47
IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR UTHM NORIYANI BINTI DOMAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JULAI 2017

IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PELAJAR PESISIR UTHM

NORIYANI BINTI DOMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JULAI 2017

Page 2: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Teristimewa buat seisi keluarga dan teman-teman yang sentiasa memberi dorongan

dalam menjayakan projek sarjana ini. Bingkisan ilmu ini dititipkan khas untuk :

Suami tercinta,

Mohamad Afiq Bin Salamat

Ayahanda dan bonda tercinta,

Doman Bin Arman & Paijah Binti Ahmad

Salamat Bin Othman & Kamidah Binti Idris

Anak-anak tercinta,

Nur Auni Aqilah Binti Mohamad Afiq

Muhammad Alif Aiman Bin Mohamad Afiq

Penyelia, Dr. Irwan Mahazir Bin Ismail

Keluarga dan teman-teman seperjuangan.

Segala dorongan dan pengorbanan anda tidak mampu diungkapkan dengan

kata-kata. Jasa kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat.

Terima kasih untuk segalanya.

Page 3: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat

Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menyempurnakan

projek sarjana ini dengan jayanya. Saya juga ingin menyatakan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Dr. Irwan Mahazir bin

Ismail yang telah banyak membimbing dan membantu sepanjang menjalankan projek

sarjana ini.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya diucapkan kepada panel penilai iaitu

Dr. Mohd Hasril bin Amiruddin dan En. Hairuddin bin Harun yang telah memberi

idea dan pandangan bagi menyempurnakan projek ini. Terima kasih juga diucapkan

kepada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), terutama staf dari

Pusat Pendidikan Berterusan (CAD) yang membantu untuk saya mendapatkan

maklumat dalam melengkapkan projek sarjana ini.

Akhir sekali, terima kasih ditujukan kepada keluarga, rakan seperjuangan dan

semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

membantu menjayakan projek sarjana ini.

Sekian, terima kasih.

Page 4: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

v

ABSTRAK

Perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah memberi perubahan terhadap

sistem pengajaran terutama dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P). Kemajuan dalam aplikasi teknologi seperti google apps telah banyak

memberi impak positif dalam bidang pengajaran yang dijadikan medium dalam

menyampaikan maklumat. Namun begitu, pelajar tidak mempunyai sikap motivasi

yang tinggi untuk mempelajari sesuatu suasana pembelajaran baru yang berasaskan

teknologi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap motivasi terhadap

penggunaan google apps, tahap literasi komputer dan hubungan antara tahap

motivasi terhadap tahap literasi komputer pelajar pesisir UTHM. Reka bentuk kajian

ini adalah tinjauan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik

sebagai instrumen dan data dianalisis melalui skor min bagi menentukan tahap

motivasi dan tahap literasi pelajar serta menggunakan analisis pearson untuk

menentukan hubungan antara tahap motivasi terhadap tahap literasi komputer pelajar

menggunakan Statistical Packages for the Social Science Version 23.0 For Windows

(SPSS). Dapatan kajian ini menjelaskan tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan

google apps dan tahap literasi komputer pelajar berada pada tahap tinggi. Manakala

terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi dalam penggunaan google

drive dan google powerpoint terhadap tahap literasi komputer pelajar. Namun begitu,

tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi dalam penggunaan

google form dan google spreadsheet terhadap tahap literasi komputer pelajar.

Implikasi terhadap kajian ini adalah dapat mengenal pasti tahap motivasi dan tahap

literasi komputer pelajar bagi menentukan strategi pembelajaran yang sesuai untuk

diaplikasikan dalam P&P. Secara umumnya, kajian ini mempertimbangkan

penggunaan google apps dalam membantu proses P&P bagi meningkatkan motivasi

pelajar.

Kata kunci : aplikasi google, motivasi, literasi komputer

Page 5: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

vi

ABSTRACT

The rapid development of technology nowadays has given the changes to the

education system, especially in facilitating the process of teaching and learning

(T&L). Development in technology applications such as google apps have much

positive impact in the field of teaching is used as a medium to deliver information.

However, students do not have a motivation to learn a new learning environment

that is based on technology. The aim of this study was to determine the level of

motivation to use google apps, the level of computer literacy and the relationship

between the level of motivation on the level of computer literacy of part time UTHM

students. The design of this study is review. The study was conducted by using a

questionnaire as an instrument and the data were analyzed by mean scores to

determine the level of motivation and the level of literacy of students and analysis of

Pearson to determine the relationship between the level of motivation on the level of

computer literacy by using the Statistical Package for the Social Science version 23.0

For Windows (SPSS). This study describes the level of students' motivation to use

google apps and computer literacy level is at a high level. While there is a significant

relationship between the level of motivation in the use of google drive and google

powerpoint on the student computer literacy level. However there is no significant

relationship between the level of motivation in the use of google form and google

spreadsheet on the student computer literacy level. The implications of this study was

to identify the level of motivation and the level of computer literacy to determine

appropriate instructional strategies to be applied in T&L. In general, this study

considers the use of google apps in assisting the process of learning to enhance

student motivation.

Keywords: google apps, motivation, computer literacy

Page 6: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

vii

KANDUNGAN

JUDUL i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Tujuan Kajian 12

1.5 Objektif Kajian 12

1.6 Persoalan Kajian 13

1.7 Kerangka Konseptual 13

1.8 Kepentingan Kajian 14

1.9 Skop Kajian 15

1.10 Batasan Kajian 15

1.11 Definisi Istilah 15

1.12 Rumusan 17

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) 18

2.3 Literasi Komputer Dan ICT Dalam P&P 22

Page 7: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

viii

2.4 Google Dalam P&P 25

2.5 Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran 28

2.6 Teori Pembelajaran Behavior 29

2.7 Model Motivasi ARCS 30

2.8 Rumusan 32

BAB 3 METODOLOGI 33

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka bentuk kajian 33

3.3 Lokasi Kajian 34

3.4 Populasi kajian 34

3.5 Persampelan Kajian 34

3.6 Instrumen Kajian 35

3.6.1 Soal Selidik 35

3.6.2 Protokol Temu Bual 37

3.7 Kajian Rintis 37

3.8 Analisis Data 39

3.8.1 Data Kajian 40

3.9 Rumusan 41

BAB 4 DAPATAN KAJIAN 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Tahap Motivasi Pelajar Dalam Penggunaan

Google Apps 44

4.2.1 Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Drive) 44

4.2.2 Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Form) 47

4.2.3 Tahap Motivasi Pelajar Dalam Penggunaan

Google Apps (Google Spreadsheet) 50

4.2.4 Tahap Motivasi Pelajar Dalam Penggunaan

Google Apps (Google Powerpoint) 52

4.3 Tahap Literasi Komputer 55

4.3.1 Tahap Kemahiran Aplikasi Literasi ICT 56

4.3.2 Tahap KemahiranAsas Internet 56

Page 8: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

ix

4.4 Hubungan Tahap Motivasi Pelajar Dalam Penggunaan

Google Apps Terhadap Tahap Literasi Komputer 57

4.4.1 Hubungan Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Drive)

Terhadap Tahap Literasi Komputer 58

4.4.2 Hubungan Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Form)

Terhadap Tahap Literasi Komputer 58

4.4.3 Hubungan Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Spreadsheet)

Terhadap Tahap Literasi Komputer 59

4.4.4 Hubungan Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Powerpoint)

Terhadap Tahap Literasi Komputer 60

4.5 Dapatan Analisis Berdasarkan Temu Bual 60

4.6 Rumusan 63

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 64

5.1 Pengenalan 64

5.2 Perbincangan 64

5.2.1 Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps 65

5.2.2 Tahap Literasi Komputer 67

5.2.3 Hubungan Tahap Motivasi Pelajar

Dalam Penggunaan Google Apps

Terhadap Tahap Literasi Komputer 69

5.3 Kesimpulan Perbincangan 70

5.4 Cadangan 70

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.6 Rumusan 72

RUJUKAN 73

LAMPIRAN 83

VITA 133

Page 9: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

x

SENARAI JADUAL

3.1 Skala Likert 36

3.2 Nilai Indeks Alpha Cronbach 38

3.3 Nilai Indeks Alpha Cronbach soal selidik 38

3.4 Kaedah Analisis Data 39

3.5 Interpretasi Skor Min 40

3.6 Garis Panduan Guilford 41

4.1 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan GoogleApps (Google Drive) Bagi Elemen

Attention 45

4.2 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Drive) Bagi Elemen

Relevance 45

4.3 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Drive) Bagi Elemen

Confidence 46

4.4 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Drive) Bagi Elemen

Satisfaction 47

4.5 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Form) Bagi Elemen

Attention 47

4.6 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Form) Bagi Elemen

Relevance 48

Page 10: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

xi

4.7 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Form) Bagi Elemen

Confidence 49

4.8 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Form) Bagi Elemen

Satisfaction 49

4.9 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Spreadsheet) Bagi

Elemen Attention 50

4.10 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Spreadsheet) Bagi

Elemen Relevance 51

4.11 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Spreadsheet) Bagi

Elemen Confidence 51

4.12 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Spreadsheet) Bagi

Elemen Satisfaction 52

4.13 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Powerpoint) Bagi

Elemen Attention 53

4.14 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Powerpoint) Bagi

Elemen Relevance 54

4.15 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Powerpoint) Bagi

Elemen Confidence 54

4.16 Taburan Responden Tahap Motivasi Pelajar Dalam

Penggunaan Google Apps (Google Powerpoint) Bagi

Elemen Satisfaction 55

4.17 Taburan Responden Tahap Kemahiran Aplikasi

Literasi ICT 56

4.18 Taburan Responden Tahap Kemahiran Asas Internet 57

Page 11: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

xii

4.19 Hubungan antara tahap motivasi pelajar dalam penggunaan

Google Apps (Google Drive) terhadap tahap literasi

komputer 58

4.20 Hubungan antara tahap motivasi pelajar dalam penggunaan

Google Apps (Google Form) terhadap tahap literasi

komputer 59

4.21 Hubungan antara tahap motivasi pelajar dalam penggunaan

Google Apps (Google Spreadsheet) terhadap tahap literasi

komputer 59

4.22 Hubungan antara tahap motivasi pelajar dalam penggunaan

Google Apps (Google Powerpoint) terhadap tahap literasi

komputer 60

Page 12: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

xiii

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 13

Page 13: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

xiv

SENARAI SINGKATAN

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PJJ - Pendidikan Jarak Jauh

UTHM

USM

UiTM

- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

- Universiti Sains Malaysia

- Universiti Teknologi Mara

FPTV - Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

PAK21 - Pembelajaran Abad Ke 21

LCD

APPS

- Liquid Crystal Display

- Applications

Page 14: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah memberi perubahan terhadap

sistem pengajaran terutama dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P). Bermula dari kaedah P&P secara konvensional dengan hanya menggunakan

papan hitam dan kapur, telah bertukar kepada kaedah yang seiring dengan

perkembangan teknologi seperti penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid

crystal display (LCD), dan kamera video digital. Dalam menyampaikan sesuatu

maklumat, kaedah yang digunakan perlulah bersesuaian agar maklumat yang diberi

dapat diterima dengan baik dan berkesan. Penggunaan teknologi merupakan kaedah

yang sesuai dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan efisien terutama untuk

meningkatkan sistem pendidikan negara.

Kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepada semua golongan terutama

bagi yang bekerjaya untuk melanjutkan pelajaran telah direalisasikan melalui

penubuhan program pendidikan jarak jauh (PJJ) di Malaysia di mana ia

diperkenalkan secara rasminya pada November, 1994. Program PJJ ditawarkan

secara berperingkat. Pada awalnya, program yang ditawarkan adalah program yang

sama ditawarkan kepada pelajar sepenuh masa. Perbezaan di antara program sepenuh

masa dan program PJJ adalah dari segi cara pengendalian dan penyampaian

pengajaran. Kaedah yang digunakan dalam PJJ kebanyakan adalah menggunakan

teknologi terkini bagi memudahkan dalam menyampaikan maklumat serta bahan

pengajaran kepada pelajar. Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks pada

Page 15: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

2

masa kini telah menuntut kemahiran pemikiran tinggi yang dapat diproses dengan

mudah menerusi teknologi maklumat dan komunikasi (Hasnuddin et al., 2015).

Usaha untuk memperkenalkan penggunaan komputer dalam aktiviti P&P

dalam kalangan pelajar membayangkan perubahan drastik dengan adanya pelbagai

program literasi komputer. teknologi secara dasarnya telah mengubah kehidupan

seharian. Jika dahulu, takrif literasi dikhususkan kepada kebolehan seseorang dalam

membaca dan menulis, namun keadaan ini telah berubah (Abd. Razak & Nurul

Aliyah, 2010). Pada abad ke-21 ini kebolehan seseorang dalam membaca dan

menulis adalah tidak mencukupi. Dalam konteks itu, keadaan pada masa kini

memerlukan tahap literasi yang lebih tinggi (Rosnaini & Mohd Arif, 2010).

Kemahiran literasi ini tidak hanya untuk masyarakat yang bekerjaya sahaja, namun

penting kepada para pelajar untuk membantu mereka dalam proses P&P. Dengan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penggunaannya dapat mengubah cara

hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan (Abdul Manaf

et al., 2015).

Penggunaan teknologi dalam P&P telah mula dilaksanakan bukan sahaja di

peringkat sekolah, malah di peringkat pengajian tinggi. Teknologi sememangnya

tiada batasan dan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa akan memudahkan

sesuatu proses P&P, menarik minat pelajar dan menjimatkan masa. Namun begitu,

terdapat beberapa kekangan dalam pelaksanaan P&P menggunakan teknologi seperti

kurangnya kemudahan peralatan dan sambungan rangkaian internet. Oleh itu,

kekangan yang ada dalam prasarana ICT di sekolah atau institusi pengajian tinggi

haruslah diatasi segera (Ismail et al., 2004). Sejak beberapa tahun yang lalu, kaedah

P&P berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dalam era ICT yang

semakin pesat berkembang, penggunaan ICT semakin mendapat perhatian dalam

proses P&P. Oleh itu, para pengajar dan pelajar perlu bersedia dengan pengetahuan

dan kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT.

Penggunaan ICT dalam bidang pengajaran dapat meningkatkan kualiti dalam

sistem pendidikan di negara kerana dapat meningkatkan minat dan motivasi untuk

belajar, di samping mempercepatkan proses belajar (Johari & Fazliana, 2012).

Pengetahuan dalam bidang ICT oleh seseorang pengajar adalah menjadi keutamaan

sekiranya ingin diaplikasikan dalam P&P dan perlu bersesuaian dengan mata

pelajaran yang diajar. Menurut Robiah dan Nor Sakinah (2009), dalam era

Page 16: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

3

globalisasi yang berpaksikan perkembangan ICT, pembangunan pengajaran adalah

mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT dalam kalangan pelajar. Bagi

mencapai aspirasi wawasan 2020 iaitu melahirkan tenaga kerja yang mampu

menghadapi cabaran era maklumat serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan

global. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengukuhkan kemahiran ICT

para pelajar dengan memperkenalkan subjek Teknologi Maklumat pada tahun 1999.

ICT membantu dalam P&P dan dapat dilaksanakan seiring dengan perkembangan

pembelajaran abad ke 21 (PAK21).

PAK21 merupakan pendekatan yang ditekankan di Malaysia untuk

dilaksanakan dalam P&P. PAK21 berasaskan kepada konsep 4C iaitu

communication, collaboration, critical thinking, dan creativity. Secara umumnya,

perlaksanaan PAK21 adalah menjurus kepada proses pembelajaran berpusatkan

pelajar seperti pembelajaran koperatif. Kaedah pembelajaran koperatif banyak

memberi peluang kepada pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar (Umi &

Ahmad, 2014). PAK21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan kaedah

pembelajaran masa lalu dan dilaksanakan untuk tujuan melahirkan pelajar yang

produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi

(KBAT) serta mahir dalam penggunaan ICT. Semua warga pendidik perlu

memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang bekualiti dengan

memberikan komitmen yang tinggi bagi memenuhi keperluan PAK21 sejajar dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), di mana pendekatan pendidikan tertumpu

kepada pembangunan pelajar secara holistik yang menekankan pembangunan

jasmani, intelek, rohani, emosi, dan fizikal.

Selain itu, pedagogi pengajar perlu ditingkatkan untuk mengamalkan PAK21

yang cenderung dalam penggunaan media teknologi terkini. Penggunaan media

teknologi menjadi salah satu landasan utama dalam PAK21 yang menekankan

kepada kemampuan pelajar untuk berfikir secara kritis, menguasai teknologi

informasi, berkomunikasi dan berkolaborasi seiring dengan kenyataan oleh

Frydenberg dan Andone (2011) yang menyatakan bahawa untuk menghadapi

PAK21, setiap orang harus memiliki keterampilan berfikiran kritis, pengetahuan dan

kemampuan literasi digital, literasi informasi, literasi media dan menguasai teknologi

informasi dan komunikasi. Manakala Asniza dan Zaidatun (2011) menyatakan

bahawa integrasi alatan rangkaian sosial yang dimanfaatkan oleh pengajar yang

Page 17: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

4

berkemahiran akan dapat meningkatkan pembelajaran murid dan memudahkan

pembangunan kemahiran sepanjang hayat seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan

pembinaan pengetahuan. Dalam merealisasikan PAK21, kaedah P&P perlu berubah

sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang

semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti chalk and talk semata-mata

semakin kurang menarik minat pelajar sebaliknya memerlukan kaedah yang dinamik

dan kreatif melalui penggubaan daripada teknologi terkini seperti ICT dengan

kandungan pengajaran yang relevan bagi memenuhi keperluan KPM.

Selain daripada penggunaan ICT dalam P&P, perkembangan teknologi

internet telah memberi manfaat dalam menghasilkan P&P yang efektif selain

memberi maklumat tanpa batasan secara percuma melalui laman web dan aplikasi-

aplikasi yang dapat digunakan dalam P&P. Hal ini disokong oleh Deacon et al.,

(2004) yang menyatakan bahawa web dalam aplikasi internet memperkembangkan

pemikiran pelajar secara kritikal. Penggunaan internet sememangnya sinonim dengan

masyarakat di masa kini kerana segala maklumat akan diperoleh dengan hanya di

hujung jari. Penggunaan internet dalam bidang pendidikan adalah jelas akan

kepentingannya kerana internet merupakan platform untuk komunikasi elektronik di

antara pelajar, pengajar, pihak pentadbir, penyelidik, institusi dan komuniti (Rozinah,

2007). Proses P&P menggunakan internet ini berkait rapat dengan pembelajaran

mobile dimana internet membolehkan proses P&P dilakukan pada „bila-bila‟ masa

dan di „mana-mana‟ sahaja.

Pembelajaran mobile atau pembelajaran mudah alih seperti penggunaan

google apps dan e-learning telah diperkenalkan untuk membantu dan meningkatkan

tahap P&P. Pembelajaran mobile merupakan suatu konsep baru yang dilaksanakan

dalam proses pembelajaran (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005). Melalui

pembelajaran mobile, proses P&P pada masa kini tidak hanya dilaksanakan di dalam

bilik darjah semata-mata, sebaliknya boleh berlaku di „mana-mana‟ sahaja dan pada

„bila-bila‟ masa. Pembelajaran mobile menekankan kepada keupayaan untuk

memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses

pembelajaran itu berlaku. Melalui pembelajaran mobile menggunakan alatan mudah

alih dalam pengajaran mendapati bahawa penilaian yang dilakukan melalui ujian

adalah efektif dan efisien kerana menjimatkan masa dan kos berbanding dengan ujian

yang menggunakan kertas dan pensil (Triantafillou et al., 2006). Oleh itu,

Page 18: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

5

penggunaan pembelajaran mobile sesuai digunakan terutama bagi peringkat

pengajian tinggi untuk memudahkan dalam menyampaikan maklumat, membuat

tugasan dan ujian.

Selain itu, aplikasi online dapat digunakan dalam proses P&P seiring dengan

perkembangan teknologi dan perkembangan PAK21. Aplikasi online yang popular

dalam kalangan pelajar untuk diaplikasikan dalam P&P adalah pembelajaran

elekronik (e-learning). E-learning menawarkan persekitaran pembelajaran yang

bersesuaian untuk membantu aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar kelas

(Fleischman, 2001). E-learning merupakan kaedah pembelajaran yang menggunakan

ICT sebagai pemudah cara dalam proses P&P serta membolehkan pembelajaran

kendiri dilaksanakan dengan berkesan. Jaya Kumar (2002) mendefinisikan e-

learning sebagai sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan

rangkaian elektronik (LAN, WAN, atau internet) untuk menyampaikan isi

pembelajaran, interaksi, atau bimbingan. Manakala menurut Moore & Richardson

(2002), e-learning bermakna satu pembelajaran yang boleh diakses di lokasi tetap

dengan sambungan internet. Perlaksanaan e-learning adalah berpandukan kepada

dasar e-learning di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta iaitu merujuk

kepada inisiatif untuk menyediakan satu kerangka pembelajaran berkualiti yang

sesuai dengan Model Baru Ekonomi (MBE) dan konsep 1 Malaysia. Selain itu, dasar

e-learning mendukung intipati strategik Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Setelah hampir dua dekad teknologi komunikasi dan maklumat dilaksanakan, KPM

merasakan bahawa satu dasar e-learning perlu digubal untuk memberi akses yang

saksama dan adil di samping menyediakan pendidikan yang berkualiti di semua IPT.

Dasar e-learning ini adalah lanjutan dari dasar ICT yang dikemukakan oleh Majlis

ICT Negara (NITC, 2001) untuk membawa Malaysia ke alam elektronik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Teknik dan kaedah pengajaran yang berkesan adalah penting dalam meningkatkan

prestasi akademik pelajar di samping menarik minat pelajar sepanjang proses P&P

dijalankan. Dengan teknologi komputer, penggunaannya dapat membantu pengajar

dalam menjadikan proses P&P sistematik. Menurut Hayes (2006), teknologi

komputer membantu dalam pembelajaran pelajar melalui dua cara iaitu dengan

Page 19: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

6

membolehkan pengguna memperoleh maklumat serta kemahiran dan

mempraktikkannya dengan membantu pelajar lain untuk menguasai kemahiran

tersebut dan dapat mengaplikasikannya dalam situasi yang berbeza.

Selain itu, pelbagai maklumat akan dapat diperolehi dengan menggunakan

teknologi komputer yang dapat dicapai menggunakan enjin pencari (seacrh engine)

yang memerlukan rangkaian internet, contohnya google. Penggunaan internet

membantu guru-guru untuk mendapatkan bahan bantu belajar sama ada berbentuk

teks, audio atau visual (Jewitt, 2006). Dengan menggunakan internet dalam P&P,

internet dapat memudahkan pengajar dalam menyampaikan maklumat dan

menjadikan P&P menarik. Menurut Rozinah (2007), menguasai aplikasi internet,

pengajar akan dapat mengajar konsep sains khususnya yang memerlukan pelajar

menggambarkan sesuatu fenomena secara simulasi atau menggunakan makmal

maya. Selain itu, melalui internet, pengajar dan pelajar akan dapat berkongsi

maklumat menggunakan emel dan media sosial seiring dengan PAK21.

Dalam sistem pendidikan di negara kita, terdapat program PJJ yang telah

dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi dan semakin berkembang pesat selari

dengan perkembangan di Eropah dan negara maju. PJJ merupakan program yang

bersesuaian bagi mereka yang sudah bekerja tetapi dalam masa yang sama, mereka

ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi. Dengan mengikuti PJJ, mereka

akan dapat terus belajar tanpa meninggalkan tugas dan kerjaya mereka. PJJ

merupakan sistem pengajaran secara jauh di mana pengajar dan pelajar terpisah atau

berada pada suatu jarak antara satu sama lain, ataupun tidak bersemuka. Dalam

program PJJ, bahan-bahan atau keseluruhan sukatan pelajaran disediakan dalam

bentuk cetak atau bukan cetak dan dibekalkan kepada pelajar. Oleh itu, P&P tidak

berlaku pada masa yang sama iaitu tidak perlu berada di tempat yang sama atau

berdepan dengan tenaga pengajar. Oleh itu, pengurusan masa yang baik adalah

penting (Jamhari, 2001). Berbeza dengan pembelajaran secara konvensional,

pensyarah memberi kuliah dan pelajar mengambil nota secara bertulis. PJJ

menggunakan pelbagai teknologi moden dan inovasi canggih dalam

mempersembahkan bahan pembelajaran kepada pelajar. Di antara teknologi dan

inovasi seperti bahan pembelajaran yang diakses menggunakan internet dan bahan

pembelajaran yang dimuatkan turun ke dalam alat mudah alih seperti telefon pintar.

Menurut Yusop dan Sharifah (1999), pendekatan sistem PJJ yang diamalkan di

Page 20: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

7

institusi PJJ ialah pemisahan guru dengan pelajar, penggunaan media cetak dan

bukan cetak secara sistematik, penggunaan kelas telesidang untuk mewujudkan

komunikasi dua hala dan perjumpaan bersemuka secara paling minimum.

Kaedah PJJ yang dilaksanakan di Malaysia termasuklah online sepenuhnya,

online separa dan konvesional. Walaubagaimanapun, PJJ memerlukan pengajar dan

pelajar yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan ICT kerana

kebanyakan maklumat yang disampaikan adalah dalam bentuk online agar tiada

masalah dalam mendapatkan maklumat. Zuraini (2006) menyatakan bahawa cabaran

mengaplikasikan ICT bagi sistem PJJ dalam menghadapi era globalisasi ini terutama

dalam aspek kesedaran, penguasaan, motivasi dan perancangan masa depan adalah

sesuatu yang kritikal. Kebanyakan negara maju di dunia seperti United Kingdom,

Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun sudah maju dalam perlaksanaan PJJ.

Sebahagian besar universiti menawarkan program PJJ dengan corak dan bentuk

tertentu seperti ‘Open University’ atau ‘Distance Education’. Pada tahun 1972,

Universiti Terbuka United Kingdom (OUUK) telah dianggap sebagai salah sebuah

universiti terbuka yang terbesar di dunia telah mewujudkan satu bahagian khusus

dalam sistem universiti terbuka yang bertanggungjawab dalam menyediakan semua

aspek PJJ iaitu dari aspek perancangan sehinggalah penyadiaan bahan P&P.

Selain itu, antara salah satu sebab pelajar PJJ gagal menamatkan

pembelajaran pada masa yang ditetapkan adalah disebabkan kurangnya motivasi diri.

Hal ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Karen (2001) yang mendapati

bahawa penyebab tingginya kadar pelajar PJJ berhenti belajar adalah kurangnya

motivasi diri. Karen (2001) juga mendapati kebanyakan pelajar PJJ berhenti

disebabkan terdapat komitmen kerja dan tidak dapat fokus dalam pelajaran. Motivasi

merupakan suatu keadaan dalam diri seseorang seperti keperluan, kehendak, atau

kemahuan yang menggerakkan tingkah laku dan mendorong seseorang untuk

melaksanakan sesuatu. Oleh itu, motivasi penting dalam menjadikan seseorang lebih

berjaya dalam sesuatu perkara kerana motivasi mempunyai fungsi-fungsinya

tersendiri. Menurut Oemar (2003), terdapat tiga fungsi motivasi iaitu i) sebagai

pendorong agar timbulnya perasaan untuk melaksanakan sesuatu perkara, ii) sebagai

pengarah bagi membolehkan seseorang melaksanakan sesuatu perkara berdasarkan

tujuan sebenar, dan iii) sebagai penggerak bagi membolehkan seseorang melakukan

sesuatu perkara dengan cepat.

Page 21: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

8

Penggunaan sistem komputer dan aplikasi online akan membantu

perlaksanaan kaedah P&P sistematik terutama pada peringkat pengajian tinggi bagi

PJJ. Kemajuan dalam bidang aplikasi seperti google apps telah banyak memberi

impak positif dalam bidang pengajaran yang dijadikan medium dalam

menyampaikan maklumat dan berkongsi pendapat antara pensyarah dan pelajar.

Pembelajaran kini dilihat sebagai suatu gerakan yang diatur dan bersifat komuniti

yang berlaku di mana sahaja, secara berasingan atau secara keseluruhan (Brown,

Collins, & Duguid, 1989). Aplikasi berasaskan online tidak memerlukan pengguna

untuk memuat turun pada komputer tetapi hanya memerlukan rangkaian internet

untuk menggunakannya seperti google apps contohnya google spreadsheet, google

drive, google form dan google powerpoint. Google adalah koperator multinasional

yang mengkhususkan perkhidmatan internet dan beberapa produk atas talian yang

meliputi teknologi pengiklanan, pencarian, pengkomputeran dan perisian. Dengan

menggunakan google apps, pelajar dapat menghantar tugasan kepada pensyarah

pada „bila-bila‟ masa dan di „mana-mana‟ sahaja mereka berada di samping

menjimatkan kos dan masa pelajar kerana pelajar tidak perlu lagi untuk mencetak

tugasan mereka. Justeru, aplikasi ini sesuai digunakan oleh pengajar dan pelajar

untuk berkongsi bahan pengajaran. Aplikasi ini mampu untuk menyimpan maklumat

penting dalam pelbagai format secara dalam talian apabila pengguna aplikasi ini

memuat naik fail ke dalam ruang penyimpanan. Google apps mempunyai ciri-ciri

keselamatan yang tinggi agar maklumat yang disimpan oleh pengguna pada aplikasi

penyimpanan ini tidak mudah diceroboh (Gunawan & Agustina, 2013).

Selain itu, untuk menggunakan google apps, pengajar perlu memainkan

peranan penting bagi memastikan penggunaan teknologi memberi kesan yang baik

dalam proses P&P. Oleh itu, pengajar perlu mempunyai sikap yang sentiasa peka

terhadap penggunaan teknologi terkini agar dapat membantu proses P&P kerana

teknologi sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Hasil kajian Abdul Wahab et al.

(2006) menyatakan bahawa terdapat hubung kait antara sikap dengan penggunaan

teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana sikap yang positif

dalam diri pengajar dapat meningkatkan penggunaan teknologi dalam P&P.

Kemahiran dan pengetahuan yang tinggi diperlukan oleh para pengajar berkaitan

teknologi agar proses P&P akan berjalan dengan baik. Menurut Habibah (2001),

pengetahuan komputer yang tinggi dalam kalangan guru adalah kekuatan dalam

Page 22: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

9

keberkesanan pengaplikasian teknologi dalam P&P di samping pengalaman

mengajar oleh guru tersebut.

Kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bukan sahaja perlu dalam kalangan

pengajar, malah perlu wujud dalam diri pelajar. Perkembangan teknologi maklumat

dan komunikasi yang menyediakan pelbagai perisian telah membuka ruang maya

yang cukup luas kepada pelajar dalam mencari ilmu dan mendapatkan pelbagai

maklumat. Teknologi maklumat ini perlu dimanfaatkan sebaiknya kerana menjadikan

P&P bermakna yang menggalakkan pembelajaran secara akses kendiri dan dapat

menarik minat pelajar. Kajian Mohd Azli dan Abdul Latif (2013) menunjukkan

bahawa penggunaan teknologi dalam pembelajaran oleh pelajar perlulah positif bagi

meningkatkan pencapaian mereka melalui penggunaan teknologi untuk pembelajaran

kendiri. Sebagai contoh, dengan menggunakan aplikasi google drive, pelajar akan

mudah dalam melaksanakan tugasan yang diberi oleh pensyarah mereka terutama

bagi tugasan berkumpulan. Selain itu, Suzana dan Fariza (2014) menyatakan bahawa

teknologi maklumat dapat mendorong minat dan menggalakkan pembelajaran secara

akses kendiri. Oleh itu, teknologi maklumat wajar dimanfaatkan untuk menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.

Di samping itu, aplikasi online telah menarik minat para pengajar untuk

diimplementasikan bagi memudahkan proses P&P dijalankan. Kebanyakan IPT di

Malaysia telah menggunakan aplikasi online iaitu e-learning untuk menjadikan P&P

berkesan selari dengan perkembangan teknologi terkini. Secara keseluruhan, tahap

penerimaan dan aplikasi e-learning di IPT sebagai alat pembelajaran berada pada

tahap yang memuaskan (Zailan & Azmi 2006). Banyak kajian menunjukkan bahawa

e-learning telah meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan khususnya di

institusi yang mengamalkan pendidikan terbuka dan jarak jauh. Ramai pelajar yang

berminat mengikuti kursus online serta mempunyai pandangan yang positif terhadap

kursus online (Kohairuddin et al., 2004). E-learning pada peringkat awal tertumpu

kepada strategi penyebaran maklumat. Learning Management System (LMS)

digunakan oleh IPT sebagai platform untuk menyampaikan bahan pembelajaran

secara online. Walaupun strategi e-learning berpusatkan pelajar, kolaborasi aktif

antara pelajar dengan pelajar yang lain masih di tahap minimum (Kohairuddin et al.,

2004). E-learning perlu terus dilaksanakan bagi membolehkan pembelajaran,

pemikiran kritis dan kreatif berlaku dengan berkesan.

Page 23: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

10

Pembelajaran menggunakan aplikasi online dapat memudahkan perlaksanaan

proses P&P. Namun begitu, masih terdapat kekurangan penggunaan aplikasi online

dalam P&P antaranya ialah kurangnya interaksi antara pengajar dan pelajar atau

antara pelajar itu sendiri. Kurangnya kemahiran dan pengetahuan oleh pengajar atau

pelajar berkaitan penggunaan internet akan menjadikan proses P&P kurang

dilaksanakan dengan baik (Abdul Manaf et al., 2015). Selain itu, masalah

kemudahan internet menjadi salah satu kekurangan dalam penggunaan aplikasi

online kerana sekiranya tiada rangkaian internet, pelajar dan pengajar tidak dapat

menggunaan aplikasi online dalam P&P. Muhammad Sukri et al., (2007) dalam

kajiannya mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pelajar semasa

menggunakan e-learning adalah kekurangan kemudahan internet. Masalah motivasi

termasuk tidak minat terhadap aplikasi komputer, dan tidak selesa dengan ICT

merupakan kekurangan dalam penggunaan aplikasi online di mana masih terdapat

pelajar yang masih lagi tidak mahu menggunakan kemudahan ICT. Di samping itu,

kekurangan lain dalam penggunaan aplikasi online dalam pembelajaran adalah

kekangan masa kerana pelajar mengutamakan tugas-tugas harian khususnya bagi

pelajar PJJ yang terikat dengan pekerjaan.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan ICT dalam PJJ telah berkembang serta menjadi satu budaya pada masa

kini dalam meningkatkan kualiti sistem pengajaran. Para pelajar perlu diberi

pendedahan terhadap penggunaan ICT dalam pembelajaran agar membantu proses

P&P dilaksanakan dengan sistematik dan efektif. Menurut Robiah dan Nor Sakinah

(2009), dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan ICT, pembangunan

pengajaran mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT dalam kalangan

pelajar.

Bagi pelajar pesisir di UTHM, mereka menghadiri pertemuan kuliah pada

hujung minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Selain bahan pembelajaran

diberikan secara bercetak, sebarang maklumat disampaikan melalui e-mail. Pengaruh

dan perkembangan pesat teknologi bagaimanapun kini telah berjaya mengatasi

jurang pemisahan masa dan mengurangkan jurang pemisahan secara fizikal di antara

pelajar dan pengajar (Cheah, 2004). Di samping itu, sekiranya pada waktu tertentu

Page 24: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

11

pelajar atau pensyarah perlu berhubung antara satu sama lain secara individu atau

kumpulan, teknologi komunikasi seperti telefon, telegram atau jaringan komputer

akan digunakan. Manakala kebanyakan negara maju seperti Amerika dan United

Kingdom, institusi PJJ menggunakan pelbagai media penyampaian maklumat seperti

radio, televisyen,mvideo, komputer dan satelit dalam usaha untuk meningkatkan

kualiti pengajaran, pembelajaran dan prestasi pelajar. Segala peralatan untuk

berkomunikasi seperti telefon, faksimili dan e-mail digunakan secara meluas.

Dengan pelbagai media penyampaian maklumat, minat dan motivasi pelajar akan

meningkat untuk terus belajar dan seterusnya akan meningkatkan mutu pelajaran

mereka. Menurut hayati (2005), sikap terhadap teknologi komputer adalah salah satu

faktor yang menyumbang kepada penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer

serta mempengaruhi motivasi seseorang untuk belajar sesuatu perkara tertentu.

Namun begitu, terdapat pelajar yang tidak mempunyai sikap motivasi yang

tinggi untuk mempelajari sesuatu suasana pembelajaran baru yang berasaskan

teknologi (Mingmei Yu et al., 2012). Oleh itu, motivasi diri yang tinggi perlu sebagai

dorongan bagi pelajar untuk meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam

pembelajaran. Ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Fazilah et al. (2000) di

mana salah satu hasil dapatan yang diperolehi telah disimpulkan bahawa pelajar

harus mempunyai motivasi yang tinggi, pemikiran yang positif, dan mempelbagai

aktiviti yang boleh meningkatkan prestasi pelajar.

Selain pengajar, pelajar turut memainkan peranan dalam menggunakan

teknologi dalam P&P. Cabaran utama dalam memastikan pelajar menggunakan

teknologi dalam pembelajaran adalah motivasi yang ada dalam diri pelajar itu

sendiri. Ini adalah kerana, terdapat segelintir pelajar hanya menggunakan teknologi

apabila pengajar mewajibkan mereka untuk menggunakannya. Terdapat pelajar yang

kurang berpengetahuan dan berkemahiran dalam penggunaan aplikasi untuk

mengakses maklumat. Pelajar yang tidak dapat mengakses maklumat dengan baik

disebabkan faktor kemahiran komputer, iaitu tidak mengetahui bagaimana untuk

mengakses maklumat dan faktor kemahiran bahasa dan literasi iaitu tidak dapat

membaca dan memahami bahasa internet dengan baik (Suhaili, 2015). Justeru,

pelajar haruslah bersikap positif dalam menerima perubahan pembelajaran mereka

dengan mempelajari kaedah penggunaan bahan teknologi agar dapat memudahkan

proses P&P.

Page 25: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

12

Oleh itu, pengkaji ingin menjalankan kajian berkaitan tahap motivasi pelajar

dalam penggunaan google apps dan tahap literasi komputer dalam membantu proses

P&P. Zuraini (2006) menyatakan bahawa aplikasi teknologi dalam pendidikan bukan

sekadar memiliki komputer tetapi perlu mengintegrasi secara berkesan dan efisien

penggunaannya agar membawa makna dengan cepat, mudah dan tepat. Kekuatan

kajian ini dijangkakan dapat menyumbang kepada proses P&P pelajar PJJ agar

sistematik dan efisien.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menentukan tahap motivasi dalam penggunaan

google apps dan tahap literasi komputer bagi pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Selain itu, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan tahap motivasi pelajar dalam

penggunaan google apps terhadap tahap literasi komputer dalam kalangan pelajar

pesisir UTHM.

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berasaskan kepada beberapa objektif yang telah dikenal pasti.

Objektif tersebut adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti tahap motivasi dalam penggunaan google apps bagi pelajar

pesisir UTHM berdasarkan google apps berikut:

i) Google drive iii) Google spreadsheet

ii) Goolge form iv) Google powerpoint

2. Mengenalpasti tahap literasi komputer bagi pengajaran dan pembelajaran

pelajar pesisir UTHM.

3. Mengenalpasti hubungan tahap motivasi terhadap literasi komputer pelajar

pesisir UTHM berdasarkan google apps berikut:

i) Google drive iii) Google spreadsheet

ii) Goolge form iv) Google powerpoint

Page 26: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

13

1.6 Persoalan Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab soalan-soalan di bawah:

1. Apakah tahap motivasi dalam penggunaan google apps bagi pelajar pesisir

UTHM berdasarkan google apps berikut:

i) Google drive iii) Google spreadsheet

ii) Goolge form iv) Google power point

2. Apakah tahap literasi komputer bagi pengajaran dan pembelajaran pelajar

pesisir UTHM.

3. Apakah hubungan tahap motivasi terhadap literasi komputer pelajar pesisir

UTHM berdasarkan google apps berikut:

i) Google drive iii) Google spreadsheet

ii) Goolge form iv) Google powerpoint

1.7 Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual merupakan kunci kepada hubungan dalam menjalankan sesuatu

kajian. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual kajian yang digunakan oleh

pengkaji dalam kajian ini.

Pelajar pesisir

Universiti Tun

Hussein Onn

Malaysia (UTHM)

Penggunaan google

apps:

-Google drive

-Google form

-Google spreadsheet

-Google powerpoint

Literasi komputer

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

Motivasi

Pelajar

Page 27: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

14

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah untuk megukur tahap motivasi penggunaan google apps dan literasi

komputer dalam kalangan pelajar UTHM. Di samping itu, kajian ingin mengaitkan

motivasi pelajar dalam penggunaan google apps untuk membantu dalam

mendapatkan dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Kepentingan kajian ini

adalah memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung. Antara kepentingan kajian ini ialah:

(a) Penyelidik

Kajian ini dapat memberi pengalaman dan pendedahan kepada penyelidik

untuk menjalankan kajian. Penyelidik juga mendapat input mengenai

motivasi dan literasi komputer pelajar pesisir.

(b) Pensyarah

Kajian ini dapat membantu pensyarah dalam memilih pendekatan yang sesuai

dalam proses P&P bagi menjadikan P&P lebih mudah dan berkesan.

(c) Pelajar

Kajian ini membantu pelajar mengetahui tahap motivasi dan literasi komputer

mereka. Ini secara tidak langsung boleh menjadi dorongan supaya mereka

boleh berubah bagi sesiapa yang bermotivasi rendah kepada bermotivasi

lebih tinggi. Di samping itu, pelajar dapat meningkatkan tahap kemahiran

literasi komputer mereka. Kajian ini dapat membantu mereka lebih fokus

untuk belajar bagi mencapai matlamat sebenar mereka melanjutkan pelajaran.

Selain itu, penggunaan google apps dapat memudahkan pelajar melaksanakan

tugasan tanpa mengira had tempat dan waktu.

(d) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Kajian ini boleh menjadi panduan kepada Pusat Pembangunan dan Latihan

Akademik (CAD) UTHM khususnya, dan pusat pendidikan jarak jauh yang

lain amnya untuk mengetahui tahap motivasi pelajar pesisir dan literasi

komputer yang sebenar supaya dapat membuat tindakan selanjutnya. Kajian

ini diharap supaya CAD UTHM dapat membuat penambahbaikan mengenai

motivasi dan literasi komputer pelajar seperti menyediakan kursus atau

Page 28: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

15

program berkaitan kepada pelajar di mana secara tidak langsung dapat

meningkatkan prestasi akademik pelajar.

1.9 Skop Kajian

Skop kajian ini memberi fokus kepada tahap motivasi pelajar dalam penggunaan

google apps yang melibatkan elemen model motivasi attention, relevance,

confidence, dan satisfaction (ARSC) manakala tahap literasi komputer pelajar

melibatkan kemahiran aplikasi literasi ICT dan kemahiran asas internet bagi pelajar

pesisir UTHM. Kajian ini juga menumpukan perhatian kepada hubungan tahap

motivasi pelajar dalam penggunaan google apps terhadap literasi komputer pelajar

pesisir UTHM. Di samping itu, pengkaji akan menjalankan kajian terhadap pelajar

pesisir Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) di Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia (UTHM).

1.10 Batasan Kajian

Dalam kajian ini, tahap motivasi pelajar dalam penggunaan google apps yang dikaji

adalah melibatkan empat google apps sahaja iaitu google apps iaitu google drive,

google form, google spreadsheet dan google powerpoint. Manakala responden dalam

kajian ini hanya melibatkan pelajar pesisir di Fakulti Pendidikan Teknikal Dan

Vokasional (FPTV) UTHM dalam kursus rekabentuk dan instruksional (MBT).

1.11 Definisi istilah

(a) Aplikasi Atas Talian (online)

Aplikasi atas talian adalah melibatkan sesuatu perisian yang dapat diakses

secara sambungan internet. Aplikasi atau perisian tertentu sama ada secara

atas talian (online) atau tanpa talian (offline) merupakan salah satu bentuk

teknologi atau boleh dikatakan sebagai satu produk yang dihasilkan oleh

teknologi (Finn, 1960). Dalam kajian ini, yang dimaksudkan dengan aplikasi

atas talian adalah aplikasi yang tersedia di internet iaitu google apps.

Page 29: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

16

(b) Google Apps

Google Apps adalah salah satu produk dari google yang memberikan

kemudahan untuk diaplikasikan secara online. Kemudahan google apps dapat

diperoleh dengan harga yang murah atau secara percuma. Google apps dapat

membantu dalam sharing project bermula dari sharing document secara

online, group management, task management, dan e-mail yang berkapasiti

besar. Menurut Suzana (2015), google apps salah satu produk dari google

yang memberikan kemudahan untuk melaksanakan tugasan secara online.

Dalam kajian ini, google apps adalah aplikasi yang digunakan dalam P&P

iaitu google drive, google form, google spreadsheet dan google powerpoint.

(c) Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang

disediakan untuk murid menghasilkan suatu perubahan melalui penglibatan

dalam pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran boleh dihuraikan

sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Menurut Hisham

(2011), pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan

bersama oleh guru dan muridnya. Manakala pembelajaran merupakan proses

interaksi peserta didik dengan pendidik agar berlakunya proses pemerolehan

ilmu dan pengetahuan atau penguasaan kemahiran untuk pembentukan sikap

dan kepercayaan pada peserta didik (Abd Rahim, 2002). Pengajaran dan

pembelajaran dalam kajian ini adalah aktiviti yang dijalankan bersama

pensyarah dan pelajar menggunakan google apps sebagai pemudahcara dan

bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.

(d) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Menurut Intan et al. (2001) PJJ boleh ditakrifkan sebagai satu sistem

pengantaraan yang menghubungkan pelajar dengan sumber–sumber

pembelajaran. Manakala menurut Jamhari (2001), PJJ adalah satu bidang

pendidikan yang bertumpu kepada memberi pendidikan kepada pelajar yang

tidak berada di satu lokasi setempat seperti di institusi pengajian tinggi.

Dalam kajian ini, PJJ adalah progam pesisir di UTHM.

Page 30: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

17

(e) Motivasi

Motivasi didefinisikan sebagai proses dalaman yang mendorong seseorang

untuk mencapai sesuatu (Slavin, 2000). Manakala Sternberg (2009)

mendefinisikan motivasi sebagai dorongan atau keperluan yang memimpin

kepada sesuatu tindakan. Motivasi juga melibatkan sesuatu proses yang

memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang.

Dalam kajian ini, motivasi merupakan sikap pelajar terhadap penggunaan

google apps iaitu iaitu google drive, google form, google spreadsheet dan

google power point.

(f) Literasi komputer

Casey dan Bruce (2010) mentakrif literasi komputer sebagai keupayaan

memahami dan mengguna maklumat dalam pelbagai format dari pelbagai

sumber dengan mengguna komputer. Manakala Smith & Necessary (1996)

menjelaskan tahap literasi komputer sebagai penguasaan seseorang untuk

memahami ciri-ciri komputer, mengetahui sejarah perkembangan komputer,

menguasai asas pengoperasian komputer dan mampu menggunakan beberapa

perisian untuk melaksanakan sesuatu tujuan. Dalam kajian ini, literasi

komputer merupakan kemahiran pelajar terhadap literasi aplikasi ICT dan

asas internet.

1.12 Rumusan

Secara keseluruhannya, Bab 1 ini membincangkan pengenalan tentang kajian yang

dijalankan oleh pengkaji. Bab ini menjelaskan pemasalahan kajian yang melibatkan

pelajar pesisir UTHM. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran berperanan dalam

menjadikan proses P&P menarik dan berkesan. Oleh itu, kajian dijalankan untuk

mengetahui sejauhmana tahap motivasi pelajar dalam penggunaan google apps,

tahap literasi komputer dan hubungan antara tahap motivasi pelajar dalam

penggunaan google apps terhadap tahap literasi pelajar yang dapat membantu

memudahkan proses P&P terutama bagi pelajar pesisir UTHM.

Page 31: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

BAB 2

KAJIAN LITARATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab kajian literatur ini, tumpuan akan diberikan kepada beberapa perkara

yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan. Kajian literatur ini

adalah berpandukan daripada rujukan yang khusus dan dapatan kajian-kajian lepas

yang berkaitan dengan kajian yang akan dibincangkan terutama yang berkaitan

penggunaan aplikasi dalam P&P dan kaedah pembelajaran bagi PJJ.

2.2 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Dalam era globalisai ini, pengajaran memainkan peranan yang penting.

Perkembangan dunia hari ini telah menuntut setiap negara untuk bergerak menuju

kepada pembangunan yang pesat. Tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran

merupakan alat yang penting kepada pembangunan dan perubahan dalam sebarang

bidang. Rakyat Malaysia sudah mula sedar akan kepentingan pengajaran. Justeru itu,

PJJ merupakan salah satu alternatif dan pilihan yang paling tepat terutama bagi

mereka yang telah bekerja untuk melanjutkan pelajaran.

PJJ boleh ditakrifkan sebagai satu sistem pengantaraan yang menghubungkan

pelajar dengan sumber–sumber pembelajaran. PJJ merupakan satu laluan alternatif

bagi pelajar yang ingin memajukan diri mereka ke tahap yang lebih tinggi. Ini adalah

bertepatan dengan seruan kerajaan dalam merealisasikan sebuah negara membangun

pada tahun 2020. Ini bermakna rakyat mempunyai peluang untuk melanjutkan

pelajaran melalui program PJJ selaras dengan dasar pendemokrasian pengajaran.

Dalam hal ini, program pengajaran jarak jauh seperti PJJ memainkan peranan

Page 32: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

19

penting kerana program ini memberi satu alternatif kepada individu yang tidak dapat

melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi mengikut saluran biasa. Justeru, program

PJJ perlu mengenal pasti strategi pengajaran yang berkesan yang mampu

meningkatkan mutu pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar PJJ.

Elliot et al. (2000) telah mengetengahkan teori pembelajaran di mana setiap

pengajaran dan pembelajaran adalah saling berkait rapat dengan rangsangan dan

tindak balas terhadap rangsangan tersebut. Beliau menjelaskan bahawa tindak balas

positif terhadap sesuatu rangsangan akan memberi satu hasil yang baik dalam proses

P&P. Beliau menegaskan bahawa pembelajaran akan lebih efektif dan akan lebih

diingati jika diajar dalam suasana yang sesuai dengan kehendak pelajar. Oleh itu,

beliau menyatakan bahawa suatu pengajaran yang efektif bermula dengan

pengetahuan tentang apa yang hendak diajar atau disampaikan dan disertai dengan

rangsangan yang sesuai.

Teori pembelajaran Thorndike telah dikembangkan dengan lebih lanjut oleh

B.F. Skinner dalam tahun 1904 hingga 1990. Elliot et al. (2000) menyatakan aspek

utama dalam pembelajaran adalah pengukuhan yang memberi rangsangan kepada

pelajar. Sesuatu pengukuhan yang positif akan meningkatkan tindak balas positif

dalam sesuatu keadaan. Beliau menjelaskan bahawa seorang guru perlu prihatin

dalam menggunakan ciri–ciri pengukuhan di dalam kelas bagi meningkatkan proses

pembelajaran. Seorang guru perlulah kreatif mencari kaedah yang sesuai bagi

menimbulkan tindak balas positif untuk menarik minat pelajar seperti menjalankan

aktiviti atau memilih bahan bantu mengajar yang sesuai. Skinner menekankan

penggunaan alat bantu mengajar seperti komputer kerana beliau berpendapat bahawa

penggunaan alat bantu mengajar tersebut dapat meningkatkan minat dan motivasi

pelajar dalam proses P&P.

Heinich et al. (2002) dalam kajiannya telah menyediakan satu model panduan

merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.

Model ini dipanggil Model ASSURE. Ia mengandungi enam langkah iaitu i) analisis

pelajar, ii) pernyataan objektif, iii) pilihan kaedah dan media, iv) penggunaan media

dan bahan, v) dorongan penglibatan pelajar, dan vi) nilai dan semak. Ramai pengajar

berpendapat bahawa Model ASSURE merupakan satu model rekabentuk pengajaran

yang sesuai digunakan dalam situasi pengajaran bilik darjah yang memerlukan

penggunaan media.

Page 33: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

20

Selain itu, Qasim (1998) menyatakan sesuatu sistem pengajaran dan

pembelajaran itu perlulah diaplikasikan dalam konteks yang menyeluruh. Pemilihan

strategi pengajaran yang sesuai adalah penting jika pengajar ingin membantu

pelajarnya mencapai objektif–objektif pengajarannya (Ah Meng, 1992). Disamping

itu, Qasim (1998) menyarankan bahawa strategi pengajaran yang pelbagai

merupakan satu elemen yang penting bagi menyesuai padankan dengan keadaan

setiap individu yang datang untuk menimba ilmu pengetahuan di institusi pengajian

tersebut.

Menurut Karsono (1993), penghasilan modul yang terancang, sistematik dan

cara digunakan oleh pensyarah masih menjadi perkara yang terpenting dalam

menjadikan sesuatu PJJ sebagai satu program yang efektif. Modul yang baik perlulah

ada unsur sentuhan kemanusiaan (human touch) seperti gaya penulisan yang

menarik, ringkas, lucu tetapi membimbing. Tambahnya lagi, unsur – unsur interaktif

dalam modul–modul seperti ini boleh menjadikannya sebagai alat pengajaran yang

berkesan.

Selain itu, pendekatan penggunaan teknologi komunikasi perlu

dioptimumkan penggunaannya bagi memantapkan strategi pengajaran yang berkesan

dalam program PJJ. Laurillard (1993) menekankan bahawa aktiviti–aktiviti P&P

hendaklah sentiasa diperbaharui dan diperbaiki selari dengan perkembangan teknik

pengajaran dan pembelajaran terkini. Beliau menyarankan agar pensyarah

melengkapkan diri dengan mempelajari dan menguasai teknik – teknik pengajaran

kotemporari yang lebih menjurus kepada penggunaan media dan teknologi.

Pendekatan ini disokong oleh Bates (1984) yang menyatakan bahawa penggunaan

teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memperluas skop

pengajaran, meningkatkan kualiti pengajaran serta mengurangkan kos serta memberi

peluang kepada pelajar untuk menguasai pembelajaran mereka dan menggalakkan

interaksi dan maklum balas daripada pelajar.

Hasil kajian tentang strategi pengajaran berkesan menurut perspektif pelajar,

dapat menambah maklumat tentang strategi pengajaran berkesan dalam program PJJ.

Rashid dan Abdul Razak (1995) telah menggariskan beberapa kriteria utama dalam

menentukan keberkesanan proses P&P.

Page 34: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

21

Antara kriteria tersebut adalah:

(i) Pensyarah perlu mengenalpasti objektif pengajaran dan memastikan objektif

tersebut tercapai. Objektif pengajaran yang kabur akan menjejaskan proses

pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pensyarah tidak akan dapat

menguruskan masa dengan cekap dan berkesan.

(ii) Pensyarah harus menyampaikan isi pengajaran dengan tersusun dan lancar.

Serta bermula daripada konsep-konsep asas, penggunaan contoh-contoh yang

tepat dan sesuai, penerangan yang jelas dan laras bahasa yang ringkas serta

mudah difahami pelajar.

(iii) Pensyarah harus memastikan pelajar dapat mendengar dengan jelas di

samping pertuturan pensyarah mesti terang dan fasih. Ini banyak bergantung

kepada intonasi atau penekanan suara yang betul. Untuk memperkukuhkan

lagi mesej yang disampaikan, pensyarah boleh menggunakan perubahan

mimik muka serta penggunaan gestur.

(iv) Pensyarah harus mengoptimumkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM).

ABM merupakan tambahan kepada penyampaian isi pengajaran secara lisan

dan dapat membantu pelajar memahaminya.

(v) Selain itu, pensyarah harus menggunakan kaedah pengajaran yang

berpusatkan pelajar kerana pelajar harus dibimbing menggunakan dan

memperkembangkan potensi mereka secara maksimum untuk mendapatkan

pengetahuan serta kemahiran. Pensyarah perlu tahu bahawa penilaian bagi

proses pengajaran danpembelajaran merupakan satu proses yang berterusan

dan proses dua hala.

Berdasarkan kriteria P&P berkesan tersebut, pensyarah secara sedar atau

tidak hendaklah sentiasa mempamirkan sikap dan sifat yang positif. Hal ini kerana

kualiti–kualiti negatif akan hanya menjejaskan persepsi dan harapan pelajar terhadap

pengajar mereka. Kajian yang dijalankan Saroyan dan Snell (1997) menunjukkan

pengajaran berkesan sebenarnya bergantung kepada banyak faktor, termasuk latar

belakang falsafah dan pengajaran seseorang pengajar, pengetahuan tentang pedagogi,

Page 35: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

22

bahan–bahan pengajaran yang sedia ada dan keadaan persekitaran yang kondusif

untuk P&P. Miller dan Tilstone (1998) menyatakan bahawa dalam program PJJ,

sistem pengajaran yang fleksibel perlu untuk meringankan beban masa dan tekanan

yang dialami pelajar–pelajar. Oleh itu, keberkesanan sesuatu pengajaran itu berkait

rapat dengan cara pembelajaran pelajar itu sendiri.

2.3 Literasi Komputer Dan ICT Dalam P&P

Kemunculan ICT di era komunikasi yang tiada sempadan ini telah membawa suatu

inovasi kepada gaya pengajaran dan pembelajaran. Kemajuan canggih yang mampu

menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan transformasi dan

pemindahan maklumat ini bergerak dan berlaku dalam ruang cyber atau maya yang

tiada lokasi yang tertentu, kini semakin menjadi realiti dalam dunia pengajaran di

Malaysia (Azwan & Rozita, 2002).

Literasi komputer dan ICT adalah seiring dalam memudahkan proses P&P.

Terdapat beberapa kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti tahap literasi komputer

dalam kalangan pelajar. Kajian yang dijalankan oleh Normala (2005) mendapati nilai

min literasi komputer pelajar berada dalam kategori sederhana tinggi iaitu 66.67%.

Ini adalah suatu keadaan yang agak baik kerana kumpulan penyelidik berpendapat

adalah suatu yang agak membimbangkan jika min tahap literasi komputer pelajar

kurang daripada 50%. Jika keadaan ini berlaku, para pelajar menghampiri tahap buta

komputer sedangkan zaman sekarang adalah zaman ledakan maklumat yang

berasaskan teknologi maklumat (IT). Walaupun begitu, setiap pelajar harus sentiasa

meningkatkan tahap literasi komputer mereka dari semasa ke semasa kerana arus

perubahan teknologi maklumat berlaku dengan pesat dan pantas. Pelajar tidak

seharusnya berpuas hati dengan pengetahuan dan kemahiran yang telah sedia ada.

Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Zuraini (2006) terhadap pelajar PJJ

Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati tahap kesedaran, pendedahan dan

penggunaan ICT dalam kalangan pelajar jarak jauh, kesemua responden

menggunakan komputer sebagai alat bantuan dalam proses pembelajaran. Tahap

kemahiran penggunaan komputer dikalangan responden adalah sederhana mahir dan

tahap penggunaan komputer dalam pembelajaran PJJ adalah sederhana kerap. Ramai

responden mempunyai kemudahan internet di rumah. Responden juga menggunakan

Page 36: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

23

internet untuk kemudahan lain seperti e-mel selain daripada mencari maklumat.

Purata masa penggunaan internet dalam sehari ialah antara 1-3 jam. Responden juga

menggunakan pelbagai komunikasi dengan rakan dan pensyarah antaranya ialah e-

mel, telefon dan faks. Responden menterkinikan pegetahuan dalam teknologi

komunikasi dan maklumat adalah untuk penguasaan dan menambah i1mu

pengetahuan, keperluan pekerjaan yang semakin cekap, minat, sumber rujukan,

menyiapkan tugasan, hiburan dan komunikasi.

Teknologi ICT dalam pengajaran boleh merujuk kepada pembelajaran

melalui web dan sistem telesidang. Perkembangan teknologi internet telah memberi

manfaat dalam menghasilkan P&P yang lebih efektif. Pembelajaran melalui web

bertujuan bagi memudahkan penghantaran maklumat kepada pelajar tanpa terikat

kepada faktor lain seperti masa dan tempat (Baharuddin et al., 2000). Mohd Arif et

al. (2008) dalam kajian mereka berkenaan multimedia dan aplikasinya dalam

pembelajaran Bahasa Melayu mendapati, penggunaan multimedia dan internet

mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar

belajar dengan lebih baik dan berkesan.

Penggunaan laman web dalam pengajaran memberi peluang kepada pengajar

menyampaikan dan menerbitkan bahan pengajaran secara online. Selain itu, laman

web memberi sumber maklumat tanpa sempadan melalui enjin pencarian dengan

kadar yang cepat. Penekanan perlu diberi bahawa laman web bukan hanya sebagai

penyampai maklumat malah merupakan alat pengajaran dan pembelajaran (Azlizah,

2005). Menurut kajian Marinah dan Ramlee (2003), 96.2% daripada responden yang

mengikuti program pengurusan perniagaan di Universiti Pengajaran Sultan Idris

(UPSI) menggunakan laman web sebagai media pembelajaran dan bersetuju bahawa

web memberi berfaedah kepada pembelajaran mereka kerana kuliah di bilik darjah

dapat disokong dengan maklumat, nota dan arahan yang dimasukkan ke dalam web

yang dibina.

Selain itu, penggunaan perisian kursus pengajaran melalui aplikasi CD-ROM

dapat membantu meningkatkan pengajaran pengajar dan menarik minat pelajar. Rio

Sumarni (2002) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan

Komputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah exploratory dan

penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah

konvensional. E-Learning telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru untuk

Page 37: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

24

menyokong kelemahan yang terdapat dalam sistem pengajaran yang lama. Namun

begitu, integrasi prinsip- prinsip E-Learning ini tidak akan mengubah apa-apa fungsi

utama sistem pengajaran yang sedia ada seperti proses pengajaran, perkhidmatan

mahupun penyelidikan.

Seiring dengan kemajuan dalam penggunaan ICT dewasa kini, terdapat

ledakan pengeluaran bahan berasaskan komputer di pasaran. Syarikat-syarikat

perniagaan berasaskan ICT kini bersaing dalam memasarkan bahan-bahan tersebut.

Namun begitu, terdapat pengguna ICT yang masih sukar untuk mencari bahan

komputer yang sudah tersedia dan sesuai. Oleh itu, pengetahuan dalam bidang ICT

adalah menjadi keutamaan bagi setiap individu. Melalui pembacaan dan pencarian

maklumat, seseorang pengajar itu tidak akan menghadapi masalah dalam mencari

bahan berasaskan komputer yang sesuai dengan mata pelajaran yang diajar.

Sehubungan itu, pengajar pada hari ini perlu melengkapi diri mereka dengan

ilmu terkini dan minda yang progresif bertepatan dengan keperluan era informasi

(Wan Liz, 2009). Di samping itu, menurut Rosenberg (2000), multimedia dapat

menambahkan nilai dalam P&P tetapi sekiranya dengan hanya menambahkan

multimedia kepada program pembelajaran yang tidak berkualiti, multimedia tidak

akan dapat meningkatkan sesuatu pembelajaran. Sebenarnya masalah ini bukanlah

suatu yang asing dalam penggunaan ICT dan multimedia dalam P&P kerana daripada

kajian yang lepas terdapat sebahagian pengajar yang telah sebati dengan kaedah

konvensional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi pengajaran

(Becker & Watt, 1996).

Kajian yang dilakukan oleh Rosli et al. (2001) menunjukkan tahap

penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan

pengajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah sekitar 30%. Ini menunjukkan

bahawa tidak ramai pengajar yang memanfaatkan ICT sebagai satu alternatif bagi

memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Manakala kajian yang dilakukan

oleh Usip dan Bee (1998) terhadap pelajar sarjana muda yang mengikuti kursus

statistik di Youngstown State University mendapati pelajar yang mengikuti

pengajaran jarak jauh secara web merasakan kaedah berkenaan adalah baik dalam

mendapatkan maklumat serta boleh menjadi alat untuk memperbaiki prestasi

akademik. Kajian Woodul et al. (2000) pula membuktikan bahawa kaedah

pengajaran berbantukan komputer (Computer Assisted Instructions-CAI) telah

Page 38: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

RUJUKAN

Abd Rahim, A. R.(2002). Agenda Perubahan Pendidikan Sains Sosial Dalam

Mengharungi Alaf Baru. Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Sosial: Teori

Dan Amalan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Abd Manaf, S. Z., Din, R., Hamdan, A., Mat Salleh, N. S., Kamsin,I. F. & Abdul

Aziz, J. (2015). Penggunaan Komputer dan Internet Web 2.0 dalam Kalangan

Generasi Y Pelajar Universiti. Journal of Advanced Research Design, 7(1),

10-18. (In Malay)

Abd. Razak, I.& Nurul „Aliyah, H. (2010). Literasi ICT dalam kalangan pelajar

Tahun 4Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor. Artikel Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Wahab, I. G., Kamaliah, H.S. & Hasrina, M. (2006). Penggunaan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah:

Satu kajian kes di Pulau Pinang.

Ahmad Syukri, M. Z., Analisa, H., Rosseni, D., Siti Zuraida, A. M., Nor Syazwani,

M. S., Intan Farahana, K., Helmi, N. & Nor Mohamad, I. (2015).

Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam Mencapai Pembelajaran

Bermakna. Sains Humanika Journal. 5(1): 51–59.

Ahmad Zaki, A. B. (1987). Cara kerja asas komputer. Fokus SPM. Mei: 19 – 23.

Ah Meng. (1992). Pedagogi : Satu Pengenalan. Fajar Bakti : Petaling Jaya.

Ah Meng. (2002). Siri Diploma Perguruan Pedagogi IV (Semester IV). Edisi Kedua.

Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Aminuddin, M. (2010). Persepsi pelajar terhadap keberkesanan ICT dalam

pendidikan Syariah Islamiyyah di SMKA Pedas Negeri Sembilan.Universiti

Kebangsaan Malaysia

Azizi, Y., Yusof, B., & kamaliah, N. (2005). Hubungan Antara Konsep Kendiri,

Motivasi Dan Gaya Keibubapaan Dengan Pencapaian Pelajar. International

Conference On Learning And Motivation.

Page 39: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

74

Azizi, Y., Shahrin, H. Jamaluddin, R., Yusof, B., & Abd rahim, H. (2006).

Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan Teori, Analisi, & Interpretasi

Data. Kuala Lumpur.

Azlizah, L. (2005). Pelaksanaan Pengajaran Penggunakan Pendekatan Pembelajaran

Berpusatkan Pelajar dalam Kursus Bahasa Melayu Di Sebuah Universiti

Awam. UPSI

Azniza, M. & Zaidatun, T. (2011). Implikasi alatan rangkaian sosial terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan.

Azwan, A. & Rozita, N. (2002). E-learning: penerokaan media pembelajaran terkini.

Baharuddin, A. (2005). Merealisasikan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Berbantukan ICT, Penghasilan Kertas Kerja 2005, Fakulti Pendidikan, UTM

Bandura, A. (1997). Self-Efficacy: The Exercise of Control. New York: Freeman.

Batchelder, C. W. (2010). Social software: Participants‟ experience using social

networking for learning (Doctoral dissertation, Capella University, 2010).

ProQuest. (UMI No. 3398679)

Bates, A. W. (1984). Putting it together : Now and the future. In A.W. Bates (ed)

TheRole of Technology inDistance Education. London : Croom Helm.

Becker, W. E & Watt, M. (1996). Chalk and talk. A national survey on teaching

undergraduates economics. American Economic Review.

Brown, J. S., Collins, A., & Duguid, P. (1989). Situated cognition and the culture of

learning. Educational Researcher(January-February 1989), 32-42.

Casey, L. & Bruce, B.C. (2010). Sustaining the Inquiry Cycle: Digital Literacy

Reframed . SITE Conference, San Diego.

Chua, Y. P (2006). Kaedah Penyelidikan. Shah Alam. McGraw-HillEducation

Chua, Y. P. (2014). Asas Statistik Penyelidikan Edisi Ketiga. McGraw-Hill

Education

Cheah, K. G. (2004). Learning at a Distance: from Principles to Practice. Pulau

Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Daniels, P. R. (2014). Enhancing adult motivation to learn. San Francisco: Jossey-

Bass.

Page 40: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

75

Deacon, A., Jaftha, J. & Horwitz, D. (2004). Customizing Microsoft Office to

Develop a Tutorial Learning Environment. British Jurnal of Educational

Technology, 32(2): 65-72

Ee, A. M. (2002). Psikologi Pendidikan III Edisi Ketiga (Semester III). Selangor :

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Elliot, S. N., Kratochwill, T.R., Cook, J.L., & Travers, J.F. (2000). Educational

Psychology. Ed. ke3. McGraw Hill Book Co : Singapore.

Enang, R. & Deffy, S. (2012) Perencanaan Strategies Cloud Computing Technology

Berbasis Gafe (Google Apps For Education) Bagi Perguruan Tinggi Swasta

Di wilayah III Cirebon Propinsi Jawa Barat. Jurnal Computech & Bisnis, Vol.

6, No. 1, 1-16

Ernita, T. (2012). Pemanfaatan Google Docs Untuk Sarana Penunjang Pendidikan

Komunitas Pembelajaran Tik Studi Kasus: Smp N 1 Salatiga. Tesis Program

Studi Teknik Informatika Fakulti Teknologi Informasi Universitas Kota

SamarangAmerican

Fatimah, H., Hasmawati, H. & Noresah, M. S. (2006). Pusat Pengajlan Pendidlkan

Jarak Jauh Universlti Sains Malaysia Pulau Pinang. Universlti Sains

Malaysia.

Fazilah, I., Halizah, O. & Harieza, H. (2010). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Pencapaian Pelajar PJJ UKM Dalam Program Bahasa Inggeris: Satu

Tinjauan. dlm Seminar Kebangsaan Pengajian Jarak Jauh. Kuala Lumpur :

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Finn, J. D.(1960). Technology and The Instructional Process, Audiovisual

Communication Review. Vol. 8 (1), New York: Springer.

Fleischman, J. (2001). Going Mobile: New Technologies in Education, Converge

Magazine.

Frydenberg, D. & Adone (2011). Learning for 21st century skills. International

Conference on, 314-318

Gay, L, & Airasian, P. (2003). Education Research. Competencies for Analysis and

application. New jersey.

Page 41: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

76

Goodyear, P., Jones, C., Asensio, M., Hodgson, V. & Steeples, C. (2004).

Undergraduate Students‟ Experiences of Networked Learning in UK Higher

Education: A Survey-based Study. Advances in Research on Networked

Learning. USA: Kluwer Academic Publishers.

Gunawan, B. S. & Chandra, A. (2013). Penerapan Cloud Computing Sebagai Sarana

Pembelajaran Siswa. Kertas Konsep yang dibentang di Seminar Nasional

Teknologi Informasi dan Multimedia. Yogyakarta, Indonesia.

Habibah, E. (2001) Latihan Motivasi Pencapaian dan Kesannya Ke Atas Prestasi

Peperiksaan, Kebiasaan Belajar dan Sikap Pelajar-Pelajar Peringkat

Universiti. Kuala Lumpuur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hasmawati, H. & Fatimah, H. (2005). Merealisasikan Aplikasi ICT dalam Sistem

Pendidikan Secara Jarak Jauh: Harapan dan Halangan. Seminar Kebangsaan

leT Pendldikan.

Hasnuddin, A.R., Norfaizuryana, Z., Nor Azzarahton, A.K (2015). Keberkesanan

Penggunaan Ict Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Bagi Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur. Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor.

Hayati, B. Z. (2005). Tahap Literasi Komputer Di Kalangan Pelajar-Pelajar HRD

Tahun 2 Di FSKPM : Kajian Kes. Universiti Malaysia Sarawak

Hayes, M. (2006). What do the children have to say? Learning and Teaching with

Information and communications Technology 1: 7-20.

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J .D., & Smaldino, S.E. (2002). Instructional

media and technologies for learning. Ed. 7. Columbus:Merrill PrenticeHall.

Hidi, S., & Harackiewicz, J. M. (2000). Motivating the academically unmotivated: A

critical issue for the 21st century. Review of Educational Research, 70(2),

151–179

Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan . Malaysia: Mcgrawhill Sdn. Bhd.

Intan Safinas, M. A. A, Fazilah, I., Maznah, I. & Alawiah, I. (2001). Kaedah

Pengajaran Berkesan:Antara Keperluan Pelajar dan Realiti Pengajaran

Pengajian Jarak Jauh

Irwan Mahazir, I. (2015). Pembangunan Dan Pengujian Prototaip Pembelajaran

Mobile Berasaskan Prestasi (MOBICAD) Dalam Kursus Reka Bentuk

Berbantu Komputer (CAD). UTHM

Page 42: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

77

Ismail, B., Ayob, J., Alias, M., & Kaprawi. N (2004). Penjuruteraan Semula

Pengajaran Teknikal dan Vokasional : Satu Cetusan Pemikiran dan Tinjauan.

Jurnal Pengajaran Teknikal. 3. 24-35.

Ismail, I., Mohamed Idrus, R., Gunasegaran, T. (2010). Motivation, Psychology and

Language Effect on Mobile Learning In university Sains Malaysia.

International Journal of Interactive Mobile technologies. 10-12.

Jackson, J., (2006). Introducing Fear Of Crime To Risk Research. Risk Analysis

(253-264)

James, P.T (2011). Mobile Learning-Thai HE Student Perceptions and Potential

Technology Impact. International Studies 4(2), 182-194

Jamhari, R. (2001). Pembelajaran Jarak Jauh :Suatu Pengenalan. Institut Pendidikan

Guru Temenggong Ibrahim.

Jaya Kumar C. K. (2002) Aplikasi ‘E-Learning’ Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia: Cadangan Perlaksanaan Pada

Senario Masa Kini, Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari Bahagian

Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jewitt, C. (2006). Technology, Literacy and Learning : A Multimodal Approach.

New York: Routledge.

Johan (2013). Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek

Sejarah dan Geografi. Prosiding Pendidikan Sejarah dan Geografi, 29 – 30

Ogos 2013, UMS, Sabah, Malaysia. ms 16-28. (In Malay)

Johari, H. & Fazliana, R. (2012). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Kalangan Pengajar Fakulti Pengajaran Universiti Teknologi

Malaysia Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Karen, A. J. (2001). Conflict Asymmetries: Effects on Motivation, Attitudes, and

Performance. Social and Organizational Psychology Leiden University

Karsono, A. D. (1993). Konsep dan sistem pendidikan Jarak Jauh. Dewan Bahasa

dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia :Kuala Lumpur.

Keller, J. & Kopp. (2013). Motivation Design.

Keller, C.& Cernerud, L. (2002). Students' Perceptions of E-Learning in University

Education. Journal of Educational Media. 27

Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Page 43: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

78

Kukulska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile Learning: A Handbook For

Educators And Trainers. London, UK : Routledge

Laurillard, D. (1993). Rethinking university teaching : A framework for the effective

use of educational technology. London : Routledge.

Marinah, A. & Ramlee, I. (2003). WebCT sebagai Media Pembelajaran : Kajian Kes

Pelajar. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-16: ICT dalam

Pendidikan dan Latihan : Trend dan Isu.

Maszurah, O. (2015). Sejauh Mana 'PJJ' Berguna. Universiti Utara Malaysia

Melor, M. Y., Noraidah, S@A, Che‟ah, M. & Arifin H. Z (2000) Mengapa Pelajar

PJJ Gagal Sehingga Diberhentikan. Seminar Kebangsaan Pendidikan Jarak

Jauh. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Martin, R., Megill, T., & Sudweeks, F. (2013). Learning Anywhere, Anytime:

students Motivators for M-Learning. Jounal For Information Technology

Education: Research,12, 51-67.

Miller, C., Smith, C. &Tilstone, C. (1998). Professional development by Distance

Ediucation: Does distance lend enhancement?. Cambridge Journal of

Education. Vol.28: No.2. University of Cambridge School of Education.

Mingmei, Y., Allan H.K., Yuen & Jae, P. (2012). Using Web 2.0 Technologies -

Exploring Perspectives of Students, Teachers and Parents. Interactive

Technology and Smart Education Journal. 9(4): 204 – 216.

Mohamad Najib, A.G. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai. Universiti

Teknologi Malaysia.

Mohd Arif, I., Zamri, M. & Norizan A. R. (2008). Multimedia dan aplikasinya dalam

pemelajaran Bahasa Melayu. Dlm. Zamri Mahamod & Mohamed Amin

Embi. 2008. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan

pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan Praktis, 26-42. Shah Alam: Karisma

Publications Sdn. Bhd.

Mohd Azli. Y & Abdul Latif, H. G. (2013). Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek

Berteraskan Teknologi Terhadap Pencapaian dan Penerimaan Pelajar. Jurnal

Pengajaran Bitara UPSI, 5(1).

Mohd Koharudin, M. B. (2004). Perkembangan, pembangunan dan penerimaan e-

pembelajaran di institusi pengajian Malaysia. Jurnal Teknologi, 41(E), 55–72.

Page 44: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

79

Mohd Majid, K. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohd Zaaba & Zuraida I. (2004). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti.

Selangor: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Moore, M., & Richardson, (2002).Overcoming the Limitations of Traditional Web

Based Activities by Using web_compattible Applications.

Mouza, C. (2008). Learning with Laptops: Implementation and Outcomes in an

Urban, Underprivileged School.

Muhammad Kamil, M. Z (2001). Minat Dan Motivasi Pelajar Terhadap Mata

Pelajaran Pendidikan Islam KBSM: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar-Pelajar

Tingkatan 4 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang, Gelang

Patah, Johor Bahru, Johor. Tidak diterbitkan. Tesis Sarjana Muda. Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai

Muhammad Rizal, F. (2014). Penggunaan Google Form Sebagai Alat Evolusi

Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Indonesia: Studi Deskriptif Analitis

Pada Kelas Viii Di Sekolah Menengah Pertama Negeri 1 Lembang. Tesis

Universitas Pengajaran Indonesia.

Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman, Ting Kung Shiung (2007).

Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Jurusan

Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA)

Negeri Johor.. Universiti Teknologi Malaysia

Munap, R., Badrillah, M. I. M & Rahman, B. A. (2013). Organizational Reward

System and Employee‟s Satisfaction at Telekom Berhad. Journal Of

Educational and Social Research 3(3):218

Nik zulkarnain (2015). Kualiti kepimpinan dalam kalangan penyelaras Homestay:

perspektif penguasaha homestay. UTHM. Projek sarjana

Noor Hisham, M. N. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran : Penelitian Semula

Konsepkonsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden.

Universiti Malaysia Kelantan.

Noraini, K. (2000). Hubungan Program-program Kualiti kehidupan Bekerja Dengan

kepuasan Kerja Dan penglibatan Kerja Bagi Pekerja-Pekerja. UTM.

Normala, I., Zaliha, H., dan Mohamad Kamil, A.K. (2005). Tahap Literasi

Komputer Pelajar Sekolah Menengah di Kedah. Jurnal Pendidikan 129 – 139

Page 45: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

80

Nor Syazwani, M.S. Rosseni, D. Intan Farahana, K. Analisa, H. Siti Zuraida, A.F.

Aidah,A.K. Mazalah, A (2015). Pembudayaan Literasi ICT Dalam Kalangan

Pelajar Orang Asli Menerusi Persekitaran Pembelajaran Peribadi. Universiti

Kebangsaan Malaysia. Journal of Personalized Learning, 46-56.

Nurul „Aliyah, H. (2010). Literasi ICT dalam kalangan pelajar Tahun 4 Fakulti

Pendidikan UTM, Skudai, Johor. Artikel Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia.

Nurul Syaida, M. Z & Fariza, K. (2016). Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam

Pendidikan Abad Ke-21 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Oemar, H (2003). Proses Belajar Mengajar. Jakarta : Bumi Aksara, hlm. 98

Oktavia, S.N, & Durinta, P. (2015). Penggunaan Aplikasi Google Drive Sebagai

Penunjang Peperless Office. Universitas Negeri Surabaya

Pearson, J. T., Rosof, E., Punzalan, J. C. (2000). Integration Of Motivational

Interviewing and Cognitive Behavioral Therapy 19(1):31-39

Qasim, A. (1998). Pengajaran dan pembelajaran :Komponen penting kurikulum,

seminar kualiti pengajaran dan pembelajaran, sekolah dan pentadbiran social,

UniversitiMalaysia Sabah. Kota Kinabalu, Sabah.

Rashid, A. & Abdul Razak. H. (1995). Pengajaran dalam bilik darjah : Kaedah dan

strategi. Masa Enterprise : Kajang

Rio Sumarni, S. & Manimegalai, S. (2002). Reka Bentuk Perisian Multimedia. Edisi

pertama. Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Robiah, S & Nor Sakinah, M. (2009). ICT dalam pengajaran: Prospek dan cabaran

dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pengajaran, 32: 139-152.

Rodziah, M. (2004). Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Pelajar-Pelajar

Sekolah Di Negeri Perlis. Kolej Matrikulasi Perlis.

Rosenberg. M. J. (2000). E-learning. New York. McGraw-Hill.

Rosli, A. R., Zamalia, M. & Shafiee, A.(2001). ICT in Teaching and Learning

Among UiTM Lecturers. International Conference on Challenges and

Prospects In Teachers Education: Shah Alam.

Rosnaini & Mohd Arif. (2010). Impact of training and experience in using ICT on in-

service teachers‟ basic ICT literacy. Malaysian Journal of Educational

Technology, 10(2), 5-10.

Page 46: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

81

Rozinah, J. (2007). Internet dalam Pengajaran. Pulau Pinang: Penerbit Universiti

Sains Malaysia.

Salleh, N.S., Din R., Hamdan, A., Kamsin, I.F., Abdul Manaf, S.Z., Karim, A.A., &

Ahmad, M. (2015). Pembudayaan literasi ict dalamkalangan pelajar menerusi

persekitaran pembelajaran peribadi. Journal of Personalized Learning, 1(1):

46-56.

Saroyan, Adan Snell, L.D. (1997). Professional development by Distance Education:

does distance lend enhancement?. Cambridge Journal of Education. Vol. 28:

Schumacher,S & Mcmillan, J.H (1993). Research in Education- A Conceptual

Education. 3rd

. ed. New York : Harper Collins college Publisher

Siti Salwa, A & Jamaludin, B. (2013). Aplikasi Rangkaian Sosial Google Plus Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu; Malay Language Education (MyLEJ) 3(1): 31-41

Smith, B.N. (1996). Assesing the Computer Literacy of Undergraduate College

student. Education. 117(2) : 188-194

Slavin, R. E. (2000). Synthesis of research on cooperative learning. Educational

Leadership 48 (5), 70-88.

Sternberg, R. J. (2009). Domain-generality versus domain-specificity of creativity. In

P. Meusburger, J. Funke & E. Wunder (Eds.), Milieus of creativity: An

interdisciplinary approach to spatiality of creativity (25–38). New York, NY:

Springer.

Suhaili, H. (2015). Cabaran dan Isu Penggunaan ICT dalam Pendidikan. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Suhaimi, M. A (2004). Tahap Persediaan Pelajar terhadap Pembelajaran Elektronik

dalam Proses Pembelajaran : Satu Kajian di Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai, Tesis Sarjana Muda, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber

Manusia, UTM.

Suzana, S. (2015). Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Perisian Google -

Satu Analisis Kajian Lepas. Fakulti Pendidikan. Universti Kebangsaan

Malaysia.

Suzana, S. & Fariza, K. (2014). Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Perisian

Google - Satu Analisis Kajian Lepas. Fakulti Pendidikan. Universti

Kebangsaan Malaysia (UKM)

Page 47: IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...eprints.uthm.edu.my/9578/1/NORIYANI_DOMAN.pdf · IMPLIKASI GOOGLE APPS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR PESISIR

82

Triantafillou, E., Georgiadou, E., Economides A. A. (2006). He Design and

Evaluation of a Computeriaed Adaptive Test on Mobile Devices. Science

Direct 1319-1330.

Umi Kalthom, M. & Ahmad, (2014). Kaedah Koperatif Sebagai Pilihan Kelas Abad

21: Sorotan Literatur. International seminar on Technical and vocational

Education.

Usip, E.E., & Bee, R.H. A (1998). Discriminant Analysis of Students’ Perceptions of

Web-Based Learning. Social Science Computer Review.

Wan Liz O. W. O (2000). Gagasan alaf baru. Mencetus kebangkitan Malaysia. Batu

Caves: Thinkers Library Sdn. Bhd.

Weiner, B. (1990). History Of Motivational Research In Education. Journal Of

Educational Psyhology. 82(4), 616-622.

Weiss, T. (2003). Word processing in the Business and Technical Writing Classroom

Computers and Composition 5(2): 57-70.

Woodul, C.E., Vitale, M.R., Scott, B.J (2000). Using a cooperative multimedia

learning environment to enhance learning and affective self-perceptions of

at-risk studnts in grade 8. Journal of Educational Technology System, Vol

28(3) 239-252.

Yusop, H. dan Sharipah Alwiah A. (1999). Pendidikan Jarak Jauh : Teori Dan

Amalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zaihan Nabila, H. (2014). Kompetensi Guru dalam Pengajaran Amali Reka Bentuk

dan Teknologi di Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat. UTHM. Projek sarjana.

Zailan, A. & Azmi, M (2006). A Life Long Learning Platform for Malaysian

Society. Atas talian.

Zuhri A. Z. & Zawiyah M. Y. (2013). Tingkah Laku Penggunaan Web 2.0 dan

Facebook Group bagi Perkongsian Pengetahuan dalam Pembelajaran. Kertas

Kerja dibentangkan di World Conference on Integration of Knowledge

(WCIK), di Langkawi, Malaysia pada 25- 26 November 2013.

Zuraini, Z. (2006). Cabaran Pendidikan Secara Jarak Jauh: Kesedaran dan

Pendedahan Dalam Era Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT).