5
SOALAN 3A Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu, Sabah telah dianugerahkan sebagai Guru Besar Cemerlang. Kejayaan beliau memimpin sekolah bergantung kepada amalan kepemimpinannya. Huraikan ciri-ciri kepemimpinan yang diamalkan oleh guru besar berkenaan dari aspek kuasa, gaya dan nilai murni kepemimpinan. (25 markah) JAWAPAN: Pemimpin iaitu Guru Besar merupakan seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan. Manakala kepimpinan pula bermaksud proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang. Ianya berlaku apabila seseorang(Guru Besar) itu menolong,menunjuk dan mempengaruhi orang lain bercorak peribadi. Berdasarkan situasi di atas, Guru Besar tersebut telah dianugerahkan sebagai Guru Besar Cemerlang disebabkab oleh amalan kepimpinan yang diamalkan oleh beliau iaitu dari aspek kuasa, gaya dan nilai murni kepemimpinan. Dari aspek kuasa, Guru Besar tersebut telah mengamalkan kepimpinan yang melibatkan orang lain atau pihak lain. Ini bermaksud, Guru Besar telah melibatkan orang lain sama ada pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Selain itu, Guru Besar juga mempunyai autoriti untuk memberi arahan yang mana pemimpin mempunyai autoriti

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu

SOALAN 3A

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu, Sabah telah dianugerahkan sebagai Guru Besar Cemerlang. Kejayaan beliau memimpin sekolah bergantung kepada amalan kepemimpinannya.

Huraikan ciri-ciri kepemimpinan yang diamalkan oleh guru besar berkenaan dari aspek kuasa, gaya dan nilai murni kepemimpinan.

(25 markah)

JAWAPAN:

Pemimpin iaitu Guru Besar merupakan seorang individu dalam sesuatu

kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti

untuk mencapai matlamat kumpulan. Manakala kepimpinan pula bermaksud proses

mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah

dirancang. Ianya berlaku apabila seseorang(Guru Besar) itu menolong,menunjuk dan

mempengaruhi orang lain bercorak peribadi.

Berdasarkan situasi di atas, Guru Besar tersebut telah dianugerahkan sebagai

Guru Besar Cemerlang disebabkab oleh amalan kepimpinan yang diamalkan oleh

beliau iaitu dari aspek kuasa, gaya dan nilai murni kepemimpinan. Dari aspek kuasa,

Guru Besar tersebut telah mengamalkan kepimpinan yang melibatkan orang lain atau

pihak lain. Ini bermaksud, Guru Besar telah melibatkan orang lain sama ada pekerja

bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Selain itu, Guru Besar juga

mempunyai autoriti untuk memberi arahan yang mana pemimpin mempunyai autoriti

berkenaan dengan setengah daripada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala

anggota-anggota pula tidak boleh membantah aktiviti-aktiviti pemimpian mereka. Selain

itu, Guru Besar tersebut berjaya mempengaruhi pekerja melalui arahan. Misalnya,

seorang pemimpin mungkin dapat mengarahkan staffnya untuk melakukan sesuatu

tugas, tetapi yang mungkin menentukan sama ada tugas itu benar-benar dikendalikan

dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.

Page 2: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu

Terdapat tiga gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Guru Besar Cemerlang.

Gaya kepimpinan yang pertama ialah Autokratik. Pemimpin akan memberi perintah dan

pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autokrat

dapat memastikan tugas-tugas yang diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang

bawahannya. Menurut Keith dan Girling (1991), para pemimpin autokrat lazimnya

berfungsi secara autonomi, memberi tunjuk ajar tentang apa dan bagaimana tugas-

tugas harus dilakukan, membuat keputusan sendiri dan suka memberi arahan. Orang

bawahan diharapkan mengikut dan membuat apa yang mereka diarahkan. Konflik atau

masalah diselesaikan dengan pantas dan komunikasi lebih besifat dari atas ke bawah.

Pemimpin menggunakan ganjaran dan hukuman, memuji dan memberi penghargaan

dan selalunya menggunakan kritikan tidak membina. Kepimpinan ini menunjukan

bahawa Guru Besar atau guru ingin berkuasa. Orang lain tiada kebebasan untuk

memutuskan sesuatu perkara sebaliknya mereka hanya melaksanakan tugas sahaja.

Interaksi sehala dan pasif antara pihak sekolah, guru dan murid. Pemimpin yang

autokratik merupakan seorang yang dogmatic dan positif, memerlukan stafnya yang

menurut perintah yang diarahkan dan memimpin mengikut kebolehannya untuk

memberi atau menarik balik ganjaran kerja serta hukuman.

Gaya kepimpinan yang kedua ialah Demokratik. Kepimpinan ini lebih bersifat

terbuka di mana Guru Besar berkongsi kuasa dengan guru dan mereka boleh

mengambil bahagian bersama membuat keputusan. Pemimpi mementingkan

kepentingan bersama, bukan kepentingan sendiri sahaja. Amalan ini dapat

meningkatkan iklim persekolahan yang kondusif dan membangkitkan rasa puas hati

orang yang dipimpin. Pemimpin yang demokratik akan menggalakkan penglibatan dan

penyertaan staf mereka tentang tindakan dan keputusan yang dibuat. Pemimpin

demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat sesuatu

keputusan atau tindakan. Beliau juga percaya kepada musyawarah. Pemimpin sering

menurunkan kuasanya kepada orang bawahan dan memberi kebebasan kepada

mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan

masing-masing. Pemimpin demokratik juga berperanan sebagai pembimbing yang baik

kepada kumpulannya dengan mengetahui peranannya sebagai penyelaras tugas dan

mengutamakan akuantabiliti serta kerjasama baik daripada setiap individu yang

Page 3: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu

dipimpinnya. Kuasa diagih-agihkan menyebabkan semua orang berasa yakin dan

senang hati menunaikan tugas masing-masing. Dengan yang demikian, organisasi

sekolah akan terus berjalan lancar dan bergerak maju. Selain itu, pekerja akan menjadi

lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan

yang dibuat bersama.

Gaya kepimpinan yang ketiga ialah Kontigensi. Kepimpinan ini dilihat apabila

Guru Besar menyesuaikan gaya kepimpinannya mengikut keadaan dan keperluan yang

wujud. Kepimpinan kontigensi dipengaruhi oleh faktor-faktor perubahan situasi pada

masyarakat. Situasi dapat diasingkan kepada perhubungan pemimpin dan ahli, struktur

kerja serta kedudukan kuasa. Perhubungan pemimpin dengan ahli bergantung kepada

suasana kumpulan dalam konteks keyakinan, kesetiaan dan tarikan yang diberi oleh

orang yang dipimpin. Struktur kerja pula bergantung kepada tahap dan syarat bagi

sesuatu tugas yang jelas dan dirancang rapi. Pemimpin menggunakan kuasanya untuk

memberi ganjaran atau hukuman kepada orang yang dipimpin.

Dari aspek nilai murni, Guru Besar tersebut mempunyai nilai dan estetika di

dalam organisasi untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Beliau sentiasa

meningkatkan kemahiran memimpin serta bersiap sedia dengan segala ilmu

kepemimpinan sesuai dengan situasi yang mungkin akan dihadapi kelak. Semangat

kerjasama dalam pasukan dipupuk dan penerapan nilai-nilai murni, moral dan sikap

positif serta membina disiplin diri dalam kalangan kakitangan juga dipupuk untuk

membentuk modal insan yang berkualiti. Modal insan yang berkualiti bergantung

kepada kejayaan kepemimpinan dalam pendidikan yang memberikan hasil yang

berkualiti dan dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh dan

berketerampilan.

Beliau juga merupakan seorang yang mempunyai mental dan pemikiran yang

penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, berakauntabiliti, komited, teun sabar,

bertimbang rasa, rajin, ceria, amanah, berpegang kepada janji, tetap tidak akan

mengkhianati tugasnya atau murid-murid demi mengatasi segala cabaran yang

mendatang. Guru Besar juga memberangsangkan dan memotivasikan guru-guru bagi

meningkatkan kecekapan sebagai pemimpin bilik darjah dalam proses pengajaran dan

Page 4: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu

pembelajaran murid. Ini adalah untuk menggalakkan murid untuk mendapatkan

pembelajaran yang optimum.

Sebagai kesimpulannya, Guru Besar memainkan peranan yang penting dalam

memastikan kejayaan sesebuah sekolah. Oleh itu, terdapat 3 aspek yang perlu diikuti

oleh seorang guru besar untuk memimpin sesebuah sekolah iaitu aspek kuasa, gaya

dan nilai murni kepimpinan.