24
GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN MASALAH DI KALANGAN PENTADBIR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUCHING, SARAWAK. OLEH AWG JUNAIDI @ AWANG RAZALI BIN AWG KARIM Tesis ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2000

GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN MASALAH DI KALANGAN

PENTADBIR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUCHING, SARAWAK.

OLEH

AWG JUNAIDI @ AWANG RAZALI BIN AWG KARIM

Tesis ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia.

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2000

Administrator
Page 2: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

PERAKUAN

Diperakukan bahawa tesis ini ialah hasil kerja penyelidik sendiri clan tiada bahagian daripada

tesis ini telah dikemukakan untuk rnenyokong sesuatu permohonan untuk mendapatkan

kelayakan ijazah di universiti ini atau institusi pengajian yang lain.

Page 3: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

DEDIKASI

Untuk Isteri Tercinta

Zaliana Bt. Abdulhh

Untuk Anak-anak Tersayang

Dayang Norazalina bt. Awang Razali

Dayang A ~ y y a r i Ermiza bt. Awang Razali

Dayang Hetty Ruzaini bt. Awang Razati

Awang Fakrul Firdaus bin Awang Razati

Page 4: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

PENGHARGAAN

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Demikian jugalah tentang suatu perjuangan. Akhirnya saya diberi kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan tesis ini sebagai sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia M.Sc. (HRD). Di sini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepa& orang-perseorangan yang telah banyu membantu saya menyiapkan projek ini sehingga berjaya.

Orang yang paling banyak membantu saya ialah Encik Philip Nuli Anding selaku penyelia saya. Oleh itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak terima kasih atas bimbingan, bantuan, pandangan dan teguran beliau sehingga saya berjaya menghasilkan tesis ini. Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah IAB iaitu Dr. Abdul Wahab, Dr. Sharifah Marian Dr. Maheswari Kandasamy, Dr. Quek Boon Seong, Dr. Bakhtiar Mansor, En. Mahendar Singh, clan lain-lain lagi atas tunjuk ajar mereka. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pensyarah UNIMAS khas nya kepada Profesor Ibrahim Mamat (Dekan FCSHD), Encik Abg Ekhsan Abg. Othrnan (Penyelaras Kursus), Dr. Hj. Abang Ahmad Ridzuan, Prof. Madya Dr. Peter Songgan, Pn. Leniw Roman, Cik Zaiton Hasan, Cik Faezah Shahbodin dan lain-lain lagi atas ilmu yang telah dicurahkan.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini di sekolah-sekolah menengah di Daerah Kuching, Sarawak. Kepada Pengetua-pengetua sekolah menengah yang terlibat, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kerja sama yang telah diberikan semasa kajian ini dijalankan. Kepada rakan-rakan seperjuangan Kohot 5 IAB/UNIMAS sesi 199912000, terima kasih atas pandangan, buah fikiran dan galakan daripada kalian.

Penghargaan khusus dan istimewa buat keluarga tercinta atas doa dan sokongan yang diberikan sama ada langsung nlahu pun tidak langsung sehingga saya be rjaya menghasilkan tesis ini.

Setulus Ingatan;

AWG JUNAIDI @ AWANG RAZALI BIN AWG KARIM

Page 5: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah di kalangan pentadbir sekolah di sekolah-sekolah menengah di Daerah Kuching, Sarawak. Sebanyak 33 buah sekolah menengah dan seramai 115 pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching terlibat dalam kajian ini.Pentadbir-pentadbir sekolah menengah diambil menjadi responden kajian. Mereka terdiri daripada Pengetua (31 orang), Penolong Kanan Pentadbiran (33 orang), Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid (32 orang), dan Penyelia Petang (19). Teknik persampelan yang digunakan ialah kaedah persampelan rawak berlapis (stratged random sampling). Borang sod selidik telah digunakan untuk mendapatkan data kajian. Bagi menguji gaya kepimpinan, alat ukur "Leadership Behavior Description Questionnaire" (LBDQ) telah digunakan. Sementara bagi gaya penyelesaian masalah alat ukur "The Problem Solving Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner (1988) telah digunakan. Ujian- ujian statistik yang digunakan ialah Perbandingan Min, Korelasi Pearson Bivariate, Ujian-t, clan ANOVA Sehala dalam SPSS versi 10.0. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pentadbir- pentadbir di sekolah menengah khususnya di Daerah Kuching, kerap mengamalkan gaya k e p i m p h ~ berorientasikan tugas dan juga timbang rasa. Bagaimanapun, kajian mendapati para pentadbir lebih cenderung mengamalkan gaya kepimpinan berorientasikan timbang ma. Daripada segi gaya penyelesaian masalah, kajian ini mendapati bahawa pentadbir yang mengamalkan keduadua gaya kepimpinan, kerap mengamalkan gaya keyakinan penyelesaian masalah dan cara pendekatan-penghtndaran &lam menyelesaikan masalah. Secara keseluruhannya, responden mengamalkan keduadua gaya kepimpinan dan memilih untuk mengamalkan gaya keyakinan penyelesaian masalah dan cara pendekatan-penghmdaran dalam proses menyelesaikan masalah kecuali gaya kawalan peribadi. Dalam kajian ini, tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan berorientasikan tugas dengan gaya kawalan peribadi. Walau bagaimanapun, di antara gaya kepimpinan yang berorientasikan timbang rasa dengan gaya kawalan peribadi wujud hubungan yang agak lemah dan boleh diabaikan. Berdasarkan dapatan kajian ini, dicadangkan agar semua pentadbir sentiasa mengamalkan keduadua gaya kepimpinan iaitu berorientasikan tugas dan timbang rasa. Begitu juga dalam memilih gaya penyelesaian masalah hendaklah sentiasa mengamalkan gaya keyakinan penyelesaian masalah dan berusaha mendekati masalah bukannya menghindari masalah. Dengan cara demikian, setiap keputusan dan tindakan yang hendak dilaksanakan mendapat kejayaan serta mendatangkan kesan yang positif dalam konteks pengurusan sekolah.

Page 6: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

ABSTRACT

The purpose of this research is to study leadership and problem solving styles among the schools management personnel in Kuching District, Sarawak. This research involved 33 secondary schools and 115 secondary schools management personnel in Kuching District who become the respondents of this study. The respondents include the Principals (31), Senior Assistants (33), Senior Assistants Student Affair (32), and AJernoon Session Supervisors (19). Stratified random sampling technique was used in this study. Questionnaires are distributed to collect the data. Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ was used to measure the leadership styles. On pertaining to problem solving styles, The Problem Solving Inventory translated from Paul Heppner (1988) was used. Data analysis was done descriptively, so as statistical tests such as comparing of means, Pearson's Bivariate Correlation, t- test, and One- way ANOVA using SPSS version 10.0. This finding showed that management personnel at secondaly schools in Kuching District placed emphasis on both initiating structure and consideration styles of leadership. However, the finding found out that the management personnel placed more emphasis on consideration styles of leadership. On problem solving styles, this Jnding showed that the management personnel who emphasized on both initiating structure and consideration styles of leadership also emphasized more on problem-solving confidence and approach-avoidance style in solving problems. Generally, the result showed that, the respondents placed emphasizing on both initiating structure and consideration styles of leadership and chose problem-solving confidence and approach-avoidance styles except personal control style in solving problems. This finding showed that there was no significant correlation between initiating structure styles of leadership with personal control style of problem solving. However, there was a weak correlation between consideration styles of leadership and personal control styles ofproblem solving. Based on the findings of this study it is suggested that all management personnel consistently emphasized on both initiating structure and consideration styles of leadership. So as in term of problem solving styles, it is suggested that problem-solving confidence and approach-avoidance styles to be adopted by all management personnel. IVith aN these, every decision-making and action to take prior implementation will produce a positive result especially in the context of school management.

Page 7: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

JADUAL KANDUNGAN

Muka surat Perakuan Dedikasi Penghargaan Abstrak Abstract Jadual Kandungan Senarai Jadual Sen& Rajah

BAB 1

PENDAHUEUAN

Pengenalan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Objektif Kajian 1.4.1 Objektif Umum 1.4.2 Objektif khas Hipotesis Nu1 Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Operasional Kerangka Konseptual Kajian Kesimpulan

iii iv v vi

vii X

xiii

BAB I1

TINJAUAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14 2.2 Kepimpinan 14 2.3 Penyelidikan Kepimpinan 15 2.4 Teori-Teori dan Pendekatan-Pendekatan Gaya Kepimpinan

2.4.1 Pendekatan Berorientasikan Tugas dan Berorientasikan 16 Pekerja

2.4.2 Pendekatan Grid Pengurusan 17 2.4.3 Teori X dan Teori Y McGregor 19 2.4.4 Pendekatan Empat Faktor 20 2.4.5 Pendekatan Tingkah Laku Pemimpin 2 1

Page 8: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

2.5 Gaya Kepimpinan 24 2.6 Gaya Penyelesaian Masalah 26

2.6.1 Konsep Penyelesaian Masalah 26 2.6.2 Model Gaya Penyelesaian Masalah 28

2.7 Tinjauan Kajian Lenas Gaya Kepimpinan Dan Gaya Penyelesaian Masalah di kalangan Pentadbir Sekolah Menengah 3 2

2.8 Kesimpulan 3 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Sampel Kajian 3.4 Prosedur Mengumpul Data 3.5 Instrumen Kajian 3.6 Kajian Rintis 3.7 Kaedah Menganalisis Data 3.8 Kesimpulan

BAB IV

DAPATAN DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan 4.2 Latar Belakang Responden

4.2.1 Jantina Responden 4.2.2 Jawatan Responden 4.2.3 Pengalaman Beke rja Responden

4.3 Penentuan Kekerapan Dimensi Gaya Kepimpinan Dan Dimensi Gaya Penyelesaian Masalah Di Kalangan Pentadbir Sekolah Menengah

4.4 Pengujian Hipotesis Dan Persoalan Kajian 4.4.1 Analisis Persoalan Kajian Bagi Perbezaan

Dan Hubungan 4.4.2 Perbezaan daripada segi Gaya Kepimpinan

Berdasarkan Jantina 4.4.3 Perbezaan daripada segi Gaya Kepimpinan

Berdasarkan Jawatan 4.4.4 Perbezaan daripada segi Gaya Kepimpinan

Berdasarkan Pengalaman Bekexja 4.4.5 Perbezaan daripada segi Gaya Penyelesaian

Masalah Berdasarkan Jantina

Page 9: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

4.4.6 Perbezaan daripada segi Gaya Penyelesaian Masalah Berdasarkan Jawatan 52

4.4.7 Perbezaan daripada segi Gaya Penyelesaian Masalah Berdasarkan Pengalaman Bekerja 53

4.5 Pengujian Persoalan Kajian 54 4.5.1 Hubungan di antara gaya kepimpinan dm gaya

Penyelesaian Masalah 4.5.2 Hubungan di antara gaya kepimpinan yang berorientasikan

Tugas dengan gaya keyakinan Penyelesaian Masalah 55 4.5.3 Hubungan di antara gaya kepimpinan yang berorientasikan

Tugas dengan cara pendekatan-penghindaran 56 4.5.4 Hubungan di antara gaya kepimpinan yang berorientasikan

Tugas dengan gaya kawalan peribadi 57 4.5.5 Hubungan di antara gaya kepimpinan yang berorientasikan

Timbang rasa dengan gaya keyakinan penyelesaian masalah 58 4.5.6 Hubungan di antara yang berorientasikan timbang rasa dengan

Cara pendekatan-penghindaran 59 4.5.7 Hubungan di antara gaya kepimpinan yang berorientasikan

Timbang rasa dengan gaya kawalan peribadi 60

4.6 Penentuan Gaya Penyelesaian Masalah yang paling dominan Digunakan oleh pentadbir sekolah menengah yang berorientasikan Tugas 6 1

4.7 Penentuan Gaya Penyelesaian Masalah yang paling dominan Digunakan oleh pentadbir sekolah menengah yang berorientasikan Timbang Rasa 62

4.8 Kesimpulan 64

BAB V

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 5.2 Ringkasan Kajian 5.3 Rumusan Hasil Kajian 5.4 Cadangan

5.4.1 Cadangan Kepada Organisasi 5.4.2 Cadangan Untuk Kajian Lanjut

5.5 Penutup

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C LAMPIRAN D

Page 10: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

SENARAI JADUAL

Muka surat

Jadual 3.6

Jadual 4.1

Jadua14.2

Jadua14.3

Jadua14.4

Bilangan pentadbir-pentadbir sekolah menengah yang menjadi sampel

Taburan item soal selidik gaya kepimpinan berorientasikan Tugas dan gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa

Taburan item soal selidik'hya penyelesaian masalah yang berorientasikan gaya keyakinan penyelesaian masalah, cara pendekatan-penghindaran, dan gaya kawalan peribadi.

Jadual Penentuan Tahap dan Skor Min bagi item Gaya Kepimpinan

Jadual Penentuan Tahap dan Skor Min bagi item Gaya Penyelesaian Masalah

Jadual PenentuanTahap clan Skor Min bagi item Keyakinan Penyelesaian Masalah

Jadual Penentuan Tahap dan Skor Min bagi item Cara Pendekatan-penghtndaran

Jadual Penentuan Korelasi Berdasarkan Pekali Korelasi Pearson-r

Taburan Jantina Responden

Taburan Jawatan Responden

Taburan Pengalaman Bekerja Responden

Skor Min Gaya Kepimpinan Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching

Page 11: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

Skor Min Gaya Penyelesaian Masalah Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching

Perbezaan Gaya Kepimpinan Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching berdasarkan Jantina

Perbezaan Gaya Kepimpinan Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching berdasarkan Jawatan

Perbezaan Gaya Kepimpinan Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching berdasarkan Pengalaman Bekerja

Perbezaan Gaya Penyelesaian Masalah Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching berdasarkan Jantina

Perbezaan Gaya Penyelesaian Masalah Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching berdasarkan Jawatan

Perbezaan Gaya Penyelesaian h s a l a h Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching berdasarkan Pengalaman Bekerja

Hubungan Gaya Kepimpinan dan Gaya Penyelesaian Masalah Di kalangan Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching

Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Berorientasikan Tugas Dengan Gaya Keyakinan Penyelesaian Masalah Pentadbir- Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching

Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Berorientasikan Tugas Dengan Cara Pendekatan-Penghindaran Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching

Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Berorientasikan Tugas Dengan Gaya Kawalan Peribadi Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching

Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Berorientasikan Timbang Rasa Dengan Gaya Keyakinan Penyelesaian Masalah Pentadbir- Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching

Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Berorientasikan Timbang Rasa Dengan Cara Pendekatan-Penghindaran Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuclung

Page 12: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

Jadua14.18 Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Berorientasikan Timbang Rasa Dengan Gaya Kawalan Peribadi Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching

Jadua14.19 Jadual Penentuan Gaya Penyelesaian Masalah yang paling dominan digunakan oleh Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching yang berorientasikan Tugas

Jadua14.20 Jadual Penentuan Gaya Penyelesaian Masalah yang paling Dominan digunakan oleh Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching yang berorientasikan Timbang Rasa

xii

Page 13: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

SENARAI RAJAH

Muka surat

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian 12

Rajah 2.1 Grid Pengumsan 18

Rajah 2.2 Dua Dimensi Tingkah Laku Kepimpinan Ohio State 22

Rajah 2.3 Dua Dimensi Gaya Kepimpinan Ohio State yang Menghasilkan Sukuan Tingkah Laku Pemimpin 23

Rajah 2.4 Tiga Gaya Kepimpinan 25

Page 14: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, perbincangan secara umumnya tertumpu kepada latar belakang kajian,

pernyataan masalah, persoalan-persoalan kajian, objektif kajian, hipotesis kajian, kepentingan

kajian serta menyenaraikan batasan-batasan kajian. Selain itu, pengkaji juga mendefinisikan

istilah-istilah yang berkaitan dengan kajian. Ringkasnya bab ini diorganisasikan kepada 9

bahagian kecil yang membincangkan sub topik berikut iaitu 1.1 membincangkan latar belakang

kajian: 1.2 niembincangkan pernyataan masalah: 1.3 membincangkan persoalan kajian yang

ingin dijawab dalam kajian ini: 1.4 membincangkan tentang objektif kajian: sementara hipotesis

kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian dibincangkan dalam bahagian 1.5, 1.6, dan 1.7.

Bahagian 1.8 di dalam bab ini rnembincangkan beberapa istilah operasi yang berkaitan dengan

kajian. Bab ini disirnpulkan dengan memaparkan kerangka konseptual kajian yang merupakan

bahagian terakhir dt dalam bab ini.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungiawab

mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan itu. Ini

bermakna kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke a;ah pencapaian

sesuatu hasil yang telah dirancangkan ( Ibrahim Mamat, 1993 ). Sewajamya, peranan pemimpin

dalam meletakkan keunggulan atau kecemerlangan sesebuah institusi atau organisasi tidak dapat

dinafikan khususnya di sesebuah sekolah. Sehubungan itu, peranan kepemimpinan barisan

pemimpin sekolah merupakan satu tugas yang telah dipertanggungiawab oleh Kementerian

Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk melaksanakan setiap dasar yang telah

digariskan oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha ke

arah mencapai Wawasan 2020. Beberapa dasar kementerian seperti penubuhan sekolah bestari,

sekolah cemerlang, sekolah harapan dan sekolah berwatak amat menuntut perubahan paradigma

gaya kepimpinan serta gaya penyelesaian masalah yang membolehkan pembuatan keputusan

yang baik serta efektif dalam pengurusan sekolah.

Page 15: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

Dalam institusi atau organisasi yang bergelar sekolah, kepimpinan pentadbir-pentadbir sekolah

sebagai pemimpin menjadi tonggak kejayaan sesebuah sekolah dalam segala aspek

kepengurusan sekolah. Gaya atau stail kepimpinan setiap individu yang diamanahkan untuk

mengurus khususnya Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal-Ehwal

Murid (HEM), dan Penyelia Petang memainkan peranan penting dalam menentukanl kelicinan

pengurusan sesebuah institusi kependidikan yang bergelar sekolah. Hussein Mahmood (1993)

menyatakan bahawa apa yang membezakan kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah ialah

kepimpinan barisan kepimpinannya khususnya pengetua. Kedinarnikan kepimpinan para

pentadbir sekolah merupakan satu pembolehubah yang boleh memberi kejayaan kepada

sesebuah sekolah. , "

Di sekolah-sekolah yang berjaya, para Pengetua atau Guru Besar dan pentadbir-pentadbir yang

lain seperti Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, dan Penyelia

Petang merupakan pemimpin kependidikan yang mempunyai pegangan-pegangan yang kuat

mengenai gaya kepimpinan. Gaya atau stail kepimpinan mereka bersifat antara yang sangat

autokratik kepada yang lebih liberal. Akan tetapi, yang penting ialah para pegawai pentadbir ini

berkebolehan untuk memperjelas perkara-perkara berhubung dengan matlamat-matlamat asas

sekolahnya, dan juga nilai-nilai inti kepimpinan yang dijadikan pegangan.

Semua pentadbir atau pengurus sekolah sentiasa berikhtiar dan mencuba sedaya upaya bagi

mencapai cita-cita profesionalisme yang sedemikian. Pemikiran yang mendalam, perancangan

yang terperinci berhubung dengan !cepengurusan sekolah, logistik pelaksanaan, pengaghan

tugas staf, saluran makluman balas dan penilaian kemajuan semuanya ini menjadi pengisi masa

dan ruang pekerjaan setiap diri pegawai-pegawai pentadbir sekolah.

Kemahiran penyelesaian masalah di kalangan pentadbir di sekolah juga memainkan peranan

penting bagi menentukan maju mundurnya organisasi tersebut sarna ada daripada aspek

akademik yang cemerlang, iklim sekolah yang kondusif serta pengumsan pentadbiran yang

efisyen. Wan Rahimah Wan Abd. Kadir (1995) menyatakan kebolehan menyelesaikan masalah

secara kreatif dan kritis perlu bagi seseorang individu untuk hidup, bekerja dan berfimgsi secara

efektif dalam masyarakat yang sentiasa beruball khususnya dalam era ledakan maklumat ini. Ini

bererti bahawa pentadbir atau pengurus sekolali yang terdiri daripada Pengetua, Penolong

Kanan Pentadbiran (PK l), Penolong Kanan HEM (Hal Eh-wal Murid), dan Penyelia Petang

Page 16: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

dilihat sebagai individu yang sentiasa berhadapan dengan keperluan memilih keputusan yang

terbaik yang merupakan sebahagian daripada proses menyelesaikan nasala ah dalam pelaksanaan

program pendidikan.

Menurut O'Connor (1998), dalam teori informasi, dunia dianggap sebagai sumber yang kaya

dengan informasi. Oleh itu manusia akan bersikap pemilih terhadap informasi yang dilihat dan

diyakininya. Dalam memilih informasi inilah manusia mempunyai cara yang tersendiri yang

dipanggil gaya untuk membina sudut pandangannya. Dengan wujudnya kekangan-kekangan

tertentu, akan wujud jugalah had dalam cara manusia bertindak balas dengan informasi yang

ada. Tinjauan kajian mengenai gaya kepimpinan dan gaya menyelesai masalah yang berbeza-

beza sangat penting bagi mengubahsuai gaya atau stail kepimpinan clan gaya penyelesaian

masalah agar lebih relevan dan sesuai untuk dipmktikkan oleh pentadbir-pentadbir sekolah.

Edmonds (1979) menyatakan bahawa kejayaan sesebuah sekolah terletak di tangan pentadbir-

pentadbir sekolah khususnya Pengetua mahu pun Guru Besar. Rata-rata kajian membuat

kesimpulan bahawa apa yang membezakan keberkesanan sekolah dengan sekolah yang lain

ialah kepimpinan barisan pentadbirnya. Pentadbir-pentadbir sekolah yang tidak kompeten atau

bersikap kurang positif lebih cenderung untuk bersikap reaktif daripada proaktif terhadap

sesuatu perkara atau matlamat (Hussein Mahmood, 1993).

Sekolah bukanlah senang untuk diurus atau ditadbir, kerana sekolah sebenarnya ialah sebuah

masyarakat mini (Ibrahim Mamat, 1993). Di dalamnya terdapat berbagai-bagai jenis rnanusia

dengan berbagai-bagai ragam iaitu guru dengan ragam guru, murid dengan ragam mereka, dan

pekerja dengan ragam yang tersendiri pula. Keadaan ini sama seperti yang terdapat dalam

masyarakat. Yang berbeza ialah manusia di dalam sekolah ini dikumpul, disusun dan dikawal

untuk membentuk sebuah organisasi. Kekuatan kepemimpinan dan kebolehan mengatur-susun

amat diperlukan untuk menjadikan sebuah sekolah suatu enterprise yang harmonis dan

bermatlamat.

Gaya atau stail kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah barisan pentadbir sekolah khususnya

pengetua secara tidak langsung akan mempengaruhi persekitaran sekolah dan pencapaian

matlamat organisasi yang telah dan akan dilaksanakan. Gray dan Starke (1984) berpendapat

bahawa gaya kepimpinan autokratik pemimpin akan menyebabkan staf atau subordinat untuk

mengelakkan tanggungjawab, inisiatif, produktiviti, dan inovatif. Manakala gaya kepimpinan

Page 17: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

yang bercorak laissez-faire akan menghasilkan kualiti ke rja yang rendah (Keith & Girling,

1990). Dengan erti kata lain, sekiranya pentadbir-pentadbir sekolah mengamalkan gaya

kepimpinan ini, kebarangkalian boleh mempengmhi gaya penyelesaian masalah dan secara

tidak langsung mempen- prestasi sekolah serta sistem pengurusan dan pentadbiran

sekolah.

Pengurusan sesebuah institusi sekolah yang berkesan banyak dikaitkan dengan kepimpinan

pemimpin-pemimpin sekolah (Yoong Suan, 1989). Blank (1987) pula menjelaskan bahawa

peranan barisan pentadbir sekolah sebagai pemimpin sangat penting dalam membentuk

persekitaran sekolah yang secara tidak langsung akan mempengaruhi pencapaian akademik

yang tinggi. Gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah yang diamalkan boleh

menentukan kejayaan pelaksanaan program-program sekolah di bawah pentadbiran mereka.

Walau bagaimanapun, kajian-kajian kepimpinan sehingga kini belum dapat menemui gaya

kepimpinan yang paling sesuai dan berkesan untuk diamalkan (Fiedler, 1967).

Persoalan yang ingin dikaji ialah hubungan antara gaya kepimpinan pentadbir-pentadbir di

sekolah menengah yang berorientasikan struktur tugas dan berorientasikan timbang rasa dengan

gaya penyelesaian masalah. Dalam persoalan ini, sama ada wujud perhubungan antara gaya

kepimpinan yang berorientasikan tugas dan timbang rasa dengan gaya penyelesaian masalah

yang berorientasikan keyakinan penyelesaian masalah, cara pendekatan-penghindaran, dan

kawalan peribadi. Persoalan lain ialah gaya penyelesaian manakah yang lebih dominan

digunakan oleh kedua-dua dimensi gaya kepimpinan pentadbir-pentadbir di sekolah menengah

untuk menyelesaikan masalah dan seterusnya meletakkan sesebuah sekolah itu sama ada maju

atau mundur.

Ketidaksesuaian gaya atau stail kepemimpinan di kalangan pentadbir di sesebuah sekolah tidak

dapat membina inahu pun memperoleh kejayaan seperti yang dihasratkan dalam visi dan rnisi

sekolah tersebut atau pun oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikm Bahagian

atau Daerah mahu pun masyarakat sekolah itu sendiri. Dengan erti kata lain, ketidaksesuaian

gaya kepimpinan di kalangan pentadbir sekolah tersebut lebih banyak bersifat destructive

daripada constructive ( Ibrahim Mamat, 1993 ).

Page 18: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

Masalah juga sering timbul apabila gaya atau stail kepimpinan pentadbir-pentadbir sekolah yang

kurang digemari orang-orang bawahan. Kepimpinan yang terlalu autokratik menyebabkan

kurangnya kerja sama di kalangan pentadbir-pentadbir dan staff. Dalam hal ini matlamat

organisasi sukar dicapai. Hal ini berlaku kerana ada kaitannya dengan kebolehan

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Oleh itu, gaya penyelesaian masalah yang

tidak sesuai h m t menjadi punca kegagalan untuk mencapai matlamat sekolah. Keadaan menjadi

lebih kritikal jika setiap orang daripada pentadbir-pentadbir sekolah tidak sehaluan dan

sependapat dalam membuat keputusan. Oleh itu, pengkaji telah memilih untuk menjalankan

kajian terhadap gaya penyelesaian masalah yang berorientasikan keyakinanan penyelesaian

masalah, cara pendekatan-penghindaran, dan kawalan peribadi di kalangan pentadbir-pentadbir

sekolah menengah. Kajian ini ingin melihat Gaya Penyelesaian Masalah yang manakah lebih

kerap clan dorninan digunakan oleh pentadbir-pentadbir di sekolah menengah apabila

berhadapan dengan sesuatu masalah untuk mengurus dan mentadbir sekolah.

Berdasarkan kepada pemyataan masalah di atas maka persoalan-persoalan kajian yang ingin

dijawab dalam kajian ini adalah berkaitan dengan beberapa perkara terutamanya kajian ini ingin

menentukan sarna ada wujudnya hubungan di antara gaya kepimpinan dengan gaya

penyelesaian masalah di kalangan pentadbir sekolah menengah.

Selain itu, kajian ini juga ingin melihat sama ada wujudnya hubungan yang signifikan di antara

gaya kepimpinan dengan gaya penyelesaian masalah mengikut jantinajawatan, dan pengalaman

bekerja. Akhir sekali ialah apakah gaya penyelesaian masalah yang paling dominan digunakan

oleh pentadbir-pentadbir di sekolah menengah.

1.4.1 Objektif Umum

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti gaya kepimpinan dan gaya

penyelesaian masalah di kalangan pentadbir-pentadbir sekolah menengah di sekolah-

sekolah menengah di Daerah Kuching , Sarawak. Selain itu, kajian ini juga cuba mengenal

Page 19: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

pasti jenis-jenis gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah yang kerap atau paling

dominan digunakan oleh pentadk'r-pentadbir sekolah menengah.

1.4.2 Objektif Khas

Secara spesifiknya kajian ini bertujuan;

(i) Mengenal pasti gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah di kalangan

pentadbir-pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching berdasarkan faktor

demografi;

(ii) Menjelaskan sama ada wujud perbezaan clan perhubungan yang signifikan di

antara gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah di kalangan pentadbir-

pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching;

(iii) Mengenal pasti gaya penyelesaian masalah yang paling dominan digunakan oleh

pentadbir-pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching yang berorientasikan

tugas; dan

(iv) Mengenal pasti gaya penyelesaian masalah yang paling dominan digunakan oleh

pentadbir-pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching yang berorientasikan

timbang rasa.

Berdasarkan kepada objektif kajian yang dikemukakan di atas, penyelidik menggunakan enam

hipotesis nu1 dan tujuh persoalan kajian seperti berikut sebagai garis panduan kajian.

1.5 HIPOTESIS NUL KAJIAN

Hipotesis nu1 berikut adalah berhubung dengan objektif kajian yang hendak menjelaskan sama

ada wujud perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah

di kalangan pentadbir-pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching, Sarawak.

Page 20: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya kepimpinan berdasarkan

jantina;

Ho 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya kepimpinan berdasarkan

jawatan;

Ho 3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya kepimpinan berdasarkan

pengalaman bekerja;

Ho 4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya penyelesaian masalah

berdasarkan jantina;

Ho 5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya penyelesaian masalah

berdasarkan jawatan; clan

Ho 6 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya penyelesaian masalah

berdasarkan pengalaman bekerja.

1.6 PERSOLAN KAJIAN

Persoalan kajian berikut adalah berhubung dengan objektif kajian yang hendak menjelaskan

sama ada wujud perhubungan di antara gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah di

kalangan pentadbir-pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching, Sarawak.

1.6.1 Adakah terdapat hubungan yang signiftkan di antara gaya kepimpinan dengan gaya

penyelesaian masalah di kalangan pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching;

1.6.2 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan yang

berorientasikan tugas dengan gaya keyakinan penyelesaian masalah;

1.6.3 Adakah terdapat hubungan yang signifkm di antara gaya kepimpinan yang

berorientasikan tugas dengan cara pendekatan-penghindaran;

1.6.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan yang

berorientasikan tugas dengan gaya kawalan peribadi;

1.6.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan yang

berorientasikan timbang rasa dengan gaya keyakinan penyelesaian masalah;

1.6.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan yang

berorientasikan timbang rasa dengan cara pendekatan-penghindaran; dan

1.6.7 Adakah terdapat hubungan yang s i g n i f i i di antara gaya kepimpinan yang

berorientasikan timbang rasa dengan gaya kawalan peribadi.

Page 21: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting untuk panduan semua individu yang bergelar pemimpin atau pegawai-

pegawai pentadbir di peringkat jabatan mahu pun institusi sekolah sama ada peringkat

menengah atau rendah. Kajian ini juga penting sebagai panduan pentadbir-pentadbir sekolah

agar berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah serta dapat membuat keputusan yang baik

berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Selain itu, kajian ini:

(i) dapat membantu pentadbir-pentadbir sekolah mengenal pasti gaya kepimpinan d m

gaya penyelesaian masalah yang sesuai yang boleh digunakan di sekolah;

(ii) membolehkan para pemimpin di sekolah mempraktikkan gaya kepimpinan dan gaya

penyelesaian masalah yang sesuai dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran;

(iii) dapat dijadikan bahan rujukan untuk kajian-kajian yang sama pa& masa mendatang

atau kepada pernimpin-pemmpin sekolah mahu pun jabatan sebagai panduan untuk

memimpin organisasi atau sekolah;

(iv) dapat mengetahui gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah yang sesuai yang

dapat membantu para pentadbir sekolah mempertingkat keberkesanan pentadbiran

selaras dengan misi dan visi sekolah; dan

(v) dapat memberi implikasi positif dalam pengurusan sekolah pada dewasa ini iaitu

dalam pelaksanaan program pengetua cemerlang, sekolah cemerlang, sekolah

berkesan, sekolah harapan, sekolah berwatak, dan sekolah bestari.

1.8 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya melibatkan sekolah-sekolah menengah di Daerah Kuching sahaja dan tidak

semestinya menggambarkan keseluruhan sekolah-sekolah menengah di Sarawak. Mungkin

Page 22: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

keputusan kajian lebih tepat jika kesemua sekolah menengah yang terdapat di Bahagian

Kuching dan Samarahan dijadikan lokasi kajian.

Gaya penyelesaian masalah yang digunakan untuk mengkaji gaya kepimpinan pentadbir-

pentadbir sekolah menengah mungkin sebahagian daripada faktor-faktor lain yang membantu

keberkesanan sekolah seperti kepuasan kerja, iklim sekolah, perhubungan staf dan sebagainya.

Kajian ini menggunakan dua soal selidik Leader Behaviour Description Questionaires (LBDQ)

dan The Problem Solving Inventory telah digunakan sebagai instrumen kajian. Kejituan hasil

kajian ini bergantung kepada kefahaman responden semasa menjawab item-item yang

terkandung &lam borang soal selidik kajian yang diarah untuk dilengkapkan. Kesibukan para

pentadbir sekolah yang terlibat sebagai responden juga menyumbang kepada pennasalahan

pengutipan balik borang soal selidik. Kekangan waktu clan masa serta jarak di antara sekolah

yang terdapat di Bahagian KuchingtSamarahan juga merupakan satu daripada faktor yang

membataskan kajian ini dilakukan hanya di sekolah-sekolah menengah di Daerah Kuching

sahaja.

1.9 DEFINISI OPERASIONAL

Definisi-definisi yang diberi dalam bahagian ini adalah untuk penjelasan kerana istilah-istilah

yang didefinisikan hanya membatasi maksud kajian ini sahaja.

a) Kepimpinan

Berdasarkan pengertian oleh Henlphil dan Coons (1957) dan Bass (1990), kepimpinan dalam

kajian ini merujuk kepada tingkah laku Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran (PKI),

Penolong Kanan Hal-ehwal Murid (HEM), dan Penyelia Petang dalam menjalankan aktiviti-

aktiviti kelompok di sekolah menengah ke arah mencapai hasrat Kementerian Pendidikan

Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia. Proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti

sesebuah kumpulan yang tersusun dalam usaha ke arah pengekalan kumpulan yang efisyen dan

lebih penting lagi ialah pencapaian matlamat (Yoong Suaq1989).

Page 23: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

b) Pentadbir-pentadbir sekolah

Guru kanan yang dilantik secara rasmi oleh Kenlenterian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan

Negeri untuk mengetuai dan mentadbir sesebuah sekolah menengah dan dipertanggungiawab

untuk mengurus dan memimpin segala sumber yang ada. Mereka mempunyai kuasa atau

autoriti untuk mengurus. Bagi kajian ini, pentadbir-pentadbir sekolah ialah Pengetua, Penolong

Kanan Pentadbiran (PK l), Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid (HEM), dan Penyelia Petang.

C) Gaya Penyelesaian Masalah

Tingkah laku pemimpin yang mengamalkan tata cara pelbagai dimensi dalam menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan. Gaya penyelesaian masalah ialah kecenderungan untuk

bertindak balas melalui cara tertentu ketika menghadapi masalah clan bukannya langkah-langkah

yang digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut (Wu, Rodney, & Dyrenfurth, 1996).

Bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah mengadaptasikan gaya penyelesaian masalah (Heppner,

1988) d e n p menggunakan gaya keyakinan penyelesaian masalah, cara pendekatan-

penghmdaran, dan kawalan peribadi sebagai instrumen kajian.

d) Keyakinan Penyelesaian Masalah

Keyakinan kendiri atau self assurance seseorang individu ketika menumpukan perhatian dalam

aktiviti penyelesaian masalah (Heppner, 1988).

e) Cara Pendekatan Penghindamn

Kecenderungan m u m seseorang individu mendekati atau menghmdari nlasalah ketika dalam

aktiviti penyelesaian masalah (Heppner, 1988).

f) Kawalan Peribadi

Menggambarkan sejauh mana seseorang individu tersebut percaya bahawa mereka dapat

mengawal emosi dan tingkah laku mereka dalam menyelesaikan masalah (Heppner, 1988).

g) Gaya Kepimpinan

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh pemimpin semasa menyelia orang-orang bawahannya

(Gray & Starke, 1984) atau yang mengamalkan secara tinggi atau rendah sama a& satu atau

kedua-dua dimensi struktw tugas dan dimensi timbang rasa (Fleishman, 1973). Struktur tugas

melihat sejauh mana pemimpin boleh menyusun dan menjelaskan perhubungannya dengan ahli-

ahli yang dipimpin. Timbang rasa pula melihat bagaimana bertimbangrasanya seorang

Page 24: GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN … kepimpinan dan gaya penyelesaian... · Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner ... mendapat kejayaan serta mendatangkan

pemimpin kepada pengkut-pengikutnya semasa menjalankan aktiviti kepimpinan (Schriesheim

& Stogdill, 1975).

h) Gaya kepimpinan berorientasikan tugas

Gaya kepimpinan berorientasikan struktur tugas, bermaksud sejauh mana pemimpin

mendefmisikan peranannya dalam menentukan struktur tugasnya (Fleishman, 1973). Pemimpin

jenis ini selalunya mengarahkan aktiviti-aktiviti kumpulan, melihat penjadualan tugas

kakitangan dan mencuba idea-idea baru.

i) Gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa

Gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa, menurut Fleishman (1973) membawa maksud

gaya yang menunjukkan persahabatan, saling mempercayai, hormat, kemesraan dan hubungan

baik antara pemimpin dengan kelompoknya.

1.10 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Disebabkan persoalan yang hendak dijawab adalah untuk mengetahui gaya kepimpinan dan

gaya penyelesaian masalah di kalangan pentadbir-pentadbir sekolah menengah, rnaka

pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah faktor pengalaman bekerja, jantina, dan gred

sekolah. Sementara pembolehubah bersandar ialah gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian

masalah yang digunakan. Oleh itu, konseptual kajian yang dijalankan oleh penyelidik

digambarkan seperti Rajah 1.1.

Selain itu, persoalan yang berkaitan dengan perhubungan atau korelasi antara angkubah gaya

kepimpinan dengan angkubah gaya penyelesaian masalah di kalangan pentadbir sekolah

menengah secara keseluruhannya menjadi fokus kajian ini. Di samping itu, wujudkah perbezaan

antara gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah mengikut jantina di kalangan pentadbir

sekolah menengah. Persoalan sama ada pengalaman beke rja dan jawatan pentadbir-pentadbir

sekolah menengah mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya penyelesaian masalah

juga akan dilihat. Akhir sekali penyelidik ingin mengetahui gaya penyelesaian masalah yang

kerap digunakan juga diharap dapat dijawab pada akhir kajian.