3
1 INOVASI JABATAN TENAGA KERJA SABAH DALAM MENYEDIAKAN SISTEM LESEN MENGGAJI PEKERJA ASING (SLMPA) PENGENALAN Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTKS) merupakan satu daripada Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia, (KSM) Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab secara terus kepada KSM, di dalam hal pentadbiran dan penguatkuasaan undang- undang buruh di Sabah. Menurut sejarah, JTKS mula wujud semasa pentadbiran British North Borneo Company dalam tahun 1880an. Ianya diwujudkan dan dikenali sebagai “the Chinese Protectorate” untuk menampung keperluan membawa masuk pekerja-pekerja pendatang dari China ke negeri ini. Apabila keperluan membawa masuk tenaga kerja pendatang ini dialihkan kepada pekerja-pekerja dari Jawa, Indonesia, Jabatan ini telah dikenali sebagai “the Protector of labour”. Selepas Perang Dunia Kedua, dalam pertengahan tahun 1947, langkah-langkah untuk menyusun semula Jabatan ini telah dibuat dan pada 1 Januari 1948, Jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Buruh dan Imigresen. Mulai tahun 1954, fungsi-fungsi Imigresen telah dipindahkan ke Jabatan Polis dan nama Jabatan ini telah ditukar kepada Jabatan Buruh dan Kebajikan sehinggalah pada awal tahun 1968, bila mana fungsi kebajikan dan buruh telah diasingkan maka Jabatan Buruh wujud secara sendirinya. Pada 19 Februari 2003 Jabatan Buruh ditukar nama kepada Jabatan Tenaga Kerja sejajar dengan penggabungan Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Jabatan Tenaga Rakyat dengan Jabatan Buruh. Dalam mencapai objektif Jabatan khususnya dalam memelihara kebajikan pekerja dan kepentingan para majikan serta mengutama dan mengekalkan peluang-peluang pekerjaan kepada warganegara di negeri ini, JTKS yang beribu pejabat di Kota Kinabalu, adalah disokong oleh rangkaian lima belas (15) pejabat iaitu Pejabat- Pejabat Tenaga Kerja Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Keningau, Kudat, Beaufort, Lahad Datu, Tenom, Kunak, Kota Kinabatangan, Sipitang, Kota Marudu, Semporna, Kota Belud dan Ranau serta sebuah Pusat Jobsmalaysia (JMC) di Kota Kinabalu. Diantara fungsi utama jabatan ialah mengendalikan permohonan, memproses dan mengeluarkan permit-permit perburuhan dan mempastikan permit-permit perburuhan yang dikeluarkan memenuhi keperluan dan dasar pekerjaan negara. Oleh kerana permohonan menggaji pekerja asing yang diterima pada setiap hari amat banyak, maka terhasillah inovasi untuk memastikan perlaksanaan proses pengeluaran lesen berjalan lancar.

INOVASI JABATAN TENAGA KERJA SABAH DALAM …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/949-sistem-lesen-menggaji... · ... merupakan satu daripada Jabatan-jabatan di bawah Kementerian

  • Upload
    lambao

  • View
    221

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: INOVASI JABATAN TENAGA KERJA SABAH DALAM …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/949-sistem-lesen-menggaji... · ... merupakan satu daripada Jabatan-jabatan di bawah Kementerian

1

INOVASI JABATAN TENAGA KERJA SABAH DALAM MENYEDIAKAN

SISTEM LESEN MENGGAJI PEKERJA ASING (SLMPA)

PENGENALAN

Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTKS) merupakan satu daripada Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia, (KSM) Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab secara terus kepada KSM, di dalam hal pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang buruh di Sabah.

Menurut sejarah, JTKS mula wujud semasa pentadbiran British North Borneo Company dalam tahun 1880an. Ianya diwujudkan dan dikenali sebagai “the Chinese Protectorate” untuk menampung keperluan membawa masuk pekerja-pekerja pendatang dari China ke negeri ini. Apabila keperluan membawa masuk tenaga kerja pendatang ini dialihkan kepada pekerja-pekerja dari Jawa, Indonesia, Jabatan ini telah dikenali sebagai “the Protector of labour”.

Selepas Perang Dunia Kedua, dalam pertengahan tahun 1947, langkah-langkah untuk menyusun semula Jabatan ini telah dibuat dan pada 1 Januari 1948, Jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Buruh dan Imigresen. Mulai tahun 1954, fungsi-fungsi Imigresen telah dipindahkan ke Jabatan Polis dan nama Jabatan ini telah ditukar kepada Jabatan Buruh dan Kebajikan sehinggalah pada awal tahun 1968, bila mana fungsi kebajikan dan buruh telah diasingkan maka Jabatan Buruh wujud secara sendirinya. Pada 19 Februari 2003 Jabatan Buruh ditukar nama kepada Jabatan Tenaga Kerja sejajar dengan penggabungan Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Jabatan Tenaga Rakyat dengan Jabatan Buruh.

Dalam mencapai objektif Jabatan khususnya dalam memelihara kebajikan pekerja dan kepentingan para majikan serta mengutama dan mengekalkan peluang-peluang pekerjaan kepada warganegara di negeri ini, JTKS yang beribu pejabat di Kota Kinabalu, adalah disokong oleh rangkaian lima belas (15) pejabat iaitu Pejabat-Pejabat Tenaga Kerja Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Keningau, Kudat, Beaufort, Lahad Datu, Tenom, Kunak, Kota Kinabatangan, Sipitang, Kota Marudu, Semporna, Kota Belud dan Ranau serta sebuah Pusat Jobsmalaysia (JMC) di Kota Kinabalu.

Diantara fungsi utama jabatan ialah mengendalikan permohonan, memproses dan mengeluarkan permit-permit perburuhan dan mempastikan permit-permit perburuhan yang dikeluarkan memenuhi keperluan dan dasar pekerjaan negara. Oleh kerana permohonan menggaji pekerja asing yang diterima pada setiap hari amat banyak, maka terhasillah inovasi untuk memastikan perlaksanaan proses pengeluaran lesen berjalan lancar.

Page 2: INOVASI JABATAN TENAGA KERJA SABAH DALAM …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/949-sistem-lesen-menggaji... · ... merupakan satu daripada Jabatan-jabatan di bawah Kementerian

2

LATAR BELAKANG SISTEM Sistem ini dibangunkan oleh Unit IT, Bahagian Penyelidikan dan Maklumat JTK Sabah pada Julai 2011 dengan menggunakan pengaturcaraan PHP dan pangkalan data Mysql. Telah digunapakai sepenuhnya pada Januari 2012 oleh 15 pejabat bahagian seluruh Sabah. Sistem SLMPA mempunyai capaian akses yang berbeza kepada Admin dan Pengguna mengikut had capaian yang ditetapkan. Sistem ini dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada 15 pejabat bahagian dalam memproses Permohonan Menggaji Pekerja Asing dan seterusnya menjana lesen serta laporan secara automatik. OBJEKTIF SISTEM

a. Mewujudkan pangkalan data bagi rekod permohonan pekerja asing secara komprehensif;

b. Memberi perkhidmatan Semakan Permohonan Lesen Pekerja Asing secara atas talian kepada pelanggan.

c. Menjana lesen serta laporan statistic pada bila-bila masan sahaja.

IMPAK Sistem ini telah mula dilaksanakan pada 01 Januari 2012 kepada 15 buah pejabat bahagian untuk merekod semua permohonan pekerja asing dan seterusnya memproses lesen dan menjana laporan statistik. Dengan adanya janaan laporan ini, setiap pejabat boleh mengetahui Statistik Pengeluaran Lesen mengikut hari, bulan dan penggal. Ibu Pejabat yang bertindak sebagai Admin juga boleh memantau pelaporan keseluruhan pejabat pada bila-bila masa sahaja. Selain daripada itu, Sistem ini juga memberi perkhidmatan kepada pelanggan awam/majikan yang ingin mengetahui Status Permohonan tanpa perlu datang ke Pejabat Tenaga Kerja yang berkaitan. Dengan adanya sistem SLMPA ini, prosedur kerja dalam memproses permohonan dapat dipendekkan daripada 14 hari ke 7 hari masa bekerja. Pihak jabatan sentiasa berusaha menambah baik sistem ini dan seterusnya melaksanakan promosi bagi meningkatkan penggunaan sistem semakan ini di kalangan pelanggan jabatan.

Page 3: INOVASI JABATAN TENAGA KERJA SABAH DALAM …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/949-sistem-lesen-menggaji... · ... merupakan satu daripada Jabatan-jabatan di bawah Kementerian

3

FUNGSI

a. Mendaftar permohonan baru / mengemaskini pembaharuan permohonan Pengajian Pekerja Asing

b. Menjana Lesen Pekerja Asing c. Menjana Laporan Kes secara hari/bulan/penggal d. Carian pemohon e. Semakan status permohonan

ANTARAMUKA SISTEM

Muka hadapan Sistem Menu Utama Sistem Semakan Status Permohonan Secara Online Disediakan oleh: Unit ICT, Bahagian Penyelidikan dan Maklumat Jabatan Tenaga Kerja Sabah