18
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 (SMP KHAS) HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK NAMA : ASLINA BINTI MOHAMED YAHAYA NO MATRIK : 720823145098001 NO KAD PENGENALAN : 720823-14-5098 NO TELEFON : 019-4655558 E-MAIL : [email protected] PUSAT BELAJAR : PPW Perak OUM NAMA TUTOR : ENCIK AHMAD KHIR MUZAMIL BIN MOKHTAR

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

  • Upload
    ngohanh

  • View
    244

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2012

(SMP KHAS)

HBAE 1203

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

NAMA : ASLINA BINTI MOHAMED YAHAYA

NO MATRIK : 720823145098001

NO KAD PENGENALAN : 720823-14-5098

NO TELEFON : 019-4655558

E-MAIL : [email protected]

PUSAT BELAJAR : PPW Perak OUM

NAMA TUTOR : ENCIK AHMAD KHIR MUZAMIL

BIN MOKHTAR

Page 2: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 2

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 4

2.0 Tahap Perkembangan Kreativiti 4 – 5

2.0 Peringkat Rangsangan

2.1 Peringkat Penerokaan

2.3 Peringkat Perancangan

2.4 Peringkat Aktiviti

2.5 Peringkat Kajian Semula

3.0 Ciri-ciri Kreativiti 5 – 7

3.1 Bersifat Fleksibel

3.2 Sensitif dan Peka

3.3 Gagasan / Idea yang Asli dan Tulen

3.4 Bersifat Terbuka

3.5 Logik

3.6 Berfikiran Terbuka

4.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual 8 – 10

5.0 Perkembangan Kreativiti Fisher 11 – 13

5.1 Peringkat Rangsangan

5.2 Peringkat Penerokaan

5.3 Peringkat Perancangan

5.4 Peringkat Aktiviti

5.5 Peringkat Kajian Semula

Page 3: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 3

6.0 Analisis 5 Peringkat Kreativiti Fisher Dengan Perkembangan Diri

Kanak-Kanak Dari Aspek Sosial, Fizikal dan Emosi 13 – 15

6.1 Peringkat Rangsangan

6.2 Peringkat Penerokaan

6.3 Peringkat Perancangan

6.4 Peringkat Aktiviti

6.5 Peringkat Kajian Semula

7.0 Kaitan Aktiviti Pembelajaran Dengan Perkembangan Kreativiti Fisher Dari

Aspek Keaslian, Kelancaran, Keanjalan dan Kepekaan. 16 – 17

7.1 Peringkat Rangsangan

7.2 Peringkat Penerokaan

7.3 Peringkat Perancangan

7.4 Peringkat Aktiviti

7.5 Peringkat Kajian Semula

Kesimpulan 17

Rujukan 18

LAMPIRAN

Page 4: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 4

1.0 PENGENALAN

Menurut Prof Dr Abdul Shukor Hashim dan rakan (2011:63), kreativiti berasal daripada

perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan

Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi”. Kamus Dewan,(2002) mentakrifkan kreativiti

sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan dan mengembangkan

sesuatu idea baru daan asli. Dalam konteks ini, ianya merujuk kepada kebolehan dan

kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang

mentakrifkan kratif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatuyang tidak ada sebelumnya.

Kesimpulannya Kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta sesuatu

yang unik, berguna, bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi.

Untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka ianya harus mempunyai kecerdasan kreatif, dan

kecergasan kreatif. Justeru itu, sebagai seorang guru kita peru merangsang minda murid ke arah

melahirkan pembentukan individu yang kretaif khasnya kepada kanak-kanak.

2.0 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

Terdapat 5 Tahap dalam perkembangan kreativiti menurut pendapat Fisher (1943) iaitu :-

RAJAH : PERKEMBANGAN KREATIVITI MENURUT FISHER (1943)

1 • PERINGKAT RANGSANGAN

2 • PERINGKAT PENEROKAAN

3 • PERINGKAT PERANCANGAN

4 • PERINGKAT AKTIVITI

5 • PERINGKAT KAJIAN SEMULA

Page 5: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 5

2.1 PERINGKAT RANGSANGAN

Pada peringkat ini, pemikiran kreatf kanak-kanak dirangsang dengan cara

mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa. Bagaimana dan sebagainya.

Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu

murid terhadap sesuatu isu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan mengemukakan

pelbagai soalan kritikal.

2.2 PERINGKAT PENEROKAAN

Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke

hadapan. Peringkat rangsangan rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha

menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk itu

latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah

boleh membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari

jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik.

2.3 PERINGKAT PERANCANGAN

Peringkat ini mengalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua

aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui

3 cara iaitu :-

Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian,

interaksi dan sebaginya.

Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan

sebagainya.

2.4 PERINGKAT AKTIVITI

Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui

tindakan setelah merencanakan segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu

melalui persoalan-persoalan seperti “Bagaiman harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan

tersebut?”.

Page 6: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 6

2.5 PERINGKAT KAJIAN SEMULA

Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses

penamabahbaikan selain melihat pencapaian objektif sesuatu kerja yang diberi. Pada peringkat

ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadanagan atau idea yang bernas bagi menggalakkan

perkara yang tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digalakkan dan juga digesa

member pendapat juga komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

3.0 CIRI-CIRI KREATIVITI

Sebagai seorang guru, adalah penting kita mengetahui ciri-ciri dan sifat-sifat kreativiti.

Ciri-ciri kreativiti boleh dilihat dari segi keperibadian serta sifat-sifat kelaziman. Bagi

memudahkan guru-guru mengenal pasti ciri-ciri kreativiti, berikut merupakan ciri-ciri individu

kreatif.

RAJAH : CIRI-CIRI KREATIVITI

Bersifat Fleksibel

Sensitif & Peka

Gagasan/Idea yang Asli dan

Tulen

Bersifat Terbuka

Logik

Berfikiran Bebas

Page 7: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 7

3.1 BERSIFAT FLEKSIBEL

Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dalam pelbagai keadaan dan situasi

selain mempunyai keyakinan yang optimis.

3.2 SENSITIF DAN PEKA

Individu yang mempunyai daya sensitivity yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya

termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitive menggunakan deria. Selain itu

kepekaan terhadap alam sekitar serta mempunyai deria dalaman yang sangat sensitive terhadap

persepsi estetik.

3.3 GAGASAN/IDEA YANG ASLI DAN TULEN

Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan

yang asli. Ini bermakna cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea

mereka unik dan menarik, malah tidak streotaip dan juga tidak konvensional. Mereka ini

biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka

hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

3.4 BERSIFAT TERBUKA

Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain

mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.

3.5 LOGIK

Murid-murid peka dan sering berfikir secara kreatif dan rasional. Mereka juga tahu

membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat

menghormati masa

3.6 BERFIKIRAN BEBAS

Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-satu

perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang

dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan

bijak membuat keputusan.

Page 8: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 8

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kelas : 3 Anggun

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti : Membuat Topeng Haiwan

Tajuk : Topeng Haiwan

Masa : 8.30 hingga 9.30 pagi

Bilangan Murid : 32 / 32

Kemahiran Fokus : Menghasilkan Sebuah Topeng Yang Menarik

Objektif Modul : Guru dapat mengajar murid cara-cara untuk menghasilkan topeng

Haiwan yang menarik.

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

Pada akhir pelajaran murid dapat :-

1) Menyatakan ciri-ciri fizikal sesuatu haiwan.

2) Mengecam pelbagai jenis haiwan mengikut rupa bentuk tertentu.

3) Menghias rupa bentuk haiwan yang telah dihasilkan dengan kreatif.

ABM : Gunting, kertas lakaran, Topeng, gam, getah bulat, bahan buangan.

Yang dijual di kedai, Buku Sumber Pendidikan Seni Tahun 4, Huraian

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni dan Maklumat Internet.

Prosedur :

1) Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, dan

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.

2) Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pemebelajaran.

3) Guru memulakan aktiviti dengan set induksi mendengar lagu haiwan dan murid

menamakan haiwan yang terdapat dalam lagu.

4) Guru menunjukkan topeng-topeng haiwan yang dibeli di kedai dan juga topeng hasil

kerja tangan sendiri sambil bersoal jawab.

5) Guru menunjukkan cara dan membimbing murid dalam proses membuat topeng dari

bahan buangan.

Page 9: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 9

6) Apreasiasi hasil kerja

KBKK : Mereka cipta, mensintesis, menjana idea, menghubungkaitan

Penerapan Nilai : Ketekunan, kesabaran, dan ketelitian

BUTIRAN KEGIATAN HASIL PEMBELAJARAN STRATEGI

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Set Induksi : ( 5 Minit )

Guru memperdengarkan lagu

haiwan dan slaid gambar

haiwan.

Guru mengendalikan sesi soal

jawab.

- Namakan haiwan yang

terdapat dalam lirik lagu.

- Apakah ciri-ciri rupa

bentuk haiwan tersebut?

Langkah 1 ( 5 minit )

Meneroka pelbagai bahan atau

teknik yang digunakan untuk

membuat topeng.

Langkah 2 ( 20 minit )

Guru menunjukkan cara

membuat topeng haiwan.

Aras 1

Murid mengetahui ciri-ciri rupa

bentuk haiwan.

Murid menamakan haiwan yang

terdapat dalam lirik lagu.

Murid menyatakan ciri-ciri rupa

bentuk haiwan.

Aras 3

Murid memlih bahan atau teknik

yang sesuai digunakan untuk

membuat topeng.

Murid memberikan pandangan

mereka tentang topeng yang

dilihat dari segi bahan.

Murid melihat cara-cara

membuat topeng.

Murid memilih lakaran

Teori Kecerdasan Pelbagai

- Visual

- Verbal

Teori Kecerdasan Pelbagai

- Verbal

- KBKK ( Kreatif )

Teori Kecerdasan Pelbagai

- Verbal

KBKK ( Kreatif)

Penerokaan

Teori Kecerdasan Pelbagai

- Verbal

Kefahaman

Menjana Idea

Page 10: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 10

Langkah 3 ( 25 Minit )

Guru membimbing murid

menghasilkan topeng haiwan.

- Membuat lakaran topeng

haiwan.

- Menggunting lakaran

topeng haiwan.

- Mewarna topeng dan

menghiasmenggunakan

bahan buangan.

- Menebuk bahagian mata

pada topeng.

- Mengikat topeng

menggunakan getah

bulat.

Sesi Apreasiasi dan Refleksi

( 10 minit )

Sesi Apreasiasi

Mempamerkan Hasil Kerja

Membuat Refleksi Bagaimana

penghasilan topeng haiwan

dilakukan.

topeng yang diminati.

Murid mengetahui bahawa

prinsip warna, bentuk dan

imbangan penting dalam

membuat topeng haiwan.

Murid membuat topeng haiwan

dengan

Mewarna

Menggunting

Menampal

Menebuk

Mengikat

Murid mempamerkan pelbagai

hasil kerja yang dibuat.

Murid dapat menilai keupayaan

diri sendiri.

Membanding beza

Menilai

Menjana idea

KBKK (kreatif )

Mereka cipta inovatif

KBKK ( Kreatif )

KBKK – kritis

Membanding beza

Menganalisis

Page 11: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 11

5.0 PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER DAN KAITAN DENGAN

PENGAJARAN

5.1 PERINGKAT RANGSANGAN

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian di atas, sesi induksi cuba untuk menerapkan

peringkat rangsangan. Dimana pemikiran kreatif telah dirangsang melalui lagu yang telah

diperdengarkan. Sewaktu murid mendengar lagu tersebut, secara tidak langsung pemikiran murid

telah terangsang dengan perasaan ingin tahu. Melalui peringkat ini guru boleh membuat sesi soal

jawab dengan murid berpandukan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu aras PENGETAHUAN

seperti contoh :-

1. Namakan haiwan yang terdapat di dalam lagu tersebut ?

2. Pernahkah kamu melihat haiwan-haiwan tersebut dan nyatakan ciri-ciri rupa

bentuknya ?

Strategi yang digunakan dalam set induksi ini ialah strategi penyoalan. Manakala kaedah

yang digunakan pula ialah kaedah secara kelas.

5.2 PERINGKAT PENEROKAAN

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan, Dalam langkah 1 cuba untuk

menerapkan peringkat penerokaan. Sewaktu murid- murid melihat contoh-contoh topeng yang

dibuat daripada pelbagai bahan dan teknik murid juga perlu menjawab soalan-soalan yang

dikemukakan.. Murid juga diberi peluang untuk memakai topeng-topeng tersebut. Melalui

peringkat ini, murid perlu membuat penerokaan mengenai bahan dan teknik topeng yang dilihat

dan digunakan. Guru membuat satu perbincangan dan sesi soal jawab dengan murid

berpandukan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu aras ANALISIS seperti contoh :-

1. Nyatakan perbezaan topeng-topeng tersebut ?

2. Nyatakan bahan yang digunakan untuk membuat topeng-topeng tersebut ?

3. Nyatakan teknik yang digunakan untuk membuat topeng tersebut ?

Strategi yang digunakan dalam langkah 1 ialah strategi penyoalan . Manakala kaedah

yang digunakan secara kelas dan individu.

Page 12: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 12

5.3 PERINGKAT PERANCANGAN

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan, guru cuba menerapkan

peringkat perancangan di mana secara pemerhatian murid dapat melihat guru menunjukkan cara

membuat topeng. Secara tidak langsung murid akan membuat perancangan untuk melakukan

kerja tersebut melalui pemerhatian. Murid juga diberi peluang untuk memilih sendiri bahan atau

teknik yang hendak digunakan untuk membuat topeng. Guru boleh membuat sesi soal jawab

dengan murid berpandukan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu aras KEFAHAMAN seperti

contoh :-

1. Nyatakan langkah-langkah untuk menghasilkan topeng ?

2. Terangkah bagaimanakah untuk membuat topeng ini?

5.4 PERINGKAT AKTIVITI

Berdasarkan Rancangan Pengajaran yang disediakan, Dalam langkah 3, cuba menerapkan

peringkat aktiviti di mana murid perlu menghasilkan topeng secara individu menggunakan

kreativiti sendiri. Murid juga boleh menjana idea berdasarkan contoh topeng yang dilihat Murid

juga menggunakan kaedah cuba jaya untuk menghasilkan topeng tersebut. Semasa menghasilkan

topeng tersebut guru boleh mengemukakan soalan kepada murid berpandukan aras soalan

Taksonomi Bloom iaitu aras SINTESIS seperti contoh:-

1. Bina sebuah topeng secara individu ?

2. Bagaimanakah untuk menghasilkan topeng yang lebih menarik ?

5.5 PERINGKAT KAJIAN SEMULA

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan, sesi apreasiasi cuba untuk

menerapkan peringkat kajian semula. Melalui sesi apreasiasi ini, ini murid-murid diberi peluang

memberi pendapat mengenai hasil kerja sendiri dan juga rakan-rakan. Di samping menilai hasil

kerja sendiri dan rakan, murid juga perlu memberi idea untuk membuat penambaikan hasil kerja

tersebut. Sebagai refleksi murid diminta menceritakan semula bagaimana penghasilan topeng

tersebut. Berdasarkan aras soalan Taksonomi Bloom iaitu aras PENILAIAN seperti contoh :-

Page 13: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 13

1. Apakah pandangan anda tentang hasil kerja tersebut ?

2. Berikan cara untuk menjadikan topeng ini lebih menarik ?

6.0 ANALISIS 5 PERINGKAT KREATIVITI FISHER DENGAN PERKEMBANGAN

DIRI KANAK-KANAK DARI ASPEK SOSIAL, FIZIKAL DAN EMOSI.

6.1 PERINGKAT RANGSANGAN

Peringkat rangsangan ini juga dapat membantu murid berinteraksi secara aktif bagi

menjelaskan perasaan ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu yang ingin diketahui berdasarkan

bahan rangsangan yang diberi. Guru merangsang minda pelajar melalui gambar, lirik lagu dan

soalan-soalan yang dikemukakan.

Melalui hasil analisa yang dibuat ke atas pelajar tahun 4 dalam pengajaran dan

pembelajaran seni jelas membuktikan bahawa pelajar-pelajar perlu dirangsang melalui

pemerhatian dan menganalisa setiap lirik lagu tersebut. Dengan ini secara tidak langsung murid

mempunyai daya ingin tahu yang tinggi melalui sesi soal jawab. Mereka bukan sahaja berani

bahkan lebih sensitif dan peka kepada soalan-soalan yang diajukan. Melalui teori ini juga

perkembangan kreativiti dan ciri-ciri positif individu setiap kanak-kanak dapat dilihat secara

perlahan-lahan.

Rajah : Peralatan semasa Set Induksi

Page 14: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 14

6.2 PERINGKAT PENEROKAAN

Melalui hasil analisa yang dibuat terhadap pelajar jelas membuktikan bahawa pelajar-

pelajar perlu membuat penerokaan melalui pemerhatian. Mereka menggunakan deria yang

dimiliki untuk mempelajari pendidikan seni visual. Secara tidak langsung pengalaman mereka

seperti pernah melawat ke zoo dapat digunakan untuk menghasilkan topeng yang lebih menarik

dan juga mudah berinteraksi dan menjawab soalan dengan lebih tepat dan jelas.

Mereka dapat menganalisa setiap topeng tersebut berdasarkan bahan yang digunakan.

Secara tidak langsung mereka dapat membezakan dan meneroka bahan yang diperlukan untuk

menghasilkan topeng menggunakan pengalaman mereka sendiri. Melalui teori ini juga

perkembangan kreativiti dan ciri-ciri positif individu setiap kanak-kanak dapat dilihat secara

perlahan-lahan. Mereka juga berani mengeluarkan pendapat mengenai bahan topeng tersebut

dan sentiasa peka dengan soalan-soalan yang diberikan.

Rajah : Topeng daripada pelbagai bahan

6.3 PERINGKAT PERANCANGAN

Guru harus peka akan pengalaman sedia ada murid dan merancang aktiviti yang boleh

menggalakkan pengalaman pembelajaran mereka. Bagi mengoptimumkan perkembangan secara

berterusan guru perlu membuat perancangan untuk menjalankan aktiviti membuat topeng

mengikut langkah-langkah yang tersusun agar senang difahami murid. Murid juga diberi pilihan

untuk memilih sendiri tugasan yang hendak dibuat.

Perancangan yang baik melalui kaedah tunjuk cara yang diberi oleh guru dapat memberi

kefahaman yang baik dari segi perkembangan emosi kanak-kanak. Melalui teori ini kanak-kanak

Page 15: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 15

berkeyakinan untuk melakukan tugasan yang diberi. Kanak-kanak juga berani untuk memberi

idea dan menyiapkan tugasan dengan baik dan kreatif.

6.4 PERINGKAT AKTIVITI

Melalui aktiviti menghasilkan topeng, dapat meningkatkan dan membuka ruang ke arah

pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Secara tidak langsung, jelas membuktikan bahawa

pelajar-pelajar yang diberi peluang membuat sesuatu yang diminati akan lebih tertarik dana

berlumba-lumba untuk menghasilkan sesuatu yang baik.Sememangnya menjadi sifat semulajadi

kanak-kanak yang suka mencuba dan menghasilkan sesuatu yang diminati.. Perasaan ingin

mencuba ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran bagi kanak-kanak.

Melalui teori ini juga perkembangan kreativiti individu setiap kanak-kanak dapat dilihat

hasil daripada kerja seni yang dilakukan. Tugasan yang dihasilkan oleh kanak-kanak merupakan

sebahagian daripada usaha meningkatkan keyakinan diri murid dan meningkatkan motivasi

kanak-kanak.

6.5 PERINGKAT KAJIAN SEMULA

Sesi Apreasiasi seni dan refleksi jelas membuktikan bahawa pelajar-pelajar juga

mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan idea dan mengkritik sesuatu dengan ikhlas dan jujur.

Dengan ini secara tidak langsung pelajar dapat melahirkan pendapat dan cuba untuk

memperbaiki setiap kelemahan. Melalui teori ini pelajar bukan sahaja berani bahkan lebih kreatif

untuk memberi idea-idea yang baru dan teliti untuk menyiapkan sesuatu hasil.

Rajah : Murid mempamerkan hasil kerja.

Page 16: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 16

7.0 KAITAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DENGAN PERKEMBANGAN KREATIVITI

SEPERTI KEASLIAN, KELANCARAN, KEANJALAN DAN KEPEKAAN.

7.1 PERINGKAT RANGSANGAN

Guru merangsang pelajar dengan memperdengarkan lagu haiwan dan mengadakan sesi

soaljawab dua hala. Melalui analisa yang dibuat seramai 30 orang murid boleh menjawab soalan

tersebut dan 2 orang murid masih malu untuk mencuba menjawab. Mengikut teori Fisher

peringkat rangsangan ini, murid-murid akan menjawab lebih lancar dan teliti.

7.2 PERINGKAT PENEROKAAN

Guru menggunakan topeng yang terdiri daripada pelbagai bahan untuk proses penerokaan

minda pelajar. Di samping itu, sesi soal jawab dua hala turut dijalankan. Melalui analisa yang

dibuat seramai 28 orang murid boleh menjawab soalan dan memberi pendapat. Manakala 4 orang

murid masih tidak berani untuk mencuba menjawab. Mengikut teori Fisher peringkat penerokaan

ini, murid-murid boleh menjawab dengan lancar dan tepat hasil daripada pemerhatian dan

penerokaan yang telah dilakukan pada topeng tersebut.

7.3 PERINGKAT PERANCANGAN

Perancangan untuk menghasilkan topeng disusun dengan baik oleh guru. Melalui analisa

yang dibuat 32 orang murid dapat Menyusun langkah-langkah kerja dengan baik. Melalui teori

ini pelajar mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukan. Pelajar yang kreatif

mampu mencari idea baru dan asli untuk menghasilkan sesuatu kerja.

7.4 PERINGKAT AKTIVITI

Guru membimbing murid menghasilkan topeng dan murid boleh menggunakan idea

sendiri untuk menjadikan topeng lebih menarik. Melalui teori ini di pelajar dapat mempamerkan

semangat bersungguh-sungguh untuk menyiapkan topeng tersebut. Murid menggunakan deria

pancainderanya seperti melihat, merasa, mendengar, dan sentuhan untuk menghasilkan kerja

yang lebih baik dan kreatif.

Page 17: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 17

7.5 PERINGKAT KAJIAN SEMULA

Guru memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan kerja masing-masing dan

memberi pendapat mengenai hasil kerja tersebut. Melalui analisa yang dibuat 30 orang murid

berani untuk memberi idea dan komen pada hasil rakan. Mengikut teori Fishjer peringkat kajian

semula pelajar-pelajarberfikiran terbuka dan boleh menerima pendapat orang lain. Mereka juga

boleh memberi cadangan dan pendapat yang bernas untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

8.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, teori Fisher ini membantu perkembangan dan pembelajaran kanak-

kanak secara individu atau pun kumpulan. Ia bukan sahaja merangsang pemikiran kanak-kanak

malah membantu kanak-kanak meneroka ke arah yang lebih positif dan kreatif. Teori ini juga

mampu mencorakkan situasi pembelajarn yang lebih ceria dan berkesan. Pelajar-pelajar juga

bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental. Ia juga mampu melahirkan pelajar

yang lebih berani dan berkeyakinan di samping bebas melakukan eksplorasi dan percubaan bagi

menghasilkan sesuatu kerja yang baik dan bermutu. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif

perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Guru merupakan golongan yang paling penting untuk

melahirkan kanak-kanak yang mempunyai individu yang kreatif. Melalui teori ini guru perlu

murid-murid perlu diberi ruang dan peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah serta

belajar mengikut kadar kemampuan sendiri melalui kaitan yang relevan dengan pengalaman

sedia ada. Aktiviti yang dirancang perlu bersifat mencabar, menarik serta diperkukuhkan dengan

bahan sokongan yang sesuai. Bertitik tolak atas rasional ini, berdasarkan teori Fisher kanak-

kanak perlu diberi peluang yang sama rata untuk memperkembangkan potensi diri melalui

penglibatan aktif dalam aktiviti yang dirancang.

Page 18: HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/... · sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, ... yang telah dihasilkan dengan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

ASLINA MOHAMED YAHAYA (720823145098) Page 18

RUJUKAN

Kathleen Chee (2012). Pendidikan Seni Visual. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd: Bangi, Selangor.

Prof Dr Hj Abdul Shukor Hashim dan rakan (2011). HBAE1203 Perkembangan seni Kanak-

Kanak. Meteor Doc. Sdn. Bhd.: Seri Kembangan, Selangor.

Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail (2010). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Meteor Doc.

Sdn. Bhd: Seri Kembangan, Selangor.

http://akses.skseriampang.net/HSP/11_Pendidikan_Seni/hsp_pseni_y3.pdf

http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-kreativiti-dalam-kehidupan-

sosial-masyarakat/