45
Meningkatkan Tahap Kefahaman Murid Tahun 5 Jaya Terhadap Soalan Sains Bahagian B Kemahiran pembolehubah bergerak balas Dengan Menggunakan Kaedah Ujian oleh Paragas A/L Krishnan Open University Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan tahap kefahaman murid –murid terhadap soalan sains bahagian B kemahiran pemboleh ubah bergerak balas. Seramai 3 orang murid tahun 5 Jaya Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian ini adalah untuk menilai samada penggunaan kaedah ujian memberi kesan yang positif terhadap kefahaman murid pada soalan sains bahagian B. Pengkaji akan menggunakan kaedah ujian bagi mengetahui lebih dalam tentang kegagalan murid untuk mencari jawapan bagi soalan sains bahagian B. Murid Tahun 5 jaya dalam kelas saya terdiri daripada murid yang sederhana dan murid yang lemah pencapaiannya. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab soalan yang diberi semasa proses pengajaran di dalam kelas memangdapat dikenal pasti mereka menghadapi masalah menjawab soalan Sains bahagian B pembolehubah bergerak balas. Berdasarkan latihan yang diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDDIDIKAN 1

Hbef 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan....2013

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ookokok

Citation preview

Meningkatkan Tahap Kefahaman Murid Tahun 5 Jaya Terhadap Soalan Sains Bahagian B Kemahiran pembolehubah bergerak balas Dengan

Menggunakan Kaedah Ujianoleh

Paragas A/L Krishnan

Open University Malaysia

[email protected]

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan tahap kefahaman murid murid terhadap soalan sains bahagian B kemahiran pemboleh ubah bergerak balas. Seramai 3 orang murid tahun 5 Jaya Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian ini adalah untuk menilai samada penggunaan kaedah ujian memberi kesan yang positif terhadap kefahaman murid pada soalan sains bahagian B. Pengkaji akan menggunakan kaedah ujian bagi mengetahui lebih dalam tentang kegagalan murid untuk mencari jawapan bagi soalan sains bahagian B. Murid Tahun 5 jaya dalam kelas saya terdiri daripada murid yang sederhana dan murid yang lemah pencapaiannya. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab soalan yang diberi semasa proses pengajaran di dalam kelas memangdapat dikenal pasti mereka menghadapi masalah menjawab soalan Sains bahagian B pembolehubah bergerak balas. Berdasarkan latihan yang diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab soalan pada bahagian B yang menguji kemahiran proses sains (KPS).Terdapat juga segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian B, mereka hanya menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun penerangan tentang soalan telah diberikan. Selain daripada itu, melalui soaljawab saya dengan murid, saya mendapati ada di antara mereka tidak memahami ke hendak soalan, tidak memahami istilah sains, dan perkataan Sains dalam Bahasa Inggeris serta tidak memahami sebahagian tajuk yang telah diajar.Kegagalan murid mendapat markah pada bahagian B semasa peperiksaan amat merugikan. Jika murid-murid yang lemah dibimbing dan didedahkan dengan teknik menjawab soalan bahagian B dengan betul, saya merasakan masalah ini akan dapat diatasi. Masalah segelintir murid yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar juga mempengaruhi masalah kesukaran untuk menjawab soalan latihan, ujian dan peperiksaan yang mereka hadapi

Isi KandunganBab 1

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Kerangka Kon sep

1.5 Objektif Kajian

1.6 Persoalan Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Batasan Kajian/ Limitasi Kajian

1.9 Definisi Operasional

1.10 Rumusan

Bab 2

2.1 Pengenalan

2.2 Literatur Berkaitan/ Teori Berkaitan

2.3 Kajian-kajian lepas yang berkaitan

2.4 Rumusan

Bab 3

3.1 Pengenalan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.3 Populasi & Sampel Kajian

3.4 Instrumen Kajian

3.5 Teknik Pengutipan Data

3.6 Kaedah Analisis Data

3.7 RumusanBab 11.11 Pengenalan

Menurut daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi semasa ekperimen dijalankan.

Setiap pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang mereka kaji. Mereka bertanding untuk memberikan penjelasan yang lebih baik. Boleh jadi sesuatu penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pakar sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik.

Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar sains juga merupakan manusia, yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu mempastikan bahawa idea yang digunakannya adalah betul. Peer review dan mengulangi eksperimen beberapa kali merupakan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat.Dengan adanya pembolehubah maka proses mendapat maklumat yang tepat bagi sesuatu eksperimen.

Kemahiran sains meliputi pengetahuan dan pengamalan dalam kehidupan harian. Ini termasuk penggunaannya dalam membantu seseorang membuat keputusan. Kepada seseorang pelajar, kemahiran berfikir dalam sains dipanggil Kemahiran Kognilif Sainlifik.Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi.

Matapelajaran sains merupakan salah satu mata pelajaran teras antara 7 matapelajaran penting sekolah rendah yang diuji pada ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Kertas ujian sains sekolah rendah merangkumi 2 bahagian iaitu soalan bahagian( A) 30 soalan aneka pilihan mengandungi 4 pilihan jawapan A,B,C,D (30 markah) dan 4 atau 5 soalan pada soalan bahagian B. Setiap soalan bahagian B mempunyai item 2 atau 3 pemboleh ubah iaitu (pemboleh ubah dimanipulasikan), (pemboleh ubah bergerak balas), (pemboleh ubah dimalarkan) serta soalan hipotesis, soalan ramalkan dan sebagainya. Bahagian A - 30 soalan objektif Aneka pilihan Aneka gabungan 30 markah Soalan berdasarkan pengetahuan dan kefahaman Sains Tahun 4, 5 dan 6 dari semua tema.

Pembolehubah ialah perkara-perkara yang perlu ada dalam sesuatu eksperimen dan dapat mempengaruhi hasil atau keputusan eksperimen. Pembolehubah Manipulasi Pembolehubah Bergerakbalas Yang Dimalarkan Bagaimana mengenal pembolehubah Pembolehubah - perkara berbeza / berlainan / tidak sama sebelum Manipulasi eksperimen dijalankan Pembolehubah - perkara yang berbeza / berlainan / tidak sama selepas Bergerakbalas eksperimen dijalankan - merupakan hasil / keputusan eksperimen Pembolehubah - Perakar yang sama / tidak berubah / tetap sepanjang Malar eksperimen dijalankan

Dimanipulasi - Perkara yang diubah / berbeza / tidak sama Bergerakbalas - Hasil eksperimen yang dicatat Dimalarkan - Perkara yang ditetapkan / tidak berubah / sama. Isi padu akhir air (ml) Bilangan ketulan ais yang dimasukkan Isi padu awal air (ml) bergerakbalas.

Menurut daripada Wikipedia, ensiklopedia Pemboleh ubah merupakan kuantiti fizik yang perlu diambil kira untuk menjelaskan sesuatu pemerhatian. Contoh termasuklah ketinggian kanak-kanak, suhu sesebuah tempat, atau kemasukan fungsi matematik. Konsep pembolehubah ialah digunakan dalam semua jangkawan matematik, sains dan kejuruteraan. Dalam uji kaji saintifik, terdapat beberapa jenis pemboleh ubah:Pemboleh ubah dimanipulasikan Kuantiti fizik yang nilai-nilainya ditetapkan sebelum melakukan eksperimen atau kajian. Pembolehubah yang dimanipulasi atau pemboleh ubah tidak bersandar- pembolehubah yangsengaja diubah secara sistematik untuk menghasilkan perubahan kepadapemboleh ubah lain.Pemboleh ubah bergerak balas Kuantiti fizik yang bergantung kepada pemboleh ubah dimanipulasikan dan diperolehi melalui pengukuran dalam eksperimen. Pembolehubah bergerak balas atau pembolehubah bersandar pembolehubah yangberubah akibat daripada perubahan pada pembolehubah lain. Pemboleh ubah inidiperhatikan sepanjang eksperimen.Pemboleh ubah dimalarkan Kuantiti fizik yang lain dan perlu ditetapkan atau dimalarkan dahulu sebelum menyiasat hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas. Pemboleh ubah malar atau pembolehubah tetap - pembolehubah yang dikekalkan tanpasebarang perubahan sepanjang eksperimen. Pembolehubah ini boleh mempengaruhi pembolehubah bergerak balas tetapi ditetapkan nilai atau keadaannya supaya kesannyake atas semua percubaan ujian adalah sama dan boleh diabaikan. Oleh itu ahli sains hanyamengkaji hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas.1.2 Latar belakang kajian

Soalan bahagian B yang boleh dikatakan, sangat popular murid gagal menjawab adalah soalan pemboleh ubah bergerak balas. Murid-murid tidak dapat menulis jawapan dengan tepat bagi soalan bahagian B pemboleh ubah bergerak balas disebabkan kurang peka untuk mencari jawapan bagi soalan terhadap pemboleh ubah bergerak balas. Masalah ini berlaku disebabkan dalam soalan sains bahagian B terdapat 3 pemboleh iaitu (pemboleh ubah dimanipulasikan), (pemboleh ubah bergerak balas), (pemboleh ubah dimalarkan) ini yang membuatkan murid keliru dengan jawapan yang perlu dipadankan dengan setiap pemboleh ubah. Jawapan bagi soalan pemboleh harus dipilih dengan hati-hati. Ini disebabkan apabila kekeliruan berlaku semasa pemilihan jawapan ia akan mengakibatkan semua jawapan pemboleh ubah termasuk pemboleh ubah bergerak balas turut salah.

Masalah yang dihadapi oleh murid bukan sahaja menjejaskan markah malah ia akan mengelirukan murid menjawab soalan sains masa kelak.Teknik menjawab soalan harus dipupuk kalangan murid supaya dapat menjawab soalan sains dengan tepat dan betul.Tujuan utama harus kaji dan mencari jalan penjelasan ialah bagi meningkatkan prestasi markah serta kefahaman murid terhadap kebolehan menjawab soalan sains bahagian B. Keadaan semasa tahap murid menjawab soalan bahagian B harus ditingkatkan dengan cara yang betul. Pelbagai teknik boleh diaplikasikan bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap soalan sains bahagian B.Pemilihan istilah bagi menjawab soalan pembolehubah juga harus dipilih dengan berhati-hati.

1.3Pernyataan masalah

Berdasarkan temu bual yang dijalankan didapati murid-murid Tahun 5 Jaya tidak menguasai kemahiran untuk menjawab soalan bagi matapelajaran Sains ,Bahagian B , pemboleh ubah bergerak balas. Kelemahan ini disebabkan kurang latihan soalan Bahagian B daripada Guru Sains. Selain itu, kegagalan murid-murid menjawab soalan Bahagian B didapati kurangnya latihan pada soalan bahagian B pemboleh ubah bergerak balas. Berikut adalah beberapa masalah yang telah dikemukakan dalam kajian ini,yang diselesaikan oleh penyelidik.Masalah yang pertama ialah murid-murid tidak peka terhadap soalan bahagian B pemboleh ubah.Masalah kedua adalah murid-murid tidak dapat membezakan setiap pemboleh ubah.Masalah ketiga adalah murid-murid tidak dapat menulis jawapan yang betul pada setiap pemboleh ubah.Masalah keempat adalah murid-murid tidak ada pengetahuan tentang teknik mencari jawapan bagi setiap pemboleh ubah.Apabila murid-murid gagal menjawab soalan bahagian B pemboleh ubah ia menjejaskan markah sebanyak sekurang kurangnya 2 markah bagi setiap soalan,bayangkan terdapat 5 soalan ia akan menjejaskan lebih kurang 8 markah. Setiap soalan sains bahagian B mengandungi soalan pemboleh ubah dan membawa markah yang tinggi bagi lulus Bahagian B. Oleh yang demikian, untuk mengatasi semua masalah tersebut, penyelidik ingin mencuba dan menggunakan kaedah ujian.Markah soalan sains bahagian B menyumbang sebahagian besar kemungkinan untuk lulus kertas tersebut.

Murid-murid 5 Jaya juga kurang peka terhadap teknik untuk mencari jawapan bagi setiap pemboleh ubah.Mereka juga cepat letih, serta kurang minat serta cepat lupa apa yang guru mengajar.Matapelajaran sains merupakan matapelajaran yang menggunakan pengetahuan sedia ada dan harus belajar perkara baru bagi meningkatkan kemahiran untuk menjawab soalan sains.

Selain itu, penggubalan system pendidikan khususnya pelaksanaan PPSMI turut memberi impak yang negatif terhadap pencapaian prestasi murid. Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI:

menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Laporan eksekutif kajian ini diedarkan buat pertama kali kepada umum di Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.

1.4 Kerangka Konsep

Kerangka konsep menunjukkan bahawa murid mengalami pelbagai masalah bagi menjawab soalan sains dan latih tubi ujian dijadikan kaedah untuk penyelesaian dan melihat kesan yang akan dihasilkan pada pencapaina murid dalam menjawab soalan sains pembolehubah bergerak balas.1.5Objektif Kajian

i. Objektif umum

Tujuan kajian ini adalah, untuk meningkatkan tahap kefahaman murid tahun 6 Jaya terhadap soalan sains bahagian B Kemahiran pemboleh ubah bergerak balas dengan menggunakan kaedah ujian.

ii. Objektif khusus

Mengurangkan kesalahan yang dilakukan terhadap soalan bahagian B pemboleh ubah bergerak balas.

Meningkatkan kefahaman terhadap soalan Sains Bahagian B pemboleh ubah bergerak balas.

Mengenalpasti keberkesanan kaedah ujian dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap soalan Bahagian B pemboleh ubah bergerak balas.Kumpulan Sasaran.Kumpulan sasaran yang terlibat ialah murid-murid tahun 5Jaya yang terdiri 3 orang pelajar daripada 24 orang pelajar. Dapatan selepas ujian diagnostic Mac, Pertengahan Tahun yang dijalankan, didapati 3 orang murid menjadi pilihan untuk kajian tindakan ini. Murid-murid ini kurang kesefahaman terhadap tahun 6 Jaya terhadap soalan Bahagian B pemboleh ubah bergerak balas.Pemilihan berdasarkan temu bual , ujian serta peperiksaan yang dijalankan sebelum pemilihan murid untuk kajian. Mereka yang terpilih ini berdasarkan keputusan ujian peperiksaan dan temu bual yang dijalankan.

1.6 Persoalan Kajian

Saya telah menganalisis pencapaian murid melalui ujian diogonastik,ujian bulanan mac dan peperiksaan opertengahan tahun mendapati banyak kelemahan pada jawapan murid,maka saya mengfokuskan kepada kaedah latih tubi ujian untuk meningkatkan kefahaman kerana:

1.Soalan sains bahagian B wajib dijawab oleh semua murid.

2.Soalan sains bahagian B menyumbang kepada 20 markah daripada markah keseluruhan mata pelajaran sains.

3.Meningkatkan kemahiran murid mengnalpasti pembolehubah bergerakbalas serta dapat menulis jawapan dengan tepat dengan baik.

1.7 Kepentingan kajian

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman dan prestasi murid tahun 5 Jaya (3 orang) terhadap soalan Sains Bahagian B pemboleh ubah bergerak balas.

1.8 Batasan kajian

Dapatan kajian ini hanya boleh diguna pakai dan boleh dirujuk sahaja dan tidak boleh digunakan sekolah lain atau murid lain disebabkan ia diuji terhadap murid 5 Jaya yang mempunyai latar keluarga serta sosial ekonomi yang berbeza.Kajian ini juga boleh dijadikan rujukan bagi murid yang lemah dalam menjawab soalan sains bahagian B.Tidak dapat dirujuk untuk sekolah atau daerah serta negeri lain.1.9 Definisi Operasional

Dalam kajian ini, markah hasil daripada ujian yang dilaksanakan murid dikira seperti:Markah

ujian1-45-78-1213-1617-20

bil%bil%bil%bil%bil%

Ini disebabkan markah bagi soalah sains bahagian B adalah 20 daripada jumlah keseluruhan.Dalam kajian ini guru memberi penjelasan tentang isi pelajaran serta menjadi pemudahcara. Murid murid akan menjalankan latih tubi ujian bagi meningkatkan kefahaman terhadap soalan sains bahagian B Pembolehubah bergerak balas.

1.10 Rumusan

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kefahaman meurid tahun 5 jaya terhadap soalan sains bahagian B pembolehubah bergerak balas.Ini disebabkan banyak kekangan yang dihadapi oleh murid untuk menjawab soalan sains tersebut.Bukan sekadar gagal menjawab malah mereka dalam kekeliruan untuk memilih jawapan yang tepat bagi setiap pemboleh ubah khasnya pembolehubah bergerak balas.Bab II

2.1 Pengenalan

Kajian Trends in International Science Study (TIMSS 2007)Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Science Study (TIMSS 2007) dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007.

Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam sains merosot dengan ketara.. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding enam peratus pada 2003.

Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain.

Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima peratus).

Dalam kategori 'High Benchmark 550' Matematik, hanya 18 peratus pelajar Malaysia tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70 peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus), Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20 peratus). Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian sains juga merosot secara mendadak.

Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian matematik dan sains ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar belajar matematik dan sains dalam bahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau bahasa kedua/asing.

Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.

Kajian Prof Dr Nor Hashimah JalaludinSatu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan 75% pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan. Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula mendapati 96% guru setuju pelajar semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43 orang guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun pada tahun kajian dibuat.

Kajian UPSIPihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian mengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008, berasaskan tiga kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap murid-murid Tahun Lima, iaitu pada bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz 1564 orang) dari 27 buah sekolah rendah; Julai 2007 (636 orang) dari 13 buah sekolah; dan Januari 2008 (1703 orang) dari 28 buah sekolah. Menurut abstrak kajian tersebut;Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka tidak faham/kurang faham pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka sukar/agak sukar mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca arahan dalam Bahasa Inggeris dan menyelesaikan masalah. Bagi kohort Januari 2008 skor min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0; dan skor min Sains hanya 4.08 daripada maksimum 14.00. Skor min Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada skor maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang Asli, berbanding murid Cina dan India. Dapatan dari kajian-kajian ini menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai, bahkan negatif: ia menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris pelajar.

Kajian ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana kajiannya yang tidak kurang kepincangannya. Antara kelemahan utama yang ditekankan adalah: kelemahan guru berbahasa Inggeris dikaitkan dengan kegagalan dasar padahal ini masih boleh dibaiki; kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid; ketiadaan kelompok kawalan sebagai alat perbandingan statistik untuk mengukuhkan hujahnya, memandangkan semua sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris[16]; perbandingan hasil soalan berbahasa Inggeris dan soalan berbahasa Malaysia, yang mana hanya 37.3% menjawab soalan berbahasa Malaysia berkenaan dengan betul berbanding 39.6% yang menepati soalan berbahasa Inggeris itu, menjadikan hasil kajian ini seolah-olah tidak menyokong dengan sebaiknya saranan kajian ini agar memansuhkan dasar ini. Reaksi dari bidang pendidikanKesan negatifMenurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid; Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat mereka.

2.2 Literatur berkaitan /teori berkaitan

Bagi kajian ini,saya telah memilih kaedah ujian bagi menyelesaikan masalah murid yang gagal menjawab soalan sains bahagian B pemboleh ubah bergerak balas. Menurut Wikipedia Penilaian formatif merupakan prosedur julat penilaian rasmi dan tidak rasmi yang digunakan oleh para guru semasa proses pembelajaran bagi menyesuaikan aktiviti mengajar dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian murid.Ia biasanya membabitkan maklum balas kualitatif (bukannya markah) bagi kedua-dua pelajar dan guru yang menumpukan pada perincian kandungan dan prestasi.Ia biasanya bertentangan dengan penilaian sumatif, yang bertujuan untuk memantau hasil pendidikan, selalunya untuk tujuan tanggung jawab luaranUntuk mengukuhkan lagi hujah beberapa penyelidik memberi definisi mereka seperti;(Michael Scriven) mencipta istilah formatif (ujian) dan penilaian sumatif pada tahun 1967, dan menekankan mengenai perbezaan mereka dari segi matlamat maklumat yang mereka mencari dan bagaimana maklumat itu digunakan. Bagi Scriven, penilaian formatif (ujian)mengumpul maklumat untuk menilai keberkesanan kurikulum dan memberi panduan kepada sistem persekolahan mengenai pilihan kurikulum yang diterima pakai dan cara untuk meningkatkan keberkesanannya.

Selari dengan garis yang sama, (Cowie dan Bell) mentakrif penilaian formatif (ujian) sebagai "proses yang digunakan oleh guru dan pelajar untuk mengiktiraf dan memberi maklum balas kepada pembelajaran pelajar dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran itu, ketika pembelajaran". (Nicol dan Macfarlane-Dick), yang menekankan terhadap peranan pelajar bagi memainkan peranan dalam usaha menghasilkan penilaian formatif ujian menyatakan bahawa "Alat-alat penilaian formatif pembelajaran dengan menjana maklumat maklum balas yang memberi manfaat kepada pelajar dan kepada guru-guru. Maklum balas mengenai prestasi, di dalam kelas atau bagi tugasan, membolehkan pelajar untuk menyusun semula kefahaman / kemahiran mereka dan membina idea-idea dan keupayaan yang lebih kukuh.

Menurut Dr. Hj. Ghazali Bin Hj. Darusalam Ketua Unit Penyelidikan,

Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Maktab Perguruan Islam, Bangi. Kaedah ujian instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti melalui ujian.

Kebaikan Penilaian formatif (ujian )untuk Guru (Boston, 2002) Guru mampu untuk menentukan tahap piwaian apa yang diketahui pelajar dan pada tahap mana.

Guru boleh memutuskan perubahan kecil atau perubahan besar pada arahan yang mereka perlu lakukan agar semua pelajar boleh berjaya dalam pembelajaran yang akan datang dan dalam penilaian berikutnya.

Guru boleh mewujudkan pelajaran dan aktiviti yang sesuai untuk kumpulan pelajar atau pelajar individu.

Guru boleh memaklumkan kepada pelajar tentang kemajuan semasa mereka untuk membantu mereka menetapkan matlamat untuk penambahbaikan.

Pada tahun 2008, Katy Bainbridge mula berusaha bagi Jajarkan Penilaian Pencapaian, kaedah pengajaran penilaian formatif kepada pentadbir dan guru. Kelebihan Penilaian formatif untuk Pelajar

Pelajar lebih berminat untuk belajar.

Pelajar lebih bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri.

Pelajar boleh menjadi pengguna penilaian bersama para guru.

Pelajar mempelajari kemahiran sepanjang hayat yang berharga seperti tetapan penilaian kendiri, penilaian kendiri, dan pentafsiran kendiri.

Konsep Penilaian formatif di Malaysia menurut (Crooks,, T. (2001)Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu: Penilaian Formatif Penilaian Sumatif Penilaian Formatif (ujian)Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian SumatifPenilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.

Objektif Penilaian di Sekolah Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa Mengetahui keberkesanan pengajaran Merancang dan mengubah suai pengajaran Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta

Maklum balas merupakan fungsi utama bagi penilaian formatif. Ia biasanya membabitkan penumpuan pada kandungan terperinci mengenai apa yang dipelajari,dan bukannya sekadar markah ujian atau ukuran lain mengenai berapa jauh pencapaian pelajar berbanding piwaian yang diharapkan.(Nicol dan Macfarlane-Dick), mensistesis dari penulisan, menyenaraikan tujuh prinsip amalan maklum balas yang baik:

1. Ia menjelaskan apa itu prestasi yang baik (matlamat, kriteria, piwaian diharapkan);

2. Ia membantu perkembangan bagi penilaian diri dalam pembelajaran;

3. Ia memberikan maklumat berkuali tinggi kepada pelajar mengenai pembelajaran mereka;

4. Ia menggalakkan dialog antara guru dan rakan sejawat mengenai pembelajaran;

5. Ia menggalakkan kepercayaan motivasi positif dan harga diri;

6. Ia menyediakan peluang untuk merapatkan jurang antara prestasi semasa dan apa yang diingini;

7. Ia menyediakan maklumat kepada guru-guru yang boleh digunakan bagi membantu bentuk pengajaran.

(Benjamin Bloom) menggunakan istilah itu dalam tahun 1968 dalam buku Pembelajaran untuk Penguasaan untuk menimbangkan penilaian formatif sebagai alat untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran bagi pelajar. Dalam buku berikutnya pada tahun 1971 Buku panduan bagi Penialian Formatif san Surmatif, ditulis bersama (Thomas Hasting dan George Madaus), menunjukkan bagaimana penilaian formatif boleh dikaitkan dengan unit arahan dalam pelbagai bidang kandungan. Pendekatan inilah yang yang mencerminkan erti istilah yang diterima umum hari ini. Bagi kedua-dua (Scriven dan Bloom), sebarang penilaian, walau apapun kegunaan lainnya, hanya berbentuk formatif sekiranya ia digunakan untuk mengubah corak pendidikan yang berikutnya. Bagaimanapun, selepas itu, (Black dan Wiliam) mencadangkan takrifan ini terlalu mengongkong, oleh kerana penilaian ujian boleh digunakan sebagai bukti bahawa langkah yang diambil merupakan tindakan yang sesuai, tanpa memerlukan sebarang perubahan tambahan dilakukan.Amalan dalam kelas adalah formatif pada tahap bukti mengenai pencapaian murid didapatkan, ditafsir, dan digunakan oleh para guru, pengajar, atau rakan sejawat, untuk membuat keputusan mengenai langkah berikut dalam pengajaran yang cenderung lebih baik atau lebih berasas, berbanding keputusan yang mereka mungkin lakukan tanpa disertai sebarang bukti yang didapati.

2.3 kajian kajian lepas berkaitanKajian pendidikan moden dianggarkan bermula sekitar tahun 1897 apabila Joseph M. Rice menerbitkan dua artikel tentang pencapaian murid-murid melalui latih tubi ujian . Dalam artikel tersebut, Rice mendapati keberkesanan penggunaan kaedah latih tubi untuk mengajarkan sesuatu kemahiran.

Penggunaan kaedah statistik dalam kajian pendidikan bermula apabila para penyelidik pendidikan menghadapi masalah untuk menganalisis dan mentaksir data. Thorndike (1914) berpendapat Jika sesuatu benda wujud, ia wujud dalam jumlah tertentu. Jika ia wujud dalam jumlah tertentu, ia boleh diukur. Ini telah menggalakkan penyelidik mengunakan kaedah-kaedah kuantitatif bagi memperoleh data yang perlu bagi pelbagai aspek kajian pendidikan.Menurut Uma Sekaran (2000), masalah ialah sebarang situasi di mana wujud jurang antara keadaan sebenar dan keadaan ideal.

Penyelidikan tentang masalah pengajaran mata pelajaran Sains Kurikulum Bersepadu Rendah (KBSR) dari persepsi guru telah dimulakan beberapa tahun yang lalu oleh Fowzia (1991), Nik Aziz dan Ng See Ngean (1992), Bhawani (1992), Ab. Ghani (1993), Mohd Nor (1994), Sharifah dan Zaidatol (1994), Hamidah (1995) dan Zainun (1995). Kajian-kajian tersebut mendapati masalah pengajaran mata pelajaran KBSR dikategorikan dalam 5 aspek, iaitu :

latihan dan kemahiran

penggunaan bahan bantu mengajar

kaedah pengajaran

penerapan nilai

penilaian pencapaian pelajar

Pengajaran adalah aspek yang penting dalam pendidikan. Menurut Smith (1960) dan Cornell (1991) pengajaran adalah satu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar. Manakala Battle dan Shannon (1978) pula berpendapat pengajaran merupakan proses penyampaian idea yang membantu pelajar mengubah tingkah laku dengan cara sedar ke arah tujuan dan matlamat pendidikan.

Dalam konteks ini, jelas bahawa pengajaran seharusnya mempunyai aktiviti yang dilakukan oleh guru. Aktiviti yang dilakukan tersebut mempunyai kaitan dengan tujuan, matlamat, isi kandungan, indoktrinasi dan kaedah pengajaran (Robertson, 1988) yang menghasilkan pembelajaran (Gagne, 1995) dan perubahan kebolehan pelajar (Sharifah, 1984)

2.4 Rumusan

Beberapa penyelik telahn mengkaji masalah yang dihadapi oleh murid berkaitan dengan pendidikan terutamanya dalam bidang sains.Pemilihan kaedah latih tubi ujian dapat berkesan bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap soalan sains bahagian B.Menurut beberapa ahli pendidikan penilaian formatif telah membuktikan keberkesanan pengajaran guru selepas diuji melalui ujian.Saya berharap sangat pemilihan kaedah ujian bagi kajian ini dapat berkesan dan membuahkan hasil yang positif.Bab III

Metodologi

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankanpenyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah meilbatkanpembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah penganalisisan data.

Jadual pelaksanaan Kaedah latih tubi ujian

Latih tubi ujianFormat soalanTempoh pelaksanaan Masa PDP

14 soalan bahagian b1 jam setiap hari isnin-jumaat

(minggu 1)

25 soalah pelbagai bentuk bagi murid mengenalpasti cara mencari jawapan

(teknik menjawab dengan pantas) 45 minit setiap hari masa jadual waktu (minggu 2)

33 soalan aras sederhana dan 1 soalan sukar30 minit setiap hari isnin hingga jumaat (minggu 3-4)

41 set soalan sebenar ujian yang merangkumi tahap latihtubi 1 hingga latih tubi 345 minit sekali sahaja (minggu 5)

Kaedah temu bual dan ujian telah digunakan dalam kajian ini. Cara pengendalian yang digemari cara memungut data yang cepat, dapatan secara terus daripada responden dalam masa yang singkat dan keupayaan keputusan kajian dapat digeneralisasikan dengan tepat dan berkesan . kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Penyelidik mengumpul data secara kualitatif temu bual separa berstruktur. Pemgumpulan data melalui kaedah ujian dapat meninjau masalah-masalah terhadap soalan Sains Bahagian B pemboleh ubah bergerak balas .

3.2 Reka bentuk Kajian

Secara umumnya,sesuatu kajian harus mempunyai rekabentuk kajian kualitatif atau kuantitatif merupakan satu rancangan bagaimana kajian akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu seperti tentang sesuatu membayang dan mengambarkan bagaimana kajian yang dirancangkan itu akan dijalankan secara rinkas keputusan yang dibuat tentang kajian tersebut mesti memenuhi elemen yang ditentukan.Saya bercadang memilih rekabentuk kajian eksperimen dan membuat keputusan mengambil tempoh 4 minggu untuk menjalankan latih tubi ujian dan minggu akhirnya iaitu minggu yang ke lima menjalankan ujian sebenar bagi mengetahui keberkesanan kaedah ujian bagi meningkatkan kefahaman murid tentang soalan sains Bahagian B.Ini akan menghasilkan keputusan yang saya harapkan daripada murid-murid.Jenis data yang saya ingin mengumpulkan daripada kajian adalah persampelan mudah (conveience sampling) disifatkan juga sebagai sampel accidental atau available (Babbie,1998) sampel jenis ini dipilih berasaskan daripada murid saya sendiri. Saya menggunakan Rekabentuk kajian ekperimen ini bagi membandingkan kumpulan dari segi mencapai markah yang saya harapkan dan tidak dapat mencapai markah yang ditetapkan.Dalam reka bentuk ini juga kita dapat mengubah atau memanipulasikan soalan soalan ujian bagi mendapatkan kesan yang positif daripada murid-murid.Dengan pemilihan rekabentuk kajian eksperimen dapat menggaihkan kumpulan murid yang terlalu lemah dan murid yang boleh menjawab soalan sains bahagian B.Kumpulan murid yang memerlukan rawatan juga dapat dikenalpasti untuk kumpulan eksperimen.Rawatan(intervention) juga dapat diberikan kepada kumpulan yang memerlukanya. Hasil kajian melalui ujian dapat diukur akhir esperimen bagi keberkesanan kaeadh latih tubi ujian.Tatacara ujian juga dapat digubakl iaitu soalan dapat digubal bagi aras murid supaya murid ledih berminat dan mesra pada soalan serta tidak beranggapan soalanya sukar.Perbandingan secara stastik dapat dibuat selesai sahaja ujian atau penilaian dijalankan secara sistematik.3.3 Populasi & sampel kajian

Dalam kajian saya telah memilih murid tahun 5 seramai 24 orang bagi mengetahui masalah yang dihadapi untuk menjawab soalan sains bahagian B.Daripada 24 orang murid 3 orang murid amat lemah serta kurang peka menjawab soalan sains bahagian B.Mereka gagal menjawab soalan tersebut.Hasil daripada markah daripada ujian dioganastik,ujian bulanan mac serta peperiksaan pertengahan tahun 3 orang murid ini gagal menjawab soalan sains pebolehubah bergerak balas.Dalam kajian saya saiz respondan agak kecil dan lokasi bagi kajian ini adalah bilik darjah dan makmal sains.murid 3 daripada 24 dipilih berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan secara sistematik.Sampel Kajian

Jadual 1: Saiz sampel mengikut kumpulan rawatan dan kawalan

Kumpulan / KelasJantinaJumlah

LelakiPerempuan

Rawatan 1527

Rawatan 26814

Kawalan213

Jumlah131124

3.4 Instrumen kajian

Bagi kajian ini saya telah memilih alat kajian yang dapat mengetahui kelemahan murid serta masalah yang mereka menghadapi semasa menjawab soalan sains bahagian B.Saya telah memilih alat kajian seperti pemerhatian secara lisan dan set ujian ujian bagi mengukur keberkeanan kaedah ujian bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap soalan sains tersebut.Modual yang direka khas bagi kajian ini dapat memberi motivasi baru kepada murid.Ini kerana hanya terdapat soalan pembolehubah sahaja dalam modual tersebut.Soalan soalan pembolehubah dipilih khas dengan penuh dedikasi serta berhati-hati bagi menjamin mutu kualitinya.Murid-murid dapat menjawab dengan mesra dan tidak rasa jemu dengan soalan yang kerap kali merunsingkan mereka.3.5 Teknik Pengutipan kajian

Dapatan kajian atau data daripada ujian akan dikumpul oleh saya sendiri.ini kerana ia memudahkan saya terus mendapat bahan yang uji pada tangan saya tanpa orang tengah dan tidak melalui pihak ketiga.Kesemua kertas ujian yang dijawab oleh murid akan dikutip apabila masa yang diperuntukkan sampai serta murid-murid selesai menjawabnya dalam masa yang diperuntukkan.Saya akan memberi latih tubi mengikut jadual yang ditetapkan selama 4 minggu.Pada minggu ke lima saya akan uji murid-murid bagi keberkesannan kaedah latih tubi untuk mendapatkan keputusan impak daripada kajian yang dijalankan.Sebelum saya menjalankan kajian terhadap murid-murid saya akan mendapatkan kebenaran daripada gurubesar,Guru penolong kanan kurikulam serta kebenaran daripada ibu bapa.Ini bertujuan tidak ada masalah timbul kelak pada perjanan kajian yang dijalankan.Jadual bagi menjalankan kajian juga telah disediakan bagi tujuan tidak menembung masa matapelajaran lain serta tidak mengganggu guru guru lain semasa menjalankan kajian.Bukan itu sahaja apabila jadual waktu kajian disediakan ia aka membantu kelicinan kajian dijalankan secara sistematik.

Jadual kajian bagi memudahkan kelancaran kajian dijalankan

AktivitiMinggu 1Minggu 2Minggu 3Minggu 4Minggu 6Minggu 7Minggu 8

Menulis cadangan kajianX

Membina dan menguji alat kajian

Mendapatkan kebenaran menjalankan kajianXXXX

Membuat pemerhatian dan mula mengutip dataXXXXX

Analisis dataX

Menulis laporanX

Prosedur Kajian

Jadual 1.1: Prosedur Kajian keberkesanan kaedah ujian bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap soalan sains bahagian B pembolehubah bergerak balas.

KumpulanInstumen Kajian

Sebelum percubaanSemasa percubaanSelepas percubaan

Rawatan 1

Ujian Pra

(Tempoh 1 jam)Kaedah PDP biasaUjian Pasca

Tempoh 30 minit

Rawatan 2

Ujian Pra

(Tempoh 45 minit)Kaedah latih-tubi

Tempoh 4 minggu

Ujian Pasca

Tempoh 30 minit

Kawalan

Ujian Pra

(Tempoh 30 minit)

Kaedah ujianUjian Pasca

Tempoh 30 minit

Prosedur Kajian.

Murid murid tahun 5 Jaya yang terpilih itu akan membuat temu bual dan kaedah ujian bagi meningkatkan kefahaman murid-murid.

Pemerhatian

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran,melalui soalan latihan yang diberi didapati bahawa punca utama murid tidak menjawab soalan sains bahagian B adalah seperti berikut:

1.Murid mengandaikan soalan bahagian B adalah sukar

2.Murid tidak memahami kehendak soalan

3.Murid tidak dapat membezakan jenis pembolehubah

4.Murid tidak mengusai kemahiran untuk menjawab soalan sains bahagian B.3.6 Kaedah Analisis Data

Saya telah memilih kaedah pengumpulan data kuantitatif iaitu mengumpul data numerik.Menurut (Ary,Jacobs & Razavieh,2002 pengukuran objektif dan analisis statistic data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi serta (Brown & Dowling) juga turut menyatakan data numeric lebih meyakinkan penyelidik dan pengguna.Bagi kajian yang saya jalankan keputusan murid murid daripada ujian di analisis mengikut kaedah kualitatif,saya akan menganalis markah daripada minggu pertama daripada ujian latih tubi,selama 5 hari setiap hari 1 jam(minggu 1), 5 soalah pelbagai bentuk bagi murid mengenalpasti cara mencari jawapan (teknik menjawab dengan pantas) 45 minit setiap hari masa jadual waktu (minggu 2), 3 soalan aras sederhana dan 1 soalan sukar, 30 minit setiap hari isnin hingga jumaat (minggu 3-4). 1 set soalan sebenar ujian yang merangkumi tahap latihtubi minggu 1 hingga latih tubi minggu ke empat, 45 minit sekali sahaja (minggu 5).Keseluruhan data akan diproses dan akan diambil kira bagi menentukkan keberkesanan pelaksanaan kaedah ujian ke atas murid bagi meningkatkan kefahaman terhadap soalan sains bahagian B.Senarai nama murid tahun 5 jaya yang terlibat dalam kajian.

BilNamaMarkah Dan Kumpulan

1ARVINDRAN A/L KRISHNASAMY1-45-78-1213-1617-20

2BARATHAN A/L SELVARAJA/

3DARSINI A/P MAHENDRAN /

4DEVENDRAN A/L PUANISWARAN/

5AGILAN A/L MAGES/

6DINESWARAN A/L SABAPATHY/

7JAGATHESWARAN A/L GANESAN /

8JEEVANRAO A/L SUBRAMANIAM/

9JIVARAJ A/L ARUMUGAM/

10K.SARVIN A/L KRISHNAN/

11KISHENDREN A/L K.MAGANTARA/

12KRISHNAN A/L ELLUMALAI/

13KUGANESAN A/L CHANDRAN /

14LINGESWARAN A/L RAVI/

15NAVINESH KUMAR A/L KASIRAJA /

16DANESH A/L ULAGANATHAN /

17SATHIAVANI A/P KATHIRESAN /

18SRIVANAN A/L RAVI/

19SUBALETCHUMY A/L PARAMASIVAM/

20THINESWARAN A/L TAMIL SELVAM/

21THULASI A/P ARULDASAN /

22UDAYAKUMARAN A/L MUNIANDY /

23NISHALINI A/L RAMACHANDRAN/

24SARMILA A/P LATCHIMANIAM/

Analisis keptusan

Markah

ujian1-45-78-1213-1617-20

bil%bil%bil%bil%bil%

0312.52187.500

Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 21 (87.5%) murid memperolehi markah 8-12, 3 (12.5%) murid mendapat markah 5-7 dan tiada murid mendapat markah 1-4.Ini menunjukkan bahawa majoriti murid masih belum dapat memahami cara menjawab soalan sains bahagian B.

Tindakan yang dijalankan

Hasil dapatan daripada pemerhatian, saya membuat keputusan untuk menjalankan kaedah latih tubi ujian bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap soalan sains bahagian B.Kaedah yang dipilih dilaksanakan semasa PDP di dalam kelas untuk cuba mengatasi masalah murid menjawab soalan sains bahagian B dengan lebih tepat.Melalui kaedah ini,murid dibimbing untuk memahami bagaimana menjawab soalan tersebut secara sistematik dan dapat menghubungkan sesuatu fakta dengan konsep.Selain itu juga ia adalah pendekatan yang mesra murid.

Langkah 1

Murid diberi soalan sains daripada bahagian B.(soalan pemboleh ubah) Mereka diberi masa 1 jam untuk menjawab soalan sains bahagian B ( Pemboleh ubah bergerak balas sahaja) untuk memahami dan menyelesaikan soalan tersebut.

Langkah 2

Murid diberi soalan pelbagai bentuk soalan sains pemboleh ubah bergerak balas seperti soalan jadual,graf, gambar dan sebagainya.Murid diberi masa 45 minit untuk melatih diri untuk menjawab soalan tersebut dalam kadar masa diperuntukkan.Murid diberi peluang untuk memahirkan diri dengan pelbagai bentuk soalan pemboleh ubah.

Langkah 3

Murid di bekalkan dengan 3 soalan yang beraras sederhana dan 1 soalan aras tinggi.Ini bertujuan untuk murid membiasakan diri dengan pelbagai aras soalan untuk memahami tentang soalan sains bahagian B.Apabila murid dapat membiasakan diri dengan soalan sebegini ia akan membantu murid menjawab pelbagai betuk soalan pemboleh ubah dengan tepat setelah memahami cara menjawab soalanya.

Langkah 4

Murid juga diberi penjelasan tentang soalan yang diberikan, murid dibimbing oleh guru untuk mengenal pasti pemboleh ubah dan seterusnya membina hipotesis.Pembolehubah manipulasi selalunya berada didepan ayat penyataan tersebut dan pembolehubah bergerak balas selalunya berada digerakbalas ayat.Bagi membina hipotesis, pembolehubah manipuladi dan bergerakbalas mesti digunakan.Masukkan pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas dalam rangka ayat dibawah;

Jika ___________________ maka ___________________

(manipulasi)

(bergerakbalas)

Langkah 5

Seterusnya, murid murid dikehendaki menjawab soalan sains bahagian B 1 set soalan sebenar ujian yang merangkumi tahap latihtubi 1 hingga latih tubi 3.Ujian ini akan membuktikan keberkesanan kaedah ujian untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap soalan sains bahagian B pemboleh ubah(bergerak balas).Hasil daripada ujian pada minggu yang keempat akan memberi impak yang positif kepada kefahaman murid terhadap soalan sains bahagian B.

Markah

(maksimum 10)Ujian praUjian pasca

Bil%Bil%

1-4--

5-7312.5-

8-122187.5312.5

13-16-1875

17-20-312.5

Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian dari segi bilangan dan peratusan murid yang memperolehi markah 8-12,13-16 dan 17-20.Bilangan pelajar yang mendapat markah 1-4 dan 5-7 telah berkurang.Ini menunjukkan kaedah latih tubi ujian dapat membantu murid menjawab soalan sains bahagian B dan dapat meningkatkan minat serta kefahaman murid terhadap soalan sains bahagian B pemboleh ubah bergerak balas.

Refleksi

Merujuk kepada ujian-ujian yang diberikan kepada murid selama 4 minggu,didapati pencapaian murid menjawab soalan pemboleh ubah bergerak balas semakin meningkat.Selain itu kafahaman murid terhadap soalan sains bahagian B juga turut meningkat.Ini harus diteruskan agar murid dapat menjawab dengan tepat bagi mendapatkan markah pada kertas sains bahagian B.

3.7 Rumusan

Dalam baghagian ini, metodologi kajian saya mempelajari tentang cara melaksanakan kajian serta cara mengumpulkan data kajian debgan sistematik.Hasil dapatan kajian akan dinilai serta menjadi bukti keberkesanan kepada kaedah yang digunakan keatas respondan.Soalan seperti murid tidak peka terhadap cara menjawab soalan sains bahagian B,tidak dapat membezakan jawapan yang sesuai kepada pembolehubah tertentu.Murid-murid juga beranggappan bahawa soalan sains bahagian B terlalu sukar dantidak dapat dijawab dan mereka tidak menguasai teknik mencari jawapan bagi pembolehubah.Modul yang direka bentuk khas bagi kajian ini juga dapat membantu murid mengetahui cara yang mudah mencari jawapan serta mengetahui tentang pelbagai bentuk soalan dapat disoal dan mudah dijawab dengan teknik yang betul.Hasil daripada kaedah ujian murid akan lebih mahir untuk mencari jawapan untuk pembolehubah bergerak balas dengan pantas serta tepat.Rujukan

Fox, D.J. (1986). The research process in education. New York : Holt Rinehart & Winston Inc.

Gagne, R.M. (1965). The condition of learning. Montreal : Holt Rinehart & Winston Inc.

Hussein Hj. Ahmad. (1991). Keberkesanan penyediaan guru dan aktiviti meningkatkan profesionalisme mereka. Jurnal Guru, Jld 3,144-159.

Nik Azis & Ng See Ngean. (1992). Pelaksanaan sains KBSR : Fenomena tahun pertama. Masalah Pendidikan, Universiti Malaya, Jld 16, 76 89.

Sharifah Md. Nor & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1994). Guru sains : Tinjauan profil dan pandangan terhadap kerja. Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya, Jld 16, 37 44.

Smith, B.O. (1960). A Concepts of teaching. Teacher College Record.

Zainun Ishak. (1995). Pengajaran SAINS dalam KBSR : Sejauh manakah keberkesanannya? Masalah Pendidikan, Universiti Malaya, Jld 19, 135 165

Piaget, J. (1963). The origins of intelligence in children. (M. Cook, Trans). New York: Norton.

Schramm, W. (1954). The Nature of Communication between humans dalam Scharmm, W. & D. Robert, Eds. The process and effect of mass communication Op. Cit.

(2007). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka.

Azizah Lebai Nordin. (1995). Pengajaran pembelajaran masalah pendidikan, Jilid 19, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Baran, S.J. & Davis, K.D. (2000). Mass communication theory: foundations, ferment and future. Belmont: Wadsworth.

Brewer, J.A. (1992). Introduction to education: through primary grades. Boston: Allyn and Bacon.

Dansky, J.B. & Silverman, I.W. (1975). Play: a general facilitator of associative fluency. Developmental Psychology, 11, 104.

Elliott, J. & Adelman, C. (1976). Innovation at the classroomlevel: A case study of the Ford teaching project. Curriculum Design and Development. Open University Press.

Emery, E.; P. Ault & W. Ageel. (1973). Introductionto mass communication. New York: Dodd, Mead and Co.

Meningkatkan tahap Kefahaman murid terhadap soalan sains bahagian B

Murid mengandaikan soalan bahagian B adalah sukar

Murid tidak memahami kehendak soalan

Murid tidak dapat membezakan jenis pembolehubah

Murid tidak mengusai kemahiran untuk menjawab soalan sains bahagian B.

LATIH TUBI UJIAN

HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDDIDIKAN

31