47

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

  • Upload
    letuyen

  • View
    445

  • Download
    23

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya
Page 2: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

1

Pindaan & Pengesahan Oleh: Tarikh: Versi:

Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya Malaysia,

Sept 2013

1.0

Mesyuarat Ketua Unit, BSFJ Mac 2014 1.1

Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya Malaysia,

Mac 2015

1.2

Page 3: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

2

Topik Perkara Muka Surat

Penghargaan 3

Glosari 4

Singkatan 7

1.0 Pengenalan 8

2.0 Latar Belakang 9

3.0 Objektif 10

4.0 Skop 11

5.0 Peranan Dan Tanggungjawab 12

6.0 Pewujudan Fail Aset Tak Alih 13

SEKSYEN A – Pengumpulan Aset Tak Alih Jalan

7.0 Tujuan Aktiviti Pengumpulan Data 15

8.0 Peringkat Pendaftaran Aset 16

9.0 Pengumpulan Data Premis Aset (DPA)

9.1 Carta Alir Proses 23

9.2 Proses Kerja 24

SEKSYEN B – Pelabelan Aset Tak Alih Jalan

10.0 Pengenalan 36

11.0 Kaedah Pelabelan 37

12.0 Teg No. DPA 38

13.0 Penutup 39

14.0 Rujukan 40

15.0 Lampiran 41

Page 4: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

3

Sekalung penghargaan kepada mereka-mereka yang terlibat di dalam membangun,

mengulas dan memurnikan garis panduan ini :

1. Wakil pegawai pendaftaran aset tak alih Kementerian Kerja Raya.

2. Bahagian Senggara Fasiliti Jalan, Jabatan Kerja Raya.

3. Wakil-wakil unit Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara, Jabatan Kerja

Raya.

4. Ketua-Ketua Penolong Pengarah Senggara, Bahagian Senggara Persekutuan

Negeri.

5. Jurutera-Jurutera JKR Daerah.

Page 5: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

4

Aset Jalan - Merupakan satu kawasan yang diperuntukkan untuk laluan dan ia berada di bawah kawalan agensi yang dipertanggungjawabkan. Kawasan tersebut merentasi mukim atau daerah atau negeri. Takrifan ini tidak termasuk jalan-jalan yang berada dalam premis aset bangunan.

Aset Khusus - Merujuk kepada disiplin / bidang kejuruteraan yang lazim terlibat dalam pembinaan aset jalan dan infrastruktur.

Aset Tak Alih - Bermaksud aset yang tidak boleh dialih dari tempatnya iaitu tanah, infrastruktur dan jalan. Takrifan terperinci adalah aset yang secara kekal / tetap atau bersifat kekal / tetap berada pada tempatnya, tidak boleh dialih atau sukar dialihkan atau usaha untuk buka semula / penanggalan melibatkan keperluan kepakaran teknikal atau perundangan yang berkaitan.

Kategori Aset Khusus

- Merujuk kepada kategori disiplin kejuruteraan yang lazim terlibat dalam pembinaan aset infrastruktur (jalan).

i. Aset Khusus Kategori Jalan ii. Aset Khusus Kategori Jambatan iii. Aset Khusus Kategori Simpang iv. Aset Khusus Kategori Cerun v. Aset Khusus Kategori Laluan Sikal

Komponen - Merupakan bahagian – bahagian yang praktikal untuk dijadikan

bahan sebagai alat ganti atau dapat dijadikan objek dalan arahan kerja penyenggaraan.

Label - Tanda/tag dalam bentuk kod yang digunakan pada lukisan atau diletakkan/ dipasang secara fizikal pada sesuatu aset.

Sistem - Merujuk kepada satu set kumpulan aset yang berfungsi bersama untuk memberi sesuatu perkhidmatan bagi sesuatu kategori aset khusus.

Subsistem - Merupakan satu set kumpulan komponen yang berfungsi bersama dengan set kumpulan komponen yang lain bagi membentuk satu sistem.

Daftar Premis Aset - Daftar Premis Aset (DPA) ditakrifkan sebagai daftar identiti untuk suatu infrastruktur (jalan) bagi aset tak alih. Ia merupakan satu struktur kod berperingkat (tahap pertama) dalam pendaftaran sesebuah premis aset.

Page 6: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

5

Kategori Premis Aset Jalan

- Kategori Premis Aset Jalan sepertimana di dalam ArahanTeknik JKR.

Daftar Aset Khusus

- Daftar Aset Khusus (DAK) ditakrifkan sebagai daftar identiti bagi aset khusus dalam suatu Daftar Premis Aset (DPA). Ia merupakan satu struktur kod berperingkat (tahap kedua) dalam pendaftaran aset sesebuah infrastruktur (jalan).

Seksyen - Merujuk kepada jarak dari tiang kilometer ke tiang kilometer dan dicatat pada setiap tiang kilomater di sepanjang sesuatu laluan persekutuan.

DAK Seksyen Kategori Jalan (R)

DAK Seksyen Kategori Jalan merupakan suatu binaan jalan raya tidak termasuk simpang dan jambatan

DAK Seksyen Kategori Jambatan (B)

DAK Seksyen Kategori Jambatan tersiri daripada suatu struktur binaan yang dibina untuk menyeberangi sungai, selat dan pulau atau merentasi DAK Seksyen Kategori Jalan/ Simpang/ Laluan Sikal/ Cerun

DAK Seksyen Kategori Simpang (J)

DAK Seksyen Kategori Simpang ialah simpang pada jalan raya atau susur keluar pada lebuhraya/ jalan raya yang dibina di atas tanah termasuk bulatan

DAK Seksyen Kategori Laluan Sikal (C)

DAK Seksyen Kategori Laluan Sikal ialah laluan jalan raya khusus untuk motosikal yang dibina di atas tanah

DAK Seksyen Kategori Cerun (S)

DAK Seksyen Kategori Cerun ialah cerun semulajadi atau cerun buatan yang terdapat di sepanjang jalan raya/ lebuhraya

Kumpulan Agensi - Merujuk pada jenis kumpulan agensi Kerajaan seperti di dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).

Nombor DPA - Nombor unik untuk Daftar Premis Aset (DPA) yang diperolehi selepas pendaftaran ke dalam mySPATA.

Pasukan Pengumpul Data

- Pasukan yang dilantik untuk melaksanakan kerja mengumpul data dan maklumat aset.

Pihak Pelaksana - Kementerian, jabatan termasuk badan berkanun atau semua agensi lain yang telah dipilih / dilantik untuk menguruskan pelaksanaan pengurusan aset.

Premis - Sesuatu tapak tanah yang menempatkan jalan, infrastruktur dan kawasan berkaitan.

Page 7: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

6

Jalan Persekutuan Utama / Sekunder

- Rangkaian jalan utama yang menghubungkan antara negeri-negeri / daerah-daerah dalam sesuatu Negeri

Jalan Masuk Ke Institusi Persekutuan Utama

- Jalan masuk ke bangunan / institusi Kerajaan Persekutuan, lapangan terbang, pelabuhan atau stesen pemancar.

Jalan Masuk Ke Kawasan Perindustrian

-

Jalan masuk ke kawasan perindustrian yang telah diwartakan

Jalan Masuk Ke Lembaga Tanah Kemajuan Wilayah

-

Jalan masuk ke kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah seperti KETENGAH, DARA dan KESEDAR

Jalan Wilayah Persekutuan Yang Ditetapkan

-

Rangkaian jalan yang menghubungkan kawasan-kawasan dalam sesuatu Wilayah Persekutuan yang diisytiharkan sebagai Jalan Persekutuan.

Jalan Persekutuan Felda

- Rangkaian Jalan yang dibina dalam kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Jalan Persekutuan Felda (Perkampungan )

-

Merupakan rangkaian jalan di dalam kawasan perkampungan Felda

Lebuhraya

-

Laluan ekpress antara bandar yang kebiasaaannya mengenakan tol

R.O.W. - Right of Way / Rezab Jalan - Had sempadan jalan

Page 8: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

7

DPA - Daftar Premis Aset

DAK - Daftar Aset Khusus

KHA - Kitar Hayat Aset

KSU - Ketua Setiausaha

mySPATA - Sistem Pengurusan Aset Tak Alih

PAM - Pengurusan Aset Menyeluruh

PeDATA - Pengumpulan Data Aset Tak Alih

PDF - Pegawai Daftar & Data Fasiliti

PIF - Pegawai Inspektorat Fasiliti

POF - Pegawai Operasi Fasiliti

PTF - Pegawai Teknikal Fasiliti

PTP - Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

SKATA - Sistem Kod Aset Tak Alih

UPF - Unit Pengurusan Fasiliti

LKTP (FELDA) - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Page 9: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

8

1.1 Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih (PeDATA) – Aset Jalan dan

Infrastruktur Khas ini merupakan dokumen sokongan kepada manual dan tatacara

Pengurusan Aset Menyeluruh (PAM) kerajaan.

1.2 Dokumen ini diwujudkan sebagai panduan dalam mengumpul data aset tak alih

(Aset Jalan) milik Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pendaftaran ke dalam aplikasi

mySPATA dan sebagai rekod rasmi Kementerian / Jabatan juga panduan pelabelan

fizikal Aset Tak Alih.

Page 10: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

9

2.1 Integriti data bergantung kepada kualiti data yang dikumpul semasa pendaftaran

aset. Sebelum ini, terdapat pelbagai kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh

agensi-agensi dan tiada garis panduan khusus dalam mengumpul data aset-aset tak

alih kerajaan. Ini menyebabkan data-data yang dikumpul tidak tepat, tidak sistematik

dan tidak seragam. Oleh yang demikian, satu garis panduan khusus perlu

diwujudkan.

2.2 Pengurusan data aset semasa yang dipraktikkan oleh agensi-agensi kerajaan

adalah tidak diurus dengan baik dan tidak teratur. Ini menyebabkan Pengurusan

Aset Menyeluruh (PAM) tidak dapat diamalkan dengan berkesan. Oleh itu adalah

penting aset yang diwujudkan perlu didaftarkan secara lengkap, sistematik dan

bersepadu selaras dengan Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan.

2.3 Pengumpulan data aset merupakan salah satu proses penting di dalam

menguruskan aset kerajaan secara menyeluruh. Ia merupakan proses yang

kompleks dan memerlukan perancangan, kawalan dan penyelarasan.

Page 11: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

10

3.1 Dokumen ini diwujudkan bertujuan untuk :

a) Menjadi panduan dalam pelaksanaan proses pengumpulan data aset tak alih

kerajaan (aset jalan) untuk tujuan pendaftaran aset tak alih kerajaan

sepertimana arahan Pekeliling Am Bil.2 Tahun 2012: Tatacara Pengurusan

Aset Tak alih (TPATA);

b) Memastikan penyediaan data aset tak alih kerajaan (aset jalan) yang lengkap,

seragam dan berintegriti;

c) Panduan dalam kaedah pelabelan fizikal aset tak alih kerajaan (aset jalan).

Page 12: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

11

4.1 Meliputi aset tak alih milik Kerajaan Persekutuan iaitu aset jalan dan infrastruktur

TIDAK TERMASUK rizab / premis bangunan (untuk pendaftaran premis bangunan,

rujuk PeDATA Bangunan) seperti di Rajah 1:

Rajah 1: Hirarki Aset Tak Alih

4.2 Dokumen ini dikhususkan untuk menjelaskan tentang;

i. kaedah pengumpulan data aset jalan dan infrastruktur

ii. data premis aset (DPA) jalan dan infrastruktur

iii. data aset khusus (DAK) aset jalan dan infrastruktur (terbahagi kepada 5

kategori)

iv. pendaftaran aset (DPA & DAK) jalan dan infrastruktur

v. pelabelan aset jalan dan infrastruktur

Page 13: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

12

5.1 Pegawai Teknikal Fasiliti (PTF)

a) Melantik Ketua Pasukan Pengumpul Data

b) Memastikan rizab / premis jalan mendapat nombor DPA / ID DPA

c) Memastikan pendaftaran aset tak alih dilaksanakan

d) Menyelaras laporan dan maklumat aset tak alih

5.2 Pegawai Daftar & Data Fasiliti (PDF)

a) Menubuh Pasukan Pengumpul Data

b) Menyelaras aktiviti pengumpulan data

c) Mengesahkan data yang dikumpul

5.3 Pegawai Operasi Fasiliti (POF)

a) Menyediakan pelan pengumpulan data

b) Menjalankan pengumpulan data

c) Merekod data aset tak alih

Page 14: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

13

6.1 Fail Aset Tak Alih (ATA) ini diwujudkan sebagai panduan dalam penyimpanan rekod

rasmi Kementerian / Jabatan bagi data aset tak alih (aset jalan dan infrastruktur)

milik Kerajaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, adalah amat penting ia

diuruskan secara sistematik dan teratur bagi memastikan maklumat rasmi Kerajaan

adalah terpelihara. Kegagalan menguruskan fail dengan fail boleh menjejaskan

tugas dan memberi kesan negatif kepada organisasi.

6.2 Fail ATA ini diwujudkan bertujuan untuk:

6.2.1 Memastikan data aset tak alih diuruskan secara sistematik dan teratur dengan

peraturan-peraturan yang dikuatkuasa bagi memastikan maklumat rasmi

kerajaan adalah terpelihara.

6.2.2 Memastikan data aset tak alih boleh diakses dengan pantas apabila

diperlukan.

6.2.3 Mengelakkan kehilangan data aset tak alih.

6.2.4 Memastikan data aset tak alih yang dikumpul dan direkod dengan lengkap,

seragam dan berintegriti.

6.2.5 Memastikan data aset tak alih yang dikumpul dan yang direkod dalam

Aplikasi Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (mySPATA) adalah sama.

Page 15: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

14

SEKSYEN A

Pengumpulan Data Aset Tak Alih

(Aset Jalan & Infrastruktur)

Page 16: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

15

7.1 Aktiviti pengumpulan data dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang berguna

yang boleh digunakan di dalam pengurusan aset menyeluruh dengan arahan

semasa kerajaan seperti Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012 : TPATA & Pekeliling

Am Bilangan 3 Tahun 2012 : SKATA.

7.2 Proses ini bertujuan memastikan rekod bertulis yang akan didaftarkan dalam sistem

adalah sama dan selaras dengan aset fizikal di dalam rizab / premis jalan. Ini

menjamin integriti dan ketelusan maklumat dan membolehkan fakta-fakta yang tepat

diberikan kepada pihak berkaitan dalam membuat keputusan ke atas pengurusan

aset di peringkat operasi dan pengurusan strategik.

Page 17: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

16

8.1 Peringkat Pendaftaran Aset Jalan dan Infrastruktur

Struktur peringkat pendaftaran Aset Jalan dan Infrastruktur terbahagi kepada 2

tahap iaitu :

Rajah 2 : Struktur Pendaftaran Aset Jalan dan Infrastruktur

8.2 Daftar Premis Aset (DPA) Jalan

8.2.1 Aset Jalan dan Infrastruktur milik Kerajaan Persekutuan perlu didaftarkan

sebagaimana TPATA. Pendaftaran setiap premis jalan ini akan memberikan

identiti iaitu No. DPA.

8.2.2 Daftar Premis Aset (DPA) merupakan satu struktur berperingkat (tahap

pertama) dalam pendaftaran sesebuah premis aset. Identifikasi Daftar Premis

Aset (No. DPA) menjadi nombor identifikasi rujukan sesebuah premis aset

Page 18: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

17

Pemilik

Aset

Lokasi

Aset

jalan. Struktur pengekodannya terdiri daripada 4-6 peringkat hasil kombinasi

kod seperti ditunjukkan Rajah 3 dan Rajah 4.

8.2.3 Premis Aset Jalan merupakan suatu kawasan milik satu-satu agensi kerajaan

mengikut R.O.W yang didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan (PTP) termasuk kesemua infrastruktur yang ada di dalam

lingkungan sempadannya.

Rajah 3 : Struktur Berperingkat Kod DPA Jalan

Page 19: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

18

Rajah 4 : Struktur Berperingkat Kod Sub DPA Jalan (Peringkat Negeri)

Rajah 5 : Contoh Menunjukkan Satu (1) Daftar Premis Aset (DPA) Jalan

DPA: 1.105.101.0001

Page 20: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

19

Rajah 6 : Contoh Menunjukkan Tiga(3) Daftar Premis Aset (DPA) Jalan Berdasarkan Nombor Laluan di Negeri Johor

Rajah 7 : Contoh Menunjukkan Tiga(3) Daftar Premis Aset (DPA) Jalan Berdasarkan Nombor Laluan di Daerah Johor Bahru

Page 21: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

20

8.3 Daftar Aset Khusus (DAK)

8.3.1 Setiap DPA Jalan mempunyai nombor seksyen yang mengandungi aset

khusus iaitu merujuk kepada semua aset awam yang dibina termasuk aset

elektrikal dan mekanikal dalam suatu seksyen jalan tersebut dengan tujuan

melengkapkan fungsi jalan kepada pengguna. Nombor seksyen ini

didaftarkan sebagai DAK Seksyen bagi DPA Jalan.

8.3.2 DAK dilaksanakan setelah premis jalan mempunyai No. DPA dan No. DAK

Seksyen. Ia merupakan satu struktur kod berperingkat (tahap kedua) dalam

pendaftaran aset khusus sesebuah premis jalan.

8.3.3 Nombor DAK terdiri daripada kod-kod yang memberi maksud kepada

maklumat khusus sesuatu aset yang dibahagi kepada 5 kategori iaitu;

i. Jalan

ii. Jambatan

iii. Simpang

iv. Cerun

v. Laluan Sikal

8.3.4 Nombor DAK adalah unik dan akan digunakan sebahagiannya sebagai

nombor untuk label setiap sistem / sub sistem / komponen yang berkaitan.

Struktur pengekodannya terdiri daripada lapan peringkat.

Contoh;

Page 22: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

21

Rajah 8 : Struktur DAK Kategori Jalan, Jambatan, Simpang, Laluan Sikal dan Cerun Untuk Satu (1) DPA Jalan

Rajah 9 : Contoh DAK Jalan & DAK Cerun

DAK Jalan

DAK Cerun

Page 23: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

22

Rajah 10 : Contoh DAK Jambatan

Rajah 11 : Contoh DAK Simpang

Page 24: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

23

Rajah 12 : Contoh DAK Laluan Sikal

Page 25: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

24

9.1 Carta Alir Proses

1

2

Terima Arahan Mendaftar Permis Jalan

Tentukan No. DPA Jalan

3Rancang Pelaksanaan Pengumpulan Data

dan Maklumat Daftar Jalan

4 Kumpul dan Daftarkan Data Jalan

Semak Maklumat5

6 Sahkan Maklumat yang telah lengkap

7 Hantar Arahan Mendaftar Seksyen Jalan

LengkapTidak

Lengkap

8 Terima Arahan Mendaftar Seksyen Jalan

9 Rancang Pelaksanaan Pengumpulan Data

dan Maklumat Sesyen Jalan

10 Kumpul dan Daftarkan Seksyen Jalan

Semak Maklumat11

12 Sahkan Maklumat yang telah lengkap

LengkapTidak

Lengkap

13 Cetak dan Simpan Rekod

Rajah 13 : Carta Alir Proses DPA Jalan

(Ibu Pejabat JKR)

(Pejabat JKR Negeri)

Page 26: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

25

9.2 Proses Kerja

Langkah 1 : Terima Arahan Mendaftar Premis Aset Jalan

a. Pegawai menerima arahan untuk mendaftar premis aset jalan. Pegawai perlu

mendapatkan maklumat asas premis tersebut tujuan pendaftaran No. DPA

Rujuk Borang D.A.(R) 1 dan Borang D.A.(R) 2.

b. Sumber maklumat tersebut boleh diperolehi dengan merujuk :

i. Buku Statistik Jalan;

ii. Rekod-rekod berkaitan.

Langkah 2 : Tentukan No. DPA Jalan

a. Menggunakan maklumat daripada Langkah 1, tentukan No. DPA premis

tersebut melalui pendaftaran pada sistem mySPATA.

Langkah 3 : Pengumpulan Data DPA Utama dan sub DPA Jalan

Bagi tujuan pengumpulan data lanjut DPA Utama dan sub DPA Jalan, Borang

D.A.(R) 1a dan Borang D.A.(R) 1b digunakan.

Langkah 4 : Pendaftaran DPA Utama dan Sub DPA Jalan

A. Daftar DPA Utama Jalan - Borang D.A.(R) 1a

1. Pemilik Premis

Nama Pemilik Aset merujuk kepada nama pemilik premis yang telah

dipersetujui.

Contoh :

Perkhidmatan Awam Persekutuan

Perlu dipastikan maklumat mandatori seperti di Langkah 1 (a) diperolehi dahulu

sebelum daftar ke dalam sistem mySPATA

Page 27: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

26

2. Kementerian Pemilik

Nama kementerian yang menjadi pemilik premis aset. Rujuk DDSA.

Contoh :

Kementerian Kerja Raya

3. Jabatan Pemilik

Nama jabatan di bawah kementerian yang diberi tanggungjawab

sebagai pemilik dan mempunyai kawalan terhadap premis aset. Rujuk

DDSA.

Contoh : Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

4. Jenis Laluan

Jenis Laluan sama ada :

1. Jalan Persekutuan Utama

2. Jalan Masuk Ke Institusi Persekutuan Utama

3. Jalan Masuk Ke Kawasan Perindustrian

4. Jalan Masuk Ke Lembaga Kemajuan Tanah Wilayah

5. Jalan Persekutuan Felda

6. Jalan Persekutuan Felda (Perkampungan)

7. Jalan Wilayah Persekutuan Yang Ditetapkan

8. Lebuhraya

5. No Laluan

Nombor laluan Jalan Persekutuan yang diwartakan..

Contoh :

FT001

6. Nama Laluan

Nama laluan Jalan Persekutuan yang diwartakan

Contoh :

JALAN JOHOR BHARU – SEREMBAN – BUTTERWORTH - BUKIT

KAYU HITAM

7. Laluan Bermula

Nama laluan tersebut bermula.

8. Seksyen Keseluruhan

Bilangan seksyen keseluruhan daripada seksyen pertama hingga akhir

sesuatu Jalan.

Page 28: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

27

Contoh :

Jumlah seksyen keseluruhan FT001 ialah 879 seksyen.

9. Jarak Keseluruhan Warta

Jarak keseluruhan warta mengikut buku pewartaan jalan.

Contoh :

870.85 km

10. Jarak Keseluruhan Seksyen

Jarak keseluruhan seksyen ialah jarak setiap seksyen yang didaftar

dan dikira secara automatik oleh sistem mySPATA.

11. Kos Keseluruhan Jalan

Jumlah keseluruhan kos semasa (kos siap bina asal dan kos

tambahan) premis jalan.

12. Tahun Perolehan

Tahun Perolehan Jalan yang didaftarkan.

13. Pengumpul Data

Pihak yang bertanggungjawab dalam mengumpul semua data bagi

aset yang hendak didaftarkan. Pengumpul data DAK mestilah terdiri

daripada pihak yang mempunyai pengetahuan dan kompeten terhadap

komponen yang hendak dikumpul data-datanya.

14. Pengesah Data

Pihak yang bertanggungjawab mengesahkan data yang dikumpul oleh

pengumpul data sebelum didaftarkan. Pengesah data mestilah

mempunyai pengetahuan terhadap data yang hendak disahkan.

B. Daftar Sub DPA Jalan (DPA Negeri Yang Terlibat) - Borang D.A.(R) 1b

1. Negeri

Negeri yang direntasi oleh laluan yang hendak didaftarkan.

2. Nama Laluan

Nama Premis Aset Jalan merujuk kepada nama Jalan di Negeri

tersebut.

3. Seksyen

Nombor sekyen mula hingga seksyen akhir bagi laluan tersebut.

Nombor Bulat sahaja.

Page 29: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

28

4. Koordinat Mula

Merujuk kepada format World Geodetic System 84 (WGS 84).

Contoh :

Koordinat X : 102.981491

Koordinat Y : 1.82205

5. Koordinat Akhir

Merujuk kepada format World Geodetic System 84 (WGS 84).

Contoh :

Koordinat X : 103.234565

Koordinat Y : 1.44213

6. No Warta

No Warta yang didaftarkan.

Contoh :

P.U.(A) 5/2011

7. Jarak Diwartakan:

Jumlah panjang jarak yang diwartakan.

8. Kos Perolehan.

Jumlah kos perolehan jalan di negeri yang terlibat.

9. Keterangan Warta.

Keterangan jalan sebagaimana yang diwartakan.

Contoh :

Dari sempadan Negeri Kedah / Negeri Perak di koordinat

N610564.298, E326971.53 dan berakhir di had sempadan

penyelenggaraan Lebuhraya Kulim - Butterworth.

10. Pengumpul Data

Pihak yang bertanggungjawab dalam mengumpul semua data bagi

aset yang hendak didaftarkan. Pengumpul data DAK mestilah terdiri

daripada pihak yang mempunyai pengetahuan dan kompeten terhadap

komponen yang hendak dikumpul data-datanya.

Page 30: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

29

11. Pengesah Data

Pihak yang bertanggungjawab mengesahkan data yang dikumpul oleh

pengumpul data sebelum didaftarkan. Pengesah data mestilah

mempunyai pengetahuan terhadap data yang hendak disahkan.

Langkah 5 : Semak DPA

a. Data yang telah dikumpul perlu disemak bagi memastikan data yang

diperolehi adalah tepat dan lengkap

b. Semakan perlu juga dibuat oleh ketua pasukan pengumpul data.

Langkah 6 : Sahkan DPA yang Telah Lengkap

a. Data hendaklah disahkan oleh PTF/ PDF atau pegawai yang diberi kuasa

mengesahkan data seperti berikut.

Langkah 7 : Hantar Arahan Mendaftar DAK Seksyen Jalan

a. Maklumat perlu direkod dan disimpan. Data sedia untuk dimasukkan ke dalam

mySPATA.

b. Hantar arahan kepada pegawai JKR Negeri atau pegawai yang diberi kuasa

untuk mendaftar Seksyen Jalan.

Langkah 8 : Terima Arahan Mendaftar DAK Seksyen Jalan

a. Pegawai menerima arahan untuk mendaftar seksyen jalan. Pegawai perlu

mendapatkan maklumat asas premis seksyen jalan tersebut bagi tujuan

melengkapkan pendaftaran No. DPA (Rujuk Borang D.A.(R) 2).

b. Punca maklumat tersebut boleh diperolehi dengan merujuk :

i. Buku Statistik Jalan;

ii. Rekod-rekod berkaitan.

Page 31: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

30

Langkah 9 : Pengumpulan Data dan Daftar DAK Seksyen Jalan di Negeri

Terlibat

Bagi tujuan pengumpulan data seksyen Jalan di Peringkat Negeri, Borang D.A.(R) 2

dan Borang D.A.(R) 3 digunakan.

A. Maklumat Jalan

1. Nama Laluan

Nama laluan di Negeri yang diwartakan

2. No. Laluan

Nombor laluan di Negeri yang diwartakan.

Contoh : 5

3. Daerah

Daerah yang direntasi oleh laluan yang hendak didaftarkan.

4. Negeri

Negeri yang direntasi oleh laluan yang hendak didaftarkan.

B. Maklumat Seksyen (Definisi pada Glosari)

1. No. Seksyen

Nombor seksyen laluan di dalam daerah yang didaftarkan.

2. Panjang

Panjang laluan yang di dalam daerah yang didaftarkan dalam unit

meter (m).

Page 32: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

31

3. Lebar (Lane Width)

Ukuran lebar lorong pada laluan yang didaftarkan dalam unit meter

(m). Rujuk Rajah 14,15,16 & 17 (yang mana berkaitan).

Contoh: 3.5m (Lebar setiap lorong)

4. ROW Width

Ukuran lebar ROW pada laluan yang didaftarkan. Rujuk Rajah

14,15,16 & 17 (yang mana berkaitan).

Contoh: 40 m

5. Road Width

Ukuran lebar laluan yang didaftarkan. Rujuk Rajah 14,15,16 & 17

(yang mana berkaitan).

Contoh: 15 m (lebar jalan termasuk bahu jalan berturap dan

median)

6. Road Category

Kategori laluan yang didaftarkan samada ;

i) Rural Expressway

ii) Rural Highway

iii) Rural Minor Road

iv) Rural Primary Road

v) Rural Secondary Road

vi) Urban Arterial

vii) Urban Collector

viii) Urban expressway

ix) Urban Local Street

Page 33: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

32

7. Road Designation

Rekabentuk laluan yang didaftarkan samada ;

i) Dual Carriageway (2 lorong 2 hala)

ii) Single Carriageway / 2 Hala (1 lorong 2 hala)

iii) Single Carriageway / sehala (1 lorong 1 hala)

8. No. Of Lane

Bilangan lorong pada laluan yang didaftarkan.

9. Carriageway Width

Ukuran lebar carriageway laluan yang didaftarkan.

Contoh: 3.5m – Lebar one lane

7.0m – Lebar single carriageway two lane

C. Maklumat Median

1. Kategori 1 & 2 : Jenis median (Rujuk subsistem pavement /

shoulder dalam modul DAK Seksyen Kategori Jalan)

Nyatakan jenis turapan median samada;

a) Paved

i. Flexible

ii. Interlocking

iii. Rigid

b) Unpaved

i. Earth

ii. Grass

2. Panjang median (m)

Ukuran panjang median bagi seksyen yang didaftarkan. Rujuk Rajah

14,15,16 & 17 (yang mana berkaitan).

Page 34: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

33

3. Lebar median (m)

Ukuran lebar median bagi seksyen yang didaftarkan. Rujuk Rajah

14,15,16 & 17 (yang mana berkaitan).

4. Subseksyen Mula dan Akhir

Nyatakan subseksyen mula dan akhir lokasi median pada seksyen

yang didaftarkan.

Contoh : No. Laluan 2 Seksyen 15

Median 1 : subseksyen mula di 15.0 akhir 15.5

Median 2 : subseksyen mula di 15.8 akhir di 16.0

5. Pengumpul Data

Pihak yang bertanggungjawab dalam mengumpul semua data bagi

aset yang hendak didaftarkan. Pengumpul data DAK mestilah terdiri

daripada pihak yang mempunyai pengetahuan dan kompeten terhadap

komponen yang hendak dikumpul data-datanya.

6. Pengesah Data

Pihak yang bertanggungjawab mengesahkan data yang dikumpul oleh

pengumpul data sebelum didaftarkan. Pengesah data mestilah

mempunyai pengetahuan terhadap data yang hendak disahkan.

Page 35: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

34

Rajah 14 : Maklumat Jalan Jenis R4

Rajah 15 : Maklumat Jalan Jenis R5 (Primary Road – Initial)

Rajah 16 : Maklumat Jalan Jenis R5 (Primary Road – Future)

Page 36: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

35

Rajah 17 : Maklumat Jalan Jenis R6

Langkah 10 : Semak Data Premis DPA

a. Data yang telah dikumpul perlu disemak bagi memastikan data yang

diperolehi adalah tepat dan lengkap.

b. Semakan perlu juga dibuat oleh ketua pasukan pengumpul data.

Langkah 11 : Sahkan Data Premis Aset Jalan yang Telah Lengkap

a. Data hendaklah disahkan oleh PTF/ PDF atau pegawai yang diberi kuasa

mengesahkan data seperti rajah berikut:

Langkah 12 : Cetak dan Simpan Rekod

a. Maklumat perlu direkod dan disimpan. Data sedia untuk dimasukkan ke dalam

mySPATA.

Page 37: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

36

SEKSYEN B

Pelabelan Aset Tak Alih

(Aset Jalan & Infrastruktur)

Page 38: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

37

10.1 Dokumen Pelabelan Aset Tak Alih ini merupakan dokumen sokongan kepada

manual dan tatacara Pengurusan Aset Menyeluruh (PAM) Kerajaan bagi

menjelaskan kaedah pelaksanaan label/teg.

10.2 Bagi tujuan identifikasi aset di Premis Jalan, label perlu diwujudkan mengikut

keperluan operasi dan penyenggaraan agensi dan premis tersebut.

10.3 Kaedah Pelabelan Aset Tak Alih Jalan menerangkan kaedah pelaksanaan teg fizikal

pada aset jalan khususnya Aset Khusus secara terperinci. Sebarang ulasan atau

cadangan penambahbaikan dokumen ini boleh disalurkan kepada Cawangan

Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

10.4 Secara ringkas, seksyen ini menerangkan kaedah bagi label/teg peringkat DPA

Utama dan Sub DPA Jalan .

Page 39: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

38

11.1 Label/teg perlu mempunyai ciri-ciri berikut :

i. Jelas dan mudah dikesan;

ii. Tahan lasak dan berkualiti;

iii. Unik dalam premis tersebut.

11.2 Format yang diguna pakai dalam memberikan label/teg pada aset fizikal jalan

dibahagikan kepada 2 bahagian:

i. Teg pada premis(DPA) dan aset khusus (DAK) mengikut kategori (DAK

Jalan, DAK Jambatan, DAK Simpang, DAK Cerun dan DAK Laluan Sikal)

ii. Teg komponen dalam setiap kategori DAK mengikut bidang (Awam,

Elektrikal dan Mekanikal)

11.3 Penggunaan material dan kaedah pelaksanaan label/teg juga merujuk perkara 11.1

di atas.

11.4 Nomnor label/teg hanya akan dikeluarkan selepas pendaftaran DPA Jalan dalam

mySPATA.

Page 40: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

39

12.1 Setiap premis perlu diberikan label dengan kod Daftar Premis Aset (DPA). Papan

tanda nama premis beserta label DPA perlu diletakkan di setiap lokasi MULA dan

lokasi AKHIR jalan seperti Rajah 18.

12.2 Bagi laluan yang panjang, papan tanda nama premis beserta label DPA perlu

diletakkan pada setiap jarak 5 kilometer dan juga di setiap garisan sempadan Negeri

dan sempadan Daerah.

12.3 Bagi papan tanda yang sedia ada, label perlulah diletakkan juga dengan

menggunakan kaedah yang bersesuaian seperti menggunakan pelekat nama

(sticker) yang memenuhi keperluan perkara Seksyen B Perkara 11.1.

12.4 Tema tulisan adalah dari jenis Arial, Futura, Gothic, Trebuchet MS atau mana-mana

tulisan yang bukan dari jenis ‘san serif’ dan saiz minimum adalah 80 atau saiz yang

bersesuaian dengan rekabentuk papan tanda oleh pemilik aset dengan mengambil

kira keperluan perkara Seksyen B Perkara 11.1.

Rajah 18 : Contoh Label Bagi DPA (Diletak Pada Belakang Papan Tanda Premis)

Label No DPA (diletak di belakang papan tanda)

12 1.105.101.0012

Page 41: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

40

Berpandukan kepada garis panduan ini, adalah diharapkan pihak yang

bertanggungjawab dapat melakukan tugas mengumpul data dengan lancar. Walau

bagaimanapun, garis panduan ini bukanlah bersifat mutlak dan boleh diperkukuhkan

lagi dari masa ke semasa.

Page 42: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

41

Manual Pengurusan Aset Menyeluruh Kerajaan (MPAM) ;

Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA) ;

Sistem Kod Aset Tak Alih (SKATA);

Garis Panduan Pengumpulan Data; PeDATA Bangunan

Garis Panduan Pelabelan Aset Tak Alih Bangunan

MS:1759 Geographic Information/Geomatics – Features and Attribute Codes.

Annual Bridge Inspection Manual (JKR 20416-0011-11)

Annual Bridge Inspection Manual (Quick Inspection Manual)

Manual On Bridge Asset management (REAM)

Bridge Inspection, Maintenance And Rehabilitation Manual (JICA)

Buletin Senggara Fasiliti Jalan Edisi Februari 2011

Buku Jalan Oh Jalan Kenapa Kau Rosak Terbitan Julai 2013

Page 43: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

42

LAMPIRAN : Borang Pengumpulan Data

D.A.(R) 1a - Borang Pendaftaran Premis Aset Jalan (DPA Utama)

D.A.(R) 1b - Borang Pendaftaran Premis Aset Jalan (Sub DPA)

D.A.(R) 2 - Borang Pengumpulan Data Aset Tak Alih Jalan (DAK Seksyen)

D.A.(R) 3 - Borang Pengumpulan Data Aset Tak Alih Jalan (DAK Seksyen :

Median)

Page 44: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

43

Page 45: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

44

Page 46: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

45

Page 47: Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih - jpak.jkr…jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Pekeliling... · Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya

Garis Panduan Pengumpulan Data Aset Tak Alih PeDATA Jalan

46