14
MENINGKATKAN TAHAP PEMAHAMAN MURID TAHUN 6 BAGI PEMBELAJARAN SAINS DALAM TAJUK GERHANA BULAN DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN POWER POINT. OLEH Jasini @ Jasni Apin @ Jaffrin OUM MATRIK NO: 740728125927001 SK Pinawantai, Ranau. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap pemahaman murid tahun 6, SK Pinawantai Ranau yang berhadapan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran sains bagi tajuk Gerhana Bulan. Daripada pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lepas, didapati bahawa ramai murid yang tertukar konsep Gerhana Bulan dengan konsep Fasa-Fasa Bulan. Jesteru itu kajian ini dilaksanakan untuk memberi pemahaman yang jelas mengenai konsep Gerhana Gulan agar murid dapat membezakannya dengan konsep Fasa-Fasa Bulan. Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 6 seramai 25 orang. Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah eksperimen dimana murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak dengan kumpulan A seramai 13 orang sebagai kumpulan rawatan dan kumpulan B seramai 12 orang sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan kawalan akan mempelajari tajuk Gerhana Bulan mengikut kaedah tradisional iaitu mengikut aktiviti dalam sukatan pelajaran manakala kumpulan 2 akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah baru iaitu perisian power point. Keberkesanan program dapat dinilai dengan membuat perbandingan terhadap dua kumpulan yang terlibat. Kejayaan kajian dapat dibuktikan dengan membuat analisis statistik terhadap pencapaian kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data adalah ujian pra dan ujian pos serta borang soal selidik. Data yang didapati daripada instrumen akan dianalisis untuk mengetahui tahap keberkesanan kajian.

HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Citation preview

Page 1: HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

MENINGKATKAN TAHAP PEMAHAMAN MURID TAHUN 6 BAGI

PEMBELAJARAN SAINS DALAM TAJUK GERHANA BULAN DENGAN

MENGGUNAKAN PERISIAN POWER POINT.

OLEH

Jasini @ Jasni Apin @ Jaffrin

OUM MATRIK NO: 740728125927001

SK Pinawantai, Ranau.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap pemahaman murid tahun 6, SK

Pinawantai Ranau yang berhadapan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran sains bagi

tajuk Gerhana Bulan. Daripada pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lepas, didapati

bahawa ramai murid yang tertukar konsep Gerhana Bulan dengan konsep Fasa-Fasa Bulan.

Jesteru itu kajian ini dilaksanakan untuk memberi pemahaman yang jelas mengenai konsep

Gerhana Gulan agar murid dapat membezakannya dengan konsep Fasa-Fasa Bulan. Kajian ini

melibatkan murid-murid tahun 6 seramai 25 orang. Kajian ini akan dijalankan dengan

menggunakan kaedah eksperimen dimana murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan secara

rawak dengan kumpulan A seramai 13 orang sebagai kumpulan rawatan dan kumpulan B

seramai 12 orang sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan kawalan akan mempelajari tajuk

Gerhana Bulan mengikut kaedah tradisional iaitu mengikut aktiviti dalam sukatan pelajaran

manakala kumpulan 2 akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

kaedah baru iaitu perisian power point. Keberkesanan program dapat dinilai dengan membuat

perbandingan terhadap dua kumpulan yang terlibat. Kejayaan kajian dapat dibuktikan dengan

membuat analisis statistik terhadap pencapaian kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Instrumen kajian yang digunakan untuk

mendapatkan data adalah ujian pra dan ujian pos serta borang soal selidik. Data yang didapati

daripada instrumen akan dianalisis untuk mengetahui tahap keberkesanan kajian.

Page 2: HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Bab 1 PENGENALAN

1.1 Pernyataan Masalah Kajian

Topik bagi kertas kerja kajian ini diperolehi daripada analisis kertas soalan peperiksaan

yang melibatkan soalan daripada tajuk Gerhana Bulan bagi percubaan UPSR tahun lepas.

Daripada 22 orang murid yang menjawab soalan daripada tajuk Gerhana Bulan didapati 8 murid

menjawab dengan tepat, 10 menjawab dengan menggunakan konsep Fasa-fasa bulan dan 4 murid

menjawab soalan tersebut tanpa berkaitan dengan mana-mana satu konsep diatas. Perbincangan

dengan guru sains dari sekolah lain juga mendapati bahawa terdapat murid mereka yang

menghadapi masalah yang serupa.

Ujian serupa telah dijalankan terhadap 10 orang murid tahun 6 pada tahun ini. Hasil

ujian menunjukkan 4 daripada murid tersebut menjawab soalan berkaitan Gerhana Bulan dengan

konsep Fasa-Fasa Bulan. Sesi perbincangan telah dijalankan terhadap 4 orang murid ini dan

mendapati punca utama daripada masalah ini ialah murid keliru dengan bentuk bulan semasa

kejadian kedua-dua fenomena tersebut. Bentuk-bentuk bulan dalam kedua-dua fenomena

tersebut sememangnya serupa. Perbezaannya hanya pada masa atau tempoh bagi setiap bentuk

bulan tersebut berubah. Bagi fenomena Gerhana Bulan, perubahan bentuk-bentuk bulan berlaku

dalam beberapa jam sahaja sedangkan bentuk-bentuk bulan dalam fenomena fasa-fasa bulan

berlaku dalam masa 30 hari. Turutan bentuk-bentuk bulan juga berbeza bagi setiap fenomena.

Bagi Gerhana Bulan, Bentuk bulan dimulai dengan bulan penuh manakala bagi Fasa-Fasa bulan

bentuk bulan dimulai dengan fasa anak bulan.

Daripada pemerhatian dan perbincangan yang dijalankan dapatlah disimpulkan bahawa

kekeliruan terhadap kedua-dua konsep ini hanya timbul apabila murid menjawab soalan

melibatkan gambarajah bentuk-bentuk bulan semasa kejadian Gerhana Bulan. Bagaimanapun

perkara ini boleh membawa impak yang besar bagi konsep murid tersebut terhadap fenomena

Gerhana Bulan. Bayangkanlah murid tersebut menjadi seorang pendidik setelah dewasa, maka

dia akan membawa konsep salah ini kepada sebahagian generasi akan datang. Diharapkan

dengan penggunaan bahan-bahan ICT dapat meningkatkan kefahaman serta memperbetulkan

konsep-konsep sains yang salah di kalangan murid-murid tersebut.

Page 3: HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

1.2 Soalan Kajian

“Adakah murid-murid yang diajar tajuk Gerhana Bulan menggunakan kaedah power point

memperolehi markah yang lebih tinggi daripada murid-murid yang diajar menggunakan kaedah

biasa.”

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Meningkatkan tahap pemahaman murid tahun 6 SK Pinawantai Ranau bagi tajuk

Gerhana Bulan dalam mata pelajaran Sains dengan menggunakan perisian power

point.

ii. Memperbetulkan salah konsep murid terhadap konsep Gerhana Bulan yang sering

tertukar dengan konsep Fasa-Fasa Bulan.

1.4 Kepentingan Kajian

Dapatan daripada kajian ini kelak diharap dapat digunakan oleh panitia sains sekolah dan

guru-guru sains di sekolah ini bagi mengajar konsep-konsep sains yang sukar difahami. Ia juga

boleh boleh digunapakai oleh guru-guru bagi matapelajaran lain sekiranya kaedah ini

bersesuaian dengan tajuk yang mereka ajar. Hasil daripada kajian ini juga akan dibentangkan

pada mesyuarat ketua-ketua panitia sains peringkat zon agar dapatan ini dapat dikongsi bersama

dengan guru-guru dari sekolah sekitar. Hasil kajian juga akan diguna pakai terhadap murid-

murid dari kelas lain untuk memudahkan mereka memahami konsep-konsep sains yang sukar.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini sah hanya untuk murid tahun 6 SK Pinawantai bagi tajuk Gerhana Bulan

Sahaja. Kajian dijalankan dengan menggunakan perisian power point sebagai bahantara

pengajaran dan pembelajaran. Perisian ini memerlukan komputer dan projektor LCD yang

memerlukan tenaga elektrik untuk beroperasi. Oleh itu, kajian ini hanya sesuai dilaksanakan di

sekolah-sekolah yang mempunyai bekalan elektrik sahaja.

Page 4: HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Bab 2 TINJAUAN LITERATUR

Bab ini akan mininjau tentang hasil kajian yang berkaitan dengan keberkesanan

pembelajaran sains berbantukan komputer dalam pengajaran, khususunya perisian PowerPoint.

Antara aspek yang dibincangkan ialah beberapa hasil kajian yang berkaitan dengan penggunaan

kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan perisan komputer dan kesannya terhadap

pencapaian pelajar menguasai konsep dan memahami sains dengan lebih baik dan dapat menarik

minat pelajar terhadap sains serta kelebihan-kelebihan dalam menggunakan perisan multimedia

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran Sains dan Komputer

`Di Malaysia pendidikan komputer telah mula diperkenalkan pada tahun 1993 dengan

melibatkan 60 buah sekolah menengah. Sekolah-sekolah tersebut dibekalkan dengan 20 buah

komputer. Pembelajaran Berbantukan Komputer juga mula berkembang dengan wujudnya

sekolah bestari dan terkini Kementerian Pelajaran telah melaksanakan projek Pembestarian

Sekolah, (Aszoura Salleh, 2007). Menurut Yakop (1985), kaedah pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang mempunyai

kebolehan dan potensi yang berbeza. Pelajar-pelajar yang cerdas boleh belajar dan

menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman mereka. Pelajar

yang lemah pula dapat mempelajarai topik yang sukar dengan berulang-ulang kali sehingga

mereka faham. Ini dapat memotivasikan pelajar yang lemah untuk meningkatkan prestasi

mereka. Sebuah program pendidikan yang lebih dinamik dan interaktif dapat dibina kerana

teknologi multimedia interaktif mempunyai kekuatan untuk berfungsi dalam pelbagai aspek

program pendidikan seperti proses pengajaran, proses pembelajaran, penggunaan masa

pembelajaran, penilaian pencapaian murid, peranan guru, peranan murid dan pengurusan

pendidikan, (Nik Azis Nik Pa, 1997). Menurut Rashidi (1986), kaedah pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru

dan suasana pembelajaran yang sihat, seronaok untuk pelajar. Walau Bagaimanapun, Rashidi

(1986) menyatakan sebenarnya komputer tidak boleh menggantikan guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru sebagai fasilitator atau pembimbing yang

bertanggungjawab untuk mengerakkan dan menghidupkan perbincangan dan penerokaan ilmu

dikalangan pelajar. Pelajar dikehendaki mentafsir sendiri melalui garis panduan yang diberikan

Page 5: HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

oleh guru, (Thomas, 1994). Memandangkan penggunaan komputer telah berkembang dengan

pesat, maka tumpuan seharusnya diberikan untuk menghasilkan produk yang menggunakan

perisian yang berkualiti (Yusuf Hashim, 1998). Oleh yang demikian kaedah ini wajar dijalankan

bagi meninjau keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.

Pembelajaran Sains dan Perisian PowerPoint

William & louis (1993) mendefinisikan perisian sebagai jujukan suruhan yang terperinci.

Ia direka bentuk untuk mengarah komputer melaksanakan fungsi-fungsi tertentu untuk

membolehkan komputer menginput, menyimpan, membuat keputusan, mengolah secara

aritmetik dan output data dalam jujukan yang betul. Capron (1996) pula menyatakan perisan

sebagai satu arahan atau aturcara yang dirancang langkah demi langkah untuk menukarkan data

dan maklumat yang menyebabkan kmputer berfungsi. Power Point merupakan salah satu

daripada perisian yang berguna dalam program Microsoft Windows. Secara amnya, Power Point

digunakan sebagai alat persembahan. Perisian ini mempunyai keistimewaanya tersendiri seperti

digunakan untuk membuat slaid persembahan, dapat dimuatkan dengan gambarajah atau grafik

yang menarik, melukis carta atau jadual dengan lebih cepat dan kesan animasi dapat dimasukkan

kepada teks dan objek dalam slaid, (Aszoura Salleh, 2007). Pengguanan Perisian dalam

pembelajaran adalah sebuah alat yang berfungsi untuk menyampai maklumat pembelajaran.

Pembelajaran adalah sebuah proses komunikasi antara murid, guru dan bahan ajar. Komunikasi

tidak akan berjalan tanpa bantuan alat penyampai maklumat. Penggunaan perisian yang baik

harus memenuhi beberapa syarat. Ia seharusnya dapat meningkatkan motivasikan pelajar, harus

dapat merangsang murid meningat apa yang sudah dipelajari selain memberikan rangsangan

untuk ilmu baru dan juga akan mewujudkan murid yang aktif. Menurut Leong Mei (1998),

kelebihan penggunaan komputer (PowerPoint) dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara

umumnya ialah

1. Paparan Menarik

Kombinasi warna dan muzik yang tepat menghasilkan paparan yang menarik. Penggunaan

permainan dan susunan teks yang teratur akan memberikan persembahan yang menarik.

Semua ini dapat menghasilkan cara pembelajaran yang berkesan.

Page 6: HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

2. Sikap Positif

Perisian ini mempunyai ciri interaksi dengan murid secara tidak langsung dapat memotivasi

murid menjadi aktif. Ini dapat mengatasi sikap murid yang negatif dan menggalakkan murid

mengambil bahagian dalam perhubungan pelajaran.

3. Membantu Murid Lemah

Murid yang lemah boleh belajar mengikut keupayaanya. Murid boleh mengulangkaji

pelajaran sehingga berjaya memahami konsep-konsep yang diajar

4. Membantu Dalam Pemahaman

Bantu murid faham dengan cepat. Ini kerana pengguanan grafik, animasi, warna, muzik,

simulasi dan dialog akan mempercepatkan lagi proses pemahaman perkara-perkara atau

konsep-konsep yang ingin disampaikan dengan berkesan.

5. Jangka Masa Pendek

Seorang murid berupaya memahami sesuatu konsep dengan kaedah pembelajaran

berbantukan PowerPoint berbanding konvensional. Ini kerana penggunaan PowerPoint

berupaya memberi motivasi dalam pembelajaran pelajar.

6. Mutu dan Perhatian

Penggunaan PowerPoint membantu tugas yang biasanya dilakukan oleh guru. Perhatian yang

lebih dapat diberikan kepada kepekaan seseeorang murid. Guru mempunyai masa yang lebih

untuk memperbaiki mutu bahan murid serta merancang menghasilkan perisian yang lebih

baik untuk kesesuaian pegajaran dan pembelajaran mengikut tahap muri-muridnya.

Multimedia ialah kombinasi grafik, bunyi, video, teks dan animasi yang menghasilkan

persembahan yang menajjubkan. Mutimedia mempunyai interaktif yang tinggi maka ia

digunakan dalam program yang memerlukan interaksi guru. Pelajar sekolah berinteraksi melalui

multimeia untuk memperoleh pengetahuan yang berguna dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mereka (Zackeriya, 1995). Kajian yang dilaksanakan di sekolah-sekolah daerah

Sacramento, Carlifornia, Ameriak Syarikat bermula tahun 1987 telah membuktikan bahawa

Page 7: HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

multimedia telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

memuaskan. Bahan pelajaran adalah mudah untuk difahami dan juga kaedah penyampaian pula

lebih menyeronokkan melalui multimedia. Kombinasi pelbagai media dalam penerangan

memberi penjelasan yang lebih menyeluruh tentang sesuatu konsep, proses atau kejadian.

Program multimedia telah membolehkan pelajar mengambil bahagian yang lebih aktif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (Floyd, 1991).

Proses pengajaran dan pembelajaran kerap terhalang dimana maklumat atau pengetahuan

konsep yang disampaikan oleh guru tidak mampu diterima oleh pelajar-pelajarnya. Pelajar tidak

akan dapat menunjukkan perkembangan dalam perubahan tingkah lakunya. Kegagalan

penyampaian maklumat guru kepada pelajar menyebabkan pelajar tidak mampu mentafsir diri

dalam kehidupannya dan seterusnya tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri apa lagi untuk

membantu pihak lain. Sehubungan dengan itu, proses pengajaran perlu mampu mendorong

pembelajran ke peringkat yang maksimum. Untuk itu pembelajaran perlu berada dalam proses

yang sistematik dan praktikal sehingga dapat mendorong pemahaman yang tinddi di kalangan

pelajar. Salah satu usaha untuk meningkatkan keberkesananan dan kualiti terhadap ilmu

pengetahuan yang disampaikan oleh guru dan dapat diterima dengan pemahaman yang tinggi

oleh pelajar ialah pengguanaan komputer iaitu perisian PowerPoint dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini terbukti dengan kajian-kajian yang telah dijalankan sebelum ini, di mana

pengunaan perisian ini mampu meningkatkan pemahaman konsep pelajar terutamanya dalam

mata pelajaran sains.

Sebagai seorang guru, perisian persembahan elektronik boleh membantu guru

mengukuhkan dan meningkatkan keberksesannan pengajatannya. Pelbagai Fungsi yang terdapat

dalam perisian ini seperti corak teks, grafik, animasi, audio dan video boleh dintegrasikan dalam

membina slaid persembahan yang mampu menarik minat pelajar. Bagi aktiviti pembelajran,

perisian ini amat sesuai digunakan sebagai salah satu alat dalam aktiviti kumpulan. Secara tidak

langsung pelajar boleh menunjukkan kreativiti masing-masing dalam persembahan

perbincangan, (Modul: Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran). Ulasan daripada How

Stuff Works (2005) menyatakan bahawa Microsoft PowerPoint adalah aplikasi yang amat

bermanafaat dalam menyampaikan maklumat. Aplikasi ini amat memudahkan pengguna kerana

terdapat banyak templet dan pakej persembahan yang boleh digunakan oleh pengguna sebagai

permulaan. How Stuff Works (2005) juga menambah, bahawa keupayaan Microsoft PowerPoint

Page 8: HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

yang boleh diintegrasikan dengan media lain seperti audio dan video amat membantu dalam

penyampaian maklumat. Namun begitu, bahan yang digunakan dalam persembahan mestilah

relevan dengan mata pelajran dan aktiviti yang dijalankan, jika tidak ia tidak akan dapat

membantu guru dalam keberkesanan pengajarannya dan pelajar secara khusus dalam pemahaman

pelajarannya.

Penutup

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa

Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial,

rohaniah, psikologi dan budaya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu

mencapai sembilan cabaran utam dalam Wawasan 2020. Salah satu matlamat teknolgi maklumat

di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun pada tahun 2020. Cabarab daripada

sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti

mewujudkan

.....masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja

menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penymbang kepada dunia sains dan

teknologi pada masa depan....

(Mahatihir Mohamad,1998)

Sehubungan dengan itu, untuk mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif bagi

menyahut Wawasan 2020, pelajar mestilah menguasai konsep-konsep sains dengan baik. Hal ini

dapat dicapai dengan bantuan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi

yang paling berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran konsep sains adalah perisian

PowerPoint.

Page 9: HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Bab 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk kajian

Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah reka bentuk kajian Kuantitatif

berbentuk eksperimen. Rekabentuk ini juga dikenali sebagai kajian bandingan kumpulan. Dalam

kajian ini murid-murid akan dibahagikan secara rawak kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan

kumpulan B. Kumpulan A akan diajar dengan menggunakan kaedah baru iaitu pengajaran

menggunakan perisian power point (kumpulan Rawatan) manakala kumpulan B akan diajar

menggunakan kaedah pengajaran biasa (Kumpulan Kawalan). Selepas aktiviti pengajaran dan

pembelajaran tamat, hasil eksperimen ini akan diukur seperti pencapaian akedemik yang boleh

diukur melalui ujian. Analisis statistik digunakan untuk membandingkan pencapaian murid-

murid dalam kedua-dua kumpulan.

3.2 Sampel kajian

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid tahun 6

SK Pinawantai, Ranau yang terdiri daripada 25 orang. Senarai murid tersebut adalah seperti

berikut:

Kumpulan A

Bil Nama Tahap Akedemik

01 ALY ELLVIANI RESININ SEDERHANA

02 ANGGLIA MAICOL BAIK

03 AUSTIN ROBIN LEMAH

04 EMILDA EMILY JOENEH BAIK

05 DELPIAN POLINUS SEDERHANA

06 DEWANA PETER BAIK

07 DEWI NAZIRAH JOHNNY LEMAH

08 FAYRES IMIN LEMAH

09 HAZREL LUSSIUS SEDERHANA

10 JABILI JUANIS LEMAH

11 JEBRAIL KILOU LEMAH

12 JELICA GESIKIN BAIK

13 JULIKA JUANIS SEDERHANA

Page 10: HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Kumpulan B

Bil Nama Tahap Akedemik

01 JULAINEY JANING LEMAH

02 MICKLEY MELIK SEDERHANA

03 MOHD. ADERIAN JAUNIE BAIK

04 MOHD.JOHAIMIE JOHS SEDERHANA

05 REDDY SAIMIN LEMAH

06 SABRINA SURUGAU LEMAH

07 VERS CHARLVES YELIS BAIK

08 VONNIE VICTOR VINSON BAIK

09 KARTINI EPIL SEDERHANA

10 HELENCE SYLVESTER LEMAH

11 WAN EVA KARINA SU SEDERHANA

12 NIERY ASYIRA JAIBI BAIK

3.3 Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan 2 instrumen soalan untuk menilai tahap keberkesanan program.

Bagi instrumen 1, kaedah ujian pra dan ujian pos digunakan terhadap kedua-dua kumpulan

responden. Instrumen 1 ini digunakan untuk mengukur tahap pemahaman murid terhadap tajuk

yang diajar dan bagi mengukur keberkesanan program rawatan yang digunakan. Perjalanan ujian

adalah seperti berikut:

Kumpulan A (Kumpulan Rawatan) : Ujian pra > rawatan> Ujian pos.

Kumpulan B (Kumpulan Kawalan) : Ujian pra > Ujian pos.

Contoh soalan bagi ujian pra dan Ujian pos adalah seperti dalam lampiran.

Instrumen 2 pula menggunakan kaedah soal-selidik. Instrumen 2 ini digunakan untuk

mengukur tahap minat murid kepada kaedah yang digunakan untuk program rawatan. Ujian ini

dijalankan hanya untuk kumpulan A iaitu kumpulan rawatan sahaja. Contoh soalan soal –selidik

ini adalah seperti dalam lampiran.

Page 11: HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

3.4 Prosedur Pengumpulan data.

Memandangkan kajian ini dijalankan disekolah sendiri dan responden adalah terdiri

daripada murid sendiri maka guru kelas bagi matapelajaran yang dikaji akan menjalankan semua

aktiviti memberi ujian dan pengumpulan data secara bersendirian tanpa bantuan guru lain atau

individu lain. Guru hanya perlu memaklumkan dan meminta kebenaran daripada Guru Besar

sekolah agar aktiviti yang dijalankan tidak menggangu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Berikut adalah jadual kerja tarikh ujian dan pengumpulan data bagi kajian ini.

Aktiviti Julai 2013 Ogos 2013 Sept 2013 Oktober

2013

November

2013

Menulis kertas cadangan kajian. X

Membina instrumen kajian.

Mendapatkan kebenaran daripada

pentadbir sekolah untuk menjalankan

kajian di sekolah.

X

X

Menjalankan ujian dan mengutip data X

Analisis data X

Menulis laporan kajian X

Page 12: HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

3.5 Analisis Data

Bagi instrumen 1, data yang diperolehi akan dianalisis dengan mengira statistik peningkatan

pencapaian markah murid bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Statistik markah harus

menunjukkan peningkatan yang tinggi bagi kumpulan rawatan daripada kumpulan kawalan

untuk menunjukkan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran rawatan tersebut adalah

berkesan. Jadual dibawah menunjukkan pengiraan markah responden untuk penilaian tersebut.

Kumpulan A (Rawatan)

Bil Nama Markah ujian pra Markah ujian pos % peningkatan

01 ALY ELLVIANI RESININ

02 ANGGLIA MAICOL

03 AUSTIN ROBIN

04 EMILDA EMILY JOENEH

05 DELPIAN POLINUS

06 DEWANA PETER

07 DEWI NAZIRAH JOHNNY

08 FAYRES IMIN

09 HAZREL LUSSIUS

10 JABILI JUANIS

11 JEBRAIL KILOU

12 JELICA GESIKIN

13 JULIKA JUANIS

Jumlah %

peningkatan

X

Page 13: HBEF2503- Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Kumpulan B (Kawalan)

Bil Nama Markah ujian pra Markah ujian pos % peningkatan

01 JULAINEY JANING

02 MICKLEY MELIK

03 MOHD. ADERIAN JAUNIE

04 MOHD.JOHAIMIE JOHS

05 REDDY SAIMIN

06 SABRINA SURUGAU

07 VERS CHARLVES YELIS

08 VONNIE VICTOR VINSON

09 KARTINI EPIL

10 HELENCE SYLVESTER

11 WAN EVA KARINA SU

12 NIERY ASYIRA JAIBI

Jumlah %

peningkatan

Y

Perbandingan = % X > %Y

Bagi pengiraan instrumen 2, data yang diperolehi akan dianalisis dengan mengira

peratusan murid- murid yang menyukai dan tidak menyukai kaedah yang telah digunakan.

Instrumen ini hanya dijawab oleh murid-murid dalam kumpulan rawatan. Sebarang penambah-

baikan kaedah pengajaran dan pembelajaran rawatan juga boleh diperolehi melalui data yang

didapati daripada instrumen ini.

Peratus murid yang suka

kaedah powerpoint

Peratus murid yang tidak suka

kaedah powerpoint