23
Faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik murid 1.0 PENGENALAN Psikologi pembelajaran membentangkan pelbagai teori pembelajaran, kaedah pengajaran, proses perkembangan mental dan sikap, pengelolaan dan pengawalan kelas untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Psikologi adalah satu bidang sains yang tertumpu pada kajian tingkah laku manusia. Pendidikan pula bertujuan untuk memperkembang mental dan kebolehan individu untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berguna demi memberi sumbangan dan memupuk kesejahteraan masyarakat. Justeru, psikologi pendidikan merupakan satu bidang kajian santifik atas tingkah laku murid yang dapat membantu guru memahami murid dan membimbingnya dalam pembelajaran serta menambahkan keberkesanan pengajaran guru. Untuk mencapai tujuan tersebut, tugasan kali ini meninjaukan suasana, faktor dan keadaan murid yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik murid-murid. Guru pula didedahkan dengan pelbagai kemahiran, maklumat dan teori pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman dan kajian yang lain. Maka psikologi pendidikan membekalkan guru dengan maklumat tentang pembelajaran murid dari segi minat, motivasi, pemikiran, ingatan, perbezaan individu dan sebagainya serta pelbagai kaedah mengajar dan pengurusan kelas. Tumpuan utama ialah bagaimana murid belajar dan bagaimana guru dapat menyampaikan pelajaran

hbef2103 c.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: hbef2103 c.doc

Faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik murid

1.0          PENGENALAN

Psikologi pembelajaran membentangkan pelbagai teori pembelajaran, kaedah

pengajaran, proses perkembangan mental dan sikap, pengelolaan dan pengawalan

kelas untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Psikologi

adalah satu bidang sains yang tertumpu pada kajian tingkah laku manusia. Pendidikan

pula bertujuan untuk memperkembang mental dan kebolehan individu untuk menjadi

insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berguna demi memberi

sumbangan dan memupuk kesejahteraan masyarakat.  Justeru, psikologi pendidikan

merupakan satu bidang kajian santifik atas tingkah laku murid yang dapat membantu

guru memahami murid dan membimbingnya dalam pembelajaran serta menambahkan

keberkesanan pengajaran guru.

            Untuk mencapai tujuan tersebut, tugasan kali ini meninjaukan suasana, faktor

dan keadaan murid yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik murid-murid. 

Guru pula didedahkan dengan pelbagai kemahiran, maklumat dan teori pengajaran

yang diperoleh daripada pengalaman dan kajian yang lain.  Maka psikologi

pendidikan membekalkan guru dengan maklumat tentang pembelajaran murid dari

segi minat, motivasi, pemikiran, ingatan, perbezaan individu dan sebagainya serta

pelbagai kaedah mengajar dan pengurusan kelas.  Tumpuan utama ialah bagaimana

murid belajar dan bagaimana guru dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan. 

Guru juga perlu didedahkan kepada konsep psikologi perkembangan, psikologi

pembelajaran, pembentukan personaliti dan psikologi sosial.

            Psikologi pembelajaran membentangkan pelbagai teori pembelajaran, kaedah

pengajaran, proses perkembangan mental dan sikap, pengelolaan dan pengawalan

kelas untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.  Bidang ini

juga menitikberatkan keupayaan mental manusia seperti pemikiran, penanggapan,

penaakulan, ingatan, kreativiti dan perbezaan individu dari segi kecerdasan, sikap dan

minat. Pendidikan akan menyediakan pengalaman bagi seseorang individu.  Dengan

pengalaman ini, perubahan tingkah laku individu itu akan berlaku. Adalah jelas sekali

bahawa mutu pengajaran dan pembelajaran yang diambil oleh seorang guru dalam

Page 2: hbef2103 c.doc

proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid di

sekolah.

2.0          TUJUAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk :

Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik murid  yang

baik dan pencapaian akademik murid yang lemah berpandukan teori-teori psikologi

pendidikan.

            Mencadangkan langkah-langkah bernas yang boleh diambil oleh seoarang

guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid yang

mempunyai pencapaian akademik tidak sama.

3.0       KAJIAN KES

            3.1       Dapatan kajian

Setelah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang saya jalankan di

sekolah Sk Sebanban, Serian. Dimana saya telah dapat menyiapkan kajian mengenai

pencapaian akademik baik dan pencapaian akademik lemah di antara dua pelajar.

Kajian ini telah saya jalan kan selama seminggu termasuk sabtu dan ahad. 

Memandangkan salah seorang kanak-kanak yang menjadi bahan kajian saya adalah

merupakan anak jiran saya yang berumur 8 dan 9 tahun.  Mereka berdua adalah

merupakan murid tahun dua dan tahun tiga di sekolah Sk Sebanban, Serian.

            Kanak-kanak pertama yang saya terlibat dalam kajian saya ini ialah Emmarina

Irene ak Maria.  Dia lebih suka sekiranya saya memanggil namanya Emma.  Emma

mempunyai 5 orang adik beradik dan dia berumur 8 tahun. Kanak-kanak ini

merupakan seorang anak yang lahir tanpa bapa.  Perkara ini dapat saya lihat dari kad

kliniknya.  Jadi dapat saya simpulkan bahawa Emma ini tidak mengenali bapa

kandungnya sendiri dan dia merupakan anak luar nikah. Dari yang saya lihat dan

temubual bersama Tuai Rumah, keluarga Emma ini adalah golongan keluarga yang

sangat miskin.  Ini kerana hanya ibunya sahaja yang mencari pendapatan untuk

mereka 5 orang adik beradik yang masing-masing berumur 4-12 tahun.

Page 3: hbef2103 c.doc

            Di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Emma adalah

merupakan seorang kanak-kanak yang sangat pendiam dan sensitif. Emma suka

menangis dan masih belum dapat mengawal emosinya sendiri. Dia suka menyendiri

dan tidak mempunyai rakan yang rapat.  Emma juga selalu tidak mengendahkan

segala pertanyaan yang saya berikan. Melalui temubual bersama kenalan emaknya,

dia menyatakan bahawa emaknya adalah seorang yang buta huruf. Ini kerana dia tidak

pernah bersekolah. Jadi dia mengaku bahawa agak susah untuk membimbing anak-

anaknya dalam pelajaran kerana dia sendiri pun buta huruf dan tidak pernah

bersekolah. Ini bermakna Emma hanya berpeluang mendapat pendidikan di sekolah

sahaja.

            Kanak-kanak kedua yang saya libatkan dalam kajian kes saya ini ialah Nur

Atierah Binti Salim. Dia berumur sembilan tahun. Atierah merupakan seorang anak

tunggal dalam keluarganya. Emaknya seoarang yang berpendidikan dan bersekolah

setakat tingkatan enam.  Manakala bapanya pula adalah tukang masak di sekolah

SMK Serian. Di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, Atierah

adalah merupakan seoarang kanak-kanak yang aktif.  Walaupun umurnya baru

sembilan tahun tetapi ingatannya sangat baik.  Dia merupakan seoarang kanak-kanak

yang cepat menerima pembelajaran. Lembaran kerja yang di berikan disiapkan dalam

masa yang singkat. Dia mempunyai ramai kawan dan aktif. Maka dapat saya

simpulkan bahawa kanak-kanak ini mempunyai pontensi untuk berjaya. Melalui

pentaksiran dan penilaian yang telah saya buat, saya telah mendapati perbezaan yang

sangat ketara di antara Emma (8 tahun) dan Atierah (9 tahun).  Emma masih belum

dapat menguasai 3M (Membaca, Mengira, Menulis).  Manakala Atierah sudah

menguasi 3M tersebut.  Tambahan pula saya mendapati bahwa Atierah yang berusia 9

tahun, lebih tua dari Emma lebih menonjol dalam setiap tunjang kurikulum di

sekolah.

           

            Kedua-dua orang kanak-kanak ini mempunyai banyak perbezaan yang ketara. 

Baik dari segi umur, jantina, kecerdasan, kebolehan dan sebagainya. Menurut

Woolfolk (1997), teori kecerdasan awal adalah memfokus kepada 3 elemen,

pertamanya tentang keupayaan untuk belajar .  Kedua , keseluruhan pengetahuan yang

telah individu perolehi dan ketiga ialah kebolehsuaian seseorang kepada situasi atau

persekitaran baru.  Ketiga-tiga elemen ini, boleh dilihat dari keadaan kedua-dua

Page 4: hbef2103 c.doc

sasaran kajian saya.  Dimana saya telah mengenalpasti Atierah mempunyai keupayaan

untuk belajar, dia dapat mengadaptasikan keseluruhan pengetahuan yang

diperolehinya di dalam bilik darjah.  Menurut guru kelasnya, Atierah seringkali

berupaya memahami apa yang diajar dan menghantar latihannya.  Bahkan setiap

latihan yang dihantar selalu tepat dan menepati objektif, berbanding dengan Emma,

dia jarang menyiapkan latihan yang diberikan kepadanya. Dalam elemen yang ketiga

pula, kedua-kedua kanak-kanak ini mempunyai kebolehan menyesuaikan diri dengan

situasi dan persekitaran yang berbeza-beza.  Dalam teori kecerdasan awal ini,

seseorang kanak-kanak biasanya mempunyai kecerdasan awal dimana mereka boleh

berhadapan secara posiitif dalam persekitaran yang baru. Perkara ini saya dapat lihat

dalam diri Atierah.

            3.2       Teori-Teori Pembelajaran

Teori membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam

konteks pendidikan khas. Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan

dan bersesuaian untuk menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru

ialah teori membantu untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak bahan,

teknik, kaedah pembelajaran yang boleh digunakan kepada pelajar, teori memberi

panduan pengetahuan yang sistematik dan konsep bekerja bagi membolehkan

pengubahsuaian sesuatu ilmu baru dan ia amat penting kerana memberi arah panduan

menjelaskan dengan lebih teratur struktur pemikiran dan ini membentuk tindak balas

yang diingini berlaku, teori ialah pembentukan secara berproses. Setiap disiplin dibina

berdasarkan konsep dan idea yang dikembangkan oleh teori sebelumnya. Teori adalah

cabaran, kekuatan, bagi pengkaji dan ahli akademik untuk mempraktik dan membuat

penilaian bagi membuktikan teori yang dikeluarkan oleh golongan ini bersesuaian dan

berguna serta berhasil.

            Menurut Thomas ( 1985), sesuatu teori dikatakan baik apabila mempunyai

ciri-ciri seperti dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas, mudah difahami, berguna

untuk membuat ramalan masa hadapan dan memperjelas perkara-perkara yang sudah

lepas, boleh diterapkan secara praktikal, bersifat konsisten dan tidak berasaskan

banyak andaian (kepercayaan-kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan). Dalam

pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup banyak kerja-kerja amali perlu

dilakukan oleh murid supaya benar-benar dapat memahami sesuatu kemahiran.

Page 5: hbef2103 c.doc

Perkara ini berkait rapat dengan realiti kehidupan mereka di luar. Jadi, untuk

menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran ini tercapai dan dikuasai oleh

murid khas, guru harus memikirkan bagaimana untuk memaksimumkan penguasaan

murid ini dengan menggunakan teori-teori yang sesuai dan berkesan dalam

pengajaran mereka. Terdapat beberapa teori pengajaran dan pembelajaran

dibincangkan supaya boleh membantu guru mengamalkannya dan membuat penilaian

semasa pengajaran.

4.0       FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ASPEK

PENCAPAIAN AKADEMIK KEDUA-DUA ORANG MURID.

Hasil daripada kajian yang telah saya buat, saya dapat mengesan dan mengenalpasti

teori-teori yang boleh diguna pakai menjadi faktor-faktor yang telah mempengaruhi

perbezaan pencapaian akademik kedua-dua murid saya ini iaitu Emmarina Ng dan

Nur Atierah  adalah seperti berikut:

4.1       Teori Pembelajaran Behavioris

Faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik Emmarina Ng dan Nur Atierah

ialah perbezaan pengalaman atau latihan yang diperolehi di sekolah mahupun di

rumah. Menurut Williams & Anandam (1973), pembelajaran sebagai perubahan

tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan. Teori

pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses

pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu

dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh

mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa

pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan

diramal.

            Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya

tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan

diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif

atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah

laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Behaviorisme merupakan satu pendekatan

pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku.

Page 6: hbef2103 c.doc

Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku

ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku

serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui

interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk

menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.

            Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran

sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat

perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan

konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku

itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan

tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan–kepercayaan, aspirasi

dan lain-lain adalah dipelajari. Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku

boleh diukur, diperhatikan dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak

balas bergantung kepada peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat

kaitan rangsangan dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh

dikawal melalui ganjaran dan dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep

pelaziman klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran

(Jalongo dan Isenberg 2000).

            Dalam kajian saya telah mendapati bahawa faktor persekitaran sebagai faktor

yang mempengaruhi tingkah laku Atierah dan Emma dan seterusnya telah memberi

impak kepada proses pembelajarannya. Perkara ini boleh dilihat pada sifat yang ada

pada Emma, dia merupakan seorang kanak-kanak yang emosinya kurang stabil kerana

tertekan di rumah.  Dia sangat pendiam dan tidak mempunyai kawan rapat semasa di

dalam kelas.  Emma lebih suka menyendiri daripada mempunyai kawan. Emma juga

seorang yanag emosional dan agresif, sekiranya ada rakan yang mengganggu, dia

akan menangis dan menjerit marah. Dengan persekitaran yang dilalui oleh Emma ini

menyebabkan akademiknya tidak mencapai tahap yang baik.  Ini kerana dia bersikap

pasif dan tidak mahu bertanya.  Dia lebih suka menyiapkan kerjanya mengikut

caranya sendiri.  Lagipun rakan-rakan sekelas akan takut dan tidak suka berdekatan

dengannya kerana sikap emosionalnya.

Page 7: hbef2103 c.doc

            Berlainan pula dengan Atierah, dia mempunyai ramai kawan. Tidak cepat

melenting apabila ditegur kesalahannya malah akan cuba untuk memperbaikai

kelemahan tersebut. Dia suka berkawan dan peramah ini kerana Atierah telah diajar di

rumah mengenai hal tersebut. Suka mencuba dan mempunyai daya usaha yang tinggi,

tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri. Jadi dengan

memiliki sifat yang diwarisi daripada baka ibu bapa nya ini Atierah telah

menunjukkan pencapaian akademik yang baik.

            4.2       Teori Pembelajaran Kognitif

Teori pembelajaran kognitif memfokuskan bahawa setiap manusia mempunyai

keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan

semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara

pengalaman tersimpan dengan masalah  yang dihadapi. Ahli-ahli psikologi kognitif

berpendapat bahawa pembelajaran adalah mudah dan ia tidak selalunya berlaku

melalui cuba jaya sebagaimana yang dicadangkan oleh mazhab behaviorisme.

Menurut psikologi ini, dalam pembelajaran, murid membentuk struktur kognitif

dalam ingatannya. Setiap kali murid belajar, ia akan menyusun segala pengalaman

dan menyimpannya dalam ‘ingatan’. Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal.

Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang menggunakan cara cuba jaya untuk

mempelajari sesuatu.

            Teori kognitif berpegang kepada persoalan bagaimana kita mengetahui,

memperolehi, memproses dan menggunakan maklumat. Jadi, dalam mendidik murid-

murid khas , guru perlulah menyesuaikan segala teori-teori yang ingin digunakan.

Ada kalanya teori behaviorimse penting digunakan demikianlah juga dengan teori

kognitif. Semua teori boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebenarnya Emma masih belum mempunyai kesediaan belajar yang tinggi dan masih

takut-takut untuk mencuba sesuatu yang baru.  Manakala Atierah telah mempunyai

kesediaan belajar yang tinggi.  Ini kerana kelemahan Emma dalam pencapaian

akademik telah membuktikan perkara ini.  Dia masih tidak dapat mengikuti proses 

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

            Manakala sebaliknya pula dengan Atierah. Dia dapat mengikut pengajaran dan

pembelajaran dengan baik dan ini telah memberi impak kepada pencapaian

Page 8: hbef2103 c.doc

akademiknya di sekolah. Teori pembelajaran kognitif memfokuskan bahawa setiap

manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan

mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan

pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah  yang dihadapi dan ini adalah

peneguhan positif yang mendorong individu untuk mengejar kejayaan. Dalam

pemerhatian saya ibubapa Atierah seringkali memberikan rangsangan dan dorongan

kepadanya.

            4.3       Teori Pembelajaran Sosial

Albert Bandura memperkenalkan teori pembelajaran sosial iaitu pembelajaran berlaku

melalui proses peniruan. Bandura (1977) berpendapat, kita belajar melalui

pemerhatian dan meniru orang lain serta dengan melihat konsekuen tingkah laku

orang lain. Bandura berpendapat bahawa pembelajaran dan tingkah laku manusia

bergantung kepada pemerhatian seseorang individu itu terhadap individu lain atau

model-model simbolik seperti televisyen dan sebagainya. Peniruan selalunya

diteguhkan. Pembelajaran pemerhatian dapat juga diterangkan melalui prinsip

pelaziman klasik. Oleh yang demikian, teori pembelajaran sosial

Bandura,menekankan peranan kognitif dan juga pengaruh persekitaran dalam

perkembangan.

            Faktor ini yang mneyebabkan perbezaan diantara Emma dan Atierah adalah

dipengaruhi proses peniruan. Peniruan di sini telah membawa maksud individu dan

objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku di dalam kehidupan seseorang yang

mempengaruhi pertumbuhan yang berlaku di dalam kehidupan seseorang yang

mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan diri. Ini telah memberi makna

bahawa peniruan adalah merupakan perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi

seseorang individu (Papalia, 2001). Faktor peniruan ini juga merangkumi persekitaran

telah disokong oleh ahli-ahli psikologi behaviorisme dan sosial kognitif seperti Albert

Bandura, Ivan P. Pavlov dan skinner dalam teori yang mereka ketengahkan. Dalam

Teori Pembelajaran sosial misalnya Albert Bandura (1977) mengatakan seseorang

individu akan membentuk satu idea melalui proses pemodelan.  Mereka akan

memerhati orang di sekeliling mereka.  Hal ini bermaksud peniruan seseorang

individu itu boleh memberi kesan alam perkembangan pembelajarannya.

Page 9: hbef2103 c.doc

            4.4       Teori Pembelajaran Humanis

Teori pembelajaran humanis menumpukan pada apa yang berlaku pada diri seseorang

seperti perasaan atau emosinya. Pendekatan humanis menekankan fikiran,

pengamatan serta interpretasi murid tentang sesuatu peristiwa atau kejadian itu.

Prinsip teori humanis ini adalah, seseorang murid itu bertanggungjawab ke atas

tindakannya. Contohnya kalau murid ingin berjaya, maka dia perlu berusaha

mencapainya ke arah itu. Setiap murid juga mempunyai keperluan mengembangkan

potensinya ke tahap maksimum. Teori humanis menekankan objektif berikut

meningkatkan arah kendiri dan kebebasan murid. Membantu murid agar lebih

bertanggungjawab dalam menentukan perkara yang ingin dipelajari oleh mereka.

Meningkatkan daya cipta murid. Mengembangkan minat dalam bidang seni.

Meningkatkan naluri ingin tahu murid.

            Asas teori ini adalah kepercayaan seseorang murid mempunyai keperluan

untuk pencapaian hasrat diri. Guru perlulah membantu murid mencapai hasratnya. Ini

berlaku kerana dalam pengajaran secara humanis, pembelajaran arah kendiri amat

ditekankan. Prinsip-prinsip pembelajaran humanis adalah seperti berikut murid akan

belajar apa yang dikehendaki oleh mereka dan yang ingin diketahui. Keinginan untuk

belajar dan mengetahui cara belajar lebih penting daripada pemerolehan fakta.

Penilaian yang dibuat oleh murid sendiri lebih bermakna bagi dirinya. Perasaan murid

adalah sama penting dengan fakta. Pembelajaran cara merasa adalah sama penting

dengan pembelajaran berfikir. Pembelajaran hanya berlaku jika murid tidak berasa

terancam.

            Asas teori ini dapat saya kesan pada murid yang saya kaji iaitu Atierah.  Oleh

kerana dia memiliki motivasi yang tinggi maka kecerdasan pembelajarannya adalah

sangat baik dan ini akan menyebabkan pencapaian akademiknya sangat baik

berbanding Emma yang kurang bermotivasi. Iaitu tidak yakin dimana ia merupakan

sikap yang kurang gemar bersama orang lain, suka menyendiri, tidak suka dengan

orang baru, tidak suka berbicara didepan umum, kurang percaya diri,  pemalu dan

pendiam.  Kurangnya motivasi diri ini akan menyebabkan Emma menghadapi maslah

pencapaian akademik yang lemah.  Ini kerana sifatnya yang pemalu dan tidak yakin

pada diri. Malah dia juga tidak suka bertanya dan lebih suka membuat sesuatu secara

sendirian.

Page 10: hbef2103 c.doc

5.0       LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH SEORANG

GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG

MELIBATKAN MURID-MURID YANG MEMPUNYAI PENCAPAIAN

AKADEMIK TIDAK SAMA

            5.1       Mempelbagaikan bahan bantu mengajar

Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penyampaian

maklumat melalui transperansi, laman web atau pencarian internet, carta dan lain-lain

lagi. Ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid yang peka kepada

audio, ada yang tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada kinestetik.

Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang

boleh merangsang minda murid berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang

boleh didapati di dalam surat khabar tersebut.

            Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat murid

untuk belajar. Soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut aras soalan daripada

yang mudah hingga susah.  Oleh itu, murid yang lemah, sederhana dan pandai dapat

menjawab soalan mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pembelajaran

berbantukan komputer amat menarik digunakan kerana mengandungi elemen-elemen

visual grafik yang dapat menarik perhatian murid contohnya animasi kartun.

           

            5.2       Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran

Strategi dan kaedah pengajaran guru berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke

arah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru perlu

mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid

supaya dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat. Antaranya,

kuiz, perbincangan, percambahan idea, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek

dan lawatan.

            Guru juga boleh menngunakan pelbagai soalan bagi mengetahui tahap

pencapaian dan kebolehan muridnya. Penyoalan boleh dilakukan dalam bentuk

pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Contoh, guru

boleh memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan memulakan set

induksi menggunakan tayangan video, bercerita, bernasyid dan sebagainya. Secara

Page 11: hbef2103 c.doc

langsung dapat menggalakkan penglibatan murid-murid dan meningkatkan motivasi

untuk belajar.

           

            5.3       Peneguhan positif dan negatif

Semasa berlakunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru

hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang menunjukkan tingkah laku

yang baik. Murid-murid akan berasa dihargai apabila dipuji oleh guru. Guru boleh

membuat peneguhan positif dengan mengatakan “bagus”apabila murid dapat memberi

jawapan yang betul ketika sesi soal jawab di dalam kelas. Peneguhan positif juga

boleh diberikan dengan memberikan simbol bintang pada buku latihan murid kerana

dapat menyiapkan kerja dengan tulisan yang kemas dan cantik.

            Manakala, peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang yang

tidak disukai. Contoh, guru yang hendak mengelakkan muridnya membuat bising

akan mengatakan bahawa, “Saya akan membenarkan murid yang telah menyiapkan

kerja keluar rehat lebih awal”. Oleh itu, murid akan menyiapkan kerja yang diberikan

untuk keluar rehat lebih awal. Selain itu, guru juga boleh menggunakan prinsip

Premack atau “grandmother’s rule, iaitu dengan menyatakan , “ Murid yang membuat

kerja dengan tulisan yang cantik dan kemas akan dibenarkan membaca komik

“Naruto”. Ini bermakna murid akan membuat latihan yang diberikan dengan teliti

untuk mendapatkan sesuatu yang disukainya.

            5.4       Perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar

Sebagai seorang guru yang telah lama mengajar di sesebuah kelas atau sekolah, kita  

akan dapat mengesan gaya kognitif dan gaya belajar bagi setiap orang pelajar-

pelajarnya yang mempunyai banyak perbezaan. Ada yang suka belajar menggunakan

audio, ada yang suka visual, ada yang memproses maklumat secara global dan ada

pula yang secara analitikal. Perkara ini perlu difahami supaya kita sebagai seorang

guru dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian dan menarik

minat murid.

            Teori yang dapat digunakan ialah Teori Pelaziman Operan Thorndike. 

Dimana kita boleh menggunakan hukum pembelajarannya.  Iaitu Hukum kesediaan,

Hukum Latihan dan Hukum Kesan.  Disini saya akan menerapkan Hukum Latihan,

dimana sebagai guru kita membuat pengukuhan melalui latihan yang berulang-ulang.

Page 12: hbef2103 c.doc

Menurut Thorndike (1913), perkaitan antara rangsangan dan gerakbalas (R-G) akan

bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang.  Latihan pengukuhan ini boleh

diberikan kepada kanak-kanak seperti Clara.  Ini akan membuat dia dapat mengingat

dan menghafal sesuatu kemahiran yang kita ajar kepadanya.

            Seterusnya Hukum Kesediaan.  Menurut Thorndike (1913) apabila seseorang

itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu akan dapat

memberi kepuasan kepadanya.  Contohnya, seseorang mesti sudah bersedia dari segi

psikomotor.kesediaan afektif dan kesediaan kognitif.  Ini kerana sekiranya murid

melakukan sesuatu secara sukarela dan bersedia dia akan bersedih sekiranya tidak

melakukannya, tetapi jika secara terpaksa dia akan melakukannya secara tidak

sempurna iaiatu tidak dapat menerima pembelajaran dengan baik sekiranya belum

beersedia.

            5.5       Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius di mana

biasanya terdapat murid cerdas dan lambat. Di dalam aktiviti pembelajaran ini, murid

cerdas dikehendaki membantu murid lemah. Murid yang cerdas akan bersungguh-

sungguh membantu murid yang lemah kerana markah yang diperoleh setiap individu

di dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Secara tidak langsung, dapat

memupuk semangat bekerjasama apabila setiap kumpulan bersaing satu sama lain.

            Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan idea “perancah” (scaffolding)

dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana murid cerdas akan

membimbing pelajar lemah di dalam zon perkembangan proksimal. Ini kerana, ada

kalanya pengajaran rakan sebaya lebih berkesan daripada guru, kerana pemikiran

lateral boleh digunakan oleh pelajar yang cerdas ini.

            5.6       Kaedah kumpulan

Di dalam sesebuah kelas terdapat beberapa orang murid yang mempunyai tahap

keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan

untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap

keupayaan murid. Ini dapat memudahkan guru menyediakan latihan atau bahan

sumber pengajaran dan pembelajaran.

Page 13: hbef2103 c.doc

            Guru boleh mengasingkan murid yang lemah, sederhana dan pandai dalam

kumpulan yang ditetapkan. Dengan cara ini, guru dapat memantau prestasi setiap

kumpulan berdasarkan tahap keupayaan dan kecerdasan murid-murid tersebut.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga tidak membebankan murid kerana guru

menggunakan aras yang berbeza untuk setiap kumpulan.Guru juga perlu membuat

carta kemajuan dan rekod profil untuk setiap murid-muridnya. Hasil pemerhatian guru

dan pencapaian murid perlu dicatat dari masa ke masa.

            5.7       Penyampaian guru

Guru wajar menjadikan diri mereka sebagai penghibur yang berbakat. Dalam mata

pelajaran sastera dan bahasa, seorang guru sepatutnya mengasah bakat mereka untuk

bercerita, berseloka, bersyair dan berpantun. Dalam mata pelajaran Matematik dan

Sains, guru sepatutnya mampu menjadi magician dan saintis. Sekiranya guru mampu

mempelbagaikan penyampaiannya, murid-murid akan mendapat manfaat walaupun

wujud perbezaan antara murid.

Page 14: hbef2103 c.doc

6.0       KESIMPULAN

Secara keseluruhannya para guru memainkan peranan yang penting dalam

menghadapi masalah murid lemah ini agar dapat setanding dengan murid yang pintar. 

Guru yang berpotensi akan membentuk suatu usaha yang teratur, mempunyai sistem,

tertib serta optimum bagi menyatu padukan semua kompenen pembelajaran.  Seperti

yang kita sedia maklum, alam persekolahan merupakan tahap pembelajaran kanak-

kanak yang paling awal di dalam kehidupanya selain daripada pendidikan ibu bapa itu

sendiri di rumah.  Maka guru yang proaktif dan berkesan perlu memainkan peranan

mereka dalam mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid

lemah. Mereka perlu bijak menyeimbangkan murid lemah dan murid pintar agar dapat

berjalan seiringan. Selain itu, seseorang guru juga seharusnya mengetahui malah

menguasai ilmu-ilmu psikologi pendidikan agar dapat diterapkan menjadi suatu

kemahiran sekaligus  mengaplikasikanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

            Pencapaian akademik murid yang berbeza adalah disebabkan oleh faktor baka,

persekitaran, personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, jantina, mahupun kesihatan.

Ini kerana setiap murid mempunyai perbezaan individu tersendiri. Oleh itu, setiap

guru perlu mengenalpasti apakah tahap kecerdasan murid di dalam kelas. Ini untuk

memudahkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap

keupayaan seseorang murid itu. Langkah-langkah mengatasi yang boleh di ambil oleh

guru ialah mengaplikasikan kaedah kumpulan, pembelajaran koperatif, memberi

peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran

serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar.

            Guru juga perlu mengenalpasti dan memahami setiap masalah yang berlaku

pada  murid-muridnya. Keprihatinan dan kerjasama guru membantu murid yang

mengalami masalah perbezaan individu ini akan dapat melahirkan modal insan yang

cemerlang suatu hari nanti. Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan 

bahawa modal insan yang dilahirkan haruslah seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas malah memainkan peranan amat penting iaitu mendidik

Page 15: hbef2103 c.doc

dan membimbing murid menjadi insan yang berguna, cemerlang, gemilang dan

terbilang pada masa hadapan.