.1. TemaSAINS DAN TEKNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA

4.2. Penyertaani. 4 orang satu kumpulanii. Penglibatan pelbagai kaum sangat digalakkan.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 15

Page 16: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

iii. Setiap peserta hendaklah mengisikan maklumat diri dengan lengkap dan jelas di sebelah kanan bahagian belakang kain rentang menggunakan borang yang disediakan.

(Rujuk Lampiran 1

4.3. Masa yang diperuntukan 4 jam sahaja. 4.4. Saiz dan ukuran

i. Kain berwarna putih berukuran 2 meter x bidang 45.ii. Lukisan hendaklah dalam bentuk lanskap (melintang)

4.5. Media Warna dan Tekniki. Media warna bebas kecuali cat sembur / sprayii. Semua teknik untuk menghasilkan karya dibenarkan kecuali

teknik air brush, spray, kolaj / tampalan iii. Stensil dan blok dibenarkan tetapi perlu dibuat semasa

pertandingan.iv. Penggunaan komputer, LCD dan OHP untuk membuat lakaran

semasa pertandingan tidak dibenarkan.

5.6 Ciptaani. Kain rentang hendaklah hasil ciptaan sendiri dan

mempunyai unsur grafik dan tulisan.ii. 5 kerjaya yang berbeza dalam bidang sains dan teknologi.

5.7 Hak milik ciptaani. Hasil karya menjadi hak milik penganjur.

6. PENYERTAAN

6.1 Peringkat Sekolah

Johan peringkat sekolah layak untuk dipertandingkan di peringkat Daerah / Bahagian / Zon.

6.2 Peringkat Daerah / Bahagian / Zon

Johan daripada semua sekolah menengah akan dipertandingkan di peringkat ini. Johan peringkat Daerah / Bahagian / Zon layak bertanding di peringkat negeri.

6.3 Peringkat Negeri

Johan peringkat Daerah / Bahagian / Zon akan bertanding di peringkat negeri. Johan peringkat negeri layak untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

6.4 Peringkat Kebangsaan

Johan negeri layak bertanding dalam Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Kebangsaan

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 16

Page 17: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

7. SIJIL DAN HADIAH

7.1 Peringkat Kebangsaan ditentukan oleh KPM7.2 Peringkat Negeri dan Daerah mengikut negeri masing-masing.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 17

Page 18: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

Lampiran

BORANG PENDAFTARAN PENYERTAANPERTANDINGAN KAIN RENTANG KERJAYA

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA KEBANGSAAN

Nama Sekolah : _______________________________________Alamat : _______________________________________No. Telefon : _______________________________________Guru Pembimbing : 1._____________________________________

2._____________________________________

BUTIR PESERTA

Bil Nama Penuh Jantina No Kad Pengenalan

1

2

3

4

5

6

Disahkan oleh :

_______________________Pengetua & Cop Sekolah

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 18

Page 19: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

PEMARKAHANPERTANDINGAN MELUKIS KAIN RENTANG KERJAYA

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN

BIL ASPEK PENILAIAN MARKAH PENUH

A. ISI KANDUNGAN ( 45 MARKAH )

1. KETEPATAN TEMA

Kerjaya : Bidang Sains & Teknologi20

2. MAKLUMAT

Ilustrasi Yang Relevan Dengan Tajuk15

3. NILAI SENI

Estetika10

B. KREATIVITI ( 55 MARKAH )

1. MENARIK

1.1Rekabentuk ( Design)

1.2Rekaletak (Caption/ Tajuk)

10

5

2. KEKEMASAN

2.1 Kemas

2.2 Bersih

5

5

3. KEASLIAN

3.1 Idea Baru

3.2 Ilustrasi Yang Logik

10

5

4. PERSEMBAHAN

Gubahan Keseluruhan 15

JUMLAH 100

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 19

Page 20: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

FOLIO KERJAYA(SEKOLAH MENENGAH )

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN

TEMA : SAINS DAN TEKNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA

1. PENDAHULUAN

Pertandingan Folio Kerjaya ini merupakan penghasilan sebuah buku yang dihasilkan sendiri oleh sekumpulan murid yang mengandungi maklumat kerjaya yang lengkap dan tersusun berdasarkan proses pembacaan, kajian, pemerhatian, temubual dan sebagainya dalam proses murid memilih kerjaya.

2. OBJEKTIF

2.1 Mempertingkatkan kesedaran murid mengenai peluang-peluang kerjaya dalam bidang Sains & Teknologi di alaf baru.

2.2 Memberi kemahiran untuk mengaitkan hubungan mata pelajaran peringkat PMR, Pakej SPM, Pakej STPM dan kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian tinggi dengan kerjaya pilihan.

2.3 Menambah pengetahuan murid mengenai aliran pelajaran yang menjurus ke arah dunia pekerjaan.

2.4 Menggalakkan murid meneroka alam Kerjaya Sains dan Teknologi.

2.5 Menarik minat murid terhadap kerjaya yang berasaskan sains dan teknologi.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua murid sekolah menengah (Tingkatan 2, 4 dan 5) - Berpasukan 4 orang sahaja

4. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Aspek yang dinilai :PENGISIAN FOLIO KERJAYA SEKOLAH MENENGAH

BAHAGIAN A

1. Halaman ( i ) Nama dan kelas murid Gambar murid Nama dan alamat sekolah. Nama bidang kerjaya yang dipilih

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 20

Page 21: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

2. Halaman ( ii ) Kandungan

3. Halaman ( iii ) Penghargaan Pengesahan

BAHAGIAN B

1. Latarbelakang bidang kerjaya (bermula pengiraan muka surat)

2. Senarai 5 (lima) pekerjaan dalam bidang kerjaya yang dipilih

3. Kerjaya pilihan (satu kerjaya sahaja)

4. Latarbelakang kerjaya pilihan.

BAHAGIAN C

1. Pakej SPM / STPM yang perlu diikuti untuk membolehkan murid menceburi kerjaya pilihan kursus / latihan yang perlu diikuti .

2. Kelulusan dan latihan akademik / ikhtisas yang diperlukan dan badan-badan profesional yang mengiktirafkannya.

3. IPTA / IPTS di dalam dan di luar negara yang menawarkan latihan kerjaya berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan

BAHAGIAN D

1. Prospek masa depan – kenaikan pangkat, latihan dan pendidikan lanjutan kerjaya pilihan.

2. Gaji, imbuhan lain, kemudahan seperti pinjaman, perubatan, biasiswa dan lain-lain dalam bidang kerjaya pilihan.

3. Spesifikasi pekerjaan dan etika kerja.

4. Suasana pekerjaan – kemudahan, risiko dan tuntutan kerja.

5. Stail kehidupan, ciri-ciri, personaliti dan nilai seseorang dalam bidang kerjaya pilihan berdasarkan pemerhatian / temubual yang telah dilakukan oleh peserta sendiri (disokong dengan gambar bersama personaliti sebagai bukti dokumentasi kajian)

6. Penyediaan keseluruhan Folio Kerjaya disokong dengan gambar dan keratan media cetak.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 21

Page 22: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

BAHAGIAN E

Kesimpulan / Penutup

1. Kepentingan peranan Sains dan Teknologi dalam bidang kerjaya yang dipilih.

2. Sumbangan kerjaya tersebut terhadap pembangunan negara.

BAHAGIAN F

Pembentangan

1. Pembentangan secara lisan. Penyampaian berbentuk pidato /choral speaking atau syarahan adalah tidak sesuai.

2. Pembentangan dan Folio mestilah menggunakan bahasa yang sama.

3. Masa Pembentangan 2 minit yang berfokuskan kepada aspek latarbelakang, syarat pendidikan, prospek kerjaya dan sumbangan kerjaya berkenaan.

4. Sesi soal jawab minimum 3 soalan dan maksimum 6 soalan.

5. SYARAT KHAS PENYEDIAAN FOLIO KERJAYA

5.1. Terbuka kepada semua murid sekolah menengah tingkatan 2, 4 dan 5 sahaja. Warganegara Malaysia.

5.2. Reka bentuk5.2.1 Kertas saiz A4 5.2.2 Mesti dalam satu ‘Comb binding’5.2.3 Kulit luar ‘hard cover’5.2.4 Bahan-bahan maujud tidak dibenarkan 5.2.5 Mesra pembaca

5.3. Ciptaan5.3.1 Hasil ciptaan sendiri atau karya asli.5.3.2 Hasil karya hendaklah ditaip – berkomputer sahaja pada

sebelah muka surat.5.3.3 Mesti ada unsur tampalan, cetakan komputer dan bahan dari

internet dibenarkan.5.3.4 Tidak melebihi 100 muka surat. 5.3.5 Tidak dibenarkan mengambil terus bahan kerjaya dari mana-

mana terbitan.5.3.6 Tidak meniru mana-mana bahan penerbitan.5.3.7 Tidak menghantar buku yang pernah dipertandingkan.5.3.8 Bahan fotostat sepenuhnya tidak dibenarkan. 5.3.9 Kotak buku tidak dipertandingkan sekadar melindungi buku dari

koyak dan rosak.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 22

Page 23: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

5.4. Bahasa

5.4.1 Karya yang ditulis atau berbentuk keratan akhbar/majalah dan lain-lain perlulah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Keratan akhbar / majalah dalam bahasa lain mestilah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

5.5. Pengesahan

5.5.1 Setiap Folio Kerjaya yang dihantar untuk dipertandingkan di peringkat Daerah / Bahagian / Zon / Negeri/ Kebangsaan mestilah disahkan oleh pengetua / guru besar / PPD/ JPN Negeri masing-masing beserta dengan cop rasmi sekolah.

*sekurang-kurangnya satu pengesahan.

5.6. Pengadilan

5.6.1 Satu panel hakim peringkat daerah / bahagian akan dilantik oleh pejabat pelajaran daerah.

5.6.2 Satu panel hakim peringkat negeri akan dilantik oleh jabatan pelajaran negeri.

5.6.3 Panel hakim untuk pertandingan peringkat kebangsaan akan dilantik oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.6.4 Pengadilan di setiap peringkat hendaklah dihakimi oleh Panel yang berlainan.

5.7 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

6. SIJIL DAN HADIAH

6.1 Peringkat kebangsaan akan ditentukan oleh KPM.

6.2 Peringkat negeri dan daerah ditentukan oleh negeri masing-masing.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 23

Page 24: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

BORANG PENILAIANPERTANDINGAN FOLIO KERJAYA (SEKOLAH MENENGAH)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN

NEGERI

BHGNASPEK YANG DINILAI

PENGISIAN FOLIO KERJAYA SEKOLAH MENENGAH

MARKAH PEROLEHAN

A 1. Halaman ( i ) Nama dan kelas murid Gambar murid Nama dan alamat sekolah. Nama bidang kerjaya yang dipilih

2. Halaman ( ii ) Kandungan

3. Halaman ( iii ) Penghargaan Pengesahan

5

B 1. Latarbelakang bidang kerjaya (bermula pengiraan muka surat)

2. Senarai lima pekerjaan dalam bidang kerjaya yang dipilih

3. Kerjaya pilihan (satu kerjaya sahaja)4. Latarbelakang kerjaya pilihan.

5

C. 1. Pakej SPM , STPM yang perlu diikuti untuk membolehkan murid menceburi kerjaya pilihan .

2. Kursus / latihan yang perlu diikuti .3. Kelulusan dan latihan akademik /

ikhtisas yang diperlukan dan badan-badan profesional yang

mengiktirafkannya. 4. IPTA / IPTS di dalam dan di luar negara

yang menawarkan latihan kerjaya berkaitan, yang diiktiraf oleh kerajaan.

20

D1. Prospek masa depan – kenaikan

pangkat,latihan dan pendidikan lanjutan kerjaya pilihan.

2. Gaji, imbuhan lain, kemudahan seperti pinjaman, perubatan, biasiswa dan lain-lain dalam bidang kerjaya pilihan.

3. Spesifikasi pekerjaan dan etika kerja.

55

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 24

Page 25: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

4. Suasana pekerjaan – kemudahan, risiko dan tuntutan kerja.

5. Stail kehidupan, ciri-ciri, personaliti dan nilai seseorang dalam bidang kerjaya pilihan berdasarkan

pemerhatian / temubual yang telah dilakukan oleh peserta sendiri.

6. Gambar bersama personalia menyokong maklumat kerjaya (sekitar tempat kerja, gaya kehidupan dan

gambar yang menyokong)E 1. Kesimpulan / Penutup

2. Kepentingan peranan Sains dan Teknologi dalam bidang kerjaya yang dipilih.

3. Sumbangan kerjaya tersebut terhadap pembangunan negara

5

F Kreativiti dan Kekemasan1. Mesra pembaca2. Pemilihan warna yang sesuai.3. Gaya persembahan media yang jelas

dan menarik.4. Kepelbagaian bahan Media cetak5. Susun atur bahan mengikut syarat-

syarat pertandingan (Aspek yang dinilai)6. Kesalahan ejaan akan ditolak markah

maksimum 5 markah.

20

G Pembentangan1. Pembentangan secara lisan yang

menarik perhatian dengan menggunakan bahasa yang mudah. (Penyampaian berbentuk Pidato/choral speaking /bahas atau syarahan adalah tidak sesuai.)

2. Pembentangan dan Folio mestilah menggunakan bahasa yang sama.

3. Masa Pembentangan 2-5 minit yang berfokuskan kepada latabelakang, pelajaran, prospek kerjaya dan sumbangan kerjaya yang dikaji/ diminati yang menarik untuk dikongsi bersama. Meliputi pengetahuan dan pengalaman yang perolehi melalui kajian folio kerjaya/personalia yang ditemuduga.

4. Sesi Soal jawab tidak kurang 3 soalan dan tidak melebihi 6 soalan.

10

JUMLAH KESELURUHAN 120

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 25

Page 26: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................. .....................................................( ) ( )Hakim Ketua hakim

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 26

Page 27: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

FOLIO KERJAYA(SEKOLAH RENDAH)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN

TEMA : SAINS DAN TEKNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA

1. PENDAHULUAN

Pertandingan Folio Kerjaya ini merupakan penghasilan sebuag buku yang dihasilkan sendiri oleh murid yang mengandungi maklumat kerjaya yang lengkap dan tersusun berdasarkan proses pembacaan, kajian, pemerhatian dan sebagainya dalam proses murid mengenali kerjaya.

2. OBJEKTIF

2.1Mempertingkatkan kesedaran murid mengenai peluang-peluang kerjaya dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang Sains & Teknologi.

2.2 Memberi kemahiran untuk mengaitkan hubungan Pakej UPSR, PMR, SPM dan kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian tinggi dengan kerjaya pilihan.

2.3 Menambah pengetahuan murid mengenai aliran pendidikan yang menjurus ke arah dunia pekerjaan.

2.4 Menggalakkan murid meneroka alam Kerjaya Sains dan Teknologi.

2.5 Menarik minat murid terhadap kerjaya yang berasaskan sains dan teknologi.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua murid sekolah rendah (Tahap dua)

4. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Aspek yang dinilai :

PENGISIAN FOLIO KERJAYA SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN A

1. Halaman ( i ) Nama dan kelas murid Gambar murid Nama dan alamat sekolah.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 27

Page 28: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

Nama bidang kerjaya yang dipilih

2. Halaman ( ii ) Kandungan

3. Halaman ( iii ) Penghargaan Pengesahan

BAHAGIAN B

1. Pengenalan tentang 15 jenis pekerjaan yang dipilih dalam bidang Sains dan Teknologi.

2. Setiap pekerjaan hendaklah disertakan dengan huraian ringkas dan sokongan gambar.

BAHAGIAN C

1. Penerangan terperinci mengenai 5 kerjaya pilihan berdasarkan tema.

2. Tahap kelulusan dan hala tuju selepas UPSR, PMR dan SPM untuk menceburi diri dalam pekerjaan pilihan tersebut.

3. Senaraikan mata pelajaran penting yang berkaitan dengan pekerjaan pilihan.

4. Latarbelakang kerjaya pilihan.

5. Keperluan dari segi kemahiran, personaliti dan minat kerjaya yang berkaitan

BAHAGIAN D

Kesimpulan / Rumusan

1. Kepentingan peranan Sains dan Teknologi dalam bidang kerjaya yang dipilih.

2. Sumbangan kerjaya tersebut terhadap pembangunan negara.

3. Pandangan murid mengenai kerjaya pilihan.

5. SYARAT KHAS PENYEDIAAN FOLIO KERJAYA

5.1. Terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 28

Page 29: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

5.2. Reka bentuk5.2.1 Saiz A4 5.2.2 Mesti dalam satu ‘Comb binding’5.2.3 Kulit luar ‘hard cover’5.2.4 Bahan maujud tidak dibenarkan.5.2.5 Mesra pembaca.

5.3. Ciptaan5.3.1 Hasil ciptaan sendiri atau karya asli.5.3.2 Hasil karya hendaklah ditaip berkomputer atau ditulis

tangan sahaja pada sebelah muka surat.5.3.3 Mesti ada unsur tampalan, cetakan komputer dan bahan dari

internet dibenarkan. Semua bahan tersebut perlu disertakan sumber rujukan.

5.3.4 Tidak melebihi 70 muka surat. 5.3.5 Tidak dibenarkan mengambil terus bahan kerjaya dari mana-

mana rujukan.5.3.6 Tidak meniru mana-mana bahan penerbitan.5.3.7 Tidak menghantar buku yang pernah dipertandingkan. 5.3.8 Bahan fotostat sepenuhnya tidak dibenarkan. 5.3.9 Kotak buku tidak dipertandingkan .Fungsi kotak sekadar

melindungi buku dari koyak dan rosak.

5.4. Bahasa5.4.1 Karya yang ditulis atau berbentuk keratan akhbar/majalah dan

lain-lain perlu dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.5.4.2 Keratan akhbar / majalah dalam bahasa lain mesti

diterjemahkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

5.5. Pengesahan

5.5.1 Setiap Folio Kerjaya yang dihantar untuk dipertandingkan di peringkat Daerah / Bahagian / Zon / Negeri / Kebangsaan mestilah disahkan oleh pengetua / guru besar / PPD / JPN Negeri masing-masing beserta dengan cop rasmi sekolah.

5.6. Pengadilan

5.6.1 Satu Panel Hakim peringkat Daerah / Bahagian akan dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

5.6.2 Satu panel hakim peringkat negeri akan dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

5.6.3 Panel hakim untuk pertandingan peringkat kebangsaan akan dilantik oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.7. Pengadilan di setiap peringkat hendaklah dihakimi oleh panel yang berlainan.

5.8. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 29

Page 30: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

6. SIJIL DAN HADIAH

6.1 Peringkat kebangsaan akan ditentukan oleh KPM.

6.2 Peringkat negeri dan daerah ditentukan oleh negeri masing-masing.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 30

Page 31: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

BORANG PENILAIANPERTANDINGAN FOLIO KERJAYA (SEKOLAH RENDAH)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN

NEGERI

BIL ASPEK YANG DINILAIPENGISIAN FOLIO KERJAYA SEKOLAH

RENDAH

MARKAH PEROLEHAN

A Halaman ( i )Nama dan kelas muridGambar muridNama dan alamat sekolah.Nama bidang kerjaya yang dipilih

Halaman ( ii )Kandungan

Halaman ( iii )Penghargaan Pengesahan

5

B Pengenalan tentang 15 jenis pekerjaan yang dipilih dalam bidang Sains dan Teknologi.

30

C 1.Penerangan terperinci mengenai 5 kerjaya pilihan berdasarkan tema.

2.Tahap kelulusan dan hala tuju selepas UPSR untuk menceburi diri dalam pekerjaan pilihan tersebut.

3.Senaraikan mata pelajaran penting yang berkaitan dengan pekerjaan pilihan.

4. Latarbelakang kerjaya pilihan.

5. Maklumat yang diperlukan dari segi kemahiran, minat dan personaliti.

50

D Kesimpulan / Rumusan

1. Kepentingan peranan Sains dan Teknologi dalam bidang kerjaya yang dipilih.

5

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 31

Page 32: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

2. Sumbangan kerjaya tersebut terhadap pembangunan negara.

3. Pandangan murid mengenai kerjaya pilihan.

E Kreativiti dan Kekemasan1. Mesra pembaca2. Pemilihan warna yang sesuai.3. Gaya persembahan media yang

jelas dan menarik.4. Kepelbagaian bahan Media cetak5. Susun atur bahan mengikut syarat-

syarat pertandingan (Aspek yang dinilai)6. Kesalahan ejaan akan ditolak

markah maksimum 5 markah.

20

F Pembentangan1. Pembentangan secara lisan yang

menarik perhatian dengan menggunakan bahasa yang mudah. (Penyampaian berbentuk Pidato/choral speaking /bahas atau syarahan adalah tidak sesuai.)

2. Pembentangan dan Folio mestilah menggunakan bahasa yang sama.

3. Masa Pembentangan 2-5 minit yang berfokuskan kepada latarbelakang , prospek dan sumbangan kerjaya yang dikaji/diminati yang menarik untuk dikongsi bersama. Meliputi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh melalui kajian folio kerjaya.

4. Sesi Soal jawab tidak kurang 3 soalan dan tidak melebihi 6 soalan.

.

10

JUMLAH KESELURUHAN 120

Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................. ................................................( ) ( )Hakim Ketua hakim

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 32

Page 33: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

MELUKIS POSTER KERJAYA( SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH )

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN

TEMA : SAINS DAN TEKNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA

1. PENDAHULUAN

Pertandingan Melukis Poster Karnival Kerjaya ini bertujuan untuk membina kefahaman dan pengetahuan murid-murid mengenai kerjaya dalam sains dan teknologi melalui seni lukis.

2. OBJEKTIF

2.1 Mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan murid-murid sekolah mengenai kerjaya sains dan teknologi

2.2 Memberi kemahiran untuk menyatukan pemikiran dan kefahaman tentang kerjaya melalui seni lukis

2.3 Menggalakkan murid-murid untuk mencari maklumat kerjaya melalui pelbagai media

3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 Semua murid sekolah menengah dan murid sekolah rendah

4.0 PERINGKAT PERTANDINGAN DAN TARIKH PENGELOLAAN

Bil Peringkat Tarikh

1. Sekolah April

2. Daerah / Bahagian / Zon April

3. Negeri Mei

4. Kebangsaan Jun

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Poster Kerjaya hendaklah dilukis berteraskan tema

”Sains dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara ”

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 33

Page 34: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

5.1 Media – Kertas Lukisan

5.1.1 Kategori Sekolah Rendah ( Tahun 4 – Tahun 6 ) – saiz separa imperial ( A3 ) – 41 cm X 29.7 cm ( 140 gsm )

5.1.2 Kategori Sekolah Menengah – saiz imperial – 41 cm X 59.4 cm ( 165 gsm )

5.1.3 Semua kategori hanya dibenarkan menggunakan kertas lukisan putih yang disediakan oleh penganjur sahaja

5.2 Warna dan Peralatan

5.2.1 Semua jenis warna dibenarkan KECUALI warna minyak ( oil paint )

5.2.2 Semua peralatan disediakan oleh peserta

5.2.3 Penggunaan Clear spray / Lekar jernih adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali

5.2.4 Semua ruang kertas mestilah diwarnakan

5.3 Hak milik hasil ciptaan

Semua poster yang dipertandingkan adalah menjadi hak milik penganjur

5.4 Pengadilan

5.4.1 Keputusan panel hakim adalah muktamad

5.4.2 Satu panel hakim peringkat Daerah / Bahagian / Zon dan negeri akan dilantik oleh pejabat pelajaran Daerah / Bahagian / Zon dan jabatan pelajaran negeri

5.4.3 Panel hakim untuk pertandingan peringkat kebangsaan akan dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

5.5 Penyertaan

Penyertaan Pertandingan Poster Kerjaya adalah secara individu

5.5.1 Penyertaan Peringkat Sekolah

Setiap murid hanya dibenarkan membawa peralatan melukis sahaja. Kertas lukisan akan diserahkan oleh guru semasa pertandingan diadakan. Johan peringkat sekolah sahaja akan dihantar ke peringkat Daerah / Bahagian / Zon

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 34

Page 35: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

5.5.2 Pertandingan Peringkat Daerah / Bahagian / Zon

Semua Johan Pertandingan Poster Kerjaya dari semua kategori akan dipertandingkan mengikut kategori masing-masing. Johan setiap kategori sahaja yang layak mewakili Daerah / Bahagian / Zon ke pertandingan peringkat negeri

5.5.3 Pertandingan Peringkat Negeri

Semua Johan Pertandingan Poster Kerjaya dari semua Daerah / Bahagian / Zon akan dipertandingkan secara langsung ( live ) mengikut kategori masing-masing. Johan bagi setiap kategori layak untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan

5.5.4 Pertandingan Peringkat Kebangsaan

Semua Johan bagi setiap kategori akan dipertandingkan secara langsung ( live ) di peringkat kebangsaan

5.5.4 Semua peserta hendaklah mengisikan maklumat diri

dengan lengkap dan jelas dengan menggunakan HURUF BESAR di atas label yang akan disediakan oleh penganjur dan menampalkan label yang lengkap diisi DI SEBELAH KANAN BELAKANG KERTAS POSTER

NAMA :

NO. KAD PENGENALAN /SIJIL LAHIR :

NAMA & ALAMAT SEKOLAH :

KATEGORI :

JANTINA :

TINGKATAN / TAHUN :

DISAHKAN OLEH ( Pengerusi Pertandingan ) :

5.6 Teknik Penciptaan

5.6.1 Lukisan poster hendaklah asli dan hasil ciptaan sendiri. Hasil poster hendaklah hasil kerja yang tidak pernah disiarkan/dihasilkan dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.

5.6.2 Teknik kolaj / tampalan dan semburan warna / air brush ADALAH TIDAK DIBENARKAN

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 35

Page 36: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

5.6.3 Penggunaan sebarang alat geometri adalah digalakkan

5.6.4 Templet / acuan dan huruf blok sedia ada ( ready made ) DILARANG penggunaannya. Peserta hanya dibenarkan membuat sendiri templet / acuan atau blok huruf dalam masa pertandingan sedang dijalankan

5.7 Jangka Masa Pertandingan

Masa pertandingan adalah 3 ½ jam ( tiga jam 30 minit) bagi kategori sekolah menengah dan 3 ½ jam ( tiga jam 30 minit ) bagi kategori sekolah rendah

6. SIJIL DAN HADIAH

6.1 Peringkat Kebangsaan - Akan ditetapkan

6.2 Peringkat negeri dan daerah - Mengikut negeri / daerah

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 36

Page 37: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

BORANG PEMARKAHANPERTANDINGAN MELUKIS POSTER

( SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH )

SEKOLAH / DAERAH / NEGERI :

Bil. AspekPenilaian

Keterangan MarkahPenuh

Markah Diperolehi

1. Tema Kapsyen yang bersesuaian dengan tema wajib dimasukkan di dalam poster. Muka taip (tipografi) hendaklah jelas dan mudah dibaca.

10

2. Interpretasi Poster harus menggambarkan 5 jenis kerjaya dalam Sains dan Teknologi, suasana dan keadaan alam kerjaya ( pakaian dan tugas-tugas ) dalam konteks pembangunan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.Kerjaya (20)Identiti pembangunan Sains dan Teknologi (10)

30

3. Olahan warna

Pemilihan warna yang menarik dan sesuai. 10

4. Keaslian Lukisan hasil ciptaan sendiri. Hasil lukisan tidak pernah disiarkan di mana-mana pertandingan sebelum ini.

10

5. Kekemasan Kemas, bersih, dan halus. Penggunaan unsur-unsur seni (garisan, bentuk, ruang, warna dan jalinan).

10

6. Rekaletak Kemahiran menggunakan ruang yang seimbang. 15

7. Ilustrasi Keupayaan melakar dan melukis dengan tepat dan menarik. Imej kartun tidak dibenarkan tetapi imej robot dan karikatur adalah dibolehkan.

15

JUMLAH 100

T/tangan Hakim Disahkan oleh Ketua Hakim

……………………………….. ……………………………………..( ) ( )

Tarikh :

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 37

Page 38: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

MEMBINA MEDIA MAKLUMAT ( SEKOLAH MENENGAH )

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN

TEMA : SAINS DAN TEKNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA

1. PENGENALAN

Pertandingan menghasilkan media maklumat adalah untuk membina pengalaman murid melalui proses pengalamian sendiri dalam aktiviti MENGUMPUL, MENYEDIA DAN MENYEBAR pelbagai jenis maklumat kepada bentuk mudah guna, menarik, kreatif dan inovatif.

2. OBJEKTIF

2.1. Menggalakkan murid menjalankan aktiviti kajian perpustakaan dan penyelidikan berkaitan :-

2.1.1. Mengumpul maklumat.2.1.2. Memproses maklumat.2.1.3. Menyediakan maklumat.2.1.4. Membina media yang sesuai.2.1.5. Memilih kaedah persembahan untuk menyebar maklumat.

2.2. Membentuk kreativiti murid dalam kerja-kerja penyebaran maklumat secara berkesan.

2.3. Menyediakan peluang kepada murid untuk mengolah semula media menjadi menarik.

2.4. Menyedarkan murid tentang kepentingan maklumat dalam merancang kerjaya.

3. KUMPULAN SASARAN

4 orang Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) terdiri daripada murid tingkatan 4.

4. PERINGKAT PERTANDINGAN DAN TARIKH PENGELOLAAN

Bil. Peringkat Tarikh

1. Sekolah April

2. Daerah / Bahagian April

3. Negeri Mei

4. Kebangsaan Jun

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 38

Page 39: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

5. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1. Media maklumat dibina berkonsepkan guna semula bahan terpakai (kitar semula) dengan menonjolkan kebolehan manipulatif dan kreativiti murid.

5.2. Setiap sekolah wajib menghasilkan 4 jenis media. Satu daripada setiap kategori A, B dan C. Kategori D menggunakan kreativiti sendiri.

5.3. Penyediaan media mengutamakan penggunaan bahan yang senang diperoleh atau bahan buangan.

5.4. Peserta boleh mempamerkan maklumat sama ada tentang kerjaya, bidang-bidang pengajian, kemahiran-kemahiran, panduan-panduan, tempat melanjutkan pelajaran IPTA / IPTS atau apa sahaja yang berkaitan dengan tema.

5.5. Binaan media maklumat mestilah sesuai dengan bahan maklumat yang hendak dipersembahkan.

5.6. Kategori Media

KATEGORI A KATEGORI B KATEGORI C KATEGORI D

Pamplet

- Media bebas bersaiz 210mm X 270mm atau 297mm X 420mm.

- Mempunyai 2 @ 3 @ 4 @ 6 lipatan mendatar

- Diterbitkan secara bersiri untuk melengkapkan maklumat.

Poster saiz A3

- Media bebas bersaiz 297 mm X 420mm.

- Maklumat dipaparkan pada satu muka sahaja.

- Diterbitkan secara bersiri untuk melengkapkan urutan maklumat

Buku kecil (1/4 A4)

- Media bebas bersaiz 105mm X 148mm atau lebih kecil.

- Binaan macam sebuah buku.

- Mesti dijilidkan (Binding)

- Diterbitkan secara bersiri untuk melengkapkan urutan maklumat.

Membina Media

- Media ‘baru’ dibina menggunakan kreativiti sendiri dan dinamakan.

- Tiada saiz khusus namun mestilah sesuai dengan sudut pameran di bilik kaunseling.

Kad Lipat

- Media bebas bersaiz 105mm X 148mm bersambung pada lipatan.

- Maklumat pada dua muka

- Diterbitkan secara bersiri untuk melengkapkan maklumat.

Bunting

- Media bebas bersaiz 500mm X1200mm.

- Maklumat dipaparkan pada satu muka sahaja.

- Diterbitkan secara bersiri untuk melengkapkan urutan maklumat.

Buku Skrip

- Media bebas bersaiz 210mm X 297mm.

- Binaan macam sebuah buku.

- Mesti dijilidkan (Binding)

- Diterbitkan secara bersiri untuk melengkapkan urutan maklumat kerjaya / pendidikan

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 39

Page 40: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

- Unsur tampalan tidak dibenarkan

Kad Rangkai

- Media bebas bersaiz 105mm X 148mm.

- Maklumat dipaparkan pada satu muka sahaja

- Kad mestilah dirangkaikan dan digantung bebas.

- Diterbitkan secara bersiri untuk melengkapkan maklumat.

Buletin

- Media bebas bersaiz 297 mm X 420mm dan dilipatkan.

- Binaan macam naskah surat khabar dengan empat muka bercetak yang mempunyai 'heading’ buletin

- Diterbitkan secara bersiri untuk melengkapkan urutan maklumat mengenai berita / rencana / aktiviti B&K.

- Unsur tampalan tidak dibenarkan

Kad kecil (1/4 A4)

- Media bebas bersaiz

105mm X 148mm atau lebih kecil.

- Maklumat dipaparkan pada satu muka sahaja.

- Diterbitkan secara bersiri untuk melengkapkan urutan maklumat.

6. PROSES KERJA

6.1. Semua maklumat – Tulisan, gambar serta ilustrasi mestilah hasil olahan dan cetakan (print) sendiri.

6.2. Maklumat boleh dicatat terus pada muka media atau ditampal.

6.3. Saiz dan jenis tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.

6.4. Pengubahsuaian bahan terpakai paling minimum.

6.5. Media boleh diwarnakan.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 40

Page 41: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

6.6. Penerbitan bersiri bermaksud beberapa media yang sama dihasilkan bagi melengkapkan satu tajuk / topik utama.

6.7. Maklumat ringkas tetapi memasukkan urutan sub topik yang sesuai serta membangkitkan rasa ingin tahu.

7. PERAGAAN MEDIA

7.1. Dipamerkan sepenuhnya di atas meja berukuran 4 hingga 6 buah meja murid atau saiz yang sama. Dibenar menggunakan jarak 1 meter di sekeliling meja ( kiri / kanan dan hadapan )

7.2. Alat peragaan media dibuat sendiri menggunakan bahan terpakai, mudah dibawa dan dipasang.

7.3. Penggunaan lampu dan hiasan meja tidak diambil kira dalam penghakiman.

7.4. Markah bonus untuk susun atur media yang menarik perhatian (first impression ).

8. PERSEMBAHAN LISAN

8.1 Penyampaian secara individu atau berkumpulan hendaklah jelas menceritakan proses dan hasil kerja dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya (10 Minit).

8.2Penggunaan alat bantu elektronik dan komputer tidak dibenarkan sama sekali.

8.3Pendengar dapat berkongsi pengalaman baru dan seronok dengan maklumat yang disampaikan.

8.4Ada unsur kecindan dan bersahaja, tetapi ada kesungguhan seperti sedang berkomunikasi menyampaikan maklumat kepada rakan.

8.5Keputusan hakim adalah muktamad.

9. SIJIL DAN HADIAH

9.1 Peringkat kebangsaan akan ditentukan oleh KPM.

9.2 Peringkat negeri dan daerah mengikut negeri masing-masing.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 41

Page 42: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

BORANG PENILAIANPERTANDINGAN MEDIA MAKLUMAT

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA KEBANGSAAN

NEGERI

BIL. BIDANG PENILAIAN MARKAH DIPEROLEH

1. ISI KANDUNGAN1.1. 4 jenis media.1.2. ‘Lay out’ – susun atur.1.3. Berkaitan dengan tema.1.4. Berkaitan dengan kerjaya/pelajaran.1.5. Mudah difahami dan menarik.

Jumlah Kecil 202. PEMBENTANGAN LISAN

2.1. Penerangan yang jelas.2.2 Kerjasama pasukan.2.3 Masa pembentangan tidak lebih 10 minit.2.4 1 atau 2 soalan berkaitan.

Jumlah Kecil 203. KREATIVITI

3.1. Konsep kitar semula.3.2. Kemahiran manipulatif.

Jumlah Kecil 204. KESESUAIAN

4.1. Spesikasi dan kesesuaian.4.2. Ketepatan maklumat.

Jumlah Kecil 155. KAEDAH PERSEMBAHAN

5.1. Alat persembahan.5.2. Cara dipersembahkan.5.3. Kesesuaian dan menarik.

Jumlah Kecil 106. KEASLIAN

6.1. Ciptaan sendiri.6.2 Belum diterbitkan.

Jumlah Kecil 207. BONUS

7.1. Nama sekolah dan negeri.7.2. Tajuk.7.3. Nama penyedia.7.4. Penerbitan bersiri.

Jumlah Kecil 10

JUMLAH BESAR 120

Tandatangan Hakim Disahkan Oleh Ketua Hakim

........................................... ...............................................Nama Nama

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 42

Page 43: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

EKSPLORASI ALAM KERJAYA (EAK) KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING DAN KERJAYA

PERINGKAT KEBANGSAAN

TEMA : SAINS DAN TEKNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA

PENDAHULUAN

Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya (EAK) ini bertujuan memberi pengalaman kepada pelajar mencari, meneroka, mengumpul dan menyebarkan maklumat sesuatu kerjaya yang menggunakan kaedah sains dan teknologi.

OBJEKTIF

1. Membolehkan pelajar mendapat pendedahan secara terus mengenai suasana kerjaya.

2. Menambah ilmu pengetahuan secara praktikal dan teoritikal tentang bidang kerjaya yang dieksplorasi.

3. Membuka minda pelajar untuk membuat pilihan kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.

4. Membina keyakinan diri dan keupayaan menyampaikan maklumat kepada khalayak

SASARAN

Pelajar sekolah menengah atas ( Tingkatan 4 dan 5 )

SYARAT PENYERTAAN

1. Terdiri daripada 4 orang pelajar . Penyertaan pelbagai kaum digalakkan2. Setiap kumpulan perlu menyediakan sebuah buku dokumentasi, CD

multimedia dan persembahan secara langsung

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN

1. BUKU DOKUMENTASI

1.1 Penghakiman buku dokumentasi perlu dibuat sebelum persembahan "Multimedia".

1.2 Format buku dokumentasi bukannya seperti satu buku skrap. Hasilnya adalah satu penyampaian yang formal dan profesional.

1.3 Oleh yang demikian tampalan bahan dalam buku dokumentasi tidak akan diterima. Jika perlu, bahan boleh diimbas ( 'scan' ) dan dimasukkan.

1.4 Buku dokumentasi perlu menggunakan kertas berwarna putih. Kertas berwarna lembut (pastel), boleh digunakan sebagai pembahagi seksyen A, B, C, dan D atau muka surat depan dan belakang.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 43

Page 44: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

1.5 Bilangan muka surat tidak melebihi 100 halaman. (Tidak termasuk lampiran)

1.6 Tiap-tiap bahagian buku dokumentasi perlulah disemak dengan betul dari segi ejaan dan susunan bahasa. Markah akan ditolak jika terdapat kesalahan tatabahasa.

1.7 Buku dokumentasi termasuk rujukan, bibliografi , rajah, carta dan gambar-gambar wajib disediakan dalam format American Psychology Association (APA).

1.8 Gambar-gambar yang digunakan mesti diimbas (scan) dan dilabelkan (keterangan mengenai gambar).

1.9 Semua maklumat perlu dimasukkan dalam SATU buku dokumentasi. Semua lampiran hendaklah disertakan dalam buku yang sama. Hanya lampiran dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

1.10 Kotak menyimpan buku dokumentasi tidak perlu disediakan.

1.11 Isi kandungan buku dokumentasi perlu mengikut urutan skema markah yang dilampirkan.

1.12 Lampirkan surat kebenaran menjalankan EAK daripada syarikat / institusi yang dipilih dan juga surat akuan yang ditandatangani oleh pengetua sekolah.

1.13 Hasil / ringkasan temu bual perlu dimasukkan ke dalam Bahagian C. Skrip temu bual boleh dimasukkan dalam bahagian lampiran.

1.14 Buku dokumentasi boleh disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Jika buku dokumentasi disediakan dalam Bahasa Inggeris, persembahan 'multimedia' wajib dibuat dalam Bahasa Inggeris.

2. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

2.1 ISI PERSEMBAHAN

2.1.1 Fokus persembahan multimedia mestilah lebih kepada pengalaman kumpulan berkaitan dengan kerjaya yang dieksplorasi, tempat, keadaan pekerja dan fakta-fakta lain. Peserta perlu berfokus kepada ilustrasi melalui gambar-gambar dan kesan Multimedia.

2.1.2 Maklumat yang sudah diterangkan dalam buku dokumentasi TIDAK PERLU ditayangkan dalam slaid multimedia

2.1.3 Alat-alat membantu persembahan (contohnya risalah, peralatan, sampel) yang ada kaitan dengan kerjaya yang dipilih, boleh digunakan semasa persembahan. (* Markah

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 44

Page 45: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

akan diberi untuk alatan dan bahan-bahan yang relevan dan digunakan dalam persembahan sahaja)

2.1.4 Kandungan EAK dipersembahkan secara jelas, lancar, penuh keyakinan, menarik perhatian, beretika dan bahan media yang tidak keterlaluan.

2.1.5 Persembahan boleh disampaikan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

2.2 GAYA PERSEMBAHAN

2.2.1 Pembentangan hasil EAK seharusnya dalam bentuk ’naratif’. Peserta perlu bercerita pengalaman yang dialami semasa menjalankan projek EAK kepada para hadirin.

2.2.2 Cara pidato, debat, syarahan, sajak atau pantun tidak sesuai untuk penyampaian di sini.

2.3 PERASAAN

2.3.1 Pembentangan dianggap berjaya jika para hakim dan hadirin dapat berasa seolah-olah mereka melawat sendiri tempat-tempat eksplorasi bersama-sama pembentang.

2.3.2 Pembentang dianggap berjaya jika dapat menyampaikan pengalaman yang menyeronokkan, mengerikan, menakutkan, mencemaskan dan sebagainya melalui gambar-gambar, ekspresi wajah dan intonasi suara yang bersesuaian.

2.4 PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

2.4.1 Pemilihan muzik latar, kesan bunyi dan lagu perlu sesuai.

2.4.2 Ayat atau perkataan yang dipaparkan di layar (skrin) mesti jelas dan mudah dibaca.

2.4.3 Penggunaan warna latar belakang slaid perlu sesuai dengan visual.

2.4.4 Penggunaan ’ekstrak’ video / filem dalam persembahan adalah wajib. Rakaman video persembahan hendaklah diambil oleh peserta sendiri. Ekstrak video dari internet juga dibenarkan sebagai maklumat tambahan tetapi tidak melebihi 3 minit.

2.4.5 Kandungan maklumat dalam persembahan multimedia seharusnya tersusun dan teratur.

2.4.6 Penganjur hanya menyediakan LCD dan Skrin sahaja. Peserta perlu menyediakan laptop / komputer riba.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 45

Page 46: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

2.5 KERJASAMA PASUKAN (4 orang sekumpulan).

2.5.1 Semangat berpasukan perlu jelas kelihatan semasa lawatan EAK dijalankan dan juga semasa persembahan. Ini bermakna semua ahli kumpulan wajib menimba pengalaman bersama-sama dan secara aktif di tempat-tempat kerjaya yang dipilih.

2.5.2 Rakaman video perlu dibuat oleh salah seorang ahli kumpulan semasa menjalankan ekplorasi bersama-sama.

2.5.3 Persembahan boleh dibuat oleh dua atau lebih peserta.

3 SOALAN PERSEMBAHAN LISAN

3.1 Soalan boleh ditujukan kepada mana-mana ahli dalam kumpulan.

3.2 Soalan akan ditanya mengikut bahasa pengantar yang digunakan dalam buku dokumentasi.

3.3 Soalan dikemukakan berkaitan dengan isi buku dokumentasi dan persembahan.

3.4 Jawapan harus tepat dan jelas.

4 MASA

4.1 Masa persediaan adalah 5 minit sebelum dan 5 minit selepas persembahan

4.2 Masa untuk persembahan selama 15 minit.

4.3 Masa untuk sesi soal jawab selama 5 minit.

5 ALAT BANTUAN PERSEMBAHAN

5.1 Markah akan diberi untuk brosur dan risalah yang digunakan sebagai maklumat tambahan dan alat-alat yang digunakan untuk membantu persembahan multimedia.

5.2 Penggunaan alat-alat yang dipamerkan harus dijelaskan dan bukannya sebagai pameran sahaja.

6 BUKU DOKUMENTASI DAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

6.1 Tiap-tiap kumpulan perlu menyerahkan satu salinan CD ’persembahan multimedia’ kepada Ketua Hakim semasa pendaftaran.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 46

Page 47: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

6.2 Buku Dokumentasi dan CD persembahan Multimedia adalah hak milik KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 47

Page 48: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

BORANG PENGHAKIMAN EKSPLORASI ALAM KERJAYA (PERSEMBAHAN MULTIMEDIA)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYAPERINGKAT KEBANGSAAN

NAMA SEKOLAH : ......................................................NEGERI : ………………………………………

Aspek Yang DinilaiMarkah penuh

Markah

Diperolehi) Isi kandungan- Pengenalan kumpulan 3 markah- Penerangan kerjaya 7 markah- Fakta penting mengenai kerjaya 10 markah- Ekstrak video meneroka kerjaya 20 markah 40 markah

ii) Teknik penggunaan multimedia dalam persembahan

- Grafik / animasi 5 markah - Sistem audio 5 markah - Kesesuaian warna 5 markah - Kepelbagaian teknik multimedia 15 markah ( video, power point, hyperlink dll)

30 markah

iii) Kelancaran penyampaian dan penggunaan susunan

bahasa yang betul - Kelancaran penyampaian 5 markah - Ekspresi muka dan perasaan 5 markah - Penggunaan susunan bahasa yang betul 5 markah

15 markah

iv) Kerjasama kumpulan – cara berkongsi & keterangan

pengalaman semasa eksplorasi alam kerjaya. (Boleh melibatkan 2 atau lebih ahli)

15 markah

v) Organisasi, kreativiti dan daya tarikan keseluruhan persembahan multimedia 15 markah

vi) Menjawab 3 soalan lisan. Hakim akan memilih peserta untuk menjawab soalan

20 markah

vii) Alat membantu persembahan 15 markahJumlah besar persembahan multimedia 150 markah

Hakim: Disahkan oleh Ketua Hakim:

Tandatangan: Tandatangan:

Nama penuh: Nama penuh :

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 48

Page 49: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

BORANG PEMARKAHANEKSPLORASI ALAM KERJAYA

(BUKU DOKUMENTASI )KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA

PERINGKAT KEBANGSAAN

Nama sekolah : ………………………………………..Negeri : ………………………………………..

SYARAT-SYARAT RANGKA DOKUMENTASI

Kertas A4 (80 gm), Laporan bertaip komputer, Font Times New Roman, Saiz 12, Spacing 2, Comb Binding, Berplastik (depan belakang) , Laporan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa InggerisKulit Luar

i) Nama Kerjayaii) Nama Organisasi (termasuk bandar)iii) Nama Sekolah, Bandar, Zon, Negeri & Tahuniv) Tema

A ASPEK YANG DINILAI MARKAHMAKLUMAT PENGENALAN (20 MARKAH) Penuh Diperoleh

1 i) Isi kandunganii) Latar belakang peserta

(Nama ahli kumpulan,gambar, tingkatan & nama sekolah)

iii) Penghargaaniv) Objektif EAK

11

26

2 i) Pengenalan kepada kerjaya yang dipilih(latar belakang-sejarah kerjaya dan lain-lain)

ii) Pengenalan kepada lokasi kerjaya yang Dipilih

5

5Jumlah 20

B HASIL KAJI SELIDIK (70 markah)1 Kelulusan & Latihan Akademik/ Ikhtisas Yang

Diperlu5

2 IPTA & IPTS (Dalam & Luar Negeri) Yang Menawarkan Biasiswa. Kursus & Latihan Termasuk Syarat Masuk (Pakej SPM/STPM) 15

3 Spesifikasi Pekerjaan (Job Specifications) & Etika Kerja 10

4 Skim Gaji, Imbuhan (Pinjaman, perubatan, perumahan, kenderaan,keraian, bonus, biasiswa, tuntutan kerja, keahlian kelab, elaun,insentif dll) 15

5 Prosedur memohon kerjaya & menulis resume. Iklan –iklan (dalam surat khabar, laman web dll) & akta-akta berkenaan dengan kerjaya yang dipilih 10

6 Prospek (peluang) kerjaya di sektor swasta,kerajaan dan luar negeri (jika ada) 5

7 Prospek masa depan (kenaikan pangkat, keahlian lembaga/ persatuan profesional kerjaya yang

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 49

Page 50: Garis Panduan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009

dipilih, latihan /pendidikan lanjutan, peluang penyelidikan dan iklan – iklan 10

Jumlah 70C HASIL TEMU BUAL (30 markah)8 Profil Personalia- Kesesuaian Personaliti Dengan

Kerjaya (Inventori) , Kepuasan kerja dan nilai kerja

10

9 Persekitaran kerja – kemudahan, risiko (occupational hazard), tekanan kerja & stail kehidupan dll

10

10 Gambar pekerja dan persekitaran kerja 10Jumlah 30

D KESIMPULAN (20 markah)11 Penutup

Kaedah EAK, kos EAK, perasaan dan pengalaman (baik/ tidak baik) setiap peserta semasa menjalankan EAK, pendapat keseluruhan tentang EAK dan pencapaian objektif EAK. 15

12 i) Senarai rujukan(buku-buku, internet dan lain-lain)

ii) Lampiran ( dalam BM atau BI) yang releven – brosur, contoh-contoh borang, sampel / sijil kelulusan IPTA / IPTS / skrip / dan lain-lain 5

Jumlah 20E KREATIVITI & KEKEMASAN (10 markah)13 Kekemasan – mengikut susun atur maklumat

yang ditetapkan Gaya persembahan (keberkesanan dan mudah difahami) melalui pelbagai cara seperti carta, graf dan sebagainya. 10

Jumlah 10JUMLAH BESAR UNTUK BUKU DOKUMENTASI 150

Tandatangan Hakim Disahkan oleh : Ketua Hakim

……………………….. ………………………………….Nama penuh: Nama penuh:

GARIS PANDUAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 50