26
HUBUNGAN ANTARA KESERASIAN PERSONALITI-PERSEKITARAN DENGAN MINAT BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR JURUSAN SAINS TAHUN LIMA FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KONG YEAN FAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

HUBUNGAN ANTARA KESERASIAN PERSONALITI-PERSEKITARAN

DENGAN MINAT BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR JURUSAN SAINS

TAHUN LIMA FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA

KONG YEAN FAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat
Page 3: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat
Page 4: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

HUBUNGAN ANTARA KESERASIAN PERSONALITI-PERSEKITARAN

DENGAN MINAT BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR JURUSAN SAINS

TAHUN LIMA FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA

KONG YEAN FAH

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2006

Page 5: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat
Page 6: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat

Ibu yang tersayang

Yap Sien Tio

Terima kasih atas segala pengorbanan dan didikanmu.

Abang dan kakak sekeluarga yang dikasihi

Suami yang tercinta

Moh Heng Yiing

Bertuah dan bersyukur dapat mengenalimu.

Dan buat para pensyarah serta sahabat handai yang dihormati dan dikasihi.

Terima kasih atas segala jasa, bimbingan dan dorongan yang dihulurkan

Page 7: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

iv

PENGHARGAAN

Pelbagai pihak telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam

usaha membantu penyelidik melengkapkan Projek Sarjana Muda ini. Di sini,

penyelidik ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Puan Yeo Kee Jiar atas

bimbingan, dorongan serta kritikan bermakna yang diberikan.

Selain itu, sekalung budi juga ditujukan kepada Dr. Tan Soo Yin yang banyak

membantu penyelidik dalam penulisan bab 1, 2, dan 3. Di samping itu, jutaan terima

kasih juga diucapkan kepada Prof. Madya Tuan Syed Mohamed Shafiq bin Syed

Mansor dan Cik Mastura Mahfar dari Unit Bimbingan dan Kaunseling Universiti

Teknologi Malaysia atas bimbingan dan penjelasan mereka dalam membantu

penyelidik menganalisis data kajian.

Tidak lupa juga kepada ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang turut

membantu penyelidik dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Ribuan terima

kasih diucapkan kepada mereka atas segala nasihat, dorongan serta motivasi yang

diberikan.

Tanpa sokongan, dorongan, bimbingan serta bantuan yang dihulurkan oleh

pihak-pihak yang dinyatakan di atas, sudah tentu Projek Sarjana Muda ini tidak dapat

dilengkapkan dalam masa yang ditetapkan. Maka, sekali lagi penyelidik dengan

ikhlas mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat. Semoga

mereka hidup bahagia.

Page 8: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap

keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat belajar, dan hubungan antara

keserasian personaliti-persekitaran dengan minat belajar di kalangan pelajar jurusan

sains. Teori yang menjadi dasar kepada kajian ini ialah Teori Kerjaya Holland.

Untuk mencapai objektif kajian ini, seramai 140 orang pelajar jurusan sains tahun

lima di Fakulti Pendidikan telah dipilih sebagai responden kajian. Pemilihan

responden adalah secara rawak berlapis mengikut kursus. Soal selidik Self-Directed

Search (SDS) versi terjemahan Amla (1984) telah digunakan untuk mengkaji pola

personaliti-persekitaran pelajar. Tahap keserasian personaliti-persekitaran pula

ditentukan menerusi Indeks Kongruen Iachan. Bagi mengkaji tahap minat belajar,

instrumen kajian yang terdiri daripada 20 item berskala Likert dengan nilai

kebolehpercayaan 0.8558 telah digunakan. Menurut dapatan kajian, pola personaliti-

persekitaran bagi pelajar lelaki jurusan sains ialah ISR. manakala bagi pelajar

perempuan ialah SIA. Indeks keserasian personaliti-persekitaran lelaki berada pada

tahap padanan yang baik manakala perempuan mempunyai tahap hampir padan

sahaja. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan menunjukkan perbezaan yang

signifikan dari segi jenis personaliti Realistik, Enterprising, dan Konvensional.

Sebaliknya, mereka tidak menunjukkan perbezaan signifikan dalam jenis personaliti

Investigatif, Artistik, dan Sosial. Tahap keserasian personaliti-persekitaran mereka

didapati tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Secara keseluruhannya, minat

belajar di kalangan pelajar jurusan sains didapati berada pada tahap sederhana.

Terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari

segi tahap minat belajar. Akhir sekali, tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara tahap indeks keserasian personaliti-persekitaran dengan tahap minat belajar di

kalangan pelajar jurusan sains.

Page 9: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

vi

ABSTRACT

This study applied Holland’s vocational theory in order to determine the

personality-environment types of science students and the congruence index of

personality-environment. Incidentally, Holland’s vocational theory is one of the

powerful tools in helping individual to determine their personality types. Results

obtained were correlated with the level of interest in learning. This study involved

140 final year science students in Faculty of Education. In order to determine

students’ personality types, Self-Directed Search (SDS) translated by Amla (1984)

was used. The index of congruence was determined using Iachan Congruence Index.

Meanwhile, the level of interest in learning was determined using 20 items in Likert

Scale which has the reliability value of 0.8558. Results showed that the personality-

environment type for male students is ISR, while for the female students is SIA. The

congruence index obtained for the male students is well congruence while for the

female students is closely congruence. Besides that, male and female students

showed a significant difference in Realistic, Enterprising and Conventional types of

personality. However, this did not occur for Investigative, Artistic and Social types

of personality. Additionally, there was also no significant difference between male

and female students in the index of congruence. The level of interest in learning

obtained for the final year science students was moderate. Male and female students

also showed a significant difference in the level of interest in learning. In general,

there was no relationship between the index of congruence and the level of interest in

learning among them.

Page 10: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

1

PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN PENGAKUAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN PENYELIDIK

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI JUDUL

SENARAI RAJAH

SENARAI SIMBOL

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

1.7 Rasional Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

1.8.1 Kepentingan Kepada Pelajar

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xv

xvi

xvii

1

2

5

5

6

7

8

8

9

Page 11: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

viii

2

3

1.8.2 Kepentingan Kepada Institusi Pengajian

Tinggi

1.8.3 Kepentingan Kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia

1.9 Batasan Kajian

1.10 Definisi Konsep Dan Operasional

1.10.1 Keserasian

1.10.2 Personaliti

1.10.3 Persekitaran

1.10.4 Minat

1.10.5 Pelajar

1.11 Penutup

TINJAUAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Kerangka Teori Kajian

2.2.1 Teori Tipologi John Holland

2.3 Kajian Lepas Dalam Negeri

2.4 Kajian Lepas Luar Negara

2.5 Penutup

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Bahagian A: Butir-butir Peribadi

Responden

3.4.2 Bahagian B: Borang Self-Directed Search

(SDS-E)

3.4.3 Bahagian C: Minat Belajar

9

10

10

11

11

12

13

14

15

15

16

17

17

22

26

30

31

32

33

34

35

35

39

Page 12: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

ix

4

3.5 Prosedur Mengumpul Data Kajian

3.6 Kajian Rintis

3.7 Analisis Data

3.7.1 Analisis Deskriptif

3.7.2 Analisis Inferensi

3.8 Penutup

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Deskriptif Butir-butir Peribadi Responden

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Agama

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kursus

4.3 Analisis Deskriptif Pola Personaliti-persekitaran

Responden

4.3.1 Pola Personaliti-persekitaran Bagi

Responden Lelaki Dan Perempuan

4.4 Analisis Tahap Indeks Keserasian Personaliti-

persekitaran Mengikut Jantina

4.4.1 Tahap Indeks Keserasian Personaliti-

persekitaran Bagi Lelaki

4.4.2 Tahap Indeks Keserasian Personaliti-

persekitaran Bagi Perempuan

4.4.3 Kod Tiga Huruf Dan Indeks Keserasian

Personaliti-persekitaran Responden

Mengikut Jantina

4.4.3.1 Kod Tiga Huruf Dan Indeks

Keserasian Personaliti-persekitaran

Bagi Responden Lelaki

41

42

42

42

43

44

45

46

46

47

47

48

49

50

50

52

52

53

54

54

Page 13: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

x

5

4.4.3.2 Kod Tiga Huruf Dan Indeks

Keserasian Personaliti-persekitaran

Bagi Responden Perempuan

4.5 Analisis Deskriptif Tahap Minat Belajar

Responden

4.5.1 Tahap Minat Belajar Bagi Responden

Lelaki Dan Perempuan

4.6 Analisis Inferens Terhadap Hipotesis Nol

4.6.1 Menguji Hipotesis Nol1

4.6.2 Menguji Hipotesis Nol2

4.6.3 Menguji Hipotesis Nol3

4.6.4 Menguji Hipotesis Nol4

4.6.5 Menguji Hipotesis Nol5 4.6.6 Menguji Hipotesis Nol6

4.6.7 Menguji Hipotesis Nol7

4.6.8 Menguji Hipotesis Nol8

4.6.9 Menguji Hipotesis Nol9

4.7 Penutup

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Kesimpulan

5.2.1 Taburan Responden

5.2.2 Perbandingan Antara Kod Tiga Huruf

Penyelidik Dengan Kod Tiga Huruf

Holland

5.2.3 Perbezaan Dalam Tahap Indeks Keserasian

Personaliti-persekitaran Pelajar Lelaki dan

Perempuan

5.2.4 Perbezaan Jenis Personaliti Antara Pelajar

Lelaki Dan Perempuan

56

57

57

58

59

59

60

61

62

63

64

64

65

66

68

69

69

70

72

74

Page 14: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

xi

5.2.5 Perbezaan Tahap Minat Belajar Antara

Pelajar Lelaki Dan Perempuan

5.2.6 Hubungan Antara Tahap Keserasian

Personaliti-persekitaran Dengan Tahap

Minat Belajar

5.3 Implikasi Kajian

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Penutup

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN

Lampiran A-E

76

77

78

81

82

84

87-101

Page 15: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK MUKA SURAT

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7

Penentuan saiz sampel mengikut kursus Pengujian kebolehpercayaan SDS-E versi terjemahan Amla (Sumber Tan, 2002) Pecahan item dalam alat kajian Self-Directed Search (SDS-E) versi terjemahan Amla Contoh pemberian skor bagi SDS-E Skor penentuan tahap indeks kongruen Taburan item bagi minat belajar Penentuan tahap minat belajar responen Klasifikasi kekuatan korelasi Rowntree (1981) Taburan responden mengikut jantina Taburan responden mengikut umur Taburan responden mengikut bangsa Taburan responden mengikut agama Taburan esponden mengikut kursus Min skor bagi jenis personaliti Responden mengikut jantina Penentuan skor indeks keserasian personaliti-persekitaran lelaki

34 36 37 38

39 40 40 44 46 47 48 48 49 51

52

Page 16: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

xiii

4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 4.18

Penentuan skor indeks keserasian personaliti-persekitaran perempuan Tahap indeks keserasian personaliti-persekitaran bagi responden lelaki dan perempuan Kod tiga huruf dan indeks keserasian personaliti-persekitaran bagi responden lelaki Kod tiga huruf dan indeks keserasian personaliti-persekitaran bagi responden perempuan Tahap minat belajar responden mengikut jantina Prosedur independent samples t-test menguji perbezaan jenis personaliti Realistik antara responden lelaki dan perempuan Prosedur independent samples t-test menguji perbezaan jenis personaliti Investigatif antara responden lelaki dan perempuan Prosedur independent samples t-test menguji perbezaan jenis personaliti Artistik antara responden lelaki dan perempuan Prosedur independent samples t-test menguji perbezaan jenis personaliti Sosial antara responden lelaki dan perempuan Prosedur independent samples t-test menguji perbezaan jenis personaliti Enterprising antara responden lelaki dan perempuan Prosedur independent samples t-test menguji perbezaan jenis personaliti Konvensional antara responden lelaki dan perempuan

53

54 55 56 58 59 60 61 61 62

63

Page 17: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

xiv

4.19 4.20 4.21 5.1 5.2 5.3

Prosedur independent samples t-test menguji perbezaan tahap minat belajar antara responden lelaki dan perempuan Prosedur independent samples t-test menguji perbezaan tahap indeks keserasian personaliti-persekitaran antara responden lelaki dan perempuan Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara tahap indeks keserasian personaliti-persekitaran dengan tahap minat belajar Kod tiga huruf penyelidik berbanding kod tiga huruf Holland mengikut jantina Perbezaan indeks keserasian personaliti-persekitaran mengikutjantina Keputusan ujian korelasi Pearson ke atas tahap keserasian personaliti-persekitaran dan tahap minat belajar

64 65 66 70 72 78

Page 18: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 2.2

Gaya personaliti dan persekitaran kerja berdasarkan teori kerjaya Holland (Zunker, 2002) Model heksagon jenis personaliti dan persekitaran pekerjaan Holland

19

21

Page 19: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

xvi

SENARAI SINGKATAN

UTM = Universiti Teknologi Malaysia

SPK = Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPC = Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Kimia)

SPP = Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPF = Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Fizik)

SPN = Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Sains)

SPSS = Statistical Packages for Social Sciences

KPM = Kementerian Pelajaran Malaysia

IPT = Institusi Pengajian Tinggi

Page 20: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

B

C

D

E

Set soal selidik

Pengesahan status pelajar

Pengesahan Bahagaian C soal selidik

Kebolehpercayaan Bahagian C soal

selidik

Jadual penentuan saiz sampel Krejcie

dan Morgan (1970)

87

98

99

100

101

Page 21: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Insan ciptaan Tuhan yang Maha Esa di dunia ini adalah begitu istimewa dan

mengkagumkan. Setiap insan dilahirkan dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-

ciri ini, sama ada luaran mahupun dalaman, adalah unik dan berbeza-beza antara satu

insan dengan insan yang lain. Menurut Kamaruddin Hj. Hussin (1996) (dalam Yong,

1998) tiada seorang pun, termasuk kembar seiras, yang benar-benar menyamai antara

satu sama lain, khasnya dari segi tingkah lakunya. Tingkah laku setiap insan

berbeza-beza kerana setiap insan mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti

seseorang dapat dibayangkan oleh kecenderungannya untuk bertingkah laku

mengikut cara tertentu.

Personaliti seseorang individu adalah kompleks dan boleh berubah-ubah

mengikut peredaran masa dan juga pengaruh tertentu sama ada pengaruh dalaman

mahupun pengaruh luaran. Menurut Asmawati Baharuddin dan Norhalim Ibrahim

(1996) (dalam Yong 1998), personaliti merupakan natijah kepada interaksi faktor

genetik dan faktor persekitaran. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi

personaliti adalah seperti baka dan keturunan, aspek-aspek fizikal, fisiologi, dan

biokimia, pengaruh endokrin, proses pertumbuhan, kematangan, dan pembesaran.

Selain itu, personaliti juga dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti pengaruh ibu

bapa dan keluarga, guru-guru, media massa, faktor sosial dan kebudayaan,

pengalaman hidup, kerencatan fizikal dan mental serta reaksi terhadap penyakit.

Page 22: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

2

Di samping itu, Habibah dan Noran (1997) (dalam Nooraini, 2002) juga

melaporkan bahawa personaliti seseorang itu bergantung kepada interaksi beberapa

faktor termasuklah faktor baka dan juga pengaruh persekitaran yang merangkumi

didikan keluarga terutamanya ibu bapa, budaya, dan perbezaan kaum.

Kajian yang terbaru juga menunjukkan bahawa selain faktor baka (dalaman)

dan faktor persekitaran (luaran), personaliti seseorang juga dipengaruhi oleh keadaan

atau situasi. Faktor ini dikatakan akan mempengaruhi kesan baka dan persekitaran

ke atas personaliti. Walaupun personaliti seseorang individu adalah stabil dan

konsisten, namun ia tetap berubah mengikut perbezaan situasi. Contohnya tingkah

laku seseorang individu semasa menghadiri temubual sudah tentu berbeza dengan

tingkah laku semasa berkelah di taman awam.

Memandangkan insan ciptaan Tuhan ini adalah begitu kompleks dengan

personaliti masing-masing yang unik dan istimewa, maka pelbagai kajian tentang

personaliti telah dijalankan sejak dari dulu lagi untuk menghasilkan teori-teori

personaliti yang boleh membantu kita memahami dan menerangkan pelbagai aspek

personaliti.

1.2 Latar Belakang Masalah

Melanjutkan pelajaran ke menara gading boleh dikatakan merupakan impian

semua orang. Walau bagaimanapun, pemilihan kursus yang bersesuaian dengan

personaliti diri merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan

memandangkan pengajian di institusi pengajian tinggi merupakan satu persediaan

dan persiapan seseorang individu untuk berkecimpung dalam dunia pekerjaan kelak.

Persekitaran belajar yang bersesuaian dengan jenis personaliti dan minat

seseorang individu akan menjamin kepuasan dan kejayaan kepada indvidu berkenaan

di sepanjang pengajiannya.

Page 23: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

3

Ini bertepatan dengan Teori Kerjaya Holland yang menekankan keserasian

personaliti-persekitaran untuk mencapai kepuasan yang tinggi. Contohnya menurut

Holland, jika individu dengan personaliti jenis sosial diletakkan dalam persekitaran

jenis sosial, individu berkenaan akan dapat menunjukkan kecekapan dan minat yang

tinggi dan seterusnya mencapai kepuasan dalam persekitaran tersebut. Begitu juga

dalam soal pembelajaran. Pelajar-pelajar yang belajar dalam persekitaran atau

suasana yang sesuai dengan minat, keinginan dan personaliti mereka akan

menunjukkan semangat dan motivasi belajar yang tinggi untuk mencapai kejayaan

dalam pembelajaran mereka.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, isu pengangguran begitu

hangat diperdebatkan memandangkan para graduan institusi pengajian tinggi tidak

mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian mereka (Berita Portal Pendidikan, 13

Jun 2005). Pernahkah anda terfikir mengapakah perkara sebegini berlaku? Selain

faktor gaji, minat, tempat kerja dan sebagainya, adakah isu ini juga berkaitan dengan

personaliti seseorang individu itu?

Selain itu, daripada pengalaman penyelidik sendiri sebagai pelajar sains di

Fakulti Pendidikan dan juga bakal guru sains, sering kali terdengar rungutan daripada

segelintir pelajar yang mengatakan mereka tidak berminat untuk menjadi guru, tidak

berpuas hati dengan pencapaian akademik, sesetengah subjek pengkhususan susah

untuk difahami, malas menghadiri kuliah, ingin menukar kursus pengajian dan

sebagainya. Malah jika persoalan “Adakah anda benar-benar berminat dan bersedia

menjadi guru sains?” ditanyakan kepada mereka, jangan hairanlah sekiranya ada di

kalangan mereka ini yang menjawab “TIDAK”. Menurut mereka ini, menjadi guru

bukan pilihan utama mereka. Kebanyakan mereka memilih kursus pendidikan

kerana faktor paksaan keluarga, hendak ikut kawan, tertarik dengan kebajikan yang

boleh dimiliki oleh guru, tidak mahu menganggur selepas tamat pengajian dan

sebagainya.

Walau bagaimanapun, menjadi seorang guru yang baik pada abad ke-21 ini

sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi menjadi seorang

guru sains yang betul-betul berkelayakan.

Page 24: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

4

Peranan guru kini tidak hanya terbatas kepada menyampaikan ilmu semata-mata,

malah melampaui istilah guru sendiri. Selain melayan pelbagai karenah pelajarnya,

guru juga perlu melaksanakan pelbagai tanggungjawab mengenai perkara yang

berhubungkait dengan pelajar seperti menyelesaikan masalah disiplin, program

kaunseling, menjalankan aktiviti ko-kurikulum dan mengadakan kelas bimbingan

(Tee, 2003). Sufean Husin (1993) (dalam Tee, 2003) telah menggariskan beberapa

peranan guru, iaitu sebagai agen pemangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan

pelajar, fasilitator dalam pembelajaran pelajar, penggerak kepada usaha pelajar,

pembimbing dan model, pengurus dan pengatur keadaan yang sesuai dengan

pengajaran dan pembelajaran serta pembuat keputusan dengan peluang-peluang yang

ada untuk kebajikan pelajar.

Daripada Sufean Husin (1993), tidak dapat kita nafikan bahawa guru

bukanlah satu pekerjaan yang senang seperti yang disangkakan oleh orang ramai

selama ini. Hanya mereka yang betul-betul minat dan berpersonaliti tertentu sesuai

dengan pekerjaan murni ini. Menurut kaunselor dan juga pensyarah dari Fakulti

Pendidikan Universiti Malaya, Hushim Salleh,” orang yang bercita-cita menjadi guru

haruslah mempunyai minat yang mendalam dan personaliti yang bersesuaian dengan

profesion tersebut. Jika tidak, dia tentu akan menganiaya anak muridnya sendiri”

(Berita Bestari, Portal Pendidikan, 13 Jun 2005).

Dengan ini, jelaslah bahawa personaliti masing-masing individu sama ada

sesuai untuk menjadi seorang guru adalah penting untuk menjamin kualiti

pendidikan dan juga kualiti pelajar yang akan dilahirkan kelak. Tetapi, adakah

pelajar-pelajar yang bakal menjadi guru khususnya guru sains yang sangat

diperlukan oleh dunia pendidikan ini benar-benar memiliki personaliti yang sesuai

dengan persekitaran guru sains? Adakah mereka benar-benar bersedia menjadi

seorang guru yang berkelayakan dan professional?

Page 25: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

5

1.3 Pernyataan Masalah

Teori kerjaya Holland telah mendominasi bidang psikologi kerjaya serta

bimbingan dan kaunseling kerjaya sejak dahulu lagi. Teorinya adalah hasil daripada

pengalamannya bekerja sebagai kaunselor kerjaya di USA sejak tahun 1950.

Memandangkan kajian-kajian lepas banyak mengkaji tentang keserasian

personaliti-persekitaran dengan kepuasan dan pencapaian akademik, maka

penyelidik ingin pula mengkaji hubungan di antara keserasian personaliti-

persekitaran dengan satu pemboleh ubah yang baru iaitu minat belajar.

Penyelidik amat berharap kajian ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar-

pelajar sains di Fakulti Pendidikan supaya dapat membuat pilihan yang paling tepat

mengenai hala tuju mereka kelak berdasarkan jenis personaliti masing-masing

supaya tidak timbul masalah keciciran dalam universiti, pengangguran selepas tamat

pengajian dan sebagainya.

1.4 Objektif kajian

Penyelidik telah menggariskan empat objektif untuk dicapai menerusi kajian

ini. Objektif-objektif kajian adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

1. Mengenal pasti jenis pola personaliti-persekitaran pelajar-pelajar

jurusan sains tahun lima di Fakulti Pendidikan, UTM.

2. Mengenal pasti tahap keserasian personaliti-persekitaran di kalangan

pelajar jurusan sains tahun lima di Fakulti Pendidikan, UTM.

3. Mengenal pasti tahap minat belajar di kalangan pelajar jurusan sains

tahun lima di Fakulti Pendidikan, UTM.

Page 26: HUBUNGAN KESERASIAN PERSONALITI DAN · PDF filev ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola personaliti-persekitaran, tahap keserasian personaliti-persekitaran, tahap minat

6

4. Mengenal pasti hubungan antara keserasian personaliti-persekitaran

dengan minat belajar di kalangan pelajar jurusan sains tahun lima di

Fakulti Pendidikan, UTM.

1.5 Persoalan Kajian

Melalui kajian yang dilakukan ini, penyelidik berharap dapat mencari

jawapan bagi persoalan-persoalan berikut:

1. Apakah jenis pola personaliti-persekitaran bagi pelajar-pelajar jurusan

sains tahun lima di Fakulti Pendidikan?

2. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dengan pelajar

perempuan jurusan sains tahun lima Fakulti Pendidikan dari segi jenis

personaliti Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan

Konvensional?

3. Apakah tahap keserasian personaliti-persekitaran di kalangan pelajar

jurusan sains tahun lima di Fakulti Pendidikan?

4. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dengan pelajar

perempuan jurusan sains tahun lima Fakulti Pendidikan dari segi

tahap keserasian personaliti-persekitaran?

5. Apakah tahap minat belajar di kalangan pelajar jurusan sains tahun

lima Fakulti Pendidikan?

6. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dengan pelajar

perempuan jurusan sains tahun lima Fakulti Pendidikan dari segi

tahap minat belajar?

7. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara keserasian

personaliti-persekitaran dengan minat belajar di kalangan pelajar

jurusan sains tahun lima, Fakulti Pendidikan?