32
TAJUK :Bincangkankan Gaya Kepimpinan Pengetua . 1.0 Definisi Dalam kajian dan penulisan tentang sekolah efektif tidak terdapat satu jenis gaya kepimpinan yang dikatakan lebih baik daripada yang lain . Walaubagaimanapun , begitu banyak saranan telah dibuat tentang kepimpinan cara demokrasi , yang dikatakan lebih berkesan daripada kepemimpinan secara ‘laissez- faire’ , atau kepemimpinan secara autokratik . Kajian juga menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang bercorak kepada gaya orientasi tugasan ( task-oriented ) dan orientasi manusia ( person-oriented ) daripada bercorakkan kepimpinan ‘ laissez – faire atau autokratik . Ini bererti bahawa kedua-dua gaya kepimpinan , iaitu gaya orientasi tugasan dan orientasi manusia perlu digunakan mengikut keperluan keadaan . 2.0 Konsep Kepimpinan Pengetua sentiasa disifatkan sebagai pemimpin sekolah kerana kedudukan dan jawatannya yang berwibawa . Kepimpinanan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks . Dalam pada itu , terdapat berbagai – bagai jenis pemimpin seperti pemimpin politik , pemimpin organisasi , pemimpin pelajar dan lain – lain lagi . Dalam konteks ini , pemimpin boleh dilihat sebagai seseorang yang diiktirafkan oleh satu atau lebih daripada satu orang , bahawa pemimpin mempunyai pengaruh , berwibawa , dan mempunyai kuasa sama ada jangka pendek atau jangka panjang dalam situasi yang tertentu . Dengan ini , maka adalah jelas bahawa pemimpin ditentukan oleh peranan dan bukannya oleh kedudukan . Seseorang yang dilantik sebagai pengetua , dijangka akan memainkan peranan “ pemimpin “ , iaitu , sebagai pemimpin pendidikan .

Gaya Kepimpinan Pengetua

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Gaya Kepimpinan Pengetua

Citation preview

Page 1: Gaya Kepimpinan Pengetua

TAJUK :Bincangkankan  Gaya Kepimpinan Pengetua .  

1.0  Definisi

Dalam kajian dan penulisan tentang sekolah efektif  tidak terdapat satu jenis gaya kepimpinan yang dikatakan lebih baik daripada yang lain . Walaubagaimanapun ,  begitu banyak saranan telah dibuat tentang kepimpinan cara demokrasi , yang dikatakan lebih berkesan daripada kepemimpinan secara ‘laissez-faire’ , atau kepemimpinan secara  autokratik . Kajian juga menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang bercorak kepada gaya  orientasi tugasan ( task-oriented ) dan orientasi manusia ( person-oriented ) daripada bercorakkan kepimpinan ‘ laissez – faire atau autokratik . Ini  bererti bahawa kedua-dua gaya kepimpinan , iaitu gaya orientasi tugasan dan orientasi manusia perlu digunakan mengikut keperluan keadaan .

2.0  Konsep Kepimpinan  Pengetua sentiasa disifatkan sebagai pemimpin sekolah kerana kedudukan dan jawatannya yang berwibawa . Kepimpinanan  adalah satu konsep yang sukar dan kompleks .  Dalam pada itu , terdapat berbagai – bagai jenis pemimpin seperti pemimpin politik , pemimpin organisasi , pemimpin pelajar dan lain – lain lagi . Dalam konteks ini , pemimpin boleh dilihat sebagai seseorang yang diiktirafkan oleh satu atau lebih daripada satu orang , bahawa pemimpin mempunyai pengaruh , berwibawa , dan mempunyai kuasa sama ada jangka pendek atau jangka panjang dalam situasi yang tertentu . Dengan ini , maka adalah jelas bahawa pemimpin ditentukan oleh peranan dan bukannya oleh kedudukan . Seseorang yang dilantik sebagai pengetua , dijangka akan memainkan peranan “ pemimpin “ , iaitu , sebagai  pemimpin pendidikan .

3.0  Gaya Kepimpinan  Gaya  kepimpinan seseorang  pengetua akan mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran  di sekolah : Terdapat tiga gaya kepimpinan utama yang dipraktikkan oleh pemimpin iaitu gaya kepimpinan Demokratik , gaya kepimpinan Autokratik , dan gaya kepimpinan  Laissez-faire .  Di bawah ini , dibincangkan tentang gaya kepimpinan demokratik oleh seorang pengetua dalam mewujudkan kecermelangan pencapaian akedemik dan sahsiah di kalangan pelajar serta menanam semangat profesionalisme yang tinggi terhadap guru-guru dan kakitangan..  Kajian tentang perubahan atau kemajuan organisasi mengatakan bahawa sesuatu inovasi  memerlukan keadaan yang dapat menggerakkannya , supaya ia dapat dilaksanakan . Salah satu  penggerak adalah dengan adanya cara kepimpinan  demokrasi . Mengikut gaya kepimpinan seperti ini , mereka yang akan terlibat dalam perlaksanaan perubahan atau mereka yang mendapat kesan daripada perubahan

Page 2: Gaya Kepimpinan Pengetua

itu , diberi peluang untuk berbincang dan membuat keputusan . Misalnya , dalam perlaksanaan kurikulum baru di sekolah , pihak yang terlibat dengan perubahan itu ialah guru , dan pihak yamg mendapat kesan  daripada perubahan itu ialah pelajar . Mengikut cara kepimpinan demokrasi , kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar juga terlibat dalam perancangan , dan membuat keputusan tentang perlaksanaan kurikulum itu . Cara ini boleh menimbulkan semangat kesanggupan untuk bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu program . Cara demikian dikatakan dapat memberi kepuasan kepada mereka . Hord (1986) telah mengatakan bahawa sebarang perubahan dan inovasi yang hendak dilaksanakan , perlulah dilakukan dengan cara yang bijaksana , beserta dengan usahasama antara pemimpin dengan rakan sejawatannya atau stafnya . Oleh yang demikian , kepimpinan merupakan tingkahlaku pemimpin bagi mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu program atau tugasan , yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi itu . Walau bagaimanapun kepimpinan pengetua yang berkesan bukanlah bererti kepimpinan yang berjaya mendorong stafnya membuat perubahan semata-mata , tetapi juga merupakan kepimpinan yang berjaya dalam menyelesaikan masalah secara  bersama-sama .   Apa yang jelas , pengetua sebagai pemimpin di sekolah haruslah melakonkan peranannya dengan cara  yang berkesan bagi membawa perubahan dan kemajuan dari segi amalan dan budaya yang terdapat di sekolahnya . Dengan ini sesiapa yang menjadi pemimpin perlu berkerjasama dengan orang lain  dan bekerja melalui mereka iaitu guru , pelajar , dan staf sekolah . Dengan cara demikian , inovasi dapat dilaksanakan , idea-idea baru dapat dikemukakan oleh pemimpin , matlamat sekolah dan matlamat pengajaran serta peranan masing-masing dapat ditetapkan , keberkesanan pelaksanaan inovasi dapat dinilai dan pelbagai lagi . Pengetua sebagai pemimpin sekolah hendaklah menjadi teladan dengan bekerjasama dengan rakan sejawatan atau dengan staf .   Boleh dikatakan bahawa gaya kepimpinan demokratik amat berkesan di samping bergantung kepada kawalan dan pengaruh yang diberikan kepada seseorang pemimpin oleh sesuatu situasi . Gaya kepimpinan paling efektif akan berubah ikut situasi , ini bermakna tiada satu gaya kepimpinan yang paling efektif . Dalam situasi mana seorang pemimpin mempunyai kawalan dan pengaruh yang tinggi  terhadap pemimpin berkenaan sesuatu tugas . Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih banyak berbincang atau membuat keputusan bersama-sama . Dengan ini akan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan guru-guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan gembira serta semangat yang jitu demi memartabatkan lagi profesion perguruan . Guru juga berasa bebas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas  kerana gaya pengajaran tidak perlu terikat dengan sukatan mata pelajaran sepenuhnya tetapi mengikut tahap atau kemampuan murid serta `mood`pembelajaran pada sesuatu masa . Sesi perbincangan juga dapat memberi kesempatan kepada guru-guru untuk mereka memberi idea-idea kepada pentadbir demi untuk memajukan lagi pendidikan di sesebuah sekolah . Perbincangan sebegini sebenarnya boleh mencetuskan lagi idea-idea yang difikirkan masing-

Page 3: Gaya Kepimpinan Pengetua

masing serta membuat teguran yang positif tanpa merasa takut atau rendah diri terhadap rakan setugas yang lain dan pengetua sendiri . Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu . Di dalam organisasi sekolah , keberkesanannya adalah tanggungjawab pengetua sekolah itu sendiri . Dia bertanggung jawab terhadap prestasi dirinya sendiri dan juga guru , pelajar serta staf-staf yang lain di sekolahnya . Tidak akan wujud prestasi , tanpa kepemimpinan yang berkesan , yang perlu dikuasai melalui proses pembelajaran . Dengan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa apa yang membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetuanya .   Sekiranya kecemerlangan sekolah hendak dicapai , seseorang pengetua itu mestilah memainkan peranan pemimpin yang berketerampilan seperti menjadi pemimpin yang teknikal yang seharusnya memainkan peranan sebagai jurutera pengurusan . Kepimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum . Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan , pengelolaan , penjadualan , dan penyelarasan . Pengetua juga sebagai pemimpin manusia . Dalam hal ini pengetua memainkan peranan sebagai jurutera manusia . Maksudnya pengetua sewajarnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia , dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan atau memotivasikan stafnya . Ini adalah langkah untuk melibatkan staf dalam membuat keputusan bersama . Seterusnya pengetua juga mestilah memainkan peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu yang hendak dicapai melalui perbincangan . Ini termasuklah aktiviti seperti melawat kebilik darjah dan di kawasan sekolah , mengetuai upacara rasmi di sekolah . Di samping itu pengetua yang memainkan peranan ini juga mempunyai wawasan sebagai satu unsur kepimpinannya . Kepimpinan seperti ini meletakkan pengetua sebagai tumpuan perhatian bagi semua guru dan pelajar .   Pengetua juga diibaratkan sebagai pemimpin budaya , dalam hal ini , pengetua memainkan peranan sebagai “high priest” . Kepimpinan budaya ini sangat penting bagi mencapai kecermelangan sekolah . Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari , mentafsir dan memperkukuhkan nilai , kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik . Peranan ini termasuklah mengadakan aktiviti sosialisasi guru dan pelajar dengan budaya sekolah . Ini termasuklah mengadakan upacara memberi hadiah atau penghargaan kepada sesuatu kejayaan yang dicapai . Kepimpinan seperti ini sering memperlihatkan usaha bagi mengekalkan imej dan prestij sekolah . Di samping itu , peranan ini juga melibatkan usaha untuk menarik perhatian setiap orang guru dan pelajar di sekolah dan juga orang lain terhadap pencapaian matlamat sekolah dan perhubungan yang mesra .   Dalam gaya kepimpinan demokratik , pengetua juga menggunakan ciri-ciri humaniratin atau “modestly effective” . Fokus utama pengetua bercirikan demikain adalah iklim sekolah atau perhubungan antara perorangan . Apabila membuat

Page 4: Gaya Kepimpinan Pengetua

keputusan , pengetua ini mengamalkan penglibatan bersama , yang bertujuan untuk menglibatkan dan mendorong staf dalam membuat keputusan bersama . Oleh yang demikian staf akan merasa dihargai . Pengetua seperti ini menunjukkan tingkahlaku yang proaktif dalam membuat keputusan yang melibatkan aspek iklim .  Jika sesuatu keputusan yang akan diambil , pengetua terlebih dahulu akan berbincang dengan stafnya serta keputusan yang akan dibuat adalah berasaskan maklumat dan kajian penyelidikan dan hasil analisis maklumat ini menjadi sumber untuk membuat keputusan . Dari segi matlamat pula , pengetua memilih pelbagai sumber dan meletakkan pengharapan yang tinggi kepada para pelajarnya . Matlamat jangka pendek digubal dan digunakan sebagai landasan interaksi dengan staf , agar haluan yang hendak ditujui dapat dipersetujui bersama .Pengetua juga menggunakan pelbagai strategi bagi memajukan pelajaran dengan mengambil kira kesemua faktor yang mempengaruhi pengalaman pelajar di sekolah dan di bilik darjah . Kriteria pemilihan strategi itu bergantung pula pada matlamat faktor , konteks , dan masalah yang ditanggapkan . Walau bagaimanapun , pengetua yang bertindak sebagai penyelesai masalah ini banyak menggunakan strategi faktor khusus untuk mencapai matlamatnya . Dia juga mempunyai pemahaman yang jelas tentang faktor tersebut dan pemahaman ini berasaskan penyelidikan dan pertimbangan professional .  Dengan gaya kepimpinan ini pengetua dapat menyebarkan dengan jelas matlamat mereka kepada komuniti sekolah dengan menggunakan strategi yang berkesan , seperti membina dan mengekalkan perhubungan dan kemahiran staf , mengadakan  kemudahan komunikasi dalam sekolah dan antara sekolah serta dengan komuniti .   Sebagai pentadbir sekolah , kepimpinan demokratik dapat memastikan sekolah itu berjalan dengan lancar , demi untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar . Pengetua seperti ini menumpukan perhatian , misalnya kepada penyediaan senarai tugas stafnya , peraturan dan disiplin pelajar , pesanan alat pembelajaran dan di samping memastikan suasana sekolah kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan mengekalkan suasana yang kondusif ini semua perancangan dapat berjalan dengan lancar dengan mendapat kerjasama semua pihak bagi melicinkan lagi pentadbiran serta perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah . Semua yang terlibat juga dapat menyumbangkan idea – idea yang dapat membantu dengan rasa gembira serta berpuas hati apabila segala idea yang disumbangkan dibincang bersama demi untuk kemajuan pendididikan di sekolah . Dengan perbincangan seperti ini maka idea-idea yang paling baik pasti digunakan dan dijalankan bagi kepentingan sokolah dan pelajar-pelajar . 

4.0  Kesimpulan  Daripada faktor-faktor yang telah dijelaskan maka boleh dikatakan bahawa gaya kepimpinan demokratik adalah satu gaya kepimpinan yang terbaik di antara gaya-gaya kepimpinan yang lain seperti autokratik dan laissez-faire . Ini adalah kerana gaya kepimpinan demokratik adalah berpusatkan kerjasama serta pemilihan yang

Page 5: Gaya Kepimpinan Pengetua

lebih adil seperti mengadakan perbincangan dengan guru-guru , membuat keputusan bersama , meminta pandangan atau nasihat daripada guru-guru lain dan staf sokongan malah pelajar sendiri sebelum membuat sesuatu keputusan atau tindakan berbanding dengan gaya kepimpinan autokratik yang lebih mementingkan idea dan keputusan sendiri serta suka menonjolkan diri dan mengarah guru atau staf sokongan sama ada dalam hal menjalankan tugas atau dari segi tingkah laku . Begitu juga jika dibandingkan dengan gaya kepimpinan laisez-faire yang lebih fasif dan tidak menggunakan kuasa dan tidak berusaha untuk kebaikan atau kemajuan sekolah .   

Tiga Gaya Asas Kepimpinan

Jelaskan tiga gaya asas dalam kepemimpinan. Huraikan kesesuaian dan

keperluan sesuatu gaya yang ingin anda laksanakan dalam sesuatu

situasi tertentu.

1.0 Pengenalan

Dalam sesebuah organisasi memerlukan barisan kepemimpinan bagi mengetuai

organisasi tersebut mencapai matlamat dan tujuan yang dikehendaki. Dalam

sesebuah organisasi biasanya terdiri daripada tiga peringkat iaitu pengurus

barisan hadapan, pengurus pertengahan dan pengurus bahagian operasi.

Individu yang bertanggungjawab dalam menggubal matlamat dan memutuskan

sesutau keputusan dalam organisasi adalah terletak di barisan pengurus

hadapan iaitu individu-individu yang bertanggungjawab dalam memimpin

Page 6: Gaya Kepimpinan Pengetua

organisasi menuju arah yang betul seiring dengan matlamat yang ingin dicapai.

Jika sesebuah organisasi dipimpin oleh individu yang salah, maka kebarangkalian

organisasi tersebut akan jatuh adalah tinggi. Hal ini kerana, aspek

kepemimpinan dalam sesebuah organisasi merupakan aspek terpenting kerana

pemimpin adalah orang utama yang menentukan hitam putih organisasi di

bawahnya.

1.1 Konsep Kepemimpinan

Menurut Stogdill (1974) terdapat pelbagai definisi yang diberikan

tentang kepemimpinan.

Hal ini kerena banyak individu yang telah cuba mendefinisikan konsep

kepemimpinan tersebut. Namun demikian, semua definisi kepemimpinan yang

ada

mempunyai beberapa unsur yang sama. Menurut stoner dalam Fauziyah Mastuti

(2009), kepemimpinan adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi

kegiatan yang berhubungan dengan tugas.  Menurut George Terry dalam

penulisan yang sama juga mendefinisikan kepemimpinan sebagai satu kegiatan

Page 7: Gaya Kepimpinan Pengetua

untuk mempengaruhi orang lain agar mahu bekerja dengan suka rela untuk

mencapai tujuan kelompok, manakala Cyriel O'Donnell dalam penulisan tersebut

mendefinisikan kepemimpinan sebagai usaha untuk mempengaruhi orang lain

agar ikut serta dalam mencapai tujuan umum.

Kepemimpinan dapat dilihat dari dua aspek iaitu  sebagai sebuah proses

dan sebuah seni. Kepemimpian sebagai sebuah proses menurut J. Robert Clinton

dalamFauziyah Mastuti (2009) adalah sebagai “suatu proses yang kompleks

dimana seseorang mempengaruhi orang-orang lain untuk menunaikan suatu

misi, tugas, atau tujuan dan mengarahkan organisasi yang membuatnya lebih

kohesif dan koheren." Mereka yang memegang jabatan sebagai pemimpin

menerapkan seluruh atribut kepemimpinannya (keyakinan, nilai-nilai, etika,

karakter, pengetahuan, dan keterampilan).

Maka seorang pemimpin berbeza dari majikan, dan berbeza dari pengurus.

Seorang pemimpin menjadikan orang-orang ingin mencapai tujuan dan sasaran

yang tinggi, sedangkan seorang majikan menyuruh orang-orang untuk

Page 8: Gaya Kepimpinan Pengetua

menunaikan suatu tugas atau mencapai tujuan. Seorang pemimpin melakukan

hal-hal yang benar, sedangkan seorang pengurus melakukan hal-hal dengan

benar (Leaders do right things, managers do everything right). Kepemimpinan

sebagai sebuah seni adalah "seni membuat peta keinginan tentang masa depan

organisasi, dan kemampuan menerjemahkan peta tersebut menjadi suatu

kerangka keinginan yang nyata, serta kekuatan atau kuasa menggunakan segala

sumber untuk melaksanakan peta tersebut menjadi produk yang berdaya-guna.

2.0 Perkembangan Model-Model Kepemimpinan

Banyak kajian telah dijalankan tentang kecekapan kepemimpinan (leadership

skills) yang dibahas dari pelbagai perspektif yang telah dilakukan oleh para

pengkaji. Analisis awal tentang kepemimpinan, dari tahun 1900-an hingga tahun

1950-an, memfokuskan perhatian pada perbezaan karakteristik antara pemimpin

(leaders) dan pengikut (followers). Oleh kerana hasil penelitian pada dekad

tersebut menunjukkan bahawa tidak terdapat satu pun sifat atau watak (trait)

atau kombinasi sifat atau watak yang dapat menerangkan sepenuhnya tentang

kemampuan para pemimpin, maka perhatian para pengkaji berfokus pada

Page 9: Gaya Kepimpinan Pengetua

masalah pengaruh situasi terhadap kemampuan dan tingkah laku para

pemimpin.

Kajian-kajian kepemimpinan selanjutnya berfokus pada tingkah laku yang

diperagakan oleh para pemimpin yang efektif. Untuk memahami faktor-faktor

yang mempengaruhi tingkah laku para pemimpin yang efektif, para pengkaji

menggunakan model kontingensi (contingency model). Dengan model

kontingensi tersebut para pengkaji menguji hubungan di antara watak peribadi,

variabel-variabel situasi dan keefektifan pemimpin. Kajian tentang

kepemimpinan pada tahun 1970-an dan 1980-an, sekali lagi memfokuskan

perhatiannya kepada karakteristik individual para pemimpin yang

mempengaruhi keefektifan mereka dan keberhasilan organisasi yang mereka

pimpin. Hasil-hasil penelitian pada dekad 1970-an dan 1980-an mengarah

kepada kesimpulan bahawa pemimpin dan kepemimpinan adalah persoalan

yang sangat penting untuk dipelajari (crucial), namun kedua-dua hal tersebut

disedari sebagai komponen organisasi yang sangat kompleks.

Dalam perkembangannya, model yang relatif baru dalam studi

kepemimpinan disebut sebagai model kepemimpinan transformasional. Model ini

Page 10: Gaya Kepimpinan Pengetua

dianggap sebagai model yang terbaik dalam menjelaskan karakteristik

pemimpin. Konsep kepemimpinan transformasional ini mengintegrasikan idea-

idea yang dikembangkan dalam pendekatan watak, gaya dan kontingensi.

Berikut merupakan antara model kepimpinan yang telah banyak dikaji dalam

kajian literatur:

(http://mohamadkemaludin.wordpress.com/2011/03/22/kepemimpinan/)

(a) Model Watak Kepemimpinan (Traits Model of Leadership)

(b) Model Kepemimpinan Situasional (Model of Situasional Leadership)

(c) Model Pemimpin yang Efektif (Model of Effective Leaders)

(d) Model Kepemimpinan Kontingensi (Contingency Model)

(e) Model Kepemimpinan Transformasional (Model of Transformational Leadership)

Namun, dalam penulisan ini hanya tiga gaya kepimpinan yang akan

dibincangkan dengan lebih lanjut iaitu gaya kepimpian Trasformasi, gaya

kepimpinan Situasi dan gaya kepimpinan Instruksional.

3.0 Gaya kepemimpinan

Semasa memimpin sekolah, pengetua dituntut untuk mengamalkan gaya

kepemimpinan yang pelbagai kerana setiap model kepemimpinan didapati

mempunyai kelemahannya tersendiri. Antara kelemahan yang nyata ialah tidak

semua model mampu digunakan dalam semua konteks dan situasi (Ross, 2006

Page 11: Gaya Kepimpinan Pengetua

dalam Lokman Mohd dan Robiah Sidin, 2008). Oleh itu, pengetua perlu cekap

menyesuaikan gaya kepemimpinan mengikut situasi, jenis sekolah dan

keperluan ketika melaksanakan kepemimpinan. Pengetua sekolah yang bijak

didapati mampu mengamalkan kepemimpinan yang sesuai berdasarkan situasi

tanpa berpegang kepada satu stail kepemimpinan sahaja (Dunford et al., 2000

dalam Lokman Mohd dan Robiah Sidin, 2008).

Dalam konteks ini, Bolman et al. (1999), Abdul Shukor (2004), Abdul Rafie

(2002) dalam Lokman Mohd dan Robiah Sidin (2008) berpendapat bahawa

amalan kepemimpinan yang pelbagai dan luas lebih berupaya menjurus kepada

keberkesanan kepemimpinan berbanding amalan satu gaya kepemimpinan

sahaja. Persoalannya, adakah pengetua sekolah mengamalkan gaya

kepemimpinan yang pelbagai ketika mentadbir sekolah atau masih berpegang

kepada satu model kepemimpinan sahaja? Jawapan kepada persoalan

memerlukan kupasan terperinci tentang gaya kepemimpinan pengetua di

Malaysia. Namun penulisan ini tidak akan berfokus tentang gaya kepemimpinan

Page 12: Gaya Kepimpinan Pengetua

pengetua di Malaysia sebaliknya lebih kepada penjelasan tentang gaya

kepimpinan dan bagaimana ia sesuai diaplikasikan dalam situasi tertentu.

3.1 Kepimpinan Transformasi

Pemimpin transformasi adalah seorang yang suka melakukan perubahan dan

pembaharuan. Ini jelas melalui visi dan misi yang dibentuknya. Selaras dengan

itu adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menyampaikan secara

berterusan, memperjelaskan misi dan visi sehingga dapat difahami, diterima dan

dihayati oleh semua pengikutnya. Di sekolah peranan pengetua dan Guru Besar

untuk memperjelaskannya kepada guru-guru kanan, guru-guru, pelajar,

kakitangan, pekerja dan juga ibu bapa. Oleh itu, seorang pemimpin transformasi,

jika diletakkan di mana-mana sahaja tempat bertugas pasti akan dapat

menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Pemimpin transformasi tidak

menjadi kaku atau kehilangan idea kerana mereka sebenarnya mempunyai ciri-

ciri yang istimewa yang tidak terdapat pada pemimpin biasa. Mereka adalah

seorang pemikir yang berkesan, dapat menggunakan dan memanipulasikan

segala kejadian dan peristiwa yang dihadapi sebagai pedoman, pendorong dan

Page 13: Gaya Kepimpinan Pengetua

sebagai landasan untuk menghasilkan sesuatu jawapan atau keputusan yang

boleh digunakan oleh banyak pihak yang terlibat. Segala peristiwa yang berlaku

boleh mencetuskan pengalaman dan pengetahuan baru untuk dijadikan panduan

pada masa-masa yang akan datang (Hasan Husin dan Che Husin Ismail 2007).

Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa kepemimpinan

transformasional mempunyai korelasi yang tinggi dengan tingkat keberkesanan

organisasi yang lebih tinggi (Avolio, Waldman, dan Einstein, 1988 dalam Loy

Liang Hui, 2002). Menurut Black & Porter (2000) dalam Loy Liang Hui (2002),

contoh bagi pemimpin yang mengamalkan kepemimpinan transformasional

adalah Bill Gates dari syarikat Microsoft, Steve Jobs dari syarikat Apple, Michael

Dell dari syarikat Dell Computer Corporation, Jeff Bezos dari syarikat

Amazon.com, Lou Gerstner dari syarikat IBM dan Jack Welch dari syarikat

General Electric. Menurut Vicky (2001) dalam Loy Liang Hui (2002) juga,

kepemimpinan transformasional sering kali dihubungkait dengan pencapaian

dan kepuasan bekerja pada tahap yang tinggi terhadap pemimpin.

Kepemimpinan transformasional dikaitkan dengan komitmen pekerja terhadap

Page 14: Gaya Kepimpinan Pengetua

organisasi, kepercayaan terhadap pemimpin dan gelagat organisasi. Jason

(2000) dalam Loy Liang Hui (2002) mengatakan bahawa pemimpin

transformasional berkongsi norma, nilai dan kepercayaan dengan pengikutnya

dan sering memotivasi dan mempengaruhi pengikut. Pemimpin transformasional

mempunyai kebolehan untuk menggerakkan dorongan, motivasi, semangat dan

tenaga terhadap para pengikutnya

Kepimpinan transformasi telah diperkenalkan oleh Burns pada tahun 1978

sebagai suatu strategi atau stail baru dalam bidang kepimpinan. Kepimpinan

transformasi mengikut Burns (1978) dalam Azmir Salleh (2009), adalah

pemimpin yang memperkukuhkan ikatan jeleketan (cohesive) dalam suatu cara

antara pemimpin dengan pengikutnya sehingga berjaya mempertingkatkan

tahap motivasi dan semangat di antara satu sama lain. Seterusnya berupaya

meningkatkan kehendak, keperluan dan motivasi lain. Dengan itu beliau

berupaya menanam dan mempertingkatkan iltizam dan kecekapan melalui

pemuasan dan motivasi terhadap kerja. Dengan kata lain, kepimpinan

transformasi merupakan kemampuan yang membolehkan pemimpin mengenali

keperluan untuk berubah, mencipta wawasan, membimbing perubahan itu dan

melaksanakan perubahan dengan berkesan. Seterusnya perubahan yang dibawa

Page 15: Gaya Kepimpinan Pengetua

itu akan memberi kepuasan dan meningkatkan motivasi di kalangan orang

bawahannya. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan keberkesanan

organisasi mencapai matlamat dan wawasan yang ditetapkan. Berdasarkan

pemerhatian, amat sesuailah kepimpinan transformasi dijadikan amalan di

kalangan pengetua dan guru besar bagi merealisasikan matlamat menjadi

sekolah yang berkesan.

Sergiovani (1984) dalam Azmir Salleh (2009) menyimpulkan enam

peranan pemimpin yang dimainkan oleh pengetua sekolah iaitu pemimpin

sekolah, pemimpin pengajaran, pemimpin penyeliaan, pemimpin organisasi,

pemimpin pengurusan dan pemimpin kumpulan. Dalam melaksanakan tugas-

tugas kepimpinan yang mencabar tersebut, secara umumnya pengetua dan guru

besar lebih cenderung mengamalkan kepimpinan transaksi daripada kepimpinan

transformasi. Ada beberapa faktor yang menyebabkan perubahan strategi

kepimpinan pengetua dan guru besar sukar dilakukan. Sarason (1973) dalam

Azmir Salleh (2009) berpendapat bahawa budaya kerja ‘resistance to change’

begitu meluas di kalangan mereka. Lortie (1975) dalam Azmir Salleh (2009) pula

mendapati bahawa sikap ‘conservatism ’ meluas di kalangan pengetua dan guru

besar. Sebilangan besar mereka berasa tidak senang terhadap perubahan,

Page 16: Gaya Kepimpinan Pengetua

sebaliknya mereka lebih selesa dengan suasana kerja yang stabil, ‘familiar’ dan

terjamin. Di samping itu, manusia yang memasuki bidang perguruan didapati

lazimnya adalah terdiri daripada individu yang mempunyai pendirian konservatif

dalam hidup mereka. Biasanya mereka tidak sukakan corak ‘fast life’ seperti

corak hidup yang terdapat dalam dunia korporat atau perniagaan.

Organisasi sekolah di Malaysia kini juga menjadi bertambah sukar dan

kompleks dengan bertambahnya tugas pentadbiran. Dalam hal ini,

Pengetua  telah menjadi tumpuan tuntutan pelbagai pihak atasan dan pihak

bawahan sama ada daripada agensi kerajaan dan swasta, kakitangan dan

pelajar-pelajar sekolah sendiri. Situasi ini telah menyebabkan pengetua  menjadi

tumpuan desakan oleh seluruh sistem sosial yang mengenakan tekanan ke atas

mereka (Morris, 1984 dalam Azmir Salleh, 2009). Di samping itu pengetua juga

menghadapi beberapa cabaran lain sebagai pemimpin. Sehubungan itu mereka

beranggapan setiap perubahan hanya akan menambahkan lagi beban tugas

yang terpaksa ditanggung. Jadi mereka terus mengekalkan status quo walaupun

cara lama yang diamalkan itu tidak berkesan.

Page 17: Gaya Kepimpinan Pengetua

Menurut Maehr (1992) dalam Al. Ramaiah (1993), masa ini adalah masa

yang bergelora di sekolah. Terdapat seruan-seruan dari semua pihak supaya

sekolah berubah, memulih, dan perlu disusun semula. Tetapi seruan-seruan

sebegini tidak mendapat sambutan positif daripada pihak pemimpin sekolah.

Ketidakmampuan sesetengah sekolah mencapai matlamat sebagai agen

perubahan, sebagai pelaksana program-program pendidikan dan sebagai rakan

bersama Kementerian Pendidikan di peringkat persekutuan dan Jabatan

Pendidikan Negeri di peringkat negeri dalam proses reformasi pendidikan,

menjadi satu perkara yang membimbangkan. Selain itu, perbezaan

keberkesanan antara sekolah-sekolah daripada segi pencapaian akademik

pelajar menimbulkan keraguan.

Segala dasar berkenaan pendidikan yang digubal pada peringkat

persekutuan di Kementerian Pendidikan adalah dirumus dan dirancang untuk

dilaksanakan di peringkat sekolah. Sebahagian besar belanjawan yang

diperuntukkan untuk pendidikan adalah untuk perjalanan sistem sekolah. Ini

memperlihatkan kepentingan sistem sekolah dalam struktur pendidikan pada

keseluruhannya. Berjaya ataupun gagalnya sesuatu dasar pendidikan sangat

bergantung kepada kejayaan pelaksanaan dasar di peringkat sekolah. Dan

Page 18: Gaya Kepimpinan Pengetua

kejayaan pelaksanaan program dan dasar pendidikan tertentu juga bergantung

kepada kecekapan dan keberkesanan kepimpinan pengetua dan guru besar

sekolah sebagai ketua eksekutif sekolah (Al. Ramaiah, 1993). Oleh hal yang

demikian adalah dicadangkan supaya pengetua dan guru besar segera

mengubah sikap dan berfikiran positif untuk membuat anjakan paradigma.

Dapatan-dapatan kajian dan pandangan negatif terhadap sesuatu perubahan

tidak harus melemahkan semangat mereka untuk menjadi pemimpin

transformasi dan agen perubahan yang berjaya. Inilah sebenarnya cabaran yang

harus ditempuhi oleh setiap pengetua dan guru besar sekiranya mahu

meningkatkan keberkesanan sekolah bagi mencapai Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Wawasan 2020

(Azmir Salleh,2009).

3.1.1 Kesesuaian dan keperluan gaya kepimpinan Transformasi

dilaksanakan dalam sesuatu situasi tertentu.

Seperti yang telah dibincangkan, gaya kepimpinan transformasi merujuk kepada

satu set kemampuan yang membolehkan pemimpin mengenali keperluan untuk

berubah, mencipta wawasan, membimbing perubahan dan melaksanakan

Page 19: Gaya Kepimpinan Pengetua

perubahan dengan berkesan. Seterusnya perubahan yang dibawa itu akan

memberi kepuasan dan meningkatkan motivasi di kalangan orang bawahannya.

Secara tidak langsung ia akan meningkatkan keberkesanan organisasi mencapai

matlamat dan wawasan yang ditetapkan. Hal ini bermakna, Kepimpinan

transformasi berfokuskan kepada perubahann sikap subordinat ke arah

pencapaian matlamat organisasi tetapi dalam masa yang sama tetap

mementingkan kebajikan subordianat dan organisasi sekolah.

Gaya kepimpinan ini amat sesuai diamalkan oleh pengetua dan guru besar

di dalam banyak situasi di sekolah kerana semua pihak dapat mengembangkan

kreativiti masing-masing di samping dapat mencapai Kepuasan diri (ganjaran

intrinsif) dan mengekalkan hubungan baik di antara pemimpin dan subordinat.

Contohnya, gaya kepimpinan transformasi sesuai dilaksanakan dalam situasi

berikut iaitu apabila Pengetua menetapkan matlamat untuk meningkatkan

peratusan pencapaian pelajar lulus dalam Subjek Matematik bagi SPM 2011

kerana keputusan subjek Matematik dalam SPM 2010 yang tidak

memberansangkan. Oleh itu, bagi mencapai keputusan 100 peratus lulus bagi

subjek Matematik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Pengetua telah

menjalankan kerjasama bersama guru-guru panitia Matematik bagi melonjakkan

Page 20: Gaya Kepimpinan Pengetua

kecemerlangan  pelajar. Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Panitia dan guru-guru

bersama-sama berusaha dan menggembleng tenaga bagi mencapai matlamat

lulus 100 peratus dalam  subjek Matematik SPM 2011. Seandainya matlamat

yang ditetapkan dapat dicapai iaitu semua pelajar lulus dalam subjek Matematik

bagi SPM 2011, maka  ia akan memberikan satu kepuasan kepada pengetua dan

guru-guru Mata pelajaran Matematik dan meningkatkan motivasi dalam

kalangan mereka.

3.2 Kepimpinan Situasi

Menurut para pendokong teori kepimpinan situasi, tidak ada satu pun gaya

kepimpinan ideal yang dikatakan paling baik dan berkesan digunakan bagi

semua keadaan. Antara teori paling berpengaruh dalam menghuraikan tingkah

laku  kepimpinan dan keberkesanannya adalah Model Kepimpinan Bersituasi

Hersey dan Blanchard (1998). Teori ini mengandaikan bahawa seorang

pemimpin mestilah bijak dalam mendiagnosis dan melakukan ubahsuaian gaya

kepimpinannya supaya ia berpadanan tepat dengan tahap kesediaan yang

dimiliki oleh pekerja/pengikutnya ketika melaksanakan sesuatu tugas. Gaya

Page 21: Gaya Kepimpinan Pengetua

kepimpinan Model Hersey dan Blanchard mencorakkan gaya kepimpinan dengan

berpaksikan kepada dua dimensi utama iaitu tingkah laku tugas (tash behavior)

dan tingkah laku hubungan (relationship behavior) dalam mempengaruhi

pekerja/pengikut mereka.

Tingkah laku tugas merujuk kepada sejauh mana pemimpin mampu

menjelaskan tgas dan tanggungjawab yang harus dipikul oeh individu ata

kumpulan. Antara lain, ia kerap disalurkan secara lisan seperti memberitahu

para pekerja apa yag harus mereka lakukan, bagaimana untuk melakukannya,

bila harus dilakukan dan siapa yang sepetutnya melakukannya. Bagi tingkah lau

hubungan pula, ia merujuk kepada keterlibatan pemimpin dan komunikasi dua

hala termasuk mendengar, memberi perangsang dna dorongan, memudahcara,

menyediakan penjelasan dan memberikan sokongan sosioemosi (Hersey 1984).

Dipihak pekerja/pengikut pula, penentuan tahap kesediaan iaitu bagaimana

mereka melaksanakan sesuatu kerja terhadap tugasan yang tertentu (Hersey

1984) dibuat berdasarkan kepada dua dimensi iaitu kebolehan (ability)

melaksanakan tugas dan kemahuan (willingness).

Page 22: Gaya Kepimpinan Pengetua

Kebolehan merujuk kepada pengetahuan, pengalaman dan kemahiran

berkaitan dengan tugas, manakala kemahuan bermaksud keyakinan, komitmen

dan motivasi yang ada pada diri pekerja/pengikut. Seterusnya gaya kepimpinan

akan dipadankan dengan tahap kesediaan pekerja/pengikut berdasarkan kepada

kelok tingkah laku hubungan (paksi y) melawan tingkah laku tugas (paksi x).

Kelok tersebut membentuk empat kuadran yang mewakili gaya kepimpinan iaitu

pemberitahuan (telling), jualan (selling), penyertaan (participating) dan

penyerahan tugas (delegating). Tahap kesediaan pekerja/pengikut pula

dibahagikan kepada tiga iaitu tinggi sederhana dan rendah. Tinggi bila mana

pekerja/pengikut mampu berkemahua atau mempunyai motivasi; sederhana bila

mana pekerja/pengikut memiliki mana-mana satu kombinasi sifat berikut iaitu

mampu tetapi tidak berkemampuan atau tidak yakin; tidak mampu tetapi

berkemahuan atau bermotivasi tinggi dan tahap kesediaan rendah bila mana

pekerja/pengikut tidak mampu, tidak berkemahuan dan tidak yakin.

Page 23: Gaya Kepimpinan Pengetua

Gambar rajah 1: Kelok yang membentuk empat kuadran mewakili gaya

kepimpinan situasi

3.2.1 Kesesuaian dan keperluan gaya kepimpinan Situasi dilaksanakan

dalam sesuatu situasi tertentu.

Situasi berbeza memerlukan gaya kepimpinan yang berbeza. Oleh itu,  gaya

kepimpinan situasi sesuai digunakan oleh pengetua/guru besar berdasarkan

situasi yang sedang berlangsung. Sebagai contoh apabila aktiviti sukan tahunan

sekolah ingin dilaksanakan, cara kepimpinan Pengetua  dapat dilihat dalam

situasi berikut:

Page 24: Gaya Kepimpinan Pengetua

1. stail membimbing – guru yang kurang pengalaman

2. menyokong -  guru berpengalaman

3. mengarah - terhadap guru-guru  baru

4. mendelegasi – guru kanan

3.3 Kepimpinan Instruksional

kepemipinan pengajaran merujuk kepada tindakan pengaruh dan kepakaran

pengetua memainkan peranannya mengarah segala kebolehan dan usaha para

guru dalam menyediakan dan melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran serta menyumbang ke arah keberkesanan program pendidikan

untuk para pelajar di sekolahnya. Ini boleh dicapai dengan cara pengetua

melibatkan diri secara langsung dan secara tidak langsung. Srategik secara

langsung apabila pengetua terlibat dalam mengajar secara formal seperti

menasihat iaitu bertindak sebagai kaunselor dan penampilan atau kehadiran

(visibility) beliau di tempat-tempat strategik di sekolah.

Page 25: Gaya Kepimpinan Pengetua

Strategik secara tidak langsung pula termasuklah menyusun dan

menetapkan falsafah sekolah membentuk wawasan, menetapkan matlamat dan

objektif, membentuk dasar dan prosedur, menyedia dan menyelaras sokongan

pembelajaran, menetapkan mutu pengajaran, menjalankan hubungan dengan

staf dan berkerjasama dengan persekitaran luar (Hussein, 1993). Kepemimpinan

pengajaran merupakan satu elemen yang penting dalam menentukan berkesan

atau tidaknya sesebuah sekolah (Sweeney, 1982; DeBevoise, 1984; Dwyer,

1986; dan Duke, 1987 dalam Andi Audryanah, 2007 ). Pengetua berkesan

mempunyai komitmen yang tinggi dalam kepemimpinan pengajaran dengan

memberi sokongan untuk memajukan aspek pengajaran-pembelajaran, sentiasa

berbincang dengan guru-guru mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh

pelajar, mendiagnosis dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan

pengajaran (Edmonds, 1978 dan Sapone, 1983 dalam Andi Audryanah, 2007 ).

Pengetua berkesan berusaha mewujudkan iklim sekolah yang kondusif

untuk tujuan pembelajaran, memberi maklum balas kepada guru tentang

pengajaran dan prestasi pelajaran, serta menjadi penyelaras program

Page 26: Gaya Kepimpinan Pengetua

pengajaran-pembelajaran di sekolah (Hussein, 1993). Ramai penulis dan

penyelidik dalam pendidikan mengakui bahawa kebanyakan pengetua yang

berfungsi atau berperanan sebagai pemimpin pengajaran dapat mewujudkan

sekolah yang berkesan atau sekolah cemerlang. Sweeney (1982) dalam Andi

Audryanah (2007), berpendapat terdapat enam ciri kepemimpinan pengetua

yang berkait dengan kepemimpinan pengajaran di sekolah berkesan. Ciri-ciri

tersebut ialah (i) memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang

akademik, (ii) menyusun dan menetapkan strategi pengajaran, (iii) menyedia

dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah (Iklim sekolah), (iv) kerap

menilai pencapaian akademik pelajar, (v) menyelaras program pengajaran dan

(vi) membantu dan memberi semangat kepada para guru.

Menurut Benjamin (1981) dalam Hussein (1993), pengetua sekolah yang

berkesan merupakan pemimpin pengajaran dan bukan bertugas sebagai

pentadbir sahaja. Hasil-hasil kajian tentang sekolah berkesan pada tahun 1980an

terutama di Amerika Syarikat mendapati bahawa kepemimpinan pengajaran

pengetua mempunyai kesan yang signifikan terhadap pelaksanaan inovasi

Page 27: Gaya Kepimpinan Pengetua

pendidikan dan juga pembelajaran pelajar (Mortimore, 1995 dalam Hussein,

1993). Daripada kajian-kajian tentang sekolah yang pernah mencapai

kecemerlangan menunjukkan kepemimpinan pengajaran pengetua yang

bersungguh-sungguh dan padu mempunyai pertalian yang signifikan dengan

budaya sekolah, semangat guru dan pencapaian akademik pelajar.

3.3.1 Kesesuaian dan keperluan gaya kepimpinan Instruksional

dilaksanakan dalam sesuatu situasi tertentu.

Hallinger dan Murphy (1985) dalam Andi Audryanah (2007) menyatakan

kepemimpinan pengajaran mengandungi tiga dimensi utama, iaitu mentakrifkan

matlamat sekolah, pengurusan program pengajaran dan pemupukan iklim

sekolah. Dimensi-dimensi ini telah diperluaskan lagi menjadi sebelas fungsi iaitu

merangka matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau

pengajaran guru, menyelaras kurikulum, mengawas pembelajaran murid,

mengawal masa pengajaran, menggalakkan perkembangan professional guru,

Page 28: Gaya Kepimpinan Pengetua

sentiasa kelihatan, menyediakan ganjaran untuk guru, menguatkuasakan dasar

akademik dan menyediakan insentif untuk murid.

Contoh situasi di mana pengetua harus menggunakan kepimpinan

instruksional adalah apabila pengetua ingin mencapai matlamat dan misi untuk

menjadikan sekolah di bawah pimpinan beliau sebagai sekolah yang cemerlang

dalam aspek kurikulum menjelang 2015. Oleh itu, Pengetua perlu menyelaras

program pengajaran, menitikberatkan pencapaian akademik pelajar, sentiasa

menilai kemajuan pelajar, mewujudkan suasana sekolah yang aman dan

tenteram, memeta dan merencanakan strategi program pengajaran, dan

memberi sokongan terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para guru (Haji

Mohd Nor, 2004). Hal ini bermakna, kepimpinan pengetua akan berfokus kepada

kualiti pengajaran dan pencapaian akademik pelajar-pelajarnya. Antara aktiviti

yang akan dilaksanakan oleh pengetua adalah seperti merancang pelbagai

kursus peningkatan profesionalisme guru bagi meningkatkan kualiti guru-guru di

sekolahnya misalnya dalam aspek penyampaian pengajaran. Selain itu pengetua

juga menyediakan pelbagai kemudahan bagi membolehkan pelajar belajar

Page 29: Gaya Kepimpinan Pengetua

dalam suasanan kondusif misalnya menyediakan makmal komputer, makmal

sains dan perpustakaan yang serba lengkap dengan bahan rujukan dan bank

soalan. Pengetua juga akan sering menjalankan penyeliaan kepada guru-guru

bagi meningkatkan tahap penyampaian pengajaran guru melalui perkongsian

maklumat terhadap aspek yang perlu ditambah baik dan pengetua juga akan

merancang pelbagai program peningkatan untuk pelajar seperti kelas tambahan,

pemantauan buku latihan pelajar secara berkala, ujian bulanan dan program

strategi menjawab bagi kelas peperiksaan.

4.0 Penutup

Pengurusan dan kepimpinan yang berkesan di sekolah akan menghasilkan

sekolah yang cemerlang. Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan sekolah

cemerlang dapat dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti. Hal

ini menunjukkan bahawa pengurusan yang baik akan membawa kepada

peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian pelajar-pelajarnya. Kepimpinan

pengetua dan Guru Besar yang cemerlang akan dapat mengubah sekolahnya

dari sekolah biasa kepada sekolah cemerlang. Malah pemimpin yang berkesan

Page 30: Gaya Kepimpinan Pengetua

akan dapat memepengaruhi subordinatnya untuk menerima arahan dan

melaksanakan arahan tersebut dengan penuh  kesediaan dan kemahuan. Oleh

itu, setiap pengetua dan guru besar harus mengkaji gaya kepimpinan yang

sesuai diaplikasikan di sekolah mereka bagi mencapai matlamat, visi dan misi

sekolah yang ingin dicapai. Dalam kata lain, seorang pemimpin yang baik perlu

meneliti keseluruhan orang bawahannya, mendekati pekerjanya dalam

setiap  tugasan yang diberi, memilih stail kepimpinan, berbincang  dengan orang

bawahannya dalam situasi yang berbeza dan  kemudiannya melaksanakan

perancangan secara bersama.