Garis Panduan Projek Pelajar

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    1/14

    2012

    Jabatan Pengajian Politeknik

    Kementerian Pengajian Tinggi

    Malaysia

    GARIS PANDUAN PROJEK

    PELAJAR

  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    2/14

    Bahagian Pembangunan Akademik, Jabatan Pengajian Politeknik

    ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas

    sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan

    pelaksanaan Garis Panduan Projek Pelajar ini.

    Sumbangan yang tidak terhingga daripada semua pihakmembolehkan politeknik mencapai matlamat dalam melahirkan

    graduan yang berkualiti serta menjana modal insan inovatif

    melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi

    keperluan negara.

    Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan daripada

    semua pihak agar Garis Panduan Projek Pelajar ini ditambah baik

    dari semasa ke semasa.

    Bahagian Pembangunan Akademik

    Jabatan Pengajian Politeknik

    Kementerian Pengajian Tinggi

    Galeria PJH

    Aras 4, Jalan P4W

    Persiaran Perdana Presint 4

    62570 WP Putrajaya

    03

    8891 9000Fax 03 8891 9316

    www.politeknik.gov.my

    [email protected]

  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    3/14

    Terlebih dahulu marilah kita panjatkankesyukuran ke hadrat Allah s.w.t sertaselawat dan salam ke atas junjungan NabiMuhammad s.a.w di atas kesempatan untukmenerbitkan Garis Panduan Projek Pelajarini bagi membantu membangunkan modal

    insan negara yang mampu bersaing dengannegara maju di dunia, serta berupayamelahirkan generasi muda yangberpengetahuan, mampu berfikir secarakritis dan kreatif, mempunyai kemahiran

    kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi denganberkesan pada peringkat global.

    Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaranpersaingan global yang semakin sengit, tidak dinafikan bahawaproses pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran memerlukanpendekatan dan strategi baharu agar setiap pelajar mampu

    memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abadke-21. Kaedah pelaksanaan projek berfungsi sebagai titiktumpuan yang memuncak di mana ia menggalakkan pelajarmengaitkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan merekasepanjang berada di politeknik seperti yang digariskan di dalamKerangka Kelayakan Malaysia di mana pelajar perlu menguasailapan domain hasil pembelajaran sebelum mereka bergraduat.

    Sehubungan itu Bahagian Pembangunan Akademik telahmengambil langkah proaktif dengan membangunkan GarisPanduan Projek Pelajar bagi kegunaan pelajar denganmengambil kira pelaksanaan pembelajaran dan pengajaranberdasarkan Outcome Based Education (OBE)

    Justeru itu diharap garis panduan ini dapat membantu pelajardan warga politeknik ke arah menghasilkan projek yang lebihberkualiti serta mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki.Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah berusahadengan gigih untuk menghasilkan garis panduan ini.

    Saya berharap Garis Panduan Projek Pelajar ini dapatmelancarkan peranan dan tanggungjawab semua pihak tanpamengekang kreativiti mereka.

    DATUK HJ. MOHLIS B. JAAFARTimbalan Ketua Pengarah (Operasi)Jabatan Pengajian PoliteknikKementerian Pengajian Tinggi Malaysia

  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    4/14

  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    5/14

    Apakah hasilpembelajaran (CLO)kursus projek?Hasil pembelajaran menerangkan apa yangperlu pelajar tahu, faham dan boleh lakukan

    selepas menamatkan sesuatu kursus.

    Secara umumnya,hasil pembelajaran yangdisasarkan melalui pelaksanaan kursusprojek adalah pelajar berupaya untukmengaplikasi pengetahuan dan kemahiranyang diperolehi dari pembelajaran terdahulu.

    Apakah yang didefinisikansebagai projek?

    Projek merupakan satu tugasan yang ditetapkan sebagai latihanpembelajaran yang memerlukan pelajar melaksanakanpenyelidikan dan pembelajaran kendiri. Projek mengaplikasipengetahuan, konsep dan kemahiran yang diperolehi sepanjangprogram. Pelajar perlu menggabungkan beberapa aspekpengalaman mereka sepanjang program berkenaan. Projekberasaskan kepada kajian literatur, penyelidikan, penyelesaian

    masalah, rekabentuk, penghasilan prototaip atau penyediaanperancangan perniagaan

    Garis Panduan PelaksanaanPenilaian Kerja KursusPoliteknik.

    (Harolld Kerzner, 2009)

    Berikut adalah CLO kursus projekprogram saya.

    CLO 1:

    CLO 2:

    CLO 3:

  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    6/14

    Apakah jenis projek yang bolehsaya jalankan?

    Apakah asas pemilihan projek?

    Pemilihan projek yang berkualiti adalah berdasarkan kepadakeaslian, penghasilan idea baharu yang kreatif dan inovatif bagi

    menyelesaikan masalah, menambahbaik produk atauperkhidmatan sedia ada. Pemilihan projek juga boleh berdasarkankepada kemampuan dalam memberikan impak dan mempunyainilai komersial yang tinggi. Projek yang boleh diaplikasi mengikutkeperluan industri dan komuniti amat digalakkan. Projek yangdijalankan perlu mengambil kira kos keseluruhan serta bolehdilaksanakan di dalam tempoh masa yang diperuntukkan.

    Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan untuk membantupelajar membuat pemilihan projek:

    Contoh projek: Kajian Masalah

    Lemah Pencapaian Akademik Di

    Kalangan Pelajar Politeknik

    Contoh projek: Bangunan Melayulama

    Contoh projek: Mesin pencucuksate

    Contoh projek: Membangunkan

    permainan komputer

    Contoh tema seperti Teknologi

    Hijau

    Contoh kategori seperti

    penggunaan teknologi hijau di

    pejabat

    www.mte.org.my(award-

    categories)

    Projek Kajian PenyelidikanTertumpu kepada sesuatu kelakuan, fenomena atau ciri yanghendak dikaji. Hasilnya ialah data, maklumat, analisis dan

    tafsiran yang akan meningkatkan pengetahuan berkenaankajian atau penyelidikan.

    Projek Reka bentukTertumpu kepada menghasilkan sesuatu reka bentuk untukmemenuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

    Projek Pembangunan ProdukTertumpu kepada pembangunan produk (fizikal atauperkhidmatan) bagi memenuhi keperluan dan spesifikasi yang

    telah ditetapkan.

    Projek Pembangunan PerisianTertumpu kepada pembangunan perisian komputer mengikutspesifikasi yang ditetapkan.

    Tema/Kategori

    Pihak jabatan digalakkan menetapkan tema/kategori projek bagimembantu pelajar menentukan projek yang bakal dilaksanakan.

    Tajuk

    Tajuk projek adalah berdasarkan cetusan idea sama ada daripadpelajar, pensyarah atau industri.

    http://www.mte.org.my/http://www.mte.org.my/http://www.mte.org.my/
  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    7/14

    Apa yang dikatakan dengan

    keaslian projek?

    Siapakah yang akan membiayai

    projek saya?

    TAKLIMAT!!!!

    Plagiat bermaksud amalan membuat

    sesuatu petikan bahan daripada

    sumber tertentu tanpa memberikan

    penghargaan (acknowledgement)

    kepada penulis asalnya. Bahan

    tersebut mungkin merupakan satu

    ayat/perenggan/bahagian ataupun

    beberapa bahagian ayat yang

    dicantum.

    www.mosti.gov.my

    www.cradle.com.my

    Keaslian projek merujuk kepada ketulenan karya

    atau idea yang dibangunkan oleh pelajar secara

    individu atau kumpulan. Projek yang dihasilkan

    dianggap tidak asli sekiranya wujud unsur plagiat

    atau cetak rompak. Sekiranya khidmat luar

    diperlukan, ianya boleh diperolehi dengan

    kebenaran jabatan. Bagi memastikan keaslian

    projek, pelajar perlu membuat akujanji bahawa

    projek yang dilaksanakan adalah hasil daripada

    idea sendiri.

    Semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek perlu diberi

    taklimat berkaitan pelaksanaan Garis Panduan Projek Pelajar pada

    setiap awal semester oleh Penyelaras Projek Jabatan. Penerangan

    ini bagi memastikan semua pihak yang terlibat mendapat maklumat

    yang selaras dan jelas dengan tugas serta tanggungjawab masing-

    masing ke arah penghasilan projek pelajar yang berkualiti.

    http://www.mosti.gov.my/http://www.mosti.gov.my/http://www.cradle.com.my/http://www.cradle.com.my/http://www.cradle.com.my/http://www.mosti.gov.my/
  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    8/14

    Apakah peranan saya

    sebagai pelajar?

    Perananpelajar

    Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut

    standard (kriteria penilaian) yang ditetapkan.

    Membuat kajian awal keperluan industri/komuniti dalam menentukan

    pemilihan tajuk, keaslian idea dan hala tuju projek yangmempunyai nilai komersil.

    Menyerahkan buku log/portfolio/laporan projek kepada penyelia/pensyarah

    kursus untuk semakan dan pengesahan mengikut jadual yang ditetapkan.

    Projek yang dihasilkan mestilah memperlihatkan pengetahuan dan

    kemahiran analitikal yang diperolehi sepanjang pengajian dan

    menunjukkan kebolehan dalam menyepadukan semua

    domain pembelajaran.

    Bertemu dengan penyelia atau menghadiri sesi pembelajaran

    mengikut jadual yang ditetapkan.

    Pelajar yang memerlukan penyelia bersama dari pihak luar

    dikehendaki mengemukakan surat pe rmohonan secara

    bertulis kepada Ketua Jabatan melalui penyelia/pensyarah kursus.

    Melengkapkan borang-borang laporan kemajuan projek dan

    dokumen-dokumen lain sekiranya perlu.

    Menyediakan laporan akhir projek berserta produk (jika berkenaan)

    untuk proses penilaian.

    Menyerahkan laporan projek dalam bentuk softcopy/hardcopydan produk

    akhir projek kepada penyelia/pensyarah kursus bagi tujuan rekod

    dan rujukan.

    Memilih projek yang menyumbang kepada keperluan industri/komuniti

    dan digalakkan berkolaborasi.

  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    9/14

    Apakah peraturan projek yang perlu saya patuhi?

    Bagaimana projek saya dinilai?

    Penilaian projek pelajar adalah merupakan penilaian kerja kursus yang dilakukan secara berterusan

    bagi menilai pencapaian dan kebolehan pelajar dalam menyiapkan sesuatu projek. Garis Panduan

    Pelaksanaan Penilaian Kerja Kursus perlu dirujuk untuk menilai projek pelajar (eDokumen di

    www.politeknik.gov.my). Hasil penilaian akan dipaparkan dalam bentuk gred bagi menunjukkan prestasi

    pencapaian pelajar.

    Pertukaran penyelia

    Hanya dibenarkan apabiladipersetujui oleh penyelarasprojek dengan kelulusanketua jabatan.

    Penyelaras projek berhakmenentukan penyeliagantian yang baharu dengankelulusan ketua jabatan.

    Pertukaran tajukprojek

    Hanya dibenarkan apabiladipersetujui oleh penyeliaprojek dengan sokonganoleh penyelaras projek.

    Penukaran tajuk projekdengan kebenaran bolehdilakukan sehingga mingguke enam.

    Kebenaranmelaksanakan projek

    Kebenaran menggunakanfasiliti politeknik perlumendapat sokonganpenyelia projek dan dipersetujui oleh pegawaiyang bertanggungjawab.

    Pelajar perlu mendapatkansurat kebenaranmenjalankan aktiviti luarpoliteknik daripada penyeliaprojek yang ditandatanganioleh pengarah.

    Bentukpenilaian

    Pembentangan

    Hasil projek

    Portfolio

    Manual pengguna

    Proposal

    Buku logBahan Fizikal

    Perisian

    Laporan projek

    Perkhidmatan

    Bentuk

    penilaian

    projek adalah

    merangkumi

    mana-mana

    perkara

    berdasarkan

    silibus kursus

    yang

    berkaitan.

  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    10/14

    Kertas cadangan untuk mengadakan/ menjalankan sesuatu

    Portfolio

    Pengumpulan sistematik hasil kerja pelajar yangmempamerkan keupayaan, perkembangandan pencapaian dalam kursus berkaitan.Penilaian portfolio dilaksanakan denganmenggunakan rubrik yang bersesuaian.

    Manual pengguna

    Manual pengguna adalah dokumenkomunikasi teknikal yang bertujuan untukmemberikan bantuan kepada penggunamenggunakan sistem tertentu. Kebanyakan

    manual pengguna mengandungi kedua-duapanduan bertulis dan imej-imej yang berkaitan.

    Pelajar dikehendaki membentangkan hasil projekdalam sesi pembentangan yang ditetapkan.

    Sesi pembentangan ini memberi peluang kepada pelajarberhujah mempertahankan hasil projek serta bertukarpendapat secara ilmiah.

    Buku log digunakan untuk merekod kemajuan projek danpencapaian pelajar seperti catatan aktiviti, isu, cabarandan penyelesaian yang telah dilaksanakan.

    Main IdeaPembentangan

    Buku log

    Buku log disemak, dinilai dan disahkan oleh penyelia.

    Proposal

    Hasil projek

    Perisian

    Arahan-arahan lengkap dalam bentuk atur cara danprosedur yang mengawal, mengurus dan menyokongsistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesanmaklumat.

    Laporan projek Suatu kenyataan formal hasil daripada sesuatupenyelidikan, atau sebarang maklumat lengkap tentangsesuatu hal yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik

    BENTUK

    PENILAIAN

    Bahan fizikal

    Perkhidmatan

  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    11/14

    Saya ingin menyediakan

    proposal. Apakah

    kandungan yang perlu

    ada?

    Proposal projek perlu dikemukakan kepada jabatan bagi tujuan kelulusanmelaksanakan projek. Secara umumnya, kandungan proposal projekadalah seperti berikut:

    a. Tajuk projekb. Pengenalan:

    i. Rasional projekii. Pernyataan masalah projek atau persoalan kajian

    (mana yang berkenaan)iii. Objektif projekiv. Skop dan limitasi projek

    v. Kepentingan dan impak projekvi. Anggaran kos projekc. Tinjauan/Kajian literaturd. Kaedah penyelidikan/Metodologi projeke. Pelan perancangan projekf. Kesimpulan

    Apa pula yang perlu ada dalamlaporan projek?

    Pelajar perlu menyediakan laporan secara terperinci dan lengkap yangmematuhi kaedah, format serta piawaian penulisan laporan yangditetapkan oleh jabatan.Berikut dicadangkan kandungan laporan yang dikemukakan iaitu:

    a. Bahagian awali. Halaman judulii. Perakuan keaslianiii. Abstrakiv. Penghargaanv. Isi kandungan

    vi. Senarai jadualvii. Senarai rajahviii. Senarai simbol, singkatan atau

    tatanamaix. Senarai lampiran

    b. Bahagian Utamai. Pengenalanii. Kajian literaturiii. Metodologi kajianiv. Dapatan dan perbincangan projekv. Kesimpulan dan cadangan

    c. Bahagian tambahani. Rujukan menggunakan gaya American Psychological

    Association (APA)ii. Lampiran

    www.apastyle.org

    Pelajar hendaklah

    merujuk kepada

    jabatan bagi

    mendapatkan

    panduan penulisan

    proposal yang

    telah ditetapkan.

    Pelajar

    perlum

    erujuk

    kepada

    jabatan

    bagime

    ndapatk

    anmaklu

    matyan

    g

    perlud

    imasuk

    kanke

    dalamla

    poran

    untukp

    ermoho

    nanfail

    paten

    http://www.apastyle.org/http://www.apastyle.org/http://www.apastyle.org/
  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    12/14

    Apakah maklumat tambahan yang

    perlu saya ketahui?

    Perkara: 5.16

    Dasar Perancangan dan

    Penyampaian Kurikulum

    Pusat Penyelidikan dan

    Pembangunan Politeknik (JPP)www.mte.org.my

    Pusat Penyelidikan dan

    Pembangunan Politeknik (JPP)

    www.myipo.gov.my

    Hak milik projek

    Hasil projek adalah hak milik politeknik. Politeknik bolehmenimbangkan permohonan untuk berkongsi hak milik dengan pelajardan/atau penaja luar.

    Penyertaan dalam pertandingan/seminar

    Pelajar digalakkan untuk menyertai pertandingan dan pembentangan

    hasil atau inovasi projek di seminar dan kolokium di mana-manaperingkat.

    Pendaftaran harta intelek

    Politeknik digalakkan mengemukakan permohonan bagimendaftar harta intelek projek pelajar seperti paten, capdagangan, hak cipta dan rekabentuk perindustrian.

    Pemasaran

    Pelajar digalakkan memasarkan produk akhir yang mempunyai nilaikomersial dengan kerjasama koperasi, alumni, kelab keusahawanan,kolaborasi, jualan terus dan organisasi/agensi.

    PERNYATAAN KUATKUASAGaris Panduan Projek Pelajar ini

    berkuatkuasa kepada semua Jabatan

    Pengajian Politeknik, Kementerian

    Pengajian Tinggi dan institusi di bawah

    kawalannya mulai Jun 2012.

  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    13/14

    Penyelaras projek

    Pelajar

    Penyelia projek

    Pelajar

    Panel/Penyelia projek

    Pelajar

    Pelajar

    Penyelia projek

    Pelajar

    Pelajar

    Panel/penyelia projek

    Mula

    Pemilihan Tajuk Projek &

    Penyediaan Proposal

    Taklimat Pro ek

    Semak proposal

    Penyerahan hasil projek

    dan draf laporan

    Membentang projek

    Menghantar laporan

    Menyemak laporan dan

    menilai hasil projek

    Aktiviti projek

    Diterima?

    Diterima?

    Tamat

    Pembetulan

    Pembetulan/

    penambahbaikan

    Ya

    Tidak

    Ya

    Tidak

    Pembentangan proposal

    Proses elaksanaan ro ek

  • 7/29/2019 Garis Panduan Projek Pelajar

    14/14

    Pengerusi

    Penaung

    Penasihat

    Timbalan Pengerusi

    PN. NOOR AIDI BT. NADZRI

    Ahli jawatankuasa

    Pengurus Projek

    EN. AZWAN B. ABDULLAH

    Setiausaha

    YBRS. MEJAR (K) HAJI MD. NOR BIN YUSOF

    PN. NOOR ROSMAWATI BT. YUSUF

    DATUK HJ. MOHLIS B. JAAFAR

    TN. HJ. MOHD GHAUS B. AB. KADIR

    PN. SITI JARIAH BT. IBRAHIM

    TN. HJ. ZULKIFLI B. MD. SALLEH

    Ahli

    EN. ABDUL HANIF B. MUSTAPHA (PTSB)

    PN. NORLIA BT. MD DESA (PSAS)

    PN. AZIAM BT. MUSTAFA (PSA)EN. ABU BAKAR B. ABDUL HAMID (PIS)

    PN. NORMAH BT. CHEMAN (POLIMAS)

    EN. MAT ABDUL SHUKOR B. ABDUL WAHAB (BTN)

    EN. ABDULLAH B. YUSOFF (PSAS)

    EN. MOHAMAD FAUZI B. CHE PA (PSIS)

    EN. MOHSEN B. AHMAD (PNS)

    EN. KHAIRUL AZHA B. AHMAD (JPP)

    PN. SALMIYAH BT. CHE AHMAD (PSP)