16
1 INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN Oleh: Nor Safina binti Zainal 1 Mohd Hariri bin Mohamad Daud 2 PENGENALAN Sejak merdeka hingga kini, Kerajaan Malaysia sentiasa konsisten dalam memastikan setiap usaha dan dasar yang dilaksanakan adalah berpaksikan kepada prinsip Maqasid Syariah. Namun usaha murni ini di lihat oleh sesetengah pihak sebagai tidak menepati semangat dan tuntutan Islam. Hal ini terjadi disebabkan oleh label atau nama yang digunakan tidak secara langsung menggunakan perkataan Islam, walaupun dari segi matlamatnya adalah islamik. Pada dasarnya, Maqasid Syariah telah diaplikasikan sebagai teras dalam pemerintahan di Malaysia sejak sekian lama, hanya ia belum pernah diukur dalam kaedah pengukuran yang saintifik. Oleh itu, telah tiba masanya suatu pendekatan serius diambil oleh Kerajaan bagi merungkai salah faham dan tanggapan negatif sesetengah pihak yang mengatakan sistem pentadbiran Negara ini tidak mengikut prinsip-prinsip Islam. Beriltizam kepada perkara tersebut, YAB Perdana Menteri telah mencetuskan satu idea penubuhan Indeks Syariah Malaysia. Idea gagasan mampu membuka mata pemimpin dunia Islam dari segi misi pelaksanaannya, khususnya bagi melihat tahap pengimarahan sesebuah negara dalam melaksanakan pentasbiran Negara berlandaskan Maqasid Syariah. Selaras dengan hasrat dan kesungguhan Kerajaan tersebut, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Indeks Syariah Malaysia pada 10 Februari 2015 bersempena dengan Majlis Perdana Ulama-Umara 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 1 Ketua, Unit Indeks Syariah Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Emel : [email protected] 2 Penolong Pengarah, Seksyen Perancangan dan Dasar, Unit Indeks Syariah Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Emel : [email protected]

INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

1

INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

Oleh:

Nor Safina binti Zainal1

Mohd Hariri bin Mohamad Daud2

PENGENALAN

Sejak merdeka hingga kini, Kerajaan Malaysia sentiasa konsisten dalam

memastikan setiap usaha dan dasar yang dilaksanakan adalah berpaksikan

kepada prinsip Maqasid Syariah. Namun usaha murni ini di lihat oleh sesetengah

pihak sebagai tidak menepati semangat dan tuntutan Islam. Hal ini terjadi

disebabkan oleh label atau nama yang digunakan tidak secara langsung

menggunakan perkataan Islam, walaupun dari segi matlamatnya adalah islamik.

Pada dasarnya, Maqasid Syariah telah diaplikasikan sebagai teras dalam

pemerintahan di Malaysia sejak sekian lama, hanya ia belum pernah diukur

dalam kaedah pengukuran yang saintifik. Oleh itu, telah tiba masanya suatu

pendekatan serius diambil oleh Kerajaan bagi merungkai salah faham dan

tanggapan negatif sesetengah pihak yang mengatakan sistem pentadbiran

Negara ini tidak mengikut prinsip-prinsip Islam.

Beriltizam kepada perkara tersebut, YAB Perdana Menteri telah mencetuskan

satu idea penubuhan Indeks Syariah Malaysia. Idea gagasan mampu membuka

mata pemimpin dunia Islam dari segi misi pelaksanaannya, khususnya bagi

melihat tahap pengimarahan sesebuah negara dalam melaksanakan pentasbiran

Negara berlandaskan Maqasid Syariah. Selaras dengan hasrat dan kesungguhan

Kerajaan tersebut, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana

Menteri Malaysia telah melancarkan Indeks Syariah Malaysia pada 10 Februari

2015 bersempena dengan Majlis Perdana Ulama-Umara 2015 di Pusat

Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

1 Ketua, Unit Indeks Syariah Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Emel : [email protected] 2 Penolong Pengarah, Seksyen Perancangan dan Dasar, Unit Indeks Syariah Malaysia, Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia. Emel : [email protected]

Page 2: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

2

YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2015) dalam ucapan sempena

Majlis Perdana Ulama’ Umara’ menyatakan bahawa:

Salah satu projek yang amat dekat dihati saya ialah projek Indeks

Syariah. Saya telah cetuskan idea bagi Malaysia melakar satu dimensi

baharu yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini. Indeks ini

merupakan pelengkap tadbir urus di Malaysia yang boleh dianggap

mempunyai nilai-nilai perintis. Dalam erti kata ia adalah menyeluruh,

komprehensif dan pertama seumpamanya di dunia.

INDEKS SYARIAH MALAYSIA PERTAMA DI DUNIA

Terdapat pelbagai indeks yang dibangunkan untuk mengukur dan menilai dalam

domain serta indikator yang ditentukan sama ada diperingkat domestik dan

antarabangsa. Antara contoh indeks yang dibangunkan diperingkat domestik

adalah Indeks Kesejahteraan Keluarga oleh Lembaga Penduduk dan

Pembangunan Keluarga Negara, Indeks Pembangunan Belia oleh Kementerian

Belia dan Sukan, Indeks Patriotisme Negara dari Biro Tatanegara dan banyak

lagi. Diperingkat antarabangsa pula, beberapa Indeks telah dibangunkan

antaranya Indeks Kualiti Hidup Fizikal (Physical Quality of Life Index, PQLI) oleh

Morris dan Liser (1977), Indikator Sosial untuk Pembangunan (Social Indicators

for Development, SID) oleh Bank Dunia (1978) dan Indeks pembangunan lestari

dicetuskan pada Persidangan Rio 1992 melalui Agenda 21 oleh United Nation

(2004).

Antara Indeks-Indeks diperingkat antarabangsa :

Bil Indeks Institusi

1. Worldwides Governance Index World Bank

2. Happy Planet Index New Economics Foundation

3. World Bank Development Index World Bank

4. Global Competitiveness Index World Economic Forum

Page 3: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

3

5. World Happiness Index Sustainable Development

Solutions Network

6. Heritage Foundation Economic Index The Heritage Foundation and

The Wall Street Juornal

7. Corruption Perseption Index Transparency International

Secretariat

8. Human Development Index United Nations Development

Programme

9. Democracy Index Democracy Ranking

Association

10. Freedom Hoouse Index Freedom House

11. Wellbeing Index Healthways

12. Environment, Social, Governance (ESG)

Index

MSCI

Namun, salah satu indeks yang popular dan berpengaruh adalah Indeks

Pembangunan Manusia (Human Development Index atau dikenali HDI). HDI

dikemukakan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

(United Nations Development Programme, UNDP). Indeks ini diterbitkan

pertama kali pada tahun 1990 melalui Laporan Pembangunan Manusia bersama

Indeks Kemiskinan Manusia, Indeks Pembangunan Berkaitan Jantina dan Ukuran

Pemerkasaan Jantina (UNDP, 2007). Pembangunan manusia yang dimaksudkan

dalam HDI adalah kesedaran terhadap potensi manusia.

HDI dibina beracuankan pendekatan keupayaan dan kefungsian (capabilities and

functionings approach) yang dikemukakan oleh tokoh ekonomi, Mr. Armatya

Sen. Melalui pendekatan ini, pembangunan manusia bukan sahaja untuk

membolehkan manusia “berfungsi” tetapi lebih penting lagi untuk mempunyai

keupayaan atau kebebasan mencapai potensi diri (UNDP, 2007). HDI

menggabungkan tiga komponen utama dalam pemilihan indikatornya iaitu

ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Melalui indikator - indikator ini, UNDP

menegaskan pendirian bahawa pembangunan adalah untuk manusia dan

Page 4: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

4

ekonomi merupakan satu cara untuk mencapai pembangunan manusia (UNDP,

1996).

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan indeks yang dibangunkan adalah

bersifat sektoral yang mengukur dalam indikator bidang masing-masing. Oleh

kerana itu, belum ada indeks yang telah dibangunkan menggunakan elemen

Maqasid Syariah sebagai instrumen pengukuran yang mengintegrasikan aspek

agama yang mencerminkan kesejahteraan dalam pembangunan rohani sebagai

satu komponen penting dalam pembinaan indeks.

Jika status kehidupan; maju atau mundur; sejahtera atau tidak sesebuah negara

itu boleh diukur menggunakan Indeks Pembangunan Manusia, maka adalah

sangat perlu bagi Malaysia yang merupakan Negara Islam contoh dan pertama

di dunia yang mempunyai satu kayu ukur yang objektif dan saintifik berdasarkan

prinsip Maqasid Syariah bagi mengukur status kedudukan Kerajaan dalam

pentadbiran negara.

PEMBANGUNAN INDEKS SYARIAH MALAYSIA

Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran saintifik bagi menentu

ukur kedudukan kerajaan dalam menjalankan pentadbiran Negara berdasarkan

prinsip Maqasid Syariah. Ia juga menilai keseriusan usaha-usaha yang dilakukan

oleh Kerajaan dalam melaksanakan dasar dan program berlandaskan prinsip

Maqasid Syariah serta mengenal pasti ruang-ruang penambahbaikkan yang perlu

diberi fokus oleh kerajaan, agar rakyat dapat menerima lebih banyak manfaat,

hasil daripada penerapan nilai-nilai sejagat dalam Islam (Jakim, 2015).

Secara tuntasnya, Indeks Syariah Malaysia bukan satu ukuran seperti sistem

patuh syariah yang dilaksanakan dalam institusi kewangan dan perbankan Islam.

Ia juga bukan menyerupai sistem pensijilan halal ke atas produk-produk

makanan atau sistem pengurusan berkualiti daripada perspektif Islam yang

dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi. Namun, Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran yang

Page 5: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

5

mengukur usaha-usaha kerajaan dan usaha-usaha ini didefinasikan sebagai

perancangan dan tindakan Kerajaan dalam membentuk dasar serta program

berlandaskan prinsip Maqasid Syariah.

Penentuan pengukuran usaha-usaha yang menjadi kayu ukur kepada Indeks

Syariah Malaysia diambil berdasarkan ayat Al-Quran. Allah SWT menjelaskan

dalam al-quran bahawa setiap manusia akan dibalas atas apa yang mereka

usahakan di atas muka bumi. Firman Allah SWT :

Maksudnya : dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi

seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

(Surah An-Najm ayat 39)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku agensi pusat yang

bertanggungjawab dalam penyelarasan hal ehwal Islam di bawah Jabatan

Perdana Menteri telah mula melaksanakan fungsi dan tugas Indeks Syariah

Malaysia dengan mewujudkan satu unit baharu di Jakim iaitu Unit Indeks

Syariah Malaysia pada 1 April 2015 yang berperanan sepenuhnya dalam

pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia untuk memastikan pengurusannya telus,

berpusat dan sistematik. (Jakim, 2016)

Bagi memastikan pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia berimpak tinggi, tiga

jawatankuasa telah dibentuk iaitu :

i. Jawatankuasa Khas Kabinet Indeks Syariah Malaysia

(Pengerusi : YAB Perdana Menteri)

ii. Jawatankuasa Kerja Indeks Syariah Malaysia

(Ketua Setiausaha Negara)

iii. Jawatankuasa Penyelidikan Indeks Syariah Malaysia

(Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Page 6: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

6

Jawatankuasa yang ditubuhkan ini mengambil alih fungsi dan tugas

Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia yang ditubuhkan pada 28

Ogos 2014.

YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2016) dalam ucapan sempena

Majlis Perdana Ulama’ Umara’ 2016 menyatakan bahawa:

Sebagai usaha memastikan Indeks Syariah bergerak lebih efektif dan

berimpak tinggi serta segala cadangan penambahbaikkan diambil

sewajarnya, membuktikan kesungguhan kerajaan maka sebuah

Jawatankuasa Khas kabinet akan ditubuhkan dan saya sendiri akan

mempengerusikannya dan Ketua Setiausaha Negara sebagai setiausaha.

Secara langsung Jawatankuasa ini akan mengambil alih fungsi

Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia sebelum ini.

Penyelidikan pertama Indeks Syariah Malaysia pada tahun 2015 telah

dilaksanakan oleh 133 penyelidik dari lima (5) buah Universiti Awam yang

mengukur lapan (8) bidang utama pentadbiran negara iaitu pendidikan,

perundangan, politik, ekonomi, kesihatan, budaya, prasarana persekitaran dan

sosial. Perincian kumpulan penyelidik dan bidang penyelidikan adalah seperti

berikut :

Bil Bidang Penyelidikan Universiti Awam

1. Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Perundangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

3. Politik Universiti Utara Malaysia

4. Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia

5. Ekonomi

6. Budaya

Universiti Teknologi Malaysia 7. Sosial

8. Prasarana dan Persekitaran

Page 7: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

7

MAQASID SYARIAH SEBAGAI ELEMEN PENGUKURAN INDEKS SYARIAH

MALAYSIA

Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh umat manusia dan

sekalian alam. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-quran :

Maksudnya : dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai

Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

(Surah Al-Anbiya; ayat 107)

Al-Syatibi menjelaskan bahawa rahmat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

dalam tujuan kerasulannya adalah untuk memenuhi kebaikan (maslahah) dan

menghindari keburukan (mafsadah), (al-syatibi, 1997).

Secara ringkasnya, apabila melihat definisi Maqasid Syariah oleh para Ulama’

seperti Al-Raisuni (2013), Ibnu Ashur (1998), Al-Ghazali (1993) didapati bahawa

Maqasid Syariah merujuk kepada maslahah yang menjadi objektif kepada

penurunan syariat Allah.

Al-Ghazali telah memurnikan teori al-Juwaini tentang Maqasid Syariah, dan telah

mengkategorikannya kepada tiga maslahah: iaitu Daruriyyah, Hajiyyah dan

Tahsiniyyah. Menurut al-Ghazali, objektif syarak ialah lima (5) perkara iaitu

memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta yang disebut sebagai

unsur Daruriyyah. Hajiyyah pula adalah suatu keperluan hidup untuk

memudahkan kehidupan manusia. Sementara itu Tahsiniyyah adalah merupakan

suatu keperluan untuk keselesaan, bukan suatu kemestian. (al-ghazali, 1993)

Page 8: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

8

Pengukuran Indeks Syariah Malaysia disandarkan kepada satu asas yang telah

digariskan oleh Islam iaitu berdasarkan penyempurnaan lima (5) Maqasid

Syariah dan sangat dituntut pemeliharaannya. Sebagai pemerintah yang dilantik

secara sah, maka penjagaan lima (5) perkara asas kesejahteraan rakyat dan

negara adalah wajib dilaksanakan mengikut keutamaan dalam Maqasid Syariah

iaitu

i. Pemeliharaan Agama

Dalam konteks Malaysia, memelihara Agama (ad-din) bermakna untuk

mengelakkan apa-apa yang melanggar dan memusnahkan asas-asas

serta mempertahankan negara dan kedudukan Islam sebagai Agama

Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan secara mana dan

harmoni sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai pemerintah, menjadi kewajipan untuk meletakkan kepentingan

agama di tempat yang teratas. Pemeliharaan akidah umat Islam adalah

perkara utama yang patut diberi perhatian agar ketaatan dan ketakwaan

kepada Allah SWT dan RasulNya menjadi keutamaan, serta ketaatan

kepada pemimpin turut dititikberatkan.

MEMELIHARA

MASLAHAH

MENGHINDARI

MAFSADAH

Tafriful Imam A’la Ro’iyyati Manuthon

bil Maslahah

Surah An-Nisa’

Ayat 165

Hajiyyah

Tahsiniyyah Menjaga Agama

Menjaga Nyawa

Menjaga Akal Menjaga Keturunan

Menjaga Harta

Dharuriyyah

Surah Al-Anbiya’

Ayat 107

Page 9: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

9

ii. Pemeliharaan Nyawa

Memelihara nyawa adalah memelihara maruah, persaudaraan dan

kesaksamaan sosial, keadilan, peningkatan rohani dan moral,

keselamatan hidup, harta dan kehormatan, kebebasan, mengurangkan

kadar kemiskinan dan memenuhi keperluan pekerjaan, pengagihan

saksama pendapatan dan kekayaan, perkahwinan dan kehidupan

keluarga yang stabil, keluarga dan perpaduan sosial dan pengurangan

jumlah jenayah serta keamanan dan kestabilan mental.

Sebagai pemerintah, menjadi tanggungjawab kerajaan mengelakkan

pertumpahan darah dengan jalan yang tidak benar. Apabila nyawa tidak

terpelihara maka negara akan menghadapi kemusnahan, manakala

ketenteraman dan keamanan pula akan hilang.

iii. Pemeliharaan Akal

Pemeliharaan akal ertinya memberi perlindungan kepada akal manusia

dari apa-apa yang akan merosakkan. Akal wajib dipelihara dan dipupuk

dengan nilai-nilai mulia dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Semua

unsur-unsur yang menjurus pada kehilangan dan merosakkan akal serta

pemikiran seperti arak, dadah serta filem yang merosakkan, perlu

dibanteras dan dihalang dengan segera.

Penyediaan infrastuktur dan sistem pendidikan yang holistik serta terbaik

menjadi tanggungjawab kerajaan bagi membolehkan setiap rakyat

mendapat pendidikan sempurna. Penguasaan ilmu pengetahuan

merupakan asas untuk mencapai kemajuan dan mewujudkan umat yang

bertamadun.

iv. Pemeliharaan Keturunan

Konsep memelihara keturunan melibatkan perlindungan dan

pemeliharaan keturunan. Ia adalah penting untuk membentuk

masyarakat yang sihat, produktif dan berkesan. Keturunan wajib

dipelihara demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat.

Page 10: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

10

Apabila keturunan telah rosak dengan sebab menyalahi agama dan tabi’ie

manusia seperti penzinaan, liwat, lesbian, gay, transeksual dan

sebagainya, maka struktur sosial akan menjadi kacau bilau dan akhirnya

akan runtuh jalur keturunan yang suci serta merosakkan maruah agama,

bangsa dan negara.

v. Pemeliharaan Harta

Memelihara harta bermakna melindungi kekayaan masyarakat daripada

kehancuran dan dari peralihan harta ke tangan orang lain dengan cara

yang tidak sah termasuk larangan terhadap ketidakadilan, menafikan hak

dan sebagainya. Sebagai pemerintah wajib memelihara dan

mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan,

rasuah, monopoli yang tidak seimbang, cetak rompak, menipu hak

intelek, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau

perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak lain.

KAEDAH PENGUKURAN INDEKS SYARIAH MALAYSIA

Untuk setiap satu bidang, Indeks Syariah Malaysia akan mengukur dan

menyemak sama ada dasar dan program yang ditetapkan oleh kerajaan melalui

kementerian dan agensi berkaitan, menepati tahap penyempurnaan lima (5)

aspek dalam tuntutan Maqasid Syariah; iaitu pemeliharaan nyawa, pemeliharaan

agama, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta.

Setiap bidang yang di ukur mempunyai indikator yang berfokus untuk di ukur

dengan kayu pengukur Maqasid Syariah (Jakim, 2015). Indikator-indikator yang

terkandung dalam bidang pengukuran adalah seperti berikut :

Page 11: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

11

Bidang Indikator

Perundangan

Pemeliharaan Kedudukan Agama Islam

Pemerkasaan Peranan Institusi Raja Sebagai Ketua Agama

Perluasan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah

Pemeliharaan Institusi Perkahwinan & Kekeluargaan

Politik

Penterjemahan Gaya Tadbir Urus Negara

Pendekatan Politik Pembangunan yang Bersifat Holistik

Pembinaan dan Penampilan Imej Islamik dan Biah Solehah

Kesihatan

Pematuhan Amalan Kerja Patuh Syari'ah

Penjaminan Kualiti Dan Keberkesanan Proses

Pemberdayaan dan Pengukuhan berterusan sumber

struktural dan sumber manusia

Ekonomi

Pegangan Harta Negara

Penjaminan Ekonomi Percukaian

Keadilan Dan Kestabilan Peluang Ekonomi

Penggalakan Penglibatan Masyarakat Aktiviti Ekonomi

Pemantapan Sistem dan Institusi Kewangan Islam

Pendidikan

Pemerkasaan Sistem Pendidikan Islam

Pewujudan Rangkaian Pakar

Pemerkasaan Modal Insan Sebagai Penggerak Utama

Membina Muslim Professional

Penggiatan Usaha Menjadikan Negara Sebagai Hab

Pendidikan

Sosial

Pewujudan Persekitaran Sosial yang Kondusif

Pemeliharaan Kebajikan Umat

Perkasa Institusi Keluarga

Pemerkasaan Sistem Sokongan

Pengukuhan Jati Iman Dan Jati Diri Masyarakat

Budaya

Peranan pihak berkuasa Agama Menegakkan prinsip

Maqasid Syariah

Pewujudan Usaha Mengekang Unsur Syirik Dan Nilai

Negatif Dalam Kesenian Dan Hiburan

Page 12: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

12

Pemeliharaan Warisan Negara

Prasarana dan

Persekitaran

Penyediaan Prasarana Dan Kemudahan yang Landskap

Pengurusan Bencana

Pemeliharaan Alam Sekitar

Pengukuhan Kesedaran Cintakan Alam Sekitar

Sebagai contoh, apabila hendak dinilai sektor pendidikan, para penyelidik akan

mengenal pasti aspek-aspek pendidikan yang ada dalam negara sama ada

memenuhi tuntutan syariah dalam menjaga lima matlamat atau istilah syaraknya

Dharuriyah al-Khamsah. Ini bermakna jika ada program-program yang tidak

berlabel Islam tetapi memenuhi tuntutan syariat maka ia tetap dianggap

memenuhi aspek Maqasid Syariah dan begitulah pada bidang-bidang yang lain.

Pengukuran Indeks Syariah Malaysia ini akan melibatkan tiga kelompok utama

iaitu pemerintah (pembuat dasar), agensi (pelaksana dasar) dan masyarakat

(penerima manfaat).

>> MENJAGA NYAWA

>> MENJAGA AGAMA

>> MENJAGA AKAL

>> MENJAGA KETURUNAN

>> MENJAGA HARTA

ACUAN

MAQASID SYARIAH

Page 13: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

13

i. Pemerintah

Pengukuran dilakukan dengan melihat sejauh mana undang-undang,

dasar dan polisi yang dirangka serta program-program dan aktiviti-aktiviti

yang diatur mematuhi dan bertepatan dengan Syariah Islam serta

memenuhi kemaslahatan yang menepati lima prinsip Maqasid Syariah,

dengan menyediakan keperluan asas yang mencukupi dalam segala aspek

kehidupan demi kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum,

etnik dan kepercayaan.

ii. Agensi Pelaksana

Pengukuran dilakukan dengan melihat sejauh mana undang-undang,

dasar-dasar dan polisi-polisi yang dirangka serta program-program dan

aktiviti-aktiviti yang diatur, mampu direalisasikan dan dilaksanakan

dengan jayanya berdasarkan kepentingan lima prinsip Maqasid Syariah, di

samping melihat tahap keserasian dan kesesuaian terhadap sesuatu

dasar, polisi, program dan aktiviti yang diadakan mampu memberi impak

terhadap keperluan masyarakat.

iii. Masyarakat

Pengukuran dilakukan dengan membuat penilaian dan persepsi

masyarakat terhadap undang-undang, dasar-dasar dan polisi-polisi yang

dilaksanakan serta program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan,

mampu menjamin kesejahteraan hidup, keharmonian dan ketenteraman

dalam kehidupan sama ada secara individu mahupun kolektif berdasarkan

kepentingan lima prinsip Maqasid Syariah.

Pengukuran terhadap ketiga-tiga kelompok utama melalui Indeks Syariah

dijangka akan mampu memberi gambaran dan kedudukan Malaysia iaitu, sejauh

mana tahap usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam

membangunkan Negara berasaskan kerangka Maqasid Syariah, di samping

Page 14: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

14

membuka peluang dan ruang kepada penambahbaikan bagi ketiga-tiga

kelompok utama berkenaan yang terdiri daripada pemerintah, agensi pelaksana

dan rakyat. Dapatan yang diperolehi akan dijadikan rujukan dan panduan

kepada Kerajaan bagi melakarkan hala tuju terbaik buat negara melalui

pendekatan wasatiyyah agar sentiasa berada di atas landasan Syariah Islam.

Pembinaan Indeks Syariah Malaysia adalah satu usaha bertahap perintis oleh

Kerajaan bagi memperkukuhkan komitmen memajukan Malaysia berasaskan

model atau acuan yang digubal oleh negara kita sendiri. Ia juga secara tidak

langsung menilai tahap keseriusan Malaysia dalam melindungi, menyubur dan

memantapkan prinsip serta nilai Islam melalui strategi yang pragmatik dan

progresif berasaskan pada Islam sebagai Agama Persekutuan. Justeru,

pembinaan Indeks Syariah Malaysia dapat membuka jalan pada usaha-usaha

tajdid (pembaharuan), islah (penambahbaikan), ihya’ (penyemarakan), tasbit

(pengukuhan) dan ta’wid (pembudayaan).

PENUTUP

Komponen penting dalam Maqasid Syariah membuktikan bahawa Islam adalah

sistem hidup yang lengkap, komprehensif dan relevan pada bila-bila masa dan

sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa juga urusan kehidupan. Garis

panduan yang ideal ini adalah bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan

aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara. Hal ini bertepatan dengan

matlamat yang tersirat dalam prinsip Maqasid Syariah iaitu menjamin serta

melindungi maruah, kepentingan dan kehormatan individu di samping

memelihara keharmonian hubungan antara manusia demi kepentingan umat

manusia sejagat.

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa pentadbiran negara melalui

pewujudan Indeks Syariah Malaysia berteraskan Maqasid Syariah ini akan dapat

merancang polisi-polisi negara dan melakarkan program-program dengan baik.

Page 15: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

15

Ini kerana intipati Maqasid Syariah itu sendiri ingin mencapai kemaslahatan

manusia sejagat yang dapat diterima oleh semua agama.

Keamanan, kemakmuran, keharmonian serta kestabilan yang wujud di Malaysia

dan dinikmati oleh pelbagai kaum pada hari ini merupakan pelaksanaan dan

penguatkuasaan prinsip Maqasid Syariah yang menjaga lima perkara utama

yang ditekankan iaitu penjagaan dari segi nyawa, agama, akal, keturunan dan

harta.

Oleh itu, semua rakyat di Negara ini perlu bersikap positif bahawa hasrat murni

Kerajaan untuk melaksanakan Indeks Syariah Malaysia ini adalah demi untuk

menjaga kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Page 16: INDEKS SYARIAH MALAYSIA : SATU PENGENALAN

16

BIBLIOGRAFI

Al-Quran

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad (1993). Al-Mustasfa fi ‘ilm al-usul. Sunt.

Muhammad ‘Abd al-Salam. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.

Al-Raysuni, Muḥammad. (2013). Maqāṣid al-Maqaṣid. Beirut: Al-Shabakah al-ʿArabiyyah li al-

Abḥath wa al-Nashr.

Al-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim bin Musa al-Lakhmi al-Gharnati (1997). al-Muwafaqat fi usul al-

Syari'ah. Sunt. Ibrahim Ramadhan. Cet. ke-3. Beirut: Dar al-Ma'rifah.

Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. (2014). Ucapan Perasmian Majlis Perdana Ulama Umara

bersama YAB Perdana Menteri.

Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. (2016). Ucapan Perasmian Majlis Perdana Ulama Umara

bersama YAB Perdana Menteri.

Ibnu Ashur (1998). Maqasid Syariah al-islamiyah. Kuala Lumpur : al-Basa'ir li al-Intaj al-'Ilmi

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2015) Profil Korporat Indeks Syariah Malaysia. Putrajaya

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2016) Pelan Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia. Putrajaya

Morris, D. M., & Liser, F. B. (1977). The PQLI: measuring progress in human needs.

Communiqué on Development Issues, 32.

The World Bank, U. (1978). World Bank World Development Report.

UN (United Nations) (2004). Agenda 21: Chapter 40. Dipetik daripada http://www.un.

org/esa/sustdev/documents/agenda21/english/ agenda21chapter40.htm.

UNDP (United Nations Development Programme) (1996). Human Development Report. Oxford

University Press, New York, USA.

UNDP (United Nations Development Programme) (2007). Measuring Human Development: A

Primer. UNDP, New York, USA.

World Bank (1978). World Development Report 1978. The World Bank, USA.